hoki

39
UKS 1041 HOKI KUMPULAN KULIAH : A Disediakan oleh : D20091035632 SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM UKURAN BUKU LOG HOKI

Upload: dhea-ct

Post on 21-Jul-2015

555 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah hokiWalaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs(seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat. Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockiedigunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

TRANSCRIPT

UKS 1041 HOKI

BUKU LOG HOKIKUMPULAN KULIAH : A Disediakan oleh : D20091035632 SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

UKURAN

PADANG DAN PERALATAN HOKI

PELAN PADANG HOKI

GOL Di tengah- tengah setiap garisan belakang: a. Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih,segi empat empat sama, berukuran 51 mm lebar dan 75 mm dalam. b. c. Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam ). Tiang-tiang gol hendaklah di letak di atas tanda luar di mana bahagian hadapan tiang gol menyentuh tepi sebelah luar garisan belakang. d. Ketinggian palang mendatar 2.14 meter dari paras tanah (ukuran

dalaman) dan di pasang kepada tiang-tiang gol. e. f. Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendaftar. Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepi tiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua tiang gol dan palang mendatar wajib mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard negara yang berkenaan. Papan Tepi (Side Board) a. b. Panjang: 1.20 meter(minimum); ketinggian: 460 mm Diletak di atas padang tegak lurus ( 90 darjah) kepada garisan belakang, di pasang kepada bahagian belakang tiang gol tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan belakang. c. Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.

Papan Belakang ( Back Board) a. b. c. Jaring a. Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan tepi. b. Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola tidak menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palang Panjang 3.66 meter , ketinggian 460 mm. Diletak di atas padang pada hujung papan tepi. Dicat dengan warna gelap di sebelah dalamnya.

mendatar ,papan tepi dan papan belakang.

c.

Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula ke dalam padang permainan.

d.

Saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.

BOLA Bola: a. Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai. b. c. d. Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram. Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm Permukaan : licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan. e. Keterangan peraturan ini. Warna: putih atau seperti dipersetujui.

mengenai spessifikasi permukaan sintetik dibekalkan kepada Peraturan-

KAYU Kayu: 1. Permukaan rata di sebelah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjang bahagiaan pemegang di atas permukaan rata tersebut

Eksperien mendatori a. Permukaan rata di sebelah kiri sahaja . bahagian untuk bermain

ialah keseluruhan permukaan rata kayu, bahagian tepi di sebelah bujur kayu dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.

2. Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu. 3. Hulu kayu, iaitu bahagian bahagian bawah daripada tempat penyambung (splice) , mesti berbentuk melengkung , dibuat daripada kayu,tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang , berlekuk atau sebarang tambahan.Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang. 4. Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam. 5. Kecuali hulu kayu yang melengkung , lain-lain bahagian hendaklah lurus . Bila di letak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itu dengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20 mm. 6. Berat maksimum 737 gram. 7. Pita (tape) dan damar boleh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukaannya tetap licin. 8. Saiz kayu ,termasuk sebarang balutan, mestilah boleh menembusi alat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51 mm . Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan .Kayu hoki yang melengkung sehingga sama ada dan dari hujung permukaan kayu ataupaun hulunya dibenarkan .Belum ada rekabentuk khusus yang

diluluskan.Walau bagaimanapun , pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan.Lembaga Peraturan-peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisinol dan bukan tradisinol dan akan menghadkan dan mengharamkan penggunakan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan

kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.

PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN Pemain-pemain 1. Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh pesatuan atau kelab mereka. 2. Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh pemain lain. Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung membahayakan pemain-

betis/pergelangan kaki dan mulut. Penjaga gol 1. Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindungan

bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ii hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan. 2. Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective Headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan) penalti strok. Peralatan perlindungan kepala yang sesuai:helmat perlindung muka dan

menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. perlindungan kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanya memenuhi keperluan kebanyakan penjaga gol.Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk menutup badan ,tangan ,siku ,peha ,lutut ,dsb.) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan perlindungan yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga gol:Pelindung tubuh ped kaki ,penendang (kickers),sarung tangan ,dan pelindung untuk bahagian peha ,lengan (upper arm) lengan (forearm)dan siku. 3. Ped , penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan. 4. Ped : maksima semasa di pasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm. 5. Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakan di atas permukaan

yang rata dan menghala keatas; panjang maksimum 355 mm,diukur dari bawah ke hujung. Tiada pengubahsuaian tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang .

PASUKAN-PASUKAN ,KETUA-KETUA PASUKAN DAN PARA PENGADIL Pasukan-pasukan: Pemainan hendaklah dimainkan antara 2 pasukan yang diwakili oleh tidak melebihi 16 orang sepasukan. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 11 orang pemain sepasukan dibenarkan di dalam padang pada masa yang sama . Setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran daripada maksimum 16 orang pemain tersebut. Penggantian Pemain: Dibenarkan pada bila-bila masa kecuali selepas pemberian dan semasa pengambilan penalti sudut. Pengecualian ialah dalam keadaan dimana penjaga gol pasukan pertahan mengalami kecerderaan atau perlu diganti kerana dikenakan hukuman gantung permainan.

FUNGSI JURULATIH

Pengetahuan Jurulatih Cara mendapat maklumat: 1. Krusus 2. Buku 3. Perbincangan 4. Pemantauan 5. Pengurusan Cara Menyebarkan maklumat: 1. Kemahiran 2. Minat 3. Motivasi 4. Kaedah-kaedah demontrasi Tugas-tugas seseorang jurulatih Pengurusan Kewangan Kemudahan Jurulatih Teknikal Pemilihan

Kecergasan

Psikologi

Kemahiran

Taktikal

Motivasi

Fungsi jurulatih Demontrasi Perhatian terus kepada pelaku Cadangan kepada kemahiran / aktiviti seterusnya Perhati/ dengar- pelaku bagaimana : mereka melakukan sesuatu aktiviti First attempt (melakukan kali pertama) Moditication (mengubahsuai) Second attempt

Organisasi Kejurulatihan / Pengajaran Perancangan dan penyediaan: Masa - Menggunakan masa yang ada dengan maksima Ruang - menggunakan ruang yang ada dengan maksima Kemudahan - Menggunakan kemudahan yang ada Pengajaran biarlah dalam urutan: Memanaskan badan dalam kumpulan Latihan individu Demontrasi Pengajaran rakan sebaya Latihan kumpulan Permainan Pemain dipecahkan mengikut saiz dan tempat supaya urutan pengajaran anda kesinambungan dengan lancar. Setiap sesi dirancang awal supaya tahu apa yang ingin dicapai,apakah kaedah yang hendak digunakan dan sesi organisasi yang dijalankan: 1. Objektif 2. Organisasi 3. Kaedah dan prosedur 4. Penilaian Penilaian: 1. Rekod dan prestasi individu dan pasukan 2. Kehadiran semasa latihan dan sesi lain 3. Sikap pemain kepada jurulatih 4. Sikap pemain kepada pengurusan pasukan Pengajaran Kemahiran Hoki: 1. Kemahiran asas adalah rangka kepada pembinaan pasukan dan kemajuan aspek-aspek permainan. 2. Bila dan dimana dan kenapa sesuatu kemahiran itu digunakan 3. Bagaimana Kemahiran Dipelajari

Membuat Hantaran Kepentingan semasa membuat hantaran Ketepatan bola mengikut arah dan tempat yang dikehendaki Keharmonian pemain membuat dan menerima hantaran Penerima harus bijak untuk bergerak ke ruang yang dihantar oleh penghantar bola Jenis-jenis Hantaran 1. 2. 3. 4. Hantar lintang Back pass Front pass Cross pass

Kelajuan dan arah pergerakan rakan

Kelajuan pemain yang mempunyai bola

Posisi bola berhubung dengan hantaran

Posisi rakan sepasukan

Keputusan Membuat Hantaran

Posisi pemain yang mempunyai bola berhubung dengan hantaran

Permukaan undangundang

Undang-undang permainan

Posisi dan pergerakan lawan

Jenis hantaran yang sesuai

Faktor-faktor dalam membuat hantaran Jenis-jenis hantaran 1. Hantaran Terus sesuai digunakan untuk membuat hantaran dekat dan pendek

2.

Hantaran jauh menggunakan kemahiran memukul

-

dilakukan semasa bergerak atau berlari menerima bola

3.

Hantaran Lintang - dibuat secara dari kiri ke kanan atau sebaliknya hantaran boleh dibua dari jarak dekat atau jauh

4.

Hantaran belakang menghantar kepada pemain yang berada di belakang

5.

Hantaran balikan kemahiran ini tidak banyak digunakan sering diabaikan oleh pemain

6.

hantaran ini dilakukan kepada rakan ditempat yang ia baru tinggalkan

Hantaran rentas

A

B

D

C

A dan B bergerak ke hadapan C menghantar bola kepada D walaupun A dan B yang memulakan pergerakan Komponen Hantaran

1.

Persediaan sedia membuat hantaran dan pergerakan seterusnya.

2.

Ketepatan diterima bola dengan mudah

3.

Ruang dan kawalan yang ada gunakan keseluruhan kawasan

Sistem Permainan

Sistem Permainan Yang Digunakan Sistem permainan pada masa ini sangat mustahak. Pasukan-pasukan yang ternama menggunakan system permainan atau posisi pemain-pemain.Ada banyak system yang digunakan seperti 11333, system 1343, 11334 dan lain-lain. Sistem posisi atau sistem permainan berdasarkan kepada pasukan bolasepak England yang menjuarai Piala Dunia pada tahun 1966, di London. Pasukan ini menggunakan system 4-2-4. Menerima dari belakang: a. Situasi ini kerap dihadapi iaitu pihak penyerang menerima bola dari pertahanan

pasukannya b. Teknik berikut adalah perlu dikuasai untuk digunakan dalam situasi yang berbeza:

Apabila pemain dikawal oleh pihak lawan.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM HOKI

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK Prinsip mekanik adalah satu prinsip yang penting dalam bidang fizik dan ia merangkumi beberapa teori. Berikut adalah beberapa contoh prinsip mekanik. 1. Hukum Newton a. pertama b. kedua c. ketiga 2. 3. 4. 5. 6. 7. Penyerapan dan pemindahan daya Kesenambungan Momentum Pergerakan linear dan angular Pusat graviti Sistem tuas a. kelas satu b. kelas kedua c. kelas ketiga 8. Daya sentrifugal dan sentripetal

Dalam konteks pembelajaran sukatan program latihan hoki ini, hanya pemahaman terhadap tiga prinsip utama ditumpukan iaitu: a. Hukum Newton b. Sistem tuas c. Pusat graviti Hukum Newton Terdapat tiga kelas dalam hukum ini iaitu: a. b. c. d. Hukun Newton Pertama Hukum ini meramalkan suatu benda, misalnya sebiji bola yang berada jauh dalam keadaan pegun akan kekal berada dalam keadaan itu kecuali suatu daya luar bertindak ke Hukum Newton Pertama Hukum Inersia Hukum Newton Kedua Hukum Pecutan Hukum Newton Ketiga

atasnya untuk menggerakkannya. Sekiranya bola itu berada dalam keadaan bergerak, ia akan terus bergerak menuju ke arah yang sama pada halaju seragam kecuali satu daya luar bertindak mengubah arah atau halajunya. Inersia badan ialah kecenderungan badan untuk berada dalam keadaan pegun atau terus bergerak pada halaju seragam tanpa mengubah megnitud atau arah. Kecenderungan ini berkaitan dengan jisim badan untuk membuat pergerakan linear.Hukum Inersiasemasa membuat pukulan penalti, bola berada dalam keadaan pegun sebelum pemain menjaringkan gol. Hukum Pecutan bola mula memecut apabila dipukul oleh pemain ke arah jaring. Pecutan bola yang bergerak bergantung kepada jisim dan magnitud daya luar yang dikenakan oleh kayu hoki pada bola itu.

Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan) Pergerakan badan mengalami pecutan apabila ia bergerak daripada keadaan pegun atau mengubah kelajuan ketika sedang bergerak. Pecutan boleh berlaku dalam keadaan linear atau bersudut. Pecutan ialah keadaan perubahan halaju badan mengikut masa. Hukum ini diwakili oleh rumus yang berikut:

a = F m

dengan

a F m

= = =

pecutan sistem (iaitu badan) daya luar bersih yang bertindak ke atas badan jisim badan yang menerima tindakan daya luar itu

Dari rumus ini, kita dapati bahawa pecutan badan adalah berkadar terus dengan daya luar bersih yang bertindak ke atasnya dan pecutan badan akan berlaku searah dengan daya tindakan luar itu. Oleh itu semakin besar daya yang bertindak ke atas badan, semakin cepatlah pecutan yang dialami olehnya. Hukum ini juga menyatakan bahawa pecutan badan adalah berkadar songsang dengan jisim badan iaitu semakin besar jisim badan, semakin kurang pecutan yang dialaminya.

Hukun Newton Ketiga Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan yang dikenakan, terdapat satu daya tindak balas yang sama megnitud tetapa pada arah yang bertentangan. Apabila dua biji bola, katakan A dan B berlanggar, masing-masing akan mengenakan daya yang sama magnitud terhadap satu sama lain tetapi bertentangan arah. Selain daripada Hukum Newton Ketiga ini, kesan tindakan luar terhadap pergerakan seluruh badan mesti juga mengambil kira Hukum Inersia dan Hukum Pecutan. Pada masa bola dan kayu hoki bertembung, kayu hoki mengenakan daya tindakan pada bola di titik pertembungan. Bola akan mengenakan daya tindak balas yang sama megnitudnya tetapi berlawanan arah pada ketika itu. Sistem Tuas Tuas ialah alat untuk menjungkit atau mengangkat sesuatu yang berat, iaitu beban dengan daya yang kecil. Sistem tuas terbahagi kepada tiga kelas mengikut kedudukan fulkrum dan hubunganya dengan beban serta daya yang dikenakan. Fulkrum boleh terdiri daripada benda atau sendi dalam badan. Daya yang dikenakan biasanya daripada daya otot.

Daya Fulkrum

Beban

Tuas Kelas Pertama Fulkrum berada di antara daya dengan beban.

Daya

Beban Fulkrum Tuas Kelas Kedua Beban Berada di antara fulkum dengan daya

Daya

Beban Fulkrum Tuas Kelas Ketiga Daya berada di antara beban dengan fulcrum. Tuas kelas ketiga semasa memukul bola, tangan kanan mengambil peranan sebagai daya, tangan kiri sebagai fulkurm sementara kayu hoki sebagai beban yang perlu dihayunkan. Pusat Graviti Semua jasad termasuk badan manusia mempunyai berat kerana adanya daya tarikan graviti. Titik tumpuan keseluruhan berat jasad dipanggil pusat graviti bagi jasad itu. Bagi jasad seperti badan manusia, kedudukan pusat graviti tidak semestinya terletak di titik tumpuan keseluruhan berat jasad itu, ia boleh berada diluar jasad. Kestabilan sesuatu jasad bergantung kepada kedudukan pusat gravitinya, iaitu lebih stabil jika usat gravitinya rendah. Walau bagaimanapun kestabilan sesuatu jasad itu juga dipengaruhi oleh kedudukan garisan graviti dan beban jasad itu sendiri. Semasa memukul bola, pemain menjarakkan kedua-dua belah kakinya. Dengan itu tapak sokongan pemain dilebarkan dan pusat gravitinya juga direndahkan secara relatif dengan dasarnya. Ini menyebabkan kedudukan pemain seimbang dan stabil. PENGUASAAN KEMAHIRAN- KEMAHIRAN HOKI PENGUASAAN KEMAHIRAN Kemahiran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. kemahiran individu 2. kemahiran berpasukan Ansur maju dan butir-butir mengajar ketika memperkenalkan kemahiran secara individu dan secara berpasukan. Jurulatih hendaklah menggunakan daya kreatif masing-masing untuk menyesuaikan dengan kebolehan para pelajar. Kemahiran yang hendak diajar bergantung kepada alatan, tempat dan keramaian pelajar atau pelatih. Berikut adalah

senarai kemahiran-kemahiran asas yang perlu diberi penekanan dalam sukatan program hoki ini: Mengawal bola dan mengelecek Memukul dan menahan bola Menolak, menguis dan menceduk Menghantar dan menerima Mengelak Merebut Menjaga gol Permainan berpasukan dan posisi Gerakan terancang (set pieces)

KEMAHIRAN ASAS 1. Memukul (hitting) Ia merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan . Ketepatan arah boleh dicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan. Pegangan (Grip) Tangan kiri diletakkan di bahagian hujung kayu dan tangan kanan di bawahnya dengan kedudukan yang rapat. Dirian (Stance) Kedudukan badan mesti berkeadan selesa dan condong sedikit ke hadapan. Kedudukan kaki adalah seluas bahu. Badan mesti seimbang dengan pusat graviti berada di antara tapak kaki sokongan. Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. (magnitud arah pergerakan bola ditetapkan oleh kedudukan kaki.) Kedudukan bola selari dengan hujung kaki kiri dan jaraknya mengikut keselesaan pemukul.

Hayunan a. Hayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit untuk menghasilkan momentum daya bagi menggerakkan bola. b. Keseimbangan badan perlu semasa hayunan, berat badan kemudiannya dipindahkan dari kaki kiri ketika sentuhan kayu dengan bola berlaku. Kedua-dua siku hendaklah lurus ketika contact c. d. e. Pukulan diteruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah tujuan bola. Mata hendaklah menumpukan perhatian ke bola. Perpindahan berat badan berterusan semasa ikut lajak.

Kuasa Untuk Memindahkan Bola (Power of Hitting) a. Kuasa untuk memukul bola didapati daripada koordinasi beberapa faktor, antaranya ialah : i. ii. iii. Momentum pergerakan badan. Pemindahan berat badan yang tepat dan betul. Kekuatan otot, trapezius, deltoid, triceps, biceps dan otod brachioradialis. iv. v. vi. Membuat pergerakan flexor dan extensor Kelajuan dan pecutan hayunan ke bawah. Kekuatan pergelangan tangan pada masa memukul bola.

Kedua-dua pasukan A dan B berbaris seperti di dalam gambarajah 10 ela dari batu-bata. Mereka cuba menjatuhkan batu-bata itu. Pasukan A memukul sementara pasukan B akan menahan bola. Kemudian B pula memukul bola dan A akan menahan bola. Tujuan : Arah dan ketepatan diutamakan. A memukul kepada dinding / papan dari jarak 10 20 ela. Keutamaan diberi kepada cara berdiri, genggaman, hayunan dan arah. Kemudian satu tanda dibuat di atas papan / dinding dan pemain-pemain diminta memukul kepadanya. Aktiviti ini membantu melahirkan ketepatan memukul. 1. Pemain pemain beratur di atas bulatan menjaring gol dan memukul bola ke gol yang kosong. Sekiranya ada penjaga gol, maka intensif tambahan ialah percubaan untuk mengalahkannya. Untuk penjaga gol ini merupakan sesuatu latihan tekanan yang baik.

Semua pemain-pemain sekarang mengambil satu langkah untuk memukul bola. Kemudian beransur-ansur ini ditambah kepada dua atau tiga langkah. 2. Menahan / Menyerkap bola Menyerkap bermakna menahan dan mengawalkan bola. Kemahiran ini adalah penting sekali daripada kemahiran-kemahiran lain kerana ia bermaksud memiliki bola. Pemainpemain harus menguasai kemahiran menahan bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga Astroturf. Pasukanpasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. 2.1 Menahan bola dari hadapan Pegangan Pegangan kayu hoki dengan dua belah tangan yang berkedudukan berjarak. Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dan tangan kiri ke hadapan supaya kayu berkeadaan condong untuk mengawal bola. Tangan kanan perlu diturunkan ke bawah tetapi dengan keadaan releks, kendur dan selesa, sementara tangan kiri dikekalkan di hujung kayu. Semasa bola menyentuh kayu, kendurkan pergelangan tangan untuk menyerkap bola agar dapat mengurangkan tekanan. Badan Badan tepat menghadap bola yang datang. Badan membongkok dan lutut dibengkokkan sedikit. Pusing sehingga kaki kiri di hadapan atau badan berada di antara keduadua belah kaki. Kedudukan ini adalah untuk bertindak semasa bola di kawal atau hantaran dibuat serta merta. Mata Mata hendaklah memandang bola sehingga ia ditahan.

Bola daripada badan Pegangan adalah sema seperti menghadapi bola dari hadapan. Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk mengenalpasti arah bola yang hendak diterima.

-

Lutut dibongkokkan sedikit Mata melihat bola. Kepala kayu diletakkan di sebelah kaki kanan di mana bahagian yang rata menghadap bola.

-

Ubah kedudukan kayu daripada sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola.

-

Silangkan kaki kanan Kilaskan kayu untuk menahan bola Tentukan kepala kayu berada di atas bola Mata sentiasa memerhati bola.

2

Menolak Menolak merupakan cara yang pantas sekali penghantaran bola dengan tepat kepada seorang rakan. Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-saat terakhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan menekan ia merupakan penghantaran yang terselamat dan boleh dibuat dengan mudahnya. Menolak adalah satu kaedah menghantar bola yang mempunyai kelebihan. Tujuannya ialah : Membuat hantaran bola dengan cepat ke jarak yang dekat Penentuan arah bola dibuat hingga ke saat akhir menjalankan perlakuan dengan itu ianya dapat mengelakkan pihak lawan dari mengetahui arah hantaran tersebut lebih awal. Hantaran ini dapat dilakukan dengan cepat selepas melakukan kemahiran lain seperti mengelecek dan menahan bola. Hantaran digunakan apabila melakukan tolakan ke dalam, membuat pukulan sudut penalty dan pukulan percuma. o Pegangan Tangan kiri diletakkan dihujung sebelah atas kayu sementara tangan kanan dibahagian tengah kayu. o Kedudukan badan dan bola Kaki dibuka agak luas sedikit (mengangkang) Paras bahu kanan dihalakan di arah hantaran hendak dilakukan

Lutut dibengkokkan sementara badan direndahkan.

o Kedudukan kayu Kayu hoki dirapatkan dengan bola Kedudukan kayu dengan padang bersudut 45

2.1 Menolak atau memukul dengan kayu mengilas Menolak atau memukul dengan kayu mengilas merupakan perlakuan secara tersembunyi dan apabila keadaan masa terdesak. Kemahiran-kemahiran ini sangat berguna apabila hendak mengalahkan pihak lawan dalam jarak dekat seperti dalam situasi dua lawan satu. Pegangan kayu

Caranya sama dengan teknik mengelicik India. Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan adalah lebih kurang 20 cm di bawahnya. Cara berdiri

Kedudukan kaki sama seperti berlari iaitu ke hadapan dan satu kaki ke belakang. Kemahiran ini boleh dilaksanakan dengan ke dua-dua kaki. Badan

Badan dibongkokkan ke hadapan supaya kepala dan mata tertumpu kepada bola semasa menolak dengan kayu mengilas. Bola

Kedudukannya lebih kurang 40 cm hingga 45 cm di hadapan apabila tolakan atau pukulan hendak dibuat. Pukulan mengilas

Hayunan kayu ke belakang adalah kurang tetapi hantaran adalah tepat. Kemahiran ini memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ia perlu kerapkali dilatihkan oleh seseorang pemain. Tolakan mengilas

Tangan kanan pegang kayu dan ini akan mewujudkan kekuatan dan kawalan dalam penolakan. Tangan kiri Cuma membantu tangan kanan. Muka kayu iaitu blade bertentangan tempat ke arah bola dan menyentuhnya di beberapa seberapa lama yang boleh yakni gerakan rentak. Tujuannya ialah untuk menentukan pergerakan bola adalah secara leret di tanah.

Menceduk mengilas Kedudukan badan dan kaki adalah sama seperti untuk menolak atau memukul secara mengilas tetapi blade kayu ditempatkan di bawah bola untuk menceduknya dari tanah. Teknik ini adalah baik unuk mengelirukan pihak lawan atau semasa hantaran kepada rakan hendak dibuat. Bola itu boleh dihantarkan ke hadapan atau pada satu-satu sudut tertentu.Kemahiran-kemahiran ini adalah sangat penting untuk permainan hoki. Ini kerana kadar ketepatan dan kebolehpercayaan. Kemahiran-kemahiran ini digunakan sebagai kemahiran tersembunyi atau kecemasan untuk mengalahkan atau memerangkap pemain-pemain di kaki yang salah ataupun memerangkap penjaga gol. Pemulasan tangan dengan tibatibasangat dan kepentingan ini ditambahkan khasnya apabila mengelecik dalam keadaan-keadan ketat. Kemahiran-kemahiran ini harus dilatihdengan bola mata dan dalam pergerakan sahingga mereka disempurnakan.

4.1 Gelicik Meleret / Gelicik Berdepan Kemahiran ini membenarkan seseorang pemain mengawal rapi bola dengan pergerakan pantas. Kedudukan bola adalah di hadapan dan di sebelah kanan dan ini membenarkan pemain memandang ke hadapan semasa berlari. Pegangan kayu Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola sahaja. Bola Bola hendaklah sentiasa lebih kurang 30-40cm di luar kaki kanan. Ia adalah di hadapan badan. Sekiranya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan jika terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya. Kaki dan badan Badan dibengkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa / relex, semasa membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau

berlari. Kaedah ini megalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat menguasai permainan yang lebih luas. 4.1.1 Menggelecek India Dalam jenis kemahiran ini bola itu ditarik dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan oleh seorang pemain. Kemahiran memegang kayu biasa dan mengilas menjadi penting kerana kayu sentiasa melekat. Oleh kerana kayu Cuma meluncurkan bola sahaja. Kemahiran kekeliruan ini sentiasa dapat menangkap pihak lawan di kaki yang salah. Kemahiran ini adalah penting disebabkan : Merupakan asas pergerakan bersama bola dalam permainan hoki. Pemain yang menguasainya mampu bertindak cemerlang dalam permainan. Kaedah ini hanya berguna sekira terdapat pemain lawan yang berhampiran. Perlakuan mengelecekan ini ialah memainkan bola secara silih berganti menggunakan hadapan kayu. Tangan kiri menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan di atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabung dengan tangan kiri untuk menukar arah pergerakan bola. Pegangan kayu

Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan luar sambil buku jari tangan kiri mengadap badan pemain. Tangan kanan memegang kayu dibawah sedikit. Tangan kirilah yang memusingkan kayu sambil tangan kanan membantu sahaja. Bola ditarik ke kanan dan ke kiri oleh kayu dengan meluncurkan bola. Bola

Bola hendaklah berada lebih kurang 30 cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudiannya ditolak ke kaki kiri dan apabila ia sampai sahaja di kaki kiri, kayu meluncurkan bola dan menariknya balik kepada kaki kanan. Kaki dan badan

Kedudukan kaki adalah terbuka sedikit dan badan dibengkokkan ke hadapan dengan bola lebih kurang 60 cm di hadapan. Pada awalnya pergerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara perlahan dan kemudian secara pantas. Apabila pemain dapat bersedia

untuk bergerak dengan bola. Di sini jika kaki kanan adalah di hadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki kiri bergerak ke hadapan, maka bola ditarik ke kiri juga. Untuk menguasai kemahiran ini seseorang pemain perlu mempelajarinya secara perlahan-lahan. Jika ia dapat bergerak secara perlahan dan latihan dapat dilakukan dengan baik, peningkatan kelajuan ditambah sehingga menguasai kemahiran ini. Seorang pemain harus diingatkan bahawa bola mestilah di hadapannya semasa bergerak dan badan dicondongkan ke hadapan. Ini beransur-ansur menggalaknya memandang ke hadapan semasa bergerak. Rahsia kemahiran ini ialah pemusatan diri dalam latihan untuk menguasainya. Kayu sentiasa berhampiran dengan bola dan ini menolong mengawalkan bola pada setiap masa.

5. Hantaran Kemahiran ini merupakan aspek yang penting dalam hoki kerana bola dihantar kepada pemain dengan beberapa cara. Gerakan bola adalah secara meleret iaitu melalui menolak atau memukul atau ia diangkat kepada sesuatu paras yang sesuai atau menceduk oleh pemain dalam sesuatu jarak tertentu. Terdapat beberapa jenis hantaran: 5.1 Hantaran memukul Bola dipukul kepada seseorang rakan yang berada jauh. Pemusatan si pemukul adalah tentang arah / sasaran bola itu dipukul. Si pemukul perlu bergerak menerima bola dan bukan menunggu bola sampai kepada dirinya. Jika dia berharap bola itu tiba kepadanya, bola itu akan direbut oleh pihak lawan. Itulah sebabnya pemainpemain digalakkan bergerak semasa menerima bola. Hantaran memukul Hantaran menolak Hantaran pengutamaan Hantaran benteng Hantaran udara Hantaran tepi.

5.2 Hantaran Menolak Ini merupakan cara yang cepat dan berkesan sekali untuk menghantar bola kepada seorang kawan atau mengalahkan pihak lawan dengan menangkapkan mereka di kaki yang salah pada masa yang sesuai. Sesuatu permainan boleh diimbang atau dikalah dengan pemikiran cepat pemain-pemain pada saat-saat terakhir penamatan permainan. Pemain-pemain harus melatihkan kemahiran menolak dalam situasisituasi permainan dan permainan biasa juga. Latihan gerakan bola di antara pemainpemain tanpa hilang pemiliknya adalah amat penting. Pihak lawan sentiasa dikelirukan dengan hantaran begini kerana tidak dapat mengenalpasti pemain mana atau bila perlu dijaga atau kawal.

5.3 Hantaran Pengutamaan Hantaran ini memerlukan kecerdasan dan fahaman antara pemain-pemain. Tujuannya ialah menangkap pihak bertahan yang jaga atau memecahkan ahli-ahli bertahan pihak lawan. Pemain yang membuat hantaran perlu menentukan bahawa bola diletak diantara kedua-dua pemain yang tidak boleh menyerkapkan bola yang adalah luar jarak kedua-dua pemain. Ini adalah hantaran penembusan yang digunakan oleh pasukan-pasukan yang ingin menjaringkan gol-gol dalam permainan hoki terbuka khasnya sesuatu pasukan yang telah melatihkan diri. Oleh kerana ia adalah kemahiran berguna ia perlu dilatihkan bersungguh-sungguh supaya satu persefahaman baik diberi antara pemain-pemain. Mereka harus menyakinkan diri dalam hantaran dan menerima bola dan kalau tidak mereka akan hilangkan perolehan bola.

5.4 Hantaran Benteng Hantaran bola ini sama dengan di atas tetapi bola itu tidak dimiliki oleh rakannya. Bola itu ditepuk balik kepada pemain yang membuat hantaran itu. Kemudian memecah dan menyalakan pemain-pemain memerlukan pemikiran pantas kerana kedua-dua pemain bergerak dengan pantas. Bola itu harus dimainkan di hadapan dan bukan di tepi atau di belakang si penerima. Kerana itu kemahiran ini memerlukan

latihan bersungguh-sungguh supaya kerjasama dan persefahaman dibina antara pemain-pemain.

5.5 Hantaran Udara Kemahiran ini sentiasa digunakan untuk mengalahkan pihak bertahan yang ketat supaya pemain-pemain dapat menembusi diri dalam kawasan bulatan dan menjaringkan gol-gol. Kemahiran ini sangat berguna pada hari hujan kerana padang banjir dan becak dan pergerakan bola secara meleret amat sukar. Bola perlu diangkat melalui cara menceduk atau menguis supaya ia dapat sampai kepada pemain lain. Ini memerlukan pemikiran pantas dan adalah kemahiran yang paling berkesan untuk menukarkan keadaan daripada bertahan kepada satu yang menyerang.

5.6 Hantaran Tepat ( Square Pass ) Hantaran ini sangat berguna semasa bertahan atau menyerang. Bola dihantar dengan tepatnya dari seorang pemain kepada yang lain untuk membinakan corak permainan atau untuk mengubahsuaikan corak permainan yang pantas. Jika sesuatu hantaran akan menjadi berkesan ( efektif ) maka bola tidak boleh dipukul liar tetapi dihantar dengan menolak, menguis atau memukul kerana tujuannya adalah untuk menguasai memilikinya bola pada setiap masa. 1. a) Hantaran Tepat ( Square pass )

A membuat hantaran tepat kepada B. B mengelicikkan bola ke tempat B1 dan membuat hantaran tepat kepada A ditempat A1. A kemudiannya membawa bola ke tempat A2 dan membuat hantaran tepat kepada B di B2. Kedua-dua pemain teruskan aktiviti hantaran tepat kepada satu sama lain secara menaik dan menurun di padang. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membina persefahaman yang lebih kukuh. 2. b) Hantaran Lintang Bujur ( Diagonal Pass ) A membuat hantaran lintang bujur kepada B untuk menerima di B1. Dengan sertamerta dia membuat hantaran lintang kepada A untuk menerima di A1. Kedua-dua pemain kemudiannya teruskan aktiviti. 3. c) Cantuman aktiviti A dan B

A membuat hantaran tepat kepada B yang dengan serta-mertanya kembalikan bola dengan hantaran lintang kepada A. A menerima bola di tempat A1 dan terus membuat hantaran tepat untuk B menerimanya di B1. Kedua-dua pemain teruskan latihan membuat hantaran tepat dan lintang kepada satu sama lain di sepanjang padang. Hantaran adalah berfungsi untuk menggerakkan bola lebih cepat berbanding dengan melarikan atau mengeliciknya.Selain dari menghantar ( memukul, menolak, menguis dll ) bola ke dalam gol, latihan adalah perlu untuk : o Menghantar bola sambil bergerak ke sasaran yang bergerak o Menghantar bola agar sampai ke sasaran pada masa dan kedudukan yang tepat o Menghantar bola untuk menembusi pertahanan lawan. Penumpuan diberikan kepada kekuatan daya, ketinggian dan arah hantaran. o Menyediakan diri untuk bermain semula selepas membuat hantaran. Pemainpemain dapat membantu pasukannya sebaik sahaja selepas melakukan hantaran.

6.

Menerima o Kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting dalam permainan hoki. o Pemain mesti berupaya memperolehi, menjaga dan mengawal bola yang dating dari semua arah pada kelajuan dan ketinggian yang berbeza. o Kedudukan pemain kemungkinannya bergerak atau static semasa menerima bola. o Prinsip yang perlu diberi penumpuan semasa penerimaan bola ialah: 1. Penerima mesti memerhati bola sehingga sampai ke kayu hoki. 2. Bola mestilah dibenarkan sampai kepada kayu hoki yang tidak bergerak. Cara menerima bola:

A. Menerima dari hadapan a. Cara memegang kayu hoki sama dengan mengelecek. b. Kedudukan badan melintang dengan arah bola. c. Rendahkan badan dengan membengkokkan lutut. d. Kedudukan kayu dengan permukaan tanah ialah 70 darjah. e. Kedudukan kayu dengan kaki agak jauh, atau diletakkan terus di hadapan badan semasa kiri atau kanan. f. Perhatikan bola sepanjang masa sehingga menyentuh kayu.

g. Untuk mengelakkan bola dari melantun, genggaman perlu dikawal dan kayu mesti menyentuh tanah. B. Menerima bola dari kiri a. Genggaman seperti mengelecek. b. Terima bola di hadapan kaki kanan. c. Kayu selari dengan pandangan pemain dan arah laluan bola. d. Perhatikan bola sehingga menyentuh kayu e. Jarakkan kaki semasa menerima bola C. Menerima bola dari kanan a. Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: i. Terimaan hadapan ii. Terimaan kilas b. Kadangkala bola diterima di hadapan badan secara kilas, namun begitu bola diterima dengan bahagian hadapan kayu dengan meletakkan kaki di hadapan. D. Menerima bola dari belakang a. Situasi ini kerap dihadapi iaitu pihak penyerang menerima bola dari pertahanan pasukannya. b. Teknik berikut adalah perlu dikuasai untuk digunakan dalam situasi yang berbeza. i. Apabila pemain dikawal rapi, bagi mengelakkan kesalahan kesalahan menghalang penerima mestilah: # memecut lintang ke arah bola dan mengawal bola yang diterima secara kawalan hadapan. # memecut lintang, mengawal bola yang diterima dengan kawalan tepi.

Dalam kedua-dua situasi di atas penerima perlu membuat hantaran semerta atau berpusing menghadapi lawan untuk mengelakkan dari berlakunya kesalahan menghalang. ii. Sekiranya pemain tidak dikawal: # penerima harus memberi isyarat kepada penghantar arah bola yang dikehendaki sama ada di kanan atau kiri.

# mengawal bola menggunakan bahagian hadapan kayu jika hantaran diterima di sebelah kiri dan menggunakan bahagian kilas kayu jika hantaran diterima di sebelah kanan badan E. Menerima bola di udara a. Kemahiran ini bertujuan untuk menjatuhkan bola yang diterima secara terkawal di hadapan badan. b. Genggaman adalah sama dengan tolakan dan permukaan kayu dicondongkan menghadap ke tanah. c. Untuk mengelakkan bola melantun terutama pada padang tiruan, kayu hendaklah diletakkan di atas bola.

7. Mengelak Mengelak merupakan teknik menjauhkan diri dari pihak lawan pada masa yang tepat. Teknik ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan terlalu awal atau terlalu lambat. Teknik ini memerlukan gerakan terkawal dan penumpuan tertentu. Antaranya: a. genggaman kayu yang betul ( sama seperti mengelecek ) b. bola sentiasa di hadapan pemain c. timing mestilah baik dan tepat d. gerak badan untuk mengelirukan mestilah dimiliki e. pastikan kedudukan badan, kayu dan bola adalah betul.

8.

Cara mengelak

A. Mengelak Pasif Mengelak boleh dilakukan sama ada kiri atau kanan. Untuk mendapatkan penguasaan dalam kemahiran ini latihan boleh dijalankan menggunakan halangan pasif iaitu skitel. Pemain mengelecek bola ke arah skitel dan cuba mengelakkannya disebelah kiri atau kanan dan seterusnya sehingga skitel yang terakhir. Kemudian menghantar kepada rakannya yang berdiri di hadapan. Perlakuan dijalankan secara bergilir-gilir. B. Mengelak Aktif

Tindakan semasa latihan adalah seperti dalam suasana permainan sebenar. Pasangan semasa latihan adalah pemain lawan dalam permainan sebenar. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian antaranya: o Penyerang yang membawa bola perlu menentukan kedudukan badan, kayu dan bola betul. o Jarak antaranya dengan pemain pasukan lawan o Bila hendak mula memecut o Bagaimana gerakan badan ( body movement ) o Bila pertukaran arah boleh dilakukan sama ada ke kiri atau kanan o Masa menjarakkan bola dari pihak lawan o Gunakan kilas kayu untuk mengawal semula bola Latihan-latihan yang boleh dijalankan untuk kemahiran ini kebanyakannya berbentuk permainan kecil kerana ianya memerlukan pihak yang menyerang dan bertahan

9.

Merebut Kemahiran ini adalah untuk melemahkan kawalan pasukan lawan dengan merampas

bola daripadanya seterusnya menguasai bola tersebut untuk membuat serangan balas. Untuk berjaya melakukan rebutan pemain biasanya perlu mempunyai kebolehan membayang yang bertujuan untuk : a. membolehkan seorang pemain mengekori pihak lawan atau sentiasa berada di hadapan pihak lawan. b. membiasakan seorang pemain dengan pergerakan yang pantas dan sentiasa bergerak. c. membiasakan pemain sentiasa memerhatikan bola d. membiasakan pemain bergerak tanpa bola e. membiasakan pemain dengan gerakan badan dan kayu yang mengelirukan

Jenis-jenis Rebutan 1. Rebutan Hadapan Teknik ini digunakan oleh pemain pertahanan yang static dalam keadaan satu lawan satu di mana penyerang perlu melepasi pihak lawan tersebut. Perlakuannya adalah

dengan menghulurkan kayu ke hadapan dan kemudian menarik ke kedudukan asalnya dengan pantas sekiranya tidak berjaya merebut bola pada kali pertama. Dalam latihan tentukan agar setiap percubaan awal merebut pemain tersebut diberi peluang untuk menguasai bola. 2. Rebutan Lonjak o Rebutan bergantung kepada keadaan di mana secara mengejut kayu dihulurkan ke hadapan menggunakan tangan kiri. o Tangan kiri perlu memegang dengan kuat walau pun pada peringkat awal mendapat bantuan tangan kanan. o Berat badan akan dipindahkan ke kaki kiri sambil mengimbangkan posisi badan. 3. Rebutan Kilas o Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan kerana menggunakan tangan kiri dan perlu dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan. o Elakkan penggunaan teknik ini. Gunakan bila benar-benar perlu sahaja. o Tujuan teknik ini ialah untuk memerangkap bola menggunakan reverse stick di mana bola dapat dikawal sementara pemain lawan terdorong ke hadapan. o Rebutan ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.

10. Penjagaan Gol Pemain yang bertanggungjawab menjadi penjaga gol mestilah mempunyai beberapa kriteria tertentu kerana kelemahan atau kecemerlangan penjaga gol akan mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan iaitu kegagalan dan kejayaan sesuatu pasukan. Antara kriteria tersebut ialah: a. Penjaga gol mesti berani b. Penjaga gol mesti mempunyai konsentrasi yang baik c. Penjaga gol mesti mempunyai reaksi yang pantas dan fleksibel d. Pemain tidak boleh dipaksa menjadi penjaga gol Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol perkara-perkara yang perlu diberi penumpuan ialah: 1. Cara Berdiri

o Cara berdiri adalah dengan kaki rapat dalam keadaan sedia, lutut dikendurkan dan badan bongkok sedikit. o Dalam keadaan badan bongkok, kepala menghadap ke hadapan. o Tangan kanan yang memegang kayu di bahagian tengah pada aras pinggang sementara bahagian leper kayu menghadap ke hadapan. o Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan menghala ke hadapan. Latihan Untuk Dirian o Penjaga gol berlari 5 langkah ke hadapan dan berada dalam keadaan posisi bersedia. o Berundur ke tempat permulaan dan keluar semula secara berulang alik. Sentiasa dalam keadaan sedia bila berkedudukan statik. Penjaga Gol Seorang penjaga gol mesti pantas dalam pergerakan dan cekal dalam mengawal sudut. Untuk mendapatkannya, regangan perlu diberi penumpuan kepada pinggang, belakang, bahu dan kaki. o Kecekapan Gerakbalas o Kemahiran Menahan o Kemahiran Mengawal Sudut o Kemahiran Menendang Seorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola dengan yakin dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. Oleh kerana keupayaan dan minat menendang bola dengan sebelah kaki sahaja, latihan kepada kaki yang lemah perlu untuk mengelakkan bola dari gol kerana tendangan yang tidak sempurna oleh kaki yang lemah.

Kemahiran Butiran mengajar

: :

Menolak

Kedua-dua kaki dijarakkan dan badan direndahkan semasa bersedia untuk menolak bola. 1. Perhatikan bola. Bahu kiri ke arah sasaran dan pindahkan berat badan ke kaki depan sambil melangkah ke arah bola, permukaan kayu mestilah betul-betul di belakang bola.

2.

Tolak bola dengan kuat. Tangan kanan di pertengahan kayu memberikan tolakan

yang kencang. 3. Kayu ikut lajak.

Kemahiran

:

Mengelecek a. Mengelecek di sebelah kanan ( close dribbling )

Butiran Mengajar

:

1. Pemain berdiri serta melangkah dengan kaki kiri di hadapan. 2. Tangan kiri pemain berada di sebelah hujung kayu dengan pegangan berbentuk V menghala ke kepala kayu. 3. Tangan kanan pemain memegang kayu di sebelah bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 15.2 cm dengan tapaknya mengenakan di bahagian belakang kayu. 4. Bola berada di sebelah kaki kanan, selari dengan hujung kaki dan dalam jarak yang terkawal. 5. Kayu dilentangkan sedikit dengan sebelah permukaan ratanya pada bola dan hendaklah mengarah ke arah bola. 6. Badan dicondongkan ke hadapan dengan lutut dibengkokkan sedikit semasa mengelecek. 7. Mata memerhatikan bola bola yang dikawal. Disamping itu pemain hendaklah mempunyai penglihatan yang menyeluruh ( peripheral vision ).

Kemahiran

:

Mengelecek b. Mengelecek di hadapan ( Indian dribbling )

Butiran mengajar: 1. Berdiri dengan kaki terbuka. 2. Kayu hendaklah berada di hadapan badan pemain dengan permukaan ratanya mengenai tanah. 3. Hujung kayu hendaklah berdekatan dengan kaki pemain. 4. Tangan kiri memegang hujung kayu. Tangan kanan berada lebih kurang 15.2cm di bawahnya dengan tapak tangan kanan pada sebelah belakang kayu. 5. Bola berada di sebelah hadapan kaki kanan.

6. Badan dibongkokkan sedikit serta mengenakan bahagian permukaan kayu di belakang bola. 7. 8. Mata hendaklah sentiasa melihat bola. Berat badan diubah mengikut arah pergerakan bola. Bola ditolak ke hadapan kaki kiri

berat badan diubah ke kiri. Bila bola ditolak ke hadapan kaki kanan berat badan diubah ke kanan. 9. Kayu hendaklah berada di hadapan bola sambil melengkupkannya untuk memberhentikan bola.

Prinsip-prinsip Pemain Pertahanan Keselamatan 1. Fikirkan keselamatan pasukan penyerang dan juga permainan/ pertandingan. 2. Pastikan sesuatu tindakan mendapat kerjasama dan difahami oleh semua rakan sepasukan. Kepantasan 1. Perlu untuk merampas dan melarikan bola daripada lawan.

2. Perlu untuk mengelakkan diri daripada lawan selepas berjaya merampas bola daripada lawan/ penyerang.

Tumpuan 1. Cuba membuat pertahanan semasa dalam bahaya, iaitu apabila pihak lawan menyerang. Kerjasama 1. Tolong menolong di antara satu sama lain dalam pasukan. Jika rakan tidak dapat mengejar bola, pemain lain perlu membantu untuk keselamatan pasukan. Penyesuaian 1. Seseorang pemain perlu dapat berada di mana sahaja dalam kawasan permainan.Oleh itu dia perlu mempunyai ketangkasan dan daya tahan untuk membolehkannya bergerak dengan pantas ke mana-mana ruang dalam padang permainan. Jarak hadapan atau jarak sisi

1.

Mengelakkan diri daripada berada di dalam satu barisan sama ada di hadapan atau di

sisi. Kedudukan sebaris akan menyulitkan hantaran dan juga pertahanan.