huraian_sifat20(related update)
Post on 07-Apr-2018
226 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
1/40
PENERANGAN RINGKAS SIFAT 20
(jika anda RABUN WARNA, mulakan membaca padaHALAMAN 2)
TUJUAN belajarSIFAT 20 :
MENGENAL DAN MENTAHKIQKAN MAKNA ALLAHESA
TIADA YANG SEUMPAMA-NYA
seperti perintah dalam ayat Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1214 yang ertinya,
demi Allah hanya sungguhnya Kami jadikan Adam itu daripada
TANAH yang halus, kemudian Kami jadikan akan anak Adam ituMANI
yang tetap pada ketetapannya kemudian Kami jadikan mani itudarah
segumpalmaka Kami jadikan darah segumpal itudaging segumpalmaka
Kami jadikan daging segumpal itu tulang maka Kami pakaikan akan
tulang itudagingmaka Kami jadikan akan diakejadian yang lain-lain
Firman di atas adalah bukti bahawasanya asal kejadian manusia selain Nabi
Adam a.s. dan Hawa adalah daripada air MANI dan sekalian alam ini adalah
makhluk yang dijadikan. Maksudnya yang tersirat ialah tak dapat tidak, MESTI
ada yang menjadikannya, MUSTAHIL jadi sendiri, MUSTAHIL ada
makhluk menjadikan dirinya sendiri dan MUSTAHIL ada yang dijadikan
oleh induknya. Ayat itu jugalah yang menjadi bukti SIFAT manusia yang pertama
iaitu ADA. Perkataan SIFAT berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
RUPA. Dikata semua makhluk itu bersifat atau mempunyai sifat bermaksud
semua makhluk zahir dan ghaib mempunyai RUPA yang sesuai dengan
rupa masing-masing.Dalam erti kata yang lain, tersimpul3 perkara iaitu :
1. TIDAK ADAmakhluk samada yang hidup atau yang mati, yang zahiratau ghaib, di bumi atau dilangit, dahulu, sekarang, masa hadapan
atau selepas kiamat, di dalam syurga atau di dalam neraka yang
TIDAKmempunyai sifat atau rupa.
2. Yang TIDAKmempunyai [email protected] hanya satu iaitu ALLAH.3. HARAM beriktikad atau mengeluarkan perkataan yang membawa
makna Allah mempunyai rupa atau sifat kerana
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
2/40
2
TUJUAN belajar SIFAT 20 :
MENGENAL DAN MENTAHKIQKAN MAKNA ALLAHESA
TIADA YANG SEUMPAMA-NYA
seperti perintah dalam ayat Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1214 yang ertinya,
demi Allah hanya sungguhnya Kami jadikan Adam itu daripada
TANAH yang halus, kemudian Kami jadikan akan anak Adam ituMANI
yang tetap pada ketetapannya kemudian Kami jadikan mani itu darah
segumpal maka Kami jadikan darah segumpal itu daging segumpal maka
Kami jadikan daging segumpal itu tulang maka Kami pakaikan akan
tulang itu daging maka Kami jadikan akan dia kejadian yang lain-lain
Firman di atas adalah bukti bahawasanya asal kejadian manusia selain Nabi
Adam a.s. dan Hawa adalah daripada air MANI dan sekalian alam ini adalah
makhluk yang dijadikan. Maksudnya yang tersirat ialah tak dapat tidak, MESTI
ada yang menjadikannya, MUSTAHIL jadi sendiri, MUSTAHIL ada
makhluk menjadikan dirinya sendiri dan MUSTAHIL ada yang dijadikan
oleh induknya. Ayat itu jugalah yang menjadi bukti SIFAT manusia yang pertama
iaitu ADA. Perkataan SIFAT berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
RUPA. Dikata semua makhluk itu bersifat atau mempunyai sifat bermaksudsemua makhluk zahir dan ghaib mempunyai RUPA yang sesuai dengan
rupa masing-masing.Dalam erti kata yang lain, tersimpul 3 perkaraiaitu :
1.TIDAK ADA makhluk samada yang hidup atau yang mati, yang
zahir atau ghaib, di bumi atau dilangit, dahulu, sekarang, masa
akan datang atau selepas kiamat, di dalam syurga atau di dalam
neraka yang TIDAK mempunyai sifat atau rupa.
2.Yang TIDAK mempunyai sifat @ rupa hanya satu iaitu ALLAH.
3.HARAM beriktikad atau mengeluarkan perkataan yang membawa
makna Allah mempunyai rupa atau sifat kerana
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
3/40
3
Contohnya : Allah ada dimana-mana, Allah berada di langit dan sebagainya.
Persoalan pertama :
Jika Allah tidak mempunyai sifat atau rupa, kenapa ramai yang berkata, wajib
belajar sifat 20 atau ada 20 sifat yang wajib bagi Allah? Kenapa? Apa silapnya?
Jawabannya :
Al-Quran atau hadith tiada menyebut ada bagi Allah sifat atau rupa.
Mustahil Allah mempunyai sifat atau rupa. Dikata sifat bagi Allah, hanya
dari sudut HUKUM AKAL yakni diterima oleh akal bahawa ada sifat yang
wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Al-Quran dan hadith juga tidak
menyebut, hanya 20 sifat yang wajib, mustahil atau yang harus bagi Allah. Sama
seperti nama-nama Allah, asma al-Husna. Nama-nama yang baik bagi Allah itu tidak
terhad, bukan setakat 99 sahaja. Begitulah dengan sifat yang wajib dan mustahil bagi
Allah, bukannya 20 sahaja akan tetapi tidak terhingga banyaknya.
Walaupun begitu, alim ulama telah dianugerahkan, faham akan semua ilmu-
ilmu Allah di dalam al-Quran. Mereka mendapati bahawa sesiapa yang faham
sekurang-kurangnya 20 sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah itu,
nescaya dia akan faham yang selebihnya. Mustahil seseorang kenal akan
Allah jika tidak tahkiq salah satu daripada yang 20 itu.
Contoh, jika manusia tidak tahkiq akan makna QALAM (berkata), apa
natijahnya? Jika begitu keadaan manusia, TIDAK MUSTAHIL disangkanya Allah
Taala, akan salah satu daripada perkara berikut :
1. Allah berkatadengan lidah, huruf atau suara sama seperti manusia.2. Disangkanya Allah mempunyai mulut atau suara tetapi mulut dan
suara Allah sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya.
3. Disangkanya Allah berkata dengan mulutatausuara tetapi CARABERKATAAllah itu sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya.
4. Timbul persoalan. Jika Allah tidak bersuara, macam mana malaikatboleh mendengar dan memahami perintah atau perkataan Allah?
atau
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
4/40
4
5. Jika Allah tak berkata, macam mana dengan Quran? Bukankah Quran ituperkataan Allah? Bukankah Quran itu dengan lidah huruf suara?
Dan banyak lagi persoalan dan sangkaan-sangkaan yang akan timbul dalam
hati setiap manusia. Lihat dan fahamkan iktikad :
Allah berkata dengan mulut atau suara tetapi CARA berkata atau
berkomunikasi Allah itu SESUAI DENGAN SIFAT KETUHANAN-Nya.
Iktikad itu sebenar-benarnya adalah serupa, semisal atau seumpama
dengan perkataan :
binatang seperti beruk dan semut berkata-kata tetapi CARA
mereka berkata-kata atau berkomunikasi SESUAI DENGAN SIFAT
KEBINATANGANNYA sebagai beruk atau semut.
Justeru, iktikad itu sebenarnya meletakkan Allah itu SAMA TARAF
dengan beruk atau semut. Iktikad itu sebenarnya MENYAMAKAN ALLAH
dengan beruk atau semut. Iktikad itu sebenarnya adalah iktikad orang yang
MASIH SYAK, ZON atau WAHAM, BUKAN iktikad ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tanpa disedari, iktikad itu sebenarnya adalah iktikad orang yangJAHIL.Dalam
erti kata lain, iktikad itu sebenarnya membawa maksud Allah mempunyai
persamaan dengan makhluk kerana telah ada misal bagi Allah dan
membatalkan makna .Semua sangkaan itu adalahHARAM dan BERDOSA BESAR. TANPA
DISEDARI, semua persoalan itu boleh menyebabkan seseorang
TERKELUAR DARIPADA ISLAM.
Begitulah keadaannya jika manusia tidak memahami dengan tahkiq akan
20 sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Persoalan yang menyebabkanSYIRIK itu tidak akan terungkai sehingga mati melainkan memahami dengan tahkiq
4 perkara :
1. Memahami dengan tahkiq bahawa sekalian alam ini adalah makhlukyang dijadikan, wajib ada penciptanya.
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
5/40
5
2. Memahami dengan tahkiq perbezaan antara makhluk dengan penciptasekalian makhluk.
3. Memahami dengan tahkiq perbezaan antara dirinya dengan Allahsekurang-kurangnya 20 sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi
manusia dan Allah.
4. Melihat dan memahami DALIL SYARA yang menerangkan 20 sifat yangwajib, mustahil dan harus bagi Allah itu, di dalam al-Quran atau hadith.
Persoalan kedua :
Tidak ada nas menunjukkan Nabi mengajar sifat 20 kepada umat. Ini bermaksud
sifat 20 adalah BIDAAH seperti yang diperkatakan oleh setengah pihak.
Betul atau tidak?
Memang tidak ada bukti Nabi mengajarkan sifat 20 seperti zaman sekarang ini.
Akan tetapi kita wajib percaya bahawa Nabi telah mendidik umat mengenal
Allah (makrifatullah) supaya iman mereka menjadi TEGUH selama hampir
13 tahun iaitu sebelum turunnya perintah mendirikan sembahyang. Lihat sejarah
kerasulan nabi. Kaedah pendidikan MENGENAL ALLAH dan MENEGUH IMAN
selama hampir 13 tahun yang Nabi berikan adalah yang TERBAIK dan sesuai dengan
zaman baginda.
Perintah solat hanya turun dalam peristiwa isra dan mikraj iaitu selepas 12
tahun dilantik menjadi Rosul. Ini bermakna, umat Islam belum diwajibkan solatselama hampir 13 tahun. Maka selama itulah Nabi mendidik dan meneguhkan
IMAN umat Islam dengan ilmu makrifatdan sebagainya, 100% diambil dari ayat-
ayat Allah (iaitu al-Quran dan dalil akal).
Agar lebih mudah difahami, lihat analogi berikut. Pada zaman Nabi tidak ada
meriam dan helikopter untuk berperang. Yang ada hanyalah unta dan pedang. Melalui
ilmu yang dianugerahkan Allah, manusia telah mengubah bentuk besi menjadi
pedang dan sekarang menjadi meriam dan sebagainya. Justeru meriam dan helikopter
bukanlah bidaah. Begitulah dengan kaedah mengenal Allah dan memperteguh
iman. Alim ulama telah mengambil intipati ilmu-ilmu Allah yang ada di dalam
Quran dalam bentuk 20 sifat yang wajib, mustahil dan harus. Justeru belajar sifat 20
bukanlah bidaah.
8/6/2019 Huraian_Sifat20(Related Update)
6/40
6
Perkara bidaah dalam