islam hadhari: persepsi orang melayu dalam menghadapi

15
Oleh Abdul Jalil Haji Ishak Jabatan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang.Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas keija ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pemah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam. menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan kemasyarakatan, ekonomi dan tahap kekuatan irnan sejati. Cadangan dan. pemikiran mengenai kebarangkahan orang Melayu khasnya dan rakayat Malaysia yang lain amnya boleh menawan hati masyarakat antarabangsa lain dalam agenda pembangunan fizikal dan spiritual sejagat menerusi perkongsian bijak turut diperkatakan. Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi Tuntutan dan Cabaran Milenium

Upload: vonhu

Post on 16-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Oleh Abdul Jalil Haji IshakJabatan Geografi

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan

muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan

datang.Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain

jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas keija ini

cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan

negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri

Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban

Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang

dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pemah digambbarkan Windstead

sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran

terhadap kemampuan orang Melayu dalam. menghadapi cabaran dan tuntutan masa

hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan,

kejiranan dan kemasyarakatan, ekonomi dan tahap kekuatan irnan sejati. Cadangan dan.

pemikiran mengenai kebarangkahan orang Melayu khasnya dan rakayat Malaysia yang

lain amnya boleh menawan hati masyarakat antarabangsa lain dalam agenda

pembangunan fizikal dan spiritual sejagat menerusi perkongsian bijak turut diperkatakan.

Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam MenghadapiTuntutan dan Cabaran Milenium

Page 2: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Oleh Abdul Jalil Haji IshakJabatan Geografi

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam MenghadapiTuntutan dan Cabaran Milenium

Preamble

Kemunculan ungkapan Islam Hadhari secara lebih rancak sejak kebelakangan ini menuntut orang Melayu melalcukan muhasabah diri akan pelbagai kemungkinan yang bakal ditanggulangi terutama pada milenium yang akan datang. Orang Melayu yang terdiri daripada kira-kira 50 peratus rakayat pelbagai kaum di Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi cabaran dan tuntutan daripada segenap bidang jika mahu menjadi warga negara yang berjaya dan berdaya saing seiring dengan penduduk lain.Orang Melayu harus bersiap sedia menangani pelbagai tuntutan, cabaran dan harapan berasaskan gagasan dan aspirasi pemimpin yang diterajui YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang mengasaskan kepemimpinan cemerlang, gemilang dan terbilang, ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang benar-benar utuh dari segi kedaulatan dan juga maju, bukan sahaja dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam perincian gagasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, malahan juga seimbang dari segi I-Quotient (I-Q), Emotional Quotient (E-Q) dan Social Quotient (SQ).Kertas keija in? bertujuan meninjau tahap resilien dan ketahanan dan orang Melayu dalam menangani pelbagai tuntutan dan cabaran berdasarkan beberapa premis termasuklah institusi kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan, integrasi nasional, tahap pencapaian ekonomi dan hubungan antarabangsa dalam menjana ide globalisasi sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah satu peneraju keamanan dan kesejahteraan di rantau ini.

Page 3: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Pengertian Istilah An atomi Orang Melayu

Istilah Melayu dalam konteks ini boleh diungkap sebagai...

The Malay is a practicing Muslim, residing in Malaysia, whose roots go back to his ancestors o f the Old Malacca Empire and o f those who were the sons o f the soil in the other parts o f the Malay Archipelago, stretching as far back in history as 3000 BC. The Malay is endowed with a cultural heritage that has made him latown throughout as the “gentleman o f the world”. The Malay lives in a sanguine environment that is free from the vagaries o f the weather and the harshness o f natural calamities. The grace that God Almighty has bestowed upon the Malay has molded him into a person who follows the path o f temperance, making him a gentle and considerate person. His attributes and personality are clearly reflected even in the finest o f Malay cultural dance, which is expressed in slow and graceful movements depicting his affinity with the peaceful surroundings. The Malay is also a wonderful and gracious host to his guests and this has been depicted in the writings o f not a few Westerners, at times putting him at a disadvantageous position when dealing with others. But over time, he has also learned to manage his boundaries, be they physical or psychological well. The modern Malay is suave, savvy, enterprising and values-driven. The globalised world will be his next battleground. ”

Sumber :Ismail Noor dan Muhammad Azaham (2000).The Malays :Par Excellence ... Warts and a ll; An Introspection

Mengimbau Sejenak Cabaran Orang Melayu Dalam Kontak Sejarah Antarabngsa

Dengan kejumpaan bijih timah di Lembah Kinta oleh pihak British selepas 1874, British membawa masuk buruh dari China secara lebih terancang dengan tujuan mempelbagaikan ekonomi Malaya. British turat mengimport tenaga pekeija di kalangan orang India dari East India Company bagi membangunkan ekonomi agraris di negara ini

Sayugia diingat bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada masa itu, sudah pun terkenal dengan empayar yang luas. Melaka pada masa itu terkenal di seluruh antero dunia sebagai tempat perhimpunan pedagang antarabangsa tennasuk pedagang dari Arab dan Parsi, sehingga terkenal dengan jolokan ‘malakat1, yakni tempat pertemuan peniaga dan pedagang dari seluruh dunia. Justeru, pertembungan pelbagai bangsa sudah wujud sebelum kedatangan Inggeris lagi. Seawal tahun masehi 1403, Melaka sudah dikunjungi Yin Chin dari China. Misi persaudaraan itu diperkukuhkan dengan kunjungan rasmi Admiral Cheng Ho pada 1409 sekali gus meletakkan Kesultanan Melayu Melaka di bawah naungan China. Ini secara langsung melonggarkan cengkaman kerajaan Siam terhadap sovereignty terhadap Kerajaan Melayu Melaka.

Page 4: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Ketika Pulau Pinang dibuka oleli Francis Light pada 1786, tidak terdapat orang. China atau India di Pulau Mutiara Timur itu. Kemudian, orang China membabitkan diri sebagai peniaga kecil, buruh lcasar, petani dan penanam sayur, rempah, buah pala dan tebu. Orang India datang sebagai. peniaga, buruh. kasar dan ‘sepoi’ kepada tentera British (Ooi Jin Bee, 1963). Sehingga 1812, terdapat 7,000 orang India daripada keseluruhan penduduk Pulau Pinang yang bequmlah 26,000. Menjelang 1820, angka itu meningkat kepada 8,500. Padatem poh yang sama, terdapat sejumlah 8,300 orang China.

Ketika Singapura dibuka oleh Raffles pada 1819, kebanyakan orang Melayu bekerja sebagai nelayan di pulau tersebut. Dalam beberapa tahun sahaja, penduduk di situ bertambah menjadi 4,700 orang dengan kedatangan seramai. 1,150 orang China . Orang China berminat menanam tanaman gambir, nanas dan sayuran. Pada 1850, daripada penduduk keseluruhan yang beijumlah 53,000 orang itu, 28,000 adalah berbangsa China. Di Melaka pula, penduduk pada 1826 iaitu selepas diserahkan oleh pihak Belanda kepada British ialah seramai 25,000. Daripada jumiah itu, seramai 2,300 berbangsa India. Manalcal orang China pada 1750 berjumlah 2,160 orang daripada jumiah penduduk keseluman iaitu 9,600 orang. Jumiah penduduk China bertambah menjadi 4,100 pada 1826.

Daftar 1: Perbandingan Penduduk Imigran Dan Penduduk Melayu Di Negeri Selat P a d a 1871

Bangsa Pulau Pinang Singapura Melaka Jumiah

China 36,561 54,572 13,482 104,615India 18,611 11,501 3,278 33,390Eropah 433 1,946 50 2,429Nasrani dan lain- lain

2,409 2,951 2,850 8,210

JumiahPendudukImigran

58,014 70,970 19,660 148,644

JumPendudukMelayu

75,216 26,141 58,096 159,453

JUM LAHB E SA R

133,230 97,111 77,756 308,097

Sumber: Ooi Jin Bee (1963). Land, People and Economy in Malaya,m.s 108

Page 5: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Tanggapan Masyarakat Kolonial Terhadap Bangsa Melayu (Dengan izin)

Rhetoric Sejarah :

John Francis Gamelli Careri yang datang ke Melaka pada 1665 menyatakan Melayu beragama Islam adalah pencuri handalan. Banyak tulisan dan sorotan mengenai sifat dan sikap orang Melayu diungkap dalam pelbagai tulisan. Tulisan terawal ditulis Tome Fires yang mengungkapkan bahawa orang Melayu cemburu (Syed Hussein Al-Atas, 1989). Selepas satu abad pemerintahan Portugis di Melaka, pegawai Portugis menghuraikan orang Melayu menyenangkan, ramai yang nakal dan sangat ceroboh. Menuiutnya, mereka berakal dan cerdas tapi mengabaikan pelajaran. De Vellez Guirrero, Kapten Portugis menyatakan orang Melayu biadab.

Seorang Belanda, Francois Valentyn menyatakan Melayu lincah, lucu, cerdik, berbakat dan paling sopan santun di dunia timur.

Sir Stanford Raffles mengatalcan Melayu malas, suka membalas dendam, sensitif pada penghinaan dan suka bennain senjata. Raffles menulis bahawa Melayu tidak mempunyai perkembangan intelektual yang tinggi lantaran tidak ada sistem imdang-undang yang baik.Menurut Syed Hussein Al-Atas, Kapitalisme penjajah tidak mementingkan ilmu pengetahuan bagi mengeksploitasi hasil perlombongan dan pertanian, tenaga buruh dikerah bagi tujuan jelek.

Sejak abad ke-19, gambaran negatif orang Melayu malas masih dominan. Hugh Clifford dan Frank Swettenham menyedari bahawa proses an] akan paradigma perlahan-lahan menguasai pemikiran orang Melayu. Begitu pun, Swettenham. menghuraikan:

“...OrangMelayu'berkulit sawo matang, agakpendek,gempal, dan kuat, dan ketahanan mereka tinggi. Wajahnya biasanya jujur dan menyenangkan. la tersenyum kepada orang lain yang . menyapanya sebagai orang yang sedarjat.Ia (dijadikan) dengan baik dan bersih, berdiri gagah, tangkas menggunakan senjata, terampil membuat jala, mengayuh basikal, dan menguasai perahu;biasanya iaperenang danpenyelam yang ahli...D ipihak lain, ia cenderung bersikap angkuh, khususnya terhadap orang asing... ”

(Syed Hussein Al-Atas (1989),m.s.ll).

Clifford membandingkan Melayu di Terengganu dengan Melayu di Pahang. Menurutnya, Melayu Pahang berfikiran maju tentang ketenteraan, ahli permainan cinta gelap dan olahxaga yang dilaxang agamanya.Mereka dungu, tidak beragama, tidak intelek dan angkuh. Sifat kebajikan merka adalah kejantanan dan mereka sanggup memberikan kesetiaan luar biasa kepada seseorang.

Page 6: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Mengenai sikap mereka terhadap keija di kalangan orang Melayu, Clifford menyorot:

“...ia sering tidak mahu menyiksa dirinya untuk dipujuk ataudigoda bagi melakukannya meskipun dengan tawaran upah yang sangatmengiurkan. Namun, jika dibisikkan dengan kata bertuah ke telinganya,ia akan datang tanpa berisik dan benar-benar bekerja keras tanpa upahmembawa serta makanan untuknya... ”

Mengenai Melayu di Terengganu, Clifford menulis: (dengan izin)

“...Pertama dan terpenting, mereka adalah manusia yang damai. Mereka tidak memiliki ‘nafsu setia ’ kepada penguasaha mereka yang melewati batas.

Tentang Melayu di Kelantan pula, Clifford menggarap: (dengan izin)

" ...mereka tidak mempunyai harga din , mudah tersinggung, perasa, dan jika menentang, mereka melakukannya dengan cara yang bodoh. Mereka unggul dalam kebolehan mencuri, memperolehi sanjungan pencuri di antara pencuri... ”.

Seorang penulis Eropah dipetik :

“...Tetapi untuk pekerjaan melombong yang membosankan—keras, tidak menarik, itu-itu saja, kerja keras tanpa akhir dengan pemukul dan bor, beliung dan sekop, a “..tan cangkul dan keranjang—yang berlangsung hinggabelakang ini, hanya satu suku bangsa yang perlu dipertimbangkan, yakni orang China yang sabar, lamban, hemat dan idet ”

Orang China dianggap ulet kerana mereka melakukan bentuk kerja paling rendah. Orang Melayu dianggap malas, bukan kerana mereka benar- benar malas, tetapai kerana mereka menghindari jenis kerja budak yang dilakukan orang China dan India kerna terpaksa mengingat status imigran mereka

Beliau menyambixng :

“ Orang Melayu adalah penjebakyang unggul, dan mereka memborong hadiah yang dibayar oleh pemerintah untuk pembasmian hama. Pada tahun 1904, dibayar sekitar lima ringgit atas hasil jeratan termasuk 45 ekor harimau, 20 ekor harimau tutul,

dan 13 ekor harimau kumbang, di samping 989 ekor ular, 1,130 ekor buaya, dan 1,732 butir telur buaya... ”

Page 7: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Laporan Sungai Ujong 1882 menyatakan permintaan tenaga buruh Cina dan Tamil bagi menggantikan Melayu:

“Tidak ada yang dicari kecuali tenaga orang Tamil dan China. Penduduk asli Malaya tidak cukup jumlahnya, dan dia tidak suka lapangan kerja di ladang besar. Orang Melayu membenci pekerjaan rutin. Di ladang orang Eropah, tenaga kerja terdiri kebanyakannya para imigran Tamil, China dan Jawa...

Abdullah Abdul Kadir, Munshi, dalam Kesah Pelayaran Abdullah (1961) memberikan gambaran masyarakat Melayu di Pahang.

Sa-bermula, ada-lah bahasa mereka itu bahasa Melayu, lagi halus dan betul jalan bahasa, kerana asal-nya. bahasa-nya itu dari Johor. Maka ada-lah saya tersangat dukacita ada-nya sebab sayang hati mendengarkan bunyi bahasa merekaitu terlalu bagus lagi dengan manis-nya kerana tiada mereka itu mahu belajar bahasa-nya sendiri...berapa ribu orang yang tiada tahu membacha surat dan menyurat dan duduk dalam bodoh dengan buta mata-nya; kayu dikatakan-nya batu dan langit hendak di-chapai-nya dengan tangan-nya... ”

Di Terengganu, Abdullah menyorot:

“Bermula saya lihat hal orang-orang dalam negeri itu miskin belaka, lagi dengan kelakuan malas dan lalai sa-panjang hari. Dan lagi kebanyakan pula anak raja-raja dan hamba raja pada tiap-tiap kampong dan jalan. Dan pakaian mereka itu tiada bagus, penoh dengan daki dan kotor badan-nya. Tetapi pada tiap-tiap orang ada empat lima batrang champak-buang dan sa-bilah keris dan satuchenangkas, itu-lah kerja-nya memikul senjata ka-hulu ka-hilir...

"...tetapi laki-lald-nya semua-nya malas, dengan makan tidor dan membaiki senjata, itu-lah kerja-nya orang yang dalam negeri itu..

Page 8: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Membicarak.au dari segi dialek tempatan, Abdullah mengungkap: (dengan izin)

“...Kalakian, maka ada-lah bahasa mereka itu bahasa Melayu; tetapi bunyi-nya bahasa-nya itu berlainan daripada bunyi Melayu, dan changgong pada telinga, dan pelat mereka itu hampir-hampir saperti pelat Kedah. Maka kata kita “tuan ” kata-nya “tuang’; maka kata kita “Allah” kata-nya "Alloh”; kata kita “jangan" kata-nya jangang”, kata kita “bulan”, kata-nya “bulang”, tetapipertutoran-nya sahaja demikian; maka apabila ia menyurat betul-lah huruf-nya saperti kita ada- nya. Tetapi ada-lah sadikit orang dalam antara mereka itu yang pandai menulis, lagi pun bagus bekas tangan-nya menulis ‘Arab, saperti K or’an dan kitab-kitab bahasa Arab; maka jarang yang dalam bahasa Melayu. Maka sebab itu kebanyakan terpuji Kor ’an Terengganu itu dalam negeri lain-lain

“....Shahadan di-antara mereka itu ada-lah dua bahagiyang tiada mengaji, dan sa-bagi yang tahii; dan empat bahagia yang tiada tahu membacha surat Melayu dan sa-bahagiyang tahu... ”

Adnan Haji Nawang (1996) dalam memperkatalcan. tentang pemikiran Pendeta Za’ba, banyak mengungkapkan sudut pandangan cendekiawan itu terutama terhadap kritilcannya mengenai orang Melayu.

Za’ba pemah dipetik sebagai berkata:Terlebih wajib lagi daripada menghadiahkan kapalperang Dan memberipiutang kepada lain-lain negeri itu, maka iaitu ialah Tempatpelajaran yang sempurna bagi anak-anak buminya...

Demi mewujudkan scenario sesuai dengan matlamat Islam liadhari, pengalaman Za’ba boleh dijadikan ikutan kepada anak-anak kita di rumah, misalnya :

Sebelum tahu baca dan tulis saya telah pandai mengaji Quran diajar oleh bapa sendiri. Bukan main teruk, dia garang benar. Khatam Quran kira-kira umur lapan tahun...

Gambaran di atas adalah hasil pemerhatian orang luar dan juga cendekiawan tempatan sendiri terhadap bangsa Melayu pada zaman kolonial. Pembangunan material dan insaniah mengubah peribadi Melayu dengan gambaran budi pekerti yang lebih pragmatic, sesuai dengan peredaran zaman. Melayu era siber pula mencerminkan perwatakan Melayu yang didorongi tingkah laku dan personality trait yang lebih mapan, segak dan bergaya bukan sahaja pada ukuran ku’.it luar sahaja malahan memaparkan sifat peribadi mulia.

Konotasi Islam Hadhari

Istilah Islam Hadhari merupakan istilah baru, meskipun dari segi amalannya ia sudah lama dipraktikkan. Islam hadhari menggarisbawalikan hasrat pemimpin dan rakyat dalam usaha mewujudkan negara Islam yang maju, berdaya saing, serta mempunyai identiti dan

Page 9: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

entiti Islam global dalam mengharungi liku pentadbiran negara secara aman bahagia dan menjanjikan kesejahteraan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan adat res am, keturunan dan agama.

Hari ini istilah Islam Hadhari sudah dianggap istilah kontemporari. Justeru, ia boleh disifstkan kepada istilah yang pemah diperkenalkan sedikit masa dahulu, iaitu Islam Madani. Yang berbeza barangkali ialah dari segi penafsirannya.Mejar (B) Abu Dzar pemah dipetik sebagai berkata Islam Hadhari lebih praktik lantaran ia mendekati makna hadhir. Justeru, sifatnya yang hadir, sudah semestinya keberadaannya menuntut penyelesaian terhadap perkara pokok yang bersifat the here-and-now dan berasaskan 5 prinsip Ws yakni What-is, Where-is, When-is, Why-is dan How-is.

Dengan perkataan lain, Islam Hadhari merujuk kepada wahana merealisasikan misi dan visi pemimpin kita ke arali membentuk sebuah kerajaan yang adil lagi saksama, terhindar daripada sebarang gejala rasuah, serta mencorakkan kepemimpinan bersifat madani, manakala rakyat pula turut melaksanakan pelan pembangunan secara kolektif berprinsipkan falsafah semut iaitu menjalani sesuatu impian itu bersandarkan kata-kata hikmat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Islam hadhari menjulang 10 teras yang menjadi tunggak wawasan jentera kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.Selain mendalami kefahaman terhadap keutuhan budaya di kalangan penduduk berbilang kaum, ia turut memberi penekanan kepada pembangunan sosio-kultur dan pembangunan material wealth, termasuk penekanan terhadap aspek bioinformatik. Secara simplistic, kita boleh mengatakan Islam itu hadir, ertinya dalam apa jua tindakalan yang dilakukan, sudut pandangan Islam tulen sentiasa diberi pertimbangan yang wajar, seperti kata madah : Hadir di mata hadir di hati.

Ini bererti, Islamm Hadhari memerlukan penganutnya melakukan anjakan paradigma secara total dalam menjana kehidupan seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual secara penuh komited, bersepadu dan berterusan.Islam Hadhari memperkatakan sesuatu mengikut hak asasi, dan sudut pemikiran Islam dan peradaban manusia.Islam itu hadir dari segi apa yang digalurkan sentiasa segar dan boleh dipraktikkan dalam pelbagai situasi dan tempat tanpa prejudis pada elements o f space and time. Islam hadhari adalah Islam dalam bentuk yang diwahyu oleh al-Quran dan yang diajar oleh Junjungan Besar kita Muhammad SAW menerusi Hadis soheh dan ijtimak ulama.

Page 10: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Islam hadhari mencakupi keseluruhan nilai akhlak bagi pembinaan umat seluiuh alam yang teguh dan kuat imannya bagi kedua tamadun iaitu tamadun material dan tamadun spiritual. Kedua-dua tamadun ini dapat dicapai dengan iltizam bersungguh-sungguh berasaskan penggembelingan serasi persepsi ilmu yang diintegrasikan antara prescribed knowledge and ascribed knowledge. Pandangan Dr Ismail Ibrahim (4 Julai 2004 dalam Mingguan Malaysia) bahawa Islam itu satu.. .iaitu satu agama yang datangnya dari. Allah untuk seluruh umat manusia, yakni bukan untuk orang Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau orang Afrika...amat relevan dalam mendekati intisari wacana mengenai Islam hadhari ini. Islam hadhari mendasari tiga paksi iaitu keseimbangan aqidah, kemantapan syariah dan keutuhan akhlak.

Personaliti Melayu Baru

Bagi tujuan memberikan gambaran personaliti dan perspektif sosial orang Melayu, izinkan penulis mengambil kajian yang dilakukan sedikit masa lalu sebagai premis perbandingan. Seramai 100 responden daripada pelbagai bangsa, umur,latar belakang sosio-ekonomi yang berlainan dikenalpasti dari seluruhuh Malaysia. Beberapa orang dari Singapura, Indonesia, Bangladesh, Thai dan Brunei Darussalam turut dijadikan responden dalam kajian soal selidik bag! mengetahui pandangan mereka mengenai konotasi Melayu malas. Sesi temu bual juga diadakan dengan responden pilihan yang mewakili tahap pendidikan dan profesionalisme yang berbeza. ,

Seramai 55 peratus responden Melayu; Cina (24%), India (17%), lain-lain (3%) dan bangsa luar daripada Kepulauan Nusantara. Persampelan ini dianggap sesuai memandangkan bentuk demografi Malaysia hampir-hampir menyamai persampelan yang diambil. Dari segi jantina pula, lelaki mewakili 54 peratus dan bakinya adalah wanita. Dari segi negeri, responden yang ramai datangnya dari Perak (25 %), diikuti Johor (18 %), Selangor (15%). Negeri-negeri lain masing-masing kurang daripada 5 peratus.

26 peratus responden berkelulusan SPM diikuti STPM (25%); Ijazah pertama (16%); SRP (7%); Diploma (6%); Saijana (6%); Ph.D (2%) dan sekolah rendah (2%). Di kalangan mereka, 27 peratus adalah kakitangan kerajaan; diikuti swasta (23%); bekerja sendiri (18%); pelajar (12%); bersara (6%); dan tidak bekeija 2 peratus.

Sebanyalc lebih 50 item soaian dikemukan dan responden diminta memberikan response berdasarkan Skala L ikert. Responden memilih skala paling sesuai menyangkut persoalan berkisar konotasi sama ada masyarakat Melayu zaman feudal malas atau sebaliknya, aspek penindasan., perubahan paradigma sejak kedatangan penjajah, peranan pendidikan Barat, tabiat Melayu keseluruhannya, tolerensi, institusi Raja, pertembungan kebudayaan, hala tuju orang Melayu dan kepemimpinan , kedudukan intelek Melayu pasca kolonial, Melayu Baru dan Melayu pada era globalisasi.

Page 11: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Beberapa Soalan Tinjauan Mengenai Perspektif Melayu Baru.

Antaranya soalan sama ada orang Melayu dan Bumiputera sanggup menerima Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa jumlah yang bersetuju dan sangat bersetuju ialali 18 peeratus sahaja. Lihat lceratan yang di bawah:

orang melayu dan bumiputera boleh terima bukan melayu sebagai perdana menteri

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid sangat bersetuju 4 4.0 4.0 4.0

bersetuju 14 14.0 14.0 18.0tiada komen 18 18.0 18.0 36.0tidak bersetuju 28 28.0 28.0 64.0sangat tidak bersetuju 36 36.0 36.0 100.0Total 100 100.0 100.0

Mengenai soalan berhubung kedudukan pelajaran di kalangan orang Melayu, respons yang diberikan bahawa anpa pendidikan Melayu tak mungkin maju. Seramai 62 peratus mengatakan pendidikan sangat penting bagi menjana kemajuan dan 22 peratus lagi responden mengatakan pada tahap bersetuju.

Pengkaji juga mengemukakan soalan sama ada orang Melayu miskin sejak zaman pasca merdeka. Dapatan menunjukkan bahawa 75 peratus mengatakan bersetuju atau sangat bersetuju manakala 13 peratus responden berkecuali. Mengenai soalan adakah Melayu suka membazir, dapatan memberi gambaran bahawa 37 peratus mengatakan bersetuju dan 26 peratus tidak bersetuju.Soal fitnah memfitnah sesam sendiri turut diduga. Hasilnya menunjukkan 58 peratus mengatakan kebanyakan orang Melayu sememangnya suka memfitnah sesame sendiri. Mengenai persoalan sama ada orang Melayu suka perangai bermusuhan dengan kaum lam, sebanyak 46 peratus menyatakan bersetuju.

Mengenai agenda pembangunan negara, soalan sama ada orang Melayu perlu bimbingan daripada pihak tertentu, termasuk kerjaan dan bangsa lain menerusi perkongsian bijak. Hasilnya adalah seprti yang tertera dalam keratan yang di bawah:

dalam gagasan pembinaan negara bangsa orang melayu perlu bimbingan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid sangat bersetuju 15 15.0 15.0 15.0

bersetuju 62 62.0 62.0 77.0tiada komen 8 8.0 8.0 85.0tidak bersetuju 13 13.0 13.0 98.0sangat tidak bersetuju 2 2.0 2.0 100.0Total 100 100.0 100.0

Page 12: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Mengenai darjah toleransi dengan bangsa lain, dapatan menunjukkan 65 peratus sama ada sangat bersetuju atau pun bersetuju Secara spesifik, soalan tr.rut dikemukalcan sama ada golongan Korporat Melayu wajar diberi pergantungati kepada kerajaan, sebanyak 45 peratus mengatakan bersetuju. Bagi persoalan mengenai status pencapaian dan kedudukan pelajar Melayu sama ada mereka pintar, berbanding pelajar lain, 50 peratus mengatakan mereka p in tar.

Tinjauan turut dibuat sama ada orang Melayu wajar membenarkan kemasukan pelajar bukan Melayu berdasarkan sistem kuota. Penielasarmya adalah seperti yang berikut.

kuota 10% bukan bumiputera ke MRSM dan UiTM wajar diberikan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid sangat bersetuju 14 14.0 14.0 14.0

bersetuju 30 30.0 30.0 44.0tiada komen 20 20.0 20.0 64.0tidak bersetuju 24 24.0 24.0 88.0sangat tidak bersetuju 11 11.0 11.0 99.099.00 1 1.0 1.0 100.0Total 100 100.0 100.0

Mengenai soalan adakah orang Melayu kurang mempunyai sifat berdaya saing, berbanding bukan Melayu, dapatan menunjukkan 65 peratus mengatakan sama ada bersetuju atau sangat bersetuju kepada persoalan terbabit.

Berikut adalah catatan mengenai kejayaan orang Melayu secara keseluruhannya.

kejayaan orang melayu keseluruhannya membanggakan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid sangat bersetuju 9 9.0 9.0 9.0

bersetuju 43 43.0 43.0 52.0tiada komen 19 19.0 19.0 71.0tidak bersetuju 25 25.0 25.0 96.0sangat tidak bersetuju 3 3.0 3.0 99.099.00 1 1,0 1.0 100.0Total 100 100.0 100.0

Mengenai kedudukan istimewa orang Melayu? 83 peratus mengatakan sama ada sangat bersetuju atau bersetuju..

Soalan yang agak sensitive turut dikemukakan, iaitu bolehkah Bukan Melayu menjadi Perdana Menteri? Responden menunjukkan sebanyak 18 peratus sahaja menyetujuinya manakala 64 peratus tidak bersetuju. Aspek perkongsian bijak antara kaum mendapat reaksi menggalakkan. Sebanyak 88 peratus responden menunjukkan reaksi positif.

Page 13: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Mengenai saranan Melayu belajar bahasa Mandarin dan Tamil, 23 peratus mengatakan tidak bersetuju. Persoalan mengenai kepemimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, 72 peratus mengatakan kepemimpinan Tun berjaya meletakkan Malaysia di persada antarabangsa dan 70 peratus mengatakan ketokohannya boleh menyaingi tokoh besar lain di dunia.

malaysia dibawah PM Mahathir mencapai kejayaan membanggakan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid sangat bersetuju 40 40.0 40.0 40.0

bersetuju 32 32.0 32.0 72.0

tiada komen 13 13.0 13.0 85.0tidak bersetuju 9 9.0 9.0 94.0sangat tidak bersetuju 5 5.0 5,0 99.099.00 1 1.0 1.0 100.0Total 100 100.0 100.0

Perbincangan dan cadangan Isu dan Implikasi

Menggarap perkembangan dan kecapaian orang Melayu dalam pelbagai bidang, kita da; mengatakan bahawa prestasi orang Melayu bolehlali dikatakan dapat bersaing dengan kaum lain negara ini bagi sesetengah bidang. Begitu pun, kejayaan dan prestasi mereka masih belum di| mengatasi kaum lain terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan, kedoktor; permodalan hartanah dan bidang yang lain.

Kemajuan dalam bidang sosial .juga tidak menunjukkan prestasi membanggakan jika diukurcj kacamata yang lebih realistic, Ini dapat dijelaskan dalam pencapaian kurang menggalakkan 1 dalam sektor yang membabitkan institusi keluarga, kemasyarakatan dan kejiranan, amalan dan keagamaan, kefahaman dan keprihatinan dari segi integrasi sosial sesame sendiri, pencapaian ill institusi pendidikan, pencapaian dalam bidang ekonomi, malah kelulusan dan pencapaian® Melayu di peringkat pengajian tinggi dan professional, khususnya dalam bidang teknikal dan bids: kepakaran yang kritikal manakala pencapaian Bumiputera dan kepentingan orang Melayu dak, sektor koporat tidak dapat menandingi kejayaan yang dinikmati kaum lain.

Gejala sosial yang melanda generasi muda kita juga memerlukan kaedah dan budi bicaratf pintar demi mewujudkan kosep Islam hadhari yang sejati. Ribuan anak muda kita masih diri awangan tanpa mempunyai hala tuju yang jelas, sedangkan prasarana hiburan dan persekitaran® yang kurang menyenangkan sentiasa menunggu mencari pelanggan. Anak-anak Melayu harusdit kemahiran dan ketrampilan yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan mental mereka. Pen® kedua aspek ketrampilan ini harus bermula dari institusi keluarga.

Sesebuah keluarga Melayu harus mempunyai prasarana tempat tinggal yang lengkap sepertit tidur yang cukup dan selesa, ruang untuk membaca sebagai perpustakaan keluarga, ruang®:

Page 14: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

beribadat, ruang untuk keceriaan dan ruang makan yang selesa. Peranan dan tanggungjawab keluarga hams: disesuaikan mengikut cabaran dan harapan semasa dalam era millennium. Aspek keagamaan perlu disemai dan dibajai dari rumah dengan suami sebagai Ketua Keluarga memimpin isi keluarga ke arah melakukan kebajikan dan kesejahteraan sepanjang masa. Sesekali, ketua keluarga wajar mengadakan mesyuarat di kalangan anggota keluarga bagi menyelesaikan sebarang masalah di samping merancang pelbagai agenda pembangunan keluarga.

Institusi pendidikan kita juga perlu melakukan proses re-engineering bagi memastikan agenda pendemokrasian pendidikan kita dapat disempumakan secara yang dihasratkan. Manifesta pendidikan liberal sudah pastinya dapat membuka peluang yang lebih kepada semua rakyat menikmati tahap pendidikanberkualiti demi masa depan generasi muda yang bakal menjadi peneraju pucuk pimipinan akan datang.

Sekolah hams menyediakan peluang bagi membolehkan pelajar mempelajari lebih banyak bahasa bukan sahaja bahasa ibunda, malahan bahasa kedua yakni, bahasa Cina, bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris. Manakala bahasa Arab dijadikan bahasa mandatory yang diwajibkan kepada semua, agar generasi akan datang akan menjadi intelktual celik bahasa. Apalagi, Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, maka bahasa itu wajib- dipelajari oleh. setiap pelajar Muslim sejak dari bangku sekolah rendah. Proses penempatan pelajar di sekolah berasrama juga perlu disusun semula bagi mewivjudkan integrasi nasional di kalangan pelajar.

Ekonomi orang Melayu perlu anjakan paradigma menerusi proses perkongsian bijak. Projek gergasi berskala global hams didedahkan kepada korporat dan golongan peniaga taraf sederha di kalangan orang Melayu bagi mendedahkan kepada mereka peluang dan cabaran dalam sektor hartanah dan pemiagaan antarabangsa. Perkongsian bijak berdasarkan win-win situation hams bermula dengan kaum lain di negara ini dahulu, sebelum memasuki pasaran global yang lebih kompetitif.

Pendedahan rakyat kepada dunia tanpa sempadan hams ditanggullangi dengan penuh hemah dan berhati-hati. Musuh durjana sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan generasi muda kerana golongan inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Jika golongan ini rapuh dar tidak kukuh, nescaya, benteng kekuatan fizikal dan spiritual orang Melayu tidak kuat dan muda! tumbang. Jika remaja Melayu mudah tumpas, maka mudahlah musuh menguasai pemikiran genera: kita. Pembelajaran berasaskan pembangunan termasuk dalam bidang ketatanegaraan, pertahanan kedaulatan dan kebebasan undang-undang hams disemai dan dibajai dari masa ke semasa aga rakyat kita menjadi lebih resilien terhadap ancaman dari dalam dan luar negara.

Ancaman TCT adalah dirasakan lebih dahsyat daripada serangan senjata berpandu, namun dengai persiapan dalaman serta kekentalan benteng pertahanan fizikal dan spiritual kita, diharapkai generasi kita dapat membentuk budaya hadhari dalam sanubari mereka.

Dalam masyarakat majmuk, Malaysia hams menangani pelbagai isu sensitif yang bolel mencetuskan perbalahan antara kaum dan wilayah. Aspek kesamarataan dan toleransi yam munasabah haras disemai dan dibajai dengan memahami budi dan isi hati masyarakat negara kita Amalan berbaik sangka, berbudi bahasa dan bersopan santun dengan mengekalkan tradisi warisa: boleh mengukuhkan lagi ikatari ukhuwah di kalangan masyarakat.

Page 15: Islam Hadhari: Persepsi Orang Melayu Dalam Menghadapi

Dalam arena antarabangsa pula, orang Melayu harus menampakkan ketinggian budi dal| menyelesaikan pelbagai isu global, bersandarkan ketinggi ilmu, ketrampilan strategi d$ ketangkasan serta ketajaman hemah din supaya seseuatu isu dapat ditangani menerusi pendekati sehalus mungkin, ibarat kata pepatah menarik benag dalam tepung. Hubungan geopolitik Malay® dengan negara luar harus berteraskan prinsip keadilan, berpaksikan kepada falsafah perkongsij bijak bagi memanfaatkan kedua pihak.Persiapan dari segi logistic dalam pelbagai prasarana, bail pendidikan, teknlogi canggih dalam ICT, strategi keselamatan dan ketenteraan, kehakiman da; pembangunan fiscal harus dijana menerusi pelan strategic bagi membuktikan bahawa Malay® benar-benar merupakan model sebuah negara pengamal prinsip Islam hadhari.

Malaysia harus muncul sebagai wira di kalangan negara Islam dan juga negara sedang membaiigt bagi membantu dan membina pelan induk pembangunan sejagat mengikut hala tuju yang sat dengan prinsip Islam hadhari. Ini semua memerlukan proses merenung kembali kekuatandi lcelemahan Malaysia dalam pelbagai agenda pembangunannya sendiri sebelum mengajar orang It mengikut haluan kita, supaya tidak dikatakan orang sebagai mengajar itik berenang.Orang Mfc mesti bersatu manakala integrasi nasional harus dijalin dengan ikatan ukhuwah dengan warg Malaysia di kalangan penduduk berbilang bangsa demi mewujud dan mengekalkan kehamoniit sepanjang zaman.

Jentera kerajaan pula harus mendasari aspek kepemimpinan yang ditunjukkan pemimpin agongft Nabi Besar Muhammad SAW manakala kakitangan awam dan pekeqa dalam pelbagai sektor swasi harus bekeija sebagai satu pasukan dengan perasaan muhibah tersemat di hati sepanjif perkhidmatan.

Sekian. Wassalam.