pdf-persoalan kajian - faculty of education | universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran...

26

Upload: nguyenhuong

Post on 21-May-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan
Page 2: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan
Page 3: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan
Page 4: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

KEYAKINAN GURU-GURU SAINS (ETeMS) DI KAWASAN SKUDAI

MENGAJAR SUBJEK SAINS DALAM BAHASA INGGERIS BERPANDUKAN

KOMPUTER

GAN MIAW YONG

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan
Page 6: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

Untuk ayah dan ibu yang tersayang

Page 7: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia tesis ini, Dr.

Azlina Binti Md. Kosnin kerana telah memberi bimbingan dan dorongan sepanjang

tempoh tesis ini dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Azlina Binti

Md. Kosnin kerana sedia menolong penyelidik untuk menjayakan tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia kerana membenarkan penyelidik menjalankan tesis ini dalam tempoh masa

yang ditetapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana membenarkan penyelidik

menjalankan kajian di sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai.

Kerjasama daripada pihak sekolah amat dihargai dan telah menjayakan

penyelidikan ini. Kerjasama daripada guru-guru Sains (ETeMS) amat dihargai juga.

Di samping itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada

secara langsung dan tidak langsung yang membantu menjayakan penyelidikan ini.

Page 8: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

ABSTRAK

Kajian ini telah mengkaji keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) di kawasan

Skudai mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer.

Aspek-aspek yang dikaji adalah keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap

pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer,

masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dan perkaitan antara masalah

dengan tahap kayakinan guru. Sampel kajian adalah terdiri daripada 51 orang guru-

guru Sains (ETeMS) di tujuh buah sekolah menengah kawasan Skudai. Instrumen

yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik. Data mentah dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer SPSS 10.0 for windows. Kekerapan, peratus, min

dan sisihan piawai dikira untuk setiap item. Dapatan kajian menunjukkan tahap

keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains

dalam Bahasa Inggeris adalah sederhana. Selain itu, tahap keyakinan guru-guru Sains

(ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dengan menggunakan

komputer adalah sederhana juga. Guru-guru Sains (ETeMS) tidak menghadapi

masalah yang amat membebankan dengan hanya menunjukkan aras masalah yang

sederhana sahaja. Dapatan telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara masalah dengan tahap keyakinan.

Page 9: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

ABSTRACT

This research is a study about ETeMS Science teacher’s confidence in

teaching Science subject in English by using computer at the Skudai area. The

aspects of study include the level of teacher’s confidence, the problems that were

faced by Science teachers and also the relation between the level of confidence and

problems. The participants were 51 Science teachers from 7 secondary schools at

Skudai area. A set of questionnaire was used as the instrument of this research and

data were analyzed using SPSS 10.0 for windows. Descriptive analyses in the form of

frequency, percentage, min and standard deviation were used in data analyzes. The

results of the research show that the level of teacher’s confidence to teach Science

subject in English was at a moderate level. Besides, the level of teacher’s confidence

to teach Science subject by using computer was also at a moderate level. Results also

show that Science teachers were not facing a big problem to teach Science subject in

English by using computer as the level of problems were found to be at a moderate

level. The relation between the level of confidence and the problems was found to be

significant.

Page 10: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang masalah kajian 3

1.2 Penyataan masalah 7

1.3 Objektif kajian 7

1.4 Persoalan kajian 8

1.5 Hipotesis kajian 8

1.6 Rasional kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 10

1.8 Batasan kajian 10

1.9 Definisi kajian 11

1.9.1 Keyakinan 11

1.9.2 Sains 12

1.9.3 Bahasa Inggeris 12

Page 11: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

1.9.4 ETeMS 13

1.10 Kesimpulan 13

2 TINJAUAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Teori effikasi diri (self-efficacy) 15

2.2 ETeMS / PPSMI 18

2.3 Kajian-kajian lalu yang berkaitan dengan

keyakinan guru dan masalah yang dihadapi

oleh guru dalam perlaksanaan projek ETeMS 22

2.3.1 Keyakinan guru 23

2.3.2 Masalah yang dihadapi oleh guru 26

2.4 Kajian-kajian lain yang berkaitan dengan ETeMS 28

2.5 Kesimpulan 32

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk Kajian 34

3.2 Populasi dan Sampel 35

3.3 Instrumen Kajian 35

3.3.1 Pembahagian Soalan 36

3.4 Prosedur Kajian 39

3.5 Analisis Data 40

3.6 Jangka masa Kajian 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Kesimpulan 44

Page 12: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 45

4.1 Kebolehpercayaan kajian 46

4.2 Dapatan kajian 47

4.2.1 Maklumat latar belakang 47

4.2.2 Persoalan 1: Masalah yang dihadapi oleh

guru-guru Sains (ETeMS) terhadap

perlaksanaan ETeMS 55

4.2.3 Persoalan 2: Keyakinan guru-guru Sains

(ETeMS) mengajar subjek Sains dalam

Bahasa Inggeris 62

4.2.4 Persoalan 3: Keyakinan guru-guru Sains

(ETeMS) mengajar subjek Sains dengan

menggunakan komputer 66

4.2.5 Persoalan 4: Perkaitan antara masalah

yang dihadapi oleh guru-guru Sains

(ETeMS) dengan tahap keyakinannya

terhadap pembelajaran dan pengajaran

Sains dalam Bahasa Inggeris

berpandukan komputer 70

4.2.6 Persoalan 5: Perbezaan tahap keyakinan

yang signifikan antara guru-guru Sains

(ETeMS) mengajar subjek Sains dalam

Bahasa Inggeris berpandukan komputer

berdasarkan pengalaman mengajar

yang berbeza 72

4.2.7 Persoalan 6: Perbezaan tahap keyakinan

yang signifikan antara guru-guru Sains

(ETeMS) mengajar subjek Sains dalam

Bahasa Inggeris berpandukan komputer

berdasarkan umur yang berbeza 74

4.3 Kesimpulan 77

Page 13: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

5 CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 78

5.1 Perbincangan terhadap dapatan kajian

mengikut pecahan persoalan 78

5.1.1 Perbincangan terhadap persoalan 1 79

5.1.2 Perbincangan terhadap persoalan 2 82

5.1.3 Perbincangan terhadap persoalan 3 84

5.1.4 Perbincangan terhadap persoalan 4 85

5.1.5 Perbincangan terhadap persoalan 5 87

5.1.6 Perbincangan terhadap persoalan 6 89

5.2 Cadangan Kajian 90

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.4 Kesimpulan 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 99

Page 14: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah item bersifat positif dan bersifat negatif dalam 37

bahagian C

3.2 Jumlah item bersifat positif dan bersifat negatif dalam 38

bahagian D

3.3 Skor bagi Skala Likert 39

3.4 Senarai statistik untuk pengujian hipotesis dan objektif 41

4.1 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

sekolah 48

4.2 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

jantina 49

4.3 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan umur 49

4.4 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

pengalaman mengajar 50

4.5 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

kelulusan akademik tertinggi 51

4.6 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

aliran yang diikuti semasa belajar di sekolah menengah 52

4.7 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan bahasa

pengantar yang digunakan semasa belajar di

sekolah menengah 53

4.8 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

kursus yang diikuti di universiti 54

Page 15: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

4.9 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

masalah yang dihadapi terhadap perlaksaan

projek ETeMS 56

4.10 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

keyakinan mengajar subjek Sains dalam

Bahasa Inggeris 63

4.11 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan

keyakinan mengajar subjek Sains dengan

menggunakan komputer 67

4.12 Perkaitan antara masalah yang dihadapi dengan

tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS)

mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris 70

4.13 Perkaitan antara masalah yang dihadapi dengan

tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS)

mengajar subjek Sains berpandukan komputer 71

4.14 Ujian Turkey yang dijalankan dalam ANOVA

untuk pengalaman yang berbeza 73

4.15 Min keseluruhan bagi setiap kumpulan pengalaman 73

4.16 Ujian Turkey yang dijalankan dalam ANOVA

untuk kumpulan umur yang berbeza 75

4.17 Min keseluruhan bagi setiap kumpulan umur 76

Page 16: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Hubungan antara effikasi diri dengan hasil harapan 16

Page 17: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

SENARAI SIMBOL

R - Pekali Korelasi

P - Pekali signifikan

F - Pekali one-way ANOVA

Page 18: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 99

B Surat Kebenaran Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP),

Kementerian Pelajaran Malaysia 108

C Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian Daripada Jabatan Pelajaran

Johor 110

D Surat Kebenaran daripada Fakulti

Pendidikan UTM 111

Page 19: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

“Pendidikan di Malaysia adalah yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Malaysia. Jika meninjau kepada ayat yang dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan Malaysia, kita dapat mengetahui bahawa pendidikan memainkan

peranan yang amat penting dalam membangunkan negara kita.

Pada tahun 1991 hingga 2000, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.

Mahathir Mohamad telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

Page 20: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

( RRJP 2 :1991-2000) dan bermulanya satu era baru di dalam usaha untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Setelah

perlancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2: 1991-2000),

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah sistem pendidikan negara kepada

penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Ini adalah disebabkan ingin

mencapai objektif Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2: 1991-2000),

iaitu “menjadikan Sains dan Teknologi sebagai satu asas yang penting dalam

perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya

Sains dan Teknologi selaras dengan proses membangunkan sebuah ekonomi

perindustrian moden.” ( Ahmad Muhammad, 1991 )

Selain daripada penekanan kepada penggunaan komputer dalam

pembelajaran dan pengajaran di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia juga

menyedari bahawa Bahasa Inggeris memainkan peranan yang amat penting untuk

memastikan negara kita dapat bekerjasama dengan negara yang lain supaya boleh

berjaya di peringkat dunia pada suatu hari nanti. Maka, bekas Menteri Jabatan

Kementerian Pelajaran, Datuk Matnor Daim (1997) telah mengatakan bahawa

Kementerian Pelajaran telah cuba mencari peluang dan berusaha untuk menghasilkan

satu populasi pelajar yang mahir dalam dwibahasa atau multibahasa pada masa yang

akan datang. Kata-kata beliau menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah

berusaha untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia ke arah yang terbaik supaya

negara kita boleh membangun dan mencapai objektif wawasan 2020.

Pada 6 Januari 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan

Projek Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) atau English for The Teaching Mathematics and Science (ETeMS). Ini

adalah disebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia ingin berusaha untuk mencapai

misi pendidikan negara iaitu “ membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti

setaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi

aspirasi negara Malaysia.” Objektif keseluruhan projek ETeMS ini adalah untuk

memastikan kemampuan guru-guru Sains dan Matematik mengajar subjek Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer. Usaha-usaha yang telah

Page 21: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap projek ETeMS ini adalah

seperti berikut:

1. Memberi laptop kepada guru-guru Sains dan Matematik

2. Menyediakan CD sebagai alat bantu mengajar

3. Memberi kursus kepada guru-guru Sains dan Matematik

4. Menyediakan modul kepada guru-guru Sains dan Matematik

5. Mencadangkan kaedah mengajar kepada guru-guru Sains dan

Matematik

1.1 Latarbelakang masalah kajian

Sejak perlaksanaan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957, Bahasa

Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama di Malaysia. Peranan Bahasa Inggeris

sebagai Bahasa Kebangsaan telah diambil alih oleh Bahasa Melayu pada masa itu.

Semua sekolah di Malaysia telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran sejak tahun 1984. Perubahan ini telah

menyebabkan kekurangan tumpuan rakyat Malaysia terhadap penggunaan Bahasa

Inggeris pada masa itu walaupun kerajaan masih berusaha memastikan Bahasa

Inggeris diajar di sekolah.

Memandangkan dunia ekonomi sedang dikuasai oleh negara-negara Barat,

maka negara kita sangat memerlukan tenaga manusia yang mampu menguasai

Bahasa Inggeris pada masa yang akan datang demi kejayaan dan kemajuan Malaysia.

Maka Kementerian Pelajaran melaksanakan projek ETeMS pada Januari 2003.

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah (2005), walaupun Kementerian Pelajaran telah

berusaha dalam menjayakan projek ETeMS ini, tetapi malangnya projek ini belum

lagi efektif. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran Matematik dan

Sains telah menimbulkan banyak masalah kepada guru dan murid sejak ia

dilaksanakan tiga tahun lalu.

Page 22: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

Guru-guru Sains (ETeMS) mengalami masalah dalam menguasai tatabahasa,

nahu dan sebutan perkataan-perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah

disebabkan mereka hanya diterapkan pengajaran Sains dalam Bahasa Melayu sahaja

semasa di sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Apabila guru-guru Sains

(ETeMS) diminta mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris, mereka

menghadapi masalah untuk menterjemahkan istilah-istilah Sains dalam Bahasa

Inggeris kepada pelajar-pelajar dengan tepat. Di samping itu, guru-guru Sains

(ETeMS) juga mengalami masalah berkomunikasi dengan pelajar dalam Bahasa

Inggeris. Akhirnya, guru-guru Sains (ETeMS) ini akan mengambil kesempatan

mengajar subjek Sains dalam Bahasa Melayu dan membiarkan buku-buku teks dalam

Bahasa Inggeris (Ismail Rubani, 2005). Selain daripada penguasaan Bahasa Inggeris,

guru-guru Sains (ETeMS) telah mengalami masalah dalam menetapkan pendekatan

pengajarannya. Tahap pengetahuan pelajar yang berbeza memerlukan pendekatan pengajaran

yang berbeza, namun waktu pengajaran yang terhad itu menyebabkan guru-guru Sains (ETeMS) tidak

dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap pelajar.

Di kalangan pelajar pula, pelajar-pelajar tidak boleh memahami perkataan-

perkataan yang disebutkan dalam Bahasa Inggeris. Mereka yang tinggal di kawasan

kampung kebanyakannya lebih mahir menggunakan bahasa dialek sendiri seperti

Jawa, Bugis, Banjar dan bahasa-bahasa yang digunakan oleh nenek moyang mereka.

Maka, pelajar-pelajar di sekolah yang tidak boleh memahami Bahasa Inggeris akan

menghadapi masalah memahami konsep-konsep Sains. Menurut Zulkifli (2004),

ramai pelajar tahun satu tidak dapat menguasai subjek Sains dengan baik kerana

tidak memahami perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Kes ini boleh dikatakan

berlaku di sekolah-sekolah kawasan pedalaman di Malaysia. Maka, usaha

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjayakan projek ETeMS memang amat

digalakkan, tetapi perlaksanaan projek ini dicadangkan supaya dijalankan secara

beransur-ansur di sekolah dan bukannya menggunakan Bahasa Inggeris terus dalam

subjek Sains.

Pembangunan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor

(MSC) oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Seri Mahathir Mohamad pada

Page 23: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

1 Ogos 1996 merupakan satu usaha yang amat membanggakan. Beliau telah

menggariskan tujuh applikasi perdana, antaranya termasuk pembentukan Sekolah

Bestari. Dalam konteks pendidikan Sekolah Bestari, komputer dan teknologi

maklumat dapat membantu pelbagai urusan di sekolah dan berpotensi mengayakan

lagi persekitaran pembelajaran dan pengajaran. Sekarang, tidak hanya Sekolah

Bestari sahaja yang mementingkan penggunaan komputer. Projek ETeMS yang

dilaksanakan ini juga mementingkan penggunaan komputer dalam subjek Sains dan

Matematik.

Sejak perlaksanaan projek ETeMS, masalah penggunaan multimedia dalam

pembelajaran dan pengajaran subjek Sains tetap akan berlaku. Menurut Norashashim,

Ros Alinda & Mazenah (1996), guru-guru menganggap komputer sebagai mesin

yang memerlukan kepakaran. Maka, guru-guru yang kurang mahir dalam komputer

telah mengelakkan diri daripada menggunakan laptop yang diberikan oleh kerajaan.

Pemasangan LCD projektor kepada laptop merupakan satu tugas yang amat

menyusahkan bagi mereka, maka mereka telah membuat kesempatan untuk mengajar

subjek Sains dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan cara tradisional.

Keadaan bilik darjah yang terang juga merupakan salah satu punca masalah

projek ETeMS. Skrin paparan LCD menjadi tidak jelas di persekitaran yang terang.

Maka pelajar-pelajar mengalami satu masalah lagi iaitu tidak boleh melihat nota-nota

yang dipaparkan pada skrin LCD semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Selain itu, walaupun CD disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada

guru-guru Sains (ETeMS) untuk pembelajaran dan pengajaran subjek Sains di

sekolah, tetapi bagi mereka yang kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer

akan mengalami masalah. Kadang-kala, komputer tidak dapat mengeluarkan bunyi,

imej dan animasi dalam CD telah membawa masalah kepada guru-guru Sains

(ETeMS) di sekolah kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi

mereka yang tidak tahu program-program komputer akan tidak tahu menggunakan

CD itu dengan sempurna dan baik. Maka, mereka akan membuat kesempatan tidak

menggunakan CD yang disediakan itu.

Page 24: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

Dalam menjayakan projek ETeMS, keyakinan seseorang guru Sains amat

diperlukan. Sebagai seorang guru yang unggul, perlu mempunyai keyakinan yang

tinggi dan mempunyai sikap-sikap yang positif. Tujuannya adalah untuk membina

dirinya sendiri dan juga pelajar-pelajar mereka. Maka, guru-guru Sains (ETeMS)

seharusnya yakin dalam tugasnya setiap hari, sanggup menerima cabaran, sanggup

mengambil risiko dan mengeluarkan idea-idea yang baru serta membuat rumusan.

Daripada keyakinan seseorang guru itu telah mewujudkan optimisme dan iltizam.

Akan tetapi, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains terhadap

projek ETeMS ini merupakan satu punca yang akan menjejaskan keyakinan guru itu.

Guru-guru Sains yang kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris mungkin akan

menjadi tidak yakin pada dirinya semasa menyampaikan pembelajaran dan

pengajaran Sains di dalam bilik darjah. Walaupun mereka menyedari bahawa sebagai

seorang guru yang berkualiti mesti sanggup menerima sebarang cabaran, namun

tekanan pada diri mereka telah menyebabkan mereka kurang yakin. Selain itu,

kesusahan dalam berkomunikasi dengan pelajar juga mungkin akan menjejaskan

keyakinan seseorang guru Sains. Apabila guru-guru Sains (ETeMS) mendapati

pelajar mereka langsung tidak memahami pengajaran mereka, keyakinan mereka

turut akan terjejas.

Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan projek ETeMS masih mewujudkan

masalah sejak perlaksanaannya sehingga hari ini. Kajian dibuat untuk mengetahui

masalah yang dihadapi secara keseluruhannya. Di samping itu, kemungkinan besar

masalah yang dihadapi akan menjejaskan keyakinan guru-guru Sains (ETeMS)

terhadap perlaksanaan projek ETeMS. Maka, kajian ini telah dilakukan untuk

mengetahui tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek

ETeMS berpandukan komputer.

Page 25: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

1.2 Pernyataan masalah

Daripada perbincangan yang telah dinyatakan dalam latar belakang masalah,

kajian ini akan meninjau masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS)

terhadap perlaksanaan projek ETeMS ini. Selain daripada itu, kajian ini juga

dilakukan untuk mengkaji keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap

perlaksanaan projek ini. Aspek-aspek keyakinan yang diberi tumpuan dalam kajian

ini ialah keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa

Inggeris dan juga keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains

dengan menggunakan komputer. Kajian ini juga akan meninjau perkaitan antara

masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dengan keyakinan mereka

terhadap projek ETeMS.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti jenis masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains

(ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS.

2. Meninjau keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains

dalam Bahasa Inggeris serta menggunakan komputer.

3. Meninjau perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru

Sains (ETeMS) dengan tahap keyakinan mereka terhadap projek

ETeMS.

Page 26: pdf-persoalan kajian - Faculty of Education | Universiti ... terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan

1.4 Persoalan kajian

Persoalan-persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah :

1. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS)

terhadap perlaksanaan projek ETeMS ?

2. Apakah tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap

pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris?

3. Apakah tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap

pembelajaran dan pengajaran Sains berpandukan komputer?

4. Adakah terdapat perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guru-

guru Sains (ETeMS) dengan tahap keyakinannya terhadap

pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris?

Selain daripada persoalan-persoalan di atas, penyelidik juga ingin mengkaji :

1. Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara

guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa

Inggeris berpandukan komputer berdasarkan pengalaman mengajar

yang berbeza?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara

guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa

Inggeris berpandukan komputer berdasarkan umur yang berbeza?