konsep kendiri remaja

30
REMAJA & KONSEP KENDIRI ASMA BINTI MUHD. ALI BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU

Upload: shudee

Post on 01-Dec-2015

171 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kendiri Remaja

REMAJA &

KONSEP KENDIRI

ASMA BINTI MUHD. ALIBIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU

Page 2: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHANREMAJA

Page 3: Konsep Kendiri Remaja

MASALAH PSIKOLOGIKAL REMAJA

Menurut MA’ROF dan HASLINDA (2004), remaja berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses menuju ke alam dewasa. Mereka mengariskan enam konflik yang sering dihadapi oleh remaja iaitu :

- Konflik remaja dengan ibu bapa.

- Konflik kasih-sayang.

- Konflik kebebasan.

- Konflik tanggungjawab.

- Konflik rakan sebaya.

- Konflik emosi dan tingkahlaku.

Page 4: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

1. PERTUMBUHAN FIZIKAL

Remaja tidak selesa semasa berlaku pertumbuhan fizikal atau fisiologikal yang berubah secara mendadak.

Page 5: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

2. PERKEMBANGAN KOGNITIFPerkembangan kognitif yang positif iaitu remaja memasuki tahap pemikiran operasi formal yakni mampu berfikir secara logik dan memahami konsep-konsep abstrak.

Perkembangan kognitif negatif iaitu tahap pembentukan pemikiran egosentrik. Remaja yang mempunyai pemikiran seperti ini sentiasa berasa perhatian umum tertumpu kepada diri, perbuatan dan sifat peribadinya. Oleh itu, dia perlu sempurna. Satu kesilapan sahaja memberi kesan besar dalam kehidupannya seperti berasa malu dan terhina. Pemikiran egonsentrik negatif menyebabkan remaja lebih cenderung mencampuradukkan realiti dengan persepsi.

Page 6: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

3. KETIDAKSTABILAN EMOSIKesan perubahan yang berlaku membuatkan remaja tidak berupaya mengendalikan emosi dengan rasional dan sering kali mengikut kehendak hati.

Page 7: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

4. KRISIS KEYAKINAN BERAGAMAPada peringkat pertengahan remaja, penghayatan bergama belum begitu mantap terutama bagi remaja yang tidak terdidik dengan ajaran agama. Remaja terumbang-ambing mencari keyakinan diri pada kepercayaan beragama. Kepercayaan turut menjadi terhakis apabila remaja menghadapi dilema mencari hakikat kebenaran.

Page 8: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

5. KRISIS AUTONOMI DAN PERGANTUNGAN

Remaja mempunyai keinginan mahu bebas dan berkuasa penuh mengawal semua tindakan yang mereka lakukan. Misalnya, kebebasan membuat keputusan sendiri tanpa pertolongan atau campur tangan orang lain.

Page 9: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

6. KRISIS IDENTITI

Remaja menjadi keliru antara pengertian dan status diri dengan peranan mereka.

7. PENGHARGAAN KENDIRI

Kegagalan membentuk penghargaan kendiri yang positif menyebabkan remaja tidak dapat bersaing dengan rakan sebaya yang lain.

Page 10: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

8. PERMASALAHAN SEKSUALITIRemaja kerap kali terkeliru dengan dorongan seksual, berasa serba salah dan malu mebincangkan perkara ataupun isu berkaitan seks. Kadang-kadang mereka mencari jalan keluar memenuhi dorongan seks dengan perbuatan yang tidak sihat seperti menyimpan gambar ataupun bahan porno, menonton vcd lucah, melancap atau onani sehingga kepada keterlibatan dalam pesta seks.

Page 11: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

9. PEMILIHAN BIDANG KERJAYARemaja menghadapi masalah membuat keputusan tepat dalam pemilihan kerjaya kerana terdapat banyak pilihan yang ada. Remaja perlu mengenali aspek diri yang berkaitan dengan kerjaya iaitu personaliti, minat dan nilai kerjaya mereka.

Page 12: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

10. PENGISIAN MASA LAPANGMasa lapang zaman kanak-kanak sering dipenuhi dengan aktiviti bermain. Apabila meningkat remaja, mereka mula memahami masa perlu dimanfaatkan. Remaja mengahdapi masalah memilih aktiviti ataupun rekreasi masa senggang yang sesuai dan dianggap berfaedah.

Page 13: Konsep Kendiri Remaja

11. HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH

PERMASALAHAN REMAJA

Tujuan remaja ke sekolah berbeza-beza dan kadang-kadang tidak selaras dengan matlamat ibu bapa mereka menghantar mereka ke sekolah.

Masalah timbul apabila remaja bertindak menjadikan sekolah sebagai tempat menggantikan apa yang tidak dapat mereka perolehi di rumah.

Sistem persekolahan yang memberi penekanan kepada pencapaian akademik menyebabkan remaja yang kurang bagus pencapaiannya dalam akademik menjadi tertekan.

Lazimnya remaja yang bermasalah dalam akademik sering terlibat melakukan salah laku dan perlanggaran disiplin di sekolah.

Page 14: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

12. HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH

Perasaan cinta dan ingin dicintai wujud selaras dengan perkembangan fizikal remaja. Semasa remaja, wujud desakan bagi mendambakan rasa dikasihi dan mengasihi, memahami dan difahami, mendampingi dan didampingi serta pelbagai perasaan yang indah dan mengasyikkan.

Bercinta menyebabkan remaja mendapat inspirasi untuk terus berjaya. Cinta juga menyebabkan remaja bertindak tidak rasional.

Page 15: Konsep Kendiri Remaja

PERMASALAHAN REMAJA

13. KONFLIK DENGAN IBU BAPA

- Pandangan ibu bapa

- Pengetahuan ibu bapa

- Harapan dan matlamat ibu bapa

- Peraturan ibu bapa

- Kebebasan

- Pertentangan nilai

- Pengaruh rakan sebaya

- Sikap negatif remaja

Page 16: Konsep Kendiri Remaja

- Pandangan ibu bapa

KEBANYAKAN IBU BAPA MENGANGGAP ANAK MEREKA MASIH KECIL LAGI ATAUPUN BELUM MATANG SEDANGKAN ANAK PULA BERASAKAN YANG DIA SUDAH DEWASA.

Page 17: Konsep Kendiri Remaja

- Pengetahuan ibu bapa

IBU BAPA TIDAK MEMAHAMI KEPERLUAN DAN KEHENDAK SEMASA REMAJA. ADA IBU BAPA YANG MASIH MELAYAN ANAK REMAJA MEREKA SEOLAH-OLAH REMAJA ITU MASIH BERADA DIPERINGKAT KANAK-KANAK.

Page 18: Konsep Kendiri Remaja

- Harapan dan matlamat ibu bapa

HARAPAN DAN MATLAMAT IBU BAPA TIDAK SELARI DENGAN

KEHENDAK REMAJA ATAUPUN IBU BAPA MELETAKKAN PENGHARAPAN YANG TINGGI SEDANGKAN ANAK

REMAJA TIDAK MAMPU MENCAPAINYA.

Page 19: Konsep Kendiri Remaja

- Peraturan ibu bapa

IBU BAPA MENGENAKAN PELBAGAI PERATURAN BAGI MENGAWAL

ANAK TERUNA DAN DARA MEREKA DARIPADA PENGARUH

PERSEKITARAN DAN SOSIAL YANG NEGATIF SEDANGKAN ANAK-ANAK MEREKA MAHUKAN KEBEBASAN

BERGERAK DAN BERGAUL.

Page 20: Konsep Kendiri Remaja

- Kebebasan

REMAJA MENGANGGAP KEBEBASAN ADALAH CIRI-CIRI ORANG DEWASA MENYEBABKAN REMAJA CUBA MENINGKATKAN KEBEBASAN DIRINYA TERUTAMA DARIPADA IBU BAPA ATAUPUN LINGKUNGAN PENGARUH KELUARGA.

Page 21: Konsep Kendiri Remaja

- Pertentangan nilai

REMAJA MENERIMA PELBAGAI PENDEDAHAN MAKLUMAT DAN PENGALAMAN YANG LUAS DALAM ERA INTERNET BERBANDING DENGAN IBU BAPA MEREKA YANG MEMBESAR PADA ZAMAN MESIN TAIP. KADANG-KADANG PEGANGAN NILAI REMAJA LEBIH BERNAS DARIPADA IBU BAPA. JURANG PERBEZAAN SEMAKIN LUAS. BAGAIMANAPUN, IBU BAPA TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT ITU KERANA PERSEPSI MEREKA REMAJA LEBIH BANYAK MENGIKUT KATA HATI DARIPADA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN. OLEH ITU, NILAI PEGANGAN MEREKA TETAP TIDAK DAPAT DITERIMA.

Page 22: Konsep Kendiri Remaja

- Pengaruh rakan sebaya

RAKAN SEBAYA ADALAH TEMPAT REMAJA BERKONGSI PENDAPAT,

PANDANGAN DAN BERTUKAR-TUKAR CERITA. RAMAI REMAJA YANG RAPAT

DENGAN RAKAN SEBAYA MENYEBABKAN MEREKA MULA

MENOLAK PERANAN IBU BAPA KERANA IBU BAPA TIDAK DAPAT MEMAHAMI

MEREKA SEPERTI MANA RAKAN SEBAYA MEREKA MAMPU LAKUKAN

Page 23: Konsep Kendiri Remaja

- Sikap negatif remaja

KADANG-KADANG REMAJA MEMILIKI SIFAT NEGATIF SEPERTII TIDAK MENGENANG BUDI DAN TIDAK

MENGHORMATI IBU BAPA MEREKA. KEADAAN BERLAKU DISEBABKAN

REMAJA MEMBUAT PERBANDINGAN ANTARA RAKAN SEBAYA DENGAN IBU BAPA DAN DIDAPATI RAKAN SEBAYA

LEBIH BAIK DARIPADA IBU BAPA MEREKA. REMAJA MULA HILANG KEYAKINAN PADA IBU BAPA DAN

KELUARGA.

Page 24: Konsep Kendiri Remaja

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Page 25: Konsep Kendiri Remaja

NORAINI (2000) – hasil maklumat ataupun mesej yang diterima melalui interaksi sosial tentang diriindividu di sepanjang kahidupannya.

JOURARD & LANDSMAN (1980) – keseluruhan kepercayaan pada tabii diri mereka.

PIETROFESA,LEONARD & HOOSE (1978) – satu perkara berbentuk hipotesis yang mengandungi nilai. Sikap dan kepercayaan pada diri orang dalam hubungannya dengan persekitaran.

WEAVER (1987) – konsep kendiri dibina melalui empat proses yang terdiri daripada :

- Kesedaran kendiri- Penerimaan kendiri

- Kesempurnaan kendiri

- Pendedahan kendiri

Page 26: Konsep Kendiri Remaja

Kesedaran Kendiri

Pemahaman individu pada diri seperti sejauh mana dirinya kelihatan menarik, bijak, berpengaruh dan berkebolehan mencapai kejayaan.

Page 27: Konsep Kendiri Remaja

Penerimaan Kendiri

Individu melihat kualiti positif dan negatif dalam dirinya serta berasa normal dengan keadaan demikian. Individu dapat menerima dirinya dan sentiasa berusaha menambah kualiti-kualiti yang positif.

Page 28: Konsep Kendiri Remaja

Kesempurnaan Kendiri

Pertumbuhan yang bermotivasi dari dalam diri manusia.

Individu yang sempurna kendirinya adalah individu yang mengmbil pelbagai langkah menjadikan dirinya berkebolehan merealisasikan misi, impian, hajat ataupun apa sahaja yang ingin dilakukan supaya menjadi realiti. Individu yang sempurna kendirinya tahu dan sedar potensi dirinya dan sentiasa berusaha melaksana dan merealisasikannya sehingga berjaya.

Page 29: Konsep Kendiri Remaja

Pendedahan Kendiri

Individu memperlihatkan dirinya dan menunjukkan apa yang diketahui tentang dirinya dengan meningkatkan bilangan kontak dengan orang dan seterusnya meningkatkan kemahiran bersosial (interpersonal). Mengenali dan mengetahui lebih ramai orang dapat menambah pengetahuan, pengalaman, bersama berkongsi kegemaran dan menikmati keseronokan hidup.

Page 30: Konsep Kendiri Remaja

SekianTerima kasih