huraikan kedudukan dan sumbangan tokoh
TRANSCRIPT
Kesusasteraan Melayu
Tajuk Kerja Kursus
Huraikan Kedudukan dan Sumbangan Tokoh-tokoh berikut terhadap
perkembangan Kesusasteraan Melayu.
a) Hamzah Fansuri
b) Shahnon Ahmad
~ 1 ~
Kesusasteraan Melayu
Hamzah Fansuri
Biografi
Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad
ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan.
Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel dengan Gosong
Telaga(Aceh Selatan). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu
terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Perbezaan pendapat
menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan
berhijrah serta menetap di Barus.
Ayah Syeikh Hamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh pernah menjadi
gabenor di Kota Sri Banoi. Beliau menggantikan Gabenor Wan Ismail yang berasal dari
Patani, yang telah melepaskan jawatan kerana usianya yang lanjut. Syeikh Ismail Aceh
meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di Phanrang.
Ibubapa Hamzah telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Suasana dan
keadaan ini mendorong beliau hidup terpencil dan berdagang atau mengembara dari
sebuah negeri ke sebuah negeri. Sewaktu mengembara dan berdagang itu, pelbagai
sumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagai-bagai ilmu
dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara ke
pelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat).Sumber lain juga menyatakan
bahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,
~ 2 ~
Kesusasteraan Melayu
India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam
ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain.
Dalam bidang bahasa pula, beliau menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyah
dan fasih dalam pengucapan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagai
bahasa lain seperti bahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah memperlihatkan bentuk
seperti yang digunakan sekarang.
Menurut Muhammad Naguib al-Attas, Hamzah Fansuri diperkirakan meninggal
menjelang tahun 1607, sedangkan L.F Brakel menyebutkan bahwa Hamzah Fansuri
masih sempat hidup hingga tahun 1620.
~ 3 ~
Kesusasteraan Melayu
Kedudukan dan Sumbangan Hamzah Fansuri terhadap perkembangan
Kesusasteraan Melayu.
SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu.
Beliau merupakan penyair Melayu pertama yang mengubah syair-syair bersifat agama.
Hamzah Fansuri adalah seorang yang sangat terkemuka dikalangan orang-orang Melayu
oleh kerana syair-syair dan puisi-puisinya yang menakjubkan.
Syair-syair Hamzah Fansuri yang diketahui tidak kurang 32 untaian.
Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa
Melayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a a pada setiap barisnya. Ciri-
ciri sajaknya yang menonjol di antaranya menjadi puisi Melayu klasik. Pertama,
pemakaian penanda kepengarangan. Kedua, banyak petikan ayat Al-quran, hadis,
pepatah, dan kata-kata Arab. Itu menunjukkan cepatnya proses Islamisasi dalam
penggunaan bahasa, kebudayaan dan sastera Melayu abad ke-16. Ketiga, dalam setiap
bait terakhir syairnya selalu mencantumkan takhallus (nama diri), iaitu nama julukan
yang biasanya didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat ia dibesarkan.
Keempat, terdapat pula tamsil dan citraan-citraan simbolik yang biasa digunakan oleh
penyair-penyair Arab dan Persia dalam melukiskan pengalaman dan gagasannya. Kelima,
kerana paduan yang seimbang antara diksi (pilihan kata), rima dan unsur-unsur puitik
lainnya.
~ 4 ~
Kesusasteraan Melayu
Pengaruh Hamzah Fansuri cepat tersebar di seluruh tempat di Malaysia terutama
melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan selama perantauan ke berbagai
tempat dan melalui karya-karyanya yang tersebar di seluruh Asia Tenggara. Hamzah
Fansuri bukan sahaja seorang ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka tetapi juga
seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangannya sangat besar bagi
perkembangan kebudayaan Islam di Nusantara, khususnya dalam bidang kerohanian,
keilmuan, falsafah, bahasa, dan sastera.
Dalam bidang keilmuan, Hamzah Fansuri telah mempelopori penulisan risalah
tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya
Hamzah Fansuri muncul, masyarakat Melayu mempelajari masalah-masalah agama,
tasawuf, dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi. Dalam
bidang sastera, Hamzah Fansuri mempelopori pula penulisan puisi-puisi Islam bercorak
kesufian, mistik,metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan dengan penciptanya
dan manusia seluruhnya. Kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh
penyair lain yang sezaman atau selepasnya. Mereka menerapkan bentuk puisi moden
dalm karya-karya mereka, namun mereka tidak terlepas daripada pengaruh sastera Islam
yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri. Dalam bidang kesusasteraan pula, beliau ialah
orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris dengan skema sajak
akhir a a a a seperti sebelumnya. Dilihat dari strukturnya, syair yang diperkenalkan oleh
Hamzah Fansuri seolah-olah merupakan perpaduan antara sajak Parsi dengan pantun
Melayu.
~ 5 ~
Kesusasteraan Melayu
Hamzah Fansuri juga telah berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan estetika
Melayu. Pengaruh itu masih dapat diamati sehingga sekarang, seperti dalam karya
penyair Pujangga Baru, sasterawan angkatan 70-an dan sebagainya. Bidang kebahasaan,
Hamzah Fansuri telah memberikan beberapa sumbangan. Pertama, sebagai penulis
pertama kitab keilmuan dalam bahasa Melayu, beliau berhasil mengangkat bahasa
Melayu menjadi bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang hebat. Oleh sebab itu,
kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat
penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain pada waktu itu. Pada sekitar
abad ke-17, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kepada pelbagai lembaga
pendidikan Islam, bahkan digunakan pula oleh Pemerintah Hindia Belanda sebagai
bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah pemerintah. Itulah yang
telah memberikan peluang besar terhadap bahasa Melayu bukan sahaja untuk
berkembang maju tetapi juga untuk dipilih dan ditetapkan menjadi bahasa persatuan dan
kebangsaan.
Sumbangan dan pemikiran selanjutnya mengenai kebahasaan dapat dibaca dalam
syair-syair dan risalah-risalah tasawuf Hamzah Fansuri, sangat besar jasanya dalam
proses Islamisasi bahasa Melayu. Islamisasi bahasa sama saja dengan Islamisasi
pemikiran dan kebudayaan. Syair-syairnya bukan sahaja memperkaya perbendaharaan
kata bahasa Melayu tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagai
bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Karya-karya sufisme dalam bentuk syair telah
mengubah perspektif dan fungsi sastera ini. Beliau telah memperkenalkan satu dimensi
baru untuk memahami kehidupan dan keindahan. Melalui hasil karangannya, dijelaskan
~ 6 ~
Kesusasteraan Melayu
mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari
Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan
pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf
dan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang
menggunakan syair dalam tulisan agama.
Hamzah telah memperkenalkan suatu dimensi baru untuk memahami kehidupan
dan keindahan. Karya-karyanya memacarkan kesatuan estetika, kepaduan, keutuhan dan
kesejagatan yang membentuk perubahan dan pembangunan dalam sastera Melayu.
Sesungguhnya, Hamzah melalui pengalaman peribadi dan dirinya sebagai fokus telah
menukar konsep sastera, kepengarangan dan konsep diri. Paling penting beliau telah
mengungkapkan perubahan dari segi persepsi kehidupan dunia Melayu. Hamzah
memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesusasteraan Melayu dan Nusantara.
Hasilan karyanya mengandungi benih-benih inovasi yang kemudiannya di warisi oleh
pengarang Melayu seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan Salleh Perang. Hamzah
berjaya memadukan semua unsur-unsur inovasi tersebut dengan indah dan berkesan.
Oleh itu, pembaharuan yang di bawa oleh Hamzah dianggap menjangkau zaman dan
generasinya sehingga unsur pembaharuan dan nilai moden berjaya ditonjolkan.
~ 7 ~
Kesusasteraan Melayu
Karya Hamzah Fansuri
Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).
Syair Si Burung Pingai
Syair Si Burung Pungguk
Syair Sidang Fakir
Syair Dagang
Syair Perahu
~ 8 ~
Kesusasteraan Melayu
Shahnon Ahmad
Biografi
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung
Banggol Derdap, Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia. Beliau mendapat gelaran
Sasterawan Negara yang dianugerahkan pada tahun 1982 dan merupakan seorang
Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Shahnon juga merupakan
bekas Ahli Parlimen dan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum
Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang.
Ayah beliau merupakan seorang posmen, bernama Haji Ahmad bin Haji Abu
Bakar yang berasal dari Medan, Sumatera, dan meninggal dunia pada tahun 1981. Haji
Ahmad telah mengembara sewaktu mudanya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon
serta menetap di Sik. Haji Ahmad pernah menjadi perisik di era Perang Dunia Kedua
~ 9 ~
Kesusasteraan Melayu
kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan
pihak Jepun.
Ibu Shahnon, Hajah Kelsum binti Haji Mohd Saman, berasal dari kampong
Poseng, Pattani, Thailand. Dia merupakan generasi kedua daripada keturunan Pattani
yang berpindah dan bermastautin di Kampung Banggul Derdap. Semua penduduk di
kampung itu adalah kaum keluarganya sendiri. Seperti juga kaum keluarganya, Mak
Kelsum bekerja sebagai petani di sawah pusaka tinggalan bapanya.
Dato’ Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada
tahun 1941. Setelah lulus Darjah V (1946), beliau menuntut pula di Maktab Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar sejak dari tahun 1947 hingga 1953. Pada tahun 1954, Shahnon bekerja
sebagai guru dan bertugas di Grammer English School di Kuala Terengganu. Dari tahun
1955 hingga 1956 beliau mendapat latihan sebagai Pegawai askar Melayu Di Raja, Port
Dickson, Negeri Sembilan. Oleh kerana tidak berkelayakan, beliau kembali bertugas
sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar,
Kedah(1957-1959).
Kehidupan Shahnon dapat dibahagikan kepada tiga zaman yang mempengaruhi
bakatnya sebagai penulis kreatif. Suasana zaman ini telah menjadi acuan untuk
menerbitkan karya-karya seninya. Zaman ini dikategorikan kepada zaman kanak-kanak,
zaman remaja dan zaman dewasa. Pada zaman kanak-kanaknya, Shahnon menjalani
penghidupannya di Kampung Derdap. Shahnon dikenali sebagai kanak-kanak yang
pendiam, pemalu dan tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Aktiviti yang sering
~ 10 ~
Kesusasteraan Melayu
dilakukan adalah mengikut ibunya ke sawah setiap hari. Semasa memasuki tahun
persekolahan di Sekolah Melayu Sik, Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana
persekolahan yang penuh dengan keriuhan, perlumbaan dan cabaran.
Pada zaman remajanya, Shahnon bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid yang
merupakan tempat yang berlainan sekali dengan suasana di kampung atau sekolah
asalnya. Di sini, beliau bertemu lagi dengan mereka yang pelbagai kaum dan dari
beberapa daerah di seluruh Kedah. Pada zaman persekolahan ini, Shahnon tidak
menunjukkan kecenderungan pada kesusasteraan, tetapi lebih suka berlawak jenaka
sahaja. Perwatakannya sebagai orang yang datang dari ‘hulu ‘ dan cara bertuturnya pelat
Pattani menjadi bahan ketawa dan sindiran rakan sekolahnya. Secara psikologi, ejekan
dan sindiran itu menambahkan keyakinan diri, dan apabila hal itu sudah menjadi sebati,
ini dijadikan pula sebagai bahan jenakanya.
Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai
pegawai penyelidik di Australian National University (ANU). Beliau mengambil
kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda
pada tahun 1971. Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan
berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974. Di sinilah
beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik
menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979. Mulai Jun
1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun
~ 11 ~
Kesusasteraan Melayu
1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian
Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.
Kedudukan dan Sumbangan Shahnon Ahmad terhadap perkembangan
Kesusasteraan Melayu.
HAHNON Ahmad seorang pengarang tidak payah diperkenalkan lagi, kerana
namanya sudah begitu terkenal dalam alam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja
terkenal kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau novelnya Ranjau
Sepanjang Jalan dan Rentong pernah menjadi teks sekolah menengah pada peringkat sijil
persekolahan. Beliau juga merupakan dekan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di
Universiti Sains Malaysia. Shahnon adalah seorang penulis berbakat, serius dan
mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya
untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa
~ 12 ~
Kesusasteraan Melayu
mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam
fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan
falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.
Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10
tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah
seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di
dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya
Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik,
ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Ini merupakan salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran
membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan
alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan
kekuatan manusia lainnya.
Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis
yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan
tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan
terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Walaupun Shahnon telah meneroka
hampir kesemua bidang penulisan, tetapi beliau mengaku bahawa menulis puisi dan
drama dirasakannya amat canggung. Kekuatan beliau ternyata terletak dalam penulisan
cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan. Daripada
riwayat hidup Shahnon, kita sekali gus dapat mengenal latar belakang novel-novel yang
~ 13 ~
Kesusasteraan Melayu
dihasilkannya. Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan
pembangunan, ini dapat dilihat melalui novel Rentong. Shahnon Ahmad melahirkan
simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya
Banggul Derdap. Terdapat kepadatan teknik dan isi yang baik dalam beberapa buah
novelnya dan pembaca dapat merasakan keharuan daripada konflik-konflik yang dilalui
oleh watak-watak seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.
Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan
imaginasinya sebagai seniman yang berhasil menangkap segala konflik jiwa orang
kampung. Beliau melihat orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk
mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah
Azzawajalla. Segala musuh tanaman mereka datangnya daripada Allah dan kepada Allah
jugalah mereka meminta perlindungan.
Dalam pada itu, Shahnon ada juga mengetengahkan tema-tema berat, ketuhanan
seperti dalam Protes dan soal politik orang Melayu dalam Menteri dan Perdana. Apa
yang ketara dalam setiap karyanya ialah penggunaan gaya bahasa dan teknik penulisan
yang bersahaja. Beliau banyak menggunakan perbandingan-perbandingan yang asli,
kata-kata loghat Kedah dan perulangan ayat supaya dapat meninggalkan kesan. Kata-
kata itu dipilih demikian rupa hingga dapat menggambarkan suasana dan mood cerita
dalam diri pembaca. Pada tahun 1973, terbit sebuah lagi novel Shahnon berjudul
Serengenge. Pihak Panel Hadiah Karya Sastera telah memilih novel ini sebagai novel
terbaik untuk tahun 1973. Srengenge memperlihatkan suatu usaha mencari sintesis antara
~ 14 ~
Kesusasteraan Melayu
kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Selain itu, teknik pemindahan dan
dengan ilmu psikologi moden.
Perhubungan gender sering membawa persoalan konflik, persoalan kuasa dan
persoalan kedudukan serta peranan lelaki dan wanita dalam ruang domestik mahupun
ruang public. Namun, aspek perhubungan gender dalam karya-karya Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad belum pernah mendapat perhatian khusus daripada sarjana dan pengkaji
sastera, sebaliknya mereka lebih gemar melihat karya-karya beliau daripada perspektif
sosial, ekonomi, politik dan agama. Selain itu, teknik pemindahan dan pertukaran sudut
pandangan daripada satu watak kepada satu watak yang lain untuk melukiskan peristiwa-
peristiwa yang berlaku secara imbas kembali merupakan suatu pembaharuan yang cuba
dilakukan oleh Shahnon. Pada tahun 1985, lahir pula novel Shahnon yang terbaru
berjudul Al-Shiqaq I.
Dalam bidang cerpen, beberapa buah karya Shahnon telah dipilih memenangi
Hadiah Karya Sastera. Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen
persendirian beliau telah diterbitkan iaitu Anjing-anjing, Debu Merah, dan Selesai Sudah.
Di samping itu, cerpen Shahnon juga telah diterbitkan dalam beberapa antologi
bersama.Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel
Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana
Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982, Shahnon telah dianugerahi pula Anugerah
Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula sebagai
Panel Hakim Hadiah Karya Sastera.
~ 15 ~
Kesusasteraan Melayu
Shahnon merupakan sasterawan yang berkarya tentang keperihalan manusia yang
direncam, diolah dalam gaya yang berseni dan mengandungi moral yang tersirat supaya
kesan yang diperoleh adalah untuk membangunkan pembaca, bukan meruntuhkannya.
Karya Shahnon Ahmad
Anjing-anjing, 1964
Debu merah, 1965
Rentong ,1965
Terdedah (1965)
Ranjau Sepanjang Jalan ,1966
Protes, 1967
Perdana, 1969
~ 16 ~
Kesusasteraan Melayu
Srengenge (1973)
Sampah, 1974
Menteri, 1976
Kemelut, 1977
Selasai sudah, 1977
Seluang menolak Baung, 1978
Penglibatan dalam puisi, 1978
Gubahan novel, 1979
Kesusasteraan dan etika Islam, 1981
Al-syiqaq, 1985
Tok Guru, 1988
Sutan Baginda (1989)
Ummi dan Abang Syeikhul, 1992
Pongang sastera: gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak, 1995
Shit@Pukimak (April 1999)
Maha Maha (1999)
~ 17 ~
Kesusasteraan Melayu
Nurul Anak Papaku (1999)
Muntah (Jun 2000)
Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003
Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)
Kesimpulan
Hamzah Fansuri dapat digolongkan kepada peringkat awal dalam menghasilkan
karya puisi dan sastera dalam bahasa Melayu, sangat menonjol terutama sekali dalam
sektor sufi. Kemasyurannya lebih terserlah selepas kontroversi yang dilemparkan oleh
orang-orang yang tidak sependapat dengan beliau, berlanjutan sehingga kini karya-karya
Hamzah Fansuri selalu dibicarakan dalam forum-forum ilmiah.
Shahnon adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam
berkarya. Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang
~ 18 ~
Kesusasteraan Melayu
banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shahnon mula berminat menukar pokok persoalan
penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang
menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan.
Bibliografi
Hamzah Fansuri
A. Hasjmy, 1976. Rubai Hamzah Fansuri, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah, 1988. Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Annas Haji Ahmad, 1988. Sastera Melayu Lama dan Baru (Edisi Baru), Petaling Jaya:
~ 19 ~
Kesusasteraan Melayu
Masa Enterprise.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamzah_Fansuri
Shahnon Ahmad
Hamzah Hamdani, Zeti Aktar Jaffar, 2007. Shahnon Ahmad dalam Esei dan Kritikan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, 1974. Sastera dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi.
Mohd Fadhil Ismail, 1995. Kajian Ekstrinsik & Intrinsik Debu Merah STPM, Kajang:
Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd.
Ooi Eng Lye, 2005. Novel Terpilih Shahnon Ahmad Satu Kajian Pendekatan Gender,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Shahnon Ahmad
~ 20 ~