kenyataan rasmi sskm-ssu(uk) berhubung dengan status dan hubungkait kerajaan persekutuan tanah...

12
ssuuk.com http://www.ssuuk.com/2015/09/kenyataan-rasmi-sskm-ssuuk-berhubung.html Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia Salam sejahtera, salam hormat dan salam berjuang kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan kini sudah berdaftar secara SAH dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan Hubungkait status Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Kerajaan Malaysia. Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnya adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya. Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negara Sabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaan baru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlaku disebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan. Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumat yang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah dan jelas. Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-bukti yang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapat memahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun "Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokong pendedahan ini sepenuhnya. Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenar Malaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?" Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. Pihak SSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yang kukuh. Disini, pihak kami mengetengahkan empat (4) bukti untuk menyokong hujah kenyataan kami. Bukti-bukti tersebut adalah seperti didalam gambar rajah dibawah.

Upload: sskmssu

Post on 23-Jan-2017

178 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

ssuuk.com http://www.ssuuk.com/2015/09/kenyataan-rasmi-sskm-ssuuk-berhubung.html

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung dengan Statusdan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)dan Kerajaan Malaysia

Salam sejahtera, salam hormat dan salamberjuang kepada semua bangsa negara Sabahdan bangsa negara Sarawak. Saya DorisJones, mewakili kumpulan sosial didalamFacebook yang bernama Sabah SarawakKeluar Malaysia (SSKM) dan kini sudahberdaftar secara SAH dibawah bidang kuasaperundangan United Kingdom of Great Britainand Northern Ireland (UK) dengan namaSabah Sarawak Union (SSU-UK) inginmembuat satu kenyataan rasmi berhubungdengan Hubungkait status KerajaanPersekutuan Tanah Melayu (Malaya) danKerajaan Malaysia.

Tujuan kenyataan rasmi ini dibuat adalah untuk membuat pendedahan sebenar yang selama ini telahdisembunyikan daripada pengetahuan orang awam termasuk anda semua bahawa Malaya itu sebenarnyaadalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya.

Mengapakah pendedahan ini perlu dilakukan? Ini kerana selama ini pemimpin-pemimpin dan rakyat dari negaraSabah dan negara Sarawak telah diberikan jaminan dan janji bahawa pada 16 September 1963, sebuah kerajaanbaru akan terbentuk yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya. Namun, apa yang berlakudisebaliknya dan ia adalah sangat mendukacitakan.

Untuk mengetahui perkara yang sebenar ini, pihak kami telah memadatkan secara ringkas maklumat-maklumatyang sangat penting melalui kenyataan rasmi ini agar semua pihak mampu memahaminya dengan mudah danjelas.

Untuk menyokong kenyataan bahawa Malaya itu adalah Malaysia dan Malaysia itu adalah Malaya, bukti-buktiyang nyata, jelas dan berfakta mesti diberikan untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak agar dapatmemahami, menilai dan memutuskan sama ada kenyataan ini adalah berupa "Hasutan", "Penipuan" ataupun"Kebenaran berfakta dan sahih". Oleh itu, pihak kami telah menyediakan segala bukti-bukti untuk menyokongpendedahan ini sepenuhnya.

Selama ini pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu telah menimbulkan persoalan tentang identiti sebenarMalaysia melalui persoalan seperti ini, "adakah Malaysia ini sebenarnya Malaya yang hanya berubah nama?"Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1960an lagi dan kini, persoalan ini bakal dijawab dengan rasminya. PihakSSKM-SSU(UK) akan memberikan noktah (penamat) kepada persoalan ini dengan berserta bukti berfakta yangkukuh.

Disini, pihak kami mengetengahkan empat (4) bukti untuk menyokong hujah kenyataan kami. Bukti-bukti tersebutadalah seperti didalam gambar rajah dibawah.

Page 2: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

BUKTI PERTAMA: DEFINISI "PERSEKUTUAN" MENGIKUT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANMALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK.

Seorang pengkaji bebas yang berasal daripada Negara Sabah, iaitu En.Zainnal Ajamain telah memainkanperanan yang sangat penting didalam membongkarkan rahsia persoalan ini dengan memberikan bukti tersebutmelalui definisi "Persekutuan" didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pada Artikel 160 (2).

(seorang Journalis Bebas yang bernama En. Joe Fernandez menafikan peranan En. Zainnal didalam penemuandefinisi tersebut kerana menurut beliau, dialah yang telah mendedahkan perkara ini kepada En.Zainnal Ajamain)

Definisi tersebut adalah seperti berikut;

"The Federation" means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang ditubuhkan dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu(Malaya) 1957.

(Anda semua perlu tahu bahawa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 adalah kesinambungandaripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948).

Selain itu juga, terdapat perbezaan interpretasi (penafsiran) yang jelas tentang maksud "Persekutuan" apabilamerujuk kepada Perlembagaan Negara Sabah dan Perlembagaan Negara Sarawak.

Sila lihat pada Part V, General Provision, 46 (Interpretation) untuk Perlembagaan Negara Sabah dan Part V,General Provision, 44 (Interpretation) Perlembagaan Negara Sarawak.

Interpretasi "Persekutuan" adalah seperti berikut;

"the Federation" means the Federation to be known, on and after Malaysia Day, by the name Malaysia.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang dikenali, pada dan selepas Hari Malaysia, dengan nama

Page 3: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

Malaysia.

Tapi benarkah ia berbeza? Mari kita kupas lagi akan perkara ini.

Definisi "Persekutuan" ini akan membawa kita kepada pembongkaran yang lebih jelas walau bagaimanapun, iasangat mengelirukan jikalau tidak memahaminya dari awal.

Didalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat keganjilan yang berlaku iaitu Perlembagaan tertinggi negara initidak mempunyai tafsiran bagi "Malaysia Day".

Tafsiran "Malaysia Day" HANYA terdapat didalam Perlembagaan Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Untuk Perlembagaan Negara Sabah, ia adalah seperti berikut;

"Malaysia Day" means the day referred to as Malaysia Day in the Malaysia Act

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Hari Malaysia" bererti hari yang dirujuk sebagai Hari Malaysia didalam Akta Malaysia.

Manakala untuk Perlembagaan Negara Sarawak, ia adalah seperti berikut;

"Malaysia Day" means the day referred to as Malaysia Day in the Malaysia Act of the Federation.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Hari Malaysia" bererti hari yang dirujuk sebagai Hari Malaysia didalam Akta Malaysia Persekutuan.

Didalam Akta Malaysia, definisi bagi "Persekutuan" adalah seperti berikut;

"the Federation" means the Federation called Malaysia after the federation of the new States with Statesforming the Federation of Malaya.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

Page 4: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

"Persekutuan" bererti Persekutuan yang dipanggil Malaysia selepas Persekutuan negara-negara barudengan negara-negara yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Dalam erti kata lain, definisi "Malaysia Day" didalam Akta Malaysia adalah merujuk kepada Artikel I didalamPerjanjian Malaysia.

Untuk melihat lebih jelas lagi, sila rujuk kepada gambar dibawah ini.

Page 5: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

Seperti yang telah diterangkan diatas dan juga melalui bantuan gambar, didalam Akta Malaysia (Malaysia Act),Malaysia adalah nama bagi Persekutuan yang dibentuk pada 16 September 1963. Pada tarikh ini jugalahPerlembagaan negara Sabah dan negara Sarawak berkuatkuasa serta-merta dan muncul sebagai sebuahKerajaan yang mempunyai kuasa Perlembagaan dan Kerajaannya.

Rumusan untuk Bukti Pertama ini ialah terdapat percanggahan definisi tentang erti maksud "Persekutuan".Tetapi sejauh manakah percanggahan itu wujud? Adakah benar ia saling bercanggah antara satu sama yanglain?

Apa yang dapat kita faham daripada Bukti Pertama ini ialah definisi "Persekutuan" menurut PerlembagaanPersekutuan adalah "Persekutuan" yang dibentuk dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)1957 dan bukan berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963. Namun, persoalan yang benar-benar perludijawab ialah adakah definisi "Persekutuan" didalam Perlembagaan negara Sabah dan Perlembagaan negaraSarawak sebenarnya merujuk kepada definisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Jawapan ini hanya dapatdirungkaikan selengkapnya dengan merujuk kepada Bukti Ketiga. Sebelum itu, mari kita beralih dahulu kepadaBukti Kedua.

BUKTI KEDUA: PENENTANGAN KERAJAAN KELANTAN TERHADAP KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAHMELAYU (MALAYA)

16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawakkerana pada tarikh inilah negara-negara Borneo bersama-sama dengan Kerajaan Negara Singapura sertaKerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) membentuk Kerajaan Persekutuan yang dipanggil "Malaysia".Pada tarikh ini jugalah kuasa kedaulatan dan kemerdekaan telah diamanahkan kepada "Kerajaan Malaysia" olehKerajaan British.

Persoalannya, mengapa kuasa kemerdekaan dan kuasa kedaulatan diamanahkan kepada Kerajaan Malaysiadan bukan kepada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura?Persoalan ini akan dijawab pada Bukti Ketiga.

Bukti kedua ini akan memberikan pencerahan dan penjelasan hasil daripada kesinambungan Bukti Pertamauntuk menguatkan kefahaman anda tentang "benarkah Malaya itu adalah Malaysia?"

Apabila sebuah "Kerajaan Persekutuan" yang dikenali sebagai "Malaysia" ini hampir dibentuk, tiba-tibaKerajaan Kelantan telah menentang niat dan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang dipimpin

Page 6: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

oleh Tunku Abdul Rahman. Kerajaan Kelantan telah memfailkan saman sebagai tanda membantahpembentukkan Malaysia pada 10 September 1963 (6 hari sebelum peristiharan Persekutuan Malaysia pada 16September 1963) atas beberapa alasan, iaitu:

1. Akta Malaysia 1963 akan melanggari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 denganmemansuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

2. Sebarang cadangan untuk membuat pemindahan memerlukan kebenaran setiap negeri (negeri-negeritanah melayu) termasuk Kelantan, dan ini tidak diperolehi.

3. Sultan Kelantan sepatutnya menjadi salah seorang penandatangan Perjanjian Malaysia.

4. Sebarang pindaan terhadap perlembagaan dalam Konvensyen Perlembagaan ditentukan melaluiperundingan dengan pemerintah-pemerintah negeri.

5. Parlimen Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang untuk Kelantan dalamperkara-perkara yang Kerajaan Kelantan boleh menggubalnya sendiri.

Jawapan kepada bantahan Kerajaan Kelantan ini kemudiannya dipatahkan oleh Ketua Hakim Negara KerajaanPersekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada waktu itu, James Thomson (Chief Justice) 30 jam sebelumPersekutuan Malaysia diistiharkan (15th September 1963) dengan beberapa hujah iaitu:

1. Walaupun jika Kelantan merupakan negeri yang berdaulat dahulu sebelum Perjanjian Persekutuan TanahMelayu (Malaya) 1957, kesan kepada perjanjian tersebut adalah sebahagian besar kuasa-kuasa yangmembentuk Kedaulatan telah diluluskan oleh Kerajaan Kelantan kepada Persekutuan.

2. Kuasa-kuasa ini adalah terhad dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan 1957 yang membentuksebahagian daripada perjanjian itu. Makhamah juga mendapati bahawa Akta Malaysia dalam memindaperlembagaan untuk menerima kemasukan "negeri-negeri (negara-negara)" dan menukar nama kepada"Malaysia" tidak bercanggah dengan kehendak perlembagaan.

3. Dan jika langkah-langkah yang telah diambil adalah dalam keadaan yang sah, maka sudah tentu hasilnyatidak dapat menjadikan mereka menyalahi undang-undang.

4. Apa yang kini dikenali sebagai "Struktur Doktrin Asas" yang menetapkan bahawa pindaan perlembagaanboleh diistiharkan oleh makhamah sebagai tidak sah hanya jikalau ia memusnahkan struktur asasperlembagaan.

5. Oleh itu, Makhamah perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahawa struktur asastidak dibongkarkan. Ia adalah dalam fungsi mereka untuk mentafsirkan perlembagan dan menentukanapakah ciri-ciri asas mereka.

Didalam Bukti Kedua ini, ia menjelaskan bahawa Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin malaya yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak menjejaskan Perjanjian Persekutuan TanahMelayu yang telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Ini kerana Perjanjian Malaysia yang telah ditandanganipada 9 Julai 1963 di London tidak mengubah "Struktur Doktrin Asas" Perlembagaan Persekutuan yangwujud untuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini juga bermaksud, Persekutuan yang dibentuk ini dengan nama baru "Malaysia" pada 16 September 1963sebenarnya bukanlah sebuah "Persekutuan Baru" ataupun "Kerajaan Baru" tetapi adalah nama baru bagiPersekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang kononnya telah menerima kemasukkan tiga buah negara (wilayah)baru kedalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Dalam ertikata lain, ia menampakkan seolah-olah North Borneo (kini dipanggil Sabah), Sarawak danSingapura "menyertai ataupun memohon" untuk menjadi "anggota" ataupun "ahli" didalam PersekutuanTanah Melayu (Malaya).

Ini sebenarnya adalah bertentangan sepenuhnya dengan keinginan Bangsa Negara North Borneo (kini dipanggilSabah), Negara Sarawak dan Negara Singapura yang mahukan sebuah "Persekutuan Baru" dengan nama"Malaysia", yang menghasilkan "Persekutuan" daripada empat buah negara sebagai rakan kongsi sama taraf

Page 7: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

dengan malaya. Namun, keadaan berlaku disebaliknya pula.

Untuk menguatkan lagi Bukti Kedua ini bahawa Malaya itu adalah sebenarnya Malaysia, mari kita beralih kepadaBukti Ketiga yang sebenarnya ditunggu-tunggu.

BUKTI KETIGA: KEAHLIAN MALAYA DIDALAM UNITED NATIONS (UN)

Tahukah anda bahawa pada tarikh 16 September 1963, disaat deklarasi pembentukkan "Malaysia" diistiharkandi Padang Merdeka Negara Sabah, Negara Sarawak dan Stadium Merdeka Malaya, pada hari tersebut jugalahmalaya telah menghantar wakil Kerajaan mereka iaitu Yoke Lin Ong (Ong Yoke Lin) untuk menyampaikan suratpemberitahuan kepada United Nations (UN) bahawa "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" telah menukarkannamanya kepada "Malaysia" berserta dengan pindaan perlembagaan yang membolehkan penyertaan tiganegara baru iaitu North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura ke dalam PersekutuanTanah Melayu (Malaya). Pindahan perlembagaan ini juga tidak mengubah identiti asal Malaya yang telahmenyertai UN pada 17 September 1957.

Apa yang berubah hanyalah sempadan antarabangsa sahaja yang telah menjadi lebih besar daripadasebelumnya tetapi masih mengekalkan identiti asal sebagai Malaya didalam keahlian keanggotaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bukti ini dapat dilihat melalui surat pemberitahuan yang telah tercatat didalam "UnitedNation Juridical Yearbook 1963". Sila Download Lampiran United Nations Juridical Yearbook 1963.

On 16 September 1963 the Secretary-General received a letterfrom H. E. Dato' Ong Yoke Lin, who was accredited to theUnited Nations as Permanent Representative of the Federationof Malaya, notifying him that by the constitutional process ofamendment the name of the "Federation of Malaya" had beenchanged to Malaysia. While not dealt with in this letter, thechange of name had been accompanied by the addition ofSingapore, Sabah (North Borneo) and Sarawak to theFederation of Malaya. Changes in the Constitution of theFederation of Malaya were also made "so as to provide for theadmission of those States and for matters connectedtherewith" (Preamble to Malaysia Bill).

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

Pada 16 September 1963, Ketua Setiausaha telah menerimasatu surat daripada H.E.Dato' Ong Yoke Lin, yang telahditugaskan ke Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai PerwakilanTetap Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), untukmemberitahunya bahawa dengan proses penggubalanperlembagaan, nama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telahditukar kepada Malaysia. Dengan tidak membincangkanperkara tersebut didalam surat ini, perubahan nama tersebut telah disertakan dengan penambahanSingapura, Sabah (North Borneo) dan Sarawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pindahan didalamPersekutuan Tanah Melayu juga telah dilakukan "untuk membolehkan kemasukan negara-negara tersebutdan yang berkaitan bersamanya" (Pengenalan awal kepada Bil Malaysia).

Dalam ertikata lain, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) itu sebenarnya masih wujud lagi sehinggasekarang dan pihak antarabangsa mengenali kewujudan Malaya dengan nama "Malaysia". Apa yang sebenarnyamenjadi isu serius disini ialah selama ini pemimpin-pemimpin negara Borneo daripada negara Sabah dan negaraSarawak diberitahu bahawa mereka akan dan membentuk "Persekutuan Baru" dengan memiliki "PerlembagaanBaru". Namun, penggunaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada peringkat awal dijadikansebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk memudahkan pembentukkan kerajaan

Page 8: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

baru ini tanpa perlu bersusah-payah. Ternyata selepas terbentuknya Malaysia selepas beberapa tahunkemudian, pemimpin malaya iaitu Tunku Abdul Rahman enggan ataupun tidak mahu membuat Perlembagaanbaru. Persoalan kepada keengganan Tunku Abdul Rahman ini telah terjawab melalui Bukti Ketiga ini.

Selain itu juga, pemimpin-pemimpin Borneo tidak pernah diberitahu tentang perkara yang sebenar ini keranakematangan politik yang masih mentah serta latar belakang pendidikan yang jauh berbanding dengan pemimpin-pemimpin malaya telah menjadi faktor kepada manipulasi dan penipuan yang didalangi oleh pemimpin-pemimpinmalaya terhadap pemimpin-pemimpin Borneo.

Pemimpin-pemimpin Borneo hanya mula menyedari akan perkara ini setelah Singapura menarik diri pada tahun1965 daripada Malaysia dan krisis perlembagaan di negara Sarawak tercetus pada tahun 1966.

Pemimpin-pemimpin malaya tidak pernah berlaku jujur terhadap pemimpin-pemimpin Borneo dan bangsaBorneo. Ini jelas dapat dilihat sehingga ke hari ini. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untukkepentingan politik dan kerajaan mereka sahaja. Penentangan daripada Indonesia yang mengatakan bahawapembentukan Malaysia ini adalah sebenarnya satu bentuk penjajahan di alaf baru ternyata benar.

Ini kerana negara Sabah dan negara Sarawak tidak memiliki Kuasa Kedaulatan dan Kemerdekaan yang sebenar.Ini disebabkan kuasa tersebut telah dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur secara rasmi pada 16 September1963.

Maka, untuk menjawab persoalan yang timbul dalam Bukti Pertama, jawapannya ialah Malaysia Day yangdirayakan pada 16 September 1963 itu sebenarnya merupakan Hari bagi Negara Sabah, Negara Sarawak danNegara Singapura "menyertai" Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tanpa disedari oleh mereka. Untuk lebihtepat lagi, 16 September 1963 sebenarnya adalah Hari bermulanya Penjajahan Persekutuan Tanah Melayu(Malaya) keatas negara Sabah, negara Sarawak dan negara Singapura secara rasmi yang bertopengkan"Malaysia".

Inilah yang menyebabkan pihak SSKM-SSU(UK) menjadikan 16 September sebagai "Black 16 September"sebagai simbolik kepada Penjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia keatas negara Sabah dan negaraSarawak.

Atas kesedaran ini, satu kumpulan dari negara Sarawak telah mewujudkansebuah kumpulan dengan nama 916 Occupation Day yang dipimpin olehPn.Lina Soo, seorang aktivis yang mendedikasikan dirinya kepadaPerjuangan Memerdekakan Negara Sarawak daripada cengkamanpenjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia.

Segala perbincangan awal untuk mewujudkan "Persekutuan Baru" sebelum16 September 1963 itu sebenarnya hanyalah satu omongan kosong olehpemimpin-pemimpin malaya dan British yang bertujuan untuk sekadarmendapatkan keyakinan dan sokongan daripada pemimpin-pemimpinBorneo. Ia dilakukan dengan penipuan yang menjijikan.

Ini juga dapat dibuktikan apabila sikap dan perjuangan Tun Fuad Stephensyang pada mulanya menentang penyertaan North Borneo dalampembentukan Malaysia ini telah bertukar kepada Pro Malaysia setelah diberijaminan bahawa "Malaysia" bukanlah "Satu Bentuk Pemindahan Kuasa DariLondon Ke Kuala Lumpur". Atas jaminan tersebutlah beliau telah bersetujudengan idea pembentukan Malaysia dan berhempas-pulas untukmenjayakannya. Beliau juga telah mempengerusikan Malaysia SolidarityConsultative Committee (MSCC) dan Pengerusi kepada Kumpulan Sabahbagi perbincangan dalam Inter-Governmental Committee (IGC).

Page 9: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

BUKTI KEEMPAT: DOKUMEN-DOKUMEN KOLONIAL DAN BUKU KAJIAN BRITISH COMMONWEALTH

Dalam bukti keempat ini, pihak kami tidak akan menyentuh secara terperinci kerana akan ada satu artikel khasditulis untuk menerangkan secara terperinci tentang perkara ini.

Walau bagaimanapun, pihak kami masih tetap akan sertakan beberapa bukti-bukti yang telah direkodkan didalamdokumen-dokumen kolonial bahawa Malaysia itu adalah Malaya dan Malaya itu adalah Malaysia.

Sila rujuk kepada gambar dibawah ini. Kenyataan ini diambil didalam rahsia dokumen kolonial.

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut:

"Seperti yang saya dinasihatkan ditempat lain, kedudukan undang-undang adalah Persekutuan Barutidak akan diwujudkan; ia adalah pembesaran persekutuan yang sedia ada dan dari sudut pandanganantarabangsa, ia seharusnya memperlihatkan seperti itu"

Page 10: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

Dokumen diatas ini pula merupakan surat daripada Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British. Diamenyatakan bahawa dia tidak akan memberikan sebarang komitmen selagi Perjanjian Malaysia tidakditandatangani yang akan menyaksikan dan mengesahkan bahawa pemindahan kuasa Perundangan danKedaulatan negara North Borneo (kini dipanggil Sabah), negara Sarawak dan negara Singapura kepadaMalaysia (seperti yang telah didedahkan melalui Bukti Ketiga, Malaysia itu adalah Malaya).

Jadi, melalui perkongsian dua dokumen kolonial ini, adakah anda masih ragu-ragu dan tidak mahu menerimakenyataan berfakta bahawa malaya sebenarnya telah menjajah negara Sabah dan negara Sarawak melaluiPerjanjian yang ditandatangi pada 9 Julai 1963? Atau anda masih tidak memahaminya? Jikalau masih tidakmemahaminya, pihak kami akan menghasilkan beberapa artikel lagi untuk menerangkan dengan lebih mudahdan jelas berhubung perkara ini.

Pihak kami juga ingin berkongsikan tentang sebuah buku dengan anda semua yang telah ditulis oleh seorangProfessor British yang bernama A.J.Stockwell. Beliau telah memadatkan semua dokumen-dokumen sepanjangproses pembentukkan Malaysia ini dan dimuatkan kedalam satu buku yang mempunyai 831 muka surat.Dokumen-dokumen kolonial yang dimiliki oleh pihak kami hampir semua telah dimasukkan dan dipadatkandidalam buku ini yang bernama "Malaysia" dalam kategori British Documents On The End Of Empire: Series BVolum 8 - Malaysia.

Ia merupakan satu buku rujukan yang sah, benar, berfakta dan dijadikan rujukan untuk kajian pembelajarannegara-negara didalam Commonwealth.

Anda semua digalakkan sepenuhnya untuk men "Download" buku ini. Setelah anda membacanyanya, andabolehlah memutuskan sama ada semua perkongsian artikel yang selama ini disebarkan oleh pihak kami adalah

Page 11: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

berupa "hasutan, pembohongan, fitnah" ataupun "benar, berfakta dan sahih". Itu hak anda untukmenentukan.

Pihak kami juga berharap anda dapat sebarkan kebenaran ini melalui perkongsian secara verbal (mulut-perbualan, ceramah, perbincangan dan sebagainya) dan cetak.

Keempat-empat bukti ini sepatutnya sudah cukup kuat untuk menyakinkan anda semua agar faham sepenuhnyabahawa selama ini Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak telah DITIPU oleh KerajaanPersekutuan Tanah Melayu (Malaya) dibawah kepimpinan malaya iaitu Tengku Abdul Rahman Putra Al-hajbahawa kononnya Persekutuan Malaysia ini adalah satu persekutuan Perkongsian oleh 4 buah negara.

Sebaliknya dakwaan tersebut hanyalah satu PENIPUAN BESAR. Tunku Abdul Rahman melalui kenyataannyapada sebelum ini yang mengatakan bahawa North Borneo, Sarawak dan Singapura akan menjadi negeri ke-12,ke-13 dan ke-14 itu sememangnya benar tetapi dengan segera dia telah menafikan setelah mendapat kecamanhebat daripada pemimpin-pemimpin Borneo. Dalam erti kata lain, sebenarnya ternyata memang SAH danBENAR bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak sedang DIJAJAH oleh Malaya secarahalus melalui identiti nama baru yang bertopengkan Malaysia.

Sir William Goode, Governor North Borneo pada waktu itu melalui kenyataannya telah memberikan amaran keraskepada Tunku Abdul Rahman seperti dibawah yang dipetik daripada buku yang berjudul "Malaysia", diterbitkanuntuk Institute Commonwealth for Studies di University London ;

"Wholly support Malaysia but... Tunku must avoid "taking over" Borneo territories as Colonies. Anyimpression of being transferred as Colonies from Britain to Malaya will provoke a Merdeka[independence] Movement against K.L - potentially irresistible"

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Disokong sepenuhnya Malaysia tetapi... Tunku mesti mengelak "mengambil alih" wilayah Borneosebagai Tanah Jajahan. Sebarang cadangan pemindahan sebagai Tanah Jajahan daripada British kepadaMalaya akan mencetuskan Pergerakan Kemerdekaan menentang K.L - Potensinya sangat mustahil untukdielakkan"

Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman membalas kenyataan beliau seperti berikut;

"The peoples of the territories are good, simple people. They will be easy to handle if ideas are not put intheir heads"

Penterjemahan bahasa Malaysia adalah seperti berikut;

"Orang-orang di wilayah tersebut adalah baik, berfikiran ringkas. Mereka akan senang diurus jikalau ideatidak diletakkan didalam kepala mereka"

Seperti yang telah didedahkan kepada anda semua, Malaysia ini adalah tidak lain dan tidak bukan sebenarnyabersamaan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada tahun 1957 dengan identitinya kekal,tidak berubah dan hanya pindaan perlembagaan sahaja yang dilakukan untuk membolehkan kemasukan wilayahbaru ke dalam persekutuan serta dengan perluasan sempadan antarabangsa sahaja yang berubah.

Daripada Bukti Satu, Bukti Dua, Bukti Tiga dan Bukti Empat ini, ia jelas mengatakan bahawa Malaysia ituadalah Malaya dan Malaya itu adalah Malaysia yang menjalankan kefungsian Struktur Asas Perlembagaanyang dibentuk berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957.

Dalam erti kata lain, Persekutuan Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963 adalah sangat bertentangandengan konsep yang telah dipersetujui dikalangan pemimpin-pemimpin Negara Sabah, Negara Sarawak dan

Page 12: Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) Berhubung Dengan Status dan Hubungkait Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

Negara Singapura yang mahukan pembentukkan "Persekutuan Baru" dibentuk berdasarkan kepada konsep"Perkongsian Empat Negara".

Apa yang berlaku adalah disebaliknya yang mana Negara Sabah dan Negara Sarawak telah dijadikan"Extension state of Malaya" atau "Tambahan negeri Malaya" yang berlokasikan di Borneo. Dalam ertikata lain,inilah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai "Penjajahan Halus oleh Malaya".

Namun, pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura pada waktu itu tidak sedar dan telah percaya bahawa iaadalah "Persekutuan Baru" yang dibentuk berdasarkan kepada formula "Rakan Kongsi Sama Rata (EqualPartnership)".

Pihak kami seterusnya akan memberikan pendedahan sebenar tentang status Kemerdekaan Negara Sabah danKemerdekaan Negara Sarawak pada kenyataan rasmi seterusnya.

Adakah kini anda sudah sedar? Jikalau ya, sila sebarkan info ini.

*********************************************************

Bahan-bahan rujukan untuk di DOWNLOAD sebagai rujukan anda;

1. The Making of Malaysia

2. The Constitution of Malaysia

3. The Sabah Constitution

4. The Sarawak Constitution

5. Kelantan Government Against Formation of Malaysia

6. United Nations Juridical Yearbook 1963