akhlak guru.pptx

28
PIK2102W PENDIDIKAN ISLAM MENANGANI ISU-ISU SEMASA: AKHLAK GURU Oleh: Asmawati binti Mohd Rapa

Upload: meamr27

Post on 08-Apr-2016

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: akhlak guru.pptx

PIK2102W PENDIDIKAN ISLAM

MENANGANI ISU-ISU SEMASA:AKHLAK GURU

Oleh: Asmawati binti Mohd Rapa

Page 2: akhlak guru.pptx
Page 3: akhlak guru.pptx

Profesion perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah agen perubahan yang membantu mencorak anak bangsa.

Namun begitu, mutakhir ini, isu etika guru semakin menjadi topik hangat yang menghiasi dada-dada akhbar dan media massa lain.

Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub.

Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara.

PENGENALAN

Page 4: akhlak guru.pptx

Menurut Dewan Rakyat, terdapat 200 aduan mengenai salahlaku guru yang dilaporkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.

Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus).

Hal ini menunjukkan tingkahlaku dan akhlak guru semakin merosot, dan ia akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat.

SALAHLAKU GURU

Page 5: akhlak guru.pptx

ISU-ISU SEMASA MENGENAI AKHLAK GURU

Bagaimanakah cara untuk menangani

akhlak dan salahlaku guru dan ini?

Page 6: akhlak guru.pptx

Bahasa: “khulq” yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.

Istilah: “Suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu”- Imam al-Ghazali.

Oleh yang demikian, akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran didalam melakukan sesuatu tindakan.

DEFINISI AKHLAK

Page 7: akhlak guru.pptx

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (halaman 492), “GURU” ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh.

“Gu”(Sanskrit) bermaksud gelap, kegelapan dan kesesatan.

“Ru”(Sanskrit) bermaksud cahaya, keterangan, kebenaran dan lurus.

Ini bermaksud “GURU” menjadi pengajar dan mendidik seseorang yang berada dalam kesesatan ke jalan yang benar, lurus dan ke jalan yang penuh dengan cahaya ilahi.

DEFINISI GURU

Page 8: akhlak guru.pptx

GURU

KESEDARAN GURU

INTEGRITI

AKAUNTABILITI

KEIMANAN

AKHLAK GURU

Page 9: akhlak guru.pptx

Hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010 di Sabah, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.

Ini menunjukkan guru tidak mengambil berat dan tidak menyedari akan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah.

1. KESEDARAN GURU

Page 10: akhlak guru.pptx

Guru bertanggungjawab membimbing, mendidik, dan memimpin pelajar.

Guru juga perlu mempunyai sahsiah dan peribadi yang baik (Qudwah Hasanah) untuk dicontohi oleh pelajar.

Ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan.

1. KESEDARAN GURU (Samb.)

Page 11: akhlak guru.pptx

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru tentang:

tanggungjawab kelengkapan ilmu keluhuran peribadi

Memberi kesedaran kepada diri dan pelajar dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

1. KESEDARAN GURU (Samb.)

Page 12: akhlak guru.pptx

“Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Amanah guru menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan pada akhirat kelak.

Oleh itu, guru perlu meningkatkan usaha serta kreativiti supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak kepada pelajar pada masa depan.

1. KESEDARAN GURU (Samb.)

Page 13: akhlak guru.pptx

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, integriti bermaksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.

Guru diamanahkan dan diberikan kepercayaan oleh ibubapa untuk mendidik dan membentuk anak mereka di masa hadapan.

Oleh itu, isu seperti guru tidak memeriksa buku latihan, memberi kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan sambil lewa dan gagal menghabiskan sukatan pelajaran tidak sepatutnya berlaku jika guru tersebut seorang yang berintegriti.

2. INTEGRITI

Page 14: akhlak guru.pptx

2. INTEGRITI (Samb.) Guru bertanggungjawab untuk melahirkan

modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara.

Tanggungjawab utama ialah menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada pelajar dengan kaedah pengajaran yang berkesan.

Tanggungjawab tersebut tidak boleh dicuaikan dan digunakan sebagai landasan untuk mementingkan diri sendiri, dan menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah.

Page 15: akhlak guru.pptx

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“ Barang siapa yang kami angkat diantara kamu memangku sesuatu jawatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebatang jarum atau lebih kecil daripada itu, makan perbuatannya itu adalah penggelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. INTEGRITI (Samb.)

Page 16: akhlak guru.pptx

Terdapat isu dimana guru menjalankan perniagaan di sekolah.

Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam bilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.

Guru yang berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan mengawal tingkah laku dan etika kerja dalam perkhidmatan awam.

3. AKAUNTABILITI

Page 17: akhlak guru.pptx

Mengikut Kamus Dewan akauntabiliti bermaksud tanggungjawab seseorang terhadap seseorang atau sesuatu.

Akauntabiliti keguruan pula bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru terhadap profesion keguruan.

Penghayatan akauntabiliti ini haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia membolehkan guru melaksanakan tugas dengan penuh komited dan dedikasi.

3. AKAUNTABILITI (Samb.)

Page 18: akhlak guru.pptx

3. AKAUNTABILITI (Samb.)

Akauntabiliti Guru

Pelajar

Guru (Diri

Sendiri)

SekolahMasyarakat & Negara

Profesion Keguruan

Page 19: akhlak guru.pptx

Guru harus menjalankan tugas secara dedikasi dengan mematuhi masa dalam jadual waktu.

Guru juga perlu mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar.

Bersikap adil tanpa mengira bangsa, agama, budaya, emosi, dan politik.

Tidak meminta bayaran atau hadiah. Memberi contoh teladan yang baik. Memupuk nilai dan sikap murni dalam diri

pelajar.

3.1 PELAJAR

Page 20: akhlak guru.pptx

Menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Mengurus masa dengan efektif. Mengawal emosi. Bijak menguruskan kewangan. Melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan. Peka dengan isu semasa. Melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah.

3.2 GURU (DIRI SENDIRI)

Page 21: akhlak guru.pptx

Guru membantu menguruskan pentadbiran sekolah:

Guru disiplin Kaunselor Setiausaha peperiksaan Kutipan wang SUWA (Sumber Wang Awam) seperti yuran

pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah (kantin atau bas) dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah.

Memajukan sekolah. Melahirkan pelajar yang cemerlang Mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kurikulum

dan kokurikulum.

3.3 SEKOLAH

Page 22: akhlak guru.pptx

Guru menyebarkan cita-cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan Rukun Negara.

Guru mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.

Menggalakkan kerjasama antara guru, ibubapa dan masyarakat.

3.4 MASYARAKAT & NEGARA

Page 23: akhlak guru.pptx

Menambah ilmu pengetahuan: Menyertai seminar pendidikan. Merancang dan melaksanakan strategi

pengajaran yang berkesan. Menggunakan fakta yang betul semasa

menyampaikan maklumat. Mematuhi peraturan dan kod etika

keguruan.file://localhost/D:/PIK2102W/ASMAWATI/KOD%20ETIKA%20PERGURUAN%20MALAYSIA%20_%20ASPIRASI%20PENDIDIKAN%20MALAYSIA.mht

3.5 PROFESION KEGURUAN

Page 24: akhlak guru.pptx

Islam menghubungkan keimanan dan akhlak. Orang yang sempurna keimanannya ialah orang

yang baik akhlaknya. Guru yang beriman kepada Allah s.w.t. dapat

mendidik pelajar dari segi akal, rohani, jiwa, fizikal dan memiliki peribadi yang baik.

Contohnya, guru mendidik pelajar melaksanakan segala perintah Allah iaitu “Amar makruf nahi munkar”.

Dengan itu, pelajar akan dapat menilai dan memilih antara perkara yang baik dan yang buruk.

4. KEIMANAN

Page 25: akhlak guru.pptx

Dengan didikan agama dan iman yang sempurna guru dapat melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Tetapi jika guru tersebut terpesong daripada akidah dengan mengikuti ajaran sesat, usaha ke arah membina modal insan tidak akan tercapai.

Berdasarkan keratan akhbar utaranews.com, kebanyakan pengikut syiah terdiri daripada golongan profesional seperti guru, pensyarah dan ahli akademik yang berlaku di Kedah.

Hal ini sangat membimbangkan ibubapa, masyarakat dan pemimpin terutamanya.

Justeru itu, amat penting bagi setiap guru menghindarkan diri daripada ajaran sesat ini kerana ia akan merosakkan akidah dan akhlak guru itu sendiri.

4. KEIMANAN (Samb.)

Page 26: akhlak guru.pptx

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam.

Sabda Rasulullah saw, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia”.

Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit. Ia wujud dalam diri seseorang hasil daripada didikan ibubapa, pendidik dan masyarakat.

RUMUSAN

Page 27: akhlak guru.pptx

Pada zaman yang sangat mencabar ini, guru perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa. Guru perlu mempamerkan akhlak dan budi pekerti yang baik supaya dapat menjadi contoh teladan atau “role model” kepada pelajar. Bak kata pepatah “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”.

RUMUSAN (Samb.)

Page 28: akhlak guru.pptx

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007. Aduan Salahlaku Guru.http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salah-laku-guru.html. Diakses pada 14 Ogos 2014.

Othman bin Loman (2013), Modul DPLISR Komponen Wajib PIK2102W Pendidikan Islam. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang, 2011. Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Hamedah Wok Awang, 2009. Sekolah Sebagai Pembangun Modal Insan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

RUJUKAN