gst menurut fiqh

39
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) BERDASARKAN PERSPEKTIF FIQH KONTEMPORARI 1 Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman * ; Prof. Madya Dr. Farahwahida bt Mohd Yusof ** ; Dr. Fauzi bin Abu ** ; Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah ** 1 PENDAHULUAN Syariat Islam memelihara persoalan kewangan; sama ada di peringkat individu atau masyarakat umum. Islam memberikan garis panduan pengurusan harta yang bijak dan adil bagi memastikan keadilan terlaksana semasa proses memperoleh harta dan juga agihannya (al-Azraq, 1980). Persoalan percukaian merupakan isu ketamadunan, yang melibatkan kepentingan individu dan umum. Islam menjelaskan bahawa segala apa yang ada di bumi dan di langit serta seisinya adalah milik mutlak Allah SWT. Firman Allah SWT: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali 'Imran, ayat 189) Oleh itu, sebarang bentuk urusan kewangan, termasuk percukaian hendaklah berasaskan kehendak pemilik Mutlak harta iaitu Allah SWT. Kertas kerja ini menganalisa perbezaan pendapat ulama tentang hukum Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat sebagai salah satu sumber perolehan pendapatan Negara dan hubungannya dengan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). 2 PENGANTAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) Cukai merupakan salah satu alat dalam dasar fiskal sesebuah negara bagi memastikan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan baik melalui hasil yang diperoleh daripada cukai dan pendapatan negara. Pelaksanaan cukai di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua cukai utama iaitu cukai langsung seperti cukai pendapatan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Cukai jualan dikenakan pada peringkat import dan pengilangan, manakala cukai perkhidmatan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu yang disediakan di tempat-tempat yang dikenal pasti (Nor Aziah Abd Manaf et.al, 2004: 12). 1 Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyediaan Soal Jawab GST Menurut Perspektif Islam, pada 1 Mac 2015, di Felda Residence Kuala Terengganu. * Felo Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia; Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia; Karyawan Tamu Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Ketua Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan JAKIM bertajuk: 'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)'. Email: [email protected] ** Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia; Ahli Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan JAKIM bertajuk: 'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)'.

Upload: nazim-khan

Post on 10-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

GST

TRANSCRIPT

  • CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) BERDASARKAN PERSPEKTIF

    FIQH KONTEMPORARI1

    Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman*; Prof. Madya Dr. Farahwahida bt Mohd Yusof**;

    Dr. Fauzi bin Abu**; Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah**

    1 PENDAHULUAN

    Syariat Islam memelihara persoalan kewangan; sama ada di peringkat individu atau masyarakat umum. Islam memberikan garis panduan pengurusan harta yang bijak dan adil bagi memastikan keadilan terlaksana semasa proses memperoleh harta dan juga agihannya (al-Azraq, 1980).

    Persoalan percukaian merupakan isu ketamadunan, yang melibatkan kepentingan individu dan umum. Islam menjelaskan bahawa segala apa yang ada di bumi dan di langit serta seisinya adalah milik mutlak Allah SWT. Firman Allah SWT: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali 'Imran, ayat 189) Oleh itu, sebarang bentuk urusan kewangan, termasuk percukaian hendaklah berasaskan kehendak pemilik Mutlak harta iaitu Allah SWT.

    Kertas kerja ini menganalisa perbezaan pendapat ulama tentang hukum Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat sebagai salah satu sumber perolehan pendapatan Negara dan hubungannya dengan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).

    2 PENGANTAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

    Cukai merupakan salah satu alat dalam dasar fiskal sesebuah negara bagi memastikan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan baik melalui hasil yang diperoleh daripada cukai dan pendapatan negara. Pelaksanaan cukai di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua cukai utama iaitu cukai langsung seperti cukai pendapatan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Cukai jualan dikenakan pada peringkat import dan pengilangan, manakala cukai perkhidmatan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu yang disediakan di tempat-tempat yang dikenal pasti (Nor Aziah Abd Manaf et.al, 2004: 12).

    1 Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyediaan Soal Jawab GST Menurut Perspektif Islam,

    pada 1 Mac 2015, di Felda Residence Kuala Terengganu.

    * Felo Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;

    Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia; Karyawan

    Tamu Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia; Ahli

    Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Ketua Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan JAKIM bertajuk:

    'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)'. Email:

    [email protected]

    ** Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia; Ahli Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan

    JAKIM bertajuk: 'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan

    (GST)'.

  • 2

    Cukai langsung bermaksud "cukai yang dikenakan secara langsung kepada pembayaran cukai seperti cukai pendapatan." Manakala cukai tidak langsung pula bermaksud "cukai yang dikenakan ke atas barang atau perkhidmatan." (Kementerian Kewangan Malaysia, 2007:137)

    Cukai tak langsung (seperti cukai jualan, cukai tambah nilai (VAT), atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST)) ialah cukai yang dipungut oleh pihak perantara (seperti kedai runcit) dari seseorang yang menanggung beban ekonomi mutlak dari cukai itu (seperti pelanggan). Kemudian, pihak perantara itu memfailkan penyata cukai lalu mengemukakan hasil kutipan cukai kepada pihak kerajaan bersama penyata tersebut. Oleh demikian, istilah cukai tak langsung berbeza dengan cukai langsung yang dipungut terus oleh pihak kerajaan dari pihak-pihak yang dikenakan cukai tersebut. Ada yang mengulas bahawa cukai langsung tidak boleh dialihkan tanggungannya oleh pembayar cukai kepada pihak lain, sedangkan cukai tak langsung boleh (Neumark, 2014). Cukai tak

    langsung boleh menaikkan harga barangan supaya para pelanggan yang membayar cukai tersebut terpaksa membayar lebih untuk barangan belian mereka (Farlex Financial Dictionary, 2012).

    Oleh kerana hasil cukai amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat diuruskan dengan baik, pentadbiran cukai perlulah diperkemaskan. Objektif utama sistem pentadbiran cukai di Malaysia adalah untuk memastikan pembayar cukai membayar cukai dan petugas cukai mengawasi sistem kemasukan bayaran cukai secara jujur (Barjoyai Bardai, 1987: 424). Pendapatan cukai negara yang dikutip melalui cukai tidak langsung mula dijalankan pada tahun 1970an, di mana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah diperkenalkan. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah cukai dua kali, kurangnya hasil yang diperoleh melalui SST dan sebagai cara untuk meningkatkan hasil cukai, kerajaan berusaha untuk memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sifatnya lebih menyeluruh dan mampu menambah pendapatan negara.

    Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and services tax (GST)) atau juga dikenali di beberapa negara dengan nama Cukai Nilai Tambah (Value Added Tax (VAT)) merupakan cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas sesuatu penggunaan domestik barangan dan perkhidmatan kecuali produk yang telah ditetapkan pada kadar sifar dan dikecualikan (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012: 356). Secara umumnya, sistem percukaian GST ini menetapkan bahawa kesemua barang dan perkhidmatan adalah dikenakan cukai kecuali bagi barang-barang atau perkhidmatan yang disenaraikan sebagai dikecualikan cukai. Cukai yang dikenakan ini merupakan cukai penggunaan ke atas setiap peringkat pengeluaran iaitu dari pengeluar sehingga pengguna terakhir dan jumlah yang

    dibayar kepada kerajaan berdasarkan nilai tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran. Nilai tambah bermaksud nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan yang baharu atau sesuatu produk atau perkhidmatan yang telah diperbaiki.

    Dengan melaksanakan GST, kos pembayaran cukai bukan menjadi bebanan sepenuhnya kepada pengeluar atau kepada setiap peringkat pengeluaran yang lain, tetapi beban kadar cukai sebenarnya ditanggung oleh pengguna terakhir (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994: 51). Ini kerana, dari sudut pembeli/pengguna, GST merupakan cukai ke atas harga belian dan bagi pihak penjual pula GST adalah bayaran nilai tambah kepada produk, bahan atau

  • 3

    perkhidmatan. Namun dengan menggunakan mekanisme penolakan kredit cukai ke atas output perniagaan membolehkan peniaga menuntut cukai input untuk mengurangkan bebanan menguruskan aktiviti perniagaan. GST yang dikenakan ke atas output perniagaan seperti jualan produk yang dikilangkan akan ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input seperti bahan mentah yang digunakan dalam perniagaan (Parlimen Malaysia, 2010: 100). GST yang dikenakan ke atas output dikenali sebagai cukai output dan GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input.

    3 ISU PERCUKAIAN DALAM NEGARA ISLAM

    Keperluan umum ummah adalah di bawah tanggungjawab Pemimpin Negara. Pemimpin Negara bertanggungjawab memastikan kepentingan umum terpelihara. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Kerajaan memerlukan sumber pendapatan bagi mengendalikan pelbagai projek bagi memastikan keamanan, keselamatan, pembangunan dan keperluan umum lain. Selain daripada zakat, Kerajaan Islam memerlukan sumber pendapatan lain, termasuklah cukai. Mahmud Syaltut (2004) menjelaskan, cukai perlu bagi memenuhi maslahah umum seperti membina institusi pendidikan, hospital, jalan raya, pertahanan negara dan sebagainya. Jika maslahah umum tersebut tidak boleh terlaksana melainkan dengan cara mengutip cukai daripada rakyat yang kaya, maka kutipan cukai itu boleh diterima sebagai satu kewajiban.

    Secara umumnya, sumber pendapatan Negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Zakat merupakan kutipan yang berdasarkan arahan Allah SWT dan pihak yang layak menerimanya juga telah ditetapkan oleh Allah SWT. Manakala cukai pula, ada yang bersandarkan kepada nas seperti jizyah, dan selainnya adalah berdasarkan kepada budi bicara Pemimpin Negara mengikut keperluan semasa. Pihak yang berhak menerima agihan hasil kutipan cukai juga bergantung kepada budi bicara Pemimpin. Oleh itu isu cukai adalah isu siyasah Syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain, dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang yang lain (Syaltut, 2004; al-Qaradawi, 2006).

    Sistem percukaian di Negara Islam bermula sejak pada zaman Nabi Muhammad saw di bawah Piagam Madinah yang telah menetapkan bayaran jizyah ke atas orang bukan Islam dan bayaran zakat ke atas setiap umat Islam (Zulkornain Yusof, 1994). Sistem percukaian di Negara Islam semakin berkembang pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a seperti memperkenalkan bayaran cukai ke atas tanah (al-kharaj), perdagangan (al-'usyur) dan lain-lain.

    Pelaksanaan percukaian ini terus diikuti dan diperbaiki oleh pemerintahan pada zaman Khilafah Umawiyah dan Abbasiyah terutamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan Khalifah Harun al-Rasyid. Perubahan dalam sistem percukaian dalam pemerintahan Islam terus berubah mengikut peredaran masa sehingga kepada kerajaan Uthmaniyah yang terakhir pada tahun 1922.

    Para ulama' tidak mempersoalkan tentang cukai yang telah diaplikasikan di zaman Nabi Muhammad saw dan Khulafa' al-Rasyidin iaitu jizyah, kharaj, dan 'usyur, kerana ia berdasarkan nas Syara'. Cukai tersebut diistilahkan sebagai 'direct tax' iaitu cukai yang dikutip secara langsung ke atas pegangan harta dan pendapatan. Namun, mereka berbeza pendapat, adakah Kerajaan Islam boleh mengutip cukai selain cukai tersebut. Namun, perbezaan ini hanya berkaitan isu

  • 4

    Kerajaan mewajibkan cukai kepada individu yang kaya bagi membantu menampung perbelanjaan Kerajaan. Manakala mereka sepakat mengatakan diharamkan Kerajaan mewajibkan cukai kepada setiap individu; sama ada kaya atau miskin (al-Ghazali, 1971; al-Juwaini, 1401H).

    Terdapat tiga aliran pendapat ulama berkaitan hukum Kerajaan mengutip cukai tambahan:

    3.1 Pendapat Pertama

    Menurut sebahagian ulama, khususnya sebahagian ulama bermazhab Hanbali; Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Ibn Muflih (w763H), menjelaskan "Diharamkan mengambil cukai daripada harta seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya." (Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Buhuti, t.th.: 3/139) al-Hijawi (w968H) turut menjelaskan, "Diharamkan mengambil cukai daripada harta orang Islam seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya bukan secara yang dibenarkan oleh Syarak." (t.th.: 2/52) Pendapat yang sama turut dinyatakan oleh Mustafa bin Sa'ad al-Rahibani al-Hanbali (w1243H) (1994: 2/619).

    Terdapat ulama terdahulu selain ulama bermazhab Hanbali turut mengemukakan pendapat yang sama. Ibn al-Azraq (w896H) menjelaskan antara contoh siyasah yang batil menurut Syarak ialah mengutip cukai secara zalim (t.th.: 300). Ibn Hajar al-Haytami (w974H) menjelaskan, "Pengutip cukai, penulisnya, saksinya, penjaganya, wakil-wakilnya, dan selainnya yang berkaitan dengan kutipan cukai merupakan dosa besar pembantu kezaliman, bahkan memungut cukai itu sendiri merupakan suatu kezaliman. Para pengutip cukai mengambil harta manusia secara haram dan mengagihkannya kepada orang yang tidak berhak. Oleh sebab itu pengutip cukai tidak masuk syurga kerana dagingnya tumbuh daripada sumber yang haram." (7891: 299) Pernyataan tersebut turut disandarkan kepada Imam al-Zahabi (w149H) (t.th.)

    Manakala dalam kalangan ulama semasa, al-Mula al-Harawi al-Qari (w1014H), menjelaskan, "Cukai adalah termasuk salah satu kezaliman yang paling hina kerana pengutip cukai merampas harta pada waktu orang dalam kesempitan secara paksa, bukan berasaskan cara yang dibenarkan oleh Syarak, juga bukan secara 'uruf. Bahkan ia melampaui batas ke atas orang Islam, selain daripada mereka mengutip cukai ke atas orang bukan Islam. Perkara yang paling pelik ialah ada dalam kalangan ulama di zaman kita ini dan juga para syeikh menerima bayaran daripada pemimpin hasil daripada kutipan cukai dan membelanjakan harta tersebut bagi memenuhi keperluan mereka, tanpa mereka menyiasat sumber harta tersebut. Kita memohon daripada Allah keselamatan dan rezeki yang halal." (al-Qari, 2002: 6/2337)

    Hafiz Ahmad 'Ajjaj Karami menjelaskan, "Dalam Pemerintahan Nabi Muhammad saw, baginda tidak mengenakan sebarang cukai tambahan -dalam apa bentuk sekalipun-, tetapi baginda mengajak agar rakyat memberikan sumbangan apabila Negara memerlukan kewangan tambahan. Bahkan terdapat sumber yang sahih bahawa baginda melarang seseorang Pemimpin membebankan rakyatnya dengan cukai (Karami, 1427H: 162).

    Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa beberapa negara Islam kini, seperti Fatwa Kerajaan Arab Saudi dan Brunei. Fatwa Kerajaan Arab Saudi 23/489 (2009): Soalan: "Saya membaca daripada kitab 'al-Zawajir 'an iqtiraf al-kaba'ir', karangan Ibn Hajar al-Haytami berkaitan hukum mengambil cukai. Nabi Muhammad saw telah melarang daripada mengambil cukai. Serta

  • 5

    pengutip cukai akan menerima azab yang pedih di hari kiamat kelak. Kebanyakan negara, ekonominya bergantung kepada kutipan Cukai Kastam, sama ada cukai import atau eksport. Oleh kerana para peniaga dikenakan cukai tersebut, maka mereka memindahkan cukai itu kepada pengguna dengan menaikkan harga barang. Hasil kutipan cukai ini digunakan oleh Kerajaan untuk membiaya pelbagai projek pembangunan. Saya memohon penjelasan hukum tentang cukai dan bekerja sebagai pegawai kastam. Adakah ia termasuk dalam hukum al-maks atau tidak?' Jawapan, 'Segala puji bagi Allah. Mengutip Cukai Kastam, sama ada cukai import atau eksport adalah termasuk dalam al-maks yang diharamkan. Bertugas sebagai pengutip cukai juga haram, walaupun Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai itu untuk membiaya pelbagai projek pembangunan..."

    Selanjutnya, Fatwa Kerajaan Brunei 1985, "Cukai adalah ditegah dalam Islam, sebagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawjir bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafie yang terkenal pada muka 761 juz awal dan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsydn muka 751, 759 dan 253. Katanya: Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar... Fatwa yang sama juga dinyatakan dalam Qurrah Al-Ain bi Fatwa Ulam Al-Haramain muka 332 dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-Allamah Asy-Syeikh Ath-Thahir Az-Zawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah." (1985)

    Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:

    1) Firman Allah SWT:

    a) Haram melakukan kezaliman

    Maksudnya: "Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya."

    (Surah al-Syura, ayat 42)

    Wajh al-dilalah: Pengutip cukai (al-makkas) adalah antara golongan yang melakukan kezaliman kepada manusia, bahkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka mengutip apa yang mereka tidak berhak ke atasnya dan

    menyerahkannya kepada mereka yang tidak berhak ke atasnya (al-Zahabi, t.th.: 115).

    b) Larangan mengurangkan hak manusia

    Firman Allah SWT:

  • 6

    Maksudnya: "Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."

    (Surah Hud, ayat 85)

    Wajh al-dilalah: Maksud 'bakhs' yang dilarang dalam ayat 85 surah Hud iaitu janganlah kamu mengurangkan hak manusia yang wajib kamu penuhi (al-Tobari, 2000: 15/446), dan bagi setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak boleh dirampas daripadanya atau diambil secara yang tidak dibenarkan oleh Syarak, serta segala pengurusannya mestilah berdasarkan keizinan Syarak (al-Razi, 1420H: 24/528). al-Khattabi (w388H) menjelaskan, pemimpin yang mengambil cukai (al-maks) secara zalim daripada rakyat adalah termasuk dalam maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat tersebut (al-Khattabi, 1982: 1/219).

    c) Haram mengambil harta tanpa hak

    Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu."

    (Surah al-Nisa', ayat 29)

    Wajh al-dilalah: Ayat tersebut menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Hukum Kerajaan mengenakan cukai selain daripada zakat adalah haram kerana ia termasuk dalam cara mengambil harta orang lain yang bukan berdasarkan kebenaran Syarak. Ini disebabkan Syarak hanya membenarkan Kerajaan mengutip zakat daripada rakyat yang beragama Islam dan dikuatkan dengan hadis yang melarang mengambil cukai tambahan selain zakat daripada rakyat yang beragama Islam (al-Qaradawi, 2006).

    2) Hadis Nabi Muhammad saw

    a) Pengutip cukai masuk neraka

    Ruwaifi' bin Thabit melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

    (( ))

    Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-maks (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka." Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001:28/526) dan al-Tobarani (1994: 5/29).

  • 7

    'Uqbah bin 'Amir melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

    (( ))

    Maksudnya: "Pengutip cutip (sohib maks) tidak masuk syurga." Hadis sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001: 28/ 586), al-Hakim (1990: 1/562), dan al-Bayhaqi (2003: 7/26). Menurut Imam al-Hakim, "Hadis ini hadis sahih mengikut syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim, tetapi hadis ini tidak direkodkan olehnya." (1990: 1/562)

    Wajh al-dilalah: Yazid bin Haron menjelaskan, "Sohib maks ialah al-'asysyar (pengutip cukai 'usyur ke atas rakyat yang beragama Islam)." (al-Hakim, 1990: 1/562) Juga bermaksud pengutip cukai yang mengambil harta orang ramai secara haram (al-Asbahani, 2004). al-Maks juga bermaksud kutipan cukai yang biasanya digunakan merujuk kepada golongan yang melakukan kezaliman dalam proses jual beli (Muslim, t.th.: 3/1323). Abu 'Ubayd (w224H) menjelaskan, "Amalan mengutip cukai 'al-maks' berasal daripada amalan masyarakat Jahiliyah. Kemudian ia menjadi amalan Raja-Raja Arab dan bukan Arab. Mereka mengutip cukai daripada para peniaga 10% daripada harta dagangan mereka apabila mereka melalui kawasan Raja tersebut." (2007: 2/201)

    Dalam hadis yang lain, Buraydah melaporkan, Nabi Muhammad saw menegur Khalid bin al-Walid yang mencemuh wanita yang dihukum rejam kerana mengaku berzina. Sabda Nabi Muhammad saw, "Berhati-hatilah wahai Khalid. Demi Allah, yang nyawaku berada dalam genggamanNya, wanita itu telah bertaubat. Jika seorang pengutip cukai bertaubat seperti taubat wanita itu, juga akan diberikan keampunan." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (t.th.: 3/1323). Imam al-Nawawi menjelaskan, "Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengutip cukai adalah termasuk dalam seburuk-buruk maksiat dan sebesar-besar dosa. Ini disebabkan kerana banyaknya tuntutan manusia kepada pengutip cukai, serta banyaknya kezaliman yang telah dilakukannya, atas perbuatannya mengambil harta orang tanpa hak dan membelanjakannya juga ke arah yang batil." (1392H: 11/203) Hadis ini secara jelas menyatakan, dosa pengutip cukai adalah lebih besar berbanding dosa penzina (Ulama Najd, 1996: 15/406; al-Yusuf, 1984: 54).

    b) Haram mengambil harta manusia melainkan dengan cara yang dibenarkan oleh Syarak.

    Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

    (( : ))

    Maksudnya: "Setiap Muslim itu diharamkan daripada mencabuli nyawa Muslim yang lain, hartanya dan juga maruahnya." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (t.th.: 4/1986).

    Wajh al-dilalah: Islam menghormati hak pemilikan individu dan memberikan hak bagi setiap manusia itu menguruskan pemilikannya serta diharamkan daripada mengambil hartanya tanpa kebenaran Syarak, sebagaimana diharamkan daripada mencabuli nyawa dan maruahnya. Kerajaan yang mengambil cukai daripada rakyatnya -walau apapun hujah yang membenarkannya- adalah termasuk dalam mengambil harta rakyat secara paksa (al-Qaradawi, 2006).

  • 8

    c) Rakyat hanya wajib bayar zakat

    Talhah bin Ubaydillah melaporkan, "Seorang lelaki yang berasal dari Najd datang bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Rambut lelaki itu jarang-jarang, suaranya kuat tetapi tidak difahami, sehinggalah dia datang dekat dengan Rasulullah saw. Dia bertanya tentang Islam. Rasulullah saw menjawab, "Kamu wajib sembahyang dalam sehari lima waktu." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya wajib sembahyang selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu lakukan yang sunat." Selanjutnya Nabi menerangkan, "Kamu juga wajib berpuasa sebulan di bulan Ramadhan." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya wajib berpuasa selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu lakukan yang sunat." Talhah melaporkan lagi, "Kemudian Rasulullah saw menyatakan tentang kewajipan membayar zakat." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya wajib mengeluarkan harta saya selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu lakukan yang sunat." Talhah melaporkan, "Kemudian sebelum lelaki itu beredar,

    dia berkata, 'Demi Allah! Saya tidak akan menambah apa-apa amalan melainkan yang wajib itu sahaja dan saya tidak akan menguranginya.' Rasulullah saw bersabda, "Dia memperoleh kejayaan jika dia benar-benar melakukannya.'" Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari (1422H: 1/18) dan Muslim (t.th.: 1/40).

    Wajh al-dilalah: Hadis tersebut secara jelas menyatakan, rakyat hanya wajib membayar zakat. Sesiapa yang telah membayar zakat, maka hartanya sudah bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar bayaran yang lain termasuk cukai. Jika kerajaan boleh mengenakan cukai tambahan selain zakat, maka tidak bermaknalah pengakuan Nabi kepada lelaki tersebut iaitu, "Dia memperoleh kejayaan jika dia benar-benar melakukannya", kerana lelaki itu hanya mahu membayar zakat yang wajib sahaja, tanpa membayar bayaran tambahan yang lain (al-Qaradawi, 2006). Terdapat hadis lain yang menjelaskan: Fatimah binti Qais melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Pada harta seseorang itu tiada yang wajib dibayar melainkan zakat." Hadis direkod oleh Imam Ibnu Majah (t.th.: 1/570)

    3.2 Pendapat Kedua

    Manakala menurut sebahagian ulama lain, Kerajaan dibenarkan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibn Hazm (w456H) (t.th.: 4/281), Ibn Taimiyah (w728H) (1995: 29/194-786), Ibn al-Musili al-Syafi'i (w774H) (t.th.: 195), al-Syatibi (w790H) (1992: 1/619), Ibn Khaldun (w808H) (1995), serta dalam kalangan ulama semasa Mahmud Syaltut (w1963M) (2004: 109), dan Ahmad al-Raysuni (1992: 352).

    Imam al-Syatibi (w790H) berpendapat ketika mengulas isu Pemimpin mengutip cukai daripada rakyat yang kaya ketika wujud keperluan 'hajiyat', "Kami berpendapat, jika seseorang Pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya berhajat untuk menambah bilangan tentera untuk menjaga perbatasan Negara serta memelihara kestabilan Kuasa yang semakin luas kepada tanah jajahan yang lain, sedangkan sumber perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah habis, serta keperluan tentera semakin meningkat dan perbelanjaan tidak mencukupi, maka Pemimpin - dengan syarat beliau seorang yang adil - boleh mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya bagi memenuhi keperluan tersebut. Sehinggalah perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah kembali mencukupi. Pemimpin juga dalam masa yang sama perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan Negara daripada

  • 9

    sumber yang lain seperti kutipan sewa, pertanian dan sebagainya... Pendapat seperti ini tidak dikemukakan oleh ulama terdahulu kerana sumber perbendaharaan Baitul Mal pada zaman mereka adalah banyak, berbeza dengan Baitul Mal zaman kita. Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil." (al-Syatibi, 1992: 1/619)

    Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:

    1) Firman Allah SWT:

    a) Tanggungjawab sosial adalah wajib

    Maksudnya: "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat. Tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, dan sekalian Nabi. Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa."

    (Surah al-Baqarah, ayat 177)

    Wajh al-dilalah: Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa tanggungjawab seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat, tetapi perlu saling bantu membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial dengan memelihara maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam. Oleh itu, Kerajaan boleh mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan tanggungjawab sosial dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan cukai dan dengan cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).

  • 10

    b) Kewajipan jihad dengan diri dan harta

    Maksudnya: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab). Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

    (Surah al-Taubah, ayat 41)

    Wajh al-dilalah: Kewajipan berjihad dengan mengeluarkan harta tidak termasuk kewajipan membayar zakat. Ini membuktikan bahawa selain daripada wajib membayar zakat, umat Islam juga wajib mengeluarkan hartanya untuk berjihad. Dan antara urusan jihad ialah Kerajaan memerlukan perbelanjaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan negara. Oleh itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai sebagai salah satu cara memenuhi maslahah tersebut (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).

    c) Pemimpin wajib memenuhi kepentingan rakyat

    Maksudnya: "Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain! Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (daripada hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

    (Surah al-Kahfi, ayat 94)

    Wajh al-dilalah: al-Syawkani (w1250H) menjelaskan, maksud al-kharaj dalam ayat tersebut ialah "apa yang dikutip oleh pemimpin." (al-Syawkani, 1414H: 3/368) Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin perlu mengumpulkan sumber

    pendapatan negara bagi memelihara kepentingan umum negara dan rakyat, bahkan pemimpin boleh mewajibkan rakyat untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar cukai (Ibn al-'Arabi, 2003; al-Qaradaghi, 2009).

    2) Hadis Nabi Muhammad saw: Tanggungjawab terhadap harta bukan hanya terbatas kepada zakat

    Fatimah binti Qais melaporkan, "Rasulullah saw bersabda,

    (( ))

  • 11

    Maksudnya: 'Sesungguhnya dalam harta itu ada hak yang wajib dikeluarkan selain zakat.' Kemudian Nabi membacakan ayat 177 surah al-Baqarah." Hadis dhaif direkodkan oleh Imam al-Tirmizi (1975: 3/39)

    'Abd al-Rahman bin Abi Bakr melaporkan, "Para sahabat ahli suffah adalah terdiri daripada orang yang fakir. Rasulullah saw pernah bersabda:

    (( ))

    Maksudnya: "Sesiapa yang memiliki makanan untuk dua orang, maka berkongsilah makanan dengan mereka untuk tiga orang. Sesiapa yang memiliki makanan untuk empat orang, maka berkongsilah makanan dengan mereka untuk lima orang, kemudian enam orang." Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim (t.th.: 3/1627)

    Wajh al-dilalah: Berdasarkan hadis tersebut, terdapat kewajipan dalam harta seseorang kaya selain zakat. Termasuklah kewajipan rakyat yang kaya membantu kerajaan memenuhi kepentingan umum rakyat melalui pembayaran cukai (al-Tobari, 2000; al-Qaradawi, 2006).

    3) Masolih mursalah

    Hujah Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat adalah merujuk kepada maslahah yang wujud. Kerajaan perlukan sumber kewangan bagi memenuhi maslahah umum rakyat seperti membina sekolah, masjid, pentadbiran Kerajaan, jalan raya, dan sebagainya (Syaltut, 2004). Oleh itu, hujah Kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat adalah merujuk kepada kaedah fiqh:

    a) Memelihara maslahah dan menjauhkan kemudaratan

    Kaedah Fiqh:

    Maksudnya: "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka." (al-Syatibi, 1997: 6/446)

    Imam al-Syatibi menjelaskan, "Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem

    seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil." (1992: 1/619)

    b) Apabila bertembung antara dua kemudaratan

    i) Kaedah fiqh:

    Maksudnya: "Apabila terdapat dua perkara yang memudaratkan, diutamakan mudarat yang paling besar dengan melakukan perkara

  • 12

    yang paling kurang mudarat antara kedua-duanya." (al-Suyuti, 1990: 87)

    Menurut Imam al-Ghazali, pemimpin dilarang mengutip cukai daripada rakyat jika sekiranya harta benda yang berada dalam perbendaharaan negara adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, dan jika dibiarkan tentera tidak terbela kebajikannya, mereka akan sibuk mencari kerja yang lain, dan jika ini berlaku maka boleh mengancam keselamatan negara, maka dibenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai. Kerana sebagaimana yang kita maklumi, apabila bertembung antara dua kemudaratan, maka Islam menuntut untuk kita mengambil mudarat yang lebih ringan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar berlaku (al-Ghazali,

    1993:177-178).

    ii) Kaedah fiqh:

    Maksudnya: "Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum." (Ibn Nujaym, 1999: 74)

    Apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudaratan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan seperti pembinaan sekolah, masjid dan seumpamanya. Oleh itu, menurut kaedah "Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum", Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum (al-Qaradawi, 2006).

    iii) Kaedah fiqh:

    Maksudnya: "Kerugian itu ditanggung bagi mendapatkan keuntungan." (Majallah al-Ahkam al-'Adliyah, t.th.: 1/26; Rashid Reda, 1990: 11/352)

    Kaedah ini menjelaskan, setiap pertanggungjawaban dan caj yang dikenakan atas sesuatu, wajib ke atas individu yang mendapat faedah dan manfaat dengannya (al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 28/264). al-Qaradawi menjelaskan perkaitan kaedah ini dengan keharusan mengutip cukai, "Harta yang dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk keperluan umum yang manfaatnya kembali kepada keseluruhan rakyat seperti pertahanan, keamanan, kehakiman, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, dan maslahah lain yang manfaatnya kembali kepada umat Islam; sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika setiap rakyat mendapat manfaat dengan wujudnya negara, rakyat menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan, diuruskan, dan dipelihara oleh Kerajaan, demi memelihara keamanan dalam negara dan luar negara, maka rakyat perlulah mengeluarkan sebahagian daripada hartanya sebagai tanggungjawab membantu Kerajaan. Sebagaimana rakyat mendapat faedah dan keuntungan daripada masyarakat melalui segala aspek aktiviti yang ada dalam negara, maka sebagai balasannya, wajiblah setiap rakyat itu menanggung sedikit kerugian dengan

  • 13

    mengeluarkan sejumlah kecil daripada hartanya untuk membayar cukai, sebagai pelaksanaan asas yang dinyatakan oleh para fuqaha', 'Kerugian itu ditanggung bagi mendapatkan keuntungan'" (al-Qaradawi, 2006:2/1085-1086).

    4) Logik

    Jika sumber pendapatan Negara yang dikutip daripada rakyat hanya dikhususkan kepada zakat, maka perbelanjaan Negara akan terjejas. Zakat yang dikutip, agihannya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jika sesuatu perbelanjaan Negara tidak berkaitan dengan lapan asnaf zakat, maka sumber zakat tidak boleh digunakan. Contohnya, ulama berpendapat, harta zakat tidak boleh digunakan untuk membina jambatan, membina jalan raya, mendalamkan sungai, membina masjid, dan membina sekolah (Ibn Qudamah, 1968). Mengikut amalan Kerajaan Islam terdahulu, keperluan pembinaan tersebut diambil daripada sumber Baitul Mal daripada ghanimah (harta rampasan perang). Namun, suasana sekarang sudah berubah. Tiada lagi sumber Baitul Mal daripada ghanimah (al-Qaradawi, 2006). Oleh itu, Kerajaan Islam di zaman kini memerlukan sumber pendapatan lain, antaranya ialah cukai.

    3.3 Pendapat Ketiga

    Menurut majoriti ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat, namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tetapi dengan syarat, cukai itu hanya untuk sementara waktu dan ia hanya dikenakan ke atas rakyat yang kaya pada kadar tertentu pada waktu wujudnya keperluan. Pendapat ini merupakan pendapat majoriti ulama terdahulu dalam kalangan ulama bermazhab Hanafi (al-Zayla'i, 1313H: 3/242; al-'Ayni, 2000: 3/390; Ibn 'Abidin, 1992: 2/336), Maliki (Ibn al-'Arabi, 2003: 1/87-88; al-Qurtubi, 1964: 2/242; 1425H: 821), Syafi'i (al-Juwaini, 1401H: 259; al-Ghazali, 1971: 235-236; al-Ramli, 1984: 8/49-50), dan beberapa ulama semasa seperti Fatwa Syeikh al-Tohir Ahmad al-Zawi; mufti Kerajaan Libya 1969-1986 (2006: 238-241), Fatwa Qadhi Hani bin 'Abd Allah al-Jubayr; Qadhi Makkah al-Mukarramah (7423H), 'Abd al-Wahhab Khallaf (1988: 117), Yusuf al-Qaradawi (2006: 2/1080), Ali al-Qaradaghi (2009) dan Monzer Kahf (2007).

    Imam al-Ghazali (w505H) menjelaskan, jika terdapat maslahah, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tambahan kepada individu kaya, beliau berkata, "Kami berpendapat, Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tambahan jika zahir maslahah. Namun, bagi mengenalpasti maslahah tersebut, beberapa asas perlu diambil kira. Pertama: cukai tambahan yang dikenakan pada zaman kita ini, asasnya adalah pengambilan harta rakyat secara zalim dan ini tiada alasan Syar'i untuk membenarkannya. Seseorang tentera jika gaji yang diterima sudah mencukupi, sehingga yang diterima itu sudah cukup untuk keperluan hidup setahun, namun cukai dikutip untuk menambah pendapatan mereka, sehingga mereka bersenang-senang, bermewah-mewah dalam kehidupan, melakukan pembaziran dengan membina bangunan-bangunan, serta menghiasinya seperti cara hidup pemimpin Qaisar, maka adakah ini dikatakan maslahah untuk Kerajaan mengutip cukai tambahan? Sebaliknya, jika dalam sesuatu keadaan, seseorang pemimpin itu ditaati dan memerlukan untuk penambahan bilangan tentera, bagi menjaga keselamatan negara dan memelihara kuasa, dan selepas segala usaha telah dilakukan untuk mencukupkan keperluan perbelanjaan Kerajaan, namun Baitul Mal masih kekurangan sumber, dan para tentera tidak mencukupi sumber pendapatannya, maka Pemimpin boleh

  • 14

    mengenakan cukai tambahan kepada golongan kaya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun, setelah sumber Baitul Mal mencukupi, maka Pemimpin perlu memikirkan bagaimana untuk melaburkan sumber yang ada, agar sumber pendapatan Kerajaan itu tidak hanya tertumpu kepada individu tertentu sahaja" (1971: 235-236).

    Ketika Raja al-Muzaffar Qutuz membuat ketetapan untuk mengenakan cukai kepada rakyat bagi membantu perbelanjaan Kerajaan membuat persiapan ketenteraan menghadapi serangan tentera Tartar, Imam 'Iz al-Din bin 'Abd al-Salam (w660H) mengemukakan pendiriannya kepada Raja, "Jika musuh datang menyerang Negara Islam, maka wajib sekalian rakyat berperang mempertahankan Negara. Maka kamu boleh mengambil bayaran (cukai) daripada rakyat bagi membantu jihad kamu. Dengan syarat, di dalam Baitul Mal sudah habis segala sumber, kemudian kamu perlu terlebih dahulu menjual harta yang kamu miliki, sama ada emas, perak atau apa-apa peralatan. Selanjutnya tentera perlu dihadkan

    kenderaannya dan senjatanya. Tentera perlu bersama-sama dengan rakyat yang lain, dikutip cukai secara sama rata. Manakala jika di tangan para tentera masih ada harta dan senjata yang canggih, maka kamu dilarang mengutip cukai daripada orang ramai." (Ibn Taghri, t.th.: 7/72-73).

    Apabila Raja al-Zahir Baibers ingin membuat persiapan bagi menghadapi serangan tentera Tartar di Syam, beliau mengumpulkan para ulama untuk mengeluarkan fatwa bahawa dibenarkan kerajaan mengutip cukai daripada rakyat untuk membantu kerajaan membuat persiapan ketenteraan. Para ulama' Syam mengeluarkan fatwa bahawa Raja boleh melakukannya. Raja bertanya, "Masih adakah ulama yang masih belum mengemukakan pendapatnya?" Dijawab, "Ya, Syeikh Muhy al-Din al-Nawawi masih belum mengemukakan pendapatnya." Raja mengarahkan agar al-Nawawi datang mengadapnya. Kemudian Raja mengarahkan, "Kemukakan pendapat kamu sebagaimana mereka bersetuju agar aku boleh mengutip cukai." Namun al-Nawawi enggan memberikan persetujuannya. Raja bertanya, "Kenapa engkau enggan?" Jawab al-Nawawi, "Saya tahu, sebelum ini kamu merupakan hamba yang ditawan oleh pemimpin Bunduqdar. Kamu tidak memiliki harta. Kemudian Allah mengurniakan kepada kamu harta dan menjadikan kamu sebagai Raja. Saya mendapat khabar bahawa kamu memiliki seribu orang hamba lelaki. Setiap hamba memiliki tali pelana yang diperbuat daripada emas. Kamu juga memiliki dua ratus orang hamba perempuan. Setiap hamba itu memiliki sejumlah perhiasan. Jika kamu menyumbangkan semua harta yang dimiliki oleh hamba kamu itu, sehingga hamba lelaki hanya mengguna tali pelana yang diperbuat daripada bulu, dan hamba wanita kamu hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan, maka baru saya akan mengeluarkan fatwa bahawa kamu boleh mengambil harta daripada rakyat." (al-Suyuti, 1967: 2/105)

    Syeikh Shihab al-Din al-Ramli (w1004H) menjelaskan, Rakyat yang berkemampuan dalam sesebuah Negara Islam wajib menghapuskan kemudaratan daripada rakyat yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Rakyat yang berkemampuan bermaksud, sesiapa yang mempunyai sumber kewangan yang melebihi had keperluannya dan individu lain yang di bawah tanggungannya selama setahun...antara maksud menghapuskan kemudaratan daripada rakyat yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam ialah menebus tawanan...dan juga pembangunan Negara seperti membina tembok sempadan dan keperluan tentera yang menjaga perbatasan Negara. Semua perbelanjaan tersebut diambil daripada Baitul Mal, kemudian jika tidak mencukupi perbelanjaan itu perlu ditanggung oleh rakyat yang berkemampuan, dan selanjutnya jika masih belum mencukupi, Pemimpin boleh mewajibkan

  • 15

    sesiapa yang dia kehendaki untuk menampung perbelanjaan tersebut." (al-Ramli, 1984: 8/49-50)

    Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:

    1) Firman Allah SWT:

    a) Haram mengambil harta tanpa hak

    Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu."

    (Surah al-Nisa', ayat 29)

    Wajh al-dilalah: Ayat tersebut menegaskan memakan harta orang lain adalah haram. Kerajaan yang mengenakan cukai sedangkan sumber Baitul Mal masih mencukupi, ia termasuk dalam mengambil harta rakyat secara zalim dan haram (al-'Ayni, 2000: 3/390; Ibn 'Abidin, 1992: 2/336; al-Ghazali, 1971: 235-236)

    b) Haram pembaziran

    Maksudnya: "Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah

    dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampau."

    (Surah al-An'am, ayat 141)

    Wajh al-dilalah: Ayat ini secara jelas menerangkan hukum haram 'israf' iaitu menggunakan harta secara berlebih-lebihan melampaui batasan yang dibenarkan oleh Syarak. Imam al-Tobari menjelaskan, sebahagian ulama seperti Ibn Zayd, berpendapat, peringatan Allah agar tidak berlaku 'israf' dalam ayat tersebut adalah ditujukan kepada pemimpin. Pemimpin dilarang daripada

  • 16

    mengutip harta daripada rakyat secara zalim dan dilarang daripada menggunakan harta yang telah dibayar oleh rakyat melalui zakat dan infaq secara 'israf' iaitu menggunakan sumber pendapatan negara secara membazir dan melampaui had yang dibenarkan oleh Syarak (al-Tobari, 2000: 12/172). Oleh itu pemimpin diharamkan daripada mengutip cukai, melainkan jika terdapat maslahah 'daruriyat' atau 'hajiyat' sahaja.

    c) Tanggungjawab sosial adalah wajib

    Firman Allah SWT:

    Maksudnya: "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat. Tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, dan sekalian Nabi. Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa."

    (Surah al-Baqarah, ayat 177)

    Wajh al-dilalah: Walaupun secara dasarnya, kerajaan haram sewenang-wenangnya mengutip cukai daripada rakyat, namun jika terdapat maslahah

    sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut iaitu kerajaan memerlukan sumber kewangan bagi memenuhi keperluan anak yatim, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang yang meminta, untuk memerdekakan hamba abdi, urusan ketenteraan dan sebagainya, maka dibenarkan kerajaan mengutip cukai kepada orang kaya sekadar memenuhi keperluan tersebut (Ibn 'Abidin, 1992: 2/336; Ibn al-'Arabi, 2003: 1/87-88; al-Qurtubi, 1964: 2/242; al-Ramli, 1984: 8/49-50).

    2) Hadis Rasulullah saw

    a) Pengharaman al-maks

    Ruwaifi' bin Thabit melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

  • 17

    (( ))

    Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-maks (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka." Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001:28/526) dan al-Tobarani (1994: 5/29).

    Wajh al-dilalah: Hadis ini secara jelas menyatakan bahawa Kerajaan yang mengutip cukai daripada rakyat secara zalim kerana tiada maslahah yang mendesak adalah haram (al-'Ayni, 2000: 3/390).

    b) Rakyat hanya wajib membayar zakat

    Fatimah binti Qais melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda:

    (( ))

    Maksudnya: "Pada harta seseorang itu tiada yang wajib dibayar melainkan zakat." Hadis direkod oleh Imam Ibnu Majah (t.th.: 1/570)

    Wajh al-dilalah: Hadis tersebut secara jelas menyatakan, rakyat hanya wajib membayar zakat. Sesiapa yang telah membayar zakat, maka hartanya sudah bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar bayaran yang lain termasuk cukai. Imam Ibn al-'Arabi menjelaskan, "Pendapat yang sahih ialah pada harta itu tiada hak melainkan zakat. Namun, jika seseorang telah membayar zakat, kemudian wujud keperluan 'hajiyat' untuk membantu kerajaan, maka pemilik harta wajib membantu. Ini disepakati dalam kalangan ulama. Imam Malik menjelaskan, 'Seluruh umat Islam wajib membantu untuk menebus tebusan dalam kalangan orang Islam. Jika harta kerajaan telah habis digunakan untuk membayar tebusan tersebut, serta kutipan zakat sudah pun dikutip, maka adakah wajib rakyat yang kaya membantu orang fakir selain zakat? Terdapat perbezaan pendapat berkaitan isu ini. Pendapat yang lebih benar menurut saya ialah rakyat yang kaya wajib membantu orang fakir selain zakat.'" (2003: 1/87-88)

    c) Arahan Nabi Muhammad kepada Safwan bin Umayyah

    Jabir bin 'Abd Allah melaporkan, "Rasulullah saw membuat persiapan untuk peperangan Hunayn...kemudian Rasulullah saw mengutus utusan bertemu dengan Safwan bin Umaiyah untuk meminta daripadanya 100 perisai sebagai balasan kepada jaminan keselamatan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada Safwan. Safwa bertemu dengan Rasulullah lalu bertanya, 'Adakah kamu hendak mengambilnya secara paksa wahai Muhammad?' Rasulullah saw menjawab, 'Bukan. Ia hanya pinjaman yang dijamin sehingga kami memulangkannya kepada kamu.'" Hadis direkodkan oleh Imam al-Bayhaqi (1989: 2/310).

    Wajh al-dilalah: Hadis ini menjelaskan bahawa Kerajaan boleh mengambil sesuatu daripada rakyat untuk memenuhi keperluan umum. Dalam kes tersebut, Nabi Muhammad saw meminjam perisai daripada Safwan sebagai balasan kepada jaminan keamanan yang diberikan oleh baginda sebagai Ketua Negara. Ini menunjukkan, jika wujud maslahah 'hajiyah' kerajaan boleh mengenakan cukai kepada rakyat (al-Zayla'i, 1313H: 3/242).

  • 18

    3) Kaedah fiqh

    a) Darurat mengharuskan larangan

    Kaedah:

    Maksudnya: "Apabila wujud darurat, maka dibenarkan untuk melakukan larangan." (al-Ghazali, 2004: 130; al-Subki, 1991: 45; al-Syatibi, 1997: 5/99; al-Zarkasyi, 1985: 2/317)

    Hukum asal mengutip cukai adalah haram. Namun, jika terdapat maslahah 'daruriyat', kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat, dengan syarat maslahah tersebut telah dikenalpasti dan agihan kutipan cukai benar-benar memenuhi maslahah tersebut, iaitu jika tidak dikutip cukai, maka maslahah umum tidak dapat dipenuhi (Ibn 'Abidin, 1992: 2/336; al-Zawi, 2006: 238-241; Khallaf, 1988: 117)

    b) Apabila bertembung antara dua kemudaratan

    Kaedah:

    Maksudnya: "Apabila terdapat dua perkara yang memudaratkan, diutamakan mengelakkan mudarat yang paling besar dengan melakukan perkara yang paling kurang mudarat antara kedua-duanya." (al-Suyuti, 1990: 87)

    Menurut Imam al-Ghazali, pemimpin dilarang mengutip cukai daripada rakyat jika sekiranya harta benda yang berada dalam perbendaharaan negara adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, dan jika dibiarkan tentera tidak terbela kebajikannya, mereka akan sibuk mencari kerja yang lain, dan jika ini berlaku maka boleh mengancam keselamatan negara, maka dibenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai. Kerana sebagaimana yang kita maklumi, apabila bertembung antara dua kemudaratan, maka Islam menuntut untuk kita mengambil mudarat yang lebih ringan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar berlaku (al-Ghazali,

    1993:177-178).

    c) Kaedah:

    Maksudnya: "Ditanggung kemudaratan yang kecil untuk mengelakkan berlakukan kemudaratan yang lebih besar." (al-Razi, 1420H: 21/492; al-Khazin, 1415H: 3/174; al-Syarbini, 1285H: 2/399; al-Zayla'i, 1313H: 3/242)

  • 19

    Imam al-Zayla'i (w743H) menjelaskan, "Haram Kerajaan mengenakan kutipan untuk tentera jika ada sumber fai', iaitu jika seseorang Pemimpin mewajibkan cukai kepada rakyat untuk diberikan kepada tentera yang keluar berjihad kerana ia termasuk hukum haram memberikan upah bagi melaksanakan ketataan. Hakikatnya kutipan cukai seumpama itu adalah haram kerana harta Baitul Mal adalah untuk kegunaan umum. Namun jika di dalam Baitul Mal sudah tiada sumber pendapatan daripada fai', maka tidak haram Kerajaan mengenakan cukai kerana maslahah 'hajiyah' kepada jihad sangat mendesak ketika itu. Ini adalah berasaskan kaedah 'Ditanggung kemudaratan yang kecil untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar'. Buktinya, Nabi Muhammad saw pernah mengambil perisai daripada Safwan pada waktu adanya keperluan." (al-Zayla'i, 1313H: 3/242)

    3.4 Analisa Pendapat Ulama Tentang Amalan Percukaian Dalam Negara Islam

    Setiap pendapat yang dikemukakan mempunyai dalil dan wajh al-dilalah yang tersendiri. Berikut dibincangkan setiap dalil yang dikemukakan.

    3.4.1 Analisa dalil pendapat pertama

    Menurut sebahagian ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Hujah mereka:

    1) Pengutip cukai (al-makkas) adalah antara golongan yang melakukan kezaliman kepada manusia, dan melakukan kezaliman adalah haram berdasarkan firman Allah SWT surah al-Syura, ayat 42. Di samping itu, pengutip cukai juga telah mengurangkan hak rakyat dan ia juga haram sebagaimana firman Allah SWT surah Yusuf, ayat 20 dan surah Hud, ayat 85.

    Menurut pendapat kedua, cukai yang dibenarkan untuk Kerajaan kutip adalah bersyarat iaitu cukai itu tidak menzalimi rakyat yang tidak berkemampuan. Oleh itu, hujah ini tidak dipertikaikan, namun ia bukan menjadi hujah bahawa semua cukai adalah haram. Cukai yang haram ialah cukai yang zalim, manakala cukai yang dikutip untuk tujuan memenuhi maslahah umum rakyat tidak termasuk dalam kezaliman yang diharamkan dalam ayat yang dinyatakan (al-Qaradawi, 2006).

    2) Allah mengharamkan semua manusia termasuk kerajaan mengambil harta tanpa hak, sebagaimana firman Allah SWT surah al-Nisa', ayat 29 dan hadis

    riwayat Abu Hurairah dan 'Amr bin Yathribi. Berdasarkan ayat dan hadis ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Hukum Kerajaan mengenakan cukai selain daripada zakat adalah haram kerana ia termasuk dalam cara mengambil harta orang lain yang bukan berdasarkan kebenaran Syarak. Ini disebabkan Syarak hanya membenarkan Kerajaan mengutip zakat daripada rakyat yang beragama Islam dan dikuatkan dengan hadis yang melarang mengambil cukai tambahan selain zakat daripada rakyat yang beragama Islam.

    Menurut pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai, wajh al-dilalah yang dikemukakan terhadap ayat tersebut bagi menyokong pendapat

  • 20

    haram mengutip cukai adalah tidak diterima. Ini disebabkan terdapat arahan Allah SWT agar umat Islam saling bantu membantu daripada aspek kewangan kepada golongan yang memerlukan, selain daripada kewajipan zakat seperti ayat 177 surah al-Baqarah. Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa tanggungjawab seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat, tetapi perlu saling bantu membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial dengan memelihara maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam. Oleh itu, Kerajaan boleh mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan tanggungjawab sosial dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan cukai dan dengan cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).

    3) Selanjutnya hujah bagi pendapat haram kerajaan mengutip cukai ialah berpandukan hadis Nabi Muhammad saw, "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-maks (cukai) adalah di dalam neraka." Oleh itu, mengutip cukai adalah termasuk dalam salah satu dosa besar.

    Menurut pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai, mereka menerima hadis ini sebagai hadis sahih. Namun wajh al-dilalah yang digunakan oleh pendapat pertama tidak dipersetujui oleh pendapat yang lain. Wajh al-dilalah yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkan cukai terhadap hadis ini ditolak kerana beberapa asas:

    i) Hadis ini memang secara jelas mengharamkan kutipan cukai dan pengutip cukai telah melakukan dosa besar, namun bukan mencakupi semua jenis cukai. Cukai yang dimaksudkan dalam hadis tersebut hanya merujuk kepada cukai yang zalim. Manakala cukai yang dikutip bagi tujuan kerajaan memenuhi keperluan umum rakyat, tidak termasuk dalam 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw.

    Berdasarkan analisa kepada pendapat ulama, ciri 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw ialah:

    a) Cukai yang dikutip (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi, 1987: 3/979; Ibn Manzur, 1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514-516) secara zalim (al-Khattabi, 1982: 1/219; al-Rahibani, 1994; al-Raysuni, 1992: 352) dan melampaui batas (al-Baghawi, 1983: 10/61), oleh pegawai kerajaan yang zalim (Muslim bin al-Hajjaj, t.th.)

    b) Cukai tersebut tidak berasaskan kepada kebenaran Syarak (al-Alusi, 1981: 273; Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Hijawi, t.th.: 2/52; al-Buhuti, t.th.: 3/139; al-

    Syawkani, 1993: 7/132; al-Rahibani, 1994: 2/619; al-Qari, 2002: 6/2337).

    c) Cukai dikutip, diagih dan diurus secara berlawanan dengan hukum Syarak (al-Suyuti, 1994: 19/500).

    d) Cukai yang dikutip mempunyai elemen rasuah kerana pada asalnya 'al-maks' yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, wakil pemerintah mengutip 'al-maks' daripada peniaga di pasar secara batil (al-Maqrizi, 1418H: 3/218).

    e) Cukai yang dikutip menjejaskan hak orang miskin (al-Bayhaqi, 2003: 7/26).

    f) Cukai yang dikutip membebankan pembayar cukai seperti dikenakan cukai ketika dalam kesempitan dan dikutip secara paksa (al-Qari, 2002: 6/2337).

  • 21

    g) Cukai yang dikutip untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin tanpa berdasarkan kepentingan umum (al-Munawi, 1988: 2/505).

    Cukai yang diharamkan dalam hadis tersebut ialah seperti cukai yang dikutip oleh Kerajaan yang zalim semasa zaman kelahiran Islam; sama ada di Mekah atau negara-negara lain. Cukai yang dikutip menzalimi rakyat, dibelanjakan bukan secara yang dibenarkan oleh Syarak, serta ia tidak diagihkan secara adil. Cukai yang dikutip bukan untuk kegunaan kepentingan umum, bahkan hanya sekadar untuk memenuhi keperluan dan kepentingan nafsu syahwat para raja dan pemimpin, serta kuncu-kuncunya. Oleh itu, jika cukai yang dikutip bukanlah seperti cukai yang zalim tersebut, dengan memenuhi syarat yang bertepatan dengan hukum Syarak, maka cukai itu tidak termasuk dalam maksud 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw (al-Qaradawi, 2006: 2/1102-1103).

    ii) Selanjutnya, dalil yang menunjukkan jika cukai yang dikutip bukan cukai yang zalim, maka ia dibenarkan oleh Syarak. Walaupun majoriti ulama mentafsirkan 'sohib al-maks' sebagai 'al-'asysyar'; pengutip cukai al-'usyur iaitu cukai yang dikutip di pasar ke atas para peniaga (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi, 1987: 3/979; al-'Askari, t.th.: 1/173; Ibn Manzur, 1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514-

    516; al-Hamidi, 1995: 95; al-Hakim, 1990: 1/562; al-Alusi, 1981: 273; al-Jassas, 1405H,

    4/365; al-Maqrizi, 1418H: 3/218; Ahmad, 2001: 28/526; al-Bayhaqi, 2003: 7/26; al-Khattabi, 1932: 3/4; al-Baghawi, 1983: 10/61; al-Toyyuri, 2004: 1/174; al-Suyuti, t.th.:

    264; al-Qari, 1985: 187; 2002: 6/2337; al-Munawi, 1988: 2/505; al-'Azim Abadi, 1415H:

    8/111; Ibn 'Abidin, 1992: 2/310; al-Bujairami, 1995: 4/170; al-Qurtubi, 1425H: 821; Ibn

    Hajar al-Haytami, 1987: 299; al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 38/377), namun bukan semua 'al-'usyur' diharamkan oleh Syarak kerana semasa pemerintahan Umar, beliau telah mengenakan cukai 'usyur kepada peniaga yang berniaga di Madinah. Ibrahim bin Muhajir melaporkan, saya mendengar Ziyad bin Jarir berkata, "Saya adalah pegawai pertama dalam Islam yang diarahkan oleh Umar untuk mengutip cukai 'usyur di pasar." (Abu Yusuf, t.th.: 135; al-Maqrizi, 1418H: 3/219)

    'Abd al-Rahman bin Ma'qal melaporkan, saya pernah bertanya kepada Ziyad bin Jarir, "Daripada siapa kamu kutip cukai 'usyur?" Beliau menjawab, "Kami tidak mengutip cukai daripada peniaga Muslim dan tidak juga daripada peniaga bukan Islam yang mengikat perjanjian damai dengan kerajaan Islam (kafir mu'ahad). Tetapi kami hanya mengutip cukai daripada peniaga bukan Islam yang berasal daripada negara yang memerangi Islam (kafir harbi), sebagaimana mereka mengutip cukai daripada peniaga Muslim apabila berniaga di negara mereka." (al-Maqrizi, 1418H: 3/219) al-Sa'ib bin Yazid melaporkan, "Saya pernah berada di pasar Madinah semasa pemerintahan Umar. Pada ketika itu kami mengutip cukai al-'usyur daripada peniaga berbangsa Qibti." (al-Maqrizi, 1418H: 3/219) Tindakan Umar mengambil cukai 'usyur menjadi hujah kerana ia dianggap sebagai ijma' sukuti kerana tiada siapa dalam kalangan sahabat yang menentang tindakan Umar tersebut (al-Syawkani, 1993: 8/221).

    Umar bukan sahaja berijtihad memperkenalkan kutipan cukai 'usyur, bahkan beliau juga memperkenalkan cukai al-kharaj yang tidak pernah dilaksanakan dalam zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar (al-Azraq, 1980). Abdullah bin Umar melaporkan bahawa cukai kharaj mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Umar (Ibn Rajab, 1985: 13), al-Sya'bi turut melaporkan athar yang sama (Abu 'Ubayd, 2007: 2/206).

    Ini menunjukkan, maksud 'al-maks' dalam hadis Nabi bukan mencakupi semua bentuk cukai, tetapi hanya merujuk kepada cukai yang zalim. Ini bermakna

  • 22

    terdapat cukai yang diharamkan dan ada juga yang dibenarkan (al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 38/378)

    iii) Terdapat sebahagian ulama mentafsirkan maksud 'sohib al-maks' yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah pegawai yang ditugaskan oleh Kerajaan untuk mengutip zakat, tetapi mereka mengenakan upah tambahan kepada pembayar zakat. Atau ada juga pegawai yang mengurangkan harta zakat yang dibayar sebagai upah untuk mereka (Ahmad, 2001: 28/526; al-Bayhaqi, 2003: 7/26; al-Zabidi, t.t.h: 16/514; al-Harawi, 2001: 10/54; al-Munawi, 1356H: 6/449; al-Syawkani,

    1993: 7/132; al-'Azim Abadi, 1415H: 8/111; al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 38/377). Ini bermakna, hadis tersebut tidak secara khusus mengharamkan kerajaan mengutip cukai, tetapi antara maksudnya ialah pegawai zakat pengkhianat yang mengambil rasuah (al-Bayhaqi, 2003: 7/26; al-Munawi, 1356H: 6/449; al-Maqrizi, 1418H: 3/218).

    4) Selanjutnya, pendapat yang mengharamkan kutipan cukai berhujah dengan

    hadis riwayat Talhah bin Ubaydillah dan Fatimah binti Qais, yang menjelaskan bahawa rakyat hanya wajib membayar zakat. Mereka mengemukakan wajh al-dilalah daripada dua hadis tersebut bahawa sesiapa yang telah membayar zakat, maka hartanya sudah bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar bayaran yang lain termasuk cukai.

    Pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai menolak status hadis dan wajh al-dilalah yang dikemukakan.

    i) Hadis riwayat Talhah bin Ubaydillah adalah hadis sahih, namun wajh al-dilalah yang menghubungkan hadis tersebut dengan tiada hak dalam harta melainkan hanya zakat tidak tepat. Ini disebabkan terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang mewajibkan setiap individu muslim yang berkemampuan untuk membelanjakan hartanya selain daripada zakat untuk memenuhi kepentingan sosial. Contohnya ayat 177 surah al-Baqarah yang secara jelas menyatakan bahawa tanggungjawab seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat, tetapi perlu saling bantu membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial dengan memelihara maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam. Oleh itu, Kerajaan boleh mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan tanggungjawab sosial dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan cukai dan dengan cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradaghi, 2009).

    Penolakan hujah pendapat yang membenarkan kutipan cukai ini telah ditolak oleh pendapat pertama yang mengharamkan cukai. Mereka berkata mereka bersetuju dengan hujah pendapat yang membenarkan cukai dengan alasan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial. Namun mereka berpendapat, pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw, tanggungjawab sosial tersebut dilaksanakan

    oleh Nabi Muhammad secara memberi galakan kepada sahabat yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Baginda tidak menambah kewajipan kewangan selain daripada zakat (Karami, 1427H; al-Somali, 2011)

    ii) Manakala hadis riwayat Fatimah binti Qais dan direkodkan oleh Imam Ibn Majah yang menjelaskan bahawa tiada kewajipan mengeluarkan harta melainkan zakat sahaja, status hadis ini dipertikaikan. Menurut al-Bayhaqi (2003), al-Nawawi (1995), dan al-Albani (Ibn Majah, t.t.h.: 1/ 570), hadis tersebut adalah sangat daif. Bahkan terdapat rekod al-Tobari dan al-Tirmizi, bahawa salah seorang periwayat hadis tersebut iaitu Yahya bin Adam melaporkan, Fatimah binti Qais melaporkan hadis, "Sesungguhnya pada harta itu ada hak selain zakat." (al-Tobari, 2000:

  • 23

    3/342; al-Tirmizi, 1975: 3/39) Al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini daif (al-Tirmizi, 1975: 3/39).

    3.4.2 Analisa dalil pendapat kedua

    Menurut sebahagian ulama, Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat. Hujah mereka:

    1) Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat selain daripada kewajipan zakat bagi memenuhi tanggungjawab kerajaan memelihara kepentingan umum negara dan rakyat, berdasarkan wajh al-dilalah daripada surah al-Baqarah, ayat 177, ayat 94 surah al-Kahfi, dan hadis yang dilaporkan oleh 'Abd al-Rahman bin Abi Bakr berkaitan ahli suffah.

    Hujah ini ditolak oleh pendapat pertama yang menyatakan kutipan cukai adalah haram. Mereka bersetuju dengan hukum wajib saling bantu membantu dalam tanggungjawab sosial. Tetapi berdasarkan amalan Nabi Muhammad saw, baginda tidak mewajibkan rakyat membayar cukai tambahan untuk baginda melaksanakan tanggungjawab sosial tersebut. Baginda melaksanakan tugas itu dengan memberikan galakan kepada rakyat yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas tersebut. Oleh sebab itu, wajh al-dilalah daripada ayat tersebut yang dikaitkan dengan keharusan kerajaan mengutip cukai adalah tidak diterima (Karami, 1427H: 162).

    Contohnya, bagi menguruskan bekalan air untuk rakyat Madinah, baginda tidak mengutip cukai dan tidak menggunakan sumber baitul mal untuk melakukannya. Baginda memberikan galakan kepada para sahabat yang berkemampuan untuk membeli telaga al-rumah dan kemudiannya diwakafkan untuk kegunaan seluruh rakyat Madinah. Baginda menjanjikan syurga bagi amalan soleh tersebut. Begitu juga, apabila masjid Nabawi sudah tidak dapat menampung bilangan jemaah yang semakin ramai, lalu baginda menawarkan syurga bagi siapa yang dapat membeli tanah di kawasan sekitar masjid dan kemudian diwakafkan. Dalam beberapa siri peperangan, baginda menggunakan kaedah yang sama untuk mengumpulkan sumber kewangan bagi membiayai keperluan ketenteraan. Kesemua tawaran tersebut telah disambut oleh Uthman bin al-'Affan. Fakta ini berdasarkan hadis hasan yang bersumberkan laporan Uthman bin 'Affan yang direkodkan oleh Imam al-Tirmizi (1975: 5/627).

    2) Berdasarkan ayat 41 surah al-Taubah, Allah SWT mewajibkan setiap individu muslim agar berjihad dengan harta dan nyawanya. Kewajipan berjihad dengan mengeluarkan harta tidak termasuk kewajipan membayar zakat. Ini

    membuktikan bahawa selain daripada wajib membayar zakat, umat Islam juga wajib mengeluarkan hartanya untuk berjihad. Dan antara urusan jihad ialah Kerajaan memerlukan perbelanjaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan negara. Oleh itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai sebagai salah satu cara memenuhi maslahah tersebut.

    Wajh al-dilalah daripada ayat ini ditolak oleh pendapat yang mengharamkan cukai, sebagaimana penolakan hujah yang pertama iaitu Nabi Muhammad saw tidak mewajibkan rakyat membayar cukai tambahan untuk baginda mengurus tanggungjawab ketenteraan. Baginda melaksanakan tugas itu dengan memberikan galakan kepada rakyat yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas tersebut.

  • 24

    Oleh sebab itu, wajh al-dilalah daripada ayat tersebut yang dikaitkan dengan keharusan kerajaan mengutip cukai adalah tidak diterima (Karami, 1427H: 162).

    3) Berpandukan hadis Nabi Muhammad saw yang dilaporkan oleh Fatimah binti Qais bahawa tanggungjawab terhadap harta bukan hanya terbatas kepada zakat.

    Kehujahan hadis tersebut adalah ditolak oleh pendapat yang mengharamkan cukai kerana ia hadis daif yang direkodkan oleh Imam al-Tirmizi (1975: 3/39). Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.

    4) Kebenaran kerajaan mengutip cukai adalah berdasarkan kepada siyasah Syar'iyah yang berpandukan masolih mursalah dan kaedah-kaedah fiqh yang menjelaskan tentang konsep memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah.

    Menurut pendapat yang mengharamkan cukai, wajh al-dilalah daripada hujah masolih mursalah yang dikemukakan ini tidak menggambarkan bahawa kutipan cukai itu boleh dibenarkan. Ini disebabkan, mengikut kebiasaan cukai yang dikutip oleh para pemimpin, ia adalah cukai yang zalim serta tidak digunakan secara adil (al-'Ayni, 2000: 3/390; al-Sarakhsi, 1993: 2/199; al-Ghazali, 1971).

    Oleh itu, hujah yang mengatakan bahawa kerajaan boleh mengutip cukai kerana untuk memenuhi maslahah adalah tidak diterima, melainkan jika ia benar-benar dapat dipastikan cukai yang dikutip tidak disalah guna untuk kepentingan pemimpin dan kuncu-kuncunya. Hujah untuk menolak wajh al-dilalah daripada masolih mursalah tersebut ialah sad al-dhara'i, iaitu jika dibenarkan pemimpin mengutip cukai daripada rakyat, maka akan terdedah kepada penyelewengan sumber negara dan penindasan kepada rakyat.

    5) Selanjutnya pendapat yang membenarkan kutipan cukai berhujah dengan hujah logik iaitu jika kerajaan dihalang daripada mengutip cukai dan hanya bergantung kepada sumber kewangan negara yang terhad seperti zakat, maka kerajaan tidak dapat melaksanakan peranannya untuk memenuhi maslahah umum untuk rakyat dan pembangunan negara.

    Hujah ini juga ditolak oleh pendapat yang mengharamkan cukai, kerana kerajaan masih boleh berperanan bagi memenuhi maslahah umum untuk rakyat dan pembangunan negara dengan tanpa mengenakan cukai, sebagaimana contoh praktikal yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dalam pemerintahan baginda. Bahkan hujah berpandukan kepada hadis Nabi Muhammad saw tentang dosa besar pengutip cukai sehingga dosanya lebih besar berbanding orang yang berzina (al-Yusuf, 1984: 54), adalah lebih kuat berbanding hujah logik tersebut.

    3.4.3 Analisa dalil pendapat ketiga

    Menurut majoriti ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat, namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tetapi dengan syarat, cukai itu hanya untuk sementara waktu dan ia hanya dikenakan ke atas rakyat yang kaya pada kadar tertentu pada waktu wujudnya keperluan. Mereka menggabungkan dalil pendapat pertama iaitu haram mengutip cukai, dan sebahagian dalil pendapat kedua yang menjelaskan tentang kebenaran mengutip cukai kerana sesuatu maslahah.

  • 25

    3.5 Keputusan Fatwa Kebangsaan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1) Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang

    telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

    2) Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa: i) Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat

    dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

    ii) Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

    iii) Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

    iv) Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

    Maksudnya: "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah

    manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka." 3) Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan

    bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan

    oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah: (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

    4) Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut: i) Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam; ii) Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;

  • 26

    iii) Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;

    iv) Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil; v) Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat; vi) Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa

    dan Setempat.

    4 PARAMETER PELAKSANAAN GST MENURUT FIQH KONTEMPORARI

    Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, bagi memastikan pelaksanaan GST menepati hukum Syarak, maka parameter berikut perlu dipenuhi:

    1) Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam

    Kerajaan yang dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat adalah kerajaan yang komited dalam melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek pemerintahannya (al-Somali, 2011), dan pemimpin tersebut mestilah seorang yang adil (al-Syatibi, 1992). Ini dapat dilihat secara praktikal dalam pemerintahan Umar bin al-Khattab. Beliau terkenal dengan pemimpin Umat Islam pertama yang mengutip cukai tambahan iaitu cukai 'usyur dan kharaj. Dalam masa yang sama, Umar sentiasa memastikan bahawa segala tindakan dan keputusannya bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Nabi Muhammad saw.

    Sufyan bin Abi al-'Awja' melaporkan, "Umar berkata, 'Demi Allah! Saya tidak pasti, adakah saya ini seorang Khalifah yang adil, atau seorang Raja yang zalim! Jika saya seorang Raja yang zalim, ini satu bencana yang besar!' Lalu berkata seseorang, 'Wahai Pemimpin orang beriman! Sesungguhnya ada beza antara Khalifah dan Raja.' Umar bertanya, 'Apa perbezaan itu?' Lelaki itu menjawab, 'Khalifah tidak mengambil sesuatu daripada rakyatnya melainkan dengan cara yang benar dan diagihkan juga kepada yang benar. Segala puji bagi Allah, kamu telah melakukannya. Manakala Raja merampas sesuatu daripada rakyatnya, diambil daripada seseorang dan diserah pula kepada orang lain.' Umar terdiam mendengar penjelasan itu." (Ibn Sa'ad, 1990: 3/233)

    Oleh itu, Kerajaan Malaysia perlu memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi serta berusaha semampu mungkin dalam ruang siyasah al-Syar'iah untuk melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh.

    2) Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan

    Syarat selanjutnya bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat ialah Kerajaan benar-benar memerlukan sumber kewangan bagi tujuan memenuhi maslahah rakyat. Dalam masa yang sama Kerajaan sudah memastikan tiada sumber lain yang boleh diperoleh untuk menampung keperluan tersebut. Namun jika sumber kewangan masih mencukupi dalam Baitul Mal, atau Kerajaan masih boleh mengusahakan sumber pendapatan lain seperti hasil petroleum dan seumpamanya, maka haram Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat (al-Zayla'i, 1313H; al-'Ayni, 2000; Ibn 'Abidin, 1992; Ibn al-'Arabi, 2003; al-Qurtubi, 1964; Ibn al-Musili, t.th.; al-Ghazali, 1971; al-Suyuti, 1967; al-Ramli, 1984; al-Zawi, 2006; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradghi, 2009; al-Raysuni, 1992; Kahf, 2007; al-Somali, 2011).

  • 27

    Oleh itu, bagi memastikan keharusan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Kerajaan Malaysia perlu memastikan keperluan mendesak kepada cukai tersebut bagi tujuan memenuhi maslahah pembangunan rakyat dan negara, dengan memastikan bahawa sumber pendapatan sedia ada memang tidak mencukupi.

    3) Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Daruriyat dan Hajiyat

    Kerajaan hanya dibenarkan mengutip cukai jika keperluan kepada tambahan kewangan Negara bagi memenuhi maslahah daruriyat (al-Syatibi, 1992; al-Ghazali, 1993; al-Nawawi, 1991; Ibn 'Abidin, 1992; al-Zawi, 2006; Khallaf, 1988) dan hajiyat (Ibn al-'Arabi, 2003; al-Zayla'i, 1313H; al-Ramli, 1984; Syaltut, 2004; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradaghi, 2009; al-Raysuni, 1992). Ini bermakna, jika sesuatu keperluan tidak mencapai tahap daruriyat atau hajiyat, iaitu hanya sekadar maslahah tahsiniyat dan kamaliyat, maka Kerajaan diharamkan daripada mengutip cukai. Kerajaan diharamkan daripada mengutip cukai berasaskan wawasan dan gagasan pemimpin. Ia perlu dirujuk kepada maqasid al-Syari'ah (al-Raysuni, 1992).

    Oleh itu, satu penyelidikan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan tujuan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah untuk menampung perbelanjaan bagi memenuhi masalahah 'daruriyat' dan 'hajiyat' untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

    Berdasarkan kajian ini, terdapat maslahah dan mudarat daripada pelaksanaan GST. Dapatan analisa temubual dan perbincangan kumpulan fokus menunjukkan antara maslahah yang diperoleh hasil daripada GST ialah maslahah untuk Kerajaan iaitu: peningkatan pendapatan kerajaan, mencegah ketirisan sumber pendapatan negara, mempertingkatkan pengagihan kepada rakyat, menyokong mekanisme kawalan dan pemantauan harga, dan peningkatan kredibiliti negara kepada pelabur. Manakala maslahah untuk Rakyat pula ialah: menikmati sistem cukai yang lebih adil, peningkatan kuasa pengguna, penghapusan cukai berganda, penurunan harga barangan asas, prasarana yang lebih baik, dan dorongan untuk berbelanja secara berhemah. Selanjutnya maslahah untuk Peniaga ialah: menyediakan suasana persaingan yang lebih adil, boleh menawarkan harga barangan/perkhidmatan pada harga lebih rendah, dan memelihara kepentingan peniaga beragama Islam. Dapatan ini selari dengan kajian literatur yang menjelaskan tentang manfaat GST iaitu pendapatan daripada GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastuktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan institusi, infranstuktur pendidikan dan kemudahan

    awam yang lain bagi meningkatkan taraf hidup serta menjamin kesejahteraan rakyat (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012). Di samping itu, GST akan mengurangkan kos perniagaan dengan mendapat manfaat daripada tuntutan cukai input (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994). GST juga adalah kaedah yang lebih baik dan cekap dalam memberi dana kepada hasil cukai Negara yang akan disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan Negara dalam mencapai kemajuan sebagai Negara berpendapatan tinggi, pembayaran cukai yang lebih adil dalam kalangan semua perniagaan yang terlibat, peningkatan sistem penyampaian, meningkatkan daya saing global, meningkatkan pematuhan, mengurangkan karenah birokrasi, harga lebih adil kepada pengguna, dan ketelusan (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012).

  • 28

    Dapatan kajian ini menunjukkan, di samping maslahah yang wujud, pelaksanaan GST turut menimbulkan mudarat antaranya, mudarat kepada Kerajaan iaitu: persepsi buruk terhadap kemampuan tadbir urus kerajaan dan peningkatan kos jangka pendek untuk melaksanakan GST. Manakala mudarat kepada Rakyat pula: kenaikan harga barang/perkhidmatan, peratusan cukai yang membebankan, faedah pengurangan cukai individu yang tidak sampai kepada golongan berpendapatan rendah, beban cukai ditanggung sepenuhnya oleh rakyat, hilang kepercayaan kepada masyarakat sekeliling, dan pengurangan taraf kualiti hidup rakyat. Selanjutnya GST mendatangkan mudarat kepada Peniaga iaitu: mematikan keusahawanan rakyat dan menanggung perbelanjaan untuk infrastruktur GST. Dapatan ini menyokong data yang dinyatakan dalam kajian literatur iaitu antara mudarat GST ialah rakyat sentiasa dalam risiko kerana kadar nilai GST yang fleksibel, memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, apabila kenaikan sesuatu barangan berlaku juga berkaitan dengan inflasi iaitu semakin tinggi kadar GST (Siti Norbaya Mohd Rashid et.al., 2014), semakin meningkat kadar inflasi dan kenaikan harga barangan yang akan meningkatkan kos perbelanjaan rakyat (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994; Mohd Rizal Palil dan Mohd Adha Ibrahim, 2011; Jabatan Audit Negara, 2011). Contohnya, Perancis mencatatkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 1.15%, Luxembourg sebanyak 2.0%, Belanda sebanyak 1.5% dan Denmark adalah tertinggi iaitu 7.9% (Charles dan Norman, 1972). Dalam masa yang sama proses pengurusan sistem GST yang rumit (Onstad, 1993; Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994), serta pihak yang akan menanggung bebanan yang berat kerana GST bersifat regresif adalah golongan berpendapatan rendah berbanding golongan yang berpendapatan tinggi (Charles dan Norman, 1972). Hal ini demikian kerana, semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST mempunyai harga yang sama kepada golongan berpendapatan rendah atau golongan berpendapatan tinggi. Oleh itu, golongan berpendapatan rendah lebih menanggung bebanan kos perbelanjaan dan jumlah wang simpanan lebih sedikit berbanding golongan berpendapatan tinggi (Muir, 1993; Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994).

    Berdasarkan dapatan kajian ini terhadap analisa teks, temubual, dan perbincangan kumpulan fokus, terdapat 2 ringkasan dapatan yang dikemukakan tentang maslahah dan mudarat pelaksanaan GST. Pertama; ringkasan dapatan kajian luar negara tentang kesan sebenar GST yang telah dilaksanakan oleh negara-negara di dunia, dinyatakan dalam Jadual 1. Kedua; ringkasan dapatan kajian terdahulu dan kajian ini (hasil temubual dan perbincangan kumpulan fokus) tentang kesan yang akan wujud jika GST dilaksanakan di Malaysia, dinyatakan dalam Jadual 2.

    Jadual 1: Ringkasan Dapatan Kajian Luar Negara Tentang Kesan Sebenar GST

    Bil. Kajian Kesan Positif Kesan Negatif

    Kesan Pihak Untung Kesan Pihak Rugi

    1 Charles dan

    Norman (1972)

    Harga barang

    meningkat

    Pengguna

    Inflasi meningkat Semua

    2 Richard W.

    Lindholm (1976)

    Menggalakkan

    pembuatan

    Peniaga

    Pembayar cukai meningkat

    Kerajaan

    3 Gillis et.al. (1990)

    Meningkatkan pendapatan negara

    Kerajaan Kos hidup meningkat, rakyat semakin menderita

    Pengguna

    4 Abe I. Greenbaum (1993)

    Peniaga untung Peniaga Harga rumah meningkat

    Pengguna

    Tiada pemalsuan

    cukai

    Kerajaan

  • 29

    Rebat cukai

    Pengguna

    5 Roger S. Muir (1993)

    Aktiviti ekonomi rancak

    Semua Inflasi meningkat Semua

    6 Ole Gjems Onstad (1993)

    Meningkatkan pendapatan negara

    Kerajaan Kos perniagaan meningkat spt ubah perisian komputer, terdapat tuntutan

    semula bayaran cukai input yang tidak diluluskan

    Peniaga perniagaan kecil

    7 Jeff Pope (2001) Sifat regresif dalam

    kos pematuhan cukai

    Peniaga

    perniagaan kecil

    8 Ravindra

    Tripathi, Ambalika Sinha dan Sweta Argawal (2011)

    Pengeluar,

    pemborong, peruncit memindahkan bebanan pembayaran cukai kepada

    pengguna, harga barang naik

    Pengguna

    berpendapatan sederhana dan rendah

    Inflasi meningkat Semua

    9 Matt Benge, Marie Pallot dan Hamish

    Slack (2013)

    Rebat cukai Industri besar Mengurangkan kuasa beli terutama kepada golongan

    berpendapatan rendah

    Peniaga

    Pihak peniaga cenderung untuk

    meningkatkan harga

    Pengguna

    10 Girish Garg (2014)

    Pulangan kredit input

    Industri besar Kenaikan harga barangan yang

    membebankan golongan berpendapatan rendah

    Pengguna

    Pematuhan cukai lebih baik kerana kadar cukai

    agregat dikurangkan

    Kerajaan

    Jadual 2: Ringkasan Dapatan Kajian Tentang Kesan GST Yang Mungkin Berlaku di Malaysia

    Bil. Kajian Kesan Positif Kesan Negatif

    Kesan Pihak Untung Kesan Pihak Rugi

    1 Inderjit Singh Randhawa, Khalid Ahmad

    dan Boon Oon Seang (1994)

    Menggantikan SST - menjadikan sistem

    percukaian lebih berkesan

    Kerajaan Harga barang meningkat

    Pengguna

    2 Veeriderjeet

    Singh (2005)

    Menggantikan

    SST - menstabilkan sumber hasil pendapatan

    Negara

    Kerajaan Peningkatan harga

    barangan dan perkhidmatan

    Pengguna

    Inflasi Semua

    3 Saira,

    Zariyawati dan Yoke-May (2010)

    60.53% responden

    tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST

    Kerajaan

    Membebankan golongan yang berpendapatan rendah

    Pengguna

    4 Mohd Rizal Palil dan Mohd Adha Ibrahim (2011)

    64% responden menolak pelaksanaan GST

    Kerajaan

  • 30

    72% responden bimbang dengan

    pelaksanaan GST akan meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan

    Pengguna

    64.1% responden akan berbelanja dengan pertimbangan

    berhemah serta mengurangkan pembelian mengikut tahap pendapatan

    mereka

    Peniaga

    5 Nor Hafizah Abdul Mansor

    dan Azleen Illias (2013)

    Pembaharuan cukai untuk

    mengurangkan defisit belanjawan negara

    Kerajaan Peniaga sederhana dan kecil masih tidak

    memahami proses GST

    Peniaga

    Pelaksanaan GST sangat rumit yang memerlukan perubahan sistem

    dalam laporan kewangan perniagaan

    Peniaga

    Kenaikan harga barangan dan

    perkhidmatan

    Pengguna

    6 Merdeka Center (2014)

    62% rakyat Malaysia tidak

    menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

    Kerajaan

    45% responden mengatakan GST tidak adil

    Kerajaan

    51% daripada responden berkata mereka tidak yakin

    Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit

    fiskal

    Kerajaan

    7 Siti Norbaya Mohd Rashid et.al. (2014)

    Harga barangan dan perkhidmatan naik

    Pengguna

    Peningkatan kadar GST setiap tahun

    Pengguna

    8 Kajian ini -

    Arieff et.al. (2014)

    Peningkatan

    Pendapatan Kerajaan

    Kerajaan Persepsi Buruk

    terhadap Kemampuan Tadbir Urus Kerajaan

    Kerajaan

    Mencegah

    Ketirisan Sumber Pendapatan Negara

    Kerajaan Peningkatan Kos

    Jangka Pendek untuk Melaksanakan GST

    Kerajaan

    Mempertingkatka

    n Pengagihan kepada Rakyat

    Kerajaan

    Menyokong

    Mekanisme Kawalan dan Pemantauan Harga

    Kerajaan

    Peningkatan Kredibiliti Negara kepada Pelabur

    Kerajaan

    Menikmati Sistem Cukai yang Lebih Adil

    Pengguna Kenaikan Harga Barang/Perkhidmatan

    Pengguna

    Peningkatan Kuasa Pengguna

    Pengguna Peratusan Cukai yang membebankan

    Pengguna

    Penghapusan Pengguna Faedah Pengurangan Pengguna

  • 31

    Cukai Berganda Cukai Individu yang Tidak Sampai kepada

    Golongan Berpendapatan Rendah

    Penurunan Harga Barangan Asas

    Pengguna Beban Cukai ditanggung sepenuhnya oleh Rakyat

    Pengguna

    Prasarana yang Lebih Baik

    Pengguna Hilang Kepercayaan kepada Masyarakat Sekeliling

    Pengguna

    Dorongan untuk Berbelanja Secara Berhemah

    Pengguna Pengurangan Taraf Kualiti Hidup Rakyat

    Pengguna

    Menyediakan Suasana Persaingan yang Lebih Adil

    Peniaga Mematikan Keusahawanan Rakyat

    Peniaga

    Boleh Menawarkan Harga

    Barangan/Perkhidmatan pada Harga Lebih Rendah

    Peniaga Menanggung Perbelanjaan untuk Infrastruktur GST

    Peniaga

    Memelihara Kepentingan Peniaga

    Beragama Islam

    Peniaga

    Berdasarkan Jadual 1, secara jelasnya, hasil kajian terdahulu kepada negara yang telah melaksanakan GST, pihak Kerajaan dan industri besar memperoleh untung yang besar, sebaliknya kerugian besar terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Sebaliknya, Jadual 2 menjelaskan tentang kesan yang bakal diterima jika Malaysia melaksanakan GST, terdapat keseimbangan antara maslahah dan mudarat yang akan berlaku, namun masih membuktikan bahawa pihak yang berisiko tinggi menanggung mudarat daripada pelaksanaan GST ialah rakyat sebagai pengguna. Jika kesan ini berlaku, maka hukum pelaksanaan GST adalah haram.

    Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini, responden mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia agar pelaksanaan GST perlu disertakan dengan mekanisme pemantauan yang berterusan dan efektif. Pemantauan yang dilaksanakan juga perlu meliputi setiap peringkat rantaian bekalan. Ini untuk memastikan dan meminimakan peluang untuk mereka yang berada dalam rangkaian bekalan untuk memanipulasi harga dan sistem cukai. Saranan selanjutnya ialah Kerajaan juga perlu memperkenalkan insentif-insentif yang bersesuaian untuk mengawal harga barangan. Insentif yang diperkenalkan akan berperanan untuk menyerap kesan pertambahan input kos di pihak peniaga. Ini seterusnya akan menjamin harga barangan yang rendah kepada pengguna. Selain daripada insentif kepada peniaga yang bertujuan untuk mengimbangi kos input, kerajaan juga disaran memperkenalkan insentif untuk mengimbangi kos pelaburan peniaga untuk sistem yang mematuhi GST.

    Seterusnya ahli-ahli panel dialog pakar juga mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal inflasi. Ini untuk memastikan kadar inflasi adalah sentiasa berada pada tahap minima walaupun selepas pelaksanaan GST dengan kadar yang ditetapkan (enam peratus).

  • 32

    4) Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil

    Apabila terdapat keperluan Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, maka Kerajaan perlu memastikan penetapan bebanan cukai kepada pihak yang terlibat dilakukan secara adil. Adil bukan bermaksud cukai dikenakan secara sama rata, tetapi dikutip sesuai dengan keperluan dan keadaan (Khallaf, 1988; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradghi, 2009). Bagi memastikan keadilan berlaku, Kerajaan perlu menyediakan sistem kutipan dan agihan cukai bersistematik yang berasaskan maqasid al-Syari