iso - apa anda perlu tahu

12
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN KORPORAT MS ISO 9001:2008 WARGA AADK APA YANG ANDA MESTI TAHU MENGENAI MS ISO 9001:2008 | 0

Upload: smithsgunner

Post on 24-Apr-2015

78 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

so

TRANSCRIPT

Page 1: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAANKEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN KORPORATMS ISO 9001:2008

WARGA AADK

APA YANG ANDA MESTI TAHUMENGENAI MS ISO 9001:2008

PERSPEKTIF AADK| 0

Page 2: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

VISI

MASYARAKAT MALAYSIA BEBASDARI DADAH

MISI

AGENSI UTAMA MEMERANGI DADAH

OBJEKTIF AADK

MENCEGAH SESEORANG DARI TERLIBAT DENGAN DADAH MERAWAT DAN MEMULIH PENAGIH DADAH MENCEGAH PENAGIHAN SEMULA MEMBANTERAS BEKALAN, PENGEDARAN DAN PENYALAHGUNAAN

DADAH

STRATEGI AADK

MENGHAPUSKAN PERMINTAAN DAN BEKALAN DADAH DALAM NEGARA MELALUI:

o PENCEGAHANo RAWATAN DAN PEMULIHANo PENGUATKUASAANo KERJASAMA ANTARABANGSA

KOD ETIKA AADK

Mendukung Visi dan Misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah

Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri

Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan

Bekerjasama dan berurusan secara profesional

Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

DASAR KUALITI AADK

| 1

Page 3: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

AADK komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkaitan Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan serta Pengesanan dan Pengawasan kepada pelanggan dengan lebih cekap dan berkesan sejajar dengan Visi dan Misi AADK

AADK hendaklah melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001:2008

OBJEKTIF KUALITI AADK

PENGURUSAN

o Mengagihkan waran peruntukan kepada PTJ dalam tempoh 14 hari selepas diluluskan

o Memastikan tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa dan pembayaran bil-bil dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan/invois diterima dengan lengkap

o Memastikan pengambilan/pengisian pegawai dan kakitangan AADK tidak kurang dari 80 peratus daripada jumlah perjawatan yang diluluskan

o Memastikan aduan masalah komputer diambil tindakan dalam tempoh 3 hari

o Memastikan setiap pegawai dan kakitangan AADK menghadiri kursus ataupun latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam masa setahun

PENGESANAN

o Memberi maklumbalas kepada segala aduan aktiviti berkaitan dadah berbahaya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh diterima

o Memastikan kertas siasatan dibuka dalam tempoh tiga (3) hari selepas aduan diterima

o Memastikan semakan dan maklumbalas ke atas pertuduhan, fakta kes dan dokumen-dokumen bagi satu kertas siasatan dalam tempoh tiga (3) hari

| 2

Page 4: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

PENCEGAHAN

o Membangun program pencegahan dadah sekurang-kurangnya satu program baru dalam tempoh tiga (3) tahun

Nota: Program secara pengendalian proses yang ditetapkan sahaja

o Melaksanakan program pencegahan dadah dalam tempoh enam (6) bulan selepas Projek Perintis diluluskan oleh stake holder

o Menjalankan sekurang-kurangnya 80 peratus program pencegahan di daerah sebagaimana yang dirancang dalam satu (1) tahun

RAWATAN DAN PEMULIHAN

o Meningkatkan tahap kejayaan kepulihan penagih melebihi 25 peratus untuk kes-kes di PUSPEN

o Menjalankan sekurang-kurangnya 80 peratus program rawatan dan pemulihan yang dirancang

o 80 peratus penghuni berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan di PUSPEN

| 3

Page 5: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

MS ISO 9001:2008WARGA AADK MESTI TAHU

Soalan 1 Apakah itu ISO?ISO ialah satu singkatan bukan akronim untuk International Organisation for Standardisation, sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di Negara masing-masing.

Soalan 2 Apakah itu MS ISO?Adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan perkhidmatan y ang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Soalan 3 Apakah itu MS ISO 9001 versi 2008?o Sistem kerja yang terancang berasaskan piawaian antarabangsa

versi 2008. Piawaian versi 2000 akan menjadi using pada 15 Disember 2010. Bagi sector awam, versi 2000 akan luput pada 31 Disember 2010.

o Piawaian ini menuntut bahawa Sistem Pengurusan Kualiti hendaklah mematuhi beberapa penekanan baru, seperti berikut: Komitmen Pengurusan Atasan Pengurusan sumber secara berterusan Fokus kepada penambahbaikan berterusan Penyelenggaraan infrastruktur Persekitaran kerja yang kondusif Pemantauan ke atas keberkesanan proses Kekesanan proses bagi mencapai matlamat organisasi Pematuhan sistem secara menyeluruh Fokus kepada memenuhi kepuasan hati pelanggan

Soalan 4 Apakah 8 prinsip Sistem Pengurusan Kualiti?1. Organisasi mengutamakan pelanggan2. Kepimpinan3. Penyertaan warga kerja secara menyeluruh4. Pendekatan sistem5. Pendekatan proses6. Penambahbaikan berterusan7. Membuat keputusan berasaskan fakta/data8. Kepentingan bersama dengan pembekal

Soalan 5 Mengapa MS ISO 9001:2008 dilaksanakan di AADK?MS ISO 9001:2008 dilaksanakan di AADK adalah bertujuan:

1. Membangunkan sistem kerja berasaskan piawaian antarabangsa MS ISO 9001:2008

2. Memastikan proses kerja diwujudkan dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

| 4

Page 6: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

3. Memastikan pelanggan diberi perkhidmatan yang terbaik dan mengurangkan rungutan ketidakpuasan hati pelanggan

4. Melaksanakan penambahbaikan secara berterusan

Soalan 6 Apakah faedah-faedah melaksanakan MS ISO 9001:2008?Antara faedah-faedah yang akan diperolehi AADK:

1. Sistem kerja AADK diiktiraf di peringkat antarabangsa2. Memberi keyakinan tambahan kepada pelanggan3. Memberi nilai tambah kepada amalan kerja sedia ada4. Meningkatkan keberkesanan sistem secara berterusan dan

mengurangkan karenah birokrasi5. Peluang bagi penambahbaikan dan menghayati Best Practice6. Jaminan kualiti terhadap produk dan perkhidmatan7. Mengurangkan rungutan pelanggan

Soalan 7 Apakah Proses Utama yang didaftarkan bagi Sistem Pengurusan Kualiti?

Proses utama yang didaftarkan bagi SPK AADK ialah Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan serta Pengesanan dan Pengawasan.

Soalan 8 Apakah Dasar Kualiti AADK?Rujuk m/s 2.

Soalan 9 Apakah Objektif Kualiti AADK?Rujuk m/s 2 – 3.

Soalan 10 Berapakah Prosedur Kualiti yang terdapat dalam SistemPengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 AADK?Terdapat 23 Prosedur Kualiti di bawah MS ISO 9001:2008 yang disedia dan disenggara oleh AADK (tidak termasuk 1 Manual Kualiti) iaitu terdiri daripada sembilan (6) Prosedur Kualiti (Operasi), 11 Prosedur Kualiti (Sokongan) dan enam (6) Prosedur Kualiti (Wajib). = 24

Prosedur Kualiti (Operasi) adalah seperti berikut:

Bil.

No. Rujukan Prosedur

Nama Prosedur Kualiti

1. PK(O).AADK.PP.01 Prosedur Pengendalian Pengesanan

2. PK(O).AADK.PC.01 Prosedur Perancangan dan Pengendalian Program Rakan Antidadah (RADA)

3. PK(O).AADK.PC.02 Prosedur Perancangan dan Pengendalian Program Tempat Kerja Bebas Dadah

4. PK(O).AADK.C&C.01 Prosedur Pengendalian Kemasukan dan Pengurusan Hal Ehwal Klien ke Klinik Cure & Care 1Malaysia

5. PK(O).AADK.C&C.02 Prosedur Pengurusan Rawatan dan Perubatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia

6. PK(O).AADK.C&C.03 Prosedur Perancangan dan Pengendalian Program Psikososial di Klinik Cure & Care

| 5

Page 7: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

1Malaysia.

Prosedur Kualiti (Sokongan) adalah seperti berikut:

Bil.

No. Rujukan Prosedur

Nama Prosedur Kualiti

1. PK(S).AADK.B.01 Prosedur Pengurusan Bajet

2. PK(S).AADK.B.02 Prosedur Pengurusan Perolehan

3. PK(S).AADK.B.03 Prosedur Pengurusan Bayaran

4. PK(S).AADK.C.01 Prosedur Pengisian Jawatan dan Penempatan

5. PK(S).AADK.C.02 Prosedur Kemas Kini Buku Rekod Perkhidmatan

6. PK(S).AADK.C.03 Prosedur Pengendalian Latihan

7. PK(S).AADK.D.01 Prosedur Penyelenggaraan ICT

8. PK(S).AADK.D.02 Prosedur Pengurusan Emel

9. PK(S).AADK.K.01 Prosedur Pengurusan Maklum Balas Aduan Pelanggan

10.

PK(S).AADK.MKSP.01 Prosedur Pengurusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

11.

PK(S).AADK.P.01 Prosedur Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan

Prosedur Kualiti (Wajib) adalah seperti berikut:

Bil.

No. Rujukan Prosedur

Nama Prosedur Kualiti

1. PK(W).AADK.01 Prosedur Kawalan Dokumen

2. PK(W).AADK.02 Prosedur Kawalan Rekod

3. PK(W).AADK.03 Prosedur Audit Dalaman

4. PK(W).AADK.04 Prosedur Tindakan Pembetulan

5. PK(W).AADK.05 Prosedur Tindakan Pencegahan

6. PK(W).AADK.06 Prosedur Kawalan Produk/Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi

Soalan 11 Apakah skop pelaksanaan bagi proses yang didaftarkan?Skop pelaksanaan bagi proses yang didaftarkan meliputi Ibupejabat AADK (melibatkan Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Rawatan,Perubatan & Pemulihan, Bahagian Pencegahan dan Bahagian Pengesanan & Pengawasan); AADK Negeri Sembilan; AADK Negeri Wilayah Persekutuan; Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Kuala Lumpur ; AADK Daerah Rembau, Negeri Sembilan; dan AADK Daerah Cheras, Kuala Lumpur.

| 6

Page 8: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

Soalan 12 Apakah standard MS ISO yang dipohon persijilan oleh AADK?

MS ISO 9001:2008

Soalan 13 Bilakah AADK memulakan usaha untuk mencapai taraf MS ISO?Semenjak bulan Ogos 2009. Pelaksanaan secara rasmi adalah pada 2 November 2009 dan AADK telah mencapai taraf Persijilan Korporat MS ISO 9001:2008 pada 3 Februari 2010 dan tempoh sah laku persijilan adalah pada 2 Februari 2013.

Soalan 14 Siapakah Wakil Pengurusan bagi pelaksanaan MS ISO 9001:2008 AADK?

Wakil Pengurusan (WP) ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).

Soalan 15 Siapakah pula Timbalan Wakil Pengurusan bagi pelaksanaanMS ISO 9001:2008 AADK?Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) ialah Pengarah Khidmat Pengurusan (PKP), Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (PRPP), Pengarah Pengesanan & Pengawasan (PP), dan Pengarah Pencegahan (PC). Semasa ketiadaan WP, PKP akan memangku tugas WP.

Soalan 16 Apakah Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan berapa kali ia perlu diadakan setahun?Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) ialah satu mesyuarat yang akan membincangkan dan menilai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan oleh AADK. Ia perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. MKSP akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah AADK dan ahli mesyuarat dianggotai oleh semua Pengarah Bahagian di AADK Ibu Pejabat serta Pengarah AADK Negeri/Klinik Cure & Care 1Malaysia/Ketua Pegawai AADK Daerah sektor pelaksana MS ISO 9001:2008.

Soalan 17 Dokumen-dokumen apakah yang menyokong Sistem Pengurusan Kualiti AADK?

Sistem Pengurusan Kualiti AADK disokong oleh dokumen-dokumen seperti Manual Kualiti; Prosedur-prosedur Kualiti yang terdiri daripada Prosedur Kualiti (Operasi), Prosedur Kualiti (Sokongan) dan Prosedur Kualiti (Wajib); Arahan Kerja; dan Dokumen Sokongan. (rujuk m/s 6)

Soalan 18 Apakah yang dimaksudkan dengan Manual Kualiti?Manual Kualiti adalah dokumen yang mengandungi dasar dan objektif kualiti, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan proses utama.

Soalan 19 Apakah yang dimaksudkan Prosedur Kualiti?

| 7

Page 9: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

Prosedur Kualiti adalah dokumen-dokumen yang disediakan bagi menyokong dasar, objektif dan elemen yang terkandung dalam Manual Kualiti. Ianya menjelaskan langkah-langkah yang perlu diikuti dalam melaksanakan sesuatu aktiviti; pegawai yang bertanggungjawab; dan hubungkait dengan pihak-pihak lain.

Soalan 20 Apakah yang dimaksudkan Arahan Kerja?Arahan Kerja ialah dokumen panduan yang menghuraikan dengan terperinci bagaimana melaksanakan sesuatu aktiviti di bawah Prosedur Kualiti berkaitan.

Soalan 21 Apakah yang dimaksudkan Dokumen Sokongan?Dokumen Sokongan adalah terdiri daripada Akta-Akta, Kaedah-kaedah, Peraturan-peraturan, Borang-borang dan Pekeliling-pekeliling yang digunapakai dalam pelaksanaan Prosedur Kualiti.

Soalan 22 Apakah peranan Ketua Pengarah AADK dalam pelaksanaanMS ISO 9001:2008 AADK?

1. Menetapkan dasar dan objektif kualiti yang ingin dicapai bagi pelaksanaan proses utama yang dipilih

2. Memastikan dasar dan objektif kualiti difahami dan dihayati oleh setiap warga AADK

3. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti di AADK berjalan lancar termasuk penyediaan sumber yang diperlukan

4. Memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan kualiti di peringkat Ibupejabat AADK

5. Menetapkan tugas, tanggungjawab dan kuasa setiap anggota yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan menyebarkannya kepada anggota AADK

6. Mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Soalan 23 Apakah tanggungjawab Wakil Pengurusan?

1. Menyedia,melaksana dan menyenggara sistem Pengurusan Kualiti AADK

2. Melapor kepada Pengurusan Atasan AADK mengenai kemajuan Sistem Pengurusan Kualiti AADK yang dilaksanakan

3. Memastikan kesedaran ke atas usaha-usaha penambahbaikan dimaklumkan kepada warga AADK

4. Berurusan dengan semua pihak luar mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti AADK

5. Melantik seorang Timbalan Wakil Pengurusan

Soalan 24 Apakah tanggungjawab Timbalan Wakil Pengurusan?

1. Melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti di peringkat bahagian (ibupejabat)/negeri/Klinik Cure & Care 1Malaysia

2. Melaporkan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di bahagian/negeri/Klinik Cure & Care 1Malaysia kepada Wakil Pengurusan dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

3. Mempengerusikan mesyuarat penutupan audit dan memastikan teguran-teguran audit diambil Tindakan Pembetulan yang berkesan serta memastikan masalah yang sama tidak berulang

| 8

Page 10: Iso - Apa Anda Perlu Tahu

4. Menyelaras cadangan penambahbaikan kepada Sistem Pengurusan Kualiti untuk pertimbangan Wakil Pengurusan dan Pengurusan Atasan AADK

5. Berurusan dengan semua pihak luar mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti AADK

Soalan 25 Siapakah Pengurus Kualiti Jabatan (PQJ) bagi Sistem PengurusanKualiti MS ISO 9001:2008 AADK?Ketua Penolong Pengarah (R)

Soalan 26 Siapakah Ketua Sistem Audit bagi Sistem PengurusanKualiti MS ISO 9001:2008 AADK?Ketua Audit Dalam – PP (MTMD)1

| 9