hikayat seri kelantan

29
KUMPULAN 1 Nurul Nazirah Bt Budiman Izzah Athirah Bt Daruwis Nur Shazwani Bt Maslim Nur Fahira Bt Kisin Suziera Bt Sarpian Mohd Azraai Bin Mohd Tahir ainul Ari!n Bin Ismail

Upload: eiyzza-tyera

Post on 05-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Presentation Form 3 (KOMSAS)

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KUMPULAN 1Nurul Nazirah Bt BudimanIzzah Athirah Bt DaruwisNur Shazwani Bt MaslimNur Fahira Bt KisinSuziera Bt SarpianMohd Azraai Bin Mohd TahirZainul Ariffin Bin IsmailHIKAYAT SERI KELANTANTEMACerita ini bertemakan keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa.Selain memiliki rupa paras yang cantik, baginda mempunyai ilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalam hutan. Kelebihan luar biasa itu yang menyebabkan Raja Siam ingin memilikinya walaupun baginda sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.`PERSOALANSikap buruk manusia yang suka merampas hak orang lainRaja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sadung walaupun Tuan Puteri Sadung sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.Kasih sayang antara suami dengan isteri yang terpaksa berhadapan dengan dugaanSultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung berasa sangat sedih ketika mereka hendak berpisah.Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negaraAkibat tiada perpaduan, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya berpecah belah setelah dilanda kebuluran.Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaanUtusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin.Taat setia rakyat kepada rajaRakyat Siam patuh pada perintah rajanya supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana Raja Siam terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung yang merupakan isteri Sultan Abdullah.WATAK DAN PERWATAKANTUAN PUTERI SADUNG Anak perempuan Raja Jembal yang telah dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang serta berasal daripada keturunan orang tuha-tuha (berdarah putih & bertulang tunggal).

Mempunyai rupa paras yg cantikMemiliki kesaktian yg luar biasaSangat sayang & taat akan suaminyaSanggup berkorbanSentiasa menjaga kehormatan diriBijaksanaSULTAN ABDULLAH

Anak Raja Jembal dan nama asal baginda ialah Raja Abdullah serta baginda telah berkahwin dgn Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Berpendirian tegas Sangat sayang akan isteri Seorang raja yang berani Seorang raja yang sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat Seorang raja yang bijak dalam mengambil tindakan

TUK CA Ahli nujum kepada Raja Siam dan menjadi ketua kepada utusan Raja Siam.

Seorang yang taat setia kepada Raja Siam Seorang pahlawan yang memiliki kesaktian Seorang pahlawan yang bijak dalam mengatur strategi Seorang yang tenang dalam menyelesaikan masalah Seorang yang bijak dan mudah bertolak ansurENCIK SITI WAN KEMBANG

Raja Perempuan yang memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Baginda tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak serta mengambil Tuan Puteri Sadung sbg anak angkat.

Seorang ibu yang penyayang Seorang yang bijaksana Seorang ibu yang mudah bertoleransi dan bertolak ansur

PLOTPermulaan

Cerita ini bermula di negeri Kelantan atau dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti yang tidak bersuami dan tidak beranak menjadi pemerintah di negeri tersebut. Encik Siti telah mengambil seorang anak Raja Jembal, iaitu Tuan Puteri Sadung untuk dijadikan anak angkatnya. Encik Siti memelihara Tuan Puteri Sadung dengan penuh kasih sayang. Oleh sebab Tuan Puteri Sadung merupakan seorang puteri yang sangat cantik, baginda menjadi rebutan pemuda di negeri itu. Namun, tidak seorang pun yang berani melamarnya kerana baginda merupakan anak angkat Encik Siti.

Perkembangan & Perumitan

Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah. Encik Siti menyerahkan pemerintahan negeri Serendah Kebun Bunga Cerantegayung kepada Tuan Puteri Sa'dung dan Raja Abdullah. Kemakmuran negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung tersebar sehingga ke benua Siam. Raja Siam memerintahkan menteri dan pegawai baginda pergi ke negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung kerana baginda berhajat untuk memperisterikan tuan puteri tersebut. Setelah itu, menteri dan pegawai Raja Siam yang diketuai oleh Tuk Ca, seorang pahlawan Siam yang memiliki ilmu nujum yang hebat telah berangkat ke negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Utusan Siam memberitahu Sultan Abdullah akan hasrat Raja Siam mahu memperisterikan Tuan Puteri Sa'dung itu. Sultan Abdullah menjadi murka kerana Tuan Puteri Sa'dung ialah permaisuri baginda dan baginda telah menghalau utusan Siam itu dan menyuruh mereka pulang ke benua Siam. Utusan Siam berasa malu lalu berlakulah pertempuran antara tentera Siam dgn tentera Sultan Abdullah. Tentera Siam berjaya dikalahkan oleh tentera Sultan Abdullah menggunakan kesaktian Tuan Puteri Sa'dung. Akibatnya seluruh rakyat di negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dilanda kelaparan kerana tidak mendapat bekalan akibat dikepung oleh tentera Siam. Tuan Puteri Sa'dung telah menggunakan ilmu kesaktiannya dan memohon agar Kota Jelasin, istana dan rakyatnya dipindahkan ke dalam hutan dan diletakkan di Cerang Bahana. Keesokan harinya, utusan Siam berasa sangat terkejut dengan kehilangan Kota Jelasin lalu memberitahu hal tersebut kepada Tuk Ca. Dengan ilmu nujum yang dimilikinya, Tuk Ca telah menilik kedudukan Kota Jelasin dan berjaya menjejakinya. Tuk Ca mengarahkan semua tentera Siam menjejaki Kota Jelasin yg tersorok di dalam cerang besardi tengah hutan. Mereka pun mengepung istana Tuan Puteri Sa'dung.

Klimaks

Sultan Abdullah berunding dgn Tuk Ca. Tuk Ca memberitahu bahawa tujuan kedatangan mereka hanyalah ingin mengambil Tuan Puteri Sa'dung. Sultan Abdullah telah memujuk Tuan Puteri Sa'dung agar menuruti kehendak Raja Siam demi keamanan dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya Tuan Puteri Sa'dung bersetuju menuruti perintah Raja Siam dan berda agar dirinya dilindungi daripada kejahatan.Peleraian

Tuan Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah berasa sangat sedih dengan perpisahan mereka. Selepas Tuan Puteri Sa'dung berangkat mengikuti rombongan Tuk Ca, Sultan Abdullah pun kembali ke Kota Jelasin. Tuk Ca dan utusan Siam kembali ke benua Siam dan membawa Tuan Puteri Sa'dung bersama-sama mereka.Gaya BahasaBahasa Melayu Klasik: JEMELAH( tiada dapat kalah sebelah jemelah) muka surat 31-

Dialek Kelantan:BEROYAT( tentulah ia beroyat dengan betul)-muka surat 33-

Latar Tempat1.Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung-Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang yang kemudiannya diwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung2. Kota Jelasin-Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti.3. Cerang Bahana-Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sadung,Sultan Abdullah, kota dan istana baginda dari Kota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sadung.4. Gunung Ayam-T empat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin Latar MasaZaman pemerintahan kerajaan NEGERI KELANTAN PURBA40 hari 40 malam- persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan Sultan Abdullah diadakan selama 40 hari 40 malamWaktu malam- utusan Siam bermuafakat dengan orang Sianm mahu menyerang Kota Jelasin kerana Sultan Abdullah tidak mahu menyerahkan Tuan Puteri Sadung Waktu siang- raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Istana Kota Jelasin telah ghaibLatar MasyarakatMasyarakat feudal yang mengamalkan pemerintahan beraja Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan berajaMasyarakat yang saling mengasihi dalam hubungan kekeluargaan Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila mereka terpaksa berpisahMasyarakat yang taat setia kepada pemerintah Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja, menteri dan hulubalang sanggup belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri SadungMasyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berperang menentang tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin Nilai1. Kasih sayang- Sultan Abdullah dan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah2. Taat setia- Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung3. Keberanian- Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyarang Kota Jelasin4. Bermuafakat/bekerjasama- Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama pegawai baginda dalam membina Kota JelasinPengajaranKita hendaklah taat setia kepada raja.Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung2. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung sanggup berpisah agar negeri mereka tidak musnah disebabkan oleh serangan tentera Siam3. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalahTuan Puteri Sadung mencadangkan kepada Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera Siam4. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Tuan Puteri Sadung bermuafakat dengan segala hamba suruhannya untuk membina sebuah negeri di dalam hutan yang diberi nama Mahligai5. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang persengketaanSultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negerinya 6. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.Akibat rakyat berpecah belah apabila ditimpa bala kebuluran, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam

ENCIK SITI WAN KEMBANG

KOTA JELASIN

TENTERA SIAM

GUNUNG AYAM

PUTERI SADUNGSEKIAN, TERIMA KASIH