panduan siswazah - universiti kebangsaan malaysia...mesyuarat senat ukm yang ke-329 pada 21 mac 2007...

21

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 0

    PANDUAN SISWAZAH INSTITUT ISLAM HADHARI (INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILIZATION) SESI AKADEMIK 2019/2020

    INSTITUT ISLAM HADHARI

    (INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILIZATION)

    Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh,

    Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 Bangi,

    Selangor

    www.ukm/hadhari

    http://www.ukm/hadhari

  • 1

    Cetakan I Printing

    Hak Cipta I Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,

    disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat

    juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

    tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Islam Hadhari terlebih dahulu.

    Diterbitkan di Malaysia oleh I Published in Malaysia by :

    INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

    Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada:

    Pengarah

    INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

    Tel: 03 89216988 / 89216991

    Faks: 03 89216990

    E-mel: [email protected]

    mailto:[email protected]

  • 2

    KANDUNGAN

    Isi Kandungan Muka Surat Maksud Logo UKM

    4

    Maksud Logo Hadhari

    5

    Aluan Pengarah

    6

    Falsafah, Wawasan, Misi, dan Matlamat Universiti

    7

    Latar Belakang Universiti Kebangsaan Malaysia

    8

    Latar Belakang Institut Islam Hadhari

    9

    Objektif Pendidikan Program (OPP)

    11

    Hasil Pembelajaran Program (HPP)

    11

    Bidang Tujahan Penyelidikan

    12

    Program Yang Ditawarkan

    12

    Bentuk-bentuk Program

    12

    Kelayakan/Syarat Kemasukan

    12

    Tempoh Pengajian

    13

    Kursus Yang Perlu Diikuti

    13

    Syarat Pengijazahan

    17

    Zamalah

    18

    Peraturan-peraturan Pengajian Siswazah 2015

    18

    Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Siswazah 2019/2020 Institut Islam Hadhari

    19

  • 3

    Universiti Kebangsaan ini merupakan

    puncak dari usaha kita ke arah

    memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat

    yang ingin melihat bahawa bahasa ibunda

    mempunyai kedaulatan dan kedudukan

    yang sewajarnya di dalam usaha

    memenuhi keperibadian nasional

    (Ucapan Tun Abdul Razak di Konvokesyen Pertama UKM, 1973)

  • 4

    Maksud Logo UKM

    Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mempunyai gambar dan membawa maksud-maksud tertentu

    Buku

    Buku melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan

    Perisai

    Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini

    Harimau

    Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan dan keupayaan UKM mara memerangi kejahilan,

    kejahatan dan kepalsuan

    Atom dan Teknologi

    Simbol-simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu

    bertanggungjawab mengeluarkan tenaga-tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara

    Bunga Raya

    Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan

    sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia

  • 5

  • 6

    ALUAN PENGARAH

    Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

    ورحمة هللا وبركاته السالم عليكم

    Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi dan tahniah kepada

    saudara/i yang telah memilih dan berjaya melanjutkan pengajian saudara/i di Institut Islam

    Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pilihan saudara/i adalah satu pilihan yang tepat

    dalam mendalami ilmu Islam yang bersifat multidisplin dan kontemporari.Gabungan ilmu ini

    sangat sesuai dengan perkembangan semasa yang memerlukan pelbagai kepakaran dalam

    membantu pembangunan dan penyelesaian masalah masyarakat.

    Oleh itu, saudara/i perlu mengambil inisiatif untuk melakukan penyelidikan dengan penuh

    bertanggungjawab,komitmen dan beretika untuk memperkayakan ilmu pengetahuan yang

    dapat meningkatkan kemajuan diri dan negara dalam bidang Peradaban Islam. Bersesuaian

    UKM sebagai Universiti Penyelidikan, Institut Islam Hadhari dari semasa ke semasa sentiasa

    berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran yang terkini.

    Dana penyelidikan dan skim galakan disediakan untuk pelajar siswazah meningkatkan

    keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

    Saudara/i juga digalakkan menyertai secara aktif dalam pelbagai kegiatan ilmiah seperti

    persidangan, seminar, wacana ilmu dan penerbitan bagi memantapkan pengetahuan dan

    membangun diri agar lebih kompeten dalam bidang masing-masing. Sebagai pelajar yang

    berpengalaman saudara/i diharap akan menjadi duta kepada Institut untuk mengajak rakan di

    luar sana untuk menyambung pelajaran di Institut serta menjadi pembimbing kepada pelajar

    prasiswazah bagi menjayakan hasrat universiti melahirkan modal insan kelas dunia.

    Saya juga berharap saudara/i dapat meningkatkan usaha dan iltizam dengan sungguh-

    sungguh untuk menjadi graduan siswazah UKM yang berupaya memberi sumbangan besar

    terhadap kecemerlangan ilmu, universiti, masyarakat dan negara.

    Selamat Maju Jaya.

    Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh( وعليكم السالم ورحمة للا وبركاته)

    Prof. Dr. Fariza Md Sham

    Pengarah

    Institut Islam Hadhari

    (Institute of Islamic Civilization)

    https://www.proz.com/kudoz/arabic-to-english/other/546356-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%83%D9%85-%D9%88%D8%B1%D8%AD%D9%85%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D9%88%D8%A8%D8%B1%D9%83%D8%A7%D8%AA%D9%87.htmlhttps://www.proz.com/kudoz/arabic-to-english/other/546356-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%83%D9%85-%D9%88%D8%B1%D8%AD%D9%85%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D9%88%D8%A8%D8%B1%D9%83%D8%A7%D8%AA%D9%87.html

  • 7

    FALSAFAH, WAWASAN, MISI DAN MATLAMAT UNIVERSITI

    Falsafah

    Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori

    dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat

    terpelajar dan pembangunan universiti.

    Wawasan

    UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului Langkah masyarakat dan

    zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.

    Misi

    Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta

    mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

    Matlamat

    Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan budaya asing yang:

    • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    • Membangunkan masyarakat dinamik dan berakhlak mulia

    • Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat

    • Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat

  • 8

    LATAR BELAKANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad oleh segolongan cendekiawan Melayu

    untuk menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

    bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara telah bermula pada tahun

    1930-an. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang

    subur dan terlaksana pada ketika itu kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan

    rintangan oleh tekanan kolonialisme. Walau bagaimanapun, idea, pemikiran,

    semangat dan tekad terus hidup dalam kalangan golongan intelek Melayu dan

    perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak lagi apabila negara

    mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

    Mulai tahun 1957 hingga tahun 1967, perjuangan dan tekad untuk penubuhan

    Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi

    tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada

    tahun 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa

    penaja yang bertugas serta merancang penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Pelbagai forum budaya dan politik diadakan untuk mendapat sokongan daripada

    kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang

    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang

    pengajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan golongan intelek

    yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah membuahkan kejayaan dengan

    terlaksananya penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970.

    Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga

    buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada bulan

    Mei 1970.

    Sejak tarikh tersebut, UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian

    tinggi awam terkehadapan yang kini mengandungi 13 fakulti (termasuk Graduate

    School of Business, UKM-GSB) dan 12 institut kecemerlangan penyelidikan.

  • 9

    LATAR BELAKANG INSTITUT ISLAM HADHARI

    Mesyuarat Senat UKM yang ke-329 pada 21 Mac 2007 telah meluluskan penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 10 Mei 2007 keputusan Senat ini telah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk menubuhkan sebuah Institut Penyelidikan yang memfokuskan bidang Peradaban Islam yang bersifat multidisiplin.Sehubungan itu, pada tanggal tersebut Institut Islam Hadhari UKM(Institute of Islamic Civilization) telah memulakan kegiatan sebagai salah sebuah Institut penyelidikan di Universiti ini. HADHARI menumpukan kepada aktiviti penyelidikan yang bersifat multidisiplin dalam memfokuskan kepada 4 bidang tujahan iaitu: a. Politik dan Kepimpinan b. Sosio Budaya c. Ekonomi dan Perniagaan d. Sains & Teknologi dan Alam Sekitar & Kesihatan VISI INSTITUT Institut bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan muktabar dalam pembangunan peradaban Islam sejagat. MISI INSTITUT Menerajui pendekatan peradaban Islam melalui kegiatan ilmiah MATLAMAT INSTITUT 1. Menjadi Institut penyelidikan dalam memperkasakan pendekatan peradaban Islam. 2. Menjadi pusat rujukan, pangkalan data dan pendidikan bagi melahirkan sarjana

    penyelidik. 3. Menjadi wadah penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan peradaban dan ummah. 4. Mewujudkan jaringan ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam

    kalangan cendekiawan peradaban. 5. Membudayakan pendekatan penyelidikan dalam kalangan cendekiawan Islam dalam menyediakan asas yang kukuh terhadap perkembangan ilmu serta peradaban Islam.

  • FE

    LO

    PE

    NY

    EL

    IDIK

    (D

    S45

    )F

    EL

    O P

    EN

    YE

    LID

    IK (

    DS

    45)

    PE

    NY

    EL

    AR

    AS

    PR

    OG

    RA

    M (

    DS

    51)

    FE

    LO

    PE

    NY

    EL

    IDIK

    (D

    S51

    )F

    EL

    O P

    EN

    YE

    LID

    IK (

    DS

    51)

    ZUB

    AID

    AH

    MO

    HD

    NA

    SIR

    (C

    B)

    MU

    HA

    MM

    AD

    IKH

    WA

    N IS

    MA

    IL (

    CB

    )D

    R. S

    HA

    MSU

    L A

    ZHA

    R

    DR

    . MU

    HA

    MM

    AD

    HIL

    MI J

    ALI

    L

    DR

    . NO

    RSH

    AR

    IAN

    I AB

    DU

    L R

    AH

    MA

    N

    PEG

    AW

    AI P

    ENY

    ELID

    IK S

    OSI

    AL

    (N4

    1)

    P

    EGA

    WA

    I PEN

    YEL

    IDIK

    SO

    SIA

    L (K

    Q4

    1)

    P

    EGA

    WA

    I PEN

    YEL

    IDIK

    SO

    SIA

    L (K

    Q4

    1)

    SIT

    I MA

    HER

    AN

    ISM

    AIL

    @ IB

    RA

    HIM

    SITI

    ASU

    HA

    SA

    IDW

    AN

    MU

    HA

    MM

    AD

    HA

    ZIM

    WA

    N M

    UST

    AP

    A

    PT

    (P/O

    ) N

    19

    PT

    (P/O

    ) N

    19

    PT

    (P/O

    ) N

    19

    PO

    (N

    11

    )

    FAR

    IDA

    H A

    BD

    ULL

    AH

    FATI

    N H

    AN

    AN

    I BA

    DR

    UL

    ZAM

    AN

    M

    OH

    D N

    OR

    AD

    ZHA

    R A

    DN

    AN

    M

    UH

    AM

    MA

    D R

    USY

    DI B

    AH

    AR

    OM

    KET

    UA

    PEN

    TAD

    BIR

    AN

    / P

    ENO

    LON

    G P

    END

    AFT

    AR

    KA

    NA

    N (

    N4

    4)

    TEN

    GK

    U N

    OR

    KIR

    AN

    A T

    ENG

    KU

    M.Y

    . AN

    UA

    R

    TIM

    BA

    LAN

    PEN

    GA

    RA

    H (

    DS5

    4)

    PR

    OF.

    MA

    DY

    A D

    R. M

    OH

    D A

    L A

    DIB

    SA

    MU

    RI

    PR

    OF

    MA

    DY

    A D

    R. K

    AM

    AR

    UD

    IN S

    ALL

    EH (

    DS5

    4)

    ZAID

    ATU

    L A

    KM

    AL@

    SRI B

    AN

    UN

    DO

    LMA

    T

    PEM

    . S/U

    PEJ

    (N

    19

    )

    KET

    UA

    JA

    MIN

    AN

    KU

    ALI

    TI (

    DS5

    4)

    PEM

    . S/U

    PEJ

    (N

    19

    )

    SAID

    ATU

    L A

    KM

    A S

    AA

    D

    PEN

    GA

    RA

    H (

    VK

    7)

    PR

    OF.

    DR

    . FA

    RIZ

    A M

    D S

    HA

    M

    UN

    IVER

    SITI

    KE

    BA

    NG

    SAA

    N M

    ALA

    YSIA

    INST

    ITU

    T IS

    LAM

    HA

    DH

    AR

    IC

    AR

    TA O

    RG

    AN

    ISA

    SI

  • 11

    OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP) 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam

    menjalankan penyelidikan bagi membina pemahaman dan hasil yang berimpak tinggi.

    2. Berkomunikasi secara interpersonal, berkesan dan profesional dengan semua lapisan masyarakat melalui kerja penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

    3. Melaksanakan tanggunjawab secara profesional dan beretika bagi memenuhi kehendak pelanggan, organisasi, negara dan agama.

    4. Prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan perkembangan ilmu dalam bidang Peradaban Islam HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

    HPP1: Menguasai salah satu daripada empat bidang ilmu dalam Peradaban Islam

    melalui penyelidikan.

    HPP2: Mengaplikasi kemahiran kaedah penyelidikan berkaitan bidang penyelidikan.

    HPP3: Menghubung kait hasil penyelidikan dengan isu Peradaban Islam dalam

    masyarakat.

    HPP4: Menjalankan penyelidikan kendiri, beretika dan bertanggungjawab.

    HPP5: Memimpin penyelidikan dan berkomunikasi secara berkesan dengan

    penyelidik dan pihak berkepentingan.

    HPP6: Menyelesaikan masalah dalam bidang Peradaban Islam menggunakan

    kemahiran kaedah penyelidikan dan pemikiran kritis.

    HPP7: Mengurus maklumat penyelidikan dan meneruskan penerokaan ilmu melalui

    penyelidikan.

  • 12

    Bidang Tujahan Penyelidikan

    Institut Islam Hadhari menawarkan program pascasiswazah Peradaban Islam

    berasaskan penyelidikan dalam empat (4) bidang tujahan seperti berikut:

    1. Politik dan Kepimpinan

    2. Sosio-Budaya

    3. Ekonomi dan Perniagaan

    4. Sains, Teknologi, Kesihatan dan Alam Sekitar

    Program Yang Ditawarkan

    Program yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa atau separuh masa dalam

    pengajian berikut:

    • Sarjana Peradaban Islam

    • Doktor Falsafah

    Bentuk-Bentuk Program

    • Sarjana Peradaban Islam - Tesis (penyelidikan) sahaja

    • Doktor Falsafah - Tesis (penyelidikan) sahaja

    Kelayakan I Syarat Kemasukan

    Sarjana

    Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam

    bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata

    Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelulusan yang

    setaraf dengannya;

    atau

    Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 dan mempunyai sekurang- kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;

    atau

    Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam

    bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif

    (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang- kurangnya 3

    tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.

  • 13

    Doktor Falsafah

    Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai

    Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian

    tinggi yang diiktiraf oleh UKM;

    atau

    Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang- kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.

    Tempoh Pengajian

    Program Semester

    Sepenuh masa Separuh masa

    Sarjana Peradaban Islam 4 - 6 semester 6 - 8 semester

    Doktor Falsafah 6 - 12 semester 8 – 14 semester

    Kursus Yang Perlu Diikuti

    Pengajian yang ditawarkan memerlukan pelajar mengikut kursus yang dijalankan oleh

    Institut Islam Hadhari (HADHARI) dan mana-mana Fakulti/Institut sebagai pilihan, bagi

    meningkatkan pengetahuan teori termasuk kemahiran penyelidikan dan penulisan.

    Kursus wajib dan jumlah kredit adalah seperti berikut:

    Program Kursus Jumlah Kredit

    Sarjana *Kaedah Penyelidikan (wajib) 4

    **Peradaban Islam (wajib) 2

    Jumlah 6

    Program Kursus Jumlah Kredit

    Doktor

    Falsafah

    *Kaedah Penyelidikan (wajib) 4

    **Peradaban Islam (wajib) 2

    Kursus dari mana-mana Fakulti/Institut yang sesuai

    2

    Jumlah 8

    *Kursus Kaedah Penyelidikan yang ditawarkan oleh mana-mana Fakulti/Institut yang bersesuaian dan

    berjumlah 4 unit.

    **Kursus Peradaban Islam — ditawarkan oleh HADHARI sebagai kursus wajib bagi pelajar HADHARI

    dan kursus pilihan untuk Fakulti/Institut lain.

  • 14

    PROFORMA KURSUS (COURSE OUTLINE)

    1 jam kredit = 40 jam beban pembelajaran (1 credit hour = 40 notional hours)

    KOD KURSUS

    (COURSE CODE):

    RHRH6012

    NAMA KURSUS

    (COURSE NAME):

    Peradaban Islam

    (Islamic Civilization)

    STATUS KURSUS

    (COURSE

    STATUS:

    Kursus Wajib Institut Islam Hadhari (Institute of Islam

    Hadhari’s Compulsory Course); Kursus Pilihan Institut Lain

    (Elective Course for Other Institutes)

    JAM KREDIT

    (CREDIT HOUR):

    2

    SEMESTER &

    SESI (SEMESTER

    & SESSION):

    Semester 2 & Sesi (Session) 2013/2014

    SET KURSUS

    (COURSE SET)

    :

    1 & 2

    PRASYARAT

    (PRE-REQUISITE):

    Tiada (None)

    TEMPAT & WAKTU

    KULIAH (LECTURE

    VENUE & TIME):

    Institut Islam Hadhari (Institute of Islam Hadhari) & Rabu

    (Wednesday) 2.30 pm – 4.30 pm

    NAMA

    PENYELARAS

    (COORDINATOR’S

    NAME):

    Dr. Shamsul Azhar Yahya

    WAKTU

    PERUNDINGAN

    (CONSULTATION

    HOUR) :

    Sabtu (Saturday) 8.30 pm – 01.00 pm

    Lain-lain waktu bergantung kepada temujanji pelajar dengan

    penyelaras dan pensyarah (Other times will depend on

    appointment made by students with the coordinator and

    lecturers)

  • 15

    TELEFON

    (TELEPHONE) &

    MEL-E (EMAIL):

    03-89216992 & [email protected]

    SINOPSIS

    KURSUS

    (COURSE

    SYNOPSIS):

    Kursus ini membincangkan mengenai Peradaban Islam dalam

    ruang lingkup Islam Hadhari. Fokus kursus ini meliputi isu-isu

    utama peradaban Islam dalam empat bidang utama yang

    ditawarkan di Institut Islam Hadhari (IIH) iaitu: (a) politik dan

    kepimpinan; (b) sosiobudaya; (c) ekonomi & muamalat; (d)

    sains & teknologi, kesihatan & alam sekitar. Secara

    khususnya, kursus ini menumpukan kepada isu-isu

    kontemporari dalam pembangunan peradaban kini. Ia meliputi

    analisis mengenai perkembangan dan pembangunan

    masyarakat Islam di peringkat nasional, serantau dan

    antarabangsa yang merangkumi pembicaraan mengenai

    organisasi, pengurusan, urus tadbir, hal ehwal dasar, strategi

    dan pelaksanaan, sumber manusia, kewangan, infrastruktur

    dan teknologi merentas ke empat-empat skop ketamadunan

    di atas.

    (This course discusses Islamic civilization in the scope of Islam

    Hadhari. The focus of this course is on major issues of Islamic

    civilization within four main areas offered in the Institute of

    Islam Hadhari: (a) politic and leadership; (b) socio-culture; (c)

    economy and muamalat; and (d) science & technology, health

    & the environment). Specifically this course focuses on

    contemporary issues in the current civilization development. It

    covers analysis of expansion and development of Islamic

    society at the national, regional, and international levels in

    terms of discussion on organization, management,

    governance, policy matter, strategy and implementation,

    human resource, finance, infrastructure and technology

    across the four scopes of civilization above).

    HASIL

    PEMBELAJARAN

    KURSUS (HPK)

    (COURSE

    LEARNING

    OUTCOME):

    1. Mengetahui dan memahami sejarah dan konsep

    peradaban Islam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

    (Know and understand the history and concept of Islamic

    civilization that based on al-Quran and al-Sunnah )

    2. Memahami peradaban sebagai satu proses pengurusan

    yang melibatkan penggunaan sumber manusia, material,

    teknologi berteraskan nilai, akhlak dan etika.

    (Understand civilization as a process of management which

    involves the use of human resource, material, and

    technology that based on values, moral, and ethics)

  • 16

    3. Berkebolehan melakukan penyelidikan dan membuat

    laporan kajian kes peradaban Islam semasa.

    (Able to conduct research and produce research report on

    the case of current Islamic civilization)

    4. Berkebolehan memahami dan menganalisis peradaban

    Islam dalam berbagai aspek dan bidang.

    (Able to understand and analyze Islamic civilization in various

    aspects and fields)

    5. Berkebolehan mengenal pasti dan menerapkan amalan-

    amalan peradaban Islam.

    (Able to identify and apply the good practices in Islamic

    civilization)

    BACAAN ASAS

    (BASIC

    REFERENCES):

    Crump, T. 2001. Science as seen through the development of

    scientific instruments. London: Robinson.

    Hellman, H. 2006. Perbalahan hebat dalam sains. Terj. Haliza

    Ibrahim. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara.

    Ibn Khaldun, Abdul Rahman Muhammad.1996. Muqaddimah.

    Beirut: Mua’assah al-Kutub al-Thaqafiyah.

    Mohd. Yusof Hj. Othman. 2009. Sains, masyarakat dan

    agama. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

    Mohd. Yusof Hj. Othman. 2009. Wacana sejarah dan falsafah

    sains: SAINS DAN MASYARAKAT. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    PENILAIAN

    KURSUS

    (COURSE

    ASSESSMENT):

    Kehadiran (Attendance) : 10%

    Esei, Pembentangan, Kajian Kes : 60%

    (Essay, Presentation, Case Study)

    Aktif dalam Perbincangan (Active in Discussion) : 20%

    Kuiz (Quiz) : 10%

  • 17

    Syarat Pengijazahan

    Setiap calon (Sarjana dan Doktor Falsafah) perlu memenuhi keperluan berikut

    sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah

    1. Membentangkan cadangan / usul penyelidikan (Semester 1 atau ke-2).

    2. Membentangkan hasil kajian awal sebelum menghantar Notis Penyerahan Tesis.

    3. Membentang kertas kerja dalam seminar yang dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM atau luar UKM, butirannya seperti berikut:

    Sarjana Dua(2) pembentangan

    Doktor Falsafah Tiga(3) pembentangan

    4. Memenuhi Syarat Penulisan Makalah seperti berikut:

    Sarjana Sekurang-kurangnya satu (1) artikel dari mana-mana kategori yang berikut: • Jurnal ERA/Scopus/WoS; • Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut atau tersenarai dalam

    MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite; • Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Thomson

    Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM. Doktor Falsafah Dua (2) artikel dalam jurnal berindeks Scopus/WoS; Atau Sekurang-kurangnya satu (1) Jurnal Scopus/WoS; dan Satu (1) artikel dari kategori berikut: • Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut; • Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam

    Thompson Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

    5. Memenuhi keperluan kursus dan jumlah kredit.

  • 18

    6. Syarat tambahan untuk pelajar luar negara: a. Pelajar luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa

    Inggeris dengan mendapat keputusan TOEFL, IELTS atau MUET yang memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program masing-masing dan diluluskan oleh Senat.

    b. Pelajar luar negara yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat (Conditional Offer) seperti berikut:

    i. Pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa

    Inggeris dalaman di UKM tanpa had tempoh masa, namun pelajar masih tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa; dan

    ii. pelajar luar negara yang mengikuti Kursus Persediaan

    Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

    c. Fakulti/Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat yang

    dinyatakan dalam subperaturan 5(1) dan 5(2) kepada:

    i. pelajar luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau

    ii. pelajar luar negara yang menggunakan kelayakan akademik

    dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

    Zamalah UKM turut menawarkan pembiayaan kewangan berbentuk zamalah yang terhad kepada pelajar yang layak. Permohonan boleh dibuat terus kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM). Peraturan-peraturan Pengajian Siswazah 2015 Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah, tesis, pendaftaran, rayuan, salah laku penyelidikan dan pengurniaan ijazah boleh dirujuk di Laman web Institut Islam Hadhari, UKM.

  • 19

    Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Siswazah 2019/2020 Institut Islam Hadhari

    Penasihat Prof. Dr. Fariza Md Sham Pengarah Penyelaras/Editor Dr. Shamsul Azhar Yahya Penyelaras Program Prof. Madya Dr. Kamaruddin Salleh Ketua Jaminan Kualiti Prof. Madya Dr Al-Adib Samuri Timbalan Pengarah Tengku Nor Kirana Binti Tengku M.Y Anuar Ketua Pentadbiran Pembantu Penerbitan Encik Wan Muhammad Hazim Bin Wan Mustapa Puan Faridah Abdullah Puan Fatin Hanani Badrul Zaman Encik Mohd Nor Adzhar Adnan Fotografi Encik Muhammad Rusydi Baharom