ict dalam pembelajaran

3
JURNAL MINGGUAN OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIDKAN ISLAM TARIKH: ICT & TEKNOLOGI DALAM TEORI PEMBELAJARAN Penggunaan ICT atau teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amatlah perlu terutama pada masa sekarang. Penggunaan ICT dalam pengajaran juga akan mewujudkan impilakasi yang positif terhadap pelajar antaranya ialah dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dalam pembelajaran, meningkatkan tahap motivasi, membolehkan pelajar belajar berdikari, memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menetapkan seseorang grur untuk mengetahui dan menguasai keseluruhan bidang ICT. Malah cukup sekadar mengetahui sejauh manakah cara menggunakan dan menghasilkan bahan yang bermutu dan

Upload: ryudoyuki

Post on 19-Jun-2015

4.832 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ICT Dalam Pembelajaran

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIDKAN ISLAM

TARIKH:

ICT & TEKNOLOGI DALAM TEORI PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT atau teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amatlah perlu

terutama pada masa sekarang. Penggunaan ICT dalam pengajaran juga akan mewujudkan

impilakasi yang positif terhadap pelajar antaranya ialah dapat meningkatkan kefahaman dan

ingatan pelajar dalam pembelajaran, meningkatkan tahap motivasi, membolehkan pelajar belajar

berdikari, memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi

pelajar.

Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menetapkan seseorang grur

untuk mengetahui dan menguasai keseluruhan bidang ICT. Malah cukup sekadar mengetahui

sejauh manakah cara menggunakan dan menghasilkan bahan yang bermutu dan bersesuaian

dengan situasi pembelajaran dan tahap perkembangan pelajar. Untuk itu, guru perlulah

menguasai kemahiran pedagogi dalam pendidikan, di samping konten dan psikologi dan integrasi

teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan perancangan serta cara perlaksanaannya.

Page 2: ICT Dalam Pembelajaran

Bagi menghasilkan bahan dengan pengaplikasian ICT dalam pengajaran, guru perlu

mengetahui aspek rancangan pengajaran, rekabentuk pengajaran dan teori-teori pembelajaran.

Selain daripada itu, dalam proses untuk menghasilkan bahan pengajaran, guru juga perlu

memahami dengan jelas aspek penggunaan ICT dalam p&p iaitu antaranya PPBK, CAL , e-

learning , internet dalam P&P , intranet dan sebagainya.

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk tutorial, eksploratori atau

penerokaan, aplikasi dan juga komunikasi. Penggunaan ICT dalam teori pembelajaran seperti

teori pembelajaran tingkah laku, teori pembelajaran sosial kognitif dan juga pembelajaran

konstruktivisme. Sekiranya guru mengaplikasikan ICT dalam teori pembelajaran tersebut , secara

tidak langsung matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran akan terlaksana. Selain

daripada itu, ia turut meninggalkan implikasi yang positif terhadap pelajar samada dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Penggunaan internet dan mail umpamanya dapat memudahkan komunikasi antara pelajar

dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Komunikasi secara maya ini dalah merupakan salah satu

faktor sosial dalam teori pembelajaran sosial kognitif yang mana akan mempengaruhi jangkaan

pelajar terhadap pembelajaran.

Seterusnya dalam teori pembelajaran konstruktivisme, penggunaan ICT akan dapat

membina keyakinan dan pelajar yang mampu untuk belajar sendiri contohnya mencari maklumat

dengan melayari internet. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap metakognitif dan

melahirkan pelajar yang mahir.