chai pik yee - faculty of education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri...

26
HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SAINS TAHUN LIMA DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) CHAI PIK YEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Feb-2020

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SAINS TAHUN LIMA DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

CHAI PIK YEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10
Page 3: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10
Page 4: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR SAINS TAHUN LIMA DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

CHAI PIK YEE

Laporan projek dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

Page 5: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10
Page 6: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

iii

DEDIKASI

Untuk ibu dan ayah yang dihormati

yang telah banyak berkorban dan bersusah payah

demi kejayaan anak-anaknya.

Page 7: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana laporan Projek

Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan akhirnya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Puan Yeo Kee Jiar dan Dr. Tan Soo Yin selaku penyelia projek atas

segala bimbingan, bantuan dan teguran beliau yang bernas sepanjang tempoh

penyelidikan ini dijalankan.

Di sini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Azizi

bin Hj. Yahya atas nasihat beliau mengenai instrumen yang digunakan dalam kajian

ini.

Penghargaan juga dituju kepada pelajar dari kursus 5 SPK, 5 SPC, 5 SPP, 5

SPF dan 5 SPN yang sudi menjadi responden saya dan memberi kerjasama bagi

membantu menjayakan kajian ini.

Terima kasih diucapkan khas kepada ibu bapa yang sentiasa memberi

sokongan, sama ada dalam bentuk kewangan atau emosi sepanjang tempoh saya

melakukan projek ini.

Akhir sekali, tidak dilupai rakan-rakan, seperti Kong Yean Fah, Theng Siew

Ling, Ellis Siaw dan lain-lain yang tidak disenaraikan di sini yang telah banyak

menyumbangkan buah fikiran, pendapat, bantuan, galakan dan kerjasama sama ada

secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini dilaksanakan. Sumbangan

anda semua akan saya hargai dan kenang sepanjang hayat.

Page 8: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap konsep kendiri dan hubungan

antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar sains tahun lima di

Fakulti Pendidikan UTM. Perbezaan tahap konsep kendiri dari segi jantina juga

mendapat perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, konsep kendiri bukan

akademik yang merangkumi dimensi konsep kendiri fizikal, moral etika, peribadi,

keluarga, sosial, tingkah laku, kepuasan diri dan identiti telah dikaji. Dengan

menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berasaskan kursus, seramai 140

orang pelajar sains tahun lima daripada kursus SPK, SPC, SPP, SPF dan SPN telah

dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur

tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini

mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10 item yang mengukur

kejujuran pelajar dalam menyatakan konsep kendiri mereka. Nilai kebolehpercayaan

alat kajian adalah α = 0.7498. Keputusan CPA dijadikan sebagai ukuran pencapaian

akademik pelajar. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam

tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap konsep kendiri pelajar

berada pada tahap sederhana. Daripada analisis data, tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara konsep kendiri dan masing-masing lapan dimensi konsep kendiri

dengan pencapaian akademik pelajar. Dari segi jantina pula, tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara tahap konsep kendiri pelajar lelaki dengan

perempuan.

Page 9: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

vi

ABSTRACT

This research is aimed to survey the self-concept and the relationship between

the self-concept and the academic achievement among the fifth year science students

from Faculty of Education, University of Technology Malaysia. The researcher was

also interested in studying the difference of self-concept according to gender. In this

context, researcher focused only on the non-academic self-concept, which includes

the dimensions of physical, moral, personal, family, social, behavior, self-satisfaction

and identity. By using the stratified random sampling method based on course, 140

fifth year science students from SPK, SPC, SPP, SPF and SPN were selected to be

the samples. Meanwhile, Tennessee self-concept scale was chosen as the instrument

to measure the self-concept degree. This scale comprises of 100 objective items,

including 10 items to test students’ honesty in answering the questions. The

reliability of this instrument is 0.7498. CPA was used as the measurement of

academic achievement. In analyzing data, researcher used two kinds of analysis,

which are the descriptive statistic and the inference statistic. Overall, the majority of

students tend to own a moderate degree of self-concept. There was no significant

correlation between the self-concept and the academic achievement. For the eight

dimensions of self-concept, researcher obtained the same result, which means there

was no significant correlation between each dimension with the academic

achievement. From the gender aspect, there was no significant self-concept

difference between the male and the female.

Page 10: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.7.1 Pelajar Sains Tahun Lima Di Fakulti Pendidikan UTM

9

1.7.2 Pelajar Dari Fakulti atau Institusi Lain 10

1.7.3 Penyelidik Lain 10

1.7.4 Ahli Pendidik 11

Page 11: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

viii

BAB TAJUK MUKA SURAT

1.7.5 Masyarakat 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 13

1.9.1 Hubungan 13

1.9.2 Konsep Kendiri 13

1.9.3 Pencapaian Akademik 14

1.9.4 Pelajar Sains 15

1.10 Penutup 15

2 TINJAUAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kerangka Teori Kajian 16

2.2.1 Teori Berpusatkan Individu Carl Roger 16

2.2.2 Teori Allport 18

2.2.3 Teori Maslow 22

2.2.4 Rumusan Teori 25

2.3 Kajian Lepas 27

2.3.1 Kajian Lepas Tempatan 28

2.3.2 Kajian Lepas Luar Negara 30

2.4 Penutup 37

3 METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Populasi Dan Sampel 40

3.4 Prosedur Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Analisis Data 44

3.7 Penutup 46

Page 12: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

ix

BAB TAJUK MUKA SURAT

4 DAPATAN KAJIAN 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Deskriptif 48

4.2.1 Taburan Pelajar Dari Segi Tahap Konsep Kendiri

48

4.2.2 Taburan Pelajar Dari Segi Jantina 48

4.2.3 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar Dari Segi Jantina

49

4.2.4 Taburan Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

50

4.2.5 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

50

4.2.6 Taburan Tahap Konsep Kendiri Fizikal Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

51

4.2.7 Taburan Tahap Konsep Kendiri Keluarga Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

52

4.2.8 Taburan Tahap Konsep Kendiri Moral Etika Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

53

4.2.9 Taburan Tahap Konsep Kendiri Sosial Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

54

4.2.10 Taburan Tahap Konsep Kendiri Peribadi Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

55

4.2.11 Taburan Tahap Konsep Kendiri Tingkah Laku Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

56

4.2.12 Taburan Tahap Konsep Kendiri Identiti Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

57

4.2.13 Taburan Tahap Konsep Kendiri Kepuasan Diri Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik

58

4.3 Analisis Inferens 59

4.3.1 Pengujian Hipotesis Nol 1 60

4.3.2 Pengujian Hipotesis Nol 2 61

4.3.3 Pengujian Hipotesis Nol 3 62

4.3.4 Pengujian Hipotesis Nol 4 63

4.3.5 Pengujian Hipotesis Nol 5 64

4.3.6 Pengujian Hipotesis Nol 6 65

4.3.7 Pengujian Hipotesis Nol 7 66

Page 13: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

x

BAB TAJUK MUKA SURAT

4.3.8 Pengujian Hipotesis Nol 8 67

4.3.9 Pengujian Hipotesis Nol 9 68

4.3.10 Pengujian Hipotesis Nol 10 69

4.4 Penutup 70

5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Kesimpulan 72

5.2.1 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar 73

5.2.2 Perbezaan Tahap Konsep Kendiri Dari Segi Jantina

75

5.2.3 Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Lapan Dimensi Konsep Kendiri Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

77

5.3 Implikasi Kajian 80

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.5 Penutup 85

RUJUKAN 87

Lampiran A 91

Lampiran B 92 - 98

Page 14: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

Kekerapan sampel daripada lima kursus Pembahagian dimensi konsep kendiri Tennessee Penentuan markah bagi pilihan jawapan Klasifikasi pencapaian akademik Klasifikasi tahap konsep kendiri Klasifikasi tahap dimensi konsep kendiri Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981, dalam Mohamad Najib,1999) Taburan pelajar dari segi tahap konsep kendiri Taburan pelajar dari segi jantina Taburan tahap konsep kendiri pelajar dari segi jantina Taburan pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri fizikal pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri keluarga pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri moral etika pelajar dari segi pencapaian akademik

41 43 43 44 44 45 46 48 49 49 50 51 52 53 54

Page 15: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21

Taburan tahap konsep kendiri sosial pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri peribadi pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri tingkah laku pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri identiti pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri kepuasan diri pelajar dari segi pencapaian akademik Prosedur Independent-Samples T Test menguji perbezaan tahap konsep kendiri antara lelaki dengan perempuan Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri fizikal dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri keluarga dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri moral etika dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri sosial dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri peribadi dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri tingkah laku dengan pencapaian akademik

55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67

Page 16: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xiii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.22 4.23 5.1 5.2 5.3

Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri identiti dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri kepuasan diri dengan pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri pelajar Perbandingan tahap konsep kendiri antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan Hubungan antara konsep kendiri dan lapan dimensi konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar

68 69 73 76 78

Page 17: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

Hierarki keperluan Maslow

22

Page 18: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences (Sejenis perisian berkomputer untuk menganalisis data) CPA - Purata himpunan mata nilai SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kimia) SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Fizik) SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Sains)

Page 19: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat pengesahan status pelajar

91

B Skala konsep kendiri Tennessee

92

Page 20: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mengikut Jersild (1952, dalam Burns, 1979), kendiri seseorang merupakan

suatu perjumlahan tentang dirinya yang merangkumi idea bersistem, sikap, nilai dan

komitmen. Kendiri ialah persekitaran subjektif seseorang; ia merupakan pusat

pengalaman dan signifikan yang secara ketaranya berbeza dengan orang lain.

Mengikut Burns (1979), pembangunan konsep kendiri tidak berlaku dalam

fesyen ya-atau-tidak, yang membenarkan kita menyatakan bahawa dalam suatu

jangka masa tertentu, seorang kanak-kanak tidak membentuk konsep kendiri dan

secara tiba-tiba dalam saat seterusnya menyatakan dengan gembiranya bahawa

kanak-kanak itu telah mulai membentuk konsep kendirinya. Seperti yang dinyatakan

oleh beliau, proses pembangunan konsep kendiri tidak betul-betul tamat. Ia terus

berlaku sejak lahir hingga mati, di mana seseorang itu menemui potensi barunya

secara berterusan dalam proses ‘membentuk’. Misalnya, Allport (1955, dalam

Ryckman, 2004) menyatakan bahawa kendiri seseorang membangun secara

berterusan daripada zaman bayi hingga mati dan bergerak melalui beberapa tahap

tertentu yang merangkumi pembentukan kendiri tubuh badan, identiti kendiri,

penghargaan diri, perluasan kendiri, imej kendiri, kendiri sebagai agen rasional,

perjuangan kendiri dan kendiri sebagai pemaklum pada tahap hayat manusia yang

berlainan.

Page 21: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

2

Konsep kendiri sebagai satu komponen pembangunan personaliti manusia

terdiri daripada tujuh aspek fundamental, iaitu konsep kendiri membentuk dimensi

psikologi; ia adalah bersifat multidimensi; konsep kendiri mempunyai organisasi

berhierarki (konsep kendiri umum dan konsep kendiri spesifik); konsep kendiri

adalah stabil, tetapi apabila semakin menurun hierarki, konsep kendiri menjadi

semakin spesifik dan lebih cenderung untuk diubah; perbezaan konsep kendiri

menjadi semakin ketara menurut peredaran umur dan pengalaman; konsep kendiri

merangkumi aspek deskriptif dan penilaian; konsep kendiri boleh dibezakan daripada

konstruk lain yang berkaitan, misalnya pencapaian akademik (Shavelson et al, 1976;

dipetik oleh Garma dan Elexpuru, 1999).

Mengikut Burns (1979), lima punca yang mempengaruhi pembentukan

konsep kendiri seseorang ialah imej tubuh badan, bahasa, maklum balas daripada

orang lain, identifikasi model peranan jantina dan stereotaip serta amalan penjagaan

anak. Secara semula jadi, kelima-lima punca ini tidak berfungsi secara terpisah.

Selain itu, pembangunan konsep kendiri juga banyak dipengaruhi oleh faktor luaran

lain seperti kesihatan, pembangunan intelektual, keadaan ekonomi, pengaruh budaya,

interaksi sosial, tahap pendidikan dan orang-orang yang signifikan dalam hidup

seseorang individu. Mengikut Roger (1959, dalam Ryckman, 2004), orang yang

signifikan termasuk ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya dan mereka yang

dianggap penting dalam persekitaran kita. Walaupun konsep kendiri seseorang

dipengaruhi oleh faktor eksternal ketika zaman awal pertumbuhan manusia (misalnya

zaman kanak-kanak), namunnya dapat meramal tingkah laku pasca hidup kita.

Konsep kendiri seseorang boleh berbentuk positif atau negatif. Menurut Hu,

Seepan dan Yang (1999), konsep kendiri positif mengimplikasikan penerimaan diri

seseorang sebagai manusia yang mempunyai kekuatan dan kelemahan manakala

konsep kendiri negatif merefleksikan perasaan tidak bernilai dan kekurangan

penghormatan dirinya. Arah konsep kendiri seseorang adalah penting bagi remaja

kerana ia mempengaruhi pencapaian peribadi seseorang, terutamanya dalam bidang

pencapaian akademik (Marsh & Yeung, 1997) dan juga berkaitan dengan hubungan

interpersonal, keupayaan fizikal, pemilihan kerjaya dan kejayaan (Hattie, 1992).

Page 22: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

3

Pencapaian tersebut biasanya dilihat bersesuaian dengan nilai masyarakat individu

(Markus & Kitayama, 1991).

1.2 Latar Belakang Kajian

Dari dahulu hingga sekarang, saintis sosial banyak mengkaji tentang peranan

konsep kendiri dalam pelbagai bidang yang penting. Nyatanya, pemboleh ubah ini

menjadi perantara yang sentiasa mempengaruhi tingkah laku yang pelbagai di

kalangan manusia. Dalam kehidupan seharian, konsep kendiri berhubung dengan

pelbagai perkara seperti penerimaan orang lain, perasaan cemas (anxiety), pemilihan

kerjaya, penggunaan dadah dan rokok di kalangan remaja, masalah disiplin,

penyakit, daya tarikan fizikal dan sebagainya (Burns, 1979). Tidak kurang penting

juga bagi hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.

Wattenberg dan Clifford (1964, dalam Burns, 1979) mendapati pandangan

kendiri yang tidak diingini dan pencapaian yang rendah sudah awal terbentuk dalam

sanubari kanak-kanak sebelum mereka memasuki tahun pertama. Menurut

Hamachek (1971), konsep kendiri yang rendah atau negatif menimbulkan kesan yang

buruk terhadap pencapaian akademik kanak-kanak walaupun pada usia yang muda.

Lipsitt (1958) pula menyatakan bahawa pelajar lelaki dan perempuan yang

mempunyai konsep kendiri rendah lebih mudah cemas berbanding dengan mereka

yang mempunyai konsep kendiri tinggi. Kanak-kanak yang lebih mudah cemas

adalah kurang popular dan menghadapi masalah dengan kerja pembelajaran konsep

yang kompleks. Sebagai tambahan, Coopersmith (1959) menyatakan bahawa kanak-

kanak yang mempunyai penghargaan diri yang tinggi kurang mudah cemas

berbanding dengan mereka yang mempunyai penghargaan diri yang rendah. Apabila

seseorang itu rasa terlalu cemas, dia tidak mampu mengendali rangsangan yang

memimpinnya kepada aktiviti pembelajaran disebabkan perasaan takut terhadap

kegagalan. Justeru, pencapaian akademik seseorang terjejas.

Page 23: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

4

Pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif cenderung mengingati dan

membetulkan kegagalan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai

konsep kendiri negatif yang cenderung melupai dan menafikan pencapaian lemah

mereka.

Menurut Rosenberg (1965), bagi mereka yang mempunyai penghargaan diri

yang rendah, imej kendirinya kurang stabil dan perasaan cemas dilahirkan. Individu

yang mempunyai penghargaan diri yang rendah sentiasa mempamerkan perasaan

palsu terhadap dunia. Ketegangan ini menimbulkan kebimbangan dan seterusnya

melahirkan perasaan cemas. Penghargaan diri yang rendah juga menjadikan

seseorang itu sensitif terhadap fakta kegagalannya. Kelemahan ini merangsang

perasaan kecemasan dan menimbulkan pengasingan peribadi sama ada secara fizikal

atau emosi daripada orang lain. Mereka yang berpenghargaan diri rendah tidak

mudah mendedahkan dirinya kepada orang lain. Jadi, mereka sentiasa menempuhi

kehidupan secara bersendirian.

Dengan malangnya, beribu-ribuan pelajar keluar daripada sekolah dengan

membawanya bersama perasaan ‘saya tidak boleh’ terhadap dirinya. Ketika tahun

1960, 7.5 juta remaja di Amerika tidak pernah menamatkan pembelajaran sekolah

menengah disebabkan sikap ‘saya memang tidak boleh; kenapa saya perlu cuba?’

(Hamachek, 1971). Dengan ini, kita dapat perhatikan bahawa begitu hebat kesan

konsep kendiri seseorang terhadap pencapaian akademik. Masalahnya, adakah

perkara yang sama turut berlaku bagi pelajar di Fakulti Pendidikan UTM?

Dembo (1994) mencadangkan impak konsep kendiri terhadap pencapaian

akademik, di mananya mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku seseorang

individu terhadap akademik. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi

cenderung memilih kerja yang lebih sukar, sanggup mengorbankan tenaga, lebih

tahan lasak dan mudah mencadangkan kaedah penyelesaian masalah yang sesuai.

Bandura (1990, dalam Ryckman, 2004) pula mencadangkan bahawa jika seseorang

individu percaya bahawa mereka mampu melakukan sesuatu tugasan, maka mereka

lebih mudah untuk bermula, bekerja bersungguh-sungguh dan lebih berkeyakinan

untuk melengkapkan kerja.

Page 24: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

5

Dalam aspek yang lain, Schmale (1958) dan Canter (1960) mencadangkan

bahawa sikap terhadap kehidupan dan kendiri merupakan dua faktor pemulaan

penyakit dan sembuh pulih. Apabila kita ingin mencari faktor psikologi yang

menyebabkan penurunan daya rintangan seseorang terhadap penyakit, kita perlu

memberi perhatian kepada perkara dalam kehidupan harian yang mungkin

menimbulkan perasaan kekecewaan, seperti kehilangan identiti dan penghargaan diri.

Menurut Burns (1979), perkara yang menimbulkan perasaan diri tidak penting, tidak

bernilai dan kemerosotan penghargaan diri menyebabkan seseorang lemah dan jatuh

sakit. Atau lain perkataan, penurunan konsep kendiri menyebabkan seseorang tidak

sihat, sama ada dari segi fisiologi atau psikologi. Penyakit, sama ada secara mental

atau fizikal merupakan satu cara seseorang individu menunjukkan perasaan

kekecewaan terhadap cara kehidupan yang sedia ada.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang kajian, nyatanya konsep kendiri merupakan suatu

elemen penting yang amat perlu dipertekankan dalam jiwa seseorang. Kajian lepas

banyak mengkaji tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pelbagai bidang

seperti kerjaya, kesihatan, pencapaian akademik, masa yang diluangkan dalam kerja,

tingkah laku diet dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menampakkan begitu

kuatnya pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku manusia. Sebagai warga

pendidikan, penyelidik ingin mengkaji sama ada konsep kendiri mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM. Tidak

ketinggalan juga, penyelidik ingin mengkaji hubungan antara lapan dimensi konsep

kendiri (fizikal, keluarga, moral etika, sosial, peribadi, tingkah laku, identiti dan

kepuasan diri) dengan pencapaian akademik pelajar sasaran. Mengikut Dolores dan

María (2001), banyak kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

antara konsep kendiri lelaki dan perempuan. Justeru, ini menimbulkan minat

penyelidik untuk mengkaji sama ada perkara yang sama juga berlaku bagi pelajar

sasaran.

Page 25: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

6

1.4 Objektif Kajian Apabila melakukan sesuatu kajian, tentu terdapat objektifnya sendiri. Bagi

kajian ini, objektifnya adalah tertera seperti berikut.

1. Meninjau tahap konsep kendiri pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM.

2. Membandingkan konsep kendiri pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM berdasarkan jantina.

3. Mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan lapan dimensi konsep

kendiri (fizikal, keluarga, moral etika, sosial, peribadi, identiti, tingkah

laku dan kepuasan diri) dengan pencapaian akademik pelajar Sains

tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan seperti berikut.

1. Apakah tahap konsep kendiri (tinggi, sederhana atau rendah) pelajar

Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM?

2. Adakah terdapat perbezaan antara tahap konsep kendiri pelajar lelaki

dengan tahap konsep kendiri pelajar perempuan Sains tahun lima di

Fakulti Pendidikan UTM?

3. Adakah terdapat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian

akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM?

Page 26: CHAI PIK YEE - Faculty of Education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10

7

4. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri fizikal dengan

pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan

UTM?

5. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri keluarga

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?

6. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri moral etika

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?

7. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri sosial dengan

pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan

UTM?

8. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri peribadi

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?

9. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri tingkah laku

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?

10. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri identiti

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?

11. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri kepuasan diri

dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti

Pendidikan UTM?