sastera penggerak bahasa - dbp.gov.my moden, novel, ... bengkel guru komsas timur bh pilih l10 17...

1
“B engkel Guru Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) Peringkat Zon Timur mengapresiasikan puisi Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said kepada 100 orang guru sekolah rendah dan menengah sekitar negeri Pahang. Bengkel selama empat hari yang bermula pada 27 hingga 30 Ogos lalu telah diadakan di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Dalam ceramah motivasi ber- tajuk “Pembinaan Negara Bangsa melalui Kesusasteraan”, beliau juga turut mendeklamasikan puisi- nya “Malam Merdeka” yang menga- jak khalayak merasai kenikmatan dan kepuasan yang dirasai pejuang yang menuntut kemerdekaan tanah air apabila negara terbebas daripada cengkaman penjajah. Jerit kemerdekaan sesasa peluru pekikan wira waja selesai beradu; tindakannya setajam dan sekebal kubu, bertunjang pada jantung yang penuh berani, dan berakar kasih tulus demi pertiwi. Bengkel yang diadakan untuk guru sekolah menengah ini mem- berikan tumpuan kepada pengha- yatan puisi dan prosa tradisional, puisi moden, novel, cerpen dan drama. Mereka didedahkan de- ngan pelbagai genre, memahami pemikiran dan estetika teks yang dipilih, penulisan dan penghasil- an teks yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan serta teknik persembahan. Di samping pendedahan tentang kaedah mem- persembahkan genre tersebut dengan cara yang menarik dan tidak membosankan, guru sekolah rendah pula diberi penekanan mengenai tatabahasa dan teknik bercerita. Pada akhir bengkel, peserta berpeluang menampilkan bakat dan menyampaikan persem- bahan sebagai satu manifestasi penghayatan sastera. Bengkel ini merupakan bengkel kesembilan yang menjadi peleng- kap siri bengkel untuk tahun 2007. Lapan bengkel lain dilaksanakan di lima zon, iaitu utara, selatan, tengah, timur, wilayah perseku- tuan dan Sarawak yang bermula pada 3 April lalu diadakan di Institut Perguruan Perlis (IPP), Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang (PSPP), Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sembilan (PSPN), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) dan Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO). DBP melalui fungsi Pema- syarakatan Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA) yang bertanggungja- wab dalam membina dan mengem- bangkan kesusasteraan tanah air mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) bagi menganjurkan bengkel yang diada- kan sejak tahun lalu. Bengkel yang disertai oleh 900 orang guru ini berjaya menyun- tik semangat dan kesedaran kepada para guru agar mendidik pelajar menghayati dan meng- hargai karya sastera dan budaya yang membentuk identiti bangsa Malaysia. Selain itu juga, bengkel ini sebagai panduan mempelbagaikan cara pengajaran dalam kelas untuk menarik pelajar supaya meminati sastera dan rajin membaca. Di samping berpeluang berkongsi pengalaman penulisan, golongan pendidik juga dapat mengenali lebih dekat lagi tokoh sasterawan terbabit. Dalam jangka masa lima tahun, program ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada kecemerlangan mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA Bengkel Guru Komsas Timur BH PILIH L10 17 emel D alam Pedoman yang lalu, telah dibincangkan tentang gaya bahasa asonansi dan aliterasi, iaitu perulangan pada bunyi huruf vokal dan huruf konso- nan. Dalam keluaran ini, kita akan meneliti pula satu lagi gaya bahasa perulangan yang popular dalam penulisan puisi. Gaya bahasa terse- but dikenali sebagai anafora. Anafora ialah gaya bahasa yang mengulangi satu perkataan atau lebih pada awal baris sesebuah puisi secara berurutan. Jika pada aliterasi dan ason- ansi, perulangan yang dilakukan untuk mewujudkan kesan bunyi, maka dalam anafora, perulangan sesuatu perkataan juga boleh men- imbulkan kesan bunyi. Sebagai contoh, petikan puisi karya Sasterawan Negara (SN) Usman Awang di bawah yang berjudul “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya”. Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung- burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang. Perulangan “selamat tinggal” dalam puisi tersebut terasa har- moni kerana secara tidak lang- sung ia menimbulkan kesan bunyi yang sama. Kalau pada aliterasi dan asonansi yang diberi tekanan adalah persamaan atau perulan- gan bunyi, maka pada anafora yang ditekankan adalah persa- maan atau perulangan kata, dan tentunya sekali gus persamaan bunyi. Sebuah lagi puisi daripada SN Usman Awang yang menggunakan gaya bahasa anafora dalam puis- inya “Guru O Guru”. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. Apakah kesan yang kita dapat setelah membaca puisi di atas? Tentu sahaja satu kesan keindahan bunyi. Selain itu, jika kita membaca keseluruhan sajak ini, kita akan dapati suatu kesan retorik yang sekali gus dapat menegaskan mak- sud yang ingin di sampaikan oleh SN Usman Awang tentang peranan dan jasa seorang guru. Begitulah, antara fungsi anafora dalam penulisan sesebuah puisi. Penyair yang bijak memanfaatkan gaya bahasa ini bukan sahaja dapat menguatkan pernyataan maksud yang ingin disampaikan tetapi dapat memujuk atau mempe- ngaruhi pemikiran pendengar atau pembacanya. (bersambung...) Anafora Oleh Saifullizan Yahaya Oleh Zahrah Ibrahim PEDOMAN SASTERA M elalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, pukul 5.15 hingga 6.00 petang, rancang- an Rampai Budaya: Kayanya Bahasa Kita ke udara. Rancangan yang memper- kenalkan dialek Kelantan yang digunakan dalam komunikasi sosial ini bertujuan untuk men- dapatkan maklumat penggunaan dialek dan maknanya daripada penduduk di negeri Kelantan. Melalui rancangan ini, satu perkataan diperkenalkan pada setiap rancangan manakala pen- dengar berpeluang memberikan maklum balas mengenai maksud dialek dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Rancangan ini dikendalikan oleh dua orang Munsyi Dewan, iaitu Tuan Haji Mohamed Haron dan Encik Abdullah Yassin. Sejak ke udara, rancangan ini berjaya memperkenalkan dan mengumpulkan lebih kurang 300 patah perkataan popular yang sering digunakan. Antara perkataan tersebut ialah bojeng yang bermaksud ‘gaya rambut’, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan), papah (guntingan pendek rambut), irek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah) dan gelap gelemak (hitam yang amat sangat). Rancangan yang diusa- hakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman gene- rasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digu- nakan tetapi juga dapat me- ngumpulkan kata dialek yang memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Rampai Budaya: Kayanya Bahasa Kita AKTIVITI BAHASA SERIUS: Penyampaian peserta Oleh Basirah Arifin AKTIVITI SASTERA CERIA: Mohamed Haron ketika mengendalikan rancangan Rampai Budaya di studio penyiaran Kelantan FM.

Upload: hoangthu

Post on 17-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA - dbp.gov.my moden, novel, ... Bengkel Guru Komsas Timur BH PILIH L10 17 emel D alam Pedoman yang lalu, telah dibincangkan tentang gaya bahasa asonansi dan

“Bengkel Guru Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu (Komsas) Peringkat Zon Timur mengapresiasikan puisi Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said kepada 100 orang guru sekolah rendah dan menengah sekitar negeri Pahang. Bengkel selama empat hari yang bermula pada 27 hingga 30 Ogos lalu telah diadakan di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Dalam ceramah motivasi ber­tajuk “Pembinaan Negara Bangsa melalui Kesusasteraan”, beliau juga turut mendeklamasikan puisi­nya “Malam Merdeka” yang menga­jak khalayak merasai kenikmatan dan kepuasan yang dirasai pejuang yang menuntut kemerdekaan tanah air apabila negara terbebas daripada cengkaman penjajah.

Jerit kemerdekaan sesasa peluru pekikan wira waja selesai

beradu; tindakannya setajam dan sekebal kubu, bertunjang pada jantung yang penuh berani, dan berakar kasih tulus demi pertiwi. Bengkel yang diadakan untuk

guru sekolah menengah ini mem­berikan tumpuan kepada pengha­yatan puisi dan prosa tradisional, puisi moden, novel, cerpen dan drama. Mereka didedahkan de­ngan pelbagai genre, memahami pemikiran dan estetika teks yang dipilih, penulisan dan penghasil­an teks yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan serta teknik persembahan. Di samping pendedahan tentang kaedah mem­persembahkan genre tersebut dengan cara yang menarik dan tidak membosankan, guru sekolah rendah pula diberi penekanan

mengenai tatabahasa dan teknik bercerita. Pada akhir bengkel, peserta berpeluang menampilkan bakat dan menyampaikan persem­bahan sebagai satu manifestasi penghayatan sastera.

Bengkel ini merupakan bengkel kesembilan yang menjadi peleng­kap siri bengkel untuk tahun 2007. Lapan bengkel lain dilaksanakan di lima zon, iaitu utara, selatan, tengah, timur, wilayah perseku­tuan dan Sarawak yang bermula pada 3 April lalu diadakan di Institut Perguruan Perlis (IPP), Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang (PSPP), Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sembilan (PSPN), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) dan Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO).

DBP melalui fungsi Pema­ syarakatan Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak­kanak dan Remaja (PURNAMA) yang bertanggungja­wab dalam membina dan mengem­bangkan kesusasteraan tanah air

mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) bagi menganjurkan bengkel yang diada­kan sejak tahun lalu.

Bengkel yang disertai oleh 900 orang guru ini berjaya menyun­tik semangat dan kesedaran kepada para guru agar mendidik pelajar menghayati dan meng­hargai karya sastera dan budaya yang membentuk identiti bangsa Malaysia.

Selain itu juga, bengkel ini sebagai panduan mempelbagaikan cara pengajaran dalam kelas untuk menarik pelajar supaya meminati sastera dan rajin membaca. Di samping berpeluang berkongsi pengalaman penulisan, golongan pendidik juga dapat mengenali lebih dekat lagi tokoh sasterawan terbabit.

Dalam jangka masa lima tahun, program ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada kecemerlangan mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Bengkel Guru Komsas Timur

BH PILIH L10 17 emel

Dalam Pedoman yang lalu, telah dibincangkan tentang gaya bahasa asonansi dan

aliterasi, iaitu perulangan pada bunyi huruf vokal dan huruf konso­nan. Dalam keluaran ini, kita akan meneliti pula satu lagi gaya bahasa perulangan yang popular dalam penulisan puisi. Gaya bahasa terse­but dikenali sebagai anafora.

Anafora ialah gaya bahasa yang mengulangi satu perkataan atau lebih pada awal baris sesebuah puisi secara berurutan.

Jika pada aliterasi dan ason­ansi, perulangan yang dilakukan untuk mewujudkan kesan bunyi, maka dalam anafora, perulangan sesuatu perkataan juga boleh men­imbulkan kesan bunyi.

Sebagai contoh, petikan puisi karya Sasterawan Negara (SN) Usman Awang di bawah yang berjudul “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya”.

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awanSelamat tinggal matariselamat tinggal bulanSelamat tinggal kupu-kupu

sayangSelamat tinggal wahai burung-

burung bersarangSelamat tinggal anak-anak bermain riang.

Perulangan “selamat tinggal” dalam puisi tersebut terasa har­moni kerana secara tidak lang­sung ia menimbulkan kesan bunyi yang sama. Kalau pada aliterasi dan asonansi yang diberi tekanan adalah persamaan atau perulan­gan bunyi, maka pada anafora yang ditekankan adalah persa­maan atau perulangan kata, dan tentunya sekali gus persamaan bunyi.

Sebuah lagi puisi daripada SN Usman Awang yang menggunakan gaya bahasa anafora dalam puis­inya “Guru O Guru”.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Apakah kesan yang kita dapat

setelah membaca puisi di atas? Tentu sahaja satu kesan keindahan bunyi.

Selain itu, jika kita membaca keseluruhan sajak ini, kita akan dapati suatu kesan retorik yang sekali gus dapat menegaskan mak­sud yang ingin di sampaikan oleh SN Usman Awang tentang peranan dan jasa seorang guru.

Begitulah, antara fungsi anafora dalam penulisan sesebuah puisi. Penyair yang bijak memanfaatkan gaya bahasa ini bukan sahaja dapat menguatkan pernyataan maksud yang ingin disampaikan tetapi dapat memujuk atau mempe­ngaruhi pemikiran pendengar atau pembacanya.(bersambung...)

AnaforaOleh Saifullizan Yahaya

Oleh Zahrah Ibrahim

PEDOMAN SASTERA

Melalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, pukul 5.15

hingga 6.00 petang, rancang­an Rampai Budaya: Kayanya Bahasa Kita ke udara.

Rancangan yang memper­kenalkan dialek Kelantan yang digunakan dalam komunikasi sosial ini bertujuan untuk men­dapatkan maklumat penggunaan dialek dan maknanya daripada penduduk di negeri Kelantan.

Melalui rancangan ini, satu perkataan diperkenalkan pada setiap rancangan manakala pen­dengar berpeluang memberikan maklum balas mengenai maksud dialek dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Rancangan ini dikendalikan oleh dua orang Munsyi Dewan,

iaitu Tuan Haji Mohamed Haron dan Encik Abdullah Yassin.

Sejak ke udara, rancangan ini berjaya memperkenalkan dan mengumpulkan lebih kurang 300 patah perkataan popular yang sering digunakan. Antara perkataan tersebut ialah bojeng yang bermaksud ‘gaya rambut’, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan), papah (guntingan pendek rambut), irek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah) dan gelap gelemak (hitam yang amat sangat).

Rancangan yang diusa­hakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman gene­rasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digu­nakan tetapi juga dapat me­ngumpulkan kata dialek yang memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Rampai Budaya:Kayanya Bahasa Kita

AKTIVITI BAHASA

SERIUS: Penyampaian peserta

Oleh Basirah Arifin

AKTIVITI SASTERA

CERIA: Mohamed Haron ketika mengendalikan rancangan Rampai Budaya di studio penyiaran Kelantan FM.