hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

41
HUBUNGAN ETNIK UIE 3012 Disediakan untuk: En. Abdul Majid Hafiz bin Mohamed Disediakan oleh: HAZIM BIN CHE SU (029940) IRWAN BIN JOHN IMBAYAN (030294) MUHAMAD FAZLI BIN RAHIM (030073) MUHAMAD SYAUQI BIN NADRI (030066) BADRUL SYAH SYAFIQ BIN BADAR (029913) AHMAD TAQIUDDIN BIN MUSKIL ALI (030328) HUBUNGKAIT ANTARA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

Upload: irwan-imbayan

Post on 14-Jun-2015

2.486 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

HUBUNGAN ETNIKUIE 3012

Disediakan untuk:

En. Abdul Majid Hafiz bin Mohamed

Disediakan oleh:

HAZIM BIN CHE SU (029940)IRWAN BIN JOHN IMBAYAN (030294)

MUHAMAD FAZLI BIN RAHIM (030073)MUHAMAD SYAUQI BIN NADRI (030066)

BADRUL SYAH SYAFIQ BIN BADAR (029913)AHMAD TAQIUDDIN BIN MUSKIL ALI (030328)

HUBUNGKAIT ANTARA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS

KEMERDEKAAN

Page 2: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

ISI KANDUNGANAMALAN POLITIK SEBELUM MERDEKA

AMALAN POLITIK SELEPAS MERDEKA

KONFLIK POLITIK SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

SOLUSI

Page 3: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

AMALAN POLITIK SEBELUM MERDEKA

Page 4: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Parti- parti politik di negara ini mempunyai asal usul dan bertitik tolak daripada konflik perkauman. Orang- orang melayu bersatu padu untuk membentuk UMNO sebagai sebuah benteng pertahanan terhadap ancaman hah- hak orang Melayu oleh Malayan Union pada tahun 1946.

Orang- orang Cina telah memberi reaksi terhadap perjanjian Melayu- Inggeris 1947 dan langkah drastik yang telah diambil terhadap setinggan Cina pada zaman darurat telah menyebabkan orang- orang Cina telah mewujudkan MCA untuk menjaga kepentingan dan memberi perlindungan kepada orang Cina.

Berlainan pula dengan masyarakat India, golongan atasan India tidak mempunyai keupayaan untuk mewujudkan sebuah parti politik yang stabil dan efektif. Pucuk pimpinan golongan India yang bekerja telah diambil alih oleh Kesatuan- kesatuan Sekerja. Kesatuan ini sebenarnya bertujuan untuk menumpukan perhatian terhadap matlamat yang berkaiatan dengan ekonomi iaitu persoalan tentang kenaikan gaji dan isu- isu lain, tetapi tidak dalam bidang politik dan isu perkauman.

Page 5: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Dalam era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses politik dan pentadbiran adalah terhad. Saat akhir era penjajahan, rakyat mula dilibatkan dalam politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah sebagai pegawai rendah ekoran daripada sistem pendidikan Inggeris kepada anak-anak pembesar tempatan.

Penglibatan rakyat tempatan dalam politik meluas apabila pihak British memperkenalkan Malayan Union. Pengalaman daripada penjajahan Jepun telah mengajar penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya kerjasama antara golongan etnik untuk mencapai objektif politik.

Kerjasama politik antara AMCJA-PUTERA, UMNO-MCA-MIC. Kerjasama ini adakalanya terganggu jika terdapat niat yang didasari oleh ketamakan dan kenaifan dalam memahami perasaan golongan lain. Hal ini berlaku sewaktu Inggeris memperkenalkan Malayan Union pada 1946.

Page 6: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

CIRI-CIRI MALAYAN UNION

Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat

Raja-raja Melayu hilang kuasa

kecuali ke atas hal berkaitan

Islam dan adat istiadat orang

Melayu

Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan

prinsip jus soli

Page 7: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Malayan Union bersifat unitari, memberi pengakuan kesaksamaan

kepadasemua penduduk sebagai rakyat atau bangsa berdasarkan

prinsip jus soli.

Mendapat tentangan hebat di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. Lalu beliau menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946. Tujuan utama

pejuangan parti ini ialah memelihara kepentingan orang

Melayu serta mengukuhkan kuasa politik mereka. Parti-parti lain juga

ditubuhkan seperti MIC ditubuhkan pada Ogos 1946. John Thivy sebagai presiden.Matlamat utamanya menjaga kepentingan

dan kebajikan orang India di Tanah Melayu.

Page 8: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden. Tujuan utama penubuhan MCA ialah melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu.

Penubuhan kedua-dua parti ini bertujuan membuktikan kepada British bahawa orang Cina dan India bersedia bekerjasama dengan orang Melayu untuk membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu. Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal Persekutuan Tanah Melayu.

Contohnya Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952. Pakatan UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada12 kerusi. Parti PERIKATAN (UMNO-MCA-MIC) berjaya memenangi 51 drpd 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955.

Ini asas yang kuat bagi Tunku Abdul Rahman yang mengetuai UMNO dan Parti Perikatan untuk menunjukkan kepada British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu.

Page 9: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Dato’ Onn Jaafar yang keluar dari UMNO, telah menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP). Ia boleh dianggap sebuah parti politik yang tidak bersifat perkauman, ditubuhkan pada tahun 1951.

Ia muncul dari kegagalan Dato’ Onn untuk melebarkan asas UMNO supaya semua kaum dapat diterima menjadi anggota iaitu membuka keahliannya kepada semua rakyat Persekutuan Tanah Melayu, rakyat British dan penduduk semenanjung Tanah Melayu yang telah tinggal

selama lebih daripada 10 tahun.

Tetapi disebabkan ketika itu politik perkauman masih menebal di kalangan penduduk Tanah Melayu, maka parti ini tidak mendapat

sambutan yang menggalakkan.

Akhirnya, mereka menubuhkan parti negara yang bersifat perkauman Melayu. Jelas di sini parti yang bersifat percampuran kaum tidak berjaya menambat hati penduduk kerana pada umumnya ketika itu kepentingan

perkauman jelas menguasai suasana politik.

Page 10: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

• Para pemimpin parti ini telah menuduh UMNO sebagai bersifat Malaya dan bukan bersifat Melayu. Namun parti ini pada keseluruhannya tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada penduduk kerana ia terbatas kepada orang Islam sahaja.

Wujud juga parti yang bersifat ideologi seperti Parti Islam

Setanah Melayu (PAS). Parti ini beridealogikan kepada agama Islam. Matlamatnya pula ialah

penubuhan sebuah negara yang berlandaskan ajaran agama

Islam. Parti ini kebanyakannya dianggotai oleh pemimpin

agama di kampung-kampung dan guru-guru agama.

• Selepas pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur memperlihatkan kemenangan kepada parti ini di mana memperolehi sembilan kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan.

Walaupun usaha Dato’ Onn untuk menyatukan kaum

menemui kegagalan tetapi sebenarnya melahirkan bibit-bibit perpaduan, ini terbukti apabila Tunku Abdul Rahman

selepas Dato’ Onn menubuhkan Parti Perikatan

melalui kerjasama umum antara UMNO dan MCA untuk

mencapai kemerdekaan.

Page 11: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Bakinya 2 kepada IMP dan 1 kepada calon bebas. Malah parti ini juga mencapai kejayaan yang cemerlang di Melaka, Johor Bahru, Batu pahat dan Muar. Perkembangan ini telah menggalakkan MIC menyertai perikatan pada Oktober 1954. Sekaligus menjadikan parti ini sebuah parti politik yang terbesar di Tanah Melayu ketika itu.

Atas desakan tegas UMNO untuk mengadakan pilihanraya Majlis Mesyuarat Persekututuan di mana majlis ini mempunyai 52 anggota yang dengan memberi kuasa kepada parti yang menang memilih 5 daripada 7 anggota yang akan dilantik oleh pemerintah British. Akhirnya pada 27 Julai 1955, pilihanraya Kebangsaaan persekutuan Tanah Melayu diadakan pertama kalinya. Ketiga-tiga parti tersebut telah keluar bertanding.

Antara saingannya ialah parti negara, parti Islam Semalaya , parti Progresif rakyat, parti Buruh Semalaya, Ikatan Melayu Perak dan lain-lain lagi. Keputuasan pilihanraya itu telah memberi kemenangan besar kepada Perikatan dimana telah memenangi 51 kerusi daripada 52 yang dipertandingkan.

Page 12: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

• Era ini menunjukkan bahawa kemajuan ke arah kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan kerjasama dari ketiga-tiga kaum terbessar di Tanah Melayu. Selanjutnya parti ini telah membentuk sebuah kabinet dengan diketuai oleh Tunku Abdul rahman sebagai Ketua Menteri. Iaitu terdri daripada 10 menteri, 6 dari UMNO, 3 dari MCA dan seorang dari MIC.

• Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 sebenarnya belum bebas dalam rangka yang sebenarnya, di mana pegawai British masih memainkan peranan mereka dalam soal pemerintahan kementerian penting seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi masih dikuasai oleh pegawai-pegawai British.

Page 13: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

AMALAN POLITIK SELEPAS MERDEKA

Page 14: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Zaman Penduduka

n Jepun

Barisan Nasional

(BN)

Perikatan UMNO-

MCA-MIC

IMP

MCA

Jwntkuasa PerhubungnKaum/CLC

UMNO

Malayan Union

Pakatan Rakyat

(DAP-PKR-PAS)

11 Mei

1946Jan 1949

1943

27Feb 1949

Okt 1954

16 Sept 1951

1 April 1943

1974Mac 2008

SEBELUM MERDEKA

SELEPAS MERDEKA

Page 15: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

UMNO

• UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)

• Pemimpin terawal Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hj. Abdul Razak

• Mewakili Etnik: Kaum Melayu• Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat

penentangan terhadap perlaksanaan Malayan Union

• Tujuan: Memperjuangkan hak Orang Melayu

UMNO adalah gabungan pelbagai

persatuan dan pertubuhan

Melayu

Page 16: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

MIC

• MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)• Pengasas: John A.Thivy (1946-1947)• Mewakili Etnik: India• Tujuan:Kebebasan dan Demokrasi bagi negaraKeharmonian antarabangsa positif dan

kerjasama umumKemakmuran dan Kestabilan negaraKeadilan bagi masyarakat India di masa

depan negara

Page 17: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

MCA

• MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)

• Pengasas: Mendiang Tun Sir Tan Cheng Lock (1949)

• Mewakili Etnik: Kaum Cina• Tujuan:Untuk memelihara kepentingan

masyarakat Cina

Page 18: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

BN

• BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN)• Pengasas: Dato ‘Onn Jaafar• Mewakili Etnik: Melayu, India dan Cina• 1952 pakatan MCA UMNO• 1955 diperluaskan MIC• Tujuan: Menentang rancangan Inggeris untuk membentuk

“Malayan Union”. Membela hak-hak Melayu dan kesejahteraan

negara serta Memulihkan hak-hak dan kuasa Sultan Malaysia Menjaga persatuan perkauman

Pada 1974, Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi meperkukuhkan kerjasama antara etnik melalui politik supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia

UMNO-MCA-MIC bergabung membentuk Parti PerikatanPada pilihan raya Persekutuan 1955, Perikatan menang 51 daripada 52 buah kerusiIni merupakan petanda Tanah Melayu bersedia memperoleh kemerdekaan

Page 19: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

PAS

• PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)• Pengasas: Tuan Guru Haji Ahmad

Fuad Hassan (1951)• Mewakili Etnik: Kaum Melayu Islam• Tujuan:Pertubuhan politik Islam yang

memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara

Hasrat Dr Burhanuddin al-Helmy sewaktu dilantik memimpin PAS pada akhir 1956:

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”

Page 20: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

DAP

• DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP)• Pemimpin terawal: En. Lim Kit Siang, En. Dr.

Tan Seng Giaw, dan En. Lim Guan Eng (1990)• Mewakili Etnik: Majoriti kaum Cina dan

diterima sebahagian kecil kaum India• Berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial.• Berpegang kuat kepada ideologi negara Malaysia

yang bebas• Demokratik dan Sosialis• Berpaksi keadilan kaum dan kesaksamaan sosial

dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.

Page 21: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

KONFLIK POLITIK SEBELUM DAN

SELEPAS MERDEKA

Page 22: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

KONFLIK POLITIK SEBELUM

KEMERDEKAAN

Page 23: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

• Golongan elit melayu dan orang Eropah

• Menduduki puncak struktur masyarakat

• Tertakluk kpd kepentingan British• Golongan elit Cina menguasai

ekonomi• Diberi hak bersuara

Page 24: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Zaman pra-penjajahan p’tengahan kurun ke-19

• Peringkat paling mundur• Orang melayu berpindah-randah• Wujud penempatan majoriti yang

terdiri daripada pendatang

Page 25: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Semasa penjajahan British

• Negeri-negeri terpisah disebabkan kuasa British dan Siam

• Setiap kaum dibahagikan mengikut pekerjaan

Page 26: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

• Orang Cina dan India masih menganggap diri mereka orang luar

• Tidak menuntut hak politik sebagai warganegara

Page 27: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

KONFLIK POLITIK SELEPAS

KEMERDEKAAN

Page 28: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

• Ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10hb Mei 1969.

• Emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang.

• Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka.

• Akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah.

• la adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara.

Page 29: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

SELEPAS ERA PERISTIWA BERDARAH 1969

• Pada peringkat awal, parti politik di Tanah Melayu kebanyakkannya bercorak perkauman dan ideologi seperti PKMM, MDU, PAS, UMNO, MCA dan lain-lain lagi.

• hubungan kaum di Malaysia lebih erat dengan tertubuhnya DEB

• Selepas millenium, parti-parti politik perkauman sudah tidak releven lagi krn mereka lebih cenderung kepada perjuangan rakyat, bukan lagi tertumpu kepada sesuatu kaum tertentu.

Page 30: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

PERHIMPUNAN HINDRAF 2007

• Perhimpunan Hindraf 2007 telah diadakan secara haram di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 November 2007.

• Dianjurkan oleh pertubuhan NGO, Hindraf iaitu Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu.

• Hindraf dikatakan disertai 30 pertubuhan NGO Hindu di Malaysia.

• Pemimpin Hindraf adalah peguam-peguam yang handal di Malaysia

• Pemimpin-pemimpin Hindraf cuba mengadakan perhimpunan 100,000 penganut Hindu di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Page 31: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

TUJUAN PERHIMPUNAN

• Hendak menyerahkan memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II.

• Berhubung nasib malang bertimpa-timpa yang dialami oleh penganut Hindu di Malaysia sejak zaman penjajahan British.

• Saman difailkan oleh Hindraf di Britain pada 30 Ogos 2007 bagi menuntut 4 trilion paun (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain.

• Sebagai pampasan kepada masyarakat India kerana membawa mereka masuk ke Malaysia sebagai buruh murah.

Page 32: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

SOLUSI

Page 33: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

LANGKAH MENGATASI KONFLIK ANTARA KAUM SELEPAS MERDEKA DARI ASPEK POLITIK

MAGERAN Barisan Nasional 1 Malaysia

Pakatan Rakyat

DEB, JPNIN, Dasar

Pendidikan,

Rukun Negara

Page 34: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

MAGERAN

13 Mei 1969 menyebabkan

kerajaan mengambil langkah untuk

mewujudkan Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN)

Pentadbiran negara diletakkan dibawah

MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dan Tun Abdul

Razak(Timbalan Perdana Menteri) dilantik menjadi Pengerusi dan Pengarah

MAGERAN

Page 35: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Barisan Nasional dibentuk bagi mengurangkan ketegangan politik

UMNO,MIC & MCA

Dapat sama-sama dapat berbincang dalam

mewujudkan keharmonian antara kaum di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei

Page 36: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Dasar Ekonomi Baru(DEB)

Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara

kaum

Mengurangkan dan seterusnya membasmi

kemiskinan tanpa mengira kaum

Menyusun semula masyarakat agar

identiti kaum tidak lagi dibezakan oleh kegiatan ekonomi

Kaum Melayu dapat sama-sama

melibatkan diri dalam perniagaan

dan bidang profesionalisme

Page 37: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional

Memupuk perpaduan dan keharmonian

antara kaum

Meningkatkan tahap integrasi nasional dalam masyarakat

Page 38: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Rukun Negara: 1) Kepercayaan kepada Tuhan2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara3)Keluhuran Perlembagaan4) Kedaulatan Undang- Undang5)Kesopanan dan Kesusilaan

-Diperkenalkan untuk menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum ekoran Peristiwa 13 Mei 1969

-Dikuatkan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan.-Rukun Negara merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara

Page 39: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Landasan yang tepat demi mewujudkan masyarakat yang

harmonis kerana asas yang dijadikan landasan dasar dalam orientasi dan

falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan dari

segi bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan kurikulumnya.

Page 40: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

1Malaysia

Memperkukuhkan integrasi nasional,

menyemai semangat

kekitaan dan juga perpaduan antara kaum di

Malaysia

Negara maju menjelang tahun 2020

Page 41: Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan

TERIMA KASIH DAN SALAM 1 MALAYSIA!