konsep kendiri dan pencapaian akademik pelajar … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep...

26
KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CONELIA STEPHEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vubao

Post on 19-Jul-2019

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONELIA STEPHEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

Page 2: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

 

Page 3: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

 

Page 4: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  iii

KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONELIA STEPHEN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

Page 5: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

 

Page 6: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  v

DEDIKASI

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kehadirat-Mu

Buat penyeliaku,

Dr mohd Safarin Bin Nordin

Juga Semua pensyarah Fakulti Pendidikan UTM

Jasa kalian kukenang selamanya

Yang teristimewa untuk my mummy and daddy tersayang,

My Mum Rushee @ Winnie Dunsul dan my dad Stephen Lubak

Buat Adik-adikku yang ku sayangi selalu,

Caroline, Cellyzlyn, Ritchie dan Rizvaldo

Segala kasih sayang dan kesabaran kalian

Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus maju dalam kehidupan ini

Istimewa buat insan yang ku sanjung dan cintai selalu,

Chok Vui Lin

Segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan

Amat bererti dalam hidupku

Teman seperjuanganku

Colista, Loura, Nita, Johnny, Joelymond, Welferd, dan Bilhorn

Terima kasih atas segalanya

Page 7: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadirat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, akhirnya

saya berjaya menyiapkan projek sarjana muda ini bagi memenuhi syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup). Sesungguhnya kajian ini memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan

yang tidak terhingga daripada saya sendiri dan juga semua pihak yang terlibat.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

penghargaan kepada penyelia saya iaitu Dr Mohd Safarin bin Nordin, kerana

banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh untuk

menyiapkan kajian ilmiah ini. Tanpa sokongan dan bimbingan yang diberikan, tidak

mungkin saya sampai ke tahap ini.

Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Pendidikan yang banyak memberikan

sumbangan maklumat untuk menjayakan projek sarjana muda ini. Di samping itu,

bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan banyak memudahkan proses kajian ini.

Semoga kalian semua dilimpahi keberkatan daripada-Nya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada kedua ibubapa dan semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam proses penyiapan projek sarjana muda ini.

Sekian dan terima kasih.

Page 8: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kendiri dan hubungannya

dengan pencapaian akademik pelajar bumiputera Fakulti Pendidikan di Universiti

Teknologi Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada beberapa faktor yang paling

mempengaruhi konsep kendiri pelajar. Dalam konteks kajian ini, konsep kendiri

bukan akademik yang merangkumi lima faktor konsep kendiri iaitu kendiri fizikal,

moral etika, peribadi, keluarga, dan sosial telah dikaji. Populasi kajian ini adalah

pelajar-pelajar bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang mengikuti program

Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia iaitu seramai 51 orang.

Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap konsep kendiri pelajar ialah satu

set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik berkaitan dengan konsep

kendiri. Set soal selidik ini mengandungi 106 item soalan yang menentukan konsep

kendiri pelajar. Sementara itu, pencapaian akademik pelajar dalam kajian ini

ditentukan berdasarkan Keputusan PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan) yang

terkini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Pakage

for Social Science (SPSS) version 15.0’ dan dipersembahkan dalam bentuk statistik

deskriptif iaitu min, kekerapan, nilai maksimum dan minimum serta diberikan

dalam bentuk peratusan. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah adalah tinggi

iaitu dengan nilai alpha (α = 0.848). Secara keseluruhannya, konsep kendiri pelajar

berada pada tahap sederhana.hasil kajian ini mendapati , tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar. Dari

segi pencapaian akademik pula, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara tahap pencapaian akademik pelajar lelaki dengan perempuan.

Page 9: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the relationship between the

SelfConcept and the academic achievement among the Bumiputera students from

Faculty of Education, University Technology of Malaysia. This study also focuses

the main factor that influenced the student’s self concept. In this context, the non-

academic which includes the five factors of Self Concept such as physical, moral,

personal, family, and social. The population of this study was 51 Bumiputera

students from Sabah and Sarawak. A set of questionnaire is set up by the researcher

as the instrument to measure the Self Concept degree which comprises of 106

items. Meanwhile, the latest CPA (Cumulated Point Average) was use as the

measurement of academic achievement. In analyzing data, researcher uses two kind

of analysis, which is the descriptive statistic and inference statistic. The Collected

data was analyzed with Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0’

and then the result of analysis presented in descriptive statistical, it is min, mod,

maximum value and minimum value and also percentage. The reliability of this

instrument is high with alpha value (α =0.848). Overall, the majority of students

tend to own a moderate degree of self-concept. There was no significant correlation

between the self-concept and the academic achievement. From the academic

achievement, there was no significant difference between the male and the female

student.

Page 10: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 11: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  x

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.7.1 Pelajar

1.7.2 Ibu bapa

1.7.3 Kaunselor

1.7.4 Institusi Pendidikan

1.7.5 Masyarakat

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Batasan kajian 11

1.10 Definisi Istilah 11

1.10.1 Konsep Kendiri

1.10.2 Pelajar

1.10.3 Pencapaian Akademik

1.11 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pedahuluan 14

2.2 Teori-teori Kajian 14

2.2.1 Teori Humanistik Maslow

2.2.2 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers

2.2.3 Teori Allport

2.3 Kajian Lepas Dalam Negara 22

2.4 Kajian Lepas Luar Negara 24

2.5 Hubungan Konsep Kendiri Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar 25

2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

Page 12: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xi

3.3 Sampel Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Bahagian A

3.4.2 Bahagian B

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Latar belakang responden 41

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 44

4.3.1 Dapatan persoalan kajian 1

4.3.2 Dapatan persoalan kajian 2

4.3.3 Dapatan persoalan kajian 3

4.3.4 Dapatan persoalan kajian 4

4.3.5 Dapatan persoalan kajian 5

4.4 Penutup 48

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 49

5.2 Rumusan 49

5.3 Perbincangan 51

5.3.1 Tahap Konsep Kendiri Pelajar Bumiputera 52

5.3.2 Faktor Konsep Kendiri Yang Paling Mempengaruhi

Pelajar Bumiputera 54

5.3.3 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputera 55

5.3.4 Perbezaan Tahap Pencapaian Akademik antara Pelajar

lelaki dan perempuan 56

5.3.5 Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan Pencapaian

Akademik Pelajar 57

5.4 Cadangan 59

Page 13: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xii

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 59

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.5 Penutup 61

RUJUKAN 63-65

LAMPIRAN 66-72

Page 14: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Skala Perkadaran Yang Digunakan Dalam Soal Selidik

Konsep Kendiri 34

3.2 Pecahan Item Mengikut Jenis Konsep Kendiri 35

3.3 Nilai Alpha Mengikut Faktor Konsep Kendiri 36

3.4 Klasifikasi Pencapaian Akademik 37

3.5 Klasifikasi Tahap Konsep Kendiri 38

3.6 Jadual Kaedah Penganalisisan Persoalan Kajian 38

3.7 Klasifikasi Pentafisran Ujian-T 38

3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (Rowntree, 1981, dalam

Mohd) 38

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden mengikut

Jantina 41

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Nilai Gred (pointer) 41

4.3 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 42

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 43

Page 15: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xiv

4.5 Taburan Pelajar dari segi Tahap Konsep Kendiri 44

4.6 Taburan faktor Konsep Kendiri Yang Paling

Mempengaruhi Pelajar 45

4.7 Taburan Bilangan Peratusan Mengikut Pencapaian

Akademik 45

4.8 Analisis Perbezaan Pencapaian akademik Berdasarkan

Jantina melalui ujian-t 46

4.9 Prosedur Korelasi Pearson Menguji Hubungan Konsep

Kendiri Dengan Pencapaian Akademik 47

Page 16: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta (Kejurutreaan Awam)

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejurutreaan

Elektrik)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matemtik)

Page 17: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xvi

PK - Persoalan Kajian

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

Page 18: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

  xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 60-66

B Pengesahan Item Soal Selidik 67-68

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 69

 

 

 

Page 19: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang dirinya sendiri.

Gambaran ini disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Gambaran ini merangkumi

gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah

laku kita, (Azizi Yahaya et al., 2005). Menurut Shavelson, (1982), konsep kendiri

mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri

bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman seseorang dengan alam

sekelilingnya, interaksi dengan orang signifikan, dan melalui sifat dan tingkah

lakunya sendiri. Klausmeier dan Goodwin (1975) menyatakan bahawa, konsep

kendiri seorang pelajar boleh digambarkan melalui pencapaian akademik mereka.

Pelajar yang baik biasanya akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan. Manakala pelajar yang seringkali melakukan perkara tidak baik seperti

ponteng kelas, melawan guru dan sebagainya, lazimnya akan mendapat keputusan

yang kurang memberangsangkan. Persoalannya, bagaimanakah sikap baik dan buruk

pelajar itu wujud? Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar adalah berpunca

daripada asas konsep kendiri seseorang pelajar itu.

Page 20: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

2

Sharifah Alwiyah (1996), menyatakan konsep kendiri hanya merangkumi

makna atau fakta yang diakui oleh seseorang individu itu ketika berada di dalam

keadaan sedar. Hal ini, bermakna konsep kendiri seseorang itu sentiasa berubah

mengikut keadaan dan suasana yang berkaitan dengan tindakan dan sikap seseorang

individu terhadap sesuatu.

Menurut Burns (1979), konsep kendiri adalah merupakan imej tentang apa

yang kita fikirkan mengenai diri sendiri, apa yang kita anggap mampu mencapainya,

apa yang kita jangka tentang pandangan orang lain terhadap kita serta apa yang kita

ingin teladani. Sesungguhnya tiada seorang pun dilahirkan dengan konsep kendiri.

Konsep ini wujud pada bulan-bulan awal kehidupan seorang bayi dan dibentuk

berterusan akibat pengalaman seseorang individu yang semakin bertambah (Purkey

dan William 1988).

Kejayaan dan kegagalan yang dialami sepanjang kehidupan seseorang

membolehkan ianya lebih mengenali diri sendiri serta hubungannya dengan orang lain.

Sehubungan dengan itu, konsep kendiri mempunyai sekurang-kurangnya tiga kualiti

iaitu sesuatu yang dipelajari, sesuatu yang disatukan dan sesuatu yang dinamik. Setiap

kualiti ini ada hubungkaitnya. Oleh itu, konsep kendiri adalah satu proses yang boleh

dipelajari supaya menjadi lebih positif. Menurut Shavelson (1995), persepsi konsep

kendiri dibentuk melalui pengalaman individu dengan alam sekitar. Persepsi ini akan

mempengaruhi tingkah laku seseorang dan perkembangan psikologikal yang sihat.

Banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Di antara

kajian-kajian itu ialah hubungan antara konsep kendiri, motivasi pencapaian dan

pencapaian. Hal ini menyebabkan isu tersebut menjadi semakin penting dalam bidang

pendidikan. Misalnya kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Byrne dan Worth

Gavin (1996) dan Skaalvik (1990) telah mendapati bahawa pencapaian akademik dan

konsep kendiri mempunyai perkaitan yang bermakna.

Page 21: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

3

Di samping itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan

intelek individu. Selain itu, faktor konsep kendiri dan motivasi pencapaian juga

merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang

pelajar. Menurut Crow dan Crow (1983), darjah pencapaian seseorang pelajar dalam

proses pengajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan motivasi yang

berterusan. Justeru itu, kekuatan kedua-dua konsep kendiri serta motivasi pencapaian

perlu dikenalpasti supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana

yang baik terhadap pelajar.

Sehubungan dengan itu, pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik

merupakan matlamat utama bagi para pelajar, guru dan juga ibu bapa. Manakala,

Morrissa (1997) menyatakan bahawa pencapaian akademik yang tinggi bagi

seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan sekolah, ibu bapa dan

pelajar itu sendiri. Tambahan pula, pada zaman ini pendidikan adalah satu kewajipan

dan kemestian untuk membangunkan sesebuah masyarakat.

Sebagai kesimpulannya, konsep kendiri sememangnya memainkan peranan

yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu terutamanya golongan pelajar

kerana konsep kendiri adalah asas bagi segala persepsi, dan tindakan yang seterusnya

akan membentuk personaliti seseorang individu itu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988. Dalam

istilah konsep kendiri James menyifatkan kendiri sebagai ‘saya’ dan menegaskan,

setiap orang perlu tahu mengenai diri sendiri. Istilah ‘saya’ ini dapat dilihat daripada

pelbagai perspektif yang merangkumi aspek-aspek seperti tubuh badan, pemikiran,

Page 22: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

4

pakaian, tempat tinggal, ahli keluarga rakan-rakan dan segala perkara yang berkaitan

dengan diri sendiri. Pendek kata ‘saya’ boleh menjadi hak peribadi serta menjadi

sebahagian daripada diri yang dikenali sebagai konsep kendiri. Konsep kendiri

seseorang dapat mempengaruhi cara berinteraksi dengan persekitaran sosial secara

langsung.

Konsep kendiri setiap individu adalah berbeza dan akan berubah dari semasa

ke semasa. Konsep kendiri penting kerana ia merupakan asas bagi pembentukan diri

yang baik supaya seseorang individu dapat menerima kelebihan dan kelemahan yang

ada. Dengan konsep kendiri, seseorang dapat mengawal diri daripada unsur-unsur

yang tidak baik serta menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani kepada

generasi akan datang. Selain itu, konsep kendiri juga merupakan asas bagi

peningkatkan keyakinan dan kebolehan diri bagi menghadapi cabaran hidup.

Kesimpulannya, konsep kendiri adalah penerimaan kepada dirinya sendiri, sama ada

secara positif ataupun negatif.

Merujuk kepada skala konsep kendiri Tennessee yang dicipta oleh William H.

Fitts, terdapat lapan dimensi yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri iaitu

kendiri fizikal, moral etika, keluarga, hubungan sosial, peribadi, identiti kendiri,

kepuasan kendiri, kendiri tingkah laku. Walaubagaimanapun, hanya lima daripada

lapan dimensi yang paling mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

Kendiri fizikal yang dimaksudkan ialah penampilan fizikal melibatkan rupa paras,

bentuk badan dan ketinggian. Orang yang cantik biasanya mempunyai konsep kendiri

yang positif, kerana mereka lebih yakin terhadap perkara yang dilakukan dan dapat

menarik perhatian orang lain. Moral etika pula berkaitan dengan pandangan agama

demi untuk menjaga hati masyarakat umum. Moral bersifat praktikal kerana ia

merupakan disiplin yang menentukan jenis sistem yang dihayati oleh sesuatu

masyarakat. Manakala etika pula bersifat teoritikal kerana ia bersifat mengkaji,

menganalisis, dan mengkritik sistem moral tersebut. Etika juga merujuk kepada

falsafah tingkah laku manusia yang dilihat daripada aspek lahiriah dan batiniah.

Seterusnya faktor keluarga, iaitu hubungan individu dengan ibu bapa serta adik-

beradik. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan pendidikan

Page 23: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

5

awal kepada anak-anak mereka, termasuklah memperlihatkan contoh yang terbaik

dalam menangani sesuatu masalah. Selain itu, kebahagiaan dalam sesebuah keluarga

juga turut mempengaruhi konsep kendiri individu. Disamping itu, hubungan sosial

iaitu hubungan individu dengan orang lain juga membentuk konsep kendiri. Sebagai

contohnya, apabila seseorang individu bergaul dengan orang-orang yang telah

mencapai kejayaan, secara tidak langsung akan mempengaruhi matlamat sesorang

individu itu untuk berjaya. Walau bagaimanapun, tanggapan peribadi terhadap diri

sendiri adalah lebih penting kerana apabila individu mempunyai tanggapan yang

positif terhadap diri sendiri maka secara tidak langsung boleh menerima keadaan diri

yang sedia ada.

Apabila konsep kendiri seseorang individu terbentuk, sama ada menjadi

konsep kendiri negatif atau positif, maka individu itu akan meletakkan matlamat di

dalam hidupnya. Bagi individu yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam

hidup, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan. Contohnya, seorang

pelajar akan menetapkan matlamat untuk menamatkan pelajaran di universiti sebagai

jaminan masa untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan, manakala bagi seorang

pekerja pula, akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kenaikkan pangkat atau gaji.

Namun, permasalahan timbul apabila terdapat sesetengah pelajar mengikuti

bidang pengkhususan yang bukan merupakan pilihan dan minat utama mereka semasa

memohon pengajian di Universiti. Terdapat juga pelajar yang berjaya mengikuti

bidang pengkhususan yang dipohon tetapi setelah melalui beberapa tempoh pengajian,

didapati kursus tersebut tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti mereka.

Ketidakselarasan pemilihan kursus pengajian di Universiti akan menyebabkan

seseorang pelajar tidak mencapai kepuasan belajar secara menyeluruh, tidak dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran bidang kursus yang dipilih secara efektif dan

berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik.

Pelajar yang tidak mendapat kursus yang yang dipohon akan berasa tertekan

kerana terpaksa memperlajari sesuatu bidang di luar minat pelajar tersebut. Menurut

Page 24: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

6

Datuk Dr Chua Soi Lek (dalam: Berita Harian, selasa, 15 Jun 2004), “Pelajar perlu

masuk ke kursus yang bersesuaian dengan jiwa dan kehendaknya. Jadi apabila bekerja

kelak, kerjanya itu menjadi semacam satu hobi. Kalau tidak, pelajar terbabit akan

tertekan”. Hal ini membuktikan bahawa akibat tidak mendapat bidang pengkhususan

yang dipohon di Universiti, seseorang pelajar itu akan menghadapi tekanan perasaan

kerana tidak dapat mempelajari bidang yang diminatinya. Secara tidak langsung akan

memberikan implikasi yang negatif terhadap konsep kendiri pelajar tersebut, iaitu

cenderung ke arah konsep kendiri negatif.

Konsep kendiri yang rendah di kalangan pelajar juga menyebabkan mereka

mengambil keputusan untuk berhenti sekolah daripada berusaha untuk meningkatkan

prestasi mereka dalam akademik. Menurut Hamachek, (1971) Ketika tahun 1960 7.5

juta remaja Amerika tidak menamatkan pembelajaran sekolah menengah disebabkan

sikap ‘Saya memang tidak boleh’, ‘Kenapa saya perlu cuba?’. Dengan ini kita dapat

perhatikan bahawa begitu hebat kesan konsep kendiri seseorang individu terhadap

pencapaian akademik mereka. Masalahnya, adakah perkara yang sama turut berlaku

dikalangan pelajar di UTM, Skudai Johor?

Hasil daripada kajian penyelidikan Pola Pembelajaran pelajar (UNIPEN)

UTM, (1995), mendapati bahawa pelajar bumiputera mempunyai keputusan

pencapaian akademik yang lebih rendah berbanding dengan kaum-kaum lain. Hal ini

memberi kesan kepada prestasi pencapaian dalam sesebuah indtitusi tersebut secara

tidak langsung. Oleh itu, kajian yang berterusan patut dijalankan bagi mengetahui

peningkatan dan perubahan bagi pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera.

Adakah pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak menghadapi masalah yang sama di

Fakulti Pendidikan?

Dembo, (1994) menyatakan bahawa konsep kendiri mempunyai kesan

terhadap pencapaian akademik. Hal ini kerana konsep kendiri mempengaruhi

kepercayaan dan tingkahlaku seseorang individu terhadap akademik. Pelajar yang

mempunyai konsep kendiri positif sedia melakukan setiap tugasan yang diberikan

Page 25: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

7

walaupun terpaksa bersusah-payah demi untuk mencapai keputusan yang cemerlang

dalam akademik. Bagi Bandara, (1990, dalam Ryckman, 2004) pula menyatakan

bahawa jika seseorang individu percaya bahawa mereka mampu melakukan sesuatu

tugasan, maka mereka lebih mudah bermula, bekerja bersungguh-sungguh dan lebih

berkeyakinan untuk melengkapkan kerja. Sebagai kesimpulannya, konsep kendiri

positif dan negatif seseorang pelajar sememangnya antara penyumbang utama dalam

pencapaian akademik.

1.3 Pernyataan Masalah

Konsep kendiri merupakan asas dalam personaliti seseorang individu. Bagi

seorang pelajar, konsep kendiri adalah tonggak kepada segala tindakan yang

dilakukannya, termasuklah prestasi dan pencapaian akademik mereka. Menurut

Marimuthu (1990), pencapaian akademik remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor

seperti faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah. Pendapat

ini juga disokong oleh Faunce (1984), mengatakan bahawa faktor diri sendiri

merupakan penentu yang akan mendorong seseorang individu itu berjaya atau

sebaliknya dalam bidang akademik.

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan konsep kendiri dengan

pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera Fakulti Pendidikan, UTM.

Melalui kajian terhadap konsep kendiri dan hubungannya dengan pencapaian

akademik, akan dapat membantu mereka memperbaiki tahap konsep kendiri mereka

ke arah lebih positif bagi meningkatkan prestasi dalam akademik.

1.4 Objektif Kajian

Page 26: KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR … · mempunyai dua bidang utama iaitu konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik yang terbentuk melalui pengalaman

8

Kajian ini dijalankan untuk,

1.4.1 Mengenalpasti konsep kendiri yang diamalkan oleh pelajar bumiputera Sabah

dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM secara umum.

1.4.2 Mengenalpasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera

Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM secara umum.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dibuat oleh

penyelidik iaitu,

1.5.1 Apakah tahap konsep kendiri yang diamalkan oleh pelajar bumiputera Sabah

dan Sarawak Fakulti Pendidikan di UTM?

1.5.2 Apakah faktor konsep kendiri yang paling mempengaruhi konsep kendiri

pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan UTM?

1.5.3 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar bumiputera Sabah dan

Sarawak di Fakulti Pendidikan?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik berdasarkan jantina di

kalangan pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan UTM?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan konsep kendiri dan pencapaian akademik antara

pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak, di Fakulti Pendidikan UTM?

1.6 Hipotesis Kajian

Sebelum memulakan kajian ini, hipotesis telah dibuat bagi pelajar bumiputera

Sabah dan Sarawak di Fakulti Pendidikan, UTM,

1. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik antara pelajar

lelaki dan perempuan.