karnival gemilang jawi - dbp.gov.my · pdf fileberita harian rabu, ... (jawi, al-quran, bahasa...

1
BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BH PILIH L11 17 emel S iri Sayur-sayuran dan Buah-buahan merupakan buku siri bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap Satu. Siri ini diter- bitkan khusus sebagai bahan bacaan pengukuhan program j-QAF (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain). Buku ini juga sesuai dijadikan panduan kepa- da guru untuk mengenal pel- bagai bentuk perkataan yang mengandungi suku kata terbu- ka, suku kata tertutup, diftong dan homograf. Buku tersebut disusun sedemikian rupa supaya para pelajar dapat mempelajari ben- tuk-bentuk perkataan yang ter- dapat dalam Sistem Ejaan Jawi. Perkataan yang digunakan juga amat mudah dan terdapat di persekitaran pelajar seperti sayur-sayuran dan buah-buah- an. Siri Sayur-sayuran mengan- dungi sepuluh judul, iaitu Sawi, Labu, Cili, Timun, Lobak, Bayam, Kacang, Terung, Petola dan Kangkung. Siri Buah-buah- an juga mengandungi sepu- luh judul, iaitu Ciku, Duku, Koko, Pisang, Jambu, Durian, Nangka, Manggis, Tembikai dan Rambutan. Meneliti satu judul, iaitu Lobak, pembaca dapat mengetahui jenis-jenis lobak yang ada serta sajian yang boleh dibuat daripada lobak tersebut. Penerbitan siri ini diharap- kan dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pela- jar dan guru dalam menguasai kemahiran menulis dan mem- baca Jawi dengan lebih pantas dan berkesan. Buku yang boleh didapati di Galeri Ilmu DBP ini dijual de- ngan harga RM3.00 setiap satu. TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan A dik Muhammad Syahiran Sadzmer dari Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Kuala Lumpur telah muncul sebagai johan bagi Pertandingan Membaca Jawi Sekolah Rendah. Pertandingan ini telah disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar sekolah rendah dari empat zon, iaitu Zon Pudu, Zon Bangsar, Zon Sentul dan Zon Keramat. Setiap peserta dikehendaki membaca buku cerita Jawi yang disediakan dengan cepat dan lan- car di hadapan hakim. Walaupun mereka masih berada pada Tahap 1, namun setiap peserta berjaya menunjukkan kecekapan mereka membaca buku dalam tulisan Jawi dengan baik. Demikian antara pertandingan yang diadakan sempena Karnival Gemilang Jawi Peringkat Wilayah Kuala Lumpur pada 12 September lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pertandingan lain yang turut diadakan sepanjang karnival ini ialah Pertandingan Menulis dan Menukar Tulisan Rumi kepada Tulisan Jawi, Menulis Khat Nasakh dan Raq’ah, dan Pertandingan Buku Skrap. Semua aktiviti terbabit disertai oleh pela- jar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Kuala Lumpur. Selain itu, turut diadakan pamer- an sudut Jawi (artikel), tulisan Jawi dan seni khat yang disertai oleh DBP, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Perpustakaan Negara Malaysia. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Penga- rah Pelajaran JPWPKL, Tuan Haji Abas Haji Awang. Beliau ber- harap agar setiap aktiviti yang diada- kan ini akan men- jadi pemangkin dan permulaan untuk memantapkan dan memartabatkan lagi penggunaan tulisan Jawi dalam kalang- an guru dan pelajar di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kira-kira 1500 orang guru dan pelajar dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai Karnival Gemilang Jawi ini. S ebelum ini telah kita bincang- kan dua jenis perenggan isi, iaitu perenggan deduktif dan perenggan induktif. Perenggan deduktif ialah perenggan yang meletakkan fakta atau isi penting di bahagian awal perenggan dan kemudian isi itu dilengkapkan dengan bahagian pengembangan. Perenggan induktif pula berstruk- tur sebaliknya, iaitu bermula de- ngan bahagian pengembangan isi dan berakhir dengan fakta atau isi utama. Pasti anda masih ingat bahawa istilah bahagian isi pen- ting itu disebut “ayat judul”. Ada satu jenis perenggan lagi, iaitu perenggan gabungan deduk- tif – induktif. Perenggan jenis ini bermula dengan ayat judul yang diikuti oleh pengembangan dan berakhir dengan ayat judul sekali lagi (tetapi dengan cara penyata- an yang berlainan daripada cara penyataan ayat judul di bahagian awal perenggan). Binaan atau struktur perenggan itu dapat di- gambarkan sebagai yang berikut: Contohnya adalah sebagai yang berikut: “Selain itu, pendidik perlu berusaha memupuk kecemer- langan dalam kalangan pelajar sebagai perancang, fasilitator dan pengurus proses pemelajaran. Pada suatu ketika dahulu, pera- nan tersebut dimainkan oleh pihak pentadbir sekolah, tetapi kini sebahagian besarnya dise- rahkan kepada guru. Contohnya, guru perlu merancang jenis-jenis alat bantu, memberikan khid- mat nasihat kepada pelajar yang memerlukannya, dan memas- tikan objektif pengajaran terca- pai. Dengan adanya kesedaran para pendidik tentang peranan- peranan itu, kecemerlangan dalam kalangan pelajar dapat dicapai, bukan sahaja daripada segi akademik, bahkan juga dari- pada segi rohani.” Dalam perenggan di atas, isi penting yang hendak dikemu- kakan ialah peri pentingnya pe- ranan guru dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Guru dituntut memahami peranannya sebagai perancang, fasilitator dan pengurus proses pemelajaran. Isi itu diulang di bahagian akhir perenggan dengan penekanan ten- tang pelaksanaan peranan yang disebut itu (perancang, fasilitator dan pengurus) untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan rohani. Sementara itu, bahagian pengembangan isi terkandung dalam ayat kedua dan ayat ketiga. Dalam ayat kedua, penulis menge- mukakan isi sokongan yang berkaitan dengan perbezaan pe- ranan guru pada waktu dahulu dan sekarang. Ayat ketiga pula mengemukakan isi sokongan dalam bentuk contoh pelaksanaan peranan guru menurut tuntutan zaman. Kelebihan perenggan gabung- an deduktif – induktif terletak pada pengulangan isi atau fakta penting. Pembaca atau pendengar akan memperoleh maklumat yang hendak disampaikan oleh penu- lis atau pembicara dengan lebih jelas kerana fakta utama disebut dua kali, walaupun dengan cara yang berlainan. Perenggan jenis ini lebih-lebih tampak kesan- nya dalam wacana lisan, kerana pendengar yang kurang peka dalam penanggapan idea pem- bicara dapat dibantu mengesan idea itu apabila idea itu diulang. Pendengar tidak berpeluang membaca semula bahagian yang kurang difahaminya atau yang terlepas daripada pendengaran- nya, sebagaimana yang dapat dilakukan oleh pembaca wacana tulisan. Demikianlah tiga jenis pereng- gan yang dapat anda manfaatkan untuk menyampaikan maklu- mat, fikiran atau pandangan anda dalam penghasilan wacana. Dengan memahami binaan atau struktur perenggan, anda dapat menghasilkan wacana yang lebih tersusun, padu dan jelas. Membina Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif Oleh Norazlinda Misran Karnival Gemilang Jawi Ayat judul (isi utama) Pengembangan (Isi sokongan) Ayat judul (isi utama) Siri Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan SERONOK: Pelajar sekolah sedang mencuba hasilkan seni khat menggunakan teknik tampal.

Upload: duongduong

Post on 06-Mar-2018

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karnival Gemilang Jawi - dbp.gov.my · PDF fileBERITA HARIAN Rabu, ... (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain). Buku ini juga ... juga amat mudah dan terdapat

BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMUBH PILIH L11 17 emel

Siri Sayur-sayuran dan Buah-buahan merupakan buku siri bacaan tambahan

yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap Satu. Siri ini diter-

b i t k a n

khusus sebagai bahan bacaan pengukuhan program j-QAF (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain). Buku ini juga sesuai dijadikan panduan kepa-da guru untuk mengenal pel-bagai bentuk perkataan yang mengandungi suku kata terbu-ka, suku kata tertutup, diftong dan homograf.

Buku tersebut disusun sedemikian rupa supaya para pelajar dapat mempelajari ben-tuk-bentuk perkataan yang ter-dapat dalam Sistem Ejaan Jawi. Perkataan yang digunakan juga amat mudah dan terdapat di persekitaran pelajar seperti sayur-sayuran dan buah-buah-an.

Siri Sayur-sayuran mengan-dungi sepuluh judul, iaitu

Sawi, Labu, Cili, Timun, Lobak, Bayam, Kacang, Terung, Petola dan Kangkung. Siri Buah-buah-an juga mengandungi sepu-luh judul, iaitu Ciku, Duku, Koko, Pisang, Jambu, Durian, Nangka, Manggis, Tembikai dan Rambutan. Meneliti satu judul, iaitu Lobak, pembaca dapat mengetahui jenis-jenis lobak yang ada serta sajian yang boleh dibuat daripada lobak tersebut.

Penerbitan siri ini diharap-kan dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pela-jar dan guru dalam menguasai kemahiran menulis dan mem-baca Jawi dengan lebih pantas dan berkesan.

Buku yang boleh didapati di Galeri Ilmu DBP ini dijual de-ngan harga RM3.00 setiap satu.

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Adik Muhammad Syahiran Sadzmer dari Sekolah Kebangsaan Polis Depot,

Kuala Lumpur telah muncul sebagai johan bagi Pertandingan Membaca Jawi Sekolah Rendah. Pertandingan ini telah disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar sekolah rendah dari empat zon, iaitu Zon Pudu, Zon Bangsar, Zon Sentul dan Zon Keramat.

Setiap peserta dikehendaki membaca buku cerita Jawi yang disediakan dengan cepat dan lan-car di hadapan hakim. Walaupun mereka masih berada pada Tahap 1, namun setiap peserta berjaya menunjukkan kecekapan mereka membaca buku dalam tulisan Jawi dengan baik.

Demikian antara pertandingan yang diadakan sempena Karnival Gemilang Jawi Peringkat Wilayah Kuala Lumpur pada 12 September lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar Wilayah P e r s e k u t u a n

Kuala Lumpur.Pertandingan lain yang turut

diadakan sepanjang karnival ini ialah Pertandingan Menulis dan Menukar Tulisan Rumi kepada Tulisan Jawi, Menulis Khat Nasakh dan Raq’ah, dan Pertandingan Buku Skrap. Semua aktiviti terbabit disertai oleh pela-jar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Kuala Lumpur.

Selain itu, turut diadakan pamer-an sudut Jawi (artikel), tulisan Jawi dan seni khat yang disertai oleh DBP, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Penga-rah Pelajaran JPWPKL, Tuan

Haji Abas Haji Awang. Beliau ber-harap agar setiap aktiviti yang diada-kan ini akan men-jadi pemangkin dan permulaan untuk memantapkan dan memartabatkan lagi penggunaan tulisan Jawi dalam kalang-an guru dan pelajar di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kira-kira 1500 orang guru dan pelajar dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai Karnival Gemilang Jawi ini.

Sebelum ini telah kita bincang-kan dua jenis perenggan isi, iaitu perenggan deduktif dan

perenggan induktif. Perenggan deduktif ialah perenggan yang meletakkan fakta atau isi penting di bahagian awal perenggan dan kemudian isi itu dilengkapkan dengan bahagian pengembangan. Perenggan induktif pula berstruk-tur sebaliknya, iaitu bermula de-ngan bahagian pengembangan isi dan berakhir dengan fakta atau isi utama. Pasti anda masih ingat bahawa istilah bahagian isi pen-ting itu disebut “ayat judul”.

Ada satu jenis perenggan lagi, iaitu perenggan gabungan deduk-tif – induktif. Perenggan jenis ini bermula dengan ayat judul yang diikuti oleh pengembangan dan berakhir dengan ayat judul sekali lagi (tetapi dengan cara penyata-an yang berlainan daripada cara

penyataan ayat judul di bahagian awal perenggan). Binaan atau struktur perenggan itu dapat di-gambarkan sebagai yang berikut:

Contohnya adalah sebagai yang berikut:

“Selain itu, pendidik perlu berusaha memupuk kecemer-langan dalam kalangan pelajar sebagai perancang, fasilitator dan pengurus proses pemelajaran. Pada suatu ketika dahulu, pera-nan tersebut dimainkan oleh pihak pentadbir sekolah, tetapi kini sebahagian besarnya dise-

rahkan kepada guru. Contohnya, guru perlu merancang jenis-jenis alat bantu, memberikan khid-mat nasihat kepada pelajar yang memerlukannya, dan memas-tikan objektif pengajaran terca-pai. Dengan adanya kesedaran para pendidik tentang peranan-peranan itu, kecemerlangan dalam kalangan pelajar dapat dicapai, bukan sahaja daripada segi akademik, bahkan juga dari-pada segi rohani.”

Dalam perenggan di atas, isi penting yang hendak dikemu-kakan ialah peri pentingnya pe-ranan guru dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Guru dituntut memahami peranannya sebagai perancang, fasilitator dan pengurus proses pemelajaran. Isi itu diulang di bahagian akhir perenggan dengan penekanan ten-tang pelaksanaan peranan yang

disebut itu (perancang, fasilitator dan pengurus) untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan rohani.

Sementara itu, bahagian pengembangan isi terkandung dalam ayat kedua dan ayat ketiga. Dalam ayat kedua, penulis menge-mukakan isi sokongan yang berkaitan dengan perbezaan pe-ranan guru pada waktu dahulu dan sekarang. Ayat ketiga pula mengemukakan isi sokongan dalam bentuk contoh pelaksanaan peranan guru menurut tuntutan zaman.

Kelebihan perenggan gabung-an deduktif – induktif terletak pada pengulangan isi atau fakta penting. Pembaca atau pendengar akan memperoleh maklumat yang hendak disampaikan oleh penu-lis atau pembicara dengan lebih jelas kerana fakta utama disebut

dua kali, walaupun dengan cara yang berlainan. Perenggan jenis ini lebih-lebih tampak kesan-nya dalam wacana lisan, kerana pendengar yang kurang peka dalam penanggapan idea pem-bicara dapat dibantu mengesan idea itu apabila idea itu diulang. Pendengar tidak berpeluang membaca semula bahagian yang kurang difahaminya atau yang terlepas daripada pendengaran-nya, sebagaimana yang dapat dilakukan oleh pembaca wacana tulisan.

Demikianlah tiga jenis pereng-gan yang dapat anda manfaatkan untuk menyampaikan maklu-mat, fikiran atau pandangan anda dalam penghasilan wacana. Dengan memahami binaan atau struktur perenggan, anda dapat menghasilkan wacana yang lebih tersusun, padu dan jelas.

Membina Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif

Oleh Norazlinda Misran

Karnival Gemilang Jawi

Ayat judul (isi utama)

Pengembangan (Isi sokongan)

Ayat judul (isi utama)

Siri Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

SERONOK: Pelajar sekolah sedang mencuba hasilkan seni

khat menggunakan teknik tampal.