huraikan peranan anda dalam melaksanakan kurikulum prasekolah mengikut falsafah pendidikan...

21

Click here to load reader

Upload: farhan-johar

Post on 28-Nov-2015

302 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Huraikan peranan anda dalam melaksanakan kurikulum prasekolah mengikut Falsafah pendidikan

kebangsaan. Huraian anda mestilah dikaitkan dengan aktivti p&p di sekolah. Anda yang

menggambarkan kefahaman anda tentang memartbatkan FPK.

1.0 Pengenalan

Pendidikan Prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan

kepada seseorang kanak-kanak.Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang

berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,

keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan

formal danpendidikan sepanjang hayat.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang

sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta

perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk

belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun

Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara.

Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta

teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend

pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teorikecerdasan emosi dan konsep e-

pembelajaran.Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model konseptual

kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulukulum, komponen-komponen

kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum,pengurusan

ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid.

Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah disediakan.Kedua-dua dokumen perlu dirujuk

bersama untukmerancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran danpembelajaran prasekolah.

Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulumb ergantung kepada kefahaman dan

penghayatan pelaksana di bilik darjah. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan

kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan

tentang psikologi kanak-kanak,prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat

Page 2: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan latar belakang serta peka terhadap perubahan danperkembangan pendidikan terkini. Justeru,

guru dapatmelaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalanyang bersesuaian

dengan perkembangan murid (ABP).

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak

supaya dapat merangsang pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan

kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum

pendidikan prasekolah memberI fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,

seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yangfleksibeldan suasana pembelajaran yang

selesa, selamat dan ceriadapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan

menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.

2.0 Matlamat Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk

ke sekolahrendah.

3.0 Objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:

i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara

yang patriotik.

ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik danmemperkembangkan kemahiran berbahasa

untuk berkomunikasi.

iii. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah

yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai

bahasa kedua.

Page 3: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;

ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan

keselamatan yang baik.

x. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai

keindahan alam dan warisan budaya.

4.0 Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk

memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh

dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran

pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan

bermakna agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui kurikulum ini kemahiran

literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang

positif pada diri kanak-kanak dipupuk.Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya

menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi

kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular.

Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh

kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran

adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang

Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan

Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Page 4: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan

Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid

terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di

luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan

naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

5.0 Standard Pengajaran Dan Pembelajaran

Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh

guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:

Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan

Tahunan) dan jangka masa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.

Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong

perkembangan murid dalam aspek berikut:

Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat,

tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.

Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid.

Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pembangunan

komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua:

Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap

perkembangan kanak-kanak( developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan

membawa makna kepada murid.

Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard

kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai. (Multiple intelligences)

Page 5: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:

Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah

seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

Standard   Pengajaran   dan   Pembelajaran   Keempat:

Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik

prasekolah.

Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.

Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah.

Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan

updated.

Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.

Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran

.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:

Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan

ibubapa murid.

Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan

ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.

Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan

waris/ibubapa/penjaga murid.

Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-

sekurangnya dua kali setahun.

Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti

Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.

Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran

kepada ibubapa.

Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah

jika perlu.

Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke

rumah.

Page 6: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:

Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas

mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi

nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah

disediakan di sekolah.

Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke

sekolah pendidikan khas jika perlu.

6.0 Peranan guru dalam melaksanakan kurikulum prasekolah mengikut Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Menjadi guru bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati

sejak zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik,

menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan (KPM,1990:157). Pada

asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,

memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak murid. Di samping tugas

tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus (pengelola), pemudah cara (fasilitator),

pembimbing (KPM, 1990:163), pentadbir, inavator dan penilai.

Berikut merupakan peranan guru dalam melaksanakan kurikulum prasekolah mengikut Falsafah

Pendidikan Kebangsaan adalah :

Mentafsir

Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran. Tanpa bahan pelajaran

yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna.Maka pemilihan bahan pelajaran untuk

membentuk sesuatu kurikulum yang berkesan merupakan tugas yang berat dan terpenting. Di antara

kriteria untuk memilih bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum sekolah yang berkesan

ialah :

1. Ditinjau dari perspektif epistemology,bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan prinsip

keseriusan kognitif, iaitu bahan pelajaran yang hendak dipilih hendaklah sah dan tepat sekali

tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan keraguan.

Page 7: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Ditinjau dari perspektif falsafah moral, bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan criteria nilai

moral, iaitu bahan pelajaran yang dipilih hendaklah mengutamakan unsure pendidikan yang

dapat membantu pelajar memupuk nilai moral yang tinggi dan sesuai dengan kehendak

masyarakat.

3. Ditinjau dari perspektif perkembangan psikologi, bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan

disusun mengikut turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak iaitu bahan pelajaran

yang dipilih untuk membentuk sesuatu kurikulum hendaklah distrukturkan daripada senang

kepada sukar, mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan daripada konkrit kepada

abstrak, mengikut sekuen terhadap persekolahan yang sesuai serta system organisasi bahan

tersendiri. Dengan perkataan lain, bahan pelajaran yang dipilih diedit dan disusun berlandaskan

organisasi secara psikologikal, logical dan sistematik iaitu mengikut sekuen dan aturan bahan

yang sesuai.

4. Ditinjau dari perspektif ekonomi dan pragmatisme bahan pelajaran yang dipilih hendaklah

berguna, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat. Dengan kata lain bahan pelajaran

yang mempunyai nilai ekonomi dan praktikal atau berguna, ialah bahan pelajaran yang boleh

membawa faedah untuk kehidupan dalam masyarakat, memanfaatkan pelajar daripada

pemupukan nilai murni dan tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan

kemahiran khasnya teknologi maklumat masa kini.

Penelitian dan Pentafsiran sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran

tertentu.Ia disediakan secara rasmi oleh Pussat Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan

Malaysia. Sukatan pelajaran ini bisanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit

pembelajaran, objektif dan kemahiran yang disususn mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR)

atau tingkatan (dalam kelas KBSM).Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah

Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas menyediakan rancangan

kerjanya.

Untuk menyediakan suatu rancangan kerja yang berkesan, guru haruslah terlebih dahulu

membaca dan mentafsir perkara yang penting seperti objektif, unit pembelajaran, kemahiran, strategi

dan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta bahan sumber yang ditetapkan bagi mata pelajaran

Page 8: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

berkenaan. Sebagai contoh bagi seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu KBSR, dia dikehendaki

memahami objektif pelajaran yang perlu dicapai oleh murid-muridnya. Oleh itu dia hendaklah

memahami objektif pelajaran Bahasa Melayu KBSR seperti yang dihuraikan seperti berikut:

1. Menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan alat

perpaduan rakyat sesuai dengan semangatPrinsip-prinsip Rukun Negara.

2. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam kehidupan

seharian sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan meggunakan bahasa yang sesuai di dalam

berbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan

sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

4. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangan

mereka dan menjadikanpembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan

pengetahuan dan hiburan.

5. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta

memahami dan boleh mengisi boring-borang yang sesuai untuk keperluan seharian.

6. Menggunakan Bahasa Melayu untuk mempelajari hal ehwal manusia dan alam sekelilingnya.

7. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan dan

pengalamannya.

8. Menghargai karangan, korsa dan puisi. Disamping itu guru harus membaca dan membuat

pentafsiran terhadap kemahiran yang hendak di ajarnya dalam keseluruhan tahun untuk

mendapatkan gambaran yang jelas tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun

persekolahan itu.

Page 9: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Merancang

Perancangan kurikulum iaitu persediaan rancangan kerja merupakan suatu program yang disediakan

oleh guru prasekolah berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang akan diajarkan.

Tujuan menyediakan rancanagan kerja ini guru prasekolah boleh melaksanakan program pengajaran

dan pembelajarannya yang berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikut

pemeringkatan yang sesuai.

Biasanya rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancangan kerja penggal, rancangan kerja

mingguan dan rancanagn kerja harian.

1. Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan

tahun. Perkara penting seperti nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif dan tajuk pelajaran

hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan.

2. Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangankerja tahunan. Semasa

menyediakan rancangan kerja penggal, perkara berikut hendaklah dipertimbangkan :

Rancangan kerja penggal harus mengandungi butir-butir penting seperti topik pelajaran,

kemahiran, penerapan nilai serta strategi pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan mengajar penggal harus disediakan sebelum penggal itu dimulakan.

Rancangan kerja itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.

Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar iaitu

pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal pelajar, pengetahuan yang sedia ada

serta kemahiran yang telah dikuasai. Biasanya susunan unit pelajaran dalam buku teks

menjadi pertimbangan asas semasa merancang susunan unit pelajaran dalam buku teks

menjadi pertimbangan asas semasa merancang susunanunit pelajaran untuk rancangan

mengajar penggal.

3. Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan kerja penggal.

Perkara-perkara penting seperti tingkatan, matapelajaran, topik, kemahiran dan penerapan nilai

harus direkodkan rancangan kerja mingguan.

Page 10: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasasarkan rancangan kerja mingguan. Antara

perkara yang harus diertimbangkan semasa menyediakan rancangan kerja harian ialahhari,

tarikh, tingkatan, waktu pengajaran, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Isi

pelajaran haruslah dipilih berdasarkan kepada topik yang disediakan dalam rancangan kerja

mingguan.Manakala objektif pelajaran hendaklah ditentukan berdasarkan kepada kemahiran

yang tercatat dalam rancangan kerja mingguan.

Perancangan Persediaan Mengajar Untuk Pelaksanaan Kurikulum

Dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru prasekolah perlu mengkaji sukatan pelajaran mata pelajaran

bekenaan secara mendalam.Segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan kepada murid-

murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru sendiri. Guru prasekolah kemudian harus menganalisis

bahan pelajaran dan kemudian memilih, memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang

sesuai untuk mencapai objektif pelajaran.

Alat-alat bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif pelajaran jika alat-

alat itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa untuk pelajaran itu perlu dibahagikan secara

berpatutan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan murid-murid secara aktif

serta menjalankan penilaian dan maklum balas.Segala pertimbangan dan perancangan perlu dibuat

dalam bentuk bertulis.

Komponen-komponen Persediaan Mengajar

Pada umumnya persediaan mengajar mengandungi tiga komponen yang penting iaitu persediaan,

penyampaian dan penutup.

1. Persediaan

• Butir-butir am

• Pengetahuan lepas

• Kemahiran

• Objektif pelajaran

• Penggabungjalinan

• Sumber pengajaran-pembelajaran

• Penerapan nilai

Page 11: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Penyampaian

a) Set induksi

b) Perkembangan

• Perkembangan

• Isi pelajaran

• Kemahiran

• Strategi pengajaran

• Pembelajaran

• Penerapan nilai

• Penggunaan sumber

3. Penutup

• Jenis dan cara penutup

• Aktiviti susulan

• Penilaian objektif pelajaran

• Rumusan / Kesimpulan

• Pengubahsuaian

Komponen Persediaan

Komponen persediaan adalah bahagian pertama dalam sesuatu perancangan mengajar. Ia meliputi

perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas, objektif pelajaran, penggabungjalinan,

sumber pengajaran –pembelajaran, kemahiran dan penerapan nilai.

Sebelum mengajar guru harus mengumpulkan maklumat tersebut supaya boleh merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Maklumat-maklumat ini

sangat penting untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai,

memperingkatkan isi pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

kebolehan dan keperluan murid-murid.

Butir-butir am merangkumi aspek-aspek seperti penentuan kelas, waktu, tarikh, bilangan murid,

mata pelajaran dan topik pelajaran. Ini sangat penting bagi guru mengetahui kelas dan topic pelajaran

yang akan diajarnya. Maklumat-maklumat ini membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-

bahan yang sesuai mengikut topic pelajaran serta keperluan kelasnya.

Page 12: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengetahuan lepas biasanya disebut sebagai pengetahuan sedia ada merujuk kepada tahap

pengetahuan kebolehan atau pengalaman yang telah diperolehi oleh murid-murid sebelum sesuatu

pengajaran dimulakan. Pengetahuan lepas adalah penting untuk membolehkan guru :

1. Menetukan objektif pelajaran berdasrkankebolehan murid.

2. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid.

3. Memilih bahan yang sesuai mengikut kebolehan murid.

4. Menghubungkaitkan pengetahuan lepas dengan set induksi.

Kemahiran merupakan aspek yang penting dalam hamper setiap mata pelajaran KBSR dan

KBSM. Kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya adalah diutamakan dalam

sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa dan Matematik. Murid-murid dikehendaki menguasai

kemahiran asas untuk mempelajari bidang-bidang ilmu pengetahuan yang lain. Justeru itu adalah

penting guru menentukan objektif pelajaran berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan

pelajaran yang berkenaan.

Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran supaya

murid-murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pencapaian objektif

pelajaran ini adalah dinilai daripada perubahan tingkah laku murid-murid melalui aktiviti pembelajaran

mereka.Oleh itu objektif pelajaran ini adalah disebutkan sebagai objektif eksplisit.

Pemilihan dan Pemeringkatan Isi Pelajaran

Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran haruslah dipilih berdasarkan

kepada minat dan kebolehan murid. Dengan kata lain isi pelajaran yang disampaikan hendaklah mudah

difahami. Arasnya tidak terlalu tinggi atau terlalu sukar. Walaubagaimanapun murid akan beras bosan

pula sekiranya aras isi pelajaran terlalu mudah dan tidak menarik dan mencabar. Apabila isi pelajaran

telah dipertingkatkan mengikut suatu susunan yang sesuai maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran

boleh dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya isi pelajaran yang terancang murid akan dapat

mengikuti pelajaran mereka langkah demi langkah sehingga mencapai objektif pelajaran dengan

sepenuhnya.

Penentuan Langkah-Langkah Pengajaran Dan Peruntukan Masa

Page 13: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, sistematik dan mengikut

jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang sesuai hendaklah

dikaitkan dengan masa yang diperuntukkan.

Dalam proses merancang sesuatu waktu pelajaran, guru harus mempertingkatkan beberapa

langkah yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang hendak disampaikan dan berapa banyak

masa yang patut diperuntukkan bagi setiap langkah. Pada asasnya di dalam suatu waktu pelajaran

yang memakan masa 30 minit perkara utama yang harus ada komponen penyampaian ialah set induksi,

perkembangan dan penutup.

Pemilihan Strategi Pengajaran – Pembelajaran

Biasanya kaedah mengajar yang digunakan dalam sesuatu pelajaran melibatkan kaedah keseluruhan

kelas, kumpulan, individu, inkuiri-penemuan, projek,prktik,penyelesaian massalah, induktif dan kaeadah

deduktif. Manakala teknik mengajar pula merujuk kepada bercerita, bersyarah, berbincang, bersoal

jawab, demonstrasi, main peranan, sosio-drama, permainan dan stimulasi.

Pemilihan Dan Penggunaan Sumber Pengajaran - Pembelajaran

1. Pada asasnya sumber pengajaran –pembelajaran terdiri daripada tiga kategori utama iaitu :

2. Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber.

3. Bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar untuk digunakan oleh guru semasa mengajar.

4. Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat yang digunakan oleh murid untuk menjalankan

aktiviti pembelajaran.

Mengubahsuai Dan Menilai

Mengikut kamus Randum House College, Inovasi bermakna memperkenalkan sesuatu yang baru,

membawa perubahan terhadap sesuatu benda atau kaedah. Sebenarnya apa sahaja idea, amalan,

kaedah atau teknologi yang dianggap baru oleh individu, kelompok atau masyarakat dikatakan inovasi.

Ini bermakna melalui daya kreatif guru pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar akan dapat

dilakukan untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menarik terutamanya bagi murid-murid

prasekolah ini.

Dalam konteks pendidikan, sebagai penilai, peranan guru merujuk kepada tindakan membuat

pentafsiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara seperti kejituan, keberkesanan,

Page 14: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

kegunaan, penyeluruhan nilai, idea, kerja, penyelesaian, kaedah, bahan dan aktiviti

akandipertimbangkan untuk beberapa tujuan tertentu. Untuk menilai, guru akan menggunakan beberapa

kriteria dan standard tertentu. Penilaian dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat,

berkesan atau memuaskan. Pertimbangan mungkin bersifat sama ada kuantitatif atau kualitatif.

Di samping itu aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan juga boleh diadakan. Biasanya

terdapat dua jenis kesimpulan yang digunakan untuk menutup sesuatu waktu pelajaran iaitu kesimpulan

kognitif dan kesimpulan sosial.Kesimpulan kognitif merujuk kepada membuat rumusan dengan

menghuraikan semula perkara-perkara utama yang telah dipelajari.Manakala kesimpulan sosial merujuk

kepada aktiviti peneguhan dengan memberi pujian atau ulasan terhadap prestasi murid secara lisan

atau bukan lisan.

Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara pemerhatian terhadap aktiviti susulan,

pemeriksaan kerja murid atau melalui satu ujian lisan atau tulisan. Maklumat yang didapati daripada

pentafsiran penilaian itu akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap persediaan

mengajar selanjutnya.

Selain membantu guru mendapatkan maklumat mengenai kemajuan murid, penilaian bertindak

sebagai satu cara memberi ganjaran kepada guru dan murid. Ganjaran bagi guru mungkin didapati

dalam bentuk rasa kepuasan melihat murid mereka berjaya, manakala ganjaran kepada murid pula

berupa pujian, hadiah dan juga motivasi untuk terus berusaha lagi.

Secara keseluruhannya, peranan guru dapat digolongkan kepada tiga bahagian utama iaitu

perancangan, perlaksanaan dan penilaian.Semasa membuat perancangan guru melaksanakan tugas

seperti mendiagnos, menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih kaedah pengajaran,

menyusun aktiviti dan memilih bahan pembelajaran. Perancangan ini akan dilaksanakan oleh guru

dalam bilik darjah dengan peranannya sebagai pengajar, pemudah cara, pembimbing, pentadbir,

perancang, pengelola dan innovator.

6.0 Kesimpulan

Dengan ini program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang

mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu

Page 15: Huraikan Peranan Anda Dalam Melaksanakan Kurikulum Prasekolah Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mengubah diri. Guru-guru prasekolah yang berkualiti akan dapat membentuk murid-murid yang

seimbang dari segi JERIS serta melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga,

masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, jelaslah bahawa guru memainkan peranan yang besar dalam

perlaksanaan kurikulum prasekolah agar seiring dengan Falsafah pendidikan kebangsaan.

Rujukan

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=310&Itemid=473&lang=en

http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/pra/sp_prasekolah.pdf

http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/03/kurikulum-standard-prasekolah.html

http://rosnitayahya.blogspot.com/2010/05/peranan-guru-dalam-pelaksanaan.html