ict dan kelestarian penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah

21
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 55 ICT DAN KELESTARIAN PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI DI SEKOLAH Joseph Anjuman & Wan Rozali Bin Wan Hussin ([email protected]) BAHAGIAN GEOGRAFI Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ABSTRAK ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan. Ini disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi. Antara penggunaan pendekatan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran geografi terdiri daripada pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya setakat di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga kini pelajar tidak digalakkan menghafal fakta geografi tetapi amat digalakkan untuk meningkatkan tahap kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan. Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan geografi masa kini, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran pembelajaran geografi di sekolah. Untuk ini guru dan pengamal geografi perlu memainkan peranan masing-masing dalam melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan termasuk pedagogi dan kemahiran memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran geografi di sekolah. Kata kunci: ICT, pengajaran dan pembelajaran, kelestarian, sekolah.

Upload: se-ri

Post on 23-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ICT DAN KELESTARIAN PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN GEOGRAFI DI SEKOLAH

TRANSCRIPT

  • Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

    55

    ICT DAN KELESTARIAN PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI DI SEKOLAH

    Joseph Anjuman &

    Wan Rozali Bin Wan Hussin ([email protected])

    BAHAGIAN GEOGRAFI

    Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

    Pulau Pinang

    ABSTRAK ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan. Ini disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi. Antara penggunaan pendekatan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran geografi terdiri daripada pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya setakat di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga kini pelajar tidak digalakkan menghafal fakta geografi tetapi amat digalakkan untuk meningkatkan tahap kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan. Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan geografi masa kini, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran pembelajaran geografi di sekolah. Untuk ini guru dan pengamal geografi perlu memainkan peranan masing-masing dalam melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan termasuk pedagogi dan kemahiran memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran geografi di sekolah. Kata kunci: ICT, pengajaran dan pembelajaran, kelestarian, sekolah.

  • 56

    PENDAHULUAN Dalam perkembangan semasa melalui perubahan peralatan teknologi terkini, sebahagian

    besar masyarakat tidak dapat lari daripada penggunaan kecanggihan dan kecekapan

    teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Fenomena ini berlaku disebabkan penduduk

    di atas muka bumi ini mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan bermula dari era

    pertanian hingga ke era perindustrian dan seterusnya memasuki era ICT. Anjakan

    paradigma ini menyebabkan keperluan terhadap perubahan sistem pendidikan negara

    tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat masyarakat bermaklumat sejajar dengan

    arus pembangunan semasa. Dengan ini sudah tiba masanya kemahiran penggunaan ICT

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk Geografi perlu diberi penekanan

    dan keutamaan. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan kurikulum Geografi terkini yang

    memerlukan kemahiran pengaplikasian dan pemikiran yang tinggi, ia amat memerlukan

    kelestarian penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi yang

    melibatkan pemikiran secara kritis dan kreatif melalui gabungan pembelajaran

    konstruktivisme, kontektual dan kajian kerja lapangan.

    KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI DAN ICT Terdapat beberapa istilah dan konsep penting yang mempunyai hubungan yang rapat

    dengan pengertian ICT (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) yang diberikan tumpuan

    di dalam perbincangan ini. Antara yang menjadi fokus utama termasuk istilah dan konsep

    teknologi dan teknologi pendidikan. Mengikut 'Technology-Report of the project 2061,

    Phase I Technology Panel". American Association for Advancement of Science (1989)

    mengatakan bahawa "Technology is the application of knowledge, tool and skills to solve

    practical problems and extend human capabilities". Ternyata pendapat ini adalah selari

    dengan kehendak semasa yang menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan alat

    yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang ada bagi

    menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping dapat memberikan kemudahan dan

    keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis peralatan untuk memenuhi keperluan

    pengguna. Daripada kepentingan peranan teknologi yang amat luas ini bukan sahaja

    mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga dapat

  • 57

    melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta keberkesanan

    sesuatu tugasan termasuk proses pengajaran dan pembelajaran geografi.

    Sehubungan ini terdapat satu lagi istilah penting yang mempunyai kaitan dengan ICT

    iaitu teknologi pendidikan. Teknologi Pendidikan merupakan bidang pangajian yang

    melibatkan perkembangan, penggunaan peralatan teknologi pendidikan, penilaian sistem,

    teknik dan bantuan teknikal dalam proses pembelajaran manusia. Teknologi Pendidikan

    juga secara khususnya merupakan aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan

    untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Untuk

    mencapai tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sistem

    teknologi pendidikan biasanya melibatkan lima komponen utama yang dikenali dengan

    `Lima M (5M). Antaranya termasuk:-

    1. Machine (mesin ) 2. Materials (bahan-bahan ) 3. Media (media ) 4. Men (orang ) 5. Method ( kaedah )

    Kelima-lima komponen utama di atas adalah saling berkaitan dan saling bantu membantu

    di antara satu sama lain bagi memenuhi objektif di sepanjang proses pengajaran dan

    pembelajaran. Machine (Mesin) merupakan peralatan teknologi pendidikan yang

    membantu dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengguna. Materials

    (bahan-bahan) pula merupakan maklumat dan sumber ilmu yang ingin disampaikan oleh

    pengajar melalui mesin yakni peralatan teknologi pendidikan. Media pula berperanan

    sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Begitu juga men

    (orang) yakni manusia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar yang

    melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya method (kaedah)

    merupakan cara pengajaran yang digunakan oleh pengajar untuk menyampaikan

    maklumat dan pengajaran kepada pelajar melalui interaksi perubahan konsep dan teknik-

    teknik pengajaran yang bersesuaian.

  • 58

    Definisi dan Konsep ICT Daripada kedua-dua konsep utama di atas dapat disesuaikan dengan pengertian ICT

    (Information and Comunication Technology) terjemahan Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi yang merupakan suatu sistem komunikasi dan perolehan data dan maklumat

    melalui peralatan teknologi secara interaktif daripada skala yang sekecil-kecilnya kepada

    skala yang sebesar-besarnya di peringkat global. Secara ringkasnya pemahaman maksud

    ICT dapat ditunjukkan di dalam Rajah 1 di bawah.

    TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI Rajah 1: Pertalian Konsep ICT

    Pada keseluruhannya, ICT dapat dirumuskan sebagai suatu sistem yang kompleks dan

    menyeluruh dengan melibatkan pelbagai rangkaian di peringkat global dan mengalami

    proses perkembangan yang dinamik selaras dengan penciptaan teknologi terkini.

    Kepantasan dan penjimatan waktu dapat dibezakan berdasarkan penciptaan teknologi

    sezaman yang dipertingkatkan kemajuan teknologinya dari semasa ke semasa.

    Proses perkembangan ICT ternyata telah sekian lama mendapat perhatian sejak tahun

    1950-an lagi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehinggalah dapat digunakan di

    dalam dunia pendidikan seperti yang dapat kita nikmati pada hari ini. Proses

    pembangunan ICT ini secara ringkasnya dapat digariskan sebagaimana berikut.

    Era Sebelum Mikrokomputer

    Penggunaan peralatan teknologi melalui pelbagai sistem terpilih bersesuaian dengan matlamat dan keperluan pengguna

    d hk i b i

    Perolehan maklumat dan data

    Proses penghantaran dan penerimaan data dan maklumat

  • 59

    1950 - Penggunaan pertama pengajaran berkomputer "Computerized Flight Simulator" digunakan untuk melatih juruterbang di MIT. 1959 - Kali pertama komputer digunakan di sekolah IBM 650 1966 - IBM menawarkan system 1500 "Dedicated Instructional Mainframe" 1967- Computer Curriculum Corporation menawarkan sistem pengajaran berdasarkan mini komputer pertama (DECPDP/!) Mitre Corporation menawarkan sistem TICCIT. 1970- Control Data Corporation (CDC) menawarkan PLATO Instructional Delivery System Era Mikrokomputer 1977 - Pertama kali mikrokomputer memasuki ke dalam sistem persekolahan 1980 - Seymour Papert menulis 'Mindstorms'. Bermulanya perkembangan Logo. 1980-an - Minnesota Educational Computing Consortium (MECC) menawarkan perisian mikro komputer; penerbitan bahan-bahan pendidikan dan memulakan pembangunan dan pemasaran perisian kursus. Perkembangan perisian kursus diutamakan melalui MicroSIFT, EPIE dan lain-lain. 1990-an - Penggunaan Integrated Learning System (ILS) dan sistem rangkaian lain yang turut meningkatkan penggunaan multimedia. Era Internet 1994 - Penggunaan internet mula berkembang luas. Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer mula dipertingkatkan. 1995 - Jaringan Pendidikan diadakan 1999 - Kurikulum Teknologi Maklumat diberi penekanan 2000 - Sistem 'Virtual Reality' dan persekitaran 'virtual' lain diberi penekanan. Pelbagai sistem ciptaan baru dibangunkan seterusnya sehingga ke saat ini.

    Kini penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semakin

    diperhebatkan. Guru-guru didedahkan dengan pelbagai kursus, manakala sekolah pula

  • 60

    disediakan pelbagai kelengkapan e-pembelajaran di samping peningkatan prasarana

    kemudahan rangkaian untuk mencapai matlamat prestasi pembelajaran seperti yang telah

    ditetapkan.

    POTENSI KELESTARIAN PENGGUNAAN ICT TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

    ICT adalah lebih daripada alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol di

    dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.

    Potensinya juga adalah menonjol di dalam membantu guru menjalankan tugas seharian

    sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah termasuk hal-hal berkaitan

    pengurusan, latihan berterusan dan pembangunan sahsiah Di samping itu, ICT juga

    berpotensi untuk mengembangkan keupayaan dan kreativiti pelajar semasa melalui

    proses pembelajaran mereka. Malahan ICT secara keseluruhannya memberi fokus

    terhadap kreativiti dan kognitif pelajar dalam memupuk keupayaan dan kebolehan

    perolehan maklumat, handling, pengawalan dan pengukuran.

    Dengan ini untuk kelestarian penggunaan ICT, ia perlu dilakukan secara berfikrah,

    terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan

    proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ternyata terdapat banyak

    perbezaan dalam perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional

    seperti yang digambarkan di dalam Jadual 1 berikut.

    Jadual 1: Perbezaan Persekitaran Pembelajaran Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Baru ICT) Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Stimulasi satu deriaan Stimulasi multideriaan Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala Satu media Multimedia Tugasan secara berasingan Tugasan secara kolaboratif Penyampaian maklumat Perkongsian maklumat Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penjelasan / pertanyaan Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran kritis dan pembikinan keputusan Tindakan reaktif Tindakan proaktif

  • 61

    Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For Technology Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco. Daripada Jadual 1 di atas, didapati penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran banyak membawa manfaat berbanding dengan cara pembelajaran

    tradisional yang dapat dirumuskan seperti berikut.

    a. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran

    b. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar daripada

    pelbagai latar belakang dan keupayaan

    c. Meningkatkan motivasi pelajar

    d. Membolehkan pembelajaran secara bersendirian (individualise learning )

    e. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar didapati

    f. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama

    atau terlalu mahal

    g. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar

    h. Membolehkan pelajar mencuba atau melakukan eksperimen yang sukar, terlalu

    mahal atau bahaya untuk dilakukan secara biasa

    i. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar

    j. Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan

    dengan bimbingan yang minimum

    k. Meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan

    Kemanfaatan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan

    di atas dapat memainkan peranan yang penting dalam mengubah cara penerimaan

    pengguna khususnya pelajar dan guru terhadap peralihan paradigma daripada

    perkaedahan secara tradisional kepada penggunaan ICT sepenuhnya.

    INTEGRASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI DI SEKOLAH

  • 62

    Dalam konteks penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran geografi di

    sekolah secara khususnya tidak mempunyai satu kaedah atau cara yang terbaik dan

    mesti digunakan. Ini disebabkan kepelbagaian perkaedahan pengajaran adalah lebih baik

    daripada hanya tertumpu kepada satu-satu kaedah pengajaran semata-mata. Dalam

    hubungan ini pendekatan terbaik ialah cara pemilihan bahan-bahan dan perisian ICT

    yang sesuai dengan keperluan pelajar dengan mengharapkan perolehan hasil dalam

    jangka masa yang munasabah.

    Integrasi penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran geografi mengikut

    konteks perbincangan ini secara umumnya melibatkan dua aspek utama iaitu pertamanya

    aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan keduanya aspek pembelajaran (pelajar

    mengguna ICT).

    Di dalam aspek pembelajaran, penggunaan ICT dapat dikategorikan kepada:

    a. ICT untuk pembelajaran tutorial

    b. ICT untuk pembelajaran penerokaan (exploratory)

    c. ICT sebagai alat aplikasi

    d. ICT sebagai pemudah komunikasi

    Manakala di dalam aspek pengajaran pula, ICT digunakan sebagai

    a. Alat persembahan

    b. Alat demonstrasi

    c. Jaringan pendidikan

    ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

    Peralatan ICT yang biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan

    perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras atau laman

  • 63

    Web. Kandungan pembelajarannya terlebih dahulu disusun berdasarkan urutan yang telah

    ditetapkan. Antara isi kandungan pembelajaran tutorial yang sering digunakan meliputi:

    1. Pembelajaran ekspositari (http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/tool-

    glossary.htm) iaitu suasana pembelajaran yang melibatkan guru hanya

    menyampaikan maklumat semata-mata kepada pelajar. Pelajar hanya bertindak

    secara pasif.

    2. Demostrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan. Ini amat

    bersesuaian dengan Geografi yang menghendaki kesinambungan bagi

    menunjukkan proses kejadian sesuatu fenomena yang sukar diimaginasikan oleh

    pelajar

    3. Latihan dan latih tubi yang dipersembahkan dan dikawal oleh sistem. Latihan

    seumpama ini telahpun dilaksanakan di dalam pembelajaran Geografi Tingkatan

    Satu yang menggunakan program excel untuk merekodkan data dan maklumat

    serta seterusnya mempersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.

    Dalam pembelajaran tutorial, program Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan

    untuk menggambarkan penggunaan komputer di dalam sesuatu pengajaran dan

    pembelajaran. Ini diikuti dengan penggunaan sistem Intelligent Computer Assisted

    Instruction atau Intelligent Tutoring System. Perubahan ini seiring dengan perkembangan

    semasa yang berlaku dalam ciptaan reka bentuk baru yang mewujudkan perisian

    pendidikan yang berupaya menyesuaikan maklumat yang ingin disampaikan dengan

    kemampuan dan keperluan pelajar.

    Apa yang dapat dilihat pada hari ini kebanyakan perisian ICT adalah bercirikan

    multimedia. Secara umumnya, setiap perisian pendidikan yang direkacipta mempunyai

    komponen-komponennya yang tersendiri yang antaranya termasuk seperti berikut:

    ( http://www.uwf.edu/coe/tutorial/technolo/coursewa/crsware.htm ) :

    a. Mempersembahkan maklumat

  • 64

    b. Membimbing

    c. Menyediakan/memberi latihan

    d. Menilai pencapaian

    Kebanyakan perisian pembelajaran tutorial yang terdapat pada hari ini lebih tertumpu

    kepada penggunaan model tradisional pengajaran dan pembelajaran. Antaranya model

    transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat manakala pelajar pula

    sebagai penerima. Perisian pendidikan seumpama ini lebih mudah diubahsuai dan

    diadaptasi oleh guru ( Clack & Sun,1996).

    Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara kelebihannya, ia

    amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar yang ramai

    dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang lemah

    mengikuti pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran Geografi, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar

    melaksanakan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan, manakala sebahagian yang lain

    pula boleh meneruskan menggunakan komputer. Keadaan ini dapat mempertingkatkan

    keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian

    pendidikan yang berbeza mengikut tahap kemampuan pelajar. Contoh yang baik dalam

    penggunaan pembelajaran tutorial ialah cakera padat yang dikeluarkan oleh "Times

    Education Series: GCSE Geography". Ia mengandungi sukatan pelajaran yang bermula

    daripada tajuk skala dan kemudian diikuti arah kompas serta seterusnya simbol peta, grid

    panduan garisan kontur, foto kawasan dan tajuk-tajuk lain yang sehubungan dengannya.

    Dalam masa yang sama bagi pembelajaran dalam kalangan pelajar yang lebih cekap

    diberikan aktiviti pengayaan dengan memberi peluang melayari laman web yang lebih

    mencabar minda pelajar Pelajar-pelajar digalakkan menjawab soalan-soalan atau gerak

    kerja yang terdapat di dalam laman web seperti http://members tripod.com/zupie/

    geografi/html. bagi meningkatkan kecekapan pembelajaran mereka.

    PEMBELAJARAN PENEROKAAN (EXPLORATORY)

  • 65

    Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai

    medium untuk :

    1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat

    dan seumpamanya.

    2. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi

    3. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh

    pelajar.

    Dengan kata lain, pembelajaran penerokaan membolehkan pelajar mengawal dan

    menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Pendekatan ini adalah berbeza

    dengan pembelajaran tutorial yang hanya melibatkan pelajar sebagai penerima bahan

    pembelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

    Penggunaan pendekatan penerokaan adalah serasi dan setara dengan pendekatan

    konstrutivisme (http://www.gwu.edu/~tip) dengan melibatkan cara pembelajaran yang

    memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis dan kreatif, menyediakan

    panduan dalam penyelesaian masalah, berkongsi pengalaman pembelajaran yang autentik

    dan pemupukan pengetahuan yang luas melalui interaksi sosial.

    Sebagai contoh yang baik dalam kalangan pelajar kelas Geografi boleh merujuk kepada

    maklumat dan bahan daripada World Facts Book di laman web Central Intelligence

    Agency (http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/index.html) atau boleh merujuk

    kepada ensiklopedia dalam talian seperti Encarta (http://www.encarta.msn.com).

    Dalam penggunaan ICT, memang tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah

    kelambatan capaian. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh meminta bantuan guru pakar

    dan mahir komputer dalam membuat penduan (mirror) kandungan laman ke dalam cakera

  • 66

    keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack

    (http://www.httrack.com).

    Selain mengakses maklumat dan bahan-bahan pembelajaran daripada internet, guru boleh

    menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia,

    pangkalan data dan maklumat lain yang dapat diperoleh di pasaran dan jabatan atau

    agensi tertentu. Misalnya maklumat pembentangan dalam bentuk MS power point

    seperti ekosistem hutan bakau, terumbu karang, laut ke lautan dan pencemaran marin

    boleh dilayari dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang yang dilengkapi dangan gambar dan

    grafik yang amat menarik dan berfaedah kepada pengguna.

    Memang nyata ICT amat sesuai digunakan untuk kaedah pembelajaran penerokaan dalam

    pengajaran dan pembelajaran Geografi. Dalam pembelajaran berbentuk inkuiri

    penemuan dan pembelajaran berbentuk penyelesaian masalah terhadap kehidupan

    sebenar, penggunaan cakera padat (CD) "The Times Education Series-A Level Geography

    " adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Antara maklumat dan bahan-bahan

    pembelajarannya mengandungi sistem atmosfera, proses pergerakan plat tektonik,

    kejadian proses sungai, populasi manusia, ekosistem, persekitaran fizikal, petempatan

    dan aktiviti industri serta penggunaan tanah dan petempatan manusia yang amat sesuai

    dan berguna kepada pelajar.

    Dengan ini, kaedah pembelajaran penerokaan melalui penggunaan ICT dapat memberi

    peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kamajuan pembelajaran masing-

    masing. Melalui kaedah ini para pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara

    lebih aktif di dalam pembelajaran masing-masing dan secara langsungnya dapat

    menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui

    lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan daripada ini pihak guru boleh menerapkan

    pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran moden seperti kostruktivisme, pembelajaran

    masteri, multiple intelligence dan lain-lain yang sesuai dengan keadaan penerimaan

    pelajar.

  • 67

    Pada keseluruhannya, pendekaran ini dapat mematangkan minda pelajar dalam

    membuat perbezaan, pemilihan dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan

    kemahiran geografi untuk menganalisis, memahami dan menerangkan proses

    kepentingan geografi dalam kehidupan seharian mereka.

    ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT merupakan alat aplikasi yang dapat

    membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran selain dijadikan sebagai

    mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian

    hamparan elektronik untuk memplot graf, editor grafik, Computer Aided Design (CAD)

    dan lain-lain merupakan alat aplikasi yang dapat digunakan untuk membantu pelajar

    melaksanakan aktiviti pembelajaran.

    Penggunaan ICT dalam konteks aplikasi dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Geografi di sekolah. Para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang

    diberikan melalui proses penyuntingan terus daripada sumber asal dengan melakukan

    pengolahan kendiri umpamanya membuat perbezaan skala, mentafsir dan membuat

    pembacaan peta atau melakukan perbincangan terhadap satu-satu tajuk yang ditentukan

    seperti proses pemendapan sungai , sistem hutan bakau dan lain-lain yang berkaitan.

    Secara langsungnya para pelajar dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian

    dalam konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning)

    melalui pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Kolaboratif setakat ini telah

    menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar berbandingkan

    pembelajaran individu atau pembelajaran bersaing (Johnson dan rakan-rakan, 1981)

    Terdapat enam langkah utama dalam pengajaran kemahiran kolaboratif iaitu:

    1. Pelajar harus tahu keperluan kemahiran

    2. Pelajar tahu kemahiran yang dipelajari

    3. Pelajar perlukan latihan

  • 68

    4. Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan

    5. Interaksi kumpulan

    6. Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran.

    Semasa proses pengajaran, guru menerangkan kemahiran kolaboratif dan menunjukkan

    demonstrasi bagaimana dilakukan, manakala proses pembelajaran kolaboratif berjalan,

    proses menyiasat, pencarian dan aplikasi berpusat kepada pelajar bukan kepada

    penyampaian bahan oleh guru (Smith dan Mc Gregor,1992).

    Justeru itu, dengan bantuan aplikasi ICT, pelajar akan dapat memberikan tumpuan

    melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam suatu kajian Geografi

    yang dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Dalam hal

    ini kemungkinan banyak graf perlu diplotkan supaya perkaitan antara dua pembolehubah

    ini dapat dilihat. Justeru itu, kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar. Tetapi

    dalam keadaan sebegini sepatutnya tumpuan diberikan kepada cara melihat perkaitan di

    antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf ini kemungkinan terpesong daripada

    perkara yang lebih penting. Oleh itu, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan

    untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan.

    Selain itu, pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan data yang banyak untuk melihat

    sesuatu trend daripada data dan maklumat yang dikumpul itu. Dengan itu, penggunaan

    ICT merupakan alat yang ideal untuk digunakan dalam tugas yang tidak autentik (aitu

    mengkelas dan menyisih data yang banyak), manakala pelajar juga boleh menumpukan

    sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan tentang

    trend yang ada di dalam data terbabit).

    Kesimpulannya, kelebihan penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti

    pembelajaran autentik melalui pengajaran guru yang boleh mengemukakan masalah yang

    lebih mencabar minda pelajar. Proses ini akan melahirkan pelajar yang dapat

    meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran yang dirancang.

  • 69

    ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI Apakah maksud ICT sebagai alat komunikasi? ICT yang digunakan itu membolehkan

    guru dan pelajar dari pelbagai lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima dan

    berkongsi pelbagai maklumat dan seterusnya menyampaikan kembali maklumat yang

    diperoleh itu kepada orang lain. Pelbagai mod dapat dilakukan dalam ICT komunikasi

    seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi secara integrasi daripada pelbagai mod.

    Secara amnya terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

    melalui ICT komunikasi iaitu :

    1. Teknik seorang secara sendirian

    2. Teknik seorang dengan seorang yang lain

    3. Teknik seorang kepada ramai orang

    4. Teknik ramai orang kepada ramai orang yang lain

    Salah satu model pembelajaran terkini yang cenderung menggunakan ICT sebagai alat

    komunikasi ialah Pembelajaran Kooperatif. Menurut Johnson, Johnson & Holubee

    (1990), pembelajaran ini melibatkan lima prinsip asas iaitu :

    1. SALING PERGANTUNGAN SECARA POSITIF

    Dalam prinsip ini semua ahli kumpulan saling bergantungan di antara satu sama

    lain untuk mencapai matlamat yang sama. Ganjaran untuk kumpulan dipengaruhi

    oleh ganjaran yang diperoleh oleh ahli kumpulan. Ganjaran merupakan cara

    terbaik untuk menggalakkan pergantungan positif ( Slavin, 1990). Ahli kumpulan

    saling bergantungan dalam memainkan peranan masing-masing untuk

    menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan seperti perakaman, penulisan,

    pembentangan, pencarian sumber dan bahan serta penilaian yang dilakukan secara

    bergilir-gilir. Aktiviti saling bergantungan dalam perolehan sumber juga berlaku

  • 70

    untuk perkongsian pengetahuan, maklumat, bahan, sumber dan peralatan bagi

    melengkapkan sesuatu tugasan.

    2. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

    Kemahiran seumpama ini adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam prinsip

    pertama di atas. Rujuk juga di bahagian ICT sebagai alat aplikasi.

    3. INTERAKSI SESAMA AHLI KUMPULAN

    Pembelajaran berlaku dengan perkongsian idea, kepercayaan dan penulisan

    melalui interaksi sesama ahli kumpulan. Proses pembelajaran ini membantu

    pelajar menyelesaikan sebarang masalah, membantu mereka menilai keupayaan

    kumpulan dan seterusnya berusaha untuk memantapkan keupayaan kumpulan.

    4. KEBERTANGGUNGJAWABAN /AKAUNTABILITI INDIVIDU.

    Setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan memberi

    dorongan dan sokongan kepada ahli-ahli yang lain. Walaupun pelajar mengikuti

    pembelajaran secara berpasukan, namun ujian yang diduduki adalah bersifat

    secara individu. Setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

    Dengan itu, setiap individu pelajar perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh

    untuk meningkatkan pencapaian masing-masing di samping dapat meningkatkan

    pencapaian pasukannya.

    5. INTERAKSI SECARA BERSEMUKA Pelajar perlu berinteraksi secara bersemuka untuk mendapat perkongsian idea,

    sumber dan maklumat. Ini bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran akan

    menjadi lebih efektif dan aktif. Ahli-ahli kumpulan dapat mempelajari sendiri

    dalam menilai perbezaan individu, menganalisis dan memberi komen tentang

    bahan-bahan daripada kumpulan lain.

  • 71

    Penggunaan komunikasi melalui ICT ini mewujudkan situasi yang memberi kesan

    terhadap pembelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap Geografi. Proses

    pembelajaran seperti membolehkan pelajar bertukar maklumat berkaitan sosio-budaya,

    cara hidup dan keadaan geografi setempat membolehkan mereka menganalisis dan

    membuat perbandingan pengalaman sesama mereka. Ini seterusnya membolehkan

    mereka membuat pelaporan sesuatu projek/kajian/eksperimen dengan memahami dan

    seterusnya menerangkan peranan Geografi di dalam kehidupan mereka seharian.

    Memang jelas bahawa kelebihan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT

    sebagai alat komunikasi akan membolehkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif

    dilaksanakan seperti yang ditekankan di dalam kurikulum Geografi. Selain itu, ia dapat

    meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui rakan sebaya yang

    bersifat global bersesuaian dengan matlamat dan falsafah pendidikan. Penggunaan

    pendekatan ini juga dapat melibatkan pakar di dalam dan di luar negara dalam

    memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah khususnya di

    Malaysia.

    PENUTUP

    Dalam era dunia berteknologi maklumat dan siber, maklumat dapat diperoleh dengan

    mudah dan cepat melalui internet dan laman web. E-pembelajaran adalah salah satu

    strategi dan saluran utama untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan

    kaedah tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demikian juga dengan

    pengguaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi. Ilmu pengetahuan

    yang terdapat di dalam Bidang Geografi pada hari ini turut berkembang pesat mengikut

    perubahan arus pembangunan global. Maka dengan itu sudah tiba masanya untuk

    pengamal Geografi menggunakan segala kemahiran yang ada dalam bidang teknologi

    maklumat untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di

    sekolah. Semoga perbincangan secara konsep ini dapat dikongsikan bersama dalam

  • 72

    melestarikan kepenggunaan ICT demi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

    Geografi di sekolah.

    Berikut disenaraikan laman web yang boleh membantu dalam mengakses maklumat

    untuk dijadikan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah:

    1. Hakisan Ombak

    Bentuk muka bumi dan hakisan ombak menyebabkan perubahan pada bentuk muka bumi di pinggir laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut.

    http://members.tripod.com/inani/hakisomb.htm More Result From : members.tripod.com 2. Nota Ringkas Gunung Berapi dan Gempa Bumi Pergerakan plat-plat juga menyebabkan berlakunya letusan gunung berapi. . Gempa Bumi Gunung Berapi.. http://www. Geocities.com/tmx21my/Bencana.htm More Result From : www.geocities.com 3. e-SmartschoolGunung Berapi Bagaimana Gunug Berapi Terbentuk?..

    Pada tahapan ini, gunung berapi menyemburkan bermacam gas, debu dan pecahan batuan.http://www. E-smartschool.com.pnu/002/PN0020001.asp

    More Result From : www.e-smartschool.com 4. Pencemaran

    Pencemaran Alam Sekitar - merupakan suatu kesan negatif tindakan manusia terhadap alam ini. Pencemaran ini boleh terbahagi kepada empat bahagian. ..

    http://www. epelajar.com/alam/pencemaran.htm More Result From: www.epelajar.com 5. Pencemaran Sungai Pencemaran sungai. Bagaimana sungai tercemar?

    Sebuah sungai dianggap sumber air. Mengukur pencemaran sungai. Bagaimana? Terdapat ..

    http://202.190.194.3/Jaring/SG/BM/pencemaran.htm More Result From: 202.190.194.3 6. Pengertian Pencemaran Air Pengertian Pencemaran Air. Dari Perpespektif Hukum. Hendra Setiawan. Pusat pengendalian Pencemaran Air? BAPEDAL. August 2001. . http://www. bapedal.go.id/airnet/Artikel01.htm

  • 73

    More Result From: www.bapedal.go.id 7. Pencemaran Udara

    Pencemaran Udara!!! Dalam laman web ini kita akan membincangkan punca pencemaran udara, langkah mengatasi dan kesan terhadap semua benda hidup.

    http://members.tripod.com/~Ittan/ More Result From: members.tripod.com 8 e-SmartSchool

    Terjadinya Gerhana Bagaimana Matahari, Bumi dan Bulan bergerak?. Ketika hal ini terjadi maka inilah disebut dengan Gerhana .

    http://www. E-smartschool.com.pnu/0012/PNU0010003.asp More Result From: www.e-smartschool.com 9. Pengenalan

    Pengenalan: Sistem Suria terdiri daripada :- Matahari; 9 planet dan 68 satelit atau bulannya; objek-objek lain seperti komet dan asteroid. ..

    http://nebula.spaceports.com/~abex85/pengenalan.htm. More Result From: nebula.spaceports.com 10. Alam semesta dan keluasannya . Seterusnya kita ke planet-planet di luar

    orbit bumi ke planet terbesar dalam sistem suria, Musytari. Cahaya dari . Http://lhuda.mmu.edu.my/falak/alamsemesta.html ta.html 11. Tahukah Anda?

    Ribut ini telah berterusan sejak Musytari dapat dilihat melalui teleskop. Ia mungkin merupakan ribut paling lama bertahan di seluruh Sistem Suria. .

    http://uniword1.tripod.com/Spc/Trivia-bmy.html More Result From: uniworld1.tripod.com 12. Subsistence Wet Rice Farming http://www.riceweb.org http://www.asiarice.org 13. Plantation Agriculture http://www.porim. gov.my http://www.porla.gov.my 14. Current Trends in Agriculture http://www.fao.org?WAICENT/FAOINFO/AGRICULT/Default.htm http://www.porim.gov.my http://www.agbios.com

  • 74

    15. Global Industrial Shifts http://www.odci.gov/cia/publication/factbook/ch.html http://wwwasiapac.net http://workinfonet.bc.a/Imisi/making/chapter2/TANDG5.HTM RUJUKAN

    1. Means, Barbara.(Ed.), 1994, Technology and Education Reform, Jossey Bass Publishers, San Francisco.

    2. Perkins, D. 1992. Smart Schools-Better Thinking and Learning For Every Child. New York: The Free Press.

    3. Clack, Jeanne and Sun, Jeff, 1996, Technology Implementation In Warren Country Kentucky Public School : An Evaluation Of Instructional and Administrative System. unpublished

    4. ______________ 1977. 'Effects of Multimedia on Education'. Computimes New Straits Times, March 27, 54.

    5. Palany, P. 1997. 'A Paradigm Shift in Learning System' dalam New Straits

    Times, Oktober 21 m.s. 7. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat

    dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

    7. Ismail Zain, 2003. "Pelajar Cemerlang: Melangkah Ke Alam Siber " Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur.

    8. Rozinah Jamaludin, 2000. Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur.

    9. Johnson, D., Johnson, R., & Holubec,E. 1990. Circles of Learning:

    Cooperation In the Classroom. Edina, MN: Interction Book Company. 10. Slavin, R.E 1990. Cooperative Learning, Theory, Research and Practice,

    Englewood Cliffs, N.J : Prentice Hall.

    11 Smith, B., Mac Gregor, J. 1992. What is Collaborative Learning? in A Goodsell and Others (eds). Collaborative Learning: A Source Book for Higher Education. University Park, National Center on Post Secondary Teaching and Learning Assesment

  • 75

    12. American Association for Advancement Of Science, 1989. Technology-Report of the Project 2061, Phase 1 Technology Panel, U.S.A. 13. http://www.msc.com.my

    http://www.uwf.edu/coe/tutorial/technolo/coursewa/crsware.htm http://www.gwu.edu/~tip http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/tool-glosarry.htm