ii - fp.utm.my filedasar pendidikan, kementerian pendidikan malaysia atas kebenaran bertulis bagi...

22

Upload: leque

Post on 02-Apr-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru
Page 2: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru
Page 3: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

ii

KEFAHAMAN KONSEP DALAM TAJUK RESPIRASI DALAM MATA

PELAJARAN BIOLOGI KBSM : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-

PELAJAR TINGKATAN IV DI DAERAH SIBU, SARAWAK

KEE TIM MING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru
Page 5: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

iv

DEDIKASI

Kepada ayah yang tersayang,

(KEE ING HUO)

Ibu yang dikasihi,

(TIE LEH HUNG)

Kakak yang disanjung,

(KEE CHIONG SIEN)

dan

Adik yang disayangi,

(KEE CHIONG MING & KEE CHIONG WEI)

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, kerjasama dan bantuan anda semua.

Page 6: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak sehingga kepada beberapa

pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana

muda ini.

Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda, Tuan Haji Meor Ibrahim, atas bimbingan, dorongan dan galakan

yang diberikan sejak awal kajian ini sehingga projek ini disempurnakan.

Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi

menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

Biologi dan pelajar-pelajar di Daerah Sibu, Sarawak yang dipilih sebagai sampel kajian,

atas kerjasama yang diberikan.

Akhirnya, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak dalam membantu

bagi menjayakan projek sarjana muda ini.

Page 7: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

vi

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan tentang kefahaman konsep respirasi dalam

mata pelajaran Biologi KBSM di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV. Kajian ini

bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar dalam menguasai konsep respirasi

bagi mata pelajaran Biologi dan mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman yang sering

dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk

Respirasi. Sampel kajian terdiri daripada 197 orang responden Tingkatan IV di empat

buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Instrumen kajian yang

digunakan ialah Ujian Penguasaan. Set ujian mengandungi satu bahagian yang terdiri

daripada 10 soalan terbuka bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman

pelajar mengenai konsep respirasi. Kesemua data diperoleh diproses secara manual

untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item ujian dalam set

ujian penguasaan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar

Tingkatan IV terhadap konsep respirasi adalah pada tahap sederhana (min = 2.32).

Mereka ini dikategorikan dalam tahap Faham Separuh dengan Kesalahfahaman.

Beberapa cadangan telah diberikan dalam kajian ini untuk meningkatkan kefahaman

pelajar dalam menguasai konsep respirasi. Akhirnya, beberapa cadangan kajian lanjutan

turut dikemukakan.

Page 8: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

vii

ABSTRACT

This research is carried out to study the understanding of the concepts of

respiration in the subject of Biology KBSM among Form IV science students. The aim

of this research is to determine the level of understanding towards the concepts of

respiration in the subject of Biology. This research also aims to determine the types of

misunderstanding that are always encountered by students in solving questions on

respiration. A sample of 197 Form IV students was selected from four Sekolah

Menengah Kebangsaan in the district of Sibu, Sarawak. Questionnaires were distributed

to these students. These questionnaires consist of 10 open-ended questions to determine

the concept of respiration. The data collected were analysed manually to obtain the

frequency, mean and percentage. The result of the study shows that the level of

understanding of Form IV students towards the concept of respiration was at the

moderate level. The mean score showed in the research is 2.32, which is categorized at

the level of partial understanding with some misunderstanding or misconception. Some

suggestions were given at the end of thesis to improve the level of understanding of

students towards the concept of respiration. Finally, some suggestions for further

research were also being proposed.

Page 9: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataaan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Istilah Kajian 8

1.9 Penutup 9

Page 10: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Definisi Konsep 12

2.3 Pembentukan Konsep Melalui Pembelajaran 17

2.4 Kesalahfahaman Konsep Dalam Sains 18

2.5 Cara-Cara Untuk Mengelakkan Kesalahfahaman 23

Konsep

2.6 Penutup 26

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Analisis Data 33

3.9 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA, KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Profil Pelajar 37

4.3 Analisis Data Yang Diperoleh 38

4.3.1 Analisis Soalan 1 (Istilah respirasi) 38

4.3.2 Analisis Soalan 2 (i) (Membezakan antara 40

Page 11: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

x

respirasi luar dan respirasi dalam)

4.3.3 Analisis Soalan 2 (ii) (Membezakan respirasi 43

aerob dan respirasi anaerob)

4.3.4 Analisis Soalan 3 (Menerangkan proses 46

respirasi anaerob dalam otot manusia)

4.3.5 Analisis Soalan 4 (Menerangkan proses 51

respirasi anaerob dalam yis)

4.3.6 Analisis Soalan 5 (a) (Menghuraikan 53

mekanisme pernafasan dalam manusia)

4.3.7 Analisis Soalan 5 (b) (Menghuraikan 55

mekanisme pernafasan dalam manusia)

4.3.8 Analisis Soalan 6 (Menerangkan proses 57

respirasi anaerob dalam otot)

4.3.9 Analisis Soalan 7 (Perkara-perkara yang 59

berlaku semasa proses pertukaran gas

merentas permukaan alveolus dan kapilari

darah di peparu)

4.3.10 Analisis Soalan 8 (Menyatakan bentuk gas 63

respirasi dalam plasma darah dan peperu)

4.3.11 Analisis Soalan 9 (Membezakan antara udara 66

sedutan dan udara hembusan)

4.3.12 Analisis Soalan 10 (Menghuraikan mekanisme 68

pernafasan dalam manusia)

4.4 Perbincangan 73

4.4.1 Istilah respirasi 73

4.4.2 Perbezaan antara respirasi luar dan respirasi 74

dalam, respirasi aerob dan respirasi anaerob,

udara sedutan dan udara hembusan

4.4.3 Proses respirasi anaerob dalam otot manusia 76

dan yis

4.4.4 Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 77

Page 12: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

xi

pertukaran gas dan bentuk gas respirasi

merentas permukaan alveolus dan kapilari

darah di peparu

4.4.5 Mekanisme pernafasan dalam manusia 78

4.5 Penutup 80

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 81

5.2 Rumusan 82

5.3 Kekangan Kajian 90

5.4 Cadangan 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.6 Penutup 92

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 98

Page 13: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Konsep respirasi yang diuji mengikut soalan 30

3.2 Bilangan soalan mengikut konsep respirasi 31

3.3 Skor markah untuk setiap tahap kefahaman 34

3.4 Skor min untuk setiap tahap kefahaman 35

4.1 Bilangan responden mengikut sekolah 37

4.2 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 39

bagi soalan 1

4.3 Analisis Soalan 1 (Istilah respirasi) 39

4.4 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 41

bagi soalan 2 (i)

4.5 Analisis soalan 2(i) (Membezakan antara respirasi luar dan respirasi 42

dalam)

4.6 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 44

bagi soalan 2 (ii)

4.7 Analisis soalan 2(ii) (Membezakan respirasi aerob dan respirasi 45

anaerob)

4.8 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 47

bagi soalan 3 (a)

4.9 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 48

bagi soalan 3 (b)

Page 14: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

xiii

4.10 Analisis soalan 3(a) (Menerangkan proses respirasi anaerob 49

dalam otot manusia)

4.11 Analisis soalan 3(b) (Menerangkan proses respirasi anaerob 49

dalam otot manusia)

4.12 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 51

bagi soalan 4

4.13 Analisis soalan 4 (Menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis) 52

4.14 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 53

bagi soalan 5 (a)

4.15 Analisis soalan 5(a) (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 54

manusia)

4.16 Analisis soalan 5(b) (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 55

manusia)

4.17 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 56

bagi soalan 5 (b)

4.18 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 58

bagi soalan 6

4.19 Analisis soalan 6 (Menerangkan proses respirasi anaerob dalam 58

otot manusia)

4.20 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 60

bagi soalan 7 (a)

4.21 Analisis soalan 7(a) (Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 60

pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di

peparu)

4.22 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 61

bagi soalan 7 (b)

4.23 Analisis soalan 7(b) (Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 62

pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di

peparu)

4.24 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 63

bagi soalan 8 (a)

Page 15: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

xiv

4.25 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 64

bagi soalan 8 (b)

4.26 Analisis soalan 8(a) (Menyatakan bentuk gas respirasi dalam 64

plasma darah dan peparu)

4.27 Analisis soalan 8(b) (Menyatakan bentuk gas respirasi dalam 65

plasma darah dan peparu)

4.28 Analisis soalan 9 (Membezakan antara udara sedutan dan udara 66

hembusan)

4.29 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 67

bagi soalan 9

4.30 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 69

bagi soalan 10

4.31 Analisis soalan 10 (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 70

manusia)

4.32 Tahap kefahaman untuk setiap item ujian 71

4.33 Skor min untuk kesemua soalan mengikut konsep respirasi yang diuji 72

Page 16: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set ujian penguasaan kajian 98

B Skema jawapan ujian penguasaan 103

C Perancangan rangka kerja untuk PSM I dan PSM II 108

D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan 112

penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

E Surat kebenaran daripada Bahagian Pengurusan 114

Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak

Page 17: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan bagi

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya

dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini

termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,

Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu,

yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke

hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi

masa depan. Di samping itu, masyarakat juga berkebolehan mengurus alam dan

sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita

perlu membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan yang

mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Page 18: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan,

persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang

berkaitan dengannya. Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang

dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar Tingkatan empat dan lima

sekolah menengah atas. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami bidang

Biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan aplikasinya dalam

kehidupan harian. Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Biologi dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan

harian. Justeru itu, pelajar yang mempunyai landasan biologi dapat mengamalkan

budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat dinamik,

progresif, prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi

penciptaan alam.

Kurikulum Biologi membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan tentang

konsep dan prinsip Biologi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan

fenomena alam dan pengalaman harian. Selain itu, pelajar dapat memahami

pengetahuan Biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dalam kehidupan

seharian. Oleh itu, rakyat Malaysia harus menyedari bahawa segala pengetahuan

yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk

memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan

kemampuan dan keupayaan akal bagi memperkembangkan negara kita ke arah

negara maju.

1.2 Latar Belakang Masalah

Apa itu Biologi? Persoalan ini sukar dijawab kerana perkataan Biologi

adalah subjektif kepada setiap ahli sains dan berbeza mengikut zaman (Vernon,

1995). Menurut (Raven, 1995) , Biologi ialah kajian mengenai benda hidup. Dalam

Page 19: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

mata pelajaran Biologi, terdapat banyak konsep sains yang abstrak dan pelajar

memerlukan aras kognitif yang tinggi bagi memahami konsep-konsep tersebut.

Objektif mempelajari Biologi adalah membolehkan pelajar memperoleh

pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan prinsip Biologi. Walau

bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang selalu mengalami kesalahfahaman

konsep yang disampaikan oleh guru atau melalui bahan-bahan bacaan. Ini akan

menjejaskan pencapaian pelajar dalam menduduki peperiksaan sekolah atau umum.

Selain itu, kesalahfahaman konsep juga menjadi penghalang kepada pelajar dalam

mempelajari topik-topik dalam Biologi.

Yip (1996) mengatakan bahawa kebanyakan pelajar mengalami masalah

salah konsep dalam topik respirasi, genetik dan pembahagian sel, sistem pembiakan,

nutrisi dan makanan, osmosis, enzim dan sistem peredaran darah. Kajian-kajian

lepas menunjukkan bahawa pelajar kerap mengalami kesalahfahaman konsep ketika

mempelajari tajuk Respirasi. Apa yang menarik ialah kesalahfahaman dalam tajuk

Respirasi didapati berlaku kepada semua pelajar di semua peringkat pengajian.

Malah pelajar peringkat universiti juga mengalaminya sebagaimana yang dikesan

oleh penyelidik di Hong Kong (Johnson, 1998).

Selain itu, Poh (1997) juga melaporkan bahawa kajian oleh Ferrer (1989) ke

atas murid-murid tahun empat di Pulau Pinang mendapati kanak-kanak juga

mempunyai kesalahfahaman bahawa respirasi dan pernafasan adalah sama. Antara

masalah konsep Respirasi yang dihadapi oleh pelajar ialah tentang istilah dan

aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh organ-organ tertentu semasa proses respirasi

berbanding dengan proses pernafasan dalam manusia. Johnson (1998) telah

menumpukan kajiannya ke atas kerangka alternatif pelajar tentang respirasi dengan

menggunakan istilah-istilah seperti pernafasan, respirasi, sistem respirasi, media

respirasi serta permukaan respirasi. Istilah-istilah ini digunakan oleh Johnson untuk

menerangkan kerangka alternatif tentang perbezaan antara respirasi dan pernafasan

yang dilihat dalam perkaitan antara organ-organ pernafasan dan respirasi berlaku

melalui satu sistem respirasi untuk mengoksidakan makanan demi menghasilkan

Page 20: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

tenaga dalam sel-sel badan. Manakala pernafasan pula ialah suatu pergerakan media

respirasi secara tetap dan beritma pada permukaan sistem respirasi.

Menurut Gwynn (1985), banyak pelajar keliru tentang sistem respirasi

dengan permukaan respirasi dan menyamakan pernafasan yang melibatkan juga

sistem-sistem tersebut. Kesalahfahaman konsep ini kerap berlaku kerana

pengalaman harian pelajar mempengaruhi pemikiran dan kefahaman mereka. Pelajar

menganggap bahawa respirasi dan pernafasan adalah sama iaitu kedua-dua proses ini

melibatkan pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida, tanpa

mengambil tahu lebih mendalam tentang aktiviti-aktiviti atau proses-proses yang

sebenarnya berlaku kepada sistem respirasi.

Menurut Tamby Subahan (1981), kesilapan konsep dalam mata pelajaran

sains dapat dielakkan dengan menggunakan “Central Concept” di mana tema konsep

akan berkembang berdasarkan idea pusat agar ia tidak menyerong daripada konsep

asal.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah kesalahfahaman konsep dalam tajuk Respirasi mungkin disebabkan

oleh pelajar tidak dapat memahami dan menghubungkaitkan konsep-konsep yang

terkandung dalam tajuk Respirasi. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai

kaedah dan strategi semasa proses pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar dapat

memahami konsep yang disampaikan. Harrison dan Treagust (1994) meminta guru-

guru Biologi menggunakan kaedah analogi semasa menjelaskan sesuatu konsep

supaya pelajar dapat memahaminya. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk

mengkaji dan membuktikan sejauh mana tahap kefahaman konsep respirasi di

kalangan pelajar Tingkatan IV yang mengambil mata pelajaran Biologi serta

Page 21: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman yang dilakukan oleh pelajar dan

menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tajuk Respirasi.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk :

1.4.1 Menentukan tahap kefahaman pelajar dalam menguasai tajuk Respirasi bagi

mata pelajaran Biologi.

1.4.2 Mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman konsep yang sering dilakukan

oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan tajuk

Respirasi.

1.5 Persoalan Kajian

Secara lebih spesifik, kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan bagi

persoalan-persoalan berikut :

1.5.1 Apakah tahap kefahaman konsep pelajar dalam tajuk Respirasi yang

berkaitan

dengan :

i. Istilah respirasi.

ii. Membezakan antara respirasi luar dan respirasi dalam.

iii. Membezakan respirasi aerob dan respirasi anaerob.

iv. Menerangkan proses respirasi anaerob dalam otot manusia.

Page 22: ii - fp.utm.my fileDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru

v. Menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis.

vi. Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam manusia.

vii. Perkara-perkara yang berlaku semasa proses pertukaran gas merentas

permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu.

viii. Menyatakan bentuk gas respirasi dalam plasma darah dan peparu.

ix. Membezakan antara udara sedutan dan udara hembusan.

1.5.2 Apakah jenis-jenis kesalahfahaman konsep yang sering dilakukan oleh

pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan tajuk respirasi?