hutang

27

Upload: amarif88

Post on 07-Jul-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

financial

TRANSCRIPT

2

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

12 SOALAN

Yang Wajib Ditanya

Sebelum

BERHUTANG !

KHAIRULNAHAR JAMALUDDIN

(KJ)

3

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

PENaFIAN

Ebook ini ditulis dengan tujuan memberikan panduan dan maklumat bagi

meningkatkan kemahiran pembaca. Tetapi idea, cadangan dan prinsip asas

yang dikemukakan adalah tertakluk pada undang-undang tempatan, negeri

dan persekutuan. Pembaca dinasihatkan supaya merujuk pakar yang

berkaitan seperti perancang kewangan, juru runding percukaian, penasihat

pelaburan, dan peguam bagi nasihat terperinci.

Strategi yang diberikan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak

dijamin menghasilkan keputusan yang diharapkan. Ini kerana setiap individu

ataupun syarikat mempunyai profil dan situasi yang tidak sama dan berubah-

ubah dari semasa ke semasa. Sebarang istilah undang-undang, penyataan

dan fakta yang melibatkan kontrak dalam ebook ini hanya bersifat panduan

dan bukannya mutlak.

Tiada jaminan disabitkan merujuk pada ketetapan ataupun kelengkapan

maklumat yang diterbitkan. Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab di

atas sebarang liabiliti, kehilangan ataupun risiko sama ada peribadi ataupun

sebaliknya yang terjadi akibat penggunaan sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung daripada idea-idea yang disarankan di dalam ebook

ini

4

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

THINKERICH ENTERPRISE

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Oleh : Khairulnahar Jamaluddin(KJ)

Diterbitkan oleh Thinkerich Enterprise

Untuk : www.PanduanBebasHutang.com

E-mel : [email protected]

Blog : www.pemikirkaya.com

Web : www.AkademiWang.com

Hakcipta © 2016 oleh Khairulnahar Jamaluddin (KJ)

Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,

ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama

ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran

undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

Anda dilarang sama sekali mengubah atau menjual

e-book ini kepada pihak lain kerana ianya PERCUMA!

Walau bagaimanapun, ANDA BEBAS BAHKAN DIGALAKKAN UNTUK

MENGEDARKAN E-BOOK INI SECARA PERCUMA kepada sesiapa.

Kandungan ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum

mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi

nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak

sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada

semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko

kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan

dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya

nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional dari

pakar yang berkelayakan.

5

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

PENDAHULUAN

Bila berhutang jarang sekali kita tanya soalan pada diri sendiri, “kenapa kita

berhutang?” Bunyi macam soalan bodohkan! Dah tentulah orang berhutang sebab

nak pakai duit! Betul tak? Tak kira lah nak buat beli barang keperluan atau pun try

nak penuhi kemahuan dan impian tertentu.

Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini, adalah berkaitan pengetahuan kita

tentang hutang. Bila sebut pasal hutang sudah pasti ianya bukan setakat bayar balik

wang yang dipinjam, bahkan kita juga mesti bayar faedahnya sekali.

Pinjam RM50,000 sudah tentu bayaran baliknya bukan jumlah tersebut sahaja, tapi

dah jadi RM72,500 jika dikenakan caj faedah tetap 5% bagi tempoh bayaran balik 9

tahun! Nah, lihat! Pinjam RM50,000 tapi terpaksa bayar tambahan sebanyak

RM22,500. Jumlahnya faedah bunganya 45% daripada jumlah pinjaman sebenar!

Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab bila kita berhutang sudah tentu ianya

melibatkan ‘Pokok’ dan ‘Bunga faedahnya’. Makin lama tempoh masa hutang kita

maka lebih tinggilah faedahnya ‘berbunga-bunga’.

Berhutang tidak semestinya tak baik. Ini kerana hutang hanyalah salah satu alat

kewangan yang dicipta untuk kemudahan pengguna. Cumanya sejauh mana

pengetahuan kita menggunakannya.

Jika sekiranya kita ada ilmu pengurusan hutang yang baik, hutang boleh jadi

‘kawan’ yang sangat baik untuk bantu kita sebaliknya ianya boleh jadi ‘musuh’ jika

sekiranya kita tiada ilmu pengetahuan yang betul tentangnya.

6

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Satu perkara yang ingin saya beritahu kepada pembaca semua, hutang hanyalah

satu alat. Ya, alat yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan kita dan

dalam masa sama ianya juga mungkin boleh menjadi ‘Bom Jangka’ jika kita tiada

pengetahuan tentangnya.

Jadi apa kata mulai sekarang, kita mula dapatkan jawapan bagi 12 soalan yang

wajib anda tanya sebelum berhutang. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat

membantu pembaca mendapat sedikit pengetahuan berkaitan hutang dan

pinjaman. Selamat membaca. Semoga Berjaya dunia dan akhirat!

Salam kejayaan,

Khairulnahar Jamaluddin (KJ)

Registered Financial Planner (Affiliate RFP, MFPC)

Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida USA)

Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi

www.PemikirKaya.com

www.KewanganPeribadi.com

www.AkademiWang.Com

7

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 1

Apakah Perkara Yang Perlu Diambilkira Sebelum Pinjaman Dibuat?

Sekiranya nak meminjam, kita perlu tahu apakah tujuan pinjaman

tersebut dibuat. Ingat, kita mesti sedar yang kita membuat pinjaman

adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan dan bukannya

kemahuan kita.

Berikut soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri terlebih dahulu:

Adakah barangan atau perkhidmatan yang kita ingin beli itu suatu

keperluan ataupun sekadar memenuhi kemahuan sahaja?

Adakah kita mampu membayar ansurannya nanti?

Sekiranya melibatkan pembelian besar, seperti membeli rumah

atau kereta bagi keperluan sendiri, tanya diri sendiri, bolehkah

saya menyediakan wang pendahuluan yang lebih tinggi?

Ingat bukan sekadar 10% tapi LEBIH TINGGI! Kerana ianya lebih

baik dan menguntungkan!

8

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 2

Kebanyakan Orang Membuat Pinjaman Kerana

Sekadar Memenuhi Kemahuan.

Ada Tak Tip Atau Panduan Khusus Yang Boleh

Digunapakai Sebelum Pinjaman Dibuat?

Sebelum meminjam sepatutnya kita semua tahu tentang asas dan

peraturan meminjam.

Ini sangat penting kerana ianya boleh membantu kita mengurus

pinjaman/hutang kita dengan lebih baik.

Berikut adalah tip atau peraturannya:

#1 - Pinjam Hanya Untuk Hutang Produktif

Pinjam untuk sesuatu yang amat-amat-amat diperlukan sahaja.

Contohnya apabila kita tidak mempunyai wang tunai yang

cukup.

Maksud “tidak mempunyai wang tunai yang cukup” adalah

untuk tujuan pembelian rumah, pembelian kereta, menghantar

anak melanjutkan pelajaran atau menampung perbelanjaan pada

waktu kecemasan sahaja. Kecemasan di sini bermaksud antara

hidup dan mati! Bukannya antara beli atau tidak!

9

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

#2 -Pinjam Mengikut Keperluan Bukan Kelayakan Pinjaman.

Ramai yang tersilap langkah kerana memaksimakan pinjaman

berdasarkan kelayakan. Ini yang sering terjadi kerana terpedaya

dengan sesetengah pegawai bank yang tiada pengetahuan

mendidik pelanggan dengan betul.

Memaksimakan jumlah pinjaman kesannya amat buruk kerana ia

menjejaskan peluang untuk kita buat pinjaman pada masa akan

datang.

Sebaik-baiknya buatlah pinjaman berdasarkan keperluan dan

kemampuan untuk bayar balik dengan selesa.

Jumlah pembayaran bulanan yang disarankan bagi semua hutang

adalah tidak melebihi 40% pendapatan kasar anda.

#3 - Bertanggungjawab Dan Sanggup Membayar Balik.

Harus ingat, penilaian kredit anda akan terjejas jika anda gagal

atau tidak membayar balik mengikut jadual pembayaran yang telah

ditetapkan. Ianya akan direkodkan dalam CCRIS yang dikawalselia

oleh Bank Negara.

10

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 3

Sebelum Berhutang, Apakah Perkara Utama

Yang Perlu Diberikan Perhatian?

Sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk berhutang, empat

(4) perkara berikut terlebih dahulu perlu dipertimbangkan iaitu:

1. Beban Hutang

- Tanya diri, “Adakah kita mampu untuk berhutang?”

- Mampukah kita untuk menjelaskan bayaran balik hutang

tersebut nanti?

- Berapakah komitmen bayaran yang terpaksa kita buat setiap

bulan?

- Sekiranya kita sudah berhutang, tanya diri kita,

“Apakah kita masih mampu untuk buat hutang baharu?

2. Nilai Bersih

- Cuba buat penilaian ke atas Kedudukan kewangan semasa kita,

sama ada mempunyai aset atau sedang menanggung liabiliti?

(Tak tahu nak buat penilaian sendiri? Teruskan bacaan, jawapan

kepada soalan ini akan terjawab selepas ini)

11

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

3. Pinjaman Yang Diambil

- Berapakah jumlah pinjaman yang nak diambil & kadar faedah

yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut?

- Jumlah pinjaman dan kadar faedah yang besar akan

memerlukan kita membayar lebih banyak wang untuk bayar

faedah pada masa akan datang.

- Buatlah pilihan yang tepat. Berhutang hanya jumlah yang benar-

benar perlu sahaja.

- Jangan terpengaruh dengan cakap pegawai bank atau konsultan

pinjaman yang galakkan anda ambil pinjaman maksima kerana

ianya akan merugikan keupayaan kredit anda pada masa depan!

4. Bayar Balik Hutang

- Berapakah tempoh masa pinjaman yang diambil?

Semakin lama tempoh masa pinjaman, maka semakin besar

jumlah wang dan faedah perlu dibayar balik. Buatlah pilihan

yang tepat. Sekali lagi pesan saya, hutang hanya jumlah yang

benar-benar perlu sahaja.

12

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 4

Beban Hutang? Apa Itu beban Hutang? Boleh Tolong Jelaskan?

Begini, beban hutang adalah istilah yang sering digunakan untuk

menggambarkan jumlah atau amaun hutang seseorang.

Biasanya ia digunakan untuk melihat situasi semasa kewangan kita sama

ada kita masih memiliki amaun kredit yang "selamat" atau sebaliknya.

Pemberi pinjaman (pemiutang) biasanya akan melihat kadar Nisbah

Tanggungan Hutang yang dibenarkan [(Debt Service Ratio (DSR)],

dan membandingkan pendapatan dengan perbelanjaan untuk dianalisa

sama ada nisbah hutang kita baik atau tidak.

Ianya juga akan mendedahkan betapa baik, atau buruk kedudukan

kewangan semasa seseorang dalam satu-satu masa.

13

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 5

Apa Itu Nisbah Tanggungan Hutang/Debt Service Ratio (DSR)?

DSR atau Debt Service Ratio adalah peraturan yang ditetapkan oleh Bank

Negara Malaysia. Tujuannya adalah untuk menetapkan jumlah hutang

yang boleh kita miliki dalam satu-satu masa. Secara mudahnya ia

adalah Nisbah Hutang Berbanding Pendapatan Anda.

Permohonan pinjaman kita biasanya ditolak mempunyai banyak sebab

tetapi salah satunya (dan yang paling utama) adalah kerana peraturan

DSR. Iaitu berapakah komitmen hutang kita setiap bulan jika

dibandingkan dengan pendapatan yang kita terima setiap bulan.

Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun setiap bank mempunyai

polisi-polisi tambahan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan

penilaian berbeza mengikut bank seperti jumlah pendapatan bersih

bulanan, lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam

atau swasta.

Ya, kita boleh mengira nisbah ini sendiri. Langkahnya adalah seperti

berikut:

Jumlahkan semua komitmen bayaran hutang bulanan

Kemudian bandingkan jumlah itu dengan jumlah pendapatan

BERSIH bulanan kita dan darabkan dengan 100 untuk dapatkan

peratusan.

14

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Apabila kita telah membahagikan bayaran hutang bulanan kita dengan

jumlah pendapatan bulanan, kita akan mendapat nisbah tanggungan

hutang bulanan (Debt Service Ratio) kita tersebut.

Contoh

Pendapatan bulanan Bersih : RM 5,000

Pembayaran balik pinjaman secara tetap setiap bulan : RM 2,574

Contoh komitmen hutang sebulan adalah seperti berikut:

Hutang Sewa Beli Kereta RM 777

Purata bayar Hutang Kad Kredit RM 250.

Hutang ASB Loan RM 947.

Hutang Personal Loan RM 600.

Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR): RM2,574 / RM5,000 x 100 =

51.5%

Ini bermakna jumlah hutang (DSR) kita adalah 51.5% daripada

pendapatan yang kita perolehi.

Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat

buat hutang baru sehingga RM 926 sahaja atau 18.5% lagi.

Berikut kiraannya: 70/100 x RM5,000 = RM3,500

RM3,500 – RM2,574 = RM 926

Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang

yang lebih utama. Untuk belajar cara uruskan hutang dengan bijak boleh

rujuk www.PanduanBebasHutang.com

15

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 6

Apakah Kriteria Yang Pihak Bank

Gunakan Sebelum Permohonan Pinjaman Saya Diluluskan?

Pada kebiasaannya peraturan yang dibuat oleh bank sebelum meluluskan

sesuatu pinjaman adalah dengan meneliti 2 perkara berikut:

#1 - Hutang Bukan Perumahan

Sekiranya hutang bukan perumahan antara 10 hingga 20 peratus,

maka kemungkinan kita mampu memperoleh kredit adalah tinggi.

Sekiranya jumlahnya hampir kepada 20 peratus, maka tiba

masanya untuk kita fikirkan bagi mengurangkan beban hutang

sedia ada.

#2 - Hutang Perumahan

Antara formula yang digunapakai bagi menetapkan had untuk

amaun hutang perumahan yang seseorang boleh tanggung adalah

3 kali pendapatan tahunan. Sekiranya pendapatan tahunan

ialah RM70,000, sebuah syarikat gadai janji atau bank mungkin

boleh memberi pinjaman sehingga RM210,000, dengan syarat

rumah itu mempunyai nilai yang sama dan faktor kredit yang lain

(bayaran pinjaman lain) adalah memuaskan.

16

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 7

Saya Nak Tahu Tip-Tip Sebelum Berhutang. Boleh Kongsikan?

Ok, satu perkara yang kita perlu Ingat! Apabila kita berhutang, kita telah

MEMBELANJAKAN pendapatan masa depan kita. Akibatnya, kini kita

mempunyai wang yang kurang untuk berbelanja sesuatu yang kita

inginkan. Ini kerana kita mesti membayar barang/perkhidmatan yang

telah kita beli secara hutang sebelum ini.

Ramai yang tak menyedari hal ini kerana perkara yang paling

menyedihkan, kebanyakan barangan yang kita hutang dulu mungkin

sudah tidak boleh digunakan lagi atau mungkin telah dibuang. Namun

kita masih ‘terpaksa’ membayar baki hutang yang masih besar

jumlahnya !

Jadi berikut adalah antara tip yang perlu difikirkan sebelum kita

berhutang:

#1 - Kestabilan Pendapatan – Tanya diri kita sendiri, adakah kita akan

punyai pendapatan yang stabil pada masa akan datang atau tidak

menentu? Jika tidak menentu saya cadangan kita Tangguh Dahulu!

17

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

#2 - Perbelanjaan Lain – Cuba buat analisa ke atas perbelanjaan yang

lain, adakah ianya tidak menganggu perbelanjaan keperluan asas kita

seperti bayaran bil utiliti (elektrik, air, telefon, internet), makan minum,

perbelanjaan dapur, sewa rumah, kereta dan sebagainya.

#3 - Mulakan Tabiat Berjimat Yang Kerap - Adalah lebih murah

untuk berjimat terlebih dahulu (dengan sediakan tabung simpanan khas)

daripada membeli secara kredit dan kemudian ‘terpaksa’ membayar

ansuran dengan faedah yang tinggi! Pastikan beban hutang masa depan

kita adalah berpatutan iaitu tidak melebihi 40%.

#4 - Lihat Dan Analisa Penyata Kewangan Peribadi – Ini adalah tip

yang terpenting! Pastikan sebelum berhutang, buat kaji selidik dan

analisa kedudukan kewangan sebenar dengan menyediakan Penyata

Pendapatan (Penyata Aliran Tunai) & Penyata Nilai Bersih (Penyata Aset

Bersih) terlebih dulu. Dengan cara ini, kita akan dapat gambaran sebenar

kedudukan kewangan semasa kita yang sebenar.

18

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 8

Bagaimana Cara Untuk Mengira Nilai Aset Bersih?

Langkah 1

Senaraikan barangan bernilai yang anda miliki

(Wang tunai, saham, hartanah, emas, dan sebagainya.)

Langkah 2

Jumlahkan Aset tersebut

Langkah 3

Senaraikan hutang anda

(Pinjaman peribadi, pendidikan, baki kad kredit, hutang

dengan kawan, saudara, baki bayaran ansuran mudah dan

sebagainya.)

Langkah 4

Jumlahkan Liabiliti Tersebut

Langkah 5

Jumlah Aset Tolak Liabiliti

(Jika sekiranya jawapannya adalah positif, tahniah. Anda

mungkin boleh pertimbangkan untuk meneruskan

permohonan pinjaman. Jika hasilnya Negatif, tangguhkan

terlebih dahulu hasrat untuk berhutang tersebut!)

19

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 9

Bagaimana Kadar Faedah Pinjaman Hutang Dikira?

Satu perkara yang mesti kita tahu, apabila kita berhutang ianya pasti

melibatkan pengiraan kadar faedah, tempoh masa bayaran balik dan

jumlah kompaun yang ‘terpaksa’ dipersetujui oleh peminjam.

Jadi amat pentinglah untuk kita tahu dan faham setiap komponen

tersebut apabila berhutang. Setiap satu daripadanya akan memberikan

kesan jangka masa panjang kepada kedudukan kewangan masa depan

kita.

Harus diingat setiap kali hutang pinjaman dibuat ianya akan melibatkan

pengiraan komponen seperti berikut:

1. Jumlah Pinjaman Pokok

2. Kadar Faedah

3. Jenis Faedah

4. Tempoh Masa Pinjaman

Berikut adalah formula kiraan FAEDAH bagi pinjaman RM50,000 yang

dikira berasaskan jenis faedah pada kadar tetap (flat rate) 5% selama

9 tahun:-

Jumlah

Pinjaman

x Kadar Faedah x Tempoh Masa (Tahun)

JUMLAH FAEDAH

RM50,000 x 5% x 9 tahun RM22,500

20

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 10

Jenis Faedah?

Berapa Banyak Jenis Faedah Yang Ada Dalam Pinjaman?

Sebenarnya terdapat lebih daripada satu jenis faedah yang boleh

digunakan oleh pemberi pinjaman. Jenis faedah inilah yang menentukan

keuntungan yang dibuat oleh pemberi pinjaman.

Jenis faedah yang biasa digunakan dan biasa kita dengar adalah kadar

tetap atau flat rate. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi

pinjaman sewa beli barangan pengguna termasuk belian secara ansuran

mudah dan pembelian kereta ataupun motor secara sewa beli.

Jenis faedah yang biasa dikenakan adalah berbentuk kadar tetap

tahunan atau yearly rest. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi

membeli barangan pengguna seperti barangan elektrik ataupun perabot,

pinjaman peribadi atau personal loan, dan sewa beli kenderaan.

Jenis faedah yang ketiga adalah berbentuk kadar bulanan atau

monthly rest. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan pada pinjaman

perumahan.

Jenis faedah yang keempat dan yang terakhir adalah berbentuk kadar

harian atau daily basis. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi

overdraf, kad kredit dan juga pinjaman perumahan.

21

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 11

Apakah Beza Di Antara Jenis Faedah Ini?

Setiap jenis faedah ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi

formula kiraan faedahnya. Berikut adalah perbezaannya:-

Kadar tetap atau flat rate dikira berdasarkan jumlah tahunan dan faedah

tetap yang dikenakan.

Kadar tetap tahunan atau yearly rest dikira berdasarkan kepada baki

keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku.

Kadar bulanan atau monthly rest dikira berpandu kepada hutang

keseluruhan pada akhir setiap bulan.

Kadar harian atau daily basis dikira berdasarkan kepada baki harian

keseluruhan pinjaman.

22

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

SOALAN 12

Di Antara Jenis Faedah Ini Yang Manakah Lebih Baik?

Soalan yang sangat bagus! Bila kita dah tahu ada lebih daripada satu

jenis faedah, jadi timbul pula rasa ingin tahu yang manakah yang terbaik

untuk dipilih.

Baiklah sebelum saya berikan jawapan, perkara pertama yang perlu kita

tahu ialah pihak yang menentukan jenis faedah bukanlah kita sebagai

pihak pengguna sebaliknya pihak pemberi pinjaman yang

menentukannya.

Ini kerana jenis faedah adalah penentu keuntungan yang dikehendaki

oleh pemberi pinjaman. Kita sebagai pengguna atau peminjam tiada hak

untuk menentukan jenis faedah pinjaman tersebut.

Namun begitu, kita masih berpeluang untuk memilih jenis faedah

pinjaman sesuai dengan pilihan dan kehendak kita daripada pihak lain.

Ini kerana terdapat banyak pemberi pinjaman yang menawarkan

pelbagai jenis faedah yang lebih menarik dan menguntungkan peminjam

bagi mendapatkan pelanggan.

Persaingan untuk mendapatkan pelanggan menyebabkan pemberi

pinjaman bersaing menawarkan jenis faedah pinjaman hutang yang lebih

baik untuk pengguna.

23

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Di antara jenis faedah tersebut, perkhidmatan pinjaman yang

menggunakan caj faedah harian adalah yang terbaik dan menjimatkan.

Kenapa saya kata begitu? Adakah tuan – puan ingin tahu jawapannya

dengan lebih terperinci?

Dapatkan segala jawapan berkaitan hutang melalui ebook

101 Soal Hutang

Yang Wajib Anda Tahu Jawapannya

Agar Hidup Lebih Tenang, Hati Pun Senang!

Download Melalui Link Di Bawah

http://soal.panduanbebashutang.com

24

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

PENUTUP

Begitulah 12 soalan yang wajib ditanya sebelum berhutang yang dapat

saya kongsikan bersama pembaca semua. Kandungan ebook ini adalah

sebahagian daripada kandungan ebook 101 Soal Hutang.

Sekiranya tuan-puan telah membacanya sehingga ayat ini, saya ucapkan

tahniah dan syabas di atas kejayaan tersebut. Ini bermakna tuan-puan

telah menambah ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan hutang

peribadi.

Sebenarnya terdapat lebih banyak jawapan kepada persoalan hutang

yang WAJIB diketahui oleh kita jika sekiranya kita tidak mahu terus

menerus hidup dibelenggu hutang. Oleh itu saya sangat sarankan untuk

dapatkannya di http://soal.panduanbebashutang.com

Semoga soal jawab yang telah dikongsikan sedikit sebanyak dapat

membantu dalam menguruskan hutang dengan lebih efektif. Besarlah

harapan saya agar kandungan dan tip-tip yang telah dinyatakan telah

dapat memberikan manfaat buat pembaca semua.

25

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan

kewangan peribadi, sila lawati blog saya di www.PemikirKaya.com atau

boleh dapatkan lain-lain produk saya yang dapat menambahkan lagi

pengetahuan kewangan tuan-puan di www.KewanganPeribadi.com

Akhir kata dari saya, untuk memastikan anda berjaya mengurus hutang

dengan lebih efektif:-

“Hutang Bukanlah Satu Masalah Kerana Ianya Hanyalah Alat!

Kitalah Yang Menentukannya Sama ada Mahu Menggunakannya Untuk

Keuntungan Atau Menggunakannya Untuk Tujuan Yang Merugikan…!”

Salam Kejayaan,

KJ

Khairulnahar Jamaluddin (KJ)

Registered Financial Planner (Affiliate RFP)

Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida USA)

Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi

www.PemikirKaya.Com

www.AkademiWang.Com

www.KewanganPeribadi.Com

26

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

PROFIL PENULIS

Khairulnahar Jamaluddin juga lebih mesra disapa dengan

panggilan KJ merupakan Blogger Motivasi & Kewangan

Peribadi yang berkongsi idea dan penulisannya di

www.PemikirKaya.com.

Merupakan seorang Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi,

usahawan dan penulis buku dan ebook yang prolifik.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah ebook

bertemakan motivasi dan kewangan peribadi.

Ebook pertama beliau ‘7 Cara Mengatasi Masalah

Kekurangan Wang’ telah mendapat kepercayaan pihak

penerbit untuk diterbitkan semula dalam bentuk buku

fizikal oleh TrueWealth Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang

dimiliki oleh Speaker Kewangan nombor 1 di Malaysia,

Jurulatih Jutawan - Azizi Ali!

Beliau juga merupakan seorang Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida

USA) dan kini sedang aktif menjalankan seminar kewangan peribadi dengan

menerapkan teknologi kejayaan NLP dalam modul Seminar dan latihan

kewangan peribadi yang dijalankannya.

27

12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG

Turut aktif memberikan khidmat nasihat kewangan dan turut dijemput

sebagai panel jemputan dalam program TV Al Hijrah.

Kini beliau giat menjalankan seminar untuk orang awam, agensi kerajaan

mahu pun swasta. Untuk menjemput beliau berkongsi ilmu kejayaan dan

kewangan peribadi boleh hubungi beliau melalui:

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnahar

Blog : http://pemikirkaya.com/contact-me/