prosiding - universiti kebangsaan malaysia · kolej universiti islam antarabangsa selangor...

291

Upload: others

Post on 04-Jun-2020

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan
Page 2: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

PROSIDING

PERSIDANGAN ANTARABANGSAPEMBANGUNAN MUALAF 2013

(ICMuD 2013)

Kemaslahatan Mualaf Tanggungjawab Ummah

PENERBITMajlis Agama Islam Selangor,

Aras 9 , Menara UtaraBangunan Sultan Idris Shah

40000 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.2013

Page 3: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

PROSIDINGPERSIDANGAN ANTARABANGSAPEMBANGUNAN MUALAF 2013

(ICMuD 2013)7 - 8 September 2013

Kolej Universiti Islam Antarabangsa SelangorSelangor, Malaysia

©Sekretariat ICMuD 2013,Institut Islam Hadhari,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.2013

Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan caraapa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ICMuD2013,Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,Selangor,MALAYSIA.

PerpustakaanNegaraMalaysia

Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf2013(ICMuD 2013) SekretariatICMuD 2013,Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia,43600UKM Bangi,Selangor,MALAYSIA.7 -8September2013/Mohd Misri Idriset.al.

ISBN:978 - 983 – 2381 – 03 - 7

TypeSetting:Mujahid Abu BakarType:Times New RomanFontSize: 12pt,12pt

Page 4: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

EDITOR

Siti Rugayah Hj. TibekJawiah Dakir

Muhammad Hilmi JalilShamsul Azhar Yahya

Azrilah Abdul AzizSiti Maheran Ismail @ Ibrahim

Zulfadhli ZafikMujahid Abu Bakar

Page 5: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

PENDAHULUAN

Assalamu`alaikumWarahmatullahiWabarakatuh

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatmenganjurkan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 yang bertemakanKemaslahatan Mualaf Tanngungjawab Ummah.

Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran persidangan inimampu mengumpulkanpenyelidik dalam berkongsi pengalaman mengenai kajian-kajian yang telah dijalankanmengenai permasalahan, pengurusan, perkhidmatan dan sebarang isu berkaitan mualafdi seluruh negara.Persidangan ini yang merupakan antara aktiviti Projek PenyelidikanPembinaan Indikator Pengukuran Status Mualaf Cina di Selangor (RH-2012-001) danPembinaan Indikator Pengukuran Status Mualaf India di Selangor (RH 2012-002)diharapkan akan menjadi platform dalam membincangkan serta menyebarkan hasilpenyelidikan berkaitan mualaf selain menambah pengetahuan dalam menjalankanpenyelidikan. Penganjuran persidangan ini mampu memberikan manfaat dan peluangkepada Majlis Agama Islam Selangor, penyelidik, NGO dan individu yang berurusansecara langsung dengan mualaf untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi bertukaridea dan pandangan mengenai kemaslahatan mualaf.

Semoga, hasil pengumpulan penulisan penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh semuapihak yang terlibat dalam dalam meningkatkan kualiti serta pencapaian murid danseterusnya ke arah pembentukan modal insan di Malaysia. Ucapan setinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua para pembentang yang sudimenyumbangkan kertas kerja, para peserta, jawatankuasa penganjur daripada InstitutIslam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor, KolejUniversiti Islam Antarabangsa Selangor dan Pusat Kajian Dakwah Orang Asli &Peribumi, UKM yang telah bekerjasama dalam penganjuran persidangan ini.Diharapkan, bahawa ICMuD 2013 akan dapat mencapai semua objektif yang telahdirancang dengan jayanya

Terima kasih,

Dato’ Haji Mohd Misri Haji IdrisPengerusiPersidangan AntarabangsaPembangunan Mualaf 2013

Page 6: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

Kandungan

Educating Teacher For Mualaf: The Tawhidic Base 1Ab. HalimTamuri

Mualaf Empowerment Centre of Al- Markaz Al- Islam: Studies About Efforts ToSolve Mualaf’s (Newly Converted Moslems) Problems in Makassar

9

Musafir Pababbari

Gagasan Goh Chee Kiong Dalam Mengelola Mualaf Di Kota Makassar 15Zul fahmi Alwi

Dulu Mualaf Kini Murtad 23Faizal Arif Tajul Ariffin

Signifikasi Kefahaman Dan Penghayatan Islam Dalam Konteks Dakwah OrangAsli Selangor

35

Abdul Ghafar Don, Badlihisham MohdNasir, AnuarPuteh, Razaleigh Muhamat,Faisal Asha’ari

Faktor Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang Asli Di Gombak Selangor 39Fariza Md Sham, SitiAisyah Jami’an, SitiRugayah Tibek

Kajian Berkaitan Kepuasan Responden Terhadap Program Bantuan KepadaMualaf Di Selangor

55

Aidit Ghazali & Zulkifli Abdul Hamid

Peranan Dan CabaranPendakwahMualaf: Kajian Terhadap Ustaz Mohd FarhanBin Abdullah

67

Qamarul Arifin Ali & Safinah Ismail

Perspektif NGO Di Lapangan: Mengenai Cabaran Tarbiyah Dan Kebajikan MualafDi Malaysia

77

James Laeng @ Jamaluddin Abdullah

Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani Emosi Mualaf 93Salasiah Hanin Hamjah

Mualaf Development From Maqasid Al-Shariah Perspective 103Yusuf Sani Abu Bakar

Amalan PendekatanPengajaran Guru Pendidikan Islam Dalam Kalangan MuridOrang Asli Sekolah Rendah

109

Abd Aziz Mahyudin

Page 7: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

Aktiviti PERKIM Pahang Kepada Saudara Baru Masyarakat Kemboja 117Anuar Puteh, Ideris Endot, Sasliza Mat Isa, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani,Ahmad Irdha Mokhtar, NorainiZakaria

Bimbingan Dan Kaunseling Islam Terhadap Mualaf Di Pejabat Agama IslamDaerah Hulu Langat Selangor

129

Zulfadhli Zafik & JawiahDakir

Kepimpinan Dan Sumbangan Mualaf DalamDakwah 137Hazwan Samsudin, Safinah Ismail, ZulkifliAini

Analisis LatihanIlmiah Di Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan BerkaitanDakwah Orang Asli Dari Perspektif Komunikasi Dakwah

147

Muhamad Faisal Ashaari, MohdHarfiz Hamzah, Abdul Ghafa Don, RazalieghKawangit, AnuarPuteh

Kepuasan Dalam Hubungan Persaudaraan: Satu Kajian Terhadap Mualaf DiNegeri Selangor Darul Ehsan

163

Mariam Abdul Majid, Ab. Aziz MohdZin, FakhrulAdabiAbd. Kadir

Pelestarian Pengajian JAWI Dalam Mendidik Murid- Murid Di Sekolah RendahOrang Asli

177

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah

Program Pembangunan Wanita Asli Mualaf Di Kampung Sentok Hendrop Lojing,Gua Musang Kelantan

189

Adawiyah Ismail &SitiRugayahTibek

Dakwah Sebagai Discourse Budaya Dan Impaknya Dalam Pembangunan MualafCina

195

Abdul Naser Abdul Rahman

Pendekatan Konsep Hikmah Dalam Proses Bimbingan Saudara Muslim 205Ridhuan Tee Abdullah &RedwanYasin

Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru 215Anuar Puteh, Abdul Ghafar Don, Razaliegh Muhamat @Kawangit, MuhamadFaisal Ashaari, Abu Dardaa Mohamad

Peranan Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK) DalamMembimbing Golongan Muallaf: Satu Tinjauan Awal

227

Zaini Yusnita Mat Jusoh, Ayu Nor Azilah Mohamad, Mariani Che ManPelaksanaan Program j-QAF SekolahRendah Orang Asli Di Terengganu 243Saleh Jusoh @ Mamat & Asyraf Ridwan Ali

Ketokohan Pendakwah Mualaf Masa Kini: KajianTerhadap Ann Wan Seng 257Mohamad Saiful Munjalin, Safinah Ismail, ZulkifliAini

Page 8: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

Program Pendidikan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM)Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Peranan UlamakTimur Tengah

265

NurAthirohMasyaail Tan Abdullah @ Tan Ai Po, SitiRugayahTibek,RazaleighMuhamat @ Kawangit

Impak Penubuhan Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI)TerhadapPendidikanMasyarakatMualaf Palau Di Sabah

281

Azizan Ahmad

Page 9: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

1

Educating Teacher For Muallaf:

The Tawhīdic Base1

Assoc. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri

Rector,

The International Islamic University College Selangor.

Abstract

The main aim of this paper is to discuss the role of tawhīd in developing teacher

education system for the muallaf. Basically, every teacher should has good akhlāq, since

they are generally regarded as the role models or exemplars for their students especially

for the muallaf students. These teachers are the persons who directly educate the

muallaf about Islam and guide them closely how live as good Muslim. Therefore, in

Islam, tawhīd is not limited to divine or metaphysical aspects, but it also should be

regarded as the universal principle or rule that will guide all human activities in order to

confirm to the will of Allāh. This primary concept is related to the human being‘s

temporal duty in this universe as khalīfatullāh, and with his or her permanent duty as

‗abdullāh. As a result, education in Islam cannot be separated from the concept of

tawhīd. Thus, this concept of tawhīd should be correctly understood by the teachers

particularly in educating our new Muslim brothers and sisters.

Introduction

The development of teacher is one of the most key aspects in the implementation of any

educational system. Based on challenges today, all teachers should be trained professionally and

equipped with the latest skills and current knowledge. They must be comprehensively nurtured,

particularly in terms of their akhlāq and inner human development. Based on the significant

roles of teachers today, it is important that they have the criteria of good teachers who possess

high levels of professionalism based on Islamic ethics especially in educating a large number of

our new Muslim brothers and sisters in Malaysia.

The concept of tawhīd and education in Islam

The term tawhīd is one of the fundamental terms of Islamic teaching, meaning the conviction

and witnessing that ―There is no god but God (Allāh).‖ Basically, this concept of monotheism is

the starting point of Islam and also the differentiation between a believer and non-believer. This

primary importance is the only reason why a person is considered as a Muslim. Therefore, the

Islamic education system should direct the whole process of the growth of Muslims to belief in

Allah as well as to achieve prosperity in this world and the Hereafter. Khurshid Ahmad

(1967:15) has insisted that:

They [students] should be taught the meaning and purpose of life, man‘s

position in the world, the doctrines of Tawheed (unity of God), Risalah

(Prophethood), Akhirah (Life Hereafter) and their bearing upon individual and

1 Presented in the International Conference on Muallaf Development 2013 (ICMuD 2013), 7-8

th

September 2013 at the International Islamic College University Selangor, Bangi, Selangor, Malaysia.

Page 10: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

2

social life, the Islamic values of morality, the nature and content of Islamic

culture, and the obligation, and the mission of a Muslim.

Thus, the purpose and process of education in Islam are a reflection of the Islamic world-view of

the role of the human being as khalīfatullāh, as well as ‗abdullāh and which also has significant

relation to the concept of tawhīd. In the same vein, Ashraf (1994:4) has asserted that the

intention of the process of education in Islam is ―…the attainment of the status of a true

representative of God on the earth (khalīfatullāh)‖.

This fundamental concept is measured as the kernel and heart of Islamic faith and

teaching, from which flows other important aspects of human life. In other words, tawḥīd is not

limited to divine or metaphysical aspects, but it should be regarded as a universal principle or

rule that guides all human activities in order to conform to the will of Allāh. This central thought

of Islam has inspired Al-Faruqi (1982), who made an attempt to explain and discuss its

significance in his book, ―Al-Tawhīd: Its Implications for Thought and Life.‖ It is also clear that

the ramifications of tawhīd can be recognized from the two words, i.e. ‗abdullāh and

khalīfatullāh.

Indeed, human beings have two interrelated duties that are significantly related to the

concept of tawhīd, i.e., that of khalīfatullāh and ‗abdullāh. In fulfilling his or her duty as a

temporal khalīfatullāh and permanent ‗abdullāh, there are certain ethical principles and rules

provided by Allāh through the Qur‘ān and Allāh‘s Prophet (pbuh) that should be followed.

Every human being, who is a servant of God as well as a vicegerent of Allāh in the world, has

certain moral obligations to accomplish. Al-Faruqi also has mentioned, ―...the divine trust is the

fulfillment of the ethical part of the divine will, whose very nature requires that it be realised in

freedom, and man is the only creature capable of doing so‖ (Al-Faruqi & Al-Faruqi, 1986:81).

Their role as khalīfatullāh as well as ‗abdullāh, therefore, should be rightly understood by all

Muslims. Mohd Kamal Hassan (1995:9-10) has stated:

Man is therefore basically a servant (‗abd) of God who is entrusted to manage

and develop the world in accordance with God‘s plan. In that sense he is

khalīfah (vicegerent) of the Earth … As vicegerent (khalīfah) on earth and

trustee of God, man is directly responsible and accountable to Allāh for all his

deeds.

Accordingly, all Muslims should follow the guidelines of actions and ethical principles,

whether commandment or prohibition, provided by the Creator through His Book and Prophet

(pbuh). Since He alone knows what is good for His creations, anything which is permitted by

Him is considered suitable for human beings, and whatever is forbidden is damaging for human

life. Sa‗ad Moustafa (1990:120) has argued:

The positive commitments essentially act as perpetual reminders and energisers

of faith, the continual strong link with The Creator. … The negative

prescriptions are preventive and precautionary measures to safeguard, maintain

the original quality of the human value system, and protect it from degeneration,

devaluation, perversion, indecency and temptation.

This is why every single minute of a human‘s activity is evaluated by Allāh. Allāh

says:

Page 11: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

3

Then shall anyone who has done an atom‘s weight of good, see it, and anyone

has done an atom‘s weight of evil, shall see it (Qur‘ān, Al-zalzalah: 7-8).

Therefore, the main principle of human activities in Islam is that everyone is only responsible

for his or her own actions and will be evaluated by Him, as Allāh says:

Namely, that no bearer of burdens can bear the burden of another. That man can

have nothing but what he strives for (Qur‘ān, An-najm: 3-39).

Whoever works righteousness benefits his own soul; whoever works evil, it is

against his own soul: nor is thy Lord ever unjust [in the least] to His servants

(Qur‘ān, Al-fussilat: 46).

Understanding how the concept of tawhīd is manifested in the daily life of a Muslim, it

therefore becomes necessary to simultaneously consider the acquisition of knowledge and the

development of faith, which is based on the concept of tawhīd in the process of education.

Husain and Ashraf (1979:38) have argued that if knowledge is isolated from faith, it becomes:

… not only partial knowledge, it can even be described as a kind of new

ignorance. … Such a person, however extensive his acquaintance with books,

has but acquired only a fragmentary view of the universe.

The education system in Islam cannot be separated with the religion of Islam, and the

concept of tawhīd becomes the kernel of its education system. Undoubtedly, there is an

integrated relationship between tawhīd, knowledge, and action, since they complement one

another and must not only remain in the individual‘s intention and mind, but should be

interpreted or implemented into real actions. Allāh says:

By [the Token of] time [through the Ages], verily Man is in loss, except such as

have Faith and do righteous deeds, and [join together] in the mutual teaching of

truth and of patience and constancy (Qur‘ān, Al-‗aṣr: 1-3).

Ashraf argued that the faith of Islam, which is based on the concept of tawḥīd, cannot be

ignored in the Islamic education system. He has stated:

Faith and knowledge must go hand in hand. Faith is a spiritual gift and

knowledge in an intellectual acquisition through the use of man‘s intellect ‗aql.

… Islam does not allow the Muslims to dichotomize life and divide it into that

which belongs to God (Divine) and that which belongs to Caesar (secular).

Islam wants education to be a process in which curriculum and teaching

methods help each individual to unfold its own unique potentiality as a

representative of God on the earth (Ashraf, 1988:74).

Haque (1992:58) has also mentioned that in Islam, its educational system ―…seeks to fuse the

spiritual and the material aspects of man‘s growth and imparts a training which infuses faith into

the whole personality, creating a spiritual or religious attachment to Islam. This enables an

individual to follow the Qur‘ān and the sunnah and be governed by the Islamic system of

values‖.

Basically, the strong belief in Allāh and the true understanding of the concept of tawhīd

should prevent any Muslim from committing any kind of sin or evil, since he or she realises the

Page 12: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

4

punishment and consequence from Allāh in the Hereafter. From the Islamic educational point of

view, the ―metaphysical authority-divine authority‖ which is based on the six pillars of imān,

should restrain any Muslim for doing any kind of badness. That is why it is essential to take the

concept of tawhīd as the foundation of the educational system. In fact, the negative attitudes particularly among the Muslims are also caused by their

negligence towards Islamic teaching, as well as problems in their understanding of tawhīd. It

seems that Muslims have disregarded the ―metaphysical authority‖ by doing unethical and un-

Islamic activities. For example, there are many Muslims who fail to fulfill basic Islamic

responsibilities such as the five times daily prayers and fasting, and they are unable to practice

Islamic ethical values. Essentially, as Muslims, the belief in the six pillars of imān should be

manifested through good and right behaviours. However, due to the crisis of ‗aqīdah or belief in

Allāh, there are some Muslims who have failed to observe the concept of tawḥīd and have

disrespected the teaching of their own religion. Thus, these become major problems for the

teachers in explaining the teaching of Islam to our new Muslim brothers and sisters.

As Islam recognizes and respects education as a never-ending process and regards

education as an obligation for every Muslim, the understanding of the concept of education is

very important, particularly among teachers. As discussed earlier, the principle of monotheism

and tawḥīd is regarded as the most important element in terms of human development, since it is

the central or the basic element of the Islamic educational system. In other words, the concept of

tawḥīd is the central issue that must be clearly understood, along with its role in the current

Islamic educational system. It is not merely a concept, but also has significant impact on the

educational system, which finally should produce a pious servant of Allāh.

Education in Islam chiefly aims to develop and nurture students to understand their

responsibilities as devoted Muslims who recognise the Islamic ideals of individual and of

collective life. Based on the above statements, we may agree that the concept of Islamic

education has a close relationship with the Islamic world-view or Weltanschauung that focuses

on the discussion of the concept of God, the concept of man, the concept of the universe, and

prophethood. The Islamic world-view, which is based on the Islamic concept of tawḥīd, will,

therefore, determine the characteristic of Islamic education. In other words, the whole process of

education, according to Islam, must be based on God‘s principles and the teaching of His

Prophet (pbuh). Thus, there is no such division or separation between religious and worldly

values, and the forms of education must refer to Qur‘ānic concepts.

Teacher and education: Islamic perspective

During the period of the Prophet Muḥammad (pbuh), we witnessed him as the authentic role

model who, through his examples and desirable qualities in every human aspect, especially in

the dakwah of Islam. Basically, education has a vital relationship with Muslim development, it is

useful to look at the role of the teacher as the person who is directly responsible to implement

the educational policy and programs. Hashim (1997) has described the role of the Muslim

teacher with reference to the ethical term of adab, where in her view, a teacher is a mu‗addib;

Rosnani has argued that the teacher is not only concerned with the transmission of skill and

knowledge but also ―…the inculcation of adab which is the discipline of mind, body and

soul…‖ (Al-Attas,1979: 37). Jasmi and Tamuri (2012) also have explained that the teacher in

Islam has several duties, i.e. as a murabbī (trainer of souls), mu‗allim (transmitter of

knowledge), murshid (leader in teaching and learning), mu‘addib (trainer of akhlāq and

personalities), and mudarris (effective teacher). As Islam is rooted in the concept of tawḥīd and

Page 13: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

5

faith in God, Prophet, and the Hereafter, the role of teachers in Islam has an ethical and religious

involvement and implication.

Thus, Prophet Muḥammad (pbuh) is the supreme model or teacher for Muslim teachers,

since all his practices were under divine guidance. Khurshid Ahmad (1980:9) has stated, ―To

believe in him means to accept his authority as representative of the Supreme Ruler and to

follow his example in thought and behavior.‖ Therefore, for Muslim teachers, they must

comprehensively examine and experience the sunnah of Prophet Muhammad (pbuh), as the

Prophet (pbuh) is considered the perfect exemplar given by Allāh for all Muslims. In fact, as an

educator, he had practised, demonstrated, and exemplified all aspects that he preached and asked

his adherents to follow.

Based on the above discussion, Muslim teachers should have several characteristics such

as a correct understanding and deep knowledge of Islamic teaching; a strong belief and clear

understanding of the Islamic concept of tawhīd; an observance of proper akhlāq with his

Creator, other people, and universe; the acquisition and practise of professional knowledge and

skills of teaching and learning; excellent and competent leadership skills; and motivation and

positive attitude and thinking.

That is why in Islam, teachers are highly regarded, since they are not only transferring

knowledge and information to their students in the process of teaching and learning, but more

importantly they are nurturing and developing the students‘ faith in Islam and the students‘ inner

development towards the balanced growth of the total personality of human being. Thus, it is

important to look at the way the concept of tawhīd significantly influences Muslim teachers.

They also should believe that their duties are regarded as da‗wah and ‗ibādah to Allāh

and will be rewarded by Him in the Hereafter. As a result, they will stay away from doing

anything that has been prohibited by Allāh, since they believe that there is a life after death and

punishment from Him based on actions in this world. The teachers will maximize all their efforts

in carrying out their responsibilities, since they are evaluated and rewarded not only by their

principals but more importantly by their Creator, i.e. Allāh. If the teachers really understand that

their performances are recognized by Allāh, they will carry out their duties and perform

sincerely, as they are motivated by the promise of Allāh‘s great rewards.

As a central part of Islamic education system, teachers should be professionally trained

through consistent pre-service and in-service training. They should be exposed to more

knowledge, wider experience, and better training, to ensure effectiveness in educating our new

Muslim brothers and sisters. In producing effective Muslim teachers for the muallaf, the concept

of tawhīd should become its foundation. They should also realize that their deeds, efforts, and

actions will significantly contribute to the development and betterment of the ummah, since the

ummah‘s ideological common ground is based on the concept of tawhīd. The teachers also

realize that all their virtuous activities and contributions are ‗ibādah and al-‗amāl al-jāriyah.

They also recognize the duty as teacher is an amānah. With the right understanding and the

proper implementation of the concept of tawhīd in their daily lives, teachers will ensure that they

will fulfill their duties sincerely and successfully. These teachers are the persons who educate

the muallaf about Islam and guide them closely how live as a Muslim

Therefore, the concept of tawhīd should be affirmed several elements in educating our

muallaf teachers:

Page 14: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

6

(a) Ideological foundation of muallaf teacher training

The philosophy of muallaf teacher education should be re-examined to ensure that the

philosophy is in line with concept of dakwah in Islam. Thus, the concept of dakwah and jihad

should be seriously considered in the system. They should uphold tawḥīd as their basis of life

and activities, which will eliminate other outside or worldly interests that may influence their

actions. The ideological basis for teacher education should also be examined. Therefore, the

ideal of a teacher in Islam should be referred to the Prophet Muhammad (pbuh), his companions

and also great Muslim scholars as the foundation of teacher training program. Halstead

(1995:31), in his analysis on role of teacher in Islamic tradition, has stated that: ―… teachers

were expected not only to be learned, but also to have a deep personal commitment to faith and

to be a living example of virtue and piety which students could unhesitatingly emulate‖.

(b) Aim of muallaf teacher education

The aim and objectives of muallaf teacher education, particular for Muslim teachers, should be

clearly drawn based on the tawhīd paradigm. The main aim of teacher education is to produce

teachers who have belief and devotion to God, knowledge, possession of high moral standards,

competence, and responsibility. The teacher trainees who are also the da‘ie must also have an

understanding that they are implementing the amānah from Allāh and that it is a part of

propagating Islam to the ummah. Thus, all teachers should be exposed with experience, educated

and trained as to ensure effectiveness of teaching and learning process. the emphasis of teacher

education, both in pre-service courses and in-service training, are the moral and ethical

development, effective teaching methodologies, educational theories and practices as well as

latest educational technologies (Hashim, 1997, Jasmi and Tamuri, 2012). Through right teacher

education program, it is hoped that they are professionally trained and equipped with sufficient

knowledge and be able to practice the skills which have gained.

(c) Muallaf Teacher education curriculum

The emphasis on the tawhīd paradigm will ensure that the contents of teacher education

curriculum are consistent with the concept of dakwah. The sīrah of Prophet Muḥammad

(pbuh)—in the context of education—must also be critically studied by all muallaf teacher

trainees. In addition, the western and modern theories of teaching and learning should be

examined before they are taught to Muslim teachers. The reconstruction of the muallaf teacher

education curriculum based on Islamic teaching must include both curriculums of the pre-service

courses and the in-service training. The concept of da‗wah must also be clearly given and

understood by the teachers since it is a part of the central duties of a Muslim. In facing the

challenges of globalization, the new tawhīdic curriculum of teacher education should also

educate them to consider themselves as part of the universal Muslim ummah. It is because the

building of the ummah is based on the same doctrine of tawhīd, which is the root of Islamic

brotherhood.

(d) Role of muallaf teacher training institution

The government and NGO need to jointly establish training institutions or teacher training

centres which mainly focus to train teachers for muallaf. In the context of Malaysia, there are

only very few informal training centres for muallaf teachers. This institutions will also organizes

debates, forums, discussions, seminar and workshops and people may be able to freely give

Page 15: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

7

their ideas, opinions, and suggestions to improve and strengthen the education for muallaf. They

could collaborate with local or international higher educational institutions, researchers should

more actively carry out studies in planning and integrating the education for muallaf.

Conclusion

In Islam, education is a process of tarbiyyah, which is concerned with the process of developing

and nurturing children with positive guidance to be good and perfect human beings. Education is

a process of ta‘dīb, which is the process of developing the individual‘s social values,

responsibilities, and consciousness based on the sharī‗ah. Furthermore, education is a process of

ta‗līm, which refers the transfer of knowledge through both the divine revelation and human

intellect for the purposes of Allāh. The role teachers in educating our new Muslim brothers and

sisters not merely has social implications, but also and more importantly, it has religious

implications as an amānah from Allāh, which will be assessed by Him. Therefore, the concept of

tawḥīd must be inserted in the four components of the muallaf teachers development, i.e. in the

ideological foundation, aim of teacher education teacher education curriculum, and role of

educational institution.

References

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib, 1979. ―Preliminary Thoughts on the Nature of

Knowledge and the Definitions and Aims of Education‖ in Al-Attas, S.M.N., Aims and

Objectives of Islamic Education, Jeddah: King Abdulaziz University, 1979, pp. 19-47.

Ahmad, Khurshid. 1967. Principles of Islamic Education, Lahore: Islamic Publications.

Ahmad, Khurshid, 1980. Islam: Basic Principles and Characteristics, Leicester: The Islamic

Foundation.

Ashraf, Syed Ali. 1988. A view of education-an Islamic perspective,‖ in Bernadette O‘Keeffe

(ed.), Schools for Tomorrow: Building Walls or Building Bridges. Sussex: The Falmer

Press. pp. 69-79.

Ashraf, Syed Ali. 1993. Recommendations of the Fifth World Conference on Muslim Education:

A plan for implementation. Muslim Education Quarterly, 10 (1), 1-6.

Ashraf, Syed Ali. 1994. Faith-based education: A theoretical shift from the secular to the

transcendent. Muslim Education Quarterly, 11(2), 3-8.

Ashraf, Syed Ali. 1997. What makes a good teacher of religious education. Muslim Education

Quarterly, 14 (3), 1-3.

Daud, Wan Mohd Nor Wan. 1989. The concept of knowledge in Islam and its implications for

education in a developing country. London: Mansell.

Erfan, Niaz and Zahid A. Valie (eds.). 1995. Recommendations of the four world conferences on

Islamic education: Education and the Muslim world: Challenge and response.

Islamabad: Institute of Policy Studies, and Leicester: The Islamic Foundation.

Al-Faruqi, Ismail R. and Lois Al-Faruqi, Lamya. 1986. The cultural atlas of Islam. New York:

MacMillan Publishing Company.

Al-Faruqi. Ismail R. 1992. Al-tawhīd: Its implications for thought and life. Virginia:

International Institute of Islamic Thought.

First World Conference on Muslim Education. 1977. Recommendations. Jeddad: King

Abdulaziz University.

Halstead, J. M. 1995. Towards a unified view of Islamic education. Islam and Christian-Muslim

Relations, 6(1), 25-43.

Hashim, Rosnani. 1997. The construction of an Islamic-based teacher education programme‖.

Muslim Education Quarterly, 14 (2), 57-68.

Page 16: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

8

Hassan, Mohd Kamal. 1995. ―World-view Orientation and Ethics: A Muslim Perspective‖,

Jurnal IKIM, 3(1), 1-24.

Haque, Mozammel. 1992. The role of Rābiṭa al-‗Ālam al-Islāmī in the promotion of Islamic

education. Islamic Quarterly, 35(1), 58-63.

Husain, Syed Sajjad and Ashraf, Syed Ali. 1979. Crisis in Muslim Education. Jeddah:

King Abdulaziz University.

Jasmi, Kamarul Azmi dan Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Khan, Mohd Sharif. 1986. Islamic education. New Delhi: Ashish Publishing House. Moustafa, Sa‗ad M., 1990. ―The Concept of Morality in Islam‖, Magazine al-Azhar, 63(1), 119-

122.

Muslehuddin, Mohammad, 1980. Islamic Education and Its Form and Features. Islamabad:

Islamic Research Institute.

Othman, M. Y., Ismail Ibrahim, Jawiah Dakir, Lilia Halim, Zakaria Stapa, Ahmad Munawar

Ismail, Ab. Halim Tamuri, Ibrahim Abu Bakar, Abrar Idris, Shamsul Shah Tarjo,

Shamsul Azhar Yahya, Siti Maheran Ismail @ Ibrahim dan Noor Atiqah Abd Rahman.

2011. Keberkesanan Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Laporan

penyelidikan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Qur‘ān al-Karīim. 1990. Translated by ‗Ali, Abdullah Yusuf, The Holy Qur‘an: Translation

and Commentary. Islamabad: Da‗wah Academy.

Sahadat, John. 1997. Islamic education: A challenge to conscience. AJISS, 14(4), 26-27.

Sarwar, Ghulam. 1996. Islamic education: Its meaning, problems and prospects, in The Muslim

Education Trust, Issues in Islamic Education. London: The Muslim Educational Trust,

1996.

El-Tom, Basheer. 1981. Education and society, in Mohammad Wasiullah Khan (ed.), Education

and Society in the Muslim World. Jeddah: King Abdul Aziz University, pp. 28-44.

Page 17: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

9

Muallaf Empowerment Center of Al-Markaz Al-Islami

Studies about efforts to solve Muallaf’s (Newly Converted Moslems)

Problems in Makassar

Prof. Dr. H. Musafir Pababbari, M.Si

Professor of Sociology of Religion UIN Alauddin Makassar

Background

Since the collapse of the World Trade Center (WTC) in New York, which is known as the

tragedy of 11 September 2001, hatred and fear of Islam spread across the world. They blamed

Islam as a terrorist religion which has spawned bad people and killers. However, behind the

incident, it was actually attracted people to learn Islam and at the end of their study about Islam,

many of those people embraced Islam.

On the contrary to the people affected by Islamophobia, Angela Collins, an actress in the United

States, is interested in studying Islam after the collapse of the World Trade Center (WTC) in

New York. The duality of Americans attitudes toward Islam, hatred and curiosity are revealed

after the tragic incident. Of course there are many people like Collins unrecorded in this paper.

They have various motivations behind their conversion to Islam such as because they want to

marry a Moslem or because they have experienced miracles which occur either in the macro

cosmos (natural wonders) or in the micro cosmos (miracles in their personal lives).

Regardless of their motivations to Islam, it is the duty and responsibility of Islamic society and

government to provide guidance and care. Therefore, there will not be any apostasy among them

due to their imperfections understanding of Islam.

One institution that the author highlighted in this paper is the extent to which Al-Markaz Al-

Islami as a community development centre in Makassar, South Sulawesi deals with the newly

converted Moslems.

From a sociological perspective, the newly converted Moslems face various problems. It is

because in fact they, who live in the middle of a community, are a minority group both in their

internal community and in the external Moslem community.

So, the management of newly converted Moslems should receive serious attention from the

Islamic community. Therefore, Islam will not seem great in quantity but weak in terms of

quality.

Profile of Al-Markaz Al-Islami

1. Background: The establishment of Al-Markaz Al-Islami

The initial idea emerged in 1989 when General M. Yusuf, as an Amirul Hajj, conveying

the idea to set up a monumental mosque in Makassar to a number of figures who

perform pilgrimage in Makkah, including Munawir Sjadzali, Edi Sudrajat, M. Jusuf

Kalla and spontaneous acclaim.

Page 18: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

10

In the month of Ramadan 1414H or March 3rd

, 1994, General M. Jusuf invited several

ministers and a number of businessmen and suggested the idea of building a center of

Islamic civilization development in a form a mosque in Makassar. The reason when

choosing Makassar was not merely because M Jusuf is of Makassar origin. But, it is

because the city is the focal point of the eastern part of Indonesia whose communities

are quite religious when it is seen from a presentation number of pilgrims each year.

At the meeting, funds collected spontaneously were not only from Moslem

officials and businessmen, but also from non-Moslem businessmen such as Prayogo

Pangestu, James T. Riady and Herry Darmawan. These people are the conglomerates

who reside in Jakarta. And the 20th of Ramadan 1414H or March 3, 1994 is agreed as a

commemoration of the Islamic Center Foundation or people people known it as Al-

Markaz Al-Islam.

After ten years playing its role as the center for Islamic activities especially during

the month of Ramadan, the Masjid Al-Markaz Al-Islami officially changed its name into

Masjid Al-Markaz Al-Islami General M. Jusuf. The new name is a tribute to the late

General M. Yusuf who (died on September 8th

, 2004) has been the initiator and the

founder of the mosque as well as the first Chairperson of the Islamic Center Al-Markaz

Al-Islami Foundation. The Mosque itself was inaugurated by General M. Jusuf on 21

Sha'ban 1416 H or January 12th

, 1996. The official use of the foundation‘s name was

inaugurated by M. Jusuf Kalla, as the Vice President of the Republic of Indonesia on

Friday, 9th of Shawwal 1426H or January 11th

, 2005. H. M. Jusuf Kalla is also the first

Chief Executive of the Islamic Center (Al-Markaz Al-Islami) Foundation.

2. Activity Centers

Al-Markaz Al-Islami is an Islamic light emitted from the eastern part of Indonesia. In

this glow, Insya Allah, coaching spirit to help newly convert Moslems will spread and be

a moral responsibility of the Islamic societies in the eastern part of Indonesia and

especially in Makassar. The activity centre of Al-Markaz Al-Islami is as follows:

a. Centre of Worship and Islamic Preaching

Five daily prayers, Friday prayer, tarawih prayer and two feast prayers (Eid al-Fitr and

Eid al-Adha) are conducted in this mosque as the main function of the mosque. Almost

every Friday after the Friday prayer, the Islamic conversion process is held and

witnessed by thousands of worshippers who attend the Friday prayer. After ten years of

its inception, Al-Markaz Al-Islami has recorded 5478 newly converted Moslems. There

are particular activities in the coaching programs which are directed to the newly

converted Moslems such as:

1. Majelis Taklim (Learning and Discussion Group), held on every Monday and

Thursday afternoon and closed with a breaking fast (iftaar). The congregation

Page 19: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

11

including newly converted Moslems participated in this program. The purpose of

this activity is to foster brotherhood among the Moslems.

2. A particular learning and discussion program directed only to female Muallaf is

held on every Saturday.

3. Al-Quran recitation competition among newly converted is held every year

during the month of Ramadhan.

4. Ramadan Boarding School for newly converted Moslems. This program is

conducted in 2 (two) levels i.e. Basic and Advanced level. The subjects of each

level are Akhlaq (morality), Fiqh Ibadah (Islamic Jurisprudence in Worship),

education in Islam, Aqidah /Tawheed (Islamic Creed), and Al-Quran literacy

basic and advanced levels.

5. General consultations about Islam conducted by several psychologist/Islamic

scholars to help people who wish to discuss all matters about Islam. The program

is directed to Muallaf and even to non-Moslems who want to know more about

Islam.

b. Education

Education at Al-Markaz Al-Islami is a non-formal education but it is organized and

registered and also has a value system that applied to children, adolescents, and adults.

The newly and converted and the public meet and spend their time between at this place.

The non-formal education organized at this mosque are as follows:

1. Contemporary studies in the form of trainings including journalism, Ramadhan

small discussions and many others.

2. Islamic and community discussions and seminars by presenting Islamic and

social scholars who are from Jakarta, Yogyakarta, Bandung and so on.

3. Dhuha (forenoon) lectures or discussions held every Sunday, which is attended

by the public as well as the newly converted. The speakers are scholars who live

in Makassar.

c. Social

Al-Markaz Al-Islami is also developing intense social and economic activities ranging

from charity collection, collection and distribution of alms (zakat), charity (shadaqah),

gifts (infaq) and also developed a small business such as:

1. Bookstores and libraries. The library has already had a collection of about

23,000 books (consist of 18,000 titles) and numbers of CDs and cassettes.

2. Friday Markets around the Mosque of Al-Markaz Al-Islami.

3. A Hall on the first floor that could be rented by the public and used for

some events such as wedding, seminars, exhibitions and so on.

4. Al-Markaz Al-Islami Radio station in addition to general broadcast, the

station also regularly relays preaching and other Islamic activities such as

Page 20: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

12

discussions, seminars, prayers, Friday sermon and prayer, two feast

prayers and the Islamic conversion process).

5. The Baitul Maal wattamwil. It also has conducted its roles to raise funds

from the Moslems.

6. Al-Markaz Al-Islami publishing house, has issued a bulletin ‗Gema al

Markaz‘ regularly. The bulletin displays Friday sermons, Eid al-Fitr and

Eid al-Adha sermons and also Islamic knowledge.

These social activities are conducted to improve the quality of Ummah in an effort to

understand the true teachings of Islam. Therefore, Islam is not only understood in

Aqeedah (faith) aspect but also Islam as universal values in the form of Aqidah/

Tawheed (Islamic Creed), Akhlaq (morality), and Islam in broader terms including

social and nature (environment).

3. Organization and the management

The organizational structure of Al-Markaz Al-Islami can be described as follows:

Al-Markaz Al-Islami

Islamic Centre Foundation

Rais Takmir

(Headquarters)

Daily Agency Coordinator

Treasurer

BPH Da'wah and Islamic

Studies

Head of General

Public Affairs

Head of

Worship/Sermons

& Islamic

Conversion

BPH Women & Majlis

Taklim

Secretary &

Personalia

Section

Imam & Protocol

Section

BPH Economics &

Finance

Administration

& Finance

Section

Muezzin

(callmaker) Section

BPH Public Releases &

Publishing

Maintenance &

Cleanliness

Section

Islamic Conversion

Section

BPH Facilities &

Infrastructure

Security Section BPH Social & Health

Parks &

Gardening

Section

BPH Youth, Sports & Arts

BPH Libraries & Archives

Page 21: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

13

III. Principles of the Management of Muallaf’s (Newly Converted Moslems)

Islamic management often refers the guidance of al-Quran and al-Hadith. Therefore, it is

different from the general management such as by Japanese, Europeans or Americans

which is only based on the human rationality. According to the Islamic view,

management is a process of arrangement, preparation, and controlling of something

regarding the organization‘s resources effectively and efficiently to achieve the

organization‘s targets with sincere intentions to acquire pleasures of Allah SWT, the

God Almighty, who is the Most Gracious and the Most Merciful. It is done because

he/she as a manager is aware that Allah SWT is the Highest manager in the world who

manage the universe and all its aspects.

Basically, each individual is a manager or Khalifah (inheritors on the earth) on

his/her fields (al-Baqarah: 30) and in the hereafter, every manager will be asked about

their responsibilities. Hasbullah Husen in his book ‗Management by Islamology‘ states

that there are six types of resources that could be directed or managed and will be asked

by the God Almighty in the hereafter, they are: time, nature, money, goods and services,

facilities, and human. If this concept is applied in the management, coaching or fostering

our newly converted brothers and sisters in terms of their Aqeedah aspects, then on the

judgement day we will be asked as well.

Islam teaches the importance of a process in the management. The God who

created the universe such as the heavens and the earth also applied phasing process in

the creation. Although He could create it immediately and only in one stage (kun

fayakun), the God in His creation performed it in six stages.

In the process, al-Quran provides instructions in order to put the quality of performance.

―… Truly the best of men for thee to employ is the (man) who is strong and trusty" (al-

Qasas: 26). The meaning of "strength" in this verse implies skills and qualifications, as

well as the competence and ability to understand the principles of religion and the ability

to apply them. It also includes a high moral commitment to achieve the goals of

coaching and foster our newly converted brothers and sisters.

1. Patterns and the development activities

Patterns and the development activities are directed to an advancement of constructive

participation in creating a religious community. A newly converted Moslem should be

able to independently understand the religion teaching. Therefore, he/she will not be

longer treated as a minority within his/her previous minority group or in his/her new

group (in the middle of the Moslems community).

Therefore, the headquarters of Al-Markaz Al-Islami with its coaching program,

proposing 3 (three) main activities to newly converted Moslems, namely:

Page 22: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

14

1. General consultations about Islam conducted to help people who wish to discuss

all matters about Islam. The program is directed to Muallaf and even to non-

Muslims who want to know more about Islam.

2. Majelis Taklim (Learning and Discussion Group), held on every Monday and

Thursday afternoon and closed with a breaking fast (iftaar). The congregation

including newly converted Moslems participated in this program. The purpose of

this activity is to foster brotherhood among the Moslems.

3. Particular Boarding School (Ramadan boarding school) for newly converted

Moslems. This program is conducted at the Mosque or at other places such as

hotels or halls.

2. Problems and solutions

The newly converted Moslems‘ lack of understanding of Islam is a problem to be

solved. It is because there is still a possibility of apostasy (murtad), back to their original

or previous religion. Therefore, as our responsibility towards the Muallaf, the coaching

or fostering program should be scheduled and conducted intensively and structurally.

So, there will not be any impression directed to Moslems or Islam which is large in

quantity but weak in quality.

Muallaf‘s problems should be solved integrally both in terms of understanding

the true Aqidah and how to develop an Islamic family life. Therefore, the newly

converted Moslems could be expected to experience and embrace Islam totally (kaffah).

Conclusion

That is the main idea that I could present in this important forum. I do hope that the idea

would benefit as a manifestation of our ethical responsibility towards newly converted

Moslems.

Page 23: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

15

Gagasan Goh Chee Kiong Dalam Mengelola Muallaf

Di Kota Makassar

Zulfahmi Alwi

Fakulti Syariah dan Hukum

Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar

Abstract

Goh Chee Kiong (Sulaiman Gosalam) is one of the Chinese Muslim leaders in

Makassar. His ancestors came from the Hokkien, China. His interest in Islam came

from his confusion regarding numbers of God that he learned from various religions.

Departing from his confusion he finally converted to Islam. According to him, the

concept of god in Islam is more easily understood by reasonable minds. He is now doing

his job as a lecturer in Hasanuddin University of Makassar.

Even though he learned Islam from his Muslim teacher Ustaz Jamain, Goh Chee

Kiong actively studied Islamic teaching as autodidact in many occasions. When he was

young, he founded Islamic Studies Forum. He also joined The Young Generation of

Chinese Islam (GMTI) that was established by his senior colleagues in Makassar. In

1984, he was selected as the chief board of Indonesian Chinese Muslim Association

(PITI) of Makassar. According to PITI‘s updated data base, there are more than 300.000

Chinese Muslim populations living in Makassar today.

Goh Chee Kiong complained about the handling of his early converts to Islam.

He had to push himself to learn Islamic teaching as autodidact because it was very hard

to find the place that accommodated his needs. The lack of guidance to the converts

resulted crucial impact to their belief. Some of them returned to their original belief

after embracing Islam for few months.

Based on those challenges, Goh Chee Kiong is trying to improve services in

handling the converts, especially to the Chinese converts. To achieve that goal, he and

his Chinese Muslim colleagues build Muhammad Cheng Ho Mosque. In the future, they

are planning to build Islamic boarding school or Islamic center next to the mosque in

order to give an opportunity for the Chinese converts getting more Islamic teaching.

Moreover, Islamic boarding school is also planning to teach in Chinese language for the

converts. With so, the converts would have a confidence to communicate among them.

Finally, Goh Chee Kiong offers to build international network of the converts so the

converts from around the world could gather and develop Muslim brotherhoods.

Sekilas Tentang Kota Makassar

Kota Makassar merupakan pusat perdagangan yang dominan di Indonesia Timur dan

kemudian menjadi salah satu kota terbesar di Asia Tenggara. Kota ini tergolong besar

dengan berbagai suku bangsa yang tinggal di kota ini. Di kota ini ada suku Makassar,

Bugis, Toraja, Mandar, Buton, Jawa, dan Tionghoa. Makanan khas Makassar adalah

Page 24: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

16

Coto Makassar, Roti Maros, Jalangkote, Kue Tori', Pallubutung, Pisang Ijo, Sop

Saudara, dan Sop Konro. Makassar memiliki wilayah seluas 128,18 km² dan penduduk

sebesar kurang lebih 1,25 juta jiwa.

Kota Makassar yang pernah bernama Ujungpandang adalah wilayah Kerajaan

Gowa dan Kerajaan Tallo yang terletak pada pesisir pantai sebelah barat semenanjung

Sulawesi Selatan. Pada mulanya merupakan bandar kecil yang didiami oleh Suku

Makassar dan Bugis yang dikenal sebagai pelaut ulung dengan perahu PINISI atau

PALARI.

Titik tumbuh perkembangan kota Makassar bermula pada abad XVI, saat

kehadiran Belanda di Makassar. Perkembangan kota itu bermula di pelabuhan Soekarno

Hatta (dahulu disebut Wilhelmina Sielger) dan Benteng Rotterrdam (Benteng

Ujungpandang). Sejak itu berrmunculan bangunan berarsitektur indah dan menarik.

Bangunan-bangunan itu merupakan pusat perkantoran urusan perdagangan,

pemerintahan, dan militer (Aminuddin Ram, 2009).

John A. F. Schut dalam ‗De Volken van Nederlandsch Indie‘ menggambarkan

orang Makassar dan orang Bugis dengan menggunakan metafora sebagai orang yang

angkuh sebagaimana gunung-gunungnya; megah bagaikan alamnya, yang sungai-sungai

di daerahnya mengalir dengan deras, garang tak tertudukkan, terutama pada musim

hujan; mereka bagai air terjun yang tertumpah, mendidih, membusa, berrgelora, dan

kerap menyalakan amarah yang tak memandang apa dan siapa (Aminuddin Ram, 2009).

Sekalipun demikian, sungai dan gunung yang garang tentu sahaja memiliki sisi

yang tenang. Semakin dekat arus sungi itu ke laut, semakin tenagah dia. Demikina pula

perwatakan orang Bugis dan Makassar, dalam ketenangan mereka dapat menerima

kebaikan dan keindahann. Dengan kata lain, bilamana seorang Bugis dan Makassa

diperakukan secara halus, maka mereka akan lebih bersikap halus; bilaman merreka

dihormati maka mereka akan lebih bersikap hormat (Panduan Kongres Bahasa-bahasa

Daerah Sulawesi Selatan I, 2007 dan Aminuddin Ram, 2009).

Jejak Sejarah Etnis Tionghoa Di Makassar

Jejak Tionghoa sudah terekam lama dalam sejarah perkembangan kota Makassar dan

sekitarnya. Sejak jaman kejayaan kerajaan Gowa perantau Tionghoa sudah menjejakkan

kakinya. Mereka mendiami daerah sekitar benteng Somba Opu (Sambung Jawa) yang

merupakan pusat armada niaga waktu itu. Dari perantau Tionghoa itu ada juga yang

mendiami daerah Kampung Butung, bahkan sampai abad ke-20 dimana terdapat sebuah

masjid yang dikelola oleh orang Tionghoa.

Orang-orang Tionghoa yang menetap di Sambung Jawa dan Kampung Butung

sudah menetap cukup lama, dan kemungkinan sudah membentuk sebuah perkampungan

yang mapan. Ini ditandai dengan adanya pekuburan orang Tionghoa yang menandakan

sudah beberapa generasi yang menetap di sana.

Pada abad ke-19, pemerintah Belanda kemudian memberi tempat hunian

tersendiri untuk orang-orang TiongHoa. Mereka tidak diperbolehkan berbaur dengan

masyarakat lainnya, bahkan untuk keluar dari tempat itupun mereka harus mendapatkan

Page 25: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

17

izin khusus. Ini membuat masyarakat Tionghoa menjadi terisolir dan tidak berbaur

dengan masyarakat lainnya. Wilayah itu disebut ―Kampung Cina‖ (Chieesche Wijk).

Perkampungan orang Tionghoa di Makassar merupakan deretan rumah yang

berhadap-hadapan di sepanjang jalan. Biasanya rumah-rumah itu bertingkat dengan

berandanya. Ciri khas rumah Tionghoa waktu itu (1906-1959) ada pada bentuk atapnya

yang lancip pada keempat sisinya dengan ukiran-ukiran berbentuk naga. Pada rumah

orang-orang kaya terdapat ukiran-ukiran pada tiang-tiang dari balok atau pada tiang-

tiang rumah, bagian langit-langit dan sebagainya.

Dalam setiap daerah pemukiman orang Tionghoa terdapat satu atau dua

kuil/klenteng dengan corak khas Tionghoa. Tempat ini biasanya bukan merupakan

tempat beribadah, tetapi hanya merupakan tempat orang-orang meminta berkah,

meminta keturunan (anak) dan tempat mengucapkan syukur, Besar kecilnya kuil

tergantung pada kemampuan pendukung/umatnya untuk membiayai pembangunannya.

Tidak ada catatan pasti mengenai kapan orang Tionghoa mulai menjejakkan

kakinya di Makassar dan sekitarnya, namun menurut literatur kedatangan orang

Tionghoa ke bagian timur kepulauan Indonesia terjadi pada masa pemerintahan dinasti

Tang abad ke 15. Ini tidak menutup kemungkinan mereka singgah di Makassar yang

pada saat itu masih disebut kerajaan Gowa.

Namun ada jejak historis lainnya yang menyatakan kalau orang Tionghoa sudah

singgah di Makassar pada sekitar abad 14 atau pada masa pemerintahan dinasti Yuan.

Bukti itu berupa teks pada batu nisan yang ditemukan di pekuburan Tionghoa di sekitar

pasar Sentral.

Meski berasal dari beragam etnis, daerah dan suku bangsa namun orang

Tionghoa yang ada di Makassar hanya digolongkan dalam dua golongan, Tionghoa

peranakan dan Tionghoa totok. Tionghoa totok datang belakangan sedang Tionghoa

peranakan sudah ada dari sejak sebelum abad 20. Ini dikarenakan pada masa sebelum

abad ke-20 hampir tidak ada wanita Tionghoa yang ikut berimigrasi sehingga para

lelakinya kemudian banyak yang memilih untuk menikah dengan wanita setempat.

Mereka kebanyakan adalah orang Hokkian.

Kaum peranakan ini membentuk masyarakat peranakan yang mantap, kemudian

membentuk kelompok tersendiri. Kelompok peranakan ini membentuk kebudayaan

sendiri yang merupakan gabungan antara kebudayaan Tionghoa dan kebudayaan

pribumi. Dalam banyak unsur kehidupan mereka sudah menyerupai orang Makassar

meski tetap bisa dibedakan dari penduduk setempat, seperti penggunaan bahasa Melayu-

Tionghoa atau bahasa Makassar yang digunakan sehari-hari.

Selama berabad-abad, keberadaan etnis Tionghoa sudah menghiasi sejarah kota

Makassar dan tentu tidak dapat dipisahkan setiap kita berbicara tentang kota ini karena

sesungguhnya jejak langkah kota ini adalah hasil asimilasi dari beragam budaya yang

saling menghormati, menghargai dan berjalan dengan harmonis selama ratusan tahun.

Page 26: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

18

Pada awal kedatangan etnis Tionghoa ke Makassar, tiada satu pun diantara

mereka yang memeluk agama Islam. Sekalipun datang tidak dengan membawa serta

harta kekayaan yang banyak, namun ternyata mereka dapat tegar bahkan mampu

mengatasi berbagai tantangan kehidupan di daerah baru. Keberhasilan mereka berakar

pada modal budaya (cultural capital) yang mereka anut secara turun temurun sejak lebih

lima ribu tahun lalu. Modal budaya tersebut mencakup seperangkat pikiran, gagasan,

ide, dan nilai-nilai abstrak (termasuk agama dan kepercayaan), serta kebiasaan-

kebiasaan leluhur mereka yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya

(Aminuddin Ram, 2009).

Kehadiran warga Tionghoa mendatangkan keberkahan tersendiri bagi warga

kota Makassar. Mereka mengajarkan cara pandang dan prilaku yang dapat

meningkatkan kualitas hidup masyarakat pada masa itu. Misalnya, mereka mengajarkan

bagaimana memasak makanan yang lezat, menghindari atau mengobati penyakit dengan

mudah dan murah, berekonomi secara efesien, berpolitik secara matang, berolahraga

secara berkesinambungan, berkesenian secara kreatif, membela diri secara tegar, dan

berketurunan secara produktif (Aminuddin Ram, 2009).

Akibat interaksi sosial yang sangat intens antara warga Tionghoa dan warga

Makassar, dinyatakan bahawa tidak sedikit orang Makassar disebut sebagai orang

‗Tionghoa‘ karena secara sadar atau tidak sadar mereka telah mengadopsi sebagian

budaya Tionghoa. Demikian pula sebaliknya, orang Tionghoa yang hidup di Makassar,

secara sadar ataupun tidak sadar, tentulah dipengaruhi oleh latar belakang dan nilai-nilai

budaya etnik Makassar dan sekitarnya. Pengaruh budaya etnik Makassar dan sekitarnya

atas orang Tionghoa dapat dilihat dalam tutur sapa, pola makan dan jenis makanan,

ekspresi kesenian, cara berpakaian dan ragam busana, apresiasi dan ketaatan terhadap

norma-norma serta nilai-nilai budaya etnik Makassar, dan aspek budaya daerah

Makassar lainnya. Dengan demikian, nilai-nilai inti (core values) budaya Makassar dan

agama yang dianut kebanyakan orang Makassar amatlah penting dalam kaitannya

dengan proses alih agama orang Tionghoa ke agama Islam (Aminuddin Ram, 2009).

Mengenal Sosok Goh Chee Kiong

Goh Chee Kiong adalah salah seorang tokoh Muslim Tionghoa di Makassar. Nenek

moyangnya berasal dari Hokkian, China. Goh dilahirkan pada 16hb Maret 1965 di

Ujungpandang Sulawesi Selatan. Goh telah mengenal Islam sejak belajar di Sekolah

Dasar (SD). Di Sekolah Dasar tersebut, Goh telah mendapatkan penjelasan tentang

Islam secara objektif dari guru sekolah. Goh juga mendalami ajaran dasar agama selain

Islam melalui kegiatan kebaktian yang dilaksanakan di rumah-rumah jirannya.

Ketertarikannya pada Islam berawal dari rasa bimbang akan banyaknya tuhan yang dia

pelajari dari berbagai agama. Rasa bimbng tersebut membawanya memilih Islam

sebagai agama barunya. Menurut Goh, konsep ketuhanan yang diajarkan dalam Islam

melalui kalimat tauhid ‗la ilaha illa Alla‘ adalah lebih mudah dicerna oleh akal fikiran

dan diyakini oleh hati nurani.

Setelah memeluk Islam, Goh Chee Kiong memiliki nama Islam iaitu Sulaman

Gosalam. Sampai saat ini, Goh bekerja sebagai pensyarah bidang ilmu mikrobiologi

Page 27: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

19

laut pada Fakulti Ilmu Kelautan dan Perikanan Universitas Hasanuddin Makassar. Goh

meraih gelar magister di Institut Teknologi Bandung (ITB). Selain sebagai pensyarah,

Goh juga sangat aktif melibatkan diri dalam kegiatan dakwah, samada dakwah di

kalangan saudara baru Islam maupun di kalangan umat Islam pada umumnya.

Goh Chee Kiong cukup aktif mendalami Islam di berbagai kesempatan. Di

samping belajar dari gurunya yang bernama Ustaz Jamain, beliau memperdalam

wawasan keislamannya dengan belajar sendiri secara autodidak. Di masa mudanya,

beliau bergabung dengan perhimpunan Generasi Muda Tionghoa Islam (GMTI)

Indonesia yang digagas oleh kawan-kawan seniornya. GMTI dibentuk untuk

menghimpun para pemuda Tionghoa Muslim di kota Makassar. Selain aktif di GMTI,

beliau juga menggagas dibentuknya Forum Studi Dienul Islam di sekolah menengah

tempat dia belajar. Beliau juga mendalami Islam melalui kegiatan training yang

dilaksanakan oleh Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (IMM). Pada tahun 1984, beliau

terpilih sebagai pengetua Dewan Pimpinan Daerah Persatuan Islam Tionghoa Indonesia

(PITI) Makassar. Menurut catatan PITI, saat ini warga Tionghoa yang menganut agama

Islam di Makassar tidak kurang dari 300 orang.

Gagasan Goh Chee Kiong Dalam Penanganan Muallaf

Goh Chee Kiong mengeluhkan penanganan muallaf pada masa awal beliau memeluk

Islam. Disamping dikucilkan dari lingkungan keluarganya, beliau harus lebih banyak

berusaha sendiri dalam memahami dan mendalami Islam karena sulitnya menemukann

wadah yang menampung kebutuhan mereka. Dampak yang paling krusial dari

kurangnya pembinaan terhadap kaum muallaf pada masanya adalah kembalinya

sejumlah rekan beliau yang telah memeluk Islam kepada agamanya semula.

Dari pegalaman sebagai muallaf, Goh Chee Kiong berusaha untuk membantu

meningkatkan pelayanan dan pembinaan terhadap muallaf, khususnya di kalangan kaum

Tionghoa. Bersama rekan-rekannya yang kebanyakan adalah warga Tionghoa, beliau

menggagas pembangunan Masjid Muhammad Cheng Hoo di atas tanah seluas 3000 m2.

Terkait dengan pembangunan masjid tersebut, Goh sendiri menjabat sebagai Ketua

Yayasan Haji Muhammad Cheng Hoo.

Gagasan membangun Masjid Cheng Hoo didasari atas kenyataan besarnya peran

masjid sebagai media pengislaman bagi orang-orang yang ingin masuk Islam. Masjid

memiliki daya tarik luar biasa untuk menjalin silaturrahim di kalangan umat Islam,

terutama di kalangan muallaf, samada yang berlatar belakang etnik Tionghoa ataupun

etnik lainnya. Bagi Goh, pembangunan Masjid Muhammad Cheng Hoo bukan sekedar

sebagai tempat pelaksanaan ritual shalat lima waktu secara berjamaah, namun lebih dari

itu Masjid Muhammad Cheng Hoo diharapkan menjadi perekat dan pusat kegiatan

Muslim Tionghoa Sulawesi Selatan dalam bidang keagamaan, pendidikan, dan

kebudayaan.

Dengan segala kemampuannya, Masjid Muhammad Cheng Hoo diharapkan

dapat memberikan bantuan pelayanan terhadap jamaahnya, khususnya pelayanan

terhadap kebutuhan kaum muallaf Tionghoa. Untuk itu, Goh beserta pengelola Yayasan

Page 28: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

20

Muhammad Cheng Hoo juga bermaksud akan membangun pondok pesantren di sekitar

masjid. Bagi mereka yang ingin menjadi santri di pondok pesantren tersebut akan

disediakan dormitory tempat mereka tinggal. Peran pondok pesantren tersebut sangat

strategis dalam menumbuhkan rasa persaudaraan yang mendalam di kalangan santri dan

guru. Selain sebagai tempat menimba ilmu, pembangunan pondok pesantren juga

dimaksudkan sebagai laboratory school yang akan melatih para santri mengamalkan

Islam secara benar.

Menurut Goh, pendirian pondok pesantren di sekitar Masjid Cheng Hoo

dimaksudkan untuk memberi peluang yang sebesar-besarnya kepada para muallah

khususnya di kalangan kaum Tionghoa untuk mendalami dan mempraktekkan Islam

secara benar. Pentingnya memberikan perhatian terhadap kaum muallaf dari kalangan

etnik Tinghoa kerana pada umumnya mereka dikucilkan oleh keluarganya setelah

memeluk Islam. Keadaan tersebut diperparah lagi oleh sikap tertutup sebahagian

diantara mereka kerana rasa malu dan rasa takut untuk bertanya. Pendirian pondok

pesantren diharapkan dapat membuka sekat antara mereka dengan masyarakat Muslim

pada umumnya, sehingga mereka dapat mendalami Islam dengan baik dan benar tanpa

merasa ada beban yang dipikul.

Goh juga menggagas pengajaran bahasa Mandarin di pondok pesantren agar para

muallaf dari kalangan Tionghoa lebih mudah berbaur dan dapat menghilangkan rasa

malu bahkan rasa takut untuk bertanya. Selain itu, pengajaran tersebut juga

dimaksudkan untuk membantu mereka yang tidak mengerti bahasa ibunya itu. Dengan

penguasaan bahasa Mandarin diharapkan dakwah di kalangan muallaf Tionghoa akan

berjalan dengan baik.

Sebagai salah seorang pemimpin Persatuan Islam Tionghoa Indonesia (PITI),

Goh menginginkan peran PITI yang lebih besar menyentuh berbagai persoalan yang

dihadapi warga Tionghoa di Makassar, khususnya kaum muallaf. Goh berharap PITI

yang didirikan di Jakarta 14hb April 1961 itu bukan hanya sekedar sebagai wadah untuk

berbagi rasa kaum muallaf tapi juga mencanangkan program kerja yang menyentuh

aspek yang paling mendasar dibutuhkan oleh kaum muallaf. Sebagai organisasi terbesar

yang dimiliki warga Tionghoa Muslim di Makassar, kaum muallaf berharap banyak

akan peran PITI dalam memberikan bimbingan terhadap mereka. Mereka bukan sahaja

memerlukan bimbingan untuk memeluk Islam yang berujung pada ucapan dua kalimat

syahadat, namun yang lebih penting lagi adalah bimbingan dan pengajaran untuk

menjadi Muslim yang baik dan benar sesuai tuntunan al-Qur‘an dan Sunnah.

Untuk membangun rasa persaudaraan di kalangan muallaf seluruh dunia, Goh

juga menawarkan agar dibangun jaringan internasional yang dapat menghubungkan

antar muallaf dari berbagai Negara. Jaringan tersebut dapat dijadikan media untuk

berbagi persoalan dan solusi dari sekian banyak masalah yang dihadapi masyarakat

dalam pengelolaan muallaf di berbagai penjuru dunia. Wa Allah a‘lam.

Page 29: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

21

Rujukan

http://www.websejarah.com/2012/01/sejarah-terbentukberdiri-kota-makassar.html

http://makassarnolkm.com/jejak-budaya-tionghoa-di-makassar/

Jahja, H. Junus. Zaman harapan Bagi Keturunan Tionghoa Muslim. Jakarta: Yayasan

Ukhuwah Islamiyyah, 1984.

Panduan Kongres Bahasa-bahasa Daerah Sulawesi Selatan I Tahun 2007, Hotel Clarion

22-25 Juli 2007, Makassar.

Ram, Aminuddin. Alih Agama di Kalangan Etnik Tionghoa: Studi Kasus Muallaf

Tionghoa di Makassar. Makassar: Program Pascasarjana Universitas

Hasanuddin, 2009.

Tim Hidayah. Setetes Hidayah, Pergulatan Iman Para Muallaf Menemukan Islam.

Cibubur: PT Variapop Group, 2010.

Wawancara dengan Goh Chee Kiong di Lokasi Pembangunan Masjid Muhammad

Cheng Hoo, 19hb Julai 2012 di Makassar.

Page 30: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

22

Page 31: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

23

Dahulu Mualaf Kini Murtad

Faizal Arif Tajul Ariffin

Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya

Peguam Syarie

Pendahuluan

Isu akidah di kalangan umat Islam umumnya dan golongan mualaf, dalam konteks dan

isu seminar pada hari ini, pada hakikatnya adalah isu yang amat mencengkam dan

membimbangkan. Tidak cukup dengan isu kelonggaran akidah melibatkan bangsa

melayu yang diiktiraf secara perlembangan beragama Islam, kini umat Islam dicabar lagi

dengan berleluasanya keguguran akidah di kalangan umat yang baru menikmati

keindahan Islam ini. Tulisan ini tidak berhasrat untuk menafikan sumbangan hebat

sebilangan besar warga mualaf yang hadir indah memberikan kekuatan dan impak yang

begitu besar kepada umat, malah membantu memberikan makna yang sangat besar

kepada institusi-institusi dakwah, persis Islamnya Saidina Umar al-Khattab menyuntik

nadi dan jiwa kepada gerak kerja perjuangan dakwah Islami Rasulullah SAW. Fokus

kertas ini adalah dalam mendalami dan mempersoalkan keikhlasan dan nawaitu

sebahagian kecil golongan mualaf yang secara tiba-tiba ingin memutuskan tali Allah

yang baru tersemat. Dari segi nombor, gejala ini kelihatan kecil, namun dari segi kesan

dan impak, ia telah mengundang fitnah yang amat besar. Apakah punca dan bagaimana

ia berlaku? Apakah langkah-langkah terbaik bagi menangani isu ini? Bagaimana

mengubah krisis ini menjadi medan dakwah dan markas tarbiah yang akan kembali

membantu Islam dan umatnya di bumi Malaysia ini?

Senario Semasa Di Malaysia

Berdasarkan statistik berakhir 2011 menurut sumber Jabatan Perdana Menteri,

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam

dari tahun 2000 hingga 2010, pecahan negeri sebagaimana berikut :

Bil Negeri Permohonan Lulus

1 Sabah 238 67

2 Negeri Sembilan 172 33

3 Selangor 99 -

4 W. Persekutuan 56 10

5 Perak 47 12

6 Penang 36 1

7 Melaka 12 3

8 Pahang 8 7

9 Johor 8 -

10 Kedah 5 1

11 Perlis 3 1

12 Sarawak 1 -

13 Terengganu 1 -

14 Kelantan -

JUMLAH 863 135

Page 32: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

24

Pulau Pinang : Bagaimana Ia Bermula?

Krisis ini bermula pada tahun 08-05-2008 menerusi kes Fatimah Tan vs Majlis Agama

Islam Negeri Pulau Pinang2. Plaintif Siti Fatimah Tan Abdullah yang nama asalnya

Tan Ean Hung pada asalnya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran Buddha. Pada

25-07-1998 telah memeluk Islam dan didaftarkan dengan nama Siti Fatimah Tan

Abdullah. Pada 04-08-1999 beliau telah berkahwin dengan Ferdoun Aslanian seorang

warganegara Iran. Selepas 4 bulan berkahwin, suami telah menghilangkan diri.

Mengikut keterangan Plaintif, beliau tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak pernah

diajar atau dibawa mempelajari Agama Islam oleh suami. Pada masa yang sama beliau

beramal dengan ajaran Buddha dan menyembah berhala Tokong Tok Pek Kong, Kuang

Yim Neodan Ti Kong, pada setiap hari walaupun semasa menjadi suami isteri bagi

pasangan tersebut. Beliau juga tidak faham Islam dan tidak tidak yakin tentang ajaran

Islam itu bahkan tujuannya hanya untuk berkahwin semasa memeluk Islam.

Atas premis bahawa keadaan Plaintif dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

amat jelas Plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak dari mula memeluk Islam lagi,

Mahkamah membenarkan permohonan beliau untuk diisytiharkan bahawa beliau bukan

lagi beragama Islam, selaras dengan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama

Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Kes yang sama telah dirayu di Mahkamah Rayuan Syariah, namun keputusan

Mahkamah Tinggi Syariah dikekalkan dan permohonan Pemohon dibenarkan. Bertitik

tolak dari situ, bermulalah lambakan tindakan/kes yang telah dibuat untuk menukar

status agama di negeri ini. Sehingga hari ini, permohonan yang telah difailkan di

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang adalah seperti yang berikut

A. Kategori

Bil Kategori Jumlah Peratus

1 Mualaf 12 70.5

2 Lahir sebagai Islam Tetapi

Dibesarkan Bukan Secara Islam

5 29.5

JUMLAH 17 100

B. Pecahan Agama Asal

Bil Kategori Jumlah Peratus

1 Kristian 4 33.3

2 Buddha 7 58.3

3 Hindu 1 8.3

JUMLAH 12 100

2 Kes Mal No. 07100-043-0191-2006

Page 33: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

25

C. Jantina

Bil Kategori Jumlah Peratus

1 Lelaki 7 41.2

2 Perempuan 10 58.8

JUMLAH 17 100

Difahamkan masih banyak lagi tindakan/kes Mahkamah yang lainnya yang masih

sedang berjalan dan yang akan menyusul. Selain daripada itu, banyak lagi kes-kes lain

yang tidak menggunakan saluran Mahkamah yang sedang dikendalikan oleh Jabatan

Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

PERUNTUKAN, PENAFSIRAN DAN PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

jelas memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau

Pinang untuk membuat pengisytiharan bahawa seseorang itu bukanlah orang Islam.

Seksyen tersebut memperuntukkan sebagaimana berikut :

―Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidang kuasa malnya,

mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua

pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan

dan prosiding itu adalah berhubungan dengan perisytiharan bahawa

seseorang itu bukan lagi orang Islam‖

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dalam mencabar

permohonan ini, telah membangkitkan beberapa isu, antara lain :

a) Tiada mana-mana peruntukan undang-undang untuk mahkamah mendengar dan

mengendalikan permohonan Pemohon dan pemakaian Hukum Syarak

Adalah hujah Responden bahawa tiada apa-apa peruntukan khusus dalam Hukum

Syarak mahupun Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

mahupun Enakmen Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau

Pinang) 2004 untuk seseorang yang telah memeluk Islam untuk keluar dari Islam

kecuali Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004. Oleh yang demikian, Seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah

Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperuntukkan sebagaimana berikut :

1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini

yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat yang ia

tak konsisten itu

2) Jika terdapat lacuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan

dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum

Syarak

Page 34: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

26

Oleh yang demikian, Mahkamah harus merujuk kepada hukum Syarak bagi

perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini, dengan mengambil

kira pandangan syarak terhadap usaha dan proses taubat. Secara umumnya, setiap

pesalah murtad perlu diberi ruang supaya bertaubat. Ini menjadi pegangan mazhab

al-Hanafiyyah, al-Zahiriyyah, dan al-Syafi‘iyyah serta al-Hanabilah dalam satu

pendapat. Bahkan al-Hanafiyyah berkata ―Apabila si murtad memohon penangguhan

hukuman maka hendaklah diterima permohonannya itu,‖ Manakala di sisi mazhab

al-Maliki wajib diberi tempoh untuk bertaubat, dalam tempoh masa yang

diperselisihkan oleh para fuqaha.

Adalah juga merupakan hujah MAINPP bahawa pihak Mahkamah harus mengambil

kira pewartaan Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan isu ini. Seksyen 49

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperuntukkan

bahawa :

1. Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-

tiap orang Islam yang berada di negeri Pulau Pinang sebagai ajaran

agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam

untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia

dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam

perkara-perkara amalan

2. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam

Negeri Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya

Menerusi Perkara 4 Fatwa yang diwartakan pada 13-08-2009, adalah diperuntukkan

bahawa:

―Walau bagaimanapun, penentuan murtad hendaklah diputuskan oleh

Mahkamah Syariah melalui perintah bertaubat. Mahkamah Syariah perlu

menetapkan tempoh kepada mereka yang murtad. Tempoh masa taubat

adalah seperti berikut :

a. Mazhab Syafie menyatakan dua pendapat, iaitu bertaubat-

i. Dalam tempoh tiga hari selepas murtad; dan

ii. Dengan kadar segera

b. Pendapat Saidina Ali ra menetapkan tempoh sebulan selepas murtad

c. Tiga kali amaran supaya bertaubat dalam satu keadaan/majlis

d. Tiga kali amaran supaya bertaubat pada tiga kali Jumaat (setiap Jumaat

sekali);

e. Disuruh bertaubat sepanjang masa dan dipenjarakan sehingga dia

bertaubat atau mati

Dalam Perkara Ex P Muhamad Ramzan Maniarason [2007] 1 CLJ (Sya) 352,

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang, telah berpandangan

sebagaimana berikut :

―Dalam keadaan begini pihak yang berwajib seperti Pejabat Agama Islam

Daerah, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam dan Badan-Badan NGO

seperti PERKIM dan lain-lain Badan Dakwah patut tampil memberikan

kerjasama dalam menyelamatkan akidah orang mualaf seperti ini.‖

Page 35: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

27

Isu ini juga pada hakikatnya amat relevan dan berkait rapat dengan isu “sama

ada telah wujud perbuatan murtad tersebut”. Bidangkuasa yang diberikan kepada

Mahkamah Syariah hanya dalam ―mengisytihar‖. Isytihar dari segi bahasa membawa

maksud pemakluman terhadap status. Persoalan yang perlu dihuraikan di sini ialah

sekiranya seseorang itu ingin mendapat pengisytiharan daripada Mahkamah, apakah

yang perlu dilakukan dan/atau dibuktikan untuk Mahkamah membenarkan

permohonan tersebut? Dan daripada mana bukti tersebut diperolehi yang boleh

menguatkan permohonan pengisytiharan? Ringkasnya, pengisytiharan murtad hanya

boleh dibuat sekiranya pihak berkuasa agama negeri telah memberi akuan dan

berpuas hati dengan status agama Pemohon yang tersebut DAN setelah mengambil

kira proses taubat, yang sebenarnya merupakan perintah mandatory dalam Syarak

bagi kes-kes murtad, telah selesai disempurnakan ke atas Pemohon oleh pihak

berkuasa agama negeri berkenaan.

Oleh yang demikian, MAINPP berhujah bahawa demi memberi keadilan dan

peluang kepada Pemohon, sebelum Mahkamah sebelum membuat sebarang

keputusan dan/atau perintah dan/atau pengisytiharan sebagaimana yang dipohon

Pemohon, seharusnya merujuk Pemohon untuk mendapatkan khidmat nasihat,

termasuk namun tidak terhad kepada kaunseling dan/atau rundingcara dan/atau

Istitabah, daripada pihak-pihak berwajib agama Islam negeri Pulau Pinang termasuk

Responden.

b) Tuntutan Pemohon adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah bagi

mencapai satu objektif yang bertentangan dengan Hukum Syara’ dan Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Murtad adalah merupakan satu kes jenayah di sisi Islam sepertimana yang telah

ditentukan oleh Fuqaha dan tidak sepatutnya sama sekali dikategorikan sebagai kes

Mal seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Pada masa yang sama, kes yang difailkan oleh Pemohon adalah membabitkan

permohonan untuk keluar dari Islam yang dibuat di bawah Seksyen 61 (3) (b) (x)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Pemohon

adalah dari kalangan orang-orang yang masuk Islam ataupun muallaf. Sedangkan

Seksyen 113 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)

2004 telahpun menyatakan bahawa seseorang yang telah memeluk agama Islam

DAN telah didaftarkan di dalam Daftar Mualaf hendaklah selama-lamanya

diperakukan sebagai orang Islam. Selain daripada itu, Pemohon memohon untuk

diisytiharkan sebagai bukan lagi seorang Islam sedangkan beliau sendiri mengakui

dalam Notis Permohonan beliau bahawa beliau telah memeluk agama Islam

mengikut Hukum Syara‘dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang

iaitu di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Apabila Pemohon yang tanpa apa-apa keraguan adalah seorang Islam, memohon

untuk diisytiharkan sebagai bukan lagi seorang Islam di Mahkamah Tinggi Syariah

Page 36: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

28

Pulau Pinang, beliau sebenarnya telah menyalahgunakan proses Mahkamah Yang

Mulia bagi mencapai satu objektif yang bertentangan dengan Hukum Syara‘ dan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

c) Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Tidak Mempunyai Bidangkuasa Untuk

Mendengar Tuntutan dalam Tindakan ini.

Adalah menjadi hujah MAINPP bahawa bagi menentukan bidangkuasa

Mahkamah Syariah, perlu ditentukan dari sumber manakah bidangkuasa Mahkamah

Syariah diperolehi. Salah satu isu dalam pertikaian sumber bidangkuasa Mahkamah

adalah dalam kedudukan Butiran 1 Senarai 2. Persoalannya adalah samada Butiran

1 Senarai 2 memberikan bidangkuasa secara langsung kepada Mahkamah Syariah

dalam keadaan majlis perundangan negeri tidak memasukkan perkara tersebut secara

nyata dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam undang-undang negeri.

Dalam kes Lim Chan Seng lwn Pengarah Jabatan Agama Islam & Satu Yang

Lain (1996) 3 CLJ 231, Yang Arif Hakim menegaskan bahawa bidangkuasa tidak

boleh diperoleh melalui implikasi. Di dalam kes ini, kedua-dua Plaintif dalam kes

yang berlainan memohon satu perisytiharan bahawa penolakan agama Islam yang

dibuat oleh mereka melalui surat ikatan pol (deed poll) adalah mengikut undang-

undang dan sah. Abdul Hamid Mohamed H (pada masa itu menyatakan):

―Hakikat bahawa sesuatu perkara itu, misalnya perkahwinan dan perceraian,

disebut dalam Senarai II tidak terus bererti bahawa Mahkamah Syariah mempunyai

bidangkuasa mengenainya. Badan Perundangan Negeri kenalah terlebih dahulu

membuat undang-undang memberi kuasa tentang perkara itu kepada Mahkamah

Syariah.‖

Oleh kerana tiada peruntukan yang nyata dalam Enakmen Pentadbiran Hal

Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Yang Arif Hakim telah memutuskan

bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa dalam perkara penentuan keIslaman.

Punca Dan Di Mana Ia Bermula?

Kesemua permohonan untuk diisytiharkan keluar daripada Islam melibatkan

mualaf yang memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan pasangan Islam, secara

segera tanpa mendalami hatta perkara asas dalam Islam. Lebih malang lagi pada masa

yang sama, pasangan Muslim yang mengahwini mereka juga adalah merupakan ―Islam

pada nama‖ yang jahil tentang Islam, mengamalkan budaya mungkar dan haram dalam

Islam, termasuk berkekedudukan dengan pasangan mualaf beberapa ketika terlebih

dahulu, dan langsung tidak berada di kedudukan yang sejahtera untuk mendidik

pasangan mualaf yang bakal dikahwini. Dalam situasi ini, mereka serta merta dipulau

dan dibuang oleh keluarga asal bukan Islam, sebatang kara dan hanya mempunyai

pasangan Muslim untuk bergantung. Malangnya, didapati perkongsian hidup tidak

sesuai atau pasangan Muslim mereka ―hilang tanpa berita‖ dan meninggalkan mereka

begitu sahaja ibarat ―gantung tidak bertali‖. Untuk membolehkan mereka kembali

Page 37: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

29

kepada keluarga asal bukan Islam mereka dan meneruskan kehidupan, mereka ingin

kembali kepada agama asal mereka. Tiada tempat untuk mereka tuju kecuali Mahkamah

Syariah untuk memutuskan bahawa mereka bukan lagi Islam.

Langkah Pemulihan Reaktif: Aplikasi Dan Pemakaian Undang-Undang

Hakikat yang tidak dapat dinafikan di sini adalah Mahkamah Tinggi Syariah

haruslah membuat satu keputusan berkaitan Murtad apabila satu tindakan/kes yang

berkaitan dengannya difailkan di Mahkamah. Walau bagaimana pun, apa yang lebih

malang ialah dengan jelasnya juga bahawa tiada diPERUNTUKKAN satu proses atau

prosedur khusus, sistematik, berstruktur dan menyeluruh untuk dilaksanakan semasa dan

selepas mendengar, membicarakan dan memutuskan kes untuk Murtad dalam Seksyen

61 tersebut.

Yang Arif Hakim dalam kes Fatimah Tan vs Majlis Agama Islam Negeri Pulau

Pinang, sewaktu memberi perintah, telah berpandangan sebagaimana berikut:

“Apa yang dikesalkan ialah Defendan (Majlis Agama Islam Negeri Pulau

Pinang) tidak prihatin dalam menjalankan amanah yang diberikan bagi

menjaga masalah orang Islam yang diletakkan ke Majlis iaitu badan yang

diberi amanah tersebut.

Dalam Seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004

menyatakan : -

―maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong,

membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam

di dalam Negeri Pulau Pinang selaras dengan Hukum Syarak.‖

“… apa yang patut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam ialah

mengujudkan tatacara yang mengawal dan menyelia mereka yang

menganut Islam untuk keluar Islam. Inilah yang patut dijelaskan dan

diambil tindakan dan juga menyediakan tempat yang sesuai untuk

mempelajari Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam sesuai dengan

keadaan dan suasana mereka yang masih baru serta berjinak-jinak dengan

agama Islam serta menjamin bahawa Islam dianuti itu difahami dan

dilaksanakan oleh individu yang ingin melihat Islam itu diamalkan. Jika

tiada tindakan atau kaedah yang patut bagi mengawal selia mereka tidak

mustahil hal yang sama akan berulang dan mungkin lebih ramai yang akan

datang ke mahkamah Syariah untuk menuntut hak mereka bagi mendapat

perisytiharan mereka bukan lagi Islam..”

Senario ini menyebabkan program istitabah bagi pelaku-pelaku murtad di negeri ini

sukar dikawal, dibendung dan diselia dengan baik dan tersusun. Ini membawa kepada

kemungkinan Mahkamah Syariah ―terpaksa‖ membuat keputusan membenarkan mana-

mana tindakan/kes murtad kerana ketiadaan jalan lain ke arah proses taubat yang

tersusun yang sememangnya dijanjikan dan diperuntukkkan oleh Hukum Syarak.

Page 38: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

30

Pada masa yang sama, Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004 memperuntukkan bahawa :

1. Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-

tiap orang Islam yang berada di negeri Pulau Pinang sebagai ajaran

agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk

mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan

oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara

amalan.

2. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri

Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, selaras dengan peruntukan ini, telah mengambil

langkah yang amat positif ke arah ini apabila telah meluluskan Fatwa yang telah

diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Fatwa bertarikh 13-08-

20093. Fatwa ini selanjutnya telah diperkemaskan dan diperincikan dan seterusnya

diwartakan pada 14-02-20134 dengan menyediakan suatu peruntukan yang jelas tentang

mekanisma tatacara dan prosedur yang lengkap dan teratur untuk digunapakai dengan

mengambil keseluruhan modul dan proses sebelum dan semasa pengistiharan murtad

dan istitabah. Secara tidak langsung proses sebelum dan semasa istitabah ini akan

memberi ruang malah diharapkan mampu memulihkan para pelaku murtad untuk lebih

memahami dan mendalami akidah Islam agar menjadi Muslim yang lebih kental

pemahaman dan komited terhadap Islam.

Berdasarkan fatwa tersebut, Mahkamah Tinggi Syariah, dalam mendengar

permohonan oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam (Pemohon),

hendaklah terlebih dahulu memerintahkan Pemohon untuk menjalani program

pemurnian akidah. Tempoh pemurnian akidah sekurang-kurangnya sebanyak 12 kali

Majlis

Jika Pemohon, setelah menjalani program pemurnian akidah, telah bertaubat

mengikut Hukum Syarak, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah membatalkan

permohonan murtad orang itu. Namun jika Pemohon gagal untuk bertaubat, Mahkamah

Tinggi Syariah hendaklah menangguhkan pendengaran permohonan orang itu dan pada

masa yang sama memerintahkan Pemohon supaya menjalani program pemurnian akidah

yang selanjutnya, tertakluk kepada bilangan Majlis yang difikirkan sesuai oleh

Mahkamah Tinggi Syariah.

Sekiranya Pemohon telah menjalani program pemurnian akidah lanjutan namun

gagal untuk bertaubat setelah habis tempoh yang diperintahkan, Mahkamah Tinggi

Syariah boleh membuat keputusan untuk memerintahkan bahawa orang itu

meninggalkan Agama Islam (Perintah Interim).

3 Fatwa Jilid 53, No: 17 bertarikh 13hb Ogos 2009. 4 Warta Kerajaan Jilid 57, No. 4, bertarikh 14-02-2013 (No. 87 Mengenai Perintah Istitabah)

Page 39: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

31

Mana-mana orang yang telah diputuskan oleh oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah

meninggalkan Agama Islam dan telah menjalani Istitabah, namun gagal untuk bertaubat,

Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahawa

orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya (Perintah Muktamad).

Fatwa ini insya Allah diharapkan mampu memberi ruang dan perspektif yang jelas

terhadap keseluruhan proses Istitabah yang harus dijalani oleh mana-mana orang yang

ingin murtad. Pihak berwajib seharusnya benar-benar pasti bahawa Istitabah yang

selaras dengan Syarak telahpun berjalan dengan sempurna dan lengkap dan benar-benar

pasti bahawa tiada langsung ruang untuk menyatakan kepada orang yang ingin murtad

tersebut bahawa kefahamannya tentang Islam masih cetek, ada unsur paksaan, tekanan

ekonomi, dan sebagainya , sebelum memberikan perisytiharan bahawa beliau telah

Murtad.

Langkah Pemulihan Pro-Aktif: Pemantapan Program Mualaf

Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman

syariah di Malaysia dalam membuat keputusan pada 16-03-2009, dalam kes rayuan Siti

Fatimah Tan Abdullah5, telah membuat satu penelitian terhadap Seksyen 107(1)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang memperuntukkan

sebagaimana berikut :

Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan

sah agama Islam oleh seseorang—

(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam

bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu

mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna ―Aku menjadi saksi

bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi saksi bahawa

Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah‖; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu

sendiri.

Mengulas panjang lebar tentang kehendak Hukum Syarak dalam mematuhi

proses keislaman sesorang, Panel Rayuan Syariah berpandangan bahawa dua kalimah

syahadah tanpa memenuhi syarat-syarat tersebut, disifatkan sebagai bukan atau belum

sempurna lagi sebagai pemelukan sah sebagaimana kehendak Seksyen 107(1) tersebut.

Menafikan kehendak seksyen 108 sebagaimana berikut :

Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam

sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan

syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 107 adalah dipenuhi; dan

orang itu selepas itu disebut mualaf.

Mahkamah Rayuan Syariah berpandangan bahawa status seorang mualaf sebagai

orang Islam (Muslim) maka masih belum sempurna dan jika tidak terus

menyempurnakannya, maka seseorang itu tidak diterima menjadi muslim malah kembali

5 Kes Rayuan Mal Bil : 07000-043-0003-2008

Page 40: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

32

kepada status asalnya sebagai seorang yang bukan Islam pada kepercayaan asalnya

melainkan dia mengucap syahadah semula dengan memenuhi kehendak Hukum Syarak .

Apa yang menjadi pertimbangan Mahkamah Rayuan Syariah dalam memutuskan isu ini

ialah adakah Pemohon sebenarnya telah menjalani kaedah-kaedah pemelukan Islam

yang sempurna berdasarkan kehendak peruntukan di atas? Lebih menarik lagi, kaedah-

kaedah tersebut sebenarnya telah diperuntukkan secara jelas dalam Enakmen

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 (Kaedah Cara

Pendaftaran Jagaan dan Pengajaran Orang Masuk Islam (Negeri Pulau Pinang) 1999)

ringkasnya sebagaimana berikut :

a) Pendaftar Masuk Islam (―Pendaftar‖) hendaklah memberi penerangan ringkas

mengenai perkara berikut:

i. Pengertian Dua Kalimah Syahadah;

ii. Konsep Iman dan Islam;

iii. Kesyumulan Islam

b) Sijil Masuk Islam Sementara dikeluarkan oleh Pendaftar

c) Mualaf dikehendaki menghadiri Bengkel Bimbingan Asas Fardu Ain selama tiga (3)

hari DAN Kelas Fardu Ain bagi tempoh dua (2) minggu

d) Mualaf ditemuduga semula bagi mengenalpasti tahap kefahaman Islam dalam

perkara-perkara asas akidah dan syariah;

e) Apabila lulus temuduga, Mualaf akan diisukan Sijil Masuk Islam

Kaedah-kaedah di atas sebenarnya sudah memadai untuk memastikan bahawa

mualaf benar-benar memahami dan bersedia untuk mengamalkan Islam sebelum

berkahwin. Apa yang menjadi persoalan adakah peruntukan-peruntukan di atas

dikuatkuasakan DAN kaedah-kaedah tersebut turut melibatkan pasangan mualaf tersebut

yang diharapkan untuk membimbing mualaf tersebut?

Kesimpulan

Kehadiran mualaf hakikatnya adalah merupakan satu rahmat besar terhadap

perkembangan Islam dan umat. Ianya seharusnya menjadi nilai tambah bukan sahaja

terhadap kuantiti umat namun dari segi kualiti. Apa yang harus ditekankan dan diberi

perhatian ialah kadar perhatian, bimbingan, sokongan social dan kasih sayang dari pihak

berkuasa agama Islam negeri khususnya dan masyarakat Islam umumnya agar mereka

akan terus kekal di jalan kebenaran ini. Pada masa yang sama, dalam menangani kes

mualaf yang ingin kembali kepada agama asal, respon semua pihak yang konstruktif dan

segera adalah amat perlu untuk memastikan bahawa kefahaman mualaf yang terlibat

dijitu dan disejahterakan agar akidah mereka yang berkenaan boleh diselamatkan. Pihak

berwajib seharusnya benar-benar pasti bahawa Istitabah yang selaras dengan Syarak

telahpun berjalan dengan sempurna dan lengkap dan benar-benar pasti bahawa tiada

langsung ruang untuk menyatakan kepada orang yang ingin murtad tersebut bahawa

Page 41: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

33

kefahamannya tentang Islam masih cetek, ada unsur paksaan, tekanan ekonomi, dan

sebagainya , sebelum memberikan perisytiharan bahawa beliau telah Murtad.

Page 42: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

34

Page 43: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

35

Signifikasi Kefahaman Dan Penghayatan Islam Dalam Konteks

Dakwah Orang Asli Selangor6

Abdul Ghafar Don,

Badlihisham Mohd.Nasir,

Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat,

Faisal Asha‘ari

Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam

Abstrak

Perkembangan dan kemajuan dakwah Islamiah berkait rapat dengan kefahaman dan

penghayatan Islam dalam kalangan penganutnya. Kajian ini cuba melihat tentang

kepentingan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan saudara baru Orang Asli

dalam konteks perkembangan dan kemajuan dakwah Orang Asli khususnya di negeri

Selangor. Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis yang turun ke lapangan

di pelbagai lokasi di Malaysia termasuklah di Selangor bagi tujuan sama ada

menjalankan penyelidikan ataupun membawa dan menyelia pelajar Jabatan Pengajian

Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

yang mengikuti Latihan Amali Dakwah (LAD).

Pendahuluan

Mengikut data Jabatan Kemajuan Orang Asli 2004 (JAKOA ), jumlah penduduk Asli di

Selangor berjumlah 14,121 orang. Data JAKOA juga menunjukkan dari segi pola

beragama Orang Asli Selangor boleh dibahagikan kepada – Animisme 70%, Islam 15%,

lain-lain agama iaitu Kristian, Hindu, Budhha 15% (Jabatan Kemajuan Orang Asli

Malaysia). Berdasarkan data ini, tugas dakwah masih jauh dan prospek untuk berdakwah

kepada Orang Asli mempunyai masa hadapan yang cerah. Ia bergantung kepada usaha,

strategi dan pendekatan yang strategik bagi menarik komuniti Asli kepada Islam.

Kefahaman dan Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli

Kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan Orang Asli masih di tahap minima.

Secara umumnya, masyarakat Asli Islam mengetahui keperluan dan kepentingan ibadat.

Namun demikian, berdasarkan pengalaman penulis, dari aspek pengayatan, orang Asli

menghadapi masalah dalam melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan puasa.

Terdapat kajian khusus dilakukan saudari Aisyah Jami‘an (2013) berkiatan peningkatan

kualiti hidup saudara baru Orang Asli dengan kajian kes di Gombak. Kajian beliau

6 Kertas dibentang dalam Seminar Antarabngsa Pembanguan Muaallaf, 7-8 September

2013, di KUIS, anjuran Majlis Agama Islam Selangor, HADHARI & PERIBUMI UKM

dan KUIS

Page 44: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

36

antara lain menilai tahap peningkatan kualiti hidup saudara baru Orang Asli dari sudut

penghayatan agama Orang Asli berada pada tahap sederhana. Ini diandaikan bahawa

masyarakat Asli Gombak adalah antara komuniti yang maju. Oleh itu, dapat diandaikan

juga, mereka yang berada di kawasan mungkin tahap kefahaman dan penghayatan

mereka berada pada tahap rendah. Ramli Awang (2003:15) berpandangan bahawa di

antara faktor mengapa sesoarang itu tidak dapat meningkatkan kualiti hidup dan

mengimplementasikan ajaran agama dalam kehidupan ialah kerana mereka masih lagi

terikat dengan kepercayaan lama. Ini termasuklah komuniti Asli.

Kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan Saudara Baru Orang Asli

adalah penting dalam konteks dakwah Orang Asli. Ini kerana saudara baru/Orang

Asli yang telah memeluk Islam dianggap model kepada komuniti Asli Islam dan

juga bukan Islam. Tedapat kes di mana Orang Asli yang bukan Islam apabila

diajak memeluk Islam, mereka menolak dengan memberi alasan bahawa Orang

Asli yang telah Islam pun tidak memahami dan menghayati Islam. Misalnya kes

yang berlaku di perkampungan Orang Asli Mikang, Muadzam, Pahang Darul

Makmur di mana Orang Asli Non-Muslim menyatakan bahawa keengganan

beliau memeluk Islam adalah kerana Orang Asli Islam tidak mengenal al-Qur‘an

walaupun huruf ‗alif‘. Masyarakat Asli Islam yang tidak memahami dan

menghayati Islam dengan baik menjadi liability kepada dakwah.

Di negeri Selangor, tugas memberi kefahaman dan memastikan penghayatan atau

amalan agama dalam kalangan Orang Asli berada pada tahap terbaik menjadi

tanggungjawab pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) secara khusus. Ini selaras

dengan Misi MAIS menyebarkan dakwah secara hikmah, membentuk saudara baru dan

mesra pesakit di hospital. Justeru, Orang Asli adalah termasuk dalam tanggunjawab

dakwah MAIS (Aisyah Jami‘an 2013:142).

Masalah berkaitan kefahaman dan penghayatan Islam saudara baru Orang Asli ini

antara lain disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Sikap Orang Asli sendiri yang tidak berminat untuk belajar fardu ain dan al-

Qur‘an. Sikap seperti ini telah menyebabkan mereka kekal tidak memahami

asas-asas Islam seterusnya tidak dapat mengamalkan cara hidup Islam dalam

kehidupan. Islam mereka hanyalah sekadar ‗nama‘ dan juga ‗memberi‘ dan

‗menjawab salam‘.

2) Masalah guru agama – Masalah guru agama ini berpunca sama ada tidak ada

guru agama atau guru agama yang tidak komited untuk membimbing komuniti

Asli. Hal ini berklaitan dengan kekurangan tenaga pengajar yang dialami oleh

Jabatan Agama Islam mahupun Jabatan Kemaj uan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam sesetengah kes misalnya, seorang Penggerak Masyarakat Orang Asli

JAKIM (PMOA JAKIM) bertanggungjawab terhadap 2 atau 3 buah

perkampungan Orang Asli. Ini menjadikan usaha pengajaran/pengajian agama

tidak efektif.

Page 45: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

37

3) Tidak ada korikulum/modul/bahan bimbingan atau pengajaran yang khusus

dalam membimbing saudara baru Orang Asli memahami Islam.

Guru/pembimbing mengajar mengikut budi bicara dan kepandaian masing-

masing.

4) Sibuk dengan kerja harian- Masyarakat Asli umumnya hidup di bawah

kemiskinan. Lebih 90% daripada mereka dikategorikan sebagai miskin tegar.

Justeru, masa untuk mereka mengikuti pengajian adalah terhad.

5) Tahap pendidikan yang rendah juga menyebabkan sukar bagi mereka memahami

apa yang diajarkan. Lantaran turut mempengaruhi penghayatan agama.

6) Tidak ada model atau pemimpin agama dalam kalangan Orang Asli yang boleh

membimbing komuniti Asli kearah memahami dan menghayati Islam.

Masalah ini akan dapat diminimakan sekiranya beberapa perkara berikut diberi perhatian

dan diambil tindakan secara sewajarnya:

1) Mencari jalan atau memberi motivasi kearah menarik minat komuniti Asli untuk

belajar asas-asas Islam dan al-Qur‘an. Menurut kajian Mariam Abdul Majid

(2011:152), usaha menarik minat Orang Asli melalui perancangan pelbagai

aktiviti yang relevan dengan mereka adalah antara cabaran dalam konteks

dakwah saudara baru Orang Asli.

2) Merangka pelan tindakan mengatasi masalah guru agama/pembimbing Orang

Asli. Jabatan Agama Islam (dalam kes ini Selangor) misalnya boleh melantik

sukarelawan dakwah dalam kalangan orang awam yang ada asas-asas agama dan

berminat dengan memberikan insentif yang boleh mendorong mereka melakukan

tugas dakwah membimbing saudara baru Orang Asli. Sukarelawan ini

boleh/perlu diberi latihan perkaderan dakwah dari semasa ke semasa.

3) Membina modul atau silibus yang sesuai dengan tahap pemikiran dan realiti

kehidupan komuniti Asli.

4) Pihak berwajib/bertanggungjawab boleh mengambil inisiatif mewujudkan

program pembangunan sosio-ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup

komuniti Asli. Ini mungkin boleh mempengaruhi mereka untuk lebih mempunyai

masa bagi mengikuti pengajian agama.

5) Guru-guru sekolah boleh berperanan dalam memberikan kefahaman dan

penghayatan Islam serta menjadi model kepada Orang Asli. Ini kerana guru

sekolah adalah antara orang yang paling hamper, dipercayai dan dihormati Orang

Asli.

Page 46: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

38

6) Orang Asli yang berpotensi boleh dilatih untuk menjadi pemimpin agama dalam

kalangan komuniti mereka. Ini akan lebih memudahkan Oran g Asli memahami

Islam melalui penggunaan bahasa yang sesuai dengan mereka.

Kesimpulan

Usaha-usaha yang berterusan, pendekatan yang strategik dan sistematik perlu

diambil dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam saudara

baru Orang Asli dengan mengoptimumkan segala sumber dan potensi yang juga

menggemblengkan kemahiran, tenaga dan kepakaran pelbagai pihak. Dakwah

berpotensi untuk berkembang lebih baik sekiranya terdapat dalam kalangan

Orang Asli Islam yang memahami Islam dengan baik dan mengamalkan cara

hidup Islam yang sebenar. Model yang ada pada golongan Asli seperti akan

menjadi faktor penarik komuniti Asli yang tidak Islam untuk menilai Islam dari

aspek yang positif dan dengan itu diharap mereka akan memilih Islam sebagai

cara hidup.

Rujukan

Aisyah Jami‘an. 2013. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Data Jumlah Penduduk Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli 2004.

Majlis Agama Islam Selangor

Mariam Abdul Majid. 2011. Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Ramli Awang. 2003. Sejarah Tuhan. Kuala Lumpur: PTS Publications &

Distributors.

Page 47: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

39

Faktor Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang Asli di Gombak

Selangor

Fariza Md Sham

Siti Aisyah Jami’an

Siti Rugayah Hj.Tibek

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,FPI UKM

& Institut Islam Hadhari,UKM

Abstrak

Kualiti hidup saudara baru dalam kalangan masyarakat orang Asli masih lagi di tahap

yang kurang memuaskan. Terdapat beberapa faktor yang menghalang ke arah

peningkatan kualiti hidup seperti tahap pendidikan, cara hidup, sistem ekonomi yang

diamalkan masyarakat Orang Asli, kurang mendapat bimbingan untuk pengukuhan

mengamalkan ajaran Islam dan kawasan penempatan . Oleh itu, kajian ini bertujuan

untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti

hidup saudara baru Orang Asli di Gombak Selangor. Bagi mencapai tujuan tersebut,

kajian secara lapangan telah dilakukan dengan memilih seramai 100 responden dalam

kalangan saudara baru masyarakat Orang Asli di Gombak Selangor. Satu set soal selidik

telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat apakah faktor-faktor yang mendorong

peningkatan kualiti hidup saudara baru Orang Asli di Gombak. Hasil kajian mendapati,

terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatankan kualiti hidup saudara baru Orang

Asli, iaitu faktor pendidikan, persekitaran seperti keluarga dan rakan sebaya,faktor

pengurusan dan manfaatkan masa lapang, ilmu dan mahir membaca,keinginan diri

sendiri untuk berubah dan menerima bimbingan yang baik dan berterusan. Secara

keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa untuk meningkatkan kualiti hidup saudara

baru Orang Asli memerlukan mekanisme yang tersusun dan terancang.

_______________________________

Kertas kerja dikemukakan untuk Seminar Antarabangsa Pembangunan Muallaf .Pada 7-

8 Sept.2013 di KUIS anjuran Institut Islam Hadhari,MAIS ,Pusat Kajian Dakwah Orang

Asli FPI & KUIS.

Page 48: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

40

Pendahuluan

Kehidupan berkualiti akan dicapai jika memenuhi keperluan kehidupan asasi, seperti

memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati

kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan

yang cemerlang.

Kualiti hidup memberi maksud hidup yang mempunyai nilai tambah atau

bermutu, sehingga the New Oxford Ilustrated dectionary (t.th.,:1381) memberi makna

kualiti sebagai degree of excellence iaitu peningkatan mutu. Hal ini selari dengan

maksud kualiti yang diterangkan dalam Kamus Oxford iaitu: kualiti, mutu dan sifat

(2004:323). Senada dengan itu juga tertera dalam Kamus Dewan (2002:714) bahawa

kualiti iaitu sebagai sesuatu darjat kecemerlangan (biasanya ditujukan kepada seseorang)

yang memiliki semangat yang tinggi dan menunjukkan khidmat yang bermutu pada

pekerjaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sedangkan hidup yang diberi makna

dalam Kamus Dewan (2002:455) iaitu, suatu keadaan yang ada pergerakan dan

menunjukkan keadaan tertentu dalam bentuk material dan spiritual. Oleh itu, berbicara

tentang kualiti hidup, bererti bercakap tentang perubahan keadaan hidup masyarakat

dalam aspek material dan spiritual.

Secara umumnya penilaian kualiti hidup dalam konteks Barat lebih

dititikberatkan kepada aspek fizikal iaitu pengukuran terhadap kualiti hidup amat

bergantung kepada penguasaan kebendaan (Morris, 1979:37), sehingga dengan cara

yang sempit dirujuk kepada peningkatan dalam pendapatan dan indek-indek fizikal

tertentu seperti celik huruf, penurunan dalam kematian bayi dan peningkatan dalam

jangkaan hidup. Walaupun ada sesetengah pemikir Barat (Sen: 1985 dan 1987:82)

berhujah bahawa sesuatu ukuran perubahan taraf hidup haruslah mengambil kira aspek

keselesaan dan kegembiraan yang dinikmati oleh masyarakat, kemudahan yang boleh

memuaskan keinginan dan wujudnya pilihan yang banyak dan terbuka terhadap individu

dan masyarakat luas. Sedangkan pandangan Slottje (1991:39) merangkumi kedua

pandangan di atas, yang mana Slottje menjelaskan bahawa peningkatan kualiti hidup

tidak semata-mata merujuk kepada penambahbaikan fasiliti yang digunapakai kerana

peningkatan pendapatan, tetapi ianya harus juga dilihat dari aspek psikologi dan suasana

sosial persekitaran tempat tinggal. Hal ini selari dengan pandangan World Health

Organization (1993:76), yang mendefinisikan kualiti hidup sebagai tanggapan individu

mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistem di mana ia

berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban. Paparan ini menunjukkan

bahawa kualiti hidup terhasil daripada sejumlah pengalaman, kemudian dipilih yang

terbaik untuk dijadikan kebiasaan, sehingga mendatangkan keselesaan dalam kehidupan

masing-masing individu berkenaan.

Dalam Islam kualiti hidup diukur dengan jelas dan terlaksananya visi dan misi

kehidupan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu untuk menjalankan tanggungjawab

ibadah dan khalifah di muka bumi. Maka dari itu kualiti hidup akan terserlah apabila

kehidupan agamanya baik, ekonominya baik, pendidikannya baik, hubungan

kekeluargaan dan kemasyarakatan juga baik. Firman Allah surah Muhammad (47:33)

yang bermaksud:

Page 49: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

41

Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul

Allah, dan janganlah kamu merosakkan amal-amal kamu (al-Qur‟an, Muhammad

47:33).

Berdasarkan ayat tersebut dapat difahami bahawa kualiti hidup yang sebenarnya sangat

bergantung kepada kualiti hubungan hati seseorang hamba dengan penciptanya iaitu

Allah SWT, kerana hati adalah pusat penilaian Allah (Ahmad Salim 2009:27). Justeru

itu usaha mencapai tahap kehidupan berkualiti dalam semua aspek merupakan matlamat

utama setiap insan yang beragama Islam (JAKIM, dalam Konsep Islam

Hadhari,2005:35). Kualiti hidup dalam konteks Islam, merupakan perkara yang amat

penting yang merangkumi dua keperluan asas iaitu keperluan kebendaan dan

kerohanian.

Justeru itu merancang program dakwah untuk jangka panjang dan jangka pendek

merupakan satu perkara penting, kerana dakwah merupakan salah satu faktor yang boleh

membantu meningkatkan kualiti hidup saudara baru Orang Asli.Ini kerana salah satu

matlamat dakwah ialah membentuk perubahan yang menunjukkan kualiti hidup yang

baik, terutama dalam aspek pendidikan kerohanian seperti pemantapan akidah, ibadah

dan akhlak. Usaha ini merupakan satu misi besar yang memerlukan gerak kerja

berterusan, teratur dan efektif. Hal ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu

usaha merangka program dakwah yang berkesan, perlu digunakan pelbagai pendekatan,

dengan harapan dapat merubah tingkah laku masyarakat Islam kepada gaya hidup

Muslim yang sejati dan lebih berkualiti.

Kajian Aisyah Jami‘an(2013), mendapati kualiti hidup saudara Baru Orang Asli

di Gombak masih belum memuaskan walau pun terdapat peningkatan kualiti hidup dari

aspek kemudahan dan ekonomi, tetapi kualiti hidup dari aspek penghayatan keagamaan

masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk

membincang dan mengupas persoalan berkaitan dengan apakah faktor peningkatan

kualiti hidup saudara baru Orang Asli di Gombak Selangor.

Metodologi Kajian

Metode kajian adalah kajian lapangan yang menggunakan soal selidik dan temubual

untuk mendapatkan data-data primer bagi mengenal pasti peningkatan kualiti hidup

Sudara Baru dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Gombak Selangor. Reka bentuk

kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini menganalisis faktor-faktor pendorong

peningkatan kualiti hidup Saudara Baru Orang Asli di Gombak. Kawasan kajian yang

dipilih adalah daerah Gombak negeri Selangor, dengan menggunakan kaedah

pensampelan rawak berkelompok kepada tujuh kampung yang merupakan

perkampungan komuniti masyarakat Orang Asli di Gombak Selangor. Setakat ini ada

dua kampung tidak ada masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam iaitu kampong

Hulu Kemensah dan Sungai Relang, kampung-kampung yang ada rekod masyarakat

Orang Asli beragama Islam iaitu, Bukit Lagong, Ulu Kuang, Sungai Buluh, Ulu Batu,

dan Batu 16 Gombak.

Page 50: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

42

Masyarakat Orang Asli di negeri Selangor tidak tinggal di daerah pedalaman,

terutama di Gombak yang merupakan bandar utama bagi perkampungan Orang asli

seluruh negara yang dilengkapi kumudahan infrastruktur mencukupi, seperti hospital,

muzium, perpustakaan dan lain-lain. Sementara di lain-lain tempat, ramai masyarakat

Orang Asli mengambil tempat tinggal di pedalaman, terutama suku kaum Negrito.

Negeri Selangor tidak didiami oleh suku kaum Negrito, yang ada adalah suku kaum

Senoi dan Melayu Proto/Melayu Asli. Oleh sebab itu, negeri Selangor dipilih sebagai

kawasan kajian, dengan harapan akan memberikan jawapan terhadap proses berlakunya

peningkatan kualiti hidup Saudara Baru Orang Asli setelah terdedah dengan pelbagai

aktiviti dakwah dan mereka bersedia mengikut arus pemodenan.

Responden yang dipilih adalah seramai 100 orang daripada 452 populasi

Saudara Baru Orang Asli di Gombak. Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan

dengan pelbagai latar belakang, peringkat umur, sosio ekonomi iaitu melalui

pengklasifikasian sektor pekerjaan yang diceburi mereka.Di samping itu juga

diketengahkan tentang tahap pendidikan dan gambaran umum tentang latar belakang

mereka memeluk agama Islam. Dengan kata lain dalam kajian ini pengkaji hanya

menghadkan kepada 100 orang responden dari jumlah keseluruhan populasi iaitu

seramai 452 orang Saudara Baru di Gombak.Manakala untuk seluruh Negeri Selangor

mereka yang bergelar Saudara Baru setakat ini adalah seramai 2,425 orang.Responden

yang berjumlah 100 orang dipilih secara purposive, semua mereka tinggal di enam

kawasan daripada tujuh perkampungan Orang Asli di daerah Gombak Selangor.

Perbincangan Hasil Kajian

Berdasar kepada kajian yang dilakukan, maka kajian ini memaparkan dua hasil kajian

utama.Pertama, latar belakang Saudara Baru Orang Asli di Gombak Selangor dan kedua,

faktor-faktor peningkatan kualiti hidup saudara baru Orang Asli di Gombak.Hasil kajian

dipaparkan secara deskriptif melalui jadual dalam bentuk frekuensi dan peratusan.

Suku Kaum Saudara Baru Orang Asli di Gombak

Lazimnya masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan kelompok

masyarakat pribumi yang mendiami kawasan pendalaman, hulu-hulu sungai, pinggir-

pinggir hutan dan kawasan persisiran pantai sejak beribu-ribu tahun dahulu. Hal ini

termasuk daerah Gombak, yang menunjukkan permukaan bumi berbukit di kawasan

timur dan sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah keadaan

tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir di daerah ini

adalah sungai Gombak, sungai Klang dan sungai Batu (JHEOA, 2004:2). Keadaan

permukaan bumi yang sedemikian menjadi tarikan bagi komuniti Orang Asli, tidak

terkecuali mereka yang bergelar Saudara Baru, juga telah menjadikan beberapa

kampung di daerah Gombak, untuk tempat mereka meneruskan kehidupan sebagai

rakyat Malaysia yang berjaya.

Keunikan Orang Asli, tidak terkecuali mereka yang sudah bergelar Saudara Baru

di Gombak adalah tidak nampak perbezaan dalam penampilan luaran. Walaupun

Page 51: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

43

hakikatnya mereka ada asas perbezaan dari aspek suku kaum dan suku bangsa serta

bentuk kepercayaan. (Abdullah Muhammad Zain, 2007:127). Di daerah Gombak terdiri

dari dua suku kaum sahaja iaitu kaum Senoi dan Melayu Proto.

Berkenaan Saudara Baru yang ada di daerah Gombak ramai daripada kalangan

suku bangsa Temua daripada suku kaum Melayu Proto, kerana mengikut sejarah suku

bangsa Melayu Proto lebih dominan kepada cara hidup orang Melayu dan banyak adat

atau kepercayaan mereka ada kesamaan dengan budaya orang Melayu Islam(Temu bual

dengan Ustaz Muhd. Adam Salleh, Penggerak Orang Asli Daerah Gombak yang dilantik

oleh JAKIM dan diamanahkan menjaga lapan kampong Orang Asli Daerah Gombak,

hari rabu 28 April 2008 di Pejabat Daerah, Bt.12, Gombak Selangor).

Manakala suku bangsa Senoi boleh dikatakan suku kaum yang hidup dua alam

iaitu pedalaman dan juga pinggir bandar. Sedangkan suku bangsa Negrito lebih memilih

hidup di pedalaman. Oleh itu, keadaan kawasan penempatan Orang Asli di Gombak,

bukan pilihan untuk suku kaum Negrito, dan menjadi salah satu sebab mereka tidak

tersenarai sebagai responden dalam kajian ini. Untuk lebih jelas berkenaan suku kaum

Saudara Baru Orang Asli di Gombak dapat dilihat dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Suku Kaum Saudara Baru Orang Asli di Gombak

Suku Kaum Frekuensi Peratus (%) Senoi

Negrito

Melayu-Proto

Jumlah

14

-

86

100

14.0

-

86.0

100.0

Sumber: Borang Soal Selidik 2009

Berdasarkan Jadual 1.1 jelas menunjukkan bahawa, suku kaum yang paling dominan di

Gombak adalah suku kaum Melayu Proto iaitu seramai 86 orang dari 100 orang

responden yang memberi maklum balas dalam kajian ini. Dilihat keadaan suku kaum

yang mendiami Gombak tidak ada halangan besar bagi mereka mengikut arus kemajuan,

kerana difahamkan Orang Asli dari suku kaum Melayu Proto cenderung kepada cara

hidup orang Melayu (Daim Dajuli, 16-Jun-2009). Tegasnya dapat dinyatakan bahawa

dengan keadaan persekitaran yang sedia ada menunjukkan berlaku asimilasi dengan

masyarakat berjiran. Ini bermakna, sekiranya masyarakat sekitar berkualiti, maka

Saudara Baru Orang Asli khususnya akan berkualiti juga.

Anutan Agama Dalam Kalangan Orang Asli Gombak

Masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, namun Islam

adalah agama Persekutuan dan orang Melayu 100% beragama Islam. Mengikut

keterangan dalam bancian Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan bahawa,

hampir 60.4 peratus penduduk beragama Islam, seramai 19.2 peratus menganut agama

Budha, seramai 9.1 peratus pengikut ajaran Kristian. Manakala 6.3 peratus penganut

Page 52: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

44

Hindu, dan 2.6 peratus agama Tionghoa. Selebihnya dijangka mengamalkan lain-lain

kepercayaan, seperti kepercayaan yang diamalkan oleh sebahagian besar Orang Asli

iaitu kepercayaan Animisme (Hood Salleh,2009). Berkenaan anutan agama dalam

kalangan Orang Asli daerah Gombak, sama halnya dengan sebahagian besar komuniti

Orang Asli yang ada di Selangor. Ramai daripada mereka yang masih mengekalkan

kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus. Keadaan tersebut

merupakan asas kepercayaan yang wujud kepada manusia primitif zaman purba

termasuk masyarakat Orang Asli di Gombak.

Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini (seperti

kawasan gua, pokok dan batu-batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati

agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, sebaliknya semua keadaan kawasan

tersebut boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian dari gangguan roh jahat. Di

samping itu mereka juga percaya kepada ―Semangat‖ yang dikenali dengan pelbagai

nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Keadaan tersebut dapat

dikatakan sebagai suatu pemujaan terhadap roh nenek moyang yang kemudian

membentuk menjadi adat istiadat yang dianggap sebagai aturan hidup atau agama

(James, 1974:705). Kepercayaan tersebut menjadi sangat sebati dengan kehidupan

mereka, kerana mereka beranggapan perlu hormat kepada roh leluhur mereka yang telah

meninggal dunia dan menetap ditempat-tempat sedemikian. Tegasnya dapat dinyatakan

bahawa sebagaimana etnik-etnik lain yang bukan beragama Islam, menganut bermacam-

macam agama dan mengamalkan pelbagai kepercayaan. Namun sebahagian besar

mereka cenderung kepada kepercayaan Animisme. Untuk lebih jelas senarai keagamaan

Orang Asli tertera dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 Populasi Orang Asli Mengikut Anutan Agama di Setiap Daerah

Daerah Islam Kristian Hindu Budha Animisme Jumlah Hulu

Selangor

594 279 - - 1880 2753

Gombak 452 174 12 6 86 730

Petaling 602 174 - 6 822 1604

Sepang 397 209 - - 2101 2707

Hulu

Langat

195 75 - - 1575 1845

Kuala

Langat

185 25 - - 3896 4106

Klang - - - - 461 416

Jumlah 2425 936 12 12 10821 14,161

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (MAIS) 2005

Paparan ini menunjukkan bahawa sebagaimana sikap awal daripada masyarakat Orang

Asli keseluruhannya mengamalkan kepercayaan Animisme, demikian juga halnya

dengan masyarakat Orang Asli yang mendiami negeri Selangor masih tinggi

Page 53: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

45

bilangannya yang mengamalkan kepercayaan Animisme. Dengan kata lain perkara ini

sudah menjadi amalan asas bagi masyarakat Orang Asli di seluruh negara (JHEOA,

2005:9), termasuk mereka yang ada di daerah Gombak Selangor.

Jadual 1.3 Anutan Agama Orang Asli di Gombak

Daerah Islam Kristian Hindu Buddha Animisme Jumlah Bukit

Lagong

88 - - - - 88

Bt 16

Gombak

9 8 - 2 13 32

Hulu

Kemensah

- - - - 72 72

Ulu Kuang 221 - - - 132 353

Sg.Buloh 74 - - - 49 63

Sg. Relang - - - - 50 25

Ulu Batu 60 - - - 37 97

Jumlah 452 8 0 2 353 730

Berdasarkan Jadual 1.3 dapat difahami sejumlah 730 orang penduduk daerah

Gombak menganut pelbagai agama, yang beragama Islam seramai 452 orang, seramai

lapan orang pengikut Kristian, tidak ada yang beragama Hindu, Budha hanya dua orang,

manakala seramai 353 orang masih menganut kepercayaan Animisme. Ini menunjukkan

bahawa masyarakat Orang Asli Gombak masih lagi dominan dengan kepercayaan nenek

moyang. Keadaan ini mengingatkan bahawa ruang untuk dakwah Islam mengatur

strategi masih terbuka luas, kerana walaupun ada perbezaan iaitu 99 orang, namun kalau

dilihat dari aspek kemudahan dan dekat dengan persekitaran orang-orang Islam,

sepatutnya bahawa sebahagian besar Masyarakat Orang Asli seperti kebanyakan tempat

bahawa mereka sebenarnya tidak memiliki agama, hanya berada dalam kepercayaan

Animisme iaitu, kepercayaan bahawa kuasa hidup atau roh itu ada dalam tiap-tiap benda

di alam nature, terutama sekali terhadap tumbuh-tumbuhan yang menjadi bahan

makanan. Hal ini selari dengan apa yang dipaparkan oleh Harrison (t.th.24) bahawa

pengamal kepercayaan Animisme menjadikan rahasia hidup bendang-bendang padi

sebagai Tuhan mereka seperti ―ibu padi‖ dan kepercayaan ini terhimpun di dalam

upacara-upacara dari perkara-perkara wajib dan haram berhubung dengan penanam padi

dan mengetamnya supaya rahsianya tetap terkawal dan terpelihara.

Paparan tersebut menggambarkan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai

falsafah kehidupan mereka yang tersendiri, namun dari semasa ke semasa falsafah hidup

mereka akan mengalami perubahan, terutama sekali dalam tradisi kepercayaan. Kalau

kebiasaannya mereka terikat dengan mitos, untuk kalangan tertentu (mereka yang telah

memeluk Islam) sudah boleh menerima kepercayaan baru iaitu Islam. Hal ini selari

dengan pandangan Muhd. Helmi Nuri (11-Feb-2008) bahawa, pengamalan terhadap

sistem keagamaan atau ketuhanan, sedikit sebanyak telah mengubah pandangan mereka

selain pendedahan terhadap nilai kemodenan serta peningkatan sistem pendidikan

Page 54: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

46

khususnya dalam kalangan generasi muda. Akan tetapi kadang kala, nilai tradisi yang

berteraskan kepada kepercayaan lama masih diamalkan walaupun mula dilupakan

sebahagian dari mereka. Dengan kata lain, sistem kepercayaan mereka sama ada

bercorak fizikal atau sebaliknya, berdasarkan interaksi masyarakat ini dengan alam dan

unsur alam. Mereka mengawal dan mengatur kehidupan alam maya ini selaras dengan

sistem nilai dan kepercayaan mereka. Sistem kepercayaan yang terdapat dalam

masyarakat Orang Asli ini menjadi asas kepada tafsiran dan pemahaman anggota

masyarakat tersebut mengenai kewujudan serta asal usul semesta, unsur ghaib, spiritual

di samping leluhur nenek moyang mereka. Keadaan ini adalah menjadi salah satu

penyebab peningkatan kualiti hidup Orang Asli susah dijangka, lebih-lebih lagi jika

ditambah dengan komitmen yang pelbagai dari kalangan yang bertanggungjawab

menjaga kemaslahatan mereka.

Latar Belakang Responden Yang Telah Memeluk Islam

Bagi mendapatkan gambaran awal tentang keseluruhan objektif kajian, maklumat

berkenaan latar belakang responden daripada komuniti Orang Asli di Gombak yang

telah memeluk Islam, dipaparkan dalam bentuk jadual. Bagi mendapatkan gambaran

awal tentang keseluruhan objektif kajian, maklumat berkenaan latar belakang responden

daripada komuniti Orang Asli di Gombak yang telah memeluk Islam, akan dipaparkan

dalam bentuk jadual. Untuk lebih jelas model pembentangan yang dimaksud dapat

disemak penghuraiaannya seperti berikut:

Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki

Perempuan

Jumlah

39

61

100

39.0

61.0

100.0

Umur

Frekuensi

Peratus (%) 18-25 tahun

26-30 tahun

31-35 tahun

36-45 tahun

46-50 tahun

Jumlah

20

18

13

19

30

100

20.0

18.0

13.0

19.0

39.0

100.0

Status

Perkahwinan

Frekuensi Peratus (%)

Bujang

Berkahwin

Duda/Janda

Jumlah

10

79

11

100

10.0

79.0

11.0

100.0

Page 55: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

47

Pendidikan Frekuensi Peratus (%) Sekolah Rendah 49 49.0

PMR/SRP 6 6.0

SPM 9 9.0

Diploma/Kolej - -

Universiti - -

Tidak Bersekolah 36 36.0

Jumlah 100 100.0

Pekerjaan Frekuensi Peratus (%) Kakitangan Kerajaan

Kakitangan Swasta

Bekerja Sendiri

Lain-lain

Jumlah

14

9

28

49

100

14.0

9.0

28.0

49.0

100.0

Pendapatan Frekuensi Peratus (%) RM 500 ke bawah

RM 501- RM1200

RM1200- RM 2000

RM 2000-RM 4000

Tidak Berpendapatan

Tetap

Jumlah

33

25

4

2

36

100

33.0

25.0

4.0

2.0

36.0

100.0

Faktor-Faktor Pendorong Meningkatkan Kualiti Hidup Saudara Baru

Berdasarkan maklumat hasil kajian menunjukkan bahawa setiap pekerjaan memberikan

keuntungan atau sumbangan yang bersesuaian dengan matlamat yang dirancang, hal ini

dapat dilihat bahawa daripada 100 orang responden memilih jawapan yang positif,

dimana seramai 50 orang atau 50.0 peratus menyatakan setuju program penghayatan

Islam mendidik seseorang untuk kenal tentang kebaikan dan keburukanManakala

seramai 40 orang atau 40.0 peratus menyatakan tidak pasti, sedangkan selebihnya iaitu

seramai 10 orang responden menyatakan tidak setuju. Paparan ini menunjukkan bahawa

faktor penyampaian merupakan salah satu penentu mesej dakwah menjadi berkesan

kepada madcu.

Faktor persekitaran seperti ahli keluarga dan orang yang dipercayai menjadi

sebab seseorang menyertai satu-satu aktiviti, oleh itu seramai 71 orang atau 71.0 peratus

menyatakan setuju bahawa kawan-kawan mendorong untuk mengikuti program yang

dianjurkan oleh semua piha.Ini termasuk dalam kategori frekuensi jawapan yang tinggi,

kerana dari 100 orang responden, seramai 20 orang atau 20.0 peratus memilih jawapan

tidak pasti, dan yang tidak setuju hanya sembilan orang bersamaan dengan sembilan

peratus.

Seterusnya faktor pendidikan atau tahap intelektual juga penyumbang kepada usaha

meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan Saudara Baru Orang Asli.Hal ini dapat

Page 56: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

48

dilihat dalam pengakuan responden terhadap item hadir setiap program yang dianjurkan

tapi tidak faham adalah seramai 73 orang atau 73.0 peratus menyatakan setuju,

sedangkan 15 orang atau 15.0 peratus menyatakan tidak pasti.Manakala selebihnya iaitu

seramai 12 orang atau 12.0 peratus memilih jawapan tidak setuju. Keterangan ini

mengisyaratkan bahawa penigkatan kualiti hidup ditentukan oleh faktor luaran dan

dalaman. Justeru itu tahap pengetahuan peserta harus dikenalpasti oleh pelaksana

program, agar apa yang disampaikan dapat berkesan atau dapat membantu usaha

memperkasakan kehidupan Saudara Baru.

Faktor pengurusan dan pemanfaatan masa lapang merupakan perkara penting

untuk mempastikan hidup yang berkualiti, kesibukan dengan kebiasaan akan

mengurangkan tumpuan kepada matlamat perubahan dalam keidupan. Kerana untuk

mencapai keadaan yang demikian setiap orang termasuk Saudara Baru perlu

meluangkan masa untuk mencari ilmu, jika sebaliknya kemajuan dan hidup lambat

berlaku. Ini yang berlaku dalam kehidupan Saudara Baru Orang Asli di Gombak

khasnya, hal ini terbukti dengan jawapan responden iaitu seramai 82 orang atau 82.0

peratus menyatakan setuju kalau mereka tidak sempat mengikuti program yang

dianjurkan kerana sibuk bekerja, di samping ada juga yang menyatakan tidak pasti iaitu

seramai 12 orang atau 12.0 peratus daripada 100 orang responden yang dipilih untuk

kajian ini. Manakala yang menyatakan tidak setuju hanya enam orang bersamaan dengan

enam peratus.

Salah satu cara membina sikap ingin maju adalah dengan tahu membaca,

sedangkan sebahagian besar kalangan Saudara Baru Orang Asli adalah kurang mahir

dalam membaca, pernyataan ini selari dengan jawapan responden terhadap item bahawa

Tidak tahu membaca sebab itu tidak ada perubahan dalam mengamalkan ajaran Islam

adalah seramai 83 orang atau 83.0 peratus menyatakan setuju dengan item tersebut,

manakala yang menyatakan tidak pasti seramai 13 orang atau 13.0 peratus, sedangkan

yang menyatakan tidak setuju hanya empat orang sahaja. Semua orang menghendaki

kehidupan yang berkualiti dan dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dari

semasa ke semasa, keadaan ini juga yang dikehendaki oleh kalangan Saudara Baru

Orang Asli di Gombak, hal ini terbukti dari apa yang dipaparkan dalam kenyataan

bahawa seramai 43 orang atau 43.0 peratus menyatakan setuju bahawa mereka mahukan

perubahan hidup ke arah yang lebih baik,yang menyatakan tidak pasti pula seramai 39

orang atau 39.0 peratus, manakala mereka yang menyatakan tidak setuju frekuensinya

rendah iaitu seramai 18 orang.

Setiap yang mahukan perubahan tentu mahukan bimbingan, ini sebagai petanda

bahawa keadaan hidup seseorang dicapai dengan sokongan pendidikan dan

pembelajaran yang dibentuk oleh faktor dalaman ataupun yang didapati melalui faktor

luaran, di samping juga bimbingan daripada yang berkelayakan secara beterusan

menjadi penyumbang yang diperlukan semua. Bagi kalangan Saudara Baru Orang Asli

Gombak juga sangat berhajat kepada kemajuan, ini dapat dilihat dalam kenyataan yang

diperolehi daripada kajiselidik bahawa seramai 85 orang atau 85.0 peratus menyatakan

setuju bahawa mereka sentiasa memerlukan bimbingan untuk meningkatkan kualiti

hidup sebagai orang Islam, hanya sembilan orang bersamaan dengan sembilan peratus

Page 57: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

49

menyatakan tidak pasti, dan yang menyatakan tidak setuju enam orang bersamaan

dengan enam peratus.

Permasalahan masa bukan hanya salah satu cabang permasalahan hidup setiap

Muslim, malahan masa merupakan permasalahan utama di antara sejumlah

permasalahan yang ada dalam hidup umat manusia. Ini kerana setiap saat yang berlalu

bukan hanya sebahagian daripada pusingan waktu, malahan di dalamnya umur manusia

yang menjalani kehidupan (Yusuf al-Qardhawi, 2006:1). Keterangan ini juga menjadi

bahagian dalam kehidupan Saudara Baru Orang Asli di Gombak, gambarannya dapat

dilihat dalam item bahawa masa merupakan salah satu faktor pendorong atau

penghalang peningkatan kualiti hidup Saudara Baru Orang Asli di Gombak, oleh itu

berkenaan kekangan masa dan wang menghadkan keinginan untuk beramal dengan ilmu

yang diajarkan, hal ini dinyatakan setuju oleh 20 orang atau 20.0 peratus responden yang

telah dipilih menjadi sampel dalam kajian ini, manakala yang menyatakan tidak pasti

pula seramai 21 orang atau 21.0 peratus, sedangkan yang menyatakan tidak bersetuju

menunjukkan frekuensi paling tinggi iaitu seramai 59 orang, bersamaan 59.0 peratus

responden.

Di samping faktor-faktor yang telah dipaparkan di atas, faktor kekeluargaan atau

orang dekat dalam kehidupan seharian juga menjadi faktor penting yang membantu

seseorang membina kehidupan yang cemerlang atau berkualiti seperti yang diharapkan.

Kenyataan ini terbukti apabila melihat hasil jawapan responden iaitu seramai 34 orang

atau 34.0 peratus yang menyatakan setuju bahawa keluarga yang telah memeluk Islam

mendorong untuk mengamalkan ajaran Islam, responden yang menyatakan tidak pasti

seramai 21 orang atau 21.0 peratus, sedangkan yang menyatakan tidak bersetuju seramai

45 orang atau 45.0 peratus. Ini menunjukkan bahawa keluarga yang telah memeluk

Islam menjadi penyumbang kepada peningkatan kualiti hidup di kalangan Saudara Baru

Orang Asli di Gombak khasnya.

Kemajuan dan kejayaan selalunya datang secara berpakej, ertinya kerana

sokongan atau sumbangan pelbagai pihak perubahan dapat diwujudkan dalam kehidupan

seseorang. Demikian juga halnya usaha peningkatan kualiti hidup dalam kalangan

Saudara Baru Orang Asli di Gombak. Oleh itu sedikit atau banyak bukan isu utama yang

perlu diperbincangakan, yang terpenting bagaimana sumbangan yang sedikit itu menjadi

pelengkap kepada sumbangan besar yang masih wujud kekurangan. Keadaan ini jika

dikaitkan dengan usaha peningkatan kualiti hidup Orang Asli di Gombak juga kerana

sumbangan jasa dan tenaga para pendakwah, ini dapat dilihat pada pengakuan responden

tentang dorongan dan nasihat ustaz memberi galakan untuk mencapai kejayaan hidup,

dinyatakan bersetuju oleh 29 orang atau 29.0 peratus responden, manakala yang

menyatakan tidak pasti seramai 25 orang atau 25.0 peratus, dan mereka yang

menyatakan tidak bersetuju seramai 46 orang atau 46.0 peratus. Paparan ini

menunjukkan bahawa sumbangan jasa dan tenaga pihak pendakwah juga elemen penting

dalam menjaga keadaan hidup Saudara Baru terbela sebagaimana mestinya.Namun apa

yang dikehendaki tidak begitu memberansangkan, kerana bilangan mereka yang

menyatakan tidak bersetuju berada pada frekuensi yang tinggi berbanding mereka yang

menyatakan bersetuju.

Page 58: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

50

Jauh perjalanan menambah keimanan dan meningkat keyakinan seseorang

kepada kebesaran Allah SWT. Ini yang sepatutnya berlaku dalam kehidupan setiap

orang yang beriman, namun jika tidak dibantu oleh perancangan dan disokong oleh

tindakan penyertaan kepada sesuatu aktiviti seperti aktiviti lawatan, maka tidak ada

ruang untuk menambah baik kualiti hidup. Kerana ilmu yang diperolehi dari aktiviti

lawatan akan memberikan kesan atau sumbangan kepada perubahan atau peningkatan

kualiti kehidupan mereka yang baru memeluk Islam. Dengan demikian jelas bahawa

sepatutnya aktiviti lawatan menambah keyakinan dan kesungguhan dalam bekerja juga

beramal ibadah, namun apa yang berlaku ruang usaha untuk membimbing mereka ke

arah yang lebih maju melalui aktiviti lawatan masih perlu dipertingkatkan. Kenyataan

ini dapat disemak jawapan yang diberikan responden, dimana mereka yang bersetuju

seramai 30 orang atau 30.0 peratus responden, sedangkan yang menyatakan tidak pasti

seramai 18 orang atau 18.0 peratus, manakala mereka yang memilih jawapan tidak

bersetuju seramai 52 orang atau 52.0 peratus dari 100 peratus responden yang ada dalam

kajian ini. Untuk lebih jelas tentang apa yang dipaparkan di atas dapat dilihat

ringkasannya dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Faktor Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang Asli di

Gombak Selangor

Item Setuju

(%)

Tidak Pasti

(%)

Tidak Setuju

(%) Program

penghayatan

Islam mendidik

untuk kenal

tentang kebaikan

dan keburukan.

50 (50.0)

40 (40.0)

10 (10.0)

Kawan-kawan

mendorong untuk

mengikuti

program yang

dianjurkan oleh

semua pihak.

71 (71.0)

20 (20.0)

9 (9.0)

Hadir setiap

program yang

dianjurkan tapi

tidak faham.

73 (73.0)

15 (15.0)

12 (12.0)

Tidak sempat

mengikuti

program yang

dianjurkan kerana

sibuk bekerja.

82 (82.0)

12 (12.0)

6 (6.0)

Tidak tahu

membaca sebab

itu tidak ada

83 (83.0)

13 (13.0)

4 (4.0)

Page 59: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

51

perubahan dalam

mengamalkan

Islam.

Mahukan

perubahan hidup

ke arah yang lebih

baik.

43 (43.0)

39 (39.0)

18 (18.0)

Bimbingan

sentiasa

diperlukan untuk

meningkatkan

kualiti hidup

sebagai orang

Islam.

85 (85.0)

9 (9.0)

6 (6.0)

Kekangan masa

dan wang

menghadkan

keinginan untuk

beramal dengan

ilmu yang

diajarkan.

20 (20.0)

21 (21.0)

59 (59.0)

Keluarga Islam

mendorong saya

untuk

mengamalkan

Islam dengan

lebih baik.

34 (34.0)

21 (21.0)

45 (45.0)

Dorongan dan

nasihat ustaz

memberi galakkan

untuk mencapai

kejayaan hidup.

29 (29.0)

25 (25.0)

46 (46.0)

Aktiviti lawatan

menambah

keyakinan dan

kesungguhan

dalam bekerja dan

beramal.

30 (30.0)

18 (18.0) 52 (52.0)

Sumber: Soal selidik 2011

Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mempastikan bekalan iman yang telah ada

sentiasa terpelihara.Ini kerana tahap iman adalah salah satu kayu ukur kepada kualiti

hidup dari aspek kerohanian. Ini selari dengan tujuan dakwah Islam yang dinyatakan

oleh Sujaidi Dasuki (2008:36) iaitu dakwah merupakan usaha mengingatkan manusia

yang telah menerima hidayah Islam, agar memeliharanya daripada terhakis oleh keadaan

Page 60: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

52

persekitaran luar dan dalaman pemiliknya. Maka proses menyampaikan itu harus

berterusan agar keyakinan yang sedia ada terus segar sepanjang masa dan peningkatan

kualiti hidup dapat dicapai.

Kesimpulan

Merujuk kepada hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh

menjayakan peningkatan kualiti hidup saudara baru Orang Asli. Antara faktor utama

ialah melalui aktiviti dakwah yang merangkumi pelbagai aspek sama ada jasmani,

rohani, sosial dan psikologi. Oleh itu, peranan dakwah amat penting dalam hal ini bagi

membantu meningkatkan kualiti hidup saudara baru Orang Asli.

Page 61: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

53

Rujukan

Abdullah Muhammad Zain. 2007.Pengurusan Dakwah Dakwah dalam Masyarakat

China dan Orang Asli.Dlm.Abd.Ghafar Don,Berhanundin Abdullah dan Zulkiple

Abd.Ghani(pnyt.).Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Konsep dan

Pelaksanaan.Bangi:Penerbit UKM.

Aisyah Jami‘an.2013.Program Dakwah dan Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru

Orang Asli di Gombak Selangor.Tesis PhD.Bangi:Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Daim Dajuli.2009.Temubual. 16 Jun 2009.

Helmi Nuri.2008.Temubual.11Feb.2008.

Hood Salleh.2009. Orang Asli Religion and Environmental Change.Dlm.Sharifah

Zaleha Syed Hassan & Adnan A.Hezri(pnyt.)Religion and the Environmental

Challenge.Bangi:Lestari Publisher,UKM.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli . 2005.Laporan Tahunan 2005.Bahagian Pembangunan

Manusia dan Minda,JHEOA.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2004.Data Maklumat Asas.Bahagian Penyelidikan dan

Perancangan,JHEOA.

James Hastings. 1974.Encylopedia of Religion and Ethics.New York:Charles Scribners

Sons.

Kamus Dewan.2002.Cetakan ke 7.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konsep Islam Hadhari.2005.Putrajaya:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Morris,D.M. 1979.Measuring the Conditions of the World‘s Poor:The Physical Quality

of Life Index.London:Frank Cass.

Muhd. Adam Salleh.2008. Penggerak Orang Asli Daerah Gombak yang dilantik oleh

JAKIM dan diamanahkan menjaga lapan kampong Orang Asli Daerah Gombak.

Temu bual.28 April 2008 di Pejabat Daerah, Bt.12, Gombak Selangor.

Sen,A. 1987.The Standard of Living.Cambridge:Cambridge University Press.

World Health Organization .1993.Website.

Yusuf al-Qardhawi. 2006.Nilai dan Harga Waktu(Dalam Kehidupan Muslim).Ahmad

Asri Lubis Abu Samah(Ptjh.)Bangi:Darul Fuqaha Enterprise.

Page 62: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

54

Page 63: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

55

Kajian Berkaitan Kepuasan Responden Terhadap Program Bantuan Kepada

Muallaf Di Selangor

Aidit Ghazali dan Zulkifli Abd Hamid

Abstrak

Golongan Muallaf adalah satu kumpulan yang perlu diberi perhatian khusus bagi

memastikan akidah mereka terhadap Islam terus kukuh. Ini amat penting kerana

kegagalan pihak-pihak berwajib dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap golongan

muallaf memungkinkan mereka akan menjadi murtad. Bagi tujuan tersebut, golongan

muallaf harus terus dibantu dari segi kerohanian dan jasmani agar dapat menjaga

kesejahteraan hidup mereka. Atas dasar tersebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

melalui Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf (BPPM) telah menjalankan

pelbagai aktiviti bagi mempertahankan keyakinan mereka terhadap ketinggian Islam.

Namun begitu, program-program yang dijalankan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada

maklumbalas dari pihak yang menerima program-program tersebut. Maka kajian ini

mengkaji sejauhmanakah kepuasan golongan muallaf terhadap program yang dianjurkan

oleh BPPM agar penambahbaikan dapat dilakukan bagi meningkatkan dan memperbaiki

mutu program pada masa hadapan. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan secara

keseluruhannya golongan muallaf menerima baik program tetapi disarankan agar proses

penyampaian program dapat ditingkatkan pada masa hadapan.

ABSTRACT

The group of Muslim convert should be given special attention to ensure that their

Islamic faith remains strong. This is very important because the failure of the authorities

in carrying out their obligation towards the Muslim converts will allow them become

apostate. For this purpose, the Muslim converts need further assistance in terms of

spiritual and physical well-being in order to achieve serenity in live. On that basis, the

Selangor Islamic Religious Council (MAIS) through Converts Management and

Development Division (BPPM) has carried out various activities to enhance Muslim

convert belief in the purity of Islam. However, the programs will be in vain if there is no

feedback. Therefore the study investigates the extent of the satisfaction of the Muslim

converts to the programs organized by the BPPM so that improvements can be made to

enhance and improve the quality of the program in the future. The finding shows the as

a whole Muslim converts accept the program but recommended that the delivery system

of the program can be improved in the future.

Kata Kunci: Pengetahuan, Penglibatan, Kepuasan, Aktiviti, Mualaf.

Page 64: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

56

Pendahuluan

Istilah Muallaf adalah istilah Al-Quran iaitu Al Muallafat qulubuhum, iaitu satu

masyarakat atau individu yang hatinya cenderung, minat, damai dengan Islam (Nabih,

1996). Makna lain bagi muallaf ialah individu yang dipujuk dan dijinakkan hatinya

dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam atau orang

yang dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin 1985). Manakala

Dusuki (1980) menyebut, muallaf adalah orang yang baru memeluk agama Islam dan

imannya belum teguh, mereka juga berhak menerima sebahagian tertentu daripada harta

zakat. Ahmad Redzuwan dan Nur Kareelawati (2005) pula mentakrifkan muallaf adalah

kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan

pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman

mereka. Menurut Kamus Dewan ( 2002: 900 ) perkataan mualaf bermaksud orang-orang

yang baru memeluk Islam atau saudara baru.

Telah banyak kajian berkaitan muallaf dilakukan di seluruh dunia (cth, Jaffer,

2013; Woodlock, 2010; Shavit & Wiesenbach, 2009). Kajian yang dibuat oleh Jaffer

(2013) bagi melihat usaha sebuah organisasi Muslim di Afrika yang dikenali Bilal

Muslim Mission (BMM) dalam menyediakan program sokongan terutama dari aspek

sosio ekonomi kepada golongan muallaf di Tanzania and Kenya. Begitu juga kajian oleh

Kahera (2002) yang mengkaji peranan masjid di bandar-bandar besar di Amerika dalam

menangani masalah golongan Muslim dan muallaf dari segi sosial. Malaysia juga tidak

ketinggalan dalam melakukan kajian berkaitan muallaf (cth., Nur A‗Thiroh & Fariza,

2009; Norrizzian, 2004; Nor Fadzila, 1999).

Di Selangor khususnya, MAIS menyediakan pelbagai program melalui Bahagian

Pengurusan dan Pembangunan Muallaf (BPPM). Muallaf atau saudara baru di Malaysia

amat bernasib baik jika dibandingkan dengan golongan Muallaf di negara luar.

Misalnya, masyarakat muallaf di Australia terpaksa merahsiakan status Islam mereka

(Woodlock, 2010), malah ada negara menafikan hak mereka untuk beroperasi secara

bebas (Shavit & Wiesenbach, 2009). Sedangkan golongan muallaf merupakan satu

golongan yang perlu diberi perhatian agar dapat menambah dan mempertahankan

keyakinan mereka terhadap ketinggian Islam. Sokongan, bimbingan dan bantuan adalah

antara aspek yang perlu diberi keutamaan untuk disalurkan kepada golongan muallaf.

Ini bagi memastikan kebajikan muallaf terjaga dan dalam masa yang sama dapat

meningkatkan lagi imej Islam dan menambat hati mereka yang bukan Muslim untuk

memeluk Islam.

Dalam konteks negeri Selangor, statistik menunjukkan bilangan muallaf

meningkat setiap tahun. Hal ini merupakan petanda positif terhadap perkembangan

Islam. Namun begitu, perkembangan tersebut harus diseimbangi dengan kualiti

pendekatan dakwah dan penerapan kefahaman Islam terhadap golongan muallaf

sehingga berjaya membentuk mereka menjadi Muslim sejati. Kegagalan membentuk

golongan muallaf menjadi Muslim sejati boleh mengakibatkan mereka kembali kepada

agama asal atau murtad. Hasil kajian yang lepas menunjukkan bahawa fenomena murtad

di Malaysia berlaku peningkatan tahun demi tahun (Nur Suriya, 2008). Malah terdapat

Page 65: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

57

kes muallaf yang telah membuat permohonan untuk kembali kepada agama asal mereka

atau menukar agama (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2007). Menurut Zulkifli Hasan

(2008) tiada enakmen perundangan yang jelas mengenai bagaimana untuk berurusan

dengan murtad atau orang-orang yang mahu menukar agama. Meskipun tiada kelulusan

yang direkodkan di negeri Selangor, ia tetap merupakan satu isu kritikal yang perlu

diberi perhatian.

Maka dengan itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan

mutu pengurusan muallaf yang selari dengan kadar peningkatan jumlah muallaf pada

setiap tahun dan tuntutan untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan

ini. Program-program yang dilaksanakan perlulah mempunyai kualiti agar golongan

muallaf ini merasa berpuas hati dan gembira dengan program-program tersebut. Dalam

konteks kajian ini, kepuasan golongan muallaf terhadap program-program yang

dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menguatkan lagi pegangan

agama Islam golongan ini.

Sehubungan dengan ini, MAIS di bawah Sektor Pembangunan Sosial telah

menubuhkan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf (BPPM) pada 1 Februari

2012. BPPM merupakan badan yang berkelayakan untuk menjalankan program-program

bagi menjaga kebajikan dan pendidikan serta memberi bimbingan kepada golongan

muallaf. Menurut Anuar Puteh (2005), golongan muallaf merupakan mereka yang telah

melafazkan kalimah syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan

perhatian oleh golongan yang lebih berkelayakan. Maka program-program pengukuhan

Islam dapat membantu saudara Muslim membina kehidupan yang sejahtera (Nur

A‗Thiroh & Fariza, 2009). BPPM komited dalam memainkan peranan membantu

menyempurnakan tuntutan dakwah yang bersifat syumul kepada golongan bukan Islam

bagi menarik minat mereka untuk memeluk agama Islam serta mendidik golongan

muallaf untuk menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam dalam segenap aktiviti

kehidupan mereka.

Justeru, kajian ini adalah salah satu langkah proaktif yang tepat dalam usaha

memantapkan pengurusan muallaf di samping memberi ruang untuk mempergiatkan

langkah penambahbaikan agar selaras serta menepati hasrat, visi dan misi BPPM. Di

samping itu, usaha ini dilakukan bagi mempersiapkan diri warga kerja BPPM untuk

lebih bersedia dalam mengurus cabaran yang lebih besar sehingga mampu menjadikan

negeri Selangor sebagai ikon dengan membentuk satu model pengurusan muallaf yang

boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti realiti

masalah yang dihadapi oleh golongan muallaf. Bagi tujuan tersebut, kajian ini mengkaji

kepuasan responden terhadap program bantuan kepada muallaf di Selangor. Ia bertujuan

untuk mengenal pasti tahap keberkesanan sistem pengurusan muallaf sedia ada agar

langkah-langkah penambahbaikan yang konkrit dan strategik bagi memperkasakan

sistem pengurusan muallaf dapat dilaksanakan.

Page 66: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

58

Metodologi

Teknik Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan dua pendekatan pengumpulan data iaitu melalui soal selidik,

perbincangan kumpulan fokus dan temu bual berstruktur.

i. Soal Selidik

Soal selidik yang dijalankan ke atas responden terdiri daripada golongan muallaf

yang telah berdaftar dengan BPPM, MAIS dan di bawah pejabat agama Islam

daerah di negeri Selangor.

ii. Perbincangan Kumpulan Fokus dan Temu Bual Berstruktur

Sesi perbincangan kumpulan fokus melibatkan temu bual dan percambahan fikiran

dengan kumpulan berikut:

Pembuat dan pelaksana program

Badan-badan komplimentari

NGO-NGO Islam yang terlibat dalam pengurusan muallaf

Saiz Sampel

Bagi menentukan jumlah sampel, kajian ini menggunakan formula yang dibangunkan

oleh Cochran (1977). Saiz sampel keseluruhan bagi kajian ini adalah seramai 448 orang

responden. Saiz sampel tersebut melebihi saiz sampel yang dicadangkan oleh formula

Cochran iaitu 365 orang. Namun ia tetap boleh digunapakai kerana Cochran hanya

mencadangkan jumlah saiz yang minimum untuk diperolehi, jika jumlahnya melebihi

dari jumlah yang dicadangkan, ia tidak menjadi masalah (Buchner, Faul & Erdfelder,

1992). Pecahan saiz sampel responden bagi setiap daerah di negeri Selangor adalah

seperti Jadual 1.

Jadual 1: Saiz Sampel Bagi Sembilan (9) Daerah Di Negeri Selangor (2002-

2012)

BIL. DAERAH BILANGAN

MUALLAF*

JUMLAH

RESPONDEN

1. Petaling 3,859 87

2. Hulu Langat 1,725 62

3. Klang 1,660 67

4. Gombak 1,620 58

5. Hulu Selangor 803 37

6. Kuala Langat 609 34

7. Sepang 565 32

8. Kuala Selangor 261 40

9. Sabak Bernam 178 31

JUMLAH KESELURUHAN 11,280 448

Dapatan Kajian

Analisis Respons Tahap Kepuasan Secara Keseluruhan

Bahagian ini melaporkan dapatan hasil analisis respons daripada kaji selidik yang

merangkumi lima aspek, iaitu:

Page 67: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

59

i. Tahap pengetahuan, penglibatan dan kepuasan responden terhadap

program/aktiviti.

ii. Tahap pengetahuan, penerimaan dan kepuasan responden terhadap pemberian

bantuan.

iii. Tahap kepuasan responden terhadap cara program/aktiviti yang dianjurkan.

iv. Penilaian terhadap pembangunan diri muallaf.

v. Tahap kepuasan responden terhadap pihak pengurusan muallaf.

Berkenaan dengan tahap pengetahuan, penglibatan/penerimaan dan kepuasan

terhadap program/aktiviti yang dianjurkan serta bantuan yang disediakan, pemilihan

tersebut adalah berdasarkan pada kekerapan program/aktiviti yang telah dilaksanakan

oleh pihak pelaksana dan bantuan pula dipilih melalui pemberian yang kerap disalurkan

kepada golongan muallaf yang memerlukan.

Ukuran yang digunakan dalam penilaian bagi tahap kepuasan atau persetujuan

responden terhadap sesuatu aspek adalah skor yang diperoleh daripada respons terhadap

soalan-soalan di dalam borang soal selidik.

Respons bagi sekumpulan kenyataan digunakan untuk mengukur kepuasan atau

persetujuan terhadap aspek tertentu dalam pengurusan muallaf termasuklah segi

penilaian program/aktiviti dan bantuan, cara program/aktiviti dianjurkan, pembangunan

diri muallaf serta perkhidmatan BPPM.

Setiap kenyataan menghasilkan respons dalam skala 5-titik. Skor yang dilaporkan

adalah nilai purata respons yang terhasil daripada sekumpulan responden terhadap setiap

soalan yang diajukan. Skor-skor ini pada asalnya berskala 1 hingga 5, telah

ditransformasikan kepada skala 0% ke 100% untuk memudahkan perbandingan

peratusan. Skor peratus ini kemudiannya dikelaskan mengikut kategori seperti Jadual

berikut:

SKOR (%) TAHAP KEPUASAN/PERSETUJUAN

0 hingga 19 Sangat Tidak Puas Hati/Sangat Tidak Bersetuju

20 hingga 39 Tidak Puas Hati/Tidak Bersetuju

40 hingga 59 Sederhana

60 hingga 79 Puas Hati/Setuju

80 hingga 100 Sangat Puas Hati/Sangat Setuju

Tahap Pengetahuan, Penglibatan Dan Kepuasan Responden Terhadap

Program/Aktiviti

Program Kursus Intensif Saudara Kita mencatatkan tahap pengetahuan dan penglibatan

tertinggi di kalangan responden berbanding dengan program-program lain, iaitu 90.8%

dan 84.2% (sangat berpuas hati). Hal ini disebabkan oleh program yang dilaksanakan

merupakan program wajib yang perlu dihadiri oleh setiap individu selepas mereka

memeluk Islam. Secara umumnya, kebanyakan responden kurang terlibat dengan

program yang tersenarai dengan catatan peratusan sekitar 25.0% dan ke bawah di mana

secara tidak langsung menyumbang pada tahap pengetahuan mencapai kurang dari

Page 68: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

60

50.0% bagi kebanyakan program/aktiviti kecuali Kuliah/Ceramah Bulanan Muallaf

mencatatkan peratusan tahap pengetahuan kedua tertinggi, iaitu 54.7% dan tahap

penglibatan sebanyak 45.5% (sederhana) (Jadual 2).

Namun begitu, tahap kepuasan program/aktiviti dinilai berdasarkan penglibatan

responden di dalam program/aktiviti yang dianjurkan. Keseluruhan kepuasan bagi

kesemua program/aktiviti adalah sangat puas hati iaitu, sekitar 80.0%, kecuali Program

Bimbingan Masyarakat Orang Asli dan Program Mentor-Mentee Masyarakat Orang Asli

yang mencatat tahap kepuasan puas hati 78.6% dan 69.1%. Secara keseluruhannya,

pencapaian tersebut menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap

program/aktiviti yang dianjurkan dan bersetuju bahawa ia memberi manfaat kepada

golongan muallaf.

Penemuan berkenaan menunjukkan bahawa terdapat jurang di antara tahap

pengetahuan dan penglibatan, di mana belum tentu jika sesuatu program/aktiviti

diketahui, maka ia akan disusuli dengan penglibatan. Selaku agensi pelaksana terhadap

pembangunan muallaf, BPPM sewajarnya mengambil langkah proaktif dan inovatif

untuk meningkatkan lagi kadar penglibatan golongan muallaf terhadap program/aktiviti

yang dianjurkan dan merangka strategi serta pendekatan yang lebih berkesan untuk

menarik minat penyertaan mereka.

PROGRAM/AKTIVITI PENILAIAN(%)

PENGETAHUAN PENGLIBATAN KEPUASAN

Kursus Intensif Saudara Kita (Asas) 90.8 84.2 87.5

Majlis Pengislaman Muallaf 37.5 25.4 84.2

Kuliah/Ceramah Bulanan Muallaf 54.7 45.5 87.1

Program Bimbingan Masyarakat Orang Asli 16.7 6.2 78.6

Program Ramah Mesra Muallaf 30.4 19.4 84.6

Program Penghayatan Islam 25.2 15.6 87.1

Program Skuad Mesra (Program Ziarah Saudara) 19.0 10.5 82.1

Program Tilawah Al-Quran Muallaf 27.2 15.4 83.5

Program Pemantapan Akidah Muallaf 25.2 15.8 83.1

Program Sahabat Saudara Kita 22.1 12.7 87.4

Program Mentor-Mentee Masyarakat Orang Asli 10.3 2.5 69.1

Seminar Keluarga Bahagia ― Rumahku Syurgaku‖ 20.8 9.8 86.4

Tahap Pengetahuan, Penerimaan dan Kepuasan Responden Terhadap Pemberian

Bantuan

Jadual 3 menunjukkan tahap pengetahuan, penerimaan dan kepuasan responden secara

keseluruhan berdasarkan bantuan yang pernah disalurkan kepada golongan muallaf.

Tahap pengetahuan responden secara keseluruhannya berada di sekitar bawah 50.0%

(sederhana) kecuali tiga jenis bantuan sahaja yang merekodkan tahap pengetahuan yang

tinggi (puas hati), iaitu Bantuan Bulanan (74.1%), Elaun Kelas Agama Asas (65.6%) dan

Bantuan Hari Raya (62.7%).

Jadual 2: Tahap Pengetahuan, Penglibatan Dan Kepuasan Responden Terhadap

Program/Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh BPPM

Page 69: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

61

Bagi tahap penerimaan pula, hampir keseluruhan bantuan tidak pernah diterima

oleh sebahagian responden dan berada pada tahap tidak memuaskan, iaitu di antara 0.4%

(Guaman Muallaf) hingga 39.1% (Bantuan Bulanan) kecuali Elaun Kelas Agama Asas

yang memperoleh penerimaan bantuan pada tahap sederhana (43.8%). Hal ini berlaku

mungkin disebabkan sumber dan sistem penyampaian maklumat mengenai pemberian

bantuan kepada golongan muallaf yang memerlukan adalah kurang berkesan dan menjadi

faktor penyumbang pada penerimaan bantuan yang rendah.

Segi tahap kepuasan pula, secara keseluruhannya responden memberi penilaian

yang positif berdasarkan julat kepuasan di antara 68.6% (puas hati) hingga 100.0%

(sangat berpuas hati). Justeru, untuk memantapkan lagi sistem pengurusan muallaf

berkaitan dengan pemberian bantuan kepada golongan muallaf, BPPM perlulah

mempergiatkan lagi usaha dalam menyebarkan maklumat secara strategik dan konsisten

baik melalui media massa mahupun media elektronik.

BANTUAN PENILAIAN (%)

PENGETAHUAN PENERIMAAN KEPUASAN

Bantuan Bulanan 74.1 39.1 84.5

Bantuan Beli/Bina Rumah 36.6 2.0 80.0

Bantuan Berkhatan 31.9 5.1 87.0

Bantuan Baik Pulih Rumah 28.1 1.1 80.0

Bantuan Modal 32.6 1.6 68.6

Bantuan Gharimin (Hutang) 25.4 1.3 86.7

Panjar Wang Runcit 21.7 0.9 100.0

Bantuan Sewa Rumah 48.4 15.0 86.0

Bantuan Perubatan 30.8 2.0 88.9

Bantuan Pengurusan Jenazah 29.0 1.3 90.0

Bantuan Rumah Perlindungan Muallaf 34.6 2.0 91.1

Bantuan Kecemasan 38.8 12.1 83.3

Saguhati Perkahwinan 42.9 11.2 84.4

Saguhati Galakan Pengislaman Muallaf 25.9 7.4 81.2

Guaman Muallaf 17.0 0.4 100.0

Elaun Kelas Agama Asas 65.6 43.8 80.2

Bantuan /Pembiayaan Pelajaran 32.6 6.2 84.3

Bantuan Hari Raya 62.7 38.2 84.0

Bantuan Perniagaan & Perusahaan 31.7 0.9 75.0

Bantuan Perumahan /Institut Muallaf 24.1 0.7 73.3

Tahap Kepuasan Responden Terhadap Cara Program/Aktiviti Dianjurkan

Jadual 4 mempamerkan tahap kepuasan terhadap sembilan aspek pengendalian

program/aktiviti yang dianjurkan. Peratusan bagi kepuasan terhadap sembilan aspek yang

tersenarai didapati membentuk julat di antara 79.3% (puas hati) hingga 86.2% (sangat

puas hati) dengan peratus purata keseluruhan mencatat 82.8% (sangat puas hati).

Kebanyakan responden yang berpuas hati terhadap cara program/aktiviti

dianjurkan adalah berhubung segi aksesibiliti lokasi, tempat program yang sesuai dan

selesa, perjalanan program yang teratur dan bersesuaian dengan objektif dan

Jadual 3: Tahap Pengetahuan, Penerimaan Dan Kepuasan Responden Terhadap Pemberian Bantuan

Page 70: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

62

penyampaian ceramah. Terdapat dua aspek iaitu kekerapan dan masa/tempoh program

mencatat tahap kepuasan sebanyak 79.3% (puas hati).

Sehubungan itu, penting untuk pihak pengurusan merancang secara strategik masa yang

bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan supaya program yang dilaksanakan dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Perancangan dan pelaksanaan program secara

ad-hoc dan kurang konsisten juga akan menjejaskan penglibatan dan kualiti tarbiah ke

atas golongan muallaf. Di samping itu, bilangan program/aktiviti juga perlu ditambah

sebagai satu usaha untuk membantu golongan muallaf meningkatkan pengukuhan diri.

Ini adalah kerana majoriti golongan muallaf berpandangan dan menetapkan jangkaan

bahawa program-program yang dianjurkan memberi peluang kepada mereka untuk

mempelajari dan memahami ajaran Islam dengan lebih jelas dan mendalam.

ASPEK PENILAIAN

(%) TAHAP KEPUASAN

Penggunaan bahasa yang mudah difahami 86.2 Sangat Puas Hati

Penyampaian penceramah yang jelas dan mudah difahami 85.5 Sangat Puas Hati

Bahan yang digunakan mudah difahami 83.9 Sangat Puas Hati

Isi kandungan program/aktiviti yang bersesuaian dengan objektif

program/aktiviti yang dilaksanakan 83.6 Sangat Puas Hati

Tempat program/aktiviti yang sesuai dan selesa 83.5 Sangat Puas Hati

Mudah untuk mengikuti program/aktiviti (segi lokasi) 82.9 Sangat Puas Hati

Kemudahan dan perjalanan program/aktiviti teratur 81.8 Sangat Puas Hati

Bilangan dan kekerapan program/aktiviti yang dianjurkan mencukupi 79.3 Puas Hati

Masa dan tempoh yang mencukupi 79.3 Puas Hati

PURATA KESELURUHAN 82.8 Sangat Puas Hati

Secara amnya, dapatlah dirumuskan bahawa golongan muallaf berpuas hati dengan

kesemua aspek pengendalian program/aktiviti dianjurkan. Namun begitu, BPPM perlu

menggandakan usaha segi perancangan program yang boleh memenuhi keperluan

berkaitan aspek kekerapan dan masa/tempoh program pada masa hadapan.

Penilaian Terhadap Pembangunan Diri Muallaf

Jadual 5 mempamerkan penilaian tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan

program/aktiviti untuk pembangunan diri muallaf.

Secara keseluruhannya, majoriti responden sangat bersetuju dengan kesemua

aspek yang tersenarai, iaitu sekitar 80.0% dengan membentuk julat persetujuan di antara

81.1% hingga 90.5% dan mencatat purata keseluruhan persetujuan 87.0% (sangat setuju).

Tahap persetujuan tersebut menggambarkan bahawa penglibatan mereka terhadap

program yang telah dilaksanakan memberi impak yang besar terhadap perubahan diri.

Pada masa yang sama mereka lebih yakin dan berpegang teguh dengan agama Islam

berbanding dengan ajaran anutan mereka sebelumnya. Mereka juga turut mengakui

kebenaran Islam telah mendorong mereka ke arah kebaikan dan memberi ketenangan

pada jiwa mereka.

Jadual 4: Tahap Kepuasan Responden Terhadap Cara Program/Aktiviti Dianjurkan Oleh Pihak Pengurusan

Page 71: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

63

ASPEK PENILAIAN

(%)

TAHAP

PERSETUJUAN

Bersemangat amalkan cara hidup Islam yang betul 90.5 Sangat Setuju

Berusaha mendekatkan diri dengan tempat-tempat yang memberi

kebaikan dan menjauhi tempat-tempat yang merosakkan 89.9 Sangat Setuju

Bersemangat mempertahankan akidah 89.6 Sangat Setuju

Usaha tanamkan sifat dan cintakan ilmu Islam dengan mendalam 89.2 Sangat Setuju

Bersemangat mencari rezeki halal dan berkat 88.8 Sangat Setuju

Jiwa lebih tenang 88.5 Sangat Setuju

Banyak belajar ilmu baru dan berguna 87.9 Sangat Setuju

Mampu menyesuaikan diri dalam pergaulan (komuniti Islam

mahupun bukan Islam) 87.6 Sangat Setuju

Keyakinan terhadap ajaran Islam meningkat 87.4 Sangat Setuju

Membentuk diri dan keluarga untuk menjadi Muslim sejati 87.4 Sangat Setuju

Motivasi diri/semangat meningkat 87.3 Sangat Setuju

Boleh membezakan kebenaran Islam dengan ajaran agama-agama

lain 87.3 Sangat Setuju

Faham bahawa budaya agama asal (yang tidak melanggar syariat

Islam) perlu dihormati 86.8 Sangat Setuju

Belajar membentuk keluarga bahagia 85.7 Sangat Setuju

Kefahaman terhadap agama Islam meningkat 84.7 Sangat Setuju

Taraf hidup lebih baik melalui sokongan dan bantuan 83.2 Sangat Setuju

MAIS banyak beri sokongan bantuan dan kemudahan untuk

golongan muallaf 83.0 Sangat Setuju

MAIS sentiasa memantau perkembangan dan menambah baik

kehidupan golongan muallaf 81.1 Sangat Setuju

PURATA KESELURUHAN 87.0 Sangat Setuju

Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pihak Pengurusan Muallaf

Jadual 6 menunjukkan secara umumnya responden berpuas hati dengan pengurusan dan

perkhidmatan BPPM dengan memberi persepsi yang positif terhadap aspek-aspek

tersebut. Hal ini berdasarkan tahap kepuasan majoriti responden melebihi 80.0% (sangat

puas hati) kecuali segi aspek pemantauan, tindakan susulan, tahap efikasi perkhidmatan

dan penyampaian maklumat yang mencatat penilaian kepuasan sekitar 70.0% (puas hati).

ASPEK PENILAIAN

(%) TAHAP KEPUASAN

Memberi layanan mesra 83.7 Sangat Puas Hati

Menjalankan pelbagai program/aktiviti untuk tingkatkan pengukuhan

diri dan kefahaman muallaf terhadap Islam dengan lebih mendalam 83.5 Sangat Puas Hati

Merancang dan melaksanakan latihan dan bimbingan yang berterusan 83.1 Sangat Puas Hati

Memberi penerangan yang mudah difahami 82.8 Sangat Puas Hati

Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada golongan muallaf 81.8 Sangat Puas Hati

Menyediakan peluang program/aktiviti untuk membantu kehidupan

golongan muallaf 81.3 Sangat Puas Hati

Memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar 81.1 Sangat Puas Hati

Menambah baik terhadap program yang dilaksanakan 81.0 Sangat Puas Hati

Jadual 5: Penilaian Terhadap Pembangunan Diri Muallaf

Jadual 6: Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pihak Pengurusan Muallaf

Page 72: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

64

ASPEK PENILAIAN

(%) TAHAP KEPUASAN

Menjaga kebajikan 80.8 Sangat Puas Hati

Menyediakan maklumat yang mencukupi 80.8 Sangat Puas Hati

Mempunyai sikap profesional yang tinggi 80.0 Sangat Puas Hati

Menyediakan ruang komunikasi yang mencukupi dan strategik bagi

memudahkan golongan muallaf berurusan 79.6 Puas Hati

Melaksanakan tindakan dengan cekap dan segera 79.6 Puas Hati

Membuat tindakan susulan bagi muallaf untuk terus mendapat

manfaat daripada mana-mana program 79.4 Puas Hati

Memberi maklumat dengan cepat dan tepat 79.4 Puas Hati

Memantau dan mengambil tindakan segera dalam membantu

golongan muallaf menyelesaikan masalah 78.8 Puas Hati

Memastikan urusan menepati masa 78.2 Puas Hati

Membuat tindakan susulan secara berterusan 77.5 Puas Hati

PURATA KESELURUHAN 80.7 Sangat Puas Hati

Aspek-aspek berkenaan perlu diberi fokus oleh pihak pengurusan untuk memantap dan

memperkasakan sistem pengurusan supaya bukan sahaja menjadi lebih teratur dan

sistematik, malah yang lebih utama adalah berjaya mencapai tahap efikasi yang tinggi

secara berterusan. Ini termasuklah memastikan setiap pegawai yang

dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan muallaf sentiasa membuat pemantauan

dari semasa ke semasa terutamanya ke atas individu yang baru memeluk Islam.

Di samping itu, fokus pembangunan untuk golongan muallaf yang sudah

memeluk Islam melebihi lima tahun juga harus diberi perhatian. Golongan ini secara

umumnya baru memasuki fasa awal pengukuhan akidah dan penguasaan ilmu dan cara

hidup Islam. Justeru, golongan ini memerlukan pendedahan berterusan misalnya melalui

pendekatan program pengukuhan, pembelajaran berterusan, penyediaan peluang

meningkatkan empat dimensi insan (rohani, akal, emosi dan fizikal) dan penglibatan

dalam jaringan kerjasama supaya mereka terbentuk sebagai komuniti berdikari dan

penyumbang terhadap pembangunan muallaf.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, responden memberi respons yang positif terhadap pengendalian

program dan aktiviti, pembangunan diri muallaf dan pengurusan muallaf. Namun begitu,

terdapat beberapa aspek yang perlu diperkasakan dalam usaha mentransformasikan

BPPM sebagai agensi pelaksana berprestasi tinggi dan mithali iaitu segi aspek

pemantauan, kecepatan bertindak dan kesungguhan membuat tindakan susulan.

Hasil analisis juga mendapati bahawa, majoriti responden menuntut bilangan dan

tempoh masa program/aktiviti ditambah. Tuntutan berkenaan secara tidak langsung

menggambarkan tahap keperluan, keterujaan, minat dan kesungguhan golongan muallaf

untuk mendalami Islam. Justeru, penting untuk BPPM mengkaji mekanisme yang tepat

segi masa, kos, lokasi dan infrastruktur yang dapat menjamin penganjuran sesuatu

program adalah tepat, memenuhi keperluan dan mencapai matlamat.

Page 73: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

65

Di samping itu, penetapan gelaran muallaf yang dihadkan pada lima tahun, memberi

kesan yang kurang memberangsangkan terhadap pembangunan diri muallaf segi jangka

masa panjang. Asas pada kenyataan ini adalah kerana belum wujud lagi satu pelan

jangka panjang yang komprehensif untuk pembangunan muallaf selepas lima tahun

mereka memeluk Islam. Perkara-perkara yang perlu diberikan penekanan adalah seperti

berikut :

i. Pendidikan yang berterusan.

ii. Penyediaan pembentukan program yang boleh membentuk keperibadian muallaf

supaya boleh berdikari.

iii. Penyerapan mereka ke dalam pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dan institusi-

institusi sokongan yang memberi peluang kepada mereka menjadi agen

perubahan untuk komuniti muallaf.

iv. Perkhidmatan dan program susulan secara berkala dan konsisten..

Usaha pemantapan aspek-aspek dan penyelesaian pada permasalahan tersebut perlu

disokong dengan ketelusan penilaian, pencapaian pada piawaian prestasi tinggi,

penolakan pada budaya zon selesa dan penzahiran iltizam menerusi tindakan yang

bernilai tambah, konsisten dan berterusan dari semasa ke semasa.

Rujukan

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd. Karim. (2005). Dlm.

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Faudzinaim Badaruddin & Khairil Khuzairi

Omar (pnyt.). Masa Depan Saudara Baru: Harapan, Realiti dan Cabaran.

Bangi: Pusat Islam UKM.

Amran Kasimin. (1985). Saudara baru Cina di Wilayah Persekutuan. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Anuar Puteh. (2005). Keperluan Bimbingan Kepada Saudara Baru. Dlm. Razaleigh

Muhamat@Kawangit, Faudzinaim Badaruddin & Khairil Khuzairi Omar (pnyt.).

Masa Depan Saudara Baru: Harapan, Realiti dan Cabaran. Bangi: Pusat Islam

UKM.

Buchner, A., Faul, F., & Erdfelder, E. (1992). GPOWER: A priori-, post hoc-, and

compromise power analyses for the Macintosh [computer program]. Bonn,

Germany: Bonn University.

Dusuki Haji Ahmad. (1980). Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia.

Cochran, W. G. (1977). Sampling Techniques. John Wiley & Sons:New York.

Page 74: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

66

Jaffer, A. (2013). Conversion to Shi'ism in East Africa. Journal of Shi'a Islamic Studies,

6(2), 131-154.

Kahera, A.I. (2002). Urban Enclaves, Muslim Identity and the Urban Mosque in

America. Journal of Muslim Minority Affairs, 22(2), 369-380.

Mohamed Azam Mohamed Adil, (2007). Law of Apostasy and Freedom of Religion in

Malaysia, 2, Asian Journal of Comparative Law, 160.

Nabih Amin Faris (1996). The mysteries of almsgiving. Bairut: The Haildelberg Press.

Nur A‗Thiroh Masyaa‘il Tan, A. @ Tan Ai Pao., & Fariza Md Sham (2009). Keperluan

memahami psikologi saudara muslim. Jurnal Hadhari Bil. 2, 83-97

Nor Fadzila, A. S. (1999) Permasalahan di Kalangan Muallaf dan Khidmat Sokongan

oleh Perkim Negeri Perak. Masters project report, Universiti Putra Malaysia

Norrizzian, D. (2004). The Role of Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) for

Helping Muallaf in Pulau Pinang.

http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5869

Nur Suriya, M. N. (2008). The phenomenon of apostasy in Malaysia: A study of its

causes from 2003 until 2006. Unpublished dissertation Master of Islamic

Revealed Knowledge and Heritage, UIA.

Shavit, U., & Wiesenbach, F. (2009). Muslim strategies to convert western Christians.

Middle East Quarterly, 16(2), 3-14.

Woodlock, R. (2010). Praying where they don't belong: female Muslim converts and

access to Mosques in Melbourne, Australia. Journal of Muslim Minority Affairs,

30(2), 265-278.

Zulkifli H. (2008) Islamic Criminal Offenses in Malaysia and the Extent of its

Application, http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/isu-undgjnyh-

msia.pdf.

Page 75: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

67

Mualaf: Kajian Terhadap Ustaz Mohd Farhan Bin Abdullah

Qamarul Arifin Bin Ali

Safinah Ismail

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak

Pendakwah memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh

masyarakat. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada seorang pendakwah mualaf

yang kini sangat dikenali dalam bidang dakwah. Pendakwah yang dimaksudkan adalah

Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah. Para pendakwah sudah pasti mempunyai cabaran dan

peranan tersendiri dalam bidang dakwah.Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan

mengenalpasti latar belakang Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah, dan membahaskan

berkaitan peranan serta cabaran yang dihadapi sepanjang berdakwah. Metode

penyelidikan yang telah digunakan adalah metode dokumentasi, kepustakaan dan

temubual. Dapatan kajian adalah golongan mualaf juga mampu menjadi pendakwah

yang hebat, pelbagai ujian yang menimpa tidak menjadi halangan bagi terus berjuang

meningkatkan iman dan ilmu agar Islam yang dianuti, tetap terpahat di hati dan subur di

bumi. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam mendaulatkan Islam di

muka bumi.Diharapkan kertas kerja ini mampu untuk dijadikan panduan oleh seluruh

masyarakat Islam untuk dijadikan rujukan dalam berdakwah.

Pendahuluan

Pendakwah mualaf bukanlah pendakwah yang baru di dunia ini. Mereka sudah lama

bertapak dalam dunia dakwah tetapi masyarakat kini tidak mengetahui kewujudan

meraka. Pendakwah memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah kepada

seluruh masyarakat . Para pendakwah sudah pasti mempunyai cabaran dan peranan

tersendiri dalam bidang dakwah.

Pengertian

Pendakwah mualaf berasal dari dua perkataan iaitu ―Pendakwah‖ dan ―Mualaf‖. Dua

perkataan ini membawa pengertian yang berbeza. Pendakwah ialah seseorang yang

sanggup mengorbankan diri, harta dan waktunya untuk Allah s.w.t. bagi menegakkan

risalah yang agung dan meneruskan tugas mulia para nabi dan rasul yang diutuskan oleh

Allah s.w.t. untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan mereka yang lurus serta menyuruh

manusia membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran7. Pendakwah berasal dari

perkataan da‘i, yang bermakna kata seruan, ajakan kearah agama Allah s.w.t..8

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) mualaf bermaksud

seseorang yang belum memeluk Islam tetapi cenderung dengan Islam manakala menurut

7 Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan. Cet. 2. Kuala Lumpur:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hlm. xv. 8 Temubual bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Pendakwah mualaf. 9 Mei 2013. Jam 11.00 pagi.

Page 76: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

68

Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya

supaya tertarik dengan Islam. Pada pandangan sekumpulan ilmuan Arab mualaf bererti

tunduk, menyerah dan pasrah. Sedangkan dalam pengertian Islam, mualaf digunakan

untuk menunjukkan seseorang yang baru memeluk agama Islam9. Manakala menurut

kamus dewan edisi ketiga pula, mualaf membawa maksud orang yang baru masuk

agama Islam atau lebij mesra digelar saudara baru.

Kesimpulannya, pendakwah mualaf merupakan seseorang yang baru memeluk

agama Islam dan mengajak orang lain untuk mengenal Islam. Peranan mereka sedikit

berbeza dengan orang yang memang berasal dari keturunan Islam kerana mereka

mempunyai terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui untuk melakukan kerja

dakwah.

Latar Belakang Ustaz Mohd Farhan

Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dilahirkan pada 6 Mac 1968, berasal dari Kota

Belud, Sabah, daripada suku kaum Kadazan. Ayahnya bekas ketua gereja dan beliau

sendiri mendapat pendidikan daripada ayahnya dan bersekolah Kristian selama 8 tahun

serta dilatih menjadi mubaligh Kristian. Bersekolah kerajaan dari Tingkatan 1 hingga 5

dan Tahun 1 dalam bidang Business Studies di ITM. Seterusnya beliau dihantar oleh

ayahnya ke sekolah kristian di Namaus dari pusat gerakan penginjilan Sidang Injil

Borneo yang berpusat di Lawas. Mula memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat

Latihan Dakwah Keningau, Sabah, di bawah Jabatan Perdana Menteri.10

Nama asal Ustaz Mohd Farhan sebelum memeluk agama Islam adalah Paster11

Yohanes. Ustaz Mohd Farhan pernah dihantar ke Bandung, Indonesia selama enam

bulan untuk latihan menguasai asas-asas bahasa Ibrani iaitu bahasa Injil. Sekembali dari

pengajian tersebut, beliau telah disebut-sebut untuk menggantikan tempat ayahnya

sebagai ketua gereja. Di Indonesia, Ustaz Mohd Farhan berserta beberapa sahabat

Kristian yang lain telah diajar cara-cara untuk mengampunkan dosa, cara-cara

membaptis12

, cara berhujah dengan orang Islam, cara memimpin sembahyang di dalam

geraja dan banyak lagi yang berkaitan dengan agama Kristian.

Ustaz Mohd Farhan mula berminat dengan Islam semasa beliau menuntut di

Institusi Teknologi Mara Cawangan Sabah. Pada ketika itu, seorang Ustaz dari

Semenanjung telah datang untuk mengajar mata pelajaran Islam dan beliau merupakan

lulusan Al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan ilmu Usuluddin. Ketika berada di dalam

kelas, soalan yang pertama disoal oleh Ustaz tersebut ialah bilangan penganut agama

Kristian di dalam kelas Ustaz Farhan. Setiap kali Ustaz yang mengajar pendidikan Islam

9 Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28 Februari.

10 Mohd Farhan Abdullah. 2011. Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia, Dimana Peranan Kita?.

Selangor: Selaseh Millenium Sdn. Bhd. 11

Gelaran ataupun pangkat yang diberikan kepada pemimpin agama Kristian Katolik dalam sesuatu

gereja. 12

Pembersihan dari dosa.

Page 77: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

69

ini masuk ke dalam kelas, Ustaz Farhan beserta rakan-rakan Kristian yang lain

diarahkan untuk pergi ke perpustakaan.

Pada suatu ketika, Ustaz Farhan tidak dapat ke perpustakaan kerana beliau perlu

menyiapkan beberapa tugasan. Kebetulan ketika Ustaz Farhan berada di dalam kelas

tersebut, Ustaz yang mengajar pendidikan Islam membincangkan tentang rukun iman.

Ustaz tersebut tertumpu kepada cara untuk mengenal tuhan. Sampai pada satu ayat yang

lebih kurang berbunyi begini ―Tuhan kita tidak sama dengan Tuhan agama lain seperti

Kristian yang percaya kepada Jesus sebagai anak Tuhan melalui fahaman mereka

tentang Trinity‖. Ustaz Farhan berasa tidak selesa akan apa yang dibincangkan Ustaz

tersebut.

Semasa berada di tingkatan 4 dan 5, Ustaz Farhan beserta beberapa orang

sahabat yang beragama Kristian lain telah meminta izin dari pengetua untuk memasuki

kelas Pendidikan Agama Islam. Dengan izin pengetua, Ustaz Farhan dibenarkan untuk

mengambil matapelajaran tersebut. Ustaz Farhan telah mendapat kepujian dalam

matapelajaran tersebut walaupun beliau hanya sekadar menghafal sahaja ayat-ayat Al-

Quran dan Hadis yang terdapat dalam matapelajaran tersebut. Ustaz Farhan juga pernah

berdebat dengan seorang Ustaz ketika beliau menuntut di ITM. Hasil dari penelitian,

perdebatan dan pengkajian, Ustaz Farhan mula meragui agama yang selama ini menjadi

pegangan hidup beliau.

Ustaz yang berdebat bersama Ustaz Farhan telah mengajar beliau untuk

mengambil wudu‘ dan membaca muqaddam walaupun pada ketika itu, Ustaz Farhan

belum lagi memeluk agama Islam. Faktor utama yang mendorong Ustaz Farhan untuk

memeluk agama Islam adalah melalui satu mimpi. Dalam mimpi tersebut, Ustaz Farhan

sedang berada di kawasan tanah pasir yang tandus dan beliau dikelilingi 3 orang lelaki

yang memakai jubah. Seorang berjubah putih membawa lambang tulisan arab

Lailahailallah. Seorang lagi berjubah hitam membawa lambang salib dan seorang lagi

berjubah hijau yang menjadi juru bicara.

Beliau dihimpit oleh ketiga-tiga lelaki tersebut dan dipaksa untuk memasuki satu

lubang yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis binatang buas, benda-benda tajam,

makhluk yang menakutkan dan pelbagai lagi. Dalam keadaan beliau ditolak, beliau

berasa agak ketakutan dan menjerit meminta pertolongan. Tiba-tiba manusia yang

berjubah hijau menyuruh Ustaz Farhan untuk membuat perhitungan. Lelaki berjubah

hijau memberi pilihan sama ada untuk kekal berada dalam agama Kristian ataupun

memilih jalan untuk masuk kedalam agama Islam. Sekiranya masih ingin kekal dalam

agama Kristian, lelaki berjubah hitam dan bersalib akan memeluknya dan sekiranya

ingin memeluk agama Islam, lelaki berjubah putih akan memeluk beliau.

Ketika mana beliau sedang memilih, kedengaran suatu suara yang menyuruh

beliau untuk membaca surah Al-FÉtiÍah. Akan tetapi, Ustaz Farhan tidak dapat

membacanya kerana beliau tidak mengingati surah tersebut. Suara tersebut menyuruh

Ustaz Farhan untuk mengikuti bacaannya. Sehinggakan pada ayat Ihdinassiratal

mustaqim, secara tiba-tiba lelaki berjubah hitam hitam hilang dan lelaki berjubah putih

memeluk beliau. Selepas beberapa ketika mimpi tersebut, azan subuh mengejutkan

Page 78: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

70

Ustaz Farhan. Beliau telah berjumpa dengan Ustaz yang pernah berdebat bersama beliau

dan Ustaz tersebut menjelaskan bahawa beliau sebenarnya sudah menerima Islam.

Ustaz Farhan memeluk Islam pada 26 Februari 1990 dan masuk ke Pusat Latihan

Dakwah, Keningau Sabah di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) pada

ketika itu. Beliau pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kuala

Lumpur pada tahun 1990 kemudian ke PERKIM Pengkalan Chepa Kelantan dari tahun

1991 sehingga 1993, kemudian beralih ke Nilam Puri pada tahun 1994. Pada tahun

1995, beliau telah belajar di pusat pengajian pondok. Beliau mengambil jurusan

Diploma Tahfiz Al-Quran pada tahun 1996 sehingga tahun 1998 dan pada tahun 2000

sehingga tahun 2003, beliau berada di Shoubra Al-Azhar Mesir dalam jurusan Al-Quran

dan Qiraat.13

Semasa di PERKIM, antara guru-guru yang pernah mengajar beliau adalah Dato‘

Ustaz Haji Wan Muhammad bin Sheikh Abdul Aziz, Ustaz Azhari Othman Al-Hafiz,

Ustaz Hazaruddin, Ustaz Thair Al-Hafiz, Sheikh Abdul Rauf Al-Hafiz dan Sheikh Syed

Hussen Sobbah. Antara guru-guru yang beliau pernah bertalaqi semasa berada di Mesir

adalah Sheikh Rahim, Sheikh Abdun Nabi dan ramai lagi.

Beliau telah menghafal Al-Quran pada usia 30 tahun. Untuk menghafal Al-

Quran, beliau telah didorong oleh perasaan ingin menyampaikan Al-Quran kepada orang

bukan Islam. Isteri dan anak-anak beliau banyak mendorong beliau untuk menghafal Al-

Quran. Bukan itu sahaja, semasa berada di PERKIM Kelantan, beliau sangat-sangat

berminat dengan ilmu Al-Quran dan beliau boleh membaca Al-Quran dalam masa yang

sangat singkat iaitu 2 bulan sahaja. Beliau juga banyak belajar dari guru-guru yang

mahir Al-Quran semasa berada di PERKIM, antaranya Ustaz Haji Abdul Aziz, Ustaz

Abdul Rahim dan ramai lagi.

Ustaz Mohd Farhan telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1995 dan pada

ketika itu beliau berusia 27 tahun. Beliau mendirikan rumahtangga bersama seorang

wanita yang bernama Rohantunaja binti Abdul Azit dan beliau kenali pada tahun 1990.

Beliau berkenalan bersama isterinya ketika menuntut di Nilam Puri, Universiti Malaya.

Sepanjang perkahwinan beliau, keluarga mereka telah dikurniakan anak seramai 6

orang14

.

Peranan Ustaz Mohd Farhan dalam bidang Dakwah

Menurut Kamus Dewan peranan ialah suatu pemain sandiwara atau pelawak. Peranan

juga membawa maksud bahagian iaitu sandiwara atau pekerjaan atau tugas yang

dipegang oleh seseorang individu atau sesuatu perkara.15

Sesiapa yang mempunyai

sedikit ilmu pengetahuan, mengetahui kecemerlangan dakwah sebagai suatu perkara

yang penting, maka itulah merupakan misi para nabi dan rasul yang Allah s.w.t.

13

Mohd Farhan Abdullah. 2011. Op. Cit. Hlm. 13-25. 14

Temubual bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Pendakwah mualaf. 6 Jun 2013. Jam 5.00 petang. 15

Teuku Iskandar.1996.Kamus Dewan.Edisi Ketiga.Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala

Lumpur.DBP.Hlm.1011.

Page 79: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

71

utuskan.16

Jadi, setiap hamba Allah s.w.t. yang berada di muka bumi ini mempunyai

peranan tersendiri dalam menyebarkan agama Allah s.w.t.. Begitu juga dengan Ustaz

Mohd Farhan. Menurut beliau, peranan merupakan tanggungjawab.

Sebagai seorang pendakwah, haruslah mempunyai minat dalam menyebarkan

agama Islam kepada orang yang belum mengenal Islam. Ustaz Farhan berpendapat,

seorang penganut agama Islam haruslah merasa simpati terhadap golongan yang belum

mengenal apa itu Islam. Tidak ada perbezaan diantara seseorang manusia itu. Setiap

manusia yang Allah s.w.t. ciptakan itu mempunyai mata, hidung, telinga dan pelbagai

lagi deria yang Allah s.w.t. berikan. Tetapi, mereka masih tidak diberi hidayah oleh

Allah s.w.t.

1. Membina Institusi Keagamaan

Sekembalinya Ustaz Mohd Farhan dari Al-Azhar, Mesir, Ustaz Mohd Farhan telah

merancang untuk membina satu tempat untuk dijadikan markas untuk beliau berdakwah.

Beliau telah menjadikan nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh untuk beliau mendirikan

markas tersebut. Beliau merujuk kepada cara baginda yang menjadikan rumah Arqam

bin Abi Al-Arqam17

sebagai pusat mengembangkan Islam. Ustaz Mohd Farhan telah

mendirikan Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) dan Pusat Pengajian

Tahfiz Al-Quran Bestari (PPTQB) yang sebelum ini beroperasi di Seri Kembangan,

Serdang dan kini akan beroperasi di tapak baru di Bangi Villa, Bandar Seri Putra, Bangi.

Dalam mendirikan kedua-dua pusat tahfiz ini, Ustaz Farhan telah mendidik ramai anak

muridnya untuk menjadi pendakwah dan penghafaz Al-Quran.

Pada ketika ini, Ustaz Mohd Farhan bercadang untuk membina sebuah kolej di

Sabah bagi menempatkan pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian di pusat tahfiz

beliau terutamanya dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk memasuki kolej

tersebut. Kertas kerja cadangan telah dihantar kepada pihak yang sepatutnya dan

pembinaan kolej tersebut tertunda seketika atas faktor kewangan.

2. Menulis Kitab-kitab Kegamaan

Ustaz Mohd Farhan juga berperanan dalam menyebarkan dakwah Islamiah melalui

penulisan-penulisan beliau. Antara karya beliau adalah Kristianisasi & Gejala Murtad di

Malaysia-Di mana peranan kita, kaedah sistematik penghafazan Al-Quran, panduan

berdakwah di Malaysia dan banyak lagi buku karangan beliau.

16

Badlihisham Mohd Nasir. 2008. Wasiat-wasiat Dakwah Syeikh Abd Aziz bin Baz. Selangor: Karisma

Publications Sdn. Bhd. Hlm. 18. 17

Abu Abdillah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam (األرقم به أبي األرقم ) (675-673) adalah seorang ahli

perniagaan yang berpengaruh dari suku Makhzum dari Makkah. Dalam sejarah Islam, beliau orang

ketujuh dari As-Sabiqun Al-Awwalun (orang-orang yang pertama menganut Islam). Rumah beliau

terletak di bukit Safa, di mana para pengikut Nabi Muhammad belajar tentang Islam. Sebelumnya

rumah Al-Arqam ini disebut Dar Al-Arqam (rumah Al-Arqam) dan setelah dia memeluk Islam

akhirnya disebut Dar Al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama terbentuk. Al-

Arqam juga ikut hijrah bersama dengan Nabi Muhammad ke Madinah.

Page 80: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

72

3. Dakwah Bil Al-Hal dan Bil Lisan

Bukan sahaja dalam penulisan, Ustaz Farhan juga berperanan menyebarkan dakwah

kepada seluruh golongan yang bukan Islam melalui kaedah ziarah dari gereja ke gereja

dan dari rumah ke rumah. Ustaz Farhan juga sering dipanggil untuk menjadi panel

jemputan dalam ceramah-ceramah di surau-surau dan di masjid-masjid sekitar Selangor

dan di luar kawasan Selangor.

Cabaran Ustaz Mohd Farhan dalam Berdakwah

Seorang pendakwah pasti akan mendapat cabaran dan tentangan dari sesiapa sahaja

dalam menyampaikan dakwah. Antara contoh tokoh pendakwah yang mempunyai

cabaran tersendiri ialah Sa‘id Ramadhan18

. Syeikh Sa‘id Ramadhan telah diburu oleh

pihak berkuasa Mesir atas arahan Britain dan Amerika hanya kerana Syeikh Sa‘id

Ramadhan ingin mempertahankan agama Islam di bumi Palestin. Beliau terpaksa

berpindah dari satu negara ke negara yang lain semata-mata untuk menyambung riwayat

hidupnya.19

Begitulah cabaran sebagai seorang pendakwah. Firman Allah S.w.t:

Maksudnya:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:

"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya

kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya

Allah s.w.t. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia

mengetahui orang-orang yang dusta.

Al-‗AnkabËt (29): 2-3

Kehidupan seorang pendakwah ibarat apa yang Allah s.w.t. tunjukkan dalam

surah Al-‗AnkabËt ini. Seorang pendakwah yang beriman tidak dikira sebagai

pendakwah sekiranya masih tidak menerima sebarang cabaran. Ustaz Mohd Farhan

mempunyai banyak cabaran sepanjang melakukan kerja dakwah. Cabaran beliau

dibahagikan kepada dua cabaran iaitu cabaran dari keluarga sendiri dan cabaran dari

masyarakat sekeliling.

1. Cabaran dari Keluarga

Tentangan dari keluarga ini amat kuat bagi seorang pendakwah yang keluarganya belum

lagi memeluk agama Islam. Sebagaimana nabi Muhammad ditentang oleh bapa saudara

18

Sa‘id Ramadhan merupakan menantu kepada Imam Hasan Al-Bana. Beliau juga merupakan penerus

kepada legasi pimpinan Ikhwan Al-Muslimin selepas kemangkatan Imam Hasan Al-Bana. 19

Riduan Mohamad Nor & Zainudin Hashim. 2010. Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2.

Kuala Lumpur: Jundi Resources. Hlm. 53.

Page 81: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

73

baginda iaitu Abu Lahab dan Abu Jahal. Bagida dipulau oleh ayah saudara baginda

sendiri. Bagi Ustaz Mohd Farhan pula, beliau telah diancam bunuh oleh ayahnya sendiri.

Hal ini kerana, pada ketika itu ayah Ustaz Farhan merupakan ketua gereja.20

Antara tentangan hebat semasa peringkat awal penghijrahan, ayah kepada Ustaz

Farhan tidak mengakui beliau sebagai anak dan wang perbelanjaan yang selama ini

memang diberi tiap-tiap bulan, tidak lagi diberikan. Bukan itu sahaja, semasa

memberitahu keluarganya akan penghijrahan beliau, beliau dihalau kemudian ditembak

oleh ayahnya sendiri. Tembakan yang dilakukan oleh ayahnya tidak mengenai sasaran

kerana ibu kepada Ustaz Farhan sempat memegang senapang tersebut dan sasaran

tersasar ke langit.

Sebelum keluar dari kawasan rumah tersebut, Ustaz Mohd Farhan sempat berkata

kepada keluarganya bahawa beliau tidak akan menganut agama Islam berseorang. Beliau

akan turut membawa keluarganya untuk menemani beliau21

. Selepas dihalau, beliau telah

melarikan diri ke Semenanjung Malaysia dengan duit bantuan dari seorang sahabat yang

menginginkan beliau untuk mendalami ilmu agama Islam di PERKIM. Selepas itu,

beliau juga merantau di seluruh dunia baik dalam mahupun luar negara. Selepas 8 tahun

merantau barulah beliau kembali ke negeri beliau sendiri dan melakukan kerja dakwah.

2. Cabaran dari Masyarakat dan Pihak Tertentu

Bukan sahaja cabaran yang hebat dari keluarga sendiri, masyarakat juga memberi

tekanan hebat sepanjang beliau menjalankan kerja dakwah. Antara tekanan ataupun

cabaran yang diberikan oleh masyarakat kepada Ustaz Farhan adalah ayah Ustaz Farhan

telah dipukul dan telah menerima 12 jahitan di kepalanya dan duduk di hospital selama

hampir 2 bulan. Hal ini kerana, pengikut agama Kristian yang tidak berpuas hati kepada

pengislaman ayah Ustaz Farhan. Bukan itu sahaja, selepas pengislaman ayah kepada

Ustaz Farhan, sebanyak 5 daripada 10 gereja yang pernah dipegang oleh ayahnya ditutup

dan 5 buah gereja sahaja yang masih aktif.22

Menurut Ustaz Mohd Farhan, antara cabaran beliau lagi sepanjang menjalankan

kerja dakwah ini adalah masyarakat yang kurang berminat untuk menghulurkan bantuan.

Contohnya semasa beliau ingin mendirikan kolej di Sabah, kewangan amatlah

mengekang untuk membina kolej tersebut. Pihak tertentu tidak memberikan bantuan

walaupun sedikit kepada beliau kerana kolej tersebut dibina untuk dijadikan pusat

pengajian agama Islam. Kemungkinan pihak tertentu tersebut risau kolej tersebut akan

melahirkan generasi yang bakal menjadi golongan penentang kepada pihak ini.23

Penutup

Pendakwah merupakan manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Jadi,

pendakwah mualaf mempunyai masalah-masalah tertentu yang perlu untuk dijadikan

20

Temubual bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Op.Cit. 21

Mohd Farhan Abdullah. 2011. Op. Cit. Hlm. 24. 22

Ibid. 23

Temubual bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Op.Cit.

Page 82: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

74

iktibar oleh pendakwah mualaf yang lain. Ustaz Mohd Farhan mempunyai cita-cita yang

tinggi tentang agama Islam. Ini dibuktikan dengan ketekunan dan kesabaran beliau

dalam mengharungi ujian dan cabaran dalam hidupnya. Beliau tidak menjadikan agama

Islam sebagai batu penghalang untuk dirinya berdakwah kepada keluarganya. Sebagai

seorang pendakwah mualaf, beliau tidak pernah lupa akan tanggungjawab beliau

terhadap keluarga.

Walaupun ahli keluarga pada satu ketika dahulu belum lagi memeluk agama

Islam, beliau tetap berdoa dan terus berdoa supaya mereka diberikan hidayah oleh Allah.

Atas berkat doa yang beliau panjatkan kepada Allah, Allah memakbulkan permintaan

Ustaz Farhan. Kesungguhan Ustaz Farhan sebagai seorang pendakwah mualaf juga

terserlah apabila beliau sanggup membina dua buah pusat tahfiz yang kini bertapak di

Bangi Villa, Bandar Seri Putra dan juga terdapat di negeri kediamannya sendiri iaitu

Sabah. Menurut beliau, pusat tahfiz tersebut ditubuhkan bagi menempatkan pelajar-

pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di pusat-pusat tahfiz

integrasi yang lain.

Sebagai seorang pendakwah, sudah pasti tidak akan terkecuali daripada

menghadapi cabaran. Begitu juga dengan Ustaz Mohd Farhan. Beliau mempunyai

cabaran yang hebat. Beliau pernah dihalau oleh ayahnya sendiri semasa baru memeluk

agama Islam dan hampir-hampir terkena tembakan dari ayahnya. Tetapi, berkat usaha

dakwah beliau, ayahnya telah memeluk agama Islam.

Saranan

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, penulis telah menggariskan beberapa saranan

kepada pihak-pihak tertentu khususnya kepada pendakwah mualaf dan bakal pendakwah

mualaf pada masa kini. Antaranya adalah seperti berikut:

1 Seorang pendakwah mualaf haruslah mempunyai kesabaran dalam menyebarkan

agama Islam kepada golongan bukan Islam.

2 Pendakwah mualaf khususnya haruslah mempunyai pelbagai bentuk ilmu

pengetahuan agar tidak terkial-kial dalam berbicara kepada mad‘u.

3 Seorang pendakwah mualaf tidak boleh terus menghukum seseorang mad‘u

dalam meyebarkan dakwah Islamiah.

4 Pendakwah seboleh-bolehnya mendalami pengetahuan tentang bahasa lain

kerana bahasa merupakan induk utama dalam menyampaikan dakwah

Islamiah lebih-lebih lagi ketika berhujah dengan masyarakat non-Muslim.

5 Pendakwah mualaf perlu diberi peluang untuk berada dalam media massa agar

dakwah Islamiah semakin berkembang maju.

6 Penulis juga menyarankan kepada pihak tertentu agar tidak memandang

pendakwah mualaf seperti sampah yang tidak bernilai.

7 Sekiranya tidak mampu untuk menjalankan kerja dakwah, tidak menjadi masalah

sekiranya orang awam mampu mewakafkan harta kepada golongan pendakwah

mualaf untuk terus menegakkan kerja dakwah.

Page 83: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

75

8 Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup pendakwah dan umat

Islam untuk memudahkan dalam memperkenalkan agama Islam kepada

masyarakat non-Muslim.

9 Pendakwah mualaf perlu untuk mempelajari ilmu perbandingan agama agar

dapat berdebat bersama dengan orang bukan Islam.

Page 84: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

76

Rujukan

Abd Aziz Mohd Zin. 2005. Metodologi Dakwah. Cet. 3. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan. Cet. 2.

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Badlihisham Mohd Nasir. 2008. Wasiat-wasiat Dakwah Syeikh Abd Aziz bin Baz.

Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Farhan Abdullah. 2008. Panduan Berdakwah di Malaysia. Selangor: HS Massyi

Printing Sdn. Bhd.

Mohd Farhan Abdullah. 2011. Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia, Dimana

Peranan Kita?. Selangor: Selaseh Millenium Sdn. Bhd.

Muhd Yusof Marlon & Syarul Azman. 2012. Nota Pendakwah. Selangor: Pertubuhan

Kebajikan dan Dakwah Anak-Anak Saudara Muslim (PEKEDAS).

Riduan Mohamad Nor & Zainudin Hashim. 2010. Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad

Moden Siri 2. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Kamus

Teuku Iskandar.1996.Kamus Dewan.Edisi Ketiga.Kementerian Pendidikan

Malaysia.Kuala Lumpur.DBP.

Laman Sesawang

Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28 Februari.

Temubual

Temubual bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Pendakwah mualaf. 9 Mei 2013. Jam

11.00 pagi dan 6 Jun 2013. Jam 5.00 petang.

Perspektif NGO di Lapangan: Tarbiyah dan Kebajikan Mualaf

Page 85: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

77

Perspektif NGO Di Lapangan: Mendepani Cabaran Tarbiyah Dan

Kebajikan Mualaf Di Malaysia

Jamaluddin James Laeng Abdullah

Abstrak

Kertas penerbitan ini ingin memaparkan pengalaman unik lebih lima belas tahun di

lapangan oleh para relawan HALUAN Malaysia berkaitan pembangunan mualaf

daripada pelbagai latar belakang budaya, sistem kepercayaan dan kewarganegaraan yang

melibatkan hampir 3,000 orang mualaf. Ia membincangkan beberapa aspek penting

berdasarkan pengalaman, yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana pihak yang

berminat dalam pembangunan mualaf termasuklah pemantapan ilmu asas islam,

kerohanian, kebajikan sosial dan rentas-dakwah (cross-dakwah) ke dalam kelompak asal

mereka.

Kami akan mengisahkan pengalaman kami dengan masyarakat Siam beragama

Buddha, masyarakat India beragama Hindu, masyarakat Cina Malaysia dan

antarabangsa daripada pelbagai aliran agama, masyarakat orang asli, masyarakat

warganegara asing pemastautin sementara, dan masyarakat pribumi Bajau Laut.

Daripada pengalaman kami di lapangan, didapati bahawa mualaf sebagai golongan yang

baru memeluk Islam yang berasal daripada pelbagai etnik dan latar belakang budaya dan

agama ini memerlukan pendekatan pembangunan yang unik serta pelbagai dimensi. Ini

amat berbeza daripada pendekatan konvensional/tradisi dengan muslim yang menerima

Islam secara keturunan dan dibesarkan dalam lingkungan budaya kelompoknya sahaja.

Kelemahan dan kesilapan yang berpunca daripada persepsi yang kurang tepat

menyebabkan ramai kalangan mualaf terabai, terasa hambar, tersalah pendekatan dan

menjadi bermasalah sehingga ada yang terjerumus ke kancah kekufuran semula

(kembali kepada kepercayaan asal). Pembentangan ini akan berkongsi dengan hadirin

bagaimana kami berjaya dan gagal dalam usaha-usaha dakwah kami dengan mereka.

Koloborasi di antara NGO dan pihak berkuasa agama dan pentadbiran kerajaan pusat

dan negeri harus diperhebatkan untuk membentuk jaringan strategik demi menjayakan

pembangunan mualaf secara realistik, berani, teratur, istiqamah dan berkesan.

Keterbatasan yang ada sekarang bukanlah tidak boleh diatasi. Kegagalan merancang dan

menyusun di pihak NGO dan kerajaan boleh mengakibatkan ketirisan dakwah di mana

tertingkatnya bilangan mualaf terabai, ingin murtad atau meninggalkan amaliyat Islam

seluruhnya.

Perspektif NGO di Lapangan: Mendepani Cabaran Tarbiyah dan Kebajikan

Mualaf Di Malaysia

Di sebalik majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam, golongan Mualaf di

Malaysia berdepan pelbagai cabaran untuk menjadi muslim yang komited dengan aqidah

dan syariat Islam. Mereka adalah golongan minoriti yang telah memilih Islam dari latar

belakang agama dan sistem kepercayaan serta budaya yang berbeza. Kepelbagaian latar

belakang ini memerlukan pendekatan yang berbeza dalam proses bimbingan,

Page 86: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

78

pendidikan, kebajikan dan sokongan kepada golongan mualaf. Kertas kerja ini akan

mengisahkan pengalaman HALUAN, sebuah NGO yang digerakkan oleh relawan.

Daripada pengalaman yang dikongsikan, dapat dipetik banyak iktibar yang menentukan

kejayaan dan juga kegagalan NGO dalam memikul tanggunjawab tarbiyah dan

kebajikan mualaf. Di samping itu, peranan untuk menyebarkan mesej Islam melalui

dakwah kepada bukan Islam juga perlu perhatian dan perancangan padu serta sistematik

antara NGO-NGO terlibat dan pihak autoriti agama di Malaysia kerana para mualaf ini

adalah hasil usaha dakwah tersebut. Kitaran usaha dakwah dan pembangunan mualaf

adalah proses yang seiring dan berhubungkait maka keperluan kepada dakwah juga

disentuh dalam kertas kerja ini.

1. Statistik Nisbah Kaum dan Agama di Malaysia

Suka kami menarik perhatian peserta seminar kepada potensi dakwah kita di Malaysia,

khususnya kepada warganegara kita sendiri. Unjuran Rajah 1 daripada Jabatan

Perangkaan dalam bancian berdekad pada tahun 2010 menunjukkan bahawa daripada 28

juta orang rakyat Malaysia, etnik Bumiputera adalah 67.5% (Islam dan belum Islam).

Kaum Cina adalah suku daripada jumlah keseluruhan warganegara iaitu 25% diikuti

kaum India pada 7.3%.

Pecahan Penduduk Malaysia, 2010

91.8%

Warganegara

8.2%

Bukan warganegara

Peratusan Kaum Warganegara, 2010

67.5%

Bumiputera

24.6%

Cina

7.3%

India

0.7%

Lain-lain

Rajah 1: Status penduduk dan peratusan kaum di Malaysia, 2010

Ini bermakna bahawa peluang dakwah rentas-agama di Malaysia adalah sangat

cerah sekali kerana bilangan bukan Islam umumnya adalah 1/3 daripada jumlah

keseluruhan penduduk negara ini. Ini suatu peratusan yang besar dan ramai. Dengan

kerja kuat NGO-NGO Islam dan otoriti agama di tanahair, kita mampu mengIslamkan

lebih ramai lagi penduduk negara ini berbanding jumlah peningkatan yang agak

perlahan setakat ini.

Page 87: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

79

Di segi pecahan agama pula, penduduk beragama Islam sekitar 61% atau 2/3

daripada jumlah penduduk negara. Ini diikuti dengan penganut Buddha (19.8%),

Kristian (9.2%), Hindu (6.3%), dan lain-lain anutan (4.3%). Namun, bancian setiap

dekad oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini tidak menampakkan kenaikan yang ketara

mahupun membanggakan di segi peratusan kenaikan warganegara beragama yang

memilih untuk memeluk agama Islam (sila rujuk sendiri kepada data bancian jabatan

2000).

Taburan Peratus Penduduk Mengikut Agama, 2010

19.8% (5.54 juta)

Buddha61.3% (17.1 juta)

Islam

6.3% (1.76 juta)

Hindu

9.2% (2.57 juta)

Kristian

1.3% (0.364 juta)

Konfusianisme, Tao, Agama Tradisi Cina

1.0 % (0.28 juta)

Tidak diketahui

0.7% (0.196 juta)

Tiada agama

0.4% (0.112 juta)

Lain-lain

Taburan Peratusan Agama Penduduk Malaysia, 2010

Rajah 2: Taburan Peratusan Agama Penduduk Malaysia, 2010

Ini bermakna bahawa usaha-usaha dakwah kita selama ini lebih tertumpu kepada

pengislahan umat yang sudah sedia Islam berbanding dengan usaha dakwah rentas-

agama untuk memahamkan penganut agama selain Islam tentang Islam itu sendiri.

Kelab HALUAN Fitrah (KHF) merasakan bahawa inilah peluang serta pentas yang

sesuai untuk orang Melayu Islam keluar berdakwah dengan yakin dengan masyarakat

bukan Islam baik di kejiranan, tempat kerja, tempat awam dan di IPT serta sekolah, di

samping menyantuni sebaik cara golongan mereka yang sudahpun memilih Islam dan

kini bergelar mualaf. Inisiatif dakwah sebegini tidak boleh bertepuk sebelah tangan,

dilakukan oleh pihak NGO sahaja kerana hasilnya akan terbatas.

2. Pengalaman bersama Komuniti Siam Buddha

Dakwah kami bermula dengan komuniti Siam Buddha di sebuah sekolah menengah di

Jejawi, Perlis sejak tahun 2005. Kami dapati ramai pelajar lelaki dan perempuan kaum

Page 88: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

80

Thai di situ sehingga mencecah sekitar 150 orang. Mereka tinggal di beberapa kampung

majoriti Siam berdekatan sekolah seperti Kampung Gelam, Kampung Padang Petani dan

lain-lain. Relawan Kelab HALUAN Fitrah di Perlis adalah berketurunan Thai dan boleh

bertutur dalam bahasa Siam. Apa jua permasalahan yang membabitkan pelajar Thai,

beliau akan dipanggil untuk membantu. Dengan penggunaan bahasa ibunda mereka,

kami sering dapat menziarahi rumah pelajar Siam di situ hingga membuahkan layanan

mesra dan mendapat kerjasama komuniti mereka dengan baik.

2.1 Kaedah Dakwah

Kaedah yang berkesan ialah dakwah individu di mana kami sering menyapa pelajar-

pelajar Thai berkenaan di sekitar sekolah dalam bahasa Melayu. Kami beramah mesra

dengan mereka kerana memahami budaya dan lenggok bahasa mereka yang lembut.

Bahasa Thai hanya digunakan dengan pelajar apabila berada di persekitaran kampung

mereka. Memahami dan mendekati permasalahan hidup mereka dan cuba membantu

seboleh mungkin juga mendekatkan mereka dengan kami. Di segi tindakan, kami tidak

membeza-bezakan di antara pelajar Muslim dengan yang bukan Muslim. Bilamana

terdapat pelajar yang sakit demam atau ada kematian keluarga, kami sedapat mungkin

akan menziarahi mereka sambil membawa buah tangan. Usaha kami adalah untuk

membina hubungan yang baik di antara kami dengan kelompok pelajar Thai ini

sepanjang masa melalui dakwah bil-hal.

2.2 Hasilan

Dengan usaha yang dilakukan, ada yang terpanggil untuk memeluk Islam. Antara

penyebabnya termasuklah ajakan kawan baik, kerana sudah terasa selesa dengan

beberapa amalan yang ada dalam Islam seperti ucapan salam, bacaan fatihah, azan,

berkawan dengan rakan Melayu Islam, dan sebagainya. Ada juga disebabkan pujukan

oleh teman lelaki atau teman wanita yang muslim. Mereka juga terasa bosan dan kurang

percaya dengan agama asal mereka dan sesudah membaca bahan mengenai Islam,

mereka terasa agama ini lebih logik. Selain pelajar Siam, dakwah juga terjadi kepada

guru-guru Cina di sekolah hingga akhirnya ada yang memeluk Islam pada 2009 setelah

berhujah dan berkawan dengan kami.

Alhamdulillah, hubungan kami yang baik dengan JAIPS membolehkan terbinanya

kerjasama yang erat dalam berdakwah kepada golongan Siam dan Cina di Perlis. Usaha

untuk membina jambatan dengan masyarakat Siam sedang diteruskan sehingga kini

dengan kaedah ziarah secara tidak langsung ke rumah-rumah mereka (sambil bertugas

memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan belajar di rumah). Kami juga

menyusun program komuniti berkala termasuk program ulangkaji berkelompok

menggunakan kepakaran Kelab Guru HALUAN. Berkaitan pelajar, kami mendapat

bantuan dan kerjasama yang baik daripada rakan-rakan guru di tempat kerja yang sama-

sama nampak potensi berdakwah kepada mereka. Berlaku peer support yang baik

bilamana lebih ramai guru memahami keperluan berdakwah ini.

Page 89: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

81

3. Pengalaman bersama Komuniti Hindu

Dakwah kepada saudara baru khususnya kaum India bermula dengan pengIslaman satu

keluarga India pada November 2010 seterusnya diikuti oleh beberapa keluarga yang lain

sehingga mencecah bilangan sekitar 40 orang sekarang. Lokasi operasi adalah di sekitar

Johor Bahru melibatkan relawan HALUAN sekitar Johor Bahru, Ulu Tiram, Kota

Tinggi dan Pasir Gudang. Kami menggunakan kaedah perkaderan saudara ataupun peer

dakwah di mana keluarga mualaf berkenaan membuat sesuatu majlis yang membolehkan

kami merapati saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang lain yang belum mengenali

Islam. Daripada situ, mulalah jalinan persahabatan sehingga mereka terpanggil untuk

menerima hidayah Allah SWT. Kami dapati prejudis sangat menebal di kalangan

penganut Hindu terhadap bukan saja orang Melayu tetapi terhadap Islam. Prejudis

mereka terhadap Melayu membuatkan mereka lebih terpinggir daripada Islam anutan

orang Melayu, yang kebetulan sangat terasa berat hati untuk berdakwah kepada

penganut agama Hindu disebabkan prejudis dan prasangka oleh orang Melayu sendiri.

3.1 Kaedah dakwah

Program sumbangan bantuan makanan asasi seperti beras, gula, tepung, minyak serta

wang ringgit sempena Hari Raya Aidilfitri dilakukan pada bulan Ramadhan. Bantuan

kebajikan seperti kos sara hidup, kesihatan, persekolahan dan bantuan kecemasan juga

disediakan. Di samping itu, kelas pengajian agama Islam dilakukan untuk mualaf.

3.2 Hasilan

Saudara baru India serta keluarga mereka berpeluang mendapat pengalaman baru

berbuka dalam suasana tarbawi sesama saudara Islam yang lain. Bantuan kami

membantu meringankan beban saudara baru untuk menyambut IdulFitri dan mereka

boleh merasai kelainan menyambut perayaan Islam berbanding perayaan Hindu sebelum

ini. Ia juga memupuk rasa keyakinan dalam diri bahawa Islam adalah agama

persaudaraan. Natijahnya, ia mendorong ahli keluarga saudara-saudara baru lain yang

belum Islam (serta masih negatif) untuk mendekati Islam. Program yang diaturkan telah

memahamkan mereka asas-asas tauhid, akhlak Islam, dan fardhu ain. Dengan aktiviti

dakwah ini, juga terbina jaringan dan hubungan baik HALUAN dengan agensi kerajaan

(contoh YADIM) dan sektor korporat (contoh JohorCorp)

3.3 Cabaran

Dengan penambahan mualaf India, Kelab kami menempuh masalah sumber kewangan

yang agak kritikal. Kami terpaksa hebahkan keperluan kami kepada kejiranan di

perumahan serta tempat kerja, kenalan, meletak tabung di masjid serta uncang sendiri.

Di samping itu, terdapat juga saudara baru yang terlalu bergantung kepada bantuan

kewangan dan material daripada kami sehingga tidak berusaha berdikari dan ini secara

tidak langsung memberikan tekanan kepada anggota kami untuk mencari sumber

kewangan yang lebih demi dakwah.

Page 90: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

82

Di segi kelas-kelas pengajian pula, kehadiran mereka tidak konsisten disebabkan

oleh jenis pekerjaan mereka dan kesukaran logistik. Ramai di kalangan mereka adalah

warga berpendapatan rendah dan tidak financially independent. Kami juga menghadapi

kekurangan tenaga pengajar yang mampu komited secara istiqamah untuk mendidik para

mualaf ini. Selain itu, tidak ada suatu modul yang tersusun khusus untuk mendidik

saudara baru di sana walaupun usaha kami yang kerdil ini sudah mampu menarik minat

mereka terhadap agama Islam.

3.4 Sumber Yang Diperlukan

Untuk lebih efektif, HALUAN memerlukan sumber kewangan yang kukuh dan

berterusan. Perlunya mengujudkan tabung/dana khusus selain daripada baitulmal untuk

kebajikan saudara baru serta menyediakan mekanisma untuk memudahkan penyaluran

bantuan kewangan dari baitulmal, majlis agama kepada saudara baru menerusi NGO-

NGO terpilih yang melaksanakan dakwah bukan Islam.

4. Pengalaman bersama Komuniti Orangasli (Johor, Perak dan Selangor)

Di Johor, pembuka tirai dakwah Kelab HALUAN Fitrah kepada non-Muslim telah

bermula pada 26 Julai 2009 dengan suatu program kemasyarakatan sehari bersama

dengan masyarakat orang Asli Kampung Pasir Salam, Bt 20, Ulu Tiram, Johor.

Seterusnya kami bersama dengan YADIM untuk santuni masyarakat Orang Asli

Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor bersama Burger Yadim 1Malaysia. Ini

menjadi pembuka tirai dakwah kami di selatan tanahair.

Di Perak, KHF telah fokus kepada anak-anak orang asli di peringkat sekolah rendah

bermula tahun 2004 dengan kerjasama HALUAN Cawangan Negeri Perak dan JHEOA.

Lokasinya adalah di Perkampungan Orang Asli di sekitar Pos Raya dan Sekolah

Kebangsaan Pos Raya, Simpang Pulai, Perak, di era semasa sekolah-sekolah berkenaan

masih di bawah tanggungan JHEOA. Usaha kami adalah dengan menjalin hubungan

antara masyarakat secara berterusan terutama dengan ibubapa pelajar agar mereka mahu

melepaskan anak-anak mereka untuk tinggal di asrama sekolah memandangkan

terpencilnya kediaman mereka di dalam hutan belantara. Kami berusaha untuk menjejaki

kediaman anak-anak kecil ini sambil meyakinkan para tok batin dan ibubapa bahawa

anak mereka (lelaki dan perempuan) akan dijaga dengan sebaiknya. Di samping itu,

kami memberikan kesedaran tentang nilai-nilai hidup yang murni sebagai seorang

pelajar, tentang disiplin, hygiene peribadi dan membentuk sikap yang betul untuk

menuntut ilmu. Mereka yang Muslim diasuh dengan asas-asas aqidah dan fardhu ain

manakala yang bukan Islam didedahkan kepada kecantikan amaliyat seseorang yang

sudah bergelar Muslim.

Golongan sasaran adalah para pelajar orang asli peringkat sekolah rendah (tahun 4 –

6 Muslim dan non- Muslim). Bilangan yang terlibat adalah 43 orang yang menjadi anak

angkat kepada ahli-ahli HALUAN Cawangan Perak. Dengan pendekatan sedemikian,

kami dapat membuka ruang pembelajaran yang lebih luas untuk mereka serta membina

kecemerlangan pelajar bakal pemimpin generasi masa depan. Para relawan HALUAN

Page 91: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

83

bertugas secara bergilir di sekolah angkat ini untuk membantu pembelajaran pelajarnya.

Sekolah ini, berdasarkan sejarahnya yang lampau, tidak pernah mencatatkan sebarang

kelulusan pada tahap ujian UPSR. Namun, setelah penglibatan HALUAN di sana dari

tahun 2004 sehingga 2006, akhirnya sekolah berkenaan berjaya mencatatkan dua

kelulusan buat pertama kali dalam sejarah. Pencapaian yang tidak diduga ini telah

mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Senator Osman Bungsu, yang mewakili kaum

pribumi di dewan sehingga beliau datang melawat sendiri ke sekolah tersebut.Projek

koloborasi HALUAN-JHEOA ini tamat dengan sendirinya pada 2006 selepas sekolah

berkenaan diambilalih oleh Kementerian Pelajaran.

Di Selangor pula, dakwah orangasli diterajui oleh guru serta relawan HALUAN

yang pernah bertugas di Sek.Keb. Bukit Kemandul, Jalan Kebun Baru,Teluk Panglima

Garang, Selangor dari Januari 1999 sehingga 2006. Ianya di kawasan penempatan orang

asli dari puak Temuan. Beliau banyak terlibat dengan usaha membangunkan anak-anak

orang Islam masyarakat Orang Asli di situ. Terdapat juga program dakwah untuk

ibubapa mereka dan masyarakat orang asli yang belum Islam.

Beliau mengendalikan program solat zohor berjemaah dan iqra‘ secara harian kepada

murid-murid Islam Orang Asli. Golongan sasaran adalah anak-anak Orang Asli dan

keluarga mereka. Program luar kepada anak-anak orang asli seperti beberapa lawatan

sambil belajar juga dibuat untuk mengukuhkan ilmu asas Islam dan membina hubungan

lebih mesra dengan mereka. Program tahunan yang melibatkan masyarakat Islam

Orangasli juga dibuat seperti Ihya Ramadhan (di buat selama 3 hari 2 malam) dan

Ibadah Qurban. Manakala program tahunan sambutan Eid Fitri turut dijemput

masyarakat bukan Islam Orangasli sebagai suatu usaha dakwah am kepada mereka. Ada

beberapa orang/keluarga dari kalangan bukan Islam Orangasli yang memeluk Islam

dalam tempoh tersebut dan juga selepas guru berkenaan berpindah ke tempat lain.

Anggaran bilangan sasaran yang terlibat dari dulu sehingga kini adalah sekitar 40

keluarga orangasli berjumlah sekitar 200 orang. Kelab HALUAN Fitrah dibantu oleh

relawan HALUAN dari sekitar Klang, murid dari Sek.Men. Ibnu Khaldun (SMIK) Jalan

Kebun, serta ahli Kelab Siswa HALUAN dan Mahasiswa UIAM.

4.1 Kaedah dakwah

Pelbagai kaedah digunakakan. Antaranya ialah program keagamaan (Islam) bersama

keluarga Muslim, dan dijemput juga yang bukan Muslim untuk meraikan, berbuka puasa

di bulan Ramadhan dan perjumpaan Hari Raya Korban, penyediaan bahan bacaan dan

CD akademik dan Islam, memberikan bantuan bulanan (beras 10 kg) sekeluarga,

program perkhemahan yang mendedahkan pelajar kepada persekitaran baru untuk

membuka minda mereka terhadap kebesaran Illahi. Pelajar telah biasa dengan suasana

hutan dan kami membawa mereka untuk bermalam di tepi laut pula, suatu pengalaman

yang belum pernah mereka kecapi selama ini. Aktiviti santai seperti lawatan ke muzium

(Angkatan tentera/TLDM, sejarah), serta ke zoo dan sebagainya juga dilakukan.

Mengambil pelajar sebagai anak angkat dan membawa mereka bermalam di rumah bapa

angkat serta menziarah keluarga anak angkat di perkampungan orang asli meningkatkan

hubungan baik antara relawan dan orang asli.

Page 92: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

84

4.2 Hasilan

Di Perak, program anak angkat telah memberikan impak dengan terjalin suasana mesra

dan keyakinan antara keluarga anak angkat dan keluarga angkat. Di samping itu,

relawan dapat memahami dengan terus budaya, sikap serta sensitivity orang asli yang

pemalu tahap kritikal, rasa rendah diri dari kaum lain dan wujud jurang sosial dan

budaya dengan kaum lain. Relawan juga dapat menyuntik kesedaran merasakan bahawa

survival dengan ilmu hutan dan sumbernya tidak memadai dan perlu ditambah dengan

ilmu akademik. Mereka juga semakin selesa keluar dari kelompk sosial mereka dan

mampu bergaul yakin dengan anak-anak relawan HALUAN.

Di Selangor, peningkatan ketara kefahaman hokum-hakam serta amalan asas Islam

seperti solat, bacaan Al-Quran, puasa dan penghayatan terhadap Islam dapat dilihat.

Komitmen dan semangat yang tinggi juga ditunjukkan oleh golongan orang asli ini

melalui amalan mereka dan ini menyebabkan ramai kalangan orang asli lain mula

tertarik dengan Islam. Walau bagaimana pun ada juga amalan lama serta tradisi mereka

yang masih diteruskan dan perlu disesuaikan dengan syariat Islam.

4.3 Faktor kejayaan

Di Perak, kejayaan program dengan orang asli ini dicapai dengan komitmen dan

pengorbanan ahli HALUAN, sokongan kewangan yang mencukupi dari Jabatan Hal-

Ehwal Orang Asli (JHEOA) serta kerjasama padu Pengarah JHEOA dan guru-guru S.K.

Pos Raya.

4.4 Penambaikan Yang Perlu

Dalam berdakwah kepada orangasli, kita perlu meningkatkan kerjasama dan koloborasi

dengan Jabatan Agama Islam negeri di samping agensi-agensi lain. Di samping itu, kita

kena mempertingkatkan kemahiran relawan dalam penyampaian ilmu Tauhid dan

Fardhu Ain yang mudah difahami dan diterima oleh orang Asli. Kemahiran relawan

untuk memahami selok-belok orangasli dan memahami pantang-larang serta adat resam

mereka juga penting untuk dipelajari agar dakwah tidak tercemar dek kejahilan para

aktivis. Relawan kena dimahirkan menjawab persoalan yang mereka kemukakan

sebelum membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Mereka dahagakan pendedahan kepada dunia luar sebenarnya. Lawatan-lawatan ke

tempat peribadatan dan muzim kesenian Islam misalnya sangat penting untuk membuka

kotak minda mereka kepada deen ini. Oleh itu, perlu di tambah program berbentuk

perkemahan dan lawatan untuk mereka di samping merangka satu program bimbingan

berjangka panjang.

Page 93: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

85

4.5 Kaedah Dakwah

Pelajar dibiasakan dengan program harian seperti Solat Zohor berjamaah serta latihan

Iqra‘ di Surau Sekolah sebagai persediaan mengubah diri kepada berpandukan amal

Islami. Untuk program Ihya Ramadhan (3 Hari 2 malam) pula, mereka diajak

bertadarus, Iftar, Qiam, sahur serta mendapat Ceramah Motivasi dan Kuliah

agama/fardhu ain daripada pasukan HALUAN terdiri daripada pakar motivasi dan

assatizah.

Di samping itu, kami juga menjalankan Program Sambutan Eid Fitri bersama

Orangasli dengan adanya Jamuan, Sumbangan Hadiah serta Ceramah Agama. Program

Sambutan Eid Adha & Qurban pula diadakan sembelihan sehingga memasak secara

beramai-ramai untuk melibatkan semua ahli keluarga mereka.

4.6 Pengajaran

Pengalaman ini memberikan pengajaran berikut: Perlu ada insentif kedatangan

berbentuk kebendaan (seperti makanan) dan penyertaan ke program lawatan. Kelas Al

Quran petang oleh JAIS mengukuhkan kefahaman dan bacaan. Sokongan Relawan

HALUAN dan pelajar SMIK dalam menjayakan program amat perlu. Penajaan

sebahagian kos program/Iftar daripada pihak wakil rakyat dan JAIS amat membantu

usaha dakwah ini. Sokongan kuat masyarakat Orangasli Muslim dengan turun bergotong

royong beramai-ramai.

4.7 Peluang penambahbaikan

Di sebalik usaha NGO HALUAN, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan seperti

berikut:

a. Para penggerak perlu meningkatkan ilmu dan kompetensi berdakwah kepada

Orangasli kerana masyarakat Orangasli(Muslim dan bukan Muslim)

melihat/menilai/mengambil aktivis sebagai contoh utama.

b. Pihak otoriti seperti JAKIM, JAIS ,MAIS perlu memberikan sokongan lebih padu

dengan memberikan bantuan dan dana yang lebih besar untuk menjayakan

aktiviti/program bersama mereka.

c. Pihak otoriti juga perlu memberi elaun insentif kepada para relawan sebagai galakan

untuk lebih ramai relawan turun membantu menjayakan program dakwah Orangasli,

memandangkan lokasi yang sangat terpencil dan kesulitan hidup di situ

d. Perlu penglibatan lebih ramai Relawan untuk menjadualkan masa dan tugasan.

e. Program Ziarah ke rumah keluarga Orangasli perlu dilaksanakan sebagai usaha

susulan/pemantauan terhadap program-program yang telah dilaksanakan.

f. Program kerjasama dengan penggerak JAKIM di penempatan Orangasli perlu

ditingkatkan untuk menghasilkan suatu sinergi.

Page 94: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

86

5. Pengalaman bersama Komuniti Warganegara Malaysia

Kelab HALUAN Fitrah telah bekerjasama dengan salah sebuah cawangan PERKIM di

Subang Jaya untuk sama-sama menjayakan usaha dakwah untuk mualaf dan non-

Muslims yang semakin ramai di kawasan suburban itu. Mulai tahun 2005, kami telah

berpadu tenaga dengan memulakan kelas-kelas pengajian asas-asas Islam di sini. Pusat

kami dikenali sebagai Islam Information Centre (IIC) Subang Jaya dan diiktiraf oleh

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai salah satu daripada tiga pusat di Selangor

yang mengajar Islam dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Kami juga ditauliahkan untuk

melakukan upacara syahadah dengan dokumentasi lengkap MAIS.

Terdapat ramai pelajar kami yang terdiri daripada warganegara berbangsa Cina,

India, Punjabi, Serani dan suku kaum Sarawak dan Sabah. Ada yang kami syahadahkan,

ada yang bersyahadah di pusat-pusat lain dan ada juga yang belum Islam yang ingin

memahami dan mendekati Islam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Semua

kategori ini kami layan dengan baik dan saksama tanpa sebarang prejudis. Sehingga

2013, kami telah mengIslamkan sekitar 100 orang dan membimbing purata 400 orang

pelajar di pusat kami.

5.1 Kaedah Dakwah

Untuk komuniti ‗mainstream‘ warganegara Malaysia ini, pihak kami telah mengadakan

kelas pengajian Islam 2 – 4 kali seminggu, menurut kemampuan kehadiran pelajar. Sesi

kaunseling aqidah, krisis rumahtangga, nikah-kahwin, penghospitalan, kematian,

perumahan dan perlindungan juga diberikan. Di sampaing itu, perkemahan tahunan di

resort atau peranginan tertentu, majlis korban Aidil Adha bersama mualaf dan sambutan

perayaan aidilfitri dan bantuan zakat diberikan.

6. Pengalaman bersama Komuniti Warga Asing di Malaysia

Serentak dengan pentarbiyahan mualaf warganegara, pusat kami juga melayani

limpahan mualaf warga asing yang terdiri daripada warganegara Filipina, Nigeria,

Indonesia, Botswana, Uganda, German, USA, New Zealand, Ukraine dan sebagainya.

Bilangan mereka pasang-surut bergantung kepada keberadaan mereka secara sah di

dalam negara ini. Majoriti mereka adalah pelajar di kolej-kolej swasta di sekitar Kuala

Lumpur dan Selangor. Ada juga yang merupakan pekerja ikhtisas di syarikat-syarikat

swasta, ada yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan ada pelancong asing

yang kebetulan berada di Malaysia.

6.1 Kaedah Dakwah

Kaedahnya sama seperti di atas kecuali warga asing ini memerlukan permit visa belajar

Islam yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia, setelah disyorkan oleh MAIS dan

JAKIM.

Page 95: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

87

7. Pengalaman bersama Komuniti Bajau Laut Sabah

HALUAN Malaysia menjejak kasih sekumpulan etnik di Sabah iaitu kaum Bajau Laut

melalui pelbagai khidmat bakti yang termampu dan tersusun sejak tahun 2009.

Koloborasi di antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan

HALUAN Malaysia membolehkan kami menyantuni ribuan suku kaum tersebut yang

agak terpinggir daripada arus pemodenan negara dari sudut pendidikan, nafkah,

kesihatan dan sebagainya. Ramai daripada mereka tidak bersekolah dan tidak tahu

membaca atau menulis. Untuk itu, kami telah membina pusat Pembangunan Minda

Insan dan Projek Peningkatan Pendapatan yang diselenggarakan secara kerjasama oleh

KKLW dan HALUAN Malaysia. Selain di daerah Kunak, kami juga menyantuni dua

buah pulau iaitu Pulau Mabul dan Pulau Tandoan.

Jelas terpancar sinar keimanan dan kesungguhan di wajah anak-anak dan penduduk

Bajau Laut ini, menampakkan hajat mereka memperlengkapkan jiwa anak-anak dan diri

sendiri dengan kehidupan Islami. Bagi relawan kami, bahasa kebahagiaan itu terlalu luas

dan lebih bermakna apabila melihat mereka berlumba-lumba melengkapi diri masing-

masing dengan ilmu dan berusaha menghias diri dengan syariat.

HALUAN Malaysia dengan bantuan KKLW telah melaksanakan banyak usaha

mendekati masyarakat Bajau Laut ini dan seterusnya menyediakan keperluan asas

pendidikan kepada anak-anak mereka meskipun dalam kapasiti yang terhad. Namun

kesediaan pihak KKLW melalui geran yang diperuntukkan telah banyak membantu dan

menyalurkan bantuan secara langsung dan tersusun melalui program kendalian

HALUAN Malaysia, sesuai dengan motonya iaitu Berakhlak, Mendidik dan Berbakti

kepada masyarakat. Kepada masyarakat Bajau Laut di Kunak, kesungguhan anak-anak

berjalan kaki kira-kira 5 kilometer ke Pusat Pembangunan Minda Insan kelolaan

HALUAN itu begitu menyuntik semangat dan mampu menjadi contoh kepada anak-

anak kita yang serba serbi manja dalam menuntut ilmu.

8. Komentar berkaitan Tarbiyah & Kebajikan Mualaf

8.1 Tarbiyah

Pengalaman kami selaku NGO di lapangan membawa kepada pelbagai tahap cabaran

dalam menangangi isu-isu non-Muslims dan mualaf dari sudut tarbiyah. Kelab

HALUAN Fitrah memberikan penekanan awal yang lebih terhadap pemantapan ilmu

tauhid berbanding ilmu fiqh amaliyat asas. Pengalaman kami mendapati bahawa

kemantapan ilmu tauhid terlebih dahulu akan mampu membina kendiri iman dan akhlak

para mualaf. Menjawab kesemua persoalan-persoalan di dalam hati mad‘uu itu adalah

perlu agar beliau mendapat kejelasan yang sahih sebelum dan selepas memeluk Islam.

Dengan pemantapan ini, lebih mudah untuk kami membimbing mereka selepas itu untuk

melaksanakan amalan fiqh seperti, ghusul, wuduk, solat, puasa, zakat dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman mentarbiyah, kebanyakan persoalan perihal tauhid

daripada para mualaf boleh disimpulkan kepada beberapa persoalan pokok yang kami

Page 96: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

88

kumpulkan sebagai Soalan Lazim/ Frequently Asked Questions. Ketepatan jawapan dan

teknik menjawab dengan betul serta sabar amat perlu untuk memastikan mualaf

berkenaan mendapat gambaran sejelas mungkin dan berpuashati dengan jawapan yang

diperolehi.

Pendekatan tarbiyah haruslah lebih daripada hanya berinteraksi di suasana formal di

kelas-kelas pengajian atau aktiviti berkala sahaja. Penekanan tarbawi perlu kepada

relawan untuk melawati penempatan atau rumah mualaf, beramah mesra dengan

saudara-mara atau kenalan serumah mereka yang belum Muslim, melawat mereka di

tempat kerja, di samping menjemput mereka ke rumah kita sebagai tetamu bermalam

untuk mengalami kehidupan sebagai seorang Islam, makan bersama serta ke

masjid/surau. Pemberian hadiah berbentuk terjemahan Al-Quran dan bahan multimedia

lain mengenai Islam amat bermakna untuk mereka membina keyakinan diri untuk

mengubah kehidupan daripada seorang yang kafir kepada Allah SWT kepada hidup

tersusun sebagai seorang Muslim baru. Proses ini mengambil masa yang panjang bagi

sesetengah mualaf dan para relawan memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu

bekerja secara berpasukan untuk menjayakan usaha tarbiyah ini.

Pencerahan tauhid untuk non-Muslims sebelum mereka membuat keputusan untuk

memilih Islam mestilah berdasarkan kejelasan dalam hati mereka bahawa agama Islam

ini adalah agama ultimate yakni sesiapa saja yang memilih untuk menjadi Muslim tidak

lagi boleh pilih untuk keluar daripadanya selepas daripada itu. Lazimnya, ada mualaf

yang pernah masuk-keluar pelbagai agama di masa lampau dan merasakan bahawa Islam

pun begitu.

Di segi ilmu fiqh, setelah perihal tauhid jelas di dalam minda mereka, kami dapati

para mualaf lebih mudah dan ringan untuk melaksanakan wajibat-wajibat yang umum

tanpa perlu dipantau-suruh berulangkali. Bila diajar perihal solat, puasa halal dan haram,

mereka lebih mudah menerima dan melaksanakannya. Dengan itu, kami menggunakan

nisbah tarbiyah 60:40 untuk memberatkan kefahaman tauhid sebagai keutamaan

berbanding fiqh.

8.2 Kebajikan

Ironisnya, majoriti mereka yang pilih memeluk agama Islam adalah golongan

berpendapatan rendah baik daripada warganegara mahupun warga asing. Ini menjadikan

isu kebajikan sebagai salah satu agenda yang utama yang perlu ditangani oleh NGO.

Untuk warganegara, pelbagai insentif disediakan oleh otoriti agama untuk menjinakkan

hati mereka dan mempermudahkan laluan mereka menjejaki Islam sebagai agama baru

mereka. Ini tidak bererti bukan warganegara terpinggir kerana ada insentif tertentu yang

disediakan untuk mereka.

Namun insentif yang disediakan oleh pihak otoriti agama adalah berbentuk khusus

seperti elaun kehadiran kelas belajar Islam, bantuan saraan bulanan dan sebagainya.

Sebarang keperluan kewangan berbentuk runcit ataupun administrative untuk

memudahkan kelancaran dakwah agak meleset bagi NGO seperti kami. Keperluan

Page 97: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

89

kebajikan mualaf adalah bertahap-tahap seperti memerlukan perlindungan daripada

buruan, rumah perlindungan, makan-minum, sara hidup, nafkah,pakaian, wang

kecemasan, sakit demam, bahan rujukan dan sebagainya. Mungkin satu mekanisme

boleh diujudkan oleh otoriti agama di mana NGO boleh memperolehi bantuan kebajikan

ini dalam masa 24 jam selepas permintaan dibuat. Jika Jabatan Imigresen dan Jabatan

Pendaftaran Negara boleh memperbaiki sistem response untuk rakyat dengan

penghasilan dalam 24 jam, kenapa tidak jabatan otoriti agama?

9. Cabaran dan Kekangan Yang Dihadapi NGO HALUAN

9.1 Kekurangan dan ketidaktentuan Dana

Dana merupakan cabaran terbesar mana-mana NGO dakwah. Meskipun otoriti agama

mewar-warkan jumlah kutipan zakat beratus juta ringgit saban tahun, sangat sedikit yang

tertumpah ke kantung NGO yang melaksanakan dakwah di aras akar umbi. Prosidur

otoriti agama untuk meluluskan dana kepada NGO berdasarkan per project basis

mahupun ad-hoc adalah terlalu ketat dan penuh birokrasi di atas nama KPI dan sistem

ISO masing-masing. NGO tertanya – dakwah ataukah ISO yang lebih tinggi dan

awlawiyat? Peranan otoriti agama harus jelas di segi keutamaan di mana ruang dakwah

tidak boleh disempitkan dengan birokrasi dan sistemik yang ada kerana ia melambatkan

malah merencatkan peluang membawa hidayah kepada golongan yang sedang mencari

makna dalam kehidupan ini.

9.2 Carian relawan yang berminat dakwah rentas-agama

Carian ini bukan lagi boleh ditangkap muat seperti dahulu oleh kerana cabaran daripada

arus anti-dakwah bukan muslim kini semakin hebat. Bermakna, NGO seperti kami

bukan setakat kena merekrut relawan da‘ie tetapi juga melatih serta mempersiapkan

mereka dengan ilmu dan kemahiran dakwah rentas-agama yang secukupnya sebelum

memberikan mereka tanggungjawab beraktiviti. Relawan perlu minat serta mampu

komited dalam bidang muqaranah al-adyan, boleh luangkan masa dan sanggup hadiri

kursus-kursus tambahan.

Sumber manusia yang mencukupi ini perlu digandingkan dengan bahan/tools yang

mantap serta ilmu yang mencukupi untuk melaksanakan kerja dakwah secara efisyen

dan terhormat. Otoriti agama selain mendanakan aktiviti dakwah untuk mualaf perlu

juga menyediakan peruntukan untuk penyediaan kader-kader ini di peringkat NGO.

Antara lain, kurangkan karenah birokrasi dan anjurkan kursus-kursus perbandingan

agama, teknik dakwah, bahasa, komunikasi berkesan, serta teknik memahami dan

memecah kemelut adat resam setempat.

Kelab HALUAN Fitrah melaksanakan sesi latihannya sendiri dengan berganding

dengan rakan NGO lain dalam mengkaderkan lebih ramai relawan. Setakat ini, kami

beraktiviti di tujuh buah negeri termasuk di Sabah.

Page 98: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

90

9.3 Fasiliti infrastruktur kekal

Fasiliti kekal amat perlu kerana beberapa sebab. Sesebuah NGO perlu dijenamakan

dengan sebuah pusat rujukan, bimbingan dan aduan mualaf pada bila-bila masa. Semua

orang termasuk non-Muslim akan dapat kenalpasti pusat gerakan tersebut untuk tujuan

rujukan dan sebagainya. Fasiliti kekal ini juga boleh disesuaikan dengan indahnya Islam

dengan ruang yang selesa untuk belajar, consultation, khutub khanah, bilik tumpangan,

tandas dan sebagainya. Di mata non-Muslim, pusat sedemikian mampu menaikkan imej

Islam dan NGO yang mempeloporinya.

Malangnya NGO dakwah tidak pernah ada dana yang cukup untuk menyiapkan

fasiliti kekal seperti itu kerana apa jua dana yang terkumpul sering dihabiskan untuk

aktiviti dakwah yang lain. Sudah tiba masanya otoriti agama mengenalpasti NGO-NGO

yang serius melaksanakan dakwah non-Muslim seperti HALUAN untuk membantu

mereka membina fasiliti tersebut yang boleh juga berbentuk rumah perlindungan

sementara/halfway house, pusat pembelajaran dan juga pejabat.

9.4 Penglibatan Jabatan Imigresen dalam dakwah

Selain otoriti agama di pusat dan negeri-negeri, sebuah jabatan lain yang berkaitan rapat

dalam usaha dakwah mualaf dan non-Muslim adalah Jabatan Imigresen Malaysia.

Jabatan ini bertanggungjawab mengawal selia dan memantau status sah visa ikhtisas

belajar Islam mualaf antarabangsa. Selama kami beroperasi, jabatan ini telah

memberikan kerjasama yang baik untuk membolehkan pelajar antarabangsa untuk

khusus belajar tentang Islam di seluruh negara, asalkan dokumen perjalanan mereka

berada dalam tahap sah.

Akhir-akhir ini, kami dapati Jabatan Imigresen semakin kurang memberikan

kerjasama dan persefahaman yang boleh membantu usaha dakwah untuk kelompok

antarabangsa ini. Otoriti agama seperti Majlis Agama Islam negeri dan JAKIM sendiri

sudah semakin kurang pengaruh dalam menyantuni kerjasama jabatan ini hinggakan

polisi mutakhirnya banyak yang membantutkan usaha dakwah antarabangsa. Banyak

daripada keputusanya dibuat tanpa pengetahuan otoriti agama sendiri, dan tanpa jalan

untuk negosiasi. Dalam keghairahan Jabatan Imigresen untuk mengawal kemasukan

warga asing berisiko tinggi seperti daripada negara Afrika, benua China dan

EropahTimur misalnya, blanket policynya telah menyekat peluang-peluang dakwah

yang pernah kami dan NGO lain gunakan untuk sampaikan Islam kepada sasaran

dakwah antarabangsa. Polisi-polisinya mutakhir ini semakin menyekat kemasukan non-

Muslim ke Malaysia yang kemudiannya mereka menganut Islam dan belajar tentang

Islam di sini.

Sayugia diingatkan bahawa banyak pintu dakwah kepada Islam dipelopori oleh

NGO, yayasan dakwah dan jabatan-jabatan agama Islam yang tidak menawarkan kursus

bersijil secara akademik mirip IPTA dan IPTS tetapi lebih kepada kaedah tahsin dan

tarbiyah dzatiyah. Dukacita polisi mutakhir Jabatan Imigresen berkaitan hal ini telah

semakin menyamai pembelajaran Islam dengan kaedah pengajian akademik biasa di

Page 99: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

91

mana bakal pelajar yang ingin belajar mengenai Islam dikehendaki memohon masuk ke

institusi tertentu di Malaysia terlebih dulu sebelum memasuki sempadan negara,

sedangkan mereka bukan ingin mengejar kelulusan akademik tetapi untuk memahami

tasawur Islam dan memeluk agama ini. Polisi unilateral sebegini tanpa terlebih dahulu

berbincang dengan teliti dengan otoriti agama bakal merugikan usaha dakwah Islam

keseluruhannya.

10. Saranan dan Perspektif Dakwah & Tarbiyah Ke Arah Keberkesanan Kekal

a. Sudah tiba masanya diujudkan gandingan lebih serius dan bersifat kekal jangka

panjang di antara JAKIM, Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jabatan-Jabatan

agama, Jabatan Imigresen (health tourism vs. Islamic studies tourism), Jabatan

Pendaftaran, dan NGO-NGO di lapangan

b. Pendanaan yang konsisten dan beraudit perlu disalurkan kepada NGO-NGO yang

serius kerana merekalah pemangkin dakwah kepada para mualaf dan non-Muslim,

sebagai rakan sinergi kepada Majlis dan Jabatan Agama negeri-negeri yang sentiasa

menghadapi kekangan masa dan sumber tenaga manusia

c. Otoriti agama harus membantu NGO menyiapkan binaan kekal berbentuk pejabat

dakwah yang mengalukan kemasukan masyarakat kepada Islam di urban centres dan

pekan-pekan kecil

d. Melatih human resources daripada sumber NGO-NGO untuk mendepani isu,

permasalahan dan solusi muqaranah al-adyan agar mereka fasih, tersusun dan tertib

dalam mempersembahkan Islam kepada mualaf dan non-Muslims

e. Merangka kurikulum yang paling sesuai dan realistik – daripada sudut perspektif

kesediaan naluri mualaf sendiri - untuk prospek non-Muslim, starter kit untuk mualaf

baru serta panduan harian untuk mualaf lama agar contentnya dapat dihuraikan

dengan baik dan teratur oleh guru-guru yang mengajar mereka

f. Untuk orangasli, otoriti agama harus membantu NGO untuk membina dan

institusikan surau dan rumah petugas dakwah di dalam penempatan sasaran orangasli

yang akan berkampung secara bergilir tetapi konsisten di penempatan tersebut. Ini

mirip perancangan pihak misionari yang berani mendirikan gereja dan tadika kristian

di penempatan seperti itu. Ini akan memastikan bahawa setiap masa NGO Islam

yang diamanahkan akan sentiasa berada di kalangan orangasli untuk membimbing

mereka dalam selok-belok kehidupan sebagai Muslim yang sejati, tidak hanya

dengan melawat mereka secara berkala sahaja

g. Untuk NGO yang mampu tunjukkan komitmen yang jelas, sediakan elauns khas

yang menarik untuk membolehkan mereka merancang dengan baik dan meletakkan

sumber manusia terlatih di pusat-pusat dakwah berkenaan. Otoriti agama harus

mengadakan pemantauan di semua pusat-pusat berkenaan agar selari dengan objektif

umum Islam

h. Kenalpasti hotspots dakwah dan agihkan tugasan di antara NGO2 Islam dengan

kerjasama otoriti agama berkenaan

i. Pihak JAKIM harus mengambil pendirian baru dengan tidak memposisikan dirinya

sebagai agensi yang ―berkecuali daripada aktiviti mendakwah kepada bukan Islam

dan hanya menumpukan kepada maslahat orang Islam sahaja‖. JAKIM tidak lagi

boleh berbelah bagi dalam dakwah kerana ―risau dituduh sebagai agensi kerajaan

Page 100: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

92

yang mendakwah kpd non-Muslims‖ oleh pihak-pihak tertentu termasuk pelobi

agama di Parlimen dan sebagainya. Ini kerana kerja berdakwah kepada bukan Islam

itu mendapat mandat dan perlindungan di bawah Perlembagaan Negara.

11. Kesimpulan

Setiap kelompok sasaran dakwah yang kami sebut di dalam kertaskerja ringkas ini ada

keunikannya sendiri. Adalah mustahil sesebuah NGO Islam akan dapat menangani

kesemua keperluan mereka dari segi tarbiyah dan kebajikan secara serentak tanpa

bantuan daripada luar terutamanya otoroti agama di pusat dan negeri. Kecamukan

metodologi dakwah kepada mualaf dan bukan muslim kini di peringkat kronik

sehinggakan berlaku pembaziran sumber, kesamaran dan gerhana dalam tindakan dan

halatuju kerana tiadanya koordinasi yang baik di antara agensi-agensi dengan NGO-

NGO lapangan terbabit, di samping organisasi dan individu tertentu yang melaksanakan

dakwah sebegini.

Sepatutnya sasaran utama kita untuk dua kelompok sasaran ini adalah tarbiyah dan

kebajikan; yang satu untuk memantapkan ruh dan jatidiri mereka, dan yang satu lagi

menjaga maslahat duniawi mereka semasa dalam transit menjadi seorang mualaf agar

tidak tercemar dengan ugutan mahupun pemesongan pihak luar yang tidak

bertanggungjawab.

Sebagai salah satu NGO yang aktif bergerak ke arah dakwah mualaf dan bukan

Islam, harapan kami adalah agar otoriti agama mengendurkan prosidur birokrasi mereka

dan mengambil pendekatan berbentuk kerjasama yang lebih erat dengan pihak kami.

Dengan pihak selain otoriti agama tetapi memainkan peranan yang tidak kurang penting

seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, perubahan sikap dan polisi

perlu ditangani untuk akhirnya memenangkan dan menjayakan usaha dakwah Islamiyah

di Malaysia ini.

Page 101: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

93

Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani

Emosi Mualaf

Salasiah Hanin Hamjah

Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Golongan mualaf merupakan saudara Islam yang perlu diberikan

sokongan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tanpa sokongan daripada sesama umat

Islam, golongan ini akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah gangguan

emosi seperti tertekan, sedih, kecewa, berasa bersendirian, terpinggir dan seumpamanya.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah emosi yang dihadapi

oleh golongan mualaf ialah menerusi pendekatan kaunseling. Pendekatan ini memberi

ruang kepada golongan mualaf untuk menjelaskan emosi yang dihadapi kepada

kaunselor profesional dan cara mengatasinya. Meskipun terdapat pelbagai jenis

gangguan emosi yang dihadapi oleh golongan mualaf, tetapi kajian ini hanya fokus

kepada gangguan emosi sedih dan kecewa. Justeru itu, kajian ini memberi fokus kepada

pendekatan al-Ghazali dalam mengatasi emosi sedih dan kecewa dan kaedah penerapan

idea tersebut untuk diaplikasikan dalam sesi kaunseling yang dijalankan bersama

golongan mualaf supaya golongan ini dapat hidup lebih ceria dan boleh terus kekal

sebagai orang beriman. Kajian ini mendapati antara pendekatan yang disarankan oleh al-

Ghazali bagi mengatasi emosi sedih dan kecewa adalah seperti mujahadah al-nafs,

konsep ganjaran pahala, hikmah musibah, dunia sementara, ingat mati, zikir dan

mengambil pengajaran daripada orang yang lebih rendah dan serba kekurangan.

Keywords : kaunseling, mualaf, al-Ghazali, hikmah, pahala

Pengenalan

Rasa syukur memenuhi ruang hati saudara baru kita kerana terpilih menerima hidayah

Allah untuk memeluk agama suci, Islam. Tanpa hidayahNya mungkin mereka masih

lagi tercari-cari agama yang benar, mengejar ketenangan dan masih kabur tentang

matlamat sebenar hidup ini. Namun, dalam kesyukuran dan ketenangan tersebut masih

ada juga sedikit kegelisahan di hati lantaran banyak cabaran harus ditempuhi. Cabaran

tersebut datang dari pelbagai sudut sama ada daripada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan

mahupun masyarakat sekitar. Kekuatan iman dan spiritual sangat perlu dalam

menghadapi cabaran ini supaya golongan ini terus kekal menjadi insan beriman dan

bertaqwa kepada Allah s.w.t. Justeru itu, Allah s.w.t akan menguji setiap hamba-

hambaNya bagi menilai sejauhmanakah keimanan mereka terhadapNya dan ujian yang

diberikan itu adalah bersesuaian mengikut kadar keimanan dan pegangan agama mereka

(Ibn Kathir 2000 J.3:408) .

Page 102: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

94

Ini bertepatan dengan firman Allah (al-‗Ankabut 29:2) ;

ركوا أن ي قولوا آمنا وىم ال ي فت نون أحسب الناس أن ي ت

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan

hanya berkata : ―Kami beriman‖ sedang mereka tidak diuji (dengan

sesuatu cubaan)

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah emosi yang

dihadapi oleh golongan mualaf ialah menerusi pendekatan kaunseling. Pendekatan ini

memberi ruang kepada golongan mualaf untuk menjelaskan emosi yang dihadapi kepada

kaunselor profesional dan berbincang mengenai alternatif penyelesaian masalah. Emosi

saudara baru biasanya bercampur baur antara suka dan duka, sedih dan gembira, kecewa

dan bahagia, malah ada juga yang berasa bersendirian, terpinggir dan sebagainya. Oleh

itu, kertas kerja ringkas ini hanya fokus kepada emosi sedih dan kecewa sahaja kerana

setiap jenis emosi mempunyai pendekatan yang pelbagai dalam mengatasinya.

Pandangan Imam al-Ghazali pula dipilih bagi membincangkan kaedah mengatasi emosi

sedih dan kecewa tersebut. Kertas ini juga mencadangkan kaedah menerapkan

pendekatan al-Ghazali dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor bersama

klien khususnya klien mualaf supaya golongan ini dapat hidup lebih ceria dan boleh

terus kekal sebagai orang beriman.

Pendekatan Kaunseling dalam Menangani Emosi Sedih dan Kecewa dalam

Kalangan Mualaf

Terdapat beberapa peringkat pelaksanaan sesi kaunseling. Pada kebiasaannya proses ini

dimulai dengan membina hubungan kemesraan (rapport) antara kaunselor dengan klien,

meneroka masalah dan mengenalpasti punca, mencari alternatif penyelesaian masalah,

pemilihan strategi dan pelan tindakan, membuat penilaian terhadap strategi yang

dilakukan dan melakukan penamatan sesi kaunseling.

Peringkat pertama : Membina rapport dengan klien

Membina rapport dengan klien bermaksud suatu keadaan di mana kaunselor dapat

menghormati klien, menjaga rahsianya, menyambutnya dengan berjabat tangan dan

penuh mesra sehingga klien merasa selesa (al-Syannawi t.th:205 ; Abu ‗Aitah 1988:154;

Peterson & Nisenholz 1991:89).

Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan

perhubungan antara kaunselor dengan klien. Perhubungan akan terbina dengan baik

melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.

Kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkahlaku yang meyakinkan

serta sentiasa menunjukkan kemesraan. Kaunselor hendaklah membina tanggapan

pertama yang positif di hati klien (Sapora et.al 2002:95). Kaunselor perlu bersikap

ramah mesra, menerima kehadiran klien dalam keadaan gembira, berwajah jernih serta

terpancar di wajahnya semangat persaudaraan yang tinggi (Al-Ghazali 2000 J.2:269). Seorang yang mesra juga akan murah senyuman dan sopan tutur katanya. Sifat-sifat

Page 103: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

95

begini menyenangkan klien sehingga klien merasa dirinya dihargai dan disenangi (Aziz

Salleh 1994:41).

Sebagai langkah awal, kaunselor boleh mempersilakan klien supaya masuk ke

bilik kaunseling. Adalah lebih baik bagi seorang kaunselor, sebelum memulakan sesi

kaunseling, berjabat tangan terlebih dahulu dengan klien sekiranya kaunselor dan klien

sama jantina. (Mohammad Nidzam 2009:25). Selepas bersalaman, adalah baik sekiranya

kaunselor mengajak klien sama-sama membaca Bismillah dan al-Fatihah. Setelah itu,

penstrukturan dilakukan. Proses penstrukturan ini melibatkan aktiviti informed consent,

menjelaskan masa yang diambil bagi satu sesi kaunseling dan etika kerahsiaan. Setelah

klien memahami dan bersetuju barulah sesi berkenalan dimulakan. Kaunselor hendaklah

memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada klien dalam keadaan memberikan

senyuman (al-Dib. 2004:106). Perkenalan dimulakan dengan cuba mengenali di antara

satu sama lain melalui maklumat-maklumat umum seperti nama, keluarga, tempat

tinggal dan sebagainya yang menjadi asas dalam perkenalan (Abd. Rahman 2005:25).

Malah adalah lebih baik sekiranya nama klien dapat diingati oleh kaunselor (al-Dib.

2004:106).

Dalam kaunseling, proses membina rapport bukan sekadar pertemuan awal

antara dua individu tetapi lebih merupakan satu usaha mewujudkan hubungan yang

selesa tanpa ragu-ragu atau dalam keadaan penuh yakin bahawa kaunselor bersedia

membantunya mengatasi masalah (Siti Zalikhah 2002:14). Membina rapport yang baik

dengan klien mualaf sangat penting supaya klien merasa selesa untuk meluahkan

perasaannya sehingga proses penerokaan dapat dijalankan dengan berjaya. Tanpa

hubungan kemesraan yang tulen, proses kaunseling seterusnya akan sukar dilaksanakan

dan lebih membimbangkan apabila klien hilang kepercayaan kepada kemampuan

kaunselor, klien akan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sesi kaunseling.

Peringkat kedua : Penerokaan Masalah dan Mengenalpasti Punca

Di peringkat ini kaunselor perlu bijak meneroka masalah klien dan mengenalpasti punca

sebenar masalah lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan emosi sedih dan kecewa.

Kadang-kadang klien datang dengan pelbagai cerita tetapi klien sendiri bingung apakah

masalah sebenar yang dihadapinya. Dengan menggunakan kemahiran kaunseling seperti

menyoal, memberi dorongan minima, membuat para frasa, membuat rumusan dan

sebagainya, kaunselor dapat mengenalpasti punca sebenar masalah yang menyebabkan

klien sedih dan kecewa. Secara ringkasnya peringkat ini adalah peringkat yang

memerlukan pemahaman dan aplikasi kemahiran kaunseling.

Antara perkara yang boleh ditanya semasa meneroka masalah adalah seperti

sejarah hidup dan latar belakang, perasaan yang sedang dihadapi, perubahan perlakuan

yang dialami, cara dan corak pemikiran, nilai hidup klien, kekuatan dan kelemahan

klien, kaitan masalah dengan persekitaran dan orang lain serta keadaan kehidupan

seharian klien (Maznah Baba & Zainal Madon 2003:76).

Seorang kaunselor perlu juga mengetahui gambaran umum mengenai faktor

biasa menyebabkan seorang mualaf sedih dan kecewa. Antara faktor yang sering

Page 104: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

96

dikaitkan dengan penyebab timbulnya perasaan sedih dan kecewa dalam kalangan

mualaf ialah penerimaan keluarga tentang keputusannya memeluk Islam, mendapat

tentangan dan ada sebahagiannya dipulaukan oleh keluarga. Selain itu terdapat juga

masalah lain yang boleh menyebabkan emosi sedih dan kecewa berlaku dalam

kehidupan seorang mualaf sebagaimana juga dihadapi oleh orang lain seperti musibah

atau ujian hidup. Musibah atau ujian hidup ini termasuklah kematian orang yang

dikasihi, ditinggalkan orang yang disayangi, kemusnahan atau kehilangan harta benda,

kegagalan dalam bidang yang diceburi seperti kegagalan dalam pekerjaan, perkahwinan,

percintaan, pelajaran, perniagaan dan sebagainya. Tidak mustahil juga akan terkeluar

pelbagai masalah lain yang kadang-kadang tidak pernah terlintas pun dalam pemikiran

kaunselor. Dalam situasi ini kaunselor tidak boleh menunjukkan rasa terkejut, panik atau

memandang hina, sebaliknya bersikap tenang, bersedia dan berfikir secara profesional.

Peringkat ketiga : Mencari Alternatif Penyelesaian Masalah

Setelah kaunselor mengenalpasti punca sebenar masalah yang menyebabkan klien

mualaf sedih dan kecewa, kaunselor boleh menerapkan pendekatan al-Ghazali sebagai

langkah alternatif bagi mengatasi emosi tersebut. Meskipun al-Ghazali mempunyai

pelbagai pendekatan, tidak semua pendekatan tersebut harus diberikan kepada setiap

klien mualaf yang menghadapi masalah seperti ini. Pertimbangan kaunselor sangat

penting dalam menentukan pendekatan yang sesuai mengikut kes serta tahap emosi

sedih dan kecewa yang dialami oleh klien. Antara pendekatan al-Ghazali yang boleh

dijadikan sebagai prosedur alternatif penyelesaian masalah adalah seperti berikut;

1. Mencadangkan klien supaya bersikap reda dengan ketentuan Allah s.w.t di

samping menginsafi bahawa reda dengan ketentuan Allah s.w.t adalah merupakan

salah satu bukti cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Kecintaan yang

mendalam itu menyebabkan dia reda merasai kesusahan dalam menghadapi

perkara-perkara yang mengecewakan (al-Ghazali 2000 J.4:269; al-Ghazali

2006:298).

2. Memberikan maklumat kepada klien bahawa Allah s.w.t akan memberikan

ganjaran pahala di atas kesabarannya menempuh kekecewaan (al-Ghazali 2000

J.4:269; al-Ghazali 2006:298; M.Chatib Quzwain 1985:107; Muslih 2002:64).

3. Menjelaskan kepada klien bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di

sebaliknya. Ini dinyatakan al-Ghazali (2000 J.3:584) sebagaimana berikut ;

―Benarlah bagai dikata bahawa setiap yang Allah s.w.t ciptakan itu ada

hikmahnya dan tidak Allah s.w.t ciptakan itu melainkan ada nikmatnya sama ada

kepada semua hambaNya atau kepada sebahagiannya sahaja. Sesungguhnya pada

setiap bala (musibah) itu ada nikmat dan menjadi kewajipan hamba untuk

bersabar dan bersyukur menghadapi keduanya‖

Kenyataan al-Ghazali ini adalah selari dengan firman Allah s.w.t yang

menjelaskan bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah iaitu hikmah kebaikan

berkat kesabaran menghadapi musibah (al-Baqarah 2:156-157):

Page 105: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

97

هم مصيبة قالوا إنا للو وإنا إليو راجعون ) م 651الذين إذا أصاب ت ( أولئك عليهم صلوات من ربه ( 651) ورحة وأولئك ىم المهتدون

(Iaitu) orang –orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,

mereka berkata ― Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah

jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan

berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah

orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

4. Memberikan kesedaran kepada klien bahawa kehidupan di dunia ini adalah sebuah

kehidupan yang sementara serta setiap individu pasti akan menghadapi kematian

(al-Ghazali 2000 J.3:242 & 239). Justeru itu, apalah besar sangat masalah yang

dihadapi berbanding dengan kebesaran Allah yang telah memberinya tawfiq dan

hidayah yang tiada ternilai nikmatnya.

5. Mencadangkan klien supaya memperbanyakkan mengingati kematian kerana

mengingati kematian dapat mengurangkan tumpuan dan kebergantungan manusia

kepada urusan dunia. Ini dinyatakan al-Ghazali (2000 J.4:412 & 414; al-Sayyid

Muhammad Nuh 1999 J.4:166) sebagaimana berikut ;

― Pada mengingati kematian itu terdapat pahala dan kelebihan. Bagi orang yang

terlalu cintakan dunia, mengingati kematian ada faedah lantaran dia dapat

merenggangkan dirinya daripada urusan dunia‖.

Mencadangkan klien supaya memperbanyakkan zikir kepada Allah dan

bertafakkur bagi menghindarkan hati terlalu sibuk memikirkan tentang kesedihan

dan kekecewaan atas apa jua masalah yang menimpa (al-Ghazali 2006:182). Ini

bertepatan dengan firman Allah yang menjelaskan bahawa mengingati Allah s.w.t

merupakan kunci kepada ketenangan jiwa (al-Ra‗d 13:28) ;

الذين آمنوا وتطمئن ق لوب هم بذكر اللو أال بذكر اللو تطمئن القلوب

Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan

zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati

manusia.

6. Mendorong klien supaya melihat individu yang menghadapi cabaran yang lebih

teruk sebagaimana al-Ghazali berpesan supaya kita melihat individu lebih rendah

daripada dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dunia supaya

mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepadanya serta lihatlah individu yang

lebih tinggi kedudukannya dalam agama supaya tidak terlalu mendambakan

keduniaan serta dapat mempertingkatkan amalan kebajikan (al-Ghazali 2000

J.3:579). Apa yang dinyatakan al-Ghazali ini adalah bertepatan dengan sebuah

hadith :

عت رسول اللو صلى اللو عليو وس ه عبد اللو بن عمرو قال س لم ي قول عن عمرو بن شعيب عن جدهيكتبو اللو شاكرا وال صابرا من نظر خصلتان من كان تا فيو كتبو اللو شاكرا صابرا ومن ل تكونا فيو ل

ى ما فلو بو ف دينو إل من ىو ف وقو فاق تدى بو ومن نظر ف دن ياه إل من ىو دونو فحمد اللو عل

Page 106: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

98

ر ف دينو إل من ىو دونو ونظر ف دن ياه إل من ىو ف وقو فأسف عليو كتبو اللو شاكرا صابرا ومن نظ على ما فاتو منو ل يكتبو اللو شاكرا وال صابرا

Sesiapa yang ada padanya dua sifat ini akan dicatat di sisi Allah s.w.t sebagai

orang yang bersyukur dan sabar dan sesiapa yang tiada sifat-sifat ini pula tidak

akan dicatat di sisi Allah s.w.t sebagai orang yang bersyukur dan sabar iaitu

sesiapa yang melihat urusan agamanya kepada orang yang lebih tinggi

daripadanya maka dia terdorong untuk mencontohinya (mengikutnya), dan

sesiapa yang melihat urusan dunianya kepada orang yang lebih rendah daripada

dirinya nescaya dia akan mensyukuri nikmatNya di atas kelebihannya berbanding

orang tersebut maka dicatat Allah sebagai seorang yang sabar lagi bersyukur.

(Hadith riwayat al-Tirmidhi (J.4 :379-380), Kitab Sifat al-Qiamah wa al-Raqa‘iq wa

al-War‗)

Selain langkah-langkah tersebut, terdapat juga alternatif lain bagi menyelesaikan

masalah klien berkaitan dengan emosi sedih dan kecewa. Seandainya mereka merasa

sedih dan kecewa dengan tindakan keluarga menentang dan memulaunya, klien boleh

dicadangkan juga supaya memperbanyakkan berdoa semoga ahli keluarganya turut

mendapat hidayah dan suatu hari kelak akan mengikut jejak langkahnya memilih Islam

sebagai agama suci yang dianuti. Jika klien mualaf berasa sedih dengan tingkahlaku

saudara muslim lama yang tidak memberi sokongan kepadanya dan menunjukkan

contoh teladan yang baik, kaunselor boleh mencadangkan klien supaya bersikap reda

dan bersabar dengan ujian Allah. Jika kaunselor mendapati klien mempunyai

kemampuan adalah lebih baik seandainya klien mualaf disarankan dapat berdakwah

mengajak saudara muslim lama supaya kembali mengamalkan ajaran Islam.

Selain itu, kaunselor boleh juga mencadangkan klien supaya mendirikan solat

selepas bangun daripada tidur (qiyam al-lail) pada dua pertiga, seperdua atau sepertiga

malam juga perlu dilakukan oleh seseorang bagi memberikan kekuatan kepadanya

menghadapi permasalahan hidup. Galakan mengerjakan qiyam al-lail ada dinyatakan

dalam al-Quran (al-Muzammil 73:20) :

ر إن ربك ي علم أنك ت قوم أدن من ث لثي الليل ونصفو وث لثو وطائفة من الذين معك واللو ي قدههار الليل والن

Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya

engkau bangun (sembahyang tahajjud) selama kurang daripada dua pertiga

malam, dan selama seperduanya dan selama sepertiganya dan (demikian

juga dilakukan oleh) segolongan dari orang yang bersama-samamu (kerana

hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang

menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.

Galakan mengerjakan qiyam al-lail turut dinyatakan di dalam hadith

Rasulullah s.a.w sebagaimana berikut ;

رسول اللو صلى اللو عليو وسلم أفل الصالة ب عد الفرية قيام الليل قال

Page 107: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

99

Rasulullah s.a.w bersabda ―Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah

qiyam al-lail.‖ (Hadith riwayat al-Nasa‘i, Sunan Al-Nasa‘i, J.3, bab Qiyam al-lail wa

Tatawwu‗ al-Nahar)

Rasulullah s.a.w bukan sekadar menggalakkan umatnya mendirikan qiyam al-lail

tetapi turut menyatakan banyak kelebihan akan diperolehi oleh orang yang mengerjakan

qiyam al-lail antaranya akan dihapuskan dosa serta dapat menghampirkan diri kepada

Allah s.w.t. ;

عليكم بقيام الليل فإنو دأب عن أب أمامة عن رسول اللو صلى اللو عليو وسلم أنو قال هاة لإلث يهئات ومن لكم وىو ق ربة إل ربهكم ومكفرة للس الصالني ق ب

Kerjakanlah qiyam al-lail kerana ia merupakan amalan (keadaan) orang

salih sebelum kamu dan dapat menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu,

menghapuskan dosa serta mencegah daripada melakukan dosa.

(Hadis riwayat Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, J.5, Kitab al-Da‗awat)

Antara solat yang biasa dilakukan bagi mencari ketenangan pada waktu malam

ialah solat tahajjud, hajat, witir, istikharah dan sebagainya. Galakan mendirikan solat

tahajjud selepas bangun daripada tidur terdapat di dalam al-Quran sebagaimana firman

Allah s.w.t (al-Isra‘ 17:79);

عثك ربك مقاما ممودا د بو نافلة لك عسى أن ي ب ومن الليل ف ت هج

Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah

sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu

semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat, di

tempat yang terpuji.

Selain al-Quran, Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya mendirikan solat

tahajjud malah baginda sendiri mengerjakan solat tersebut sebagaimana dinyatakan

dalam sebuah hadith :

ع ابن عباس رضي اللو عنو قال كان النب صلى اللو عليو وسلم إذا قام من عن طاوس سد الليل ي ت هج

Daripada Tawus yang mendengar Ibn ‗Abbas berkata ―Adalah Nabi

Muhammad s.a.w jika bangun daripada tidur pada waktu malam dia

bertahajjud‖. (Hadith riwayat al-Bukhari dalam Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari,

J.14, Kitab al-Da‗awat)

Page 108: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

100

Ayat al-Quran dan hadith di atas menggambarkan bahawa solat tahajjud amat

perlu dikerjakan apabila seseorang itu melakukan qiyam al-lail. Solat hajat juga tidak

kurang pentingnya dikerjakan sewaktu qiyam al-lail malah solat ini amat perlu

dilaksanakan ketika seseorang itu mengalami kesusahan dan mengharapkan kebaikan

pada agama dan dunia (al-Ghazali 2000 J.1:324).

Peringkat Keempat : Pemilihan Strategi dan Pelan Tindakan

Setelah menerangkan pelbagai pendekatan yang disyorkan oleh al-Ghazali bagi

mengatasi emosi sedih dan kecewa, kaunselor perlu berbincang dengan klien dan

memutuskan apakah strategi yang dipersetujui untuk dilaksanakan oleh klien. Ikat

perjanjian bahawa klien akan menjadikannya sebagai homework yang akan dibuat

susulan mengenai pelaksanaannya pada sesi berikutnya.

Dalam membincangkan strategi dan pelan tindakan, beberapa perkara perlu

dititikberatkan. Kaunselor dan klien boleh menyenaraikan pilihan, alternatif dan strategi

yang hendak dilaksanakan. Selepas itu, perbincangan dilakukan terhadap pilihan yang

sedia ada berdasarkan maklumat dan keadaan hidup klien. Perkara ini disusuli pula

dengan menetapkan beberapa pilihan alternatif yang hendak dilaksanakan. Lakukan

perbincangan secara mendalam mengenai alternatif tersebut. Tugas kaunselor pada

waktu ini adalah memberi keyakinan dan dorongan kepada klien supaya melaksanakan

pilihan alternatif itu. Setelah klien berjaya melaksanakan alternatif yang dipersetujui

bersama kaunselor dan klien, proses menilai pelaksanaan yang dilakukan oleh klien pula

dilakukan dan akhirnya membincangkan tindakan susulan atau isu baru yang timbul

(Maznah Baba & Zainal Madon 2003:76).

Peringkat Kelima : Membuat Penilaian

Salah satu aspek penting dalam proses penilaian adalah kemajuan klien (Sapora et al

2002:87). Di peringkat ini, kaunselor perlu mendapatkan feedback mengenai homework

yang diberikan kepada klien terutamanya mempraktikkan saranan Imam al-Ghazali

dalam mengatasi emosi sedih dan kecewa. Kaunselor boleh menilai kemajuan klien dari

aspek kawalan emosi dan tindak balas terhadap masalah yang dihadapi. Kaunselor boleh

berbincang dengan klien dan membuat penilaian mengenai strategi manakah yang benar-

benar membantu klien mengatasi emosi sedih dan kecewa. Seterusnya kaunselor boleh

meminta klien membuat rumusan terhadap pendekatan yang dilakukan. Klien juga

boleh diminta menyatakan apakah pengajaran hidup yang diperolehi daripada

pendekatan yang telah diambil.

Peringkat Penamatan

Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazimnya penamatan sesi dicapai

melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien (Sapora et al 2002:99). Oleh kerana

perhubungan kaunseling adalah berbentuk profesional, maka penamatan perlu dilakukan

dengan cara teratur, tidak dilakukan secara tergesa-gesa. Penamatan boleh dibahagikan

Page 109: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

101

kepada dua iaitu penamatan sesi dan penamatan proses kaunseling (Maznah Baba &

Zainal Madon 2003:77).

Penamatan sesi dilakukan pada setiap sesi kaunseling. Pada kebiasaannya setelah

sesi kaunseling berjalan selama 40-60 minit. Seorang kaunselor yang berkesan sentiasa

mendidik klien menceritakan masalah dalam lingkungan masa yang ditetapkan. Lebih

kurang 10 minit sebelum sesi ditamatkan, kaunselor perlu mengingatkan klien tempoh

masa yang masih ada. Peringatan ini dapat membantu klien memfokuskan isu yang

penting dan perlu dibincangkan dengan kaunselor. Penamatan proses kaunseling pula

adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah

penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa

yakin masalah yang dihadapi dapat dikendalikan secara kendiri. Penamatan proses

kaunseling bergantung kepada masalah, matlamat kaunseling, jangka masa pertemuan

dan keberkesanan kemahiran kaunselor dalam membantu klien (Maznah Baba & Zainal

Madon 2003:77).

Proses penamatan seharusnya berlaku apabila klien sudah berpuas hati dengan

proses kaunseling. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak

mahu bekerjasama, tidak mahu berubah, tidak mahu melakukan homework yang

diberikan ataupun atas permintaan klien itu sendiri tidak mahu meneruskan sesi

kaunseling. Bolehlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat

penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang diaplikasikan

terhadap klien (Sapora et al 2002:100)

Penutup

Sebagai kesimpulannya, pendekatan al-Ghazali dalam mengatasi emosi sedih dan

kecewa boleh diterapkan dalam sesi kaunseling khususnya di peringkat mencari

alternatif penyelesaian masalah serta pemilihan strategi dan pelan tindakan. Walau

bagaimanapun ia tertakluk kepada kebijaksanaan kaunselor dan kesesuaian masalah

yang dihadapi oleh klien mualaf. Kaunselor tidak boleh memaksa klien untuk

melaksanakan semua pendekatan tersebut sebaliknya memberi kebebasan kepada klien

untuk memilih strategi yang difikirkannya sesuai dan mampu dilaksanakan. Ini

merupakan satu perkara baru dalam dunia kaunseling apabila nilai-nilai Islam boleh

diterapkan dalam sesi kaunseling dengan sesekali tidak pernah menafikan peranan

kaunseling Barat dalam memperkasa bidang kaunseling.

Rujukan

Abd. Rahman Abd. Majid. 2005. Penawar Gelisah dan Murung. Kuala Lumpur : Darul

Nu‘man.

Abu ‗Aitah, Siham Darwisyi. 1988. Mabadi‘ al-Irsyad al-Nafsiyy. Kuwait : Dar al-

Qalam.

Al-Asqalani, Ahmad bin ‗Ali bin Hajar. 1996. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari,

Kaherah : Dar Abi Hayyan.

Page 110: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

102

Aziz Salleh. 1994. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur :Utusan Publications &

Distributors.

Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad B. Ismail B. Ibrahim B. al-Mughirah. 1992.

Sahih al-Bukhari. Beirut : Dar al-Kutub al-‗Ilmiah.

al-Dib, Ibrahim. 2004. Usus wa Maharat al- Da‗wah al-Fardiyyah. al-Mansurah : Dar

al-Wafa‘.

Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad Bin Ahmad. 2000. Ihya‘ ‗Ulum al-Din. Kaherah :

Dar al-Taqwa li al-Turath.

Al-Ghazali. 2006. Kitab al-Arba‗in fi Usul al-Din. Beirut : Dar al-Minhaj

Ibn Kathir, Imam al-Jalil al-Hafiz ‗Imaduddin Abi al-Fida‘ Ismail Bin Kathir al-Qurasyi

al-Damsyiqi. 2000. Tafsir al-Quran al-‗Azim wa yalihi Kitab Fada‘il al-Quran li

Ibn Kathir. Beirut : Dar Ihya‘ Turath al-Arabi.

Maznah Baba dan Zainal Madon. 2003. Kaunseling Individu, Panduan Membimbing

Individu secara Praktikal dan Berkesan, Bentong Pahang : PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd

M.Chatib Quzwain, 1985, Mengenal Allah, Suatu studi mengenai Ajaran Tasawuf Syaikh

Abdus-Samad al-Palimbani (Ulama Palembang abad ke-18M), Johor : Thinkers

Library Sdn. Bhd

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim. Kuala

Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muslih Muhammad. 2002. Membangun Kesehatan Jiwa. Bandung : Pustaka Hidayah,

terj. Agus Purnomo, 1986, al-Ilaj al-Rabbani li Marad al-‗Asr al-Nafsani. Beirut

: Dar al-Qalam.

Al-Nasa‘i (m.303H) ‗Abd al-Rahman Ahmad Bin Syuaib Bin ‗Ali al-Khurasani al-

Nasa‘i. 1995. Sunan al-Nasa‘i. Beirut : Dar al-Kutub al-‗Ilmiah.

Peterson, J.Vincent & Nisenholz Bernard. 1991. Orientation to Counseling. Boston :

Allyn and Bacon

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. 2002. Kaunseling Individu.

Petaling Jaya : Prentice Hall

al-Sayyid Muhammad Nuh. 1999. Afat ‗Ala al-Tariq. al-Mansurah: Dar al-Wafa‘ li al-

Tiba‗ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi‘

Siti Zalikhah Md. Nor. 2002. Kaunseling Menurut Perspektif Islam. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Syannawi, Muhammad Mahrus. t.th. Nazariyat al-Irsyad wa al-‗Ilaj al-Nafsiyy. Dar

Gharib li al-Tiba‘ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi‗.

Al-Tirmidhi, Abi ‗Isa Muhammad bin ‗Isa bin Surah. 1999. Sunan al-Tirmidhi. Kaherah

: Dar al-Hadith.

Page 111: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

103

Mualaf Development From Maqasid Al-Shariah Perspective

Yusuf Sani Abubakar*

Faculty of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

This is an analytical research on the development of mualaf from Maqasid al-Shariah

perspective. It has been found that the main purpose of the Shariah is protection of

religion, life, reason, progeny and property. Moreover, there are different categories of

Mualaf; and Mualaf may be a Muslim or non-Muslim. Again, it has been found that Zakat

may still be given to Mualaf although Umar Ibn Khattab stopped that practice during his

caliphate because he understood that Islam is powerful and there is no need to continue

giving Zakat to Mualaf, especially those that were yet to convert to Islam; but the

provision of giving Zakat to Mualaf is still in the Holy Qur‘an and is applicable whenever

the need arises. Thus, it has been suggested that in our contemporary period Zakat should

be given to Mualaf because of a large number of people who convert to Islam all over the

World and face a lot of financial difficulties due to their conversion. Other general

suggestions were also made on how to develop Mualaf in order to protect his/her religion.

1. Introduction

This research aims to look into development of Mualaf from the Maqasid Shariah

Perspective. It will start by looking into the philosophical perspective of Assessment of

the Maqasid Shariah. It will be followed by discussing overview on Mualaf, which will

cover different categories of Mualaf, and then the issue of given Zakat to Mualaf. The

research will then make some suggestions on how to develop Mualaf in such a manner

that his/her religion would be protected.

2. Philosophical Perspective of Assessment of the: Maqasid al-Shari’ah

The Maqasid Shariah are the purposes and wisdoms behind the enactments of the Shariah.

They are the goals Islam seeks to attain through morals and laws (Nejatullah Siddiqi

2004: 18) as it is the purpose and wisdom behind the enactment of all or most of the

Shariah rulings or objectives that are designed to achieve specific benefits to people in

their daily activities (Muhammad al-Tahir: 1366 H). In the early stages of the

development of Islamic legal thought, much attention was not given to the Maqasid as a

subject of the Shari‘ah on its own but they were later included by the jurists of the

madhahib (Hashim Kamali 1999: 193-209). Significant developments were made in the

formulation of the theory of Maqasid in the time of al-Ghazali and then al-Shatibi

(Hashim Kamali 1999: 193-209). According to Imam Al-Ghazali the objectives of

Shariah related to people are five, namely; protection of religion, life, reason, progeny and

property, hence anything that serves these is considered as maslaha. ‗Life‘ comes first Out

of these five, because other objectives are important if there is life in someone (Abu

Hamid Al-Ghazali 1322:286). Al-Imam Shatibi (790/1388: 127) in his discussion of this

subject gave maslaha a central role where he endorsed the five objectives forwarded by

Ghazali earlier but gave it little importance.

Page 112: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

104

Later the list was expanded by the scholars. Freedom, justice and personal dignity

or honour was included (Al-Hasany, Ismail 1995: 61). Ibn Taymiyah (1398: 32:134)

maintained that securing benefits (manafi) for people and protecting them from harm

(madarr) are regarded as the general objective (Ibn Taimiyyah 1983a: 174175) where he

added in the list things like fulfillment of contracts, preservation of ties of kinship,

honouring the rights of one‘s neighbor, in so far as the affairs of this world are concerned,

and the love of God, sincerity, trustworthiness, and moral purity, in relationship to the

hereafter. Thus, by this Ibn Taymiyyah left the scope of the Maqasid open and not

designated into specified list. This view is favoured by contemporary commentators such

as Ahmad al-Raysuni (Ahmad al-Raisuni 1992:41-45), Yusuf Qardawi (1990:70-71). For

example, Hashim Kamali (1999: 193-209) proposed the inclusion of economic

development and strengthening of R & D in technology and science to the structure of

Maqasid because of their importance in determining the standing of the ummah in the

world community. Another example is where Ruzian Markom (2011: 110-114) mentions

that Jasser Auda (2008:3) provides approaches in justifying Maqasid al-Shariah in a

systematic approach, namely: Levels of necessity; scope of the rulings aiming to achieve

purposes; scope of people included in purposes; and level of universality, and Akram

Laldin (2010:75) states that the specific Maqasid are maintaining the circulation of

wealth, achieving comprehensive communal prosperity, financial transparency and valid

ownership of wealth. And this is another illustration of expanding the list of Maqasid al-

Shari‘ah.

2.1 Three Broad Divisions

Generally, the ulama divided Maqasid into three categories based on importance, starting

with daruriyyat (essential), followed by hajiyyat (complementary) and tahsiniyyat

(embellishments). The important interests (daruriyyat) are specified at five, which are

faith, life, lineage, intellect and property. These are essential to the continuous of normal

order in society and the survival and spiritual enhancement of individuals, to the extent

that when they collapse or are destroyed, this will create chaos and disorder in the society.

Thus, for the protection of religion, jihad has been validated; retaliation (qisas) to protect

life; theft, adultery and wine-drinking to protect the well-being of the family and the

integrity of human intellect. Reaffirming this, the Shari‘ah urges work and trading in

order to ensure that individual strives for earning a living and it takes all necessary

measures to guarantee that commercial transactions are being carried out smoothly in the

market-place. Moreover, in family affairs, the Shariah provides guidelines and measures

that will ensure that the family is a safe refuge for all its members. Furthermore, the

Shari‘ah encourages seeking of knowledge which will enhance the intellectual capability

of the people which will consequently add to their advancement in arts and civilization

(Hashim Kamali 1999: 193-209).

Then Hajiyyat (complementary) are benefits which aim at removing severity and

hardship that do not threatens the very survival of normal order. Concessions (rukhas)

such as shortening of Salah, and taking away fast for the sick and the traveler by the

Shariah aim to prevent hardship; however, these are not regarded as essential because

people can live without them if necessary. Furthermore, certain contracts such as ‗salam‘

Page 113: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

105

contract and ijarah (hire), the Shari‘ah allows these contracts because people need them

although there are certain irregularities attached to them. Moreover, divorce has been

permitted in order to guarantee the happiness of the family and to defend against

unbearable disagreement. However, where hajiyyat (complimentary) concerns the public

at large, it is elevated to the rank of the daruriyyat (essential). For example the validity

of ijarah (hire) may be an essential interest for the public although it may be of

secondary importance to individual. Where there is a conflict between different kinds of

interest, the higher should be given priority even if the lesser has to be sacrificed. And

when it appears difficult to select the best between groups of conflicting interests, then

prevention of evil must be given a priority over the acquirement of benefit (Hashim

Kamali 1999: 193-209).

And Tahsiniyyat (embellishments) seek to achieve improvement and perfection

in the conduct and customs of people at all ranks. Thus, the Shari‘ah encourages

individuals to clean their bodies and use perfume at the time of attending congregational

Friday prayer and discourages the consumption of raw garlic. The Shari‘ah also urges

the giving of charity to the needy besides the obligatory taxes and recommends

supererogatory prayers. Shari‘ah urges gentleness (rifq), pleasant speech and manner

(husn al-Khulq) and fair dealing (ihsan) as well. Thus, tahsiniyyat has a special

importance as it relates to all other masalih. For example a person who performs salah

with proper concentration and gives all its parts their due attention he will attain both the

essential desirable; and on the other hand, a person who performs it in a hasty and

thoughtless manner will be at least regarded as discharging a duty. This analysis can be

extended to almost every area of human conduct and the realization of all the provisions

of the Shari‘ah. It is therefore clear that masalih are not only confined to the provisions

of the Shari‘ah or religious matters but applies to customary, political, social, economic

and cultural affairs etc. This analysis shows that to classify a certain interest and

maslahah under these categories is likely to be relative (Hashim Kamali 1999: 193-209).

3. Overview on Mualaf

The word Mualaf is mentioned in the Holy Qur‘an is the verse that provides the categories

of people who deserved to be given Zakat. Allah (swt) says:

Alms are for the poor and the needy, and those employed to administer

the (funds); for those whose hearts have been (recently) reconciled (to

Truth); for those in bondage and in debt; in the cause of Allah and for the

wayfarer: (thus is it) ordained by Allah, and Allah is full of knowledge

and wisdom (Al-Qur‘an, Taubah, 9:60).

In the verse above, ‗for those whose hearts have been (recently) reconciled (to Truth)‘

mentioned in the verse is the translation of ―Wal muallafati qulubuhum‖ in the Arabic

texts, and this refers to Mualaf. Generally, Mualaf are considered persons who newly

converted to Islam, however, there are different categories of Mualaf. Mualaf can be a

Muslim or non-Muslim (http://www.qaradawi.net/library/68/3408.html). Below are

some of the most important categories of Mualaf:

Page 114: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

106

a. There is a category of Mualaf who is given Zakat for encouragement to convert to

Islam he/she and his people and clan, e.g. Safwan Ibn Umayyah who was given

asylum by the Prophet (pbuh) during the conquest of Makkah; the Prophet (pbuh)

gave him a lot of camels, and the Prophet (pbuh) said to him while given the camels:

this is a gift of someone who does not fear poverty (Ibn Katheer, 2/365).

b. There is a category of Mualaf who newly converted to Islam, and Zakat is given to

him in order to strengthen his faith. Zukri was asked on ‗Mualaf‘ and he said: he is

the newly convert from the Jews or Christians, even if he is rich (Musannaf Ibn Abi

Shaibah, 3/223).

c. There is a category of Mualaf who are Muslim leaders and have counterparts from

the non-Muslims, and if they are given Zakat, it is hoped that the counterparts would

convert to Islam. Example of this is the Zakat given to Ady Ibn Hatim by Abu Bakar

–May Allah be pleased with them- although he is a committed Muslim, but because

of his position to his people (Tafseer al-Mannar, 10/574-577).

d. Mualaf can also be non-Muslims Zakat may be given to them. For example non-

Muslims who live in the boarder between Muslims and non-Muslim countries. Zakat

is given to them to seek their help in the time of war (http://www.bayanelislam.net).

Based on the aforementioned verse, Mualaf is one of the persons who deserved

to receive Zakat in Islam. One of the most significant ways of the development of

Mualaf since the period of the Prophet (pbuh) is through given Zakat to Mualaf.

However Umar Ibn Khattab suggested that the practice of giving Zakat to Mualaf should

be stopped. It has been claimed that Umar Ibn Khattab has contradicted an established

provision in the Holy Qur‘an when he advised Abu Bakar –May Allah be pleased with

them- to stop giving Zakat to Mualaf and Abu Bakar agreed, and the practice continued

throughout the period of Umar‘s caliphate. However, this claim has been refuted by

saying that Umar ibn Khattab understood that the reason for giving Zakat to ‗Mualaf‘

during the Prophet‘s (pbuh) period was because of lack of equality in power between the

Muslims and non-Muslims as the former were surrounded by powerful enemies; but

after the Muslims became stronger there was no need to give Zakat to Mualaf. Thus, the

provision of giving Zakat in to Mualaf is still in the Holy Qur‘an and is applicable

whenever the need arises (Dr. Muhammad Baltagy, 2003: 40-43). Thus, it is suggested

that in our contemporary period it is strongly suggested that Zakat should be given to

newly convert as there are many people converting to Islam and face a lot of financial

difficulties due to their conversion.

4. Proposed Ways of Developing Mualaf based on Maqasid Shariah

Our focus in this research is on the category of Mualaf who newly converted to Islam.

This means how to develop Mualaf so that his religion would be strengthened, as

normally newly converts face a lot of challenges and problems in their families and the

members of the former religion they profess before their conversion to Islam. As

mentioned above the main purpose of the Shariah is protection of religion, life, reason,

progeny and property (Al-Ghazali, 1322H: 283). The following are some suggestions of

the main steps to be taken in order to help Mualaf in order to gain more strength so that

his religion would be protected:

Page 115: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

107

a) Muslims should make the new Muslims feel that Islam is a perfect religion with divine

source which is totally inclusive. They must be made to understand that there is no

truth but the truth of Islam;

b) Muslims need to explain to the newly convert that Islam forgives and erases all sins

committed before the conversion to Islam. This is because lack of clear explanation

may make the newly convert thinking about his past sins;

c) It should be explained to the newly convert that Qur‘an and Sunnah are the only

references for Islam and not the actions of the Muslims. Only Qur‘an and Sunnah can

describe what is right and what is wrong;

d) The newly convert should be advised to be reading the Qur‘an, Sunnah as often as

possible and also to seek the Islamic knowledge in general;

e) Advice should be given the newly convert to maintain personal cleanliness, i.e. Ghusl,

ablution etc.;

f) He/She should be advised to perform prayers on time and in congregation (Jama‘ah);

g) It is highly advisable that the newly convert should live in an Islamic environment.

This will assist him/her in obeying Allah by keeping away from sins;

h) The newly convert should always be taken to mosque; if possible it is advisable to get

someone from the neighborhood to be accompanying him/her and following his

progress;

i) The newly convert should be introduced to the Imam of the mosque to give him/her

more attention and special care;

j) It is highly advisable to know the financial status of the newly convert and to help

him/her as much as possible; and this should include given Zakat, voluntary Sadaqah

and other gifts.

k) He/She should be encouraged to be patient with all the challenges and problems

he/she may face because of his/her conversion by referring to Qur‘an and Sunnah; and

l) He should be engaged in some Islamic activities and be provided with books and

recorded lectures;

5. Conclusion

In this research, it has been found that the main purpose of the Shariah is protection of

religion, life, reason, progeny and property. Moreover, there are different categories of

Mualaf; and Mualaf may be a Muslim or non-Muslim. Again, it has been found that Zakat

may still be given to Mualaf although Umar Ibn Khattab stopped that practice during his

caliphate because he understood that Islam is powerful and there is no need to continue

giving Zakat to Mualaf, especially those that were yet to convert to Islam; but the

provision of giving Zakat to Mualaf is still in the Holy Qur‘an and is applicable whenever

the need arises. Thus, it has been suggested that in our contemporary period Zakat should

be given to Mualaf because of a large number of people who convert to Islam all over the

World and face a lot of financial difficulties due to their conversion. Other general

suggestions were also made on how to develop Mualaf in order to protect his/her religion.

Page 116: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

108

References

Abu Ishaq Ibrahim, Al-Shatibi, Al-Muwafaqat fi Usul al-Shariyah, Al-Maktabah al-

Tijariyah, n.d. Vol. 2

Ahmad al-Raisuni, Nazariah al-Maqasid `inda al-Imam al-Shatibi , Riyadh: Dar al-

`Alamiyah Kitab al-Islami, 1992)

Al-Ghazali, Al-Mustasfa min Ilm al-Usul, Bulaq, Egypt, Vol. 1, 1322H, Al- Maktabah

al-Tijariyyah, Cairo

Al-Ghazali, Al-Mustasfa min Ilm al-Usul, Bulaq, Egypt, Vol. 1, 1322H, Al- Maktabah

al-Tijariyyah, Cairo, p. 286.

Al-Hasany, Ismail, Nazariyat al Maqasid ‗ind al-Imam Muhammad al-Tahir bin

‗Aashur, Al-Ma‘had al-‗Alami li‘l Fikr al-Islami, 1995

Dr. Muhammad Baltagy, Manhajul Umar fi at-Tashri‘il Islami, 2nd

Ed. Dar as-Salam,

2003, 40-43

http://www.bayanelislam.net

http://www.qaradawi.net/library/68/3408.html

Ibn Katheer, 2/365, Halby

Ibn Taymiah, Majmu‘at al-Rasa‘il wa‘l Masai‘l, Dar al-Kutub, al-Islamiyah, Beirut

1983a, Vols. 4-5

Jasser Auda, Maqasid al-Shari‘ah as Philosophy of Islamic Law, the International

Institute of Islamic Thought, 2008

M. N. Siddiqi, Riba, Bank Interest and the Rationale of its prohibition, Visiting Scholars‘

Research Series No. 2, Islamic Development Bank Islamic Research and Training

Institute, Jeddah – Saudi Arabia, 2004

M.H. Kamali, Maqasid al-Shari‘ah Made Simple, International Institute of Advanced

Islamic Studies, 1999, Malaysia

Markom., R. 2011. Financing Build Operate Transfer (BOT) Projects: An Islamic Legal

Analysis, PhD Thesis,

Mohamad Akram Laldin, Understanding the concept of maslahah and its parameters

when used in financial transactions, Isra International Journal of Islamic Finance,

Vol. 2, 2010

Muhammad al-Tahir, Ibn ‗Aashur, Maqasid al-Shariah al-Islamiyah, Tunis 1366 H

Musannaf Ibn Abi Shaibah, 3/223: Haiderabad

Tafseer al-Mannar, 10/574-577, 2nd

Ed.

Taqi al-Din ibn Taimiyyah, Majmu‘ Fatawa Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah, Comp.,

‗Abd al-Rahman ibn Qasit Beirut: Mu‘assasat al-Risalah, 1398 AH

Yusuf al-Qardawi, al-Madkhal li Dirasat al-Shari‘ah al-Islamiyyah, Maktabah Wahbah,

Cairo, 1411/1990

Page 117: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

109

Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam dan Implikasinya Terhadap

Pendekatan Dakwah Dalam Kalangan Murid Orang Asli

Abd Aziz Mahayudin

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Kertas ini membincangkan tentang kepentingan pendekatan amalan yang boleh

diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam yang mengajar matapelajaran Pendidikan

Islam di Sekolah Kebangsaan Orang Asli. Pendekatan gaya pengajaran perlu disuaikan

oleh guru Pendidikan Islam bagi membantu murid Orang Asli memahami isi pengajaran

dengan berkesan. Pengajaran Pendidikan Islam memerlukan guru memahami, menguji

kebolehan murid dari aspek lisan, tulisan dan amali dalam matapelajaran Pendidikan

Islam. Dua kes kajian pengajaran guru Pendidikan Islam yang mengajar murid Orang

Asli yang telah dijalankan semasa Kajian Tindakan telah dirujuk. Dapatan menunjukkan

pendekatan baru dapat membantu murid Orang Asli memahami pengetahuan Pendidikan

Islam dengan lebih baik. Implikasi dari amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dapat

mengukuhkan kefahaman pengetahuan Islam dalam kalangan murid Orang Asli.

Katakunci : Guru Pendidikan Islam, Pendekatan Pengajaran, Kajian Tindakan.

Pendahuluan

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012) mengambilkira pelbagai keperluan murid-murid

samada dibandar maupun diluar bandar. Banyak peluang disediakan oleh kerajaan bagi

meningkatkan potensi murid-murid dalam pembelajaran di sekolah. Dalam menuju

kearah negara yang bergerak maju aspek peningkatan potensi murid-murid di sekolah

rendah kebangsaan bergerak seiring dengan perkembangan dan keperluan murid-murid

orang Asli dan Penan. Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012) menekankan murid

orang Asli dan Penan diberi peluang mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti

dan relevan, dan mengakses pendidikan dalam budaya dan bahasa mereka sendiri serta

berasaskan persekitaran mereka pada peringkat awal pendidikan. Peluang pendidikan

diberikan keutamaan kepada murid Orang Asli yang bukan sahaja kepada matapelajaran

akademik malah mata pelajaran Pendidikan Islam juga perlu diberikan perhatian khusus.

Selaras dengan perkembangan ini, kajian yang telah dijalankan oleh Abu Samah,

AsnaruIkhadi and Mansor, Maria and Emby, Zahid and Mansor, Mariani and Hamsan,

Hanina Halimatusaadiah (2007), terhadap kurikulum bersepadu Orang Asli/Penan

(KAP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada awal

tahun 2007 mempunyai hasrat memperkasakan pencapaian pendidikan orang Asli/Penan

yang sering dilaporkan tercicir dalam arus perdana. Dalam meneliti konsep KAP ini, ia

mempunyai potensi untuk membentuk dan membina modal insan generasi baru Orang

Asli/Penan di Malaysia agar kumpulan minoriti ini terus terbela dalam alunan prinsip

Islam Hadhari.

Page 118: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

110

Latarbelakang kajian

Pendidikan perguruan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia memainkan peranan

utama dalam menyampai dan mendidik warganegara khususunya pendidikan diperingkat

sekolah. Penglibatan guru dalam menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak boleh

dipandang ringan. Oleh itu fokus perbincangan kertas kerja ini adalah melihat kepada

pendidikan sekolah rendah. Pendidikan awal di sekolah rendah membolehkan murid-

murid menguasai asas pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai ilmu yang berkaitan

dengan kehidupan bagi menjana generasi yang berilmu dan bertamadun moden bergerak

sejajar dengan cita Falsafah Pendidikan Negara. Usaha ini perlu dilihat dari peranan

yang perlu dimainkan oleh guru dalam mendidik murid murid Orang Asli.

Pengkaji dalam bidang pendidikan melihat beberapa isu yang berkait dengan

perkembangan pembelajaran murid Orang Asli. Kajian yang dijalankan oleh Abdul

Sukor , Nuraini,Mohd Izam,Mohd Hasani,(2011) mendapati murid Orang Asli tidak

dapat menguasai pelajaran yang diajar oleh guru kerana mereka mudah lupa dan tidak

dapat menguasai mata pelajaran terutama mata pelajaran yang memerlukan penyelesaian

masalah. Dalam aspek pendidikan Agama Islam, Nor Hidayah (2008), mendapati

bahawa saudara baru sukar mempelajari al-Qur‘an pada peringkat awal, hal ini kerana

mereka masih lemah dalam mengenal dan menyebut seterusnya menguasai pembacaan

al-Qur‘an. Berkemungkinan dalam isu ini, apa yang perlu dilihat yang tidak kurang

pentingnya adalah pengendalian gaya pengajaran atau penjana ilmu pengetahuan yang

telah dijalankan oleh guru-guru di sekolah.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Sani Mohd Sani(2011), terhadap pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran murid-murid suku kaum Asli Temiar Gua Musang,

Kelantan misalnya, mendapati kebanyakkan murid-murid kurang berminat dari segi

pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran guru dalam subjek Bahasa Inggeris,

Sains dan Agama Islam. Secara langsungnya isu ini mempunyai perkaitan dengan

pengajaran guru di sekolah. Ini tidak dapat dinafikan kerana guru juga berperanan dan

dalam menyelesaikan masalah pembelajaran murid Orang Asli di sekolah. Dari apa yang

dilihat melalui pendekatan, kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan oleh guru

dalam proses pengajaran pembelajaran sebenarnya dapat menarik minat murid-murid

Orang Asli untuk hadir ke sekolah.

Objektif

Kertas ini bertujuan untuk melihat amalan yang telah digunakan oleh guru Pendidikan

Islam yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli

di Sekolah Kebangsaan.Disamping itu kertas ini juga membincangkan implikasi

terhadap pendekatan pengajaran guru Pendidikan Islam dengan perkembangan Agama

Islam dikalangan murid Orang Asli secara umum.

Page 119: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

111

Kaedah

Kertas ini membincangkan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan

merujuk kes dalam kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam yang

mengajar di sekolah kebangsaan Orang Asli. Dalam koleksi latihan ilmiah Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam di

Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Islam hanya terdapat dua kes yang

melibatkan pengajaran dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam keatas murid Orang Asli.

Oleh itu kertas ini hanya merujuk kepada analisis dokumen yang diperolehi dari sumber

tersebut. Cara analisis yang digunakan ialah dengan mengumpul, mengkategori data-

data dari dokumen Kajian Tindakan mengikut aspek berikut iaitu tajuk, tahap

pengetahuan sediada murid dan masalah yang telah dikenalpasti, sikap/tingkahlaku

murid semasa pengajaran guru Pendidikan Islam, penggunaan ABB/ABM, pemilihan

kaedah dalam Kajian Tindakan untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan,

cara penggunaan kaedah, kesan penggunaan kaedah semasa pengajaran dan rumusan

refleksi guru.

Dapatan

Kertas ini membincangkan dapatan hasil dari analisis dokumen yang diperolehi dari dua

sampel guru Pendidikan Islam yang menjalankan Kajian Tindakan keatas murid Orang

Asli di dua buah sekolah kebangsaan. Hanya dua kes dibincangkan dalam kertas ini

seperti dinyatakan jadual 1 dan 2 dibawah :

Jadual 1 : Rumusan pengajaran guru dalam Kajian Tindakan Kes 1 (GPI -1)

i. Tajuk : Mengenal Huruf Hijaiyyah ( alif,ba,ta,tha,jim,kha &

khor)

ii. Tahap Pengetahuan

sediada murid dan

masalah yang telah

dikenalpasti :

- tidak dapat mengenal huruf Hijaiyyah

- tidak dapat menyebut huruf-huruf Jawi dengan sebutan

betul

- menulis tulisan Jawi secara terbalik

- kurang latihan dan pemulihan menulis Jawi

- penumpuan lebih kepada menulis rumi berbanding jawi

- tidak dapat membaca buku teks, tulisan Jawi dan bahan

bantu mengajar dan rujukan tulisan Jawi

iii. Sikap/tingkahlaku

murid semasa

pengajaran guru

Pendidikan Islam :

- bosan

- mengantuk

- membuat kerja lain

- tidak mahu menjawab soalan guru sepanjang

pengajaran

dan berlangsung malah tidak memandang guru

- bergerak bebas dalam kelas

- mengganggu rakan

- bermain

- tidak mengawal tingkahlaku

Page 120: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

112

- tidak bekerjasama dan melibatkan diri dalam aktiviti

pelajaran Jawi

iv. Penggunaan

ABB/ABM:

- gambar, video, audio dan permainan

(dapat membantu dalam menerangkan maksud ibadat

cth :

gambar orang mengerjakan solat maksud ibadat kepada

Allah) dan tidak dengan mengenal huruf Hijaiyyah

Perubahan Amalan Guru dalam Kajian Tindakan :

v. Pemilihan Kaedah

dalam Kajian

Tindakan untuk

mengubah cara

pengajaran yang

lebih berkesan :

- penggunaan ‗teknik silat jawi‘

- pergerakan badan membentuk huruf yang disertai

dengan

sebutan huruf dan bunyi

- bantu mengingat bentuk huruf

- aktiviti berpusatkan murid

vii Cara Penggunaan

Kaedah :

‗Teknik Silat Jawi‘

- guru memperkenalkan tujuh huruf hijaiyah (paparan

besar)

- pelaksanaan ‗Silat Jawi‘ dengan bimbingan guru

- murid melaksanakan contoh pergerakan hadapan kelas

- aktiviti pengukuhan ―Silat Jawi‘ diulang-ulang

- ujian lisan menyebut huruf Jawi dijalankan oleh guru.

vii. Kesan penggunaan

‗Teknik Silat Jawi‘

semasa pengajaran :

- tingkahlaku disruptif (perlakuan yang mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dikurangkan)

- murid dapat menyebut huruf yang dipalajari dengan

tepat

- proses pembalajaran murid dapat diaplikasikan dengan

mudah

- murid lebih seronok dalam proses suasana

pembelajaran.

viii. Refleksi Guru : - perlu mengubah dengan mengenalpasti bunga-bunga

silat

yang akan diaplikasi membentuk huruf hijaiyah

- murid dapat mengikuti aktiviti ‗silat jawi‘ dan

membezakan huruf hijaiyah

- murid aktif dan bersemangat mengikuti pengajaran

guru

Page 121: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

113

Jadual 2 : Rumusan pengajaran guru dalam Kajian Tindakan Kes 2 (GPI -2)

i. Tajuk : Main Peranan dalam Mengenal Anggota Wuduk

ii. Tahap

Pengetahuan

sediada murid dan

masalah yang telah

dikenalpasti:

- faktor latarbelakang murid (ibu bapa tidak mementingkan

hal fardu ain cukup dengan memeluk agama Islam tanpa

mempelajarinya)

- tidak dapat mengenal anggota wuduk walaupun boleh

menyebut anggota badan

- ibu bapa yang jarang solat dan hanya berharap guru di

sekolah mengajar anak mereka sampai pandai.

- kurang amalan solat dilakukan di rumah

- lebih memahami dengan Bahasa Semai

iii. Sikap/tingkahlaku

murid semasa

pengajaran guru

Pendidikan Islam:

- jemu kerana dulu selalu dengar guru bercakap

- pasif dan kurang aktif semasa Pendidikan Islam

- kurang interaksi dua hala antara guru-murid

- bahan bacaan, buku tulis dan pensel ditinggalkan di sekolah

- kurang mahir berbahasa Melayu dan mudah lupa apa yang

Dipelajari

iv. Penggunaan

ABB/ABM:

- pengajaran sehala melalui penerangan guru sahaja

- lembaran kerja gambar orang berwuduk

- menulis dipapan hitam dan mewarnakan anggota wuduk

Perubahan Amalan Guru dalam Kajian Tindakan :

v. Pemilihan Kaedah

dalam Kajian

Tindakan untuk

mengubah cara

pengajaran yang

lebih berkesan :

- kaedah ‗main peranan‘ dengan nyanyian

- Peranan sebagai muka,tangan,kepala dan kaki

- aktiviti berpusatkan murid

vi. Cara Penggunaan

Kaedah :

‗main peranan

dengan nyanyian‘

- guru memperkenalkan cara berperanan sebagai muka

dengan memakai topeng muka dengan mengosok muka

sambil menyanyi secara berulang.

- murid mengikut memainkan peranan sambil menyanyi

- guru meneruskan dengan cara main peranan sebagai

tangan,

kepala dan kaki sehingga selesai anggota wuduk

- murid terus murid mengikut memainkan peranan sambil

menyanyi sehingga akhir.

vii. Kesan penggunaan

‗main peranan

dengan nyanyian‘

semasa pengajaran

:

- murid memberi tumpuan semasa kaedah main peranan

dijalankan

- murid lebih seronok dengan interaksi antara guru-murid

dan murid-murid.

- murid ingin memain peranan yang ditanggunjawabkan

dalam aktiviti

- seronok belajar sebab boleh bermain peranan

viii. Refleksi Guru : - perlu penambahbaikan dalam sistem penyampaian

- berazam mengubah cara pemikiran serta cara hidup

Page 122: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

114

- berharap murid mengenali dan meningati sepanjang hidup

- kaedah yang akan digunakan perlu membantu proses

mengingat dan menarik minat terhadap Pendidikan Islam

Perbincangan

Isu pengajaran guru dalam apa bidang mata pelajaran perlu ditangani oleh setiap guru

yang berperanan mengorak langkah kearah meningkatkan keupayaan murid dibawah

kelolaanya. Kesedaran isu pengajaran yang berkesan bukan sahaja perlu dihadapai oleh

guru yang mengajar di sekolah kebangsaan biasa malah isu yang sama juga perlu

ditangani oleh guru yang mengajar di sekolah khusus untuk Orang Asli. Dalam isu yang

membabitkan pengajaran guru dengan murid Orang Asli, khususunya dalam bidang

Pendidikan Islam, ianya perlu dihadapi dan ditangani oleh Guru Pendidikan Islam

dengan menggunakan kemahiran dan kepelbagaian cetusan minda dalam menyampaikan

amanah Islam kedalam pemikiran murid Orang Asli. Proses menghadapi situasi

pengajaran yang mencabar ini memerlukan kekuatan dalaman dan luaran yang mantap.

Aspek yang utama yang perlu diberikan penekanan ialah tahap pengetahuan guru

tentang pedagogi atau pendekatan yang relevan diaplikasi kepada murid berkenaan.

Disamping itu juga mereka perlu menguasai ilmu psikologi pendidikan untuk melihat

pendekatan yang paling sesuai dengan aras kemampuan dengan kebolehan daya berfikir

murid berkenaan. Hasil dari dua kes Kajian Tindakan yang telah dijalankan oleh Guru

Pendidikan Islam keatas murid Orang Asli, menunjukkan terdapatnya peluang dan ruang

yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran. Ini menunjukkan bahawa inisiatif yang

dirancang, penyediaan kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru

berkenaan mampu dilakukan dan diaplikasi dalam bilik darjah dengan baik. Hasil

pendekatan kaedah dan teknik yang telah digunakan dalam pengajaran tersebut dapat

menghasilkan minat dan kecenderungan murid dalam memahami pengetahuan tentang

ilmu agama dengan lebih berkesan, dan sekali gus dapat memartabatkan profesyen

keguruan yang dinamik dalam pelbagai situasi. Disamping itu, tahap pengetahuan guru

Pendidikan Islam perlu ditingkatkan dengan mencari sumber kaedah pengajaran dan

menyorot literatur bahan pengajaran yang sesuai dilaksanakan bagi kumpulan murid-

murid Orang Asli.

Proses pengajaran kepada murid yang masih baru dengan agama Islam atau

mualaf memerlukan guru Pendidikan Islam menggunakan pendekatan dakwah secara

lebih bersistematik. Pendekatan dakwah bagi murid yang agak keciciran dalam

pengetahuan Islam memerlukan guru Pendidikan Islam yang lebih komitmen dengan

asas pedagogi dan kepelbagaian metod dalam mengembangkan potensi murid

berasaskan kepada kesepaduan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendekatan

dakwah perlu dilihat bersesuaian dengan perintah Allah SWT dalam al Quran surah an

Nahl, ayat 125 yang bermaksud ― ...Serulah kearah jalan Tuhan engkau dengan

bijaksana dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara yang lebih

baik...‖. Berasaskan kepada ayat ini, seruan dakwah sentiasa terbuka dengan pelbagai

pendekatan yang bijaksana dan pengajaran yang baik. Justeru itu, guru Pendidikan Islam

dalam masa yang sama dapat berfungsi memikul arus dakwah kepada murid-murid

Orang Asli di dalam bilik darjah. Proses pengajaran Pendidikan Islam yang dilaksanakan

Page 123: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

115

oleh guru Pendidikan Islam dapat mengembangkan Agama Islam dikalangan mereka

yang baru memeluk atau masih belum memeluk agama Islam.

Implikasi

Kertas ini membincangkan aspek peranan guru dalam isu pengajaran mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam kalangan Orang Asli. Dalam beberapa aspek guru Pendidikan

Islam juga memainkan peranan yang besar dalam mengukuhkan pengetahuan agama

Islam kepada mereka. Beberapa implikasi dari perbincangan diatas perlu melihat kepada

persediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran serta merujuk pengalaman dalam

pengajaran Pendidikan Islam. Ini melibatkan pedagogi, psikologi, kreativiti dan motivasi

guru Pendidikan Islam itu sendiri. Disamping itu kertas ini juga memberi implikasi

keatas persediaan guru dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam

menghadapi cabaran dan dugaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Penutup

Walaupun terdapat kekangan bagi sebahagian guru yang sanggup berkhidmat di sekolah

Orang Asli dan pendalaman luar bandar seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd

Sani(2011), menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk

terus mengajar, berkhidmat, melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran

berada pada tahap rendah dan sederhana dan mereka juga tidak mampu untuk

menyesuaikan diri dan bergaul dengan masyarakat setempat. Namun begitu aspek ini

perlu dilihat kembali bagi mengatasi permasalahan yang timbul dari masa ke semasa

bagi mengimbangi secara profesional.

Pada masa ini sudah terdapat beberapa organisasi yang berperanan dalam

dakwah Orang Asli negeri semenanjung Malaysia, seperti JAIP,JHEOA,PERKIM dan

lain-lain badan yang telah berfungsi bagi menghubungkan Orang Asli dengan sasaran

dakwah Islamiah. Ahmad Rezuan (2007). Namun begitu tugas guru Pendidikan Islam

sangat berfungsi dalam aspek pendidikan Islam kepada anak Orang Asli. Ini bermakna

Guru Pendidikan Islam lebih berperanan dalam bilik darjah bersama dengan murid

Orang Asli dalam pendekatan dakwah baik secara individu maupun secara kumpulan.

Page 124: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

116

Rujukan

Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali, Mohd Hasani Dali. Kanak-

Kanak Minoriti Orang Asli Di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu

Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , ISSN: 2180-4842,

Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011): 59-70

Abu Samah, AsnaruIkhadi and Mansor, Maria and Emby, Zahid and Mansor,

Mariani and Hamsan,Hanina Halimatusaadiah (2007) Kurikulum bersepadu

Orang Asli/Penan(KAP)- satu pendekatan baru dalam pembangunan pendidikan

komuniti Orang Asli/Penan. In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial

Teras Pembangunan Modal Insan, 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur.

Ahmad Redzuan Mohd Yunos (2008),Dakwah masyarakat Orang Asli Negeri Pahang,

Karisma Publication Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.

Halimatus Sa‘adah Misnan (2012), Teknik Silat Jawi Membantu Murid Kelas Bercantum

Mengenal dan Menyebut Tujuh Huruf Hijaiyyah, Kertas Projek Latihan Ilmiah

yang tidak diterbitkan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Institut

Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan.

Mohd Sani bin Hj Ismail(2011),Kajian Tinjauan Pelaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Murid-Murid Suku Kaum Asli Temiar Gua Musang Kelantan,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu.

Nor Hidayah Binti Hamsur (2008), Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas

Pengajian Al-Qur‘an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ.

Laporan projek yang tidak diterbitkan, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Rahmah Jusuh (2012) Amalan Guru Menggunakan Kaedah Main Peranan Membantu

Murid Tahun 1 Mengenal Anggota Wuduk, Kertas Projek Latihan Ilmiah yang

tidak diterbitkan, Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR) Institut

Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.

Page 125: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

117

Aktiviti Perkim Pahang Kepada

Saudara Baru Masyarakat Kemboja24

Anuar Puteh, Ideris Endot, Sazliza Mat Isa, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani,

Ahmad Irdha Mokhtar, Noraini Zakaria

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pemelukan Islam dalam kalangan bangsa atau kaum-kaum lain di Malaysia berlaku

secara pesat. Kekuatan usaha dakwah sama ada yang dilakukan oleh organisasi

(kerajaan dan bukan kerajaan) atau orang perseorangan menjadi antara faktor pendorong

berlakunya proses tersebut. Begitu juga dalam komuniti masyarakat Kemboja di negeri

Pahang. Kajian ini adalah bertujuan melihat aktiviti atau program dakwah yang

dilakukan oleh PERKIM Pahang kepada golongan saudara baru termasuk masyarakat

Kemboja. Penulis telah menggunakan kaedah pengumpulan data dan maklumat melalui

dokumen yang disediakan oleh pihak PERKIM seperti laporan aktiviti, senarai takwim

dan lain-lain serta melalui lawatan atau penyertaan bersama dalam aktiviti tersebut.

Selain itu, kajian keperpustakaan juga dilaksanakan untuk lebih memantapkan hasil

kajian ini. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati banyak aktiviti yang telah

dilakukan oleh pihak PERKIM Pahang terhadap golongan sasaran.

Pengenalan

Dakwah kepada saudara baru sentiasa menjadi prioriti kepada umat Islam khasnya

kepada para pendakwah. Ada yang memilih untuk bergerak melalui orientasi harakah

(gerakan), siasi (politik), ―tabligh‖ dan tidak kurang juga cenderung ke arah orientasi

sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami.

Lantaran itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia bahagian Negeri Pahang

juga turut sama-sama mengembleng tenaga dalam memberikan bimbingan dan tunjuk

ajar kepada saudara baru yang terdapat di seluruh negeri Pahang. Bertitik tolak daripada

hal ini maka tercetusnya idea penulis untuk membuat sedikit tinjauan dengan

memfokuskan kepada pendekatan dakwah terhadap saudara baru di Pahang khususnya

masyarakat Kemboja, yang mana bertujuan untuk untuk melihat pendekatan dakwah

yang digunapakai oleh PERKIM dalam menggerakkan dakwah kepada saudara baru.

Selain itu juga penulis mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan sumbangan

idea kepada para da‘ie dan badan-badan dakwah agar terus komited dalam usaha

penyebaran dakwah.

24 Kertas kerja yang dibentang di dalam Seminar Antarabangsa

Pembangunan Mualaf 2013 pada 7-8 September 2013 di KUIS

Page 126: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

118

Statistik Saudara Baru Di Negeri Pahang Mengikut Bangsa

Bahagian ini akan membincangkan tentang jumlah saudara baru di Negeri Pahang

mengikut bangsa daripada tahun 2008 sehingga 2012. Saudara baru yang mendaftar di

Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Orang

Asli, Cina, India, Suku kaum dari Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada suku

Kadazan, Bidayuh, Iban dan Murut. Terdapat juga saudara baru daripada kalangan

pelbagai bangsa yang terdiri daripada orang Amerika, Korea, Itali, German, Jepun,

Australia dan kanada. Sesetengahnya ada yang berbangsa Indonesia, Kemboja , Filipina,

Thailand dan Bangladesh. Kesemuannya ini disenaraikan dalam kelompok lain-lain

bangsa.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Majlis Ugama Islam Pahang (

MUIP) menunjukkan bahawa pada setiap tahun jumlah pemelukan Islam ini mengalami

peningkatan dan penurunannya. Sepanjang tahun 2008 jumlah saudara baru yang

memeluk Agama Islam di Negeri Pahang adalah seramai 334 orang. Daripada jumlah

ini, Orang Asli menunjukkan bilangan yang teramai iaitu 169 orang, manakala bangsa

Cina 58 orang, India 35 orang dan lain-lain bangsa seramai 72 ini adalah termasuk

saudara baru daripada masyarakat Kemboja.

Pada tahun 2009, jumlah saudara baru memeluk Agama Islam adalah seramai

748 orang. Jumlah pemelukan Agama Islam pada tahun ini menampakkan ada

peningkatan sebanyak 414 orang daripada tahun sebelumnya. Statistik pemelukan

Agama Islam di Negeri Pahang menunjukkan bahawa Orang Asli sentiasa mendahului

bangsa lain pada setiap tahun. Pada tahun 2009 jumlah Orang Asli yang memeluk

Agama Islam 537 orang diikuti dengan Cina 76 orang, India 43 orang dan lain-lain

termasuk masyarakat kemboja seramai 92 orang.

Saudara baru yang berdaftar di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) pada tahun

2010 pula berjumlah 640 orang. Bilangan ini menunjukkan ada berlakunya sedikit

penurunan daripada tahun sebelumnnya 2009 iaitu sebanyak 108 orang. Namun begitu,

seperti mana tahun-tahun sebelumnya Orang Asli tetap menjadi golongan majoriti

memeluk Agama Islam iaitu seramai 425 orang, bilangan Cina 43 Orang, India 33 orang

dan lain-lain termasuk Kemboja seramai 139 orang.

Pada tahun 2011, jumlah saudara baru yang mendaftar di Majlis Ugama Islam

Pahang (MUIP) berjumlah 784 orang. Bilangan ini pula menunjukkan adanya

peningkatan yang banyak daripada tahun-tahun sebelumnya. Orang Asli mencatat

jumlah seramai 486 orang, bangsa Cina 63 orang, India 49 orang . Manakala saudara

baru daripada lain-lain bangsa pula seramai 186 orang.

Pada tahun 2012, Jumlah saudara baru yang telah direkodkan hanya setakat

bulan Januari hingga April sahaja iaitu seramai 212 orang. Oleh kerana itu jumlah

pemelukan Agama Islam pada tahun 2012 menampakan penurunan yang sangat ketara

berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan saudara baru yang memeluk Agama Islam

bagi bulan-bulan berikutnya masih lagi di dalam proses kemaskini . Daripada jumlah

Page 127: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

119

pemelukan Agama Islam seramai 212 orang , Orang Asli seramai 107 orang, Cina 18

orang, India 10 Orang dan lain-lain bangsa termasuk Kemboja seramai 73 orang.

Menurut statistik yang diperolehi jumlah pemelukan Agama Islam dari tahun

2008 sehingga 2012 seramai 2718 orang. Penulis juga mendapati bahawa dalam tempoh

lima tahun ini, jumlah saudara baru di Negeri Pahang ada berlakunya peningkatan dan

penurunan bilangan pemelukan Agama Islam. Namun begitu jumlah pemelukan agama

Islam di Negeri Pahang didapati masih di tahap yang memuaskan pada setiap tahun. Ini

kerana wujudnya keterlibatan dan kepedulian semua pihak dalam menyampaikan seruan

dakwah kepada non-Muslim. Secara keseluruhannya jumlah pemelukan Agama Islam

dari tahun 2008 sehingga 2012 mengikut bangsa dapat dilihat dalam jadual berikut:

Jadual 1: Statistik Saudara Baru di Negeri Pahang 2008-2012 mengikut

bangsa

Tahun Bangsa Jumlah

Orang Asli Cina India Lain-lain

2008

2009

2010

2011

2012

169

537

425

486

107

58

76

43

63

18

35

43

33

49

10

72

92

139

186

73

334

748

640

784

212

Jumlah 1724 258 170 562 2718

Sumber: Majlis Agama Islam Pahang

Statistik Saudara Baru Masyarakat Kemboja Di Pahang

Berdasarkan statistik yang diperolehi menunjukkan bahawa dalam tempoh 8 tahun di

antara 2005 hingga 2012 ini, saudara baru Kemboja ini ternyata lebih ramai orang

perempuan berbanding orang lelaki. Hal ini mungkin disebabkan orang perempuan di

kalangan Masyarakat Kemboja ini lebih lembut hatinya dan mudah untuk menerima

sesuatu perubahan dan pembaharuan berbanding lelaki.

Sebagai bukti pemelukan Islam di kalangan masyarakat Kemboja di Pahang,

penulis akan membawakan statistik saudara baru di kalangan masyarakat Kemboja di

Pahang. Bilangan masyarakat Kemboja yang memeluk Islam akan dijelaskan melalui

jadual di bawah daripada tahun 2005-2012.

Page 128: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

120

Jadual 2: Saudara Baru Kemboja di Negeri Pahang tahun 2005-2012

Tahun Jantina Jumlah

Lalaki Perempuan

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2

3

6

2

9

11

7

4

2

4

11

3

8

6

9

4

4

7

17

5

17

17

16

8

Jumlah 44 47 91

Sumber: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Faktor-Faktor Pengislaman Saudara Baru Kemboja

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong saudara baru Kemboja di

Negeri Pahang menerima Agama Islam sebagai pegangan hidup mereka. Di antara

faktor pengislaman yang membawa kepada golongan ini kepada Islam adalah:

i. Pergaulan dengan orang Melayu

Dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia khususnya di Pahang sendiri,

ramai kaum lain seperti masyarakat Cina, Siam, Orang Asli dan India bergaul dan

meniru cara hidup orang Melayu. Ini secara tidak langsung mempengaruhi hidup mereka

yang akhirnya akan menyukai cara hidup, pertuturan serta agama yang dianuti oleh

orang Melayu. Perhubungan yang rapat antara mereka lama-kelamaan membuatkan non

Muslim tertarik hati dan cuba untuk mendekati ajaran Islam.

ii. Kerelaan sendiri atau hidayah daripada Allah

Sementara itu, tidak kurang juga ada yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah

daripada Allah Taala. Menurut Maisum 2012 , beliau memeluk Islam kerana bermimpi

didatangi oleh orang tua berpakaian jubah putih yang mengajarnya mengucap dan

menyuruhnya mencari jalan ini. Jalan yang dimaksudkan itu adalah Islam. Selain itu,

ada juga yang memeluk Islam lantaran tertarik dengan kemuliaan ajaran Islam melalui

pembacaan mereka. Mereka ini adalah golongan yang telah dibukakan pintu hati oleh

Allah untuk menerima dan menghayati Islam dengan sebaiknya. Tidak hairanlah jika

Page 129: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

121

mereka mudah menerima ajaran Islam serta patuh pada perintah Allah. Firman Allah

dalam Surah al-Qasas ayat 56:

Maksudnya:

Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi

hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya ia

menerima Islam, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah

petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang

peraturanNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang

yang ada persediaan untuk mendapat hidayah petunjuk kepada memeluk

Islam

iii. Kepentingan Peribadi

Terdapat juga di kalangan saudara baru Kemboja di Pahang ini memeluk Islam kerana

kepentingan tertentu. Namun hakikat tersebut tidak dapat dibuktikan dengan tepat

kerana merupakan sesuatu perkara yang subjektif dan tidak mampu ditafsirkan secara

terbuka. Antara kepentingan yang dapat dikenalapasti oleh penulis di dalam kajian ini

ialah mereka ingin mendapatkan permit atau lesen . Menurut mereka sekiranya mereka

memeluk Islam ini akan memudahkan lagi proses mereka untuk mendapatkan permit

atau lesen. Selain itu juga untuk mendapatkan bantuan dan zakat yang diperuntukkan

kepada golongan mualaf. Biasanya mereka yang memilih Islam kerana untuk

mendapatkan sesuatu yang diinginkan ini tidak akan dapat menghayati Islam itu dengan

jelas.

iv. Ikut-ikutan

Terdapat juga di kalangan mereka yang memeluk Islam disebabkan ikut-ikutan . Ini

kerana semata-mata melihat kesenangan yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka yang

sudah memeluk Islam. Melihat kemudahan yang diberikan kepada mereka yang sudah

memeluk Islam seperti mudah mendapat permit atau lessen, mereka akan mendapat

saguhati dan pelbagai bantuan. Jadi mereka akan mengikut kawan-kawan mereka yang

sudah Islam dan meminta untuk diislamkan di PERKIM. Golongan tersebut juga

termasuk mereka yang memeluk Islam untuk kepentingan peribadi seperti untuk

Page 130: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

122

mendapat hak-hak istimewa sebagaimana yang diperolehi oleh orang Melayu, taraf

kerakyatan dan sebagainya .

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Pahang

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada awalnya telah ditubuhkan pada

19 Ogos 1960 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj selaku Perdana

Menteri Malaysia yang pertama ketika itu dan beliaulah merupakan Yang Dipertua

PERKIM yang pertama. Ketika ini PERKIM telah diterajui oleh Tun Dr Mahathir

Mohamad.

Lantaran kegiatannya merebak ke seluruh negeri, banyak cawangannya telah

ditubuhkan. Cawangan pertama PERKIM yang ditubuhkan ialah cawangan Selangor

yang kemudiannya disusuli cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri

Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kelantan dan terakhir sekali Terengganu (Ahmad

Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Bagi PERKIM Bahagian Pahang, ia telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan

beroperasi di Tingkat 3, Jalan Gambut, Kuantan. Orang yang bertanggungjawab

menubuhkan PERKIM Pahang ialah Dato‘ Haji Abdul Aziz b. Ahmad dan beliau

merupakan pengerusi yang pertama bagi pertubuhan tersebut. Ketika ini, PERKIM

bahagian Pahang diterajui oleh Dato‘ Haji Abdul Rashid b. Haji Abdul Rahman sebagai

Pengerusi dan Tuan Haji Zainal Abidin Haji Abu Bakar sebagai setiausaha (Ahmad

Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Terdapat 11 cawangan PERKIM di seluruh Negeri Pahang iaitu PERKIM

Cawangan Daerah Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Lipis, Cameron Highlands,

Wanita PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Cawangan Daerah Kuantan, Pekan, Bentong

dan Jerantut (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah dengan Visi menjadikan PERKIM Bahagian

Negeri Pahang sebagai NGO Dakwah yang terkemuka di Negeri Pahang serta Misi yang

jelas untuk menjadikan PERKIM Pahang sebagai sebuah NGO dakwah terunggul untuk

memberikan sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa, PERKIM

bahagian Pahang juga telah menggariskan matlamat penubuhannya seperti berikut:

a) Dakwah: meningkatkan kegiatan kepada masyarakat sejagat

b) Pendidikan: meningkatkan kefahaman Islam melalui pendidikan yang telus dan

berterusan.

c) Kebajikan: melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan terhadap saudara baru.

d) Berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam menjalankan kegiatan

dakwah dan isu-isu semasa yang berkaitan.

Pendekatan dan Aktiviti Dakwah PERKIM Pahang Terhadap Saudara Baru di

Pahang

Page 131: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

123

PERKIM Bahagian Pahang telah membawa cogan kata ― Dakwah Didahulukan Saudara

Muslim Diutamakan‘‘. Pendekatan ini tidak sahaja terhad kepada kegiatan-kegiatan

dakwah tetapi juga sebagai wadah menyatukan umat Islam di Pahang tanpa mengira

bangsa, keturunan, peringkat dan sebagainya. Namun dakwah terhadap saudara baru

adalah menjadi keutamaan oraganisasi ini (PERKIM). Sasaran dakwahnya yang utama

ialah kepada masyarakat Orang Asli, Kemboja, Cina , India dan lain-lain.

PERKIM Bahagian Negeri Pahang kini diterajui oleh Dato‘ Haji Abdul Rashid

b. Haji Abdul Rahman sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Zainal Abidin Haji Abu Bakar

sebagai setiausaha. Untuk melicinkan pentadbiran, empat biro utama telah ditubuhkan

iaitu , Biro Kewangan, Pentadbiran dan Pembangunan, Biro Kebajikan dan Ehwal

Sosial, Biro Kecil Dakwah, Pendidikan dan Penerbitan, dan Biro Hal Ehwal Wanita.

PERKIM Bahagian Pahang juga telah menubuhkan cawangan di setiap daerah di

Pahang bagi memudahkan lagi kerja dakwah yang akan dijalankan PERKIM terhadap

masyarakat di Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

Secara dasarnya kegiatan dakwah PERKIM melalui bahagian-bahagian di atas

memberikan kepada tiga tumpuan utama iaitu dakwah kepada orang Islam (dakwah ke

dalam), dakwah kepada orang bukan Islam (dakwah keluar) dan dakwah di kalangan

saudara baru. Pelbagai program telah dirangka dan disusun bertujuan supaya setiap

saudara baru mendapat pemahaman yang sewajarnya mengenai Islam agar kehidupan

mereka tidak terabai dan sentiasa diberikan perhatian oleh rakan Muslim yang lain.

Antara tindakan atau aktiviti yang telah dilakukan oleh PERKIM Bahagian Negeri

Pahang ialah :

i) Aktiviti Pendidikan

a) Kelas Agama Asas atau Lanjutan yang diadakan di masjid Negeri, Kuantan, dan

Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj, Pekan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

b) Kursus Motivasi Anak-anak Saudara Kita bagi meningkatkan tahap

pembelajaran serta akhlak anak-anak saudara Muslim. Pelbagai kursus motivasi

telah dijalankan terhadap mereka untuk menjadikan mereka seorang pelajar yang

cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Sebagai contoh Kursus Motivasi pelajar

UPSR telah diadakan oleh Pihak PERKIM bersama Wanita PERKIM daerah

Temerloh di sekolah-sekolah terpilih sekitar Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

c) Menempatkan anak-anak saudara baru dari tahun 1 hingga tahun 6 di pondok

tahfiz pada musim cuti sekolah untuk belajar membaca Al-Quran.

d) Kursus Khas seperti khusus berkaitan solat. Bagi mengukuhkan amalan solat

bagi kalangan saudara baru contohnya, seminar Tahsin Solat telah diadakan

pada 29 April 2012. Ia diadakan bertujuan untuk melihat tahap penghayatan

saudara baru berkaitan dengan solat fardhu( PERKIM. 2010 : 94-95).

Page 132: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

124

ii) Aktiviti Kebajikan

a) Bantuan kecemasan

Memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran, banjir dan lain-lain ( PERKIM

2010 : 94-95).

b) Bantuan sara hidup

Mengadakan majlis penyampaian bantuan sumbangan kepada fakir miskin.

c) Bantuan segera saudara baru

Menyediakan perkhidmatan tiga buah kereta jenazah PERKIM. Perkhidmatan

ini telah menyediakan peralatan lengkap untuk menguruskan jenazah, liang lahad

serta perkara lain yang berkaitan yang disediakan secara pakej untuk kemudahan

keluarga si mati ( PERKIM 2010 : 94-95).

d) Bantuan persekolahan

Wanita PERKIM Bahagian Negeri Pahang memberi sumbangan kepada

pengetua Sekolah Maahad Tarbiah Darul Hijrah sebanyak RM300 untuk

membantu kanak-kanak miskin. Selain itu memberi sumbangan pakaian sekolah

bagi membantu meringankan keluarga di daerah Pekan, Temerloh, dan Jerantut

pada kadar RM2000 bagi setiap daerah ( PERKIM 2010 : 94-95).

e) Bantuan rawatan

Memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan rawatan segera (

PERKIM 2010 : 94-95).

f) Sumbangan Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha

Sebelum menjelang hari raya, PERKIM akan memberikan sumbangan kepada

setiap keluarga Muslim di sesebuah perkampungan supaya mereka turut merasai

suasana berhari raya ( PERKIM 2010 : 94-95).

g) Agihan daging korban

Menjelang Hari Raya Korban pihak PERKIM akan mengadakan majlis korban di

sekitar Pahang dan akan membuat pengagihan kepada keluarga Muslim (

PERKIM 2010 : 94-95).

h) Memberikan khidmat nasihat kepada saudara baru untuk mendapatkan pinjaman

perniagaan

i) Khidmat kaunseling mengenai masalah keluarga, rumahtangga, hamil luar nikah,

cerai dan sebagainya.

j) Menguruskan kemasukan saudara kita yang berminat untuk belajar di Institut

Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) , kelas-kelas intensif seperti PETAMA.

k) Menyokong saudara baru yang ingin mendapatkan rumah kos rendah Kerajaan

Page 133: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

125

l) Surat sokongan kepada saudara baru yang ingin berkahwin.

m) Mohon mengurangkan bayaran rawatan perubatan dan juga surat akuan bujang.

iii) Aktiviti Lain

a. Pengislaman

Proses pengislaman dijalankan setelah individu terlibat memahami penerangan yang

diberikan dan bersetuju untuk memeluk Agama Islam. Tindakan selanjutnya ke

Mahkamah bagi pengiktirafan dan ke Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan (

PERKIM 2010 : 94-95).

b. Kelas bimbingan

Kelas Insentif Saudara kita yang diadakan sebanyak 10 kali, sepanjang tahun. Setiap

kursus berlangsung selama 5 hari. Di antara objektif pentingnya ialah untuk

meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t , faham dan yakin

diri terhadap masyarakat serta menjadi pendakwah dan penggerak ke arah perpaduan

saudara kita. Seterusnya mengadakan kelas peningkatan agama secara harian dan

mingguan yang mana kelas dikendalikan sepenuhnya oleh Wanita PERKIM

Bahagian Negeri Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

c. Khidmat nasihat/ Kaunseling

Memberi bantuan dan khidmat nasihat secara sukarela terhadap saudara baru yang

mempunyai masalah peribadi mahupun kewangan ( PERKIM 2010 : 94-95).

d. Latihan Pendakwah/ Sukarelawan

Bagi meningkatkan taraf pengislaman saudara baru di Pahang, pihak PERKIM telah

mengadakan pelbagai program bersama dengan mana-mana pusat pengajian

contohnya, program dakwah kepada masyarakat Orang Asli yang diadakan oleh

Kolej Islam Sultan Ahmad Shah Pahang (KIPSAS) dan PERKIM cawangan

Kuantan secara berkala ( PERKIM 2010 : 94-95).

e. Program Khusus Dakwah

Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak PERKIM dan orang Islam, terdapat

banyak program bersama telah dilakukan antaranya ialah, Mengadakan program

ziarah, ceramah dan lain-lain ( PERKIM 2010 : 94-95).

f. Ambang Ramadhan

Apabila menjelang Ramadhan pihak PERKIM akan mengadakan pelbagai program

pengisian untuk saudara Muslim dalam mempersiapkan diri mereka untuk

menempuh bulan Ramadhan ( PERKIM 2010 : 94-95).

Page 134: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

126

g. Hari Raya

Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya bersama saudara baru

(PERKIM 2010 : 94-95) .

h. Korban

Mengadakan ibadah Korban bagi setiap daerah yang ingin melaksanakannya dan

pihak PERKIM Bahagian Negeri Pahang telah menyembelih beberapa ekor lembu

untuk diagihkan kepada saudara baru dan fakir miskin setiap tahun (PERKIM 2010 :

94-95) .

i. Ziarah Hospital

Bersesuaian dengan peranan PERKIM sebagai sebuah badan dakwah yang

mementingkan kebajikan saudara muslim. Pihak PERKIM sering mengadakan

ziarah dan bantuan kepada mereka daripada kalangan saudara Muslim yang telah

mendapat kemalangan dan dirawat di hospital. Mereka akan mengadakan lawatan

ke hospital contohnya lawatan muhibah secara serentak di setiap daerah Negeri

Pahang pada 19 Ogos 2010 anjuran PERKIM Bahagian Negeri Pahang yang mana

telah dikelolakan oleh setiap wakil PERKIM Daerah (PERKIM 2010 : 94-95).

j. Keusahawanan Saudara Kita

Mengadakan kursus Intensif kewangan dan pentadbiran (PERKIM 2010 : 94-95).

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat dua penumpuan

utama kepada pendekatan dakwah yang telah dilakukan oleh PERKIM Bahagian Pahang

kepada saudara baru termasuk masyarakat Kemboja di Negeri Pahang iaitu melalui

pendidikan dan kebajikan. Daripada dua pendekatan tersebut, dakwah melalui kebajikan

lebih ditekankan oleh organisasi ini di mana penulis mendapati aktiviti yang dijalankan

oleh organisasi adalah lebih banyak kepada bentuk -bentuk kebajikan. Dakwah tersebut

ditujukan kepada mereka belum Islam dan yang telah diislamkan. Daripada dua sasaran

tersebut, penumpuan dakwah lebih banyak ditumpukan kepada mereka yang telah

memeluk agama Islam. Oleh itu, amat sinonimlah pertubuhan ini dinamakan sebagai

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia kerana hala tuju dakwahnya lebih banyak

ditumpukan dalam bentuk kebajikan.

Page 135: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

127

Rujukan

Al-Qur‘an

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Che Yusoff Che Mamat. 2003. Pendekatan Dakwah

Kepada Masyarakat India Muslim: Kajian ke Atas Persekutuan Muslim Indo-

Malaysia. Jurnal Usuluddin Bil,17.

Firdaus Lokman Tah. 2010. Suara Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Edisi Khas 50

Tahun.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Bahagian Pahang Kali ke.-30. 2011.

Kuantan,Pahang D.M.,21 Mei.

Mohd Hikmal bin Abdul Kadir. 2012. Sejarah Penubuhan PERKIM Pahang. Temu

bual, 10 April.

Maisum Abdullah. 2012 . Budaya Masyarakat Kemboja. Temu bual, 29 April.

Page 136: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

128

Page 137: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

129

Bimbingan Dan Kaunseling Islam Terhadap Muallaf

Di Pejabat Agama Islam

Daerah Hulu Langat Selangor

Zulfadhli Zafik1

Jawiah Dakir2

Institut Islam Hadhari , Universiti Kebangsaan Malaysia2

Abstrak

Keyakinan beragama merupakan suatu asas yang penting dalam kehidupan

seorang Muslim. Bagi golongan mualaf yang baru bertukar keyakinan agama,

pasti memerlukan pendekatan yang boleh meningkatkan keyakinan agama baru

mereka seperti bimbingan dan kaunseling Islam yang dijalankan oleh Pejabat

Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor. Maka kajian ini dilakukan untuk

mengenal pasti bagaimana perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Islam yang

dijalankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor terhadap

golongan mualaf. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk

kajian lapangan dengan menggunakan teknik temu bual yang dijalankan kepada

pegawai dan pengajar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor.

Dapatan kajian menunjukkan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Selangor telah menjalankan Bimbingan dan Kaunseling Islam dengan baik

kepada golongan mualaf.

Kata Kunci: Bimbingan, Kaunseling Islam, Mualaf, Pejabat Agama Islam,

Selangor

Pendahuluan

Manusia hidup dalam keadaan penuh rintangan dan cubaan. Walaupun dunia hari

ini semakin canggih, manusia masih tetap memerlukan peraturan yang dapat

mengawal manusia dari terus melakukan kerosakan dan melanggar segala

perintah Allah SWT.

Pentingnya ajaran agama bagi manusia ditegaskan oleh Allah SWT

dalam firman-Nya, surah Ar-Ruum ayat 30;

Maksud: ―(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau

dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari

kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan

manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya;

tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama

Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui‖

Page 138: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

130

Abu Bakar Muhammad (2002) dalam buku yang bertajuk Membangun Manusia

Seutuhnya Menurut Al-Quran, menyatakan sejarah masa lampau membuktikan bahawa

tidak ada manusia yang selamat, jika hanya berpedoman kepada akal sahaja, kerana

itulah manusia memerlukan agama yang akan menentukan sifat yang baik dan sifat yang

tidak baik agar akalnya dapat bekerja dengan baik.

Mualaf adalah individu yang masih lembut dan memiliki iman yang lemah.

Mereka amat memerlukan bimbingan agar mereka dapat memahami serta menghayati

ajaran agama Islam dengan baik.

Ulama` tersohor, al-Syaarawi dan al-Qaradawi (2009) menjelaskan mualaf

adalah mereka yang kita jinakkan hati mereka dan galakkan mereka untuk menerima

agama Islam atau sebagai tempat pertolongan bagi Muslimin. Manakala, Pejabat Agama

Islam Daerah Hulu Langat Selangor ( 2012) menjelaskan mualaf ialah seorang yang

masuk (memeluk) agama Islam dan imannya masih dhaif. Mualaf di negeri Selangor

dibantu dan dibimbing untuk lebih menghayati ajaran agama Islam. Majlis Agama Islam

juga bertanggungjawab membiayai segala dana pembelajaran bagi muallaf.

Namun realitinya, masih ada beberapa mualaf yang sudah bertahun-tahun

memeluk agama Islam tetapi tidak menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Bahkan menurut Mufti Kerajaan Negeri Selangor (2001), ada di kalangan mualaf yang

kembali pada agama asal mereka. Selain itu, masih banyak mualaf yang masih kurang

pemahaman mengenai agama Islam.

Bimbingan Kaunseling Islam Dan Muallaf

Bimbingan menurut Year`s Book of Education adalah suatu proses membantu individu

melalui usahanya sendiri untuk menemukan dan mengembangkan kemampuannya

agar memperoleh kebahagiaan peribadi dan kemanfaatan sosial.

Samsul Munir (2010) dalam buku yang bertajuk Bimbingan dan Konseling

Islam, menyatakan bimbingan bermaksud proses pemberian bantuan kepada individu

yang dilakukan secara berkesinambungan, supaya individu tersebut dapat memahami

dirinya, sehingga ia sanggup mengarahkan diri dan dapat bertindak wajar dengan

tuntutan dan keadaan dan masyarakat, Dengan demikian ia dapat mengecap

kebahagiaan hidupnya serta dapat memberikan sumbangan yang bererti.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa bimbingan ialah mengandungi

makna bantuan atau pelayanan. Bimbingan bukan sahaja bantuan kepada orang

tertentu tetapi kepada semua yang memerlukannya.

Kaunseling menurut Samsul Munir (2010) adalah berasal dari kata

―counseling‖ adalah kata dalam bentuk masdar dari ―to counsel‖ secara etimologi

bererti ―to give advice‖ atau memberikan saran dan nasihat. Kaunseling juga memiliki

erti memberikan nasihat atau memberi anjuran kepada orang lain secara tatap muka

(face to face).

Page 139: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

131

Atau definisi kaunseling oleh Edward Hoffman (1986) yang juga dipetik dari

dokumen ini mendefinisikan kaunseling sebagai perjumpaan secara berhadapan muka

antara kaunselor dengan konseli atau orang yang disuluh sedang didalami pelayanan

bimbingan. Kaunseling dapat dianggap sebagai intinya proses pemberian pertolongan

yang esensial bagi usaha pemberian bantuan kepada murid pada saat mereka berusaha

memecahkan permasalahan yang mereka hadapi.

Farid Hariyanto (2007) memetik definisi kaunseling oleh George & Cristiani

(1990) ialah merangkumi aktiviti – aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh seorang

kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku

yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Hamdani Bakran Adz –Dzaky mengatakan bahawa, Bimbingan dan Kaunseling

Islam bersifat kental, luas dan lengkap kerana ajaran Islam datang di permukaan bumi

ini memiliki tujuan yang sangat prinsip atau mendasar iaitu, membimbing,

mengarahkan, menganjurkan kepada manusia menuju kepada jalan yang benar.

Dengan jalan ini manusia akan dapat hidup selamat, tenteram dan bahagia di dunia

hingga akhirat.

Farid Haryanto (2007) mendefinisikan Bimbingan Konseling Islam adalah

suatu proses pemberian bantuan secara terus menerus dan sistematis terhadap individu

atau sekelompok orang yang sedang mengalami kesulitan lahir dan batin untuk dapat

memahami dirinya dan mampu memecahkan masalah yang dihadapinya sehingga

dapat hidup secara harmonis sesuai dengan ketentuan dan petunjuk Allah dan Rasul-

Nya demi tercapainya kebahagiaan duniawiah dan ukhrawiah.

Syafiq Abdullah (2004) menjelaskan , bimbingan dan kaunseling Islam ialah

bantuan atau tunjuk ajar yang dilakukan secara berstruktur dan mengikut kaedah

tertentu yang bertujuan untuk mengarahkan seseorang ke arah yang lebih baik dan

diredhai oleh Allah SWT.

Menurut Kamus Dewan ( 2002 ), perkataan mualaf bermaksud orang – orang

yang baru memeluk Islam atau saudara baru.

Asniza Ahmad(2012) yang memetik definisi al- muallafatu qulubuhum dari pengarang

The Encyclopedia Of Islam New Edition ialah satu kumpulan manusia yang dimenangi

hatinya dengan diberikan sebanyak 50 ekor sehingga 100 ekor unta oleh Rasulullah

SAW dengan tujuan untuk berdamai. Ia merujuk kepada mereka yang pada zaman

dahulu telah menentang Nabi Muhammad SAW semasa peperangan Hunayn.

Jadi secara bahasa, al-muallafah qulubuhum berarti orang-orang yang hatinya

dijinakkan, ditaklukkan dan diluluhkan. Karena yang ditaklukkan adalah hatinya, maka

cara yang dilakukan adalah mengambil simpati secara halus seperti memberikan sesuatu

atau berbuat baik, bukan dengan kekerasan seperti perang, maupun dengan paksaan.

Page 140: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

132

Nur Kareelawati Abd Karim (2005), mentakrifkan saudara baru adalah

kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan

pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman

mereka.

Kesimpulannya, mualaf ataupun saudara baru ialah individu yang hatinya

condong atau tertarik pada Islam tetapi mudah terguris (berkecil hati) dan perlu pada

bimbingan untuk memperkuatkan lagi keimanannya.

Bimbingan Dan Kaunseling Islam Terhadap MualafDi Pejabat Agama Daerah

Hulu Langat Selangor

Bimbingan dan Kaunseling Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Selangor berada di bawah seliaan Unit Pembangunan Insan. Pelbagai aktiviti telah

dijalankan bagi mengurus serta memastikan kebajikan saudara baru terjaga. Di

samping itu juga terdapat program – program yang di jalankan agar memastikan

penyebaran dakwah berjalan dan memberi kefahaman mengenai agama Islam kepada

masyarakat non muslim. Bagi memastikan visi serta misi Pejabat Agama Islam Daerah

Hulu Langat khususnya Unit Pembangunan Insan tercapai aktiviti tidak hanya

dijalankan pada masa – masa yang tertentu sahaja, tetapi di susun dengan baik agar

kebajikan mualaf tidak terabai.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pembangunan Insan bagi terhadap

mualaf ialah :,

1. Memberikan bimbingan dan kaunseling Islam

Bimbingan dan kaunseling Islam merupakan satu metode yang cukup penting bagi

membantu golongan mualaf atau saudara baru untuk memahami agama Islam. Selain

itu, bimbingan dan kaunseling Islam bertujuan untuk menjadi medium atau alat kepada

golongan mualaf untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi. Azlan (2012),

menjelaskan pendekatan bimbingan dan kaunseling Islam yang dijalankan kepada

mualaf adalah secara individual dan kelompok. Pelbagai bimbingan yang diberikan

kepada mualaf bertujuan untuk membantu serta mengarahkan mereka ke arah yang

lebih baik. Teknik bimbingan yang disampaikan kepada golongan mualaf juga

dilakukan dengan pelbagai cara agar dapat menarik minat mualaf.

2. Memberikan pendidikan asas agama Islam

Pendidikan merupakan satu kemestian. Bagi golongan mualaf atau saudara baru yang

baru memeluk Islam pendidikan asas mengenai agama Islam amat berguna dalam

membantu mualaf mempelajari serta memahami agama Islam. Justeru itu, Unit

Pembangunan Insan memberikan pendidikan asas agama Islam yang secukupnya bagi

memastikan mualaf mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Kelas bimbingan

disusun mengikut keperluan semasa golongan mualaf supaya mereka didedahkan

Page 141: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

133

dengan agama Islam yang sebenar. Tanpa pendidikan yang cukup muallaf akan hidup

tanpa pegangan yang kuat. Pendidikan asas agama Islam yang diberikan adalah seperti

berikut:

i. Kelas Iqra`

ii. Kelas akhlak

iii. Kelas Fiqh

iv. Kelas Islam

3. Menjaga kebajikan mualaf

Mualaf Demi memastikan golongan mualaf tidak terabai dan merasa dihargai, pihak

Unit Pembangunan Insan tidak membiarkan mereka begitu sahaja setelah mereka

memeluk agama Islam dan memberikan bimbingan. Pihak Unit Pembangunan Insan

juga turut melakukan aktiviti ziarah ke rumah mereka untuk melihat bagaimana

kehidupan mereka. Menurut temu bual dengan Pegawai Unit Pembangunan Insan,

kunjungan ke rumah bukan sahaja dapat melihat kehidupan mereka tetapi dapat

mengetahui masalah yang mereka hadapi dan menjadikan mereka merasa lebih dekat

dan diperhatikan. Bahkan menurut Mary Faryewdah (2012), menjelaskan Unit

Pembangunan Insan berusaha untuk membantu mualaf sehinggakan mereka

menggunakan wang peribadi untuk membantu mualaf kerana melihat kesungguhan

golongan mualaf ini untuk mendalami agama Islam.

4. Memberikan bantuan kewangan

Masalah kewangan merupakan masalah asas bagi setiap mualaf. Mary

Faryewdah(2012) menjelaskan hampir semua mualaf yang baru memeluk Islam hilang

sumber kewangan dan terpaksa memulakan hidup yang baru dari awal. Maka pihak

Unit Pembangunan Insan cuba memberikan bantuan kewangan supaya dapat

membantu mualaf yang mengalami masalah kewangan. Bantuan kewangan yang

diberikan oleh Unit Pembangunan Insan kepada golongan mualaf adalah seperti

berikut :

1) Bantuan Perkahwinan

2) Bantuan Perubatan

3) Bantuan Kelas Agama

4) Bantuan Kecemasan

5) Bantuan Hutang

6) Bantuan Pelajaran

7) Bantuan Modal Perniagaan

Kesimpulan

Artikel ini telah membincangkan perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Islam yang

dijalankan kepada golongan mualaf di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Selangor bagi meningkatkan lagi keyakinan beragama mereka. Bimbingan dan

Page 142: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

134

Kaunseling Islam yang diberikan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Selangor lebih memfokuskan kepada:

1. Memberikan bimbingan kaunseling.

2. Memberikan pendidikan asas agama Islam.

3. Memberikan bantuan kewangan.

4. Menjaga kebajikan mualaf.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan implikasi yang positif kepada semua

pihak khususnya pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor dan

golongan mualaf yang benar-benar ingin memahami agama Islam:

1. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor terus meningkatkan

layanan bimbingan dan kaunseling Islam agar mereka memperoleh

pengetahuan dan memahami dengan baik mengenai agama Islam dan akhirnya

dapat mereka amalkan dalam kehidupan seharian.

2. Menggunakan teknik bimbingan dan kaunseling yang sesuai dengan keperluan

serta kehendak semasa golongan mualaf serta memperbagaikan cara

penyampaian agar lebih menarik minat mualaf untuk mempelajari serta

mendekati agama Islam.

3. Lebih prihatin dan peka akan masalah yang dihadapi oleh golongan mualaf

agar mereka merasa selamat dan tenang setelah memeluk agama Islam.

4. Golongan mualaf menggunakan segala kemudahan dan layanan yang telah

disediakan untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai agama Islam.

Page 143: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

135

Rujukan

Annur Rahim Faqih(2004), Bimbingan dan Konseling Islam, Yogjakarta

Aziz Saleh(2004), Asas Konseling Islam, Jakarta

Farid Hariyanto(2007), Makalah Dalam Seminar Bimbingan Dan

Kaunseling Agama, Jakarta

Hallen A(2002), Bimbingan dan Konseling, Jakarta

Hamdani Bakran Adz-Dzaky(2009), Konseling dan Psikoterapi Islam,

Aksara

Muhammad Abu Bakar(2002), Membangun Manusia Seutuhnya Menurut

Al-Quran, Surabaya

Nur A`thiroh Masyaa`il(2009), Keperluan Memahami Psikologi Saudara

Baru, Jurnal Hadhari

Samsul Munir Amin(2010), Bimbingan dan Konseling Islam, Jakarta

Mohd Shafiq Abdullah(2006), Pelaksanaan Bimbingan Dan Konseling

Islam Terhadap Muallaf Di Pejabat Agama Islam Daerah Klang, Selangor,Press Uin

Nur Kareelawati Abdul Karim(2002), Metodologi Dakwah Kepada Saudara

Baru: Kajian Khusus Di Darul Arqam Singapura

Zulfadhli Zafik(2012), Pelaksanaan Bimbingan dan Konseling Islam Dalam

Meningkatkan Keyakinan Beragama Muallaf Di Pejabat Agama

Islam Daerah Hulu Langat Selangor,UIN SUSKA

Page 144: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

136

Page 145: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

137

Kepimpinan Dan Sumbangan Mualaf Dalam Dakwah

Hazwan Samsuddin

Safinah Ismail

Zulkefli Haji Aini

Kolej Universiti Islam Anatarabangsa Selangor KUIS

Abstrak

Saudara baru atau muallaf adalah antara insan yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk

mengenali apa itu islam dan berpeluang menikmati kasih sayang Allah. Mereka mampu

menjadi pendakwah dalam menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat. Tokoh

muallaf yang ingin dikaji adalah Doktor Ridhuan Tee Abdullah. Oleh itu, objektif

kajian ini bertujuan mengenalpasti latar belakang Ridhuan Tee Abdullah, dan

membahaskan berkaitan kepimpinan dan sumbangan beliau dalam dakwah. Metode

penyelidikan yang telah digunakan adalah metode dokumentasi, kepustakaan dan

temubual. Dapatan kajian ini adalah Doktor Ridhuan Tee Abdullah seorang mualaf

yang bertekad untuk berjaya, menjadi seorang bangsa cina muslim yang berjaya. Ingin

menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Islam walaupun pada mulanya dihina,

dicerca, dimaki kerana berbangsa bukan melayu, dan penyampaian Islam ini diteruskan

sehinggalah membuka mata masyarakat akan orang berbangsa cina yang memeluk Islam

dapat membawa mesej Islam dengan baik. Kepimpinan dan sumbangan beliau dalam

dakwah patut dijadikan contoh kepada mualaf yang lain agar mereka juga mampu

menjadi tokoh mualaf dalam menyebarkan dakwah di bumi Malaysia.

Pengenalan

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) mualaf bermaksud seseorang yang

belum memeluk Islam tetapi cenderung dengan Islam manakala menurut Jabatan Agama

Islam Selangor(JAIS) mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik dengan

Islam. Pada pandangan sekumpulan ilmuan Arab mualaf bererti tunduk, menyerah dan

pasrah. Sedangkan dalam pengertian Islam, mualaf digunakan untuk menunjukkan

seseorang yang baru memeluk agama Islam25

. Mualaf juga mampu menjadi pendakwah.

Pendakwah ialah seseorang yang sanggup mengorbankan diri, harta dan waktunya untuk

Allah s.w.t. bagi menegakkan risalah yang agung dan meneruskan tugas mulia para nabi

dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan

mereka yang lurus serta menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi

kemungkaran26

.

25

Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28 Februari. 26

Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan. Cet. 2. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hlm. xv.

Page 146: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

138

Latar belakang Ridhuan Tee

Tee Chuan Seng ataupun nama setelah keislaman beliau Mohd Ridhuan Tee dilahirkan

pada tahun 1965, di Kota Setia, Perak Darul Ridzuan. Beliau merupakan seorang

berbangsa cina dan kini telahpun memeluk agama Islam. Beliau mempunyai 10 adik-

beradik, manakala kedua ibu bapanya telahpun meninggal dunia. Salah seorang daripada

adik-beradiknya juga telahpun meninggal dunia dan kini beliau bersama-sama 9 orang

adik-beradik meneruskan kehidupan atas muka bumi Allah ini.

Mengenai adik-beradik beliau hanya beliau dan adik bongsunya sahaja yang

memeluk agama Islam manakala yang lain masih lagi menganut agama nenek moyang

mereka, tetapi beliau selalu mendoakan adik-beradik beliau yang lain diberikan hidayah

oleh Allah agar dapat bersama-sama beliau dalam menganut agama Allah yang suci ini.

Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Pengislaman Dr. Ridhuan Tee

Penerangan yang diberikan oleh beliau, beliau sejak dari kecil semenjak dari sekolah

rendah, beliau telah diajar mengenai agama Islam keran beliau dikelilingi oleh kanak-

kanak yang ratanya dari kalangan orang Islam. Dari situ, beliau amat menyenangi

dengan kehidupan orang Islam dan beliau disenangi oleh rakan-rakan beliau yang

menganut agama Islam.

Kata beliau, sewaktu di sekolah rendah, beliau telah menerima pendedahan

mengenai agama Islam melalui guru-guru yang mengajar beliau pada waktu itu dalam

matapelajaran pendidikan Islam. Menurut beliau, beliau tidak akan keluar daripada kelas

dan tidak akan berganjak daripada tempat duduk beliau apabila menerima pengajaran

daripada guru beliau mengenai pendidikan Islam. Sewaktu beliau di sekolah rendah

juga, beliau sudah pandai menulis jawi, kerana pada zaman persekolahan ketika itu,

masih lagi mengamalkan penulisan jawi. Beliau juga, pada ketika itu sudah boleh

membaca al-fatihah dan doa iftitah.

Seterusnya, Dr. Ridhuan Tee melanjutkan lagi ceritanya, beliau mengatakan

beliau murid yang pertama mengambil Sijil Rendah Pelajaran Agama (SRP) pada ketika

itu. Satu-satunya orang yang bukan Islam mengambil subjek agama dan lulus dengan

cemerlang. Sewaktu di sekolah menengah juga, beliau mengambil subjek pendidikan

Islam dan pada peringkat menengah ini juga, beliau berjaya dengan cemerlang dalam

pelajaran agama Islam ini.

Kemudian, setelah beliau faham dengan sebenar-sebenarnya mengenai agama

Islam ini, barulah beliau memeluk agama Islam. Beliau memeluk agama Islam pada

tahun 1985, kira-kira ketika umurnya dalam 20 tahun.

Page 147: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

139

Pendidikan

Mengenai pendidikan beliau sama seperti kanak-kanak yang lain, semenjak kecil beliau

dihantar oleh kedua ibu bapa beliau bersekolah dikawasan kampung kelahirannya di

Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Perak sehinggalah beliau menamatkan pendidikannya

di sekolah tersebut. Kemudian pada peringkat pertengahan, beliau menerima pendidikan

di Sekolah Menengah Seri Muara, Bagan Datoh.

Beliau menerima pendidikan di sekolah tersebut hanya setakat tingkatan 3

sahaja, oleh kerana pencapaian beliau yang cemerlang beliau meneruskan pengajian

pada aliran sains dan bertukar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul

Razak sehinggalah ke tingkatan 5. Beliau kemudiannya bertukar ke Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Perak untuk melanjutkan pendidikan di tingkatan 6, kerana di

sekoloahnya sebelum ini tidak mempunyai sambungan pelajaran di tingkatan 6, oleh

sebab itu beliau terpaksa bertukar ke sekolah yang lain.

Setelah beliau menerima keputusan yang cemerlang, pada tahun 1988, beliau

menyambung pelajaran terus di peringkat ijazah dalam bidang sejarah dan sains politik

di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau tidak membiarkan masa berlalu

begitu sahaja kerana masa yang ada itu beliau manfaatkan dengan sebaiknya. Pada tahun

1989, beliau mengambil ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang sains di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau amat aktif dalam bidang politik, lebih-

lebih lagi apabila berada di dalam Malaysia ini tetapi beliau tidak memecahkan antara

Islam dan politik. Kemudian, beliau menyambung pengajian di peringkat diploma dalam

bidang pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengajian

Islam yang diambil adalah kerana bagi mengimbangkan kehidupan kehidupan beliau dan

tidaklah hanya tertumpu pada politik tidak terarah kepada Islam. Beliau bukan sahaja

mementingkan politik semata-mata malahan mempamerkan Islam itu sendiri di dalam

politik. Selang beberapa tahun, pada tahun 1997, beliau menyambung pula pengajian di

peringkat Master dalam bidang analisis polisi dan keselamatan di Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM). Dan kini, beliau telahpun mendapat PHD beliau dalam bidang politik

dan kerajaan yang beliau ambil di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kepimpinan Dakwah

Dr. Mohd Ridhuan Tee mula aktif dan melibatkan diri sejak mula-mula belajar di

universiti. Menurut beliau, sejak tahun 2 di alam universiti, beliau telah turun untuk

bertanding sebagai pimpinan majlis perwakilan mahasiswa (MPP). Beliau pernah

diangkat menjadi naib presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi setiausaha agung di dalam Persatuan Mahasiswa

Jabatan Sains dan Politik. Beliau amat aktif dalam ko-kurikulum terutama bila

berpersatuan ataupun di dalam persatuan-persatuan ketika berada di alam universiti.

Sehinggalah beliau diamanahkan untuk menjadi pengarah pesta konvokesyen, menjadi

pengarah dalam program-program besar universiti dan sebagainya lagi.

Page 148: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

140

Menurut beliau, kita menjadi pimpinan pelajar bukan hanya mendiamkan diri,

kita perlu lantang bersuara, apa yang tidak benar kita perlu bersuara walaupun ketika itu

ada akta universiti dan sebagainya. Katanya lagi, jangan pernah takut untuk melakukan,

kita adalah pelajar bahkan kita berjuang mengikut aspirasi pelajar.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan dan pekerjaan.

Beliau pernah menjadi pensyarah sementara di beberapa buah tempat pengajian untuk

beberapa tahun. Beliau juga pernah mendapat tawaran bersama konsultan-konsultan luar

dan beliau juga aktif berada di dalam media-media sebagai pengacara, moderator, malah

sebagai panelis dalam sesuatu rancangan majlis ilmu agama.

Hasil kejayaan beliau, beliau telah diberikan beberapa penghargaan oleh Sultan

Selangor, dan Menteri Wilayah Persekutuan terhadap beliau iaitu sebagai Tokoh Maal

Hijrah dan Pingat Johan Setia Mahkota yang diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong

kepada beliau.

Sumbangan Dr. Ridhuan Tee

Setiap tokoh yang lahir tidak lari dengan keperibadiannya yang baik dan dijadikan

ikutan dan contoh oleh para pengikutnya dan juga tidak ketinggalan sumbangan-

sumbangan di muka bumi ini, begitu juga dengan Dr. Mohd Ridhuan Tee.

Beliau mengatakan, kita diberikan oleh Allah sedikit kelebihan apabila bercakap

mengenai Islam. Ramai orang akan tertarik, daripada itu, beliau mendapat jemputan

yang banyak dari luar, baik dari media catakan mahupun media elektronik. Beliau

banyak mendapat jemputan dari siaran-siaran televisyen untuk menyampaikan mengenai

Islam kepada masyarakat, lebih-lebih lagi beliau mempunyai keistimewaan iaitu orang

yang bukan Islam memeluk agama Islam dan banyak berbicara dan menyampaikan akan

perihal Islam.

Selain itu, beliau juga aktif dalam penulisan. Banyak karangan-karangan, artikel-

artikel, jurnal-jurnal yang telah ditulis oleh beliau samada mengenai Islam ataupun

politik juga dalam Islam. Beliau juga ada menerbitkan beberapa buah buku hasil karya

beliau sendiri. Beliau juga temasuk dalam kalangan orang-orang yang hebat, bukan

hanya bijak dalam menyampaikan ilmu melalui lisan malah beliau juga bijak dalam

penulisan.

Karya-karya Dr. Ridhuan Tee

Antara karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah:

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2012. Avant-Garde Ridhuan Tee. Kuala Lumpur:

Mustread Sdn Bhd.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2012. Cabaran Saudara Baharu di Malaysia. Kuala

Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2011. Masih adakah Ketuanan Melayu?. Kuala

Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.

Page 149: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

141

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Nasib Melayu di Bumi Melayu. Kuala

Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.

Mohd. Ridhuan Tee et al., 2010. Modul Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur:

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (ed). 1995. Ke Arah Peningkatan Kualiti. Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (ed). 1994. Islam dan Kemajuan Masyarakat.

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (ed). 1994. Persoalan Islam dan Isu Semasa. Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (ed). 1992-1995. Perspektif IKIM. Kuala Lumpur:

Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Antara tulisan-tulisan beliau di dalam akhbar:

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 26 Dis 2006. Menolak Tugu Peringatan MPAJA

di Nilai. Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 16 April 2007. Bahasa Teras Negara. Utusan

Malaysia Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 18 Mei 2007. Memahami isu masjid Cina. Utusan

Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah 15 Oktober 2008. Ingat Fakta Sejarah Tanah

Melayu. Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2 November 2008. Bahaya politik perkauman.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 4 Dis 2008. Ketuanan Melayu: Cina Tidak Pernah

Serik.... Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 22 Disember 2008. Politik bukan untuk kaya.

Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 25 November 2008. Perkhidmatan Awam: Bukan

Melayu dipinggirkan? Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. 17 dan 18 Nov 2008. Perlukah kita

mencontohi US? Utusan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. 18 Nov 2008. Timbang Politik Berasaskan

Keadilan. Utusan Malaysia

Page 150: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

142

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 17 Mei 2009. Satu Malaysia utamakan

kepentingan nasional. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 19 Jun 2009. Buruk sangatkah UMNO? Utusan

Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 26 Julai 2009. Nasib Melayu di bumi Melayu.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2 Ogos 2009. Bila kacang lupakan kulit.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 9 Ogos 2009. Bahaya matlamat menghalalkan

cara. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 16 Ogos 2009. Dituduh bersalah pada nenek

moyang. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 23 Ogos 2009. Ancaman akhbar perkauman.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 30 Ogos 2009. Memerdekakan pendidikan

perkauman. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah 6 Sept 2009. Isu timbul kerana kejahilan beragama.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 13 Sept 2009. Memperkasa agenda negara

berbanding agenda bangsa. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 20 Sept 2009. Orang Melayu mudah ‗cair‘ bila

dipuji. Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 27 Sept 2009. Bahaya musang berbulu ayam.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 4 Okt 2009. Dituduh bersalah pada nenek moyang.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 11 Okt 2009. Mengenali musuh dalam selimut .

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 18 Okt 2009. Untungnya bersatu dalam senyap.

Mingguan Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 25 Okt 2009. Perpecahan Islam yang

disengajakan. Mingguan Malaysia

Page 151: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

143

Mutiara Kata Dr. Ridhuan Tee

Kehidupan di kampus dan kehidupan di luar adalah berbeza, dalam kampus kita adalah

pelajar, dalam kelompok, sebab itu kita inginkan sebagai pelajar perlu aktif lihat

masyarakat di luar, beri pandangan dan kita akan dapat rasai bila kita akan keluar dari

kehidupan kampus nanti, idea di kampus itu berbeza apabila kita berada diluar.

Peranan kita di luar lebih besar dan lebih mencabar dan dalam konteks kita ini,

kita adalah daie, kita adalah pendakwah, tidak kira dari latar belakang apa pun.

Masyarakat tidak faham, kerana mereka mengatakan dan berpendapara orang yang

bercakap mengenai agama ini adalah para ustaz, para ustazah, padahal ini adalah

tanggungjawab masing-masing.

Kita kena faham bahawa kahidupan ini adalah jihad. Jihad bukan dari segi

peperangan tapi jihad ini dalam konteks yang luas, untuk mengubah diri, masyarakat dan

apa yang penting adalah sumbangan kita pada agama.

Gunakan masa muda yang ada ini untuk menuntut ilmu, cari ilmu yang lebih

untuk kegunaan pada masa yang akan datang kerana dengan usia yang muda inilah

mempunyai kekuatan berbanding pada usia yang sudah lanjut barulah ingin mencari

ilmu pengetahuan. Para pelajar atau juga daie kena menguasai ilmu dan kemahiran

dalam bercakap kerana sekarang ini kebanyakannya kurang cakna dalam mencari ilmu

dan untuk menyampaikan ilmu itu, tiada kemahiran. Jadi, ilmu dan kemahiran bercakap

itu perlu dikuasai oleh pendakwah.

Kesimpulan

Inilah sedikit sebanyak kisah serta pengalaman oleh tokoh yang telah penulis dapat

kumpulkan. Sedikit sebanyak dapatlah kita ambil pengajaran serta intipati berkenaan

dengan tokoh yang telah dikaji. Walaupun beliau adalah seorang mualaf, beliau adalah

seorang mualaf yang berjaya, sering mencari kebenaran dan menegakkan segala perkara

yang datang dari perkara yang benar. Tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Sesungguhnya keluarga mana yang akan meredhai anggota keluarganya memeluk agama

yang lain lebih-lebih lagi kedua ibu bapa yang telah melahirkannya anak nya itu.

Walaupun itulah memang hakikat dan sebenarnya cabaran yang telah dilalui, namun

beliau tidak pernah kesal dan terus mohon dan berdoa agar keluarga yang terdekat diberi

hidayah dan petunjuk oleh Allah dan dapat bersama-sama kalangan orang Islam.

Beliau juga tekad untuk berjaya, menjadi seorang bangsa cina muslim yang

berjaya. Ingin menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Islam walaupun pada

mulanya dihina, dicerca, dimaki kerana berbangsa bukan melayu, dan penyampaian

Islam ini diteruskan sehinggalah membuka mata masyarakat akan orang berbangsa cina

yang memeluk Islam dapat membawa mesej Islam dengan baik. Perkara-perkara yang

baik daripada tokoh yang dikaji inilah yang perlu dicontohi untuk para pendakwah

sekalian.

Page 152: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

144

Rujukan

Temubual telah berlangsung pada 13 Ogos 2012, pada jam 2 petang, di pejabat

beliau yang bertempat di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Pusat Pengajian

Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi,

57000, Kuala Lumpur.

Curriculum Vitae, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2012, Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia : Kuala Lumpur.

Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan.

Cet. 2. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28

Februari.

Page 153: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

145

Penulis bersama Dr. Mohd Ridhuan Tee

Dr. Mohd Ridhuan Tee sebagai moderator dalam satu rancangan di Astro Oasis

Page 154: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

146

Dr. Mohd Rihuan Tee ketika menyampaikan ceramah agama

Dr. Mohd Ridhuan Tee ketika bersama-sama dengan anggota pimpinan MACMA

Page 155: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

147

Analisis Latihan Ilmiah Di Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan

Berkaitan Dakwah Orang Asli Dari Perspektif Komunikasi Dakwah

Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Harfiz Hamzah, Abdul Ghafar Don, Razaleigh

Kawangit, Anuar Puteh

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM.

Abstrak

Kajian tentang dakwah Orang Asli merupakan salah satu tujahan penyelidikan

di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK), UKM. Antara tahun

1987 hingga 2011, iaitu dalam tempoh 24 tahun, sebanyak 28 buah penulisan

latihan ilmiah yang telah dihasilkan di Jabatan ini. Walau bagaimanapun,

penulisan latihan ilmiah ini rancak selepas tahun 2005 dengan jumlah

penulisan latihan ilmiah sebanyak 15 buah. Untuk melestarikan penulisan pada

masa akan datang, artikel ini menjelaskan analisis terhadap keseluruhan 28

buah latihan ilmiah itu berasaskan kepada konsep komunikasi dakwah secara

kualitatif. Hasil dapatan kajian ini mendapati tumpuan lebih banyak diberikan

dalam konteks keberkesanan metode dakwah berbanding kajian berkaitan

fenomena sosial dan penilaian usaha-usaha dakwah yang telah mencapai

kejayaan pada masa lepas. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan kajian

terhadap wasilah dakwah kurang diberi penekanan berbanding kajian terhadap

manhaj dan uslub. Kajian juga mendapati usaha untuk menilai kejayaan

dakwah Orang Asli adalah amat kurang diberi perhatian.

Pendahuluan

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) telah ditubuhkan pada tahun 1979.

Sejak awal penubuhan jabatan ini, dakwah kepada orang asli merupakan salah satu dari

tumpuan penyelidikannya. Bagi mendekatkan lagi hubungan dengan Orang Asli, jabatan

ini telah memasukkan Latihan Amali Dakwah (LAD) bersama mereka sebagai salah satu

dari ko-kurikulum wajib. Ia merupakan aktiviti kemasyarakatan selama seminggu di

kampung orang Asli bagi mendedahkan kepada pelajar realiti kehidupan mereka di

samping mengintegrasikan ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah. Sejak 1985 ia

dianjurkan, jabatan ini mempunyai pengalaman yang luas bersama orang Asli.

Pengalaman bersama dengan orang Asli ini, telah diterjemahkan dalam bentuk kajian

dan penyelidikan terutamanya di peringkat sarjana muda. Di peringkat ini, pelajar telah

mengenalpasti masalah, menganalisis usaha yang dilakukan dan mencari pendekatan

yang terbaik bagi mendekati mereka. Sungguhpun kajian yang dijalankan di peringkat

sarjana muda tidaklah begitu mendalam, tetapi ia cukup memberikan maklum balas awal

tentang pendekatan dakwah yang dilakukan. Berdasarkan rekod jabatan, antara tahun

1987 dan 2011, terdapat 28 latihan ilmiah (LI) yang berkaitan dengan dakwah Orang

Asli yang telah diusahakan oleh pelajar ijazah pertama jabatan ini. Taburan LI dapat

dilihat dalam Jadual 1 di bawah.

Page 156: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

148

Jadual 1

Taburan kajian mengikut tahun

Jumlah kajian Tahun

2 1987-1989

1 1990-1994

2 1995-1999

8 2000-2004

15 2005-2011

Jadual 1 di atas menunjukkan sebelum tahun 2000 penyelidikan di dalam bidang

ini tidak begitu rancak. Hanya terdapat satu LI sahaja yang ditulis pada tahun 1980-an

dan empat LI pada 90-an manakala selebihnya iaitu sebanyak 23 LI pada tahun 2000 ke

atas. Ini menandakan bahawa kajian berkaitan Orang Asli ini ditumpukan dengan lebih

serius sejak 2000 khususnya selepas 2005 di mana terdapat 15 LI yang telah ditulis.

Untuk tahun 2011 dan ke atas, dijangkakan kajian berkenaan dengan Orang Asli akan

lebih rancak lagi. Ini berikutan dengan penubuhan Pusat Kajian Kecemerlangan Orang

Asli dan peribumi (PRIBUMI) pada 2010. Objektif utama kepada penubuhan pusat ini

ialah untuk mengoptimumkan potensi sumber pakar dan kepakaran universiti dalam

bidang berkaitan dakwah masyarakat Orang Asli dan Peribumi. Ia telah diletakkan di

bawah naungan Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kebanyakan penyelidik terdiri dari

pensyarah JPDK.

Gabungan usaha antara JPDK dan PRIBUMI akan menjadikan kajian dakwah

kepada Orang Asli lebih terfokus dan lebih berkesan. Untuk memastikan kajian akan

datang berkaitan dengan orang asli lebih mendalam dan releven, artikel ini memaparkan

analisis terhadap semua LI ijazah pertama dari perspektif komunikasi dakwah untuk

membuat unjuran penyelidikan pada masa akan datang. Ia dapat mengenalpasti

kelompangan yang wujud pada kajian yang telah lalu dan merancang kajian yang

releven untuk masa akan datang. Konsep komunikasi dakwah telah digunakan di dalam

menganalisis LI kerana konsep ini menggabungkan aspek teori asas dakwah seperti yang

terdapat di dalam ilmu dakwah dengan teori komunikasi yang boleh menilai pelaksanaan

usaha dakwah itu.

Artikel ini menumpukan kepada analisis dari aspek komunikasi dakwah yang

membincangkan tiga perkara iaitu dari aspek kajian metode dakwah, kajian memahami

fenomena dan kajian penilaian terhadap usaha dakwah.

Komunikasi dakwah

Komunikasi dakwah ialah suatu bidang yang meneliti usaha dakwah yang berkesan dan

terancang bagi mencapai matlamat dan objektif tertentu yang sesuai dengan kelompok

sasaran dan kemampuan pendakwah yang terhad (Bambang, 2010). Ia berbeza dengan

‗ilmu dakwah‘ yang lebih tertumpu kepada cara menyampaikan mesej Islam (al-

Bayanuni, 1999). Tumpuan utama di dalam ‗ilmu dakwah‘ ialah tentang prinsip dan

halatuju dakwah itu sendiri yang hanya boleh bersumberkan di dalam al-Quran dan

Page 157: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

149

sebagaimana yang ditunjukkan oleh para Rasul terdahulu (Zaydan, 1996). Maka

memahami prinisp, halatuju dan cabaran dakwah yang dihadapi oleh para Rasul

memerlukan kajian yang bersifat kualitatif sebagaimana yang telah dijalankan oleh para

sarjana Islam (al-Rawi, 1991). Walau bagaimanapun, usaha dakwah itu tidak cukup

dengan memahami prinsip, halatuju dan cabarannya sahaja, tetapi ia mestilah boleh

dikaji aspek pelaksanaannya pada masa kini dengan menggunakan pelbagai kaedah dan

wasilah. Paling penting lagi ialah, usaha dakwah yang dilakukan itu boleh dinilai

keberkesanannya untuk memastikan usaha yang terbaik dapat dilakukan.

Di dalam bidang komunikasi, keberkesanan adalah suatu aspek yang penting

seperti yang disebutkan oleh Laswell (1948), lantaran salah satu matlamat sebuah

komunikasi ialah untuk menyampaikan maklumat. Untuk mengkaji keberkesanan usaha

berkenaan, kajian bersifat kualitatif lazimnya dilakukan seperti di dalam ilmu

komunikasi. Justeru, gabungan antara dakwah dan komunikasi itu seperti aur dan tebing

kerana dakwah menumpukan kepada aspek teori meliputi prinsip dan halatuju dakwah

manakala komunikasi pula menumpukan kepada kajian pelaksanaan dan keberkesanan.

Maka di sini dapat disimpulkan bahawa komunikasi dakwah merupakan ilmu yang

menggabungkan aspek teori, pelaksanaan dan penilaian usaha dakwah yang telah

dilakukan.

Muhamad Faisal & Razaleigh (2011) telah mencadangkan 3 skop kajian di

dalam komunikasi dakwah iaitu kajian keberkesanan metode dakwah, kajian yang

meneliti fenomena kehidupan sosial dan kajian yang menilai kejayaan sesebuah gerak

kerja dakwah. Skop kajian yang pertama meliputi manhaj dan pendekatan dakwah yang

sesuai termasuk pengurusan organisasi yang menjadi pelaksana kepada dakwah itu

sendiri. Manhaj ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi mencapai

matlamat tertentu yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok sasaran manakala

pendekatan pula ialah aspek pelaksanaan kepada manhaj dakwah itu. Skop kajian yang

kedua ialah usaha memahami fenomena sosial berkenaan Orang Asli dari aspek budaya,

pemikiran dan persepsi yang perlu untuk diteliti bagi membangunkan metode atau

pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Manakala skop

kajian yang ketiga ialah penilaian tentang kejayaan dan pencapaian usaha dakwah yang

telah dilakukan terhadap Orang Asli oleh organisasi mahu pun individu.

Menerusi tiga skop komunikasi dakwah Orang Asli di atas, analisis yang dibuat

terhadap semua LI meneliti kekuatan dan kelemahan dalam semua kajian itu yang boleh

dijadikan panduan untuk meneroka kajian baru pada masa akan datang. Dengan

penelitian sebegini, ia turut boleh merangka perancangan penyelidikan dakwah Orang

Asli pada masa akan datang. Analisis dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu berdasarkan

kepada bidang komunikasi dakwah seperti yang dinyatakan di atas.

Page 158: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

150

a. Kajian keberkesanan metode dakwah

Metode bererti cara dan kaedah melakukan sesuatu. Ia juga termasuk sistem dan aturan

sesuatu perkara (al-Bayanuni, 1995). Ia berasal daripada perkataan Inggeris yang bererti

sistem, aturan atau kaedah (Ab. Aziz, 1997). Metode terbahagi kepada tiga iaitu manhaj,

uslub dan wasilah. Pembahagian ini berdasarkan kepada ketiga-tiga perkataan ini

merupakan istilah yang selalu digunakan di kalangan para sarjana dakwah dalam

menjelaskan metode dakwah. Apa yang dapat diperhatikan dari penggunaan setiap

perkataan itu di kalangan para sarjana ialah ketidak kesepakatan mereka di dalam

mendefinisikannya. Namun perselisihan itu hanyalah dari sudut istilah sahaja, bukan

dari sudut kandungannya.

Bagi, mengharmonikan perbezaan semua pandangan itu, terdapat tiga perkara

yang perlu ada dalam sesuatu usaha dakwah. Yang pertama ialah perancangan dakwah

berdasarkan kepada matlamat yang boleh dicapai dalam sesuatu tempoh berdasarkan

kesesuaiannya dengan latar belakang kelompok sasaran. Ia boleh dinamakan dengan

manhaj iaitu penentuan hala tuju dan pencapaian yang perlu dicapai dalam dakwah yang

akan menjawab persoalan ―apa, siapa dan kenapa?‖. Yang kedua ialah aspek konsep dan

pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat sepertimana yang telah digariskan oleh

manhaj. Aspek yang kedua ini dinamakan dengan uslub yang merujuk kepada kaedah

untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan percubaan menjawab persoalan tentang

―bagaimana?‖. Yang ketiga ialah aspek teknikal bagi melaksanakan aktiviti tersebut. Ia

dinamakan dengan wasilah yang merujuk kepada kesesuaian penggunaan peralatan dan

medium termasuk organisasi yang digunakan bagi melaksanakan gerak kerja dakwah

yang menjawab persoalan ―cara mana?‖. Tuntasnya, menurut Ab. Aziz (1997), dakwah

dapat difahami bukan sekadar laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan seruan

yang terancang. Seruan yang terancang memerlukan suatu metode yang tersusun dan

jelas matlamatnya.

Di dalam aspek keberkesanan metode dakwah ini, terdapat 15 LI yang

menumpukan kepada aspek ini seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 2. Ini

menandakan bahawa aspek metode merupakan aspek yang diberikan perhatian yang

sewajarnya.

Jadual 2: Senarai LI yang berkaitan dengan keberkesanan metode dakwah Bil Pengkaji Metode Dakwah Tahun

1. Nor Hasnah bt

Hamali

Masyarakat Orang Asli Di Daerah Temerloh Pahang: Kajian Terhadap

Perkembangan Islam Dan Masalah-Masalah Yang Dihadapi 1993

2. Zamaksyari b. Abd

Ghani

Cawangan Dakwah Khas Orang Asli: Aktiviti-Aktiviti Dalam

Mengembangkan Dakwah Islamiah 1998

3. Che Azimah Hamzah

Peranan Masyarakat Melayu Berjiran Dengan Orang Asli Dalam

Konteks Dakwah Islamliyah. Tinjauan Di kampung Paya Perak,

Temerloh, Pahang

1998

4. Nor Suhaila bt

Hashim

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut: Satu Kajian Dari Aspek

Organisasi dan Peranannya Dalam Penyebaran Dakwah 2001

5. Noresah bt Mohd @

Abdullah

Pengurusan Dakwah Terhadap Pelajar-Pelajar Orang Asli: Tinjauan Di

Asrama Darul Falah, PERKIM. 2002

Page 159: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

151

6. Wan Noraini bt Wan Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli:Kajian di Jabatan Agama

Islam Pahang 2002

7. Norhazani bt Ahmad Pendekatan Program Dakwah Terhadap Orang Asli: Kajian di Majlis

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 2003

8. Che Norasuati bt Che

Dollah

Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli: Kajian di Majlis Agama

Islam Kelantan 2003

9. Faizah bt Hamzah Metodologi Dakwah Kepada Orang Asli: Satu Kajian di Jabatan

Agama Islam Johor 2003

10. Siti Munirah bt

Hassan

Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di Kampung Tekir

Negeri Sembilan 2007

11. Azlizam b Abd Aziz Strategi Dakwah Masyarakat Orang Asli di Daerah Petaling, Selangor 2007

12. Siti Noor Fazilah bt

Mohd Noor

Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur Terhadap Masyarakat

Orang Asli 2009

13. Fadilah bt Wahab Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan

Terhadap Masyarakat Orang Asli 2010

14. Ummu Syafiqah bt

Said

Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli Di Terengganu: Kajian di

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 2010

15. Syafiqah bt Hassan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli Kampung Pasir

Salam: Kajian Peranan Jabatan Agama Johor 2011

Analisis terhadap senarai LI seperti yang terdapat dalam Jadual 2 di atas dapat

dibuat berdasarkan kepada jenis kajian iaitu kajian yang lebih terfokus dan agak

mendalam sesuai dengan tahap ijazah sarjana muda. Manakala, yang kedua ialah kajian

yang dilakukan secara umum sahaja dan tidak mempunyai fokus yang jelas.

Pembahagian ini boleh membezakan antara kajian yang benar-benar membincangkan

tentang metode atau kajian yang sekadar menyelitkan metode ini sebagai sebahagian

daripada perbincangan.

Terdapat 8 LI yang dilakukan secara terfokus kepada aspek tertentu di dalam

kajian metode dakwah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 3 di bawah. Semua LI

yang dilakukan itu tertumpu kepada aspek metode dakwah dan aplikasinya manakala

lokasi kajiannya berbeza antara satu sama lain.

Jadual 3: Tumpuan Kajian LI Bil Pengkaji Tahun Tumpuan kajian

1 Zamaksyari b. Abd Ghani 1998 Aktiviti-Aktiviti Dalam Mengembangkan Dakwah

Islamiah

2 Wan Noraini bt Wan 2002 Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli

3 Norhazani bt Ahmad 2003 Pendekatan Program Dakwah Terhadap Orang Asli

4 Faizah bt Hamzah 2009 Metodologi Dakwah Kepada Orang Asli

5 Azlizam b Abd Aziz 2007 Strategi Dakwah Masyarakat Orang Asli

6 Siti Noor Fazilah bt Mohd

Noor 2010 Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur

7 Ummu Syafiqah bt Said 2010 Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli

8 Fadilah bt Wahab 2010 Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Negeri Sembilan

Kesemua LI di dalam Jadual 3 tertumpu terhadap metode dakwah dan dilihat dari

sudut manhaj dan uslub dakwah. Bermula dari 1998, kajian berkenaan aspek ini rancak

dilakukan sehinggas 2010 dan tiada kajian yang dilakukan dalam aspek ini antara tahun

Page 160: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

152

1999-2001 dan 2004-2006. Berdasarkan analisis, hanya dua kajian yang mengkaji secara

langsung kepada metode dakwah iaitu Azlizam (2007) dan Fazilah (2009). Manakala

kajian-kajian lain menfokuskan kajian metode dan dikaji bersama pelaksana dakwah

iaitu organisasi-organisasi yang menggerakkan dakwah.

Zamaksyari (1998), Noraini (2002) dan Norhazani (2003) membincangkan

metode dakwah dengan menyenaraikan aktiviti-aktiviti atau program-program dakwah

yang dilakukan secara rawak dan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai organisasi.

Faizah (2003) kemudiaannya telah membahagikan pelaksanaan metode dakwah dengan

melihat konteks Orang Asli yang Muslim dan juga bukan Muslim. Kajian seterusnya

oleh Azlizam (2007), Ummu (2010) dan Fadilah (2010) juga telah mengkhususkan

pelaksanaan metode dakwah dengan mengkategorikan pelaksanaan metode tersebut.

Azlizam (2007) telah mengkategorikan pelaksanaan metode dakwah kepada dua iaitu

metode jangka panjang dan jangka pendek. Ummu (2010) pula mengkategorikan kajian

pelaksanaan metode kepada dua iaitu metode sosial dan pendidikan. Manakala Fadilah

(2010) pula mengkategorikan pelaksanaan metode kepada tiga iaitu pendidikan,

kebajikan dan pembangunan ekonomi. Fazilah (2009) pula mengecilkan skop kajian

yang telah dilakukan oleh Noraini (2002) dengan membincangkan metode dakwah

melalui ―Dakwah Perdana Darul Makmur‖ yang dilaksanakan oleh JAIP.

Berdasarkan dapatan ini, dapat dinyatakan bahawa kajian metode dakwah pada

tahap awal hanya membincangkan metode dakwah dengan meletakkan sebanyak mana

aktiviti dan program yang dilaksanakan untuk tujuan dakwah kepada Orang Asli. Pada

tahap seterusnya, pelaksanaan metode dakwah telah dibincangkan mengikut kategori

yang sesuai dan tidak hanya dibincangkan secara rawak. Secara amnya, perbincangan

dalam aspek metode dakwah ini dibahaskan secara berbeza-beza sekalipun aktiviti dan

program yang dinyatakan dalam kesemua kajian adalah hampir sama. Ia hanya

disesuaikan mengikut kategori yang diletakkan. Bagi kajian Fazilah (2009), sekalipun

cuba untuk mengecilkan skop perbincangan mengenai metode dakwah melalui DPPM,

namun perbincangannya tidak banyak berbeza dengan kajian Noraini (2002) sekalipun

jarak masa antara kedua-dua kajian adalah tujuh tahun.

Sekalipun LI ini membincangkan metode dakwah Orang Asli secara mendasar,

namun penelitian yang lebih terperinci dapat dibahas dengan melihat kesesuaian uslub

yang digunakan serta kesan-kesannya. Banyak LI hanya mengkaji tentang cara ―apa‖

yang hendak digunakan dalam berdakwah, tetapi kurang memberi penekanan tentang

―bagaimana‖ untuk mengetuk hati mad‘u dengan menggunakan cara ―apa‖ itu. Seperti

uslub meraikan hari kebesaran dalam Islam. Apakah rasionalnya uslub ini dilaksanakan

dan sejauh mana uslub ini dapat memberi kesan terhadap Orang Asli samada mereka

dapat lebih memahami tentang hari kebesaran dalam Islam dan lebih tertarik kepada

Islam. Selain itu, kajian juga boleh melihat tentang bagaimana metode dakwah yang

dilaksanakan dapat memberi kesan samada mampu untuk memberi Orang Asli berfikir

tentang Islam, menyentuh perasaan mereka terhadap Islam dan seterusnya dapat

membawa mereka untuk beriman kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar keimanan.

Page 161: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

153

Terdapat tujuh LI yang dapat dikategorikan sebagai kajian am yang merangkumi

pengurusan, peranan, perkembangan dakwah seperti dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Tumpuan Kajian LI Am Bil Pengkaji Tahun Tumpuan kajian Jenis

1 Syafiqah bt Hassan 2011 Kajian Peranan Jabatan Agama Johor Peranan

2 Nor Suhaila bt Hashim 2001 Kajian Dari Aspek Organisasi dan Peranan Peranan

3 Che Azimah Hamzah 1998 Peranan Masyarakat Melayu Berjiran Dengan

Orang Asli Dalam Konteks Dakwah Islamiyah Peranan

4 Nor Hasnah bt Hamali 1993 Kajian Terhadap Perkembangan Islam Perkembang

an

5 Siti Munirah bt Hassan 2007 Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Orang

Asli

Perkembang

an

6 Noresah bt Mohd @

Abdullah 2002

Pengurusan Dakwah Terhadap Pelajar-Pelajar

Orang Asli Pengurusan

7 Che Norasuati bt Che

Dollah 2003 Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli Pengurusan

Jadual 4 di atas menjelaskan kategori LI yang bersifat am iaitu yang tidak dapat

diletakkan dalam kategori yang lain. Analisis mendapati metode dakwah turut

dibincangkan di dalam LI di atas tetapi dibicarakan secara umum. Contohnya, Azimah

(1998) telah mengkaji peranan masyarakat Melayu yang berjiran dengan Orang Asli.

Manakala, Suhaila (2001) dan Syafiqah (2011) telah mengkaji peranan Jabatan Agama

Islam Negeri dalam menyebarkan dakwah kepada Orang Asli. Peranan utama

masyarakat Melayu dan organisasi ini adalah untuk menyampaikan dakwah kepada

masyarakat Orang Asli. Dalam aspek perkembangan pula, kajian telah dilakukan oleh

Hasnah (1993) dan Munirah (2007) yang mengkaji tentang perkembangan Islam dalam

kalangan masyarakat Orang Asli serta masalah-masalah yang mereka hadapi. Dalam

aspek pengurusan, kajian telah dilakukan oleh Noresah (2002) yang mengkaji

pengurusan dakwah di ASDAF dan Norasuati (2003) yang mengkaji pengurusan

dakwah di MAIK. Kesemua penulisan ini, sekalipun tidak meletakkan metode dakwah

sebagai matlamat utama, tetapi masih tetap membahaskannya di dalam penulisan

masing-masing. Ini kerana, metode dakwah amat terkait rapat dengan perbincangan

tersebut. Peranan untuk menyampaikan dakwah sukar untuk terlaksana tanpa disertakan

dengan metode dakwah yang sesuai. Begitu juga dakwah akan sukar untuk dikembang

dan dibangunkan serta pengurusan tidak akan sempurna tanpa adanya metode dakwah

yang terancang. Dari aspek yang lain pula, LI yang dilakukan dengan skop tajuk yang

sangat luas tidak sesuai untuk dilakukan dalam kajian di peringkat ijazah pertama.

Berdasarkan kepada pembahagian metode dakwah yang dibahagikan kepada

manhaj, uslub dan wasilah, LI boleh dibahagikan kepada dua; yang pertama ialah

manhaj dan uslub manakala yang kedua ialah wasilah.

Manhaj dan uslub

Kedua-dua manhaj dan uslub ini digabungkan dalam satu kategori kerana keduanya

saling berkaitan rapat. Manhaj ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi

mencapai matlamat tertentu yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok sasaran.

Page 162: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

154

Manakala Uslub pula ialah aspek pendekatan pelaksanaan kepada manhaj dakwah itu.

Kesemua 15 LI ini telah mengkaji tentang manhaj dan uslub baik secara umum

mahupun secara khusus. Analisis mendapati 8 daripada 15 buah penulisan ilmiah telah

mengkaji berkenaan metode dakwah secara mendasar atau khusus. Mereka adalah

Zamaksyari (1998), Noraini (2002), Norhazani (2003), Faizah (2003), Azlizam (2007),

Fazilah (2009), Ummu Syafiqah (2010) dan Syafiqah (2011). Manakala selebihnya

membincangkannya secara literal atau umum.

Daripada 15 buah penulisan ini juga, hanya satu LI sahaja yang menggunakan

metode kajian berbentuk kuantitatif iaitu Fadilah (2010). Manakala 14 buah LI lain

menggunakan metode kajian dengan rekabentuk kualitatif. Fadilah (2010) dalam hasil

kajiannya mendapati bahawa terdapat tiga bahagian metode dakwah yang dilaksanakan

oleh JHEOA, Negeri Sembilan iaitu metode dakwah melalui pendidikan, kebajikan dan

pembangunan ekonomi. Dakwah melalui pendidikan adalah seperti kelas bimbingan

Fardhu Ain, majlis pengenalan program al-Quran, kursus kemahiran bersuci dan bersolat

dan dermasiswa untuk pelajar anak saudara baru. Dakwah melalui kebajikan pula adalah

seperti solat berjemaah, program dakwah dan ziarah, sambutan hari kebesaran Islam,

majlis berbuka puasa, gotong royong dan program kunjungn budaya. Manakala

pendekatan dari sudut pembangunan ekonomi pula dapat dilihat melalui program

bimbingan usahawan dan program pembinaan ruang niaga untuk Orang Asli.

Berdasarkan metode tersebut, satu kaji selidik telah diedar kepada 20 orang responden

daripada masyarakat Orang Asli untuk melihat sejauhmana penerimaan mereka terhadap

metode tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat Orang Asli lebih

mendapat kefahaman tentang Islam melalui program-program dakwah yang dijalankan

oleh JHEOA. Masyarakat Orang Asli juga berasa senang dengan JHEOA kerana

bantuan yang telah dihulurkan oleh organisasi ini kepada mereka.

Wasilah

Wasilah merupakan bahagian yang ketiga dalam metode dakwah iaitu saluran

penyampaian sesebuah kandungan dakwah dan juga sebagai medium pelaksanaan bagi

sesebuah aktiviti dakwah. Sebagai contoh, Noraini (2002) membincangkan majlis

tilawah al-Quran sebagai medium untuk mendekatkan Orang Asli dengan al-Quran dan

Fazilah (2009) telah membincangkan debat, kesenian dan perkahwinan sebagai wasilah

dakwah. Perbincangan berkenaan wasilah tidak diberikan penekanan secara meluas di

dalam penulisan LI, walaupun dakwah kepada Orang Asli memerlukan kepada wasilah

yang bersesuaian dengan mereka. Dalam arus moden hari ini, Orang Asli

kebanyakannya mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik berbanding dahulu. Namun

begitu, wasilah dakwah dalam konteks kontemporari seperti penggunaan surat khabar,

televisyen mahupun internet sebagai medium dakwah Orang Asli masih belum

mendapat tempat untuk dijadikan sebagai kajian.

Organisasi dakwah sebagai badan pelaksana dakwah Orang Asli perlu dilihat

sebagai suatu wasilah untuk menyampaikan dakwah. Ini berasaskan kepada organisasi

dalam konteks komunikasi dilihat sebagai badan yang mempunyai kumpulan-kumpulan

Page 163: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

155

dan juga individu yang bekerjasama bagi mencapai matlamat (Mohd Yusof, 2005).

Justeru, dalam usaha menyampaikan dakwah kepada Orang Asli, medium terbesar yang

digunakan adalah melalui organisasi-organisasi. Melalui organisasi-organisasi tersebut,

kegiatan dakwah dapat disusun secara sistematik. Justeru, medium organisasi dianggap

paling sesuai untuk menjalankan dakwah kepada masyarakat Orang Asli berbanding

medium lain. Tambahan pula, lokasi kediaman mereka yang setempat, yang

memudahkan pendekatan organisasi dalam menjalankan usaha dakwah. Dakwah kepada

Orang Asli biasanya dilaksanakan secara jama‘ie berbanding secara fardi. Terdapat 10

kajian yang dilakukan berkaitan dengan organisasi dakwah seperti yang dinyatakan

dalam Jadual 5.

Jadual 5

LI yang berkaitan organisasi

Bil Pengkaji Tahun Organisasi

1. Zamaksyari b. Abd Ghani 1998 Cawangan Dakwah Khas Orang Asli

2. Nor Suhaila bt Hashim 2001 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut

3. Noresah bt Mohd @ Abdullah 2002 Asrama Darul Falah, PERKIM

4. Wan Noraini bt Wan 2002 Jabatan Agama Islam Pahang

5. Norhazani bt Ahmad 2003 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan

6. Che Norasuati bt Che Dollah 2003 Majlis Agama Islam Kelantan

7. Faizah bt Hamzah 2003 Jabatan Agama Islam Johor

8. Fadilah bt Wahab 2010 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri

Sembilan

9. Ummu Syafiqah bt Said 2010 Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

10. Syafiqah bt Hassan 2011 Jabatan Agama Islam Johor

Di dalam Jadual 5, terdapat banyak jabatan agama telah dijadikan sebagai subjek

kajian meliputi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Trengganu. Walau

bagaimanapun, kajian ini tidak menganalisis dapatan setiap dari hasil LI berkenaan.

Sekiranya dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan yang dilakukan adalah sama,

maka kajian tentang organisasi ini tidak wajar lagi untuk diteruskan melainkan sekiranya

ada sebarang keistimewaan pendekatan organisasi yang ingin dikaji.

Apa yang dapat diperhatikan kepada sifat penulisan LI itu ialah sudut metodologi

kajian. Majoriti kajian yang dijalankan melihat aspek keberkesanan metode dari kaca

mata pelaksana dakwah itu sendiri. Sepatutnya, kajian yang mendalam perlu dilakukan

terhadap keberkesanan usaha dakwah berdasarkan penerimaan masyarakat Orang Asli

itu sendiri. Hanya terdapat satu sahaja LI yang menggunakan rekabentuk kuantitatif iaitu

yang telah dilakukan oleh Fadilah (2010). Kajian berkenaan organisasi juga majoritinya

bersifat satu hala dengan hanya melihat keberkesanan dakwah dari sudut pelaksana

dakwah, tetapi tidak mengambil kira respon mereka yang menerima dakwah.

Kesimpulannya, kajian berkaitan keberkesanan metode ini telah banyak dikaji

oleh pengkaji yang terdahulu tetapi merujuk kepada skop yang lebih kecil. Kajian

berkenaan wasilah dakwah amat kurang diberi penekanan berbanding kajian berkenaan

Page 164: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

156

manhaj dan uslub dakwah. Selain itu, dalam kajian metode dakwah ini hanya

menumpukan kepada aspek dakwah secara jamai‘e, tetapi tiada kajian berkenaan metode

dakwah yang dilaksanakan secara fardi.

b. Kajian memahami fenomena sosial

Mengenali sasaran dakwah amat penting di dalam menjalankan usaha dakwah. Menurut

Abdul Karim Zaydan (1995), pendakwah adalah ibarat seorang doktor yang perlu

mengenali dan memahami keadaan pesakitnya sebelum memberikan rawatan yang

sesuai. Dari sudut komunikasi dakwah, memahami fenomena sosial amat penting bagi

membolehkan pendakwah merancang metodologi yang bagaimana seharusnya

digunakan terhadap golongan yang telah disasarkan itu. Ia tidak sekadar melaksanakan

dakwah secara membuta tuli tanpa mengenali sasaran yang mahu diseru kepada Islam.

Berdasarkan 28 LI, terdapat 11 buah LI yang mengkaji dan membincangkan

fenomena sosial dalam kalangan masyarakat Orang Asli seperti di dalam Jadual 6 di

bawah.

Jadual 6

Senarai LI Berkenaan Fenomena Sosial

Bil Pengkaji Tahun Fenomena Sosial Jenis

1 Zainal Abidin b Mohd Ali

Hanapiah

1990 Sosiobudaya masyarakat Orang Asli Sungai

Padi, Pahang

Budaya dan cara

hidup

2 Mohd Zaki bin Shafii 2003 Budaya Orang Asli Malaysia Budaya dan cara

hidup

3 J. Rohaya bt Fakhruddin 2007 Budaya Paganisme Kadazan atau Dusun Budaya dan cara

hidup

4 Mohd Ridzuan b

Supardin

2011 Sistem hidup dan kepercayaan masyarakat

Temuan

Budaya dan cara

hidup

5 Johara Bibi bt Suleiman 2003 Penghayatan Islam Orang Asli Sungai Guntur Kefahaman dan

penghayatan

6 Ismail b Abdul Munir 2010 Pengetahuan dan Sikap Orang Asli Kuala

Pangsun

Kefahaman dan

penghayatan

7 Siti Rafiqah bt Basri 2011 Penghayatan Islam Orang Asli Donglai Baru Kefahaman dan

penghayatan

8 Norashidah bt Mat Arup 2009 Masalah Dakwah Kepada Masyarakat Orang

Asli Di Kampung Batu 55 Maran Pahang

Masalah

9 Nurul Hamizah bt Abdul

Aziz

2011 Murtad di Johor Bharu Masalah

10 Mohd Efendi b Abutiar 2007 Persepsi Masyarakat Orang Asli Terhadap

Masyarakat Orang Melayu

Persepsi

11 Siti Sharihah bt Hassan 2011 Penghayatan Etika Kerja Dalam Kalangan

Kakitangan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli Kota Bharu

Persepsi

Berdasarkan Jadual 6, jenis fenomena boleh dibahagikan kepada empat iaitu

budaya dan cara hidup, kefahaman dan penghayatan, masalah dan persepsi. Pertama,

Page 165: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

157

kajian budaya dan cara hidup ini tertumpu kepada pengkajian berkenaan budaya-budaya

yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli seperti budaya Paganisme dan sebagainya.

Selain itu, kajian dalam aspek ini juga mengkaji tentang bagaimana cara Orang Asli

menjalani kehidupan harian mereka. Kedua, kajian kefahaman dan penghayatan

menyelidiki tentang tahap kefahaman dan penghayatan berkenaan agama Islam yang

dimiliki oleh masyarakat Orang Asli. Sesuai dengan tahap kefahaman dan penghayatan

ini, barulah dakwah dapat dilaksanakan dengan baik. Ketiga, kajian masalah iaitu

meneliti apa jua masalah di kalangan Orang Asli samada masalah itu berbentuk umum

mahupun khusus. Antaranya adalah masalah sifat malu yang dimiliki oleh mereka atau

gejala murtad yang melanda masyarakat tersebut. Keempat ialah kajian persepsi untuk

menyelidiki persepsi mad‘u dari pelbagai sudut.

Hasil pemerhatian terhadap LI seperti dalam Jadual 6, perbincangan berkenaan

fenomena sosial banyak ditumpukan kepada budaya hidup Orang Asli serta tahap

penghayatan dan kefahaman mereka terhadap agama Islam. 7 daripada 11 kajian

membincangkan cara hidup Orang Asli baik dari cara menyambut perayaan, pantang

larang, adat-adat serta apa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Aspek lain

yang dilihat adalah tentang sejauhmana ke semua budaya tersebut menepati kehendak

Islam. Hal ini dapat diperhatikan dalam 3 LI iaitu yang ditulis oleh Zainal (1990), Zaki

(2003) dan Rohaya (2007). Berbeza dengan Ridzuan (2011) yang mengkaji sebuah

masyarakat yang telah diasimilasi dengan penduduk Islam, tetapi masih mempunyai

kepercayaan warisan. Kepercayaan ini tidak dikaji samada ia bertepatan atau tidak

dengan akidah umat Islam, tetapi kajiannya telah menganalisis cara kepercayaan ini

membentuk perasaan harmoni antara masyarakat tersebut dengan masyarakat lain.

Memahami selok belok budaya Orang Asli adalah penting kerana tidak semua budaya

itu harus dihapuskan dan ditolak dengan sewenang-wenangnya. Islam berlaku adil

terhadap budaya-budaya ini. Sekiranya terdapat penyelewengan dari sudut akidah Islam,

maka ianya perlu diperbetulkan oleh pendakwah.

Begitu juga dari sudut kefahaman dan penghayatan masyarakat Orang Asli,

pendakwah perlu menilai tahap kefahaman dan penghayatan mereka ini dan seterusnya

mengisi kelompongan dan kekosongan yang telah dikenalpasti dengan melalui wasilah

dan uslub yang bersesuaian. Johara (2003), Ismail (2010) dan Rafiqah (2011)

menumpukan kajian mereka dalam aspek kefahaman dan juga penghayatan yang

dimiliki oleh Orang Asli. Kajian mereka hanya menfokuskan tahap kefahaman dan

penghayatan Orang Asli terhadap agama Islam. Namun begitu, kajian yang dilakukan itu

tanpa ada satu piawaian yang jelas dan selaras dalam mengukur tahap-tahap tersebut.

Terdapat 4 kajian yang mengkaji tentang fenomena dari sudut memahami

masalah dan persepsi. Kajian Norashidah (2009) dan Hamizah (2011) telah melihat

masalah-masalah dalam usaha dakwah terhadap Orang Asli. Biarpun Norashidah (2009)

hanya menyenaraikan masalah dakwah kepada Orang Asli Asli, tetapi Hamizah (2011)

telah cuba untuk mengecilkan skop perbincangan tentang masalah ini. Beliau memilih

untuk mengkaji fenomena murtad yang berlaku dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Fenomena ini tidak seharusnya dipandang mudah oleh pendakwah sekalipun

kebanyakan mereka ini hidup tanpa anutan agama yang benar-benar jitu. Kajian persepsi

Page 166: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

158

pula tidak hanya melihat tentang bagaimana Orang Asli berpersepsi terhadap agama

Islam, tetapi kajian dalam konteks ini juga telah melihat bagaimana persepsi mereka

yang menjalankan usaha dakwah itu sendiri. Ini dapat dilihat melalui penulisan Hamizah

(2011) yang menilai bagaimana etika kakitangan JHEOA bekerja dan ini menimbulkan

satu persepsi samada positif atau negatif terhadap usaha dakwah Orang Asli.

Kajian berkenaan fenomena sosial ini membolehkan pendakwah mendapatkan

cara yang berkesan untuk mengatasi masalah yang membelenggu Orang Asli. Oleh

kerana Islam datang sebagai agama dan cara hidup yang perlu mengubah cara hidup

mereka yang sedia ada kepada cara hidup yang betul, maka suatu kajian yang mendasar

perlu dilakukan. Matlamat kajian bukan sahaja untuk memahami budaya mereka, tetapi

juga mencari cara bagaimana untuk menembusi tembok budaya mereka agar mereka

dapat menerima budaya yang dibawa oleh Islam. Untuk mengukur tahap kefahaman dan

penghayatan Orang Asli terhadap Islam, satu piawaian khas perlu dibina untuk

mengukur tahap agar status muallaf tidak berlanjutan berpuluh tahun. Kajian bersifat

tindakan juga perlu difikirkan agar penambahbaikan terhadap usaha dapat dilakukan

dengan jayanya.

c. Kajian penilaian terhadap usaha dakwah yang telah dilakukan

Penilaian terhadap usaha dakwah yang telah dilakukan amat penting sebagai muhasabah

dan juga sebagai panduan bagi tujuan perancangan dan tindakan pada masa akan datang.

Dalam teori Lasswell (1948), keberkesanan penyampaian mesej komunikasi merupakan

matlamat penting sesebuah komunikasi. Ilmu yang berkaitan dengan perkara ini tidak

dikaji dari ilmu wahyu tetapi dari ilmu akli. Terdapat 4 LI yang membuat penilaian

terhadap usaha-usaha dakwah seperti di dalam Jadual 7. Ini dapat diperhatikan

berdasarkan objektif serta dapatan kajian yang telah diperolehi melalui kajian-kajian

tersebut. Keempat-empat pengkaji tersebut adalah Norasuati (2003), Fariza (2008),

Fazilah (2009) dan Fadilah (2010).

Jadual 7: Senarai Kajian Penilaian Terhadap Usaha Dakwah

Bil Pengkaji Tahun Tajuk

1 Che Norasuati bt Che Dollah 2003 Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli:

Kajian di Majlis Agama Islam Kelantan

2 Fariza bt Abd Aziz 2008 Keberkesanan Dakwah Orang Asli Di

Negeri Pahang.

3 Siti Noor Fazilah bt Mohd

Noor

2009 Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur

Terhadap Masyarakat Orang Asli

4 Fadilah bt Wahab 2010 Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli Negeri Sembilan Terhadap

Masyarakat Orang Asli

Bagi Norasuati (2003) dan Fadilah (2010), kajian mereka tertumpu kepada dua

organisasi iaitu MAIK dan JHEOA Negeri Sembilan. Berdasarkan medium ini, pelbagai

pendekatan telah digunakan bagi tujuan dakwah dakwah Orang Asli sebagaimana yang

Page 167: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

159

telah dibincangkan pada bab yang lepas. Rentetan dari itu, pendekatan atau metodologi

yang telah dilaksanakan oleh mereka membuahkan hasil yang positif. Oleh kerana itu,

pendakwah perlu menilai dan mengambil iktibar dari kejayaan-kejayaan tersebut dan

diadaptasikan secara optimum.

Manakala Fazilah (2009) pula mengkaji berkenaan program Dakwah Perdana Darul

Makmur. Merujuk kepada skop kejayaan dalam usaha-usaha dakwah, DPRM dilihat

mampu menjadi contoh kepada program besar yang bertaraf tinggi. Ini kerana ia

diletakkan sebagai program pada peringkat negeri dan dianjurkan dengan kerjasama

pelbagai organisasi bagi menjayakan program tersebut. Berdasarkan objektif dan hasil

kajian yang telah dibincangkan dalam kajian Fazilah (2009) ini, maka ia boleh

diklasifikasikan di dalam skop yang ketiga ini iaitu untuk menilai kejayaan yang telah

dicapai dalam usaha-usaha dakwah.

Fariza (2008) pula secara jelas berdasarkan tajuk kajiannya menggambarkan tentang

keberkesanan di dalam usaha dakwah terhadap masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.

Hasil kajiannya mendapati bahawa kejayaan dalam dakwah terhadap Orang Asli di

negeri Pahang dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu pendidikan, ekonomi, sosial dan

kebajikan. Tambahan itu, kejayaan yang dicapai sdalam usaha dakwah di Pahang ini

adalah kerana banyaknya organisasi yang menjadi medium kepada usaha ini. Antara

organisasi tersebut adalah JAIP, JHEOA Pahang, PETAMA dan PERKIM.

Sungguhpun terdapat usaha yang membuat penilaian terhadap usaha yang

dilakukan, tetapi kajian yang dijalankan itu tidak mempunyai satu kayu ukur yang tepat

untuk menilai sesuatu kejayaan usaha dakwah. Ia mungkin disebabkan kajian tersebut

dilakukan di peringkat sajana muda yang tentunya method dan literature review itu tidak

mendalam.

Dakwah kepada masyarakat Orang Asli dilihat semakin berkembang dan

menunjukkan respon yang positif. Dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan, dakwah

Islam mampu untuk sampai kepada masyarakat ini sekalipun suatu ketika dahulu mereka

ini seakan terasing dari masyarakat luar. Perkembangan positif ini perlu dikaji tentang

bagaimana manhaj, uslub dan wasilah yang digunakan sehingga mencapai kejayaan

pada hari ini. Bukan sekadar membincangkan metode apa yang digunakan, tetapi apa

yang lebih penting bagaimana metode yang telah digunakan itu mencapai kejayaan dan

mampu untuk dijadikan contoh untuk pendakwah yang akan datang. Bagi menghadapi

dakwah kontemporari, satu model atau teori dakwah terhadap Orang Asli perlu

diwujudkan agar ianya dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam menyampaikan

dakwah kepada masyarakat ini.

Penutup

Kajian dakwah terhadap Orang Asli semakin berkembang dari tahun demi tahun. Artikel

ini mendapati bahawa penulisan LI yang telah ditulis di JPDK antara 1987-2011 lebih

banyak menumpukan kepada aspek keberkesanan metode dakwah berbanding fenomena

Page 168: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

160

sosial dan penilaian usaha-usaha dakwah yang telah mencapai kejayaan pada masa-masa

lepas. Kajian keberkesanan metode pula lebih tertumpu kepada uslub dakwah

berbanding wasilah dakwah. Dalam usaha merangka dan merancang strategi dakwah

yang lebih ampuh, laras bahasa budaya Orang Asli dan pemikiran mereka perlu lebih

difahami oleh para pendakwah. Justeru, kajian berkaitan fenomena sosial perlu

diseimbangkan dengan kajian metode keberkesanan dakwah bagi memperoleh

kefahaman yang mendalam tentang kehidupan orang Asli dari sudut psikologi, sosiologi

dan sebagainya.

Rujukan

Ab. Aziz Mohd Zin. 1999. Pengantar Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia.

Bambang Saiful Ma‘arif. 2010. Komunikasi dakwah. Jakarta: Simbiosa Rekatama

Media.

Muhamad Faisal Ashaari & Razaleigh Muhamad@Kawangit. 2011. The

Communication of al-Dacwah as a New Field Study of al-Da

cwah: An Initial

Observation. Dalam. Razaleigh Muhamad@Kawangit & Ideris Endot.

Pembangunan Dakwah Semasa. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Bangi. 103-109.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1996. Usul al-da

cwah. Bayrut: Muassasat al-Risalah.

al-Rawi, Muhammad. 1991. Al-Dacwah al-Islamiyyah al-da

cwah

calamiyyah. Al-

Qahirah: Dar al-Qawmiyyah.

Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. (1999). Al-madkhal ila cilm al-da

cwah. Bayrut:

Muassasat al-Risalah.

Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. In L.

Bryson (Ed.), The communication of ideas. New York: Harper.

Page 169: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

161

Lampiran

Bil Pengkaji Tahun Tajuk

1 Burhanuddin b Jalal 1987 Keberkesanan Dan Permasalahan Dalam Proses Pengislaman Di Kalangan

Masyarakat Orang Asli Di Negeri Perak

2 Zainal Abidin b

Mohd Ali Hanapiah 1990

Kajian Tentang Sosiobudaya Masyarakat Orang Asli Dengan Penumpuan

Khusus Pada Segi Akidah Dan Kepercayaan. Kajian Kes Di Perkampungan

Orang Asli Sungai Padi,Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur

3 Nor Hasnah bt

Hamali 1993

Masyarakat Orang Asli Di Daerah Temerloh Pahang: Kajian Terhadap

Perkembangan Islam Dan Masalah-Masalah Yang Dihadapi

4 Che Azimah

Hamzah 1998

Peranan Masyarakat Melayu Berjiran Dengan Orang Asli Dalam Konteks

Dakwah Islamliyah. Tinjauan Di Kampung Paya Perak,Temerloh,Pahang

5 Zamaksyari b. Abd

Ghani 1998

Cawangan Dakwah Khas Orang Asli:Aktiviti-Aktiviti Dalam Mengembangkan

Dakwah Islamiah

6 Nor Suhaila bt

Hashim 2001

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut: Satu Kajian Dari Aspek Organisasi dan

Peranannya Dalam Penyebaran Dakwah

7 Wan Noraini bt Wan 2002 Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli:Kajian di Jabatan Agama Islam Pahang

8 Noresah bt Mohd @

Abdullah 2002

Pengurusan Dakwah Terhadap Pelajar-Pelajar Orang Asli: Tinjauan Di Asrama

Darul Falah, PERKIM

9 Norhazani bt

Ahmad 2003

Pendekatan Program Dakwah Terhadap Orang Asli: Kajian di Majlis Agama

Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

10 Che Norasuati bt

Che Dollah 2003

Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli: Kajian di Majlis Agama Islam

Kelantan

11 Faizah bt Hamzah 2003 Metodologi Dakwah Kepada Orang Asli: Satu Kajian di Jabatan Agama Islam

Johor

12 Mohd Zaki bin

Shafii 2003 Budaya Masyarakat Orang Asli Di Malaysia mengikut Perspektif Islam

13 Johara Bibi bt

Suleiman 2003

Penghayatan Islam Di Kalangan Orang Asli:Kajian Kes Di Kampung Guntur

Negeri Sembilan

14 Siti Munirah bt

Hassan 2007

Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Di Kampung Tekir Negeri

Sembilan

15 J. Rohaya bt

Fakhruddin 2007

Budaya Paganisme Dalam Masyarakat Kadazan / Dusun Di Daerah Tambunan,

Sabah

16 Mohd Efendi b

Abutiar 2007

Persepsi Masyarakat Orang Asli Terhadap Masyarakat Orang Melayu Di

Kampung Sungai Berjuang Jerantut

17 Azlizam b Abd Aziz 2007 Strategi Dakwah Masyarakat Orang Asli Di Daerah Petaling, Selangor

18 Fariza bt Abd Aziz 2008 Keberkesanan Dakwah Orang Asli Di Negeri Pahang.

19 Siti Noor Fazilah bt

Mohd Noor 2009 Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur Terhadap Masyarakat Orang Asli

20 Norashidah bt Mat

Arup 2009

Masalah Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli Di Kampung Batu 55 Maran

Pahang

21 Ummu Syafiqah bt

Said 2010

Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli Di Terengganu: Kajian di Jabatan

Hal Ehwal Agama Terengganu

22 Fadilah bt Wahab 2010 Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan Terhadap

Masyarakat Orang Asli

23 Ismail b Abdul

Munir 2010

Pengetahuan Dan Sikap Orang Asli Terhadap Agama Dan Umat Islam:Kajian

Di Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat.

24 Syafiqah bt Hassan 2011 Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli Kampung Pasir Salam:

Kajian Peranan Jabatan Agama Johor

25 Siti Sharihah bt

Hassan 2011

Penghayatan Etika Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Pejabat Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli Kota Bharu.

26 Nurul Hamizah bt

Abdul Aziz 2011 Murtad Dalam Kalangan Orang Asli:Kajian Di Daerah Johor Bahru, Johor.

27 Mohd Ridzuan b 2011 Sistem Hidup Dan Kepercayaan Masyarakat Asli Temuan Serta Penerimaan

Page 170: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

162

Supardin Terhadap Agama:Satu Kajian Di Kampung Sungai Buah,Dengkil,Selangor

28 Siti Rafiqah bt Basri 2011 Penghayatan Islam Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli Beragama

Islam:Kajian Di Kampung Donglai Baru Hulu Langat, Selangor

Page 171: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

163

Kepuasan Dalam Hubungan Persaudaraan : Satu Tinjauan Di Kalangan

Mualaf Di Negeri Selangor Darul Ehsan

Mariam binti Abd. Majid

Ab. Aziz bin Mohd Zin

Fakhrul Adabi bin Abd. Kadir

1.0 Pendahuluan

Perbincangan kertas kerja ini menumpukan terhadap teori kepuasan dalam hubungan

persaudaraan seterusnya meninjau faktor dan indikator kepuasan golongan mualaf di

Negeri Selangor Darul Ehsan dalam hubungan persaudaraan sesama manusia.

2.0 Konsep Persaudaraan

Perhubungan seorang manusia dengan manusia yang lain dikenali sebagai ikatan

persaudaraan. Islam melihat bahawa manusia muslim adalah satu rumpun. Apabila

seseorang individu itu telah mengikrarkan dirinya sebagai mukmin, maka di antara satu

sama lain adalah bersaudara, saling cinta mencintai dan kasih mengasihi walaupun

berbeza bangsa, warna kulit, keturunan dan berjauhan tempat tinggal.27

Firman Allah

SWT yang bermaksud;

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka

damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan

bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat

Surah al-Hujurat (49) : 10

Ayat ini menjelaskan bahawa setiap orang beriman adalah bersaudara. Justru, Allah

SWT memerintahkan manusia agar memperbaiki hubungan persaudaraan sesama

manusia dan takwa merupakan paksi hubungan persaudaraan dalam Islam. Justru, ikatan

persaudaraan yang didasari dengan ketakwaan atau ketaatan kepada Allah SWT akan

diganjari dengan rahmat daripada Allah SWT.

3.0 Hak dan Garis Panduan Dalam Persaudaraan

Islam telah menggariskan panduan berkaitan hak-hak dan garis panduan dalam

persaudaraan menerusi al-Quran dan hadis. Antara hak sesama muslim dinyatakan

dalam sebuah hadis:28

27 Abd. Aziz Ismail (1995), Hakikat Persaudaraan Islam, Kuala Lumpur:

Al-Hidayah Publisher, h.97. 28 Al-Nisaburi (2000), op.cit, Kitab al-Salam, Bab Min Haq al-Muslim Li

al-Muslim Rad al-Salam, no. hadis 2162, h. 959.

Page 172: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

164

على المسلم حق المسلم أن رسول اللو صلى اللو عليو وسلم قال عن أبي ىري رة ست قيل ما ىن يا رسول اللو قال إذا لقيتو فسلم عليو وإذا دعاك فأجبو وإذا

تو وإذا مرض ف عده وإذا مات است نصحك فان صح لو وإذا عطس فحمد اللو فسم فاتبعو

Maksud:

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam ditanyakan

apakah dia wahai Rasulullah? Jawab baginda, Apabila bertemu,

hendaklah memberi salam, apabila diundang hendaklah dipenuhi,

apabila meminta nasihat, hendaklah dinasihati dan apabila bersin,

hendaklah mengucapkan alhamdulillah, hendaklah didoakan dengan

mengucap yarhamukallah dan apabila sakit, hendaklah diziarahi dan

apabila mati, hendaklah diiringi ke kubur.

Bentuk-bentuk pertolongan yang wajib dilaksanakan oleh seseorang terhadap sesama

manusia diperincikan dalam sebuah hadis;29

ل يظلمو ول يسلمو قال المسلم أخو المسلم أن رسول اللو صلى اللو عليو وسلم من كان في حاجة أخيو كان اللو في حاجتو ومن ف رج عن مسلم كربة ف رج اللو عنو

ة من كرب ي وم القيامة ومن ست ر مسلما ست ره اللو ي وم القيامة بها كرب Maksud;

Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, tidak boleh

dizalimi dan disakiti, sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya

maka Allah SWT ahan menyempurnakan hajatnya dan sesiapa yang

melepaskan kesusahan saudaranya maka Allah SWT akan melepaskan

kesusahan daripada kesusahan yang dialaminya di Hari Akhirat kelak

dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya maka Allah SWT akan

menutup aibnya pada hari Akhirat kelak

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang saudara muslim tidak boleh menyakiti sesama

saudaranya, memberi pertolongan ketika diperlukan dan wajib menutup keaiban

saudaranya yang lain. Pada hari Akhirat kelak, Allah SWT akan memberi ganjaran

dengan melepaskan kesusahan yang dialami oleh seseorang hamba yang menolong

saudaranya, menutup keaiban hamba yang menutup keaiban saudaranya ketika di dunia.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasululah saw memperincikan pula tentang beberapa

larangan menyakiti sesama manusia. Sabda baginda:30

29 Ibid., Bab Tahrim al-Zulm, no.2580, h. 1102. 30Ibid., Bab Tahrim al-Zan Wa al-Tajassas Wa al-Tanaffas Wa al-Tanajash,

no.2563, h. 1096.

Page 173: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

165

أن رسول اللو صلى اللو عليو وسلم قال إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث ول سوا ول سوا ول ت نافسواتحس ول تحاسدوا ول ت باغضوا ول تداب روا وكونوا تجس

خواناعباد اللو إ

Maksudnya;

Bahawa Rasulullah saw bersabda jauhilah buruk sangka sesungguhnya

buruk sangka itu sedusta-dusta perkataan dan janganlah kamu hasut-

menghasut, dan janganlah mengintip-intip dan janganlah berlumba-

lumba dan janganlah kamu berdengki dan janganlah kamu saling

memarahi dan janganlah kamu berpaling dan jadilah kamu hamba Allah

yang bersaudara.

Rasulullah saw menyarankan kepada umatnya agar menjauhi buruk sangka, hasut-

menghasut, intip-mengintip, dengki-mendengki dan bermusuhan sesama manusia.

Berdasarkan dalil-dalil yang dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan beberapa

hak seseorang muslim terhadap saudaranya yang lain antaranya berkasih sayang sesama

manusia, tidak hasut menghasut, dengki, marah, menutup keaiban saudara,

menghulurkan khidmat pertolongan, tidak menyakiti manusia yang lain, prihatin dan

simpati serta berbuat baik terhadap jiran.

4.0 Kepuasan Dalam Persaudaraan Sesama Islam

Kepuasan berasal daripada perkataan puas. Puas dalam bahasa Inggeris disebut satisfied.

Kamus Dewan mendefinisikan perkataan puas sebagai merasa senang (kenyang, lega

dan lain-lain) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya, merasa senang kerana hasrat

hati yang telah dipenuhi dan lebih daripada cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan serta

jemu.

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, kepuasan adalah keadaan puas, kelegaan,

senang hati, kenikmatan atau kesenangan yang dirasai oleh seseorang individu kerana

telah diberi apa yang diperlukannya atau mendapat apa yang dijangkakan selaras dengan

matlamat yang telah ditetapkan untuk dicapai. Kepuasan dalam persaudaraan tercapai

apabila seseorang itu merasai matlamat persaudaraannya tercapai melalui

penyempurnaan atau penjagaan hak dalam persaudaraan yang terjalin.

Seseorang merasai kepuasan dalam persaudaraan apabila ia dikasihi oleh saudaranya

yang lain sebagaimana yang terkandung dalam sabda Rasulullah saw: 31

31 Al-Bukhari (1999), op. cit, Kitab al-Iman, Bab Min al-Iman An Yuhib Li

Akhikh Ma Yuhib Li Nafsih, no. 13, h. 5.

Page 174: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

166

أحدكم حتى يحب لخيو ما ل ي ؤمن عن النبي صلى اللو عليو وسلم قال عن أنس يحب لن فسو

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, Tidak beriman

seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia

mencintai dirinya.

Hadis ini menyatakan bahawa pengiktirafan keimanan tertakluk kepada sejauhmana

seseorang itu mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Seseorang yang mampu meletakkan kasih sayang terhadap saudaranya sebagaimana ia

mengasihi dirinya sendiri merupakan ukuran kasih sayang yang sangat tinggi. Justru,

seseorang manusia akan merasa puas hati dan senang seandainya dia disayangi oleh

saudaranya.

Selain kasih sayang, seseorang manusia akan merasai kepuasan dan senang hati apabila

menerima kebaikan dan penghormatan daripada saudaranya. Sabda Rasulullah saw;32

ل اللو صلى اللو عليو وسلم من كان ي ؤمن باللو والي وم قال رسو عن أبي ىري رة قال فو ومن كان جاره الخر فل ي ؤذي ومن كان ي ؤمن باللو والي وم الخر ف ليكرم ضي

را أو ليسكت ي ؤمن باللو والي وم الخر ف لي قل خي

Maksudnya;

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka janganlah

disakiti jirannya dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari

Akhirat maka dimuliakan tetamunya dan sesiapa yang beriman dengan

Allah dan hari akhirat maka ucaplah perkataan yang baik atau diam.

Selain itu, seseorang manusia akan merasa senang apabila diberi perhatian oleh

saudaranya. Keprihatinan terhadap saudara hendaklah diberikan dalam waktu senang

mahupun susah. Sabda Rasulullah saw;33

في ت وادىم وت راحمهم وت عاطفهم مثل المؤمنين ول اللو صلى اللو عليو وسلم قال رس ى هر والحم مثل الجسد إذا اشتكى منو عضو تداعى لو سائر الجسد بالس

Maksudnya;

32

Al-Nisaburi (2000), op. cit. Kitab al-Iman, Bab al-Hath `ala Ikram al-Jar Wa al-Daif Wa Luzum al-

Sumt Illa `An al-Khayr, no. 47, h. 81. 33Ibid., Kitab Al-Bir Wa al-Silah Wa al-Adab, Bab Tarahum al-Mukminin Wa

Ta`atufihim Wa Ta`adudihim, no. 2586, h. 1103.

Page 175: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

167

Perumpamaan orang beriman dalam rahmat dan berkasih sayang seperti

satu jasad apabila sakit salah satu anggota maka seluruh anggota

merasa sakit dengan berjaga malam dan merasa demam.

Hadis ini menjelaskan perumpamaan orang yang beriman dalam cinta dan kasih sayang

serta saling bantu membantu seumpama satu badan. Apabila salah satu anggota merasa

sakit, maka seluruh anggota badan merasa sakit dengan berjaga malam dan diserang

demam.

Seseorang saudara merasa senang dan puas hati apabila tidak disakiti dan menerima

pertolongan sewaktu diperlukan daripada saudaranya yang lain. Firman Allah SWT;

….

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan

bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa

(ma‘siat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana

sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang

melanggar perintahNya.

Surah al-Maidah (5):2

Islam meletakkan dasar bagi pertolongan yang dihulurkan hendaklah berpaksikan

kebaikan dan takwa.

5.0 Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif. Terdapat tiga bentuk kajian deskriptif iaitu

penyelidikan penerokaan, penyelidikan kecapaian dan penilaian serta penyelidikan

korelasi. Kesemua bentuk penyelidikan deskriptif ini bertujuan mencari generalisasi dan

berkaitan dengan masakini. 34

Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan kecapaian dan penilaian. Menurut

Ahmad Sunawari Long kajian bentuk ini dilakukan bertujuan menjelaskan status

fenomena pada sesuatu masa, tidak melibatkan sebarang penjelasan, alasan atau

cadangan terhadap masalah yang dikenalpasti tetapi melibatkan pendapat, pengetahuan

amalan dan sebagainya. Menerusi kajian ini, pengkaji menilai kecapaian tahap kepuasan

diri golongan mualaf terhadap hubungan sesama masyarakat Islam. Kajian ini

menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan.

34 Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Penyelidikan

Pengajian Islam.c.1. Bangi: UKM. h. 22-23.

Page 176: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

168

Metode penentuan subjek merupakan kaedah-kaedah untuk menentukan subjek

bagi kajian iaitu kelompok orang yang hendak dikaji. Pengkaji menggunakan

persampelan bertujuan dalam menentukan responden bagi kajian. Menurut Idris Awang,

persampelan bertujuan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh penyelidik

dan kriteria itu biasanya berasaskan ciri-ciri yang dirumuskan hasil dari sorotan yang

mendalam terhadap literatur berkaitan masalah yang dikaji.35

Persampelan ini adalah berdasarkan populasi yang ditetapkan bagi memastikan

kajian berada dalam kawalan pengkaji. Populasi kajian ini ialah golongan mualaf di

Negeri Selangor Darul Ehsan. Jumlah populasi bagi kajian ini adalah seramai 2432

orang. Jumlah sampel bagi kajian ini adalah seramai 418 orang. Saiz sampel ditetapkan

pada paras 418 orang sampel dengan ralat persampelan berada pada paras 10%.36

Menerusi teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) ini responden dipilih

berdasarkan kriteria-kriteria seperti yang berikut:

1. Responden adalah golongan mualaf yang mendaftarkan pengislamannya di

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bermastautin di Negeri Selangor .

2. Responden adalah golongan mualaf yang mengikuti program pendidikan dan

dakwah anjuran Bahagian Pembangunan Insan MAIS bermula daripada tahun 2005-

2009.

Pengkaji turut menggunakan kaedah persampelan bola salji bagi menentukan responden

bagi kajian ini. Persampelan bola salji adalah berdasarkan perakuan sampel pertama.37

Responden pertama dipilih berdasarkan kriteria tertentu dan seterusnya diminta untuk

memperakukan beberapa pihak lain yang boleh membantu pengkaji untuk mendapatkan

data yang diperlukan.

6.0 Kepuasan Golongan Mualaf Terhadap Hubungan Persaudaraan Sesama

Masyarakat Islam

Bahagian ini seterusnya meninjau berkaitan kepuasan golongan mualaf dalam hubungan

persaudaraan sesama masyarakat Islam. Berikut adalah demografi responden kajian ini

iaitu jantina, kewarganegaraan, bangsa, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan,

pekerjaan dan tempoh memeluk Islam. Taburan demografi bagi item-item terpilih dalam

bahagian ini dirumuskan dalam Jadual 1.1 seperti berikut:

Jadual 1.1: Taburan Demografi Responden

Item Perkara Bilangan Peratus

35 Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan Suatu Sorotan, Kuala Lumpur:

APIUM Intel Multimedia And Publication, h. 44. 36 Thomas J. Sullivan (2001), Methods of Social Research, Fortworth:

Harcourt College Publishers, h. 202. 37 William G. Zikmund (1997). Business Research Methods, c.5. USA : The

Dryden Press, h.430

Page 177: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

169

1 Jantina

Lelaki 181 43.3%

Perempuan 237 56.7%

2 Umur

41 tahun ke atas 82 19.6%

18-40 tahun 262 62.7%

17 tahun ke bawah 74 17.7%

3 Bangsa

India 141 33.7%

Lain-lain (Serani, Kemboja, Filipina, 89 21.3%

Indonesia, Sikh, Thai, Myanmar) 69 16.5%

Cina 56 13.4%

Etnik Sarawak 34 8.1%

Etnik Sabah 29 6.9%

Orang Asli

4 Kewarganegaraan

Warganegara 319 76.3%

Bukan warganegara 83 19.9%

Penduduk tetap 16 3.8%

5 Kelulusan Akademik

Doktor Falsafah / Sarjana 2 0.5%

Sarjana Muda 50 12.0%

Diploma 76 18.2%

Sijil Kemahiran 14 3.3%

STPM 51 12.2%

SPM / SPMV / MCE 62 14.85

PMR / SRP / LCE 43 10.3%

Tiada kelulusan akademik 120 28.7%

Page 178: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

170

6 Pekerjaan

Sektor kerajaan 82 19.6%

Sektor swasta 151 36.1%

Bekerja sendiri / berniaga / usahawan 41 9.8%

Tidak bekerja / kerja tidak menentu 144 34.4%

7 Status Perkahwinan

Bujang 222 53.1%

Berkahwin 149 35.6%

Bapa tunggal / duda 28 6.7%

Ibu tunggal / janda 19 4.5%

8 Tempoh Pemelukan Islam

1-9 tahun 403 96.4%

10-18 tahun 12 2.9%

19-27 tahun 3 0.7%

Perbincangan seterusnya meninjau tahap kepuasan golongan mualaf terhadap

persaudaraan sesama masyarakat Islam berserta faktor-faktornya.

Jadual 1.2:

Kepuasan Terhadap Persaudaraan Masyarakat Sesama Islam

Item Sangat

tidak

setuju

Tidak

setuju

Tidak

pasti Setuju

Sangat

setuju Min

Sisihan

piawai

Saya berpuas hati

dengan persaudaraan

sesama masyarakat

Islam

3 (0.7%) 3

(0.7%)

91

(21.8%)

202

(48.3%)

119

(28.5%)

4.03 0.772

(n=418)

Berdasarkan item : ―Saya berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam‖

dalam jadual 1.2 di atas, seramai 28.5% (119) responden menyatakan sangat berpuas

hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam, majoriti 48.3% (202) responden

menyatakan berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam, seramai 21.8%

(91) responden menyatakan ‗tidak pasti‘, hanya 0.7% (3) responden menyatakan ‗tidak

Page 179: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

171

setuju‘ dan 0.7% (3) responden menyatakan sangat tidak berpuas hati dengan

persaudaraan sesama masyarakat Islam.

Kajian seterusnya melihat kepuasan golongan mualaf dalam hubungan persaudaraan

sesama masyarakat Islam mengikut kaum.

Jadual 1.3 :

Kepuasan Golongan Mualaf Terhadap Persaudaraan Masyarakat Sesama Islam

Mengikut Kaum

Bangsa Sangat

tidak

setuju

Tidak

setuju

Tidak

pasti Setuju

Sangat

setuju Total

1. India 0

(0%)

2

(1.42%)

43

(30.50%)

38

(26.95%)

58

(41.13%)

141

2. Cina 0

(0%) 0 (0%) 4 (5.80%)

57

(82.61%)

8

(11.60%) 69

3. Orang Asli 3

(10.34%)

1

(3.44%)

4

(13.79%)

2

(6.90%)

19

(65.52%)

29

4. Etnik Serawak 0

(0%)

0

(0%)

5

(8.93%)

41

(73.21%) 10 (17.86%) 56

5. Etnik Sabah 0

(0%)

0

(0%)

14

(41.18%)

11

(32.35%)

9

(26.47%)

34

Lain-lain

0

(0%)

0

(0%)

21

(23.60%)

53

(59.55%)

15

(16.85%)

89

Total

3

(0.72%)

3

(0.72%)

91

(21.77%)

202

(48.33%)

119

(28.47%)

418

(n=418)

Berdasarkan item : ―Saya berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam‖

dalam jadual 1.3 di atas, seramai 41.13% (58) responden di kalangan kaum India

menyatakan sangat berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam,

26.95% (38) responden menyatakan berpuas hati dengan persaudaraan sesama

masyarakat Islam, seramai 30.50% (43) responden menyatakan ‗tidak pasti‘, hanya

1.42% (2) responden menyatakan ‗tidak setuju‘ dan tiada responden daripada kaum

India yang menyatakan sangat tidak berpuas hati dengan persaudaraan sesama

masyarakat Islam.

Bagi kaum Cina, seramai 11.60% (8) responden menyatakan sangat berpuas hati dengan

persaudaraan sesama masyarakat Islam, 82.61% (57) responden menyatakan berpuas

hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam, seramai 5.80% (4) responden

menyatakan ‗tidak pasti‘, tiada responden menyatakan tidak berpuas hati dan sangat

tidak berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam.

Lebih separuh daripada mualaf golongan Orang Asli iaitu seramai 65.52% (19)

responden menyatakan sangat berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat

Islam, 6.90% (2) responden menyatakan berpuas hati dengan persaudaraan sesama

masyarakat Islam, seramai 13.79% (4) responden menyatakan ‗tidak pasti‘, 3.44% (1)

Page 180: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

172

responden menyatakan tidak berpuas hati dan 10.34% (3) responden menyatakan

bahawa sangat tidak berpuas hati dengan persaudaraan sesama masyarakat Islam.

Kajian mendapati hampir separuh golongan mualaf India menyatakan sangat

berpuashati dalam hubungan persaudaraan sesama masyarakat Islam, majoriti golongan

mualaf Cina menyatakan berpuashati dengan hubungan persaudaraan yang terjalin

dengan sesame masyarakat Islam, lebih separuh golongan mualaf Orang Asli

menyatakan mereka sangat berpuashati, majority golongan mualaf yang terdiri daripada

Etnik Serawak menjelaskan mereka berpuashati dalam hubungan ini, majoriti golongan

mualaf yang terdiri daripada Etnik Sabah menjelaskan bahawa mereka tidak pasti

manakala lebih separuh lain-lain bangsa responden menyatakan mereka berpuashati

dalam hubungan persaudaraan sesame masyarakat Islam. Nilai min bagi item ini ialah

4.03. Ini bermakna kebanyakan responden berada pada tahap berpuas hati dalam

hubungan persaudaraan sesama masyarakat Islam.

Di samping penyataan rasa kepuasan golongan mualaf terhadap hubungan

persaudaraan sesama masyarakat Islam, terdapat sebahagian kecil di kalangan responden

golongan mualaf ini yang menyatakan perasaan ketidak puasan hati mereka terhadap

jalinan hubungan persaudaraan bersama masyarakat Islam. Sebanyak 1.42% (2) orang

responden mualaf daripada berbangsa India dan 3.44% (1) orang responden daripada

Orang Asli yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuashati dengan jalinan hubungan

persaudaraan dengan masyarakat Islam manakala 10.34% (3) orang responden daripada

Orang Asli yang menjelaskan bahawa mereka sangat tidak berpuashati dalam jalinan

hubungan persaudaraan mereka dengan masyarakat Islam.

Kajian ini menjelaskan wujudnya segelintir kecil di kalangan mualaf yang

merasai tidak berpuashati dan sangat tidak berpuashati terhadap sikap hubungan mereka

dengan masyarakat Islam. Di samping itu,turut didapati responden yang menyatakan

bahawa mereka berada pada tahap tidak pasti terhadap perasaan kepuasan yang dirasai.

Pengkaji membuat kesimpulan bahawa keadaan tidak pasti ini disebabkan perasaan

kecewa yang dilami responden terhadap individu tertentu yang berkaitan dan tidak

kepada keseluruhan masyarakat Islam.

Responden seterusnya ditanya berkaitan antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada perasaan kepuasan diri mereka terhadap persaudaraan sesama masyarakat Islam.

Berdasarkan kajian sorotan lepas, beberapa item telah ditanya bagi melihat berkaitan

faktor-faktor yang menyumbang terhadap rasa kepuasan diri responden dalam

persaudaraan sesama masyarakat Islam. Jjadual 1.4 di bawah adalah penemuan jawapan

responden berkaitan faktor-faktor tersebut.

Page 181: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

173

Jadual 1.4:

Faktor-faktor Kepuasan Terhadap Persaudaraan Masyarakat Sesama Islam

Item Sangat

tidak

setuju

Tidak

setuju

Tidak

pasti Setuju

Sangat

setuju Min

Sisihan

piawai

1. Masyarakat Islam

mudah memberi

bantuan apabila

diperlukan

6 (1.4%) 27

(6.5%)

93

(22.2%)

185

(44.3%)

107

(25.6%)

3.86 0.921

2. Seseorang yang

terdekat mendorong

saya untuk amalkan

ajaran Islam

- 20

(4.8%)

69

(16.5%)

172

(41.1%)

157

(37.6%) 4.11 0.849

3. Seseorang yang

terdekat

membimbing saya

untuk memahami

Islam

17

(4.1%)

4

(1.0%)

73

(17.5%)

195

(46.7%)

129

(30.9%)

3.99 0.943

4. Masyarakat Islam

menonjolkan contoh

baik untuk diikuti

8 (1.9%) 26

(6.2%)

132

(31.6%)

118

(28.2%)

134

(32.1%) 3.82 1.014

5. Saudara seIslam

membantu saya

untuk menjadi

seorang Muslim

sejati

- 25

(6.0%)

87

(20.8%)

212

(50.7%)

94

(22.5%)

3.90 0.814

6. Saya menerima

jemputan menghadiri

program anjuran

surau / masjid di

kawasan kediaman

saya

- 27

(6.5%)

128

(30.6%)

188

(45.0%)

75

(17.9%)

3.74 0.825

7. Saya rasa disayangi

oleh sesama Islam - 14

(3.3%)

32

(19.6%)

194

(46.4%)

128

(30.6%)

4.04 0.798

8. Masyarakat Islam

prihatin terhadap

masalah kehidupan

saya

- 8

(1.9%)

127

(30.4%)

188

(45.0%)

95

(22.7%)

3.89 0.772

(n=418)

Nilai min bagi item 1: ―Masyarakat Islam mudah memberi bantuan apabila diperlukan‖

dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.86. Ini bermakna kebanyakan responden bersetuju

bahawa masyarakat Islam mudah memberi bantuan apabila diperlukan.

Nilai min bagi item 2: ―Seseorang yang terdekat mendorong saya untuk amalkan ajaran

Islam‖ dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.89. Ini bermakna kebanyakan responden

bersetuju bahawa seseorang yang terdekat mendorong mereka untuk mengamalkan

ajaran Islam.

Page 182: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

174

Nilai min bagi item 3: ―Seseorang yang terdekat membimbing saya untuk memahami

Islam‖ dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.99. Ini bermakna kebanyakan responden

bersetuju bahawa seseorang yang terdekat membimbing mereka untuk memahami Islam.

Nilai min bagi item 4: ―Masyarakat Islam menonjolkan contoh baik untuk diikuti‖

dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.90. Ini bermakna kebanyakan responden sangat

bersetuju bahawa masyarakat Islam menonjolkan contoh yang baik untuk diikuti.

Nilai min bagi item 5: ―Saudara seIslam membantu saya untuk menjadi seorang Muslim

sejati‖ dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.90. Ini bermakna kebanyakan responden

bersetuju bahawa saudara seIslam membantu mereka untuk menjadi seorang Muslim

sejati.

Nilai min bagi item 6: ―Saya menerima jemputan menghadiri program anjuran surau /

masjid di kawasan kediaman saya‖ dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.74. Ini bermakna

kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka telah menerima jemputan menghadiri

program anjuran surau / masjid di kawasan kediaman mereka. Ini bermakna mereka

tidak disisihkan dan dipulaukan oleh masyarakat Islam setempat.

Nilai min bagi item 7: ―Saya rasa disayangi oleh sesama Islam‖ dalam jadual 1.4 di atas

ialah 4.04. Ini bermakna kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka rasa

disayangi oleh masyarakat sesama Islam.

Nilai min bagi tem 8: ―Masyarakat Islam prihatin terhadap masalah kehidupan saya‖

dalam jadual 1.4 di atas ialah 3.89. Ini bermakna kebanyakan responden bersetuju

bahawa masyarakat Islam prihatin terhadap masalah kehidupan mereka.

Berdasarkan min bagi item-item di atas menunjukkan faktor tertinggi yang

menyumbang kepada perasaan kepuasan golongan mualaf di Negeri Selangor Darul

Ehsan terhadap persaudaraan sesama masyarakat Islam ialah seseorang yang terdekat

mendorong mereka untuk mengamalkan ajaran Islam (4.11), diikuti dengan rasa

disayangi oleh saudara sesama Islam (4.04), seseorang yang terdekat membimbing

mereka untuk memahami ajaran Islam (3.99), saudara seIslam membantu saya untuk

menjadi seorang Muslim sejati (3.90), keprihatinan masyarakat Islam terhadap masalah

kehidupan mereka (3.89), mudah memberi bantuan yang diperlukan (3.86), masyarakat

Islam menonjolkan contoh baik untuk diikuti (3.82) dan rasa dihargai apabila menerima

jemputan daripada masyarakat setempat untuk menghadiri program anjuran surau /

masjid di kawasan kediaman (3.74).

Menurut Hj. Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, terdapat beberapa

perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memberi sokongan kepada golongan mualaf

antaranya ialah aspek dorongan yang diperlukan serta permasalahan yang dihadapi

seperti konflik dalaman dan seumpamanya.38

Selain keprihatinan, golongan mualaf

38 Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (2009), “Dakwah Efektif

Pengalaman Aktivis” . (Kertas Kerja Konvensyen Pendakwah Negara di

Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, pada 10-11 Januari 2009.

Page 183: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

175

perlu diberi bimbingan untuk memahami Islam. Seseorang akan menyedari potensi diri

apabila berada dalam persekitaran kehadirannya diterima sepenuh jiwa atau secara

optimum. Penerimaan daripada lingkungan persekitaran terhadap seseorang dapat

membuatkan individu itu berasa dirinya berharga di tengah-tengah lingkungannya.39

Sebaliknya, rasa tersisih dirasai apabila mendapati dirinya tidak atau kurang diterima

dalam lingkungan persekitarannya.

7.0 Kesimpulan

Adalah disimpulkan bahawa seseorang manusia merasa reda dan berpuas hati dalam

jalinan persaudaraan dengan saudaranya yang menunaikan hak serta tanggungjawabnya

terhadap dirinya.

39 Parlindungan Marpaung (2010), Mencari Makna Hidup. Selangor: PTS

Millennia Sdn. Bhd., h. 6.

Page 184: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

176

Page 185: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

177

Pelestarian Pengajaran Jawi Dalam Mendidik Murid-Murid Di Sekolah

Rendah Orang Asli

Asyraf Ridwan Ali

Ipg Kampus Dato‘ Razali Ismail K. Terengganu Berhanundin Abdullah

Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak

Tulisan Jawi merupakan satu bentuk penulisan yang amat berkait rapat dengan

kedatangan Islam di Alam Melayu. Tulisan Jawi yang berakar umbi daripada bahasa

Arab telah dimanifestasikan kepada bahasa Melayu dalam usaha untuk mendidik

masyarakat mengenai ajaran Islam. Kajian ini akan membincangkan peranan tulisan

Jawi dalam usaha mendidik murid-murid di sekolah rendah orang asli dengan memberi

tumpuan terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan. Walaupun terdapat pelbagai

kekangan, cabaran dan isu yang menggugat kelestarian jawi, namun ianya tidak dapat

menafikan peranan dan fungsi pengajaran Jawi untuk terus berinovasi dan menyeru

kepada ajaran Islam. Justeru, keperluan kepada pelestarian pendekatan dan kaedah

pengajaran Jawi yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan murid-murid

tersebut terus meminati ilmu-ilmu Islam.

Kata kunci; Pelestarian, pengajaran jawi, mendidik, orang asli.

Pengenalan

Masyarakat Orang Asli di negeri Terengganu bersusur galur daripada etnik Semaq Beri

(Senoi) dan Bateq (Negrito) yang tinggal di tiga buah perkampungan iaitu; (i) Kampung

Sungai Pergam, Kemaman, (ii) Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu dan (iii)

Kampung Sungai Sayap, Hulu Besut. Jumlah keseluruhan penduduk Orang Asli di

Terengganu adalah seramai 835 orang (pada tahun 2013) berbanding dengan jumlah

penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 146,

781 orang. Walaupun bilangan Orang Asli di negeri Terengganu tidak ramai, ianya tidak

boleh dipandang ringan. Ini kerana mereka perlu dididik dan ditarbiahkan dari masa ke

semasa dalam memastikan kefahaman mereka mengenai ajaran Islam semakin mantap.

Menurut Ruhiah (2004), terdapat pelbagai program yang bersesuaian telah dilaksanakan

oleh pertubuhan-pertubuhan dakwah bagi mengislamisasikan masyarakat ini seperti

JAKIM, Majlis/ Jabatan Agama Islam negeri, PERKIM, JAKOA dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, aktiviti-aktitviti yang telah dijalankan belum berjaya menarik minat

mereka untuk mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya (Omar 1994, Zakuan

1998, Ramle 2006).

Melalui pemerhatian dan temu bual penyelidik dengan guru besar, guru j-QAF

dan guru Pendidikan Islam di SK. Sungai Pergam, Jabor, Kemaman mendapati bahawa

ajaran Islam tidak banyak mempengaruhi amalan seharian mereka yang masih lagi

Page 186: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

178

mengekalkan kepercayaan tradisi, pantang larang dan adat resam lama. Penerimaan

mereka terhadap ajaran Islam masih lagi kurang mantap dan sekadar ‗luaran‘ sahaja.

Mereka juga masih kurang meminati, tidak gemar dan masih ‗takut‘ mendekati program-

program keagamaan yang telah dilaksanakan seperti menolak aktiviti keagamaan dan

‗menghilangkan‘ buku Pendidikan Islam dan Bahasa Arab anak-anak yang sedang

bersekolah. Ini kerana mereka masih mengekal dan mempertahankan amalan tradisi

yang bercanggah dengan Islam walaupun telah lama memeluk Islam. Sebagai contoh,

amalan pengkebumian jenazah di perkampungan Sungai Pergam, Kemaman masih lagi

mengikut adat istiadat kepercayaan nenek moyang dan tidak dilaksanakan secara Islam.

Bahkan mereka sebulat suara sepakat mahu keluar daripada agama Islam sekiranya

dipaksa oleh pihak JaHEAT. Senario ini menjelaskan bahawa walaupun mereka

beragama Islam, namun pemakanan, adat resam, pantang larang, kebudayaan dan

kepercayaan mereka masih tidak banyak berubah seperti dahulu.

Sikap masyarakat Orang Asli yang sukar dan tidak mahu berubah tersebut amat

menyukarkan kejayaan program-program dakwah yang telah dilaksanakan. Namun

bukan bererti ianya boleh dipinggir dan diabaikan begitu sahaja. Aktiviti-aktiviti dakwah

perlu diterapkan dengan cara halus, bersahaja dan tidak langsung. Oleh yang demikian,

penerapan nilai-nilai Islam perlulah diberi tumpuan kepada generasi muda melalui

wadah pendidikan. Pentarbiahan menerusi dimensi pendidikan meliputi ‗dakwah bil

lisan, dakwah bil kitabah dan dakwah bil hal‘. Menurut Hasmadi (2012), tulisan Jawi

amat istimewa kerana ia mampu menarik pengikut dan pengemar dalam masyarakat

bukan Islam mempelajarinya. Pendekatan dan kaedah pengajaran Jawi yang menarik

juga dilihat sebagai satu medium penting kepada bidang Pendidikan Islam dalam usaha

untuk menyeru dan menarik minat mereka agar mendekati ajaran Islam dan seterusnya

mengamalkan segala yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian. Pengajaran

Jawi bukan sekadar warisan bangsa dan bahasa Melayu, malah ia merupakan ‗agen

perubahan‘, penggerak dan pemangkin kepada mata pelajaran lain seperti Asuhan

Tilawah al-Quran, Pengajaran Asas Fardhu Ain dan juga Bahasa Arab.

Prosedur Pelaksanaan Pengajaran Jawi

Prosedur pelaksanaan pengajaran jawi amat penting untuk dikuasai oleh setiap guru

Pendidikan Islam (GPI) mahupun j-QAF. Ini adalah kerana sebelum seorang guru GPI

atau j-QAF masuk ke kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP),

mereka perlu memikirkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

digunakan dalam kelas tersebut. Pendekatan dan kaedah pengajaran jawi yang

digunakan guru di dalam kelas biasa sudah tentu berbeza dengan pendekatan di dalam

kelas Model Pemulihan Jawi. Begitu juga setiap kelas yang diajar memerlukan

pendekatan dan kaedah berbeza kerana murid, masa dan situasi juga berbeza. Oleh

kerana itu, guru perlu mahir dalam memilih pendekatan dan kaedah agar proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, menarik dan berkesan.

Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan tersendiri.

Kaedah-kaedah ini amat disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 187: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

179

(KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru Pendidikan

Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Kaedah-kaedah tersebut ialah

kaedah pandang sebut, kaedah huruf (abjad), kaedah bunyi (fonetik), kaedah mengeja/

membatang, kaedah imlak, kaedah latih tubi, kaedah permainan dan kaedah nyanyian.

Jadual 1 : Kaedah Pengajaran Jawi Di Sekolah Rendah

Bil. Kaedah Huraian

1. Pandang Sebut Membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan

gambar.

Membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita.

Tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf dan

tidak mengeja.

Kaedah paling popular dalam pengajaran jawi dan

menjimatkan masa guru.

2. Kaedah Huruf

(Abjad) Asas bacaan ialah bunyi pada setiap huruf yang

membentuk perkataan.

Memperkenalkan kesemua 37 huruf jawi, huruf vokal

dan huruf konsonan.

Cantuman huruf konsonan vokal membentuk bunyi

dalam suku kata seterusnya membentuk perkataan.

Membolehkan murid dapat mengeja dan membaca

semua perkataan.

Mengambil masa yang lama untuk mengeja setiap

perkataan.

Kaedah asas yang paling tua digunakan.

3. Kaedah Bunyi

(Fonetik) Asas bacaan yang menekankan hubungan simbol dan

bunyi.

Banyak menggunakan teknik asiosasi bunyi dan asiosasi

gambar seperti bunyi ‗eee‘ bagi jijik dan ‗aa‘ bagi pedas/

panas.

Memperkenalkan bunyi-bunyi asas dahulu sebelum

memperkenalkan semua bunyi.

Amat sesuai diajar kepada kanak-kanak yang baru

mengenali huruf jawi.

4. Mengeja/

Membatang Mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang

membentuk suku kata.

Mengeja dan membunyikan huruf secara individu,

kumpulan dan kelas.

Menggabungkan suku kata dieja dan membentuk

perkataan.

Mengeja dan menulis perkataan yang dibentuk.

5. Imlak Melibatkan kemahiran mendengar dan menulis secara

mekanisme.

Menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata,

Page 188: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

180

perkataan, ayat ataupun wacana.

Membaca dengan suara yang lantang sumber yang

ditulis.

Menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas dan

melatih kemahiran menyebut dengan intonasi yang

betul.

6. Latih-tubi Juga dikenali dengan kaedah ulangan, tikrar dan amat

hampir dengan kaedah hafazan.

Aktiviti mengulangi fakta dan kecekapan kemahiran

yang dipelajari.

Mampu mencapai taraf penguasaan kemahiran dan

mengekalkannya.

7. Permainan Satu kaedah melatih murid dengan menarik dan praktis.

Dapat mengembangkan banyak kemahiran murid-murid.

Amat sesuai dengan murid-murid peringkat rendah.

Amat berkesan dalam memupuk minat, tujuan dan

impak pengajaran.

8. Nyanyian/

Nasyid Selari dengan minat dan tahap murid sekolah rendah

yang sangat suka menyanyi/ bernasyid.

Perlu disesuaikan dengan isi kandungan pengajaran

seperti lagu ‗aa, ba, ta‘ dan ‗Rasa Sayang Jawi‘.

Amat berkesan dalam membantu murid-murid

mengingati, huruf-huruf jawi dan mengeja perkataan.

Walaupun guru diminta memilih pendekatan dan kaedah yang paling sesuai bagi

proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Tidaklah bererti mereka hanya perlu

menggunakan satu-satunya kaedah yang difikirkan terbaik dalam setiap pengajaran dan

pembelajaran. Bahkan pengajaran dan pembelajaran yang baik akan mempelbagaikan

penggunaan kaedah dalam setiap langkah pengajaran. Justeru pemahaman guru terhadap

setiap pendekatan dan kaedah yang digunakan perlu jelas, betul dan mantap.

Bagi menjamin keberkesanan Model Kelas Pemulihan Jawi pula, guru-guru

jQAF amat digalakkan menggunakan kaedah permainan dan nyanyian semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran mereka. Justeru itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia

telah membekalkan berbagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada guru-guru j-QAF

untuk diaplikasikan di dalam kelas Pemulihan Jawi. Antara bahan permainan yang

dibekalkan ialah permainan Boling, Tenteng, Kad Huruf, Kereta Api, Pancing Ikan,

Rumah Merpati dan Senawi atau Sahibba (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006).

Untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru akan

mengakhiri pengajarannya dengan penutup kognitif dan perkaitan sosial. Pengulangan

serta rumusan terhadap isi kandungan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut di

samping edaran lembaran kerja amat penting bagi menguji dan memastikan para pelajar

dapat mengingati pengajaran guru dengan baik. Ia diperkayakan lagi dengan bimbingan

nasihat dan motivasi guru agar minat murid terus berkekalan. Rumusannya, prosedur

Page 189: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

181

pelaksanaan pengajaran Jawi meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas sesi PdP

guru.

Pelestarian Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Jawi

Penggunaan pendekatan dan kaedah yang kreatif dan berinovasi amat penting dalam

memupuk minat dan menarik perhatian pelajar mempelajari bidang jawi. Melaluinya,

idea-idea baharu diperkenalkan dengan menggunakan metodologi yang terkini dan lebih

bermanfaat. Sejajar dengan takrifan inovasi dalam Logman Dictionary of Contemporary

English (2004), inovasi dilihat sebagai satu usaha untuk memperkenalkan satu aktiviti

pengajaran yang baharu bagi menghasilkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Ironisnya walaupun banyak inovasi-inovasi yang telah dihasilkan oleh para ilmuan dan

pendidik dalam bidang jawi, namun tidak banyak yang dimanfaatkan oleh para guru GPI

mahupun j-QAF dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran mereka

dan menarik minat pelajar. Kebanyakan guru Pendidikan Islam banyak menggunakan

kaedah penerangan dan kuliah dalam menyampaikan proses pengajaran dan

pembelajaran (Ab. Halim 2004).

Kreativiti guru dalam menghasilkan pengajaran berinovatif dan kritis amat

berkait rapat dengan usaha untuk menangani permasalahan pembelajaran dalam bilik

darjah. Antara isu dan masalah utama jawi dalam kalangan murid sekolah rendah ialah;

(i) masalah mengenal dan menulis huruf jawi tunggal; (ii) mengeja, membaca dan

menulis huruf jawi bersambung atau tidak bersambung; dan (iii) mentranformasikan

(terjemahan) huruf dan perkataan rumi kepada jawi. Kegagalan guru untuk mengatasi

masalah di atas akan mengakibatkan penguasaan jawi pelajar lemah. Kelemahan ini juga

turut membelenggu tahap kemahiran penguasaan mengeja, membaca dan menulis

murid-murid Orang Asli. Tuntasnya, guru perlu menangani permasalahan tersebut

dengan segera. Justeru guru perlu bijak dalam mengenalpasti dan mengrefleks

permasalahan pelajar sebelum mereka cipta sesuatu yang baharu.

Antara kaedah dan pendekatan Pengajaran Jawi yang boleh diaplikasikan guru

bagi mengatasi masalah mengenal dan menulis huruf jawi tunggal ialah Piramid Jawi.

Ia diperkenalkan oleh Junndiah Majid pada tahun 2009 bagi mengatasi masalah tidak

dapat mengenal dan mengingat huruf jawi tunggal dengan menggunakan kaedah

susunan kad dan potongan kertas dalam 9 peringkat secara sistematik. Bagi mengatasi

masalah mengeja, membaca dan menulis huruf jawi bersambung dan tidak bersambung,

guru boleh mencontohi Teknik Dalil AVUZARZAD ( ا ؤ و ز ر ذ د ). Teknik

AVUZARZAD diperkenalkan oleh Dalilah binti Desa dan Abdul Kahar bin Abdul

Rahim pada tahun 2008. Teknik AVUZARZAD menggunakan formula tolak (-) bagi 7

huruf jawi di atas dan formula campur (+) bagi huruf jawi selain di atas. Formula tolak

(-) dan campur (+) akan ditulis selepas huruf-huruf jawi apabila mengeja perkataan jawi.

Apabila pelajar melihat simbol (+) mereka akan menyambung huruf tersebut, manakala

apabila melihat simbol (-) para pelajar tidak akan menyambung huruf tersebut.

Page 190: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

182

Bagi memudahkan proses terjemahan perkataan rumi kepada jawi, guru boleh

mengaplikasikan kaedah Dr. Jawi. Kaedah ini dicipta oleh Abdul Manan Ali al-Merbawi

dengan nama Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah pada tahun 2006. Kaedah ini

menekankan pembelajaran jawi melalui tulisan rumi melalui tiga langkah utama iaitu

menulis perkataan rumi, menukar huruf rumi kepada huruf jawi mengikut urutan dan

akhirnya menyusun serta menyambung ejaan huruf jawi tersebut mengikut sistem ejaan

jawi terkini. Manakala bagi mengatasi masalah kesilapan ejaan jawi, guru boleh

memahirkan diri dengan Pendekatan Jawi Muallim yang diperkenalkan oleh Asyraf

Ridwan Ali pada 2013. Pendekatan ini menekankan penggunaan formula 12 huruf rumi

(a, d, e, h, i, k, o, s, t, u, x dan z) yang mengalami transliterasi beraneka apabila

perkataan rumi ditukar kepada jawi. Guru dan murid perlu mengetahui dan menguasai

perubahan transformasi tersebut. Sebagai contoh huruf (a) bagi perkataan rumi akan

ditransliterasikan kepada enam keadaan iaitu :

Jadual 3 : Kaedah transliterasi beraneka bagi huruf ‗a‘ ditukar ke huruf jawi.

Pemupukan pemikiran yang kreatif bukan sekadar memberi peluang kepada guru untuk

berkongsi idea yang baharu malah berjaya mengatasi masalah pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan dan menarik. Justeru faktor guru merupakan faktor

terpenting yang mempengaruhi penguasaan dan sikap seseorang murid terhadap

pembelajaran Jawi (Madihah 2007). Guru bertanggungjawab untuk menarik minat dan

mencipta satu aktiviti pembelajaran di luar kebiasaan mereka. Hasil temu bual dengan

Ustaz Mohd Shafie bin A. Bakar (Guru Besar SK. Sg. Pergam) dan Ustaz Saidi bin

Salleh (Penolong Kanan HEM SK. Sg. Berua) mendapati murid-murid Orang Asli tidak

mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran jika

tiada aktiviti PdP yang menarik atau sekadar menggunakan kaedah pengajaran yang

biasa sahaja.

Kelestarian penyelidikan Pengajaran Jawi juga sewajarnya diperkasakan.

Dapatan pemerhatian penyelidik terhadap Kajian Tindakan guru pelatih Pendidikan

Islam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato‘ Razali Ismail Kuala Terengganu ambilan 2007 hingga 2009 mendapati

28 daripada 82 guru pelatih PISMP (34.1%) telah melaksanakan penyelidikan kajian

Bil. Contoh

‘a’ Perkataan

Rumi Perkataan

Jawi Keterangan

1

A

baju a ditukar kepada ‘alif’ ( ).

2 air a ditukar kepada ‘alif hamzah’ ( ).

3 bacaan a ditukar kepada ‘hamzah’ ( ).

4 ajaib a ditukar kepada ‘ain’ ( ).

5 am a ditukar kepada ‘ain alif’ ( ).

6 jam a digugurkan huruf ‘alif’nya.

Page 191: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

183

tindakan dalam bidang Jawi berbanding bidang-bidang Pendidikan Islam yang lain

susulan daripada isu dan permasalahan PdP yang ditemui di sekolah.

Jadual 2 : Analisis Kajian Tindakan guru pelatih Pendidikan Islam Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan

Guru Kampus Dato‘ Razali Ismail Kuala Terengganu ambilan

2007 hingga 2009 dalam bidang Jawi.

Bil. Isu Jumlah

1. Kemahiran menulis huruf jawi tunggal 2

2. Huruf Jawi Tunggal bersambung dan tidak

bersambung.

2

3. Penguasaan Penulisan Huruf tak boleh disambung 1

4. Kemahiran Menyambung huruf 5

5. Menulis suku kata terbuka 1

6. Kemahiran membaca suku kata terbuka 2

7. Menyebut/ membaca suku kata tertutup (KVK) 3

8. Kemahiran membaca/ suku kata 1

9. Kemahiran membaca perkataan/ suku kata terbuka dan

tertutup (KV KVK)

1

10. Kemahiran mengeja perkataan akhir ‗qaf‘ dan ‗kaf‘ 1

11. Kemahiran mengeja dan menulis perkataan jawi 3

12. Mengeja dan membaca kata pinjaman Bahasa Inggeris 1

13. Kemahiran penguasaan sebutan dan penulisan jawi 1

14. Kemahiran membaca ayat pendek 1

15. Kemahiran pembelajaran koperatif dalam pengajaran

jawi

1

16. Kemahiran mengeja jawi menggunakan kaedah

DESAJ

1

17. Masalah disleksia dalam bacaan dan penulisan jawi 1

Jumlah 28

Dapatan hasil penyelidikan kajian tindakan yang bermutu sewajarnya

diketengahkan dan dikongsi guru-guru yang mengajar jawi sebagai satu perkongsian

ilmu sama ada di sekolah kebangsaan biasa mahupun sekolah kebangsaan Orang Asli.

Penyelidikan amat penting dalam konteks pendidikan kerana melaluinya segala ilmu

mengenai proses, isu dan masalah pendidikan dapat dikumpul, ditambah dan diwarisi

kepada generasi seterusnya (Noraini 2010). Kajian ini bukan hanya diceburi oleh

ilmuan-ilmuan dalam bidang agama semata-mata, malah ia juga boleh dijadikan

landasan penyelidikan oleh pencinta-pencinta bahasa. Ini kerana keistimewaan Bahasa

Melayu amat terserlah apabila mempunyai tulisan jawi. Bahasa Melayu berbeza dengan

bahasa Indonesia yang tidak mempunyai tulisan jawi (Kang Keong Seock 2010).

Tajuk akhbar Utusan Malaysia ―Demi pastikan ia tidak hilang ditelan arus

peredaran zaman. Permudahkan kaedah tulisan jawi.‖ (Utusan Malaysia, 3 Julai 2013)

Page 192: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

184

mengambarkan betapa sistem tulisan jawi perlu dilestarikan. Menurut Sabariah

Sulaiman dan Maimun Aqsha Lubis (2012), sistem ejaan jawi masih lemah kerana

terlalu banyak pengecualian, pengekalan ejaan lama, homograf serta ejaan yang tidak

kekal. Penggunaan sistem ejaan berbeza turut menyumbang ke arah perbezaan ejaan

Jawi. Bagi menyeragamkan sistem ejaan Jawi, sistem ejaan PEJYD yang mula

diperkenalkan pada tahun 1984 (secara rasminya pada tahun 1986) telah dimurnikan dari

masa ke semasa seiring dengan perubahan ejaan bahasa Melayu itu sendiri. Seterusnya

pada tahun 2005, Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) telah

diperkenalkan oleh pihak DBP melalui Daftar Kata Bahasa Melayu 2005 sebagai

langkah penambahbaikan.

Jadual 3 : Contoh ejaan tidak kekal bagi huruf ‗alif‘.

Bil. Contoh

‘alif’ Perkataan Jawi Keterangan

1

Huruf ‘alif’ ditiadakan apabila pola KVK dan V adalah huruf ‘alif’; melibatkan Hukum KA dan GA diakhir perkataan dan bahasa Melayu Jati.

2 Huruf ‘alif’ dikembalikan dalam pola KVK kerana pengecualian, homograf, Hukum –RAMA, serapan Bahasa Arab dan sebagainya.

3 4

Ejaan tidak kekal bagi huruf ‘alif’ pada V akhir apabila bersambung dengan imbuhan.

5 = 6

Fenomena tersebut mengambarkan kepelbagaian ejaan bagi contoh huruf ‗alif‘

yang akan memberi kesukaran kepada murid sekolah rendah dalam memahami dan

menguasai pembelajaran Jawi. Berbeza dengan pelajar sekolah menengah atau orang

dewasa yang dapat menerima fungsionalisme sistem ejaan Jawi dengan minda yang

lebih terbuka dan mudah, pelajar sekolah rendah khususnya pelajar sekolah rendah

Orang Asli tidak mampu menerima pengkaedahan sistem ejaan Jawi dengan senang.

Tahap pemikiran mereka hanya sekadar menukar perkataan rumi menjadi jawi

berdasarkan ilmu pengetahuan yang dikuasai.

Peranan tulisan Jawi dalam memperkenalkan Islam kepada golongan masyarakat

di Malaysia suatu ketika dahulu tidak dapat disangkal. Justeru, langkah melestarikan

fungsionalisme tulisan Jawi adalah amat sesuai dikembalikan. Menurut Faridah (1997),

Mohd Yusof et. al. (2012) dan Hasmadi (2012), penguasaan Jawi yang baik amat

membantu pelajar menguasai bacaan al-Quran. Apabila mereka lemah dan buta jawi

akan mengakibatkan literasi agama merosot, tidak dapat membaca dan memahami

kandungan al-Quran, kurang mampu mengarap pengetahuan Islam dengan baik serta

akhirnya boleh membawa kepada pemesongan akidah. Sebagai nadi kepada ilmu-ilmu

Page 193: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

185

Islam, pemerkasaan peranan tulisan ini perlu dimartabatkan semula agar segala

khazanah intelektual dan keilmuan Melayu tidak hilang di dunia.

Cadangan Penambahbaikan

Berikut dikemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak yang berkepentingan agar

dapat membuat penambahbaikan :

1. Tenaga Pengajar Jawi (GPI/jQAF), Pihak Pentadbir dan JPN.

i. Tulisan Jawi dijadikan sebagai medium dakwah kepada Orang Asli seperti

mengadakan pertandingan seni khat dalam kalangan orang Asli.

ii. Menjadikan Pengajaran Jawi sebagai daya penarik kepada ilmu-ilmu Islam

dan juga PdP Pendidikan Islam.

iii. Mempertingkatkan ilmu dari masa ke semasa dengan menghadiri kursus-

kursus kaedah jawi seperti kursus Dr. Jawi, Klinik Jawi Azman al-Kurauwi

dan sebagainya.

iv. Melibatkan diri dengan penyelidikan kajian tindakan berkaitan pengajaran

jawi di sekolah rendah Orang Asli.

v. Guru GPI dan j-QAF perlu sentiasa mempelbagaikan penggunaan kaedah

PdP dalam Pengajaran Jawi di samping berusaha menginovasikan kaedah

PdP.

vi. Pihak sekolah dengan kerjasama JPN sewajarnya mengsasarkan seorang

pelajar Orang Asli ke Sekolah Menengah Agama (SMA) sebagai generasi

pelapis yang akan dapat menguasai ilmu agama dengan lebih baik lagi.

2. Jabatan Kerajaan dan Pertubuhan NGO (JAKIM, JaHEAT, JAKOA, PERKIM

dan sebagainya)

i. Membiaya kursus dan mewujudkan bengkel pertukangan kayu/ seni khat

berteraskan tulisan jawi bagi menarik minat mereka terhadap tulisan jawi di

samping menjadi sumber rezeki sampingan.

ii. Memperbanyak dan memperbetulkan penggunaan ejaan Jawi pada papan

tanda dan papan iklan yang dipaparkan secara terbuka kepada masyarakat.

iii. Memastikan penggunakan tulisan Jawi sebagai kepala surat (header) yang

dikeluarkan oleh jabatan kerajaan serta menggunakan tulisan jawi dalam

Page 194: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

186

urusan surat menyurat yang dikeluarkan oleh jabatan/ majlis agama bagi

menanamkan perasaan pentingkan dan cinta kepada tulisan Jawi.

iv. Meneruskan bantuan mualaf bantuan kepada masyarakat Orang Asli

walaupun telah lebih 3 tahun mereka memeluk Islam demi kelangsungan

mereka menganut, mempelajari dan menguasai ajaran Islam.

v. JAKOA, PERKIM dan juga FELCRA berganding bahu memberi bantuan

kewangan RM 100/ setahun kepada setiap keluarga demi memastikan

keluarga masyarakat Orang Asli dapat menghantar anak-anak mereka

bersekolah rendah mahupun menengah.

vi. Mewujudkan tabung ‗derma asli‘ bagi membiayai kos pendidikan pelajar

Orang Asli di Sekolah Menengah Agama (SMA) sehingga tamat pengajian.

Kesimpulan

Sungguhpun terdapat banyak institusi dakwah yang tampil melaksanakan aktiviti-aktiviti

dan program dakwah bersama masyarakat Orang Asli namun impak penerimaan mereka

terhadap usaha-usaha tersebut masih lagi kurang berkesan. Malah bagi meneruskan

kesimbungan usaha murni ini, guru GPI dan jQAF dilihat sebagai agen penggerak yang

berperanan sebagai daie di sekolah perlu menggunakan segala ruang kesempatan sedia

ada bagi menarik minat generasi pelapis Orang Asli kepada ajaran Islam. Keistimewaan

dan kelebihan yang wujud pada seni tulisan Jawi perlu dijadikan daya tarikan yang

mampu memberi sumbangan material dan spritual kepada kehidupan masyarakat Orang

Asli. Walau bagaimanapun, untuk memiliki kemahiran ini memerlukan kepada proses

pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan pemindahan ilmu pengetahuan yang dipelajari

dengan sebaik-baiknya. Penggunaan kaedah dan pendekatan pengajaran Jawi yang

mudah, menarik dan berinovasi akan memberi kesan yang besar terhadap penguasaan

pengajaran dan pembelajaran jawi dalam kalangan murid Orang Asli.

Rujukan

Ab Halim Tamuri et al. (2004). Laporan penyelidikan keberkesanan kaedah pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Fakulti

Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Dalilah Desa dan Abdul Kahar Abdul Rahim. (2008). Meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis jawi dan mengenal huruf tunggal jawi yang boleh dan tidak

boleh disambung dengan kaedah Dalil Avu Zar Zad, Projek Kajian Tindakan.

Tidak diterbitkan.

Faridah Mohamed. (1997). Bahasa al-Quran dan hubungannya dengan tulisan jawi :

suatu kajian terhadap pelaksanaan tulisan jawi di sekolah-sekolah Kota Bharu,

Page 195: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

187

Kelantan. Dissertasi Sarjana Usuluddin. Akademi Pengajian Islam. Universiti

Malaya. Petaling Jaya.

Hasmadi bin Hassan. (2012). Tulisan Jawi : Perkembangan dan peranannya menuju

kemandulan dan kepupusan. Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi 2012

Peringkat Kebangsaan. Bertarikh 18 Oktober 2012. Universiti Malaysia Pahang

(UMP). Pahang.

Kang Keong Seock. (2010). Bengkel Penulisan Jawi. Bertarikh 4 hingga 8 Oktober

2010. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Petaling Jaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Buku panduan perlaksanaan model pengajaran

dan pembelajaran dan kokurikulum j-QAF tahun 1-6. Bahagian Kurikulum

Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Logman dictionary of contemporary English. (2004). Pearson Education Limited:

England.

Madihah Mohamad. (2007). Penguasaan kemahiran jawi di kalangan murid tingkatan

dua di sekolah menengah kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Petaling Jaya.

Mohd Shafie bin A. Bakar. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sg. Pergam, Jabor,

Kemaman, Terengganu. Temu bual pada 22 Julai 2013.

Mohd Yusof bin Mustaffar et. al. (2012). Kajian Kes: Penguasaan bacaan dan tulisan

Jawi serta peranannya dalam meningkatkan bacaan al-Quran. Seminar

Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu 2012 bertarikh 19-20 Jun 2012. Pusat

Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM, Shah Alam.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill Education

(Malaysia) Sdn. Bhd. Malaysia.

Omar bin Musa. (1994). Sejarah dakwah dan perkembangan dakwah di kalangan Orang

Asli di perkampungan Sungai Berua Hulu Terengganu 1990 hingga 2003.

JaHEAT. Kuala Terengganu.

Ramlee bin Abdullah. (2006). Agama dan kepercayaan Orang Asli Terengganu. Seminar

Warisan dan Pembangunan Orang Asli Negeri Terengganu: Orang Asli Negeri

Terengganu Dalam Arus Perdana. Universiti Darul Iman. Terengganu.

Ruhiah binti Abd Rahman. (2004). Program dakwah Pusat Pembangunan Tamadun

Masyarakat Orang Asli Pahang (PERTAMA): Masalah dan penyelesaiannya.

Disertasi Sarjana Usuluddin. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Petaling Jaya.

Page 196: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

188

Sabariah Sulaiman dan Maimun Aqsha Lubis. (2012). Sistem tulisan jawi di Malaysia.

Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu 2012

bertarikh 19-20 Jun 2012. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM, Shah

Alam.

Saidi bin Salleh. Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu

Terengganu, Terengganu. Temu bual pada 22 Julai 2013.

Zakuan Sawai. (1998). Dakwah Islamiah kepada Orang Asli: Kajian khusus mengenai

transformasi minda masyarakat Semai selepas memeluk Islam. Disertasi Sarjana

Usuluddin. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Petaling Jaya.

Page 197: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

189

Program Pembangunan Wanita Mualaf Orang Asli Di Kampung Sentok Pos

Hendrop Lojing, Gua Musang Kelantan

A‘dawiyah Ismail

Siti Rugayah Tibek

Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Pembangunan bukannya istilah atau teori baru dalam kalangan masyarakat umat Islam,

malah ia merupakan suatu perkara yang dilaksanakan oleh para nabi dan umatnya

terdahulu. Salah satunya terbukti dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw ke

Madinah dengan membangunkan umat melalui pembinaan masjid sebagai pusat ilmu,

perniagaan, sosial dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membangunkan umat

dengan asas ilmu pengetahuan dan cemerlang dalam kehidupan. Berhubung dengan

masyarakat orang asli khususnya wanita yang baru memeluk Islam atau saudara baru

(mualaf) dianggap sebahagiannya masih ketinggalan dalam urusan kehidupan dan

kefahaman yang mendalam mengenai agama Islam, maka pembangunan menerusi

program-program yang bermanfaat amatlah penting untuk dilaksanakan kepada

golongan ini. Ini memandangkan golongan wanita merupakan asset utama dalam sebuah

keluarga untuk kesejahteraan yang berpanjangan. Di samping itu, golongan wanita

sebagai isteri dan ibu akan dirujuk oleh anak-anak mengenai ajaran agama Islam dan

merekalah harapan untuk memberi bimbingan dan pendidikan secara betul kepada

generasi akan datang. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 pembangunan membawa

maksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan,

usaha atau kegiatan membangun untuk memaju dan mengembangkan). Ricard Peet dan

Elaine Hartwick (1999), pembangunan adalah kemajuan kepada integrasi antara

persekitaran, ekonomi, sosial, budaya dan situasi politik. Berdasarkan pemerhatian

penulis semasa menyelia pelajar-pelajar Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 hingga 29 April 2012

di Kampung Sentok Hendrop Lojing, Gua Musang mendapati wanita di Kampung ini

belum mengamalkan tuntutan ajaran Islam sepenuhnya seperti tidak menutup aurat,

meninggalkan solat fardu, mengambil ringan hal berkaitan akidah, fekah dan

perhubungan sesama masyarakat dan lain-lain. Hakikatnya, tuntutan ajaran Islam perlu

dihalusi dan diamalkan sebaik mungkin setelah menganuti agama Islam secara

berperingkat-peringkat kerana wanita yang telah memeluk Islam akan dicontohi oleh

rakan-rakan sekeliling dan mencerminkan bahawa Islam itu indah dan mudah tanpa

membebani penganutnya.

Latar belakang responden

Istilah orang Asli diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan perkataan

Aborigin yang dipakai oleh kerajaan Inggeris bagi menunjukkan berbagai suku kaum

dalam kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Responden adalah wanita orang asli

Page 198: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

190

Temiar yang tergolong dalam kumpulan Senoi. (Abdul Ghafar Don & Ahmad

Redzuwan Mohd. Yunus: 2009). Responden terdiri daripada tiga belas orang wanita

Orang Asli suku Temiar mualaf di Kampung Sentok Pos Hendrop Lojing Gua Musang.

Seramai 3 orang responden yang berumur antara 24-29 tahun, 3 orang antara 33-35

tahun, 4 orang antara 33-39 tahun dan 3 orang antara 54-60 tahun. Semua responden

telah berkahwin. Tahap pendidikan responden pula terdiri daripada 3 orang Sijil

Pelajaran Malaysia, seorang Penilaian Menengah Rendah, 4 orang Ujian Penilaian

Sekolah Rendah dan 3 orang tidak menyatakan tahap pendidikan masing-masing.

Pekerjaan responden majoritinya adalah suri rumah dan seorang pencuci kantin sekolah,

seorang pembantu guru dan seorang pekebun. Manakala tempoh responden memeluk

agama Islam antara 2-6 tahun seramai 5 orang, 10-17 tahun seramai 3 orang, 19 tahun

seorang sahaja dan 4 orang lagi tidak menyatakan tempoh memeluk agama Islam.

Faktor-faktor wanita Orang Asli Temiar memeluk Islam di Kampung Sentok Pos

Hendrop, Gua Musang

Pemelukan Islam dalam kalangan wanita asli Temiar ke dalam agama Islam disebabkan

oleh beberapa faktor iaitu 2 orang suka kepada agama Islam, 2 orang melihat kebaikan

agama Islam, 2 orang kecenderungan diri sendiri, seorang tertarik dengan aktiviti

dakwah, seorang mengikuti kelas pengajian, seorang kerana perkahwinan dan dua orang

lagi tidak menyatakan faktor memeluk agama Islam. Faktor-faktor di atas perlu diambil

perhatian dan kepentingan oleh para pendakwah kerana ia memberi kesan kepada

sanubari mad‘u seperti responden di samping faktor utamanya adalah mereka mendapat

hidayah daripada Allah s.w.t.

Oleh kerana agama Islam adalah agama yang terbaik dalam kehidupan dan setiap

perbuatan yang dilakukan samada baik atau buruk tetap diberi balasan dan ianya

menggambarkan keadilan Ilahi baik di dunia atau di akhirat. Sekiranya penerangan dan

contoh-contoh kelebihan berada dalam agama Islam diberikan secara jelas, pasti akan

menyentuh jiwa seseorang yang selama ini tidak mengetahui tentang perjalanan hidup

yang semuanya diambil kira oleh pencipta yang meredai agama Islam sahaja tetapi tidak

pada agama lain. Dari sudut penerangan agama Islam sahaja akan lebih sempurna dan

lebih difahami sekiranya ditonjolkan dalam bentuk praktikal dari segi perbuatan atau

percakapan. Hal ini menjadi pendorong kepada mereka yang memeluk agama Islam

kerana dibuktikan kebenaran agama Islam oleh penganut Islam melalui perbuatan dan

percakapan contohnya bercakap benar dan menunaikan janji.

Allah s.w.t mencipta manusia dan lebih tahu kehendak isi hati makhluknya dan

Dia memberi jalan untuk hamba-hambanya memilih ke jalan selamat atau sengsara.

Fitrah kejadian manusia pasti menghendaki perkara kebaikan itu berlaku kepada dirinya

tanpa merasai kesengsaraan. Dengan memahami ajaran Islam dan keistimewaan berada

dalam agama Islam membuka pintu hati untuk memeluk agama Islam. Banyak faktor

yang menjadi tarikan kepada mualaf menganut agama Islam yang antaranya melalui

pendekatan dakwah berbentuk program. Pihak-pihak yang perihatin menyampaikan

dakwah Islam tidak sekadar menyampaikan dakwah dalam bentuk ceramah dan

penerangan sahaja sebaliknya memilih pendekatan melalui program yang mempunyai

Page 199: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

191

mesej agama Islam itu sendiri. Contohnya, mengadakan program sukan yang

menekankan etika pergaulan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan dan

menunjukkan aktiviti sukan yang Islam anjurkan di samping memberitahu hikmah di

sebaliknya. Manakala majlis ilmu di kampung Orang Asli tidak perlu dihadkan kepada

orang Islam sahaja sebaliknya ia bersifat terbuka kepada orang ramai agar ilmu ajaran

Islam difahami dan tidak disalah tafsirkan. Ruang dalam majlis imu juga memudahkan

mana-mana pihak untuk mendapatkan jawapan terhadap apa jua persoalan yang menjadi

tanda tanya kepada mereka yang telah memeluk Islam atau belum memeluk Islam.

Huraian dalam ajaran Islam perlu disampaikan dengan mudah agar pendengar tidak

menjadikan ianya sesuatu yang membebankan setelah berada di dalam agama Islam.

Para Penceramah yang bijak menyampaikan ilmu Islam dan mendekatkan diri kepada

mad‘u akan menyebabkan pendengar suka dan sering mengikuti kelas-kelas agama yang

dianjurkan. Adalah menjadi keutamaan bagi pasangan yang berkahwin untuk bersama-

sama dalam satu agama. Faktor suami menganut agama Islam adalah lebih kuat supaya

isteri yang dikahwini turut berada dalam agama Islam. Hal ini memberi kesedaran

kepada pasangan suami isteri yang berada dalam agama Islam supaya mendapat

ganjaran pahala di sisi Allah swt di atas segala ibadat dan kebaikan yang dilakukan.

Halangan responden beramal dengan ajaran Islam

Hasil temu bual bersama responden mendapati terdapat beberapa halangan yang

dihadapi oleh mereka setelah memeluk Islam sehingga ianya dianggap punca kepada

tidak dapat melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam sepenuhnya, tidak tahu cara

penyelesaian permasalahan mengikut Islam serta tidak yakin dengan penampilan sebagai

seorang muslimah di khalayak ramai. Antara halangan-halangan tersebut adalah

responden malu mempelajari ilmu di khalayak ramai, kurang pengetahuan tentang ajaran

agama Islam menyebabkan kurang kefahaman dan praktikal, persekitaran masyarakat

setempat tidak membantu dan mengambil berat tentang ajaran agama Islam, tidak biasa

bergaul dengan masyarakat yang telah lama memeluk Islam, kedatangan dakyah dari

agama lain, suasana pendidikan yang kurang memberansangkan, kurangnya

pendedahan maklumat mengenai Islam dari semasa ke semasa dari pihak yang

bertanggungjawab dan kesihatan yang tidak menentu. Halangan-halangan tersebut

menjadi punca mereka gagal memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam

secara sempurna.

Cadangan program pembangunan kepada wanita orang asli Temiar mualaf di

Kampung Sentok Pos Hendrop Lojing, Gua Musang

Berdasarkan halangan-halangan responden tidak dapat melaksanakan ajaran Islam

dengan sempurna, maka beberapa cadangan program pembangunan yang bersesuaian

wajar diadakan sebagai langkah bagi membantu golongan wanita mualaf, memelihara

kebajikan dan bermatlamat supaya mereka akan menjadi pemangkin generasi setempat

dan menjadi rujukan masyarakat sekeliling agar Islam itu tidak hanya pada agama

semata tetapi yang lebih utamanya ialah kefahaman, penghayatan dan pengamalan

secara betul berdasarkan syariat Allah s.w.t. Antara cadangan program merangkumi

Page 200: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

192

program pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, kerohanian, kesihatan, penampilan,

syahsiah dan sebagainya. Ianya seperti berikut:

i) Mengadakan aktiviti di surau secara berkala

ii) Mengadakan kelas-kelas fardu ain

iii) Menjemput tenaga penceramah wanita dalam pelbagai bidang

iv) Mewujudkan program bersama masyarakat muslim dari dalam dan luar

v) Melibatkan NGO Islam dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan

vi) Mengadakan program pengurusan dan kepimpinan wanita

vii) Menyediakan ruang penasihatan agama, kaunseling keluarga dan klinik syariah

viii) Mengadakan kempen kebersihan dan kesihatan wanita

ix) Mengadakan kelas bimbingan dan kelas tambahan anak remaja

x) Menganjurkan kursus kaedah menjana ekonomi rumah tangga

xi) Mengadakan kelas celik IT

xii) Program pemantapan dan pemantauan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti

agama

Menurut Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus et.al (2009), bahawa program pembangunan

di atas adalah salah satu usaha dakwah untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan

Nasional (http://www.jheoa.gov.my/m-objektif.htm) yang bermatlamatkan:

i) Mengurang dan memastikan kemiskinan di kalangan Orang Asli menjelang

tahun 2020

ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, pendidikan, kesihatan dan akses

kepada kemudahan-kemudahan asas antara masyarakat Orang Asli dan

masyarakat umum di Malaysia.

iii) Meningkatkan keupayaan, keyakinan diri, ketabahan, ketrampilan dan imej,

disiplin, daya tahan dan daya saing masyarakat Orang Asli serta

menghapuskan segala bentuk pandangan dan tanggapan negatif serta

penyisihan oleh masyarakat umum ke atas masyarakat Orang Asli.

iv) Meningkatkan tahap kesihatan Orang Asli dan menghapuskan segala jenis

penyakit berjangkit.

Page 201: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

193

Cadangan program pembangunan terhadap wanita di Kampung Sentok Pos Hendrop

Lojing, Gua Musang diharapkan mendapat perhatian pihak-pihak yang

bertanggungjawab di samping usaha lain untuk memastikan kebajikan wanita mualaf di

sini dalam keadaan yang menjaminkan di sisi agama Islam. Di samping itu, kehadiran

mereka di dalam agama Islam dirasakan sebagai suatu kenikmatan dan kebesaran

daripada Ilahi apabila menyedari berada di dalam satu aqidah yang suci dan diterima

oleh penciptanya iaitu Allah swt. Semoga keperihatinan pihak bertanggungjawab dari

badan-badan kerajaan, NGO, swasta serta masyarakat dan individu muslim dapat

memberi dorongan untuk terus kekal berada di dalam agama Islam. Menurut Abdul

Ghafar et.al (2009), bahawa di Malaysia usaha-usaha dakwah kepada mualaf (saudara

kita) perlu dilakukan secara sistematik dan berterusan oleh institusi agama/dakwah

samada kerajaan, atau pun swasta. Ia bertujuan mendidik dan menjaga hal ehwal

mereka.

Kesimpulan

Program pembangunan terhadap mualaf amatlah penting bagi memantapkan aqidah,

kefahaman dan pengamalan ajaran agama Islam dalam segala aspek sebagaimana yang

dituntut oleh Allah swt. Program pembangunan boleh dipelbagaikan oleh pihak-pihak

yang bertanggungjawab sebagai langkah membantu agar mualaf dapat melaksanakan

ajaran Islam dengan yakin dan berterusan. Mereka amat mengharapkan bantuan daripada

kita untuk mengukuhkan penghayatan dan pengamalan ajaran Islam sebagai satu-

satunya jalan yang terbaik dalam kehidupan.

Rujukan

Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus & Abdul Ghafar Don. 2009. Metodologi dakwah

kepada non-muslim.

Bangi: Pusat Kembangan Pendidikan UKM

Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus & Abdul Ghafar Don. 2009. Pendekatan dakwah

Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JHEOA) Negeri Pahang terhadap masyarakat Orang Asli. dlm.

Dakwah kepada non-muslim di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman.

Bangi: Pusat Penerbitan & Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul GHafar Don, Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Anuar Puteh & Badlihisham

Mohd. Nasir. 2009.

Cabaran dakwah di kalangan saudara baru di Malaysia. dlm. Dakwah kepada

non-muslim di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman. Bangi: Pusat

Penerbitan & Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia

Hanapi Dollah. 2008. Komuniti Orang Jakun: Peminggiran dan pembangunan. dlm.

Masyarakat &

kepelbagaian sosial di Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

(http://www.jheoa.gov.my/m-objektif.htm)

Page 202: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

194

Page 203: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

195

Dakwah Sebagai ‘Discourse’ Budaya Dan Impaknya Dalam Pembangunan

Muallaf Cina

Abdul Nasir Abdul Rahman

Kertas kerja ini akan mengkhususkan analisanya terhadap dakwah dan pembangunan

muallaf sebagai satu ‗DISCOURSE‘ dan impaknya dalam masyarakat Cina sahaja.

Discourse disini merujuk kepada simbol-simbol budaya dan bahasa yg sering diguna

dengan sedar atau tanpa sedar untuk tujuan sosialisasi. Ia akan menerangkan discourse

ekonomi, legal, sosial, politik, budaya dan mass media yang terus ‗reinforce‘ paradigma

MASUK ISLAM MASUK MELAYU dalam pelbagai bentuk sebagai halangan

pembangunan muallaf. Analisis semantik-linguistik dalam ‗discourse‘ bahasa Cina

tentang konsep agama, ketuhanan dan identiti diri juga akan dikaitkan berkenaan dengan

masalah pembangunan muallaf Cina.

Discourse Budaya Dakwah Zaman Klasik

Kitab klasik ‗Sulalatus Salatin‘ atau ‗Sejarah Melayu‘ menceritakan kisah yang menarik

mengenai pengislaman Merah Silu iaitu raja Samudera Pasai yang dikatakan sebagai

kerajaan pertama yang memeluk Islam di Alam Nusantara.

Sebermula maka tersebutlah pada zaman RSAW, baginda bersabda pada segala

sahabat:

"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.

Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah

kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam

negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang fakir di negeri

Mu'tabari namanya (Malabar India), ialah kamu bawa beserta kamu"

Dalam teks klasik pengislaman Merah Silu di atas, samada hadis itu sahih atau tidak

bukanlah perkara yang penting bagi rakyat masa itu. Yang penting, ia adalah satu

‗realiti‘. Ia adalah satu ‗realiti‘ kerana ia memenuhi imaginasi rakyat pada masa itu.

‗Realiti‘ seperti inilah yang kita namakan sebagai satu ‗discourse budaya‘ tentang

makna dakwah, tentang pengislaman. Dakwah menurut discourse budaya ini adalah

usaha yang menunggu perintah untuk memenuhi KPI tertentu. KPInya sudah ditentukan

oleh Nabi: dakwah wajib disampaikan ke Samudera. Objektif KPI juga diberi mengapa

perlu berdakwah di Samudera, iaitu kerana membanyakkan wali Allah. Dakwah adalah

satu ‗program‘ birokrasi. Hanya ada usaha bila perintah khusus diberi. Tetapi bukan

semua orang boleh berdakwah. Perlu bawa seorang ‗fakir‘ di negeri Mu‘tabari. Fakir

inilah yang akan mengislamkan Raja Samudera.

Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka

terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama

negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa

Page 204: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

196

segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari,

adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.

Maka apabila kapal itu pun belayarlah, ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun

raja di dalam negeri itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda pun

bertanya, "Kapal ini dari mana" ? Maka sahut orang dalam kapal itu, "Adalah

kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Samudera"

Adapun Sultan Muhammad itu daripada cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq RA.

Maka ujar orang kapal itu "Kerana kami pergi dengan sabda Nabi SAW"

Dakwah kepada bukan Muslim mesti dipisahkan dari Fiqh Hadis. Seorang pendakwah

tidak perlu menyoal samada hadis Nabi diatas itu sahih atau palsu. Dakwah tidak kisah

samada kefahaman pendakwah tentang Islam itu sahih atau tidak. Yang penting, dia

tidak melanggar budaya dan masih memenuhi imaginasi rakyat yang ‗percaya‘ bahawa

ini perintah Nabi untuk berdakwah di Samudera.

Maka kapal itupun belayarlah ke Samudera. Maka fakir itupun naik ke darat,

maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang dipantai. Maka fakir itupun

bertanya katanya, "Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama

negeri ini Samudera". Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam

negeri ini?" Sahut Merah Silu, "Hambalah pengetua sekalian mereka itu ". Maka

oleh fakir itu diislamkannya dan diajari kalimah Syahadah. Setelah Merah Silu

Islam maka Merah Silupun kembali ke rumahnya.

Tiada pemikiran kritis dan interfaith dialog diperlukan. Hanya dengan kehadiran

‗keramat‘ fakir ini yang sudah ditentukan oleh taqdir melalui sabda Nabi, sudah cukup

mengislamkan seorang muallaf, yang juga Raja Samudera bernama Merah Silu. Dakwah

tidak memerlukan kemahiran atau skill. Dakwah memerlukan Wali Allah yang

mempunyai keramat yang istimewa. Bukan semua orang boleh menjadi pendakwah. Bila

‗fakir‘ itu menyuruh Merah Silu peluk Islam, dia terus memeluk Islam. Tak perlu pada

perdebatan kritis.

Shahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya

berpandangan dgn RSAW. Maka sabda RSAW kepada Merah Silu, "ngangakan

mulutmu". Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya, diludahi oleh RSAW

mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga dari tidurnya. Diciumnya bau

tubuhnya seperti narawastu. Telah siang hari maka fakirpun naik ke darat

membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu

dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada nakhoda kapal; "Inilah negeri

Samudera seperti sabda RSAW itu".

Pembangunan muallaf tidak memerlukan silibus pengajaran Islam yang sistematik.

Dalam satu malam sahaja dengan ‗mengangakan mulut‘ untuk menerima ludah Nabi,

Merah Silu sudah pandai tajwid al-Qur‘an!

Secara kesimpulannya, tema-tema yang penting dalam discourse budaya di atas ialah:

Page 205: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

197

Bukan semua boleh berdakwah. Dakwah memerlukan personaliti yang punya

keramat tertentu yang telah ditentukan oleh taqdir.

Dakwah adalah ‗program‘ birokrasi, memenuhi KPI. Dakwah adalah usaha yang

menunggu perintah.

Berdakwah bukan merupakan satu skill atau kemahiran atau strategi. Kalau

sudah sampai hidayahnya, kita hanya suruh seseorang peluk Islam, maka dia

akan peluk Islam.

Pembangunan Muallaf tidak memerlukan silibus pengajaran Islam yang

sistematik.

Dakwah tetap efektif walapun ajaran yang disampaikan itu adalah mitos,

berdasarkan hadis-hadis palsu. Perlu dipisahkan antara ilmu dakwah dan ilmu

fiqh/hadis secara khusus. Dakwah bukan usaha ‗interfaith‘ dan bukan usaha

‗intrafaith‘. Dakwah adalah usaha memenuhi imaginasi budaya yang

mementingkan keramat dan mimpi.

Dengan memahami discourse budaya diatas, pembangunan Muallaf patut muhasabah

beberapa persoalan berikut untuk melawan budaya yang mungkin tertanam dan

‗inherited‘ secara ‗subconscious‘ dalam program-program dakwah dan tarbiyah:

Adakah silibus agama yang diajarkan kepada Muallaf/pendakwah berdasarkan

pada fiqh hujah/dalil atau terbawa-bawa budaya, mitos yang telah lama tertanam

sehingga dianggap sebagai ‗realiti‘ atau ‗sahih‘?

Adakah silibus agama itu ilmiah, efektif dan sistematik atau sekadar meneruskan

pengajaran ‗tradisi pondok‘ demi membanyakkan wali-wali Allah yang

mempunyai keramat-keramat yang tertentu? Kritikan Hamka terhadap Mufti

Johor banyak memberi gambaran terhadap masalah budaya ‗pondok‘ di

Malaysia.40

Adakah program-program dakwah hanya sekadar memenuhi KPI berapa orang

peluk Islam atau sudah disampaikan Islam tanpa memikirkan tentang perubahan

budaya makro yang lebih menyeluruh dari segi perubahan sistem politik,

ekonomi, pendidikan dan lain-lain?

Adakah kursus-kursus dakwah berjaya melahirkan pendakwah-pendakwah yang

bersifat independent, bergerak dakwah atas kesedaran dan usaha sendiri tanpa

‗menunggu perintah atau arahan birokrasi‘? Za‘ba telah menulis tentang masalah

40 Prof.Dr.Hamka, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor.

Page 206: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

198

perangai umat Islam di Malaysia yang tidak bergantung pada diri sendiri dengan

panjang lebar. 41

Discourse Budaya Dakwah Zaman Kini

Didalam satu seminar yang dianjurkan oleh 27hb Julai 2013, K-Fiqh/Murshid dimana

Presidennya Dr.Zaharudin memberi syarahan tentang halatuju NGO MURSHID, semasa

sesi soal-jawab seorang peserta tanya, ―Adakah NGO Murshid juga dianggotai oleh

seorang ustaz pondok?‖

‗Pondok‘ mempunyai kewibawaan tersendiri dalam imaginasi dan discourse

budaya. Ia memberi makna kesucian, kekeramatan. Asalkan ‗ustaz pondok‘, tidak kira

‗siapa‘ dia, tidak kira apa kelayakkannya atau hujahnya, ia mempunyai ‗keramat‘nya

yang tersendiri seperti ‗fakir‘ dalam mitos Merah Silu. Warisan ‗minda sufi-mitos‘ vis-

à-vis ‗scientifik‘ amat mempengaruhi budaya pondok. Mantan Rektor Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia dan juga Prof. Negara Terulung, Prof Kamal Hassan telah

highlight budaya ‗sufi ini vis-à-vis scientifik. Beliau berkata:

―We have to bear in mind that the Malays are largely tolerant but custom-bound

people with the behaviour pattern of the ―nature‘s gentleman‖ who have been

exposed to the Islamic religious knowledge which carries a strong emphasis on

traditional Sufi teachings as well as elementary fiqh (Islamic religious rules and

rituals) of the Shafi‘I school (madhhab) of jurisprudence, separated from the

more scientifically and technologically rich Andalusian legacy of the once

holistic Islamic civilization. The task of changing the Malay mindset is daunting

but not insurmountable.‖42

Saya tertarik dengan discourse budaya ‗Pondok‘ atau ‗elementary fiqh mindset‘

seperti NGO Minda Pondok tentang isu kalimah Allah swt dibawah yang telah membuat

laporan polis:

―Kami bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia boleh menimbulkan

ketegangan dan huru-hara berpanjangan di negara yang rakyatnya berbilang

kaum dan menganuti pelbagai agama.‖ 43

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Muslim mengaitkan dakwah dengan

‗menimbulkan huru-hara berpanjangan‘. Siapa yang akan menimbulkan huru-hara ini?

Siapa yang ‗terroris‘ di sini? Dakwah bukan lagi hujah atau ‗interfaith dialog‘, tetapi

41 Za’ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. 42 M.Kamal Hassan, Voice of Islamic Moderation From the Malay World,

p.99. 43

http://www.sinarharian.com.my/kalimah-allah-minda-pondok-buat-laporan-polis-

1.120773

Page 207: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

199

dakwah adalah ‗Counter-Faith‘: ‗Kami-Menentang-Kamu‘: jika kamu tidak setuju

dengan kami, akan timbul huru-hara yang berpanjangan.

Jakim telah pun mengeluarkan fatwa menegah penggunaan Kalimah Allah oleh bukan

Muslim. Salah satu sebab ialah berikut:

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana

bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi

hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana

matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan

umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.44

Logik discourse budaya ialah: kalau ‗mereka‘ guna kalimah Allah, bukan mereka yang

keliru, tetapi ‗kami‘, orang Muslim, yang akan keliru; bukan mereka yang akan

memeluk Islam, tetapi kami yang akan murtad.

Discourse budaya seperti ini membuat rakyat terfikir tentang siapa yang akan

menimbulkan ‗huru-hara yang perpanjangan‘? ‗Kami‘ yang keliru tetapi mengapa tidak

‗mereka‘ yang akan keliru? Tetapi persoalan yang jelas di minda bukan Muslim ialah:

Adakah Islam itu agama yang begitu mengelirukan sehingga menimbulkan huru-hara

walapun ada institusi-institusi Islam di Malaysia yang begitu banyak ditubuhkan, dan

perlembagaan yang mengisytiharkan Islam sebagai agama persekutuan, dan

perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada Melayu, dan media-media massa

mainstream yang memihak kepada Islam, dan perlembagaan yang membenarkan orang

Muslim berdakwah kepada bukan Muslim tetapi bukan sebaliknya?

Cerita Shaolin Kung Fu mempunyai impak yang besar didalam minda Cina

tentang konsep agama. Di dalam cerita ini, biasanya keluarga hero telah mati dibunuh

musuh. Hero jumpa seorang Sifu tua yang hebat kungfu. Hero nak belajar kungfu

darinya untuk membalas dendam terhadap pembunuh keluarganya. Sifu tua itu berjanji

akan mengajar hero itu kungfu dengan syarat hero mengikut semua kata-katanya. Lalu

sifu tua itu pun menyuruh hero setiap hari membuat kerja-kerja rumah seperti

mengangkat baldi-baldi air ke sawah, membasuh baju, memotong kayu, memasak dan

lain-lain. Akhirnya, hero menjadi marah kerana sifu tua masih belum mengajarnya

kungfu. Tetapi sifu tua berkata pada hero, ―Kamu buta ke? Cuba fikir tentang hikmah

disebalik kerja-kerja rumah itu!‖

Komen Dr.Yamin Cheng tentang mesej cerita kungfu dibawah ini adalah signifikan:

‗The story actually portrays a certain Chinese psychology and the psychology is

that a Chinese senses and grasps a message or knowledge more forcefully

through way of allusion, instead of speculative thinking or logical proof worked

44

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-

terhadap-penggunaan-kalimah-allah

Page 208: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

200

out in the mind. It is more what we do in relation to a thing that tells us what a

thing is, than in what we think about a thing that tells us what it is …..Alllusion

is not like trying to define what hotness is when asked what hot is. In the way of

allusion, if you ask a person what hotness is, that person will just take your hand

and place it around a hot pot of water, and when you are jumping up and down

and cursing, the person who put your hand around the hot pot of water will say,

‗Now you know what hotness is.‘45

Bila kita faham psychology Cina di atas, kita faham apa reaksi mereka bila umat

Islam berkata bahawa Islam itu anti-terrorism tetapi pada masa yang sama, kita

mengancam tentang kemunculan huru-hara yang berpanjangan, bila berkata Islam itu

jelas dan benar tetapi pada masa yang sama umat Islam begitu mudah menjadi keliru,

bila berkata secara retorik ―Islam itu sejuk‖, tetapi bila disentuh, rupanya Islam itu

panas.

Discourse budaya di atas di-‗reinforce‘ oleh paradigma ‗Masuk Islam-Masuk

Melayu‘ melalui mass media. Pengaruh mass media amat mempunyai impak yang besar

dalam masyarakat Cina. Dalam phd tesis Dr.Yunus Ma Zheng tentang pandangan Cina

bukan Muslim di Malaysia, beliau telah menemuduga ramai tokoh Cina.

Kebanyakkannya hanya mengenal Islam melalui mass media, tidak membaca satu buku

pun tentang Islam.46

Maka, mass media merupakan sumber utama discourse budaya tentang Masuk

Islam, Masuk Melayu. Contohnya, dalam kartun terkenal yang memenuhi imaginasi

budaya iaitu ‗Upin Ipin‘, tiada watak bukan Melayu yang beragama Islam. Simbol

Ketupat menjadi simbol Hari Raya. Hijau menjadi simbol Islam tetapi bukan merah.

Bahkan, institusi agama dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan ‗Adat Istiadat

Melayu‘. Muallaf yang memeluk Islam dikehendaki ‗berbin Abdullah‘ seolah-olah

memeluk Islam maknanya memutuskan silaturrahim dan nama ayah dan keluarga.47

Tradisi atau ‗mitos‘ yang sudah lama tertanam dianggap menjadi ‗hukum‘ kerana ia

serasi dengan imaginasi Melayu. Hanya pada tahun 2007, barulah Mufti Perlis Dr. Mohd

Asri Zainal Abidin yang di label ‗wahabi‘ membuat kenyataan berikut:

Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan dibincangkan oleh Jawatankuasa

Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya.

Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat

kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya

menempatkan diri. Ada yang menunggu ‗bola tanggung‘ merasakan barangkali

inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu.48

45 Yamin Cheng, Islam and the Wisdoms of Asian Religions, p.88. 46 Yunus Ma Zheng, مىاج الدعوة اإلسالمية للصيىيه الماليسيه غير المسلميه . 47Yunus Ma Zheng, مىاج الدعوة اإلسالمية للصيىيه الماليسيه غير المسلميه , p.143. 48

http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12

Page 209: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

201

―Sabar dulu‖ meringkaskan keadaan discourse budaya tentang dakwah. Dakwah hanya

dilihat sekitar ‗komunikasi antara individu‘, bukan mengubah budaya secara makro:

Berdakwahlah selagi tidak mengubah budaya fiqh ‗bin Abdullah‘. Dakwah dan fiqh

patut dipisahkan. Komunikasi antara individu ini yang saya istilahkan sebagai ‗dakwah

mikro‘. ‗Street dakwah‘ adalah sebahagian dari dakwah mikro ini. Dakwah mikro ini

penting kerana yang makro memang terbina atas mikro, yang ‗complex‘ atas yang

‗simple. Dakwah mikro biasanya mendapat sokongan semua pihak kerana ia tidak

semestinya mengubah budaya fiqh, discourse budaya Melayu. Ia disokong kerana

‗selamat‘, masih terletak sekitar ‗comfort zone‘ bagi pihak yang tidak mau perubahan

makro. Tetapi dakwah mikro yang efektif sebenarnya juga memerlukan faham dakwah

makro. Dakwah makro bertujuan untuk menghasilkan anjakan budaya secara

menyeluruh dari segi sistem pendidikan, sistem politik, sistem ekonomi, sistem

keluarga, budaya beragama, hatta perubahan aspek-aspek tertentu dalam fiqh dan

mazhab. Dakwah makro mengubah discourse budaya. Isu ‗bin Abdullah‘ adalah isu

yang mencabar discourse budaya klasik kerana sekarang tidak terlintas dalam imaginasi

budaya bahawa seorang muallaf yang ‗berbinkan Yap Ah Loy‘, iaitu nama Cina boleh

dikaitkan dengan keislaman. Tetapi yang lebih mencabar ialah ia menimbulkan

persoalan adakah budaya ‗pondok‘ atau budaya ‗ustaz‘ sudah salah memberi hukum

selama ini tentang isu ‗bin Abdullah‘? Pondok atau ‗ustaz‘ boleh salah? Adakah ini akan

menimbulkan ‗huru-hara yang berpanjangan‘ lagi? Sejauh manakah dakwah mikro

dilaksanakan selari dengan dakwah makro?

Persoalan yang penting disini ialah sejauh manakah skop ‗dakwah‘ dan

‗pembangunan muallaf‘ diperluaskan? Sejauh manakah sokongan diberi jika ia

diperluaskan kepada anjakan makro, perubahan discourse budaya? Beberapa langkah

perubahan makro yang penting telah dilaksanakan. Contohnya, peluasan konsep mualaf

kepada bukan Islam telah dilaksanakan oleh beberapa pusat zakat negeri seperti Wilayah

Persekutuan, Selangor, Johor dan Kelantan. Konsep ‗muallaf‘ semakin berubah dan ini

petanda yang baik.

Bahagian Instisyar MAIS sejak 2012, telah bergerak aktif dan berani untuk

memulakan pembangunan muallaf dan dakwah seperti bekerjasama dengan eratnya

dengan ngo-ngo Islam bukan Melayu untuk menghasilkan modul-modul dakwah yang

berbeza sekali dengan modul-modul pondok. Bahkan, MAIS juga telah mengenepikan

‗bin Abdullah‘ sebagai syarat peluk Islam. Ia juga menaja dan menyertai bengkel-

bengkel yang akan menghasil satu pelan dakwah nasional dengan mengabungkan

pelbagai institusi-institusi dakwah dari pelbagai negeri. Ia telah melancarkan

streetdakwah sebagai langkah permulaan dakwah mikro yang lebih bersifat ‗agresif‘

face to face untuk sekurang-kurangnya menyedarkan dan mematangkan umat Islam

sendiri tentang kewajiban berdakwah. Tetapi discourse budaya tentang siapa itu

‗muallaf‘ masih memerlukan tajdid yang agresif supaya paradigma lama bahawa ‗semua

yang bukan Melayu dan memeluk Islam adalah muallaf selama-lamanya‘ patut diubah.

Sudah tiba masanya melahirkan tokoh-tokoh agama dan mufti yang bukan Melayu.

Juga, PR dengan ngo-ngo Cina bukan Muslim masih lemah.

Page 210: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

202

Walaupun begitu, keadaan politik yang bercampur dengan isu-isu agama telah

menjauhkan lagi masyarakat Cina dari Islam dan reinforce lagi paradigma ‗Masuk

Islam, Masuk Melayu‘. Sebagai pendakwah, bagaimana menghadapi realiti perkauman

ini yang bukan mudah untuk diubah? Pendakwah perlu memahami budaya masyarakat

Cina. Penulis rasa penulisan-penulisan Dr.Yamin Cheng amat berguna untuk kearah ini.

Dr.Yamin Cheng menulis:

‗But why invite people to Islam? Is being a Muslim about salvation, about being

saved from the hellfire? Is being a Muslim about my religion being the correct

one, and all others are not? Is being a Muslim means having a religion that is

different from the one that I had previously? What does becoming a Muslim

entail? Being a Muslim is not just about having a true religion, or having a

religion that is different from other religions, or about salvation, or about do‘s

and don‘ts that one should observe. Invitation to Islam has to respond to the

question, ―How am I, by becoming a Muslim, become a human in the true sense

of the word?‖ Inviting to Islam is inviting to realize one‘s humanity, to realize

what it means to be a human.‘49

Konsep menjadi 人 (rén:manusia) menentukan samada satu agama itu benar atau tidak.

Konsep rén yang benar akan membawa kepada安 (ān: ketenangan). Perkataan

Cina安 (ān: ketenangan) merupakan pictograph atau gambar seorang wanita女

dibawah bumbung宀. Ketenangan hanya terhasil bila konsep kemanusiaan meletakkan

wanita atau mereka yang lemah ‘selamat’ dibawah bumbung yang akan melindungi

mereka dari hujan, panas terik dan fitnah. Konsep kemanusiaan dan ketenangan ini

sangat sesuai dengan hadis Nabi dalam Sahih al-Bukhari bila Nabi ditanya tentang

siapakah itu ‘Muslim’. Jawapan Nabi sangat padat dan ringkas terhadap takrif

‘Muslim’:

المسلم مه سلم المسلمون مه لساو ويدي

‘Orang Islam ialah orang yang mana orang Islam yang lain terselamat dari gangguan

lidah dan tangannya.’(Sahih al-Bukhari)

Konsep ‗Muslim‘ yang membawa makna ‗membuat orang lain rasa selamat‘ adalah

mencerminkan ciri-ciri kemanusiaan yang paling dasar. Dakwah hendaklah membawa

kepada makna kemanusiaan ini. Bila ini difahami, dakwah bukan lagi bermaksud

membirokrasikan Islam, tetapi dakwah bermaksud ‗memanusiakan orang‘.

Didalam satu bengkel dakwah yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar

persediaan ke Jepun di Universiti Malaya bulan Januari 2013, Alex Chai, seorang

49 Yamin Cheng, The Desire to Understand, pp. 68-69.

Page 211: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

203

freethinker, telah tanya kepada peserta, ―Mengapa Islam menyuruh memakai tudung?‖

Seorang peserta menjawab dengan yakin, ―Umpama kuih yang ditudung, mestilah lebih

baik.‖ Alex Chai terus membantah, ―Tetapi boleh juga diumpamakan seorang yang

malas cuci lantai yang kotor. Maka, dia membeli satu karpet yang besar dan cantik.

Lalu, dia tidak menyapu lantai yang kotor itu tetapi dia sekadar meletakkan karpet yang

besar itu untuk menutup lantai yang kotor itu sebagaimana Muslimah menutup akhlaq

mereka dengan tudung yang labuh dan cantik! Inikah kemanusiaan menurut Islam?‖ Isu

menutup aurat sudah menjadi satu ‗uniform‘, satu ‗birokrasi‘, satu ‗kewajiban

prosedural‘ seolah-olah Islam adalah agama formaliti tanpa roh.

Proses untuk mengislah orang Islam sendiri perlu berjalan selari dengan

pembangunan Muallaf dan dakwah. Tidak munasabah mengislahkan sepenuh umat

Islam dulu, barulah berdakwah. Tetapi mesej yang perlu disampaikan kepada bukan

Muslim ialah Islam itu mudah, tidak memandang pada zahir dan birokrasi. Islam itu

agama kemanusiaan. Maka, disini saya memandang perlunya memberitahu kepada Cina

bukan Muslim bahawa jika mereka memilih untuk memeluk Islam, mereka mempunyai

‗option‘ samada untuk mendaftar keislaman mereka atau tidak. Pendaftaran lebih

menakutkan mereka tentang Islam, bahkan menghasilkan salah faham bahawa peluk

Islam maknanya pendaftaran yang akan memberatkan mereka dibawah birokrasi tertentu

yang ditadbir oleh satu bangsa sahaja dimana bangsa ini sendiri mengaku bahawa masih

keliru tentang agama mereka sendiri sehingga Islam ‗menjadi milik exclusif bagi orang

Melayu. Persepsi ini muncul kerana orang Cina takut akan hilang jati diri apabila

memeluk Islam.‘50

Saya tidak mengatakan bahawa pendaftaran itu tidak penting tetapi

demi dakwah sebagai ‗memanusiakan orang‘, kita perlu memberi ‗option‘ kepada

mereka untuk memilih kerana memeluk Islam adalah pilihan untuk menjadi manusia

yang sejati, bukan menjadi objek birokrasi atau angka dalam KPI. Dengan cara ini,

orang cina akan rasa bahawa memeluk Islam tidak menghilangkan jati diri mereka.

Rujukan

Ann Wan Seng. Biar Orang Cina Pimpin Islam. Selangor: Kemilau Publika, 2011.

Mohammad Nidzam Abd. Kadir. Fiqah Muallaf: Antara Tuntuan dan Keutamaan.

Kuala Lumpur: Telaga Biru, 2011.

M.Kamal Hassan. Voice of Islamic Moderation From the Malay World. Selangor:

Emerging Markets Innovative Research (Emir): 2011.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Masih Adakah Ketuanan Melayu?: Antara Realiti dan

Fantasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2011.

___________.Nasib Melayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications,

2010.

__________. Melayu Menjadi Minoriti Dalam Majoriti. Kuala Lumpur: Utusan

Publications: 2013.

50 Ann Wan Seng, Biar Orang Cina Pimpin Islam, p.15.

Page 212: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

204

Hamka. Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor. Selangor: Pustaka Dini, 2009.

Xifu Abdul Naser Abdul Rahman. Metodologi Berdakwah Kepada Bukan Islam Dalam

Konteks Malaysia Barat. Manhaj Fiqah Wasathi. Kertas Kerja Konvensyen Fiqh

Ummah 2012. Kuala Lumpur: Telaga Biru, 2012.

Yamin Cheng. Islam and the Wisdoms of Asian Religions. Kuala Lumpur: The Other

Press, 2012.

______. Islam: The Desire to Understand. Kuala Lumpur: Yayasan Rasma, 2012.

______. When Religion Is Not What It Used To Be. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen,

2012.

_____. A Chinese Life of Islam: The Search For Identity. Kuala Lumpur: The Other

Press, 2012.

Yunus Ma Zheng, مىاج الدعوة اإلسالمية للصيىيه الماليسيه غير المسلميه . Kuala Lumpur: Tesis

Universiti Malaya 2008.

Za‘ba. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka, 2009.

Page 213: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

205

Pendekatan Konsep Hikmah Dalam Proses Bimbingan Saudara Muslim

Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah

Redwan Bin Yasin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Abstrak

Tanggungjawab membimbing saudara muslim bukanlah suatu tugas yang

mudah dan boleh dipandang remeh. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi

setiap umat Islam untuk bersama membimbing mereka dalam mengenali

syariat Islam secara keseluruhannya. Proses bimbingan ini kebiasaannya

bermula daripada pengenalan mengenai asas agama Islam, pemupukan

akhlak Islamiyyah dalam diri, sehinggalah kepada pemahaman terhadap

hukum syarak dengan lebih mendalam. Kesilapan dalam memilih teknik

bimbingan yang sewajarnya akan memberikan implikasi buruk terhadap nilai

keislaman saudara muslim. Oleh itu melalui penulisan ini, akan

diperjelaskan mengenai konsep hikmah dalam Islam yang dilihat sebagai

suatu kaedah pendekatan terbaik bagi mencapai kejayaan dalam proses

bimbingan, sekaligus menjamin keberkesanan dakwah yang ingin

disampaikan. Hasil bagi penulisan kertas kerja ini dilihat mampu

memberikan sumbangan ilmiah kepada keseluruhan umat muslim dalam

memahami kaedah utama yang sepatutnya diamalkan dalam usaha

membimbing dan mendidik saudara muslim.

Kata kunci: Konsep Hikmah, Proses Bimbingan, Saudara Muslim, Perpaduan,

Muallaf.

Pendahuluan

Adalah menjadi suatu tanggungjawab bersama bagi setiap muslim yang mengaku

beriman kepada Allah SWT dan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan menyeru

kepada kebaikan sesama muslimin. Proses membimbing boleh dikategorikan sebagai

salah suatu agenda dakwah Islamiyyah yang perlu dilaksanakan oleh keseluruhan umat

Islam mengikut tahap kemampuan diri masing-masing. Para ulama menyatakan bahawa

tiada masalah dari sudut perbahasan dalam berdakwah dan membimbing sesama

muslim, samada ianya adalah fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Apa yang penting ialah

kesalahan yang berlaku wajib diperbetulkan dan intipati dakwah wajib disampaikan. Ini

adalah kerana setiap umat Islam yang berpengetahuan agama wajib untuk mendidik

saudaranya yang jahil tentang hukum hakam agama serta membimbing mereka ke jalan

yang diredhai Allah SWT.(Ab. Aziz, 1997:28). Justeru itu, adalah menjadi suatu

tuntutan utama terhadap umat Islam secara keseluruhannya supaya membimbing saudara

baru muslim yang baru mengenali agama, bagi mengelakkan mereka kembali tergelincir

kepada kebatilan terdahulu.

Beban tanggungjawab untuk membimbing dan mendidik sesama Islam tidak seharusnya

diletakkan kepada golongan khas atau tertentu sahaja. Bahkan ianya harus digalas oleh

Page 214: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

206

kesemua umat Islam yang berilmu pengetahuan dan memahami hukum syarak. Ia adalah

sebahagian kewajipan al-Amr bi al-Ma‘ruf wa al-Nahyu an al-Mungkar yang disarankan

dalam Islam. Proses membimbing membabitkan perubahan dalam diri insan daripada

kekufuran kepada keIslaman, kejahatan kepada kebaikan, kesesatan kepada hidayah, dan

tabiat negatif kepada positif.(Ab. Aziz, 2006:39). Inilah motif dan matlamat sebenar

bimbingan yang dilakukan dalam kalangan umat Islam. Ianya bukan sekadar seperti kata

pepatah ―Melepaskan batuk di tangga‖, akan tetapi wajib dilaksanakan sehabis baik bagi

mencapai objektif dakwah yang diinginkan.

Konsep Hikmah dalam Dakwah

Kalimah al-Hikmah yang telah disebut dalam al-Quran mempunyai pelbagai makna dan

bergantung kepada penggunaannya dalam ayat suci al-Quran. Akan tetapi maksud al-

Hikmah yang ingin dibincangkan dalam konteks bimbingan saudara muslim ialah

sebagai suatu metode dakwah dalam yang wujud dalam ajaran Islam dengan tujuan

untuk menyampaikan insan kepada jalan kebenaran dengan mempertimbangkan

kemampuan dan ketajaman rasional atau si peneriman dakwah.(Moh. Ali Aziz,

2004:129). Takrifan tersebut telah diambil melalui firman Allah SWT yang berbunyi:

―Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu (yakni agama Allah SWT)

dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan

cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui

tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih

mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk‖.

(al-Nahl, 16:125)

Umumnya, para ahli tafsir seperti Imam Fakhrul al-Radzi menjelaskan bahawa

kalimah al-Hikmah dalam ayat di atas merungkaikan tentang asas pendekatan dakwah

berkesan yang berlandaskan perintah wahyu al-Quran dan merujuk kepada as-Sunnah

Rasulullah SAW, dan yang terpenting ialah berdasarkan kepada kefahaman agama dan

ilmu pengetahuan pendakwah dalam memastikan golongan penerima dakwah

memahami intipati dakwah yang disampaikan.(al-Radzi, 1994). Ulama kontemporari

yang muktabar seperti Dr Wahbah al-Zuhailiy telah telah menyebut bahawa maksud al-

Hikmah yang telah dikurniakan kepada hamba Allah SWT yang terpilih seperti Luqman

al-Hakim sebagai suatu kurnian yang besar dan anugerah agung milik Allah SWT. Ianya

adalah merupakan suatu kefahaman yang hebat serta ketajaman ilmu pemikiran yang

cerdik terutamanya dalam melakukan pertimbangan yang terbaik terhadap sesuatu

perkara.(al-Zuhailiy, 2000:2024).

Menurut Rauf Shalaby, al-Hikmah juga ialah sebagai suatu sifat yang

menggambarkan penggunaan perkataan untuk menerangkan asas-asas dalam berdakwah,

yang mana ianya sentiasa meliputi pengajaran yang telah diperjelaskan menerusi al-

Quran dan as-Sunnah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri sebagai

pendakwah sentiasa bersifat hikmah dalam membimbing umatnya.(Usamah, 2003:114).

Hal ini telah ditunjukkan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud:

―Dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran, menghadapi mereka

dengan perjuangan besar dan bersungguh-sungguh‖.

Page 215: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

207

(al-Furqan, 25:52)

Berdasarkan pengertian-pengertian yang diberikan oleh para ulama dalam

mendefiniskan kalimah al-Hikmah dalam konteks bimbingan dan dakwah Islamiyyah,

dapatlah kita fahami bahawa ianya adalah merupakan suatu kaedah atau metode yang

seharusnya ada dalam diri setiap Da`I yakni pendakwah bagi menjamin keberkesanan

dakwah yang disampaikan. Ketiadaan al-Hikmah proses dakwah pastinya akan

membantutkan kejayaan perlaksanaan dakwah yang dilaksanakan, lebih-lebih dalam

membimbing golongan sasaran dakwah yang amat cetek pengetahuan mereka tentang

syariat Islam. Bimbingan yang dilakukan tanpa berhikmah hanya akan mengakibatkan

kegagalan kepada diri pendakwah yang akhirnya membawa kerugian buat agama Islam

secara keseluruhannya.

Pendekatan Hikmah dalam Proses Bimbingan Saudara Muslim

Perlaksanaan metode al-Hikmah dalam berdakwah terutamanya dalam membimbing

saudara muslim serta membawa perubahan kepada diri insan dilihat sebagai suatu yang

disebut dinamisme dakwah Islamiyyah yang paksinya bercirikan fleksibiliti, keanjalan

serta kebolehan roh dakwah dalam proses mengadaptasi serta berakomodasi, khususnya

apabila berlaku isu dan masalah pertembungan suatu sistem atau budaya yang

berlainan.(Abdul Ghafar Don, 1998:3). Oleh itu antara pendekatan terbaik berteraskan

kaedah al-Hikmah yang boleh dipraktikkan semasa menjalani proses bimbingan ialah:

i. Memberi contoh teladan terbaik

Menunjukkan contoh teladan yang terbaik adalah merupakan salah satu tiang asas dalam

al-Da‘wah bil Hikmah. Dalam ilmu dakwah, ianya disebut sebagai Qudwatul Hasanah

yang telah ditakrifkan oleh Hasan al-Basri sebagai suatu kaedah di mana manusia

mempelajari sesuatu perkara tentang kebaikan berdasarkan kepada renungan terhadap

contoh amalan atau perbuatan kebaikan yang dilihatkan olehnya, bukan sekadar

perkataan yang didengari.(al-Ammar, 2003:45). Maka adalah menjadi suatu kewajipan

bagi diri seorang pendakwah untuk mencerminkan keperibadian seorang muslim sejati

bagi menjamin keberkesanan dakwahnya.

Pembentukan peribadi sebegitu telah diterapkan dalam diri Rasulullah SAW

sendiri. Tidak wujud sebarang pemberitahuan atau suruhan mengenai kebaikan mahupun

tegahan atau larangan tentang keburukan yang tidak didahulukan dengan petunjuk

melalui perbuatan Baginda dahulu. Perilaku dan akhlak mulia Baginda sentiasa menjadi

perhatian serta ikutan samada muslim mahupun yang bukan muslim.(Mustafa Masyhur,

1995:23). Kaedah Qudwatul Hasanah yang ditunjukkan oleh Baginda SAW

membuktikan bahawa Islam tidak hanya agama yang tertulis dalam kitab yang diutus

atau sekadar percakapan kosong, tetapi yang melengkapi keimanan setiap insan terhadap

perintah dan larangan penciptanya ialah melalui perlakuan anggota tubuh badannya.

Allah SWT sangat melarang seorang insan yang hanya tahu mengarah dan menyuruh

insan tentang kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi dirinya masih bergelumang

dengan dosa dengan sengaja. Ini disebut melalu firmanNya yang bermaksud:

Page 216: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

208

―Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu

yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa

kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan‖.

(al-Shaff, 61:2-3)

Al-Hikmah menerusi teknik juga adalah merupakan salah satu teknik dakwah

yang disebut sebagai Dakwah bil Hal, yang mana ianya dilihat mempunyai hubungkait

dengan pepatah Inggeris yang sering menjadi rujukan dalam membimbing dan mendidik

seseorang iaitu ―Actions speak louder than words‖. Bimbingan agama Islam sentiasa

memerlukan kepada contoh teladan atau role model. Oleh sebab itulah, Allah SWT telah

memilih Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah. Jika dilihat,

walaupun Rasulullah SAW seorang yang buta huruf, tetapi berkat tingkah laku Baginda

yang begitu mulia, tidak ada tolok bandingnya, begitu menarik perhatian orang bukan

Islam, maka berduyun-duyunlah memeluk Islam. Dakwah dengan cara sebegini amat

berkesan kerana contoh teladan baik yang ditunjukkan dapat diikuti kerana dapat dilihat

oleh golongan mad‘u yakni penerima dakwah atau bimbingan dengan mata kasarnya

sendiri.(Mohd Ridhuan Tee, 2012).

ii. Berperingkat dalam berdakwah

Dalam membimbing saudara muslim terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam

mengenali agama Islam, bimbingan yang dilakukan semestinya tepat dan sesuai dengan

tahap pengetahuan mereka mengenai ilmu agama yang berkemungkinannya sangat

cetek. Antara ciri pendakwah yang terpuji dan akan berjaya dalam membimbing audara

muslim ialah golongan yang telah mengenali terlebih dahulu pihak sasaran yang bakal

menerima dakwah.(Berhanudin, 1997:62). Ianya dapat dilakukan dengan mendekati

mereka, cuba memahami situasi yang sedang mereka hadapi, dan yang terpenting ialah

tidak berprasangka negatif terhadap respon mereka bagi dakwah yang disampaikan.

Sebagai saudara seagama yang telah lama mendalami agama Islam, adalah lebih baik

jika kita belaja untuk menyukat tahap ilmu pengetahuan mereka yang sedia ada tentang

syariat Islam supaya segala yang disampaikan tidak terlalu berat buat mereka. Elaklah

daripada menekankan perkara perbahasan hal ehwal keagamaan yang terlalu rumit. Hal

ini dikhuatiri akan menjadi suatu bebanan dan tekanan dalam diri mereka yang baru

mengenali Islam.

Rasulullah SAW sentiasa mempunyai perancangan yang teratur serta

berperingkat dalam melakukan membimbing umatnya. Setiap agenda dakwah Baginda

dalam keadaan fokus dan terarah, tanpa tersasar daripada maksud dakwah Islamiyyah

yang sebenar. Baginda sentiasa mendahulukan bab-bab yang menjadi asas kepada

keIslaman dan pegangan akidah dalam diri insan. Bimbingan secara berperingkat yang

terbaik bagi saudara muslim ialah dengan memulakan bab akidah dan tauhid kepada

Allah SWT, diikuti dengan proses pemurnian hati insan, pembersihan diri daripada

akhlak mazmumah terdahulu yang dikira sebagai dosa dan kekejian di sisi Allah SWT.

Seterusnya barulah dilakukan bimbingan dalam melaksanakan segala tanggungjawab

yang telah ditentukan oleh hukum syarak terhadap setiap yang bergelar

muslim.(Muhammad Amahzun, 2003).

Page 217: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

209

Antara kaedah berdakwah terbaik mengikut pedoman Rasulullah SAW ialah

dengan mempraktikkan Uslub Targhib wa Tarhib. Maksudnya di sini ialah awalnya

dengan cara memberi galakan kepada insan melalui pemberitahuan tentang kebaikan

Islam, ganjaran-ganjaran pahala mahupun nikmat Allah SWT yang sangat luas, serta

keampunan dan penerimaan taubat insan. Segalanya akan menanti golongan mukmin

yang beramal soleh dan berpegang dengan tali Allah SWT. Akan tetapi, penjelasan

tentang khabar gembira sahaja tidak mencukupi bagi menjadikan seseorang insan itu

bertaqwa. Bagi menambahkan rasa gentar dan takut kepada Tuhannya, naluri semulajadi

insan perlu kepada pemberitahuan tentang azab atau hukuman yang bakal diberikan

kepada golongan yang mengingkari perintah Allah SWT. Maka barulah wujud istilah

Tawazun yakni keseimbangan dalam proses bimbingan dan didikan saudara muslim.

iii. Sentiasa membuka jalan keluar

Seperti yang selalu diingatkan kepada pembimbing, kandungan dakwah yang

disampaikan kepada golongan yang baru mengenali Islam seharusnya tidak terlalu

mendalam dan memerlukan kefahaman yang tinggi. Pada peringkat awal, cukuplah

sekadar memperbetulkan akidah dan menguatkan kepercayaan mereka kepada Allah

SWT. Terutamanya dalam menjalankan teknik bimbingan melalui jawapan bagi

pertanyaan. Ianya haruslah sentiasa bermotifkan untuk memberikan jalan keluar serta

menuju penyelesaian, bukan untuk menutupkan lagi ruang kemudahan. Setiap persoalan

mereka haruslah dijawab dengan mengambil kira kemudahan saudara muslim. Pada

peringkat ini, haruslah diutamakan sesuatu yang mudah, mencerminkan kesederhanaan

Islam, dan juga praktikal.(Abdullah Muhammad Zin, 2006:133). Janganlah terlalu

memberatkan mereka dengan memberi jawapan yang rumit, sukar serta menyempitkan

lagi masalah yang sedang dihadapi oleh mereka.

Harus diingatkan bahawa fitrah semulajadi manusia sememangnya tidak

mahukan tekanan, apatah lagi jika keadaan yang sedang dialami sudah sedia bermasalah.

Penambahan tekanan dalam jiwa saudara baru sewajarnya dielakkan kerana jiwa

mereka masih lagi kosong dengan elemen keIslaman, keyakinan dan keimanan kepada

Allah SWT. Maka adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk membantu

mereka memikirkan jalan keluar yang terbaik bagi masalah yang sedang dihadapi oleh

mereka umpamanya masalah dalaman diri, masalah kekeluargaan, tekanan persekitaran

terhadap keIslamanannya. Kesemua ini perlu diambil kira dan diteliti bersama bagi

mengelakkan penambahan bebanan dalam pemikiran mereka. Apabila jiwa mereka telah

tenang, barulah mudah mesej dakwah tersebut dapat memenuhi rohani mereka dan akan

melicinkan lagi proses bimbingan. Roh al-Hikmah sebeginilah yang diinginkan dalam

membimbing saudara muslim pada zaman kini yang semakin mencabar.

Di samping itu, para cerdik pandai muslim terutamanya dalam bidang perundangan

seharusnya memainkan peranan dalam memikirkan jalan keluar terbaik bagi masalah

yang sering dihadapi oleh saudara muslim di Malaysia. Hakikatnya masih terdapat

beberapa halangan-halangan perundangan berkenaan pengamalan undang-undang Islam

yang sering terjadi dalam kalangan saudara baru. Di antaranya ialah seperti berkenaan

dengan permasalahan seperti kes-kes berkaitan perceraian saudara baru dengan pasangan

yang tidak memeluk Islam, hak penjagaan anak-anak setelah memeluk Islam, perwarisan

harta saudara muslim, dan sebagainya.(Zuliza & Zamro, 2003:103). Kesemua isu dan

Page 218: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

210

konflik sebegini perlulah diperhalusi dan umat Islam mestilah bertindak untuk

menunjukkan mereka jalan penyelesaian yang terbaik. Kegagalan dalam menyediakan

mereka jalan keluar daripada masalah berkemungkinan besar akan mengakibatkan

kegagalan mereka mempertahanan keIslaman dalam diri.

iv. Menegur dengan kelembutan

Samada disedari atau tidak, di antara kesilapan terbesar segelintir pembimbing

saudara muslim pada zaman kini ialah apabila mereka terlalu mudah mengkritik dan

melakukan teguran yang bersifat kekerasan, dengan alasan mencegah atau menghentikan

perbuatan lama saudara muslim yang tidak bertepatan dengan ajaran Islam. Maka di

sinilah perlunya kepada konsep Mujadalah bil al-Hasan yakni berdiskusi serta

membincangkan sesuatu dalam keadaan yang baik dan harmoni. Tidak dinafikan

kadangkala pertanyaan atau bantahan yang dilakukan oleh saudara muslim agak rumit

dan berkemungkinan tersimpang daripada usul akidah. Akan tetapi kita sebagai

pembimbing harus mengingati bahawa pertanyaan atau persoalan mereka terhadap

perintah agama adalah kerana keadaan diri mereka yang masih jahil serta mengalami

kekaburan dalam agama. Teguran dengan cara yang baik telah disarankan oleh syariat

Islam berdalilkan firman Allah SWT yang bermaksud:

―Bantahlah mereka dengan cara yang baik‖

(al-Nahl, 16:125)

Para mufassiran seperti Sheikh al-Sya‘rawi telah menjelaskan bahawa petunjuk

yang ingin disampaikan melalui ayat tersebut ialah keharusan untuk diadakan

perbincangan dengan menggunakan kaedah kelembutan, tiada wujud sebarang tekanan

dan terpenting mengelakkan segala unsur yang membawa kepada pertelingkahan.(al-

Sya‘rawi, 1991:8282). Untuk itu, kaedah terbaik bagi membuatkan mereka menghampiri

ajaran Islam dan mengelakkan rasa phobia terhadap perintah agama ialah dengan

menangkis setiap bantahan mereka dengan kelembutan, menggunakan kalimah-kalimah

yang bersifat pujukan, mempraktikkan gaya bahasa yang mencerminkan tarbiyyah

membangun bukan merendahkan motivasi diri. Seseorang itu haruslah terlebih dahulu

menilai tahap golongan mengemukan bantahan. Kemudian pilihlah ungkapan sesuai,

yang tidak hanya terbatas kepada apa yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah

sahaja, tetapi haruslah cerdik dalam menegur atau menjawab dengan lebih menggunakan

hujah aqliyyah atau ilmu logik akal bagi meyakinkannya mereka tentang agama

Islam.(Akmak, 2001:36). Hal ini telah diperjelaskan melalui firman Allah SWT yang

bermaksud:

―Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan

perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada kamu)

dengan cara yang baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang

yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan

menjadi seolah-olah seorang sahabat karib‖.

(al-Fussilat, 41:34)

Teknik dakwah melalui Mau‘izah al-Hasanah atau yang dimaksudkan dengan

nasihat atau menyampaikan ajaran Islam dengan uslub kelembutan serta kebaikan ialah

salah satu daripada teknik berkesan dalam menghampiri saudara Islam. Umpamanya

Page 219: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

211

dengan tidak melontarkan sebarang kritikan pedas yang mampu menjatuhkan motivasi

diri mereka untuk berubah, ataupun menyampaikan ucapan dakwah yang berbaur

keburukan seperti mempunyai unsur hasutan atau elemen kedengkian. Teguran yang

diberikan juga janganlah menzahirkan kekurangan adab dalam percakapan atau mampu

mengguriskan hati penerima dakwah. (Abdullah Muhammad Zin, 1996:51). Sentiasa

mengingati bahawa tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh pembimbing adalah

mulia di sisi Allah SWT kerana meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW. Ingatlah,

tugasan umat muslim pada zaman kini dalam menghadapi kejahilan masyarakat ialah

untuk berdakwah, bukannya mendakwa tanpa usul periksa.

v. Istiqamah dalam membimbing

Bimbingan yang penuh hikmah seharusnya bercirikan Istiqamah bukan bersifat seperti

kata pepatah melayu, ―Hangat-hangat tahi ayam‖ sahaja, malahan wajiblah

dilaksanakan secara berterusan. Pembimbing yang berjaya ialah mereka yang tidak kenal

erti jemu serta menunjukkan jalan sebenar tentang agama Allah SWT tanpa

mengenepikan kepentingan sasaran dakwah. Ketekunan dan ketabahan dalam

melaksanakan bimbingan berterusan sehingga pihak peneriman dakwah berjaya

melakukan transformasi rohani dan jasmani yang berteraskan syariat Islam. Hal ini

dilihat sebagai suatu unsur penting bagi menguatkan lagi pendekatan al-Hikmah dalam

membimbing saudara baru.(Badahbah, 1998:103)

Kesabaran dalam mendidik adalah merupakan pelengkap kepada al-Da‘wah bil-

Hikmah. Bukan semua insan diberikan sifat atau perasaan ghairah untuk berterusan

membimbing saudara muslim hingga ke titisan dakwah yang terakhir. Ini adalah kerana

naluri semulajadi manusia selalunya akan merasa jemu terutamanya jika mengambil

masa yang lama, apatah lagi apabila perlu melayan kerenah atau pertanyaaan saudara

muslim yang kadangkala dirasakan bersifat remeh. Tetapi itulah disebut sebagai al-Itqan

fi al-Da‘wah yakni ketekunan dalam membimbing serta membantu mereka dalam

melengkapkan diri sebagai muslim sejati yang penuh dengan nilai-nilai keIslaman.

Mafhum elemen sebeginilah disebut oleh ulama sebagai suatu jati diri yang perlu ada

dalam diri pendakwah, iaitu sentiasa merasa tegar dan tabah dalam berdakwah, di

samping memberi penekanan tentang ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.(Ibnu

Hamid, 1999:21).

Menurut kajian, pelbagai jenis cabaran, tekanan dan masalah yang dihadapi oleh

saudara muslim yang baru memeluk Islam umpamanya masyarakat cina muslim.

Antaranya ialah gangguan emosi, kepincangan adat dan budaya, masalah perundangan,

masalah ekonomi, dan juga konflik kekeluargaan yang boleh sampai ke tahap

penyingkiran ahli keluarga asal. Bagi mereka, menukar agama adalah umpama

pengkhianatan dan penghinaan kepada keturunan dan agama. Wujud dalam kalangan

mereka yang disisihkan dan diboikot daripada komuniti asal mereka.(Anuar, 2002:145).

Maka di sinilah sokongan padu dan bimbingan berterusan yang dipanggil Istiqamah

memainkan peranan yang sangat utama. Tanpa dukungan serta sokongan daripada

masyarakat muslim yang lain, maka akan rebah serta rapuhlah keIslaman mahupun daya

tahan keimanan dalam diri mereka. Janganlah umat Islam hanya pandai menyeru mereka

Page 220: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

212

untuk menukarkan agama asal, kemudian membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa

sebarang tiang penyokong yang mampu menguatkan jati diri muslim mereka.

Kesimpulan

Adalah menjadi tanggungjawab bagi keseluruhan umat muslim untuk menjaga

kemaslahatan golongan saudara muslim yang baru memeluk Islam. Kesudian dan

kerelaan mereka untuk meninggalkan kepercayaan dan agama kelahiran mereka

menunjukkan kepada kita tentang keikhlasan mereka untuk menjadi saudara seagama

dalam Islam. Pernahkah kita bayangkan betapa perit dan sedihnya mereka apabila

terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan keagamaan setelah memeluk agama

Islam. Kekuatan hati dan kecekalan jiwa mereka sememangnya harus dihargai. Ianya

dapat dilakukan dengan memberi sokongan yang termudah buat mereka iaitu

membimbing mereka dengan penuh kasih sayang, menguatkan lagi ukhwah Islamiyyah

bersama mereka. Adalah sesuatu larangan bagi umat Islam yang dilahirkan sebagai

muslim jika menganggap mereka asing, hanya kerana perbezaan budaya asal, keturunan,

ataupun rupa paras mereka yang berkemungkinan berlainan dengan majoriti masyarakat

muslim yang mendiami sesebuah negara. Penekanan dalam mempraktikkan elemen-

elemen al-Hikmah dalam berdakwah pastinya akan membuahkan kejayaan dalam

membimbing saudara muslim, sekaligus menguntungkan agama Islam secara

keseluruhannya.

Rujukan

Ab. Aziz Mohd Zin, 2006, Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya

Ab. Aziz Mohd Zin, 1997, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya

Abdul Ghafar Don, 1998, Dinamisme Pembanganun Dakwah: Dakwah Menjana

Masyarakat Madani. pnyt: Abdul Ghafar Don & Shamsul Bahri Andi, Selangor:

Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia

Abdullah Muhammad Zin, 1996, Islamic Da‘wah (Mission) The Defination, Conception

& Foundation, Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn Bhd

Abdullah Muhammad Zin, 2006, Pengurusan Dakwah Masyrakat Cina dan Orang

Asli: Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia

Akmak, 2001, Bimbingan Berdakwah: Pendekatan Yang Berkesan di Alaf Baru, Kuala

Lumpur: Al-Hidayah Publisher

Al-Ammar Ahmad ibn Nasir, 2003, Sifatu al-Da`iyah, Riyadh: Dar al-Eshbelia

Al-Quran al-Karim

Al-Radzi Fakhru al-Din, 1994, Tafsir al-Fakhr al-Radzi al-Musytahar bi al-Tafsir wa

Mafatihi al-Ghaib, Jil. 20, Beirut: Dar al-Fikr

Al-Sya‘rawi Muhammad Mutawalliy, 1991, Tafsir al-Sya‘rawi, Jil. 13, Kaherah: Dar al-

Ikhbar al-Yaum

Al-Zuhailiy Wahbah, 2000, Tafsir al-Wasit, Jil. 20, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asarah

Page 221: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

213

Anuar, 2002, Saudara Baru Cina di Malaysia: Kepentingannya dalam Konteks Dakwah:

Dakwah Kepada Masyarakat Muslim di Malaysia. pnyt: Sulaiman Ibrahim &

Othman Talib, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Badahbah Ali bin Umar, 1998, Muqawwamat al-Da`iyah al-Najih, Jeddah: Dar al-

Andalus al-Khudara

Berhanudin, 1997, Sifat-sifat Pendakwah yang Terpuji: Dinamika Dakwah dalam

Masyarakat. pnyt: Che Yusoff Che Mat & Syamsul Bahri Andi Galigo, Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ibnu Hamid Soleh bin Abdulllah, 1999, Ma‘alim fi Manhaj al-Da‘wah, Jeddah: Dar al-

Andalus al-Khudra‘

Moh. Ali Aziz, 2004, Ilmu Dakwah, Jakarta: Prenada Media

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2012, Cabaran Saudara Baru, Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd

Muhammad Amahzun, 2003, Manhaj al-Nabiyyi fi al-Da‘wah min Khilalis al-Sirah as-

Sohihah, Kaherah: Dar as-Salam

Mustafa Masyhur, 1995, Min Fiqhu al-Da‘wah: Bab Toriq al-Da‘wah, Jil. 1, Kaherah:

Dar al-Tauzi‘ wa al-Nash al-Islamiyyah

Usamah, 2003, Pendakwah Masa Kini: Sikap dan Pendekatan, Kuala Lumpur:Yayasan

Dakwah Islamiyyah

Zuliza & Zamro, 2003, Halangan dan Aplikasi Perundangan Terhadap Saudara Baru:

Dakwah dalam Perspektif Sosio-Budaya (Malaysia-Indonesia). pnyt: Zulkiple

Abd. Ghani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 222: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

214

Page 223: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

215

Aktiviti Perkim Pahang Kepada

Saudara Baru Masyarakat Kemboja51

Anuar Puteh, Ideris Endot, Sazliza Mat Isa, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani,

Ahmad Irdha Mokhtar, Noraini Zakaria

Abstrak

Pemelukan Islam dalam kalangan bangsa atau kaum-kaum lain di Malaysia berlaku

secara pesat. Kekuatan usaha dakwah sama ada yang dilakukan oleh organisasi

(kerajaan dan bukan kerajaan) atau orang perseorangan menjadi antara faktor pendorong

berlakunya proses tersebut. Begitu juga dalam komuniti masyarakat Kemboja di negeri

Pahang. Kajian ini adalah bertujuan melihat aktiviti atau program dakwah yang

dilakukan oleh PERKIM Pahang kepada golongan saudara baru termasuk masyarakat

Kemboja. Penulis telah menggunakan kaedah pengumpulan data dan maklumat melalui

dokumen yang disediakan oleh pihak PERKIM seperti laporan aktiviti, senarai takwim

dan lain-lain serta melalui lawatan atau penyertaan bersama dalam aktiviti tersebut.

Selain itu, kajian keperpustakaan juga dilaksanakan untuk lebih memantapkan hasil

kajian ini. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati banyak aktiviti yang telah

dilakukan oleh pihak PERKIM Pahang terhadap golongan sasaran.

Pengenalan

Dakwah kepada saudara baru sentiasa menjadi prioriti kepada umat Islam khasnya

kepada para pendakwah. Ada yang memilih untuk bergerak melalui orientasi harakah

(gerakan), siasi (politik), ―tabligh‖ dan tidak kurang juga cenderung ke arah orientasi

sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami. Lantaran itu,

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia bahagian Negeri Pahang juga turut sama-sama

mengembleng tenaga dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saudara

baru yang terdapat di seluruh negeri Pahang. Bertitik tolak daripada hal ini maka

tercetusnya idea penulis untuk membuat sedikit tinjauan dengan memfokuskan kepada

pendekatan dakwah terhadap saudara baru di Pahang khususnya masyarakat Kemboja,

yang mana bertujuan untuk untuk melihat pendekatan dakwah yang digunapakai oleh

PERKIM dalam menggerakkan dakwah kepada saudara baru. Selain itu juga penulis

mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan sumbangan idea kepada para da‘ie

dan badan-badan dakwah agar terus komited dalam usaha penyebaran dakwah.

Statistik Saudara Baru Di Negeri Pahang Mengikut Bangsa

Bahagian ini akan membincangkan tentang jumlah saudara baru di Negeri Pahang

mengikut bangsa daripada tahun 2008 sehingga 2012. Saudara baru yang mendaftar di

Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Orang

51 Kertas kerja yang dibentang di dalam Seminar Antarabangsa

Pembangunan Mualaf 2013 pada 7-8 September 2013 di KUIS

Page 224: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

216

Asli, Cina, India, Suku kaum dari Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada suku

Kadazan, Bidayuh, Iban dan Murut. Terdapat juga saudara baru daripada kalangan

pelbagai bangsa yang terdiri daripada orang Amerika, Korea, Itali, German, Jepun,

Australia dan kanada. Sesetengahnya ada yang berbangsa Indonesia, Kemboja , Filipina,

Thailand dan Bangladesh. Kesemuannya ini disenaraikan dalam kelompok lain-lain

bangsa.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Majlis Ugama Islam Pahang (

MUIP) menunjukkan bahawa pada setiap tahun jumlah pemelukan Islam ini mengalami

peningkatan dan penurunannya. Sepanjang tahun 2008 jumlah saudara baru yang

memeluk Agama Islam di Negeri Pahang adalah seramai 334 orang. Daripada jumlah

ini, Orang Asli menunjukkan bilangan yang teramai iaitu 169 orang, manakala bangsa

Cina 58 orang, India 35 orang dan lain-lain bangsa seramai 72 ini adalah termasuk

saudara baru daripada masyarakat Kemboja.

Pada tahun 2009, jumlah saudara baru memeluk Agama Islam adalah seramai

748 orang. Jumlah pemelukan Agama Islam pada tahun ini menampakkan ada

peningkatan sebanyak 414 orang daripada tahun sebelumnya. Statistik pemelukan

Agama Islam di Negeri Pahang menunjukkan bahawa Orang Asli sentiasa mendahului

bangsa lain pada setiap tahun. Pada tahun 2009 jumlah Orang Asli yang memeluk

Agama Islam 537 orang diikuti dengan Cina 76 orang, India 43 orang dan lain-lain

termasuk masyarakat kemboja seramai 92 orang.

Saudara baru yang berdaftar di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) pada tahun

2010 pula berjumlah 640 orang. Bilangan ini menunjukkan ada berlakunya sedikit

penurunan daripada tahun sebelumnnya 2009 iaitu sebanyak 108 orang. Namun begitu,

seperti mana tahun-tahun sebelumnya Orang Asli tetap menjadi golongan majoriti

memeluk Agama Islam iaitu seramai 425 orang, bilangan Cina 43 Orang, India 33 orang

dan lain-lain termasuk Kemboja seramai 139 orang.

Pada tahun 2011, jumlah saudara baru yang mendaftar di Majlis Ugama Islam

Pahang (MUIP) berjumlah 784 orang. Bilangan ini pula menunjukkan adanya

peningkatan yang banyak daripada tahun-tahun sebelumnya. Orang Asli mencatat

jumlah seramai 486 orang, bangsa Cina 63 orang, India 49 orang . Manakala saudara

baru daripada lain-lain bangsa pula seramai 186 orang.

Pada tahun 2012, Jumlah saudara baru yang telah direkodkan hanya setakat

bulan Januari hingga April sahaja iaitu seramai 212 orang. Oleh kerana itu jumlah

pemelukan Agama Islam pada tahun 2012 menampakan penurunan yang sangat ketara

berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan saudara baru yang memeluk Agama Islam

bagi bulan-bulan berikutnya masih lagi di dalam proses kemaskini . Daripada jumlah

pemelukan Agama Islam seramai 212 orang , Orang Asli seramai 107 orang, Cina 18

orang, India 10 Orang dan lain-lain bangsa termasuk Kemboja seramai 73 orang.

Menurut statistik yang diperolehi jumlah pemelukan Agama Islam dari tahun

2008 sehingga 2012 seramai 2718 orang. Penulis juga mendapati bahawa dalam tempoh

Page 225: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

217

lima tahun ini, jumlah saudara baru di Negeri Pahang ada berlakunya peningkatan dan

penurunan bilangan pemelukan Agama Islam. Namun begitu jumlah pemelukan agama

Islam di Negeri Pahang didapati masih di tahap yang memuaskan pada setiap tahun. Ini

kerana wujudnya keterlibatan dan kepedulian semua pihak dalam menyampaikan seruan

dakwah kepada non-Muslim. Secara keseluruhannya jumlah pemelukan Agama Islam

dari tahun 2008 sehingga 2012 mengikut bangsa dapat dilihat dalam jadual berikut:

Jadual 1: Statistik Saudara Baru di Negeri Pahang 2008-2012 mengikut

bangsa

Tahun Bangsa Jumlah

Orang Asli Cina India Lain-lain

2008

2009

2010

2011

2012

169

537

425

486

107

58

76

43

63

18

35

43

33

49

10

72

92

139

186

73

334

748

640

784

212

Jumlah 1724 258 170 562 2718

Sumber: Majlis Agama Islam Pahang

Statistik Saudara Baru Masyarakat Kemboja Di Pahang

Berdasarkan statistik yang diperolehi menunjukkan bahawa dalam tempoh 8 tahun di

antara 2005 hingga 2012 ini, saudara baru Kemboja ini ternyata lebih ramai orang

perempuan berbanding orang lelaki. Hal ini mungkin disebabkan orang perempuan di

kalangan Masyarakat Kemboja ini lebih lembut hatinya dan mudah untuk menerima

sesuatu perubahan dan pembaharuan berbanding lelaki.

Sebagai bukti pemelukan Islam di kalangan masyarakat Kemboja di Pahang,

penulis akan membawakan statistik saudara baru di kalangan masyarakat Kemboja di

Pahang. Bilangan masyarakat Kemboja yang memeluk Islam akan dijelaskan melalui

jadual di bawah daripada tahun 2005-2012.

Jadual 2: Saudara Baru Kemboja di Negeri Pahang tahun 2005-2012

Tahun Jantina Jumlah

Lalaki Perempuan

2005

2006

2007

2008

2009

2

3

6

2

9

2

4

11

3

8

4

7

17

5

17

Page 226: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

218

2010

2011

2012

11

7

4

6

9

4

17

16

8

Jumlah 44 47 91

Sumber: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Faktor-Faktor Pengislaman Saudara Baru Kemboja

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong saudara baru Kemboja di

Negeri Pahang menerima Agama Islam sebagai pegangan hidup mereka. Di antara

faktor pengislaman yang membawa kepada golongan ini kepada Islam adalah:

i. Pergaulan dengan orang Melayu

Dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia khususnya di Pahang sendiri,

ramai kaum lain seperti masyarakat Cina, Siam, Orang Asli dan India bergaul dan

meniru cara hidup orang Melayu. Ini secara tidak langsung mempengaruhi hidup mereka

yang akhirnya akan menyukai cara hidup, pertuturan serta agama yang dianuti oleh

orang Melayu. Perhubungan yang rapat antara mereka lama-kelamaan membuatkan non

Muslim tertarik hati dan cuba untuk mendekati ajaran Islam.

ii. Kerelaan sendiri atau hidayah daripada Allah

Sementara itu, tidak kurang juga ada yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah

daripada Allah Taala. Menurut Maisum 2012 , beliau memeluk Islam kerana bermimpi

didatangi oleh orang tua berpakaian jubah putih yang mengajarnya mengucap dan

menyuruhnya mencari jalan ini. Jalan yang dimaksudkan itu adalah Islam. Selain itu,

ada juga yang memeluk Islam lantaran tertarik dengan kemuliaan ajaran Islam melalui

pembacaan mereka. Mereka ini adalah golongan yang telah dibukakan pintu hati oleh

Allah untuk menerima dan menghayati Islam dengan sebaiknya. Tidak hairanlah jika

mereka mudah menerima ajaran Islam serta patuh pada perintah Allah. Firman Allah

dalam Surah al-Qasas ayat 56:

Page 227: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

219

Maksudnya:

Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi

hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya ia

menerima Islam, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah

petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang

peraturanNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang

yang ada persediaan untuk mendapat hidayah petunjuk kepada memeluk

Islam

iii. Kepentingan Peribadi

Terdapat juga di kalangan saudara baru Kemboja di Pahang ini memeluk Islam kerana

kepentingan tertentu. Namun hakikat tersebut tidak dapat dibuktikan dengan tepat

kerana merupakan sesuatu perkara yang subjektif dan tidak mampu ditafsirkan secara

terbuka. Antara kepentingan yang dapat dikenalapasti oleh penulis di dalam kajian ini

ialah mereka ingin mendapatkan permit atau lesen . Menurut mereka sekiranya mereka

memeluk Islam ini akan memudahkan lagi proses mereka untuk mendapatkan permit

atau lesen. Selain itu juga untuk mendapatkan bantuan dan zakat yang diperuntukkan

kepada golongan mualaf. Biasanya mereka yang memilih Islam kerana untuk

mendapatkan sesuatu yang diinginkan ini tidak akan dapat menghayati Islam itu dengan

jelas.

iv. Ikut-ikutan

Terdapat juga di kalangan mereka yang memeluk Islam disebabkan ikut-ikutan . Ini

kerana semata-mata melihat kesenangan yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka yang

sudah memeluk Islam. Melihat kemudahan yang diberikan kepada mereka yang sudah

memeluk Islam seperti mudah mendapat permit atau lessen, mereka akan mendapat

saguhati dan pelbagai bantuan. Jadi mereka akan mengikut kawan-kawan mereka yang

sudah Islam dan meminta untuk diislamkan di PERKIM. Golongan tersebut juga

termasuk mereka yang memeluk Islam untuk kepentingan peribadi seperti untuk

mendapat hak-hak istimewa sebagaimana yang diperolehi oleh orang Melayu, taraf

kerakyatan dan sebagainya.

Page 228: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

220

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Pahang

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada awalnya telah ditubuhkan pada

19 Ogos 1960 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj selaku Perdana

Menteri Malaysia yang pertama ketika itu dan beliaulah merupakan Yang Dipertua

PERKIM yang pertama. Ketika ini PERKIM telah diterajui oleh Tun Dr Mahathir

Mohamad.

Lantaran kegiatannya merebak ke seluruh negeri, banyak cawangannya telah

ditubuhkan. Cawangan pertama PERKIM yang ditubuhkan ialah cawangan Selangor

yang kemudiannya disusuli cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri

Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kelantan dan terakhir sekali Terengganu (Ahmad

Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Bagi PERKIM Bahagian Pahang, ia telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan

beroperasi di Tingkat 3, Jalan Gambut, Kuantan. Orang yang bertanggungjawab

menubuhkan PERKIM Pahang ialah Dato‘ Haji Abdul Aziz b. Ahmad dan beliau

merupakan pengerusi yang pertama bagi pertubuhan tersebut. Ketika ini, PERKIM

bahagian Pahang diterajui oleh Dato‘ Haji Abdul Rashid b. Haji Abdul Rahman sebagai

Pengerusi dan Tuan Haji Zainal Abidin Haji Abu Bakar sebagai setiausaha (Ahmad

Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Terdapat 11 cawangan PERKIM di seluruh Negeri Pahang iaitu PERKIM

Cawangan Daerah Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Lipis, Cameron Highlands,

Wanita PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Cawangan Daerah Kuantan, Pekan, Bentong

dan Jerantut (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 2003 : 85).

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah dengan Visi menjadikan PERKIM Bahagian

Negeri Pahang sebagai NGO Dakwah yang terkemuka di Negeri Pahang serta Misi yang

jelas untuk menjadikan PERKIM Pahang sebagai sebuah NGO dakwah terunggul untuk

memberikan sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa, PERKIM

bahagian Pahang juga telah menggariskan matlamat penubuhannya seperti berikut:

a) Dakwah: meningkatkan kegiatan kepada masyarakat sejagat

b) Pendidikan: meningkatkan kefahaman Islam melalui pendidikan yang telus dan

berterusan.

c) Kebajikan: melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan terhadap saudara baru.

d) Berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam menjalankan kegiatan

dakwah dan isu-isu semasa yang berkaitan.

Pendekatan dan Aktiviti Dakwah PERKIM Pahang Terhadap Saudara Baru di

Pahang

PERKIM Bahagian Pahang telah membawa cogan kata ― Dakwah Didahulukan Saudara

Muslim Diutamakan‘‘. Pendekatan ini tidak sahaja terhad kepada kegiatan-kegiatan

Page 229: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

221

dakwah tetapi juga sebagai wadah menyatukan umat Islam di Pahang tanpa mengira

bangsa, keturunan, peringkat dan sebagainya. Namun dakwah terhadap saudara baru

adalah menjadi keutamaan oraganisasi ini (PERKIM). Sasaran dakwahnya yang utama

ialah kepada masyarakat Orang Asli, Kemboja, Cina , India dan lain-lain.

PERKIM Bahagian Negeri Pahang kini diterajui oleh Dato‘ Haji Abdul Rashid

b. Haji Abdul Rahman sebagai Pengerusi dan Tuan Haji Zainal Abidin Haji Abu Bakar

sebagai setiausaha. Untuk melicinkan pentadbiran, empat biro utama telah ditubuhkan

iaitu , Biro Kewangan, Pentadbiran dan Pembangunan, Biro Kebajikan dan Ehwal

Sosial, Biro Kecil Dakwah, Pendidikan dan Penerbitan, dan Biro Hal Ehwal Wanita.

PERKIM Bahagian Pahang juga telah menubuhkan cawangan di setiap daerah di

Pahang bagi memudahkan lagi kerja dakwah yang akan dijalankan PERKIM terhadap

masyarakat di Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

Secara dasarnya kegiatan dakwah PERKIM melalui bahagian-bahagian di atas

memberikan kepada tiga tumpuan utama iaitu dakwah kepada orang Islam (dakwah ke

dalam), dakwah kepada orang bukan Islam (dakwah keluar) dan dakwah di kalangan

saudara baru. Pelbagai program telah dirangka dan disusun bertujuan supaya setiap

saudara baru mendapat pemahaman yang sewajarnya mengenai Islam agar kehidupan

mereka tidak terabai dan sentiasa diberikan perhatian oleh rakan Muslim yang lain.

Antara tindakan atau aktiviti yang telah dilakukan oleh PERKIM Bahagian Negeri

Pahang ialah :

i. Aktiviti Pendidikan

a) Kelas Agama Asas atau Lanjutan yang diadakan di masjid Negeri, Kuantan, dan

Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj, Pekan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

b) Kursus Motivasi Anak-anak Saudara Kita bagi meningkatkan tahap

pembelajaran serta akhlak anak-anak saudara Muslim. Pelbagai kursus motivasi

telah dijalankan terhadap mereka untuk menjadikan mereka seorang pelajar yang

cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Sebagai contoh Kursus Motivasi pelajar

UPSR telah diadakan oleh Pihak PERKIM bersama Wanita PERKIM daerah

Temerloh di sekolah-sekolah terpilih sekitar Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

c) Menempatkan anak-anak saudara baru dari tahun 1 hingga tahun 6 di pondok

tahfiz pada musim cuti sekolah untuk belajar membaca Al-Quran.

d) Kursus Khas seperti khusus berkaitan solat. Bagi mengukuhkan amalan solat

bagi kalangan saudara baru contohnya, seminar Tahsin Solat telah diadakan

pada 29 April 2012. Ia diadakan bertujuan untuk melihat tahap penghayatan

saudara baru berkaitan dengan solat fardhu( PERKIM. 2010 : 94-95).

Page 230: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

222

ii. Aktiviti Kebajikan

a) Bantuan kecemasan

Memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran, banjir dan lain-lain ( PERKIM

2010 : 94-95).

b) Bantuan sara hidup

Mengadakan majlis penyampaian bantuan sumbangan kepada fakir miskin.

c) Bantuan segera saudara baru

Menyediakan perkhidmatan tiga buah kereta jenazah PERKIM. Perkhidmatan

ini telah menyediakan peralatan lengkap untuk menguruskan jenazah, liang lahad

serta perkara lain yang berkaitan yang disediakan secara pakej untuk kemudahan

keluarga si mati ( PERKIM 2010 : 94-95).

d) Bantuan persekolahan

Wanita PERKIM Bahagian Negeri Pahang memberi sumbangan kepada

pengetua Sekolah Maahad Tarbiah Darul Hijrah sebanyak RM300 untuk

membantu kanak-kanak miskin. Selain itu memberi sumbangan pakaian sekolah

bagi membantu meringankan keluarga di daerah Pekan, Temerloh, dan Jerantut

pada kadar RM2000 bagi setiap daerah ( PERKIM 2010 : 94-95).

e) Bantuan rawatan

Memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan rawatan segera (

PERKIM 2010 : 94-95).

f) Sumbangan Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha

Sebelum menjelang hari raya, PERKIM akan memberikan sumbangan kepada

setiap keluarga Muslim di sesebuah perkampungan supaya mereka turut merasai

suasana berhari raya ( PERKIM 2010 : 94-95).

g) Agihan daging korban

Menjelang Hari Raya Korban pihak PERKIM akan mengadakan majlis korban di

sekitar Pahang dan akan membuat pengagihan kepada keluarga Muslim (

PERKIM 2010 : 94-95).

h) Memberikan khidmat nasihat kepada saudara baru untuk mendapatkan pinjaman

perniagaan

i) Khidmat kaunseling mengenai masalah keluarga, rumahtangga, hamil luar nikah,

cerai dan sebagainya.

j) Menguruskan kemasukan saudara kita yang berminat untuk belajar di Institut

Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) , kelas-kelas intensif seperti PETAMA.

k) Menyokong saudara baru yang ingin mendapatkan rumah kos rendah Kerajaan

Page 231: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

223

l) Surat sokongan kepada saudara baru yang ingin berkahwin.

m) Mohon mengurangkan bayaran rawatan perubatan dan juga surat akuan bujang.

iii. Aktiviti Lain

a. Pengislaman

Proses pengislaman dijalankan setelah individu terlibat memahami penerangan

yang diberikan dan bersetuju untuk memeluk Agama Islam. Tindakan selanjutnya

ke Mahkamah bagi pengiktirafan dan ke Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan (

PERKIM 2010 : 94-95).

b. Kelas bimbingan

Kelas Insentif Saudara kita yang diadakan sebanyak 10 kali, sepanjang tahun.

Setiap kursus berlangsung selama 5 hari. Di antara objektif pentingnya ialah

untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t , faham dan

yakin diri terhadap masyarakat serta menjadi pendakwah dan penggerak ke arah

perpaduan saudara kita. Seterusnya mengadakan kelas peningkatan agama secara

harian dan mingguan yang mana kelas dikendalikan sepenuhnya oleh Wanita

PERKIM Bahagian Negeri Pahang ( PERKIM 2010 : 94-95).

c. Khidmat nasihat/ Kaunseling

Memberi bantuan dan khidmat nasihat secara sukarela terhadap saudara baru yang

mempunyai masalah peribadi mahupun kewangan ( PERKIM 2010 : 94-95).

d. Latihan Pendakwah/ Sukarelawan

Bagi meningkatkan taraf pengislaman saudara baru di Pahang, pihak PERKIM

telah mengadakan pelbagai program bersama dengan mana-mana pusat pengajian

contohnya, program dakwah kepada masyarakat Orang Asli yang diadakan oleh

Kolej Islam Sultan Ahmad Shah Pahang (KIPSAS) dan PERKIM cawangan

Kuantan secara berkala ( PERKIM 2010 : 94-95).

e. Program Khusus Dakwah

Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak PERKIM dan orang Islam,

terdapat banyak program bersama telah dilakukan antaranya ialah, Mengadakan

program ziarah, ceramah dan lain-lain ( PERKIM 2010 : 94-95).

Page 232: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

224

f. Ambang Ramadhan

Apabila menjelang Ramadhan pihak PERKIM akan mengadakan pelbagai

program pengisian untuk saudara Muslim dalam mempersiapkan diri mereka

untuk menempuh bulan Ramadhan ( PERKIM 2010 : 94-95).

g. Hari Raya

Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya bersama saudara baru

(PERKIM 2010 : 94-95) .

h. Korban

Mengadakan ibadah Korban bagi setiap daerah yang ingin melaksanakannya dan

pihak PERKIM Bahagian Negeri Pahang telah menyembelih beberapa ekor lembu

untuk diagihkan kepada saudara baru dan fakir miskin setiap tahun (PERKIM

2010 : 94-95) .

i. Ziarah Hospital

Bersesuaian dengan peranan PERKIM sebagai sebuah badan dakwah yang

mementingkan kebajikan saudara muslim. Pihak PERKIM sering mengadakan

ziarah dan bantuan kepada mereka daripada kalangan saudara Muslim yang telah

mendapat kemalangan dan dirawat di hospital. Mereka akan mengadakan lawatan

ke hospital contohnya lawatan muhibah secara serentak di setiap daerah Negeri

Pahang pada 19 Ogos 2010 anjuran PERKIM Bahagian Negeri Pahang yang

mana telah dikelolakan oleh setiap wakil PERKIM Daerah (PERKIM 2010 : 94-

95).

j. Keusahawanan Saudara Kita

Mengadakan kursus Intensif kewangan dan pentadbiran (PERKIM 2010 : 94-95).

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat dua penumpuan

utama kepada pendekatan dakwah yang telah dilakukan oleh PERKIM Bahagian Pahang

kepada saudara baru termasuk masyarakat Kemboja di Negeri Pahang iaitu melalui

pendidikan dan kebajikan. Daripada dua pendekatan tersebut, dakwah melalui kebajikan

lebih ditekankan oleh organisasi ini di mana penulis mendapati aktiviti yang dijalankan

oleh organisasi adalah lebih banyak kepada bentuk -bentuk kebajikan. Dakwah tersebut

ditujukan kepada mereka belum Islam dan yang telah diislamkan. Daripada dua sasaran

tersebut, penumpuan dakwah lebih banyak ditumpukan kepada mereka yang telah

memeluk agama Islam. Oleh itu, amat sinonimlah pertubuhan ini dinamakan sebagai

Page 233: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

225

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia kerana hala tuju dakwahnya lebih banyak

ditumpukan dalam bentuk kebajikan.

Rujukan

Al-Qur‘an

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Che Yusoff Che Mamat. 2003. Pendekatan Dakwah

Kepada Masyarakat India Muslim: Kajian ke Atas Persekutuan Muslim Indo-

Malaysia. Jurnal Usuluddin Bil,17.

Firdaus Lokman Tah. 2010. Suara Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Edisi Khas 50

Tahun.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Bahagian Pahang Kali ke.-30. 2011.

Kuantan,Pahang D.M.,21 Mei.

Mohd Hikmal bin Abdul Kadir. 2012. Sejarah Penubuhan PERKIM Pahang. Temu

bual, 10 April.

Maisum Abdullah. 2012 . Budaya Masyarakat Kemboja. Temu bual, 29 April.

Page 234: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

226

Page 235: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

227

Peranan Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan (Jaheaik) Dalam

Membimbing Golongan Muallaf: Satu Tinjauan Awal

Zaini Yusnita Mat Jusoh

52

Ayu Nor Azilah Mohamad53

Mariani Che Man54

Abstrak

Agama Islam ialah agama yang syumul. Agama yang menuntut kesederhanaan dalam

menjalani kehidupan harian. Keistimewaan yang terdapat dalam Islam itu sendiri

mampu menarik orang yang bukan Islam menganuti agama Islam dengan kerelaan hati.

Islam akan menjadi lebih menarik jika diserlahkan dan ditonjolkan dengan pengurusan

yang lebih tersusun serta sempurna oleh pihak yang bertanggungjawab. Mualaf ialah

golongan yang baharu menganuti Islam. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

(JAHEAIK) adalah antara institusi yang bertanggungjawab berperanan penting dalam

membantu, membimbing, menjalankan program-program dan menguruskan golongan

ini ke arah yang dituntut oleh agama Islam di negeri Kelantan. Kajian tinjauan awal ini

memfokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh JAHEAIK dalam usaha menjaga

kebajikan golongan mualaf agar tidak terabai. Bagi mendapatkan data yang lebih tepat,

metode temubual digunapakai supaya maklumat yang diperoleh lebih tepat. Hasil

daripada dapatan yang diperoleh, diusulkan beberapa idea dan cadangan yang bertujuan

sebagai penambaikan demi kepentingan semua pihak.

Kata Kunci: Peranan JAHEAIK, Muallaf Kelantan.

1.0 Pendahuluan

Islam merupakan agama yang sempurna dengan memberi jaminan dalam kehidupan

manusia di dunia dan akhirat. Hal ini disebabkan kerana agama Islam merupakan agama

syumul yang meliputi segala aspek kehidupan manusia. Agama Islam amat bersesuaian

dengan fitrah manusia mengikut zaman dan tempat. Firman Allah:

52

Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

[email protected]. 53 Pensyarah Jabatan Peradaban dan Potensi Insan, Pusat Pengajian

Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected].

54 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor. [email protected].

Page 236: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

228

―Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan

dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau

serukan itu) dengan cara pengajaran yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu

Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan

Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

petunjuk.‖

(Surah al-Nahl, ayat:125)

Agama Islam boleh bertindak menjadi agen penghubung dalam membentuk dan

menerapkan rasa keimanan dalam diri orang Islam serta mengahayati kehidupan sebagai

cara hidup orang Islam yang hakiki. Dalam masa yang sama, pihak pemerintah juga

berperanan penting dan bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi atau jabatan untuk

menyebarkan dakwah. Dalam penyebaran dakwah tidak terikat dan tidak terhad hanya

kepada orang Islam sahaja tetapi juga kepada orang yang bukan Islam.

Pelbagai kaedah dan cara yang dapat digunakan dalam menyampaikan dakwah

untuk melahirkan generasi yang memiliki sahsiah yang baik seperti yang dituntut oleh

Islam dan berkarisma supaya tidak terpesong daripada agama Islam yang sebenar.

Berdasarkan kepada tinjauan awal kajian didapati Jabatan Agama Islam Kelantan

(JAHEAIK), melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah diberi tanggungjawab untuk

memberi bimbingan terhadap mualaf. Matlamat penubuhan JAHEAIK itu sendiri

bertujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

(MAIK) dalam usaha mempertingkatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal

ehwal Islam di negeri Kelantan.

Kajian ini juga melihat peranan JAHEAIK kepada golongan mualaf di negeri

Kelantan. Penulis juga akan mengenalpasti cara yang diajar oleh JAHEAIK untuk

berdakwah kepada mualaf dan turut dikaji ialah segala bentuk bantuan serta kebajikan

JAHEAIK kepada mualaf selepas memeluk agama Islam di Kelantan.

1.1 Objektif Kajian

1. Mengetahui peranan dan fungsi Jabatan Agama Hal Ehwal Kelantan

(JAHEAIK) secara umum.

2. Mengetahui peranan JAHEAIK sebagai sebuah institusi penting membantu

serta memberi bimbingan tentang ajaran agama Islam.

3. Mengetahui program-program yang dilaksanakan oleh JAHEAIK bagi

membantu mualaf dalam memberi bimbingan tentang ajaran Islam.

1.2 Hipotesis Kajian

Beberapa hipotesis kajian ini telah menjadi latar belakang di dalam kajian ini

ialah:

1. Penerimaan mualaf menerima agama Islam sebagai satu permulaan yang

baharu dalam kehidupan mereka serta cabaran lain.

Page 237: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

229

2. Antara faktor penerimaan agama Islam dalam kalangan mualaf ialah

perkahwinan dan minat yang mendalam mengenai agama Islam.

3. Program kebajikan seperti bantuan yang disalurkan dan keberkesanan

bimbingan daripada pihak JAHEAIK ke dalam diri mualaf.

1.3 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada peranan JAHEAIK dalam

membantu golongan mualaf di Kelantan. Tinjauan awal juga dilihat kepada program-

program yang dilaksanakan oleh pihak JAHEAIK untuk membantu mualaf termasuklah

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan

(JAHEAIK) sepanjang tempoh memberi khidmat sumbangan dan bimbingan kepada

golongan mualaf berserta statistik yang direkodkan di JAHEAIK. Selain itu, kajian juga

melihat faktor-faktor yang penarik golongan mualaf ini menerima Islam sebagai

panduan hidup.

1.4 Metodologi kajian

Metodologi kajian adalah salah satu aspek yang penting dalam menjalankan

suatu kajian. Dalam menyiapkan tinjauan awal kajian ini, penulis telah menggunakan

beberapa metode yang sesuai dalam mengumpulkan maklumat-maklumat yang penting.

Antaranya ialah metode penentuan subjek, metode kajian perpustakaan dan metode

temubual.

Bagi metode penentuan subjek, penulis telah memilih untuk memfokuskan kajian

kepada peranan yang dimainkan oleh JAHEAIK dalam membantu golongan mualaf di

negeri Kelantan. Metode kajian perpustakaan juga membantu penulis untuk

mendapatkan bahan maklumat yang diperlukan. Manakala metode temubual secara lisan

juga penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Dalam proses ini, penulis membuat temujanji terlebih dahulu dengan beberapa

orang pihak responden dan memilih masa yang sesuai bagi memudahkan kedua-dua

pihak dalam menyelesaikan persoalan yang belum dirungkai. Penulis menemubual

pegawai dari JAHEAIK iaitu Ustaz Rosmadi bin Ramli dan Ustaz Taufik Tee bin

Abdullah dari Unit Dakwah Bahagian Agama yang mengurus segala permasalahan

berkaitan dengan muallaf.

1.5 Kekangan Kajian

Dalam melaksanakan kajian tinjauan awal ini, terdapat beberapa kekangan

antaranya ialah;

1. Masalah ketiadaan data mengenai program dalam tahun terkini.

2. Masalah laporan yang tidak lengkap khususnya laporan terkini mengenai

aktiviti semasa.

Page 238: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

230

3. Masalah kekangan masa kerana jarak yang jauh antara Selangor dan

tempat kajian di Kelantan.

2.0 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG JAHEAIK55

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah ditubuhkan secara rasminya

pada 1 Januari 1980 dengan bertujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat

Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha untuk mempergiatkan aktiviti-akiviti dakwah dan

pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan diketuai oleh YB Dato‘ Hj Che Mohd

Rahim B. Hj Jusoh.

Penubuhan awal JAHEAIK pada 1 Disember 1950, JAHEAIK dikenali sebagai

Pejabat Penyelia Agama atau lebih masyhur dengan panggilan Pejabat Pencegah

Maksiat yang lebih tertumpu kepada bidang pencegahan, penangkapan dan pendakwaan

jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini diletakkan di bawah naungan Pejabat Mufti

Kerajaan Kelantan.

Pada Mac 1978, kerajaan telah mewujudkan satu lagi bahagian iaitu Bahagian

Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan di bawah kendalian seorang pegawai yang

memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama) dan beberapa

orang kakitangan perkeranian. Pada Jun 1978, walaupun masih lagi berada di bawah

naungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan tetapi struktur pentadbirannya

diperkemas dan diiktiraf dengan pelantikan seorang pegawai yang merangkap sebagai

seorang pengarah dan dibantu oleh Penolong Kanan yang dikenali sebagai Setiausaha.

Pada tahun 1980, barulah diasingkan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan

dengan mendapat peruntukan tahunan serta mendapat kuasa dalam mengawal kewangan

dan pentadbirannya sendiri. Bermula awal penubuhan pada tahun 60-an sehinggalah

kini, bidang tugas, struktur perjawatan dan pentadbiran JAHEAIK telah mengalami

perubahan sesuai dengan tuntutan pada masa kini.

Selain itu, dalam sistem pentadbiran JAHEAIK juga mempunyai objektif, misi dan

visi yang tersendiri. Antara objektif JAHEAIK ialah :

1. Memastikan kesucian Agama Islam terpelihara dengan berpegang kepada aliran

Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

2. Membentuk, membina dan memupuk kesejahteraan ummah yang berteraskan

kepada ajaran Islam melalui perancangan dan pelaksanaan yang strategik dan

berkesan.

3. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Misi

Membina dan membentuk ummah yang maju, progresif dan berakhlak mulia yang

berteraskan syariat Islam, sejajar dengan dasar kerajaan negeri Kelantan.

55 Sumber Maklumat, Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Page 239: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

231

Visi

Visi JAHEAIK ialah untuk menjadi sebuah agensi yang mentadbir, mengurus,

membangun dan mengembangkan hal ehwal Islam secara cekap dan berkesan bagi

melahirkan insan dan ummah yang beriman dan bertaqwa juga mewujudkan sebuah

negeri yang aman sejahtera serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.

2.1 Organisasi Pentadbiran JAHEIK

Organisasi pentadbiran sangat penting kerana struktur tersebut melambangkan susunan

yang betul, kedudukan tempat atau posisi seseorang di dalam suatu organisasi yang

selaras dengan bidang dan tugasnya yang telah dipertanggungjawabkan oleh jabatan.

Carta organisasi itu bukan sekadar bertujuan untuk memaparkan nama dan jawatan

tetapi menggariskan tanggungjawab serta peranan setiap anggota. Carta ini terbahagi

kepada dua bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Operasi.

2.1.1 Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian khidmat pengurusan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Hj

Zulkiflee bin Abdul Rahman. Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran bertindak sebagai

satu badan induk untuk mengurus, menyelaras dan memberikan perkhidmatan serta

khidmat pengurusan kepada unit-unit yang lain. Bahagian ini juga bertanggungjawab

melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran am, pentadbiran

kakitangan, keselamatan dokumen, mengawal selia di semua peringkat kakitangan,

termasuklah latihan dan kebajikan. Juga menguruskan segala hal yang berkaitan dengan

penyelaras hubungan dengan beberapa agensi luar seperti Jabatan-jabatan Agama

Negeri, Mufti-mufti Kerajaan, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Bahagian ini terbahagi tiga bahagian iaitu Bahagian Kewangan, Pendidikan dan

Penyelidikan dan Halaqat.

i) Bahagian Kewangan ini diketuai oleh Encik Mohd Sabilly Bin Mohd Ramli juga

merangkap sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Bahagian

ini berfungsi dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan kewangan termasuklah gaji

dan elaun pegawai yang bertugas, program tahunan yang melibatkan jumlah yang

banyak, menguruskan sesuatu majlis seperti Majlis Tilawah, Menghafal al-Quran,

Hijratul Rasul, dan Ihya‘ Ramadhan dan hal yang berkaitan dengan pengurusan mualaf

dan tidak ketinggalan juga kepada para huffaz yang menerima sumbangan tahunan dari

badan ini.

ii) Bahagian Pendidikan diketuai oleh Encik Mohd Zamri Bin Brahim juga

merangkap sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan. Bahagian ini berkaitan

dengan hal menguruskan hal pendidikan kepada golongan mualaf yang baru memeluk

Islam. Bahagian Pendidikan juga turut bekerjasama dengan Bahagian Unit Dakwah dan

Halaqat dalam menjayakan program yang dirancangkan.

Page 240: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

232

iii) Bahagian Penyelidikan dan Halaqah diketuai oleh Puan Noor Lailawati Binti

Mamat juga merangkap sebagai Ketua Penolong Pengarah. Bahagian ini berfungsi untuk

memperkasakan penyelidikan dan perhubungan antara masyarakat yang baru memeluk

agama Islam serta masalah sosial yang lain di samping memikirkan cara penyelesaian

sekiranya suatu permasalahan yang timbul.

2.1.2 Bahagian Operasi

Bahagian operasi ini terbahagi kepada empat iaitu Bahagian Dakwah, Bahagian

Undang-Undang Keluarga, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dan

Bahagian Pendakwaan.

i. Bahagian Dakwah akan dikawal selia oleh En. Hasnan Bin Ramli merangkap

sebagai Ketua Penolong Pengarah. Bahagian Dakwah bertanggungjawab dalam

merancang dan melaksanakan program dakwah Islamiah dengan agensi-agensi agama

yang lain di negeri ini di samping dapat menyelaraskan rancangan dan pelaksanaan

dakwah Islamiah.

ii. Bahagian Undang-Undang Keluarga juga ditadbir oleh Penolong Pengarah iaitu

En. Hj. Mohd Abd. Aziz B. Mohd Nooh. JAHEAIK berperanan dalam melaksanakan

pentadbiran undang-undang Keluarga Islam seperti yang telah diperuntukkan di dalam

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan meliputi hal-hal perkahwinan, perceraian,

ruju‘, pengesahan memeluk Islam, khidmat nasihat, dan pembangunan sosial.

iii. Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah. Bahagian ini akan diketuai

oleh En. Hj. Mohamad Suhaimi B. Mohammad. Bahagian ini bertanggungjawab

berkaitan ha-hal yang berkaitan dengan kesalahan dalam undang-undang jenayah syariah

yang boleh dikenakan denda atau hukuman ke atas seseorang pesalah dan hal-hal yang

berkaitan dengan perihal adat istiadat negeri Kelantan.

iv. Bahagian Pendakwaan ini akan diketuai oleh En. Hj. Che Hassan B. Derahman

sebagai pendakwa syarie. Bahagian ini ditugaskan untuk melaksanakan pendakwaan

dalam kemaslahatan masyarakat. Pendakwaan ini akan melibatkan kesalahan yang

meliputi kes khalwat, perbuatan tidak sopan, pondan, meminum minuman yang

memabukkan, imam cuai menjalankan tugas dan hal yang berkaitan kesalahan syariah

terkandung dalam enakmen negeri Kelantan.

3.0 Peranan JAHEAIK56

JAHEAIK adalah sebuah organisasi yang menguruskan hal ehwal Islam di peringkat

negeri Kelantan dan mempunyai beberapa bahagian yang terlibat. Setiap bahagian itu

mempunyai peranan yang berbeza dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh

badan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang berkaitan dengan hal ehwal Agama

56 . Sumber Maklumat, Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal agama Islam Kelantan.

Page 241: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

233

Islam serta peraturan yang terkandung dalam Enakmen yang telah diputuskan oleh

Badan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis agama Islam Kelantan (MAIK).

Pada masa yang sama penerapan program yang bermanfaat turut diterapkan yang

telah merangkumi aspek akidah, moral dan kekeluargaan termasuklah isu-isu yang lain

seperti cara pemakanan baik yang berkonsepkan ―Halalan Toyyiba‖.

3.1 Pelaksanaan Pengurusan Dan Program Dakwah Terhadap Muallaf

Dakwah merupakan sesuatu perkatan yang sinonim dengan JAHEAIK. Pihak JAHEAIK

telah memikul satu tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah Islam

kepada orang Islam dan bukan Islam. JAHEAIK terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama, dakwah dalaman dan dakwah kedua adalah dakwah luaran.

Program dalaman adalah dakwah yang berlaku di dalam kawasan JAHEAIK.

Antaranya seperti pesta buku-buku Islam, tilawah al-Quran, kelas Fardhu Ain kepada

mualaf, mengadakan latihan dan kursus kepada semua kakitangan JAHEAIK.

JAHEAIK sentiasa merancang dalam pelaksanaan pembaharuan program-

program dakwah bagi menarik minat masyarakat Islam untuk mendekati agama Islam di

samping dapat memperkenalkan fungsi dan peranan JAHEAIK kepada semua

masyarakat. Melalui pendedahan tersebut dapat mengubah pandangan masyarakat secara

langsung atau tidak langsung untuk mendekati dan memeluk agama Islam.

Manakala, program luaran pula ialah dakwah yang dilakukan oleh pihak

JAHEAIK di luar kawasan. JAHEAIK mengadakan program dakwah terhadap golongan

orang asli di Gua Musang, program bersama anak muda Kelantan, program

kemasyarakatan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, pameran-pameran

yang bertemakan unsur keIslaman.

Dalam melaksanakan program dan juga pengurusan terhadap mualaf pihak

JAHEAIK telah menyusun dan menyediakan program yang khusus kepada golongan

mualaf ini. Penyebaran dakwah kepada golongan ini amatlah penting kerana pada

peringkat ini golongan-golongan seperti ini amat dahagakan ilmu keagamaan yang

membolehkan mereka kepada ke arah yang lebih baik dan mantap dalam kehidupan

agama Islam.

Pelaksanaan pengurusan ini seharusnya disusun secara strategik bagi

memudahkan kepada mualaf agar terus dapat menarik minat golongan mualaf untuk

terus kekal dalam agama Islam dan tidak merasa terpinggir oleh masyarakat. Pihak

JAHEAIK membuat rancangan pada setiap tahun. Segala program yang dilakukan akan

diteliti dengan baik agar semua objektif dalam setiap program itu mendapat hasil yang

baik.

Page 242: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

234

Antara program-program yang berada di bawah naungan JAHEAIK untuk mualaf ialah:

BIL PROGRAM KEKERAPAN

1 Kelas Fardhu Ain Saudara Kita 52 kali (Hari Jumaat

setiap minggu)

2 Majlis Maulidur Rasul Saudara Kita 1 kali

3 Majlis Makan Malam Mesra Kaum Siri 1

201 1 kali

4 Solat Jumaat Pos Balar (Saudara Baru Orang

Asli)

52 kali (Hari Jumaat

setiap minggu)

5 Majlis Maulidur Rasul Orang Asli Pos Tuel 1 kali

6 Majlis Ramah Mesra Masyarakat Non

Muslim 1 kali

7 Ihya‘ Ramadhan Saudara Kita 1 kali

8 Majlis Mesra Aidilfitri Saudara Kita 1 kali

9 Majlis Makan Malam Mesra Kaum Siri 2

2013 1 kali

10 Kursus Pemantapan Islam Saudara Kita 1 kali

11 Majlis Ibadah Korban Saudara Kita 1 kali

12 Sambutan Hijratul Rasul Saudara Kita 1 kali

Jadual 1: Perancangan Strategik Dakwah JAHAEIK 201157

Berdasarkan laporan program dari Unit Dakwah, antara program yang kerap

dititikberatkan seperti kelas fardhu ain kepada saudara mualaf yang baru mengenal

Islam. Lazimnya kelas itu dilakukan sekali dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat

sahaja mengikut kekerapan 52 kali pada setiap tahun. Kelas fardhu ain akan diadakan di

beberapa tempat, antaranya di Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu, Dewan

Mahkamah Syariah, Kuala Krai dan Bilik Kuliah Masjid Mohd Faez Petra, Gua

Musang. Sasaran utama program ini ialah golongan mualaf. Penyertaan mualaf amat

menggalakkan sehingga mencapai jumlah dua ratus lima puluh orang.

Selain itu, majlis sambutan Maulidur Rasul bagi saudara juga turut diraikan pada

setiap sekali setahun di Dewan Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu. Program ini

diadakan sempena memperingati Nabi Muhammad s.a.w. Program ini akan diberikan

keutamaan dan dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kelas fardhu ain saudara

baru. Lebih kurang satu ratus lima puluh orang yang mengambil bahagian dalam

program ini. Majlis Makan Malam Mesra bersama mualaf juga turut dianjurkan. Segala

kos dan dana ditaja sepenuhnya oleh JAHEAIK pada setiap tahun. Program ini

57 .Sumber Maklumat, Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Page 243: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

235

disambut baik oleh golongan mualaf bahkan menampakkan keperluan program ini perlu

diteruskan pada masa mendatang.

Pihak JAHEAIK juga turut melaksanakan program Solat Jumaat bagi saudara

baru orang Asli turut dilaksanakan bagi sebuah perkampungan kawasan itu iaitu di Pos

Balar dan Pos Tuel. Kekerapan program ini sama dengan bilangan kelas fardhu ain yang

kekerapannya pada setiap hari Jumaat selama 52 minggu dalam setiap tahun. Sambutan

Majlis Maulidur Rasul Orang asli Pos Tuel juga diadakan pada setiap tahun.

Tidak cukup dengan itu, penambahan program lain juga turut diadakan seperti

Majlis Ramah Mesra Masyarakat Non-Muslim yang akan diadakan pada setiap hujung

tahun bertempat di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu. Program ini hanya

menumpukan kepada masyarakat NonMuslim dalam majlis ini. Penyertaan ini

berjumlah seramai empat ratus orang. Sambutan majlis ini juga akan disambut sekali

pada setiap tahun yang melibatkan beberapa ekor lembu dikorbankan untuk dijadikan

sajian pada hari tersebut dan telah menelan kos sebanyak RM4000.00.

Selain itu, program sambutan Ihya‘ Ramadhan Saudara Muallaf juga turut

diadakan. Program semarak ramadhan ini lazimnya dilaksanakan kepada belia golongan

mualaf di kawasan penempatan kawasan orang asli. Program sebegini diadakan

bertempat di Kompleks Islam Darulnaim yang telah menggabungkan beberapa buah

kampung, antaranya Kampung Pelug, Kampung Tuel, kampung Pasir Linggi dan

Kampung Tako yang telah melibatkan dua puluh empat orang peserta.

Majlis Sambutan Mesra Aidilfitri antara saudara baru turut diraikan. Majlis ini

diadakan di beberapa tempat yang berasingan antaranya majlis jamuan hari raya di Pos

Pasik, Pos Tuel dan di Dewan Makan, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu.

Lazimnya majlis ini diadakan beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri dan tumpuan

kepada masyarakat orang asli di Gua Musang. Jumlah penyertaan ini mencecah kepada

lima ratus orang.

Selain itu, Majlis Makan Malam Mesra bersama mualaf untuk siri kedua turut

diadakan. Majlis kedua buat kali ini diadakan pada setiap hujung tahun sekitar bulan

Julai atau Ogos bagi menyambut kehadiran mereka dalam masyarakat Islam. Majlis

makan malam itu turut juga diserikan dengan penyampaian ceramah daripada pegawai

JAHEAIK.

Antara program lain yang telah dianjurkan oleh pihak JAHEAIK ialah Kursus

Pemantapan Islam Saudara kira. Kursus ini diselitkan dengan ceramah-ceramah dan

bengkel keagamaan yang boleh menambah dan memantapkan asas fardhu ain kepada

mualaf termasuk bengkel khususnya dalam pemantapan solat. Bengkel ini amat

memberi manfaat kepada mualaf dalam mempelajari dan mendalami agama Islam

dengan sebaik mungkin.

Selain itu, pihak JAHEAIK juga melaksanakan ibadah korban kepada saudara

mualaf dan masyarakat setempat setiap hujung tahun. Lazimnya majlis ini akan

diadakan di Perkarangan Masjid Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Page 244: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

236

Dilakukan penyembelihan beberapa ekor lembu dan diagihkan kepada mualaf dan

masyarakat setempat. Selain itu, majlis sambutan Hijratul Rasul bersama saudara mualaf

turut diadakan. Majlis ini disambut di Dewan Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu.

Berdasarkan jadual yang bersumberkan daripada unit Dakwah JAHEAIK,

dapatlah dilihat bahawa, JAHEAIK sentiasa berusaha untuk mengadakan program

kepada masyarakat pada setiap tahun yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan

antara mualaf dengan masyarakat setempat di samping memperkenalkan mualaf tentang

budaya sebenar orang Islam. Wajarlah golongan mualaf mendapat bimbingan dengan

sebaik mungkin agar dapat mendalami ajaran agama Islam.

3.2 Statistik Muallaf di JAHEAIK (2010-2012)

Kepelbagaian program yang dilaksanakan oleh JAHEAIK telah menarik minat

masyarakat bukan Islam untuk agama Islam. Pertambahan jumlah yang memeluk Islam

mengambarkan kejayaan aktiviti di bawah JAHEAIK. Berikut merupakan data jumlah

golongan muallaf yang berdaftar dari tahun 2010-2012.

BIL TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

1 2010 59 59 118

2 2011 81 95 176

3 2012 93 88 181

Jadual 2: Statistik Muallaf Di JAHEAIK 2010-2012

Berdasarkan kepada sumber, bilangan statistik mualaf yang mendaftar di

JAHEAIK pada tahun 2010-2012 mencecah kepada lima ratus orang. Menurut sumber,

pada tahun 2010 bilangan mualaf yang mendaftar di JAHEAIK seramai satu ratus lapan

belas orang yang melibatkan lima puluh sembilan orang lelaki dan lima puluh sembilan

orang perempuan.

Pada tahun 2011, bilangan mualaf yang mendaftar pada tahun tersebut semakin

meningkat sehingga mencecah kepada satu ratus tujuh puluh enam orang. Lapan puluh

satu orang daripadanya lelaki dan sembilan puluh lima orang daripadanya adalah

perempuan. Manakala pada tahun 2012, pendaftaran mualaf di JAHEAIK juga semakin

meningkat iaitu seramai sembilan puluh tiga orang daripadanya lelaki dan lapan puluh

lapan orang daripadanya perempuan yang berjumlah seratus lapan puluh satu orang.

Antara ketiga-tiga tahun ini, pada tahun 2012 merupakan tahun yang tertinggi

pendaftaran mualaf di JAHEAIK.

3.3 Jadual Pembelajaran Dan Cara Pengajaran Kepada Mualaf

Menurut JAHEAIK, pembelajaran mualaf akan dilaksanakan selepas semua

selesai memeluk agama Islam. Antara perkara utama yang diajar selepas memeluk

agama Islam ialah pendidikan mengenai agama Islam. Proses pendidikan ini bermula

Page 245: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

237

pada peringkat rendah iaitu membimbing dengan asas pengajaran fardhu ain. Ilmu ini

amat penting kerana merupakan tunjang kepada ilmu yang lain dalam memastikan hati

golongan mualaf hanya kepada Yang Maha Esa. Dengan penerapan tersebut dapat

memastikan mereka ini tidak terpesong dari agama Islam.

Aktiviti yang berkaitan tentang pendidikan golongan mualaf akan dikendalikan

oleh Ustaz Taufik Tee Bin Abdullah yang juga merangkap sebagai Pembantu Pegawai

Bahagian Dakwah, JAHEAIK. Bukan setakat pendidikan, malah Ustaz Taufik Tee Bin

Abdullah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelesaikan masalah golongan

mualaf. Pemilihan beliau sebagai tenaga pengajar amat tepat kerana beliau juga

merupakan salah seorang mualaf yang telah lama memeluk agama Islam.58

Kelas pendidikan agama ini mempunyai sukatan pelajaran telah ditetapkan oleh

JAHEAIK iaitu berkaitan dengan Iqra‘ al-Quran, Hukum Tajwid, Tauhid dan Feqah. Ini

menjadi subjek wajib kepada mualaf untuk mengenal hukum-hukum Allah, dapat

membaca al-Quran dengan baik, dapat membezakan perkara halal dan haram dan

sebagainya. Hasilnya, ramai mualaf dapat menbaca al-Quran dengan lancar dan berjaya

khatam al-Quran dengan baik. Ini jelas menunjukkan bahawa program pendidikan yang

diterapkan oleh JAHEAIK berjaya memberi impak yang besar dalam membantu

golongan mualaf untuk mempelajari dan memahami ajaran Islam.

MASA KELAS 1A KELAS 1B KELAS 2 KELAS 3

8.30 pagi-

10.30 pagi

IQRA‘/

AL-

QURAN

IQRA‘/

AL-QURAN

AL-QURAN AL-QURAN

10.30

pagi-11.00

pagi

REHAT

11.00

pagi-12.00

pagi

TAUHID/

FEQAH

TAUHID/

FEQAH

TAUHID/

FEQAH

TAUHID/

FEQAH

Jadual 2: Jadual Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain Muallaf

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan59

Cara pembelajaran dan pengajaran juga merupakan suatu aspek penting yang

harus dijaga dengan baik demi membawa keberkesanan pengajaran. Dalam proses ini

pihak JAHEAIK tidak meletakkan suatu kaedah yang kondusif kepada tenaga pengajar

namun cara atau kaedah pengajaran itu bergantung kepada tenaga pengajar itu sendiri.

Terdapat 15 orang tenaga pengajar yang ditugaskan khas oleh pihak JAHEAIK bagi

membantu dan mendidik golongan muallaf semasa proses pembelajan dan pengajaran.

58 Temubual dengan Ustaz Taufik, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Kelantan, Pada 20 Mei 2013, Jam 11 pagi. 59 .Sumber Maklumat, Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Page 246: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

238

Kebanyakannya proses pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Talaqqi

dan Musyahah dan pelajar-pelajar diajar secara berkumpulan membentuk beberapa

bulatan. Dalam masa yang sama pelajar itu diminta untuk memperdengarkan bacaan al-

Quran untuk mempraktikkan pembelajaran.

Selain itu, mata pelajaran Tauhid dan Feqah turut diajar dengan menggunakan

kaedah ceramah atau kuliah yang berpandukan kepada buku yang diberi kepada mualaf.

Mualaf diberi penerangan dan diberi ruang untuk terus bertanyakan soalan sekiranya

terdapat kemusykilan. sebagainya . Cara pembelajaran dua hala ini lebih berkesan.

Secara tidak langsung, melalui kaedah ini dapat mengenalpasti kelemahan golongan

muallaf ini.

Proses pembelajaran ini juga dilaksanakan dalam bentuk amali seperti berwuduk,

solat, dan tayammum turut diajar. Namun, sebelum proses pengamalian itu

dilaksanakan, golongan mualaf akan diberikan kuliah terlebih dahulu sebelum

palaksanaan teori dilakukan agar pembelajaran yang akan dilaksanakan pada kemudian

hari itu tidak mengelirukan bahkan lebih memberi kemudahan kepada golongan itu.

Menurut ustaz Rosmadi, tenaga pengajar akan memberi penilaian kepada mualaf

yang berada di bawah selian masing-masing. Golongan mualaf akan dinilai oleh tenaga

pengajar melalui pembacaan al-Quran dan pemahaman ilmu tauhid sebagai syarat

kelayakan untuk beralih kepada peringkat pembelajaran yang seterusnya serta

melayakkan dipindah ke kelas yang lebih tinggi.

3.4 Bentuk Sumbangan JAHEAIK Terhadap Muallaf60

Bentuk sumbangan yang diberikan kepada mualaf adalah daripada kerajaan negeri

Kelantan. Sebanyak RM600,000 telah diperuntukkan pada setiap tahun kepada Bahagian

Dakwah, JAHEAIK untuk menguruskan golongan mualaf daripada setiap aspek

termasuklah zakat, makanan, pendidikan dan sebagainya.

Tabung muallaf yang diedarkan ke seluruh negeri Kelantan juga menjadi salah

satu sumber kewangan yang diperolehi JAHEAIK61

untuk menjadi kebajikan golongan

mualaf. Terdapat juga badan-badan korporat, individu, syarikat-syarikat swasta dan

badan NGO yang memberi bantuan kepada golongan mualaf sebagai permulaan untuk

memulakan hidup dalam agama baru. Antara peruntukan yang disalurkan oleh pihak

JAHEAIK kepada mualaf ini terbahagi kepada bebarapa bahagian iaitu:

1. Sumbangan Dari segi Kewangan

Sumbangan daripada segi kewangan ialah bantuan yang diberikan kepada saudara

muallaf yang mula-mula memeluk agama Islam. Menurut Ustaz Rosmadi, individu yang

baru memeluk agama Islam akan diberikan wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang.

60 Temubual dengan Ustaz Rosmadi, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Kelantan, Pada 20 Mei 2013, Jam 10 pagi. 61

.Ibid

Page 247: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

239

Penyerahan wang ini akan berlaku sekiranya golongan mualaf itu mendaftar dirinya

sebagai orang baru memeluk agama Islam. Pemberian wang tersebut bagi meraikan

mereka yang memeluk agama Islam.

2. Sumbangan Dari Segi Pendidikan

Selain itu, wang tambang perjalanan mereka untuk menghadiri kelas al-Quran dan

fardhu ain turut diberikan sempena program-program yang dilaksanakan oleh pihak

JAHEAIK. Jumlah wang tambang perjalanan itu dikira berdasarkan jarak perjalanan

untuk hadir ke progam yang dianjurkan JAHEAIK. Yuran pengajian dibiayai oleh pihak

JAHEAIK dan pendidikan percuma ini dapat mengurangkan bebanan mualaf.

3. Sumbangan Melalui Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan turut disediakan kepada mualaf. Pihak JAHEAIK telah menyediakan

tapak gerai secara percuma kepada mualaf untuk menjalankan perniagaan di tapak

berhampiran dengan program berlangsung. Ini mendidik golongan mualaf membina

keyakinan diri untuk berdikari dan meneruskan pekerjaan itu berdasarkan pengalaman

yang diperoleh. Aktiviti ini juga dapat merapatkan ukhwah sesama mualaf dan dengan

masyarakat setempat dengan komunikasi yang baik.

4.0 Cabaran JAHEAIK Dalam Menguruskan Muallaf

Mendidik, membimbing dan mendakwah kepada orang bukan Islam sehingga Berjaya

memeluk Islam bukanlah satu perkara yang mudah. Cabaran pihak JAHEAIK dalam

melaksanakan tugas khususnya dalam golongan mualaf perlu diselesaikan dengan cara

bijaksana. Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak JAHEAIK adalah seperti berikut:

1. JAHEAIK berhadapan dengan keluarga bukan Islam. Apabila isteri

memeluk Islam, si suami akan datang ke JAHEAIK dengan harapan untuk menarik balik

isteri ke agama asal. Sesetengah daripada mereka datang dengan cara yang tidak baik

malah mengugut untuk mengambil tindakan mahkamah. Cabaran ini harus ditangani

sebaik mungkin oleh JAHEAIK.

2. Selain itu, JAHEAIK juga terpaksa berhadapan dengan mualaf yang

masuk Islam dengan niat untuk memperoleh bantuan kewangan daripada pihak

JAHEAIK. Tidak memeluk agama Islam dengan penuh keikhlasan hati. Pihak

JAHEAIK berusaha mendidik mereka ini untuk mengikhlaskan diri menerima Islam dan

bukan semata-mata kerana ganjarannya.

3. Tidak kurang juga masalah pertengkaran antara mereka yang melibatkan

isteri adalah pendatang dari luar negara maka JAHEAIK sebagai tempat mereka untuk

mendapatkan bantuan. Segala permasalahan diatasi dengan segera bagi mengelakkan

golongan muallaf keluar dari agama Islam di samping dapat menjaga kebajikan mualaf.

Page 248: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

240

5.0 Kesimpulan

Bagi JAHEAIK, segala halangan dan cabaran bukanlah penyebab untuk berputus asa,

bahkan cabaran itu dianggap sebagai satu perkara yang mematangkan pendakwah.

Menjadi pendakwah yang baik mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental dan

fizikal. Pihak JAHEAIK amat mementingkan tiga aspek dalam menguruskan golongan

mualaf. Aspek-aspek tersebut ialah:

1. Dakwah

Dakwah yang dilakukan oleh JAHEAIK meliputi semua aspek dalaman dan luar

kawasan. Dengan menggunakan kaedah ini dakwah yang dapat digunakan oleh

JAHEAIK akan sampai kepada keseluruh kawasan. Dalam masa yang sama, dapat

menarik ramai golongan bukan Islam untuk memeluk Islam juga merupakan kejayaan

besar oleh JAHEAIK.

2. Pendidikan

JAHEAIK sangat mengambil berat mengenai pendidikan terhadap muallaf. Bagi

muallaf yang baru memeluk agama Islam, pihak JAHEAIK mewajibkan golongan

muallaf untuk mendapatkan pendidikan asas di kelas yang disediakan oleh JAHEAIK

yang diberikan secara percuma dalam keadaan yang kondusif.

3. Kebajikan

JAHEAIK amat mementingkan kebajikan terhadap golongan muallaf. Pihak

JAHEAIK telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini sama ada dari segi

kewangan mahupun dari segi pekerjaan. Dengan adanya bantuan ini sekurang-

kurangnya boleh membantu dan meringankan bebanan yang dipikul oleh golongan

mualaf.

5.1 Saranan

Saranan dan sumbangsaran yang mungkin dapat membantu pendakwah untuk

meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W. Antara saranan ialah:

1. Melatih Para Pendakwah Berkomunikasi Dengan Baik

Dalam berdakwah, komunikasi merupakan satu alat yang terbaik untuk

berdakwah. Komunikasi seorang pendakwah mestilah berhemah dan lemah lembut

supaya golongan yang didakwah dapat mendengar dengan baik dan dapat menerima

agama Islam. Saranannya ialah JAHEAIK perlu melatih para pendakwah atau

sukarelawan yang terlibat dengan ilmu dakwah supaya dapat berinteraksi dan

berkomunikasi dengan baik dalam menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada

golongan mualaf.

2. Kursus Pembentukan Peribadi Da’i

Kejayaan suatu dakwah itu sememangnya bergantung kepada peribadi pendakwah itu

sendiri. Dicadangkan agar diadakan kursus pembentukan peribadi da‘i untuk

Page 249: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

241

membentuk suatu keperibadian yang menarik dalam diri pendakwah. Pembentukan

peribadi dengan akhlak yang baik mampu menarik golongan mualaf mendalami Islam.

3. Kerjasama daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Dicadangkan agar IPT dapat memberi kerjasama dengan pihak JAHEAIK. Hal yang

demikian, mahasiswa merupakan golongan yang cerdik pandai dalam agama mahupun

dalam bidang lain agar dapat menjadi seorang pendakwah yang berwibawa. Di samping

itu, dicadangkan juga agar menjadikan JAHEAIK sebagai tempat praktikal untuk

mempraktikkan pembelajara. Juga mengharapkan pihak universiti dapat menyususn atur

lebih banyak program bersama JAHEAIK untuk berdakwah kepada golongan mualaf.

Program yang dianjurkan oleh JAHEAIK banyak memberi sumbangan kepada orang

yang baru memeluk agama Islam.

4. Peranan Masyarakat Setempat

Peranan masyarakat Islam amat diperlukan bagi membantu pihak JAHEAIK dalam

membantu bidang dakwah. Dicadangkan supaya masyarakat memainkan peranan yang

penting dalam hubungan sesama Islam dan bukan meminggirkan golongan mualaf.

6.0 Rujukan

Al-Quran

Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru di Wilayah dan Selangor. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ghazali Darusalam. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur. Utusan

publications & Distributors Sdn Bhd.

http://teaching4muallaf.blogspot.com/2010/08/memahami-muallaf.html Diperoleh pada

28 April 2013.

Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Nizam Abd Kadir. Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan dan Keutamaan.

Selangor.Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohd Amin Abdul Rahim. 2001. Panduan Pendakwah Secara Praktikal. Kuala

Lumpur.Darul Fikir Sdn Bhd.

Mohd Irsyadi Abu Bakar. 2011. Membendung Nyalaan Nafsu. Majalah i. Disember.

Sidi Gazalba. 1995. Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini. University kebangsaan

Malaysia.

Page 250: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

242

Sumber Maklumat, Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Taufik al-Wa‘iy. 2010. Dakwah Ke Jalan Allah. Jakarta. Robbani Press. Hlm. 10.

Temubual dengan Ustaz Rosmadi Ramli. Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Hal

Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Pada 20 Mei 2013, Jam 10 pagi.

Temubual dengan Ustaz Taufik Tee Abdullah. Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan ahl

Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Pada 20 Mei 2013, Jam 11 pagi.

Zainuddin Hasim. 2012. Ketika Melafaz Tiada Tuhan Melainkan Allah & Cinta

Rasulullah. Selangor. Kemilau Publika sdn Bhd.

Page 251: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

243

PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF SEKOLAH RENDAH ORANG ASLI

DI TERENGGANU

Salleh Bin Jusoh@ Mamat

Asyraf Ridwan Bin Ali

Ipg Kampus Dato‘ Razali Ismail K. Terengganu

Abstrak

Pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah orang asli merupakan satu agenda yang

amat penting dalam menyampaikan dakwah dan melengkapkan lagi kefahaman mereka

mengenai ajaran Islam. Kajian ini membincangkan pelaksanaan program j-QAF di dua

sekolah rendah orang asli di negeri Terengganu iaitu SK. Sg. Pergam, Kemaman dan

SK. Sg. Berua, Hulu Terengganu bagi melihat dapatan pelaksanaan program j-QAF,

penggunaan model serta keberkesanan model-model j-QAF dalam kalangan warga

sekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik manakala datanya

dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan statistik deskriptif dan

inferensi. Seterusnya, pengkaji turut mengutarakan beberapa cadangan bagi

menambahbaik dan memantapkan lagi hala tuju program j-QAF di sekolah rendah orang

asli. Diharapkan kajian ini akan dapat menambah maklumat berkaitan program j-QAF di

sekolah rendah orang asli dan memberi ruang kepada perkongsian maklumat antara

penyelidik dan para ilmuan khususnya kepada guru j-QAF yang akan berperanan

sebagai da‘ie di sekolah.

Kata Kunci : Pelaksanaan, program j-QAF, sekolah rendah dan orang asli.

Pendahuluan

Tranformasi pengajaran Pendidikan Islam menapak selangkah lagi ke hadapan apabila

program j-QAF dilaksanakan. Pelaksanaan program j-QAF adalah merupakan cetusan

idea pemikiran dan inovasi mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

yang mula dilaksana pada tahun 2005 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Usaha

murni ini boleh dianggap sebagai satu idea yang hebat dalam usaha untuk

memperkasakan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam. Malah

misi untuk memartabatkan amalan ilmu Islam ini turut meliputi sekolah rendah Orang

Asli di seluruh Malaysia termasuklah di negeri Terengganu. Terdapat tiga buah

perkampungan Orang Asli di negeri Terengganu iaitu (i) Kampung Sungai Berua, Hulu

Terengganu dengan penduduknya seramai 438 orang; (ii) Kampung Sungai Pergam,

Jabor, Kemaman, Terengganu dengan penduduknya seramai 368 orang; dan (iii)

Kampung Sungai Sayap, Hulu Besut, Terengganu dengan penduduknya seramai 29

orang (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Terengganu 2013).

Page 252: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

244

Kajian ini memberi tumpuan kepada murid-murid Orang Asli di Kampung Sungai

Berua, Hulu Terengganu dan Kampung Sungai Pergam, Jabor, Kemaman, Terengganu.

Jadual 1 : Penduduk Orang Asli di Perkampungan Sungai Berua, Hulu Terengganu dan

Sungai Pergam, Jabor, Kemaman, Terengganu.

KAMPUNG ETNIK JUMLAH

KELUARGA

PENDUDUK MURID

SEK. REN.* Lelaki Perempuan JUMLA

H

Sungai

Pergam

Semaq

Beri 130 201 167 368 78*

Sungai

Berua

Semaq

Beri/

Bateq

88 221 217 438 115*

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Terengganu, 2013.

* Temu bual dengan Ustaz Mohd Shafie bin A. Bakar (Guru Besar SK. Sg.

Pergam) dan Ustaz Saidi bin Salleh (Penolong Kanan HEM SK. Sg.

Berua) Julai 2013.

Cabaran dalam melaksanakan program j-QAF merupakan satu isu yang tidak boleh

dipandang ringan. Ini adalah kerana ia turut melibatkan kesesuaian kurikulum, peranan

pihak terlibat, kelengkapan prasarana sekolah dan kekuatan penguasaan pedagogi

kurikulum guru-guru j-QAF (Asyraf Ridwan 2012). Cabaran dan halangan dalam

melaksanakan program ini juga turut dirasai di sekolah rendah Orang Asli.

Pengenalan Model J-Qaf Di Sekolah Rendah

Semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama

dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Kali ke-45 di Kuala Lumpur pada 24 Disember 2003 telah menyentuh berkaitan dengan

khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu

ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan

Malaysia pada 30 Disember 2003 dan mencadangkan agar perkara tersebut

dilaksanakan seberapa segera yang mampu.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan

mengadakan beberapa mesyuarat, bengkel dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al-

Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Hasil resolusi

seminar tersebut telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai

projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara

berperingkat-peringkat.

Program j-QAF adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam melalui

pendekatan khusus dalam Pengajaran Jawi, Asuhan Tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan

Page 253: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

245

Pengetahuan Asas Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

Objektif utama program j-QAF dengan harapan semua murid yang menganut agama

Islam, semasa di sekolah rendah akan dapat :

i. menguasai bacaan dan tulisan jawi,

ii. khatam al-Quran,

iii. mempelajari bahasa Arab, dan

iv. mantap dan menghayati fardhu ain.

Kepentingan pelaksanaan program j-QAF meliputi bidang Jawi, al-Quran, Bahasa

Arab dan Fardhu Ain (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 2004a ; 2004b). Dalam

bidang Jawi, walaupun Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula

dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di Tahun

1, namun laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan

Islam masih belum mencukupi dan berkesan. Bagi kepentingan dalam bidang al-Quran

pula, Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan

Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga

khatam al-Quran tetapi hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja.

Manakala status Bahasa Arab Sekolah Rendah hanya sebagai mata pelajaran bahasa

tambahan. Ia diajar di sekolah rendah terpilih dan secara terhad. Ini menyebabkan tidak

semua murid berpeluang mempelajarinya. Bagi Fardhu Ain pula, ramai Ibu bapa masih

belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka dalam Fardhu

Ain terutama hal ibadah mendirikan solat. Justeru secara keseluruhan masa pengajaran

Pendidikan Islam Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4

waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-aktiviti khatam al-

Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi

dilaksanakan di sekolah-sekolah. Manakala Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar

oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan kelas Bahasa Arab

di semua sekolah sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Model j-QAF yang dilaksanakan di sekolah rendah terdiri daripada Model Kelas

Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Bahasa Arab

Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Setiap model ini mempunyai objektif dan

strategi pelaksanaan masing-masing berdasarkan modul yang dibekalkan. Objektif

pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi adalah untuk memulihkan murid yang

keciciran dalam jawi dengan sekurang-kurangnya mereka dapat mengenal, menyebut,

dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup, dan perkataan-

perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Manakala objektif Model Kem Bestari Solat ialah murid dapat berwuduk dengan

sempurna, mengetahui bilangan rakaat solat fardhu, melaksanakan semua perbuatan

serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar; dan dapat melaksanakan solat dengan

sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Objektif Model Bahasa Arab

Komunikasi pula adalah untuk menanam minat mempelajari Bahasa Arab bagi

menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan

Page 254: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

246

mudah. Secara spesifiknya, objektif pengenalan Model Bahasa Arab Komunikasi ini

ialah supaya murid dapat :

i. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan

memahaminya,

ii. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab,

iii. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya,

iv. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab,

v. menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan

memahaminya, dan

vi. menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan

memahaminya.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik yang merupakan program

membimbing murid secara individu pula bertujuan agar murid dapat membaca al-Quran

secara bertajwid dan mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk murid. (Kementerian

Pelajaran Malaysia 2006; Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 2004a ; 2004b).

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah Orang

Asli di negeri Terengganu. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau beberapa

aspek berikut :

1. Untuk meninjau tahap penguasaan murid terhadap model-model pelaksanaan

program j-QAF di sekolah rendah Orang Asli di negeri Terengganu.

2. Melihat minat murid terhadap pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah

Orang Asli di negeri Terengganu.

3. Menganalisis impak program j-QAF terhadap murid-murid Orang Asli di negeri

Terengganu.

4. Memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan

program j-QAF di sekolah rendah Orang Asli di negeri Terengganu.

Soalan Kajian

Antara soalan-soalan kajian yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah:

1. Apakah tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap

pelaksanaan model-model j-QAF?

2. Adakah terdapat perbezaan minat murid terhadap model j-QAF di dua buah

sekolah Orang Asli di Terengganu menurut persepsi guru j-QAF, GPI dan

Pentadbir ?

3. Apakah tahap kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam

melaksanakan program j-QAF ?

Page 255: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

247

4. Adakah program j-QAF telah berjaya memberi impak kepada murid sekolah

rendah Orang Asli di Terengganu ?

Objektif Kajian

Berdasarkan soalan kajian di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap

pelaksanaan model-model j-QAF.

2. Melihat perbezaan minat murid terhadap model j-QAF di dua buah sekolah

Orang Asli di Terengganu menurut persepsi guru j-QAF, GPI dan Pentadbir.

3. Meninjau tahap kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam

melaksanakan program j-QAF.

4. Menganalisis impak program j-QAF kepada murid sekolah rendah Orang Asli di

Terengganu.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan (survey) yang digunakan untuk

mengumpulkan data. Jenis bentuk tinjauan yang digunakan ialah tinjauan semasa. Reka

bentuk ini merupakan satu panduan mengenai pendekatan yang sesuai bagi

menyempurnakan sesuatu kajian. Ia dapat menentukan strategi, kaedah serta kesesuaian

pemilihan dalam menganalisis data kajian.

Maklumat kajian diperolehi melalui satu set soal selidik yang terdiri daripada

dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi item-item soalan berkaitan dengan profil

responden seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan lokasi sekolah. Bahagian

kedua pula mengandungi maklumat berkaitan dengan minat murid terhadap pelaksanaan

model-model j-QAF, tahap pengguasaan murid, kerjasama yang diberikan terhadap

program j-QAF serta impak model j-QAF terhadap murid-murid sekolah rendah Orang

Asli. Soal selidik tersebut diedarkan kepada wakil pentadbir dan guru Pendidikan Islam

(GPI) serta semua guru j-QAF di sekolah terlibat. Data kajian yang telah diperolehi

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS)

versi 18.0.

Perbincangan Dan Dapatan

1. Dapatan 1 ; Tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap

pelaksanaan model-model j-QAF.

Page 256: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

248

Tahap penguasaan pelaksanaan model-model j-QAF bagi murid Orang Asli di negeri

Terengganu dikenalpasti menerusi soal selidik bersama guru j-QAF, GPI dan pihak

pentadbir. Merujuk kepada Model Kelas Pemulihan Jawi, terdapat lima komponen

yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu murid dapat dapat mengenal, menyebut

dan menulis huruf tunggal, membaca dan menulis suku kata terbuka, membaca dan

menulis suku kata tertutup, membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku

kata terbuka dan membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata

tertutup.

Jadual 1 : Tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap pelaksanaan

Model Kelas Pemulihan Jawi.

Huruf

Tunggal

SK

Terbuka

SK

Tertutup

PMudah

SKB

PMudah

SKT

N Valid 7 7 7 7 7

Missing 0 0 0 0 0

Min 3.0000 2.4286 2.7143 2.7143 2.4286

Med 2.0000 2.0000 2.0000 2.0000 2.0000

Sisihan Piawai 1.29099 1.51186 1.60357 1.60357 1.51186

Minimum 2.00 1.00 1.00 1.00 1.00

Maksimum 5.00 5.00 5.00 5.00 4.00

Dapatan kajian mendapati bahawa; (i) tahap mengenal, menyebut dan menulis

huruf tunggal memperolehi min 3.0 dan sisihan piawai 1.29; (ii) tahap membaca dan

menulis suku kata terbuka serta membaca dan menulis perkataan mudah daripada

suku kata tertutup memperolehi min 2.43 dan sisihan piawai 1.51; dan (iii) tahap

membaca dan menulis suku kata tertutup serta tahap membaca dan menulis

perkataan mudah daripada suku kata terbuka memperolehi min 2.71 dan sisihan

piawai 1.60.

Jadual 2 : Tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap pelaksanaan

Model Tasmik dan Model 6 Bulan Khatam

al-Quran.

Baca Iqra Baca ayat

pendek

Baca

surah

Baca

bertajwid

Khatam

Al-Quran

N Valid 7 7 7 7 7

Missing 0 0 0 0 0

Min 2.4286 2.1429 2.0000 1.7143 1.7143

Med 2.0000 1.0000 2.0000 2.0000 2.0000

Sisihan Piawai 1.51186 1.46385 1.15470 .75593 .75593

Minimum 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00

Maksimum 4.00 4.00 4.00 3.00 3.00

Page 257: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

249

Manakala bagi Model Tasmik dan Model 6 Bulan Khatam al-Quran mendapati tahap

penguasaan al-Quran masih lemah dengan dapatan mengenal dan membaca buku

Iqra‘ dengan baik memperolehi min 2.43 dan sisihan piawai 1.51, membaca ayat-

ayat pendek dalam al-Quran dengan baik memperolehi min 2.13 dan sisihan piawai

1.46, membaca surah dalam al-Quran dengan lancar memperolehi min 2.0 dan

sisihan piawai 1.55, membaca al-Quran dengan bertajwid dan dapat khatam al-Quran

memperolehi min 1.7 dan sisihan piawai 0.76.

Jadual 3 : Tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap pelaksanaan

Model Bahasa Arab Komunikasi.

Menyebut

huruf

Arab

Menyebut

perkataan

Menulis

huruf

Arab

Menulis

perkataan

Mengguna

B. Arab

N Valid 7 7 7 7 7

Missing 0 0 0 0 0

Min 2.7143 3.0000 2.4286 2.2857 2.1429

Med 2.0000 4.0000 2.0000 2.0000 2.0000

Sisihan Piawai 1.60357 1.63299 1.27242 1.11270 1.21499

Minimum 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00

Maksimum 5.00 5.00 4.00 4.00 4.00

Bagi Model Bahasa Arab Komunikasi mendapati tahap penguasaan Bahasa Arab

murid adalah sederhana baik. Dapatan tahap memahami dan menyebut huruf Bahasa

Arab memperolehi min 2.71 dan sisihan piawai 1.60, menyebut perkataan Bahasa

Arab memperolehi min 3.0 dan sisihan piawai 1.63, menulis dengan betul huruf

Bahasa Arab memperolehi min 2.43 dan sisihan piawai 1.27, menulis dengan betul

perkataan Bahasa Arab memperolehi min 2.29 dan sisihan piawai 1.11, dan

menggunakan perkataan Bahasa Arab dengan betul dalam kelas memperolehi min

2.14 dan sisihan piawai 1.21.

Jadual 4 : Tahap penguasaan murid Orang Asli di Terengganu terhadap pelaksanaan

Model Kem Bestari Solat.

Niat

wudhuk

Amali

wudhuk

Bacaan

Solat

Amali

solat

Laksana

solat

N Valid 7 7 7 7 7

Missing 0 0 0 0 0

Min 3.2857 3.2857 3.0000 3.1429 3.0000

Med 4.0000 4.0000 3.0000 4.0000 4.0000

Sisihan Piawai 1.25357 1.25357 1.52753 1.57359 1.41421

Minimum 2.00 2.00 1.00 1.00 1.00

Maksimum 5.00 5.00 5.00 5.00 4.00

Page 258: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

250

Jadual 4 menunjukkan tahap pengguasaan Model Kem Bestari Solat adalah baik.

Dapatan kajian mendapati tahap menyebut niat berwudhuk dengan betul dan

melakukan amali wudhuk dengan betul memperolehi min 3.29 dan sisihan piawai

1.25, menyebut bacaan solat dengan betul memperolehi min 3.0 dan sisihan piawai

1.53, melakukan amali solat dengan betul memperolehi min 3.14 dan sisihan piawai

1.57, dan Dapat melaksanakan solat tanpa bantuan guru memperolehi min 3.0 dan

sisihan piawai 1.41.

2. Dapatan 2 ; Perbezaan minat murid terhadap model j-QAF di dua buah sekolah

Orang Asli di Terengganu menurut persepsi guru j-QAF, GPI dan pihak

pentadbir.

Berdasarkan analisis T-Test bagi melihat perbandingan minat murid-murid Orang

Asli di dua buah sekolah tersebut mendapati minat murid dari SK. Sg. Pergam,

Jabor, Kemaman lebih baik jika dibandingkan dengan murid SK. Sg. Berua, Hulu

Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan minat murid bagi

Modul 6 Bulan Khatam al-Quran, Modul Tasmik, Modul Kelas Pemulihan Jawi,

Modul Bahasa Arab Komunikasi dan Modul Kem Bestari Solat adalah sebagaimana

Jadual 5 di bawah :

Jadual 5 : Analisis perbezaan minat murid terhadap model j-QAF di dua buah

sekolah Orang Asli di Terengganu menurut persepsi guru j-QAF, GPI

dan pihak pentadbir.

Perbezaan Minat Nama Sekolah N Min Sisihan Piawai

Minat Modul 6 Bulan

Khatam Al-Quran

SK. Sg. Berua 4 2.5000 1.00000

SK. Sg. Pergam 3 3.3333 1.15470

Minat Modul

Tasmik

SK. Sg. Berua 4 2.2500 .50000

SK. Sg. Pergam 3 3.6667 1.52753

Minat Modul Kelas

Pemulihan Jawi

SK. Sg. Berua 4 2.2500 .50000

SK. Sg. Pergam 3 4.0000 1.00000

Minat Modul Bahasa

Arab Komunikasi

SK. Sg. Berua 4 2.7500 .95743

SK. Sg. Pergam 3 4.3333 .57735

Minat Modul Kem

Bestari Solat

SK. Sg. Berua 4 3.7500 .95743

SK. Sg. Pergam 3 4.0000 .00000

Secara keseluruhannya, minat murid Orang Asli di SK. Sg. Pergam dan SK. Sg.

Berua, Terengganu terhadap model j-QAF menurut persepsi guru j-QAF, GPI dan

pihak pentadbir dapat dilihat pada Carta 1 di bawah :

Page 259: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

251

Carta 1 : Analisis carta minat murid Orang Asli di SK. Sg. Pergam dan SK.

Sg. Berua, Terengganu terhadap model j-QAF menurut persepsi

guru j-QAF, GPI dan pihak pentadbir.

Page 260: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

252

Carta 1 menunjukkan persepsi guru j-QAF, GPI dan pihak pentadbir terhadap minat

murid Orang Asli di SK. Sg. Pergam dan SK. Sg. Berua, Terengganu. Dapatan

kajian mendapati minat murid terhadap model Khatam al-Quran memperolehi min

2.8571 pada sisihan piawai 1.06904, minat murid terhadap model Tasmik

memperolehi min 2.8571 pada sisihan piawai 1.21499, minat murid terhadap model

Kelas Pemulihan Jawi memperolehi min 3.0 pada sisihan piawai 1.15470, minat

murid terhadap model Bahasa Arab Komunikasi memperolehi min 3.4286 pada

sisihan piawai 1.1338, dan minat murid terhadap model Kem Bestari Solat

memperolehi min 3.8571 pada sisihan piawai 0.69007.

3. Dapatan 3 ; Tahap kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam

melaksanakan program j-QAF.

Jadual 6 : Tahap kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam

melaksanakan program j-QAF

pentadbir

GB

mesyuarat kerjasama kewangan GB pantau

N Valid 7 7 7 7 7

Missing 0 0 0 0 0

Min 4.2857 4.2857 4.5714 4.4286 4.5714

Med 5.0000 4.0000 5.0000 4.0000 5.0000

Sisihan Piawai 1.11270 .48795 .53452 .53452 .53452

Minimum 2.00 4.00 4.00 4.00 4.00

Maksimum 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Jadual 6 menunjukkan jumlah skor min kerjasama yang telah diberikan oleh warga

sekolah dalam melaksanakan program j-QAF. Jumlah skor min yang paling tinggi

adalah 4.5174 pada sisihan piawai 0.53452 bagi pemantauan yang dilakukan oleh

guru besar dan kerjasama yang diberikan oleh guru dan kakitangan sekolah dalam

melaksanakan program j-QAF. Bagi skor min peruntukan kewangan untuk kem

Page 261: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

253

bestari solat mencukupi adalah 4.4286 pada sisihan piawai 0.53452. Manakala skor

min terendah adalah mentadbir sekolah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan

program j-QAF memperolehi min 4.286 pada sisihan piawai 1.11270 dan Guru

Besar sentiasa bermesyuarat menyelaras dalam program j-QAF memperolehi skor

min 4.2857 pada sisihan piawai 0.48795.

4. Dapatan 4 ; Analisis impak program j-QAF kepada murid sekolah rendah Orang

Asli di Terengganu.

Jadual 7 : Analisis impak program j-QAF kepada murid sekolah rendah Orang Asli

di Terengganu.

Bil Item

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Tidak

Pasti Setuju

Amat

Setuju

f % f % f % f % f %

H1 Model Pemulihan Jawi

boleh meningkatkan

penguasaan jawi

- - - - 1 14.3 5 71.4 1 14.3

H4 Model 6 Bulan Khatam al-

Quran dapat meningkatkan

penguasaan al-Quran

pelajar

- - 1 14.3 1 14.3 4 57.1 1 14.3

H5 Model Tasmik dan Model

Khatam al-Quran

membantu murid membaca

al-Quran dengan bertajwid

- - 2 28.6 - 14.3 4 57.1 1 14.3

H6 Model Bahasa Arab dapat

meningkatkan penguasaan

Bahasa Arab pelajar

- - - - 1 14.3 5 71.4 1 14.3

H8 Kem Bestari Solat 4 dapat

meningkatkan pengetahuan

asas fardhu ain murid-

murid

- - - - 1 14.3 5 71.4 1 14.3

H9 Kesedaran solat bagi murid

meningkat setelah

mengikuti Kem Bestari

Solat

- - - - 2 28.6 5 71.4 - -

Berdasarkan Jadual 7, menunjukkan bahawa 5 responden (71.4%) setuju dan 1

responden (14.3%) amat setuju bahawa Model Pemulihan Jawi boleh

meningkatkan penguasaan jawi, 4 responden (57.1%) setuju dan 1 responden

(14.3%) amat setuju bahawa Model 6 Bulan Khatam al-Quran dapat meningkatkan

Page 262: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

254

penguasaan al-Quran pelajar, 4 responden (57.1%) setuju dan 1 responden (14.3%)

amat setuju bahawa Model Tasmik dan Model Khatam al-Quran membantu murid

membaca al-Quran dengan bertajwid, 5 responden (71.4%) setuju dan 1 responden

(14.3%) amat setuju bahawa Model Bahasa Arab dapat meningkatkan penguasaan

Bahasa Arab pelajar, 5 responden (71.4%) setuju dan 1 responden (14.3%) amat

setuju bahawa Kem Bestari Solat 4 dapat meningkatkan pengetahuan asas fardhu

ain murid-murid, 5 responden (71.4%) setuju bahawa Kesedaran solat bagi murid

meningkat setelah mengikuti Kem Bestari Solat.

Walau bagaimanapun 1 responden (14.3%) kurang setuju bahawa Model 6 Bulan

Khatam al-Quran dapat meningkatkan penguasaan al-Quran pelajar dan bahawa

Model Tasmik dan 2 responden (28.6%) kurang setuju bahawa Model Khatam al-

Quran membantu murid membaca al-Quran dengan bertajwid. Rumusannya

menunjukkan bahawa program j-QAF telah berjaya memberi impak yang positif

kepada murid Orang Asli bagi Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Bahasa Arab

Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat, namun bagi Model Tasmik dan Model

6 Bulan Khatam al-Quran masih perlu ditingkatkan lagi.

Cadangan Penambahbaikan

Setelah menghasilkan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar beberapa kajian

susulan berkaitan perlaksanaan program j-QAF di sekolah Orang Asli perlu

dilaksanakan lagi khususnya penyelidikan pada peringkat sarjana dan Ph.D. Di sini

pengkaji mencadangkan agar :

1. Program j-QAF perlu diteruskan dengan memantapkan serta menambahbaik

kurikulum yang khusus kepada SK Orang Asli yang sedia ada bagi mencapai

matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

2. Latihan guru j-QAF hendaklah terus diadakan serta dimantapkan setiap mata

pelajar secara spesifik, latihan perguruan dilaksanakan secara sepenuh masa.

3. Pengurusan sekolah dicadangkan agar sentiasa memantau perlaksanaan program

j-QAF dan melaksanakan pencerapan berkala dari semasa ke semasa.

4. Pengurusan sekolah perlu menguasai secara mendalam tentang perlaksanaan

program j-QAF.

5. Pihak kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan supaya menambah

peruntukan masa bagi modul program j-QAF

6. Pihak IPGM dicadangkan supaya pengambilan guru j-QAF yang kompetensi

dengan program j-QAF khususnya modul Bahasa Arab.

Page 263: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

255

7. Pihak sekolah dicadangkan supaya menyediakan kemudahan insfrastruktur

program j-QAF yang mencukupi.

8. Ibubapa/Penjaga murid dicadangkan agar memberikan komitmen dalam

memotivasikan anak-anak mereka tentang pentingnya program j-QAF serta

memastikan kehadiran dalam Kem Bestari Solat dan aktiviti yang berkaitan

program j-QAF.

9. Kementerian Pendidikan Malaysia dicadangkan agar menambahkan peruntukan

kewangan setiap modul program j-QAF.

Rumusan

Program j-QAF di sekolah rendah Orang Asli merupakan wasilah yang amat penting

dalam melahirkan modal insan yang dapat mengenal Yang Maha Pencipta dan menjadi

tunjang dalam memperkasakan Pendidikan Islam dalam kalangan murid-murid Orang

Asli selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, ia juga

merupakan satu program dakwah yang berterusan dalam mendidik murid Orang Asli

agar mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh kehidupan mereka. Kejayaan program j-

QAF di sekolah rendah Orang Asli adalah terletak kepada kerjasama penglibatan KPM,

JAKOA, IPGM, IPG, JPN, PPD, guru besar, guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, ibu

bapa dan murid. Walaupun bilangan murid Orang Asli di sekolah rendah di negeri

Terengganu sedikit berbanding dengan sebahagian negeri-negeri lain di negara ini, hasil

kajian ini boleh dijadikan sebagai landasan awal dalam merencana dan memantapkan

lagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah Orang Asli di Terengganu.

Rujukan

Asyraf Ridwan Ali. (2012). Cabaran program pemulihan jawi j-QAF dalam

memperkasakan tranformasi ejaan jawi yang disempurnakan, Dalam Prosiding

Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu 2012 bertarikh 19-20 Jun

2012. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM, Shah Alam.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2004) Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan

Pengurusan Kurikulum j-QAF. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2004). J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan

Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum. Kementerian

Pelajaran Malaysia.

JAKOA. (2013). Profail Kampung Orang Asli 2013. Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kuala Terengganu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Buku panduan perlaksanaan model pengajaran

dan pembelajaran dan kokurikulum j-QAF tahun 1-6. Bahagian Kurikulum

Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 264: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

256

Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah

Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Sekolah Rendah.

Mohd Shafie bin A. Bakar. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sg. Pergam, Jabor,

Kemaman, Terengganu. Temu bual pada 22 Julai 2013.

Saidi bin Salleh. Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu

Terengganu, Terengganu. Temu bual pada 22 Julai 2013.

Page 265: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

257

Ketokohan Pendakwah Mualaf Masa Kini:

Kajian Terhadap Ann Wan Seng

Mohamad Saiful Bin Munjalin

Safinah Ismail

Zulkefli Hj Aini

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak

Golongan muallaf adalah salah satu golongan yang tidak ketinggalan dalam

menyebarkan dakwah dan risalah Islam di Malaysia. Walaupun mendapat banyak

tentangan, mihnah dan tribulasi daripada masyarakat luar, golongan ini terus

melaksanakan kerja mereka. Antara tokoh mualaf yang sangat aktif berdakwah di

Malaysia adalah Ustaz Ann Wan Seng. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan

mengenalpasti latar belakang Ustaz Ann Wan Seng dan membahaskan berkaitan

peranan dan sumbangannya dalam dakwah terutama dalam bidang penulisan. Metode

penyelidikan yang telah digunakan adalah metode dokumentasi, kepustakaan dan

temubual. Dapatan kajian adalah Ann Wan Seng adalah seorang mualaf yang mampu

menjadi pendakwah yang hebat.Beliau juga telah beberapa kali memenangi anugerah

tokoh Maal Hijrah. Sumbangan beliau dalam bidang dakwah ini sangat banyak sehingga

tidak terkira. Antara sumbangan beliau adalah dari segi penulisan. Beliau banyak

menghasilkan buku-buku, jurnal, kertas kerja yang berbentuk Ilmiah dalam usaha

menyebarkan syiar Islam. Ustaz Ann Wan seng juga banyak terlibat dengan

pembentangan kertas kerja dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga banyak memegang

jawatan di organisasi lain sebelum menyertai Persatuan Cina Muslim Malaysia

(MACMA). Jasa dan bakti yang beliau taburkan dalam dunia dakwah ini sangat besar

nilainya.

Pengenalan

Pendakwah ialah seseorang yang sanggup mengorbankan diri, harta dan waktunya untuk

Allah s.w.t. bagi menegakkan risalah yang agung dan meneruskan tugas mulia para nabi

dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan

mereka yang lurus serta menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi

kemungkaran.62

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) mualaf bermaksud

seseorang yang belum memeluk Islam tetapi cenderung dengan Islam manakala menurut

Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya

supaya tertarik dengan Islam. Pada pandangan sekumpulan ilmuan Arab mualaf bererti

tunduk, menyerah dan pasrah. Sedangkan dalam pengertian Islam, mualaf digunakan

untuk menunjukkan seseorang yang baru memeluk agama Islam63

.Kajian ini

memfokuskan seorang pendakwah mualaf iaitu Ann Wan Seng.

62

Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan. Cet. 2. Kuala Lumpur:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hlm. xv. 63

Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28 Februari.

Page 266: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

258

Latar belakang Ann Wan Seng

Nama beliau adalah Ann Wan Seng alias Ann Abdullah, dilahirkan pada 19.07.1968 di

Klang, Selangor. Detik paling bermakna ialah penghijrahan akidah yang dilalui pada

akhir 1996. Jika sebelum ini beragama Buddha tetapi hidayah Allah menjadikan beliau

seorang Muslim. Perubahan ini, turut disusuli dari segi lain seperti sikap. Sebelum ini

sedikit kasar dan keras terutamanya kepada ibu bapa tetapi penghijrahan akidah itu

sekali gus membawa kepada perubahan yang lebih menyeluruh menuju peribadi Muslim

sebenar.64

Beliau menetap di No.48, Jalan Sri Damak 53, Taman Sri Andalas, 41200

Klang, Selangor. Beliau menguasai bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin dengan

baik.

Pada tahun 1991 Ann Wan Seng telah mendapat Ijazah sarjana muda di

Universiti Malaya dalam pendidikan teritary. Seterusnya, beliau mendapat kelayakan

siswazah di Universiti Malaya pada tahun 1997. Pada tahun 2007 pula beliau

dianugerahkan sebagai calon doktor falsafah di Universiti Putra.

Pengalaman Kerja Dan Jawatan.

Pada tahun 1992 sehingga tahun 1994, beliau menjadi pembantu pensyarah di Universiti

Malaya. Pada tahun 1995 pula beliau menjadi pembantu kajian di Unit Perunding

Universiti Malaya. Seterusnya, beliau menjadi penyelaras di Suara Komunikasi pada

tahun 1995 sehingga 1996. Beliau juga pernah menjadi pengkaji di Karya One Sdn.Bhd.

pada tahun 1996 hingga tahun 1997. Beliau juga menjadi penulis di Karangkraf

Sdn.Bhd. selama 5 tahun sejak tahun 1997 sehingga tahun 2002. Beliau juga

memegang jawatan sebagai Pembantu kehormat Setiausaha Ketua PERKIM sejak

tahun 2002 sehingga sekarang. Seterusnya beliau memegang jawatan sebagai setiausaha

ketua kehormat Malaysian Chinese Muslim Association ( MACMA) semenjak tahun

2004 sehingga sekarang. Pada tahun 2004 juga beliau mula menjadi pengerusi PERKIM

cawangan PUTRA. Di MACMA juga beliau menjadi guru agama sejak tahun 2007

sehingga sekarang. Pembelajaran yang diajar di MACMA ialah lebih kepada Fardhu

Ain. Beliau juga menjadi ahli dalam PERMUAFAKATAN sejak tahun 2009 sehingga

sekarang.

Pada tahun 2010 pula beliau pernah jawatankuasa hubungan antara agama.

Beliau juga menjadi ahli PERKIM kebangsaan sejak tahun 2010 sehingga sekarang.

Seterusnya beliau menjadi ahli jawatankuasa PERKIM wilayah persekutuan sejak tahun

2005 sehingga 2009.

64 http://biodatatokoh.blogspot.com/2008/02/ann-wan-seng-puas-

menyumbang-untuk.html 13/8/2013

Page 267: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

259

Pembabitan Beliau Dalam Komuniti Masyarakat

1. Presiden Persatuan Antropologi dan Sosiologi, Universiti of Malaya, 1990-1991.

2. Ahli Jawatan Kuasa dalam Jawatankuasa Kecil Penerbitan Perkim Kebangsaan

2001-2002 & 2006-2008

3. Setiausaha Jawatankuasa Kecil Dakwah Perkim Kebangsaan 2002-2004

4. Ahli Jawatan Kuasa Jawatankuasa Kecil Perkim Kebangsaan 2002-2004

5. Ahli Jawatan Kuasa di Jawatankuasa Kecil Pentadbiran Perkim Kebangsaan

2002-2004

6. Ahli Jawatan Kuasa di Jawatankuasa Kebajikan & Pembangunan Sosial Perkim

Kebangsaan 2002-2004 & 2006-2008.

7. Ahli Jawatan Kuasa di Jawatankuasa Kewangan 2002-2004 & 2006-2008.

8. Kordinator Program dakwah di Pulau Ketam 2003-2008.

9. Kordinator Program dakwah di Pulau Carey 2004 & 2005.

10. Kordinator Program Istimak Saudara Baru Perkim Kebangsaan 2002-2005.

11. Penasihat di Asrama Baitul Ummah 2002-2010.

12. Penulis lebih dari 100 penerbitan , surat khabar, majalah, buletin & jurnal di

Malaysia.

13. Menjadi pembentang lebih dari 100 majlis, kertas kerja di Malaysia, Brunei &

Singapura.

Melihat kepada jawatan yang disandangnya, terbukti jadual hariannya begitu ketat.

Biarpun begitu, Ann masih mampu memperuntukkan waktu dalam bidang penulisan

buku.65

Anugerah

Berikut adalah antara anugerah yang pernah dirangkul dan diraih oleh beliau sejak

membabitkan diri dalam dunia dakwah di Malaysia. Antaranya ialah :

1.Hadiah Kencana Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002.

65 http://biodatatokoh.blogspot.com/2008/02/ann-wan-seng-puas-

menyumbang-untuk.html 13/8/2013

Page 268: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

260

2.Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008.

3.Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kategori Saudara Muslim 1430H/2008 Peringkat Negeri

Selangor.

4.Anugerah Emas Untuk Penjualan Buku Yang Memberangsangkan Must Read Sdn.

Bhd. 2010.

Penulisan / Karya

Antara faktor utama yang membina minda dan jiwa masyarakat adalah penulisan. Kita

lihat di sekeliling kita, akhbar, majalah, buku-buku yang menjadi jamahan minda

masyarakat saban hari66

. Oleh itu, Ann Wan seng menggunakan medium ini dalam

menyampaikan dakwahnya. Berikut adalah antara karya yang berjaya dihasilkan oleh

beliau sejak dahulu lagi. Karya yang disenaraikan hanyalah berbentuk buku sahaja.

Kalau diikutkan beliau telah banyak menghasilkan karya berbentuk tulisan seperti di

laman web, pembentangan, kajian dan sebagainya. Sehingga kini sebanyak 30 buku

tulisannya diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan.67

Di bawah ini antara

senarai buku-buku yang ditulis oleh Ustaz Ann Wan Seng:

1.Soo Khin Wah & Wong Khek Seng (ed.), Aspirasi Negara, Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd., Kuala Lumpur, 1992

2.Ann Wan Seng, Perayaan Orang Cina, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,

1994.

3.Ann Wan Seng, Adat dan Pantang Larang Orang Cina, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 1994.

4.Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur, 1994.

5.Ann Wan Seng, Chinese Customs And Taboos, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah

Alam, 1995.

6.Haslina Hassan & Ann Wan Seng, Wanita Dan Perkahwinan, Dewan Bahasa &

Pustaka, Kuala Lumpur, 1995.

7.Ann Wan Seng, Kemelut Politik UMNO, Dwirestu Pentas Dunia Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur, 1996.

66 http://langitilahi.com/11908 13/8/2013 67 http://biodatatokoh.blogspot.com/2008/02/ann-wan-seng-puas-

menyumbang-untuk.html 13/8/2013

Page 269: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

261

8.Ann Wan Seng & Khadijah Alavi, Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia, Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, 1997.

9.Abu Hassan Haji Abdul (ed.), Esei-Esei Terbaik STPM Pengajian Am ‘98, Pustaka

Widad, Kuala Lumpur, 1998.

10.Ann Wan Seng, Pergolakan Palestin Punca Dan Penyelesaian, Khazanah Fikir, Kuala

Lumpur, 2002.

11.Khadijah Alavi & Ann Wan Seng, Memahami Latar Belakang Penderaan Kanak-

Kanak, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Bentong, 2003.

12.Ann Wan Seng, Al-Arqam di Sebalik Tabir, Penerbit Universiti Malaya, Kuala

Lumpur, 2005.

13.Ann Wan Seng, Rahsia Arqam, PTS Millennia Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2005.

ISBN 983-3372-90-2

14.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Cina, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur, 2006. ISBN 978-983-3586-97-4

15.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur, 2006. ISBN983-3376-86-X

16.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Korea, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur, 2006.

17.Ann Wan Seng, Rahsia Black Metal, La Khauf, Kuala Lumpur, 2006. ISBN 983-

3470-02-5

18.Ann Wan Seng (ed.), Respons, Harakah, Kuala Lumpur, 2006.

19.Ann Wan Seng, Formula Bisnes Negara China, PTS Professional Publishing Sdn.

Bhd., Kuala Lumpur, 2007. ISBN 978-983-3585-94-6

20.Ann Wan Seng, Membongkar Kesesatan Black Metal, MQ Publishing, Bandung,

2007.

21.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Cina, Penerbit Hikmah, Jakarta Selatan, 2007.

22.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun, Penerbit Hikmah, Jakarta Selatan, 2007.

23.Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Korea, Penerbit Hikmah, Jakarta Selatan, 2007.

24.Ann Wan Seng, Rahsia Kegemilangan Islam di China, La Khauf, Kuala Lumpur,

2007. ISBN978-983-3470-03-7

Page 270: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

262

25.Ann Wan Seng, Formula Bisnis Negara Cina, Penerbit Hikmah, Jakarta Selatan,

2007.

26.Ann Wan Seng, Rahsia Islam di China Gemilang di Sebalik Tembok Besar, PTS

Publications and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2008. ISBN 978-967-5137-02-0

27.Ann Wan Seng, Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata, Must Read Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur, 2009.

28.Ann Wan Seng, Orang Cina Dan Perkembangan Islam di Nusantara, MACMA,

Kuala Lumpur, 2009.

29.Ann Wan Seng, Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho, MACMA, Kuala Lumpur,

2010.

30.Ariffin Suhaimi & Ann Wan Seng, Confucianism Fron the Pespective of a Muslim,

MACMA, Kuala Lumpur, 2010.

31.Ann Wan Seng, Mencari Islam di China, Must Read Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2010

32.Amat Johari Moin & Ann Wan Seng, Setiap Kamu Adalah Pendakwah, Must Read

Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2011.

33.Amat Johari Moin & Ann Wan Seng, Islam Bukan Pada Nama, Must Read Sdn.

Bhd., Kuala Lumpur, 2011.

34.Ann Wan Seng, Cerita Minoriti Muslim di China, Must Read Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur, 2011.

35. Ibrahim T.Y Ma (Terjemahan Ann Wan Seng), Saat Islam Sampai ke China,

Persatuan Cina Muslim Malaysia, Kuala Lumpur, 2011.

36.Ann Wan Seng, Biar Orang Cina Pimpin Islam, Kemilau Publika, Kuala Lumpur,

2011.

37.Amat Juhari Moin % Ann Wan Senf, Tatkala Syahadah Dilafaz, Must Read Sdn.

Bhd., Kuala Lumpur, 2011.

38.Ann Wan Seng, Membongkar Kesesatan Black Metal: The Child of Satan, Kemilau

Publika, Saujana Utama, 2011.

39.Ann Wan Seng, Pelayaran Cheng Ho, PERKIM Putra, Kuala Lumpur, 2012.

40.Ann Wan Seng, Perjuangan Islam di China, Must Read Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,

2012.

Page 271: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

263

41.Ann Wan Seng, Jumaat Bersama Tok Guru, Kemilau Publika, Saujana Utama, 2012.

43.Ann Wan Seng, Gerakan Syaitan, Hijjaz Records Publishing, Kuala Lumpur, 2012.

Kajian

1.Ann Wan Seng, Pengaruh Dan Penyertaan Masyarakat Cina Dalam Politik Kuala

Langat. Tumpuan Khas DUN Panglima Garang, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi &

Sosiologi, Universiti Malaya, 1990/91.

2.Ann Wan Seng, Gerakan Sosio-Agama Di Malaysia: Kajian Kes Ke Atas Pertubuhan

Arqam, Tesis M.A, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya, 1997.

Kesimpulan

Ustaz Ann telah aktif dalam bidang dakwah terutamannya dalam bidang penulisan.

Banyak karya telah dihasilkan oleh beliau antaranya ialah buku, jurnal, kertas kerja , dan

sebagainya. Kalau diikutkan karya yang dihasilkan oleh beliau tidak terkira banyaknya.

Ini terbukti berdasarkan jumlah buku yang telah berjaya dihasilkan. Walaupun beliau

sibuk dengan persatuan dan kelas, beliau tidak menjadikan kesibukan beliau sebagai

penghalang untuk menghasilkan karya yang berbentuk dakwah demi menyebarkan syiar

Islam di atas muka bumi Allah ini. Itulah antara sifat beliau yang patut dicontohi oleh

kita semua.

Rujukan

Temu bual terhadap Ustaz Ann Wan Seng pada 13 Ogos yang lalu di bangunan

MACMA Kuala Lumpur

Ahmad Mahmud Abu Zaid. 2003. Pendakwah Masa Kini; Sikap & Pendekatan. Cet. 2.

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hlm. xv.

Rabiatun Adawiyah binti Hamzah. 2011. http://2010681134.blogspot.com/. 28 Februari.

http://biodatatokoh.blogspot.com/2008/02/ann-wan-seng-puas-menyumbang-untuk.html

13/8/2013

http://langitilahi.com/11908 13/8/2013

Page 272: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

264

Page 273: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

265

Program Pendidikan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)

Kebangsaan Kepada Saudara Muslim:

Peranan Ulamak Timur Tengah

Nur A‘thiroh Masyaa‘il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao,Siti Rugayah Hj Tibek,

Razaleigh Kawangit @ Muhamat

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan

NGO memainkan peranan yang penting dalam usaha dakwah Islamiah dan kebajikan

masyarakat di Malaysia, terutamanya dakwah kepada Saudara Muslim.Pelbagai

program telah dilaksanakan oleh PERKIM untuk memantapkan hal ehwal yang

berkaitan dengan Saudara Muslim.Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk

membincangkan program dakwah PERKIM kepada Saudara Muslim. Kajian ini

dilakukan dalam bentuk kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati program dakwah

Islamiah oleh PERKIM Kebangsaan kepada Saudara Muslim adalah berdasarkan lima

elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM iaitu melalui dakwah, pendidikan,

kebajikan, kerjasama dalam bidang agama Islam dan penerbitan. Kajian ini

menumpukan kepada program pendidikan dari PERKIM kepada sasaran dakwahnya

iaitu Saudara Muslim dan peranan ulamak Timur Tengah dalam memberi ilmu dan

bimbingan kepada mereka. Usaha ulamak Timur Tengah terbukti bukan sahaja memberi

ilmu pengetahuan asas agama kepada Saudara Muslim, malah mereka telah berjaya

mendidik dan membimbing Saudara Muslim sehingga berjaya dan mampu memberi

sumbangan berjasa kepada agama, masyarakat dan negara. Dalam usaha merealisasikan

objektif penubuhannya, PERKIM mengaplikasikan program dakwah Islamiah melalui

pendidikan secara sistematik. Ia terbukti telah memberi manfaat kepada semua sasaran

dakwah dan sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang

prasangka buruk terhadap Islam. Dakwah Islamiah yang efektif ini merealisasikan

pembentukan Saudara Muslim yang lestari dan berdikari sepanjang zaman.

Pendahuluan

Islam berkembang pesat pada abad ke-14 di Tanah Melayu. Kedatangan Islam telah

membawa kepada perkembangan dakwah Islamiah di Tanah Melayu. Sejarah

kedatangan Islam di Tanah Melayu seawal abad ke-14. Merujuk Mahayudin Hj.Yahya

(2001:15) dalam buku karangannya bertajuk Islam di Alam Melayu menyatakan

perkembangan dakwah di Tanah Melayu berlaku melalui aktiviti pedagang Islam dari

Arab dirantau Asia Tenggara. Kedudukan geografi Tanah Melayu yang terletak di

tengah-tengah rantau Asia Tenggara yang terkenal sebagai ―emporium perdagangan‖

atau ― Semenanjung Emas‖ di kalangan pedagang Arab. Senario ini telah membawa

kepada dakwah Islamiah di Tanah Melayu. Kegiatan dan perkembangan dakwah selepas

kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 menjadi lebih jelas dan tersusun khususnya

Page 274: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

266

dalam kalangan golongan muda dalam period awal tahun 1970-an (Ab. Aziz Mohd Zin

1999: 180). Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (2006:46-48) lagi, usaha dakwah selepas

kemerdekaan Malaysia adalah melalui pendekatan-pendekatan seperti dakwah melalui

landasan politik kepartian, dakwah melalui jentera kerajaan, dakwah melalui pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) dan jemaah tabligh. Manakala dakwah perseorangan turut diberikan

perhatian ketika itu.

Definisi dakwah menurut Bahi al-Khuli (1983:52) dalam kitab karangannya

Tazkiyah al-Du‘at ialah usaha anjakan paradigma umat manusia ke satu tahap yang

relaven dengan tabiat semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Dakwah dalam

maksud yang lain ia merupakan satu kurikulum dan penerangan yang lengkap, kegiatan

ajakan baik dalam bentuk lisan, penulisan mahupun tingkah laku. Ia dilakukan secara

sedar dan terancang dalam usaha mempengaruhi orang lain (A.Hasjmy 1994:19), iaitu

mengajak, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam sebagai

agama yang benar dan mengesakan Allah SWT.

Artikel ini membincangkan kajian berkenaan dakwah PERKIM melalui program

pendidik kepada Saudara Muslim dan memfokuskan kepada aspek peranan ulamak

Timur Tengah dalam mendidik Saudara Muslim.

Latar Belakang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau dikenali dengan nama singkatannya

PERKIM merupakan sebuah NGO yang giat menjalankan usaha dakwah kepada

masyarakat khususnya kepada Saudara Muslim. Ia diasaskan oleh Almarhum YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan

didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai

Penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989

(http://www.perkim.net.my/: 2010). PERKIM sebuah pertubuhan NGO yang terkenal di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kini, PERKIM diketuai oleh Y.A Bhg Tun Dr.

Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia keempat. Menurut fakta

yang direkodkan, YDP Pertama ialah Tan Sri Dato‘ SOK Ubaidullah (1960-1964), YDP

Kedua; Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1964-1968), YDP Ketiga; Tan Sri Abd. Aziz

Haji mohd Zain (1969-1971), YDP Keempat; disandang semula oleh Tan Sri Haji

Yusoff Hj Ibrahim (1972-1974), YDP Kelima; YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al

Haj (1974-1989) dan YDP Keenam; Y.A.B Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abdul Taib

Mahmud (1989-2006) dan pemimpin utama PERKIM ialah Y.A Bhg Tun Dr. Mahathir

Mohamad (2006 hingga sekarang) (Risalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM): t.th). Tunku Abdul Rahman telah mengadakan perjanjian persefahaman

(MOU) dengan kerajaan Libya dalam usaha penubuhan PERKIM. Kerajaan Libya telah

bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Tunku di awal penubuhan PERKIM di Jalan

Ipoh, Kuala Lumpur.

Page 275: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

267

Merujuk kepada laman sesawang http://www.perkim.net.my (2010), PERKIM di

peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat tiga bahagian PERKIM

di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi

PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian.

Manakala Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian

kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan

kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian. Di peringkat bahagian pula

terdapat entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh

Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan.

Cawangan ini bertanggungjawab melapor segala aktiviti kepada PERKIM Bahagian

bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

Cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" (Perlembagaan PERKIM:

t.th: 1) menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM

hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan

masyarakat setempat amnya. Merujuk Perlembagaan PERKIM (t.th: 1-2), lencana dan

lambang PERKIM mengandungi kubah dan masjid berwarna hijau tua dengan bintang

berbucu lima di atas kubah dan menara terletak dalam linkungan bulan sabit yang di

atasnya tertulis dengan perkataan jawi ― Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan

―PERKIM‖ dibawahnya. Manakala visi PERKIM ialah untuk menjadikan PERKIM

sebagai NGO dakwah sejajar dengan wawasan 2020 serta misinya untuk merealisasikan

PERKIM sebagai sebuah NGO penggerak dakwah terunggul untuk member sokongan

kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa (http://www.perkim.net.my/: 2010).

Menurut Ab aziz Mohd Zin et al. (2006:215), objektif penubuhan PERKIM ialah

unutk mengembangkan ajaran Islam khusus kepada mereka yang tiada sebarang anutan

agama dan keduanya ialah untuk membantu Saudara Muslim dalam pemahaman dan

amalan dalam akidah Islam. Selain itu, untuk menolong mereka yang masih menganggur

dan mengalami kesusahan setelah ditinggalkan keluarga akibat memeluk agama Islam.

Terdapat Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM

(Perlembagaan PERKIM: t.th: 2-3) iaitu:

i) Dakwah: Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan

Islam dengan cara positif dan berkesan.

ii)Pendidikan: Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta

pendidikan Islammenerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-

undang.

iii) Kebajikan:Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan,

derma, biasiswadan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan

menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

iv) Kerjasama dalam bidang agama Islam: Menubuhkan perantaraan dan

kerjasama denganpertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islamyang lain demi

kemajuan agama Islam.

v) Lain-lain: Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan

Islam.

Page 276: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

268

Untuk mencapai objektif penubuhannya, PERKIM menjalankan dakwah

Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada

semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta

menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam (http://www.perkim.net.my/:

2010). PERKIM menurut Badlihisham Mohd Nasir ( 1998:40) seperti petikan dari

Perlembagaan PERKIM ia berorientasikan penyebaran dakwah kepada Muslim dan non

Muslim serta pengurusan kebajikan Saudara Muslim.

Dengan ini, jelaslah bahawa PERKIM menjalankan usaha dakwah Islamiah

melalui pendekatan dakwah yang sistematik, pendidikan, kebajikan dan menjalinkan

kegiatan dengan badan-badan agama lain demi kepentingan penyebaran dan

perkembangan syiar Islam.

Saudara Muslim

Perkataan Saudara Muslim atau lebih dikenali sebagai mualaf terdapat pelbagai takrifan

dan pengertian dikemukakan dalam kamus-kamus, ulamak semasa dan sebagainya.

Perkataan ini disebut sekali dalam al-Quran di dalam surah al-Taubah ayat 60: Firman

Allah SWT:

Maksudnya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah ( zakat ) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,

dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang

mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak

memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan

pada jalan Allah SWT, dan orang-orang musafir ( yang keputusan kewangan )

dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah ) sebagai satu

ketetapan ( yang datangnya ) daripada Allah SWT. Dan ( ingatlah ) Allah SWT

amat Mengetahui lagi amat Bijaksanaan. ( al-Qur‘an, al-Tawbah 9: 60 ).

Dalam ayat 60, surah al-Tawbah ini membuktikan bahawa terdapat lapan asnaf yang

berhak untuk mendapat zakat. Selain daripada golongan fakir, golongan miskin, amil-

amil yang mengurus zakat, golongan yang memerdekakan hamba, golongan yang

berhutang, golongan fisabilillah, orang-orang yang bermusafir dan terputusnya bekalan

Page 277: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

269

yang berhak ke atas peruntukan zakat, golongan mualaf atau Saudara Muslimberhak

dengan bahagian zakat. Walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW, pemberian zakat

perlu diteruskan sehingga Saudara Muslim diyakini mendapat pengetahuan ilmu Islam

dan beramal dengannya.Oleh yang demikian, ia akan menambahkan keimanan mereka,

mengukuhkan pegangan agama Islam dalam diri mereka, memantapkan dan menguatkan

keyakinan mereka kepada keesaan Allah SWT.

Dalam Ensiklopedia Islam (2005) memberi penjelasan bahawa Saudara Muslim

ialah mereka yang diberi perhatiansupaya memeluk Islam atau memperkuatkan

keislamannya. Merujuk Kamus Istilah Fiqh (1997), Saudara Muslim ialah mereka yang

dijinak hatinya atau yang baru memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka

tergolong dalam lapan asnaf yang berhak menerima bantuan zakat. Anuar Puteh (2005)

menyatakanSaudara Muslim merupakan mereka yang telah melafazkan kalimah

syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan perhatian oleh

golongan yang lebih berkelayakan. Manakala Al-Jaza‘iri (1990) mendefinisikan mualaf

kepada beberapa jenis, iaitu:

i) Golongan yang lemah imannya, iaitu yang baru memeluk Islam dan berhak

diberi zakat.

ii) Golongan yang berpengaruh di kalangan satu-satu masyarakat dan

kewujudan mereka ini boleh menyebabkan orang lain memeluk agama Islam.

iii) Mereka yang kuat imannya. Apabila diberikan habuan zakat kepadanya

menyebabkan orang lain tidak melakukan kejahatan.

iv) Golongan yang boleh menarik orang lain untuk mengeluarkan zakat.

Dengan itu, mualaf, saudara baru atau saudara kita atau Saudara Muslim adalah

mereka yang dijinakkan hati mereka untuk menerima Islam dan telah melafazkan dua

kalimah syahadah. Mereka merupakan golongan yang baru memeluk Islam. Pemberian

zakat adalah bertujuan untuk memotivasikan dan memantapkan lagi keislamannya serta

beramal dengan ajaran Islam.

Program Dakwah Islamiah Perkim Kebangsaan Kepada Saudara Muslim:

Tinjauan Dari Segi Program Pendidikan Dan Peranan Ulamak Timur Tengah

PERKIM antara salah satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memainkan

peranan penting dalam dakwah Islamiah kepada Saudara Muslim di Malaysia. Terdapat

pelbagai program dakwah PERKIM Kebangsaan kepada Saudara Muslim secara tinjaun

literature melaluiprogram dakwah Islamiah kepada Muslim dan Non Muslim, program

dakwah melalui pendidikan, program dakwah melalui kebajikan dan aktiviti dakwah

melalui penerbitan.

Dakwah Melalui Pendidikan

PERKIM menjalankan usaha dakwah melalui pendidikan iaitu pendidikan di Institut

Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), menyediakan kelas Tadika PERKIM Kg Koh dan

Page 278: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

270

Tadika PERKIM Pulau Pinang, aktiviti MAMPU serta Kelas PERKIM kepada

masyarakat umum dan Saudara Muslim khususnya dalam kajian ini.

i. Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan

Saudara Muslim di Malaysia mendapat pembelaan yang sepenuhnya dari

kerajaan Malaysia dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKIM

Kebangsaan dalam soal pendidikan khususnya. Saudara Muslim dibekalkan dengan ilmu

asas Islam.Setiap Bahagian PERKIM di seluruh negera menyediakan kelas fardu ain

kepada Saudara Muslim dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkemahiran.Kelas-

kelas asas agama diadakan dalam Bahasa Melayu, Bahasa English, Bahasa Cina dan

Bahasa India.Program pendidikan kepada Saudara Muslim juga dilakukan melalui

ceramah agama, forum, diskusi ilmiah untuk peningkatan dan pemantapan ilmu

mereka.Saudara Muslim juga ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat

lebih tinggi di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP).Laman web PERKIM

Kebangsaan di sesawang http://www.perkim.net.my/ (2011) menyatakan IDIP telah

ditubuhkan pada akhir tahun 1961, bertempat di sebuah rumah banglo dua tingkat, Jalan

Ampang, Kuala Lumpur. Ia bermula sebagai sebuah pusat latihan yang dinamakan Pusat

Latihan Mubaligh Darul Arqam. Ia ditubuhkan bagi memenuhi keperluan PERKIM

untuk melahirkan para mubaligh yang boleh menyampaikan mesej Islam kepada

masyarakat bukan Islam. Seramai 24 pelajar telah diambil sebagai kumpulan perintis,

terdiri dari kebanyakannya daripada anak-anak Melayu lepasan universiti-universiti

India, disamping sekumpulan pelajar dari Korea Muslim Federation. Pada tahun 1963,

pusat ini terpaksa diberhentikan kerana masalah yang dihadapi oleh PERKIM pada

ketika itu.Pada tahun 1975, pusat latihan ini diwujudkan semula, bertempat di No. 250-

D, Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan nama PUSAT LATIHAN AGAMA

PERKIM. Pada tahun 1976, pusat latihan ini dipindahkan ke Wisma Selangor, Jalan

Universiti, Petaling Jaya, Selangor.Pada tahun 1979, pusat ini sekali lagi bertukar nama

kepada Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). Institut ini berpindah ke Taman Putra

PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 Februari 1991 sehingga

sekarang.Tempoh masa kursus yang ditetapkan adalah selama 4 tahun meliputi latihan

dan praktikal. Ia ditubuhkan untuk memberi Pendidikan Islam secara formal kepada

saudara kita dan anak-anak mereka dengan tujuan supaya mereka dapat memahami dan

menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Objektif keduanya adalah supaya saudara kita

dapat mengajar dan menyebarkan Islam di kalangan anggota masyarakat mereka sendiri.

Terdapat dua program yang ditawarkan oleh IDIP iaitu; Asas Kefahaman Islam

(dua semester) dan Pengajian Islam dan Praktikal Dakwah (lapan semester). Ia juga

menyediakan pembelajaran akademik untuk calon-calon SPM dan STPM bagi

membolehkan mereka mencapai pengajian tertinggi sama ada di Institusi Pengajian

Tinggi di Malaysia dan luar negara.

Kemudahan lain yang disediakan oleh PERKIM seperti;

Page 279: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

271

i) Biasiswa daripada Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri dan

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi pelajar yang baru memeluk agama Islam atau anak-

anak kepada Saudara Muslim.

ii) Bayaran pendahuluan dari PERKIM kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu

biasiswa.

iii) Asrama lelaki dan perempuan bagi yang belum berkahwin, manakala tempat tinggal

bagi mereka yang sudah berumahtangga.

iv) Perkhidmatan perubatan di Hospital Besar Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains

Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Pelajar-pelajar IDIP terdiri dari pelbagai suku kaum dan keturunan seperti Cina,

India dan Orang Asli Semenanjung. Pelajar dari Negeri Sabah seperti suku kaum

Kadazan, Murut dan Dusun serta dayak, Bidayuh dan Bisayak bagi suku kaum Sarawak.

Terdapat juga pelajar dari luar negara seperti dari negara Filipina, Cambodia, Thailand

dan Indonesia. IDIP memberi galakan kepada pelajar yang tamat pengajian untuk

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi(http://www.perkim.net.my/:

2012 ).

Merujuk Laporan Tahunan 2010 Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM

Kebangsaan Kali ke-50 yang diadakan di Negeri Sembilan, tujuan dan matlamat IDIP

adalah untuk mentarbiah dan sebagai pusat latihan dakwah untuk Saudara Muslim dan

menerima calon pelajarnya dari pelbagai bangsa dan suku kaum. Oleh itu, penubuhan

IDIP adalah khusus untuk pertarbiahan dan bimbingan agama kepada Saudara Muslim

agar mereka dapat menghayati, mengamalkan cara hidup Islam serta memahami akidah

dan syariat Islam dengan penuh keyakinan dan membimbing masyarakat mereka cara

hidup Islam.

IDIP telah menghasilkan graduan yang hebat seperti Ustaz Farid Ravi, Ustaz

Daud Lin, Ustaz Omar Lim, Ustaz Mohd Rafiq, Ustaz Yusuf Ong dan ramai lagi yang

mana kini giat menjalankan dakwah Islamiah di Malaysia.

ii.Tadika PERKIM Kg. Koh, Setiawan, Perak

Tadika PERKIM Kg. Koh merupakan sebuah Tadika Islam yang bertujuan memberikan

pendidikan pra persekolahan kepada kanak-kanak. Ia dikendalikan oleh dua orang

pegawai dakwah PERKIM telah dibuka di Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Kelas yang

diadakan bermula dari hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 08.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Tadika ini terbahagi kepada dua kelas iaitu Kelas A berumur dari lima hingga enam

tahun (pra tadika) dan kelas B dari umur enam hingga tujuh

tahun(http://www.perkim.net.my/: 2012).Murid-murid di tadika ini seramai 50 hingga

60 orang terdiri daripada kanak-kanak Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan.

Majoriti 99% di tadika tersebut terdiri daripada kanak-kanak bukan

Islam(http://www.perkim.net.my/: 2012). Ini jelas menunjukkan PERKIM menjalankan

dakwah kepada Muslim dan non Muslim. Dakwah yang sistematik akan menarik non

Muslim untuk mengenali dan memilih Islam sebagai agamanya.

Page 280: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

272

iii.Tadika PERKIM Pulau Pinang

Usaha dari segi pendidikan yang dijalankan oleh PERKIM melalui Tadika PERKIM

Pulau Pinang yang mana ia telah diasaskan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-

Haj pada tahun 1978 dengan sokongan Y A Bhg. Tun Datu Haji Mustafa bin Harun.

Tadika ini telah ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa. Ia terletak di sebuah banglo di

atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Al-marhum Y.T.M Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj(http://www.perkim.net.my/: 2010).

Tadika ini diwujudkan untuk memberi pelajaran serta pendidikan agama Islam

kepada kanak-kanak.Tadika ini dibuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kaum

atau agama dan peringkat umur, lima dan enam tahun. Peratus bagi kanak-kanak bukan

Islam adalah lebih kurang 5% pada tahun ini. Pada dasarnya PERKIM Kebangsaan telah

memperuntukkan sebanyak RM 1,000.00 sebulan kepada Tadika PERKIM di Pulau

Pinang.

Dari segi pengajian, tadika ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu bermula dari jam

08.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Bagi kanak-kanak bukan Islam, sesi akan bermula

09.00 pagi hingga 12.30 tengahari kerana setengah jam pertama ialah masa membaca

Al-Quran. Semasa kelas Pendidikan Islam dijalankan, kanak-kanak bukan Islam akan

diajar Pendidikan Moral.

Ditinjau dari segi jumlah pelajarnya adalah seramai 135 orang dengan 9 orang

tenaga pengajar termasuk kakitangannya. Ianya dibahagikan kepada lima kelas dengan

hitung panjang bilangan satu kelas ialah 23 orang. Bilangan yang kecil ini adalah unggul

untuk menentukan kanak-kanak berpeluang menerima perhatian individu daripada guru

dan mendapat pendidikan berkualiti yang ditekankan oleh tadika ini.Satu pembaharuan

baru yang dibuat ialah pengajaran Bahasa Arab dan pembinaan makmal komputer

dengan 12 buah komputer untuk pengetahuan pengkomputeran pada kanak-kanak dan

guru-guru(http://www.perkim.net.my/: 2011).

iv.Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti (MAMPU)

Kelab PERKIM universiti terdiri daripada ahli-ahli PERKIM yang melanjutkan

pengajian di IPTA dan IPTS. Ia merupakan platform untuk mahasiswa menyebarkan

dakwah di kalangan masyarakat. Beberapa universiti di Malaysia telah menubuhkan

Kelab PERKIM. Antaranya Kelab PERKIM (UKM), Kelab PERKIM (KUIS), Kelab

PERKIM (UUM), Kelab PERKIM (UIA NILAI), Kelab PERKIM (UNIKL) dan

sebagainya.

Objektifnya adalah untuk menjalinkan hubungan akrab dengan segenap lapisan

masyarakat. Keduanya ia berhasrat untuk melahirkan generasi yang mempraktikkan

agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Seterusnya ia juga bertujuan untuk

memupuk keharmonian kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia dan

objektif terakhirnya adalah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan yang memartabatkan

Page 281: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

273

akhlak dan keharmonian sebagai unsur penting dalam keharmonian kaum (Laporan

Tahunan 2010 Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali ke-50).

Merujuk Laporan Tahunan 2010 Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM

Kebangsaan Kali ke-50, tema aktiviti Kelab PERKIM Universiti seperti mengadakan

seminar yang mensasarkan mahasiswa dan masyarakat awam, mengadakan khidmat

masyarakat, mewujudkan diskusi ilmiah, mewujudkan rangkaian hubungan antara

universiti-universiti Malaysia, lawatan ke perkampungan Saudara Muslim, menyertai

dan mempromisikan PERKIM kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, dengan kewujudan Kelab PERKIM Universiti ini akan

menyumbang kepada kebaikan dan dakwah Islamiah kepada masyarakat awam. Selain

dari itu, PERKIM dengan aktiviti pendidikannya akan memacu insan cemerlang dunia

dan akhirat.

v. Peranan Tokoh Ulamak Timur Tengah

Tokoh Ulamak Malaysia yang mendapat pendidikan bidang agama Islam di negara

Timur Tengah turut memainkan peranan penting untuk memberi pendidikan, bimbingan

dan tunjuk ajar kepada Saudara Muslim. Selain itu, tokoh ulamak ini turut memberi

perhatian terhadap kebajikan Saudara Muslim seperti menyediakan tempat tinggal,

kewangan, makan minum dan sebagainya. Tokoh ulamak yang berilmu dan penuh

berjasa ini turut memberi motivasi kepada Saudara Muslim untuk melangkah jauh ke

hadapan dalam usaha mencari ilmu pengetahuan dan membina kehidupan yang lebih

baik dalam masa yang sama mendamba keberkatan dan keredhaan Allah SWT sebagai

matlamat utama seorang Muslim. Berdasarkan pengalaman pengkaji, ramai tokoh

ulamak yang telah membimbing pengkaji sejak dari melafazkan dua kalimah sehingga

kini. Antaranya ialah Allahyarham Dato‘ Paduka Tuan Guru Hj Hashim bin Abu Bakar,

Ustaz Sabri Abd Rahman, Prof. Dr. Siti Rugayah Hj Tibek dan Dr. Abdul Wahab.

Tokoh-tokoh ulamak ini merupakan insan yang telah berjaya mendidik dan

membimbing pengkaji menuju jalan yang Allah SWT redhai.

i. Allahyarham Dato’Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Abu Bakar

Insan mulia berilmu, tinggi penghayatan agama, berakhlak menurut panduan al-Quran

dan Sunnah Nabi SAW, beliau Allahyarham Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin

Haji Abu Bakar merupakan salah seorang tokoh ulama masa kini. Beliau adalah di

antara Tuan Guru yang bertugas sepenuh masa di Pondok Terusan Pasir Tumboh

(Abdullah Muhammad Zin & Che Yusoff Che Mamat 2002). Beliau dilahirkan di Kedah

pada tahun 1923M di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah (Temuramah bersama

isterinya, Radhiah Haji Abu Bakar, 29 Mac 2007. 2.45 ptg). Beliau merupakan seorang

tokoh ulama yang begitu disegani oleh masyarakat. Gelarannya antaranya Tok Ayah,

Tok Guru Ayah Sin dan Poksu Haji.

Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar merupakan

keturunan yang berasal daripada Pattani, Thailand yanag mana diwarisi daripada datuk

Page 282: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

274

beliau yang merupakan seorang yang alim dalam bidang keagamaan dan juga mahir

dalam ilmu perubatan. Ayah beliau bernama Haji Abu Bakar bin Haji Sulaiman bin

Haji Muhammad Ismail. Ayah beliau juga merupakan seorang yang alim dalam bidang

keagamaan dan juga perubatan seperti juga datuknya Haji Sulaiman bin Haji

Muhammad bin Ismail. Selain itu juga datuk beliau turut mempunyai pertalian

persaudaraan dengan Tok Janggut, tokoh kemerdekaan dan keagamaan di Kelantan.

Pada tahun 1953, Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar

telah berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin

Abu Bakar, pengasas Pondok Pasir Tumboh yang bernama Hajjah Rodiah binti Abu

Bakar (http://epondok.tripod.com). Hasil perkongsian hidup bersama isterinya ini, beliau

telah memperolehi empat orang cahaya mata. Melalui silsilah keluarga tersebut

diketahui bahawa beliau mempunyai empat orang anak, dua daripada perempuan dan

selebihnya lelaki. Selain itu juga beliau mempunyai seramai dua puluh dua orang cucu

dan tujuh orang cicit. Keempat-empat orang anak beliau kini tinggal di dalam kawasan

pondok itu juga dan inilah kelebihan yang ada pada keluarga besar Dato‘ Paduka Tuan

Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar.

Temuramah dengan Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Abu Bakar

mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Melayu Batu Lapan, Kepala Batas,

Alor Setar, Kedah selama tiga tahun. Ketika usia beliau lapan tahun beliau telah diserap

di dalam institusi pengajian pondok di Kedah. Kemudian dalam usia yang begitu muda

iaitu dalam umur 12 tahun beliau terus melanjutkan pelajaran ke Mekah al-Mukarramah

selama empat tahun dalam bidang Bahasa Arab di Madrasah Dar al-Ulum. Setelah itu

beliau melanjutkan pelajaran ke Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26,

Bagan Datok Perak pada tahun 1940. Ketika zaman pemerintahan Jepun, iaitu dalam

tahun 1942 beliau sempat melanjutkan pelajaran di Madrasah Irshadiyah Tuan Guru Hj

Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk Sungai Petani, Kedah. Dua tahun kemudian beliau

belajar pula di Pondok Haji Idris bin Lebai Hitam, Air Hitam Kedah selama dua tahun.

Pada tahun 1946 beliau menyambung pelajaran beliau di Pondok Bunut Payong dengan

Tuan Guru Haji Tahir dan pada awal tahun 1953 beliau diberi kepercayaan untuk

mengajar di Pondok tersebut. Pada tahun yang sama juga beliau mula berkhidmat di

Pondok Pasir Tumboh, Kelantan (Abdullah Muhammad Zin & Che Yusoff Che Mamat

2002: 72).

Suatu ketika dahulu, terdapat kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu

melanjutkan pengajian agama di Mekkah al-Mukarramah. Sejarah pemergian orang

Melayu ke Mekah telah tercatat walaupun pada hakikatnya telah berlaku sejak sekian

lama. Antaranya ialah pada akhir abad ke -17M, Syeikh Abdul Malik Abdullah (1650-

1736) dari Terengganu telah menetap di sana selama dua belas tahun untuk

menyambung pengajiannya. Haji Ishak bin Muhammad Hashim (1771-1871) yang

berasal dari Kedah pula menetap di sana selama dua puluh tahun dan berangkat pergi

pada tahun 1786. Penghasilan buku-buku yang berkaitan tokoh ulama seperti suntingan

dan tulisan Tajudin Saman pada tahun 1993 berkaitan Tokoh Ulama Nusantara,

Muhammad Abu Bakar pula tentang Ulama Terengganu Suatu Sorotan pada tahun 1991,

Wan Samsudin Mohd Yusof menyatakan tentang Biografi Ulama Kedah pada tahun

Page 283: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

275

1996 dan Ahmad Fathi al-Fatani pada tahun 2001 mengenai Ulama besar dari Pattani.

Melalui hasil tulisan ini dapati bahawa wujud kecenderungan yang tinggi di kalangan

belia-belia Islam di Tanah Mwelayu untuk melanjutkan pengajian di Makkah ( Zulkifle

Abd.Ghani, Othman Talib, Farid Mat Zain & Ezad Azraai Jamsari 2006: 4). Dato‘

Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar antara belia yang dihantar oleh

keluarganya untuk menimba ilmu di bumi Mekkah al-Mukarramah. Di usia 12

tahun,beliau berangkat ke Mekkah bersama keluarganya untuk menuntut ilmu dengan

ulamak-ulamak di Masjid al-Haram, Mekkah al-Mukarramah.

Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar mengharungi pelbagai

rintangan dalam menuntut ilmu, ketabahan dan kesabaran amat diperlukan dalam

menghadapinya. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan rajin ketika dalam

pengajiannya, sikap beliau terhadap guru amat disenangi dan menjadikan beliau anak

emas bagi guru yang mengajarnya. Selain pintar dan rajin dalam pembelajaran beliau

juga seorang pelajar yang sentiasa terkehadapan dalam membicarakan tentang sesuatu

perkara, contohnya dalam setiap perbincangan beliau akan mengutarakan pandangan dan

idea yang bernas. Namun demikian, tidak semua orang menyenangi perlakuan beliau.

Terdapat sebilangan daripadanya merasa iri hati terhadap beliau kerana beliau disayangi

dan kelebihan yang terdapat pada diri beliau seperti petah berpidato dalam bahasa Arab

dan juga bahasa Melayu. Beliau pernah diperlakukan secara kasar oleh sebahagian

daripada mereka, namun beliau tidak membalasnya malah tetap memberikan senyuman

dan berbuat baik kepada mereka (Temubual bersama Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji

Hashim bin Haji Abu Bakar).

Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar merupakan salah

seorang tokoh ulama yang disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat,

terutamanya di Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Keperibadian beliau amat ketara

ketika dalam kepimpinan. Sikapnya yang tegas, berani dan sifat kasih sayang beliau

terzahir ketika menjalankan setiap tugas begitu dikagumi, malah pandangan yang beliau

utarakan sentiasa mendapat sokongan dalam perbincangan. Ini berlaku bukan kerana

pandangan beliau sebagai ketua tetapi disebabkan oleh cadangan yang diberikan bernas

dan bersesuaian dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Selain itu juga beliau

merupakan pemimpin yang amanah serta adil dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan.

Perwatakan beliau yang tenang dapat dilihat daripada wajah beliau yang jernih

dan bersih. Ketenangan dan kedamaian riak wajah beliau menjadikan sesiapa yang

mendampinginya terasa damai dan tenang. Setiap permasalahan yang timbul hilang dan

seolah-olah pergi apabila bertemu beliau. Ini dirasai oleh penulis sendiri, dan

pengalaman ini merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Selain itu

juga setiap perkataan yang dituturkan oleh beliau banyak berunsur nasihat, seperti

mengingati Allah SWT, suruhan bersabar apabila di timpa musibah dan menganggapnya

sebagai satu kafarah dosa daripada Allah SWT kepada hambaNya. Tutur katanya yang

tulus itu telah membawa kesan kepada hati dan dapat diingati sampai ke hari ini. Sifat

sabar, pemaaf, pemurah dan sifat mahmudah yang selainnya sememangnya terdapat

Page 284: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

276

dalam peribadi beliau. Kerendahan hati dan pemurah beliau dapat dilihat ketika berada

bersama beliau.

Beliau amat memberi perhatian kepada permasalahan yang dihadapi Saudara

Muslim. Terdapat ramai Saudara Muslim yang mendapat pendidikan dan perlindungan

daripada beliau sepanjang memimpin Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

Pengkaji merupakan anak angkat beliau. Malahan, beliau menganggap pengkaji sebagai

anaknya sendiri, malah beliau sentiasa memberi wang perbelanjaan apabila kembali ke

pengajian. Ketika itu, pengkaji menuntu di Kolej Uniti,Port Dickson dan melanjutkan

pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu juga beliau telah menaja semua

perbelanjaan pengkaji ketika mengerjakan haji di Mekah pada tahun 2004 di mana

pengkaji pergi bersama beliau dan isterinya, Hajjah Rodhiah binti Haji Abu Bakar. Ini

menunjukkan bahawa betapa pemurahnya beliau dalam aspek ini, Allah SWT telah

merakamkan sifat orang yang sabar di dalam setiap keadaan di dalam surah al-

Baqarah,ayat 17. FirmanNya:

Maksudnya:

" Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa

kesakitan, dan juga dalam masa bertempur ( dalam perjuangan perang sabil ). (Orang

yang sifatnya demikian ), mereka itulah orang-orang yang benar ( beriman dan

mengerjakan kebajikan ), dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa "

Perwatakan dan sifat Dato‘ Paduka Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar

dalam aspek pemakanan pula ialah tidak suka membazir makanan. Beliau akan cuba

menghabiskan makanan tersebut jika mampu melakukan sedemikian, jika tidak beliau

akan menyimpannya di dalam peti sejuk dan akan memakannya semula. Melalui

pemerhatian pengkaji beliau tidak pernah membuang makanan yang tidak mampu

dihabiskan beliau. Ini menunjukkan betapa beliau cermat dalam pemakanan dan tidak

mudah membuang rezeki yang Allah SWT berikan. Sepanjang bersama beliau di

rumahnya di Bukit al-Jiyad, Mekkah al-Mukarramah, beliau mendidik pengkaji

berkenaan penyediaan pemakanan menurut Islam dan menasihati supaya tidak membazir

makanan.

Sifat qanaah beliau jelas terserlah dalam aspek pemakanan, pemakaian dan

kehidupan. Pemakaian yang selalu beliau pakai merupakan jubah yang bewarna putih

dan serban. Beliau juga sentiasa memakai tongkat yang juga merupakan salah satu

simbol kepada seorang yang alim dalam ilmu agama dan juga sunnah Rasulullah saw.

Dalam aspek peribadatan pula, beliau sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadah.

Antaranya solat malam iaitu qiamullail, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Manakala pada bulan Ramadhan kebiasaannya beliau akan mengkhatam al-Quran

sekurang-kurangnya 10 kali. Kesungguhan beliau dalam hal ini diperhatikan oleh

pengkaji ketika menunaikan ibadah di Mekkah al-Mukarramah. Beliau mengingatkan

Page 285: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

277

pengkaji supaya sentiasa membaca surah yang menjadi amalan sehariannya antaranya,

Surah al-Rahman, al-Waqiah, al-Mulk dan beberapa surah lagi. Selain itu, wudhuk

mestilah sentiasa ada, jika terbatal mestilah diangkat semula. Beliau juga sentiasa

mengerjakan puasa sunat iaitu hari Isnin dan Khamis, tidak ketinggalan hari-hari yang

disunatkan puasa seperti hari Asyura dan sebagainya.

Dari segi pendidikan pula, beliau amat menekankan niat dalam menuntut ilmu.

Sering kali beliau mengingatkan Saudara Muslim untuk mendapatkan ilmu yang berkat

di sisi Allah SWT, perlu menanamkan niat belajar kerana Allah SWT. Beliau amat

menekan ilmu asas-asas Islam seperti ilmu tauhid, syariah, akhlak dan tassawuf kepada

Saudara Muslim yang baru memeluk Islam. Selain daripada itu, beliau menekan

kepentingan dan kesungguhan kepada Saudara Muslim untuk mempelajari al-Quran.

Bidang pengajian al-Quran bagi Muslimah diajar oleh isteri beliau sendiri. Setiap kata

yang keluar dari mulut beliau adalah ilmu, nasihat beliau adalah ilmu, perbuatan beliau

berunsurkan ilmu, fikiran beliau berdasarkan ilmu dan tindakan beliau tidak pernah

menafikan rujukan kepada ilmu. Pendek kata, setiap kali bertemu muka dengan beliau,

pelbagai ilmu yang akan dicurahkan. Selain daripada itu, beliau megambil berat Saudara

Muslim yang memeluk Islam dan masih mendapat tentangan daripada keluarga

kandung. Permasalahan sedemikian membuatkan beliau terasa amat bertanggungjawab

dan beliau dengan akal fikiran yang cerdik pintar akan member nasihat yang penuh

hikmah kepada Saudara Muslim untuk menghadapi permasalahan berkaitan. Saudara

Muslim di Pondok Pasir Tumboh amat menghormati dan menyanyangi beliau kerana

perwatakan yang berilmu, lemah lembut dan penuh dengan hikmah.

Oleh yang demikian, diketahui bahawa beliau merupakan tokoh yang sentiasa

berada dalam kesejahteraan. Tidak kira dalam aspek apa sekalipun, malah ibadah yang

dilakukan oleh beliau begitu dikagumi oleh pengkaji sendiri kerana dalam usia yang

sedemikian beliau masih aktif dalam kepimpinan dan masih cergas dalam ibadah. Tuan

Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar merupakan salah seorang tokoh ulama yang

berkeperibadian tinggi dan berkarisma dalam bidang keagamaan. Sumbangan yang

beliau berikan begitu banyak sekali sehinggakan diberi penghormatan. Inilah tokoh yang

mesti dihormati oleh masyarakat. Keperibadian beliau yang luhur dan keadilan beliau

dalam kepimpinan menyebabkan masyarakat begitu menghormati dan menyanjungi

beliau apatah lagi kerana ilmunya yang tinggi dan sifat merendah diri beliau. Segala jasa

dan pengorbanan beliau dalam melahirkan ilmuan agama terutamanya pelajar daripada

Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan ini begitu meninggalkan kesan yang

mendalam dalam diri setiap pelajar terutamanya dari segi akhlak. Semoga beliau

sentiasa dalam rahmat dan redha Allah selalu dan semoga Allah mengurniakan beliau

kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa. Amin.

Pada tarikh 30 Ogos 2011, jam 1.15 pagi, ketika mana umat Islam merayakan

Hari Raya Aidilfitri, tokoh ulama tersohor itu telah kembali rahmatullah dalam usia 91

tahun di rumahnya di Komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota

Bharu, Kelantan, kerana sakit tua.

Kesimpulan

Page 286: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

278

PERKIM Kebangsaan jelas telah menjalankan dakwah Islamiah dengan baik dan

sistematik. Program dakwah Islamiah PERKIM Kebangsaan melalui pendidikan,

merupakan satu sokongan kepada usaha dakwah Islamiah secara menyeluruh di

Malaysia khususnya kepada Saudara Muslim dan khasnya kepada masyarakat Cina,

India, Orang Asli dan Bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Dakwah melalui

pendidikan oleh ulamak Timur Tengah kepada Saudara Muslim menghasilkan Saudara

Muslim yang kental keimanan dan patuh kepada tuntutan ajaran Islam. Ia mampu

membentuk masyarakat Islam yang beriman, berilmu dan beramal serta menjalankan

dakwah dalam masa yang sama memartabatkan agama Islam.

Rujukan

Al-Qur‘an

A.Hasjmy.1994. Dustur Dakwah Menurut Al-Qur‘an. Jakarta. PT Bulan Bintang.

Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian

al- Qur‘an.Terj. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Abdullah Muhammad Zin & Che Yusoff Che Mamat 2002. Dakwah Kepada

Masyarakat Muslim Di Malaysia, (Pondok Pasir Tumbuh dan Peranannya

Dalam Dakwah )

Al-Jaza‘iri, cAbd al-Rahman.1990. Kitab al-fiqh

cala al-madhahib al-arba

cah. Beirut.

Dar al-Fikr.

Bahi al-Khuli.1983.Tazkiyah al-Du‘at. Beirut. Dar al-Qur‘an al-Karim

Ensiklopedia Islam. 2005

http://epondok.tripod.com

Laporan Tahunan 2010 Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali ke-50

Mahayudin Hj. Yahya. 2001. Islam Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka

Perlembagaan PERKIM, t.th

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia http://www.perkim.net.my pada 30 Ogos 2010

Pustaka.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Dr. Faudzinaim Hj. Badaruddin & Khairil Khuzairi

Omar (pnyt.). 2005. Masa depan saudara baru: Harapan, realiti & cabaran.

Bangi:, Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Temubual bersama Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar. 30 Mac 2007.9.30 pagi

Page 287: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

279

Temuramah bersama Radhiah Haji Abu Bakar, 29 Mac 2007. 2.45 ptg.

Zulkifle Abd.Ghani, Othman Talib, Farid Mat Zain & Ezad Azraai Jamsari. 2006.Syeikh

Abdullah Fahim Ulama Progresif.

Page 288: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

280

Page 289: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

281

IMPAK PENUBUHAN PUSAT PEMBANGUNAN MINDA INSAN (PPMI)

TERHADAP

PENDIDIKAN MASYARAKAT MUALLAF PALAU’ DI SABAH

Azizan Ahmad, Wan Muhaizan Wan

Pusat Akreditasi Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Palau‘ adalah etnik terpinggir di Sabah. Bilangan etnik ini mencecah 7500 orang yang

memerlukan pembelaan terutama aspek pendidikan. HALUAN MALAYSIA mengambil

inisiatif menubuhkan Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) bagi mendidik anak-

anak masyarakat Palau‘. Kini seramai 315 kanak-kanak Palau‘ mendapat pendidikan 3M

dan Fardhu Ain di PPMI. Perubahan aspek keilmuan, sikap, nilai dan kemahiran

insaniah dalam kalangan anak-anak Palau‘ amat memberangsangkan. Impak penubuhan

PPMI secara tidak langsung adalah menyebabkan masyarakat Palau‘ yang terdiri dari

ibubapa, belia, remaja dan kanak-kanak secara sukarela telah memeluk Islam seramai

3000 orang.

1. Pendahuluan

Pada umumnya Masyarakat Palau‘ (Bajau Laut) di Sabah yang dikenali sebagai Pelauh

adalah masyarakat bajau asli laut yang amat terpinggir dari arus pembangunan dalam

semua aspek. Mereka sememangnya tidak mempunyai rumah kediaman di darat kerana

selesa mendiami perahu-perahu kecil yang dikenali sebagai lepa-lepa. Kehidupan

mereka yang berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain sekadar untuk

mendapatkan perlindungan dan makanan seperti ikan, rumpai laut dan sebagainya.

Mereka kini bertaburan di sepanjang pantai timur Sabah khususnya dari Tungku hingga

ke Semporna Sabah.

Ada juga sebahagian dari mereka yang sudah menetap di persisiran pantai timur Sabah.

Kebanyakan mereka adalah nelayan secara tradisional bagi menjana sumber ekonomi.

Di samping itu juga masyarakat Palau‘ kebanyakannnya tidak mempunyai pegangan

agama sejak kelahiran nenek moyang mereka. Mereka juga tergolongan dalam

kumpulan penduduk tanpa dokumen (kad pengenalan) yang sah dari Kerajaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu anak-anak mereka tidak mendapat sebarang pendidikan.

2. Penyelidikan (Input)

Penyelidikan sosio-ekonomi menunjukkan bilangan ketua isi rumah mencecah 1000

orang dan isi rumah masyarakat bajau laut (palauh) adalah seramai bilangan 7500 orang

yang bertebaran sepanjang Pantai Timur Sabah mulai dari Tambisan Lahad Datu

sehingga ke Tawau, Sabah. Kini bilangan mereka mula meningkat di Pantai Barat Sabah

khususnya di Kudat dan Kota Kinabalu.

Page 290: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

282

3. Perlaksanaan (Proses)

Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) adalah sebuah entiti Pendidikan atau Sekolah

Harian. Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) ditubuhkan oleh HALUAN semata-

mata untuk membantu aspek pendidikan masyarakat Palau‘ Pantai Timur Sabah. Kelas

Bimbingan Insan dilaksanakan di PPMI untuk kanak-kanak yang berumur antara 7

hingga 12 tahun. Tabika Bimbingan Insan pula dilaksanakan untuk kanak-kanak yang

berumur antara 5-6 tahun. Pendidikan adalah secara percuma. Kelas pengajian diadakan

mulai jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tgh setiap hari. Pengisian kelas adalah kaedah 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira serta kelas fadhu ain dan Al-quran. Disamping itu

mereka dididik dengan nilai-nilai murni, disiplin, kebersihan dan kekemasan diri serta

kemahiran insaniah.

Pada peringkat awal seramai 315 kanak-kanak Bajau Laut (Palau‘) telah mendaftar

sebagai pelajar di Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) yang pertama didirikan

iaitu di Kg. Kabog Kunak Sabah dan yang kedua didirikan adalah PPMI Pulau Mabul,

Semporna di Sabah. Pada masa akan datang pihak HALUAN akan menubuhkan PPMI

yang ketiga di Kg. Hidayah Pulau Bum-Bum Semporna Sabah. Para ibubapa memberi

sokongan penuh terhadap kelas bimbingan yang diadakan mulai September 2011

sehingga kini.

4. Impak (Outcome)

Para anak-anak dan ibubapa mengenali Islam – kerana mereka sebelumnya

adalah tanpa agama

Para Ibubapa dengan sukarela memeluk Islam kerana yakin dengan pendidikan

di PPMI

Kanak-kanak Palau‘ menguasai 3M – pembasmian buta huruf dikalangan anak-

anak Palau‘

Kanak-kanak Palau‘ menguasai fardhu ain dan Al-quran – secara tidak langsung

memeluk Islam

Kanak-kanak Palau‘ yang menguasai Al-Quran dididik Sekolah Tahfiz Al-Quran

Penerapan nilai dan kemahiran insaniah dipertingkatkan dari pelbagai tahap

Perubahan sikap, personaliti dan imej serta sahsiah diri amat ketara dalam

kalangan anak-anak Palau‘ berbanding sebelumnya.

Para ibubapa dan belia diberikan tunjuk ajar solat.

Pihak JAKIM dan JAHEINS memberi sokongan pendidikan agama masyarakat

Palau‘.

Page 291: PROSIDING - Universiti Kebangsaan Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Selangor, Malaysia ©Sekretariat ICMuD2013, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan

283

Masyarakat setempat memainkan peranan masing-masing dalam usaha

pembangunan fizikal PPMI.

Kesimpulan

Masyarakat Palau‘ adalah golongan yang amat perlu dibela dan dibangunkan secara

terancang seperti masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia. Hakikatnya mereka

perlu diberikan hak kemanusiaan untuk menikmati pembangunan khususnya aspek

pendidikan. Dengan itu HALUAN mengambil inisiatif untuk membantu mereka dalam

aspek pembangunan rohani, jasmani dan intelek agar menjadi insan yang berguna

kepada Negara pada masa depan.