saham keutamaan: antara hutang & ekuiti

14
© Securities Commission SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI DR. NURDIN NGADIMON PENGURUS BESAR & KETUA JABATAN SHARIAH, PASARAN MODAL ISLAM SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)

Upload: votram

Post on 30-Jan-2017

321 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

SAHAM KEUTAMAAN:

ANTARA HUTANG &

EKUITI

DR. NURDIN NGADIMON

PENGURUS BESAR & KETUA

JABATAN SHARIAH, PASARAN MODAL ISLAM

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)

Page 2: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission 2

DEFINISI SAHAM

Saham adalah sekuriti yang melambangkan pemilikan terhadap sesuatu perniagaan.

Pemegang-pemegang saham adalah pemilik kepada sesuatu perniagaan. Mereka berkongsi terhadap kejayaan atau kegagalan perniagaan tersebut. Kejayaan sesuatu perniagaan boleh

diukur melalui jumlah dividen yang diperolehi oleh pemegang-pemegang saham dan juga harga saham

sesuatu syarikat yang disebut harga di dalam pasaran saham.

2

Page 3: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

1) Saham Biasa

Saham yang memberikan hak kepada pemegang-pemegangnya terhadap pemilikan syarikat, dividen, hak mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat ahli lembaga pengarah. Pemilikan ini juga termasuk penanggungan kerugian dalam pelaburan jika syarikat mengalami kerugian.

3

KATEGORI SAHAM

2) Saham Keutamaan

Saham keutamaan adalah antara instrumen kacukan (hybrid), yang menggabungkan ciri ekuiti dan hutang dalam pasaran modal. Ia berbentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangya menerima dividen tetap yang tidak dinikmati oleh pemegang saham biasa. Biasanya dividen tetap ini digambarkan sebagai peratusan daripada nilai nominal saham.

Saham jenis ini tidak memberikan kepada pemegangnya hak untuk mengundi pada mesyuarat agung atau sebarang hak untuk menyertai melebihi apa yang telah dinyatakan amaunnya atas sebarang pengagihan syarikat sama ada melalui dividen atau penebusan, pembubaran atau sebaliknya.

Page 4: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

Ciri-ciri Saham Biasa Saham Keutamaan

Kadar dividen Tidak tetap bergantung kepada

keuntungan syarikat.

Tetap.

Pembayaran

dividen

Diterima selepas pembayaran

kepada pemegang saham

keutamaan.

Dibayar dahulu sebelum pemegang saham

biasa.

Hak mengundi dan

mengawal syarikat

Mempunyai hak mengundi dan

berpeluang mengawal syarikat.

Tiada hak mengundi dan tidak berpeluang

mengawal syarikat.

Tuntutan atas aset

syarikat ketika

pembubaran

Tuntutan hanya boleh dibuat

selepas tuntutan pemegang saham

keutamaan.

-Modal akan dikembalikan kepada pemegang

saham.

-Diberi keutamaan sebelum tuntutan

pemegang saham biasa.

Tunggakan dividen Pemegang saham biasa tidak

berhak ke atas dividen tahun-tahun

lepas yang tidak dibayar oleh

syarikat.

Pemegang saham keutamaan berhak

menerima dividen tertunggak. (untuk saham

keutamaan kumulatif sahaja)

Waktu penerbitan Ketika penubuhan syarikat. Ketika syarikat sudah beroperasi. (keputusan

dibuat melalui AGM atau EGM dengan

persetujuan pemegang saham sedia ada) 4

PERBEZAAN ANTARA SAHAM BIASA & SAHAM KEUTAMAAN

Page 5: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission 5

PERBANDINGAN ANTARA SEKURITI HUTANG, SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA

Sekuriti Hutang Saham Keutamaan Saham Biasa

Kadar pulangan Tetap Tetap Tidak tetap

Lebihan keuntungan Tidak boleh dituntut Tidak boleh dituntut Boleh dituntut

Hak ke atas pembubaran aset

syarikat

Ada Selepas pemegang sekuriti

hutang

Tiada

Perlakuan perakaunan

(penerbit)

Liabiliti Ekuiti Ekuiti

Hak mengundi Tiada Terhad Ada

Kegagalan pembayaran

pulangan

Memudaratkan

syarikat

Tidak memudaratkan

syarikat

Tidak memudaratkan

syarikat

Potongan cukai(penerbit) ke

atas bayaran pulangan

Boleh Tidak boleh Tidak boleh

Tempoh langganan Dari awal hutang

dilanggan/diberi

sehingga tempoh

pembayaran hutang itu

habis mengikut tarikh

yang ditetapkan

Dari awal langganan

sehingga tarikh boleh tebus

yang ditetapkan atau

penukaran kepada saham

biasa atau selagi saham

dipegang oleh pemilik

saham

Dari awal langganan dan

selagi saham biasa masih

dipegang oleh pemilik

saham

Page 6: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

6

BENTUK-BENTUK SAHAM KEUTAMAAN

(1) Saham keutamaan boleh tebus (redeemable) Syarikat penerbit wajib membeli semula saham-saham utama ini sepanjang tempoh pembiayaan dengan membuat pembayaran balik kepada pelabur.

(2) Saham keutamaan penyertaan (participating) Pemegang saham memiliki hak khusus kepada pembahagian keuntungan selain daripada dividen tetap. Perkongsian keuntungan ini tidak tetap dan bergantung kepada prestasi tahunan syarikat penerbit.

(3) Saham keutamaan kumulatif (cumulative) Dividen yang tidak dibayar kepada pemegang saham akan dikumpulkan pada tahun-tahun akan datang.

(4) Saham keutamaan boleh tukar (convertible) Saham ini boleh ditukarkan kepada saham biasa oleh pelabur pada masa akan datang sebelum tarikh matang. Sekiranya ketika matang, semua atau baki masih tidak ditukar, maka syarikat penerbit akan menebus balik dengan membayar nilai nominal atau menukar status saham kepada bentuk yang dipersetujui.

Page 7: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

7

BENTUK-BENTUK SAHAM KEUTAMAAN

(5) Saham keutamaan kadar menaik (increasing rate) Saham ini memberi peluang kepada pemegangnya untuk memperoleh dividen mengikut tahap pasaran normal pada satu jangka masa tertentu.

(6) Saham keutamaan kekal/tidak boleh tebus (perpetual/irredeemable) Ciri kekal bermakna ia tiada tempoh matang atau jangka masa pembiayaan tertentu.

(7) Saham keutamaan bukan kumulatif (non-cumulative) Ciri bukan kumulatif bermakna tiada jaminan pulangan dividen pada masa hadapan dan syarikat penerbit tidak memiliki obligasi kontrak untuk menjelaskannya.

Page 8: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

8

SITUASI MEMBAWA KEPADA PENERBITAN SAHAM KEUTAMAAN

Syarikat memerlukan dana untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti perniagaan termasuk mengembangkan perniagaan melalui pemilikan yang melaluinya, sesuatu syarikat boleh menambah produktiviti dan seterusnya menambahkan keuntungan.

Syarikat memerlukan dana untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan.

Syarikat memerlukan dana untuk pembiayaan semula pinjaman/hutang sedia ada syarikat yang boleh mengurangkan beban yang ditanggung melalui hutang seterusnya meningkatkan keuntungan.

Syarikat memerlukan dana untuk menampung perbelanjaan modal (capital expenditure), modal kerja (working capital), pembayaran hutang, kos-kos syarikat dan lain-lain.

Syarikat memerlukan dana tetapi tidak mahu menambah jumlah liabiliti sedia ada, dan mahu mempunyai pilihan dalam pembayaran dividen dan mengekalkan struktur pemilikan dan kuasa mengundi pemegang saham sedia ada.

Page 9: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

9

KELEBIHAN SAHAM KEUTAMAAN

DARI PERSPEKTIF SYARIKAT PENERBIT 1) Syarikat boleh menetapkan kos pembiayaannya dan menyimpan lebihan keuntungan untuk diagihkan kepada pemegang-pemegang saham biasa. 2) Syarikat berupaya mengelak daripada masalah tuntutan dan dakwaan daripada pelabur sekiranya pelabur memperolehi keuntungan yang rendah atau mengalami kerugian yang tidak mengizinkan mereka membayar pulangan dividen tetap. 3) Syarikat tidak perlu berkongsi pegangan dan kawalan pengurusan dengan pelabur-pelabur saham utama.

DARI PERSPEKTIF PELABUR 1) Mendapat jaminan pulangan dan pendapatan yang stabil. -Namun, pulangan kepada pelabur terhad kecuali saham utama yang berbentuk participating (penyertaan) dan increasing rate (kadar menaik).

2) Mendapat keutamaan selepas pemegang sekuriti hutang, hak ke atas aset-aset syarikat apabila berlaku pembubaran -Dalam saham utama non-cumulative (bukan kamulatif), pelabur tidak mempunyai hak ke atas dividen yang tidak dibayar.

Page 10: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan berasaskan kepada prinsip tanazul. Berasaskan persetujuan pengguguran hak, hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan reda oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan. Persetujuan untuk pengguguran ini diperolehi dalam mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham keutamaan sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat telah mepersetujui untuk menerbitkan saham keutamaan, bermakna pemegang saham biasa telah bersetuju untuk mendahulukan pemegang saham keutamaan dalam pembahagian keuntungan melalui prinsip pengguguran hak. Pengguguran hak dalam konteks saham keutamaan bermaksud menyerahkan hak yang sepatutnya diterima dalam pembahagian keuntungan berasaskan kepada prinsip perkongsian, dengan mendahulukan pembahagian untung kepada pemegang saham keutamaan terlebih dahulu.

10

KEPUTUSAN MPS SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Page 11: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

1) Adakah pemegang saham keutamaan diberi pulangan dividen yang tetap atau jaminan pulangan modal yang mengandungi unsur riba?

Kenyataan ini tidak tepat khususnya bagi saham keutamaan yang bersifat tidak kumulatif kerana dividen dibayar bergantung kepada keupayaan syarikat membuat keuntungan. Ini bermakna ketentuan untuk memperoleh dividen bergantung kepada prestasi syarikat. Ini berbeza dengan sifat bon yang telah ditentukan bunganya yang mesti dibayar kepada pemiutang.

11

ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN

Page 12: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

2) Adakah ketidakadilan berlaku kerana pemegang saham keutamaan diberi keistimewaan lebih berbanding pemegang saham yang lain?

a) Apabila syarikat mendapat keuntungan, pemegang saham keutamaan diberikan keutamaan berbanding pemegang saham biasa.

Hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan redha oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan. Persetujuan keutamaan pemberian dividen ini diperolehi dalam mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham keutamaan sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat ini bersetuju untuk menerbitkan saham keutamaan, bermakna pemegang saham biasa telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada pemegang saham keutamaan mengikut bentuk saham keutamaan yang akan diterbitkan.

12

ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN (SAMB…)

Page 13: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission

b) Apabila berlaku pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan akan mendapat bahagian harta syarikat selepas pemiutang syarikat mendapat bahagian masing-masing. Pemegang saham keutamaan akan mendapat bahagian mereka dahulu berbanding saham biasa. Ini berasaskan kepada ranking(kedudukan) jenis alat-alat kewangan yang mempunyai pelbagai objektif dan ciri-ciri untuk memenuhi keperluan penerbit alat kewangan dan pelabur.

c) Ketidakadilan juga dikatakan berlaku apabila pemegang saham keutamaan tidak diberi hak bersuara berbanding pemegang saham biasa yang mempunyai hak tersebut. Pada hakikatnya pelabur menyertai saham keutamaan dan saham biasa adalah atas keredhaannya sendiri.

13

ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN (SAMB…)

Page 14: SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

© Securities Commission Malaysia 14

TERIMA KASIH

WASSALAM

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

3 Persiaran Bukit Kiara

50490 Kuala Lumpur

Malaysia

www.sc.com.my