islam hadhari

23
KUMPULAN 8 Zaimunah bt Muhamed Maznah bt Marzuki Sharifah Mahani bt Semawi

Upload: norma-shukor

Post on 14-Jun-2015

391 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Hadhari

KUMPULAN 8

Zaimunah bt Muhamed Maznah bt Marzuki Sharifah Mahani bt

Semawi

Page 2: Islam Hadhari

TAJUK

Garis dan huraikan sepuluh prinsip Islam Hadhari

dan objektif pelaksanaannya.

Page 3: Islam Hadhari

PENGENALAN

Konsep Islam Hadhari merupakan satu polisi awam yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 23 September tahun 2004 di dalam ucapan dasar Persidangan Agung UMNO yang ke-55

Page 4: Islam Hadhari

Pada 17 Oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

sebagai agensi penyelaras bagi melaksanakan

Pendekatan Islam Hadhari.

Page 5: Islam Hadhari

MAKSUD HADHARI

Islam Hadhari adalah gabungan daripada dua kalimah Bahasa Arab iaitu : Islam dan Hadhari (sifat).

Asal perkataan Hadhari ialah hadharun –hadharatun (hidup di bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun – lawan kepada perkataan badawah (kependalaman atau kemunduran)

Page 6: Islam Hadhari

ISLAM HADHARI

Dari segi bahasa:Perkataan HADHARI membawa maksud

“yang bertamadun” atau Islam yangmenekankan aspek tamadun. DalamBahasa Inggeris Pendekatan Islam

Hadhari disebut sebagai “Islamic Civilization Approach”

Page 7: Islam Hadhari

“Suatu pendekatan pembangunan manusia,masyarakat dan negara Malaysia

yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada

perspektif tamadun Islam yang berteraskan

al-Quran dan al-Sunnah”

ISTILAH

Page 8: Islam Hadhari

KESIMPULANNYA

Pendekatan Islam Hadhari memberikan penekanan kepada kemajuan dan

pembangunan ummah dalam aspek spiritual, keilmuan, ekonomi, kualiti hidup

masyarakat, undang-undang dan sebagainya berlandaskan al-Quran dan al-

Sunnah.

Terdapat banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang berkaitan dengannya.

Page 9: Islam Hadhari

Antaranya; (i)Mengenai keseimbangan kemajuan dunia dan akhirat.Maksud ayat al-Quran:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadamu akan pahala kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia...”

(Surah al-Qasas: 77)

Page 10: Islam Hadhari

VISI MISI

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh.

Iaitu sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri.

Melaksanakan agenda

pembangunan negara

dan ummah berlandaskan

pendekatan Islam yang universal,

maju, bertamadun, bertoleransi

dan seimbang.

Page 11: Islam Hadhari

OBJEKTIF

Bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai

kekuatan rohani (spritual), akhlak, intelektual, material, mampu

berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap

menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,rasional,

praktikal dan damai.

Page 12: Islam Hadhari

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

1. Keimanan dan ketakwaan kepada llahi

2. Kerajaan adil dan beramanah

3. Rakyat berjiwa merdeka

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif6. Kehidupan berkualiti

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita8. Keutuhan budaya dan moral

9. Pemeliharaan alam semulajadi

10. Kekuatan pertahanan

Page 13: Islam Hadhari

Huraian bagi setiap Prinsip Islam Hadhari

Page 14: Islam Hadhari

1. KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ILLAHI

Prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T merupakan teras kepada Pendekatan Islam Hadhari. Umat Islam hendaklah mengamal serta menunjukkan kemurnian ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip ini bertujuan membentuk sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak luhur. Prinsip ini ingin memastikan kemantapan akidah umat Islam direalisasikan dalam bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu membawa kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Page 15: Islam Hadhari

Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-A’raaf :96,

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” 

Page 16: Islam Hadhari

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Keimanan yang mantap�

Ketaqwaan yang menyeluruh�

Pegangan agama Islam yang teguh�

Pengamalan kolektif nilai-nilai murni�

Masyarakat yang beragama selaras �dengan prinsip pertama Rukunegara

Kesimpulan…… 1.Keimanan dan ketakwaan kepada llahi

Page 17: Islam Hadhari

2. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

* Adil ialah memberi hak kepada yang berhak. Pelaksanaankeadilan tidak melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin ataupun kaya, atau perbezaan agama.

* Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diberikan.

* Pendekatan Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus (good governance ) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.

* Pengurusan Negara yang cekap, adil, amanah dapat melahirkan negara yang maju dan makmur.

Page 18: Islam Hadhari

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58

Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.

Page 19: Islam Hadhari

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ;

Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat

Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah,

ikhlas, tekun dan bertanggungjawab Kebajikan rakyat terpelihara Berjimat cermat mengelak pembaziran

Kesimpulan……2. Kerajaan adil dan beramanah

Page 20: Islam Hadhari

3. RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Antara faktor kejayaan sesuatu bangsa ialah sejauhmana minda, sikap dan budaya masyarakat tersebut terikat dengan pemikiran dan amalan negatif, tanpa berusaha melakukan sesuatu anjakan paradigma. Setiap rakyat perlu bersedia untuk berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang positif dan melihat ke hadapan. Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat. Namun pada masa masih terikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang serta etika yang luhur.

Page 21: Islam Hadhari

Firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70

Maksud: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.

Page 22: Islam Hadhari

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Semangat jati diri Berfikiran terbuka Tidak terbelenggu kesan penjajah Kreatif dan inovatif Mampu bersaing Berdaya maju Berdikari Berusaha menerima perubahan Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan

Kesimpulan……3. Rakyat Jiwa Merdeka

Page 23: Islam Hadhari

Terima kasih dan seterusnya Akan disambung oleh rakan

saya