hubungan akhlak islam dengan penguasaan

13
HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Ilhamie Bt Abdul Ghani Azmi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Rashidi Bin Abbas Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya [email protected] Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap hubungan antara penguasaan kemahiran insaniah dengan akhlak Islam dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Populasi kajian adalah pelajar sarjana muda semester enam di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP). Bilangan sampel adalah seramai 480 orang dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik persampelan kelompok dan persampelan rawak mudah. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, kolerasi pearson dan ANOVA sehala. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sedarhana kuat, yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran komunikasi, etika dan moral profesional, kerja berpasukan, keusahawanan dan pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Sementara itu, hubungan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dengan penguasaan akhlak Islam menunjukkan adanya hubungan yang lemah antara keduanya. Selain itu, hubungan antara akhlak Islam dengan kemahiran kepimpinan menunjukkan wujudnya hubungan yang kuat.Seterusnya, kajian menunjukkan adanya hubungan yang lemah antara akhlak Islam dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Akhlak Islam, Kemahiran Insaniah. Pengenalan Pembangunan, kemajuan dan ketahanan negara Malaysia bergantung sepenuhnya kepada dua sumber utama, iaitu sumber modal insan dan sumber fizikal. Kedua-dua sumber ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam membangunkan institusi. Namun demikian, sumber modal insan adalah lebih penting dan perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana modal insanlah yang bakal menjana, mengeksploitasi dan mengurus sumber-sumber fizikal untuk kebaikan negara Malaysia. Dengan lain perkataan, modal insanlah yang mencipta, menentukan dan menjayakan strategi terbaik untuk menghasilkan nilai tambah produk atau perkhidmatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti, memasarkan dan seterusnya menilai keberkesanannya. Ini bermakna modal insan adalah penentu kejayaan atau kegagalan negara. Oleh itu, modal insan perlu diiktiraf sebagai aset yang paling penting, paling istimewa dan paling bernilai kepada kegiatan ekonomi, pembangunan

Upload: lamkien

Post on 13-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Dr Ilhamie Bt Abdul Ghani Azmi Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Rashidi Bin Abbas Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya [email protected]

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap hubungan antara penguasaan kemahiran insaniah dengan akhlak Islam dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Populasi kajian adalah pelajar sarjana muda semester enam di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP). Bilangan sampel adalah seramai 480 orang dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik persampelan kelompok dan persampelan rawak mudah. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, kolerasi pearson dan ANOVA sehala. Hasil kajian menunjukkan adanya perhubungan yang sedarhana kuat, yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran komunikasi, etika dan moral profesional, kerja berpasukan, keusahawanan dan pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Sementara itu, hubungan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dengan penguasaan akhlak Islam menunjukkan adanya hubungan yang lemah antara keduanya. Selain itu, hubungan antara akhlak Islam dengan kemahiran kepimpinan menunjukkan wujudnya hubungan yang kuat.Seterusnya, kajian menunjukkan adanya hubungan yang lemah antara akhlak Islam dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Akhlak Islam, Kemahiran Insaniah.

Pengenalan Pembangunan, kemajuan dan ketahanan negara Malaysia bergantung sepenuhnya kepada dua sumber utama, iaitu sumber modal insan dan sumber fizikal. Kedua-dua sumber ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam membangunkan institusi. Namun demikian, sumber modal insan adalah lebih penting dan perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana modal insanlah yang bakal menjana, mengeksploitasi dan mengurus sumber-sumber fizikal untuk kebaikan negara Malaysia. Dengan lain perkataan, modal insanlah yang mencipta, menentukan dan menjayakan strategi terbaik untuk menghasilkan nilai tambah produk atau perkhidmatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti, memasarkan dan seterusnya menilai keberkesanannya. Ini bermakna modal insan adalah penentu kejayaan atau kegagalan negara. Oleh itu, modal insan perlu diiktiraf sebagai aset yang paling penting, paling istimewa dan paling bernilai kepada kegiatan ekonomi, pembangunan

Page 2: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

negara dan kemajuan bangsa. Modal insan perlu diterima sebagai aset yang perlu dibangun dan dipertingkatkan sepanjang masa.( Ab Aziz Yusof :2009)

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2006, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mula

memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan berkualiti tinggi dan bersahsiah murni, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Tumpuan ini bersandar kepada matlamat teras iaitu untuk menghasilkan insan seimbang dan holistik dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek. (JERI). Aspek keseimbangan dalam diri pelajar tidak berfokus kepada kecemerlangan akademik semata-mata, malah pembangunan sahsiah dan moral juga dititikberatkan. Justeru itu, KPT telah menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk semua institusi pengajian tinggi di Malaysia. Objektif utama penghasilan modul ini untuk menerapkan kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan graduan. Tujuh elemen cuba diterapkan untuk memastikan keseimbangan graduan seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengursan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.(Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia:2006).

Kemahiran insaniah adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia

pekerjaaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. (Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia:2006). Sehingga wujudnya persaingan yang begitu tinggi dan cukup ketara dalam konteks pekerjaan. Segulung ijazah tidak menjamin graduan akan memperolehi pekerjaaan setimpal dengan kelayakan yang dimiliki. Banyak elemen atau kriteria lain dinilai majikan. Antara elemen yang menjadi perhatian utama majikan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis, mempunyai nilai positif, mampu menyelesaiakan masalah, berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru dan lain-lain lagi yang lebih berfokus kepada kemahiran insaniah. Latar Belakang Kajian Industri pada masa kini memerlukan pekerja yang berkebolehan dalam menangani masalah yang kompleks dan berpengetahuan (k-worker) yang mampu berdepan dengan tuntutan baharu dalam bidang ekonomi, sosial dan politik di tempat kerja. Pekerja berpengetahuan (k-worker) adalah gabungan pengetahuan yang dipelajari dan kemahiran dalam sesuatu bidang untuk menyelesaikan masalah atau membuat strategi dalam sesebuah organisasi.( Noor Haniash Abdullah:2007)

Justeru itu, kerajaan Malaysia telah berusaha membangunkan modal insan yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.(Nur Aqielah Umairah:2009)Dalam pendekatan untuk membentuk dan melahirkan pelajar dan manusia yang berwibawa, aspek perubahan dan pembangunan insan membawa kepada ketamadunan hendaklah berlandaskan sistem nilai yang baik dan bermanfaat.( Titah Ucapan D.Y.M.M. Tuanku Permaisuri Raja Perlis Di Majlis Pelancaran PALAPES, PBSMM dan PBK Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia 3 Mac 2005) Bagi menzahirkan matlamat tersebut, cabaran utama ialah menyemai nilai-nilai yang akan menghasilkan perwatakan pelajar yang unggul, kerana pelajar ini akan mewarisi kepimpinan akan datang. Menyedari bahawa perancangan untuk melahirkan generasi dengan sifat keunggulan adalah menjadi tanggungjawab yang berat, usaha ini harus dilakukan secara berterusan dengan penggemblengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak terutamanya institusi pendidikan yang mendidik pelajar secara formal. Pelajar merupakan aset penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Kepimpinan yang berintegriti merupakan tunggak kepada kestabilan negara.

Page 3: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Unsur-unsur beretika, berintegriti dan bertanggungjawab ini dapat diterapkan melalui penganjuran program-program yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran.(Mohamad Hashim Hj Omar:2005) Kesedaran dan penghayatan perubahan berkualiti serta keperibadian yang unggul ini perlu bermula di institusi pendidikan, kumpulan pemikir dan ahli akademik telah melakukan inisiatif ke arah mereformasi pendidikan di Malysia secara menyeluruh dan bersistematik seperti penggubalan Falsafah Pendidikan Negara serta lima akta baru yang berkaitan dengan pendidikan tinggi termasuklah Akta Pendidikan 1996, yang menjadi teras bagi setiap usaha pembangunan bidang pendidikan.( Sufean Hussin et al : 2008)

Institusi Pendidikan Tinggi merupakan kompenen yang utama pada masa kini, kerana ia merupakan pemangkin kepada pengetahuan untuk pertumbuhan ekonomi dan kelangsungan pembangunan. Kebanyakan di kalangan pelajar universiti, mereka mengambil kursus di IPTA atau IPTS adalah bertujuan untuk mengembangkan bakat dan membuka peluang kepada mereka untuk bersaing di pasaran kerja sehingga membawa kecemerlangan pada masa hadapan. Beberapa tahun sebelum ini, pengambilan pelajar untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi dan mereka yang bergraduat seterusnya memasuki pasaran kerja tidak menjadi masalah kepada kerajaan. Fenomena ini berlaku kerana faktor keseimbangan dari segi pengambilan dan permintaan dari majikan terhadap graduan IPTA dan IPTS. Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini ialah, peningkatan pengganguran dan ketidakmampuan pelajar untuk memasuki pasaran kerja yang memerlukan beberapa kemahiran asas yang diperlukan oleh majikan. Lambakan graduan yang terjadi di Malaysia bukanlah isu baru yang terjadi dan berlaku. Punca terjadinya fenomena ini, ialah dikaitkan dengan pembinaan kurikulum yang membekalkan kemahiran atau pengetahuan yang terhad dan spesifik tanpa asas akademik yang kukuh serta kelemahan dari segi penyampaian atau penguasaan kemahiran employability berbanding graduan lulusan luar negara. ( Lee dan Tan 2003) Malah kajian tersebut turut membezakan tahap pencapaian kemahiran employability graduan dengan tahap yang dikehendaki oleh pihak industri. Keputusan kajian tersebut menguatkan lagi bahawa prestasi graduan masih rendah kerana tidak ada elemen kemahiran employability yang memenuhi jangkaan industri. Kekurangan pelajar yang mempunyai kemahiran employability dilihat sebagai kelemahan pengajaran yang diterap oleh pensyarah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan Masalah Isu pengganguran di kalangan mahasiswa bukanlah perkara baru di Malaysia, malahan ianya menjadi topik perbincangan di peringkat tertinggi negara. Pada 11 Ogos 2006, Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, telah mengumumkan seramai 60,000 siswazah masih belum mempunyai pekerjaan. Jumlah ini bukanlah disebabkan perubahan yang cepat dalam pasaran kerja tetapi salah satu faktor penyumbangnya adalah kekurangan dan kelemahan kemahiran graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi itu sendiri (Noreen et.al. :2007) serta tidak berketerampilan dan tidak memiliki kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh majikan. Walaupun Jabatan Pengajian Tinggi telah melaksanakan berbagai program yang bermanfaat seperti pelaksanaan Program Employability Graduan, kursus-kursus pendek yang menyediakan Profesional Certificate seperti program Satyam, Infosys 3P, Apprenticeship, Internship dan sebagainya yang memperkembangkan pengetahuan skil pelajar yang masih dalam proses pencarian kerja. Selain dialog bersama Industri telah dilaksanakan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan supaya dapat diserap awal ke alam pekerjaan selepas tamat belajar di IPT. (Jabatan Pengajian Tinggi Laporan Tahunan :2008)Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah memberikan seratus peratus usaha dan komitmennya dalam memastikan kualiti graduan negara setimpal dengan permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa serta melestarikan pembangunan modal insan.Antara kaedah pengukuhan yang diaplikasikan ialah dengan memastikan graduan memenuhi standard minima 7 Generic Student Attributes (GSA). (Jabatan Pengajian Tinggi Laporan Tahunan :2009)

Page 4: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)( Kamal Hassan :2005) telah mengambil langkah ke hadapan untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa pengajian tinggi melalui modul Kemahiran Insaniah. Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi menggubal dan melaksanakan modul kemahiran insaniah memang kena dan tepat pada masanya, memandangkan kadar pengangguran siswazah telah mencapai 76,200 kerana mereka tiada kemahiran untuk mendapatkan maklumat dan membuat carian pekerjaan. (Berita Harian, 2012). Tambahan pula faktor penyumbang kepada kadar pengangguran sebanyak 35% disebabkan sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan dan bergantung kepada kemahiran yang sedia ada tanpa mahu menguasai kemahiran yang lain. (Bernama, 2007) Objektif kajian Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dibentangkan, adalah menjadi matlamat utama kajian ini untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah di kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Secara lebih terperinci, objektif-objektif khusus kajian ini ialah: 1. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran komunikasi dengan akhlak Islam 2. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran kerja berpasukan dengan akhlak Islam 3. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran pembelajaaran berterusan dan pengurusan maklumat dengan akhlak Islam 4. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dengan akhlak Islam 5 Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dengan akhlak Islam 6. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dengan akhlak Islam 7. Untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran etika dan moral profesional dengan akhlak Islam Persoalan Kajian

Bagi tujuan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan oleh pengkaji bagi menjawab soalan berikut: 1. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran komunikasi dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 2. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran kerja berpasukan dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 3. Apakah terdapaT hubungan antara tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 4. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 5. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran pembelajaaran berterusan dan pengurusan maklumat dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 6. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dengan tahap penguasaan akhlak Islam? 7. Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran etika dan moral profesional dengan tahap penguasaan akhlak Islam?

Page 5: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Hipotesis Kajian Hipotesis Nul (Ho): 1. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran komunikasi dengan tahap penguasaan akhlak Islam 2. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran kerja berpasukan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 3. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 4. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dengan tahap penguasaan akhlak Islam. 5. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran pembelajaaran berterusan dan pengurusan maklumat dengan tahap penguasaan akhlak Islam 6. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 7. Ho = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran etika dan moral profesional dengan tahap penguasaan akhlak Islam Hipotesis Alternatif (Ha): 1. H1 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran komunikasi dengan tahap penguasaan akhlak Islam 2. H1 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran kerja berpasukan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 3. H1 =Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 4. H1 =Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 5. H1 =Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran pembelajaaran berterusan dan pengurusan maklumat dengan tahap penguasaan akhlak Islam 6. H1 =Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dengan tahap penguasaan akhlak Islam 7. H1 =Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan kemahiran etika dan moral profesional dengan tahap penguasaan akhlak Islam SOROTAN KAJIAN Pembangunan modal insan teras pendidikan negara disediakan khusus dengan pelancaran pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB mantan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2006. Di bawah PIPP, program pembangunan modal insan adalah bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar agar memiliki kemahiran, keterampilan dan berdisiplin. (Ab Azizi Yusof :2009)Untuk menjayakan program ini sudah tentu peranan ini perlu dipikul oleh golongan pendidik seperti pensyarah dan guru. Mereka perlu menyediakan struktur kurikulum yang terbaik serta sesuai dengan peredaran masa dan keperluan industri. Penyemakan semula kurikulum ini diperlukan agar pembangunan modal insan pelajar dapat dibangunkan selaras dengan perkembangan semasa dan sentiasa kekal relevan. (Dr John Antony Xavier et al : 2007) Untuk menghasilkan tenaga kerja yang produktif, responsif dan berakauntabiliti tinggi, adalah penting bagi perkhidmatan awam untuk mempunyai satu pengurusan sumber manusia yang mantap dan dinamik.

Page 6: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Kajian tentang kepentingan kemahiran insaniah dalam memenuhi keperluan industri cukup banyak diperkatakan dan diperbincangkan, sama ada kajian dari luar negara ataupun dari dalam negara sendiri. Kajian yang dilakukan oleh Yahya Buntat (2004), mendapati bahawa beberapa elemen soft skills sangat penting dan telah dipersetujui oleh majikan industri dan perlu diberi perhatian serta digambarkan kepada satu bentuk model. Model tersebut merangkumi tiga aspek kemahiran berdasarkan kepada keutamaan yang dirujuk kepada kepentingan dan keperluan majikan industri terhadap elemen soft skills. Kemahiran tersebut boleh dikategorikan seperti berikut:

i. Kemahiran akademik yang memberi penekanan kepada kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran berkomunikasi dan menguasai matematik. ii. Kemahiran mengurus diri iaitu kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif dan kemahiran membuat penyesuaian. iii. Kemahiran berpasukan yang meliputi kemahiran bekerja dengan orang lain dan kemahiran melibatkan diri dalam sesuatu projek. (Yahya Buntat :2004),

Menurut kajian ini lagi menyatakan bahawa lima kemahiran “employability” yang dianggap penting oleh majikan industri pertanian komersial berdasarkan keutamaan adalah seperti berikut: i. Kelakuan jujur, ikhlas dan beretika. ii. Kebolehan kerjasama iii. Menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan iv. Membuat keputusan v. Mengurus masa.

Perubahan terhadap permintaan kerja kini bukan suatu perkara yang baru. Jika dilihat di Malaysia sendiri, bermula dengan era zaman pertanian, zaman perindustrian, zaman teknologi maklumat dan kini zaman bio-teknologi. Semakin kompleks perubahan ini berlaku, permintaan terhadap tenaga kerja juga semakin holistik dan serba boleh. Justeru itu, perubahan ini memperlihatkan kepentingan kemahiran employability semakin dikehendaki. Kajian ini perkukuhkan lagi oleh kajian Noraini Mohd Noor (2006), memperkatakan bahawa perubahan yang berlaku dalam organisasi pada masa kini, memerlukan tenaga kerja yang fleksibel dan boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan untuk menghadapi pelbagai aspek dan pelbagai dimensi pekerjaan (Noraini Mohd Noor :2006)Buerah (2007) serta nilai dan etika, dalam sifatnya yang universal boleh menjadi ukuran sebenar kejayaan atau kegagalan organisasi. Menurut kajian Ahmad Esa (2007), kemahiran generik adalah diperlukan pada tahap tinggi oleh pihak industri di Malaysia. Daripada analisis yang dijalankan, pihak industri mempersepsi bahawa kemahiran menyelesaikan masalah, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan, komunikasi, interpersonal dan pengurusan adalah kemahiran generik yang perlu dimiliki oleh pekerja. Mohamad Sattar Rasul et al (2009) menyatakan kesepakatan lima industri pembuatan tentang kepentingan tujuh elemen employability skills yang diperlukan iaitu kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran mencari maklumat, kemahiran interpersonal, kemahiran teknologi & sistem dan peribadi yang unggul.

Keperluan kepada tenaga kerja mahir tidak terhad kepada industri tertentu sahaja, ini dapat

dilihat hasil kajian yang dilakukan oleh Wan Nor Hafiza Wan Sulaiman (2007), menyatakan industri perhotelan merupakan industri yang berkembang pesat dan merupakan salah satu industri yang menyumbang jumlah pekerjaan yang banyak di dunia. Oleh kerana itu, industri perhotelan memerlukan pekerja yang mahir dalam menganalisis maklumat, terbuka kepada idea dan peluang baru, kemahiran membuat keputusan, komunikasi, menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, berfikir secara logik dan kreatif, boleh beradaptasi pengetahuan dalam situasi baru, mengurus masa, bekerja dalam pengawasan yang minimum, boleh membuat pertimbangan yang matang dan

Page 7: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

bertanggungjawab, kemahiran menggunakan teknologi dan mahir dengan prosedur baru. Dapatan ini juga dikemukakan oleh Syed Najmuddin Syed Hassan et al (2009) bahawa peningkatan pelancong ke negeri Melaka menyebabkan kemahiran komuniksi sangat diperlukan dalam mencipta persekitaran yang baik ditempat kerja. Begitu juga usaha untuk meningkatkan tahap kesediaan pekerja menjadi k-worker perlu diteruskan memandangkan rekod pencapaian Malaysia sebagai negara membangun dalam merapatkan jurang perbezaan pembangunan negara dan negara maju amat membanggakan. Pengunaan sumber manusia dengan berkesan hanya dapat dicapai apabila mereka diberi pengetahuan dan kemahiran yang cukup dan digunakan sepenuhnya di tempat kerja. Ini menuntut agar pelajar meningkatkan lagi persediaan menjadi k-worker sebelum memasuki pasaran kerja melalui peningkatan atribut kesediaan menjadi k-worker seperti hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Yusop Ab Hadi (2009), pengetahuan mengenai kesediaan keterampilan bekerja terdiri dari keterampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pembelajaran sepanjang hayat, celik komputer, menyelesaikan masalah, berfikir kreatif, motivasi kerja, boleh berbahasa Inggeris dan pengurusan mencapai matlamat. Namun demikian, kajian oleh Hisamudin Mat Som (2009), secara keseluruhan pelajar atau bakal graduan UTHM mempunyai tahap kesediaan kemahiran generik yang tinggi apabila mereka bergraduat kelak. Kemahiran tersebut ialah penampilan diri, penyelesaian masalah, komunikasi dan komitmen. Namun demikian, kemahiran teknikal berada pada tahap yang sedarhana. Begitu pula Nazni Hani (2007), tahap kesedaran pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terhadap kepentingan kemahiran generik berada pada tahap yang tinggi. Khairul Nizam (2007) menyatakan bahawa kesediaan pelajar dan kecenderungan sikap terhadap kemahiran generik pada tahap yang tinggi. Kesediaan kemahiran berkomunikasi, berfikiran secara kreatif, menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan memimpin mempunyai keutamaan di kalangan pelajar. Menurut Meriam (2007), tahap keyakinan kemahiran generik pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di UTM berada pada tahap tinggi untuk menghadapai dunia pekerjaan. Menurut Y.B Datuk Fong Chan Onn (2001) dalam Saadiah (2004), Menteri di Kementerian Sumber Manusia pada masa itu dalam ucapannya di Persidangan Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah menyatakan bahawa selain mempunyai kemahiran dalam bidang khusus yang diceburi, majikan telah menetapkan kemahiran lain yang perlu dikuasai iaitu kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, motivasi dan interpersonal serta kebolehan menguasai komputer. METODOLOGI KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian bersifat deskriptif tinjauan dan inferensi di mana kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif dengan tujuan untuk mengkaji hubungan antara penguasaan kemahiran insaniah dengan nilai-nilai Islam berasaskan kepada Model HayMc Ber yang manggabungkan tiga elemen pengetahuan, kemahiran dan personaliti. LOKASI KAJIAN Lokasi kajian hanya meliputi empat buah univesiti teknikal di Malaysia (MTUN) iaitu: i. UMP Kuantan Pahang. ii. UTeM Melaka iii. UTHM Batu Pahat Johor iv. UNiMAP Perlis POPULASI

Page 8: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Populasi merupakan set lengkap yang merangkumi kelompok individu yang ingin dikaji. Kelompok ini perlu memenuhi beberapa spesifikasi lengkap yang diperlukan untuk kajian. Populasi bagi penyelidikan ini ialah pelajar-pelajar semester enam di bawah MTUN universiti (Malaysian Technical University Network). Mereka merupakan pelajar ijazah sarjana muda tahun tiga dari pelbagai fakulti iaitu FKAAS mewakili UTHM, FIST mewakili UMP, FKP mewakili UteM dan Mikroelektronik mewakili UNiMAP. INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen utama memperoleh data-data daripada responnden. Soal selidik adalah instrumen yang paling sesuai digunakan kerana ia lebih praktikal dan berkesan digunakan dalam populasi yang besar. ( Mohd Majid Konting, 2004).

Secara spesifik, instrumen kajian terbahagi kepada empat bahagian, di mana tiga bahagian berpusatkan kepada soalan-soalan penguasaan kemahiran insaniah, amalan nilai-nilai Islam dan kaedah penyampaian serta satu soalan daripada demografi responden. Perincian setiap bahagian seperti di bawah: (i) Bahagian A: Demografi Responden (ii) Bahagian B: Kemahiran Insaniah (iii) Bahagian C: Nilai-Nilai Islam Dalam Amalan Kerja ANALISA DAPATAN DAN PERBINCANGAN Apakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah dengan tahap penguasaan akhlak Islam? Kemahiran komunikasi Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran komunikasi. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.580, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan sedarhana kuat yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran komunikasi. Oleh yang demikian, hipotesis nul (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran komunikasi ditolak. Jadual 4.10: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kemahiran komunikasi

Komunikasi Akhlak Islam

Kolerasi Pearson .580** Komunikasi Sig (2-tailed) .000 N 281 Kolerasi Pearson .580** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

kemahiran etika dan moral profesional Jadual 4.11 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran etika dan moral profesional.

Page 9: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.675, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang sedarhana kuat yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran etika dan moral profesional. Oleh yang demikian, hipotesis nul (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran etika dan moral profesional ditolak. Jadual 4.11: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan etika dan moral profesional

Etika dan moral profesional Akhlak Islam

Kolerasi Pearson .675** Etika dan Moral Sig (2-tailed) .000 Profesional N 281 Kolerasi Pearson .675** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

Kemahiran kerja berpasukan Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kerja berpasukan. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.631, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang sedarhana kuat yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kerja berpasukan. Oleh yang demikian, hipotesis null (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kerja berpasukan ditolak. Jadual 4.12: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kerja berpasukan

Kerja berpasukan Akhlak Islam

Kolerasi Pearson .631** Kerja berpasukan Sig (2-tailed) .000 N 281 Kolerasi Pearson 631** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.595, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang sedarhana kuat yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Oleh yang demikian, hipotesis null (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat ditolak.

Page 10: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Jadual 4.13: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Pembelajaran berterusan Akhlak Islam dan pengurusan maklumat

Kolerasi Pearson .595** Pembelajaran berterusan Sig (2-tailed) .000 dan pengurusan maklumat N 281 Kolerasi Pearson .595** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

Kemahiran kepimpinan Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kepimpinan. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.710, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang kuat yang signifikan antara penguasaani akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kepimpinan. Oleh yang demikian, hipotesis null (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran kepimpinan ditolak. Jadual 4.14: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kemahiran kepimpinan

Kepimpinan Akhlak Islam

Kolerasi Pearson .710** Kepimpinan Sig (2-tailed) .000 N 281 Kolerasi Pearson .710** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.490, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang lemah antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, hipotesis null (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah ditolak. Jadual 4.15: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

Pemikiran kritis dan Akhlak Islam Penyelesaian masalah

Page 11: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Kolerasi Pearson .490** Pemikiran kritis dan Sig (2-tailed) .000 Penyelesaian masalah N 281 Kolerasi Pearson .490** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

kemahiran keusahawanan Jadual 4.10 menunjukkan hasil keputusan analisis bagi kolerasi pearson yang mengukur hubungan di antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran keusahawanan. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa nilai pekali (r =.58, p < .05) jelas menunjukkan perhubungan yang sedarhana kuat yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran keusahawanan. Oleh yang demikian, hipotesis null (H0) yang menyatakan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan akhlak Islam dengan penguasaan kemahiran keusahawanan ditolak. Jadual 4.16: Hubungan antara penguasaan akhlak Islam dengan kemahiran keusahawanan

Keusahawanan Akhlak Islam

Kolerasi Pearson .455** Keusahawanan Sig (2-tailed) .000 N 281 Kolerasi Pearson .455** Akhlak Islam Sig (2-tailed) .000 N 281

BIBLOGRAFI

Abd Jalil Borham (2008), Asas Pembangunan Modal Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Abdul Aziz Hussin (1994), Undang-Undang Yang Mengenai Kelakuan Dan Tatatertib Penjawat Awam: Hak Dan Tanggungjawab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Halim Ali (1999), Ke Arah Kecemerlangan Dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Di Alaf Baru. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Abd Hair Awang et al (2009) (ed), Pembangunan Dan Pengurusan Modal Insan Negara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdurrahman Umdirah Dr (1995). Membentuk Insan Kamil. Motivasi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Abdul Razaq Ahmad (2005). Mahasiswa Abad 21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Razaq Ahmad et al (2005), Bimbingan Menara Gading. Gombak: Yayasan Istana Abdul Aziz Pahang DarulMakmur.

Abdullah Hassan et al (2008), Bakat dan Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional. Abdullah Hassan et al (2005), Bakat & Kemahiran Memimpin Panduan Kepada Bakal Pemimpin,

Ketua & Pengurus Bagaimana Meningkatkan Prestasi. Pahang: PTS Professional Sdn. Bhd. Abdul Aziz Abdul Rahman et al (1997), Mahathir Kepimpinan Dan Wawasan Dalam Sains &

Teknologi. (terj) Dahlina Daut mohmud et al, Selangor: Universiti Putra Malaysia

Page 12: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN

Ad Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff ed (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Iman Arief (2009). Etika Kehidupan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Sabunai Media Sdn. Bhd. Ahmad Atory Hussain (1990). Pentadbiran Awam. Asas Pemikiran Dan Falsafah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ahmad Atory Hussain (1998). Reformasi Pentadbiran Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Atory Hussain (1990), Pentadbiran Awam Asas Pemikiran Dan Falsafah. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Ahmad Sarji Abdul Hamid (1991), Kemajuan Pentadbiran Awam Di Malaysia, Koleksi Ucapan-Ucapan

Dalam Tahun 1991. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Ahmad Fawzi Mohd Basri et al (2005), Melangkah Ke Alaf Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka Amigapathy Pandian (2009). Kurikulum Universiti dan Keperluan Pemerolehan Pekerjaan. Pulau

Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. Azhar Hj Wahid et al (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Perak: Universiti Pendidikan

Sultan Idris Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian (2008). Politik Isu-isu Integriti: 2000-2008. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Asmahan Musa(2005). Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik Institusi Pengajian Tinggi.

(ed) Mohd Zahedi Daud Pelan Integriti Nasional Strategi Pelaksanaan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara

Che Su Mustaffa et al (2006). Kepelbagaian Isu Dalam Pentadbiran Dan Pembangunan Di Malaysia. Sintok Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Chua Yan Piaw (2008). Asas Statistik Penyelidikan Buku 3. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Chua Yan Piaw (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan Buku 4. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn

Bhd. Chua Yan Piaw (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan Buku 5. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn

Bhd. Dzulkifli Abdul Razak (2005). Revolusi Pendidikan Merekayasa Sebuah Universiti. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia. Fadzila Azni Ahmad (2010). Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di

Malaysia. Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM Shah Alam. Fariza Md Sham (2005), Pembangunan Manusia Dari Perspektif Psikologi Dakwah. (ed) Siti Rugayah

Tibek et al, Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Habibaha Elias et al 92005). Competencies Needed by Teachers Implications for Best Teaching

Practices. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Haji Johari Haji Alias (1992). Nilai-Nilai Islam 3. Menunaikan Kewajipan Dan Tangungjawab. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hj Salleh Mohd Yusof ( 2004), Islam Hadhari Perjuangan Menjadikan Malaysia Sebuah Negara Islam

Maju, Progresif dan Moderat. Kuala lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia

Ismail Noor (2004), Pak Lah Kepimpinan Berteraskan Akauntabiliti. Selangor: Tinker’s Library Sdn.Bhd.

Jamaluddin Hj Ahmad Damanhuri (2005), Merealisasikan Harapan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jasiman Ahmad (2005), Kepentingan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd

Page 13: HUBUNGAN AKHLAK ISLAM DENGAN PENGUASAAN