isl m18 edu 3083

2
EDU 3083 ISL : M18- Nyatakan kemahiran professional guru yang sepatutnya diamalkan Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu: i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus,

Upload: yun-ching

Post on 22-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ISL

TRANSCRIPT

EDU 3083ISL : M18- Nyatakan kemahiran professional guru yang sepatutnya diamalkanIndividu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggiii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggiiii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti

Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )