akhlak islamiyyah

20

Upload: ismi-ali-hassan

Post on 23-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Akhlak Islamiyyah

TRANSCRIPT

  • MUKADIMAH

    Satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusiadalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

    Suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baiksecara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusiadengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

  • PRINSIP UTAMA DALAM PENYEMPURNAAN AKHLAK & ROHANIAH

    Beriman kepada Allah

    Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya sertamenjadikannya uswah hasanah.

    Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkandan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.

    Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

    Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

    Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

    Keadilan syarak

    Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

  • CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

    Bersifat mutlak dan menyeluruh - Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak bolehdipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengiraketurunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

    Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan -Ditinjau dari sudut kejadianmanusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalahmerangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela(sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawalkebebasan peribadi seseorang.

    Bersifat sederhana dan seimbang -Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehinggamenimbulkan bahaya dan kerosakan.

  • CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

    Mencakupi suruhan dan larangan - Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlakIslamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan ataumengabaikan mana-mana aspek tersebut.

    Bersih dalam perlaksanaan -Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyahmemerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakanitu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkanoleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, caraperlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerimafalsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Keseimbangan - Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutanrealiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antarakehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

  • AKHLAK ISLAMIYYAH Bersifat Wara' dari melakukan perkara-perkara yang syubhat

    Memelihara Penglihatan

    Memelihara Lidah

    Bersifat Pemalu

    Bersifat Lemah-lembut dan Sabar

    Bersifat Benar dan Jujur

    Bersifat Rendah Diri

    Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat

    Bersifat Pemurah

    Qudwah Hasanah (Contoh Teladan Yang Baik)

  • 1.BERSIFAT WARA DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG SYUBHAT

    Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarangoleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal danharamnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

    Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahuinyaoleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segalayang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dankehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran,jatuhlah ia ke dalamyang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekelilingkawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilahbahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa laranganAllah ialah segala yang diharamkannya.Ketahuilah! Bahawa di dalam badan adaseketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan olehImam Bukhari dan Muslim)

  • Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda:

    Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golonganmuttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadikesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hatidari terjerumus ke dalam kesalahan. (Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim dan Tirmizi berkata: Hadith iniHassan)

  • 2. MEMELIHARA PENGLIHATAN

    Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkarayang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancahpelanggaran dan maksiat.Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.

    Allah s.w.t berfirman maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadamemandang yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30)

  • 3. MEMELIHARA LIDAH

    Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawirahimahullah mengatakan: Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjagalidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkankebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya makamengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadiandemikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang. Sebenarnyabanyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan danbencana lidah ke atas yang empunya diri:

    Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian(jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).

    Rasulullah s.a.w juga bersabda: Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia sukamenuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadis riwayat Tirmizi).

  • 4. BERSIFAT PEMALU

    Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namundemikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakankebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusanorang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketikabercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifatseumpamanya.

    Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalahseorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada dibalik tabir.

    Rasulullah s.a.w bersabda: Mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluhcabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhanyang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duridari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi).

    Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan:

    Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itumeninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

  • 5. BERSIFAT LEMAH-LEMBUT & BERSABAR

    Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorangMuslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akanberhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalandakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan inisering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadipudar,gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpalingmeninggalkan medan dakwah.

    Firman Allah: Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar danmemaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian ituadalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).(Surah Asy-Syura ; 43)

  • Rasulullah s.a.w juga bersabda:

    Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru padahari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan".Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalahsedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut olehpara malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Merekamenjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatankepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklahkamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orangyang beramal". (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam Shuab al-Iman dan beliauberkata: Terdapat kelemahan dalam sanadnya.)

  • 6. BERSIFAT BENAR & JUJUR

    Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benarsekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepadacelaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadipintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya darikebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapatmenghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.

    Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itumempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa besih, mulia danterhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa danmembawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifatdusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.

  • Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnyakebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benarhinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifatdusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa keneraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta". (Muttafaqun Alaih).

  • 7. BERSIFAT RENDAH DIRI

    Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnyaterhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalammemberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.wsendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur(membangga diri).

    Baginda bersabda: Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinyaterdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur. (Hadis riwayat Muslim).

    Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku danmembesarkan diri itu ialah selendang-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satudari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya". (Hadis Qudsi riwayat Muslim).

  • 8. MENJAUHI SANGKA BURUK & MENGUMPAT

    Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firmanAllah:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supayakamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagiandari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-carikesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpatsetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan dagingsaudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudahtentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagiMaha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat : 12)

  • 9. BERSIFAT PEMURAH

    Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa danharta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilanseseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit keranaberapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi sertaberpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap matabenda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskanciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

    Antaranya: Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kamikurniakan kepada mereka. (Surah Al-Anfaal ; 3)

  • Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar danmengambil pengajaran darpesanan Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

    Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa: "Ya Allah! Berikanlahganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". Manakala Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhilini". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

  • 10. QUDWAH HASANAH (CONTOH TELADAN YANG BAIK)

    Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikandirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalahmenjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalamhal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalamperjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.

    Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk iniyang dapat dijadikan sebagai renungan oleh para pembaca diantaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan Imam Nawawi, KitabKhuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad Al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As-Sahabah karangan Al-Kandahlawi.