hoki

18
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL Pengenalan Taipkan isi panduan penggunaan modul di sini menggunakan font 11, Arial. Text ditaip dengan jarak langkau sebaris, laras Justified . Panduan ini harus menjelaskan tentang bilangan unit dan isi kandungan modul secara keseluruhan bagi memudahkan pelajar memahami tentang apa yang perlu dilakukannya apabila mereka menggunakan modul ini. Sila rujuk Panduan Penulisan Modul yang diedarkan muka surat 21. UNIT 2 PERMAINAN - HOKI Sinopsis 1

Upload: ambo-boh

Post on 07-Aug-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

Page 1: HOKI

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pengenalan

Taipkan isi panduan penggunaan modul di sini menggunakan font 11, Arial. Text ditaip dengan jarak langkau sebaris, laras ‘Justified’. Panduan ini harus menjelaskan tentang bilangan unit dan isi kandungan modul secara keseluruhan bagi memudahkan pelajar memahami tentang apa yang perlu dilakukannya apabila mereka menggunakan modul ini. Sila rujuk Panduan Penulisan Modul yang diedarkan – muka surat 21.

1

Page 2: HOKI

UNIT 2 PERMAINAN - HOKI

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menguasai kemahiran asas dalam satu permainan yang dipilih. Disamping itu pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang dan mengajar kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan bersesuaian dengan perkembangan dan pertumbuhan murid.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat

1. menguasai kemahiran asas dalam satu permainan yang dipilih.

2. menguasai kemahiran mengajar dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pendekatan.

3. mengaplikasikan prinsip-prinsip ansurmaju dan variasi aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

4. memahami konsep serta tafsiran butiran mengajar sewaktu lakuan aktivitti dalam usaha memperkemaskan teknik.

2

Page 3: HOKI

UNIT 2 PERMAINAN - HOKI

TAJUK 1Kemahiran Asas

1.1 Memahami konsep kemahiran asas

Sebelum menguasai permainan sebenar seseorang itu seharusnya dapat mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan. Kemahiran asas ini adalah merupakan kemahiran-kemahiran kecil dalam sesuatu permainan yang apabila digabungkan ianya adalah merupakan kemahiran sebenar sesuatu permainan. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran-kemahiran asasnya adalah kemahiran mengawal bola, kemahiran hantaran, kemahiran memukul, kemahiran menahan bola, kemahiran menguis, kemahiran mengelecek dan kemahiran merebut.

1.1.1 Mengawal bola

Keupayaan seseorang mengawal bola supaya bola sentiasa dalam kawasan kawalannya. Kedudukan bola akan sentiasa berada di antara zon kedua-dua belah kaki dengan zon jangkauan kayu hoki.

1.1.2 Hantaran bola

3

Page 4: HOKI

Ianya bertujuan untuk memindahkan bola dari penguasan sendiri ke arah kawan atau rakannya. Bagi tujuan tolakan perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah bola dan kualiti kederasan bola. Ketepatan bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya tolakan dari tangan tangan.

1.1.3 Memukul bola

Ianya bertujuan untuk memindahkan bola ke arah kawan atau rakannya dengan jarak yang agak jauh. Bagi tujuan pukulan perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah bola dan kualiti kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan dari kedua-dua tangan.

4

Page 5: HOKI

1.1.4 Menahan bola

Kemahiran ini adalah keupayaan memberhentikan bola yang ditolak atau dipukul ke arahnya. Ianya bertujuan untuk mengawal bola yang sedang bergerak. Bola akan dapat dikawal dan diberhentikan dengan baik tertakluk kepada konsentrasi arah datangnya bola dan kedududkan sudut kayu.

5

Page 6: HOKI

1.1.5 Menguis bola

Ianya adalah bertujuan untuk menghantar bola tinggi ke arah rakan dengan menggunakan ruang udara sebagai mengatasi masalah menembusi pihak lawan. Disebabkan sukar untuk menembusi pihak lawan melalui bola rendah maka kemahiran ini terpaksa dilakukan.

1.1.6 Mengelecek bola

Mengelecek bola adalah bertujuan untuk menembusi pihak lawan secara solo. Prinsip yang diperlukan untuk melaksanakan kemahiran ini adalah prinsip kepantasan, boleh menembusi dan kemahiran menghelah dengan menggunakan pergerakan badan.

1.1.7 Merebut bolaIanya adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini faktor kawasan / sudut memainkan peranan untuk mengelakkan kecederaan. Jika sekiranya tersalah sudut atau kawasan rebutan peratus terkena kayu hoki lawan adalah tinggi. Proses perebutan dan merampas bola boleh dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai.

6

Page 7: HOKI

7

Page 8: HOKI

UNIT 2 PERMAINAN - HOKI

TAJUK 2Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Definisi

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

2.2 Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan adalah

2.2.1 kaedah tradisional2.2.2 kaedah tugasan2.2.3 kaedah reciprokal2.2.4 kaedah penyelesaian masalah2.2.5 kaedah kumpulan2.2.6 kaedah gestalt

2.3 Butiran mengajardalam kemahiran asas

Butiran mengajar adalah fokus pembelajaran yang ditekankan / diutamakan untuk memastikan teknik lakuan dilakukan dengan betul. Contohnya dalam teknik memukul; kedudukan bola dengan kaki, arah bahu, siku bengkok, mata ke arah bola, dan sebagainya.

8

Page 9: HOKI

UNIT 2 PERMAINAN - HOKI

TAJUK 3Teknik

3.1 Definisi

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, hayunan, ikut lajak, kedudukan kaki, kedudukan bola dan sebagainya.

3.2 Pendekatan Mengajar

Sewaktu pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.

3.3 Prinsip Ansur maju dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

Page 10: HOKI

3.3.1 Prinsip Ansurmaju

(a) Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus.( Coarse to refine )

(b) Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks.( Simple to complex )

(c) Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah.( Easy to difficult )

3.3.2 Kebaikan Ansurmaju:

Melibatkan guru

i. Guru mengajar secara berperingkat-peringkat dan menegaskan butiran mengajar secara terperinci bagi setiap peringkat pergerakan.

ii. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta..

iii. Guru dapat membuat tunjukcara / demonstrasi bagi setiap peringkat pergerakan dan menjelaskan kaitannya antara setiap peringkat.

iv. Membantu guru mengajar menggunakan ‘model’ jika guru sendiri tidak dapat melakukan kemahiran.

v. Menunjukkan tingkat kreativiti guru dalam pengajaran.

vi. Perkembangan pengajaran menunjukkan pemeringkatan sesuai dengan kebolehan murid secara teratur dan terkawal.

vii. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke arah pencapaian objektif.

viii. Dapat minimumkan berlakunya kemalangan dan kecederaan.

ix. Jika berlaku juga kemalangan, tahap serius kecederaan dapat dikurangkan.

Melibatkan murid

i. Murid memahami dengan jelas setiap peringkat ii. pergerakkan aktiviti.iii. Murid dapat mengenalpasti setiap kesalahan yang

dilakukan pada setiap peringkat pergerakan.iv. Murid dapat melihat kaitan / hubungan gerakan bagi

setiap peringkat pergerakan.v. Dengan berperanan eebagi penyokong murid dapat

memainkan peranan sebagai pembantu guru.

10

Page 11: HOKI

vi. Murid tidak akan merasa bosan kerana terdapat berbagai gaya gerakan dalam sesuatu aktiviti.

vii. Dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan murid setelah menyedari tahap kecederaan amat minimum.

viii. Menekankan aspek kerjasama, saling tolong menolong dan membantu – penerapan nilai murni.

ix. Murid akan amat responsif dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti

2.3 Variasi aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

11

Page 12: HOKI

Variasi merupakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengajar satu kemahiran dalam sesuatu permainan.

2.3.1 Ciri-ciri Variasi

(a) Mempelbagaikan aktiviti yang diajar tetapi kemahiran tetap satu.

(b) Melakukan latihtubi melalui pelbagai variasi.(c) Pengukuhan penguasaan kemahiran yang di ajar.(d) Mengelakkan murid merasa bosan dengan melakukan satu

aktiviti sahaja.(e) Menunjukkan kreativiti guru dalam pengajarannya.(f) Mendedahkan murid kepada gerakan-gerakan yang mungkin

dilakukan atau dilaluinya dalam situasi permainan sebenar.(g) Penglibatan murid aktif dan menyeluruh

Kemahiran : Hantaran Tolak dan tahan

Variasi 1

▲ ▲

Statik Statik

Variasi 2

▲ ▲

Bergerak ke depan Undur ke belakang

Variasi 3

Bergerak ke sisi

12

Page 13: HOKI

Variasi 4

▲ ▲

Statik Ke depan dan undur ke belakang

Variasi 5

▲ ▲ Bergerak ke sisikanan dan kiri

Statik

Petunjuk :

Arah laluan bola

Arah larian pelaku

13

Page 14: HOKI

4. Latihan

4.1 Anda perlu menyenaraikan beberapa butiran penting dan buatkan catatan ringkas mengenai kemahiran berikut ;

- Menolak- Menguis- Memukul- Menahan

5. Rumusan

Pembelajaran kemahiran dalam sesuatu permainan adalah asas kepada permainan tersebut. Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan perlu dipelajari bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut khususnya lakukan kemahiran berulang-ulang dengan ansurmaju yang sesuai iaitu daripada kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang lebih sukar dan kompleks atau divariasikan latihan kemahiran tersebut.

6. Bacaan Asas

1. Teng Boon Tong. (1994). Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan. Petaling Jaya : Longman.

RUJUKAN

14

Page 15: HOKI

Baley, J.A. & Field, D.A. (1976). Physical Education and Physical Educator (2nd. Ed.) Boston : Allyn & Bacon.

Barrow, H.M. (1971). Man and His Movement: Principles of Physical Education Philadelphia : Lea & Febiger.

Bucher, C.A. (1983). Foundation of Physical Education (9th. Ed.). St. Louis : C.V.Mosby.

Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills.Champaign, IL : Human Kinetics.

Corbin, C.B. & Lindsey, R. (1994). Concepts of Physical Fitness with Laboratories.Dubuque : Wm.C. Brown.

Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For Today’s Children (3rd

ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher.Champaign, IL : Human Kinetic.

Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education : AGuide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.

Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education : Physical Activity, Sportsand Recreation. N. Jersey : Prentice Hall.

Johnson, B.L. & Nelson, J.K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education. Minneapolis : Burges.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

_____________________________ (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan :Gimnastik Artistik. K.Lumpur : DBP.

_____________________________ (1998). Buku Panduan Ujian KecergasanFizikal. K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

_____________________________ (2001). Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Majlis Belia dan Sukan. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia. (1996). UjianKecergasan Jasmani Kebangsaan : Panduan Penilaian. Kuala Lumpur :Kementerian Belia dan Sukan.

McGee, R. & Farrow, A. (1987). Test Questions For Physical Education Activities.Champaign, IL : Human Kinetics.

Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education. London Sydney : Charles E. MerillPub, Co, A. Bell, Howell.

Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary

15

Page 16: HOKI

School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan.

Pate, R.R. (1994). Health and Fitness Through Physical Education. Illinois : HumanKinetics.

Randall L.E. (1992). The Student Teacher’s Handbook For Physical Education.Champaign IL: Human Kinetics.

Teng Boon Tong. (1995). Panduan Pengajaran Gimnastik Artistik. Petaling Jaya:Longman.

Teng Boon Tong. (1994). Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan. Petaling Jaya: Longman.

Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam : Fajar Bakti.

7. Soalan Tutorial

7.1 Anda dikehendaki berbincang dengan rakan mengenai butiran-butiran dalam mempelajari kemahiran memukul (rujuk rajah di bawah).Anda juga perlu menyenaraikan langkah-langkah keselamatandan mengelakkan kecederaan semasa melakukan kemahiran tersebut.

SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

16

Page 17: HOKI

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

17

Page 18: HOKI

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

18

Page 19: HOKI

19