huraian ringkas hukum akal, adat dan sya`ra (new update)

Upload: lukman

Post on 07-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    1/19

    1. DEFINISI HUKUM ADAT, AKAL DAN SYARA 1

    Hukum bagi sesuatu perkara adalah TETAP yakni tidak akan berubah sehinggahari kiamat. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat, perkataan yang terkeluar

    daripada landasan 3 hukum itu merupakan perkataan thoghut (syaitan).2

    Seseorang yang belum mengetahui perbezaan antara hukum adat, akal dansyara sebenarnya belum mengetahui 100% terhadap apa yang diucapkannya, belum mengetahui 100% terhadap apa yang diiktikadkannya dan belum mengetahui100% terhadap apa yang dilakukannya , Supaya JELAS, kita fikirkan 5 contohpermasalahan seperti berikut :

    Masalah 1 : Seorang lelaki bernama A membeli sebuah rumah hasil titikpeluhnya sendiri. Selepas semua proses pembelian selesai, dia memperoleh surat hakmilik atas namanya sendiri. Seorang lelaki lain bernama B telah datang dan mendakwarumah itu BUKAN milik A tetapi milik Allah . Mereka telah berbalah menyatakanmasing-masing dipihak yang benar. Mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikanoleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan oleh pihak berwajib yang SAHmenjadi pemilik rumah tersebut? Siapakah yang diistiharkan benar menurut hukumsyara?

    Masalah ke-2 : Dua orang lelaki bernama A dan B dsedang makan tengahari.Setelah kenyang merekapun duduk sambil bersembang-sembang. Lelaki A berkatanasi yang mereka makan telah menyebabkan dia kenyang. Lelaki B mendakwa,bukan nasi yang mengenyangkan tetapi Allah yang mengenyangkan. Mereka berbalahlagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetujupermasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkanbenar menurut hukum syara?

    Masalah 3 : Pada suatu hari, lelaki A dan lelaki B terpandang 2 keluarga sedangmemasang khemah masing-masing di tepi pantai. Semua ahli keluarga 1, beragamaIslam berpakaian menutup aurat. Semua ahli keluarga 2, bukan beragama Islam, lelakidan perempuan berseluar pendek dan berbaju-T yang menampakkan aurat. Lelaki A

    berkata status dua pasang ibu-ayah dalam keluarga itu adalah SUAMI ISTERI .Le laki B tidak setuju dengan pendapat lelaki A. Dia berkata hanya status ibu -ayahkeluarga 1, sahaja sebagai suami isteri. Status ibu-ayah dalam keluarga 2, bukan suami isteri. Mereka berbalah lagi menyatakan masing -masing dipihak yang benar.Sekali lagi mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib.Siapakah yang akan diistiharkan benar menurut hukum syara?

    1 Terdapat perbezaan dan persamaan antara istilah adat, pada adat, hukum adat, akal, pada akal, hukum akal, syara, pada syara dan hukum syara . Fahamkan perbezaan dan persamaannya.2 Banyak dalilnya di dalam al-Quran Rujuk surah 4 : 60

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    2/19

    Masalah 4 : Pada suatu pagi, sedang lelaki A dan lelaki B menonton rancanganlawak jenaka di kaca TV, mereka mendengar seorang pelakon berkata, NIAT untukmandi hadas atau membuang hadas besar TIDAK WAJIB pada zaman sekarang,kerana sudah ada sabun mandi. Dulu, niat tu wajib supaya badan kita SUCI.Zaman sekarang, sudah ada sabun. Sebab itu niat tidak perlu lagi. Lelaki Abersetuju dengan pendapat pelakon tersebut. Lelaki B tidak setuju. Mereka berbalahlagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetujupermasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkanbenar menurut huk um syara?

    Masalah 5 : Pada suatu majlis, lelaki A menjadi penceramah. Lelaki B menjadipengerusi. Pada ucapan penutup, si A berkata dihadapan hadirin bahawa semua yangbaik-baik itu adalah daripada Allah dan semua yang tidak baik itu adalah daripadakelemahan dirinya sendiri. Selepas tamat, lelaki B yang memprotes kata-kata lelaki A.

    Lelaki B berkata, yang baik dan buruk itu daripada Allah . Mereka berbalah lagimenyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetujupermasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkanbenar menurut hukum syara?

    Permasaalahan itu hanya dapat dirungkai apabila kedua-dua pihak iaitu yangberkata dan yang mendengar telah faham dengan JELAS perbezaan antara 3 hukumitu. Seseorang yang masih belum tahkiq perbezaan antara 3 hukum itu, tidak akandapat menerangkan jawapannya secara jelas. Penyelesaiannya seperti berikut :

    Penyelesaian masalah 1 : Berdasarkan hukum adat dan hukum syara rumahitu adalah milik lelaki A. Dikatakan milik A menurut hukum adat kerana rumah itu dibeliatas hasil titik peluhnya sendiri. Dikatakan miliknya menurut hukum syara keranaQuran menyuruh umat mencari rezeki dan megiktiraf pemilikan secara individu.Sekalian alam ini milik Allah menurut hukum akal. Justeru rumah itu dikatakan milikAllah hanya menurut hukum akal.

    Rumah itu milik Allah dari sudut hukum akal. Oleh sebab itu, hujjah lelaki Bhanya benar dari sudut hukum akal. Keputusan muktamat setiap suatupermasalahan mestilah dilihat dari sudut H UKUM SYARA SAHAJA , bukan hukumadat atau hukum akal. Justeru pihak BERWAJIB AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA,DARI SUDUT HUKUM SYARA, RUMAH ITU ADALAH MILIK LELAKI A (tetapiBUKAN menafikan milik Allah kerana berlainan hukum).

    Penyelesaian masalah 2 : Berdasarkan hukum adat yang mengenyangkanlelaki itu adalah nasi yang dimakan. Dari sudut hakikat syara (atau syariat batin) dandari sudut hukum akal, semua makanan termasuk nasi tidak mengenyangkan yaknitidak memberi bekas, hanya Allah yang mengenyangkan hanya Allah yang memberibekas. Justeru perkataan lelaki A hanya benar menurut hukum adat.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    3/19

    Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudutHUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat atau hukum akal. Justeru pihakBERWAJIB AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA, DARI SUDUT HAKIKAT SYARA, ALLAH YANG MENGENYANGKAN (tetapi BUKAN menafikan nasimengenyangkan kerana berlainan hukum).

    Penyelesaian masalah 3 : Berdasarkan hukum adat kedua-dua pasang ibu-ayah itu adalah suami isteri kerana pernikahan mereka menurut undang-undangnegara. Berdasarkan hukum syara HANYA pasang ibu -ayah keluarga Islam sahajayang diiktiraf sebagai suami isteri kerana pernikahan mereka adalah menurut syaratdan rukun nikah dalam Islam. Pasang ibu-ayah keluarga bukan Islam bernikah tidakmenurut syarat dan rukun nikah dalam Islam. Oleh sebab itu, mereka tidaklah dianggapsuami isteri menurut syara. Mereka hanya suami isteri menurut hukum adat.

    Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudutHUKUM SYARA SAHAJ A, bukan hukum adat. Justeru pihak berwajib AKANMEMUTUSKAN BAHAWA , DARI SUDUT SYARA, HANYA IBU-AYAH KELUARGA 1YANG DIANGGAP BERSTATUS SUAMI ISTERI (tetapi BUKAN menafikan statusmenurut hukum adat kerana berlainan hukum).

    Penyelesaian masalah 4 : Berdasarkan hukum adat, sesiapa sahaja yangmandi dengan bersih walaupun tanpa sabun dikira SUCI pada adat. Peraturan berniatuntuk membuang hadas besar adalah perintah Allah bukan perintah manusia. Perintah

    Allah itu adalah berdasarkan hukum syara. Bersih pada zahir adalah menurut hukumadat. Jika seseorang yang berhadas besar ingin bersuci, maka dia wajib berniat.Seandainya dia TIDAK berniat, walaupun ia mandi berjam-jam, memakai sabunsehingga 10 kali dan kelihatan amat-amat BERSIH pada zahir yakni pada adat,tubuhnya tetap KOTOR pada syara.

    Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudutHUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat. Justeru pihak berwajib AKANMEMUTUSKAN BAHAWA , DARI SUDUT SYARA seseorang itu tetap KOTORyakni berhadas besar kerana mandi tanpa niat. (tetapi BUKAN menafikankebersihannya menurut hukum adat kerana berlainan hukum).

    Penyelesaian masalah 5 : Berdasarkan hukum adat dan syariat zahir (hukumsyara) semua yang baik dan buruk adalah perbuatan sendiri atas pilihan sendiri,Menurut hukum adat, semua perbuatan baik dan buruk dikata atas pilihan sendirikerana setiap manusia yang berakal bebas memilih dan melakukan apa sahaja danmasing-masing bertanggungjawab atas perbuatannya.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    4/19

    Menurut hukum syara pula d alilnya lihat dalam Quran surah ar-Rum ayatke 44-45. Yang ertinya : barang siapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (neraka atas) kekafirannya. Barang siapa yang beramal soleh maka (syurga) untuk dirinya .

    Berdasarkan hukum akal pula, semua yang baik dan buruk adalah perbuatanAllah semata-mata yakni hanya Allah yang menjadikannya kerana mustahil perkarayang baik dan yang buruk dijadikan oleh tuhan yang berlainan. Perkataan ini bukanbermakna menafikan hukum adat dan bukan menafikan huk um syara. Dalilnya dalamQuran ialah ayat ke-96 surah as- Shaafaat yang maksudnya : Allah Taala yang MENJADIKAN KAMU dan semua PERBUATAN kamu . Ayat itu membawa maksudhanya Allah yang menjadikan semua manusia samada yang kafir atau yang Islam danhanya Allah yang menjadikan semua perbuatan manusia samada yang baik ataupun

    jahat. Bukannya berbeza tuhan yang menjadikan orang kafir dan Islam dan bukannya

    berbeza tuhan yang menjadikan perbuatan yang baik dan yang jahat.

    Oleh itu, perkataan lelaki B hanyalah benar menurut hukum akal dan bercanggahden gan ayat Quran. Apakah ayat Quran yang berkaitan? Apakah keputusan pihakberwajib? Siapakah yang benar? Kenapa benar? Siapakah yang mungkin salah?Kenapa salah? Jawapannya diserahkan kepada pembaca dan akan dinyatakanpada buku yang akan datang. InsyaALLAH.

    Itulah sedikit contoh dan penerangan ringkas yang mungkin dapat menerangkanserba sedikit persoalan yang sering timbul dalam masyarakat kerana tidak tahkiq

    perbezaan antara 3 hukum. Untuk memahaminya lebih lanjut, teruskan membacahuraian yang menerangkan hukum adat, akal dan syara seperti berikut.

    Adat bermaksud, sunnah alam (seperti air bergerak dari tempat tinggi ke tempat rendah), peraturan yang dicipta oleh manusia, pendapat pancaindera dan fitrah manusia yang timbul daripada pendapat pancaindera. Rujuk surah 17 : 49.Menurut syara, orang yang berpegang kepada hukum adat semata -mata, hukumnyaKAFIR. Dalilnya lihat pada surah al- Isra : 98 . Orang yang berpegang kepadapancaindera semata-mata, iaitu yang menafikan hukum syarak atau akal, adalah kafir.

    Menurut hukum adat, yakni menurut pancaindera, tidak ada Tuhan, tidak adadosa dan pahala. Tuhan, hanya ada menurut akal dan syara. Dosa dan pahala pulahanya ada menurut hukum syara. Begitu juga ten tang alam ghaib. Menurut hukumadat, tidak ada siksa kubur, tidak ada syurga neraka, tidak ada malaikat dansebagainya yang diistilahkan perkara ghaib menurut syara. Pancaindera tidak pernahmelihat semua perkara itu. Semuanya itu WAJIB dipercayai menurut hukum syara.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    5/19

    Justeru itu, berpegang kepada hukum adat semata-mata bermakna, menafikanhukum syara. Menafikan hukum syara adalah dosa besar (kafir). Dalil kedua, lihatsurah al- Anaam : 29 . Dalil yang menunjukkan ada 3 jenis hukum iaitu hukum adat,syara dan akal ialah pada surah al-Balad, ayat 8 10 :

    Bukankah Kami telah memberikan kepadanya 2 mata, 2 lidah dan 2 bibir? Dan Kami tunjukkan kepadanya 2 jalan .3

    Ayat di atas menyebut 2 mata, 2 lidah, 2 bibir dan 2 jalan. Dari mana datangnya 3 jenis hukum? Hukum yang pertama terbit daripada, pendapat pancaindera.

    Orang yang mengikut pancaindera dan fitrah semata-mata, dikatakan mengikuthukum adat. Hukum kedua terbit daripada, ajaran al-Quran. Orang yang mengikutal-Quran semata-mata, dikataka n mengikut hukum syara. Hukum ketiga terbit

    daripada, pendapat akal tentang pencipta pancaindera, alam semesta dan yangmenurunkan al- Quran. Memikirkan segala yang dicapai oleh pancainderanya danmengaku bahawasanya, mustahil pencipta mempunyai persa maan dengan yang dicipta-Nya iaitu alam semesta .

    Orang yang mengikut pendapat akal ini, dikatakan mengikut hukum akal. Secararingkasnya, ketiga-tiga hukum itu dinyatakan seperti berikut :

    Hukum adat : Orang yang mengikut jalan ke neraka, iaitu bersuka-suka dengan nikmat dunia semata-mata.

    Hukum syara : Orang yang mengikut jalan ke syurga, iaitu yang menggunakan nikmat dunia pada jalan Allah.

    Hukum akal : Orang yang menggunakan akalnya untuk mentahkiqkan pengenal kepada Allah yang disebutkan di dalam al-Quran .

    Dalam erti kata lain, berpegang kepada pendapat pancaindera (sunnah alam)semata-mata, adalah berpegang kepada hukum adat. Sesungguhnya, ilmu setiapmukallaf wajib kepada Allah, yakni hatinya TIDAK pernah lalai daripada mengingat

    Allah.4

    Menurut al- Quran, t iada yang berpegang kepada hukum adat semata-matamelainkan orang kafir. 5 Berpegang kepada al- Quran dan hadith semata -mata adalahberpegang kepada hukum syara. Jika taklid pada mengenal Allah, mereka itulah orangyang Islam pada zahirnya. Sesiapa yang berpegang kepada al- Quran, Hadith danHukum Akal, mereka itulah orang yang pada hakikatnya Islam lagi Mukmin.

    3 Banyak ayat al- Quran yang menunjukkan bahawa, ada 3 jenis hukum itu adat, akal dan syara. 4 Dalilnya, firman dalam surah Ali Imron ayat 102, yang bermaksud : JANGAN kamu m ati melainkan dalam

    Islam :5 Lihat dalilnya pada surah al- Isra ayat ke 49.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    6/19

    1.1 PERHUBUNGAN ANTARA ADAT, PADA ADAT DAN HUKUM ADAT 6

    Skop adat ke hukum adatsemakin kecil. Setiap perkataanPada Adat TIDAK BERMAKNA

    menurut Hukum Adat. Tetapisetiap perkataan Pada HukumAdat BERMAKNA Pada Adat.

    1.2 PERHUBUNGAN ANTARA AKAL, PADA AKAL DAN HUKUM AKAL

    Akal = Logik Contoh pada akal BUKAN hukum akal :akal BUKAN Allah Taala kuasa menghidupkannya hukum manusia sehingga beribu-ribu tahun.Akal. Pada akal Contoh pada akal dan hukum akal : adalah hal Mustahil Allah Taala bersifat sepertikeTUHANan makhluk.semata-mata.

    1.3 PERHUBUNGAN ANTARA SYARA`, PADA SYARA` DAN HUKUM SYARA` Skop syara ke hukum syarasemakin kecil. Setiap perkataan Pada Syara TIDAK BERMAKNA menurut HukumSyara. Tetapi setiap perkataan

    Pada Hukum Syara BERMAKNAPada Syara.

    1.1.1 MAKNA RINGKAS HUKUM ADAT

    Datangnya daripada segala yang baharu yang didapati atau dicapai olehpancaindera. Timbangannya (yakni yang memikirkannya ialah) akal kita,hantarannya kepada yang baharu. HUKUM ADAT 3 BAHAGI.

    1) WAJIB 7 iaitu mengambil tempat dan lainnya daripada segala yangmembawa mudharat disebabkan ketiadaannya. Wajib pada adat terbahagikepada 2 iaitu suruh dan tegah . Suruh terbahagi 3. Tegah terbahagi 3.

    Suruh 1 : mesti (wajib pada adat) mengikut fitrah, menggunakanpancaindera untuk berfikir. 8

    6 Digambarkan sebagai set dalam pelajaran matematik.7 Makna wajib disini ialah semua makhluk memerlukan TEMPAT. Yang kecil-kecil hinggalah yang besar-besarWAJIB BERTEMPAT. Semuanya bertempat di tempat yang sesuai di alam semesta. Rujuk surah 37 : 16 yangmenerangkan, orang yang berpegang kepada hukum adat.

    Akal

    Pada Akal

    HukumAkal

    Syara`

    Pada Syara`

    HukumSyara`

    Adat

    Pada Adat

    HukumAdat

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    7/19

    Suruh 2 : mesti (wajib pada adat) menerima pendapat akal yaknipendapat pancaindera. 9

    Suruh 3 : mesti (wajib pada adat) mencari keperluan hidup sehinggasempurna.

    Tegah 1 : ditegah (haram pada adat) meninggalkan fikir (tidak mahumenggunakan akal)

    Tegah 2 : ditegah (haram pada adat) MENYALAHI pendapat akal ataupancaindera. 10

    Tegah 3 : ditegah (haram pada adat) meminta-minta yangmemberatkan orang lain.

    2) MUSTAHIL 11 iaitu seperti, mustahil terbang tanpa sayap dan mustahil imantanpa ilmu.

    3) HARUS 12 iaitu tiada memberi mudarat dan tiada memberi manafaat dengankeadaannya atau ketiadaannya dan sah berulang-ulang lagi berubah dantiada ia memberi bekas pada hakikatnya .13

    Hukum HARUS Terbahagi 2 :

    i) Peraturan alam semesta atau sunnah alam yang sudah diadatkan Allah. ii) Peraturan hidup di dunia yang sudah ditetapkan oleh manusia.

    Hukum, harusnya sesuatu perkara pada adat, adalah berubah-ubah .Kadangkala jatuh kepada suruh atau tegah pada adat . Ada kalanya jatuhpula kepada mustahil pada adat . Contohnya seperti berikut :

    Bil Sunnah alam yang dapatdibuktikan dengan ilmu SAINS

    Peraturan hidup dunia/negara yangsudah ditetapkan oleh MANUSIA

    1Hukum makan 14 dalam keadaansangat LAPAR adalah wajibuntuk mengelakkan kematian.

    Hukum memakai TOPI KELEDAR 15 semasa menunggang motorsikal diMalaysia adalah wajib.

    8 Contohnya ada 20 sifat yang wajib bagi manusia. Lihat bab berkaitan sifat 20.9 Contoh wajib , wajib makan apabila lapar, api membakar, jika mati akan hancur.10 Ditegah yang manis dikata pahit, lembu dikata kambing dan sebagainya.11 Contoh mustahil : mustahil ke angkasa dengan berjalan kaki atau tanpa kekuatan. Rujuk surah 55 : 33, yangmenerangkan hukum adat.12 HARUS : Sesuatu yang berubah mengikut tempat dan keadaan. Contohnya, harus makan nasi atau jagung ataugandum dan sebagainya. Orang Asia makan nasi, orang Afrika makan jagung, orang Eropah makan gandum dansebagainya. (Makan hukumnya tetap wajib, tetapi harus pada jenis makanan) .13 Bukannya menafikan hakikat menurut hukum akal atau hakikat menurut hukum syara. 14 Ingin makan apabila lapar adalah sunnah alam atau fitrah yang diadatkan oleh Allah.15 Memakai topi keledar ialah undang-undang ciptaan manusia.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    8/19

    Bil Sunnah alam yang dapatdibuktikan dengan ilmu SAINS

    Peraturan hidup dunia/negara yangsudah ditetapkan oleh MANUSIA

    2Hukum MAKAN dalam keadaansangat kenyang adalah haramuntuk mengelakkan penyakit.

    Hukum memakai TOPI KELEDAR semasa menunggang motorsikal diThailand adalah tidak wajib (harus).

    3Hukum kertas yang KERING apabila dibakar, pasti akanHANGUS (wajib hangus).

    Hukum melakukan pembakaran dikawasan yang tidak merbahayaadalah harus.

    4Hukumnya apabila kertas yangsama dibakar tetapi dalamkeadaan BASAH, mungkinhangus mungkin tidak (harus).

    Hukum melakukan pembakaran distation minyak adalah HARAM dan DENDA kerana boleh menyebabkankebakaran besar dan kematian.

    Ingat, semua perkara yang dinyatakan pada jadual di atas adalah

    berdasarkan hukum ADAT , bukan hukum syara dan bukan hukum akal.

    1.1.2 MAKNA PENGETAHUAN BAGI HUKUM ADAT

    Iaitu sesuatu yang dicapai oleh pancaindera pada zatnya serta faham hati.Contoh makna pengetahuan tentang MATI (menurut hukum adat) :

    Terhentinya secara total semua aktiviti kehidupan (sel) pada jasad akibat terhentinya fungsi semua alat atau sistem dalam tubuh manusia. 16

    Islam menegah pengetahuan seseorang, terhenti setakat pada adatsahaja. Dalam erti kata lain, pengetahuan itu wajib sampai kepada Allah .17 Sebagai contohnya ialah, apabila melihat rumah yang elok, kita katakan, pada hakikatnya Allah Taala yang elok . Jika kita seorang yang kaya, kita katakan,harta ini anugerah Allah dan pada hakikatnya, milik Allah. Allah Taala yang kaya .

    Apabila kita dipilih sebagai seorang pekerja atau pelajar yang cemerlang,

    maka kita kata pada hakikatnya, Allah Taala yang cemerlang, Allah Taalayang memilih dan sebagainya. Jika dipenjarakan kerana melakukan kesalahan,

    maka dikatakan, Allah ingin supaya aku memilih dan membuat kebaikan dan

    sebagainya.

    16 Dari sudut perubatan (hukum adat), MATI adalah terhentinya semua aktiviti kehidupan pada jasad akibatterhentinya fungsi semua alat atau sistem dalam tubuh manusia . Takrif mati yang dinyatakan oleh Prof. Dr.Abdul Hayyi Al-Farmawy dalam bukunya bertajuk Hakikat Mati halaman 33 adalah sama maksudnya dengan takrif yang dinyatakan oleh Tuan Guru17 Iaitu pada jalan mengesakan Allah..

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    9/19

    Berpegang kepada adat semata-mata, hukumnya adalah kafir . Lihat

    dalilnya dalam surah ke-17, al- Isra, ayat ke-49 .

    1.1.3 MAKNA BENAR BAGI HUKUM ADAT

    Iaitu JANGAN diubah pendapat pancaindera. (yakni fitrah dan sunnah alam ).

    Keterangan :

    Mengikut pendapat pancaindera , adalah mengikut fitrah dan merupakan

    perintah Allah . Mengikut hukum s yara, MENYALAHI pendapat pancaindera,

    bermakna melawan fitrah yang dianugerahkan Allah dan berdosa. Contohnya

    ialah, manusia dikata manusia, JANGAN dikata jin, roh dikata roh, JANGAN

    dikata jasad, jika mati semua hancur luluh JANGAN dikata ada yang tidak hancur

    luluh dan sebagainya. Mengikut hukum adat, apabila manusia mati dan ditanam,

    lambat laun manusia yang mati itu akan hancur luluh . JANGAN dikata jasad

    sahaja hancur luluh, roh tidak . Hanya roh yang dapat balasan dan

    sebagainya . (Rujuk surah Qaaf 50 : 3). Hal ini adalah kerana perkataan ini telah

    bercampur dengan hukum syara. Ia adalah ibarat kejahilan seseorang yang

    mencampur-adukkan pekerjaan seorang hamba dengan perintah seorang sultan.

    Lihat contoh tambahan : seorang warga Arab Saudi ditangkap kerana mencuri diMalaysia. Hukuman yang dilaksanakan menurut undang-undang Islam di Arab

    Saudi iaitu potong tangan. Tindakan seperti ini adalah mustahil pada adat.

    Mencampurkan-adukkan dua atau lebih hukum tanpa ilmu pengetahuan

    adalah bidaah . Lihat balasan Allah kepada orang yang ikut-ikutan tanpa

    pengetahuan dalam surah al-Baqarah : 167

    1.2.1 MAKNA RINGKAS HUKUM AKALDatangnya daripada diri kita sendiri atau sekalian yang baharu, difikir oleh

    akal kita sendiri dan hantarannya kepada Tuhan yang Maha Kuasa. HUKUM

    AKAL 3 BAHAGI :

    1. WAJIB 18 iaitu tak dapat tiadanya pada adanya.

    18 Hukum akal yang pertama ini menyatakan Alla h Taala itu WAJIB ADA. Istilah yang digunakan bagi YangMenjadikan alam semesta ialah TUHAN. Manakala Allah ialah istilah syarak bagi nama zat yang menjadikan alam

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    10/19

    2. MUSTAHIL 19 iaitu tak dapat adanya pada tiadanya.

    3. JAIZ iaitu dapat adanya pada tiadanya dan dapat tiadanya padaadanya.

    Keterangan JAIZ :yang tiada boleh di ada kan -Nya atau yang ada boleh di tiada kan -Nya.

    Dalam erti kata lain, harus bagi Allah menjadikan yang tiada kepada ada dan

    meniadakan yang telah ada. Contohnya ialah : harus bagi Allah meniadakan diri

    kita yang telah ada, seperti mematikannya sebab tiada yang dapat menghalang

    kekuasaan Allah. Atau memasukkan orang kafir ke dalam syurga kerana tiada

    sesiapa yang dapat menghalang kehendak Allah, dan sebagainya. (Ingat, ini

    adalah hukum akal, bukan hukum syarak. Menurut hukum syarak, hanya orang

    Islam dimasukkan ke dalam syurga, orang kafir dimasukkan ke dalam neraka).

    1.2.2 MAKNA PENGETAHUAN BAGI HUKUM AKAL 20

    Iaitu dilihat dalilnya (dalil akal) pada diri sendiri atau sekalian alam serta fahamhati dan yakin.

    1.2.3 MAKNA BENAR BAGI HUKUM AKAL

    Ada dalilnya dan tidak diubah dalil itu serta yakin yang dimaksudkannya.

    1.3.1 MAKNA RINGKAS HUKUM SYARA

    Ialah firman Allah T aala dan sabda nabi s.a.w. atau qias daripada keduanya.Hantarannya kepada segala jin dan manusia yang akil lagi baligh. HUKUMSYARA 3 BAHAGI :

    1. Suruh.2. Tegah.3. Harus (mubah) 21

    semesta. Contohnya Yang Menjadikan sekalian alam (Allah) wajib Wujud, wajib Qidam, wajib Baqo hingga wajibMutakallimun yang dinamakan Sifat 20. Dalam erti kata lain, wajib ialah MESTI.19 Hukum akal yang kedua ini menyatakan Allah Taala itu MUSTAHIL TIDAK ADA, mustahil Allah bertempat di arash, mustahil Allah mempunyai persamaan dengan makhluk dsb.20 Contoh : Allah Taala wajib ada. Dikira menjadi pengetahun jika tahkiq dalil akalnya.21 HARUS (MUBAH) : Sama seperti makna harus menurut hukum adat. Hukum sesuatu perkara berubah mengikutkeadaan. Contoh : Makan dalam keadaan kelaparan yang amat sangat adalah WAJIB. Makan dalam keadaankenyang adalah MAKRUH. Makan dalam keadaan amat kenyang adalah HARAM kerana membawa mudharat.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    11/19

    1.3.2 SURUH ALLAH 3 BAHAGI 22

    1. Menjadi kafir jika tidak diperbuatnya atau tidak ditinggalkan padamengata atau tidak diiktikadkan.

    2. Disiksa ( berdosa ) apabila tidak diperbuat ( perbuatan anggota ) atau tidakdikata ( perbuatan lidah ) atau tidak diiktikadkan ( perbuatan hati ). 23

    3. Segala yang SUNAT.

    1.3.2.1 KETERANGAN SURUH ALLAH YANG PERTAMA

    Khusus berkaitan dengan syariat batin (batin syariat) iaitu Mengenal Allah.

    Contoh tidak diperbuat : Disuruh berusaha mencari guru yang mursyid supayadipelajari ilmunya agar tahu mengata Allah Taala Esa tetapi tidak diperbuat yakni tidakmahu berusaha mengenal Allah sehingga tahkiq melalui dalil akalnya pada dirisendiri. Perbuatan tidak mahu berusaha, tidak mahu berfikir sehingga tahkiq adalahberdosa BESAR dan akibatnya tidak selesai fardu ain dan tidak terlepas darimenyerupakan Allah dengan makhluk .

    Contoh tidak mengata : Disuruh mengata Allah Taala ESA tetapi kerana tidakdifikirkan sehingga tahkiq, maka ia menyebut sekadar IKUT-IKUTAN akibat TIDAKtahqiq pengenalnya. Justeru, dikeluarkannya perkataan-perkataan yang membatalkan

    makna esa . Oleh itu manusia tidak dapat membezakan antara Allah dengan makhlukAllah.

    Contoh tidak diiktikatkan : Disuruh mengiktikadkan Maha suci Allah daripada sifat- sifat makhluk, Allah Taala tidak seumpama dengan barang suatu , akan tetapi adayang cuba memikirkan Allah. Sedangkan perkara yang mampu difikirkan oleh manusiahanyalah yang dapat dicapai oleh pancaindera atau tanda-tanda yang ada. Allah tidakakan dicapai oleh pancaindera hingga hari kiamat dan selama-lamanya.

    Justeru, akal manusia tidak mampu memikirkan zat Allah, sifat-sifat Allah ataupekerjaan-Nya , kerana manusia hanya mampu memikirkan tanda-tanda ALLAH yangada pada diri sendiri atau alam semesta. Dalil akalnya :

    22 Lihat juga penjelasan panjang lebar, yang terdapat dalam kitab-kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani, seorang ulamabesar yang lahir di Naif, Parsi (sekarang Iran) dalam bulan Ramadhan tahun 470 Hijrah. Ibu bapa beliau ialah,keturunan cucu Rasulullah . Ibunya dari sebelah Saiyidina Husain, manakala bapanya dari sebelah Saiyidina Hasan.23 Khusus berkaitan dengan syariat zahir (zahir syariat) . Contoh : Wajib solat ( perbuatan anggota) , berdosa jikaditinggalkan, wajib bercakap benar, berdosa jika berbohong ( perbuatan lidah ) atau terdetik di dalam hati suka atauseronok melihat kemaksiatan yang berlaku di depan mata ( perbuatan hati ).

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    12/19

    sebuah jam mustahil dapat memikirkan manusia yang menciptakannya .

    Perbuatan memikirkan zat Allah, sifat-sifat-Nya atau pekerjaan-Nya adalahmembatalkan makna mengesakan Allah, mustahil pada akal dan pada syara, jatuh pulakepada mengumpamakan Allah dengan makhluk.

    1.3.3 TEGAH ALLAH 3 BAHAGI

    1. Menjadi kafir yang memperbuat nya atau mengata (menyebut) ataudiiktikadkan .

    2. Disiksa ( berdosa ) apabila dilakukan ( perbuatan anggota) atau dikata(perbuatan lidah ) atau diiktikadkan (perbuatan hati).

    Keterangan : Adalah khusus berkaitan dengan syariat yang zahir .

    Contoh dilakukan (anggota):

    membunuh, mencuri atau memakan yang haram seperti babi dan takut

    mempertahankan kesucian Islam. Lihat laporan akhbar, pada 11 13 Ogos 2008

    bahawa 5,000 pelajar UiTM memprotes cadangan yang diberikan oleh MB

    Selangor agar 10% kuota pelajar diberikan kepada Bukan Melayu. Lihat pula,

    amat sedikit yang sedia memprotes tindakan Majlis Peguam melalui Forum

    Memeluk Islam dan yang sedia mempertahankan hak umat Islam. Alangkah

    bertuahnya umat dan Negara, jika pelajar tersebut dapat menunjukkan protes

    yang sama kepada Majlis Peguam.

    Contoh dikata ( lidah) : membenarkan atau membiarkan maksiat berlaku di

    hadapan mata tanpa berusaha mencegah melalui teguran atau nasihat dan

    menyembunyikan kebenaran atau wasiat.

    Contoh diiktikadkan (hati) : menganggap semua agama adalah sama dan

    sebagainya.

    3. Segala yang MAKRUH. 24

    24 Istilah lain bagi makruh pada syara ialah SIA-SIA . Dikatakan sia-sia kerana jika dilakukan tidak mendapatfaedah atau pahala. Ingat semula sifat yang wajib bagi Nabi. Semua perkataan, perbuatan atau iktikad mereka hanyaberkisar pada perkara yang Fardu dan Sunat. Nabi TIDAK akan melakukan pekerjaan yang makruh atau sia-siakerana ia termasuk yang ditegah Allah.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    13/19

    1.3.3.1 KETERANGAN TEGAH ALLAH YANG PERTAMA

    Adalah larangan khusus yang berkaitan dengan dosa syirik / yang batin (syariatyang batin). Dalil wajib menggunakan akal (dalil akal) supaya tahkiq pengenal

    kepada Allah dan segala hukum-Nya.Dalilnya firman Allah yang bermaksud :

    Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan jin dan manusia. Bagi mereka ada hati (tetapi) tidak memahamkan dengan hatinya dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah (lalai).

    (Surah al- Araf : 179)

    Contoh diperbuat (oleh anggota) :

    Menyembah selain Allah seperti menyembah berhala (walaupun berlakon),menyembah jin, syaitan, pokok serta meniru cara-cara orang kafirbersembahyang walaupun secara berlakon dan sebagainya. Semua perbuatanseperti itu adalah membatalkan Islam.

    Contoh dikata (oleh lidah) :

    Akibat menyebut berulang kali, ayat-ayat mutasyabihat yang TIDAK difahamiseperti dikatanya Allah bertempat di arash, atau dikatanya Allah mempunyaitangan atau dikata zat Allah dapat dilihat dengan biji mata semasa di syurga(kerana menganggap Allah Taala berubah daripada tidak dapat dilihat di dun iatetapi dapat dilihat di dalam syurga) dan sebagainya. Semua perkataan sepertiitu adalah membatalkan Islam.

    Contoh diiktikadkan (oleh hati) :

    1. Akibat tidak tahkiq pengenal kepada Allah, disangkanya ada persamaanAllah dengan makhluk seperti berjisim, bertempat, mampu difikir-fikirkan atauboleh digambar-gambarkan oleh hati

    2. Disangkanya Allah Taala berubah daripada tidak dilihat dengan matasemasa di dunia, kepada dapat dilihat dengan mata semasa di dalam syurga.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    14/19

    3. Disangkanya firm an Allah Taala berubah daripada tidak didengardengan telinga semasa di dunia, kepada dapat didengar dengan telingasemasa di dalam syurga (yakni firman yang tiada dengan lidah, huruf dan suaraberubah menjadi firman dengan lidah, huruf dan suara) dan sebagainya.

    Semua iktikad seperti itu adalah membatalkan Islam.

    4. Menganggap berhala dalam filem-filem Tamil dan Hindi sebagai Tuhanbagi orang-orang yang beragama Hindu atau orang yang melakunkannya. 25

    5. Menganggap Agama Islam setaraf dengan agama-agama lain yang adadi dunia ini. Anggapan seperti ini sebenar-benarnya meletakkan Allah samataraf dengan makhluk. 26

    1.3.4 MAKNA PENGETAHUAN BA GI HUKUM SYARA

    Ialah dilihat dalilnya di dalam al- Quran atau hadith Nabi s.a.w. atau qias kepadakedua-duanya serta faham hati akan yang dimaksudkannya .

    Makna pengetahuan pada syariat batin (mengenal Allah) adalah dilihatdalilnya di dalam al- Quran dan dalil akal sehingga tahkiq. Contoh dikataSesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang ghaib . Dikira menjadipengetahuan bagi seseorang, jika telah dilihat dalilnya, seperti pada surah at-

    Taubah (ke-9), ayat ke-78 dan dalil akalnya pada diri sendiri. Sekiranya dalil didalam al-Quran tidak ditemui atau dalil akalnya tidak difahami, maka seseorangitu, tidaklah dinamakan sudah mempunyai pengetahuan atau sudah TAHU.

    Jika dalil itu belum diketahui atau difahami, menurut hukum syara,seseorang itu masih belum mempunyai pengetahuan pada perkataan yangdiucapkannya. Jika diucapkan atau disebut juga, dan kebetulan pula tidakbercanggah dengan syara, seseorang itu masih dikatakan mengikut hawanafsu dan syaitan .27 Sila lihat dalilnya dalam surah al-Baqarah, ayat ke 169. 28

    25 Lihat Makna Tuhan, dalam blog siapALLAH.blogspot.com 26 Agama Islam juga dinamakan Agama Tauhid. Agama Tauhid bermaksud agama yang mentauhidkan(mengesakan) Allah. Semua Nabi sejak Nabi Adam, a.s. sehingga nabi Muhammad s.a.w. dikatakan beragamaTauhid.27 Apakah maksud mengikut hawa nafsu menurut 3 hukum?28 Mafhum ayat : Hanya syaitan itu, menyuruh kamu membuat kejahatan dan yang keji-keji dan supaya kamu

    mengatakan perkataan terhadap Allah, tentang sesuatu yang tiada kamu ketahui.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    15/19

    1.3.5 MAKNA BENAR BAGI HUK UM SYARA

    Ialah jangan diubah dalil itu atau ditukarkan atau dibalikkan dan lainnya, qiaskanoleh mu dengan yang lainnya . 29 Lihat dalilnya di dalam al-Quran, surah Ali Imran

    ayat 60. Dalam erti kata lain, makna benar pada syara ialah dilihat dalilnyasecara pasti dari dalam al- Quran atau Hadith dan faham hati.

    1.4 PERTEMUAN DAN PERCERAIAN HUKUM 30

    Adakalanya hukum adat dan hukum syara itu BERTEMU, tetapi tidak bercampurselama-lamanya dan ada kalanya BERCERAI. Adapun hukum adat danhukum akal TIADA BERTEMU selama-lamanya.

    Adakal anya hukum syara dan hukum ak al itu BERTEMU, ada kalanyaBERCERAI, dan tidak bercampur selama-lamanya. HAKIKAT SYARA sahajalah yang BERTEMU dengan HUKUM AKAL . Yang bercerai dengandengan hukum akal ialah ayat Quran yang berkaitan dengan ibadat zahir .

    Huraiannya dan contoh pertemuan dan perceraian antara hukum adalahseperti berikut :

    1.4.1 Contoh pertemuan antara hukum adat dan hukum syara :

    Berpakaian sopan ke pejabat . Mengikut hukum adat dan syara, ia adalah wajib .Wajib menurut hukum adat ialah MESTI. Wajib menurut hukum syara ialahperintah yang mendapat pahala bila dilaksanakan dan berdosa jika sebaliknya.

    Contoh kedua ialah menolong orang yang berada didalam kesusahan. Menuruthukum adat, sangat dianjurkan. Menurut hukum syara pula sangat dianjurkankerana mendapat pahala sunat

    1.4.2 Contoh perceraian antara hukum adat dan hukum syara :

    Bercerai bukan bermakna bercanggah atau bertentangan.

    29 Lihat tindakan kerajaan pada 19.9.2008 menahan seorang penulis laman blog dibawah Akta Hasutan keranamencadangkan kepada orang ramai supaya mengibarkan bendera, Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. Menuruthukum adat tindakan menterbalikkan Jalur Gemilang itu adalah INGKAR kepada pemerintah yakni kafir pada adat(bukan kafir pada syara). Itulah tandanya orang munafik yang suka menghasut umat supaya INGK AR kepada Allahadalah kafir pada syara. 30 Bertemu bukan bermakna bercampur. Bercerai bukan bermakna bercanggah. Ia sekadar menyatakan sumber ilmuatau hukum yang diperkatakan itu melalui jalan yang berbeza.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    16/19

    Contohnya, zakat fitrah. Menurut hukum adat RUGI tapi menurut syara WAJIB .

    Contoh kedua ialah menurut hukum adat tidak ada sebarang siksa yang akandirasai oleh tubuh selepas kematian. Menurut hukum syara, Allah Taala MahaAdil dan berkuasa membalas semua perbuatan hamba-Nya semasa di duniadan selepas mati. Roh dan jasad sama-sama menerima pembalasan. Dalilnya didalam al- Quran ada dinyatakan pada bahagian lain buku ini.

    1.4.3 Contoh perceraian antara hukum adat dan hukum akal :

    Contoh pertama makna bercerai ialah menurut hukum adat, kelakuan api adalahmembakar tetapi Nabi Ibrahim tidak terbakar walaupun dibakar oleh RajaNamrud. Ini adalah kerana, menurut hukum akal, Allah Taala K UASAmemerintahkan api menjadi sejuk.

    Contoh kedua, kenderaan. Mengikut hukum adat ia dijadikan 100% oleh makhlukdan milik manusia tetapi mengikut hukum akal ia dijadikan oleh Allah dan milikAllah.

    1.4.4 Contoh perceraian antara hukum syara dan hukum akal

    Ayat al-Quran yang dikategorikan sebagai ayat hakikat (@ hakikat syara) ialahyang berkaitan dengan pengenal kepada Allah. Contohnya : Kata olehmu zat

    Allah Taala Esa (Al-Ikhlas :1). Ayat yang dikategorikan sebagai syariat zahir

    ialah yang berkaitan dengan ibadah. Contohnya : Dirikanlah solat dan keluarkan zakat .

    Contoh ke-2 di atas dikatakan bercerai kerana mengikut hukum syara, solatadalah wajib . Mengikut hukum akal, tidak . Akal tidak membicarakan wajib atausunat. Hanya sanya dirasakan wajib solat pada akal, malah lebih daripada itu jikatelah sempurna pengenalnya akan Allah, sebagai tanda kesyukuran.

    1.4.5 Contoh pertemuan antara hukum syara dan hukum akal

    Contoh perte muan antara hukum akal dan hakikat syara ialah seperti berikut.Menurut hukum akal, yang menjadikan alam semesta iaitu Allah, KUASAmenyiksa orang kafir dan KUASA memberi nikmat kepada orang Islam,SEBELUM manusia wujud di alam semesta atau SEBELUM alam semestadijadikan-Nya . Menurut hukum syara Allah Taala Yang Maha Kuasa. Dalilnyadi dalam al- Quran ada dinyatakan pada bah agian lain buku ini.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    17/19

    1.5 Contoh Perbezaan Yang Wajib Dan MustahilMenurut Hukum Adat, Akal Dan Syara

    Yang wajib dan mustahilpada adat

    (menurut hukum adat)

    Yang wajib dan mustahilpada akal

    (menurut Hukum Akal)

    Yang wajib dan mustahilpada syara

    (Hukum Syara)

    1Semua makhluk mesti

    (wajib) ada yangmenjadikannya atau

    menciptanya yakni adapermulaan, mustahil adayang boleh wujud sendiri

    atau berkuasa,menjadikan dirinya

    sendiri. Contohnya :kejadian sekecil-kecilbenda seperti cebisan

    kertas atau robot, adalahwajib bermula dikilang.

    Mustahil robot menciptadirinya sendiri, seperti

    bentuknya dan mustahilpula mampu menguasai

    manusia yang

    menjadikannya.

    Setiap makhluk ada penciptanya dan Yang Menjadikan manusia

    mustahil makhluk. Hal ini menunjukkan pada akal

    manusia, wujudnya KUASAyang wajib ada dan sedia

    ada yang telah memulakan kejadian diri manusia dan

    alam semesta ini.Kekuasaan robot yang 100% mirip makhluk adalah

    mustahil sama dengan kekuasaan manusia yang

    mencipta nya. Ini menunjukkan betapa

    mustahilnya kekuasaan makhluk sama dengan

    kekuasaan Yang Menjadikan makhluk.

    Yang menjadikan makhluk atau alam semesta ini

    ialah Allah. Allah bukan makhluk. Mustahil ada

    persamaan antara makhluk dengan Allah.

    Firman-NYA : Kata olehmuAllah Taala Esa dan tidak

    seumpama dengan

    sesuatu . (112:4).Sebarang perkataan,iktikad atau perbuatan

    yang mengumpamakan Allah atau boleh di

    umpamakan, seperti makhluk adalah SYIRIK Contoh : Dikata Allah

    ada dimana- mana (menyerupakan Allah

    dengan makhluk).

    2 Semua makhluk adalah

    unik 31 dan mempunyai zatyang berbilang-bilang

    pada zat yang satu/esa seperti zat tangan, kaki dan

    mata pada diri yang satu.Mustahil ada dua makhluk

    yang serupa dan tidakboleh dibezakan. Mustahil

    berlainan perbuatan tangandaripada perbuatan diri.

    Kalau tangan yang mencuri,maka diri itulah yang disiksa

    bukan tangan sahaja(sebab esa pada adat).

    Jika Ali yang tinggi lampaisedang duduk . Ali adalah

    nama zat . Yang tinggilampai adalah sifat zat .

    Yang duduk adalah fiil zat .Jika tiada zat Ali maka tiada

    sifatnya dan tiada fiilnya.Maka zat, sifat dan fiiladalah satu yakni esa.Diambil dari itu, YangMenjadikan itu WAJIB

    TERLEBIH ESA. Mustahilzat-Nya yang ESA itu

    berbilang-bilang sepertidikata lain sifat daripada

    zat , berdiri sifat pada zat dll.

    Allah mewajibkan kitaberkata dan beriktikadkanAllah Taala ESA danmustahil Allah seumpamadengan makhluk keranafirman-Nya :

    yang bermaksud :

    Allah Taala bersalah-salahan dengan

    sekalian makhluk yakni

    menegah perkataan yang membatalkan makna esa.

    31 Unik bermaksud 1, mustahil 2 atau 3. Dalam ertikata lain, setiap makhluk pasti berbeza walaupun kelihatanserupa.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    18/19

    Yang wajib dan mustahilpada adat

    (menurut hukum adat)

    Yang wajib dan mustahilpada akal

    (menurut Hukum Akal)

    Yang wajib dan mustahilpada syara

    (Hukum Syara)

    3 Semua makhluk wajib

    bertempat sama ada dalamair, tanah, angkasa dansebagainya. Semuanyabertempat di alam semesta.Oleh kerana tidak wujudalam semesta kedua selainalam semesta ini, makamustahil ada makhluk yangwujud atau dapat hidup diluar alam semesta ini.Contohnya : wajib adakilang (tempat), barulahrobot dapat dibina. Robotyang dicipta khusus untukbekerja dalam rumahadalah mustahil dapatbekerja di alam lain sepertidalam hutan atau laut.

    Mustahil ada alam semesta

    kedua. Ini menunjukkan betapa mustahilnya manusia dapat lari daripada pengawasan Yang Menjadikannya. Manusia wajib memerlukan tempat.Itulah petanda ada kelemahan. Oleh itu Yang Menjadikan alam semesta ini, mustahil bertempat di langit atau duduk di arash. Kilang wajib disediakan dahulu, barulah robot dapat dibina. Ini menunjukkan bumi dijadikan terlebih dahulu, kemudiannya barulah manusia.

    Mafhum firman Allah :

    Kata olehmu Allah tidak beranak dan tidak di

    peranakkan (Al-Ikhlas)

    Diperanakkan bermaksud anak

    memerlukan tempat iaituperut ibunya. Ia jugabermaksud, zat anak

    berdiri pada zat ibu. Yangberdiri dan tempat berdiriadalah berlainan. Hal ini

    menunjukkan mustahilAllah Taala beranak,

    bertempat dan mustahilberdiri sifat Allah pada zat-

    NYA. Jika dikata berdirisifat pada zat, maka bukan

    mengesakan tetapimenduakan Allah. 32

    4

    Semua makhluk pasti

    (wajib) berubah danakan mati atau binasa.Contohnya: Ahli sainsmembuktikan bahawamatahari pasti akanmeletup dan musnahapabila gas dipermukaannya habisterbakar. Ahli sainsmengakui, bahawa saatmatahari meletup ituadalah saat berakhirnyaalam semesta. 33

    Proses kehancuran alam

    semesta menunjukkanYang Menjadikan itu tidakberubah dan wajib kekalselama-lamanya. Lemah,mati dan hancur musnahadalah sifat-sifat makhlukdan mustahil bagi YangMenjadikan itu. Hidup danmati adalah makhluk. DIA-lah yang menjadikanhidup, mati dan alamsemesta.

    Allah Taala menyuruh

    kita berkata danberiktikadkan sepertimafhum firmanNya :

    Allah Taala yang menjadikan sekalian alam.(surah al-Fatihah)Setiap yang hidup pasti akan mati.

    Allah Taala hidup(selama-lamanya)

    Allah Taala kekal (selama-lamanya).

    32 Pada adat, ibu yang sedang mengandung adalah esa dengan bayi dalam kandungannya. Jika dikatakan sifat berdiri pada zat , perkataan itu membatalkan makna esa. Justeru perkataan itu mustahil pada akal kerana mengumpamakansifat Allah dengan seorang bayi yang berdiri pada zat ibunya, manakala zat Allah diumpamakan pula dengan zatsiibu yang mengandungkannya. Maka mustahil.33 Adalah maksud ahli sains bahawa, saat berakhirnya alam semesta itu, sama dengan hari kiamat, seperti yang

    dimaksudkan oleh suatu hadith Nabi? Wallohualam.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Hukum Akal, Adat dan Sya`ra (NEW Update)

    19/19

    Yang wajib dan mustahilpada adat

    (menurut hukum adat)

    Yang wajib dan mustahilpada akal

    (menurut Hukum Akal)

    Yang wajib dan mustahilpada syara

    (Hukum Syara)

    5 Semua makhluk wajib

    saling bergantung kepada makhluk yanglain. Contohnya : Majikandan pekerja adalah salingbergantung. Pekerja danmajikan salingmengambil manafaat danmenjauhkan kerugian.Untuk mengelakkankerugian, pekerja yangingkar wajibdiberhentikan danmungkin digantikandengan pekerja lain.

    Majikan mencari manafaat

    dan menjauhi kerugianmenunjukkan bahawaYang Menjadikan manusiaitu mustahil mengambilmanafaat atau rugi. Jikasemua manusia patuhatau ingkar kepada-NYA,DIA tidak sekali-kali akanberuntung atau rugi.Untung dan ruginyahanyalah pada manusia.Yang Menjadikan alamsemesta wajib BerdiriSendiri. Sekalian makhluksecara TOTAL bergantungdan berkehendak kepada-Nya

    Mafhum firman Allah

    Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan berpesan- pesan pada kebaikan dengan penuh kesabaran.

    (Surahal-Ashr : 1 3)

    Wallohualam. Soalan :

    1. Apakah pengertian hukum adat?

    2. Apakah pengertian hukum akal?

    3. Apakah pengertian hukum syara ?

    4. Terangkan pertemuan dan perceraian bagi 3 hukum itu?

    5. Terangkan pembahagian hukum adat dan berikan contoh.

    6. Terangkan pembahagian hukum akal dan berikan contoh.7. Terangkan pembahagian hukum syara dan berikan contoh.

    8. Apakah perbezaan zahir syara dan hakikat syara ?

    9. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum adat?

    10. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum akal?

    11. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum syara ?