ii - faculty of education | universiti teknologi malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi...

27

Upload: votuong

Post on 10-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Page 2: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

i

Page 3: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

ii

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK PENGHILANG

GELEMBUNG DAN KANCING BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK

WAN ROSMARIAH BINTI NIK MUSTAPHA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

iii

Page 5: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

iv

Dedikasi Teristimewa Buat:

Ayah Ibu tercinta:

Nik Mustapha bin Nik Mud & Limah binti Yusuff

Jutaan terima kasih buat ayah dan ibu atas segala pengorbanan, sokongan dan

bantuan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-cita dan

memperoleh kejayaan. Semoga ayah dan ibu sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T,

dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan. Harapan ayah dan ibu telah ku tunaikan

jua.

Serta Adik Beradik Tersayang:

Terima kasih di atas segala pengorbanan, bantuan dan sentiasa memberi keyakinan

serta dorongan agar menjadi insan yang cemerlang. Semoga dipanjang umur,

dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T

Ditujukan Khas Buat

Pn Nur Qistina Andin Abdullah

Ilmu yang dicurahkan akan daku manfaatkan ke jalan yang baik. Semoga Allah

memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni dalam mendidik anak

bangsa

Buat Teman Seperjuangan

Bersama mencipta kecemerlangan dan kenangan bersama tidak mungkin hilang

dalam ingatan. Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua

Page 6: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan projek sarjana muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

penyelia saya, Pn Nur Qistina Abdullah yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan

projek sarjana muda ini. Segala teguran dan ulasan yang telah diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam menempuh cabaran pada hari yang

mendatang.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada semua pensyarah di

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di atas kesudian memberi maklumat dan

bekerjasama dalam segala aspek.

Rakaman ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan

individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

projek sarjana muda ini. Teguran-teguran yang diberikan amatlah dihargai dan semoga

segala bantuan yang dihulurkan di rahmati serta di balas oleh Allah S.W.T.

Page 7: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

vi

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina Modul Pembelajaran

Kendiri (MPK) Penghilang Gelembung dan Kancing bagi kursus Pakaian dan Fabrik

sebagai bahan pembelajaran kendiri untuk pelajar-pelajar tahun pertama program Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). MPK dibina untuk

membantu pengguna memahami isi pelajaran dan juga untuk meningkatkan tahap

penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung dalam MPK berdasarkan

kemampuan masing-masing. Pembinaan MPK ini adalah berdasarkan kepada Teras-

Cabang Shaharom (1994). Kesesuaian dari segi teks, gambarajah, soalan, ringkasan bab,

aktiviti dan objektif pembelajaran dinilai dalam MPK ini. Instrumen kajian yang

digunakan ialah temubual dan soal selidik. Penilaian MPK dilakukan dalam dua fasa

iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK). Dalam PFSS, seorang pensyarah dan seorang pengajar yang mengajar

kursus Pakaian dan Fabrik terlibat untuk menilai kesesuaian MPK dengan menggunakan

kaedah temubual. Dalam PFKK, seramai 20 orang pelajar tahun akhir program SPH

telah menilai kesesuaian MPK melalui kaedah soal selidik. Data yang diperolehi

daripada PFSS dianalisis secara transkripsi dan PFKK dianalisis secara deskriptif

menggunakan Statistic Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). Dapatan kajian

menunjukkan majoriti responden berpuashati dengan penggunaan teks, gambarajah,

soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dalam MPK dan sesuai untuk

digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri dengan nilai purata min 2.66. Pembinaan

dan penghasilan MPK ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini

dengan lebih baik dan berkesan.

Page 8: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to establish the Disposal of Fullness and Fastening

Self Learning Module (SLM), for Clothing and Fabric course as self-directed learning

material for first year students of the Degree of Bachelor of Technology and Education

(Living Skill) programmed. SLM was built to facilitate a user to understand the material

content and also to improve their mastery levels towards a topic included in the SLM

based on own their ability. Teras-Cabang Model by Shaharom (1994) had been used in

developing the SLM. The suitability about text, figure, question, summary of the chapter,

activity and learning objective was evaluated in SLM. Research instrument used was

interview and questionnaire. The assessments of the SLM have two phases that is

through Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) and Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK). In PFSS, a lecturer and instructor which teach Clothing and Fabric and

course are involved to assess the suitability of SLM used interview method. In PFKK, 20

students’ final year SPH students were evaluate the suitability of SLM through

questionnaire. Data from PFSS was analyzed by transcription and PFKK was analyzed

by descriptive using Statistic Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). The result

showed majority respondent were satisfy with text, figure, question, summary of the

chapter, activity and learning objectives of the SLM is appropriate for self-directed

learning material and the mean of 2.66. The development of SIM will be able to help the

students to understanding of these topics.

Page 9: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 10

1.6.2 Pensyarah 11

Page 10: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

ix

1.6.3 Fakulti Pendidikan 11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Bahan Pembelajaran Kendiri 13

1.9.2 Aktiviti Pemulihan 13

1.9.3 Aktiviti Pengayaan 13

1.9.4 Bahan Pengajaran dan pembelajaran 14

1.9.5 Pembelajaran 14

1.10 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengajaran Bermodul (PB) 15

2.3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 16

2.3.1 Ciri-ciri MPK 17

2.3.2 Objektif Penggunaan MPK 18

2.3.3 Prinsip-prinsip MPK 18

2.3.4 Kebaikan Menggunakan MPK 19

2.4 Kriteria Penilaian MPK 22

2.4.1 Teks 22

2.4.2 Gambarajah 23

2.4.3 Soalan 24

2.4.4 Aktiviti 25

2.4.5 Ringkasan 26

2.4.6 Objektif Pembelajaran 26

2.5 Model Pembinaan Modul atau MPK 27

2.5.1 Model Burn 27

Page 11: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

x

2.6.2 Model Klingstedt 29

2.6.3 Model Eijil 30

2.6.4 Model Meyer 31

2.6.5 Model Teras Cabang Shaharom Noordin 33

2.7 Kesimpulan 37

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Prosedur Kajian 38

3.2.1 Kajian Tahap I : Pembinaan Penghilang

Gelembung dan Kancing 40

3.2.1.1 Rasional Pemilihan Model 40

3.2.1.2 Prosedur Pembinaan MPK 43

3.2.2 Kajian Tahap II : Penilaian MPK 45

3.2.2.1 Peringkat I (Elemen Kajian) 45

3.2.2.1.1 Rekabentuk Kajian 45

3.2.2.1.2 Tempat Kajian 45

3.2.2.1.3 Populasi Kajian 46

3.2.2.1.4 Sampel Kajian 46

3.2.2.1.5 Instrumen Kajian 47

3.2.2.2 Kesahan Kandungan MPK 48

3.2.2.3 Peringkat II (Penilaian Formatif) 48

3.2.2.3.1 Kerangka Penilaian

Formatif 49

3.2.3 Kajian Tahap III: Analisis Kesesuaian MPK 50

3.2.3.1 Menguji Kesesuaian MPK 50

3.3 Andaian Kajian 53

3.4 Kesimpulan 54

Page 12: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xi

4 ANALISIS KESESUAIAN MPK

4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Kesesuaian MPK 55

4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 56

4.2.1.1 Kesesuaian Kandungan MPK

(Kaedah Kualitatif) 56

4.2.1.2 Kesimpulan 64

4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 65

4.2.2.1 Kesesuaian Kandungan MPK

(Kaedah Kuantitatif) 65

4.2.2.1.1 Bahagian A: Analisis

Maklumat Responden 66

4.2.2.1.2 Bahagian B: Analisis

Item Persoalan Kajian 68

4.2.3 Kesesuaian Keseluruhan MPK Penghilang

Gelembung dan Kancing 74

4.3 Kesimpulan 75

5 MPK PENGHILANG GELEMBUNG DAN KANCING

5.1 Pengenalan 77

5.2 Struktur Pembinaan MPK Penghilang Gelembung

dan Kancing 77

5.2.1 Komponen-komponen dalam MPK 79

5.2.1.1 Penghasilan Muka Depan MPK 87

5.3 Kesimpulan 88

Page 13: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xii

6 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 89

6.2 Rumusan Kajian 89

6.3 Perbincangan 91

6.3.1 Teks 91

6.3.2 Gambarajah 92

6.3.3 Soalan 93

6.3.4 Ringkasan 94

6.3.5 Aktiviti 95

6.3.6 Objektif Pembelajaran 96

6.4 Cadangan 96

6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98

6.6 Kesimpulan 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 104

Page 14: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Perbandingan model-model MPK 42

3.2 Maklum balas dan Skor Skala Likert 47

3.3 Pengkelasan Tahap Kesesuaian MPK 52

4.1 Pengkelasan Min Keseluruhan dan Tahap Kesesuaian MPK 66

4.2 Kekerapan dan peratus responden mengikut jantina 66

4.3 Kekerapan dan peratus responden mengikut umur 67

4.4 Kekerapan dan peratus responden mengikut

kelayakan akademik sebelumnya 67

4.5 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian teks 68

4.6 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian penggunaan gambarajah 69

4.7 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian soalan 70

4.8 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian ringkasan bab 71

4.9 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian aktiviti 72

4.10 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan

mengikut kesesuaian objektif pembelajaran 73

4.11 Jadual kesesuaian keseluruhan MPK 74

5.1 Komponen-komponen dalam MPK Penghilang

Gelembung dan Kancing 80

Page 15: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Contoh teks yang digunakan dalam buku rujukan 4

1.2 Gambarajah dan cara penyampaian yang kurang

jelas 5

1.3 Modul Jahitan Politeknik Johor Bharu 6

2.1 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 33

2.2 Carta Aliran Model Teras- Cabang Shaharom 36

3.1 Rangka Kerja Prosedur Kajian Keseluruhan MPK 39

3.2 Rangka Kerja Tahap I 43

3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK Penghilang

Gelembung dan Kancing 44

3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 49

3.5 Kaedah Pengiraan Nilai Tahap Kesesuaian 52

4.1 Gambarajah yang kabur dan kurang jelas 58

4.2 Gambarajah seelpas dibuat penambahbaikan 60

4.3 Ringkasan bab dalam bentuk peta minda berwarna 62

5.1 Praujian MPK Penghilang Gelembung dan Kancing 81

5.2 Objektif pembelajaran dalam bahagian teras 82

5.3 Contoh aras kesukaran yang terdapat pada soalan 83

5.4 Ringkasan bab dalam bahagian pemulihan 84

5.5 Contoh maklum balas bagi jawapan 1 b bahagian teras 85

5.6 Rujukan laman web mengenai mesin jahit 86

5.7 Rujukan yang diperolehi daripada pelbagai sumber 87

5.8 Muka depan MPK Penghilang Gelembung dan Kancing 88

Page 16: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKNA MPK Modul Pengajaran kendiri

P&P Pengajaran dan pembelajaran

PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS Penilaian Formatif Satu Satu

PSM Projek Sarjana Muda

PB Pengajaran Bermodul

SPH (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran hidup)

SPSS Statistical Package for Social Sciences

S Setuju

TS Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

Page 17: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kajian Awal 104

B Borang Pengesahan Kandungan MPK 109

C Soalan Temubual 114

D Transkrip Temubual 118

E Soal Selidik Kesesuaian MPK 125

Page 18: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar, bidang

pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang perlu di ambil berat. Ini kerana

bidang pendidikan akan dapat membantu dalam usaha melahirkan generasi muda

yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan berilmu. Oleh itu, bahan pengajaran dan

pembelajaran yang pelbagai di perlukan.

Salah satu bahan P&P yang dipercayai berkesan adalah dengan menggunakan

modul kerana ia merupakan salah satu cara yang lebih efektif dalam melahirkan

generasi muda yang mampu menghadapi cabaran globalisasi. Menurut Sharifah

Alwiah (1984) menyatakan terdapat beberapa kebaikan jika sesi pembelajaran

berjalan dengan menggunakan modul, malah ia lebih mudah untuk di fahami. Pelajar

akan dapat belajar sendiri dan dapat membuat ulangkaji dengan berpandukan modul

akademik atau MPK (Sidek, 2005).

Page 19: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

2

Menurut Sidek dan Jamaluddin (2005), MPK adalah modul yang lengkap dan

dapat membantu mengukuhkan pemahaman dan memberi pengetahuan kepada

pelajar. Minat pelajar untuk terus belajar akan dapat di tingkatkan dengan

menggunakan kaedah pembelajaran melalui modul walaupun pengajaran bermodul

bukanlah pelengkap sebenar yang boleh menjamin kualiti dalam pengajaran dan

pembelajaran (Klingstedt, 1973). Selain itu, pelajar dapat membuat ulangkaji dan

belajar secara sendiri tanpa bantuan pensyarah dengan berpandukan modul akademik

yang di sediakan oleh pihak universiti atau pusat pengajian tinggi (Sidek, 2005).

Kesimpulannya, MPK adalah merupakan salah satu bahan pembelajaran yang

dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar. Maka, secara tidak langsung,

dengan adanya MPK ini, ianya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang,

gemilang dan terbilang sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran globalisasi pada

masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) di wajibkan untuk mengambil kursus jahitan. Salah

satu kursus jahitan adalah kursus Pakaian dan Fabrik (SPL 1122). Pelajar-pelajar

yang mengikuti program ini perlu mengambil kursus tersebut yang ditawarkan pada

tahun pertama pengajian.

Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar

tahun pertama dan 20 orang pelajar tahun akhir mendapati bahawa keputusan yang

Page 20: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

3

diperolehi adalah menunjukkan masih belum terdapat MPK jahitan yang dihasilkan.

Tujuan pemilihan responden tahun pertama dan tahun akhir adalah untuk membuat

perbandingan berdasarkan keputusan yang diperolehi. Namun begitu, semua

responden menyatakan bahawa masih belum terdapat MPK jahitan. Selain itu,

dapatan daripada tinjauan awal yang dijalankan juga menunjukkan bahawa sebanyak

85% responden pelajar-pelajar tahun pertama bersetuju MPK jahitan dihasilkan.

Manakala sebanyak 80% responden pelajar-pelajar tahun akhir bersetuju MPK

jahitan dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa MPK jahitan diperlukan.

Ada pelbagai topik yang perlu di pelajari oleh pelajar-pelajar yang

mengambil kursus ini. Sebagaimana yang kita maklum, waktu kuliah yang

diperuntukkan oleh universiti dalam satu waktu kuliah hanyalah 50 minit sahaja.

Berdasarkan buku panduan akademik 2009/2010, kursus Pakaian dan Fabrik

mewakili 2 jam kredit iaitu satu kredit teori dan satu kredit amali. Di antara topik

yang di pelajari oleh para pelajar ialah topik penghilang gelembung dan kancing.

Penghilang gelembung dan kancing adalah penting kerana tanpa penghilang

gelembung dan kancing, pakaian yang dihasilkan tidak sempurna. 50 minit waktu

kuliah yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menyampaikan isi pelajaran untuk

semua tajuk yang terdapat dalam kursus ini. Hal ini akan menyebabkan semua isi

pelajaran kursus Pakaian dan Fabrik tidak dapat disampaikan secara mendalam. Oleh

yang demikian, tidak semua tajuk dalam kursus ini dapat disampaikan dengan jelas

dan pelajar mungkin memerlukan daya usaha sendiri untuk lebih memahami tajuk-

tajuk dalam kursus ini. Oleh yang demikian, pelajar perlu menguasai isi pelajaran

melalui penggunaan MPK bagi mengatasi masalah ini.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pembelajaran di kalangan pelajar

kurang berkesan. Ini termasuklah jenis bahan pembelajaran yang digunakan mungkin

kurang sesuai, organisasi bahan kandungan yang dipelajari kurang terancang

(Shaharom, 2000). Kebanyakan bahan rujukan yang digunakan oleh pelajar lebih

Page 21: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

b

p

s

y

m

p

k

m

t

t

p

u

l

R

bertumpu ke

pelajar (Suk

sukatan mata

yang dilakuk

menarik. Sa

penggunaan

kerana deng

menerima isi

erdapat satu

eks yang k

panjang dan

untuk memb

angsung ak

Rajah 1.1).

Raja

epada maklu

kri, 1998). B

a pelajaran

kan, kebany

alah satu ya

teks. Menu

gan teks yan

i yang henda

u buku rujuk

urang mena

tulisan teks

baca. Jika se

kan menyeba

h 1.1: Sala

umat yang k

Bahan-bahan

dan tidak m

akan buku r

ang menyeb

urut Adi Ku

ng baik aka

ak di sampai

kan yang tela

arik. Teks y

s yang bersa

esuatu bahan

abkan pelaj

ah satu conto

kurang men

n rujukan ya

menggalakka

rujukan yan

babkan buk

usrianto (20

an menjadik

ikan pada ba

ah di hasilka

yang di has

aiz agak kec

n rujukan te

ar kurang b

oh teks yang

nekankan ke

ang ada sek

an pemikiran

ng terdapat d

ku rujukan

009), pemilih

an pembaca

ahan bacaan

an dan berad

ilkan adalah

cil. Ini akan

ersebut kuran

berminat un

digunakan d

epada aktivit

karang kuran

n. Daripada

di pasaran a

kurang me

han teks ad

a dapat mem

tersebut. Seb

da di pasaran

h mempuny

menyebabk

ng menarik,

ntuk memba

dalam buku r

ti melibatka

ng memenuh

a pemerhatia

adalah kuran

enarik adala

dalah pentin

mahami sert

bagai contoh

n mempunya

yai ayat yan

kan kesukara

, secara tida

acanya (ruju

rujukan

4

an

hi

an

ng

ah

ng

ta

h,

ai

ng

an

ak

uk

Page 22: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

d

s

a

m

K

d

a

m

b

m

m

p

Raja

Rajah

dan penyamp

strategik dan

akan menye

menyebabka

Kesannya ial

Menu

dan pembela

aktiviti peni

mengikuti la

boleh dijalan

menyeluruh

memudahkan

pembelajaran

h 1.2: Gam

h 1.2 menun

paian isi yan

n kedudukan

ebabkan isi

n para pela

lah ianya aka

urut Kamdi K

ajaran yang

laian serta

angkah dem

nkan secara

dan tidak m

n pelajar y

n yang berka

mbarajah dan

njukkan cont

ng kurang je

n yang tidak

yang ingin

ajar tidak d

an melumpu

Kamil (1990

lengkap sep

arahan dan

mi langkah u

individu. B

menjurus sec

yang agak l

aitan (Abdul

n penyampai

toh bahan ru

elas. Gamba

k sesuai. C

n di sampa

dapat memah

uhkan minat

0), MPK per

perti objekt

tatacara ya

untuk mengu

uku-buku ru

cara mendal

lemah pada

l Razak,1999

an yang kura

ujukan yang

ar-gambar ya

ara penyam

ikan adalah

hami isi ya

pelajar untu

rlu mempuny

if, bahan da

ang sistemat

uasai sesuatu

ujukan di pa

lam mengen

a satu-satu

9).

ang jelas

g mempunya

ang tidak di

mpaian yang

h kabur dan

ang ingin d

uk menelaahn

yai satu pak

an aktiviti p

tik supaya p

u unit pemb

asaran juga

nai tajuk-taju

tajuk mem

ai gambaraja

susun secar

kurang jela

n tidak jela

di sampaikan

nya.

ej pengajara

pembelajaran

pelajar dapa

belajaran da

lebih bersifa

uk kecil bag

mbuat aktivi

5

ah

ra

as

as

n.

an

n,

at

an

at

gi

iti

Page 23: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

6

Institut Pengajian Tinggi seperti Politeknik dan Kolej Komuniti menawarkan

kursus Fesyen dan Pakaian. Kursus ini mengandungi pelbagai subtopik yang perlu di

pelajari oleh para pelajar yang mengikuti kursus tersebut. Politeknik yang

menawarkan kursus Fesyan dan Pakaian ialah Politeknik Johor Bharu dan institusi

tersebut telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran (MPK) mereka

sendiri. MPK yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dalam sahaja iaitu untuk

kegunaan institusi tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan MPK. Menurut Shaharom & Yap (1992), MPK

adalah merupakan salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan di

dalam pengajaran bermodul (PB) dan ianya boleh di gunakan di semua peringkat

pengajian samada peringkat rendah mahupun peringkat tinggi. Oleh sebab itu,

penghasilan MPK untuk kursus Pakaian dan Fabrik adalah sememangnya wajar.

Rajah 1.3: Modul Jahitan Politeknik Johor Bharu

Page 24: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

7

Menurut Kamdi Kamil (1990), matlamat utama pembelajaran menggunakan

modul adalah untuk membolehkan pelajar sama ada individu atau berkumpulan

untuk mengikuti atau melaksanakan setiap aktiviti atau langkah yang terdapat di

dalam modul bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah

(1984), terdapat beberapa kebaikan jika sesi pembelajaran berjalan dengan

menggunakan modul, malah ia lebih mudah untuk di fahami. Pelajar akan dapat

belajar sendiri dan dapat membuat ulangkaji dengan berpandukan modul akademik

atau MPK (Sidek Mohd Noah, 2005). Justeru daripada permasalahan yang di

nyatakan di atas, adalah wajar pembinaan modul di lakukan kerana dengan adanya

modul ini, pelajar akan berdikari untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran tanpa

bergantung kepada pensyarah.

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dapat mempengaruhi perubahan sikap

pelajar terhadap mata pelajaran, ketrampilan dalam pembelajaran serta beberapa

aspek lain (Shaharom dan Yap, 1992). Menurut Rusell (1997) dalam Sidek dan

Jamaluddin (2005) menyatakan modul adalah satu pakej pengajaran berkaitan

dengan satu unit konsep mata pelajaran. Secara kesimpulannya, MPK Penghilang

Gelembung dan Kancing ini di bina adalah bagi mengatasi masalah-masalah yang

wujud di samping menyediakan modul pembelajaran yang masih belum ada lagi

setakat ini.

1.3 Penyataan Masalah

MPK Penghilang Gelembung dan Kancing akan di bina kerana sehingga

sekarang, masih belum ada lagi MPK jahitan yang di hasilkan untuk pelajar-pelajar.

Page 25: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

8

Oleh sebab itulah, MPK Penghilang Gelembung dan Kancing akan di bina sebagai

bahan rujukan kepada para pelajar khasnya pelajar yang mengikuti kursus Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang mengambil

kursus Pakaian dan Fabrik. Jumlah masa kuliah yang diperuntukkan oleh pihak

universiti juga menjadi faktor kepada pembinaan MPK ini kerana jumlah 50 minit

masa kuliah tidak memadai untuk menyampaikan isi pelajaran kursus Pakaian dan

Fabrik. Kelemahan bahan rujukan untuk kursus jahitan yang terdapat di pasaran juga

menjadi faktor kepada pembinaan MPK Penghilang Gelembung dan Kancing ini.

Selain itu juga, institusi pengajian tinggi lain seperti Politeknik Johor Bharu telah

mempunyai modul jahitan mereka sendiri. Setakat ini, masih belum terdapat modul

untuk subjek jahitan yang di hasilkan di Fakuliti Pendidikan. Oleh itu, dengan

penghasilan MPK ini, ianya akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut.

Pemilihan teori dan model yang bersesuaian dalam menbangunkan modul juga perlu

di titikberatkan bagi menghasilkan modul yang mudah di fahami, padat dan ringkas.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Membina satu MPK bertajuk “Penghilang Gelembung dan Kancing”

mengikut model pembinaan Model Shaharom (1994)

1.4.2 Menilai kesesuaian MPK yang telah di bina dari aspek:

a) Teks

b) Gambarajah

Page 26: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

9

c) Soalan

d) Ringkasan

e) Aktiviti

f) Objektif pembelajaran

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang di bina berkaitan dengan objektif kajian supaya kajian

yang di lakukan mencapai objektif asal. Antara persoalan kajian yang di lakukan

ialah:

1.5.1 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK ini?

1.5.2 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam MPK ini?

1.5.3 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian soalan yang digunakan dalam MPK ini?

1.5.4 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian ringkasan yang digunakan dalam MPK ini?

1.5.5 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK ini?

Page 27: ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

10

1.5.6 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing

terhadap kesesuaian objektif pembelajaran yang digunakan dalam MPK

ini?