inventori konsep kendiri tennessee

2
INVENTORI KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS) Pada tahun 1965 Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) telah dibina oleh William Fits. TSCS mengandungi 100 item dan dibangunkan dengan menggunakan pendekatan rasional yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran TSCS boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis terhadap kendiri seseorang individu. Apa yang berbeza antara keduanya adalah dari segi stensil pemarkatan. Untuk tujuan kaunseling, ia dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai skala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri. Di samping itu nilai variabiliti yang melibatkan jumlah keseluruhan variabiliti (Total V), jumlah nilai lajur variabiliti (Column Total V) dan jumlah nilai baris (Row Total V) dapat memberi keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Menurut Fitt, nilai perkali kebolehpercayaan uji dan uji-kembali alat ukuran TSCS adalah antara .60 hingga .92. Nilai pekali yang diperolehi menunjukkan TSCS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi kegunaan di Malaysia pula, TSCS yang digunakan telah dialih bahasa oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah. Kesahan dan kebolehpercayaan bagi TSCS dalam konteks di Malaysia telah dijalankan oleh Chiam (1976; 1981) dan Kamaliah Abu (1993). Keputusan yang diperolehi oleh mereka menunjukkan TSCS mempuna kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan ia sesuai digunakan dalam konteks Malaysia. Dari segi pentadbiran TSCS pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Calon yang mengambil ujian juga perlu diingatkan untuk mematuhi segala arahan yang telah disediakan agar keputusan ujian yang diperolehi kelak tidak bias dan bebas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh menjejaskan keputusan sebenar diri calon semasa menjawab inventori tersebut. Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan.

Upload: siti-mahani

Post on 05-Nov-2015

1.070 views

Category:

Documents


61 download

DESCRIPTION

inventori kaunseling

TRANSCRIPT

INVENTORI KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)

Pada tahun 1965 Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) telah dibina oleh William Fits. TSCS mengandungi 100 item dan dibangunkan dengan menggunakan pendekatan rasional yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran TSCS boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis terhadap kendiri seseorang individu. Apa yang berbeza antara keduanya adalah dari segi stensil pemarkatan. Untuk tujuan kaunseling, ia dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai skala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri. Di samping itu nilai variabiliti yang melibatkan jumlah keseluruhan variabiliti (Total V), jumlah nilai lajur variabiliti (Column Total V) dan jumlah nilai baris (Row Total V) dapat memberi keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Menurut Fitt, nilai perkali kebolehpercayaan uji dan uji-kembali alat ukuran TSCS adalah antara .60 hingga .92. Nilai pekali yang diperolehi menunjukkan TSCS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi kegunaan di Malaysia pula, TSCS yang digunakan telah dialih bahasa oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah. Kesahan dan kebolehpercayaan bagi TSCS dalam konteks di Malaysia telah dijalankan oleh Chiam (1976; 1981) dan Kamaliah Abu (1993). Keputusan yang diperolehi oleh mereka menunjukkan TSCS mempuna kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan ia sesuai digunakan dalam konteks Malaysia.Dari segi pentadbiran TSCS pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Calon yang mengambil ujian juga perlu diingatkan untuk mematuhi segala arahan yang telah disediakan agar keputusan ujian yang diperolehi kelak tidak bias dan bebas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh menjejaskan keputusan sebenar diri calon semasa menjawab inventori tersebut. Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan.

Bagi pengiraan skor dan pembentukan profil TSCS, ia perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Pentafsirannya pula boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor yang setara dengan skor T dan skor Persentil 50.