tokoh akhlak

48
PENGENALAN Masyarakat hari ini semakin berilmu dan berpegang kepada akhlak Islam yang sebenar. Mengikut Al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa memerlukan pertimbangan pemikiran (teragak-agak). Tokoh adalah seseorang yang terkemuka atau kenamaan di bidangnya, atau seseorang yang memegang peranan penting dalam suatu bidang atau aspek kehidupan tertentu dalam masyarakat. Dalam dunia Islam, terdapat beberapa individu yang layak diangkat sebagai tokoh yang memberikan banyak sumbangan dalam memperjuangkan kesucian agama Islam. Tokoh-tokoh ini sentiasa cuba menyampaikan maklumat dan menyeru umat Islam supaya menjalankan kehidupan berlandaskan syariat Islam yang sebenar melalui dakwah, sesi ceramah, penulisan buku, penulisan kertas ilmiah dan pelbagai bentuk media lain dalam menyampaikan mesej mereka. Sesungguhnya, usaha mereka ini tidak sia-sia kerana penulisan mereka dijadikan rujukan oleh masyarakat Islam hari ini walaupun mereka sudah meninggal dunia seperti Imam Al-Ghazali, HAMKA dan Iman Ahmad Hambal. Malah masih ada tokoh-tokoh seperti ini yang masih hidup yang terus menerus 1

Upload: ctafiqahstrank

Post on 23-Oct-2015

198 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tokoh2 bidang Akhlak- Al-ghazali, Imam Ahmad, Hamka, Ustaz azhar, SIdek baba, FAdzilah kamsah

TRANSCRIPT

Page 1: tokoh Akhlak

PENGENALAN

Masyarakat hari ini semakin berilmu dan berpegang kepada akhlak Islam yang sebenar.

Mengikut Al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang

menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa memerlukan pertimbangan

pemikiran (teragak-agak). Tokoh adalah seseorang yang terkemuka atau kenamaan di bidangnya,

atau seseorang yang memegang peranan penting dalam suatu bidang atau aspek kehidupan

tertentu dalam masyarakat.  Dalam dunia Islam, terdapat beberapa individu yang layak diangkat

sebagai tokoh yang memberikan banyak sumbangan dalam memperjuangkan kesucian agama

Islam. Tokoh-tokoh ini sentiasa cuba menyampaikan maklumat dan menyeru umat Islam supaya

menjalankan kehidupan berlandaskan syariat Islam yang sebenar melalui dakwah, sesi ceramah,

penulisan buku, penulisan kertas ilmiah dan pelbagai bentuk media lain dalam menyampaikan

mesej mereka. Sesungguhnya, usaha mereka ini tidak sia-sia kerana penulisan mereka dijadikan

rujukan oleh masyarakat Islam hari ini walaupun mereka sudah meninggal dunia seperti Imam

Al-Ghazali, HAMKA dan Iman Ahmad Hambal. Malah masih ada tokoh-tokoh seperti ini yang

masih hidup yang terus menerus memberikan sumbangan dalam menegakkan syariat Islam

seperti Dr Fadzilah Kamsah, Profesor Dr Sidek Baba dan Ustaz Azhar Idrus . Sumbangan tokoh-

tokoh ini amat jelas bukan sahaja melalui ilmu yang mereka sampaikan malah berdasarkan

keperibadian yang mereka turut sama tunjukkan kepada masyarakat supaya keperibadian mereka

akan diikuti dan dicontohi.

1

Page 2: tokoh Akhlak

IMAM AL-GHAZALI

LATAR BELAKANG

Nama sebenar Imam Alghazali adalah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam

Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah (1058M). Beliau

berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya seorang yang tidak berpelajaran namun

ayahnya amat mementingkan pendidikan kerana enggan anak-anaknya hidup seperti dirinya.

Oleh itu, ayahnya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu Ahmad kepada

seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau. Sejak kecil lagi Al-Ghazali menunjukkan

minatnya dalam menuntut ilmu dan beliau banyak mengembara untuk berguru dengan toko-

tokoh terkenal seperti mempelajari ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani di Thus, belajar pula

dengan Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili di Jurjan dan kemudiannya mendampingi Imam Al-

Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini (419-478 Hijrah) di Nisabur. Kalau hendak disenaraikan,

Imam Al-Ghazali meluaskan skop pengetahuannya dengan mempelajari dengan ramai guru

daripada pelbagai bidang tidak hanya terikat dengan ilmu agama semata-mata apabila dengan As

Syeikh Ahmad bin Muhammad Ar Razakani, beliau turut mempelajari ilmu matematik dan

bahasa Arab. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli filsafat Islam, pemidato,

dan ahli akademik terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan

manusia. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai penasihat agung Perdana Menteri di

Muaskar dan Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad semasa

berumur 34 tahun. Beliau meninggal dunia di Thus pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah

bersamaan 18 Disember 1111M.

2

Page 3: tokoh Akhlak

Karya-karya

Karya-karya Imam Al-Ghazali dapat dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu seperti

bidang Fiqh dan usul al-fiqh, ilmu kalam dan usul al-din, bidang falsafah dan bidang-bidang lain.

Bagi karya beliau dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh adalah al-Taʿliqa, al-Mankhul min taʿliqat

al-iṣul, al-Basiṭ, Al-wasiṭ fi al-mathab, al-Wajiz fi fiqh al-imam al-shafiʿi, Khulaṣat al-mukhtaṣr

wa naqawat al-muʿtaṣr, Kitab tahẓib al-Iṣul, dan Fatawy al-Ghazali.   Dalam bidang Ilmu Kalam

dan Usul al-Din, karya-karya beliau antaranya adalah al-Mustaẓhiri or Fadaʾih al-baṭiniyya wa

faḍaʾil al-mustaẓhiriyya, Fayaṣl al-tafriqa bayn al-Islam wa-l-zandaqa, Mishkat al-anwar, Iljam

al-ʿawamm ʿan ʿilm al-kalam, Al-ḥikmah fi makhluqat illah, serta Qanun al-ta'wil . Bukan itu

sahaja, Imam Alghazali turut menghasilkan karya-karya lain seperti Maktubat imam

ghazālī (Correspondences of Imam Ghazālī) Islam dan Majmuʿt Rasiʾl al-Imam al-Ghazālī.

Sumbangan

Bidang Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, Al-Ghazali telah menyarankan kaedah pendidikan berasaskan

Islam yang masih menjadi rujukan tokoh pendidik seluruh dunia termasuk di Malaysia. Beliau

amat menekankan asas tabii manusia berdasarkan pengalaman peribadi beliau. Oleh itu, beliau

menyarankan supaya kanak-kanak diterapkan dengan nilai-nilai agama semasa kecil kerana pada

ketika ini kanak-kanak amat mendengarkan kata. Oleh itu penerapan dari segi jiwa amat mudah.

Imam Al-Ghazali juga menekankan penglibatan agama dalam pembelajaran di samping

menyarankan juga konsep hubungan guru dan pelajar di samping guru menjadi role model

kepada pelajarnya. Ini memperlihatkan bagaimana saranan pengajaran yang diberikan beliau

mampu menjadikan generasi muda yang dilahirkan berkelakuan selaras dengan syariat Islam.

3

Page 4: tokoh Akhlak

Tambahan pula, sememangnya Islam sendiri menekankan pengajaran anak-anak bermula

daripada kecil kerana mereka semua ibarat kain putih yang memerlukan didikan yang baik dalam

memastikan kain putih itu tidak tercemar.

Selain itu juga beliau banyak memperkenalkan teori-teori pembaharuan dalam

pendidikan yang membantu kepada pembentukan akhlak yang baik kepada umat Islam seperti

pendidikan bukan sekadar untuk mengejar duniawi tetapi untuk mengenali Allah dengan lebih

mendalam dan mengagumi ciptaannya. Ini menunjukkan bagaimana saranan teori pendidikan

yang dibawanya menunjukkan kepentingan agama diutamakan berbanding teori pendidikan

Barat yang menekankan duniawi semata-mata dan pelaksanaannya mampu melihatkan peranan

pendidikan dalam menerapkan akhlak mulia dalam kalangan generasi pelajar Islam.

Di samping itu, Al-Ghazali juga turut memperkenalkan konsep adab menuntut ilmu

antara pelajar dan guru serta perhubungan baik antara kedua-duanya. Keadaan ini sekali gus

mengangkat nama umat Islam dan masyarakat Islam tidak lagi perlu mengikuti kaedah-kaedah

yang diperkenalkan Barat semata-mata yang kalau kita lihat kesemua kaedah pendidikan yang

diperkenalkan memisahkan agama daripada kehidupan atau yang kita namakan elemen

sekularisme yang amat kuat seperti teori-teori Freud, Pavlov, dan Carl Jung. Sesungguhnya, teori

yang disarankan Al-Ghazali merupakan cara penerapan nilai akhlak berlandaskan Islam untuk

kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung dan amat bersesuaian sekali tahap yang

disarankan kerana bak kata pepatah Melayu “ Melentur buluh biar dari rebungnya” serta sekali

gus memastikan umat Islam tidak tercalar dengan ideologi sekularisme yang amat bercanggah

dengan tauhid umat Islam.

4

Page 5: tokoh Akhlak

Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan

dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang

mulia dalam diri seseorang (Muhamad Abul Quasem 1975). Ini adalah kerana manusia itu secara

semula jadi bersifat meniru di mana seseorang itu boleh memperoleh kedua-dua sifat baik dan

buruk daripada keadaan seseorang yang lain. Jika seseorang itu bergaul dengan seseorang yang

baik dalam tempoh tertentu, dia akan memperoleh dalam dirinya sesuatu kebaikan daripada

orang tersebut dan secara tidak disedari banyak mempelajari sesuatu Faktor Persekitaran Sosial

daripadanya (M. Umaruddin 2003). Kaedah yang ditekankan Al-Ghazali ini amat baik sekali dan

telah menjadi satu panduan yang diikuti oleh masyarakat Islam kerana pendekatan beliau ini

memang membantu dalam pembentukan akhlak umat Islam. Tambahan pula memang tepat

sekali kaedah yang disarankan beliau ini kerana memang diperakui oleh teori Barat sendiri yang

persekitaran amat memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang itu terutamanya

dari peringkat kanak-kanak lagi.

Bidang Akidah

Al-Ghazali banyak menghasilkan karya-karya berkenaan akidah yang menjadi rujukan

umat Islam hingga ke hari ini seperti Qawa‘id al-‘Aqa’id dan al-Risalah al-Qudsiyyah fi Qawa‘id

al-‘Aqa’id dalam Ihya’ ‘Ulumal-Din, al-Arba‘in fi Usul al-Din, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, al-Maqsad

al-Asna, Fada’ih al-Batiniyyah, dan al-Munqidhmin al-Dalal yang juga boleh dikategorikan

sebagai karya tasawuf kerana ia merupakan huraian penghayatan terhadap topik akidah yang

memberi kesan kepada akhlak manusia.

Ghazali juga menghasilkan karya yang mendapat pengiktirafan antarabangsa yang mana

karyanya seperti Ihya’ ‘Ulum al-Din pada fasal akidah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh

5

Page 6: tokoh Akhlak

Pocock yang dimuatkan dalam Specimen Historiae Arabum. Selain itu, Al-Ghazali berjaya

mendorong masyarakat meninggalkan kejumudan dan membawa pemikiran alternatif yang lebih

baik pada aspek akidah dan amalan. Dorongan tersebut merangkumi pelbagai aspek kehidupan

seperti spiritual, kebudayaan, sosial dan politik. Malah, hasil-hasil penulisannya turut menjadi

dasar kepada sebuah gerakan intelektual yang kuat dan merupakan sumber inspirasi kepada

generasi berikutnya. Pemikiran al-Ghazali memberi kesan yang amat mendalam kepada sejarah

Islam sehingga hari ini dan telah diguna pakai buah fikirannya. Malah kehebatannya diakui oleh

para penyokong dan para pengkritiknya.

Kalau hendak dihuraikan, sumbangan Al-Ghazali begitu luas dan merangkumi pelbagai

bidang yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang kepada pembentukan akhlak

yang baik dalam kalangan umat Islam. Malah beliau tidak terikat dengan gelaran ulama semata-

mata dan turut menjadi seorang ilmuwan dan ahli akademik yang hasil kerjanya mendapat

pengakhiran dunia dan masih diguna pakai sehingga hari ini. Sumbangannya bertaraf

antarabangsa dan diakui oleh ilmuwan Barat sendiri dan menjadi rujukan mereka sendiri dalam

akademik.

IMAM AHMAD BIN HAMBAL

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbali bin Hilal bin

Asad al-Marwazi al-Baghdadi. Beliau lebih dikenali dengan nama Imam Hanbali. Imam Hanbali

bin Hambal adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam dan pengasas bagi mazhab Hanbali.

Beliau dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164 Hijrah. Ayahnya seorang

mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur amat muda iaitu 30 tahun dan kemudiannya

6

Page 7: tokoh Akhlak

beliau dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-

Qur’an sejak kecil iaitu semasa umur masih 14 tahun dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah

menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Hanbali hidup dalam keadaan susah namun Imam

Hanbali tetap meneruskan pengajian hadithnya dengan ramai guru seperti Imam as-Syafi‘e, Abu

Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, Umar ibn Abdullah ibn Khalid, Abdurrahman ibn

Mahdi dan Abu Bakar ibn Iyasy dan Abdurrazzaq ibn Humam. Imam Hambali memang banyak

menuntut ilmu dari pelbagai ulama sehinggakan pada akhir hayatnya, beliau dikatakan telah

menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya. Imam Hanbali telah

meninggal dunia pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M pada usia 77

tahun. Semasa sembahyang jenazahnya, beliau disembahyangkan dengan lebih daripada 130,000

orang muslimin.

Antara hasil karya-karya beliau adalah Kitab Al-Irja, As’ilatu `Ani r-Ruwati s-Siqati

Wadh-Dhu`afa,, Al-Asma’ Wal-Kuna, Al-Asyribatu As-Saghir, Al-Asyribatu Al-Kabir, Kitab

Al-Imamah, Ahlu l-Milalu War-Riddatu Waz-Zanadiqatu Watariku s-Salati Wal-Fara’idhi, Al-

Iman, Bab Ahkamu n-Nisa’, dan Kitab Al-Wuqufu Wal-Wasaya.

SUMBANGAN

Karya al-Musnad

Sumbangan teragung Imam Ahmad bin Hanbal kepada dunia Islam kitab hadithnya yang

terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah s.a.w dan

para sahabat r.a yang sehingga hari ini menjadi rujukan umat Islam. Dalam karyanya ini, Imam

Hanbali telah mengumpulkan semua hadis-hadis Rasulullah ini berdasarkan seseorang sahabat,

7

Page 8: tokoh Akhlak

tabiin dan generasi selepas mereka yang meriwayatkannya. Selain ini hadis-hadis yang

dikumpulkan juga disusun periwayatnya mengikut aturan yang amat sistematik iaitu mengikut

tertib keislaman mereka, mengikut kemasyhuran mereka, mengikut susunan huruf abjad ataupun

dengan cara mengikut kabilah, negara kelahiran serta nama keluarga dan sebagainya. Karya ini

memang diakui oleh para ulama sebagai kitab paling unggul dengan mengandungi 30-40 ribu

buah hadis. Imam Hanbali memperlihatkan ketelitiannya dan memudahkan umat Islam

mengesan kesahihan hadis tersebut dengan mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar daripada

hadis-hadis sahabat yang lain, diikuti dengan hadis 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga,

atau tentang khalifah yang empat, mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam dan

sebagainya serta juga dengan menapis hadis-hadis nya terlebih dahulu.

Penghasilan kitab musnad ini memberikan sumbangan yang amat besar kepada umat

Islam keseluruhannya. Ini kerana hadis-hadis yang disertai oleh Imam Ahmad ini memastikan

umat Islam tidak keliru dengan sumber hukum dalam Islam selain daripada Al-Quran, Ijma atau

Qiyas. Sumbangan beliau ini amat penting kerana tanpa satu hasil rujukan hukum yang sahih dan

tepat sudah pasti setiap amalan yang dilakukan umat Islam tidak sah dan ditolak amalannya.

Oleh itu penghasilan musnad ini membantu umat Islam dalam menjalani syariat Islam dalam

kehidupan mereka. Malah musnad ini juga mampu membuatkan umat Islam mengenal pasti serta

melakukan perbuatan yang baik serta meninggalkan perbuatan yang jahat kerana jelas

diperkatakan dalam musnad ini apakah kelakuan yang dianjurkan dan ditolak oleh Islam dan

apakah hukuman yang akan dihadapi oleh umat yang melanggar ajaran Islam. Sebagai contohnya

melalui musnad Abu Bakar As-Siddiq yang menceritakan ganjaran bagi umat Islam yang

mengikut ajaran Islam yang sebenar:

8

Page 9: tokoh Akhlak

“Diceritakan yang Qais menyatakan: Abu Bakar bangun dan memuji serta mengagungkan Allah dan kemudiannya dia berkata “wahai manusia, Oh kamu yang percaya! Jagalah diri kamu. Jika kamu ikut ajaran (yang benar) dan melakukan perkara yang betul ( Tuhan ini satu dan semua perkara yang disuruh dalam Islam) serta meninggalkan perkara yang salah (kepercayaan kepada tuhan bukan satu, tidak percaya pada ajaran Islam serta melakukan semua percaya yang Islam larang) tiada kesakitan yang boleh datang pada kamu berbanding daripada sesiapa yang melakukan dosa” [al-Mai’dah 5:105]

Pengasasan mazhab

Mazhab menurut kamus dewan adalah: "Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat

Islam".  Dalam Islam terdapat empat mazhab fiqih Islam yang terkenal seperti Hanafi, Maliki,

Syafi’i dan Hanbali adalah salah satu darinya. Mengikut Ahamad Djazuli pula, madzhab adalah

aliran-aliran dalam fiqih yang disebabkan oleh terjadinya perbezaan penggunaan metode

sehingga berakibat pada perbezaan pendapat dan membentuk kelompok pendukung (murid

imam) sebagai penerus Imamnya dan terus berkembang menjadi mazhab tertentu. Pada awalnya

mazhab Hanbali hanya berkembang di Baghdad dan diikuti Mesir pada abad ke-6 Hijrah. Berkat

usaha Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim, perkembangan pesat terjadi pada abad ke-11 dan ke-12

H. Kedua-dua tokoh inilah yang membuka mata banyak orang untuk memberikan perhatian pada

fikih mazhab Hanbali, khususnya dalam bidang muamalah.

Ini bermaksud ajaran Imam Hanbali dijadikan rujukan oleh umat Islam terutamanya

masyarakat Timur Tengah apabila mereka berhadapan dengan masalah berkaitan agama. Ajaran

yang dibawa oleh Imam Hanbali ini menggunakan Al-Quran dan As-Sunah sebagai rujukan dan

sememangnya kita ketahui kewujudan mazhab penting dalam membolehkan kita memahami

agama Islam. Dengan wujudnya mazhab ini ianya amat membantu umat Islam yang tidak

9

Page 10: tokoh Akhlak

mempunyai ilmu agama yang secukupnya untuk berijtihad. Sesungguhnya dengan pengasasan

Mazhad oleh Imam Ahmad ini, beliau telah membantu dalam pembentukan umat Islam yang

berakhlak selaras dengan suruhan Islam dan membantu umat Islam supaya mengamalkan ajaran

Islam yang sebenarnya.

Malah menurut Ibnu Qayyim, salah seorang pengikut mazhab Hanbali, ada lima

landasan pokok yang dijadikan dasar penetapan hukum dan fatwa mazhab Hanbali. Pertama, nas

(Al-Qur'an dan Sunnah). Jika ia menemukan nas, maka ia akan merujuk Al-Qur'an dan Sunnah

dan tidak menggunakan sumber lainnya. Kedua, semua fatwa sahabat yang datang dari sahaba

yang dikenali dia tidak akan menidakkan fatwa itu. Ketiga, jika para sahabat berbeza pendapat,

ia akan memilih pendapat yang dinilainya lebih sesuai dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah.

Jika ternyata pendapat yang ada tidak jelas bersesuaiannya dengan Al-Qur'an dan Sunnah, maka

ia tidak akan menetapkan salah satunya, tetapi mengambil sikap diam atau meriwayatkan kedua-

duanya. Yang keempat, beliau mengambil hadits mursal (hadits yang dalam sanadnya tidak

disebutkan nama perawinya), dan hadits dhaif (hadits yang lemah, namun bukan 'maudu', atau

hadits lemah). Dalam hal ini, hadits dhaif didahulukan daripada qias. Dan kelima adalah qias,

atau analogi. Qias digunakan bila tidak ditemukan dasar hukum dari keempat sumber di atas. Ini

menjelaskan bagaimana telitinya Imam Ahmad ini dalam memastikan umat Islam tidak tersasar

daripada ajaran Islam yang sepatutnya.

Kesimpulannya, ini membuktikan yang sumbangan Imam Hanbali amat penting sekali

dalam kehidupan orang Islam kerana beliau memberikan satu garis panduan yang jelas kepada

umat Islam dalam mempraktikkan kehidupan secara Islam dan beramal. Tanpa sumbangan beliau

ini mungkin umat Islam akan salah atau tersilap dalam ibadatnya sehingga menyebabkan semua

10

Page 11: tokoh Akhlak

amalannya tidak diterima. Oleh itu jelaslah Imam Hanbali boleh dianggap sebagai seorang tokoh

agama dan seorang tokoh akhlak.

Biografi Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

LATAR BELAKANG

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali sebagai Hamka merupakan seorang

tokoh yang terkenal dengan penulisan berkenaan hal-hal keagamaan mahupun kesusasteraan

bertemakan Islamik. Hamka memang selayaknya diangkat sebagai seorang tokoh akhlak dengan

lebih daripada 79 karya yang pelbagai namun masih menekankan tema keagamaan dalam

penulisannya. Beliau juga seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat

terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau,

Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau kenali sebagai

Haji Rasul yang merupakan seorang pelopor Gerakan Islah di Minangkabau. HAMKA lebih

banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan

seperti falsafah kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik, sama ada Islam ataupun Barat.

Disebabkan beliau mempunyai kemahiran berbahasa Arab dengan fasih, HAMKA banyak

melakukan penyelidikan karya-karya dari Timur Tengah seperti karya Zaki Mubarak, Jurji

Zaidan, Abbas al-'Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga,

beliau meneliti karya sarjana dari Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William

James, Freud, Toynbee, Jean Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Selain itu, beliau juga sering

melakukan perbincangan dengan tokoh-tokoh terkenal dari Jakarta seperti HOS Chokroaminoto,

Raden MasSurjoparonoto, Haji Fakrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo untuk

menambah pengetahuannnya.

11

Page 12: tokoh Akhlak

HAMKA juga mendapat pelbagai pengiktirafan sepanjang hidupnya dari pelbagai pihak

seperti sebagai ulama Minang, Hamka mendapat gelaran “Tuanku Syaikh”, yang bermaksud

ulama besar yang memiliki keanggotaan dengan jabatan Imam Khatib menurut adat Budi

Caniago. Sebagai seorang pejuang, Hamka memperoleh gelaran kehormatan sebagai “Pangeran

Wiroguno” dari Pemerintah Indonesia. Sebagai seorang tokoh intelektual Islam, Hamka

memperoleh penghargaan gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doktor Kehormatan) dari Universiti

Al-Azhar, Mesir, pada tahun 1959. Pada tahun 1974 gelaran yang sama turut diperolehnya dari

Universiti Kebangsaan Malaysia. Nama HAMKA turut disebut oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia iaitu Tun Abdul Razak semasa upacara di Parlimen Malaysia dengan gelaran

“Promovendus Professor Doctor Hamka”.

Sepanjang hayatnya, HAMKA berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

HAMKA telah dipenjarakan selama 2 tahun 4 bulan kerana mempunyai pandangan politik yang

berbeza dengan pemerintah Indonesia ketika itu iaitu Presiden Soekarno. Selain itu, beliau juga

difitnah dengan tuduhan cubaan menggulingkan Presiden Soekarna dan menghasut pelajar muda

memberontak. Namun begitu, selepas dibebaskan dari penjara, HAMKA tidak berputus asa dan

terus berkarya. Pada 24 Julai 1981, HAMKA kembali ke rahmatullah di samping keluarga,

sahabat dan rakan seperjuangnnya.

SUMBANGAN HAMKA

Sepanjang hayatnya, HAMKA telah menghasilkan pelbagai karya yang memberi

pengetahuan dan ikhtibar kepada individu yang membacanya sama ada kesedaran dari segi

agama, politik, adat mahupun kehidupan. Antara hasil karyanya adalah Khatibul Ummah Jilid 1-

3, Si Sabariah (1928) Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq) 1929, Adat

12

Page 13: tokoh Akhlak

Minangkabau dan agama Islam (1929), Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929), Kepentingan

melakukan tabligh (1929), Hikmat Isra' dan Mikraj, Arkanul Islam (1932), Laila Majnun (1932),

Majallah 'Tentera' (4 nomor) (1932), Majallah Al-Mahdi (1932), Mati mengandung malu

(Salinan Al-Manfaluthi) 1934, Falsafah Hidup (1939), Sejarah Umat Islam, Adat Minangkabau

Menghadapi Revolusi dan banyak lagi karya-karya lain.

Sebagai contohnya karya beliau Tafsir Al-Azhar yang mana menjadi panduan kepada

umat Islam seluruh dunia terutamanya golongan belia di Indonesia yang ketika itu tidak boleh

berbahasa Arab tetapi berminat untuk mendalami agama Islam. Ini sekali gus membantu

golongan belia di Indonesia dalam memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang

sebenar yang sekali gus akan menjadi asas kepada pembentukan akhlak yang mulia dalam diri

mereka. Selain itu, dalam karyanya itu juga, Hamka banyak menggunakan contoh-contoh yang

bersesuaian dengan situasi yang sedang berlaku di Indonesia dengan membawakan persoalan

polemik agama antara Islam dengan Kristian, antara umat Islam yang berlainan mazhab,

ancaman Ahmadiyyah, Komunisme dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, beliau

menghasilkan tafsir bagi membersihkan tafsir Al-Quran daripada cerita-cerita karut dan dongeng

yang terbit daripada kisah-kisah Israiliyyat yang mana cerita yang dibawa oleh orang Yahudi ke

dalam Islam yang mana amat penting dalam pembentukan akhlak umat Islam kerana dapat

memastikan umat Islam tidak mendapat maklumat yang salah atau mengamalkan kelakuan yang

tidak sepatutnya mereka lakukan apabila mereka menjadikan tafsir Al-Quran tersebut sebagai

rujukan.

Selain itu, Hamka juga cuba untuk mengubah pemikiran orang Barat dalam

memperkatakan isu yang berkaitan kedudukan wanita yang sebenar berdasarkan Islam dalam

karyanya Agama Islam dan Perempuan (1939). Ini kerana Isu wanita selalu menjadi mainan dan

13

Page 14: tokoh Akhlak

sering disalah tafsir oleh pihak Barat dan orang Islam yang cetek pengetahuannya mengenai

Islam. Dalam karyanya itu, beliau telah membela kedudukan wanita sebagai ibu dan menentang

penindasan kaum lelaki terhadap wanita, terutamanya di Minangkabau yang terkenal dengan

adatnya itu di samping beliau turut menimbulkan persoalan memuliakan wanita selaku ibu,

penghormatan dan kasih sayang terhadap kaum Hawa dan hak-hak wanita yang sekali gus akan

mampu membentuk kelakuan akhlak yang baik dalam kalangan umat Islam lelaki terutamanya

dalam layanan mereka terhadap kaum wanita. Ini kerana seperti yang kita ketahui ramai wanita

Islam masih ditindas dan didera oleh suami mereka yang jahil serta tidak memahami hukum

Islam sebenarnya dengan menggunakan hukum “Isteri harus mentaati suami” semata-mata . Oleh

itu, melalui pembelaan yang dilakukan oleh Hamka mampu membetulkan pandangan dan

membuka mata umat Islam berkenaan perkara ini.

Dalam bidang akidah pula, HAMKA juga cuba memperbetulkan pandangan orang-orang

Islam dalam bidang ini dan salah satu daripada tindakan HAMKA ialah beliau menolak

pandangan Mu’amar Qadhafi, Presiden Libya yang menyatakan bahawa, ‘kita orang Islam

berpegang kepada Al-Quran sahaja, tidak perlu berpegang kepada Hadis dan Sunah Rasulullah’.

Ini kerana bagi HAMKA, Qadhafi bersikap begitu kerana beliau dikelilingi oleh pihak komunis

yang sentiasa memuji-muji kepimpinan beliau, namun tidak pula dipedulikan oleh negara-negara

Islam yang lain. Ketegasan HAMKA dalam memelihara akidah juga dapat dilihat melalui

tindakan beliau mengeluarkan fatwa menolak pendapat pihak pemerintahan iaitu Menteri Agama

berhubungan isu ‘Natal Bersama’ melalui Majlis Ulama’ Indonesia (MUI). Tindakan HAMKA

itu mendapat tentangan Kerajaan dan beliau diarahkan menarik semula fatwa itu. Namun,

HAMKA tetap tegas dan apabila persetujuan tidak dicapai, beliau mengundurkan diri sebagai

Ketua MUI. Tindakan yang dilakukan oleh Hamka ini sememangnya amat memberi sumbangan

14

Page 15: tokoh Akhlak

terhadap pembentukan akhlak umat Islam kerana ajaran akidah adalah sebahagian dalam

membentuk kelakuan yang baik. Apabila akidah yang diamalkan benar berasaskan Islam maka

mulialah akhlak yang diamalkan.

Kesimpulannya, peranan HAMKA dalam memperkukuhkan akhlak umat Islam sama ada

di Indonesia mahupun dunia sememangnya tidak dapat disangkal. Karya-karya HAMKA

sehingga sekarang masih digunapakai sebagai rujukan oleh ahli akademik Barat, akademik Islam

dan umat Islam umumnya walaupun selepas ketiadaan beliau. Ini sekaligus membuktikan yang

HAMKA benar-benar telah berjaya dalam perjuangannya untuk menegakkan kemurnian dan

kebenaran agama Islam di mata dunia serta membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan umat

Islam.

DATO’ FADZILAH KAMSAH

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sungai

Pinang, Klang dan merupakan anak yang ke -2 daripada 12 adik-beradik . Beliau telah

berkahwin dengan Sharifah Bt Md. Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu

Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan. Dr. Fadzilah Kamsah adalah

pemegang ijazah B.S Agric Science daripada Universiti Malaya pada tahun 1975 sebelum

melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA pada tahun 1977 untuk mengambil M.S Agricultural

Journalism. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. yang membawa

gelaran Dr. di tempat yang sama dalam bidang Organization Communication pada tahun 1984.

 Kelebihannya dalam bidang komunikasi menyebabkan beliau sering muncul di kaca TV,

corong radio dan dada akhbar untuk memberikan kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-

isu kehidupan yang meliputi pembelajaran, kekeluargaan, perceraian dan perkahwinan. Malah

15

Page 16: tokoh Akhlak

beliau juga merupakan seorang penulis buku motivasi dan penulis novel. Selain itu, beliau juga

adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah

di ETC Communications Sdn. Bhd. Yang banyak menganjurkan kem-kem motivasi, siri

ceramah, penerbitan buku dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan bidang motivasi kerana itu

merupakan bidang kepakarannya.

Penglibatan beliau secara aktif dalam mengadakan siri-siri ceramah motivasi, penasihatan

keluarga telah membolehkan beliau menerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah pada 10 Januari

2008. Selain itu, Beliau juga pernah mendapat Anugerah Skrin 2011 sebagai Rancangan

Bual Bicara Terbaik. Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih

6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang

motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika

kerja, budaya korporat, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah,

keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan

diri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini masih bergiat di bawah syarikatnya iaitu DMFK

Inspirations.

Karya-karya

Karya-karya yang ditulis oleh Dr Fadzilah Kamsah amat banyak sekali dan antaranya

adalah 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, Minda Hebat, Petua Mendidik Anak Menjadi

Insan Positif, Strategi Menghadapi Peperiksaan, Petua Pelajar Cemerlang, Petua Menjadi Pelajar,

Petua Untuk Sentiasa Ceria, Tips Menjadi Pelajar IPT Cemerlang, Tips Belajar IPT Cemerlang,

Pelajar Hebat, Langkah Bijak Usahawan Terbilang, Menangani Anak Bermasalah, Menangani

Sifat Marah, Suami Mithali, Menempuh Gerbang Perkahwinan, Menerobos Sempadan, Petua

16

Page 17: tokoh Akhlak

Membuat Suami Jatuh Cinta, Petua Menangani Stress, Langkah Bestari Isteri Mithali, dan 55

Petua Kerja Berpasukan serta banyak lagi karya-karya lain.

Sumbangan

Dari segi menggalakkan perkembangan institusi kekeluargaan ke arah pembentukan

akhlak mulia dalam kekeluargaan terutamanya dari segi hubungan suami isteri yang mana Dr.

Fadzilah Kamsah amat memberikan banyak sumbangan melalui tulisan bukunya ataupun melalui

email persendirian malah melalui corong radio dan televisyen. Beliau banyak memberikan

nasihat dan tips dalam membina keluarga yang bahagia yang merupakan sebahagian daripada

pengamalan akhlak yang mulia. Perkara ini dapat dilihat dalam banyak karya-karyanya dan

antara karyanya yang menarik untuk dikupaskan bagi memperlihatkan sumbangannya adalah

seperti buku Langkah Bestari Suami Mithali yang memberi garis panduan kepada suami dalam

bagaimana untuk membentuk akhlak yang mulia dalam menjaga keharmonian rumah tangga

mereka dan berbuat baik dengan isteri mereka yang merupakan satu akhlak yang mulia. Ini

kerana banyak masalah rumah tangga bermula disebabkan keegoan suami untuk berusaha

menjaga hati isteri atas alasan apabila sudah berkahwin isteri adalah hak mereka dan mereka

mempunyai autoriti mutlak ke atas isteri sehingga tidak perlu berbaik-baik sangat dengan isteri.

Panduan-paduan yang diberikan oleh beliau amat berguna dan boleh diikuti oleh suami-suami di

luar sana seperti berikut

1. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan

anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke

rumah. 

17

Page 18: tokoh Akhlak

2. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia

apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual

dengan isteri setiap hari .

3. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun

rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat

panggilan ataupun mesej tersebut.

Dr, Fadzilah Kamsah juga memberikan sumbangan penting dari segi perkembangan akhlak

dan mental pelajar juga melalui banyak program dan karyanya menyentuh tentang pembentukan

akhlak pelajar dari kecil dan bagaimana pelajar ingin berjaya dalam pembelajarannya. Siri

ceramah beliau amat banyak sekali di sekolah-sekolah mahupun melalui anjuran peribadinya di

bawah DMFK Inspirations.

Dalam bukunya Petua Mendidik Anak menjadi positif, banyak nasihat beliau yang

menggunakan pendekatan Islam yang bersesuaian untuk diamalkan dengan konteks keadaan hari

ini yang mana ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan pembesaran anak-anak yang

seterusnya menjadi penyebab kepada masalah sosial pada hari ini. Panduan beliau yang menarik

untuk dikongsi kan kerana beliau menggalakkan pembentukan akhlak anak-anak sejak dalam

perut lagi sehingga besar kerana persekitaran yang didiami oleh kanak-kanak amat

mempengaruhi tahap perkembangan akhlak dan perkembangan kognitif anak-anak. Antara

amalan yang disarankan beliau untuk diamalkan ibu bapa adalah amalan semasa ibu

mengandung seperti perbanyakan membaca Al-Quran, solat sunat supaya boleh memudahkan

proses bersalin, banyak berzikir untuk menenangkan diri dan mengamalkan akhlak yang terpuji

yang mana sememangnya bertujuan untuk membentuk akhlak mulia dalam diri kanak-kanak

18

Page 19: tokoh Akhlak

Islam. Amalan yang sama juga harus dilakukan oleh si ayah supaya kelahiran anak itu dipenuhi

dengan persekitaran keagamaan.

Dalam karyanya ini juga, beliau menyarankan agar ibu bapa menjaga penampilan anak

mereka sama ada lelaki atau perempuan mengikut batasan Islam di samping menekankan

keseimbangan ilmu agama dan duniawi pada anak mereka. Bukan itu sahaja, beliau juga

menetapkan supaya ibu bapa berkelakuan elok supaya boleh menjadi role model yang baik

kepada anak-anak di samping harus selalu munasabah diri jika terjadi apa-apa dalam keluarga

kerana kadang kala ibu bapa penyebab anak-anak berkelakuan buruk. Ini menunjukkan

bagaimana Dr. melihat penerapan ajaran agama dalam kehidupan seharian anak-anak harus

dimulakan oleh ibu bapa sendiri kerana ibu bapa adalah individu terpenting dalam hidup anak-

anak. Oleh itu, pembentukan akhlak melalui ibu bapa kepada anak-anak adalah lebih berkesan

daripada melalui sekolah semata-mata dan teknik inilah yang dibangkitkan dan diterapkan oleh

Dr. Fadhilah Kamsah melalui karyanya.

Jelaslah bahawa Dato Dr. Fadzilah Kamsah layak untuk diangkat sebagai seorang tokoh

akhlak kerana banyak dalam penulisan karyanya memberi panduan dan nasihat kepada manusia

bagaimana untuk menghadapi masalah-masalah dari segi kekeluargaan, perkahwinan,

pembelajaran dan kepimpinan yang bersudut kan landasan agama Islam sendiri. Malah beliau

juga cuba untuk mengukuhkan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dengan tidak putus-putus

membalas setiap pertanyaan masalah yang dihadapi individu di luar sana melalui email, surat

atau panggilan telefon dengan harapan beban masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan

atau hanya untuk diluahkan supaya tekanan yang dihadapi dapat dikurangkan.

19

Page 20: tokoh Akhlak

TOKOH PROF. DATUK DR. SIDEK BABA

Latar Belakang

Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kampung Pulau, Masjid

Tanah Melaka. Beliau merupakan putera bagi Baba Bin Maakip dan Jenah bt Hitam. Beliau

mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka iaitu di Sekolah Umum Jeram dan di

Sekolah Inggeris Gajah Berang. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian perguruan selama 2

tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim setelah mendapat pangkat tiga

dalam Malaysian Certificate of Education (MCE). Kemudiannya beliau mendirikan rumah

tangga dengan Rohani Bt Haron pada 29 Julai 1973 dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 6 orang

lelaki dan 2 orang perempuan. Beliau kemudiannya mengambungkan pelajarannya di Universiti

Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Melayu dengan Kementerian Pendidikan menawarkan

separuh gaji sepanjang tempoh pembelajaran. Kemudiannya Beliau menyambung pengajian di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Diploma Pengajian Islam. Seterusnya apabila

beliau bekerja di Institut Pengurusan Pendidikan Nasional (IPPN) atau Institut Aminuddin baki

(IAB) selepas tamat pengajiannya, beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika

Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian

Dasar Pendidikan.

Selain itu, beliau juga pernah terbabit secara aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia

(ABIM) bermula di UM lagi yang kemudiannya berterusan di Amerika Syarikat semasa beliau

menyambungkan pelajaran di sama iaitu yang dikenali ABIM Amerika Utara sehingga diangkat

sebagai Yang DiPertua. Penglibatan beliau dalam ABIM amat aktif sehinggalah Prof pernah

diangkat untuk memimpin ABIM di peringkat negeri Melaka dan juga Pusat. Pada 9 Mac 2009,

20

Page 21: tokoh Akhlak

beliau menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 sempena Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Kebangsaan Malaysia atas sumbangannya dalam bidang pendidikan. Setelah pulang

dari luar negara, beliau masih meneruskan minatnya dalam penulisan dengan menulis di ruangan

Berita Harian, Utusan Malaysia dan Majalah I, dan majalah Solusi serta mengisi ruangan

Santapan Rohani Radio IKIM FM dan program Santapan Minda di Selangor FM. Selain itu,

dengan berbekalkan gelaran lulusan luar negara, beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah

IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah di IKMAS, JAKIM,

Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan

Lembaga Akademi Ketamadunan. Selain itu, beliau pernah menjadi pensyarah di Institut

Aminuddin Baki selama 5 tahun. Kemudiannya beliau dilantik pula sebagai Timbalan Dekan

Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994 sebelum menjadi

Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994-2002. Di samping

itu, Prof juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.

Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM serta menetap di Padang Balang, Sentul,

Kuala Lumpur.

Karya-karya

Beliau telah menghasilkan penulisan-penulisan dalam bentuk buku, kertas kerja, artikel-

artikel di dada-dada akhbar harian dan tabloid serta majalah-majalah. Beliau juga turut

menyebarluaskan ilmu dalam bentuk cakera padat, ruangan blog di laman sesawang, sering ke

udara melalui media-media elektronik, sering dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah

termasuk di masjid dan surau serta menyampaikan ucap utama dalam seminar-seminar dan

konvensyen sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Melalui penulisannya di Syarikat

penerbitan Alaf 21, antara karya yang ditulis adalah seperti buku Remaja Islam, Keluarga

21

Page 22: tokoh Akhlak

Sakinah, acuan Minda, Melayu Perkasa, Wahai Remaja, Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita.

Karyanya yang mengikut beliau sebagai satu pencapaian yang amat dibanggakan adalah buku

Seteguh Tekad yang menceritakan kisah hidup beliau dari kecil dan rentetan perjuangan yang

dilaluinya untuk sampai ke tahap hari ini. Manakala kebanyakan hasil tulisan akademiknya pula

berkaitan dengan Islam seperti kertas kerja mengenai Pengurusan Islam (Teori I), Integrasi dan

Islamisasi Ilmu, keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama.

Sumbangan

Dakwah ABIM

Prof Sidek memang selayaknya diangkat sebagai seorang tokoh akhlak kerana beliau sejak

pembabitannya di universiti tidak pernah putus-putus untuk menyebarkan konsep Islam yang

sejati sehinggalah beliau ke luar negara melalui pembabitannya dalam ABIM. Beliau sering

mengikuti usrah-usrah dan ceramah malah turut sama memberikan ceramah agama di Amerika

Syarikat yang mana ketika zaman beliau menyambungkan Sarjana dan Doktor Falsafah pelajar

Islam Malaysia di sana terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang berfikiran liberal dan yang

benar-benar menjalankan kehidupan Islam sejati. Oleh itu, pergerakan ABIM ketika itu untuk

mengukuhkan lagi iman dan akhlak orang-orang Islam di sana yang tidak pernah kering dengan

dugaan syaitan. Malah, beliau juga ada menyatakan dalam bukunya iaitu Seteguh Tekad, beliau

berjaya menarik soalan saudara baru semasa di sana iaitu saudara Adam. Ini menunjukkan

bagaimana beliau sentiasa berusaha memastikan pelajar Malaysia Islam di sana terpelihara

akhlak mereka yang selaras dengan Islam dan malah turut berusaha mengukuhkan akhlak

pelajar-pelajar di sana yang datang daripada keluarga yang kurang didikan ilmu agama.

22

Page 23: tokoh Akhlak

Malah disebabkan pembabitannya dalam ABIM yang menyebabkan beliau rapat dengan

Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau pernah ditangkap di bawah akta ISA. Namun penangkapan nya

itu tidak pernah mengurangkan semangat perjuangannya dalam memberi sumbangan kepada

masyarakat.

Pendidikan Rabbani

Selain itu, sesuai dengan pembabitannya dalam bidang pendidikan beliau sering

menekankan pembabitan konsep Islam dalam pendidikan masyarakat Islam hari ini yang

memperlihatkan keseimbangan dari sudut akademik dan pengajaran agama. Banyak kertas kerja

dan ceramahnya serta karya-karyanya menekankan konsep ini. Beliau cuba menyedarkan ibu

bapa tentang kepentingan tidak hanya mengejar akademik semata-mata sehinggakan agama

dilupakan. Dalam karyanya seperti Remaja Islam, Keluarga Sakinah, acuan Minda, Melayu

Perkasa, Wahai Remaja, Hakikat Rukun Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita semuanya

menekankan konsep yang sama iaitu Islam harus diterapkan dalam segenap kehidupan dan

melalui karya-karya ini juga diterapkan ajaran dalam bagaimana untuk menerapkan

pembentukan akhlak selaras dengan ajaran agama Islam di dalamnya supaya dapat menimbulkan

kesedaran serta dijadikan rujukan oleh pembaca karya ini. Ini menunjukkan pendiriannya yang

cuba untuk diterapkan kepada masyarakat di Malaysia terutamanya dan ini sekali gus adalah

kaedah yang digunakannya dan disuarakan kepada masyarakat untuk memastikan pembentukan

akhlak mulia dalam kalangan remaja Islam melalui pendidikan.

Pendidikan Rabbani adalah satu konsep yang cuba diperkenalkan oleh beliau yang mana

pendidikan disatukan dengan Islam. Pendidikan Rabbani merupakan elemen utama tarbiyyah ruh

yang mana pada awal penurunan wahyu Ilahi, Allah S.W.T telah menyatakan perkataan keramat

23

Page 24: tokoh Akhlak

yakni “IQRA” yg bererti “BACALAH”. Pendidikan Rabbani yang pertama sekali diberikan oleh

Allah Taala kepada Nabi S.A.W adalah dalam keadaan buta huruf dan langsung tidak tahu

membaca walaupun satu perkataan. Beliau juga memberikan kaedah-kaedah bagaimana konsep

ini hendak dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran mereka. Kaedah yang pertama yang

disarankan beliau adalah dengan mewujudkan suasana persekitaran dengan kehidupan beragama.

Ini kerana sejarah telah membuktikan yang Rasulullah S.A.W sendiri memilih melaksanakan

kaedah ini dalam untuk melebarkan sayap pendidikan Rabbani (da’wah). Baginda telah memilih

dua Negara semasa proses penghijrahan iaitu di Habsyah yang rakyatnya menganuti agama

Nasrani dan ke Madinah kerana melihatkan sifat penghuninya yg mudah dibentuk dengan acuan

Islam. Di sinilah kita lihat bagaimana Nabi S.A.W mengaitkan wahyu Ilahi untuk dimasukkan ke

dalam sistem Pendidikan Rabbani semasa berhijrah ke sana. Ini menunjukkan bahawa

masyarakat yang beragama amat penting kerana agama adalah faktor yang membangunkan masa

depan sesebuah masyarakat bukannya kepandaian semata-mata. Nabi S.A.W bersabda :

“ Agama itu adalah nasihat”. Maka para sahabat bertanya, : “Bagi siapa?”. Rasulullah S.A.W

menjawab : “Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi pemerintah Muslim, pemimpin

Muslim, Ulama Islam dan bagi orang sesama Muslim”.

Kaedah kedua adalah dengan membuat sukatan pelajaran pendidikan yang bersifat

duniawi dan ukhrawi. Beliau membuktikan yang sukatan pendidikan ini mampu untuk

melahirkan rakyat yg cemerlang dunia dan akhirat berdasarkan Firman Allah dalam surah Al-

Ahzab, ayat 21 yang berbunyi “ Demi sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh

ikutan yg baik”. Ini menunjukkan kaedah pendekatan Rasulullah adalah yang terbaik kerana

Baginda tidak mengambil sukatan pelajaran lain selain yang terkandung dalam Al Quran. Inilah

24

Page 25: tokoh Akhlak

yang membuktikan bahawa beliau adalah hamba Allah yang tulen yang tidak

mencampuradukkan antara yang hal dan batil.

Malah baginda ada menyentuh perkara ini semasa menyampaikan kuliah kepada para

sahabat, baginda semasa kita mengajar kita banyak menggunakan fungsi akaliah semata-mata

tanpa menyentuh fungsi naqliah sedangkan kita tidak mempunyai pengetahuan melebihi apa

yang diberikan oleh Allah. Malah sistem pendidikan negara terlalu bercampur aduk antara hak

dan batil serta antara sekularisme dan Islamisme semata-mata. Lantaran itu, iktibar utama yg

perlu kita ambil ialah kita mestilah menjunjung terlebih dahulu kitab Al Quran dan As Sunnah

sebelum kita menyampaikan sistem pendidikan kepada orang lain. Ini menunjukkan konsep ini

sendiri telah dilaksanakan Rasulullah dan keberkesanannya turut terbukti dengan lahirkan tokoh-

tokoh penting semasa itu seperti Abdullah Bin Abbas, Ali Bin Abi Talib, Muaz Bin Jabal dan

Usamah Bin Zaid. Konsep yang dibawa oleh beliau berkenaan Pendidikan Rabbani

sememangnya memaparkan usaha tidak henti-henti beliau dalam memastikan sistem pendidikan

di Malaysia tidak berlandaskan sekular semata-mata. Malah sememangnya penerapan pendidikan

ini adalah selaras dengan ajaran Rasulullah dan terbukti mampu membawa kepada pembentukan

akhlak mulia dalam kalangan masyarakat semasa pelaksanaannya pada zaman Rasul.

Ini menunjukkan sumbangan beliau dalam menggabungkan Islam dalam sistem

pendidikan hari ini amat aktif sekali. Konsep-konsep yang diperkenalkan beliau cuba untuk

melakukan perubahan dalam masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa yang mana kita

terlampau mengasingkan ilmu agama dengan terlampau bergantung pada sistem pendidikan

berorientasikan Barat yang menerapkan ideologi sekularisme sehinggakan generasi yang lahir

hari ini semakin lemah pegangan akidah mereka dan semakin jahil dalam ilmu agama. Oleh itu,

jelaslah beliau semang amat layak untuk diangkat sebagai tokoh akhlak disebabkan usahanya

25

Page 26: tokoh Akhlak

yang tidak pernah putus-putus untuk membangkitkan kembali semangat Islam dalam diri remaja

hari ini.

USTAZ AZHAR IDRUS

Latar Belakang

Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI merupakan seorang penceramah agama

yang semakin dikenali di Malaysia atas gaya ceramahnya yang menggunakan unsur lawak dan

santai yang disukai oleh orang ramai terutamanya golongan belia dengan menggunakan Media

Facebook, Youtube dan Twitter selain daripada menggunakan media arus perdana seperti

televisyen. Beliau dipilih sebagai tokoh akhlak dalam bagaimana kaedah atau pendekatan yang

digunakan oleh beliau dalam aktiviti dakwahnya mampu membuka mata ramai orang

terutamanya golongan muda. Ustaz Azhar Idrus mampu membentuk akhlak yang mulia dalam

kalangan golongan muda melalui dakwah-dakwah yang dilakukannya. Beliau dilahirkan di

Kampung Ladang Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Ustaz Azhar Idrus mendapat

pendidikan awal di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dan menyambung

pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2

sebelum beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh itu,

beliau tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan sehinggalah pada tahun 1990. 

Beliau mulai mempelajari ilmu agama pada tahun 1990 setelah rakan muziknya

menghilang dan belajar agama di Patani. Selepas peristiwa tersebut, beliau mula insaf dan

bersara daripada industri muzik serta berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar , Tuan Guru

Mohd Tahir, Tuan Guru Mohd ,Tuan Guru Hj Hasyim, Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir , Tuan Guru

26

Page 27: tokoh Akhlak

Hj Muhammad Zubir , dan Tuan Guru Hj Mohd Zain yang mempunyai kepakaran dalam

pelbagai bidang ilmu agama. Sebelum menjadi pendakwah bebas, beliau pernah menjadi guru

muzik, penyanyi, pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an,

bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik, dan bekerja

sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara

bersungguh-sungguh. Beliau mempunyai 2 orang isteri dan 7 orang anak.

Sumbangan

Melalui Paparan Video Youtube

Ustaz Azhar Idrus memainkan peranan yang besar dalam mendekati golongan muda dan

membawa mereka ke arah pembentukan akhlak yang mulia selaras dengan ajaran Islam di

samping membantu golongan ini memahami agama Islam dengan lebih terperinci dan mendalam.

Antara salah satu kaedah yang digunakan beliau adalah melalui memaparkan video-video

ceramah beliau di laman sesawang youtube yang sememangnya menjadi tatapan para golongan

muda pada masa kini. Melalui paparan ceramah ini, beliau mampu menyampaikan maklumat,

berdakwah dan menimbulkan keinsafan kaum muda di mana-mana sahaja dan tidak terbatas

kerana video tersebut boleh diakses secara percuma melalui internet dan tidak terbatas

paparannya.

Di samping itu, pendekatan beliau yang menggunakan lawak jenaka dan sesi ceramah

yang santai mampu menarik minat hati golongan muda kerana dilihat sebagai tidak

membosankan. Walaupun menggunakan lawak namun lawak yang digunakan bukan seperti tin

kosong dan amat penuh dengan isi kandungannya yang meliputi persoalan permasalahan agama,

sesi soal jawab dan ceramah dakwah. Penggunaan laman sesawang youtube amat berkesan dan

27

Page 28: tokoh Akhlak

setiap paparan video ceramah Ustaz Azhar Idrus mencapai jumlah tontonan ribuan penonton.

Malah dalam setiap sesi ceramah yang dipaparkan mampu menjawab persoalan agama yang

dekat dengan penontonnya walaupun kelihatan mudah isu yang dipersoalkan. Namun melalui

maklumat-maklumat yang disampaikan beliau melalui youtube membantu pembentukan akhlak

kaum muda di Malaysia. Sebagai contohnya melalui paparan video youtube ceramah beliau di

Masjid Pinang Merah bertajuk “15 Maksiat Yang Menurunkan Bala” telah mendapat sambutan

yang baik dalam kalangan penonton video yang mana kebanyakan maklum balas yang diterima

memperlihatkan keinsafan yang dirasai oleh penonton. Selain daripada menimbulkan keinsafan,

paparan beliau tersebut turut memberikan maklumat, menimbulkan ketakutan dan sekali gus

membentuk akhlak yang baik dalam diri individu yang menontonnya kerana mereka telah

ketahui apakah perkara yang dilihat sebagai maksiat dalam hukum Islam dan balasan atas

perbuatan tersebut.

Laman Sosial Facebook dan Twitter

Ustaz Azhar Idrus juga turut dipilih sebagai tokoh akhlak dalam bagaimana beliau

menggunakan Facebook dan Twitter yang digunakan oleh sebahagian besar penduduk Malaysia

sebagai medium untuk beliau menyampaikan dakwah dan membentuk akhlak mulia dalam

kalangan umat Islam. Beliau menggunakan laman sosial yang teraktif ini dengan memberikan

jawapan secara terus kepada setiap persoalan yang ditanya oleh setiap lapisan golongan

masyarakat berkenaan agama secara online. Melalui laman facebook sahabat.uia dan twitter

@UstazAzharIdrus, setiap orang boleh menghantar sebarang kekeliruan berkaitan dengan agama

terhadap beliau dan akan terus dijawab dan dipaparkan kepada umum untuk berkongsi

maklumat. Kaedah ini mampu membetulkan setiap kesalahan hukum berkaitan agama dan

membolehkan umat Islam menjalankan hukum agama dan ajaran Islam yang tepat dan benar.

28

Page 29: tokoh Akhlak

Sebagai contohnya melalui akaun facebook nya terdapat persoalan berkenaan isu artis

Malaysia berkenaan Tema Anugerah Skrin 2012 dan kelakuan golongan artis yang mana

persoalan itu dijawab oleh Ustaz dan hukum yang dikemukakan beliau berdasarkan hukum Islam

dikongsikan di laman facebook dan blog-blog sehinggakan menimbulkan kesedaran bagaimana

media Malaysia tidak selaras pelaksanaannya dengan Islam. Malah dalam laman sosial ini juga

dipaparkan banyak hadis-hadis, hukum-hukum Islam dan ajaran Rasulullah yang amat

memberikan maklumat kepada umat Islam setiap lapisan umur terutamanya kaum muda dan

menimbulkan kesedaran diri mereka supaya dapat menjadi asas kepada pembentukan akhlak

yang mulia dalam diri mereka. Antara contoh perkongsian hadis yang dibuat adalah:

Bau wangi syurga itu dapat dihidu dari jarak 500 tahun

perjalanan.” [Al-Muwatta’, no. 1421]"

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman

rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf

Ayat 27)

"Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan

dan orang perempuan yang menyerupai lelaki." -Bukhari

Karya Buku

Beliau juga menghasilkan 2 buah karya yang banyak memberikan maklumat dan mampu

membentuk kepada akhlak yang baik dalam kalangan umat Islam yang menjadikannya sebagai

rujukan. Beliau menghasilkan buku “Ustaz Azhar Idrus Idrus Menjawab Berkenaan

Permasalahan Umat” jilid 1 dan jilid 2 yang penuh dengan jawapan-jawapan kepada persoalan

29

Page 30: tokoh Akhlak

asas agama yang meliputi 10 aspek iaitu Taharah dan Wuduk, Al-Quran, Solat, Jual beli,

Pembahagian Harta, dan Zakat, Puasa, Hudud dan pelbagai lagi aspek agama.

Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dalam bukunya amat kelihatan asas tetapi

kadang kala jawapan yang diberikannya berlainan dengan fahaman yang kita telah ada. Ini

menunjukkan bagaimana Ustaz Azhar melalui karya bukunya membantu umat Islam mengetahui

ajaran Islam dengan jelas. Sebagainya hukum berkenaan pemakaian inai dalam kalangan lelaki

semasa berkahwin. Kebanyakan orang Islam menganggap pemakaian inai tidak berdosa dalam

hukum Islam dan banyak daripada mereka mengamalkannya kerana anggapnya sebagai satu

hukum. Namun sebenarnya pemakaian inai ini bagi lelaki haram kerana inai adalah pemakaian

perhiasan wanita. Begitu juga dengan persoalan berkenaan hukum melarang ibu berkahwin yang

menjadi kebiasaan pada hari ini apabila ibu yang menjanda atau ibu tunggal dilarang oleh anak

untuk berkahwin lain. Perbuatan ini tidak didedahkan melalui media namun dengan

menimbulkan isu ini sekali gus mampu membuat anak-anak memahami apakah hukum perkara

ini melalui Islam dan sekali gus dapat membina suasana yang baik dan harmoni apabila perkara

ini ditimbulkan oleh ibu mereka selain daripada membentuk akhlak yang baik dalam diri anak-

anak ini dalam melayani kehendak ibu mereka. Ini menunjukkan bagaimana Ustaz Azhar

memainkan peranan dalam membentuk akhlak mulia umat Islam melalui Persoalan dan jawapan

yang ditimbulkan beliau dalam karya bukunya,

Ini menunjukkan sumbangan beliau dalam menimbulkan satu fenomena dakwah dan

membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan orang Malaysia melalui Youtube, Facebook, dan

Twitter yang sebelum ini dilihat sebagai satu media gossip, maksiat dan tidak mendatangkan

faedah langsung. Malah penerbitan karya bukunya iaitu “Ustaz Azhar Idrus Idrus Menjawab

Berkenaan Permasalahan Umat” yang memaparkan jawapan bagi setiap persoalan agama yang

30

Page 31: tokoh Akhlak

dimiliki oleh masyarakat Islam Malaysia amat memberikan maklumat lengkap bagi hukum-

hukum yang dilihat sebagai remeh oleh umat Islam pada mulanya namun sebenarnya boleh

membawa kepada dosa besar.

KESIMPULAN

Sememangnya, sumbangan-sumbangan yang dilakukan tokoh-tokoh ini amat tinggi

sekali dalam dunia masyarakat Islam. Mereka bukan semata-mata mengajak umat Islam

mengamalkan akhlak yang mulia yang berdasarkan syariat Islam malahan mereka ini juga tidak

henti-henti melakukan dakwah dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, agama, penggunaan

media sosial dan secara kerohanian (motivasi). Sesungguhnya, kalau hendak kita perkatakan

betapa besarkan sumbangan mereka ini semestinya sukar untuk diukur. Namun nama-nama

tokoh ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Islam dunia mahupun antarabangsa.

31