huraikan bagaimana jangkaan guru boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar

10
Huraikan bagaimana jangkaan guru boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar 1.0 Pengenalan Perbezaan individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara semula jadi. Ia boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah, sistem pendidikan di negara kita cuba membuat pembezaan atau pengaliran tertentu, iaitu khasnya berdasarkan prestasi seseorang pelajar. Pengaliran yang paling ketara sekali di negara kita ialah menempatkan pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain. Manakala di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke kelas-kelas berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan tahunan. Misalnya, selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa jurusan seperti aliran sains, teknikal, agama dan biasa namun di dalam setiap jurusan tersebut juga mengandungi kelas yang terbaik dan kurang baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait rapat dengan anggapan guru terhadap prestasi pelajar secara umumnya. 2.0 Definisi konsep Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah

Upload: cezy-shie

Post on 16-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hcbcv

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

Huraikan bagaimana jangkaan guru boleh mempengaruhi prestasi seseorang

pelajar

1.0 Pengenalan

Perbezaan individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara semula jadi. Ia

boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada kanak-kanak atau

orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah, sistem pendidikan di

negara kita cuba membuat pembezaan atau pengaliran tertentu, iaitu khasnya

berdasarkan prestasi seseorang pelajar. Pengaliran yang paling ketara sekali di

negara kita ialah menempatkan pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit

seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah

Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain.

Manakala di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke kelas-kelas

berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan tahunan. Misalnya,

selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa jurusan seperti aliran sains,

teknikal, agama dan biasa namun di dalam setiap jurusan tersebut juga

mengandungi kelas yang terbaik dan kurang baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait

rapat dengan anggapan guru terhadap prestasi pelajar secara umumnya.

2.0 Definisi konsep

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai suatu

bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan ramalan atau

jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) guru bermaksud pembimbing atau

pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia

merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari semasa

ke semasa.

Prestasi pelajar bermaksud hasil yang telah diperoleh atau dicapai oleh seseorang

pelajar. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada hasrat guru untuk melihat peningkatan

Page 2: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

prestasi pelajar dalam bidang akademik keseluruhannya..

3.0 Jangkaan Guru

Mengikut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau bentuk

pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik darjah

dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan pengaliran,

pengaliran berband (banding) dan pengaliran tersembunyi, pengaliran berset

(setting) dan pengaliran bergred (grading)

Rentetan dari sistem pendidikan yang wujud di negara kita seperti bentuk

pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan telah membawa kesan dan ia

berkait rapat dengan jangkaan guru terhadap prestasi seseorang pelajar di

sekolah.

3.1 Tindakan guru apabila jangkaan prestasi pelajar telah dibuat

3.1.1 Pengaliran Berband (Banding)

Apabila berlakunya situasi yang sedemikian, lazimnya guru akan mengumpulkan

pelajar secara tidak saksama iaitu yang pandai serta lemah, sedikit dan lebih

ramai yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam kelas.

3.1.2 Pengaliran Tersembunyi (Convert)

Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan, tingkah laku dan

latar belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru

yang tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang baru masuk ke

sekolah rendah atau Darjah Satu, guru telah membuat pemilihan berdasarkan

tingkah laku atau pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut

biasanya dikekalkan untuk beberapa tahun.

3.1.3 Pengaliran Berset (Setting)

Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Misalnya

murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan

Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains. Di Malaysia

Page 3: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

pengaliran banyak bermula pada Tingkatan Empat.

3.1.4 Pengaliran Bergred

Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian pelajar dan

bukan berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di

Amerika dan Rusia.

4.0 Implikasi Jangkaan guru Terhadap Prestasi Pelajar

Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967) tentang kebolehan

pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary School Journal

yang bertajuk ' what teacher believe-what children achive'. Mengikut pendapat

beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang menjangkakan pencapaian

sama dengan pelajar perempuan maka menunjukkan ada berlaku peningkatan.

Sebaliknya kalau guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah

dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan

meningkat.

Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak percaya terhadap

jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka boleh mengubahkan tingkah

lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik.

Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman kepada guru-

guru apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah

lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan tidak ada

harapan boleh maju.

Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland mendapati

bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru. Sebagai contoh kalau

guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah laku murid akan menunjukkan

kebaikan walaupun mereka berada di mana-mana pun, dan pendapatnya lagi

bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak baik oleh sebab guru tidak

menaruh harapan yang mereka adalah berkelakuan baik.

Page 4: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

5.0 Perbincangan

Telahan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif kerana dalam hal

ini pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan merasa terpinggir. Mereka

bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang pandai tetapi juga guru-guru yang

berkenaan tidak akan menjangkakan mereka akan menjadi pelajar yang pandai.

Akibatnya kemajuan mereka sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika

pada masa Tingkatan Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot

maka begitulah nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.

5.1 Ciri-ciri jangkaan yang dibuat oleh guru 

i Ada yang tepat dan ada yang tidak tepat.

ii Murid-murid akan menunjukkan pencapaian berdasarkan harapan dan jangkaan

daripada guru.

iii Seandainya jangkaan yang dibuat oleh guru tidak tepat akan menimbulkan

masalah kepada guru kemudiannya.

iv Kebanyakan jangkaan yang dibuat oleh guru adalah lebih tepat jika

dibandingkan dengan masyarakat 

v Jangkaan guru mungkin ada hubung kait dengan jantina.

vi Guru perlu menaruh atau menjangka harapan yang lebih tinggi agar mereka

dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Jangkaan guru ke atas prestasi seseorang pelajar turut memberi kesan kepada

pelajar yang telah ditempatkan di kelas-kelas yang tertentu. Sebagai contoh

pelajar yang diletakkan di kelas aliran sains semestinya dianggap oleh guru

sebagai pelajar yang boleh mencapai keputusan peperiksaan yang

memberangsangkan. Akibat yang timbul dari keadaan ini ialah pelajar mungkin

akan rasa tertekan kerana guru mengharapkan pencapaian yang tinggi.

Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar menjelang peperiksaan

adalah berbeza di mana guru tidak mengharapkan sangat kepada pelajar yang

lemah untuk mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang lemah

merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan dari gurunya sendiri.

Page 5: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan guru terhadap

mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.

6.0 Cadangan

Sebagai seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar di

bawah bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah. Berilah

motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar minat dan prestasi mereka

akan meningkat dari semasa ke semasa.

Untuk mengelakkan anggapan guru terhadap prestasi pelajar menjadi negatif,

guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagai-bagai kebolehan atau

tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar tersebut boleh dikumpulkan

menjadi dua atau kumpulan untuk mata pelajaran yang penting sahaja. Dengan

cara tersebut pelajar yang kurang pandai boleh bersaing dengan yang pandai.

Sementara pelajar yang pandai tidak akan terjejas walau di mana mereka

diletakkan. Untuk itu guru bolehlah membuat latihan di alam kelas yang

mempunyai murid yang berbeza-beza tahap kebolehan.

Stail atau gaya pembelajaran perlu difikirkan juga kerana sesetengah pelajar yang

lemah dapat belajar dengan bersemangat sekiranya mereka dikumpulkan secara

beramai-ramai. Di Amerika Syarikat kaedah Student Team Learning (STL) dan

Cooperative Learning Approaches (CLA) telah dimulakan pada pertengahan tahun

1980-an. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh David dan Roger Johnson (1984),

Elizabeth Cohen (1986), Robert Slavin dan beberapa orang tokoh yang lain.

7.0 Kesimpulan

Sememangnya pencapaian seseorang pelajar di sesebuah sekolah sedikit

sebanyak dipengaruhi oleh jangkaan atau label yang dianggapkan oleh guru.

Walau bagaimanapun sesuatu jangkaan yang dibuat oleh guru tidak semestinya

berlaku seratus peratus kepada pelajar.

Namun begitu, harapan dan anggapan guru juga boleh mempengaruhi prestasi

pelajar. Perbezaan anggapan guru boleh menerangkan sekurang-kurangnya

sebahagian dari kesan iklim sekolah ke atas pencapaian di samping menerangkan

Page 6: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

tentang kesan latar belakang sosioekonomi sesebuah sekolah.

Walaupun ada bukti bahawa beberapa orang guru sekurang-kurangnya

mempunyai jangkaan yang berlainan untuk kumpulan pelajar yang berlainan dan

anggapan ini boleh menghasilkan perbezaan dalam prestasi pelajar. Kebanyakan

dari kajian ini tidak mempunyai reka bentuk yang dapat membantu kita untuk

mengetahui bagaimana anggapan ini berhubung dengan pelajar dan

mempengaruhi kejayaannya. Untuk tujuan ini kita perlu melihat kajian yang

berkaitan secara langsung dengan proses interaksi di bilik darjah.

http://citacita.tripod.com/nota/jangka.htm

4.1 - DIDALAM BILIK DARJAH

Disiplin penting dalam bilik darjah supaya segala matlamat dan objektif sekolah

dapat dicapai dengan lebih berkesan. Sekiranya sempurna pasti menghasilkan

faedah kepada guru. Disiplin yang baik didalam bilik darjah membolehkan

pengajaran dilaksanakan secara teratur dan dilangsungkan dalam suasana tenang.

Apabila peraturan bilik darjah dipatuhi oleh murid, keberkesanan pengajaran-

pembelajaran dapat ditingkatkan. Keadaan sedemikian berlaku kerana murid

mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan ini turut membentuk

keperabadian murid yang baik. (Abdullah Sani Yahya;2006;100)

Keselamatan murid turut dijamin. Murid-murid yang berdisiplin dapat mengurangkan

kemalangan didalam bilik darjah. Melalui disiplin, nilai-nilai murni dapat dipupuk

dikalangan murid, seperti tolong menolong, hormat menghormati, kerjasama dan

sebagainya. Jesteru, ia melahirkan warganegara yang berdisiplin dan berguna..

(Abdullah Sani Yahya;2006;101)

Disiplin bilik darjah yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid.

Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:

1. Pengajaran-pembelajaran dapat dijalankan secara lancar, sistematik serta dalam

suasana yang kondusif dan berkesan.

2. Keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dapat dilangsungkan dalam

suasana yang tenang dan teratur.

Page 7: Huraikan Bagaimana Jangkaan Guru Boleh Mempengaruhi Prestasi Seseorang Pelajar

3. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.

4. Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.

5. Keselamatan murid-murid terjamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan

sekolah.

6. Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan dan

dielakkan.

7. Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Ini

bermakna masa dan tenaga murid dapat dijimatkan.

8. Murid-murid dapat dilatih dan membesar menjadi warganegara yang berdisiplin

dan berguna.

9. Nilai-nilai moral dapat dipujuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang

berdisiplin.

10. Suasana bilik darjah adalah lebih tenang dan mesra. Dalam keadaan seperti ini,

murid-murid bersedia menyertai pengajaran-pembelajaran. Pembelajaran bertambah

lebih bermakna dan menyeronokkan.

Memandangkan kepentingan pengurusan disiplin dalam bilik darjah, kepimpinan

guru perlu bijak dalam menangani masalah tingkah laku atau disiplin dalam bilik

darjah. (Ee Ah Meng:2001:48-49)

http://mrtime7.blogspot.com/2009/05/disiplin-untuk-murid-yang-babal-dari.html