hsm3013-01.doc

27
MODUL 1 SUMBER DAN ORIENTASI Latar belakang Pada hakikatnya sejarah Malaysia bagi tempoh di antara T.M. 1400-1641 adalah diungguli oleh kebangkitan keagungan dan kebesaran Empayar ataupun Kesultanan Melayu Melaka yang wujud mulai awal abad kelima belas hingga 1 Objektif 1. Mengenalpasti kumpulan sumber tempatan tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 2. Mengenalpasti kumpulan sumber asing tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 3. Menunjukkan perbezaan orientasi bagi setiap kumpulan sumber. 4. Menjelaskan perbezaan orientasi di antara

Upload: melania-a-dingkim

Post on 24-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HSM3013-01.DOC

MODUL 1

SUMBER DAN ORIENTASI

Latar belakang

Pada hakikatnya sejarah Malaysia bagi tempoh di antara T.M. 1400-1641 adalah

diungguli oleh kebangkitan keagungan dan kebesaran Empayar ataupun Kesultanan

Melayu Melaka yang wujud mulai awal abad kelima belas hingga awal abad keenam

belas Masehi dahulu (kira-kira 1400-1511). Keagungan dan kebesarannya memang

sudah termasyhur dan terbukti. Ertinya ia memang merupakan suatu kebenaran

sejarah, walaupun ada juga beberapa penulis yang sama ada jahil tentangnya ataupun

mempunyai motif politik penjajahan yang sangat ketara, telah cuba memperkecil-

1

Objektif

1. Mengenalpasti kumpulan sumber tempatan tentang sejarah Kesultanan

Melayu Melaka.

2. Mengenalpasti kumpulan sumber asing tentang sejarah Kesultanan

Melayu Melaka.

3. Menunjukkan perbezaan orientasi bagi setiap kumpulan sumber.

4. Menjelaskan perbezaan orientasi di antara pelbagai kumpulan sumber.

Page 2: HSM3013-01.DOC

kecilkannya ataupun memomok-momokannya. Disebabkan keagungan dan

kebesarannya itu, maka kedudukan dan sejarah pertempatan maupun kerajaan-

kerajaan yang wujud sebelumnya di Malaysia ini menjadi samar dan seolah-olah tidak

penting lagi pun sumber sejarah kerajaan-kerajaan awal itu juga terlalu kurang.

Dalam keadaan yang demikian itulah maka B.W. Andaya dan L.Y. Andaya

menyatakan menyatakan kebanyakan sejarawan beranggapan bahawa disebabkan

kurangnya maklumat, maka sejarah Malaysia amnya, ataupun Tanah Melayu

khususnya hanya bermula sejak tertubuhnya Empayar Melayu Melaka mulai awal

abad kelima belas dahulu. Anggapan ini sebenarnya tidaklah tepat malah ketinggalan

zaman. Pelbagai maklumat tentang sejarah Malaysia sebelum kemunculan Melaka

itu, sama ada yang bertulis atau pun berbentuk artifek arkeologi, menunjukkan

bahawa sejarah Malaysia sudah bermula lama sebelum kewujudan empayar tersebut.

Maklumat-maklumat tersebut telah menggambarkan adanya pertempatan, bandar,

kota, malah kerajaan lama di Semenanjung, Sarawak dan juga Sabah. Namun dari

segi tertib tarikh, atau kronologi, pertempatan atau kerajaan-kerajaan tersebut tidaklah

terus berkesinambungan dengan Empayar Melaka. Malah kerajaan-kerajaan itu

dikatakan ada kaitan dengan kerajaan-kerajaan atau empayar-empayar awal seperti

Funan di Vietnam, Srivijaya di Sumatera dan Majapahit di Tanah Jawa. Empayar

Melaka (1400-1511) pula telah muncul setelah keruntuhan empayar-empayar tersebut

sehingga ia, sedikit sebanyaknya dianggap pula sebagai pewaris terutamanya bagi

Srivijaya. Ini memang ada kebenarannya samada disebabkan oleh hakikat geopolitik

maupun perkembangan, perubahan dan penyebaran unsur-unsur sosiobudaya, agama,

adat istiadat dengan kepercayaan dalam lingkungan alam Melayu itu. Dengan

kemunculan Melaka, bererti bermulalah satu episod baru yang lebih besar dan cergas

2

Page 3: HSM3013-01.DOC

dalam pergerakan sejarah Malaysia berbanding dengan zaman atau tahap-tahap yang

telah lalu. Dalam pada itu hakikat wujudnya pertempatan mahupun kerajaan-kerajaan

awal di Malaysia sebelum Empayar Melayu Melaka tidaklah boleh dinafikan lagi.

Dan penulisan Sejarah Malaysia secara amnya haruslah bermula dari tahap tersebut

dan bukannya terus dengan sejarah Melaka ataupun sejarah orang-orang asli dan

kedatangan orang-orang Melayu dari daerah asing dan luaran dari alam Melayu ke

Tanah Melayu ini. Tentang Empayar ataupun Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri,

memang jelas ia mempunyai suatu kedudukan yang unggul dan istimewa dalam

sejarah Semenanjung Tanah Melayu dan Malaysia khasnya dan Kepulauan alam

Melayu dan rantau Asia Tenggara ini amnya. Sebenarnya kemunculannya pada

penghujung kurun keempat belas dahulu telah banyak membawa perubahan dalam

sejarah Tanah Melayu Malaysia khususnya dan rantau Asia Tenggara ini secara

amnya. Bagi Tanah Melayu/Malaysia, dengan kejayaannya mencipta sebuah empayar

kelautan yang menguasai seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu (termasuk Patani)

dan beberapa buah kerajaan di pantai timur Sumatera, bererti buat pertama kali Tanah

Melayu telah disatukan di bawah suatu kuasa yang berwibawa. Bagi Asia Tenggara

pula empayar Melaka itu telah menjadi suatu kuasa politik dan ekonomi yang tiada

tandingannya di rantau ini.

Sumber Tentang Melaka

Oleh kerana keunggulannya itu, didapati pelbagai penulisan telah dihasil untuk

mencatatkan sejarah dan perkembangannya. Penulisan itu telah menjadi sumber bagi

pengkajian ke atas pelbagai aspek empayar tersebut. Secara luasnya sumber itu boleh

3

Page 4: HSM3013-01.DOC

dibahagikan kepada sumber yang dihasilkan oleh orang-orang luar dan oleh orang

tempatan. Namun cara yang lebih tersusun ialah dengan melihatnya daripada sudut

kumpulan sumber itu sendiri sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya Melayu)

mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.) Namun tidaklah semua

sumber itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan sikap yang

objektif lagi seimbang dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapati sumber yang

awal yang dihasilkan oleh sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, juga

penulisan orang-orang Portugis dan kemudiannya Belanda, secara umumnya telah

memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang Empayar Melayu

Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran-cum-sejarawan British dan

seorang dua penulis atau sejarawan tempatan mutakhir yang menulis atau menyentuh

tentang Melaka itu.

Sumber Tempatan Terawal

Satu-satunya sumber tempatan terawal yang khusus membicarakan tentang Empayar

atau Kesultanan Melayu Melaka itu ialah Sulalatus Salatin, atau yang secara

terjemahan popularnya dikenali sebagai Sejarah Melayu. Disebalik pelbagai

kontroversi dan pelbagai versinya pula, Sejarah Melayu tetap merupakan penulisan

tempatan yang terutama bagi sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu. Secara

umumnya ia memuatkan tentang asal usul dan jurai keturunan raja-raja Melayu

Melaka, penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang seterusnya berkembang

menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks zaman itu, kedatangan

4

Page 5: HSM3013-01.DOC

kuasa Barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya memerangi dan

menaklukinya, kejatuhannya di tangan kuasa Portugis itu dan seterusnya beberapa

percubaan waris-warisnya untuk merampas semula bandar Melaka daripada kuasa

tersebut. Di samping susur galur asal usul, jurai keturunan dan perkembangan politik

ini, Sejarah Melayu juga memuatkan pelbagai unsur-unsur lain seperti sosiobudaya,

ekonomi, keagamaan dan jua yang secara umumnya boleh ktia sebutkan sebagai

“unsur-unsur kesusasteraan”. Dengan kandungan yang demikian pengarangnya telah

menjadikan sejarah Melayu sebagai suatu sumber yang berbentuk budaya atau

tamadun Melayu yang berpusat di Melaka. Sebagai sebuah pensejarahan yang

berbentuk demikian, penulis/pengarangnya mencuba menggabungkan keseluruhan

entiti alam dan tamadun Melayu itu ke dalam satu entiti yang berpusatkan empayar

Melayu Melaka yang berteraskan keunggulan bangsa Melayu Melaka itu sendiri.

Dari entiti pusat inilah seluruh kegiatan dan gerakan yang menggambarkan

keunggulan bangsa, bahasa alam dan tamadun Melayu itu dipancarkan. Dengan

demikian kita melihat di dalam Sejarah Melayu itu catatan atau gambaran tentang

kehandalan, kepintaran serta kebijaksanaan dan keberanian pemimpin, tokoh-tokoh

atau orang-orang Melaka seperti Tun Perak, Hang Tuah, Tun Mai Ulat Bulu, Hang

Isap, Tun Biajid, Tun Telani, Menteri Jana Putera, Tun Mutahir, Raja Ahmad dan

Bendahara Tepok dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam pelbagai

situasi dan dipelbagai tempat. Mereka jarang kalah, apatah lagi mahu mengalah vis-

a-vis keadaan keadaan atau tokoh yang mereka hadapi atau mencabar mereka.

Mengenai keagungan dan kemakmuran Melaka itu sendiri, Sejarah Melayu itu

memberikan gambaran sejak tahap awalnya, iaitu semasa pemerintahan Sultan

Muhammad Syah, seperti berikut:

5

Page 6: HSM3013-01.DOC

Maka negeri Melaka pun besarlah, dan jajahannya pun makin banyaklah; yang arah ke barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke timur hingga Terengganu. Maka masyhurlah pada segala negeri di bawah angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka itu terlalu besar, lagi dengan makmurnya; dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Zulkarnain… maka sekalian raja-raja datang ke Melaka mengadap baginda … maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalu ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala orang besar-besarnya pun sangat saksama. Dan pada zaman awal pemerintahan Sultan Mahmud Syah, dikatakan bahawa, “…orang Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal.”

Sedikit sebanyaknya gambaran yang demikian itu menampakkan bahawa

empayar Melaka itu memanglah sebuah empayar yang masyhur makmur aman dan

gagah.

Sumber Portugis

Sebenarnya gambaran yang demikian juga dapat kita lihat secara umumnya dicatatkan

oleh para penulis/sejarawan Portugis setelah mereka menguasai Melaka mulai tahun

1511. Ini tidaklah menghairankan kerana mereka menulis hampir dengan peristiwa

yang mereka tuliskan dan ada kemungkinan juga telah menggunakan sumber-sumber

tempatan sama ada yang bertulis ataupun lisan. Tome Pires misalnya telah datang ke

Melaka pada tahun 1512 iaitu tidak berapa lama selepas Melaka ditakluki oleh

bangsanya setahun yang lepas. Beliau telah menetap di situ sehingga tahun 1515 dan

dalam tempoh tersebutlah beliau telah menghasilkan sebuah karya berjudul

6

Page 7: HSM3013-01.DOC

(terjemahan) The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East, From The

Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515 yang menyentuh

tentang Melaka, beliau telah membahagikan penulisan/catatannya kepada lima sub-

judul;

i. Sejarah awal sejak pembukaan hingga 1511.

ii. Negeri/kawasan-kawasan berhampiran termasuklah bandar Melaka dan

sempadannya iaitu daripada Kuala Linggi ke Kuala Kesang; lain-lain ialah,

Selangor, Manjung, Beruas, Muar, Singapura, Rokan, Pahang, Minangkabau,

Kampar dan Tongkal.

iii. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka – menyebut sistem pentadbiran

yang teratur yang bertujuan melicinkan perjalanan pentadbiran negara. Selain

diri raja/sultan yang mempunyai kuasa mutlak dan berkedudukan tertinggi

yang menjadi tunggak pentadbiran (i) paduka raja (ii) bendahara (iii)

laksamana (iv) temenggung (v) syahbandar = 4 orang semuanya, iaitu satu

bagi setiap kumpulan terpenting, misalnya bagi kumpulan Gujerat.

iv. Perdagangan – pedagang-pedagang yang datang itu termasuklah dari

Kaherah, Makkah, Aden, habsyah, Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsi, Rum, Turki,

orang-orang Kristian daripada Armenia, orang-orang Gujerat, Chaul, Dahhol,

Goa, Deccan, Malabar dan Keling, saudagar-saudagar dari Orissa, Ceylon,

Benggala, Arakan, Pegu, Siam, orang-orang dari Kedah, orang-orang Melayu,

Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, orang Cina, Leueos,

Brunei, Lucoes, Tanjung-pura, Laue, Banka, Lingga, Maluku, Banda, Bima,

timur, Madura, Jawa Sunda, Palembang, Jambi, Inderagiri, Tongkal,

Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata [k?], Pasai, Pedir, Maldives.

7

Page 8: HSM3013-01.DOC

Kemudian disebutkan juga tentang barang-barang dagangan serta sistem

percukaian dan pemunggahan dan penyimpanan barang yang teratur.

v. Pendudukan Portugis – menyebut tentang kemenangan Portugis menakluki

Melaka kerana, “our Lord had ordained that the (sultan) should pay for the

great treason he had committed against our people”. Juga tentang usaha

pihaknya untuk memulihkan pentadbiran dan perdagangan antarabangsa

Melaka.

Pemulihan itu adalah penting terutamanya kerana hakikat dan potensi

ekonominya. Pires mengatakan bahawa “orang tidak dapat mentaksir nilai Melaka,

yakni dari segi keagungan dan keuntungannya. Melaka adalah kota yang wujud

untuk barang dagangan, lebih layak daripada mana-mana kota di dunia ini. Dan

“barang siapa menguasai Melaka berupaya pula menjerut leber kota Venice. Sebelum

itu Pires yakin bahawa Melaka adalah sangat penting dan menguntungkan sehingga

tiada tandingannya di dalam dunia.

Pensejarahan Tome Pires ini telah menjadi rujukan asas bagi

penulis/sejarawan Portugis yang lainnya seperti, Duarte Barbosa (The Book of Duarte

Barbosa, diterjemah dan diedit oleh M. Longworth Dames, 1918-21) yang dikatakan

tidak pernah melawat Asia Tenggara atau Melaka sebelum mahupun selepas beliau

menghasilkan penulisannya; Manoel Godinho de Eredia (Eredia’s Description of

Malacca, Meridonial India and Cathay, diterjemah dan diedit oleh J.W. Mills) yang

lahir dan bergiat di Melaka. Fernao Lopez de Castanheda (History) yang telah

membuat penyelidikan dan melawat tempat-tempat kejadian peristiwa-peristiwa yang

8

Page 9: HSM3013-01.DOC

dicatatkan seperti India, Melaka dan Maluku; Braz (Alfonso) de Albuquerque (The

Commentaries of the Great Alfonso D’ Albuquarque); Diego de Couto (Decada).

Oleh kerana itu pandangan mereka itu pada asasnya ada pelbagai persamaannya

dengan pandang Tome Pires. Barbosa misalnya mencatatkan Melaka itu sebagai

sebuah pelabuhan yang makmur, kaya dan perdagangan yang pesat serta terdapat

banyak emas. Melaka adalah antara negara yang termewah dan terkaya dalam dunia.

Eredia pula mencatatkan adanya undang-undang yang teratur dengan berdasarkan

undang-undang Islam dan adanya susun-lapis masyarakat yang berkelas-kelas yang

mempunyai fungsi atau tugas masing-masing dalam menghadapi dan mengendalikan

empayar/pelabuhan Melaka yang mewah, makmur lagi masyhur itu. Catanheda juga

mencatatkan tentang betapa makmurnya Melaka dan betapa para saudagarnya kaya-

kaya belaka dan mereka mengukur harta kekayaan masing-masing dengan emas

bahara.

Soalan Dalam Teks

1. Sumber awal manakah yang secara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif tentang Empayar Melaka?sumber tempatan

2. Apakah satu-satunya sumber tempatan terawal yang khusus membicarakan tentang kesultanan Melayu Melaka?sulalatus salatin

3. Apakah yang cuba digabungkan oleh pengarang Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)?

4. Kuasa manakah yang telah menakluki Melaka sejak T.M. 1511?portugis5. Apakah judul penulisan tome Pires yang telah menjadi rujukan kepada

para penulis Portugis yang lain?The sume oriental

6. Beberapa penulis Portugis mencatatkan bahawa Melaka adalah…….negeri yang termashyur,termegah dan kaya

9

Page 10: HSM3013-01.DOC

Demikian juga D’ Albuquerque dalam Commentaries itu, antara lainnya mencatatkan

tentang adat istiadat, perdagangan dan perkembangan Melaka menjadi sebuah pusat

perdagangan yang makmur serta mewah dan sebuah empayar yang kuat. Melaka juga

menjadi pusat perkembangan Islam di Asia Tenggara.

Sumber Belanda

Sebagai yang termaklum penguasaan Portugis ke atas Melaka telah berakhir pada

tahun 1641 iaitu apabila ia telah dapat dikalahkan oleh sebuah lagi kuasa Barat, iaitu

Belanda dengan dibantu oleh kerajaan Johor. Dengan itu Melaka jatuh pula ke bawah

kekuasaan Belanda. Berikutan dengan itu orang-orang Belanda juga telah

menghasilkan beberapa sumber tentang Melaka. Antaranya ada juga yang telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Khoo Kay Kim, telah menyenaraikan

beberapa buah terjemahan itu yang antaranya termasuklah Valentijn yang berjudul

“Descriptions of Malacca” itu. Setakat yang berbentuk terjemahan karya beliau ini

boleh dianggap sebagai sumber Belanda yang terpenting tentang Melaka. Ia lebih

lengkap daripada beberapa catatan yang lain yang sebahagian besarnya merupakan

laporan semasa pegawai-pegawai tadbirannya (termasuklah gabnor) mengenai

keadaan semasa penguasaan Belanda itu. Sebenarnya gambaran Valentijn tentang

sejarah Melaka mempunyai beberapa persamaan yang jelas dengan apa yang ditulis

oleh orang-orang Portugis dahulu. Umumnya beliau mencatatkan tentang Melaka

sebagai sebuah Kesultanan Melayu yang makmur dengan perdagangan yang meluas

di peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Melaka juga mempunyai jajahan takluk

10

Page 11: HSM3013-01.DOC

yang merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa negeri di

bahagian Sumatera Timur. Bandar Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang

sibuk dengan pelbagai dagang dan senteri membanjirnya sepanjang waktu. Sistem

pentadbirannya juga teratur dan struktur pentadbiran itu terutama dan peringkat

terpenting nampaknya didasarkan kepada struktur ataupun hiraki kemasyarakatan

Melayu Melaka yang wujud pada ketika itu – golongan/bangsa raja menjadi

pemerintah, pembesar menjadi pentadbir, rakyat biasa menjadi pembantu-pembantu

pentadbir dan Iasykar. Namun mobiliti dan perubahan kedudukan dan jawatan serta

taraf sosial boleh berlaku. Beliau menganggap zaman pemerintahan Sultan Mansur

Syah (1459-1477) sebagai zaman kemuncak keagungan Melaka dari segi politik,

ekonomi dan perluasan jajahan takluknya.

Tetapi ada juga beberapa kelainannya tulisan Valentijn ini. Antaranya ialah

bahawa Melaka itu telah dibuka oleh Raja Iskandar sejak T.M. 1223 lagi. Satu lagi

ialah catatan beliau tentang perkara-perkara yang berkait dengan unsur-unsur

psikologi orang-orang Melayu; iaitu tentang sifat dan sikap mereka. Orang Melayu

menurut beliau adalah, “paling licik, paling pintar dan paling bersopan santun di

seluruh benua Timur.” Kita tahu Eredia juga memberikan gambaran yang seakan-

akan itu tetapi menambah pula dengan mengatakan, “jaga-jaga, mereka itu tidak

boleh dipercayai …” Mengenai Bahasa Melayu, Valentijn mengatakan bahasa itu

bukan sahaja menjadi bahasa perantaraan antara penduduk Melaka, tetapi juga antara

orang-orang Melaka dengan orang-orang asing dalam pelbagai urusasn mereka. Ia

juga adalah merupakan bahasa perdagangan yang bukan sahaja digunakan di Melaka,

tetapi juga di seluruh India, dalam semua negeri-negeri Timur, "“.. seseorang itu tidak

11

Page 12: HSM3013-01.DOC

perlu bimbang, kerana ia digunakan dan difahami di Parsi, malah lebih jauh dari

negeri tersebut, dan juga sehinggalah ke Filipina”.

Sumber British

Berbeza dari penulisan Portugis dan Belanda, penulisan British, termasuklah yang

berbentuk pensejarahan, khususnya dalam zaman penjajahan di Malaysia, memang

banyak telah diketahui, namun minat mereka untuk memperihalkan sejarah Empayar

Melayu Melaka dengan cara yang lebih terperinci seperti yang dilakukan oleh para

penulis Portugis dan Belanda itu tidaklah begitu ketara. Ini memang boleh kita

fahami kerana mereka bukan sahaja kekurangan sumber, tetapi minat mereka

terutama sekali di kalangan para pegawai awal Syarikat Hindia Timur, tidaklah

kepada sejarah. Minat mereka ialah kepada keadaan semasa, potensi-potensi ekonomi

dan perluasan perdagangan. Namun sejak awal abad kesembilan belas minat mereka

terhadap sejarah dan budaya tempatan mula membesar dan meluas. Berikutan dengan

itu mereka telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berbentuk demikian yang

melingkungi pula Negeri-negeri Selat dan beberapa buah negeri-negeri Melayu yang

lain. Namun tentang Melaka, seperti yang telah disebutkan tadi, keadaannya tidaklah

begitu memberangsangkan sama ada dari segi jumlah mahupun isi penulisannya.

Antara yang terawal ialah penulisan John Crawford di dalam karyanya yang

berjudul A Descriptive Dictionary of The Indian Islands and Adjacent Countries

(1856) cetakan semula 1971: “Malacca” – hlm. 238-248). Beliau jelas telah

menggunakan kelima-lima penulisan Portugis yang telah dinyatakan tetapi telah pula

12

Page 13: HSM3013-01.DOC

menyatakan beberapa kesangsian dan penilaiannya sendiri bukan sahaja terhadap

sumber-sumber itu malah terhadap apa yang dicatatkan oleh sumber-sumber tersebut.

Misalnya, dalam merujuk penulisan de Barros yang berjudul de Asia itu, beliau

mengatakan bahawa orang-orang Melayu sama ada “orang laut” atau “orang darat”

adalah separa buas dan kasar, samalah keadaannya dengan mereka yang hidup seperti

asalnya hingga ke hari ini. Mengenai kemakmuran Melaka itu pula, iaitu seperti yang

dicatatkan oleh de Couto, beliau memberikan komentarnya bahawa, “tidak syak lagi,

keadaan kemakmuran Melaka semasa ia diserang Portugis itu adalah sesuatu yang

diperbesar-besarkan.” Tentang bandar Melaka itu pula beliau mengatakan bahawa

sebahagian besarnya hanya terdiri daripada pondok-pondok yang beratap nipah

sahaja. Walau bagaimanapun beliau memberi kesimpulan bahawa sehingga 1813,

akibat pemerintahan tiga kuasa Eropah yang berdasarkan monopoli perdagangan yang

eksklusif, Melaka menjadi jauh lebih miskin daripada keadaannya semasa dalam

pemerintahan orang-orang Melayu tiga kurun yang lalu.

Pandangan yang agak negatif tentang Melaka dan orang Melayu ini

nampaknya telah menjadi ikutan pula oleh beberapa penulis/sejarawan/pentadbir

British yang lain khususnya bagi tempoh Tanah Melayu belum mencapai

kemerdekaan (1957). Antara yang paling sinis dan menerjah sekali pandangan

tentang Melaka itu ialah R.J. Wilkinson, pentadbir Inggeris yang dikatakan bersikap

dan menjalankan dasar pro-Melayu itu. Tatkala menulis tentang zaman kemuncak

keagungan Melaka iaitu zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, dan seterusnya

antaranya beliau mengatakan:

13

Page 14: HSM3013-01.DOC

By A.D. 1460 the old primitive semi-aboriginal village of the Permaisura had been swept away. The new Malacca did not possess its present back-ground of orchards and ricefields and was still only a fringe of houses along the sea and river-fronts; but the fringe had lengthened and deepened, and the character of the houses was changed. The place swarmed with adventurers from all parts of the East. In the stories about it we read of Afghan swahbucklers; Indian jockeys and mahouts; Tamil warriors who, after the manner of their kind, advanced when the enemy retreated and retreated when the enemy advanced; and men of religion from Arabia, sometime genuinely pious, sometimes hypocritical and always unpopular. Such a cosmopolitan seaport town was no place for the practice of the meeker virtues. We read of a government, stern, severe and corrupt; of municipal surveyors who induced the Sultan to decree that a street must be straight, in order that they might be bribed to certify to the straightness of what was crooked; of judges who took presents from both sides; of the election of a prime minister by the simple process of setting all the candidates in a raw and letting the Sultan’s mother say, `Choose Uncle Mutahir’. In such a city of the strong no weak citizen could be free; every man sought a patron, the mightier the better, for it was safer to pay blackmail to one robber than to many. The greater nobles lived in walled enclosures amid the huts of their followers and slaves; these, at least, they were safe from the irresponsible bravoes who levied blackmail for themselves by claiming to comein the dreaded name of the king. At night every enclosure was bolted and barred against the instrusion of thieves, trespassers and illicit lovers; and even policing was unpopular since it exposed the patrolling officers to the risk of finding the Sultan in places where he did not wish to be seen. In this city, where every other law was broken daily, there was one rule kept inviolate; no man might raise his hand against the king.

Mengenai Hang Tuah pula beliau mengakui kehandalan tokok tersebut, namun

menyebut pula pertarungannya dengan Hang Jebat/Kasturi yang merupakan cerita

yang masyhur dalam sastera Melayu, langsung tidak menarik bagi selera orang

Eropah. Dan tokoh-tokoh lain seperti Hang Jebat, Kasturi, Lekir, Hang Hassan, Tun

Sura, Indera Segara, Tun Bija Sura dan sebagai adalah tokoh-tokoh yang telah

diperingati oleh suatu zaman yang “sadly lacking in any sense of proportion”.

14

Page 15: HSM3013-01.DOC

Mereka juga adalah, “the curse of their country”. Sikap dan pandangan sama juga

dapat kita lihat dalam penulisan R.O. Winstedt (A History of Malaya, 1835), iaitu

pentadbir/sarjana yang dianggap begitu proliftik sekali dalam menghasilkan karya-

karya yang berkait dengan alam Melayu. Bagi R.O. Winstedt apa yang wajar

dihuraikan bagi sejarah Melaka ialah tentang kelemahannya, keburukannya,

persengkitaanya, maksiat, rasuahnya dan juga dongeng-dongengnya, seolah-olah

peristiwa-peristiwa seperti itu sahaja yang menjadi intipati sejarah Melaka yang

berjalan selama kira-kira 100 tahun itu. Beliau telah membahagikan pula empayar

Melaka itu kepada dua tahap perkembangan iaitu zaman Hindu (1400-1445) dan

zaman Kesultanan Muslim, iaitu suatu pembahagian yang boleh dan wajar

dipersoalkan. Dan beliau mengakhiri penulisannya dengan mengatakan, “namun

dengan peristiwa luar dengan sejarah pemerintahan orang Melayu di Melaka itu

ditakdirkan hanya wujud selama lebih sedikit daripada sekurun sahaja.

Tidak syak lagi karya-karya seperti R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt ini

telah menjadi sumber utama dan mempengaruhi beberapa pensejarahan seterusnya

tentang Kesultanan Melayu Melaka itu, terutamanya yang ditulis dalam bahasa

Inggeris dalam tempoh penjajahan itu.

Imbasannya Melaka adalah kecil, bangsa dan masyarakatnya tidak

bertamadun, politik, kerajaan dan pentadbirannya huru-hara dan tidak teratur,

ekonominya lokal dan berserabut, pemerintahan dan kemasyarakatannya feudal.

Maka pengkajian dan penulisan sejarah tentang Kesultanan Melaka pun menjadi

pesam-pesam, sehinggalah muncul beberapa sejarawan tempatan dari dekad 1960-an

15

Page 16: HSM3013-01.DOC

hingga kini yang mencuba mengembalikan semula kedudukan Kesultanan Melayu

Melaka pada taraf yang sebenarnya.

Kesejarahan Sumber

Sudah tentulah persoalan runcing yang menghadapi kita dalam hal pelbagai gambaran

tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka ini ialah kesejarahan gambaran-gambaran

tersebut. Dengan kata lain, apakah benar yang digambarkan Sejarah Melayu sumber

Portugis, Belanda dan British? Yang manakah lebih benar di antara ketiga itu?

Apakah ukuran-ukuran yang akan dan boleh kita gunakan bagi mendapatkan dan

menerima kebenaran itu? Bagaimana dengan pensejarahan-pensejarahan lain, seperti

China dan Arab? Atau apakah bangsa-bangsa tersebut sebenarnya tidak mempunyai

pensejarahan tentang Melaka, tetapi sumber catatan sahaja?

Kita sebenarnya menghadapi masalah yang rencam. Namun jika

dibandingkan ketiga-tiganya, kita dapati pensejarahan British itulah yang lebih

menampakkan sikap yang lebih sinis, mencemuh dan menjerat sejarah Kesultanan

Melayu Melaka itu. Mereka mungkin boleh berkata bahawa mereka halal menulis

demikian kerana zaman mereka itu sudah merupakan zaman pensejarahan kritis dan

objektif. Namun mereka juga harus menyedari bahawa zaman itu adalah zaman

kuatnya pengaruh Leopold von Ranke yang menuntut agar peristiwa-peristiwa sejarah

dikaji dan dituliskan “seperti sebenarnya ia berlaku”. Apakah mereka telah berbuat

demikian?

16

Page 17: HSM3013-01.DOC

Jika kita bandingkan sekali lagi, banyak perkara yang ditinggal atau

diketepikan oleh sumber British. Misalnya mereka tidak begitu menitikberatkan

dengan mendalam tentang kemasukan dan peranan Islam dan tokoh-tokohnya serta

pedagang-pedagang Islam dalam memajukan Melaka. Bentuk dan struktur

masyarakatnya juga tidak begitu mendapat perhatian. Malah kegiatan ekonominya

juga tidak diperincikan. Perkara yang dipentingkan kelihatannya adalah tentang

pemerintahan, raja-rajanya, perkomplotan istana dan tindak-tanduk para

pembesarnya. Itupun, jika kita rujuk semula penulisan seperti oleh R. J. Wilkson itu,

liputannya sangat ringkas dan “kritis” sekali.

Sebenarnya sumber Portugis, Belanda dan juga tempatan telah memperihalkan

sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih meluas dan mendalam lagi.

Walaupun boleh juga ditimbulkan beberapa persoalan tentang kesejarahannya, namun

hakikatnya ketiga-tiga pensejarahan itu mempunyai kedudukan yang lebih baik

sedikit kerana kehampirannya dengan peristiwa dan situasi yang diriwayatkan.

Memang itu tidak menjamin ketulenan seluruhnya akan kesejarahannya; malah di

tangan sejarawan yang berkepentingan atau mempunyai sesuatu motif, penulisannya

mungkin pula lebih menyeleweng lagi. Namun pelbagai persamaan yang penting

tentang keagungan, kebesaran, kemakmuran dan teraturnya sistem masyarakat,

pentadbiran dan undang-undang atau secara amnya cara “berkerajaan” di Kesultanan

Melayu Melaka itu menunjukkan sumber-sumber tersebut memang mencuba

menggambarkan seperti keadaan sebenarnya, walaupun percubaan itu memanglah

masih ada cacat celanya dan juga subjektifnya.

17

Page 18: HSM3013-01.DOC

Soalan Dalam Teks

1. Apakah nama sumber Belanda yang dianggap terpenting tentang Melaka?velantijn

2. Zaman pemerintahan sultan yang manakah yang dianggap oleh Valentijn sebagai zaman kemuncak keagungan Melaka?sultan mansur shah

3. Bagaimanakah pandangan Valentijn terhadap orang Melayu?beradab dan bersopan santun

4. Rumuskan apakah yang dicatatkan oleh Valentijn tentang bahasa Melayu.digunakan dan difahami d seluruh asia tenggara dan timur

5. Berikan gambaran ringkas tentang Melaka seperti yang dicatatkan oleh Crawford.

6. Siapakah sejarawan British yang bersikap paling sinis tentang Melaka?r.o wilkinson n r.o winsted

7. Di antara tiga kumpulan sumber sejarah yang dibincangkan, kumpulan sumber manakah yang lebih sinis, mencemuh dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu?sumber british

Soalan Penilaian

1. Bincangkan kepentingan sumber tempatan, khususnya Sulalatus Salatin, sebagai sumber sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

2. Huraikan kumpulan sumber-sumber asing, terutamanya Portugis dan Belanda, yang mencatatkan sejarah Melaka.

3. Bahaskan huraian dan orientasi penulisan sejarawan-sejarawan British berbanding dengan sejarawan-sejarawan tempatan dan Portugis.

18