implikasi gst

6
IMPLIKASI GST GST atau Government Service Tax yang bakal dilaksanakan di Malaysia bermula tahun 2015 akan menunjukkan kesan atau impikasi tertentu daripada perlaksanaan tersebut. Implikasi tersebut terbahagi kepada dua iaitu implikasiyang baik atau sebaliknya. 1.0 Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara GST pada hakikatnya merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. GST mampu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik serta meningkatkan daya saing negara kepada pelaburan global di samping mengurangkan pendedahan kepada risiko turun naik ekonomi atau kebergantungan kepada sumber minyak dan gas yang mempunyai jangka hayat yang terhad. Di dalam model GST Malaysia juga, terdapat satu mekanisma khas yang dirangka bagi menggalakkan industri pelancongan negara. Ianya dinamakan sebagai Skim Bayar Balik Pelancong atau Tourist Refund Scheme (TRS) yang berupa insentif pemulangan GST kepada pelancong yang berbelanja di Malaysia untuk barang-barang yang ingin dibawa pulang bersama mereka (mengikut terma-terma yang ditetapkan). Skim TRS ini berpotensi untuk menarik minat pelancong asing yang mempunyai keupayaan berbelanja yang tinggi dan sekaligus melipat gandakan pulangan ekonomi kepada sektor-sektor yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan apabila GST dilaksanakan kelak.

Upload: tiniesurieq

Post on 21-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Assigment

TRANSCRIPT

IMPLIKASI GSTGST atau Government Service Tax yang bakal dilaksanakan di Malaysia bermula tahun 2015 akan menunjukkan kesan atau impikasi tertentu daripada perlaksanaan tersebut. Implikasi tersebut terbahagi kepada dua iaitu implikasiyang baik atau sebaliknya. 1.0 Merangsang Pertumbuhan Ekonomi NegaraGST pada hakikatnya merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. GST mampu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik serta meningkatkan daya saing negara kepada pelaburan global di samping mengurangkan pendedahan kepada risiko turun naik ekonomi atau kebergantungan kepada sumber minyak dan gas yang mempunyai jangka hayat yang terhad.Di dalam model GST Malaysia juga, terdapat satu mekanisma khas yang dirangka bagi menggalakkan industri pelancongan negara. Ianya dinamakan sebagai Skim Bayar Balik Pelancong atauTourist Refund Scheme(TRS) yang berupa insentif pemulangan GST kepada pelancong yang berbelanja di Malaysia untuk barang-barang yang ingin dibawa pulang bersama mereka (mengikut terma-terma yang ditetapkan). Skim TRS ini berpotensi untuk menarik minat pelancong asing yang mempunyai keupayaan berbelanja yang tinggi dan sekaligus melipat gandakan pulangan ekonomi kepada sektor-sektor yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan apabila GST dilaksanakan kelak.Impak GST terhadap ekonomi domestik sebenarnya sangat besar. Ianya bukan sahaja mampu memberikan nilai wang kepada Rakyat atau komuniti perniagaan, malahan GST juga mampu mengekang aktiviti mengelak cukai secara kolektif di samping merangsang kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Malaysia. Ini seterusnya akan membawa kesan berganda (Multiply effects) yang positif kepada ekonomi negara dan Rakyat secara keseluruhannya.Sebagai contoh, banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripada peningkatan jumlah pelaburan yang masuk ke dalam Malaysia kerana rangsangan kadar cukai pendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, Rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap.

2.0 Mengelakkan Cukai Berganda

Dalam satu laporan berita tempatan bertarikh 21 Oktober 2013, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson memberi penjelasan tentang mekanisma GST dalam cara yang lebih mudah difahamiRakyat Malaysia sudah pun maklum dengan cukai 6 peratus bagi perkhidmatan tertentu seperti di hotel dan restoran mewah. Satu lagi cukai penggunaan yang selama ini dibayar rakyat tanpa disedari adalah cukai jualan."Sebagai contoh, minuman berkarbonat dikenakan cukai jualan 10 peratus, tetapi lazimnya pengeluar tidak menyatakan cukai itu dalam bil kepada pengguna akhir. Jika minuman itu dikatakan berharga RM11, harga sebenarnya adalah RM10 ditambah dengan cukai sebanyak RM1.Dalam akhbar BERNAMA telah menyatakan bahawa cukai sebelumnya iaitu Sales & Service Tax (SST) menyebabkan cukai dibayar berganda yang merugikan pengguna. Pernyataan tersebut adalah seperti dibawah:"Di bawah sistem sedia ada mengambil contoh di atas, jika kita membeli minuman berkarbonat di hotel, pengguna bukan sahaja membayar cukai RM1.08 tetapi juga tambahan cukai SST 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula," kata mereka lagi dalam laporan yang sama.Cukai berganda ini dikatakan ditangani dalam GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos tersebut kepada hotel.Oleh itu di bawah sistem sedia ada, harga minuman berkarbonat itu adalah RM14.58.Di bawah GST pula, harga minuman yang sama adalah RM13.25, pengurangan sebanyak 9 peratus (atau RM1.33). Jadi adakah minuman itu menjadi 6 peratus lebih mahal? Tentunya tidak.Oleh yang demikian GST dilihat dapat mengelakkan cukai berganda yang merugikan pengguna dan seterusnya dapat menggurangkan harga sesuatu barangan.

3.0 Impak Minima ke atas Indeks HargaPengguna (CPI)Bagi menjamin kepentingan serta kebajikan segenap lapisan Rakyat, Kerajaan bakal menetapkan bahawa mana-mana entiti perniagaan dengan nilai ambang atau jualan terkumpul (Treshold) di bawah paras RM500,000 setahun tidak akan diwajibkan untuk berdaftar sebagai syarikat berdaftar GST (GSTRegistrant). Penetapan ini akan mengecualikan perusahaan- perusahaan kecil dan sederhana seperti kedai-kedai runcit diluar bandar daripada memungut GST daripada pelanggannya, namun mereka dibenarkan menyerap caj GST Input (sekiranya ada) ke dalam harga sebagai kos. Tindakan ini adalah bagi mengurangkan impak perubahan harga terhadap Rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Secara relatifnya, walaupun caj GST Input diserap sebagai kos, harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perusahaan tidak berdaftar GST akan lebih lebih rendah berbanding era SST kerana perbezaan kadar cukai daripada 10% kepada 4%.Harga barangan keperluan asas juga tidak akan meningkat kerana GST tidak dikenakan kepada barangan keperluan asas serta bidang pendidikan dan perubatan.

4.0 Kesan GST kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS)Kesan pertama yang akan dirasai oleh IKS adalah dari segi kos pematuhan. Purata kos pematuhan adalah tinggi berdasarkn pengalaman di Negara singapura, namun kosini dijangka tidak signifikan di Malaysia kerana kurangnya birokrasi kerana 40% daripada perniagaan yang akan berdaftar d bawah GST telah dilesenkn di bawah CJP. Mana-mana entiti perniagaan dengan nilai ambang atau jualan terkumpul (Treshold) di bawah paras RM500,000 setahun tidak akan diwajibkan untuk berdaftar sebagai syarikat berdaftar GST (GSTRegistrant). Oleh itu IKS tersebut tidak akan menanggung sebarang kospematuhan GST ini. Selain itu, GST tidak akan menjadi kos kepada perniagaan kerana semua GST ke atas input boleh dituntut iaitu diserapkan sebagai kos barangan atau perkhidmatan yang diserap pada harga barangan.Kesan seterusnya adalah keada aliran tunai perniagaan, namun ianya tidak menjadi isu kerana cukai input boleh dituntut walaupun bayaran ke atas pembelian belum dibuat iaitu menggunakan kaedah perakaunan berasaskan invois dan tempoh bercukai bulanan. Selain itu, semua perolehan IKS boleh dituntut dengan cepat dan mudah kerana tiada pemadanan antara input dan output. Iks juga akan mendapat skim-skim khas di bawah GST yang akan membantu meningkatkan kecekapan analisis aliran tunai perniagaan seperti ATS, ATMS, AJS, Penggudangan, pendaftaran berkumpulan dan sebagainya.5.0 Impak GST ke atas Pelaburan Asing (FDI)Barang dan perkhidmatan Negara akan lebih kompetitif di pasaran luar Negara kerana eksport adalah pada kadar sifar iaitu pengeksportan barang dan komoditi