hubungan kepemimpinan pengetua dengan budaya sekolah

32
HUBUNGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH 1

Upload: zelig

Post on 29-Jan-2016

148 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA

SEKOLAH

1

Page 2: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Menurut Hisrich et al (2008) dalam organisasi keusahawanan wujud keinginan untuk berkembang dalam kadar segera. Ia agak berbeza dengan organisasi biasa yang melihat perkembangan wujud dalam rentak yang perlahan yang mampu diurus dan dalam keadaan kurang berisiko.

Dalam organisasi keusahawanan pekerja digalakkan untuk menjana idea, mencuba dan terlibat dalam tugas lain yang boleh menghasilkan kreativiti. Kreativiti ini penting kerana ia akan menjana peluang yang merupakan fokus kepada organisasi keusahawanan. Untuk sesebuah sekolah menjadi organisasi keusahawanan, pengetua perlu membenarkan aktiviti keusahawanan berlaku setiap hari dan berlaku di seluruh organisasi sekolah.

2

Page 3: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Pekerja dalam organisasi keusahawanan adalah mereka yang menggerakkan sekolah atau sistem sekolah tersebut. Mereka sepatutnya membentuk atau menghidupkan sistem tersebut. Menurut Zaidatol (2008) perkara yang perlu diberi fokus mengenai pekerja ini ialah mengenai 3 bentuk tugas iaitu;

a. Membuat kerja rutinb. Memahami masalah tenaga negatif yang wujud dalam

organisasi sekolaha) Memperkenalkan kuasa positif dalam organisasi sekolah

Justeru, pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa yang penting adalah untuk mengurangkan tingkahlaku menolak idea-idea baru.

3

Page 4: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat analisis hasil sesuatu idea baru sebelum menolaknya. Perhatikan jadual berikut ini;

Kualiti Idea Baru Tindakan Pemimpin

Terima Tolak

Idea Bagus Penerimaan Betul Penolakan Silap

Idea Tidak Bagus Penerimaan Silap Penolakan Betul

Penerimaan dan Penolakan Idea Baru

4

Page 5: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Jika analisis betul-betul dibuat, pemimpin sepatutnya menerima “idea yang baik” dan “menolak idea yang tidak baik”, dan akan menjadi satu penyelesalan sekiranya pemimpin menolak idea yang bagus dan menerima pula idea yang tidak baik.

5

Page 6: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Pengurus Biasa Pemimpin Keusahawanan

Motif Utama Kenaikan Pangkat dan Ganjaran Utama

Saling bergantung dan berupaya untuk maju sebagai ganjaran organisasi

Orientasi Masa Jangka Pendek- Dapat memenuhi bajet: Mingguan, Bulanan, atau Tahunan

Bergantung kepada betapa mendesaknya jadual yang perlu dipenuhi

Aktiviti Mendelegasi tugas dan menyelia, tidak terlibat secara langsung

Terlibat secara langsung

Risiko Terlalu berhati-hati Ambil risiko sederhanaStatus Beri perhatian kepada simbol

atau statusTidak memberi perhatian kepada status atau simbol tetapi inginkan kebebasan

Kegagalan dan Kesilapan

Jauhi kesilapan Berusaha untuk tidak menceritakan projek berisiko tinggi sehingga betul-betul bersedia

Keputusan Bersetuju dengan pihak atasan

Dapatkan persetujuan orang lain untuk berjaya

Hubungan dengan Orang Lain

Hierarki sebagai asas perhubungan

Transaksi dalam hierarki

Perbezaan Amalan Pengurus Biasa dan Pemimpin Keusahawanan

6

Page 7: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya Keusahawanan

Menurut Ebert and Griffin (2003), budaya ialah pengalaman yang dikongsi bersama, penceritaan, kepercayaan dan norma yang mencirikan sesebuah organsasi. Budaya ini mempengaruhi falsafah, stail dan tingkahlaku pengurusan.

Bagaimana Biasanya Budaya Sekolah Bermula?

Organisasi sekolah yang berbeza membentuk budaya tersendiri. Terdapat faktor yang menyumbang kepada pembentukan budaya sekolah iaitu; sejarah, persekitaran, proses pemilihan, dan proses sosialisasi.

7

Page 8: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

(I) Sejarah

Pekerja menyedari sejarah organisasi sekolah tempat ia bekerja dan hal ini membentuk budaya. Umpamanya “cara sesuatu aktiviti” itu dijalankan ialah kesinambungan cara aktiviti tersebut selalunya dilaksanakan oleh guru sekolah tersebut.

 

(II) Persekitaran

Disebabkan organisasi sekolah perlu berinteraksi dengan persekitaran, jadi persekitaran memainkan peranan penting untuk membentuk budaya.

(III) Pemilihan Kakitangan

Penyesuaian kakitangan dengan amalan biasa dalam organisasi digalakkan dan sesiapa yang mencabar akan diketepikan. Selalunya kakitangan yang mempunyai nilai dan kriteria yang serupa dengan kakitangan yang wujud akan diberi layanan.

8

Page 9: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

(IV) Sosialisasi Awal

Nilai, norma dan kepercayaan mungkin difahami bersama walaupun tidak secara tertulis, jadi orang baru yang tidak biasa dengan budaya yang wujud di sekolah akan dibantu supaya dapat mengamalkan budaya organisasi. Keadaan ini dapat mengurangkan ancaman kepada organisasi sekolah kerana guru faham apa yang diharapkan. Keadaan ini boleh dicerapkan melalui proses formal atau tidak formal atau secara individu atau berkumpulan.

9

Page 10: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya ‘clan’ Budaya Keusahawanan

Budaya ‘birokratik’ Budaya ‘Market’

Jenis Budaya Organisasi

Stabil Dalaman Luaran Bentuk Pemerhatian

Luwes (fleksibel)

Orientasi Kawalan Secara Luaran

10

Page 11: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya Birokratik

Sekiranya sekolah memberi tumpuan kepada nilai formal, peraturan, SOP (Standard Operating Procedures) dan koordinasi berhierarki, organisasi sekolah ini mempunyai budaya birokratik. Tingkahlaku yang biasa akan menyokong sesuatu yang formal, dan pengurusan pula melihat peranan mereka sebagai penyelaras yang baik, pengelola tugas, dan pelaksana kepada pelbagai peraturan dan piawai kerja. Tugas, tanggungjawab dan autoriti untuk setiap pekerja dijelaskan. Ungkapan yang selalu dikaitkan dengan budaya ini ialah “go by the book” untuk mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, untuk membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran, kakitangan sekolah perlu mengikut peraturan dan prosedur terlebih dahulu.

11

Page 12: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya ‘Clan’

Budaya ini mencerminkan tradisi, kesetiaan, komitmen peribadi, sosialisasi yang ekstensif, kerja berpasukan dan pengaruh sosial. Ahli memahami tanggungjawab untuk menyumbang kepada organisasi sekolah kerana percaya pihak sekolah melayan mereka dengan adil yang meliputi aspek gaji, kenaikan pangkat dan pengiktirafan lain. Budaya ini mewujudkan kesatuan ahli melalui satu proses sosialisasi yang lama dan ‘thorough’ dan ahli organisasi yang telah lama berkhidmat bertindak sebagai ‘mentor’ atau ‘role model’ bagi pekerja baru. Bentuk hubungan dan interaksi ini akan meneruskan nilai dan norma untuk generasi terkemudian. Ahli memahami sejarah organisasi yang unik dan sentiasa meraikan tradisi yang mencipta sejarah tersebut. Ahli organisasi memiliki imej yang dikongsi bersama tentang stail dan pola tingkahlaku organisasi mereka.

12

Page 13: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Dalam budaya clan ini, ahli berkongsi perasaan bangga sebagai ahli organisasi, mereka memiliki rasa dimiliki dan mengiktiraf saling bergantung antara satu dengan yang lain. Matlamat bersama, persepsi dan kecenderungan bertindak menggalakkan komunikasi, koordinasi dan integrasi antara ahli terjadi dengan baik. Bergantung kepada norma yang dibentuk, budaya ini mungkin dapat atau tidak dapat membentuk tingkah laku mengambil risiko atau inovasi dalam organisasi. Kejayaan organisasi banyak bergantung kepada pertimbangan, kerja berpasukan, penglibatan dan membuat keputusan bersama antara pekerja dan pihak pengurusan.

13

Page 14: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya ‘Market’

Pencapaian matlamat seperti dalam aspek kewangan dan pemasaran dikaitkan dengan ciri-ciri budaya ini. Persaingan sengit dan orientasi keuntungan wujud dalam organisasi. Dalam budaya ini hubungan antara individu dan organisasi adalah dalam bentuk kontrak. Ini bermaksud setiap pihak memahami tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu. Dari aspek kawalan, ia didapati amat stabil dalam budaya ini di mana individu bertanggungjawab untuk mencapai prestasi yang dipersetujui dan organisasi pula bersetuju untuk menjanjikan ganjaran yang sepatutnya diperolehi individu tersebut sebagai balasan. Lebih tinggi prestasi, lebih tinggi ganjaran yang bakal diperoleh. Tidak wajar mana-mana pihak menuntut sesuatu yang melebihi daripada apa yang telah dipersetujui bersama. Ini boleh membawa maksud organisasi tidak menjanjikan kesetiaan.

14

Page 15: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya ini tidak mewujudkan rasa kekitaan antara ahli tetapi menghasilkan individu yang mementingkan nilai kebebasan dan “keindividuan” (individuality) serta menggalakkan ahli untuk memperjuangkan matlamat peribadi. Hubungan pihak pengurusan dan ahli semata-mata untuk membincangkan perjanjian prestasi-ganjaran atau menilai permintaan untuk penempatan sumber. Ahli organisasi yang telah lama berkhidmat tidak dinilai keberkesanan peranan sebagai “role model” atau “mentor” kepada ahli baru. Proses sosialisasi adalah lemah, jaringan antara rakan sekerja juga tidak dapat diwujudkan.

15

Page 16: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya Keusahawanan

Budaya ini digambarkan seperti menunjukkan keupayaan mengambil risiko yang tinggi, dinamik dan kreativiti. Budaya keusahawanan ini dikaitkan juga dengan keberanian mencuba, inovatif dan sentiasa bergerak ke hadapan. Budaya ini tidak sahaja memberi reaksi kepada perubahan yang terjadi tetapi ia mencipta perubahan. Keberkesanan bermaksud menyediakan produk yang baru dan unik dan berkembang pesat. Initiatif individu, luwes (flexibility) dan kebebasan serta menggalakkan perkembangan menjadi asas untuk menerima ganjaran.

16

Page 17: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Budaya ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan pemimpin untuk mengenalpasti kemahiran, keupayaan dan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki individu di tempat kerja serta membentuk mereka ke arah itu supaya pasukan kerja bercirikan keusahawanan akan wujud di tempat kerja. Kesedaran ini akan membantu pemimpin membentuk satu kumpulan kerja keusahawanan yang boleh menjamin kejayaan organisasi sekolah terutama dalam mengurus idea inovatif secara kreatif. Ahli organisasi digalakkan untuk mempunyai inspirasi-kendiri yang berasaskan kepada komitmen tinggi dan prestasi tinggi. Apa yang perlu dilakukan pemimpin untuk melihat kepada produktiviti dan prestasi kakitangan, panduan berikut boleh digunakan.

17

Page 18: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Lemah Baik

Efektif tetapi tidak efisien.

Terdapat pembaziran

sumber.

Efektif dan Efisien.

Kawasan yang

menunjukkan produktiviti

tinggi.

Tidak efektif dan tidak

efisien. Matlamat tidak

tercapai.

Efisien tetapi tidak efektif.

Tiada pembaziran sumber

tetapi matlamat tidak

tercapai

Prestasi Efektif dan Efisien

Kegunaan Sumber

Tinggi

Pencapaian Matlamat

Organisasi

Rendah

18

Page 19: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Menurut Schaper et al (2004) organisasi keusahawanan perlu; (i) menjamin kepuasan dan mengekalkan kakitangan yang bijak dan bermotivasi tinggi dengan memberi mereka ruang untuk menjana idea baru dan membenarkan mereka mencari peluang baru yang bermakna, (ii) eksploitasi sumber yang jarang diguna dengan cara yang baik. Ini termasuklah teknologi dan sumber manusia. Cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengaturkan supaya proses kerja boleh digunakan di tempat lain dan menjana sumbangan tambahan daripada pelanggan luar.

19

Page 20: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Organisasi keusahawanan selalunya akan meningkatkan penyesuaian kepada keperluan persekitaran baru. Menurut Eyal & Inbar (2003), keusahawanan beroperasi dalam persekitaran yang tidak menentu. Terdapat 4 faktor yang meningkatkan ketidaktentuan persekitaran di mana sesebuah sekolah beroperasi iaitu;

a) Perubahan persekitaran yang pantas

b) Keupayaan yang terhad untuk meramal perubahan

c) Pelbagai faktor persekitaran yang mempengaruhi sekolah

d) Kebergantungan sekolah terhadap sumber ditetapkan oleh kementerian.

20

Page 21: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Organisasi keusahawanan ialah keupayaan sekolah sebagai sebuah organisasi menggunakan sumber dengan sebaik mungkin yang dapat mencetus penciptaan perkhidmatan baru dalam sesuatu persekitaran. Ia merupakan kesanggupan organisasi bertindak dengan bebas tanpa sekatan persekitaran. Menurut Gupta et al. (2004) organisasi mestilah menjadi lebih bercorak keusahawanan untuk meningkatkan prestasi, keupayaan mengadaptasi dan untuk hidup lebih lama. Tambahan pula kebanyakan penyelidikan tentang kualiti pendidikan berfokus kepada peranan utama guru dan pengetua dalam membawa perubahan di sekolah masing-masing (Caillods, 2008).

21

Page 22: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Keadaan ini memerlukan perubahan ‘mind-set’ pengetua untuk menumpukan kepada inovasi. Inovasi pula bermaksud keupayaan pengetua untuk melaksanakan perkhidmatan yang mempunyai reka bentuk terkini. Darjah inovasi ini pula ialah fungsi sejauh mana ia membawa kepada perubahan yang bermakna dalam operasi sesebuah sekolah.

22

Page 23: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Iklim Organisasi Keusahawanan

Bagaimana untuk mewujudkan iklim organisasi keusahawanan? Untuk mewujudkan persekitaran keusahawanan dalam sesebuah sekolah beberapa faktor dan ciri-ciri kepemimpinan keusahawanan perlu diadakan terlebih dahulu. Hisrich et al. (2008) menyenaraikan ciri-ciri berikut untuk persekitaran keusahawanan yang baik:

23

Page 24: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

a) Sekolah beroperasi dalam sempadan teknologi

b) Menggalakkan idea baru

c) Membenarkan “trial and error” terjadi

d) Membenarkan kegagalan

e) Tiada parameter untuk peluang

f) Wujudnya sumber dan mudah diperoleh

g) Pendekatan pasukan kerja yang pelbagai disiplin

h) Minat atau pengetahuan yang berpanjangan

i) Program sukarela

j) Sistem ganjaran yang sesuai

k) Wujudkan juara (pejuang)

l) Sokongan pengurusan peringkat atasan24

Page 25: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Untuk mewujudkan iklim keusahawanan, pemimpin perlu memiliki ciri-ciri seperti berikut ini;

a) Memahami persekitaranb) Mempunyai visi c) Membentuk pilihan pengurusand) Menggalakkan kerja berpasukane) Menggalakkan perbincangan terbukaf) Mewujudkan gabungan penyokongg) Tabah

25

Page 26: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Sebagai pemimpin keusahawanan seseorang itu perlu memahami keseluruhan aspek persekitaran. Kemampuan ini sebenarnya dapat dilihat melalui kreativitinya sendiri. Untuk mewujudkan organisasi keusahawanan pemimpin perlu kreatif dan mempunyai kefahaman yang luas mengenai persekitaran dalaman dan luaran sekolahnya.

Pemimpin juga perlu menjadi pemimpin yang berwawasan dan berkemampuan membuat pekerjanya mengikut jejak langkah dan berusaha bersama-sama walaupun terdapat rintangan dalam mencapai wawasan tersebut.

Pemimpin sekolah juga perlu luwes dan membentuk pilihan corak pengurusan, lebih terbuka dan menggalakkan perubahan terjadi. Dengan mencabar kepercayaan dan andaian tradisi sekolahnya, beliau mempunyai peluang membentuk perkara baru dalam struktur organisasi sekolahnya.

26

Page 27: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Kerja berpasukan perlu digalakkan oleh pemimpin sekolah dan gunakan pelbagai pendekatan dan menggabungkan pelbagai kemahiran merentasi jabatan dan sistem pelaporan. Pemimpin perlu berupaya bertindak untuk menjadi wakil yang boleh diterima ramai.

Perbincangan terbuka pula perlu untuk mewujudkan kumpulan atau pasukan kerja yang baik untuk membentuk sesuatu yang baru. Kesemua ahli hendaklah rasa senang untuk menyatakan sesuatu tanpa rasa takut, malu atau jadi terlalu berhati-hati untuk memberi pandangan. Penglibatan dalam perbincangan hendaklah membenarkan diri dikritik atau mengkritik untuk mendapat penyelesaian terbaik. Keterbukaan semua ahli tertakluk kepada keterbukaan pemimpinnya.

27

Page 28: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Keterbukaan selalunya akan membentuk satu gabungan penyokong dan pemimpin perlu selalu memotivasikan pekerja terutama dalam keadaan sukar. Ini ada kaitan dengan jaminan kerjaya mereka.

Akhirnya, ketabahan perlu wujud dan jauhi rasa kecewa kerana halangan dan rintangan akan tetap berlaku. Pemimpin mesti tabah untuk menghadapi segala yang terjadi sehingga kejayaan dapat dicapai.

Pengetua perlu sedar organisasi sekolah beroperasi dalam persekitaran yang kompleks dan dinamik yang bergerak dengan pantas. Justeru, beliau perlu membentuk satu ‘mind-set’ yang dikenali sebagai ‘entrepreneurial mind-set’ iaitu beliau perlu cuba menggunakan peluang yang ada untuk menukar matlamat, menukar semula tindakan biasa dalam persekitaran yang berubah, dan melihat kembali kesesuaian tindakan strategik terkini, struktur organisasi, sistem komunikasi, budaya korporat, dan operasi organisasi sekarang.

28

Page 29: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Satu perkara penting dalam ‘mind-set’ keusahawanan ialah individu perlu terbuka kepada idea, peluang dan perspektif baru. Pemimpin yang memiliki ‘mind-set’ keusahawanan ini selalunya lebih terbuka. Individu di tempat kerja datang dari budaya yang berbeza dan akan melaksanakan tugas dengan cara yang berbeza-beza. Jadi, pemimpin perlu membuat refleksi diri kerana memimpin mereka yang berbeza-beza ini yang tidak sama dengan diri kita adalah amat mencabar.

29

Page 30: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Pengetua dan Kepemimpinan keusahawanan

Proaktif

Proaktif adalah merujuk kepada sikap yang aktif untuk mencipta dan menerajui masa hadapan, berbanding hanya menunggu untuk dipengaruhi. Ia merupakan ciri tipikal seorang usahawan yang membolehkan mereka membayangkan masa depan yang cerah dan mengawal sikap mereka ke arah mencapai visi tersebut (Hannah, et. al. 2008). Ia memberi ruang kepada pengetua untuk menjangkakan halangan pada masa depan dan segala peluang yang ada, serta mengenalpasti keperluan dan penambahbaikan. Selain itu, ia mempengaruhi kreativiti seseorang, ketekalannya untuk mencapai visi tersebut, serta keinginan dan tekad untuk memulakan sesuatu aktiviti keusahawanan (Zampetakis, 2008). Melalui aspek proaktif pengetua dapat mengenalpasti keperluan pembelajaran mereka dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran bagi tujuan menangani krisis dan cabaran dalam pembangunan organisasi mereka. Justeru, kepemimpinan keusahawanan merupakan satu respon proaktif kepada peluang-peluang persekitaran.

30

Page 31: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Inovatif

Inovatif didefinisikan sebagai keupayaan dan kecenderungan seseorang pemimpin untuk berfikir secara kreatif dan membangunkan idea baru dalam peluang yang dikenalpasti, penggunaan sumber, dan penyelesaian masalah (Mattare, 2008). Ia merupakan nilai yang membezakan usahawan daripada individu yang hanya bermatlamat untuk bekerja sendiri (Okudan & Rzasa, 2006; Kuratko, 2005). Menurut Surie dan Ashley (2008), pemimpin keusahawanan merujuk kepada seseorang yang membawa pembaharuan yang merangkumi tindakan dan penciptaan yang bernilai.

31

Page 32: HUBUNGAN  KEPEMIMPINAN PENGETUA DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Mengambil Risiko

Pengambilan risiko adalah kesediaan untuk berhadapan dengan ketidakpastian dan berhadapan dengan tanggungjawab pada masa depan (Chen, 2007). Pengambilan risiko yang tidak menentu dan tanpa dapat diduga merupakan salah satu daripada ciri-ciri seorang pemimpin keusahawanan, dengan merujuk kepada peringkat awal sesuatu proses keusahawanan (Robinson, Goleby & Hosgood, 2006)). Secara umumnya, pengetua perlu mengambil sebarang bentuk risiko pada peringkat yang berlainan, merujuk kepada pembangunan dan penemuan baru dalam organisasi mereka. Selain itu, pengetua sebagai pemimpin keusahawanan juga dikategorikan sebagai individu yang mempunyai kecenderungan untuk mengambil risiko berbanding pengurus biasa.

32