transformasi ict dalam pengajaran

44
Isu semasa pendidikan Matematik • Pelaksanaan PBS. • Penggunaan kalkulator dikalangan pelajar. • Kelemahan pelajar menguasai konsep asas Matematik. • Transformasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran pendidikan Matematik.

Upload: contemporaryissuesinmaths

Post on 20-Jun-2015

1.644 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi ict dalam pengajaran

Isu semasa pendidikan Matematik

• Pelaksanaan PBS.• Penggunaan kalkulator dikalangan

pelajar.• Kelemahan pelajar menguasai konsep

asas Matematik.• Transformasi ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran pendidikan Matematik.

Page 2: Transformasi ict dalam pengajaran

TRANSFORMASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

(ICT) DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (PdP) MATEMATIK

Page 3: Transformasi ict dalam pengajaran

PENDIDIKAN• Proses dan aktiviti yang bertujuan

membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.

• Guru bertangggungjawab dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara.

Page 4: Transformasi ict dalam pengajaran

Pengenalan• Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik harus menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.

• Kaedah PdP papan hitam dan kapur komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain.

Page 5: Transformasi ict dalam pengajaran

MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK Membentuk individu yang berpemikiran

Matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan hasil perkembangan sains dan teknologi.

Page 6: Transformasi ict dalam pengajaran

3 Dasar Utama ICT Dalam Pendidikan

1. Literasi ICT untuk semua pelajar.2. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT

sebagai kurikulum dan alat PdP.3. Penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktiviti .

-Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)-

Page 7: Transformasi ict dalam pengajaran

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)

• Manfaat yang diperolehi daripada ICT dalam pembelajaran adalah seperti berikut:

1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid.2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan

pelbagai keupayaan.3. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid.4. Membolehkan pembelajaran kendiri.

Page 8: Transformasi ict dalam pengajaran

5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan.

7. Membolehkan pelajar belajar dengan lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.

8. Meningkatkan motivasi murid.9. Murid mencuba untuk melaksanakan eksperimen

yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara bahaya.

Page 9: Transformasi ict dalam pengajaran

Teori Pembelajaran

“ Penggunaan mel elektronik dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah, bukan sahaja dapat memberi semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam baru ini ”

- Christle (1996) -

* konstruktivisme - pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan konstruktif .

“ pembelajaran dan suasana baru seperti menggunakan internet di

sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lbih berfikiran secara kritikal”

- Nolan dan Martin (1994) -

Page 10: Transformasi ict dalam pengajaran

KRONOLOGI ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Page 11: Transformasi ict dalam pengajaran

INTERNET DALAM

PENDIDIKAN MATEMATIK

Jurnal dan majalah pendidikan matematik

Pendekatan pembelajaran

penyelesaian masalah

Forum Matematik

Soal jawab matematik

Rancangan Pengajaran

“Online exercises”

Kesenian matematik

Jurnal dan majalah pendidikan matematik

Perisian Matematik

Page 12: Transformasi ict dalam pengajaran

TERKINI….1BESTARINET• Frog VLE – Virtual Learning Education (Persekitaran Pembelajaran Maya) •Projek inisiatif KPM yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communicationbs,•10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi.•Frog VLE dapat membantu guru-guru mengaplikasikan pembelajaran maya dengan lebih berkesan. (nota, latihan dan nasihat boleh dicapai secara maya)

Page 13: Transformasi ict dalam pengajaran

KEPERLUAN TRANSFORMASI ICT

Page 14: Transformasi ict dalam pengajaran

Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020, teknologi maklumat (IT) telah dijadikan satu teras yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu terminologi IT yang popular pada hari ini ialah Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) atau TMK . ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.

Page 15: Transformasi ict dalam pengajaran

• Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial,dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

• Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku(Nesbit & Adesope 2006).

• Justeru, ICT telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Page 16: Transformasi ict dalam pengajaran

TRANSFORMASI ICT DALAM PdP MATEMATIK

Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan transformasi dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah:

• Pendidikan Matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih,

Page 17: Transformasi ict dalam pengajaran

• ciri bidang Matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru,

• perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif,

• pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka sendiri,

Page 18: Transformasi ict dalam pengajaran

• perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

• Di sekolah menengah rendah pula, murid-murid dapat membelajari perhubungan linear and idea kecerunan serta perubahan seragam dengan perwakilan komputer.

Page 19: Transformasi ict dalam pengajaran

• Di sekolah menengah atas pula, murid-murid dapat menggunakan simulasi untuk mengkaji taburan sampel dan bekerja dengan sistem algebra komputer yang dapat menjalankan kebanyakan manipulasi simbolik dengan cekap.

• Oleh itu, pembelajaran algebra tidak lagi perlu dihadkan kepada situasi ringkas di mana manipulasi simbolik adalah mudah secara relatif.

Page 20: Transformasi ict dalam pengajaran

• ICT juga telah mengaburkan sempadan-sempadan yang memisahkan topik-topik di dalam algebra, geometri dan analisis data.

• ICT dapat menolong guru menghubungkaitkan perkembangan kemahiran dan prosedur kepada pemahaman matematikal yang lebih umum.

• Oleh kerana itu, setengah kemahiran yang pada satu masa dahulu dianggap penting telah dijadikan kurang mustahak peranannya oleh ICT.

Page 21: Transformasi ict dalam pengajaran

• Murid-murid kini dapat dirangsangkan untuk bekerja pada peringkat matematikal yang lebih tinggi dan abstrak. Belajar dengan menggunakan manipulasi virtual ataupun dengan “Logo” dapat menggalakkan kanak-kanak muda memperluaskan pengalaman fizikal mereka..

• Perisian geometri dinamik dapat menggalakkan kajian ke atas keluarga objek geometrik, dengan fokus yang eksplisit terhadap transformasi geometrik. Sama juga, utiliti melukis graf dapat mempermudahkan kajian dan penerokaan ciri-ciri berbagai kelas fungsi.

Page 22: Transformasi ict dalam pengajaran

PENGGUNAAN ICT DALAM PdP MATEMATIK

1.Internet2.Pengajaran Berbantuan komputer (PBK)

merupakan penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Page 23: Transformasi ict dalam pengajaran

• Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman, 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain. Antara keistimewaan komputer adalah seperti berikut:

a)Hubungan Interaktif• Komputer boleh mewujudkan hubungan antara

rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat mewujudkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Page 24: Transformasi ict dalam pengajaran

b)Pengulangan• Komputer membolehkan pengguna mengulangi

pelajaran apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan, kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar amat diperlukan (Clements, 1994)

c) Maklum Balas dan Peneguhan• Media komputer membolehkan pelajar

memperoleh maklum balas terhadap pelajaran secara serta – merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar member jawapan.

Page 25: Transformasi ict dalam pengajaran

3. Penggunaan Kalkulator• Kalkulator berupaya mengira nombor perpuluhan,

pecahan dan nombor-nombor yang kompleks.• Kalkulator mempunyai kemudahan manipulasi simbolik

dalam menyelesaikan masalah -masalah yang berkaitan dengan algebra seperti pengembangan, pemfaktoran, kebarangkalian , integrasi dan matriks.

• Kalkulator mempunyai kemudahan untuk mempamerkan asas data dan asas formula bagi mempercepatkan proses dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan graf fungsi dan carta.

Page 26: Transformasi ict dalam pengajaran

4. Perisian Geometer's Sketchpad (GSP)• Perisian Geometer's Sketchpad digunakan untuk

mengajar topik geometri dapat membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman konsep geometri iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan , membuat analisis dan membuat deduksi secara informal.

• GSP digunakan sebagai alat tunjukacara di mana pelajar boleh melihat sendiri cara dan bagaimana sesuatu bentuk geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.

Page 27: Transformasi ict dalam pengajaran

5.Penggunaan Spreadsheet• Spreadsheet digunakan untuk melakukan

pengiraan yang kompleks, penjadualan, memplot dan meneroka fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik, menyelesaikan masalah melalui modeling, meneroka penjelmaan geometri.

• Ianya juga dapat membantu pelajar memahami secara mendalam tentang kebarangkalian, memplotkan rajah dan menyiasat perubahan yang berlaku apabila koordinat-koordinat titik pada rajah berubah.

Page 28: Transformasi ict dalam pengajaran

Masalah-Masalah / Kekangan Yang

Timbul/Wujud Dari Penggunaan Komputer Di

Dalam Pendidikan

Page 29: Transformasi ict dalam pengajaran

Latihan Ulangan• Terdapat banyak perisian aplikasi di pasaran.

Terdapat juga berbagai-bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan.

• Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer itu sendiri.

• Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna pengganti.

Page 30: Transformasi ict dalam pengajaran

Kos Yang Tinggi• Kos mendapatkan peralatan dan perisian

komputer masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan menurun.

• Kerja-kerja penyelidikan selalunya memakan masa yang panjang. Kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan dan terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan.

• Bidang teknologi maklumat dalam pendidikan masih baru dan tinggi permintaannya, maka institusi-institusi pengajian bertindak menaikkan yuran untuk mengikuti kursus-kursus tersebut.

• Pelajar-pelajar pelu memiliki komputer sendiri untuk mengelakkan persaingan di makmal-makmal komputer institusi pengajian.

Page 31: Transformasi ict dalam pengajaran

Laporan/Maklumat Tidak Tepat

• Staf yang ditugaskan mengendalikan perisian atau memasukkan data boleh mengakibatkan laporan yang diproses atau dianalisis oleh perisian tidak tepat

• Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut.

• Kemunculan virus-virus komputer boleh juga mengakibatkan kesilapan dalam analisis data.

Page 32: Transformasi ict dalam pengajaran

Pergantungan Tinggi Kepada Komputer

• Staf yang biasa atau selalu menggunakan komputer untuk membantu kerja-kerjanya mungkin boleh menyebabkan kerja-kerja tertangguh sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik.

• Pembelajaran di dalam kelas juga boleh terganggu sekiranya guru hanya bergantung kepada komputer untuk melaksanakan pengajaran.

Page 33: Transformasi ict dalam pengajaran

Kurang Kepakaran• Kerja-kerja penyelidikan menggunakan

komputer memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyelidikan tersebut tetapi juga mahir dalam bidang komputer terutamanya sewaktu proses pembangunan sistem penyelidikan.

• Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga diperlukan untuk melaksanakan pengajaran berbantukan komputer atau literasi komputer.

Page 34: Transformasi ict dalam pengajaran

Sosialisasi• Kerja-kerja penyelidikan berkomputer juga

boleh menyebabkan staf penyelidikan terlalu taksub terhadap komputer atau tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan masyarakat luar

• Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid berkurang sekiranya guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing.

Page 35: Transformasi ict dalam pengajaran

"Computer Phobia"• Disebalik perkembangan pesat dalam

pengkomputeran, wujud juga segolongan manusia yang tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat.

• Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer.

Page 36: Transformasi ict dalam pengajaran

Internet• Internet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap

pengguna Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis kandungan-kandungan yang baik dan elok sahaja untuk pelajar-pelajar.

Page 37: Transformasi ict dalam pengajaran

CARA MENGATASI DAN KESIMPULAN

Page 38: Transformasi ict dalam pengajaran

PENDEKATAN• Isu dan cabaran dalam pendidikan matematik

yang semakin kompleks memperlihatkan betapa pentingnya untuk semua pihak memahami ekpektasi semasa dalam sistem pendidikan Negara.

• Kita mahu menyediakan generasi yang mempunyai kemampuan untuk mengorak langkah dalam arus pemodenan Negara.

• Matlamat ini dapat dicapai sekiranya semua pihak mengambil pendekatan yang realistik dan pragmatis dalam menyelesaikan masalah – masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik

Page 39: Transformasi ict dalam pengajaran

PENDEKATAN• Guru perlu bijak memilih teknologi yang sesuai.

pemilihan bergantung kepada topik yang diajar, latar belakang dan kesediaan pelajar serta infrastuktur sekolah.

• Guru perlu mengintegrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi perlu melibatkan pelajar belajar secara bermakna.

• Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan berlaku secara berkesan dalam kelas yang berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai fasilitator.

• Guru perlu utamakan pedagogi bukan teknologi.

Page 40: Transformasi ict dalam pengajaran

BAHASA• Mengenai pemilihan bahasa yang tepat dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu pertimbangkan hujah – hujah seperti penguasaan Bahasa Inggeris tidak boleh ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik melalui Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris hanya akan ditingkatkan dengan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

Page 41: Transformasi ict dalam pengajaran

KEMUDAHAN DI SEKOLAH

• Sesetengah sekolah masih lagi tiada akses kepada internet dan juga kemudahan seperti lcd,laptop dan juga kelas yang tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi.

• Pihak berwajib perlu menyediakan kemudahan terlebih lengkap terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu transformasi dalam pendidikan.

Page 42: Transformasi ict dalam pengajaran

KURSUS• Selain itu, guru-guru perlu diberi latihan serta

kursus yang bersesuaian dengan kehendak teknologi masa kini.

• Jika dilihat rata-rata guru masih lagi tidak dapat menguasai internet dan tidak dapat diaplikasikan di dalam kelas.

• Latihan yang perlu diberi adalah seperti membina soalan, analisis item, perisian-perisian matapelajaran, sosial networking dan juga laman-laman web yang bersesuaian.

Page 43: Transformasi ict dalam pengajaran

PELAJAR• Sebaiknya, jika ingin melihat para pelajar celik

IT terutamanya di kawasan pendalaman, subjek ICT perlu diwajibkan kepada pelajar menengah rendah dan juga menengah atas. Ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap penggunaan teknologi yang sentiasa berubah mengikut arus semasa.

Page 44: Transformasi ict dalam pengajaran

PENUTUP• Kewujudan teknologi dalam pendidikan

matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.