pengurusan tunai dan hutang

54
Pengurusan Tunai dan Hutang Prinsip kawalan dalam pengurusan tunai Sistem buku vot, buku tunai dan panjar wang runcit Pengendalian kehilangan dan hapus kira tunai

Upload: edvin-han

Post on 02-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

It all about management of tunai and hutang.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pengurusan Tunai dan Hutang

Prinsip kawalan dalam pengurusan tunaiSistem buku vot, buku tunai dan panjar wang

runcitPengendalian kehilangan dan hapus kira tunai

Page 2: Pengurusan Tunai Dan Hutang

PENGURUSAN TUNAI1. Buku Tunai dan Rekod Subsidiari2. Penyata penyesuaian bank3. Panjar wang runcit4. Terimaan dan Pungutan5. Buku Vot6. Pesanan dan Pembelian (PEROLEHAN)7. Pembayaran 8. Kehilangan dan hapus kira wang awam

Page 3: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan dan Pungutan

Terimaan dan pungutan merupakan satu proses mengendalikan sejumlah wang dan hasil oleh pihak sekolah daripada sumber kerajaan dan bukan kerajaan melalui kumpulan wang yang tertentu untuk aktiviti sekolah.

Kumpulan wang ini perlu diperakaunkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Page 4: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai yang terlibat

1. Pegawai Pengawal (AP 53 dan AP 54)2. Pegawai Perakaunan (Seksyen 3 AAK 1957)3. Pemungut (AP 65)

Page 5: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai Pengawal

AP 3Pegawai pengawal adalah pegawai yang dilantik

olehMenteri Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi setiap tujuan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, bagi mengawal, tertakluk kepada sebarang arahan yang ditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yang dikuatkuasakan di bawah tujuan itu, dan termasuk semua tanggungjawab Pegawai Perakaunan.

Page 6: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai PengawalAP 53Semua Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan

kewajipan kewangan Kementerian / Jabatan masing-masing dengan sempurna.

Tanggungjawabtersebut adalah bagi:1. Memungut dengan sewajarnya segala wang awam yang patut

diterima oleh atau di bawah arahan mereka,2. Menyimpannya dengan selamat,3. Serta juga bertanggungjawab sekiranya akaun yang dikemukakan

oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul.

Sebarang perwakilan kewajipan ini kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis.

Bagaimanapun seorang Pegawai Pengawal itu secara amna tidak terlepas dari tanggung jawabnya sendiri setelahperwakilan dibuat.

Page 7: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai Pengawal

AP 53APegawai Pengawal selaku pegawai perakaunan

ketika melaksanakan tanggungjawab kewangan hendaklah mematuhi:

1. Piawaian Perakaunan Kerajaan, 2.Surat Pekeliling3.Surat Arahan Akauntan Negara MalaysiaYang sedang berkuatkuasa

Page 8: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai Perakaunan

AP9: Seseorang pegawai yang ada urusan berkenan dengan Wang Awam atau Aset Awam adalah seorang Pegawai Perakaunan dalam erti seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Istilah ini hendaklah dipakai bagi Ketua Jabatan atau bagi pegawai bawahannya yang paling rendah, apabila mereka menguruskan Wang Awam atau Aset Awam, sebagaimana juga terpakai bagi akauntan dan pegawai kewangan.

Page 9: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai PerakaunanSeksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]Meliputi semua pegawai awam yang ditugaskan: • mengutip, menerima • atau mengakaun sebarang wang awam, • atau seseorang yang ditugaskan membelanja • atau yang sebenarnya membelanjakan wang awam • dan setiap pegawai awam yang ditugaskan dengan

penerimaan, penjagaan atau pelupusan • atau pengakaunan barangan awam • atau sesiapa yang sebenarnya menerima, memegang • atau melupuskan barangan awam.

Page 10: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pegawai Perakaunan• Pegawai Perakaunan mempunyai pengertian seperti yang

diberi kepadanya di bawah Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] adalah tiap-tiap pegawai awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti berikut:

(a) Memungut, menerima atau mengakaun, atau yang sebenarnya Memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam; atau

(b) Membelanja/membayar atau yang sebenarnya melanja / membayar, apa-apa Wang Awam; atau

(c) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, atau mengakaun aset awam atau yang sebenarnya menerima, menyimpan, mengeluar, melupus aset awam

Page 11: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pemungut

• Pemungut ialah pegawai yang berdasarkan kepada jawatannya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau peraturan bertulis adalah bertanggungjawab untuk memungut wang bagi pihak kerajaan

Page 12: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tanggungjawab Pemungut

AP65Pemungut Wang Awam adalah bertanggungjawab bagi:(i) Menimpan dengan selamat dan menggunakan dengan

sepatutnya semua resit rasmi;(ii)Menyimpan dan menunci semua stok resit rasmi,

lesen, dan borang akaun terima yang lain yang belum diguna dalam stok, dengan selamat di bawah kawalannya sendiri atau di bawah kawalan seorang pegawai kanan yang tidak menyediakan resit rasmi atau membuat pungutan;

Page 13: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tanggungjawab Pemungut

AP 65(iii) Memastikan ciri-ciri keselamatan dan

kawalan dalaman dalam persekitaran elektronik adalah mencukupi dan berfungsi serta hanya pegawai yang diberi kuasa sahaja dapat mengakses sistem dan dokumen kawalan;

(iv) Melaksanakan terimaan secara elektronik mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.

Page 14: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Wang Awam

• Wang awam mempunyai pengertian yang diberi kepadanya di bawah seksyen 3 Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], dan termasuklah wang tunai dan kesetaraan tunai serta semua instrumen kewangan kerajaan

Page 15: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Prosedur Terimaan dan Pungutan1. Mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua PTj2. Perwakilan kuasa bertulis3. Dokumen penerimaan (resit)4. Pemberitahuan awam5. Kawalan resit6. Kawalan Borang Hasil7. Semakan resit8. Daftar Borang Hasil9. Penyimpanan buku resit10. Tatacara pengunaan resit

Page 16: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Prosedur Terimaan dan Pungutan

11.Merekod terimaan dan pungutan – umum12.Pengunaan borang dan rekod13.Daftar kutipan harian14.Mengakaun terimaan15.Terimaan melalui pos16.Terimaan melalui cek17.Penyimpanan dokumen18.Audit dalam19.Pengasingan tugas

Page 17: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua PTj

TPKPS Bil 5.5 (i)Setiap pungutan yuran mestilah mendapat Surat

Kelulusan daripada Ketua PTJ

Page 18: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Perwakilan kuasa bertulisAP 53Sebarang perwakilan kewajipan ini kepada pegawai lain

hendaklah dibuat dengan arahan bertulis.Bagaimanapun seorang Pegawai Pengawal itu secara amnya

tidak terlepas dari tanggung jawabnya sendiri setelahperwakilan dibuat.

AP69Tiada seseorang pegawai bolehmenerima wang dalam apa jua

bentuk terimaan kecuali diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh Pemungut untuk berbuat demikian.

Pemungut hendaklah menyelenggara suatu rekod mengenai kebenaran yang telah diberi.

Page 19: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Dokumen penerimaan (resit)

AP 60(i) Resit rasmi secara manual atau elektronik mestilah

dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang dibayar kepada seseorang pegawai awam.

(ii)Resit rasmi mestilah dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika seseorang pembayar hadir sendiri, resit rasmi itu mestilah diserahkan kepadanya. Apabila wang awam diterima melalui pos atau penghantar, resit rasmi baginy mestilah disediakan pada hari itu juga dan dihantar selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya.

Page 20: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Dokumen penerimaan (resit)

AP 60 (iii)esit rasmi tidak akan dikeluarkan bagi pembayaran yang dibuat oleh pegawai awam dengan cara potongan bagi baucer melainkan jika sistem perakaunan yang digunakan mengkehendakinya.

Page 21: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pemberitahuan awamAP 61 (a)Pegawai Pengawal dan Pemungut Wang Awam hendaklah menentukan

supaya orang awam diberitahu dengan sepenuhnya bahawa mereka hendaklah:

(i) Mendapatkan resit rasmi bagi semua wang yang dibayar.(ii) Hanya menerima resit rasmi yang bercetak dan bernomor atau resit

rasmi yang dikeluarkan oleh mesin daftar wang jika mesin daftar wang digunakan, atau resit rasmi yang dijana secara elektronik.

(iii)Bagi pembayaran melalui cek, resit rasmi hanya sah apabila cek ditunaikan oleh bank.

Pemberitahuanbagi maksud ini hendaklah dibuat dalam bahasa yang berkenan dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.

Page 22: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pemberitahuan Awam

AP 61(b)Dalam persekitaran elektronik orang awam

hendaklah diberi pilihan untuk mencetak resit rasmi atau mendapatkan maklumat resit rasmi melalui media elektronik.

Pemberitahuan kepada orang awam bagi maksud ini dalam bahasa yang berkenaan hendaklah disediakan.

Page 23: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kawalan resit

AP 63 (a)(i) Apabila resit rasmi, lesen atau borang akuan terima

yang lain dikeluarkan daripada buku kaunterfoil tiap-tiap seorang pegawai yang menandatangani mana-mana dokumen itu mestilah menurunkan tandatangan ringkasnya pada kaunterfoil itu yang hendaklah mengandungi butir-butir penuh naskhah asalnya termasuk amaun yang diterima dan tarikhnya.

(ii) Jika resit rasmi, lesen atau borang akuan terima yang lain memerlukan penggunaan kertas karbon, sama ada dalam sebuah buku atau dengan mesin daftar wang, kertas karbon dua belah muka hendaklah digunakan.

Page 24: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kawalan ResitAP 63 (b)Apabila resit rasmi, lesen atau borang akuan terima yang lain

dijana secara elektronik, peraturan di perenggan (a) di atas tidaklah dikehendaki sebagai kawalan.

Walau bagaimanapun sistem pengeluaran resit rasmi elektronik yang digunakan hendaklah memenuhi ciri-ciri kawalan tertentu yang ditetapkan.

Antara maklumat kawalan yang perlu diwujudkan ialah kod terimaan, tarikh dan waktu transaksi, kod operator, kod mesin, waktu mula dan akhir, tarikh, jumlah dan cara terimaan, nombor resit rasmi mula hingga akhir serta bilangan dan senarai resit rasmi dibatalkan bagi urus niaga berkenaan.

Page 25: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kawalan Borang Hasil

AP 66 (a)Pegawai yang bertanggungjawab menerima stok

resit rasmi hendaklah memastikan bahawa nombor di dalamnya adalah lengkap dan betul.

Ia hendaklah, jika berkaitan, mencatat dan menandatangani di belakang helai pertama salinan pejabat dalam buku itu satu perakuan dalam bentuk yang berikut:

Page 26: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kawalan Borang Hasil

“Diperiksa oleh saya pada hari ini bertarikh ….. Dan didaati mengandungi …… borang resit rasmi berpendua/berpeniga yang bernombor dengan betul.”

Tandatangan Pemungut: …………………….Nama Penuh Pemungut: …………………….

Page 27: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kawalan Borang Hasil

AP 66 (b) Mana-mana stok yang didapati rosak hendaklah

dikembalikan kepada syarikat percetakan yang dilantik oleh kerajaan beserta laporan

(c) Hanya stok resit yang sebenarnya dikehendaki bagi kegunaan serta merta dikeluarkan mengikut susunan nombor yang betul, jika berkaitan.

(d) Dalam persekitaran elektronik, pemungut bertanggungjawab memastikan kawalan dalaman borang hasil secara elektronik adalah mencukupi.

Page 28: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Semakan resit

TPKPS Bil 5.5 (ix) • Semak helaian• Semak no. siri resit lengkap dan betul• Pengesahan pegawai yang diberi kuasa• Rekod stok buku resit

Page 29: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Daftar Borang Hasil

AP 67Daftar Borang Hasil mengikut bentuk yang

ditetapkan, menunjukkan semua stok Resit Rasmi, lesen dan borang akuan terima lain yang diterima dan dikeluarkan, jika berkaitan, mestilah disenggara oleh tiap-tiap pemungut. Tiap-tiap satu catatan keluaran mestilah ditandatangani oleh pegawai yang kepadanya keluaran itu dibuat atau mengenai keluaran kepada pegawai cawangan mestilah disokong dengan baucar keluaran yang ditanda terima.

Page 30: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Penyimpanan buku resit

AP 68Semua stok lesen dan resit rasmi apabila tidak

digunakan hendaklah disimpan di tempat yang dikunci dengan selamat.

Page 31: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara pengunaan resitAP 70 (a)Resit rasmi mestilah ditulis menggunakan karbon dua

muka oleh pegawai yang menerima wang dalam apa jua bentuk terimaan dan ditandatangani oleh seorang pegawai lain. Pengecualian daripada kaedah ini dibenarkan hanya jika:

(i) Resit rasmi dikeluarkan dengan menggunakan sistem terimaan bermesin atau elektronik yang diluluskan oleh Akauntan Negara atau Pegawai Kewangan Negeri.

(ii)Suatu bayaran tetap ada tercetak pada resit rasmi, lesen atau tiket;

Page 32: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Resit

AP70 (a)(iii) Seseorang pegawai dipertanggungkan dengan

sepatutnya oleh pemungut dengan kewajipan membuat pungutan luar atau pungutan yang seumpamanya dalam keadaan di mana ia mesti bekerja seorang diri dengan syarat penyeliaan rapi dibuat oleh penyelia/ pegwai atasan; atau

(iv) Seorang pegawai lain tidak ada dan kebenaran khusus telah didapati daripada Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri

Page 33: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Resit

AP 60 (ii)Resit rasmi mestilah dikeluarkan pada masa

urusan dibuat dan jika seseorang pembayar hadir sendiri, resit rasmi itu mestilah diserahkan kepadanya. Apabila wang awam diterima melalui pos atau penghantar, resit rasmi baginya mestilah disediakan pada hari itu juga dan dihantar selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya.

Page 34: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Resit

• Pengasingan penggunaan Buku Resit mengikut Kumpulan Wang:– Kerajaan– Suwa– Asrama

Page 35: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara merekod terimaan dan pungutan – peraturan umum

TPKPS Bil. 5.4 (iii)Penerimaan kutipan yuran sekolah daripada murid

hendaklah dikeluarkan resit oleh guru dan dicatat dalam Buku Daftar Kedatangan Murid

TPKPS Bil. 5.4 (iv)Pungutan yang dibuat oleh guru kelas hendaklah

direkodkan dalam Borang Kutipan dan Serahan Guru kepada Pejabat dan diserahkan bersama-sama buku resit kepada pengetua/Guru Besar pada hari yang sama.

Page 36: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Borang dan Rekod

Tindakan Guru Kelas / Tingkatan1.Membuat pungutan dan mengeluarkan resit2.Mengisi Borang Kutipan dan Serahan Guru ke

Pejabat setiap kali serahan dalam dua salinan:a. asal – simpanan Pejabatb. Pendua – diserahkan kepada guru kelas / tingkatan

Page 37: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Borang dan Rekod

Tindakan Pejabat / Pengetua1. Menyemak jumlah murid2. Menyemak nombor resit yang dikeluarkan3. Menyemak jumlah wang yang diterima4. Memastikan ada tandatangan penyerah dan penerima5. Failkan mengikut susunan tarikh dan susunan kelas6. Satu muka surat satu kelas (memudahkan pengesanan)7. Mengisi Borang Daftar Kutipan harian

Page 38: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Daftar Kutipan Harian

1. Mencatat butiran setiap kali urus niaga berlaku

2. Memastikan semua butiran tepat dan betul3. Perakuan penyediaan oleh pembantu tadbir4. Perakuan semakan oleh Penolong Kanan5. Perakuan pengesahan oleh Guru Besar /

Pengetua

Page 39: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Mengakaunkan Terimaan

1. Rekod ke dalam Buku Tunai2. Memasukkan pungutan ke dalam bank pada hari

yang sama jika3. Semua terimaan tanpa mengira jumlah dimasukkan

ke bank pada hari akhir akaun bulan/tahun berkenaan4. Penerimaan cek perlu dikreditkan dalam tempoh

seminggu5. Sediakan slip masuk bank mengikut KWS6. Menyemak slip masuk bank7. Failkan slip masuk bank

Page 40: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Merekod Resit Rasmi ke dalam Buku Tunai / Buku Tunai Elektronik

AP 72Setiap Resit Rasmi mestilah direkodkan ke dalam

buku tunai atau buku tunai elektronik pada hari yang sama. Pengecualian daripada kaedah ini dibenarkan hanya:

(a)Bagi perkara yang termasuk di bawah AP 70(a)(ii), jumlah terimaan mesti direkod pada hujung hari;

(b)Bagi keadaan yang melibatkan pungutan melalui ejen kutipan

Page 41: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Merekod Resit Rasmi ke dalam Buku Tunai / Buku Tunai Elektronik

AP 72(c) Bagi keadaan yang termasuk di bawah AP 70(a)(iii),

jika seseorang pegawai yang membuat pungutan di luar mesti merekodkan pungutan itu dengan seberapa segera bila ia kembali ke ibu pejabat; dan

(d) Bagi keadaan lain, kebenaran khas mestilah diperolehi dari Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri

AP 72ABuku Tunai manual perlu menunjukkan resit rasmi batal.

Perkara ini dikecualikan bagi buku tunai elektronik di mana satu senarai resit rasmi batal disediakan oleh sistem

Page 42: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Memasukkan Pungutan ke dalam Bank

AP 78 (a)Semua pemungut,kecuali pegawai yang menjaga

Perbendaharaan dan Perbendaharaan Kecil yang menerima Wang Awam, sama ada wang tersebut itu perlu diperakaunkan sebagai hasil atau tidak adalah dikehendaki membayar kepada Perbendaharaan atau Perbendaharaan Kecil yang berkenaan pada hari itu juga semua pungutan yang ada dalam tangan atau, di bandar yang terdapat perkhidmatan bank, kepada kredit akaun bank Perbendaharaan atau Perbendaharaan Kecil jika:

Page 43: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Memasukkan Pungutan ke dalam Bank

AP 78 (a)(i)Pungutan wang kertas dan duit syiling melebihi

RM500; atau(ii)Jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit

syiling, cek, wang pos dan kiriman wang) melebihi RM2,000.

Jika wang pungutan lewat diterima, tugas-tugas ini hendaklah dilakukan pada hari yang berikutnya. Walau bagaimanapun pungutan menerusi cek mestilah dibayar masuk tidak lewat dari satu minggu dari tarikh terima.

Page 44: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan Melalui Pos

AP 71(a)Tiap-tiap pegawai yang bertanggungjawab membuka

mel, kecuali jika aturan khas telah diluluskan oleh Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri, hendaklah menyenggara satu daftar bagi maksud merekod teriman wang dan dokumen ataubarang berharga yang diterima melalui pos atau penghantar. Kewajipan ini tidak boleh dijalankan oleh pegawai yang menerima pungutan atau oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi menyediakan Resit Rasmi.

Page 45: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan Melalui Pos• AP 71(b) Semua butir yang berkaitan hendaklah dicatatkan dalam

daftar itu, seperti tarikh terima, nama pengirim, nombor pendaftaran bungkusan, nombor cek, amaun dan perihal dokumen atau barangan serta nombor resit akuan penerimaan bagi wang dan barang-barang berharga.

(c) Pegawai yang bertanggungjawab bagi mengakaunkan butiran itu atau menyimpannya dalam keadaan selamat hendaklah:

(i) memberi tarikh dan no resit rasmi untuk dicatatkan dalam daftar itu; dan

(ii) menurunkan tandatangan ringkas pada rekod yang berkenaan dalam daftar itu.

Page 46: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan Melalui Pos

AP 71(d) Mana-mana pegawai lain yang memegang wang,

dokumen atau barang selepas mel dibuka dan sebelum butiran itu diakaun hendaklah juga menurunkan tandatangan ringkas pada rekod dalam daftar itu.

(e) Daftar itu hendaklah disemak tiap-tiap hari dengan buku tunai atau buku tunai elektronik dan daftar simpananselamat oleh seorang pegawai penyelia.

Page 47: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan Melalui Pos

1. Direkodkan ke dalam daftar terimaan sekolah2. Daftar Mel3. Keluarkan resit kepada pembayar4. Rekod ke dalam Buku Tunai

Page 48: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Terimaan Bayaran Melalui Cek

AP 76 (a)Pemungut boleh, menurut budi bicaranya,

menerima cek sebagai bayaran. Semua cek hendaklah dibuat untuk dibayar kepada jabatan yang berkenaan atau Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri dan di palang “Akaun Penerima Sahaja”. Nombor siri mana-mana cek yang diterima, mestilah dicatatkan pada resit rasmi yang dikeluarkan

*atas nama jawatan (Guru Besar / Pengetua)

Page 49: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Tatacara Penggunaan Wang Awam

AP 85Wang awam yang diterima dan belum

dimasukkan ke dalam akaun bank Kerajaan atau Perbendaharaan atau Perbendaharaan Kecil, tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud jua pun, dan tiada seorang pegawai boleh mendahulukan, meminjamkan atau menukarkan apa-apa wang yang ia bertanggungjawab kepada Kerajaan.

Page 50: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Matawang Asing

AP 77Mata wang asing, yang tidak sah diperlakukan, tidak

boleh diterima sebagai bayaran oleh mana-mana jabatan kerajaan. Sekirnya mata wang asing sampai ke tangan seseorang pegawai perakaunan, wang itu hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan tempatan atau Perbendaharaan Kecil tempatan atau dimasukkan ke dalam akaun bank kerajaan.

*Semua terimaan dalam RM. Mata wang asing tidak boleh diterima di sekolah.

Page 51: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Audit Dalam

• Pemeriksaan Berkala• Pemeriksaan mengejut AP309

Page 52: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Kutipan Yuran Melalui Bank

• Telah digunakan oleh SBP dan SMT• Sekolah harian biasa yang bercadang

mengendalikan sistem ini perlu mendapatkan kelulusan Bahagian Kewangan KPM

• Dapatkan persetujuan bank• Kelulusan bertulis KPM/ PTJ• Slip bayar masuk bank (khas)• Ada persetujuan ibu bapa• Resit dikeluarkan setelah perakuan bank diterima

Page 53: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Pengasingan Tugas

Elakkan daripada meletakkan hanya seorang pegawai untuk melakukan semua kerja:

• Menerima wang• Mengeluarkan resit• Menandatangani resit• Menyelenggara buku tunai• Memasukkan wang ke bank

Page 54: Pengurusan Tunai Dan Hutang

Isu yang timbul berkait dengan terimaan dan pungutan