konsep hadhari serta kaitannya dengan islam: satu perspektif

24
Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif Rasid Muhamad ABSTRAK Tulisan ini cuba untuk mengupas konsep hadhari serta kaitannya dengan agama. Ini melibatkan pentafsiran yang dilakukan oleh sarjana ketamadunan tentang konsep hadhari serta istilah yang seerti dengannya, ciri-ciri hadhari itu sendiri, serta peranan agama dalam pembentukan masyarakat yang hadhari tersebut. Tulisan ini juga. akan menyorot faktor-faktor yang boleh memusnahkan suatu hadhari. Pengenalan Konsep atau persoalan hadhari telah menjadi isu utama dan mendapat sorotan yang meluas terntama setelah konsep "Islam hadhari" diperkenalkan oleh pihak yang berwajib Malaysia. Terdapat pelbagai tafsiran tentangnya. Namun diyakini perbincangan yang "adil" dan tuntas tentang persoalan hadhari ini amat periu, agar ianya menghampiri hakikat sebenarnya, bukan didorong oleh kepentingan kepuakan atau kelompok tertentu. Tulisan ini akan membahaskan persoalan hadhari atau tamadun dan kaitannya dengan Islam. Konsep Hadhari atau Tamadun Sesungguhnya secara mudah hadhari itu bolehlah diterjemahkan dengan maksud "tamadun". Wacana tentang tamadun dan yang berkaitan dengannya bukanlah sesuatu yang barn. Pengkaji ketarnadunan sarna ada yang muslim atau bukan muslim telah lama membahaskannya berdasarkan kepada pendekatan dan perspektif yang 105

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannyadengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

ABSTRAK

Tulisan ini cuba untuk mengupas konsep hadhari sertakaitannya dengan agama. Ini melibatkan pentafsiran yangdilakukan oleh sarjana ketamadunan tentang konsephadhari serta istilah yang seerti dengannya, ciri-cirihadhari itu sendiri, serta peranan agama dalampembentukan masyarakat yang hadhari tersebut. Tulisanini juga. akan menyorot faktor-faktor yang bolehmemusnahkan suatu hadhari.

PengenalanKonsep atau persoalan hadhari telah menjadi isu utamadan mendapat sorotan yang meluas terntama setelahkonsep "Islam hadhari" diperkenalkan oleh pihak yangberwajib Malaysia. Terdapat pelbagai tafsiran tentangnya.Namun diyakini perbincangan yang "adil" dan tuntastentang persoalan hadhari ini amat periu, agar ianyamenghampiri hakikat sebenarnya, bukan didorong olehkepentingan kepuakan atau kelompok tertentu. Tulisan iniakan membahaskan persoalan hadhari atau tamadun dankaitannya dengan Islam.

Konsep Hadhari atau TamadunSesungguhnya secara mudah hadhari itu bolehlahditerjemahkan dengan maksud "tamadun". Wacanatentang tamadun dan yang berkaitan dengannya bukanlahsesuatu yang barn. Pengkaji ketarnadunan sarna ada yangmuslim atau bukan muslim telah lama membahaskannyaberdasarkan kepada pendekatan dan perspektif yang

105

Page 2: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

tersendiri. Tafsiran mereka yang pelbagai mengenaitamadun itu amat berkait pula dengan sistem nilai yangdianuti, budaya yang melatari, pengalaman, serta worldview yang difahami oleh sarjana atau penulis tersebut.

Dengan yang demikian terdapat pelbagai istilahdan pentafsiran yang digunakan oleh penulis dalammemperihalkan tentang apa yang dikatakan "tamadun" itu.Selain dari istilah hadhari, terdapat pelbagai istilah yangdigunakan dalam memperihalkan tamadun, initermasuklah istilah madaniyah, umran, dan jugatamaddun dalam bahasa Arab. Nilai dalaman istilahtersebut tetap satu iaitu mempunyai ciri-ciri kemajuan,bukan kemunduran.

Di antara sarjana yang awal membincangkansecara serius dan mendalam persoalan tamadun dalamkonteks Malaysia ialah Muhammad Abdul Jabbar Beg,melalui tulisannya Islamic and Western Concept ofCivilization pada tahun 1979 lagi. Beliau telah mengkajipelbagai istilah yang digunakan oleh sarjana dalammemperihalkan persoalan tamadun ini. Beliau menyatakandi antara sarjana awal yang menggunakan istilah"hadharah" ialah Thnu Khaldun dalam karyanya yangterkenal al-Muqaddimah. Hadharah dalam tulisan ThnuKhaldun merujuk kepada kehidupan menetap, yangakhimya melahirkan bandar dan kota, yang merupakankebalikan dari perkataan "badwi " yang bermaksud"mundur" atau "kedaratan". Penulis lain yangmenggunakan istilah hadharah ialah Kurd Ali dalamtulisannya yang juga mengandungi maksud"tamaddun" (Muhammad Abdul Jabbar Beg 1982).Sarjana lain yang menggunakan istilah hadhari ialahMalik bin Nabi yang mentakrifkannya sebagai "beradapada tahap maju" (Abdul LatifMuda 1983:8).

Selain dari istilah hadhari, Thnu Khaldun jugamenggunakan istilah umran dalam membincangkanpersoalan tamadun. Umran itu merujuk kepada maksud"kawasan atau rumah yang didiami, diduduki orang,tinggal menetap, dalam keadaan yang berkembang majudan subur" (Thnu Khaldun1960).

106

Page 3: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

Istilah lain yang digunakan dalam memperihalkantamadun ialah istilah madaniyyah. Di antara sarjana yangmenggunakan istilah ini ialah Farid Wajdi, MuhammadAbduh dan juga Abu Nasr al-Farabi. Madaniyah ini secaraumumnya bermaksud "pencapaian kemajuan dankehidupan yang bersifat kebandaran". Sehubungan denganistilah mI, Syed Muhammad Naquib al-Attas,menghuraikan istilah tamadun dari kata dasar din, yangakhirnya membentuk istilah tamadun yangdidefinasikannya sebagai "keadaan kehidupan insan yangtelah mencapai tara! kehalusan tatasusila dankebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat" (SyedMuhammad Naquib 1977: 7).

Nyatalah hadhari bukanlah satu-satunya istilahyang menggambarkan keadaan kemajuan danketamadunan sesebuah masyarakat atau ummah. Namunianya tidak lari dari isi tamadun itu sendiri yangmencirikan sebuah masyarakat maju dan berkualiti.

Ciri Masyarakat HadhariOleh kerana hadhari itu merupakan konsep yang merujukkepada "tamadun", tentunya masyarakat tersebut perlumempunyai ciri dan watak tertentu yang mampumenghasilkan tamadun atau hadhari. Hal ini keranatamadun atau hadhari itu lahir dari manusia ataumasyarakat yang mempunyai ciri hadhari. Syed Qutb(1980) dalam tulisannya Petunjuk Sepanjang Jalan telahmenghuraikan unsur utama sebuah tamadun itu, iaitumelibatkan:

1. Pengabdian diri kepada Allah Yang Maha Esa2. Berorganisasi atas dasar akidah3. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan

berbanding dengan nilai kebendaan4. Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang

menyebabkan berkembangnya sifat "kemanusiaan"manusia bukan sifat kebinatangan

5. Kesucian keluarga

107

Page 4: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

6. Melaksanakan tugas khalifah di bumi Allahdengan mengikut panduan Allah dan setiamemegangjanji dan amanah Allah

7. Mematuhi syariat dalam semua urusan khalifah itu.

Masyarakat bertamadun ini digambarkan jugasecara menyeluruh oleh Muhammad Kamal Hassan(1992) yang menurutnya perlulah mempunyai ciri-ciriberikut iaitu:

1. Pemerintah yang mendaulatkan keadilan danmelaksanakan dasar-dasar egalitarianisme;

2. Berakhiak muha, beradab bersopan dan berbudibahasa. NiIai-nilai etika amat disanjungi;

3. Melambangkan pencapaian ilmu dan teknologiberasaskan tradisi ilmu yang bersepadu antaranaqli dan akli dan penghormatan kepada paraiImuan;

4. Menghormati undang-undang sebagai satu carahidup;

5. Menghayati disiplin diri secara kolektif bukankerana takut kepada kuasa undang-undang, tetapikerana memberi rasa kepuasan dalaman;

6. Kepekaan tentang tanggungjawab sosial dirasaisecara meluas oleh semua golongan- profesional,korporat, pemiagaan, pentadbiran, cendekiawan,dan badan-badan bukan kerajaan;

7. Kekuasaan tidak dimonopoli oleh satu golonganatasan tetapi dibahagi-bahagi secara saksama dandecentralised;

8. Kebebasan bersuara dan perbezaan pendapatdihormati dan dilindungi. Ini termasuklah hakmengkritik pemerintah dengan cara yang adiI;

9. Memberi layanan yang baik kepada golongan tua,miskin, cacat anggota dan kurang upaya;

10. Nilai-nilai agama samawi menjadi asas kehidupanbermasyarakat dan diintegrasikan dengan semuakegiatan duniawi;

11. Mengenali sejarah bangsa dan negara dan tahu

108

Page 5: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

berhutang budi kepada orang yang berjasa dalamsejarah;

12. Kebersihan dan amalan kebersihan sudah menjadicara hidup keluarga, komuniti dan negara;

13. Kepemimpinan yang bertauladan dan cemerlangdalam pengurusan dan pemerintahan;

14. Penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar diberiperhatian yang serius;

15. Kehidupan seni dan budaya termasuk sukan yangserasi dengan nilai agama dan kemanusiaan yangluhur;

16. Wujudnya budaya parti politik yang bersih,bermoral, bertanggungjawab kepada rakyat,bekeIjasama dalam perkara yang dipersetujuibersama dan berlapang dada terhadap pelbagaiperbezaan pendapat dan pendekatan;

17. Wujudnya teknologi maklumat dan media massa(cetak dan elektronik) yang mendokong nilai-nilaikebenaran, keindahan, ketinggian budi,pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Nyatalah konsep tamadun atau hadhari itu, adalahsuatu yang menyeluruh dan syumul merangkumi pelbagaisudut dan dimensi kehidupan yang menjalinkan secaraharrnonis dan terpadu antara agama dan kehidupan, naqlidan akli, dunia dan akhirat, induvidu dan masyarakatdalam rangka pengabdian diri kepada Allah danpelaksanaan tugas sebagai khalifahNya di muka burni ini.

Islam dan HadhariIslam dan hadhari tidak dapat dipisahkan. Malah menurutSyed Qutb (1980) "Islam itulah tamaddun!". Ianyamenjelaskan bahawa tamadun dalam erti kata yangsebenamya adalah hasil dari Islam. Justeru itu, sesuatuyang bercanggah atau tidak serasi dengan Islam padahakikatnya bukanlah tamadull. Semunya itu mellegaskanbetapa rapatnya Islam itu dengan hadhari atau tamadun.

Malek Bin Nabi telah menghuraikan fenomena

109

Page 6: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

kelahiran sebuah tamadun itu apabila tiga unsur utamayang penting dalam membentuk tamadun diadun dandimanfaatkan iaitu faktor alam, manusia, dan waktu.Menurutnya, jikalau ketika unsur tersebut dikendalikansecara tepat dengan bimbingan agama, tamadun yangmantap akan dapat dilahirkan (Malik bin Nabi 1969: 61).

Islam, sesungguhnya telah membuktikan ianyamenjadi pencetus tamadun yang gemilang. Sekurang­kurangnya terdapat lima unsur utama yang dicetuskanoleh Islam yang mampu melahirkan tamadun (Rasid1996). Kelima-lima unsur tersebut ialah:

1. Tauhid

Hadhari atau tamadun dalam tradisi Islam tentunyaberpaksikan kepada tauhid. Justru tauhid merupakanintipati pengajaran dan peIjuangan para nabi dan rasulsejak dari zaman nabi Adam a.s. lagi hinggalah ke harikiamat. Dalam menegaskan tentang peranan tauhid ini,Ismail Faruqi (1985:18) menyatakan:

Tauhid adalah asas dalam memberikan identitikepada tamadun Islam yang mengaitkan segalaunsurnya, lalu menjadikannya satu keutuhan, satuwadah yang kukuh, bergelar tamadun.

Faham tauhid yang mantap dan kukuh menurut al­Faruqi lagi, akan memberikan implikasi yang nyata dalampembentukan worldview seseorang. Ianya melibatkanperkara-perkara yang penting, yang antara lainnya:

• Tauhid membawa implikasi terhadappengiktirafan kepada dua realiti penting, iaiturealiti Allah yang menciptakan , dan realitiyang diciptakan iaitu makhluk Allah;

• Menjelaskan bahawa Allah yang menciptakanitu mempunyai hubungan dengan yangdiciptakan. Akhimya membawa kepadapengiktirafan terhadap kekuasaan mutlak yang

110

Page 7: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

dimiliki oleh Allah yang maha peneipta danMaha berkuasa itu;

• Manusia sebagai makhluk yang istimewadiberikan keupayaan untuk bertindak sesuaidengan tuntutan persekitaran dan kehendakAllah, dan mengiktiraf alam tabii bukanlahsuatu yang "buruk" dan "jahat", tetapi sebagaiunsur yang harus dibangunkan dandimanfaatkan;

• Manusia juga diberikan kebebasan sama adauntuk melakukan sesuatu atau sebaliknya tidakmelakukan sesuatu. Kebebasan itudigandingkan pula dengan tanggungjawab.Dan manusia seharusnya bertanggungjawab diatas segala keputusan dan tindakannya.Dengan itu, menjadikan hidup seseorang itulebih bermakna dan bererti;

• Manusia mempunyai amanah dantanggungjawab terhadap alam tabii. Manusiamesti memperlakukannya dengan beradab,memajukannya dan memanfaatkannya denganpenuh tepat dan bijaksana;

• Manusia adalah mulia dan suei serta tidak"malang" atau berdosa seperti sesetengahfahaman dan agama. Dengan memenuhiperintah Allah, manusia akan mengangkat tarafdan martabatnya dalam rangka pelaksanaanperanannya sebagai hamba dan khalifah Allahdi muka bumi ini.

Tauhid dengan segala implikasinya telah jugadihuraikan dengan eukup meyakinkan oleh Yusuf al­Qardhawi, melalui karyanya yang terkenal ItIman danKehidupan" (1977). Menurut beliau, iman yang mantapmampu merubah watak manusia, meneipta revolusi danpembaharuan yang positif terhadap manusia.

Tauhid dengan segala implikasinya mampumelahirkan umat yang berkualiti dalam serti kata yangsebenarnya. Di antara eiri tersebut telah dihuraikan oleh

111

Page 8: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

Sidiq Fadhil (2003), yang disifatkannya sebagai "umatQur'ani"-umat yang dibentuk dengan semangat dan nilaikequranan. Sifat-sifat tersebut antara lainnya ialah:

• Mempunyai keimanan yang mumi, positif dandinamik serta mewamai perwatakan danperilaku seseorang termasuk pandangansarwanya, aksiologinya (sistem nilai) danepistemologinya (falsafah ilmunya). Iman yangmemberi daya juang kekuatan dan daya tahankepada manusia dalam menghadapi ujian dancabaran hidup;

• Sentiasa bertawakkal kepada Allah setelahmelakukan segala tindakan dan usaha.Tawakkal yang kental kepada Allahmemungkinkan seseorang itu berdiri tegak,yakin, optimis dan tidak gentar berhadapandengan apa jua jenis kekuatan dan kehebatanmakhluk;

• Menghindari dosa-dosa besar dan pelbagaibentuk perbuatan keji. Sifat ini merupakanhasil dari kemurnian jiwa dan kejemihanminda yang mampu menjadi daya kawal danbuah dari keimanan yang mendalam;

• Memaafkan ketika marah, yang merupakanisyarat penting dari sifat berlapang dada danterbuka minda dalam berinteraksi denganmanusia. Dengan itu seseorang itu mampumengawal emosi dan perasaan, dan mampupula memberikan kemaafan, tidak menyimpankemarahan hingga menjadi dendam turun­temurun.

• Bersikap sensitif dan responsif terhadapperintah Allah. Dengan itu seseorang itu akansentiasa berhubungan dengan Allah. Hubungandengan Allah ini akan melahirkan jiwa yangmumi, dan benteng dari perlakuan dosa danperbuatan keji dan tidak berfaedah;

• Sentiasa mendirikan solat. Ianya merupakan

112

Page 9: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

manifestasi dan 1ambang hubungan danketundukan yang mutlak kepada Allah. Ianyamenunjukkan lambang persamaan taraf insandalam Islam, tanpa mengambil kira status dankedudukan, yang semuanya perlu tundukkepada Allah;

• Menghayati amalan syura secara meluas. Syurayang dihayati akan menjadi budaya dalamproses membuat keputusan dan tindakan. Ianyamerupakan lambang sifat kematangan danketerbukaan dalam berfikir;

• Membelanjakan rezeki dan kurniaan Allahdengan betul dan mengikut ketentuan Allah.Sifat ini akan mensucikan jiwa dari sifat-sifatkeji, antaranya sifat bakhil, tamak,mementingkan diri, dan sebagainya. Sifatsedemikian adalah sesuai dengan kefahamanbahawa kenikmatan dunia adalah serbasementara, rendah dan murah berbandingdengan yang hakiki dan abadi yang dii sisiAllah. Sifat ini merangsang seseorang untukberkorban, berdakwah dan beIjihad dalamhidupnya;

• Membela diri dari dizalimi. Umat atau individuperlu bersifat untuk membela danmempertahankan diri dari pelbagai bentukkezaliman. Ianya akan melahirkan umat atauindividu yang tahu harga diri dan maruah.Dengan itu, mereka yang zalim tidak dapatmemperlakukan perlakuan yang melampaudalam masyarakat;

• Memberi pengampunan dan melakukan islahdalam masyarakat. Sifat ini adalah lambangbeIjiwa besar, terutama dalam melakukanpelbagai usaha untuk mengislahkanmasyarakat;

• Sentiasa bersifat sabar. Sifat ini merupakansifat mereka yang beIjaya. Hal ini keranakehidupan ini akan berhadapan dengan

113

Page 10: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

pelbagai cabaran dan dugaan. Sikap sabarmerupakan ubat yang mujarab dalammenghadapi situasi yang sedemikian.

Nyatalah tauhid dengan segala implikasinyamerupakan syarat utama dalam melahirkan individu atauinsan yang berkualiti. Sesungguhnya insan yang berkualitisahajalah yang mampu menyumbang ke arah kelahirantamadung atau hadhari yang sebenamya.

2. Hmu

Ilmu merupakan pra-syarat kedua dalam melahirkansebuah tamadun atau kehidupan hadhari. Ianya amatmudah difahami melalui isyarat dari Allah yangmenurunkan ayat yang pertama kepada nabi Muhammad(saw) iaitu ayat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.Ilmu merupakan kunci segalanya. Dengan ilmulahmanusia diangkat oleh Allah menjadi khalifahNya, atau"orang harapanNya" di muka bumi ini berbanding denganmakhluk lain yang juga istimewa, seperti malaikatmisalnya. Ianya mengesahkan suatu hakikat bahawa ilmuitu cukup penting.

Kepentingan ilmu dalam pembinaan tamadunumat, bukan hanya diperakui oleh saIjana Islam, tetapijuga oleh saIjana yang bukan Islam. Rosenthal (1992)dalam bukunya "Knowledge Triumphant" menyatakan,sesungguhnya keunggulan umat Islam berkait rapatdengan kemantapan ilmu. Ilmu menurutnya "ialah salahsatu daripada konsep-konsep yang menguasai Islam, danmemberikan peradaban Islam bentuk dan rupanya yangistimewa".

Ilmu, sebagaimana yang didefinisikan oleh ProfSyed Muhammad Naquib al-Attas (1978) sebagai"ketibaan makna dalam diri hasil dari maklumat yangbenar" itu mempunyai tempat dan konsep yang tersendiridalam Islam.

Ilmu dalam Islam diklasifikasikan kepada dua ituiaitu fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu 'ainmerupakan ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap

114

Page 11: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

KOllsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

muslim yang melibatkan persoalan aqidah dankepercayaan, ibadah dan perbuatan, akhlak dan kejiwaan.

Manakala ilmu fardhu kifayah merupakan ilmuyang penting untuk keutuhan dan kelangsungan kehidupanumat. Ilmu fardhu kifayah ini, seperti yang dinyatakancontohnya oleh Imam al-Ghazali melibatkan ilmumatematik, industri makanan, pembuatan pakaian, ilmupembinaan, ilmu perubatan dan juga pentadbiran,menunjukkan betapa luasnya cakupan ilmu fardhu kifayahdalam Islam itu. Ilmu fardhu kifayah dalam Islam,mengisyaratkan betapa perlunya penghususan dalampencarian ilmu, serta pengiktirafan Islam terhadapkepelbagaian bakat dan potensi yang dimiliki oleh setiapdiri individu dalam masyarakat atau umat.

Ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah tersebutperlu disepadukan dalam diri individu dan akanmenjadikannya insan hadhari, insan yang bersepadu danholostik, dan diberi nafas dan nilai keislaman, yangmampu membangun dan memacu umat ke arahkecemerlangan.

Hadhari juga berkaitan dengan penghayatanbudaya ilmu dalam masyarakat. Budaya ilmu seperti yangdidefinisikan oleh Wan Mohd Noor Wan Daud (1991)sebagai "kewujudan suatu keadaan yang mana setiaplapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atautidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiapkesempatan". Budaya ilmu juga merujuk kepada"kewujudan suatu keadaan yang segala tindakan manusiabaik di tahap individu apatah lagi di peringkat masyarakatdiputuskan dan dilaksanakan melalui semangat syura".

Untuk merealisasikan budaya ilmu itu, WanMuhammad Nor Wan Daud (1991) seterusnyamengusulkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakanyang melibatkan semua pihak. Ianya termasuklahperkara-perkara berikut:

1. Falsafah pembangunan yang bersepaduhendaklah digubal dan dilaksanakan. Denganitu hasrat untuk melahirkan generasi atau

115

Page 12: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Mullamad

warganegara yang berkualiti dalam serti katayang sebenamya berteraskan kepada ilmudapat dilaksanakan. Semua pihak- kerajaan danswasta - perlu terlibat dalam proses ini.

2. Golongan yang terlibat dalam kegiatankeilmuan, seperti ilmuan guru dan pendidikhendaklah dihormati. Khazanah danpenghasilan ilmu hendaklah dijaga dandihormati. Di samping penghormatan, ganjaranyang sewajarnya diberikan kepada golonganyang terlibat dalam kegiatan keilmuan ini.

3. Golongan ilmuan, cendekiawan dan merekayang berjaya dalam bidang keilmuan perlulahdidedahkan kepada masyarakat agar merekamenjadi contoh dan ikutan kepada masyarakatterutama golongan muda. Media massaperlulah lebih aktif dan bertanggungjawabdalam hal ini.

4. Golongan pemimpin dalam segenap peringkatperlulah mengadakan kegiatan dan terlibatdalam hal-hal keilmuan. Dengan cara inigerakan keilmuan akan menjadi gerakankemasyarakatan yang penting. Di samping cirikeilmuan hendaklah dijadikan ciri asas dalampemilihan dan pengiktifaran terhadapseseorang yang ingin menjdi pemimpin.

5. Untuk menghayati budaya ilmu, segalakeputusan yang dibuat dalam setiap peringkatperingkat hendaklah berdasarkan kepada nilaidan prinsip ilmu. Dengan itu pemikiran yangsegar dan kreatif dapat disuburkan. Denganitu, ilmu dirasakan penting dalam setiapkegaiatan masyarakat.

6. Di samping memupuk budaya yang positifperlu dipergiatkan, unsur yang bolehmembantutkan budaya ilmu perlu dikurangkankalaupun tidak dapat dihapuskan. Mediamassa, sama ada cetak atau elektronik perlulebih bertanggungjawab dalam menghidangkan

116

Page 13: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

kegiatan dan program kepada khalayaknya.Media massa sewajamya menjadi wahana yangmembina budaya ilmu, bukan sebaliknyamenjadi "makhluk perosak" kepada budayailmu.

7. Untuk melahirkan pencinta ilmu yang bersikapdan bersifat global, penguasaan bahasa keduaterutamanya bahasa Inggeris amat ketarasekali. Pengajaran bahasa Inggeris periudilihat keberkesanannya sebagai bahasapenting yang telah diajar sejak dari Tadikalagi itu, di samping tidak meminggirkanBahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa perpaduan dan jatidiri masyarakatMalaysia. Program penterjemahan terhadapkarya-karya besar ke dalam bahasa Melayuperlu terus dilakukan, di sampingmemperbanyakkan bahan bacaan yangbermutu dengan harga yang berpatutan.

Nyatalah hadhari melibatkan kefahaman yangjelas tentang konsep serta kepentingan ilmu dalammasyarakat. Ilmu perlulah dihayati dan dibudayakandalam masyarakat. Ianya melibatkan komitmen semuapihak dan melibatkan kos yang tidak sedikit. Dan untuktujuan itu, ianya tiada pilihan!

3. Usaha dan Kesungguhan

Hadhari bukan hanya hasil dari cita-cita dan angan­angan. Ianya hasil dari usaha, keringat dan air mata.Berdasarkan anjuran al-Quran dan Sunnah Rasulullah(saw) umat Islam dianjurkan berusaha dan beramal.Jikalau diteliti di dalam al-Quran, terdapat tidak kurangdari 360 ayat yang berkaitan dengan amal. Ianyamengesahkan betapa amal dan berusaha itu suatu yangpenting. Selain dari perkataan atau istilah amal, terdapatpelbagai istilah yang berkaitan dengan amal dan usaha,seperti istilah ikhtiar, tawakkal, dan jihad. Lebih

117

Page 14: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

mendalam dan itu lagi, amalan seseorang itulah yang akandinilai oleh Allah, seperti yang ditegaskan dalam surahan-Najmi (39), "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada(balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) dari apayang diusahakan".

Dalam konteks yang lain, Murtadha Mutahhari(1983) mengaitkan kelemahan umat Islam ialah kegagalanmereka memahami konsep amal yang betul. Beliaumenyatakan bahawa umat Islam terlalu "menyempitkan"konsep amal, yang akhimya melahirkan umat yangkehilangan untuk beketja kuat, sebaliknya mendorongmereka bersikap sambil lewa, kurang iltizam dan tidakistiqamah dalam berusaha.

1. Dalam hal yang berhubungan, Sidiq Fadil (1998)menyatakan bahawa Islam mengemukakan rnetosketja yang rnernungkinkan rnelahirkan budayaketja yang cernerlang. Ianya bertitik tolak kepadaperkara berikut: Konsep hidup dan kehidupan iniadalah rnedan persaingan untuk rnelakukan arnalyang banyak dan terbaik.

2. Arnalan duniawi yang diarnalkan akanrnernpengaruhi kehidupan ukhrawi.

3. Beketja kuat bukan didorong oleh tekananrnajikan, atau orang lain, tetapi digerakkan olehrnotivasi dalaman diri.

4. Ianya rnerupakan satu realisasi terhadap konsephamba dan kahalifah Allah.

5. Ketjanya itu akhimya rnenJurus ke arahpencapaian rnardhatilLah.

Dengan hal yang sedernikian, seseorang itu akanmewamakan amalannya itu dengan semangat dan nilaiIslamiyah, supaya ianya rnenjadi ibadah. Nilai-nilaitersebut perlulah rnemenuhi syarat yang diusulkan olehYusof al-Qardhawi (1978):

1. Dilakukan atas dorongan dan tuntutan keimanan2. Sesuatu ketja yang baik dan halal

118

Page 15: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

3. Dilaksanakan menurut tuntutan syarak4. Dilaksanakan dengan ikhlas5. Dilaksanakan dengan tidak menganggu ibadat

yangkhusus6. Dilakukan dengan penuh kesungguhan.

.Nyatalah dengan adanya konsep amal yangdikemukakan oleh Islam, bersendikan kesungguhan,keihlasan serta tawakkal kepada Allah, melahirkan umatyang gigih dan mampu menghasilkan tamadun yangcemerlang. Di samping ianya sentiasa optimis dalamhidup serta bersyukur kepada Allah jikalau mencapaikemajuan dan kecemerlangan.

4. Keterbukaan dan Kreatif

Tamadun yang cemerlang didorong oleh sikap terbuka dankreatif. Sebaliknya tamadun yang cemerlang tidak lahirdalam suasana pemikiran yang tertutup, jumud dan kaku.Oleh itu, Islam amat menggalakkan pemikiran umatnyaterbuka dan kreatif, tetapi berprinsip.

Jikalau diteliti, terdapat banyak sekali ayat al­Quran yang menggesa umatnya agar menggunakan akalsecara tepat dan bertempat. Di antaranya perkataandabbara (merenungkan) sebanyak 8 ayat, faqiha(mengerti dengan mendalam) sebanyak 20 ayat, nazara(melihat secara abstrak) sebanyak 30 ayat, tafakkara(berfikir) sebanyak 16 ayat, dan perkataan aqala (berakal)sebanyak 30 ayat (Harun Nasution 1985: 71). Nyatalahal-Quran merangsang umatnya agar menggunakan akaldan membina kreativiti yang tinggi. Begitu juga dengansabda Rasulullah (saw) yang juga begitu positif terhadappenggunaan akal yang benar dan kreatif. Ini dapat dilihatmelalui keakuran baginda terhadap beberapa cadangansahabat yang melambangkan keterbukaan baginda,misalnya baginda menerima pandangan Salman al-Farisi,yang mencadangkan kepada baginda agar membina paritsebagai strategi pertahanan dalam peperangan Khandak.Begitu juga sabda baginda yang bennaksud "Kamu lebihtahu tentang urusan dunia kamu" yang merujuk kepada

119

Page 16: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

persoalan yang teknikal dan pendekatan, yang seharusnyamenggunakan akal, seperti pendebungaan tamar yangmenjadi asas baginda bersabda sedemikian.

Oleh itu tidak menghairankan, begitu ramai sekalisarjana Islam yang menggesa umat Islam agar bersikapkreatif dan terbuka. Muhammad Asad (1983: 97) misalnyapemah menyatakan, "kita (umat Islam) selalu bolehmenerima pengaruh baru dari peradaban asing, tanpahams menghancurkan peradaban sendiri".

Muhammad Natsir (1991: 101) menyatakan baha­wa umat Islam mempunyai "potensi budaya" yangmemungkinkannya muncul sebagai umat yang betjaya.Potensi tersebut melibatkan, sikap umat Islam yangmenghormati penggunaan akal, menuntut umatnyamenuntut ilmu, mendorong umatnya berinisiatif sertamelarang umatnya bertaqlid, (dengan membabi buta)".

Hassan Langgulung (1990: 22) menegaskan baha­wa tamadun Islam tegak di atas dasar kreatif danketerbukaannya yang tinggi. Menurutnya lagi, tamadunIslam itu "tegak di atas dialog yang membina dan prinsipmembcri dan mengambil. Dengan itu ia dapatmenghadarnkan pencapaian sains yang mekar padatamadun-tamadun yang lain, malah ia menambah danmemperkayakannya sehingga menge1uarkan tamadunyang gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmupengetahuan".

S. Waqar al-Husaini (1986: 9) menyatakan bahawaumat Islam mempunyai sikap keterbukaan yang hebat.Katanya, "umat Islam telah memanfaatkan sumber­sumber tamadun dari orang-orang Yunani, Romawi,Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China". Dengan ituterhasillah tamadun yang berkualiti.

Tepatlah kesimpulan yang dibuat oleh Garaudi(1984:87) yang menyatakan bahawa "kemajuan umatIslam khususnya dalam sains dan teknologi yang ianyaamat berkait dengan sifat kreatif dan keterbukaan yangluar biasa".

Nyatalah hadhari itu hasil dari budaya berfIkiryang positif, kreatif, dan terbuka. Di samping

120

Page 17: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serfa Kaitannya dengan Islam

menggunakan akal secara terbimbing, dengan panduanwahyu. Umat Islam menjadi umat yang kreatif danselektif, pereka bukan penciplak, pencipta bukan sekadarpengguna dengan asas dan prinsip yang dibekalkan olehAI-Quran dan sunnah.

. Peraturan dan Akhlak

Tamadun atau hadhari tidak dapat dipisahkan dariperaturan dan akhlak. Hal yang sedemikian ditegaskanoleh Ibnu Khaldun (1960) yang menyatakan bahawa"kezaliman itu membinasakan tamadun" dan ianyabermaksud keadilan akan me1indungi tamadun".

Yang jelasnya, begaimana keadilan dapatditegakkan, tanpa adanya undang-undang dan akhlak yangmulia. Selanjutnya Ibnu Khaldun (1960) menegaskanbeberapa fenomena kezaliman, iaitu "sesiapa mengambilharta orang lain, atau menggunakan seseorang untuk kerjapaksa, atau mengemukakan suatu dakwaan tidak berasas,atau melakukan sesuatu yang tidak selaras denganundang-undang, ianya sudah me1akukan kezaliman.Begitu juga dengan orang yang memungut cukai yangtidak selayaknya, juga melakukan kezaliman, begitujugalah halnya perbuatan menafikan hak orang lain jugamelakukan kezaliman".

Muhammad Asad (1983), menegaskan bahawa"syariah adalah satu aspek yang amat penting bagitamadun Islam". Malah lebih tegas dan mendalam lagi,beliau menyatakan bahawa, "nasib umat Islam berkaitrapat dengan undang-undang yang dikanunkan, keranatamadun Islam terbina atas asas-asas yang dibekalkanoleh syariah sahaja".

Kepentingan peraturan dan akhlak yang menjadiintipati Islam dan tamadun Islam itu ditegaskan lagi olehMuhammad Abduh (1974), yang menyatakan "keterikatankepada nabi-nabi dan petunjuk agama membekalkan asaskepada pembinaan tamadun yang utuh, keranapeningkatan nilai kerohanian akan membawa kesan yangpositifkepada kemajuan kebendaan".

Sesungguhnya peraturan, akhlak dan nilai-nilai

121

Page 18: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

positif yang diperkenalkan oleh Islam merupakan ramuanpenting bagi kelahiran sebuah tamadun. Tanpanyatamadun tidak dapat ditegakkan dengan sempurna. Atautanpanya tamadun yang cemerlang itu amat sukar untukmeneruskan jangka hayatnya atau dipertahankan.

Dapatlah ditegaskan, tamadun atau hadhari itubukanlah satu fenomena kebetulan. Ianya suatu yangdiusahakan. Ianya merupakan satu penghasilan daripelbagai sumber yang diadun yang melibatkan seluruhunsur sebagaimana yang dikatakan oleh Malik bin Nabi(1969), iaitu faktor manusia-tanah-masa. Namun faktoryang paling dominan ialah faktor manusia. Oleh itumanusia hadhari memerlukan penghayatan ketauhidanyang tulen dan membekas dalam seluruh bidangkehidupan, keilmuan yang benar dan mantap, amalan yangtekun dan istiqamah, budaya berfikir yang kreatif positifdan berprinsip. Semua faktor itu dipupuk dan dikawal olehperaturan, akhlak serta nilai-nilai yang positif. Denganfaktor yang demikian memungkinkan kelahiran apa yangdikatakan sebagai hadhari atau tamadun itu!

Penghalang dan Penghancnr HadhariTamadun akan dapat direalisasikan jikalau syaratkewujudannya dapat tumbuh dan subur dalam sesuatumasyarakat. Namun, sesuatu tamadun itu tidak dapatbertahan jikalau dilingkari dengan pelbagai masalah.Yusof AI-Qardhawi (1998) telah menyimpulkan bahawakehancuran sesebuah tamadun didorong oleh pelbagaifaktor. Di antara faktor tersebut ialah:

• Mengingkari perintah Allah dan menentang ajaranpara rasulNya;

• Mengikut dan mempertahankan pemerintah yangzalim dan para penindas, serta menurut kemahuanpara pelampau yang berbuat kerosakan di mukabumi tanpa pemah melakukan sebarang kebaikandi dalarnnya. Demikianlah yang telah dilakukanoleh kaum 'Ad dan Tahamud;

122

Page 19: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

• Merasa gembira dengan ilmu kebendaan danmeninggalkan isi kandungan wahyu, seperti yangdipaparkan di dalam al-Quran;

• Terpedaya dengan kekuatan kebendaan dankekayaan serta mengabaikan azab dan hukumanAllah Ta'ala. Demikianlah bangsa Fir'aun danQarun;

• Berlaku zalim, sombong dan bertindak sewenang­wenang tanpa alasan yang benar, terutama kepadafakir miskin, dan orang-orang yang lemah.Demikianlah perbuatan bani Madyan, kaum nabiSu'aib;

• Melakukan maksiat dan menurut hawa nafsutanpa pertimbangan dan batasan, seperti yangdilakukan oleh kaum nabi Luth;

• Menyebarkan kerosakan di muka bumi.Melakukan kemungkaran secara terang-teranganserta tidak saling menegah kemungkaran yangberlaku. Demikianlah perbuatan Bani Isra'il,seperti yang dipaparkan di dalam al-Quran dalarnsurah al-Maidah, ayat ke 79, yang bermaksud"mereka satu sarna lain tidak melarang tindakanmungkar yang mereka lakukan";

• Mengingkari nikmat-nikmat Allah serta tidakpernah mensyukurinya, bahkan menggunakananugerah pemberian Allah itu untuk melakukankemaksiatan terhadapNya, seperti yang dipaparkandalam al-Quraan, surah an-Nahl, ayat 112, yangbermaksud, "tetapi penduduk negeri itumengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana ituAllah merasakan kepada mereka kelaparan danketakutan yang meliputi mereka disebabkan apayang selalu diperbuat";

• Menjalani kehidupan secara mewah dan terlalubersenang-Ienang, seperti yang disebut dalam al­Quran dalanl surah al-Qasas, ayat 58 yangbermaksud "Dan beberapa banyaknya (penduduk)negeri itu yang telah Kami binasakannya setelah(terlalu) bersenang-Ienang dalarn kehidupannya".

123

Page 20: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Mulwmad

Pandangan yang hampir sarna dikemukakall olehpemikir Islam, Muhammad Rashid Ridha (1991: 406),yang merumuskan antara faktor yang menghalangkewujudan atau yang akan memusnahkan tamadun,termasuklah:

• Kekayaan yang melampau serta kezalimanyang bermaharajalela;

• Peperangan dan permusuhan yang keras yangpenuh dengan dendam yang mendalam;

• Perempuan yang melampaui batas;• Pelbagai bentuk penguasaan, perhambaan

serta kezaliman terhadap sesuatu kaum ataugolongan.

Nyatalah maju mundumya sesebuah masyarakatatau ummah amat berkait dengan dalaman "manusia" itusendiri dan pengabaian terhadap nilai dan prinsip Islamseperti yang diungkapkan Muhammad al-FadhilAsyur dalam tulisannya "Ruh al-Hadharah al­Islamiyyah" (1993), yang antara lainnya menyatakan:

Kita telah sepakat, bahawa Islamlah yangmenyebabkan umat Islam maju. Dan keengananuntuk mempelajarinya, merendah danmeremehkan hukum-hukumNya dan mengamalkanadab dan akhlak yang buruk merupakan sebabyang memundurkan umat Islam.

Pendeta Za'ba (1980) menyebutkan tamadunsebagai

Tamadun yang berjalan pada hari ini adalah darijenis tamadun yang melupakan Tuhan. Orangsentiasa suka mencari kesedapan diri, memuaskanhawa nafsu syahwat, mengenyangkan perut danmenyedapkan tekak, berhias bersuka-sukaan,dahagakan nama dan kemegahan, lambakan wangdan kekayaan, tamakkan kuasa dan kerajaan,

124

Page 21: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam

berebut-rebut hendak memerintah dunia.

KesimpulanHadhari atau tamadun menurut perspektif yang tepat amatberkait dengan Islam. Untuk melahirkan masyarakathadhari, ianya memerlukan penghayatan umat Islamterhadap Islam yang hakiki itu. Ianya sebagaimana yangdisebutkan oleh Ahmad Abdul Rahim AI-Sayeh (1991)yang antara lainnya menyatakan:

Sesungguhnya orang-orang Islam boleh kembalikepada keagungan, yang lalu, apabila merekakembali kepada kefahaman tentang hakikat hidupdalam Islam dan kepada ilmu yang digalakkanoleh Islam untuk diambil.

Ringkasnya, hadhari itu hasil dari umat yangmempunyai cirri-em hadhari yang unggul, dan benar­benar berkualiti, sebagaimana yang diisyaratkan olehAllah swt melalui firmanNya dalam surah al-Ra'du ayat17, yang bermaksud:

Adapun buih itu akan hilang sebagai suatu yangtidak ada harganya, adapun yang memberimanfaat (berkualiti) kepada manusia ia tetap dibumi. Maka demikianlah Allah membuatperumpamaan-perumpamaan.

Wallahu A' lam

RujukanAI-Quran dan Teljemahannya.

Abdul Latif bin Muda. (1983). Pemikiran IslamMenghadapi Cabaran. Kuala Lumpur: AngkatanBelia Islam Malaysia (ABIM).

Ahmad Abdul Rahim Al-Sayeh. (1991). Makrifat Dalam

125

Page 22: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

Islam (trj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka (DBP).

Faranz Rosenthal. (1992). Keagungan Ilmu (trj). KualaLumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Harun Nasution.( 1985). "Kedudukan Akal Dalam Islam"dIm As-Shahid. Vol 1. No 2. Singapura: HimpunanMahasiswa Islam.

Hassan Langgulung. (1990). Menghadapi Abad KeduaPuluh Satu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malay­SIa.

Ibdu Khaldun. (1960). al-Muqaddimah. Kahirah: DamlFikr.

Ismail al-Faruqi. (1985). Islamic Da 'wah: Its Nature andDemand. Indianapolis, USA: American Trust Pub­lication.

Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1979). Islamic and West­ern Concept of Civilization. Bangi: Universiti Ke­bangsaan Malaysia.

Muhammad Kamal Hassan. (1992). "Pembinaan BangsaMalaysia Yang Berpendidikan Tinggi Dalam Se­buah Negara Maju" dalam Kongres MenjelangAbad 21: Islam dan Wawasan 202. Kuala Lum­pur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Malek bin Nabi. (1969). Syurut an-Nahdhah. Bierut: Da­rul Fikr.

Muhamad Asad. (1983). Islam Di Persimpangan Jalan(trj). Bandung: Penerbitan Bandung.

Muhamad Natsir. (1991). Pesan Perjuangan Seorang Ba­pak. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam.

126

Page 23: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Konsep Hadhari serla Kaitannya dengan Islam

Muhammad Abduh. (1974). Tafsir al-Manar. Kahirah:Dar Halabi.

Muhammad Fadzil Asyur. (1993). Ruh al-Hadharah al­Islamiyah. Virginia USA: lIlT.

. Muhammad Rashid Ridha. (1991). Wahyu Ilahi. KualaLumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Murtadha Mutahhari. (1983). Islamic Philosophy of His­tory. dIm. As-Shahid. No 1 & No 2. Singapura:Muslim Youth Assembly. hIm: 105-132.

Rasid bin Muhamad. (1996). Matra Tamadun Islam.Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).

Rasid bin Muhamad. (1993). Tamadun Islam: Konsep,Pengaruh dan Masa Depan. Ipoh, Perak: ArenaIlmu.

Roger Garaudy. (1984). Janji-Janji Islam (tIj). Jakarta:Bulan Bintang.

Siddiq Fadil. (1998). Minda Melayu Baru. Kuala Lum­pur: Institut Kajian Dasar (IKD).

Siddiq Fadil. (2003). Perspektif Qur 'ani: Siri WacanaTematik. Kuala Lumpur: Angkatan Belia IslamMalaysia (ABIM).

Syed Waqar al-Husaini. (1986). Islamic Science andPublic Policy: Lesson From History of Science.Kuala Lumpur: S. Waqar al-Husaini.

Syed Muhammad Naquib aI-Atlas. (1977). Islam: FahamAgama Dan Asas Akhlak, Kuala Lumpur: Angka­tan Belia Islam Malaysia (ABIM).

127

Page 24: Konsep Hadhari serta Kaitannya dengan Islam: Satu Perspektif

Rasid Muhamad

Syed Qutb. (1980). Petunjuk Sepanjang Jalan (trj).Bierut Lebnon: IIFSO.

Yusuf al-Qardhawi. (1998). Islam Teras Tamadun MasaDepan (trj). Kuala Lumpur: Institut TejemahanNegara, Malaysia.

Yusuf al-Qardhawi. (1978). Ibadah Dalam Islam (trj).Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malay­sia (YADIM).

Yusuf al-Qardhawi. (1977). Iman dan Kehidupan (trj).Jakarta: Penerbitan Bulan Bintang.

Wan Mohd Noor Wan Daud. (1991). Budaya Ilmu: Kon­sep, Prasyarat, and Pelaksanaanya di Malaysia.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Wan Mohd Noor Wan Daud. (1988). Penjelasan BudayaIlmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).

Za'ba. (1980). Falsafah Takdir. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

RASID MUHAMAD, Pusat Pemikiran dan KefahamanIslam (eITD), Universiti Teknologi MARA [email protected]

128