akhlak, moral, etika dan undang-undang

37
Akhlak, Moral, Etika dan Undang-undang

Upload: faizal-bin-amran

Post on 28-Dec-2015

149 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

etika moral kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Akhlak, Moral, Etika dan Undang-undang

Page 2: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Definisi Akhlak

• Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang

• Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.

• Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani - ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.

Page 3: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

“Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yanglainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ”

(Prof. Dr. Ahmad Amin)

Page 4: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

“ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ”

(Dr. Miqdad Yalchin)

Page 5: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Rumusan Akhlak• Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan

dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan.

• Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.

Page 6: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Pengertian Moral

• Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.

• Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

• Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat.

Page 7: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

• Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.

• Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

• Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Page 8: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Pengertian Etika

• Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya.

• Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

• Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya.

Page 9: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

• Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yangmenghadkan tingkah laku individu.

(Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002)

Page 10: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Pengertian Undang-undang• undang-undang sebagai 'ordinan akal' mengenai

apa yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti.(Aquinas)

• undang-undang sebagai perintah yang diberi sama ada secara langsung atau tidak oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang berdaulat kepada masyarakat atau komuniti di mana kuasa kedaulatan undang-undang (rule of law) tersebut adalah kuasa tertinggi.

(John Austin)

Page 11: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-undang perlu dihadkan kepada perlakuan dan tindakan yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan masyarakat dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak ada hubungan dengan soal kesejahteraan negara tetapi dilihat tidak selari dengan tatasusila dan nilai peradaban masyarakat perlu diselesaikan dengan 'sanksi' (sanction) masyarakat.

(Lady Wooton)

Page 12: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Amalan Undang-undang Malaysia• Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan

tertinggi yang menggubal undang- undang seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

• Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri akan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran mengikut lunas-lunas yang telah digariskan di dalam Perlembagaan.

• Dalam sistem negara (Kerajaan) Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan.

Contoh negara lain: Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, India dan Brazil.

Page 13: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Jenis Undang-Undang

• Undang - Undang Awam(Public Law)

• Undang - Undang Persendirian(Private Law)

Page 14: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-Undang Awam

• Undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri.

• Undang-undang perlembagaan- membincangkan hak individu dan negeri

• Undang-undang jenayah- membincangkan jenis jenayah yang dilakukan oleh individu terhadap negeri.

Page 15: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-Undang Persendirian

• Undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka.

• Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab.

• Contoh: Undang-undang kontrak , undang-undang tort, undang-undang hak cipta, Akta perkongsian dll.

Page 16: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Sumber Undang-undang

• Terdapat dua sumber undang-undang

- Sumber Bertulis- Sumber Tidak Bertulis

Page 17: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Sumber Undang-Undang Bertulis• Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan

seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.• Undang-undang tersebut dinyatakan, ditulis dan

distatutorikan secara spesifik.• Sumber-sumber undang-undang bertulis di Malaysia ialah

- Perlembagaan Persekutuan - Akta* (Selepas Sept 1959)- Perlembagaan Negeri - Enakmen* (negeri-negeri Semenanjung Malaysia – 1959)- Ordinan* (Sabah dan Sarawak , Persekutuan <1959,

Darurat)- Undang-undang subsidiari* dikenali sebagai Statut

Page 18: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis

• Undang-undang selain daripada sumber undang-undang bertulis, iaitu undang-undang yang tidak ditulis dan bukan digubal oleh mana-mana badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ia boleh didapati daripada kes-kes yang lepas , adat resam tempatan dll.

• Sumber-sumber undang-undang tidak bertulis di Malaysia ialah:- Undang-undang Inggeris (Common Law)- Undang-Undang Syariah- Undang-undang Adat- Keputusan Mahkamah Terdahulu

Page 19: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Perlembagaan Persekutuan

• Undang-undang utama Malaysia (sumber tertinggi).• Antara perkara-perkara yang bincangkan dalam PP

adalah:- Hak Individu- Islam sebagai agama rasmi Persekutuan- Kuasa Kerajaan Pusat- Kuasa Kerajaan Negeri- Kuasa Raja

• Undang-undang lain yang tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.

Page 20: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Perlembagaan Negeri

• Terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri

• Antara perkara-perkara yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negeri ialah:- Yang bersangkutan dengan Sultan- Hal Ehwal Adat dan Agama Islam- Kewangan negeri- Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan

Page 21: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Akta(Undang-Undang Persekutuan)

• Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Parlimen selepas 1959

• Undang-undang persekutuan sebelum 1959 dikenali sebagai Ordinan.

• Contoh:- Akta Syarikat 1965- Pendidikan 1996 (Akta 550)- Akta Perkongsian- Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

Page 22: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Enakmen

• Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

• Undang-undang Negeri bagi Sarawak dikenali sebagai Ordinan.

• Contoh:- Enakmen Undang-undang keluarga Islam Selangor 1984- Enakmen Undang-Undang keluarga Islam 2004 (Negeri Perak

Page 23: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-Undang Subsidiari

• Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh pihak atau badan tertentu seperti menteri-menteri dan pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Akta atau Enakmen yang dikenali sebagai Akta Induk.

• Undang-undang Subsidiari wujud di peringkat Persekutuan dan Negeri.

• Juga dikenali sebagai undang-undang kecil atau perwakilan.

Page 24: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-Undang Inggeris• Undang-Undang Inggeris membentuk sebahagian

daripda undang-undang di Malaysia.• Ia terdiri daripada Common Law dan Rules of

Equity(Kaedah Ekuiti).• Bukan semua Common Law dan Rules of Equity

boleh• Membentuk sebahagian daripada undang-

undang di Malaysia. • Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia

adalah diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956

Page 25: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

• Common law - merujuk kepada undang-undang dan sistem undang-undang yang sama dibangunkan melalui keputusan mahkamah dan tribunal yang sama, bukannya melalui penggubalan undang-undang atau tindakan eksekutif.

• Rules of Equity - dalam konteks ini merujuk kepada "undang-undang berkanun" (undang-undang yang digubal oleh perundangan, seperti Kongres Amerika Syarikat), dan "undang-undang biasa" (prinsip-prinsip yang ditubuhkan oleh hakim-hakim apabila mereka membuat keputusan kes).

Page 26: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

• Pemakaian Undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada dua syarat:

- Apabila wujudnya kekosongan undang-undang tempatan di dalam sesuatu kes yang tertentu.

- Hanya Undang-Undang Inggeris yang sesuai dengan kegunaan tempatan.

Page 27: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-undang Adat

• Merujuk kepada amalan adat yang masih terpakai – Adat Perpatih, Temenggung dan Undang-undang Bumiputera/penduduk asal di Sabah dan Sarawak.

• Biasa digunakan dalam perkara hakmilik tanah, warisan dan pemilihan lapisan kepimpinan.

• Undang-undang adat Cina dan India telah diiktiraf oleh mahkamah dalam perkara perkahwinan, percerian dan warisan harta pusaka.

Page 28: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Undang-undang Islam

• Terpakai ke atas orang Islam sahaja.• Ketua Agama Islam disesebuah negeri adalah

Sultan; kecuali Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak adalah Yang diPertuan Agong.

• Undang-undang Islam yang terpakai adalah mengikut mazhab Shafie.

Page 29: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Keputusan Mahkamah• Seseorang hakim harus mengikuti keputusan hakim

yang terdahulu daripada mereka dalam kes serupa ketika membuat keputusan.

• Sumber undang-undang ini merangkumi keputusan para hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi (bukan Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu).

• Keadaan ini dikenali sebagai Doktrin Duluan Kehakiman/Doktrin Duluan Mengikat. Sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai satu perinsip undang-undang.

Page 30: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Institusi Undang-Undang di Malaysia.

Jenis Mahkamah Bidang Kuasa Undang-undang

Mahkamah Persekutuan & Mahkamah Rayuan

1. Mendengar kes rayuan daripada mahkamah tinggi

2. Mendengar kes untuk kali pertama3. Memutuskan sama ada undang-undang negeri

bercanggah dengan undangundang Persekutuan

4. Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. -

Mahkamah Tinggi 1. Mendengar kes sivil dan jenayah2. Tuntutan >RM280,000.3. Semua jenis hukuman termasuk hukum mati4. Mendengar kebankrapan dan kes-kes tidak

didengar oleh mahkamah lebih rendah.5. Boleh memutuskan rayuan terhadap keputusan

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret

Page 31: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Sambungan……Jenis Mahkamah Bidang Kuasa Undang-undang

Mahkamah Sesyen 1. Kes-kes sivil dengan RM25000 <tuntutan <RM280,000

2. Hukuman penjara bagi kes sivil sehingga 10 tahun3. Boleh dengar kes jenayah dengan hukuman

penjara melebihi 10 tahun tetapi tidak boleh jatuhkan hukuman mati.

4. Tiada bidangkuasa rayuan

Mahkamah Majistret 1. Kes-kes sivil dengan tuntutan< RM25,0002. Kes-kes sivil dan jenayah dengan hukuman

penjara <10 tahun3. Tiada bidangkuasa rayuan.

Mahkamah Penghulu 1. Kes-Kes sivil dengan tuntutan <RM502. Kes-kes yang kecil. Denda tidak >RM253. Cuma boleh hukum orang berketurunanAsia.

Page 32: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Proceeding (Aturcara Mahkamah) • Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah - kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah.• Kaedah untuk seseorang dibawa ke mahkamah untuk diadili;-

- Saman – dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir di mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan- Waran – dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti.- Penangkapan tanpa waran – polis menangkap seorang yang dianggap mengancam keselamatan awam dan Negara. Cthnya ada dadah, senjata, gengterisme, pelacuran, judi, pelacuran dll- Writ – diperoleh dari mahkamah khas utk kes-kes sivil

• Terdapat 2 aturcara kes mahkamah;-- Aturcara kes sivil- Aturcara kes jenayah

Page 33: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Aturcara Kes Sivil• Kesalahan-kesalahan yang menyentuh hak dan t/jawab

melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara

• Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak, gangguan emosi seperti fitnah, gangguan sex dll

• Pihak terlibat – Plaintif (Pemohon) melawan Defendan (Penentang).

• Hasil perbicaraan – diterima atau ditolak permohonan plaintif.

• Hukuman – ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik

Page 34: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Carta Aliran Kes Sivil

Page 35: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Aturcara Kes Jenayah

• Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat / tanpa niat melakukan kesalahan-kesalahan negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta, Ordinan, Enakmen dan Undang-undang Subsidiari.

• Bentuk kes – culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut, bocorkan rahsia rasmi, rasuah, memiliki senjata dll

• Hasil perbicaraan – dijatuhi hukuman jika bersalah atau bebas jika terlepas hukuman

• Hukuman – gantung sampai mati, penjara, sebatan, denda dan jaminan berkelakuan baik.

Page 36: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Carta Aliran Kes Jenayah (Kes Didengar)

Page 37: Akhlak, Moral, Etika Dan Undang-undang

Sambungan (Pertuduhan)……….