tahu ke anda

24
Baka Anjing Yang Dilarang Bawa Masuk

Upload: sangkul-rimbas

Post on 31-Mar-2016

279 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sebagai Info

TRANSCRIPT

Page 1: Tahu Ke Anda

Baka Anjing Yang

Dilarang Bawa

Masuk ke Malaysia

Page 2: Tahu Ke Anda

Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs)

Page 3: Tahu Ke Anda

Istilah Anjing Terlarang merujuk kepada anjing yang nalurinya semulajadinya untuk membunuh . Anjing yang dikuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik. Isu-isu anjing yang tidak terkawal perilakunya terjadi apabila anjing tersebut tidak menurut perintah dan arahan dan juga boleh menyebabkan kecederaan yang dahsyat kepada mangsa. Maka Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs) dilarang sama sekali di bawa masuk ke Negara Malaysia..▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Baka Anjing Terlarang Dibawa Masuk( Banned Dogs)▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Page 4: Tahu Ke Anda

Akita / Akita Inu, Japanese AkitaNegara asal: JepunKetinggian: 60-71cmBerat: 34-50kgPerilaku: Aktif, BerdikariAkita mempunyai telinga yang tegak dan ekor yang melengkung kearah badan menandakan baka ini berasal daripada stok spitz. Kepalanya besar dan lebar mempamirkan ekspresi seperti beruang. Baka Akita dikatakan berasal dari wilayah Akita, dikepulauan Honshu. Baka ini dahulunya digunakan secara berpasangan untuk tujuan berburu. Baka ini kebanyakannya dijumpai di negara Jepun dan merupakan sejenis baka yang garang dan menyerang manusia jika diganggu. Akita secara rasminya sebagai sebahagian warisan kebangsaan Jepun pada tahun 1931

American Bulldog / Old Country BulldogNegara asal: Amerika SyarikatKetinggian: 48-71cmBerat: 30-58kgPerilaku: Aktif, gagah

American Bulldog dikatakan hampir serupa dengan bentuk lama British Bulldog pada abad ke 16. Asalnya digunakan sebagai umpan dalam laga lembu. Kepalanya besar serta leher dan bahunya tegap dan kuat. Asal stok baka asli ini dibawa masuk dari Britain dan dibawa masuk ke Anerika Syarikat dan ianya menjadi terkenal sebagai anjing pemburu dan ladang ( field dog). Baka ini merupakan anjing kerja yang mempunyai variasi yang luas dari segi ketinggian dan berat badan berbanding dengan baka yang sama di Britain yang digunakan sebagai anjing kesayangan dan baka untuk pertunjukan.

Page 5: Tahu Ke Anda

American Pit Bull TerrierNegara asal: Amerika Syarikatetinggian: 46-56cmBerat: 23-36kgPerilaku: Berani

American Pit Bull Terrier adalah baka yang sangat ditakuti didunia pada masa ini. Mempunyai kepala yang lebar, rahang yang sangat kuat dan otot yang tebal pada bahagian leher dan badan. Baka ini dibiakkan khusus untuk pertarungan anjing dan masih digunakan bagi tujuan ini sehingga ke hari ini secara tidak sah. Baka ini terhasil daripada kacukan Staffordshire Bull Terriers dengan Bulldog. Di UK pemilikan hanya untuk anjing didaftar dan dimandulkan sahaja.

Canary Dog/ Perro de Presa CanarioNegara asal: Kepulauan CanaryKetinggian: 55-65cmBerat: 38-48kgPerilaku: Berani

Canary Dog mempunyai persamaan yang sangat kuat seperti Perro de Presa Mallorquin. Bentuk badanya tegap dan mempunyai bentuk kepala segi empat seperti anjing baka mastiff. Fawn atau brindle adalah warna bulu yang biasa walaupun tanda-tanda putih boleh kelihatan dan bulunya adalah pendek serta kasar pada kesuluruhan badan. Baka ini berasal daripada kacukan diantara Baedino Majero yang telah pupus dengan Mastiff dan mula diperkenalkan di Canaries pada tahun 1800 an. Dihasilkan khusus bagi pertarungan anjing. Baka ini hampir pupus pada tahun 1960 berikutan kepada larangan aktiviti pertarungan anjing namun kini bilangannya kini sudah bertambah.

Page 6: Tahu Ke Anda

Dogo Argentino / Argentinian MastiffNegara asal: ArgentinaKetinggian: 61- 69cmBerat: 36-45 kgPerilaku: Gagah, Berani

Dogo Argentino ialah anjing yang kuat dan berwarna putih yang merupakan satu diantara beberapa baka yang dihasilkan di Amerika Selatan. Mempunyai kepala berbentuk segi empat yang menandakan keturunan asalnya daripada Mastiff dan dikenali kerana ganas, tidak gentar secara semula jadi dan kebiasaanya digunakan untuk memburu. Meskipun begitu, anjing ini boleh dipercayai dan sangat setia. Baka ini berasal daripada Old Fighting Dog yang mana asalnya adalah dari Sepanyol. Anjing ini diharamkan di pelihara di Great Britain berikutan kepada kebimbangan terhadap sifat nalurinya.

Fila Brasileiro / Brazillian MastiffNegara asal: BrazilKetinggian: 61-76 cmBerat:41-50kgPerilaku: Gagah, agresif

Fila Brasileiro adalah hasil daripada kombinasi stok mastiff yang kuat dengan Bloodhound, memperlihatkan lipatan kulit yang jelas diatas kepalanya yang luas sehingga ke bahagian leher. Pertalian yang rapat dengan Bloodhound dapat di lihat melalui deria baunya yang sangat tajam dan muncung yang panjang. Pertama kali dibiak untuk sifatnya yang ganas bertujuan untuk mengurangkan populasi kucing liar dan mengawal pergerakkan lembu di ladang. Anjing agresif yang digeruni ini turut digunakan untuk menjejaki hamba abdi yang terlepas pada masa dahulu.

Page 7: Tahu Ke Anda

Kai Dog / Tora DogNegara asal: JepunKetinggian: 46-58cmBerat: 16-18kgPerilaku: berdikari

Kai Dog yang tegap dan mantap di hasilkan dengan baik dimana kakinya yang kuat menjadikannya sesuai bagi tujuan memburu di kawasan yang berbukit bukau di Jepun dan mempunyai warna brindle. Baka yang berwarna merah dikenali sebagai Aka Tora, medium bernama Chu Tora dan hitam pula ialah Kuro Tora. Nama baka ini berasal dari bahagian tengah Jepun yang dikenali sebagai Yamanashi. Anak anjing Kai Dog kebiasaannya dilahirkan berbulu hitam. Warna sebenar akan hanya menyerlah apabila ianya besar dan matang.

OwtcharkaNegara asal: JermanKetinggian: 74-88cmBerat:46-82 kgPerilaku: Berani sentiasa berjaga-jaga

Owtcharka terdiri daripada dua jenis mengikut kawasan iaitu pergunungan atau dataran. Anjing jenis dataran mempunyai bulu yang lebih pendek dan tinggi manakala jenis pergunungan adalah

Page 8: Tahu Ke Anda

lebih panjang bulunya dan lebih berotot.

Perro de Pastor Mallorquin / Ca de BestiarNegara asal: Kepulauan BalearicKetinggian: 48-56cmBerat: 20.5-27kgPerilaku: Agresif, berani

Perro de Pastor Mallorquin mempunyai muncung tirus yang memberikannya identiti tersendiri. Ekornya panjang dan tirus di penghujungnya dan mempunyai dua jenis bulu iaitu sama ada berbulu panjang atau pendek. baka ini berasal dari kepulauan Balearic dipersisiran pantai Sepanyol dan digunakan sebagai haiwan pelbagai guna. Anjing ini dibiakkan sebab ianya tahan pada kepanasan di Meditterranean dan boleh bertindak garang serta agresif

Russo- European Laika / Karelian Bear LaikaNegara asal: Russia dan FinlandKetinggian: 53-61cmBerat: 20.5-23kgPerilaku: Berdikari , berani

Russo- European Laika merupakan anjing yang dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam dan telinganya yang terpacak. Ekornya bergulung tetapi baka ini kebanyakannya dilahirkan tanpa ekor. Baka ini dievolusikan berhampiran dengan sempadan yang dikongsi bersama Russia dan Finland. Dikenali sebagai anjing pemburu serigala, kacukan dengan Utchak Sheepdog iaitu anjing yang garang membuka nalurinya yang luas bagi tujuan pemburuan beruang. Anjing ini tidak boleh dipelihara sebagai anjing yang tinggal serumah atau haiwan kesayangan.

Page 9: Tahu Ke Anda

Tibetan MastiffNegara asal: TibetKetinggian: 61-71cmBerat: 64-82kgPerilaku: Berani, setia

Tibetan Mastiff mempunyai Saiz yang mengagumkan dan adalah anjing pengawal yang baik, responsive kepada latihan dan lazimnya terbukti baik terhadap kanak-kanak. Ekornya terletak tinggi dan bergulung kearah sisi dan adalah lumrah untuk dipakaikan dengan kolar sebagai tanda statusnya di tibet. Ada kemungkinan bahawa baka European Mastiff pada hari ini berasal daripada Tibetan Mastiff.

Tosa Inu / Tosa Fighting DogNegara asal: JepunKetinggian: 62-65 cmBerat: 90kgPerilaku: BeraniTosa Inu mempunyai susuk badan dan otot yang tegap dan kuat serta rahang dan gigi yang sangat kukuh, menjadikannya sebagai baka anjing yang sukar ditandingi dalam sebarang

Page 10: Tahu Ke Anda

pertarungan. Anjing agresif ini telah diharamkan ( terlarang) di United Kingdom tetapi masih dipelihara di Amerka Syarikat.

Anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalankan tugas-tugas tertentu seperti anjing tentera, Polis, Kastam atau Pengawal. Haiwan ini bertindak berdasarkan arahan tertentu. Segelintir dari baka ini tidak dilatih tetapi sifat semulajadi menurut kata serta setia kepada arahan pemilik. Justeru itu anjing tersebut tergolong dalam kategori ini dimana anjing-anjing ini tidak dipelihara sebagai haiwan kesayangan tetapi untuk mengawal harta persendirian atau individu dan juga anjing tugasan ( working dog )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Page 11: Tahu Ke Anda

Baka-baka Anjing Terhad ( Restricted Dog)▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Alaskan MalamuteNegara asal : Amerika SyarikatKetinggian: 58-71 cmBerat: 39-57kgPerilaku: Aktif, bersemangat

Alaskan Malamute suatu baka yang staminanya tinggi untuk kelajuan seperti kebanyakan baka anjing yang lain.. Bulunya tebal mebolehkan memberi perlindungan dirinya . Warna bulu berbeza -beza iaitu kelabu terang , agak hitam gelap, warna keemasan dan seakan warna merah hati. baka ini dinamakan sempena puak Mahemut ( orang Inuit) yang tinggal di kawasan barat laut Alaska. Mereka hidup secara berpindah randah dan anjing ini digunakan untuk menarik serta mengangkat barangan milik mereka dari satu tempat ke tempat lain.Berdasarkan kepada saiz dan kekuatan yang dimilikinya.Baka ini mengekalkan sifat semula jadi yang agrasif apa bila bersama anjing lain. Tetapi manja dan penyayang terhadap manusia yang menjaganya..

Page 12: Tahu Ke Anda

American Staffordshire TerrierNegara asal : Amerika SyarikatKetinggian: 43-48 cmBerat: 18-23kgPerilaku: Bijak

American Staffordshire Terrier kelihatan seperti Stafford Bull Terrier iaitu asal usul keturunanya tetapi ianya lebih tinggi, berat dan besar. Anjing ini sangat kuat tetapi tidak merbahaya kepada manusia. American Kennel Club telah mengiktiraf baka ini sebagai baka yang lain/ terpisah pada tahun 1936

Page 13: Tahu Ke Anda

Dogue de Bordeaux / French MastiffNegara asal: PerancisKetinggian: 58-69cmBerat: 36-45kgPerilaku: Berani

Dahulu kala berasal dari Stok Mastiff, Dogue de Bordeaux merupakan baka yang sangat kuat, mempunyai struktur muka dan kepala yang melengkung. Kepalanya mungkin sebagai terbesar dalam golongan canine.. Pembiakbakaan secara teliti telah menstabilkan baka anjing ini. Sebuah program pembiakbakaan khas telah diwujudkan pada tahun 1960an

Page 14: Tahu Ke Anda

Estrela Mountain Dog / Coa da Serra da EstrelaNegara asal: PortugalKetinggian: 62-72 cmBerat: 30-50kgPerilaku: Setia, aktif

Dua jenis bulu khusus dikaitkan dengan Estrela Mountain Dog. Bulu yang lebih panjang dan lebat berbanding dengan bulu yang sama tetapi lebih halus. Saiz yang besar dan salakan yang kuat boleh menjadikan anjing ini sebagai lawan yang hebat tetapi lazimnya merupakan anjing yang mesra. Baka ini dinamakan sempena wilayah Estrela yang terletak di Protugal tengah.. Baka ini digunakan sebagai penjaga ternakan haiwan. Merupakan anjing yang tidak mempamirkannalurinya. Sepertimana baka lain anjing ini perlu menjalani latihan padu..

Page 15: Tahu Ke Anda

German Shepherd Dog/ Deutsher Scaferhund, AlsatianNegara asal: JermanKetinggian: 57-62cmBerat: 34-43kgPerilaku : Bijak

Ciri fizikal badan yang agak memanjang dan susuk tubuh yang tegap, German Shepherd Dog adalah baka yang paling popular di dunia. Banyak digunakan dalam pelbagai situasi seperti operasi mencari, menyelamat dan membimbing orang buta. Baka German Shepherd Dog pertama kali di pamerkan di sebuah pertunjukan di Hanover, Jerman pada tahun 1882.

Page 16: Tahu Ke Anda

Groenendael / Chien de Berger BelgeNegara asal: BelgiumKetinggian: 56-66cmBerat: 28 kgPerilaku: Patuh, Setia

Berbulu hitam merupakan ciri mudah untuk membezakan Groenendael dengan 3 baka yang lain ianya diklasfikasikan dibawah anjing Belgian Shepherd. Anjing ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama tetapi berlainan dari segi warna dan bulu panjang. Di Amerika Syarikat Groenendael merupakan satu-satunya baka yang dianggap sebagai Belgian Shepherd, Tuervuren dan Mallinois sebagai baka yang berbeza di bawah nama masing-masing.

Page 17: Tahu Ke Anda

MalinoisNegara asal: BelgiumKetinggian: 56-66cmBerat: 28kgPerilaku: Patuh, Setia

Malinois merupakan satu-satunya anjing belgian shepherd yang berbulu pendek. Baka ini dikatakan baka tertua yang berasal dari kawasan sekitar Malines di Belgium. Baka ini memperoleh warna dewasa sepenuhnya apa bila mencapai umur 18 bulan.

Page 18: Tahu Ke Anda

Miniature Bull TerrierNegara asal: Great BritainKetinggian: 25- 35 cmBerat: 11-15 kgPerilaku: Berani

Miniature Bull Terrier ialah versi baka yang terkecil dalam keluarga Bull Terrier. Kepalanya hampir rata pada bahagian atas dan melengkung ke bawah hingga ke bahagian muncung. Baka ini banyak digunakan pada era 1800an.Miniature Bull Terrier mesra ketika bersama manusia , namun sebaliknya apabila berada di dalam kelompok anjing lain.

Page 19: Tahu Ke Anda

Neapolitan Mastiff / Mastino NapoletanoNegara asal: ItaliKetinggian: 65-75cmBerat: 50-68 kgPerilaku: Pelindung, Sentiasa berjaga-jaga

Neapolitan Mastiff mempunyai pergerakan yang perlahan, berat, gaya berjalan seakan-akan beruang, kepalanya juga sangat besar. dari bahagian kepala kulit yang berlipat-lipat ( dewlaps) di bahgian leher yang kelihatan multi-chinned dan dagu berlapis. Walaupun mempunyai perilaku agresif dalam pertarungan anjing, baka ini sebenarnya tenang dan mesra terutama pada orang yang dikenalinya. Keturunan baka ini mungkin berasal dari baka Molossus semasa pemerintahan Roman. Kekuatan yang hebat digunakan untuk petempuran dan ada juga digunakan sebagai anjing pengawal .

Page 20: Tahu Ke Anda

Rafeiro do Alentejo / Portuguese WatchdogNegara asal: PortugalKetingian : 76cmBerat: 43-50kgPerilaku: Sentiasa berjaga-jaga, berdikari

Rafeiro do Alentejo mempunyai badan seperti St. Bernard tetapi kepala seperti beruang. Merupakan baka terbesar bagi baka-baka Portuguese dan anjing yang mengerunkan. Baka ini berasal dari wilayah Alenejo bahagian selatan Portugal. Spanish Mastiff mungkin menyumbang kepada keturunan baka ini, begitu juga dengan Estrela Mountain Dog. Anjing ini mempunyai sifat agrasif semula jadi dan sifat berdikari yang jelas.

Page 21: Tahu Ke Anda

RottweilerNegara asal: JermanKetinggian: 58-69cmBerat: 41-50 kgPerilaku: Pelindung

Mempunyai kekuatan dan otot yang kuat dan baka ini tenang, expresi yang berkeyakinan. Baka ini dibangunkan di Rottweil, Jerman digunakan sebagai penunjuk arah dan penjaga ternakan. Pada masa ini Rottweiler merupakan salah satu daripada lima baka paling popular di Amerika Syarikat. Baka ini mempunyai naluri yang kuat dan akan berkelakuan ganas apabila di ganggu.

Page 22: Tahu Ke Anda

Staffordshire Bull TerrierNegara asal: Great BritainKetinggian: 36- 46cmBerat: 11-17kgPerilaku: Berani, mempunyai keingnan yang sangat tinggi

Baka Staffordshire Bull Terrier yang mempunyai bulu yang licin mengambarkan kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya. Warna bulunya mempunyai pelbagai jenis. Baka ini berasal dari Staffordshire, England dan keturunannya menunjukkan kacukan dengan baka Bulldog dan beberapa baka Terrier yang lain.. Walaupun dibiak asalnya untuk anjing pertarungan, namun ketaatan dan kesetiaan adalah terbukti.

Page 23: Tahu Ke Anda

Tervuren/ Belgian Tervuren, Chien de Berger BelgeNegara asal: BelgiumKetinggian: 56-66cmBerat: 28kgPerilaku: Patuh, Setia

Tervuren tergolong dalam kumpulan anjing Belgian Shepherd yang serupa dengan Groenendael namun berbeza dari segi warna bulu. Bagi membezakan rupa, fokus lebih tertumpu kepada warna dimana warna bulu Tervuren adalah lebih gelap di hujung yang boleh dilihat daripada belakang, sisi badan dan bahu terutama pada jantan dewasa. Tervuren betina mempunyai bulu yang lebih pendek.