hubungkait+antara+moral+etika+dan+undang undang

29
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 1 1.0 PENGENALAN Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintang- bintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini. Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturan- peraturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut. Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

Upload: faranufa

Post on 23-Jun-2015

711 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

1

1.0 PENGENALAN

Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut

peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya

berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintang-

bintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang

bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah

pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang

tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan

ini.

Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturan-

peraturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung

berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup

di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada

mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan

cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan

manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut.

Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan.

Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama

ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan

binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti.

Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

Page 2: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

2

Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup

secara berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan

kehendaknya. Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah meninggal dunia,

manusia tetap bergantung lepada manusia lain untuk keperluan makanan,

pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu

lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya.

Setelah melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya

lepada orang lain. Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila

meninggal dunia, orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam

kubur.

Secara keseluruhannya, manusia sentiasa memerlukan orang lain

untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam kelompok,

memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa,

dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh

kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika,

undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai

keharmonian dalam masyarakat.

Page 3: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

3

2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.

Konsep etika berasal dari perkataan Greek “ ethos” dan “ethikos”.

Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau

budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan

yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan

dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu

tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi

merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau

tingkahlaku manusia.

Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana

manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail

Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang

baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang

mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku

manusia.

Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang

benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah

masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks

mendukung nilai-nilai peradapan secara umum.

Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal

kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan

untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle

melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Cicero

Page 4: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

4

melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam

semulajadi, suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga

adalah satu perintah atau larangan.

Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan

akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti.

Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang

dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah

masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu

ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku

masyarakat atau kumpulan.

Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah

termasuklah juga oleh : Austin: “Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan

yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui

hukuman”. (Noor Aziah. 2005)

Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan

satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat.

Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini

dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau

didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah

negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara

satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan

orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

Page 5: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

5

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah

dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate)

mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan

untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang

ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut

adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan

undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam

penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan

sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran

berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian

atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG.

Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh

beberapa orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari

sekolah. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang

bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. Mereka

hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang

tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi

tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha

untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini, kita dapat melihat

Page 6: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

6

bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh

dihubungkait sahaja.

Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika.

Undang-undang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan

dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah ”tikaman hati”. Seseorang

yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh

dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan

dirinya. ( Nazirmuddin, 2005)

Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika

menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan

menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika

juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan

dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan.

Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi

mematuhi nilai-nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang.

Memasang muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu

kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam

waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira

keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-

undang.

Page 7: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

7

Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk

mengawal jenayah. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang

sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. Etika pula lebih

umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal

jenayah.

Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah

ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya,

ia adalah salah di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik

sekaligus sebagai pelindung kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru

membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya daripada diserang

tanpa henti. Dalam kebanyakan insiden, guru sukar memenangi kes. Walau

bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar memukul guru

merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat

bahawa berbanding undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan

sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat.

Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan

moral. Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-

undang terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Dari segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana

etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.

Page 8: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

8

Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya,

kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-

undang. Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam

dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan

ini tidak diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, dari sudut etika,

ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang

meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif

seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan

seseorang individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di

mana menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa

masalah.

Undang-undang tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika

adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual merupakan

satu keslahan. Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata

kepada orang yang tidak dikenali.

Page 9: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

9

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG

ETIKA UNDANG-UNDANG

1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.

Hukuman melanggar etika ialah rasa

bersalah dalam diri sendiri.

Dikuatkuasakan oleh mahkamah.

Hukuman melanggar undang-undang

adalah seperti yang diperuntukkan dalam

undang-undang bertulis negara.

2. Menentukan batas adat, idealisme,

kayakinan dan nilai. Batas teersebut

adalah relatif dan abstrak mengikut

masyarakat.

Penentuan batas perlakuan adalah jelas.

Dianggap melakukan jenayah jika

melampaui batas tersebut. Bentuk

perlakuan boleh bersifat global.

Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam

semua masyarakat.

3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat

menghindari perlanggaran undang-

undang

Mematuhi undang-undang tidak

bermakna mematuhi etika

Page 10: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

10

4. Bersifat lebi umum dalam mengawal

jenayah.

Merupakan peraturan minimum untuk

mengawal jenayah

5. Mengembangkan sikap

membezakan antara yang baik dan

buruk dalam masyarakat

Cukup untuk menentukan batas etika dan

moral

6. Membatasi perlakuan baik dan

jahat sama ada individu atau

kelompok

Tidak meliputi untuk menjadi panduan

individu dan masyarakat yang rencam

7. Mengambilkira faktor rohaniah

seperti hasad dengki dan lain-lain

penyakit jiwa

Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak

diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan

akibat kesan daripada perlakuan hasad

dengki yang dizahirkan

8. Mengambilkira semua faktor

termasuk yang abstrak.

Tidak mengambilkira perkara yang

abstrak seperti engkar,khianat daan

sebagainya

Page 11: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

11

4.0 KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM

KEHIDUPAN MANUSIA.

4.1 Kepentingan Etika

Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu

kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan

kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu,

keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Secara induvidunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati

kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa menjaga

tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu

juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang

membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional,

bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang

beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak

mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan

buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang

mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia

berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan

tindak tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 ).

Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi

bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-

Page 12: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

12

menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana

mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan

dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan bahagia.

Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya

seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran

disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa,

gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah

suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti

yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan

dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam

organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan

organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang

tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan

sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut

terlibat.

Manakala bagi masyarakat dan negara, dengan adanya individu,

keluarga dan organisasi yang beretika tinggi, masyarakat dan negara juga

turut mencapai faedahnya. Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman,

damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai, maju dan mempunyai

imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat

mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan

terus maju dan berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini.

Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan

Page 13: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

13

lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah,

Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli

masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.

Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh ;-

a) Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk seperti mencuri

Hubungan Etika dan moral akan ;-

a) Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif

Apa yang difikirkan biasanya melibatkan unsur positif bagi beretika dan

unsur negatif bagi yang tidak beretika, sebagai contoh seperti di bawah ;-

Betul Salah

Baik Buruk

Moral Bukan moral

Etika Bukan etika

Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan harmoni seharian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat

perkara utama ;-

1) Etika dan kuasa

Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan

2) Etika dan individu

Menghormati hak anda dan hak jiran anda

Page 14: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

14

3) Etika dengan undang-undang

Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar

batas undang-undang.

4) Etika dan agama

Individu yang berpegang kepada ajaran agama adalah mudah

melaksanakan nilai-nilai etika.

4.2 Kepentingan Moral

Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih

berprinsipkan kepada pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa

bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Manusia menjadi

begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam

keputusan yang dibuat. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri

melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat,

berkeluarga dan beragama. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia

kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau

salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap.

Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk .

Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat

dan bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 )

Page 15: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

15

Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati

kehidupan aman dan sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang,

keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini,

mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan

yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain

yang dapat menghidarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa,

dihina, dicuri harta bendanya , ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas.

Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup.

Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang

dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk

manusia itu bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari

bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat

kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu

kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan dan kesejahteraan

kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan

lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang

yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan peranannya dengan

berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 )

Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan

sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.

Ini kerana segala masalah yang timbul daripada masalah delinkuen tidak

akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap ahli keluarga dapat

Page 16: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

16

mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan

menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang

generasi antara anak dan ibubapa tidak akan berlaku . Oleh itu keluarga

dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi seperti

pengeluran dan pengagihan barang.

Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan

masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada

pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong

menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga

dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan

negara Malaysia terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya

adalah diantara satu symbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara

sudah moden dan membangun.

4.3 Kepentingan undang-undang

Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan

manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak

nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan,

persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injuksi mahkamah. Undang-

undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan

sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan.

Page 17: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

17

Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat

mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna

kulit, agama dan lain-lain lagi perbezaan. Ini terbukti apabila undang-undang

itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan

dalam sesebuah negara bagi kepentingan semua. Tindakan tersebut dapat

mempengaruhi perbuatan dan tindakan masyarakat contohnya seperti

memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat

pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan

melalui undang-undang kebajikan. Kesannya masayarakat dapat dengan

tenang dan damai.

Selain itu juga, kepentingan undang-undang juga dapat dilihat

bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan.

Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada

melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang

ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan

hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat

adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah.

Oleh yang demikian hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan

akhinya satu bentuk kehidupan politik dan social yang stabil dapat

diwujudkan.

Page 18: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

18

Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan.

Dengan adanya hukuman keatas pesalah, masyarakat merasakan kehidupan

mereka terjamin dan tidak terbiar. Struktur peraturan yang tersedia itu

membolehkan individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima

hukuman yang setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat

keadilan yang setimpal dengan apa yangn mereka alaminya.

Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang

ialah dapat membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau

pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat daripada perlakuan serta sifat-sifat yang

ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi individu yang sering

melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang

buruk dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain

untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada

sebarang keraguan.

5.0 FUNGSI ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM

KEHIDUPAN MANUSIA.

5.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan

Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan

kepada masyarakat umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak

pembangunan yang mementingkan peradapan dan tamadun kehidupan yang

berasaaskan kepada budaya , tamadun, peraturan dan keharmonian.

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai

panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini

bermaksud, walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin

Page 19: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

19

berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan

konflik yang dihadapi.

Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar

bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya.

Manusia juga mempunyai kehendak, keinginan, matlamat dan objektif yang

sama iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk ini manusia

perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan

bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain.

Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh

pada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama

di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut

dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu, disekat

kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam

memelihara kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya.

Ahli-ahli falsafah Barat lebih menekankan persoalan, ”mengapa

manusia pada umumnya patut bermoral?” daripada ”mengapa setiap individu

harus bermoral?” Kedua-duanya mempunyai penekanan yang berbeza-beza,

tetapi dalam kehidupan manusia, setiap individu itu menjadi teras kepada

pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam pembentukan sikap

bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting

dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan

Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia

itu bermoral. Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk

penciptanya. Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu

bukan atas tekanan, pujian dan lain-lain, tetapi berdasarkan keimanannya

kepada Tuhan.

Page 20: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

20

Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu

perbuatan yang dilakukan oleh individu. Setiap manusia yang waras sentiasa

menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada

berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada dirinya sendiri

dan orang lain. Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan

kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri.

Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu,

berjudi, dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada

dirinya sendiri. Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah

kepada semua orang. Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu

tidak seorang pun menjadi pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap

ahli kelompok tersebut akan menadapat faedahnya.

Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula umumnya

mesti bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna. Sikap

dan perasaan bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap

individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle, moral

adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. Seseorang yang telah

menunaikan peranannya dengan berkesan.

Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral

seperti berikut:

”Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang

tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan

manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”.( Mohd. Janib Johari,

1994).

Page 21: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

21

5.2 Fungsi Etika dalam kehidupan

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam

bentuk menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan

samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai

profesional. Oleh itu, etika merupakan satu landasan kepada masyarakat

yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta

membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk

mereka dari semasa ke semasa. Sacara datarnya etika berfungsi sebagai,

memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara

maruah.(http://members.tripod.com/takingaoff/etika.html).

5.2.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian

Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya

kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada

berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum.

Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati

dikalangan pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam

bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan

dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

5.2.2 Etika berfungsi sebagai sokongan

Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang

apa yang dilakukan, maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong

tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan.

Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau

lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi

atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling

bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan

tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut.

Page 22: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

22

5.2.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah

Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina ,

meningkat dan mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan

masing-masing. Ini secara umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa

setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang

dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur

kepada diri sendiri, masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk

meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih

cemerlang dari semasa kesemasa.

5.2.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin

Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi

sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila

terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat

mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan

berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi

atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-

maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.

Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga berfungsi dalam perhubungan

dengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu mengetahui akan

kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan

kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada

kehidupan manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap

orang mesti tahu dan mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan

memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua orang.

Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan

pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik

negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi

akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila

Page 23: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

23

berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku

atau mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat.

5.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan

Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau

etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang

mungkin dianggap jenayah di negara ini, mungkin pula dianggap kebiasaan di

negara lain. Jesteru undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang

dipegang juga berbeza.

Hukum dan undang-undang adalah untuk ”moderate” kehidupan

manusia. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan

manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undang-

undang.html).

Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan,

maka tidak ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas

mereka. Hanya apabila seseorang bertindak berlawanan dengan nilai yang

dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undang-

undang.

Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian

masyarakat (http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang

yang menconteng dinding pondok menunggu bas atau mana-mana dinding

awam, biar betapa artistik atau indah sekalipun, harus dikenakan tindakan.

Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004), undang-undang mempunyai

beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya, undang-undang sebagai

kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan pemudahcara.

Undang-undang sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang

menyatakan secara terperinci bila dan bagaimana individu tertentu

dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang dilarang, atau

Page 24: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

24

kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara.

Undang-undang juga bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan

peribadi atau balas dendam (personal feud/vengeaance). Dalam hal ini

undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Ia

menentukan sesetengah perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu

sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar hak-hak dan kebebasan

individu terpelihara. Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial

yang stabil dapat diwujudkan.

Undang-undang juga berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik.

Tindakan undang-undang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan

kepentingan (conflict of interests) antara dua pihak atau lebih. Kedua-dua

pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada persetujuan dicapai

dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. Dalam keadaan

ini undang-undang berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. Ia

menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau liabliti dipertahankan dan

dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya mahkamah, tribunal atau

panel timbang tara.

Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihak-

pihak yang bertikai. Oleh itu, undang-undang menyediakan satu kerangka

tetap kepada individu bahawa mereka boleh menjalankan transaksi dengan

pasti, jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan undang-undang, dan jika

berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan memperolehi ganti

rugi.

Undang-undang juga berperanan dalam memastikan kesejahteraan

masyarakat. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang bagi

memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya menggunakan

undang-undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan,

kesihatan, perlindungan kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta

Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk wanitan dan Akta KWSP 1982

diperuntukan kepada majikan dan pekerja.

Page 25: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

25

Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undang-

undang menyediakan satu set peraturan untuk bertingkah laku kepada

anggota masyarakat. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang

memenuhi kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik.

Undang-undang persendirian (private law) mengambil peranan sebagai

pemudahcara untuk permasalahan masyarakat. Undang-undang yang

mengatur kontrak, instrumen kewangan (negotiable instrument), hartanah,

perkongsian (partnerships), bank, kesatuan sekerja, perkahwinan dan lain-

lain untuk mengatur dan memudahkan manusia menjalankan kegiatan

mereka.

6.0 HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA, MORAL UNDANG-UNDANG.

Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili

pertalian undang-undang dan etika. Akan tetapi, ia boleh mengelirukan

kerana persilangan itu seolah-olah menunjukkan bahawa ukuran etika dan

undang-undang adalah sama walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu

yang objektif. Contohnya, membunuh merupakan satu perbuatan yang salah

UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG + ETIKA

ETIKA

Page 26: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

26

dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh

itu salah sekiranya alasan disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.

6.1 Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika.

a) Pengenaan nilai tatasusila tertentu dalam masyarakat

Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut, masyarakat akan bebas untuk

fitnah-memfitnah antara satu sama lain dan akan menyebabkan kehidupan

menjadi tidak aman dan tenteram.

b) Etika dan undang-undang saling menyokong atau

memperkuatkan atau menokok antara satu sama lain dalam kebanyakan

nilai fundamental.

Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu

kerana takutkan undang-undang. Sesetengah yang lain pula, mendakwa

mereka tidak menipu bukan kerana takut kepada undang-undang tetapi atas

desakan moral.

c) Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu

kewujudan satu sama lain.

Umpamanya, jika undang-undang di Malaysia membenarkan

hubungan sejenis, undang-undang tersebut akan ditentang hebat oleh

masyarakat kerana ia bertentangan dengan nilai moral. Ini juga membuktikan

bahawa undang-undang merupakan suatu peraturan atau sistem yang

mewakili nilai moral yang didukung oleh sesuatu kumpulan masyarakat.

Selain itu, kemantapan etika bergantung kepada kewujudan sistem

Page 27: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

27

perundangan. Sebagai contoh, kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika

tidak akan memberi apa-apa erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta

benda dari aspek undang-undang.

d) Persamaan bahasa yang digunakan walaupun tidak

merangkumi semua perkara.

Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk

kepada tata amalan, tingkah laku, larangan, hak dan kewajipan. ( Freeman,

1994 dalam Thiroux.J.P. 1995 .)

Secara ringkasnya, kod etika bukan berperanan untuk mengatasi

undang-undang, malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang

kewujudan undang-undang yang sedia ada. Undang-undang pula bertindak

sebagai penyokong. Akan tetapi, sekiranya hak-hak tertentu individu

terancam, undang-undang akan masuk campur dan mengatasi kod-kod etika

yang berkenaan.( Ahmad Rafizi Salleh , 1998 ).

Page 28: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

28

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas,

manusia tidak boleh tidak mesti memerlukan etika, moral dan undang-undang

dalam kehidupan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-

undang, moral dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk membuat

pertimbangan peribadi yang profesional. Ada sesetengan pendapat

mengatakan bahawa undang-undang perlu mengatasi etika. Seseorang

individu itu perlu melihat sesuatu situasi dari segenap sudut. Pada

kebiasaannya, seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik

jika hanya memandang sesuatu situasi atau masalah dari satu sudut sahaja.

Walau bagaimanapun, mematuhi etika, moral dan undang-undang

tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. Undang-undang

terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat

manfaat sepenuhnya. Contohnya, dalam kes penderaan kanak-kanak, pihak

berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran tetangga membuat laporan

secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku.

Tindakan mungkin di ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di

mana sementara siasatan dijalankan, mangsa akan dihantar balik ke rumah.

Kemungkinan besar, mangsa akan didera dengan lebih teruk sebagai cara

untuk menebus dendam. Ini juga membuktikan bahawa perlakuan moral

negatif telah dilakukan.

Page 29: Hubungkait+Antara+Moral+Etika+Dan+Undang Undang

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

29

Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan

unsur penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera, selamat dan

terjamin. Undang-undang yang bersendiri tanpa etika dan moral tertentu akan

menjadi tempang. Namun begitu, bukan semua nilai etika dan moral

mengiringi setiap undang-undang kerana tidan semua orang memiliki tahap

etika dan moral yang sama. Apa yang penting, asalkan undang-undang yang

sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada manusia keseluruhannya.