implikasi falsafah pendidikan barat terhadap falsafah pendidikan malaysia

Upload: samihah96

Post on 02-Nov-2015

114 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Menerangkan serba sedikit tentang perkaitan antara falsafah pendidikan barat dengan falsafah pendidikan di Malaysia.

TRANSCRIPT

Samihah Nordin

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini.Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Jadi, apakah implikasi Falsafah Pendidikan Moden Barat ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ini? Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar.Progresivismea) Kurikulum Menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif (pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori) Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.

b) Pendidik Guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat di cambah. Guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.c) Kaedah Mengajar Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling Pengalaman langsung dengan penglibatan murid Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-soalan guru. menekankan mengenai Sains dan Teknologi di mana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.

Rekonstruktivismea) Kurikulum Mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri. Mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. Bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : 1. Sosial (Contoh : Kajian Sosial) 2. Isu-isu tempatan. 3. Isu-isu antarabangsa b) Pendidik Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif dan inovatif. Guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am. c) Kaedah mengajar Berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah seperti : 1. Aktiviti 2. Sumbangsaran 3. Main peranan 4. Simulasi

Eksistentialisme a) Kurikulum Menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistensialisme berpegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepada individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama. Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain.

b) Pendidik Individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran. Pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. c) Kaedah mengajar Berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.

TUTORIAL Minggu ke-3