muka 11 muka 12 semarak bbsn di sabah - dbp.gov.my · naga dan melibatkan seluruh anggota...

1
BH PILIH L1 19 emel S abah menjadi tuan rumah pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Majlis pelancaran disempur- nakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Penglima Haji Ahmadshah Abdullah, pada 24 Oktober lalu, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh tetamu kehor- mat Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. BBSN yang menggembleng te- naga dan melibatkan seluruh anggota masyarakat pada semua peringkat ini diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan mem- perteguh perpaduan bangsa melalui bahasa dan sastera. Pada tahun ini, BBSN memasuki usia yang kesepuluh tahun. Sejarahnya bermula dengan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah berlangsung di seluruh negara dari tahun 1960 hingga 1966. Pada waktu itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berusaha mengisi semangat dan janji “Bahasa Jiwa Bangsa”. Walaupun lebih lima de- kad bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan, semangat ini perlu sentiasa dihidupkan untuk mengingatkan masyarakat ten- tang kekuatan bahasa Melayu dan peri pentingnya bahasa itu dalam kehidupan masyarakat yang pel- bagai latar agama, budaya, dan bahasa. Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan majlis pelancaran pada kali ini termasuklah, lafaz ikrar Sumpah Setia Bahasa diketuai oleh Timbalan Setia- usaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), Datuk Maznah Ghani. Majlis pelancaran tersebut turut diisi dengan deklamasi puisi oleh Aninah Menjan yang pernah menjuarai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri, persembahan koir oleh pe- latih Institut Perguruan Gaya dan persembahan Bahasa Berirama oleh pelajar SM St. Francis Convent. Persembahan khas ber- temakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dipersembahkan dengan gabung- an lagu rakyat, syair dan pantun, serta persembahan artis undang- an seperti Ramli Sarip, Felix, Abu Bakar Ellah, Nurul Fadzilah Nordin, dan artis Lembaga Kebu- dayaan. Selama ini, dalam keduduk- annya sebagai bahasa kebang- saan, bahasa Melayu telah dapat memenuhi fungsinya dengan baik sebagai bahasa perpaduan, dalam memupuk dan meningkatkan kese- fahaman dan menyuburkan rasa kebersamaan sesama anggota masyarakat. Bahasa kebangsaan telah berupaya membina ikatan yang kukuh dalam kesatuan dan kebersamaan antara sesama ang- gota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum, dan budaya. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu tidak harus ber- diri tegak sebagai lambang sema- ta-mata, tetapi benar-benar dapat berfungsi sebagai lambang jati diri bangsa dan negara, alat perhubung- an dan perpaduan kaum. Justeru, BBSN yang diisi dengan pel- bagai kegiatan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan memantapkan sikap positif ter- hadap bahasa kebangsaan dalam kalangan anggota masyarakat. Sepanjang BBSN 2008, pelbagai kegiatan dilaksanakan di seluruh negara. Kegiatan Jerayawara yang diadakan di Lahad Datu pada 18 Oktober yang lalu telah membuka tirai sambutan BBSN di Sabah. Jerayawara diisi dengan kegiat- an Bicara Bahasa, Pertandingan Pantas Jawi, dan Malam Apresiasi Puisi. Jerayawara yang berkonsep- kan pemimpin bersama-sama rak- yat dalam memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan ini mem- perlihatkan iltizam dan sokongan padu pemimpin. Kegiatan lain yang turut diada- kan sebagai pengisian sambutan BBSN pada tahun ini ialah Ekspo BBSN yang diadakan pada 24 hing- ga 26 Oktober yang lalu di Centre Point, Kota Kinabalu, Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan di Dewan Besar, DBP Cawangan Sabah dan Larian BBSN yang diadakan pada 27 Oktober yang lalu. MUNSYI Dalam konteks rasmi, sapaan yang betul ialah Tuan atau Puan. Barulah berbudi bahasa. Pak cik, sila ambil nombor dahulu sebelum mendaftar. Penulis: Hatta Azad Khan Penerbit: DBP Harga Buku: RM50.00 Tiga Teater Muzikal memaparkan “Muzikal KL”, “Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu” dan “Semimuzikal RAM” karya terbaru Hatta Azad Khan. Teater muzikal ini menggarap pelbagai tema dan kritik sosial yang disulami unsur humor. Hatta Azad Khan bijak menggunakan kata-kata yang lucu tetapi bermakna dan segar, sekali gus mengangkat pemikiran khalayak. Kejayaan beliau mengangkat karya-karyanya sangat memberi kesan terhadap perkem- bangan genre drama, teater dan filem Melayu. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Koperasi DBP Bhd. dengan menghubungi talian 03-21481222/21481352/21481296/2148 5869/21433505/ 21433504. Bil: 54 RABU, 19 NOVEMBER 2008 MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel- bagai masalah penggunaan baha- sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing- an dan bengkel penulisan/pe- nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca- rian pantun dan biodata penulis/ penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe- rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber- kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak- tiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my TIGA TEATER MUZIKAL Teater 'Monolog Sang Serigala' Muka 11 Muka 12 Penggunaan Bahasa Berkualiti Diiktiraf Oleh Zubaidi Abas Semarak BBSN di Sabah PERSEMBAHAN perpaduan oleh masyarakat majmuk. MAJLIS pelancaran BBSN 2008 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Upload: lyquynh

Post on 05-May-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muka 11 Muka 12 Semarak BBSN di Sabah - dbp.gov.my · naga dan melibatkan seluruh anggota masyarakat pada semua peringkat ini diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan mem- perteguh

BH PILIH L1 19 emel

Sabah menjadi tuan rumah pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN)

Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Majlis pelancaran disempur-nakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Penglima Haji Ahmadshah Abdullah, pada 24 Oktober lalu, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh tetamu kehor-mat Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

BBSN yang menggembleng te-naga dan melibatkan seluruh anggota masyarakat pada semua peringkat ini diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan mem-perteguh perpaduan bangsa melalui bahasa dan sastera. Pada tahun ini, BBSN memasuki usia yang kesepuluh tahun. Sejarahnya bermula dengan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah berlangsung di seluruh negara dari tahun 1960 hingga 1966. Pada waktu itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berusaha mengisi semangat dan janji “Bahasa Jiwa Bangsa”. Walaupun lebih lima de-kad bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan, semangat ini perlu sentiasa dihidupkan untuk mengingatkan masyarakat ten-tang kekuatan bahasa Melayu dan peri pentingnya bahasa itu dalam kehidupan masyarakat yang pel-bagai latar agama, budaya, dan bahasa.

Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan majlis pelancaran pada kali ini termasuklah, lafaz ikrar Sumpah Setia Bahasa diketuai oleh Timbalan Setia-usaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), Datuk Maznah Ghani. Majlis pelancaran tersebut turut diisi dengan deklamasi puisi oleh Aninah Menjan yang pernah menjuarai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri, persembahan koir oleh pe-latih Institut Perguruan Gaya dan persembahan Bahasa Berirama oleh pelajar SM St. Francis Convent. Persembahan khas ber-temakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dipersembahkan dengan gabung-an lagu rakyat, syair dan pantun, serta persembahan artis undang-an seperti Ramli Sarip, Felix, Abu Bakar Ellah, Nurul Fadzilah

Nordin, dan artis Lembaga Kebu-dayaan.

Selama ini, dalam keduduk-annya sebagai bahasa kebang-saan, bahasa Melayu telah dapat memenuhi fungsinya dengan baik sebagai bahasa perpaduan, dalam memupuk dan meningkatkan kese-fahaman dan menyuburkan rasa kebersamaan sesama anggota masyarakat. Bahasa kebangsaan telah berupaya membina ikatan yang kukuh dalam kesatuan dan kebersamaan antara sesama ang-gota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum, dan budaya.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu tidak harus ber-diri tegak sebagai lambang sema-ta-mata, tetapi benar-benar dapat berfungsi sebagai lambang jati diri bangsa dan negara, alat perhubung-an dan perpaduan kaum. Justeru, BBSN yang diisi dengan pel-bagai kegiatan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan memantapkan sikap positif ter-hadap bahasa kebangsaan dalam kalangan anggota masyarakat.

Sepanjang BBSN 2008, pelbagai kegiatan dilaksanakan di seluruh negara. Kegiatan Jerayawara yang diadakan di Lahad Datu pada 18

Oktober yang lalu telah membuka tirai sambutan BBSN di Sabah. Jerayawara diisi dengan kegiat-an Bicara Bahasa, Pertandingan Pantas Jawi, dan Malam Apresiasi Puisi. Jerayawara yang berkonsep-kan pemimpin bersama-sama rak-yat dalam memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan ini mem-perlihatkan iltizam dan sokongan padu pemimpin.

Kegiatan lain yang turut diada-kan sebagai pengisian sambutan BBSN pada tahun ini ialah Ekspo BBSN yang diadakan pada 24 hing-ga 26 Oktober yang lalu di Centre Point, Kota Kinabalu, Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan di Dewan Besar, DBP Cawangan Sabah dan Larian BBSN yang diadakan pada 27 Oktober yang lalu.

MUNSYI

Dalam konteks rasmi, sapaanyang betul ialah Tuan atau Puan.

Barulah berbudi bahasa.

Pak cik, sila ambil nombordahulu sebelum mendaftar.

Penulis: Hatta Azad Khan Penerbit: DBP Harga Buku: RM50.00

Tiga Teater Muzikal memaparkan “Muzikal KL”, “Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu” dan “Semimuzikal RAM” karya terbaru Hatta Azad Khan. Teater muzikal ini menggarap pelbagai tema dan kritik sosial yang disulami unsur humor.

Hatta Azad Khan bijak menggunakan kata-kata yang lucu tetapi bermakna dan segar, sekali gus mengangkat pemikiran khalayak. Kejayaan beliau mengangkat karya-karyanya sangat memberi kesan terhadap perkem-bangan genre drama, teater dan filem Melayu.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Koperasi DBP Bhd. dengan menghubungi talian 03-21481222/21481352/21481296/21485869/21433505/ 21433504.

Bil: 54 RABU, 19 NOVEMBER 2008

MESTI BELI... TERBAHARUDI PASARAN

Menawarkan:

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel-bagai masalah penggunaan baha-sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa.

Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing-an dan bengkel penulisan/pe-nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca-rian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe-rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber-kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak-tiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Tiga TeaTer Muzikal

Teater 'MonologSang Serigala' Muka 11 Muka 12

Penggunaan BahasaBerkualiti Diiktiraf

Oleh Zubaidi Abas

Semarak BBSN di Sabah

PERSEMBAHAN perpaduan oleh masyarakat majmuk.

MAJLIS pelancaran BBSN 2008 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.