implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di malaysia

14
Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia Nur Intan Nazifah Binti Shamsuri Nur Shafini Binti Mouh Amin

Upload: fatinabdullah

Post on 09-Nov-2015

2.388 views

Category:

Documents


84 download

DESCRIPTION

DOKUMEN

TRANSCRIPT

Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia Nur Intan Nazifah Binti ShamsuriNur Shafini Binti Mouh Amin * Implikasi falsafah pendidikan islam

* Implikasi falsafah pendidikan barat.

* implikasi falsafah pendidikan timur.

Falsafah pendidikan islamPendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk memupuk potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah keseimbangan untuk menjadi insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam pula amat menekankan pendidikan mengenai mengenali Allah Yang Esa kerana semua perkara asanya bermula daripada Pencipta itu sendiri.Institusi pendidikanSifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan di Tanah Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan Akta Pelajaran 1961 menjadikan pendidikan Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Implikasi daripada akta ini ialah wujudnya Pengetahuan Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah.perkara ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana hasilnya dapat dilihat kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai. Akta ini dikuatkuasakan selama 25 tahun dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah.

Kurikulumsubjek pendidikan Islam diwajibkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid Islam .mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. kini, terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. kursus Tamadun Islam Tamadun Asia telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983 sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai.Kebanyakan tenaga pengajar bagi subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu dengan cara melanjutkan pelajaran ke timur Tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.

Falsafah Pendidikan TimurIlmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli falsafah Timur.Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya selama beribu tahun lamanya. Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit sebanyak falsafah pendidikan Confucius.KurikulumFalsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Nilai-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid beragama Islam.Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa.dalam KSSR, nilai murni mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulumSelari dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid dan menganalisis kebolehan murid.Falsafah Pendidikan BaratFalsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu : i)Falsafah Pendidikan Tradisional Barat ii)Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini.perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat kerana kaedah pengajaran lebih bersifat praktikal di Malaysia..KurikulumMazhab progresivisme .

menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif - pembelajaran memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori.Kurikulum KSSM Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan.Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional.

Mazhab rekonstruktivisme

mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat.

perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat penting dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dalam aspek sosial.

Mazhab eksistentialisme

lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif.

Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain.

Sekian..Terima kasih.