gis3193 akhlak

25

Click here to load reader

Upload: azhan-alwi

Post on 11-Aug-2015

546 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: GIS3193 Akhlak

GIS 3193 AKHLAK

TAJUK TUGASAN:

Bincangkan keperluan dan pelaksanaan sifat sabar, ikhlas danamanah dalam kehidupan seharian sebagai :

1. Seorang hamba Allah.

2. Seorang suami atau isteri.

3. Seorang anak.

4. Seorang ibu atau ayah.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD AZHAN BIN MOHD ALWI

Page 2: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

SEMESTER III2011/2012

ISI KANDUNGAN M/SURAT

Penghargaan 3

Ringkasan Tugasan 4

Harapan yang diharapkan daripada tugasan 4

Pengenalan 5

Perbincangan

- Sebagai Seorang Hamba Allah SWT 6

- Sebagai Seorang Suami atau Isteri 9

- Sebagai Seorang Anak 12

- Sebagai Seorang Ibu atau Ayah 13

Cadangan Untuk Meningkatkan Sifat Sabar,Ikhlas & Amanah 14

Penutup 16

Rujukan 17

2

Page 3: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan puji ke hadrat Allah S.W.T. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan

kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat yang dikurniakan maka tugasan ini

telah disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Sesungguhnya penulisan ini amat mencabar penulis

kerana perlu membincangkan tentang keperluan dan pelaksanaan sifat sabar, ikhlas dan

amanah dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba Allah, seorang suami atau isteri,

seorang anak dan juga seorang ibu atau bapa. Walaupun sebenarnya perkara ini mudah difahami

namun apabila dikaji masih banyak perkara yang perlu diketahui tentang ilmu akhlak ini.

Kesempatan ini, ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Pensyarah yang cukup berdedikasi serta baik hati.

Tanpa bimbingan dan panduan yang telah diberikan, maka pasti sukar bagi saya

menyempurnakan tugasan ini. Juga tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan dan juga rakan-

rakan di sekolah yang telah sudi berkongsi idea dan memberikan pendapat dan pandangan yang

amat penting bagi saya.

Pada kesempatan ini juga, terima kasih buat keluarga tercinta yang tidak jemu memberi

dorongan serta kesudian memberi ruang yang cukup kepada saya dalam menyiapkan tugasan

ini.

Sekian Terima Kasih.

3

Page 4: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

RINGKASAN TUGASAN

Secara umumnya tugasan ini berkisar tentang kefahaman seseorang itu tentang tanggungjawab

yang dipikul ke atas setiap bahu seorang insan yang mengaku dirinya bertauhidkan Allah SWT

atau dengan kata lain yang mengaku dirinya itu seorang MUSLIM.

Oleh itu, penulis telah menjalankan satu kajian secara tidak langsung dan juga secara tidak

formal terhadap guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2 tentang kefahaman mereka

tentang keperluan dan pelaksanaan sifat sabar, ikhlas dan amanah dalam kehidupan seharian

sebagai seorang hamba Allah, seorang suami atau isteri, seorang anak dan juga seorang ibu atau

bapa.

Hasil dari kajian yang dijalankan secara temu bual secara spontan di kantin sekolah dan juga di

bilik guru telah disatukan dan dijadikan satu bahan / dapatan untuk menyiapkan tugasan ini.

HARAPAN YANG DIHARAPKAN DARIPADA TUGASAN

Adalah diharap agar dapatan daripada kajian dan rujukan dalam menyiapkan tugasan ini akan

dapat meningkatkan lagi kesedaran dan keimanan penulis tentang tahap kesedaran tentang sejauh

mana keperluan dan pelaksanaan yang telah dibuat/dijalankan oleh penulis sebagai seorang

hamba Allah, seorang suami atau isteri, seorang anak dan juga seorang ibu atau bapa terhadap

Allah SWT.

Daripada tugasan ini juga adalah diharap tahap sabar, ikhlas, amanah penulis akan lebih jitu

dalam kehidupan seharian terutamanya dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang

guru, seorang bapa, seorang suami, seorang anak agar diredhai oleh Allah dan mendapat

keberkatan dariNya. InsyaAllah. Amin.

4

Page 5: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

PENGENALAN

 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur

yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia

mendengar dan melihat "

Setelah bergelar manusia maka hiduplah kita di atas bumi Allah ini dengan menggunakan

segala kemudahan kurniaan Allah SWT kepada sejak dari zaman dahulu hingga ke zaman yang

serba canggih sekarang ini. Namun begitu haruslah diingat walaupun di zaman manapun kita

berada sekarang, yang penting amal ibadah dan amal soleh perlu berterusan, kerana setiap masa

dan usia yang di habiskan akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Sekarang ini kita

berhadapan dengan zaman pancaroba, dugaan dan cabaran. Cabaran yang sering menganggu

iman dan hati, perasaan dan fikiran serta kewibawaan tugas kita.

Ingatlah hidup di dunia ini adalah persinggahan sementara, tempat rehat yang tidak kekal

dan segala kesenangan yang dinikmati yang amat sedikit berbandingkan kenikmatan dihari

Akhirat iaitu di Syurga Allah SWT. Dalam kita menjalani kehidupan ini perkara yang penting

perlulah kita hiasi hidup kita ini dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji. Sifat yang

akan membawa kita kepada akhlak terpuji dan diredhai oleh Allah SWT. Antara sifat mahmudah

yang perlu ada adalah sabar, ikhlas dan amanah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang

hamba Allah, seorang suami atau isteri, seorang anak dan juga seorang ibu atau bapa terhadap

Allah SWT.

5

Page 6: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH SWT

Kita semua adalah merupakan seorang hamba kepada Allah SWT. Tidak kira di mana

kita berada. Apa warna kulit kita. Apa bahasa yang dipertuturkan. Asal sahaja kita ini bergelar

manusia dan tinggal di sebuah planet yang dinamakan Bumi, itu maknanya kita adalah Hamba

Allah SWT.

Apabila disebut sebagai hamba, maka sudah semestinya hidup kita ini adalah tertakluk

kepada kehendak tuan kita iaitu Allah SWT. Oleh itu segala suruhanNya hendaklah dipatuhi dan

diikuti. Dalam mematuhi suruhan Allah sudah semesti kita harus bersabar terhadap apa saja ujian

dan suruhan yang diarahkan kepada kita.

Apa itu sabar sebenarnya ? Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia

yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam

mengharungi kehidupan. Seorang petani, tidak mungkin menuai hasil tanaman padi apabila dia

tidak sabar menunggu dan menjaga serta merawat tanamannya. Seorang pelajar atau mahasiswa

pula tidak mungkin lulus apabila tak sabar menempuhi pelajaran dari hari ke hari.

Menurut definisi Al Quran menerusi surah Ali Imran: 146.

Orang yang sabar menurut ayat tersebut di atas adalah bermaksud mereka yang apabila

ditimpa musibah tidak menjadi lemah, lesu dan menyerah dengan keadaan yang tersepit, bahkan

ketika ditimpa musibah, orang yang sabar berdoa memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa

dan tindakan-tindakan yang melampaui batas-batas hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.

Sabar menurut Ibnu Kathsir ada tiga macam : Pertama, sabar dalam meninggalkan hal yang

diharamkan dan dosa; Kedua, sabar dalam melakukan kekuatan dan kedekatan kepada Allah.

6

146. Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. mereka tidak menjadi lemah Karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Page 7: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

Kesabaran yang kedua adalah yang paling besar pahalanya, sebab sabar ini memiliki nilai

yang hakiki; Ketiga, iaitu sabar dalam menghadapi berbagai bencana dan petaka. Ketika

mendapat bencana ia tidak berkeluh kesah, tetapi memohon ampun dari perbuatan aib.

Mengikut Cikgu Rosli Salleh, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2, sabar

dalam erti kata dengan Allah adalah tidak tergopoh gapah atau tidak cepat melatah dalam

menerima dugaan daripada Allah SWT. Beliau yang pernah menghadapi dugaan yang amat berat

dalam sejarah perkhidmatannya iaitu menerima saman daripada seorang guru dari sekolah

lamanya hanya mampu bersabar dan berserah kepada Allah atas segala apa yang berlaku.

Menurutnya lagi, sekiranya beliau tidak bersabar dan lupakan Allah, nescaya tindakan balas yang

lebih berat akan diambil olehnya.

Ini menunjukkan betapa pentingnya mempunyai sifat yang sabar dalam diri seseorang itu.

Sebagai contoh bagi Cikgu Rosli yang merupakan seorang Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) yang

terpaksa menghadapi pelbagai kerenah guru-guru di bawah jagaan beliau, sememangnya

memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Ini kerana menurut Syaikh Muhammad bin

Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Sabar itu terbagi menjadi tiga macam:

I. Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah

II. Bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah

III. Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal

yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun

yang berasal dari orang lain (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Dalam konteks ikhlas pula, Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan

menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata

untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad

dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaanNya tanpa mengharap

faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama

semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap

redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya.

7

Page 8: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah.

Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas,

dorongannya hanya satu.

Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan

di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi Allah

Maha Mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama

ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar

benar-benar ikhlas. Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.

Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.

Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak

berkesan segala kejian itulah ikhlas. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu

melainkan keredhaan Allah.

Amanah bagi seorang hamba Allah SWT pula bermula daripada kedudukan manusia

sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai

hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah

pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan

tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah

SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan

mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala

tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang

dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah

menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya

dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui

(salahnya). (Al-Anfal : 27)

8

Page 9: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

SEBAGAI SEORANG SUAMI ATAU ISTERI

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apapula suami isteri”. Ini adalah satu ungkapan yang

biasa kita dan sering kali ditujukan kepada lumrah kehidupan suami isteri. Namun begitu bagi

penulis, amat jarang sekali kita tergigit lidah setiap hari mungkin seminggu atau dua minggu

sekali kita akan tergigit lidah. Jadi jika ada pasangan suami isteri yang hampir tiap-tiap hari

berlaku pertengkaran, ungkapan ini nampaknya tersasar sedikit.

Dalam memelihara keutuhan rumah tangga,ada empat bidang kesabaran yang perlu dikuasai oleh

setiap pasangan iaitu :-

Pertama : Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir

setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada

tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada

isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan

pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi,

bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu

(bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya

(isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan

perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan

menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. " QS An-Nisaa' :1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat

tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT.

Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana

ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan

dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu

cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk

kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak

akan bertahan lama.

9

Page 10: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

Kedua : Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula

kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah.

Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa

yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemuikan ganasnya

ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil

bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka

tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh

terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan

disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;

" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih

Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit

akan kasih-sayang kepadamu".

Ketiga : Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita

dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong

rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan

jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih " QS Ibrahim : 7

Keempat : Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith,

Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga

besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan

dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya ,

dengan catatan anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun

harus bersedia menghormati mertua sebagaimana menghormati kedua orang tuanya. "Wahai

sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari

diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu

Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang

ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut

10

Page 11: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah

sentiasa memerhati (mengawas) kamu." Az-Zumar : 10

Dalam konteks keikhlasan berumah tangga pula, apabila kita dapati beberapa

kekurangan pada isteri kita, jangan jadikan ia satu permasalahan, kerana itu adalah isteri kita

bukannya malaikat. Demikian pun kekurangan yang ada pada suami, janganlah sampai jadi

masalah, kerana suami pun bukan malaikat. Kekurangan yang ada itu adalah untuk saling

dilengkapi, sedangkan kelebihannya untuk disyukuri. Oleh itu perlulah ikhlas dalam menerima

pasangan kita dengan seadanya.

Amanah wujud apabila kita telah diberikan sesuatu perkara untuk dipelihara.

Umpamanya dalam sebuah perkahwinan, seorang isteri wajib menjaga amanah suaminya

termasuklah menjaga maruah, harta dan anak-anak hasil perkahwinan bersama suami. Apabila

amanah telah dikhianati, maka bermulalah saat kerosakan dan keruntuhan dalam institusi

rumahtangga.

Mempunyai sifat amanah dalam rumah tangga juga akan menjadikan pasangan itu lebih

bertaqwa kepada Allah SWT, kerana Ia memberi sesuatu kepada pasangan suami dan isteri

supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Contoh pemberian yang paling agung adalah

anak. Anak merupakan satu amanah yang Allah berikan kepada pasangan yang memperolehi

untuk dijaga dan dididik. Disinilah akan mewujudkan amanah dan amanah akan menjadikan

pasangan itu bertaqwa.

11

Page 12: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

SEBAGAI SEORANG ANAK

Sebagai seorang anak memiliki sifat sabar adalah merupakan satu kewajipan yang perlu

dimiliki sepenuhnya. Tahap kesabaran ini akan lebih terserlah apabila tiba masanya seseorang

anak itu mengambil alih giliran daripada dulunya dijaga oleh orang tua (ibu bapa) kepada

menjaga mereka. Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud: "Buatlah baik kepada manusia

nescaya kamu dapat mengabdikan hati mereka."  Seseorang menyarankan agar kita terus berbuat

baik kepada orang tua kita. Batu yang keras pun kalau dititis air, lama kelamaan pasti akan ada

kesannya. Walaupun kita tidak pasti sebab atau kenapa orang tua kita begitu memarahi kita.

Sememangnya Allah SWT menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, ini jelas dalam

AlQuran firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 83 :

:" Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil

(dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah

kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan

katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah

sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia

kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak

menghiraukan perjanjian setianya."(al-Baqarah: 83)

Ingatlah bahawa hanya itu sahajalah orang tua kita, tidak ada yang lain. Matinya kedua

mereka ini maka akan terputuslah doa kedua ibu bapa kita terhadap kita.

Di samping mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap

kedua orang tua, seseorang itu juga mestilah ikhlas hanya kepada Allah SWT dalam menjaga

kedua mereka kerana ini juga adalah merupakan satu amanah yang diberikan oleh Allah kepada

anak.

SEBAGAI SEORANG IBU ATAU AYAH

Setiap ibu bapa perlu sedar bahawa ujian yang paling besar yang sedang menanti mereka

ialah ujian membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Ibu bapa juga tidak

boleh menetapkan bahawa anak-anak mesti mendengar cakap mereka. Ini kerana bila anak-anak

12

Page 13: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

mempunyai keinginan masing-masing yang tidak difahami oleh ibu bapa. Adalah sangat wajar

ibu bapa memahami keperluan anak-anak masa kini dan membantu mereka dalam perkara yang

mereka rasa betul pada hakikatnya mereka salah. Di sinilah tahap kesabaran para ibu bapa

sedang diuji oleh Allah SWT. Ujian dengan pelbagai kerenah anak-anak yang dikurniakan

kepada mereka.

Ibu bapa haruslah memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk memperbaiki

kehidupan serta memperbetulkan kesalahan dan kesilapan. Di mana apabila disebut sebagai

namanya manusia pasti tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Persoalannya ialah kadang-

kadang (tidak semua) ada ibu bapa yang berpatah arang atas kesilapan anak-anak mereka

sehingga tidak dipedulikan langsung, atau lebih parah lagi disumpah dan mengharamkan

menjejak kaki ke rumah orang tuanya atas alasan tidak dengar cakap atau melanggar cakap

ibubapa.

Dalam membincangkan keperluan dan pelaksanaan sifat amanah sebagai seorang ayah

atau ibu pula, setiap orang ibu bapa haruslah mengetahui bahawa anak adalah amanah Allah

yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan

anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan

teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan

yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia

yang mempunyai akhlak yang baik. Contoh yang dapat kita lihat, ibu bertudung dan menutup

aurat, tetapi anaknya membuka aurat dengan memperagakan pakaian yang ketat sehingga

menampakkan bentuk tubuh mereka. Nampak dengan jelas bahawa hilangnya kuasa ibu bapa

terhadap anak-anak. Lebih-lebih lagi jika seseorang anak itu berkelulusan tinggi. Mungkin

terdetik dalam hati para ibu bapa untuk menegur akan kepincangan anak mereka, namun

dipendamkan sahaja.

Ibu bapa seperti inilah yang lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan segala amanah

yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Segala kesalahan mereka terhadap anak mereka akan

dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis

Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap

penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-

siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

13

Page 14: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN SIFAT SABAR, IKHLAS DAN AMANAH

DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Sesungguhnya sifat mahmudah secara amnya dan sifat sabar, ikhlas dan amanah yang

diperbincangkan ini sememangnya sudah ada di dalam diri setiap manusia. Telah Allah sematkan

di dalam sanubari masing-masing. Hanya menunggu untuk dilahir dan dizahirkan. Antara

perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sifat-sifat ini adalah :

Pertama :  Sekiranya kita diuji dengan satu-satu masalah , kita harus sedar bahawa

kesabaran yang pertama yang harus di miliki adalah Husnuzon (berbaik sangka) kepada

Allah, kerana seburuk buruk perilaku adalah berburuk sangka kepada Allah. Sekiranya

ini dapat dilakukan atau dapat disematkan di dalam hati, maka kita akan dapat bersabar

dalam apa jua permasalahan yang mendatang.

Kedua : Sabar untuk tidak mengeluh. Sebenarnya menceritakan penderitaan kita kepada

orang lain adalah mencerminkan upaya kita dalam menyelesaikan masalah . Tetapi kita

perlu menceritakan sesuatu seperti kenyataannya, tanpa menokok tambah, agar kita

terhindar dari sikap mengeluh. Jangan terlalu mengeluh dengan lebih-lebih sampai

kelihatan seperti memprotes perbuatan Allah Yang Maha Adil. Segala penderitaan tidak

akan berakhir kalau hanya di ratapi. Sesuatu masalah tidak akan membuat seseorang

menjadi hina kalau dihiasi dengan akhlak mulia.

Ketiga : Tidak ada satu pun perbuatan Allah yang sia-sia, semuanya berjalan/berlaku

seperti apa yang dikehendakiNya. Setiap masalah itu ada hikmahnya, maka

renungkanlah, mungkin kita terlalu sibuk, melupakan keluarga, orang lain, melupakan

Allah sehingga kita diingatkan dengan di beri suatu masalah atau cubaan. Seharusnya kita

imbas kembali diri sendiri, apa yang telah kita lakukan, apabila kita berjaya, kita masih

ingat pada mereka yang dhaif ? Apakah selama ini kita mengingatkan Tuhan ? apakah

kita lalai menderma/bersedekah ? Ini semua akan membantu kita dalam memantapkan

lagi tahap kesabaran yang ada dalam diri kita.

Keempat : Dalam usaha meningkatkan semula sifat Ikhlas dalam diri kita, 9 pesanan

Rasulullah SAW terhadap Muaz boleh direnungkan dan digunapakai. Rasulullah SAW

telah menerangkan kepada Muaz, bagaimana Muaz dapat mencapai darjat Keikhlasan

14

Page 15: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

agar amal soleh benar-benar diterima oleh Allah SWT, Rasulullah SAW berikan 9

langkah :

1. Berterusan mengamalkan amal sunnah atau sunat walaupun sedikit.

2. Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain.

3. Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu, lebih-lebih lagi jika seorang

Ulamak.

4. Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa.

5. Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu.

6. Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat.

7. Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka

yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW.

8. Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai.

9. Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus

daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.

Kelima : Bagi melahirkan sifat amanah pula seseorang itu mampu menjalankan tugas

tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Tugas dan tanggung jawab dilaksanakan

secara yang terbaik walaupun tanpa ketua yang memerhatikan setiap gerak-gerinya.

Sebagaimana dengan Firman Allah dalam surah Ahzab : 72

Yang bermaksud : Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit,

bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan

mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.

Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Keenam : Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah.

Dalam sesebuah keluarga, suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isteri

dan keluarganya. Manakala seorang isteri pula mempunyai tanggungjawab yang berat

terhadap suaminya. Apabila mempunyai anak tanggungjawab semakin bertambah bagi

15

Page 16: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

kedua mereka dalam melaksanakan amanah Allah terhadap anak mereka. Begitu juga

amanah yang perlu dipikul oleh si anak terhadap kedua ibu bapa mereka. Janganlah

diamalkan sifat suka ungkit mengungkit terhadap segala jasa atau kebaikan yang telah

dilakukan.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas dapatlah dikatakan bahawa tidak

kiralah di mana kita berada, setinggi mana pun tahap pendidikan kita namun, sebagai seorang

Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan

sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang

dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan

setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah dari Allah SWT.

Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redha Allah adalah

perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan

jadikan artis atau mana-mana tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini

akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulamak atau orang alim sebagai idola dalam

kehidupan kita, kerana orang alim atau ulamak adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus

dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulamak sebagai panduan

dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan

Allah.

Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang hamba, sebagai seorang suami/isteri,

sebagai seorang anak dan sebagai seorang ayah/ibu dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan

penuh amanah. Kelak kehidupan kita ini akan dipenuhi dengan barokah dan kebahagiaan.

IsyaAllah.

RUJUKAN

Amru Muhammad Khalid. (2003). Sabar dan Bahagia. Terjemahan al Shabr wa al-Dzawq

(Akhlak al-Mu’min). Pt Serambi Ilmu Semesta. Jakarta

16

Page 17: GIS3193 Akhlak

Mohd azhan mohd alwi :

Dr. Yusuf Qardhawi.(1996). Ikhlas Sumber Kekuatan Islam. Gema Insani Press. Jakarta.

Mohd Nasir Omar. (2005) . Akhlak dan Kaunseling Islam. Prin-Ad Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Tallal Alie Turfe. (2000) . Mukjizat Sabar (Penelitian seorang Doktor Muslim di Amerika

tentang dahsyatnya sabar. Terjemahan dari Al Shabr fi Al Islam. Mizan Media Utama.

Bandung.

Laman Sesawang

http://abyyasha.wordpress.com/2011/10/03/pengertian-amanah-dalam-islam/

http://fazakkeer.blogspot.com/2009/10/amanah-konsep-amanah-dalam-islam.html

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/07/14/9-cara-rasulullah-sarankan-pada-muaz-

untuk-mencapai-ikhlas/

Temu bual

Rosli Salleh. 620112035625. 18 Julai 2012. Temubual dengan penulis di kantin sekolah.

10.50am. Kota Bharu.

17