implikasi fpk

11
Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia (TT00103) TUGASAN 2 Tajuk 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Peranan dan Implikasi terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 adalah merupakan garis panduan asas dalam mencorak sistem pendidikan kebangsaan yang mengikut acuan sendiri kearah pencapaian sebuah bangsa yang lengkap dalam segala aspek kehidupan. FPK telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia menyatakan: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan adalah merupakan tunjang kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan 1

Upload: arissarauf

Post on 16-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan kebangsaan

TRANSCRIPT

Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia (TT00103)TUGASAN 2

Tajuk 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Peranan dan Implikasi terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 adalah merupakan garis panduan asas dalam mencorak sistem pendidikan kebangsaan yang mengikut acuan sendiri kearah pencapaian sebuah bangsa yang lengkap dalam segala aspek kehidupan. FPK telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia menyatakan:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan adalah merupakan tunjang kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua- dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti

Implikas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan dinegara kita.

Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat dikelaskan seperti berikut:

Terhadap institusi pendidikanTerhadap KurikulumIMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Terhadap Pendidik

Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dalam aspek kurikulum adalah selaras dengan cita- cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan ini meliputi, sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu,Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran, Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan berkesan, FPK telah membahagikan kurikulum kepada 2 bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Sebelum KBSR adalah KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi didapati bahawa KLSR mengandungi beberapa kelemahan, iaitu seperti Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah, sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak, Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan dan sebagainya.

Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu memperkembangakan individu secara menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M. Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka KBSR telah wujud dengan perubahan, iaitu menekankan murid- murid supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan menta serta kesediaan muridmurid. Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia, maka KBSR telah dibentuk berasaskan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet. KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989 dengan menitiberatkan kehendak individu, negara, dan sarwa sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh danseimbang.

Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan pengganti ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid- murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas, seorang guru juga perlu berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan citi-cita FPK. Ini meliputi perubahan kemudahan- kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh dipertimbangkan seperti bilik komputer yang dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT, kemudahan Padang/ gymnasium yang akan membantu murid-murid menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau tidak Kemudahan Pusat sumber yang dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau tida dan kemudahan peralatan seperti Projector di mana guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap dan murid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu.

Secara keseluruhannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita.

Tajuk 2 : Pemikiran sebagai asas pembentukan moral dan etika. Peranan kurikulum dan guru dalam merealisasikan maksud tersebut.

Pendidikan negara kita yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPK) adalah merupakan garis panduan terbaik yang menjana kepada pembentukkan pemikiran yang positif dalam kalangan murid-murid ataupun pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Seperti yang kita ketahui, pendidikan yang terapkan di sekolah bukan sahaja untuk menghasilkan tenaga manusia untuk memenuhi pekerjaan semata-mata tetapi juga seseorang individu tersebut harus memiliki sifat dan pemikiran yang bermoral tinggi dan beretika. Justeru itu, guru adalah merupakan role-model yang terbaik dibantu dengan pengisian kurikulum yang mantap dalam pembentukan generasi yang berakhlak dan berilmu tinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Mengikut definisi daripada Wikipedia Bahasa Melayu, prinsip moral atau moral (daripada bahasa Latin: moralitas) membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan, dll). Dalam erti kata yang lain, moral merupakan sikap atau cara berkelakuan yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.Manakala, moral pula merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang digunakan dalam beberapa konteks, iaitu: hati nurani individu - sistem prinsip dan pertimbangan - adakalanya dipanggil nilai moral - yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan, kesekularan atau kefalsafahan atau prinsip moral tingkah laku.

Perkataan etika yang berasal dari bahasa Greek kuno, iaitu falsafah moral yang merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Kamus Oxford Fajar edisi 2004, mendefinisikan etika (ethic) sebagai akhlak, tatasusila atau kesusilaan.Etika dan konsep moral adalah saling berkaitan antara satu sama lain seperti antara kebaikan dan kejahatan mahupun benar ataupun salah. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya.

Selanjutnya, menurut Saylor et.al (1981), beliau mendefinisikan kurikulum sebagai satu daya usaha institusi pendidikan yang menyeluruh untuk memenuhi tujuan yang diharapkan semasa berada dalam institusi itu. Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah terbahagi kepada dua bahagian iaitu kurikulum akademik (pengajaran dan pembelajaran) dan kokurikulum. Kurikulum juga adalah rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma. Kurikulum adalah satu laluan kepada FPK untuk mengaplikasikan segala idea dan tujuannya. Sufean Hussin, (2004) menyatakan matlamat kurikulum pendidikan secara umumnya adalah untuk membentuk pelajar yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh, meliputi dimensi instrumental dan dimensi intrinsik. Dimensi instrumental mempersoalkan kerelevanan pendidikan dengan kehidupan individu sebagai ahli masyarakat iaitu yang terlibat dengan aspek sosial, politik, ekonomi, pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Dimensi intrinsik pula mempersoalkan kerelevanan pendidikan untuk pembangunan dan perkembangan pelajar sebagai manusia dan dimensi ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, estetika dan etika kehidupan pelajar sebagai manusia yang berinteraksi dengan alam sekitar dan alam spiritual.

Kurikulum pendidikan merupakan pendukung matlamat dan dasar kerajaan. Kerajaan menekankan pembangunan sumber manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di mana tumpuan besar adalah kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Sumber manusia adalah aset penting kepada negara. Mundur atau maju sesebuah negara adalah bergantung pada sumber manusianya. Agenda pembangunan sumber manusia diutamakan dalam proses membangunkan sesebuah negara. Sumber manusia menjadi titik tolak pembangunan sesebuah negara. Unsur nilai dan kemahiran perlu diadun bersama untuk menghasilkan modal insan yang unggul. Semuanya bermula dari proses pendidikan di mana berasaskan kepada kurikulum yang digubal maka penghasilan kepada sumber manusia yang berdaya saing akan memberi keuntungan jangka panjang kepada negara. Implikasi daripada pendidikan yang berkualiti akan melahirkan ciri-ciri insan minda Kelas Pertama iaitu insane yang berilmu, bersifat global, berdaya keusahawanan, berdaya fikir, berbudi pekerti, bertanggungjawab, berakhlak mulia, berketrampilan, berliterasi IT dan beriman.

Dalam melahirkan seorang insan yang mempunyai pemikiran yang berlandaskan kepada prinsp moral dan etika yang positif, peranan guru amatlah dititikberatkan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dirangka oleh KPM. Ini sejajar dengan matlamat FPK serta misi KPM iaitu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau atau pelusuk dunia. Justeru itu, usaha guru dalam merealisasikan strategi KPM adalah ditumpukan kepada beberapa penekanan. Antaranya penekanannya ialah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat mengembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara menyeluruh dan bersepadu.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ,dan Misi Nasional, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara utama dalam diri seseorang guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya kehidupan yang terlalu bersifat meterialistik, teknologi, kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

Kesimpulannya ternyatalah bahawa kurikulum dan guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat menjadikan pemikiran sebagai asas pembentuk moral dan etika slaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua-dua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1