halaman tiga jubli emas - dbp.gov.my · dan cabarannya semakin sukar, namun dbp punya pengalaman...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 Halaman Tiga S aya ingin mengajak warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melihat ke hadapan dengan langkah berani dan yakin. Bagi saya DBP akan mengha- dapi cabaran yang lebih besar dalam usaha- nya untuk membina dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Dalam asakan globalisasi dan dunia tanpa sem- padan ini, DBP harus bersedia mengubah- suai pendekatannya tanpa mengorbankan matlamat asal penubuhannya. Saya berpendapat bahawa tugas “penye- garan” seperti yang dinyatakan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein itu tidak terhenti setakat memberikan wajah dan citra dalam perjuangan yang dituntut oleh bangsa dan negara dewasa ini. Proses itu juga membabitkan orientasi baharu golongan muda pelbagai kaum, agar turut menganggap organisasi ini sebagai seba- hagian daripada milik mereka. DBP telah membina generasi karyawan, penulis, budayawan dan ilmuwan sejak lima dekad yang lalu. Kelangsungan DBP juga bergantung pada generasi pelapis yang dapat memberikan dinamisme pada usaha pembinaan bahasa, sastera dan tradisi keil- muan. Oleh itu, DBP harus “mendekatkan” dirinya agar mudah didampingi dan menjadi tempat bercambahnya kegiatan keilmuan dan bersemaraknya kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan. Lebih penting lagi, DBP sendiri harus sentiasa relevan kerana makna kehadiran- nya juga ditentukan oleh pandangan orang ramai terhadapnya. DBP tidak boleh ber- bangga dengan pencapaiannya setakat ini sahaja tetapi harus menjadi mercu tanda baharu kecemerlangan, terutama dalam industri buku negara, khususnya dalam bahasa Melayu. Oleh itu, DBP harus men- jadi penanda aras kualiti penerbitan dalam dunia perbukuan. Walaupun jalannya masih jauh berliku, dan cabarannya semakin sukar, namun DBP punya pengalaman dan sejarah dapat mengharung cabaran walau sebesar mana pun. Saya berharap DBP akan terus men- jadi lambang kemegahan dan kejayaan negara ini. DBP harus menjadi sebahagian daripada proses pembinaan sebuah negara yang beridentiti dan berwibawa. DATUK JOHAN JAAFFAR Pengerusi Lembaga Pengelola DBP http://www.dbp.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka Jubli Emas Jubli Emas Oleh Suria Janib “S esebuah negara tidak akan berdaya mapan dan maju sekiranya lelaki dan wanita tidak bersama-sama berganding bahu menjayakan program pembangunan negara.” Demikian dinyatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Y. Bhg. Dato’ Dr. Norraesah Mohamad semasa memberikan ucap utama dalam majlis Dialog Dewan Masyarakat Siri 1: “Wanita : Peranan dan Cabaran dalam RMK-9”. Dialog dianjurkan oleh Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 Mei lalu, sempena Sambutan Jubli Emas DBP dan ulang tahun penerbitan majalah Dewan Masyarakat yang ke- 43 tahun. Beliau menegaskan, sumbang- an dan penyertaan wanita yang serius menunjukkan peningkatan yang tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dunia. Peningkatan ini tidak dapat dielakkan memandang- kan perubahan yang berlaku dalam landskap sosioekonomi yang berasas- kan ilmu sebagai aset pengeluaran tanpa mengira faktor jantina sebagai halangan. “Wanita sebagai modal insan menjadi aset pengeluaran yang penting. Isu kesaksamaan jantina tidak lagi dijadikan bahan gurauan antara lelaki dengan wanita,” kata Norraesah yang juga Pengerusi Eksekutif Embunaz Ventures Sdn. Bhd. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), penyertaan wanita dalam pembangunan sosio- ekonomi negara akan diperting- katkan. Tekanan akan diberikan bagi membolehkan wanita meng- optimumkan potensi dan men- jadi rakan kongsi dalam pemba- ngunan ini. RMK-9 memberikan peluang kepada wanita melebarkan keupayaan dalam bidang pernia- gaan dan keusahawanan. Dialog ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Noraini Ahmad sebagai pengerusi, dan dua orang ahli panel, Profesor Dr. Norma Mansor dari Universiti Malaya, dan Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia. Dr. Norma banyak menyentuh peluang wanita sebagai tenaga buruh dan cabaran yang terpaksa ditempuh pada masa akan datang, terutama dalam RMK-9. Yang mena- riknya, menurut beliau, “wanita hidup enam tahun lebih lama dari- pada lelaki, dan lagi lama wanita hidup, lagi banyak cabaran yang dihadapinya”. Dr. Sivamurugan turut memberi- kan kupasan yang menarik ber- hubung isu ini. Katanya, “penyer- taan wanita dalam bidang politik dan kuasa kepemimpinan kurang menyerlah kerana masyarakat masih belum bersedia menerima wanita sebagai pemimpin seperti, perdana menteri wanita”. Tambahnya, takrif “Perdana Men- teri wanita” perlu didefinisikan semu- la untuk keperluan pembangunan negara. Dialog ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pengarah DBP, Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah dan beberapa orang kenamaan yang lain. Siri 2 Dialog Dewan Masyarakat akan diadakan pada bulan September. Penyertaan dibuka kepada orang ramai. DARI MEJA PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA Dialog Dewan Masyarakat Sempena Jubli Emas DBP WACANA DEWAN MASYARAKAT M elestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu merupakan tanggungjawab setiap warga setia Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertindak sebagai pemangkin dan penjana untuk mengembangkan lagi kosa kata dan sastera bangsa. Dalam usia selama lima dasa- warsa, institusi negara ini telah bekerja keras melaksanakan tugas yang diamanahkan dan adalah diharapkan usaha mendaulatkan dan menyemarakkan bahasa kebangsaan akan terus didukung sepenuhnya oleh rakyat dan masyarakat. Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHAMED YASSIN Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Ketujuh (November 2002 – Oktober 2005) SEKAPUR SIRIH DARIPADA MANTAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA K epantasan perubahan dunia pada zaman ini yang dipacu oleh teknologi maklumat dan proses globalisasi menggu- gat semua aspek kehidupan. Kita dibawa arus mengejar kemajuan sehingga hilang punca dan jati diri. Bahasa Melayu yang dahu- lunya merupakan asas perjuangan kemerdekaan dan pembinaan negara bangsa sudah mula kehi- langan tempat. Setelah 50 tahun kewujudannya DBP harus bekerja keras untuk terus relevan agar dapat mengem- balikan kesedaran semua pihak untuk mempertahankan kedu- dukan bahasa Melayu sebagaimana yang diamanahkan oleh pejuang- pejuang kebangsaan terdahulu. Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. DATO’ HJ. ABDUL RAHIM HJ. ABU BAKAR Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Keenam (Oktober 1986 – Oktober 2002) Dato’ Dr. Norraesah Mohamad BH PILIH L3 21 [emel] S uatu bangsa yang ber- daulat dan bermaruah mempunyai bahasa yang berdaulat dan bermaruah jua. Bahasa itu pula bukan sekadar menjadi bahasa komunikasi dalam pelbagai bidang tetapi harus jua berkembang seiring dengan tuntutan masa dan per- edaran zaman. Dengan ini barulah bahasa itu dapat mendorong kemajuan sesuatu bangsa dan bergerak seiring dengan bangsa yang maju itu. Warga DBP telah menun- jukkan keupayaan mengem- bangkan bahasa Melayu se- hingga menjadi bahasa kebang- saan yang boleh dibanggakan hari ini. Walaupun kadangkala digegarkan oleh tuntutan masa dan peredaran zaman, namun saya yakin warga DBP tidak mudah luntur semangat untuk terus berusaha merealisasikan impian supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang maju dalam semua bidang, sesuai sepanjang zaman dan mekar menjadi jiwa bangsa Malaysia. Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. TAN SRI DATO’ SERI MUSA MOHAMAD Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Kelima (Julai 1983 – Jun 1986) 21SH003A.indd 2 6/21/06 12:14:18 AM

Upload: others

Post on 10-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Halaman Tiga Jubli Emas - dbp.gov.my · dan cabarannya semakin sukar, namun DBP punya pengalaman dan sejarah dapat mengharung cabaran walau sebesar mana pun. Saya berharap DBP akan

BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 Halaman Tiga

Saya ingin mengajak warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melihat ke hadapan dengan langkah berani

dan yakin. Bagi saya DBP akan mengha­dapi cabaran yang lebih besar dalam usaha­nya untuk membina dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Dalam asakan globalisasi dan dunia tanpa sem­padan ini, DBP harus bersedia mengubah­suai pendekatannya tanpa mengorbankan matlamat asal penubuhannya. Saya berpendapat bahawa tugas “penye­garan” seperti yang dinyatakan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein itu tidak terhenti setakat memberikan wajah dan citra dalam perjuangan yang dituntut oleh bangsa dan negara dewasa ini. Proses itu juga membabitkan orientasi baharu golongan muda pelbagai kaum, agar turut

menganggap organisasi ini sebagai seba­hagian daripada milik mereka. DBP telah membina generasi karyawan, penulis, budayawan dan ilmuwan sejak lima dekad yang lalu. Kelangsungan DBP juga bergantung pada generasi pelapis yang dapat memberikan dinamisme pada usaha pembinaan bahasa, sastera dan tradisi keil­muan. Oleh itu, DBP harus “mendekatkan” dirinya agar mudah didampingi dan menjadi tempat bercambahnya kegiatan keilmuan dan bersemaraknya kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan. Lebih penting lagi, DBP sendiri harus sentiasa relevan kerana makna kehadiran­nya juga ditentukan oleh pandangan orang ramai terhadapnya. DBP tidak boleh ber­bangga dengan pencapaiannya setakat ini sahaja tetapi harus menjadi mercu tanda

baharu kecemerlangan, terutama dalam industri buku negara, khususnya dalam bahasa Melayu. Oleh itu, DBP harus men­jadi penanda aras kualiti penerbitan dalam dunia perbukuan. Walaupun jalannya masih jauh berliku, dan cabarannya semakin sukar, namun DBP punya pengalaman dan sejarah dapat mengharung cabaran walau sebesar mana pun. Saya berharap DBP akan terus men­jadi lambang kemegahan dan kejayaan negara ini. DBP harus menjadi sebahagian daripada proses pembinaan sebuah negara yang beridentiti dan berwibawa.

DATUKJOHANJAAFFAR

PengerusiLembagaPengelolaDBP

http://www.dbp.gov.my

Dewan Bahasa dan PustakaDewan Bahasa dan PustakaJubli EmasJubli Emas

Oleh Suria Janib

“Sesebuah negara tidak akan berdaya mapan dan maju sekiranya lelaki dan wanita

tidak bersama­sama berganding bahu menjayakan program pembangunan negara.” Demikian dinyatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Y. Bhg. Dato’ Dr. Norraesah Mohamad semasa memberikan ucap utama dalam majlis Dialog Dewan Masyarakat Siri 1: “Wanita : Peranan dan Cabaran dalam RMK­9”. Dialog dianjurkan oleh Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 Mei lalu, sempena Sambutan Jubli Emas DBP dan ulang tahun penerbitan majalah Dewan Masyarakat yang ke­43 tahun.

Beliau menegaskan, sumbang­an dan penyertaan wanita yang serius menunjukkan peningkatan yang tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dunia. Peningkatan ini tidak dapat dielakkan memandang­kan perubahan yang berlaku dalam landskap sosioekonomi yang berasas­kan ilmu sebagai aset pengeluaran tanpa mengira faktor jantina sebagai halangan.

“Wanita sebagai modal insan menjadi aset pengeluaran yang penting. Isu kesaksamaan jantina tidak lagi dijadikan bahan gurauan antara lelaki dengan wanita,” kata Norraesah yang juga Pengerusi Eksekutif Embunaz Ventures Sdn. Bhd.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK­9), penyertaan wanita dalam pembangunan sosio­

ekonomi negara akan diperting­katkan. Tekanan akan diberikan bagi membolehkan wanita meng­optimumkan potensi dan men­jadi rakan kongsi dalam pemba­ngunan ini. RMK­9 memberikan peluang kepada wanita melebarkan keupayaan dalam bidang pernia­gaan dan keusahawanan.

Dialog ini turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Noraini Ahmad sebagai pengerusi, dan dua orang ahli panel, Profesor Dr. Norma Mansor dari Universiti Malaya, dan Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia.

Dr. Norma banyak menyentuh peluang wanita sebagai tenaga buruh dan cabaran yang terpaksa ditempuh pada masa akan datang, terutama dalam RMK­9. Yang mena­

riknya, menurut beliau, “wanita hidup enam tahun lebih lama dari­pada lelaki, dan lagi lama wanita hidup, lagi banyak cabaran yang dihadapinya”.

Dr. Sivamurugan turut memberi­kan kupasan yang menarik ber­hubung isu ini. Katanya, “penyer­taan wanita dalam bidang politik dan kuasa kepemimpinan kurang menyerlah kerana masyarakat masih belum bersedia menerima wanita sebagai pemimpin seperti, perdana menteri wanita”.

Tambahnya, takrif “Perdana Men­teri wanita” perlu didefinisikan semu­la untuk keperluan pembangunan negara.

Dialog ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pengarah DBP, Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah

dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Siri2DialogDewan Masyarakatakan diadakan pada bulanSeptember. Penyertaan dibukakepadaorangramai.

DARI MEJA PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA

Dialog Dewan Masyarakat Sempena Jubli Emas DBPWACANA DEWAN MASYARAKAT

Melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu merupakan

tanggungjawab setiap warga setia Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertindak sebagai pemangkin dan penjana untuk mengembangkan lagi kosa kata dan sastera bangsa.

Dalam usia selama lima dasa­warsa, institusi negara ini telah bekerja keras melaksanakan tugas yang diamanahkan dan adalah diharapkan usaha mendaulatkan

dan menyemarakkan bahasa kebangsaan akan terus didukung sepenuhnya oleh rakyat dan masyarakat.

Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.

TANSRiKAmARULARiFFiNmOHAmeDYASSiN

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Ketujuh

(November 2002 – Oktober 2005)

SEKAPUR SIRIH DARIPADA MANtAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA

Kepantasan perubahan dunia pada zaman ini yang dipacu oleh teknologi maklumat

dan proses globalisasi menggu­gat semua aspek kehidupan. Kita dibawa arus mengejar kemajuan sehingga hilang punca dan jati diri. Bahasa Melayu yang dahu­lunya merupakan asas perjuangan kemerdekaan dan pembinaan negara bangsa sudah mula kehi­langan tempat.

Setelah 50 tahun kewujudannya DBP harus bekerja keras untuk

terus relevan agar dapat mengem­balikan kesedaran semua pihak untuk mempertahankan kedu­dukan bahasa Melayu sebagaimana yang diamanahkan oleh pejuang­pejuang kebangsaan terdahulu.

Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.

DATO’HJ.ABDULRAHim

HJ.ABUBAKARPengerusi Lembaga Pengelola

DBP Keenam(Oktober 1986 – Oktober 2002)

Dato’ Dr. Norraesah Mohamad

BH PILIH L3 21 [emel]

Suatu bangsa yang ber­daulat dan bermaruah mempunyai bahasa yang

berdaulat dan bermaruah jua. Bahasa itu pula bukan sekadar menjadi bahasa komunikasi dalam pelbagai bidang tetapi harus jua berkembang seiring dengan tuntutan masa dan per­edaran zaman. Dengan ini barulah bahasa itu dapat mendorong kemajuan sesuatu bangsa dan bergerak seiring dengan bangsa yang maju itu.

Warga DBP telah menun­jukkan keupayaan mengem­bangkan bahasa Melayu se­hingga menjadi bahasa kebang­saan yang boleh dibanggakan hari ini. Walaupun kadangkala digegarkan oleh tuntutan masa dan peredaran zaman, namun saya yakin warga DBP tidak mudah luntur semangat untuk terus berusaha merealisasikan impian supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang maju dalam semua bidang, sesuai

sepanjang zaman dan mekar menjadi jiwa bangsa Malaysia.

Selamat menyambut Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.

TANSRiDATO’SeRimUSAmOHAmAD

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Kelima

(Julai 1983 – Jun 1986)

21SH003A.indd 2 6/21/06 12:14:18 AM