ulasan buku pembangunan negara islam hadhari dari bab ke bab

28
1.0 ULASAN BUKU PEMBANGUNAN NEGARA ISLAM HADHARI DARI BAB KE BAB BAB 1 -ASAS PEMIKIRAN HADHARI- Penulis memulakan bab ini dengan memberi pendapat bahawa Pemikiran Islam Hadhari bukan pemikiran yang direka tanpa asas. Ia juga bukan ajaran baru atau bid’ah. Namun ianya adalah satu pemikiran yang terpancar dari pandangan hidup islam yang dapat di ungkap daripada Al-quran dan Sunnah. Seperti contoh penciptaan manusia bukanlah penciptaan yang sia-sia menurut pandangan Islam. Penulis mendatangkan sepotong ayat Al-quran dari surah Al- Mukminun : 115 Ertinya :“Adakah kamu semua menyangka bahawa Kami menciptakan kamu hanya sia-sia dan kamu tidak dikembalikan semula kepada Kami” Selain itu, penulis juga mendatangkan sepotong ayat al-quran dari surah Al-Hujurat ayat 56 untuk membuktikan tujuan penciptaan manusia dari pandangan hidup islam. Ertinya: “Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” Oleh sebab yang demikian, untuk memenuhi tuntutan beribadah ini, manusia dituntut untuk beriman dan beramal soleh. Dan ini 1

Upload: syira-norhaji

Post on 20-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ULASAN BUKU

TRANSCRIPT

1.0 ULASAN BUKU PEMBANGUNAN NEGARA ISLAM HADHARI DARI BAB KE BAB

BAB 1 -ASAS PEMIKIRAN HADHARI-Penulis memulakan bab ini dengan memberi pendapat bahawa Pemikiran Islam Hadhari bukan pemikiran yang direka tanpa asas. Ia juga bukan ajaran baru atau bidah. Namun ianya adalah satu pemikiran yang terpancar dari pandangan hidup islam yang dapat di ungkap daripada Al-quran dan Sunnah. Seperti contoh penciptaan manusia bukanlah penciptaan yang sia-sia menurut pandangan Islam. Penulis mendatangkan sepotong ayat Al-quran dari surah Al-Mukminun : 115 Ertinya :Adakah kamu semua menyangka bahawa Kami menciptakan kamu hanya sia-sia dan kamu tidak dikembalikan semula kepada KamiSelain itu, penulis juga mendatangkan sepotong ayat al-quran dari surah Al-Hujurat ayat 56 untuk membuktikan tujuan penciptaan manusia dari pandangan hidup islam. Ertinya: Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadahOleh sebab yang demikian, untuk memenuhi tuntutan beribadah ini, manusia dituntut untuk beriman dan beramal soleh. Dan ini merupakan asas yang paling penting dan sangat dituntut dalam asas pemikiran Hadhari. Dalam bab ini juga, menulis menerangkan iman dan amal soleh mestilah berjalan serentak dan seiring bagi memenuhi tuntutan ibadah. Amal yang tidak disertai dengan keimanan, tidak akan memenuhi tuntutan beribadah. Iman akan bertambah dengan amal soleh sekaligus akan mencapai tahap ketinggian seseorang manusia. Maka ia tidak lagi dinamakan haiwan bertutur seperti yang ditakrifkan oleh Aristotle. Ketinggian kemanusiaan terjadi apabila manusia meningkatkan statusnya sebagai hamba Allah SWT dan membebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada yang lain selain daripada Allah SWT. Oleh kerana manusia itu hamba kepada Allah SWT, maka ia mestilah taat pada dan patuh kepada Allah SWT dan hidup dalam system yang ditentukanNya. Sistem pertama ialah sistem Sunnatullah iaitu sistem semulajadi, yang tunduk dan patuh pada kepada peraturan itu semua yang dilangit dan yang dibumi. Sistem yang kedua pula ialah sistem Dinullah iaitu agama Allah SWT yang merupakan petunjuk, peraturan, hukum, nilai-nilai, dan ajaran-ajaran yang diwahyukan kepada rasul-rasul untuk menjadi sistem perundangan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya. Dua sistem ini sangat berkait rapat dalam kehidupan manusia. Seperti contoh, keinginan seksual manusia merupakan keinginan semulajadi (Sunnatullah), oleh itu untuk memenuhi keinginan tersebut haruslah dipandu dengan peraturan islam (Dinullah) iaitu berkahwin. Seterusnya, peranan akal dalam pemikiran hadhari sangat penting. Allah melengkapkan di dalam diri manusia akal yang dapat menjana kekuatan ilmu pengetahuan yang membolehkannya menguasai bumi ini. Oleh sebab yang demikian, akal yang baik dan sejahtera adalah hasil daripada perbuatan amal-amal soleh yang dilakukan oleh seorang manusia yang mana akan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dan amal-amal yang soleh itu juga dilakukan berlandaskan dua sistem yang telah ditetapkan Allah SWT dalam hidup manusia. Oleh sebab yang demikian, akal yang baik dan sejahtera merupakan asas yang sangat penting dalam pembangunan asas pemikiran Islam Hadhari. BAB 2 -IMAN DAN AMAL SOLEH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM HADHARI-Penulis memulakan bab ini dengan menerangkan maksud jihad. Beliau mendefinisikan jihad itu adalah kerja yang bersungguh-sungguh berlandaskan keimanan dan keyakinan terhadap kebenaran yang di amalkan dan diperjuangkan. Beliau juga mengaitkan iman dan amal yang soleh menentukan jihad yang sebenarnya. Tetapi iman dan amal soleh bukan sekadar hanya iman dan amal soleh yang difahami secara ritual sahaja. Iman dan amal soleh memenuhi erti keyakinan yang kukuh yang menggerakkan amal ibadah yang bersungguh. Iman dan amal yang soleh juga ialah membenarkan di hati setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Dalam bab ini, penulis menekankan bahawa pekerjaan yang ikhlas dan bersungguh kerana Allah SWT juga merupakan satu amal yang soleh yang akan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Penulis membahagikan amal soleh kepada dua bahagian. Pertama ialah amalan yang menjurus kea rah memartabatkan diri sebagai hamba Allah dan yang kedua pula ialah amalan yang menjurus ke arah melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Orang yang bekerja untuk diri sendiri dan juga keluarganya dengan kerja yang halal dan bersungguh juga adalah satu amal soleh dalam perspektif islam hadhari. Pekerjaan yang terhormat memainkan peranan yang penting kepada islam hadhari. Pekerjaan terhormat yang akan diterima sebagai amal soleh adalah pekerjaan yang tidak melanggar sistem sunnatullah dan dinullah.Selain itu, dalam bab ini juga penulis menyentuh tentang kekayaan negara. Penulis menekankan bahawa kekayaan negara jangan diberikan kepada orang bodoh yang tidak tahu menguruskan kekayaan, tetapi berilah kepada orang yang beriman yang mengurus kekayaan negara, kerana sumber kewangan yang halal merupakan hal yang sangat penting dalam pembangunan negara hadhari. Akhir sekali, dalam bab ini juga penulis menekankan mengenai sector pekerjaan merupakan sector yang sangat penting dalam menilai tahap islam hadhari.BAB 3 MEMBANGUN NEGARA MAJU-Dalam bab ini, penulis menyentuh mengenai wawasan negara. Wawasan negara ialah mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Penulis menyentuh tentang perbezaan antara negara maju dan tidak maju. Perbezaan tersebut ialah pencapaian yang dilalui dalam proses modenisasi, Penulis juga menyentuh tentang istilah negara yang belum mencapai modenisasi. Salah satu istilah negara yang belum mencapai modenisasi ialah negara miskin ataupun negara yang sedang membangun.Penilaian barat terhadap pencapaian negara maju adalah hanya dari aspek kebendaan, pembangunan bangunan-bangunan mencakar langit sahaja. Penilaian ini sangat berbeza dengan negara islam hadhari. Negara islam hadhari membuat penilaian negara maju bukan hanya mengukur pada pencapaian modenisasi sahaja. Proses islamisasi yang bermula selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW menyamai proses modenisasi dalam beberapa aspek tertentu. Namun, tidak mungkin terdapat persamaan dalam semua aspek. Terdapat terbezaan paling jelas dan ketara sekali antara dua proses pembangunan negara maju ini. Perbezaan tersebut ialah tamadun moden diasaskan mengikut fahaman sekularisme manakala tamadun islam diasaskan mengikut kepercayaan tauhid dan ketuhanan.Oleh sebab itu, penulis menekankan dalam bab ini bahawa membangun negara maju mengikut acuan islam hadhari ialah pembangunan modenisasi dan islamisasi yang berteraskan al-quran dan as-sunah.BAB 4 -PEMERINTAHAN YANG ADIL-Dalam pembangunan negara mengikut acuan islam hadhari, pemerintahan yang adil merupakan aspek yang sangat penting. Negara mengikut perspektif islam hadhari ialah dipimpin, ditadbir dan diurus berdasarkan tanggungjawab manusia sebagai khalifah bumi ini. Ia ditadbirkan oleh pemerintahan yang telus dan melaksanakan prinsip-prinsip pemerintahan yang merupakan kesinambungan para rasul dan orang yang soleh. Pemerintahan sebuah negara islam hadhari ialah pemerintahan yang mengurus manusia dan kehidupannya dengan memelihara dan menghayati agama allah sebagai system hidup. Pemerintahan yang adil dalam sesebuah negara islam hadhari ialah pemerintahan yang memelihara nyawa manusia, menjaga keturunannya, memelihara akal dan mengembangkan potensi akal dalam kehidupan, memelihara dan menjaga keselamatan. Selain itu, pemerintahan yang menjaga dan memeihara hak-hak asasi manusia. Selain itu, pemerintahan yang adil menurut islam hadhari juga ialah pemerintahan yang menjaga harta benda dan sumber-sumber alam.Seterusnya, untuk menjadikan pemerintahan yang dikehendaki dalam islam hadhari pemerintahan tersebut haruslah diasas dengan beberapa aspek yang penting. Antara asas-asas pemerintahan yang ditulis dalam bab ini ialah :1. Pemerintahan yang berasaskan kebenaran dan bukan hawa nafsu2. Pemerintahan yang menegakkan keadilan dan menolak kebenaran3. Pemerintahan yang berasaskan perasaan ehsan4. Pemerintahan yang sederhana dan seimbang5. Pemerintahan yang amanah6. Pemerintahan yang mengamalkan konsep islah dan penambahbaikan7. Pemerintahan yang berasaskan kepada rahmat dan keselesaan kepada seluruh alam8. Pemerintahan yang berasaskan iman dan ilmu9. Pemerintahan yang berasaskan musyawarah.BAB 5 MASYARAKAT BERJIWA BEBAS-Masyarakat hadhari ialah masyarakat yang menghargai, menghormati dan menikmati kebebasan. Penulis membahagikan dua dimensi kebebasan yang dimiliki oleh masyarakat hadhari. Pertama ialah masyarakat yang bersih daripada budaya mengongkong dan menyekat orang lain dalam memperkembangkan potensi diri. Kedua pula ialah individu yang bebas dari pemikiran yang sempit dan jumud sehingga kebebasan berfikir tersekat dalam usaha mencari kebenaran. Seperti contoh orang arab jahiliah terdahulu berfikiran sempit disebabkan fanatic kepada ajaran agama nenek moyang mereka menyebabkan tersekat akal untuk memikirkan perkara yang jernih sehingga sanggup membunuh anak perempuan sendiri.Seterusnya, dalam bab ini ada mengatakan tentang halangan masyarakat yang berjiwa bebas ialah menolak pandangan baru yang menjadi alternatif kepada pendapat lama disebabkan fanatik dengan ijtihad mujtahid-mujtahid yang terdahulu. Selain itu, halangan msyarakat yang berjiwa bebas yang kedua pula ialah kekurangan maklumat, Seperti contoh pelajar miskin yang mempunyai kepintaran terhalang untuk menyambung pelajaran di sebabkan oleh tiada pengaliran maklumat yang berguna. Halangan tersebut hendaklah diatasi kerana dalam mencapai tahap kemajuan hadhari, kemajuan maklumat dan pengaliran yang seimbang perlu ada antara kota dan desa.Dalam pembangunan negara hadhari, masyarakatnya haruslah berjiwa bebas. Oleh itu, dalam buku ini oenulis berpendapat bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang banyak berlawanan dengan kehendak islam hadhari dalam membangunkan masyarakatnya. Ini adalah kerana, masyarakat yang berjiwa bebas adalah mereka yang menerima kebaikan dan menolak kemungkaran dengan sukarela. Dengan ini, didikan dan tarbiyah dari perasaan sukarela itu kan mendisiplinkan mereka secara fitrah.Bebas yang dimaksudkan dalam perspektif islam hadhari ialah tidak melakukan kejahatan kerana ketaatan kepada Allah SWT. Jika seseorang itu mempunyai jiwa yang bebas seperti ini, dia tidak memerlukan undang-undang dan peraturan, cukup dengan ketaatan kepada perintah Allah SWT. Maka dengan hal ini, indeks pembangunan islam hadhari dari aspek masyarakat yang berjiwa bebas akan meningkat..BAB 6 PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN- Penulis memulakan bab ini dengan menerangkan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan merupakan ukuran paling penting dalam pembangunan negara islam hadhari. Ilmu pengetahuan merupakan satu kekuatan bagi manusia untuk menjalankan tanggunjawab kerana melalui ilmu pengetahuan akan terpancar kebijaksanaan yang akan memberikan kebaikan kepada manusia dan juga negara.Semakin berkembang ilmu pengetahuan, semakin tinggi nilai hadhari sesebuah negara. Namun, perkembangan ilmu pengetahuan bergantung kepada aktiviti mencari dan meneroka pelbagai bidang ilmu di samping wujudnya prasarana pembangunan dan kemajuan ilmu pengetahuan yang lengkap kerana dengan kelengkapan sistem yang pendidikan yang lengkap memudahkan proses perkembangan ilmu pengetahuan.Namun, penullis menekankan bahawa dalam menguasai sesuatu ilmu pengetuan, seseorang itu tidak boleh memisahkan antara ilmu sunnatullah dan dinullah Kedua-duanya mempunyai kesepaduan yang tidak bertentangan antara satu dengan lain. Ilmu sunnatullah ialah ilmu seperti sains, ilmu alam, ilmu kemasyarakatan dan sebagainya berjalan mengikut sunnah atau hukum perjalanan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia diperolehi dengan membuat kajian terhadap perjalanan dalam mengikut kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan saintifik. Manakala ilmu dinullah pula ilmu yang boleh didapati daripada usaha mengkaji petunjuk wahyu yang terkandung di dalam al-quran dan sunnah rasulullah SAW yang sahih. Namun apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat barat sangat berbeza dengan islam, kerana barat memisahkan agama dengan kehidupan. Oleh sebab itu, dalam membangunkan negara islam hadhari, penguasaan ilmu pengetahuan haruslah tidak memisahkan antara ilmu sunnatullah dan dinullah.BAB 7 KUALITI HIDUP YANG TINGGI-Dalam bab ini, penulis menekan bahawa kualiti hidup dapat di ukur apabila berupaya untuk memenuhi keperluan asas. Tiga keperluan asas yang perlu dipenuhi dalam membangunkan negara islam hadhari. Pertama keperluan dharuriyat (keperluan asas) seperti makanan bagi memelihara hidup, pakaian untuk menutup aurat dan keperluan seperti tempat tinggal. Warganegara dalam sebuah negara islam hadhari berhak mendapatkan keperluan dharuriyat yang berkualiti. Seperti contoh, makanan yang berkualiti perlulah memenuhi standard halal dan tayyiba(baik).Seterusnya, kualiti hidup akan bertambah sempurna dengan keupayaan memenuhi keperluan hajiyat, iaitu keperluan yang melebihi keperluan daruriyat, seperti keupayaan menuntut ilmu, menyediakan rumah yang selesa atau menyediakan makanan yang berzat. Kualiti hidup juga bertambah dengan keupayaan menyediakan keperluan bagi membentuk keindahan hidup yang sederhana dan mampu membantu orang lain. Seterusnya yang ketiga ialah keperluan tahsinat iaitu keperluan untuk berbakti dan keperluan menjadi tangan yang berada di atas, yang memberikan sumbangan di dalam lapangan ekonomi dan social bagi mereka yang memiliki kekuatan ekonomi.Kualiti hidup yang tinggi dalam membangunkan negara islam hadhari juga perlu diukur daripada keupayaan masyarakat yang melawan penyakit dan juga diukur daripada taraf kesihatan yang dinikmati oleh rakyat negara itu. Kurangnya penyakit sosial seperti jenayah, lepak, rogol, zina turut menjadi ukuran terhadap kualiti hidup yang tinggi. Kualiti hidup juga diukur daripada peluang rakyat mendapatkan pendidikan yang sempurna dan peluang mendapat yang tinggi bagi melonjakkan kualiti diri yang mampu menjadi manusia yang lebih produktif yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Selain itu juga, untuk meningkatkan taraf hadhari sebuah negara itu, rakyat haruslah bebas daripada kemiskinan dan kemunduran sepertimana yang berlaku ketika pemerintah Saidina Umar bin Abdul Aziz.BAB 8 MENGUASAI ALAM SEMULAJADI-Alam semulajadi merupakan satu nikmat daripada Allah SWT. Oleh sebab itu, alam semula jadi tidak bole dipisahkan dengan konsep keimanan dan syukur. Konsep keimanan dan syukur sangat penting kerana dengan hadirnya dua konsep tersebut maka akan lahirlah keseimbangan dalam menguasi alam semulajadi. Keseimbangan dalam menguasai alam semulajadi mampu menghalang manusia daripada melakukan kerosakan ke atas alam ini, kerana kerosakan alam semulajadi tidak boleh menjadi ukuran bagi mencapai ketinggian tahap hadhari sesebuah masyarakat dan negara.Penguasaan ke atas alam semula jadi tidak akan tercapai tanpa penguasaan ke atas ilmu sains dan kejayaan membangunkan ekonomi. Kekuatan ekonomi membolehkan pengetahuan dan penemuan sains itu, diterjemahkan di dalam kehidupan menerusi penguasaan teknologi. Ekonomi, sains dan teknologi adalah kompenan utama bagi menentukan keupayaan menguasai alam semula jadi.Negara-negara islam pada hari ini belum mencapai tahap hadhari yang sempurna dari aspek menguasai alam semula jadi kerana negara-negara tersebut tidak memanfaatkan sumber-sumber alam dengan sebaiknya. Hanya Malaysia sahaja yang terselamat daripada kepincangan dalam pengurusan sumber-sumber alam.BAB 9 KEUTUHAN MORAL DAN BUDAYA-Sebuah masyarakat hadhari memiliki moral awam yang dominan yang terpancar daripada keutuhan nilai-nilai budaya masyarakat tersebut, sedangkan pembentukan budaya yang utuh dibina di atas penghayatan petunjuk yang terdapat di dalam dinullah dan syariatnya.Penulis menerangkan dalam bab ini bahawa undang-undang dan peraturan kurang berkesan dalam mengatur masyarakat yang berdisiplin kerana yang mampu mendisiplinkan ialah nilai sesuatu budaya. Masyarakat tidak akan harmoni dan aman sekiranya bergantung kepada undang-undang dan penguatkuasaan undang-undangUdang-undang dan penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan dalam masyarakat yang berdisiplin dan tertib. Nilai-nilai budaya masyarakat yang mampu mengatur ketertiban masyarakat dgn smpurna tersebut. Namun nilai budaya itu akan berkesan jika dihayati dengan keimanan. Ksepaduan masyarakat dalam menolak dan menerima nilai-nilai itu tanpa peraturan yang mengukuhkan lagi sesuatu nilai budaya masyarakat tersebut. BAB 10 KEKUATAN PERTAHANAN-Dalam membangunkan negara islam hadhari, kekuatan pertahanan juga merupakan perkaran yang sangat penting. Dalam bab ini, penulis memfokuskan tiga aspek kekuatan pertahanan yang perlu ada dalam usaha membangunkan negara islam hadhari. Kekuatan tersebut ialah:1. Kekuatan sosial2. Kekuatan ekonomi3. Kekuatan ketenteraanKekuatan sosial yang dimaksudkan ialah kekuatan perpaduan dan persaudaraan yang kuat. Masyarkat yang hidup dalam negara islam hadhari sama ada islam ataupun tidak haruslah memiliki kekuatan kasih sayang yang kuat antara satu dengan yang lain. Islam mengajar untuk saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Apabila perasaan kasih sayang dapat dipupuk, maka kekuatan hubungan dalam sesebuah negara itu akan bertamabh erat dan akan memberi kekuatan kepada negara. Namun persaudaraan yang dipupuk bukanlah atas dasar keturunan tetapi atas dasar akidah bagi orang islam sesama orang islam dan kemanusiaan bagi orang islam dan orang bukan islam.Seterusnya kekuatan ekonomi merupakan satu elemen yang sangat penting kerana tanpa kekuatan dan kestabilan ekonomi kemakmuran tidak akan lama kerana kepincangan akan berlaku dan kekuatan yang dimiliki akan rapuh. Selain itu, kekuatan ketenteraan merupakan aspek yang terpenting sekali. Kekuatan ketenteraan sebuah negara hadhari bukan hanya tentera yang memberi sumbangan dan tenaga dalam menjaga negara, namau rakyat juga perlu mempunyai semangat jihad dan patriotik yang kukuh. Tanpa semangat dan dan kecanggihan senjatan, kita tidak akan mampu untuk mengalahkan musuh. Oleh sebab itu, kekuatan ekonomi yang akan membantu dalam menyediakan kelengkapan senjata. BAB 11 STATUS BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM HADHARI-Penulis memulakan bab ini dengan menjelaskan bahawa masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat yang majmuk, maka timbul persoalan mengenai status masyarakat bukan islam dalam negara islam hadhari.Dalam pembangungan negara yang berteraskan konsep islam hadhari, orang bukan islam boleh tinggal dengan aman dalam negara tersebut. Hubungan antara orang islam dan bukan islam dalam negara hadhari ialah melalui perjanjian sosial iaitu yang terdapat dalam Perlembagaan Negara dari aspek perkongsian kuasa.Dalam konsep perkongsian kuasa antara orang bukan islam dan islam, orang islam mendapat hak yang istimewa kerana masyarakat islam merupakan penduduk peribumi dan penduduk yang mijoriti. Hak istimewa ini diperkukuhkan lagi dengan tradisi orang melayu bahawa hanya orang melayu yang layak berada dalam kalangan piminan teratas.Namun, orang bukan islam juga diberi peluang untuk memilih pemimpin dan menjadi pemimpin. Mereka juga boleh jadi perdana menteri sekiranya mijoriti memilih mereka. Namun disebabkan oleh tradisi melayu, peratus untuk mereka dipilih sebagai pemimpin teras adalah sedikit berbanding pemimpin melayu. Perlaksanaan islam hadhari mengukuhkan lagi ketinggian tamadun islam dalam kalangan masyarakat bukan islam.

2.0 KOMENTAR BUKUSecara peribadinya, saya amat berminat untuk membaca buku ini kerana sebelum ini saya masih tidak jelas dengan apa yang di maksudkan dengan konsep Islam Hadhari. Namun setelah membaca buku ini, saya telah pun mengetahui apa yang di maksudkan dengan islam hadhari dengan lebih jelas. Buku Pembangunan Negara Islam Hadhari dikarang oleh seorang tokoh yang penting dalam pembentukan gagasan Islam Hadhari yang kini menjadi satu konsep penting dalam pemerintahan Barisan Nasional. Tokoh yang saya maksudkan ialah Mohd. Nakhaie Ahmad. Beliau merupakan seorang tokoh yang penting dan juga seorang intelektual yang sangat penting dalam Malaysia. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar dan Cairo dan Universiti di Kaherah, Mesir sehingga peringkat sarjana. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Teknologi Mara.Penulis buku ini juga telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sejak tahun 2000. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis yang prolifik. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 15 judul buku yang meliputu konsep-konsep penting dalam Islam, politik dan kenegaraan dalam perspektif Islam. Setelah membaca mengenai kehidupan penulis ini melalui laman sesawang, saya mendapati bahawa beliau merupakan seorang penulis yang lebih cenderung dalam penulisan buku yang menjawab kepada permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat di Malaysia. Terdapat 11 bab yang utama dalam buku ini tidak termasuk bab permulaan (muqaddimah) dan bab pengakhiran. Saya lebih cenderung untuk mengulas buku ini dari bab ke bab agar para pembaca dapat mengetahui acuan yang bagaimana yang dimaksudkan oleh penulis dalam pembentukan dan pembangunan Negara Islam Hadhari.Namun sepanjang pembacaan saya mengenai buku ini, saya mendapati bahawa penulis memulakan perbincangan dengan latar belakang kedatangan islam yang mengangkat martabat bangsa Arab. Seterusnya, tamadun Islam menjadi penyumbang terbesar kepada perubahan dunia. Namun kegemilangan Islam ini akhirnya sirna dan merosot sehingga dapat diatasi oleh tamadun Barat. Dalam buku ini juga, penulis menyarankan langkah-langkah praktikal yang boleh, dan perlu dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan yang telah hilang itu. Ini yang saya rasakan menjadi intipati Islam Hadhari yang mana penghayatan Islam yang baik akan mengangkat martabat umat islam dan menjana kecemerlangan.Penulis juga menyentuh aspek yang sangat penting dan sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penulis menimbulkan persoalan tentang status orang bukan islam dalam sebuah negara Islam. Penulis juga membahaskan mengenai isu zimmi atau status bukan Islam dalam negara Islam yang dianggap warganegara kelas kedua.Seterusnya, dari aspek gaya penulisan buku ini, saya berasa kurang tertarik untuk membaca kerana tidak terdapat unsur-unsur yang dapat menarik minat untuk membaca. Bagi saya, gaya penulisan buku ini tidak ceria kerana tidak terdapat gambar-gambar atau grafik yang dapat menceriakan saya ketika membaca buku ini. Penggunaan warna pada muka depan buku ini sahaja tidak mempunyai unsur-unsur seni yang menarik minat untuk membaca. Saya tertarik untuk membaca dan memilih buku ini sebagai buku yang akan saya ulas hanyalah kerana tajuk buku ini yang berkaitan dengan Islam Hadhari. Sepanjang pembacaan saya, saya mendapati bahawa terdapat ayat-ayat berbelit dan juga berulang-ulang yang susah untuk difahami jika tidak dibaca dengan teliti. Namun sesudah dibaca dengan dengan teliti, mesej yang ingin disampaikan melalui ayat merupakan satu mesej yang ringkas. Seperti contoh dalam bab 9 mukasurat 97,Tanpa keseimbangan yang dinyatakan itu, pembangunan akan kehilangan kelestariannya dan pembangunan yang dicapai akan menghadapi kemelesetan. Demi untuk mencapai tahap kelestarian hadhari, maka keseimbangan antara keupayaan menguasai alam semulajadi untuk pembangunan, dengan pembangunan dari aspek kerohanian, mestilah sentiasa dipelihara, khususnya aspek yang berkaitan dengan keimanan dan kesyukuran. Dengai itu kelestarian pembangunan itu akan tercapai dan tahap hadhari juga turut meningkatSelain itu, dalam buku ini juga terdapat beberapa kesalahan ejaan. Antaranya ialah perkataan pengetahuan yang di eja dengan pengethuan dalam bab 7 mukasurat 78. Walaupun terdapat beberapa kesalahan dan kelemahan dalam buku ini, namun buku ini sememangnya mempunyai kekuatan dalam penyampaian mesej yang berkaitan dengan pembangunan negara Islam Hadhari. Ilmu-ilmu yang terdapat dalam buku ini sangat membantu saya dalam memahami apa yang dikehendaki dalam pembangunan negara Islam Hadhari.Saya sangat bersetuju buku ini mampu untuk membentuk jati diri mahasiswa kerana di dalam buku ini terdapat ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat dalam proses pembentukan diri mahasiswa. Seperti contoh, dalam bab 7 buku ini bertajuk penguasaan ilmu pengetahuan, dalam bab ini, penulis sangat menekankan agar seseorang yang ingin menguasai ilmu pengetahuan haruslah tidak memisahkan antara ilmu sunnatullah dan ilmu dinullah. apabila seseorang yang memisahkan antara kedua ilmu ini, maka akan timbullah pemikiran sekularisme yang memisahkan dunia dan agama

3.0 SEJAUH MANA ILMU TAMADUN MEMBENTUK JATI DIRI MAHASISWA. Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.Oleh sebab yang demikian, saya sangat bersetuju buku-buku tamadun islam seperti ini sememangnya sangat membantu mahasiswa dalam pembentukan jati diri mahasiswa seperti contoh ilmu tamadun islam. Ilmu tamadun islam mempunyai keunikan tersendiri dalam proses pembentukan hati budi yang diterap secara tidak langsung dalam mendidik akhlak dan moral para pelajar. Pemantapan jati diri yang sempurna dapat melahirkan pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan insan dalam sesebuah masyarakat serta menjadi agen kelangsungan perkembangan sesebuah tamadun. Mahasiswa adalah insan yang mewarisi pemerintahan negara pada masa hadapan. Aset yang bernilai ini perlu dipandu dengan betul supaya negara dapat dibangun mengikut arus semasa. Pembentukan jati diri pelajar berkualiti perlu direncana awal sejak di bangku sekolah lagi. Setiap hari pelajar terdedah kepada pelbagai gejala tidak bermoral. Tambahan pula perkembangan dunia globalisasi turut menjadikan golongan pelajar sensitif dan peka dengan arus perubahan dan kemodenan. Transformasi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa menyaksikan perubahan hormon dan personaliti yang ketara. Sikap ingin tahu dan ingin cuba yang tinggi menyebabkan mereka sering melakukan aktiviti yang melunturkan nilai hati budi kemanusiaan. Oleh itu, saya merasakan ilmu-ilmu ketamadunan islam seperti ini sangat membantu pelajar dalam mengembalikan semula keberkesanan tamadun islam yang terdahulu pada diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Pembentukan jati diri mahasiswa merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu. Pembentukan jati diri yang jitu mempunyai pengaruh dan kesan besar terhadap pembangunan tamadun ummah. Oleh sebab itu, langkah IPTA memperkenalkan kursus TITAS merupakan sumbangan yang tidak ternilai terhadap pembinaan tamadun Malaysia dalam memastikan nilai-nilai ketamadunan dapat diterapkan bagi membentuk jati diri dan hati budi mahasiswa. Pendedahan mengenai pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada mahasiswa. Sekurang-kurangnya ilmu tamadun dapat bertindak bagi membendung penularan gejala-gejala negatif ke tahap serius dan boleh memusnahkan tamadun manusia. Selain itu, ilmu tamadun ini memberi kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatukan tamadun mahasiswa daripada latar belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam mengenai nilai-nilai sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah masyarakat. Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam membentuk hati budi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya. Semua pihak yang terlibat termasuklah institusi keluarga, pendidikan, kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu dan tidak hanya menunding jari pada satu-satu pihak semata-mata. Ini kerana jatuh bangun sesebuah negara dan masyarakat bergantung pada generasi muda yang akan memacu negara pada masa hadapan..

4.0 REFLEKSI Alhamdulillah, segala pujian hanyalah layak kepada Allah S.W.T yang memberi kesempatan dan peluang berserta kekuatan kepada hambaNya yang lemah ini untuk terus menyiapkan tugasan untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara tanpa menghadapi halangan yaang begitu besar.Saya dan rakan sekelas yang lain telah diberi taklimat mengenai Kerja Kursus untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ini oleh Ustazah Nurul Hudaa binti Hassan. Taklimat yang diberikan oleh beliau mudah difahami oleh saya dan rakan sekelas yang lain. Tempoh yang diberikan oleh beliau dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah selama sebulan. Saya berasa kurang yakin untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Namun, sebagai seorang bakal guru, saya haruslah memegang prinsip Menangguh kerja itu merupakan jalan menuju kegagalan. Oleh sebab yang demikian, saya telah memikirkan beberapa langkah dalam mengendalikan masa saya dengan baik. Antaranya ialah, selesai sahaja menerima taklimat mengenai kerja kursus pendek ini, saya terus bergegas ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tambahan. Saya berusaha mencari buku yang akan saya ulas dalam seminar pembentangan buku. Saya mendapat lima jenis buku yang berbeza. Saya keliru untuk memilih buku terbaik untuk dibentangkan dalam seminar. Oleh sebab yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ustazah Nurul Hudaa dengan harapan beliau dapat membantu saya dalam pemilihan buku tersebut. Akhir sekali, ustazah memberitahu saya bahawa kelima-lima buku tersebut sangat baik untuk di ulas, namun beliau menasihatkan saya untuk memilih buku yang bertajuk Pembangunan Negara Islam Hadhari. Pada mulanya, saya tidak bersetuju untuk memilih buku itu kerana bagi saya buku tidak menarik minat saya untuk membacanya. Saya lebih cenderung untuk memilih buku yang bertajuk Kepimpinan Umar Abdul Aziz kerana saya sudah mempelajari tentang tajuk buku ini pada tahun lepas, namun apabila mendapat nasihat daripada rakan saya tentang pemilihan buku Pembangunan Negara Islam Hadhari, dia menasihati saya agar mencari ilmu baru yang saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya. Akhirnya, saya memilih buku Pembangunan Negara Islam Hadhari untuk dibentangkan dalam seminar. Selain itu, saya juga telah memperuntukkan masa yang sesuai untuk memyiapkan kerja kursus ini. Pada pendapat saya, sesibuk mana seseorang itu, andai dia mampu untuk menguruskan masa dengan baik, saya yakin semua perkara akan dapat dikendalikan dengan baik dan teratur. Tugasan kerja kursus pada kali ini meminta saya dan rakan-rakan untuk mengadakan satu seminar pembentangan buku bagi membincangkan secara terperinci berkaitan dengan ketamadunan Islam dan Asia Tenggara. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk organisasi pelaksana untuk seminar pembentang buku ini. Namun, dalam mengadakan sebuah seminar seperti itu, pastinya ada pendapat-pendapat yang bercanggah yang menyebabkan peperangan mulut. Namun, sebagai seorang bakal guru, saya mengambil langkah untuk menjernihkan keadaan dengan memberi nasihat-nasihat yang boleh diterima oleh mereka. Hasil daripada mesyuarat itu, saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa makanan bersama seorang rakan saya iaitu Mohd. Rafiuddin bin Jamali. Namun, apa yang saya boleh lihat sepanjang pengurusan untuk menguruskan seminar itu, terdapat beberapa orang rakan tidak mengambil serius tugasan mereka sehinggakan Ustazah Nurul Hudaa memarahi saya dan rakan-rakan dengan nasihat-nasihat yang sangat membina diri saya dan juga rakan-rakan. Selepas daripada hari itu, saya dan rakan-rakan mula mengambil serius dengan tugas masing-masing sehinggakan seminar pembentangan buku itu berjalan dengan baik, walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku.Semasa seminar berlangsung, saya merupakan peserta kedua terakhir yang membentang buku. Saya melihat rakan-rakan saya yang lain berjaya membentangkan ulasan buku dengan baik. Ini merupakan pengalaman yang sangat bermanfaat pada diri saya dalam persedian saya sebagai seorang bakal guru apatah lagi saya adalah seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam kelak. Pada mulanya, saya berasa sangat gementar untuk membentangkan buku yang telah saya pilih, namun saya mestilah mengatasi masalah tersebur dengan sentiasa berfikiran positif. Terdapat tiga orang pensyarah yang menjadi juri pada hari itu kerana saya dan rakan-rakan telah dibahagikan kepada tiga buah kelas. Setiap kelas mempunyai tujuh orang peserta seminar. Saya termasuk dalam senarai kelas yang pertama iaitu kelas saya sendiri bersama enam orang rakan yang lain. Pensyarah yang menilai saya pada hari itu ialah Ustazah Nur Asyikin binti Kamaruddin.Sesudah selesai seminar tersebut, tugasan tersebut meminta saya dan rakan-rakan yang lain untuk menulis laporan ulasan buku tersebut dengan terperinci. Selain itu juga, saya dan rakan-rakan diminta untuk membuat komentar mengenai buku yang dipilih. Hasil daripada tugasan tersebut, saya telah berjaya untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai langkah-langkah yang diperlukan dalam membangunkan sesebuah negara yang mengikut acuan Islam Hadhari kerana sebelum membaca buku tersebut saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri kita ini iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.Saya dan rakan-rakan juga diminta untuk menulis satu esei yang berkaitan dengan sejauh mana ilmu tamadun mampu membentuk jati diri mahasiswa. Melalui tugasan ini, saya sememangnya bersetuju ilmu tamadun mampu membentuk jati diri mahasiswa. Seperti contoh, buku tamadun yang telah saya pilih telah membuka minda saya mengenai konsep Islam yang ingin dibawa bagi mengembali semula ketamadunan Islam di negara ini. Ia mampu menjadi kekuatan dalam diri saya untuk terus berada dalam landasan yang betul walaupun dunia pada hari ini, segala maklumat baik ataupun tidak berada dihujung jari. Maka dengan ilmu seperti ini mampu menjadi panduan minda saya untuk berfikir sesuatu keputusan berlandaskan sistem sunnatullah dan dinullah. Oleh sebab yang demikian, saya sangat bersetuju subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara ini merupakan subjek wajib di IPTA.Akhir sekali, segala peristiwa yang tidak baik semasa saya menyiapkan tugasan ini akan saya jadikan sempadan di masa akan datang, dan segala yang baik akan saya jadikan teladan dalam usaha saya untuk menjadi guru yang menjadi harapan masyarakat. Seterusnya. Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Ustazah Nurul Hudaa bin Hassan atas semangat dan dorongan yang baik agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Seterusnya, ucapan terima kasih saya kepada rakan saya saudara Mohd. Rafiuddin bin Jamali atas kerjasama yang telah diberikan semasa mengurukan makanan bagi jamuan seminar pembentangan buku tersebut. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, Terima Kasih

5.0 RUJUKANNakhaie Ahmad. (2004). Pembangunan Negara Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Milenia Muslim Publications Sdn. Bhd.Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi Rozali & Mahdi Shuid. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. BhdRos Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah Putung. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. BhdMustafa Hj. Daud. (1986). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. BhdNasrudin Yunos, Roziah Sidik & Zulkarnain Mohamed. (2007). Pengajian Islam. Selangor: Oxford-Fajar Sdn. BhdKepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun. (2009). (t.p). Dicapai pada 1 April 2014 daripada http://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmu-dalam.htmlAbd Aziz bin Harjin. (t.t). Sejarah dan Tamadun Islam. Dicapai pada 1 April 2014 daripada http://citu551a.blogspot.com/ Mohd Nakhaie Haji Ahmad. (t.p & t.t). Dicapai pada 1 April 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Nakhaie_Haji_Ahmad

6.0 LAMPIRAN

Gambar semasa selesai seminar pembentangan buku

Gambar bersama pensyarah penasihat program dan juga juri kelas pertama.

20